2. PENGENALAN
• Dalam pembangunan dan kesejahteraan sosial, terdapat banyak amalan yang harus
diamalkan diantaranya, sedekah dan infaq, membantu anak yatim, menunaikan
hajat, mengikut peraturan dan undang-undang serta sebagainya.
• Dalam pembangunan dan kesejahteraan sosial juga kita harus mengamalkan sikap
adil dan saksama.
• Sifat adil dalam seseorang individu itu akan melahirkan masyarakat yang makmur
dan negara yang aman damai.
3. MAKSUD ADIL
• Adil menurut bahasa Arab disebut dengan kata ‘adilun, yang bererti sama dengan
seimbang.
• Adil juga mempunyai erti meletakkan sesuatu pada tempatnya atau dapat diertikan
tidak berat sebelah, tidak memihak dengan kata lain berlaku adil adalah
memperlakukan hak dan berpegang pada kebenaran.
• Menurut Al Ghazali, adil adalah keseimbangan antara sesuatu yang lebih dan yang
kurang.
• Adil itu menempatkan sesuatu pada tempatnya. Kata adil dilawankan dengan kata
zalim iaitu menempatkan sesuatu yang bukan pada tempatnya.
5. BAHAGIAN ADIL
• Pertama : Berlaku adil kepada Allah SWT, iaitu menjadikan Allah SWT sebagai satu-
satunya Tuhan yang memiliki kesempurnaan.
• Kedua : Berlaku adil pada diri sendiri, iaitu menempatkan diri pada tempat yang baik
dan benar.
• Ketiga : Berlaku adil kepada orang lain, iaitu menempatkan orang lain pada tempat
yang sesuai, layak, benar, memberikan hak orang lain dengan jujur dan benar serta
tidak menyakiti serta merugikan orang lain.
• Keempat : Berlaku adil kepada makhluk lain, iaitu dapat memperlakukan makhluk
Allah SWT yang lain dengan layak sesuai syariat dan menjaga kelestariannya dengan
merawat serta tidak merosaknya.
6. NILAI POSITIF DARI SIFAT
ADIL
• Keadilan membawa ketenteraman
• Keadilan membawa kedamaian
• Keadilan menimbulkan kepercayaan
• Keadilan dapat meningkatkan kesejahteraan
• Keadilan dapat meningkatkan prestasi belajar
• Keadilan dapat menciptakan kemakmuran
• Keadilan dapat mengeratkan tali persaudaraan
• Keadilan dapat menimbulkan kebaikan dan mencegah kejahatan
7. CONTOH ADIL
Dua orang pencuri ditangkap oleh masyarakat ketika sedang melakukan pencurian.
Mereka diserahkan kepada pihak yang berkuasa dan keduanya dibawa ke muka
pengadilan sidang. Salah seorang pencuri itu adalah anak kepada menteri kerajaan.
Hakim telah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara untuk kedua pencuri
tersebut. Tidak ada perbezaan yang mereka terima. Kedua pencuri tersebut masing-
masing dihukum penjara selama 5 tahun sesuai dengan undang-undang yang
berlaku. Tentunya contoh kes ini mencerminkan sebuah keadilan. Yakni mereka di
hukum sesuai dengan kesalahan yang dilakukan dan masing-masing pencuri
menerima hukuman yang sama walaupun salah seorang dari pencuri itu adalah anak
seorang menteri kerajaan.