Ayat Muhkam adalah ayat Al-Quran yang jelas maknanya dan tidak memerlukan penafsiran. Ayat ini memberikan petunjuk yang tegas tentang halal, haram, hukum, dan ajaran agama lainnya. Kejelasan ayat ini memberikan manfaat besar bagi umat Islam dalam memahami dan mengamalkan ajaran agama.
1. Ayat Muhkam
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ayat Muhkam bererti ayat al-Qur'an yang jelas. Makna menurut bahasa, muhkam berasal dari
kata –ي ح كم – مكحmakhum ,halitsi turunem ankaM .arakrep aud naksutumem itrereb gnay ح كما
ertinya suatu ungkapan yang maksud makna lahirnya tidak mungkin diganti atau diubah.
Jadi Muhkam atau Muhkamat ialah ketepatan dan kualiti tinggi pada lafaz-lafaz dan erti-ertinya.
Al-Quran menggunakan bahasa dan sastera yang amat fasih. Kesemua berita-beritanya benar dan
bermanfaat. Al-Quran tidak mengandungi penipuan, percanggahan mahupun kata-kata kosong
yang tidak berguna. Kesemua hukum-hukumnya adil, tidak zalim, tidak bercanggahan dan
bukannya hukum yang tidak relevan.
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Dalil Al Quran tentang Ayat Muhkam
2 Penjelasan tentang Ayat Muhkam
3 Contoh Ayat-Ayat Muhkam
4 Hikmah Ayat Muhkam
5 Lihat juga
6 Rujukan
[sunting] Dalil Al Quran tentang Ayat Muhkam
“
"Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran.
Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamat" (yang tetap, tegas
dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamat itu ialah ibu (atau
pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyabihat" (yang samar-
samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan
menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam
hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang
samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya
(memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang
mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan
orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu
agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan
kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-
orang yang berfikiran." (TMQ al-Imran [3]:7) ”
2. [sunting] Penjelasan tentang Ayat Muhkam
Ayat Muhkam adalah ayat yang mudah diketahui maksudnya.
Ayat Muhkam adalah ayat yang maksudnya dapat diketahui secara langsung, tanpa
memerlukan keterangan lain.
Ayat Muhkam adalah ayat yang tidak mengandung takwil kecuali satu wajah.
Ayat Muhkam adalah sesuatu yang mudah difahami.
Ayat Muhkam, yang didalamnya menerangkan sesuatu yang halal dan haram, fardu, janji
dan ancaman.
[sunting] Contoh Ayat-Ayat Muhkam
Para Ulama memberikan contoh-contoh ayat Muhkam dalam Al Quran dengan ayat nasikh, ayat-
ayat tentang halal, haram, hudud, kefarduan, janji dan ancaman. Contoh Ayat Muhkam adalah
seperti berikut :
“
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan
pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah
(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya. (TMQ al-Maeda [5]:90) ”
[sunting] Hikmah Ayat Muhkam
Adanya ayat-ayat Muhkamat dalam Al-Quran, jelas akan memberikan hikmah bagi manusia,
hikmah tersebut diantaranya ialah:
Menjadi rahmat bagi manusia, khususnya orang kemampuan bahasa Arabnya lemah.
Dengan adanya ayat-ayat muhkam yang sudah jelas erti maksudnya, sangat besar erti dan
faedahnya bagi mereka.
Memudahkan bagi manusia mengetahui erti dan maksudnya. Juga memudahkan bagi
mereka dalam menghayati makna maksudnya agar mudah mengamalkan pelaksanaan
ajaran-ajarannya.
Mendorong umat untuk mudah memahami, menghayati, dan mengamalkan isi kandungan
Al-Quran, kerana lafaz ayat-ayatnya telah mudah diketahui, mudah dipahami, dan jelas
pula untuk diamalkan.
Menghilangkan kesulitan dan kebingungan umat dalam mempelajari isi ajarannya, kerana
lafaz ayat-ayat dengan sendirinya sudah dapat menjelaskan erti maksudnya, tidak harus
menunggu penafsiran atau penjelasan dari lafaz ayat atau surah yang lain