Zakat merupakan salah satu amalan terbaik dalam membangunkan masyarakat secara mapan menurut Islam. Ia membantu membebaskan 8 golongan yang berhak menerimanya daripada kemiskinan serta menyebarkan kekayaan di kalangan umat Islam. Selain menunaikan rukun agama, zakat juga dapat membangunkan ekonomi negara dan merapatkan jurang pendapatan antara kaya dan miskin.
1. LMCP 1552
PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN
SOSIAL : ZAKAT
O L E H : N O R E L I A N A S YA F I ’ Q A H ( A 1 6 2 0 6 0 )
P E N S YA R A H : P R O F D AT O ’ I R D R R I Z A AT I Q
A B D U L L A H B I N O . K R A H M AT
2. APA ITU ZAKAT?
Dari kata tazakka - mensucikan
Zakat ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8
golongan (asnaf) yang berhak menerimanya.
Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta
yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.
Dua jenis : Zakat Fitrah & Zakat Harta
5. SYARAT WAJIB ZAKAT
• Islam
• Merdeka
• Sempurna milik
• Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
• Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai
minimum)
• Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
• Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)
6. APA ITU FAKIR DAN MISKIN?
Umumnya orang menyangka, fakir miskin adalah kategori yang sama. Namun,
hakikatnya tidak sama. Kerana itulah, fakir dan miskin adalah dua kategori
yang layak mendapat zakat disamping enam asnaf lain.
Allah berfirman:
“Sesungguhnya sedekah (zakat) itu adalah untuk (diagihkan kepada) orang-orang
fakir, orang-orang miskin, para amil yang menguruskannya, para muallaf untuk
dilunakkan hatinya…” (at-Taubah 9: 60)
sumber : zakatselangor.com.my
7. PANDANGAN IMAM TENTANG TAKRIFAN FAKIR DAN MISKIN
1) Imam Abu Hanifah dan Imam Malik :
Orang fakir - orang yang memiliki harta tetapi tidak mencukupi
keperluannya.
Orang miskin - orang yang tidak memiliki apa-apa.
2) Imam Syafie dan juga Hambali :
Fakir - orang yang tidak mempunyai apa-apa harta
Miskin - orang yang mempunyai harta namun tidak mampu memenuhi
kecukupan keperluannya.
8. TAKRIFAN YANG DIGUNAPAKAI DI MALAYSIA
1. Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta atau pekerjaan atau ada
pekerjaan tetapi tidak halal atau ada pendapatan tetapi tidak mencapai 50
peratus daripada had kifayah, untuk keperluan diri atau keperluan diri
tanggungannya
2. Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan halal yang
hanya boleh menampung 50% untuk keperluan diri atau keperluan diri dan
tanggungan tetapi tidak mencapai had kifayah
sumber : zakatselangor.com.my
9. FIRMAN TENTANG ZAKAT FAKIR DAN MISKIN
Firman Allah SWT:
“Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu
usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.” (al-Baqarah
2:110)
“Ambillah sebahagian dari harta mereka sebagai sedekah (zakat), supaya
dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan
mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana doamu
itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.” (at-Taubah 9:103)
“Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya
kamu diberi rahmat.” (an-Nuur 24:56)
10. KELEBIHAN/KEPENTINGAN ZAKAT
1- Menyempurnakan tuntutan rukun Islam
2- Menzahirkan tanda kesyukuran terhadap nikmat/rezeki yang dikurniakan Allah
3- Salah satu cara mensucikan harta
4- Membangunkan ekonomi umat Islam/negara
5- Merapatkan jurang ekonomi kaya dan miskin
6- Membantu mengeluarkan golongan asnaf daripada kepompong kemiskinan
7- Menanam rasa tanggungjawab sosial dalam diri
8- Menyemai nilai moral, kasih sayang dan perikemanusiaan
9- Allah memurahkan rezeki hambanya yang mengeluarkan zakat
11. KONKLUSI
Terdapat banyak isi kandungan Al-Quran yang telahpun merungkai
tentang zakat.
Di samping menunaikan rukun Islam, zakat bukan sahaja dapat
membantu hambaNya dengan mensucikan harta dan mendapat
ganjaran pahala, malah Allah berjanji untuk membuka pintu rezeki
untuk hambanya.
Selain itu, dari aspek sosial pula, zakat membantu golongan yang
memerlukan dan memberi kesedaran kepada golongan yang
berkemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial mereka.
Masyarakat yang saling membantu dan berakhlak tinggi akan hidup
sejahtera.
Manakala dari aspek ekonomi, zakat membantu membangunkan
ekonomi serta merapatkan jurang ekonomi antara golongan miskin
dan kaya. Malah kadar kemiskinan negara juga mampu dikurangkan.