SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
Political Managements and Policies in Malaysia
393
Sejauh Mana Peranan Agama Dalam Politik Malaysia
Badrul Azmier Mohamed @ Bakar, Mujibu Abd Muis, & Zaliha Hj.
Hussin
Ramai sarjana dan ahli politik Malaysia berpandangan Tsunami Politik
pada 8 Mac 2008 didakwa sebagai titik mula bagi perubahan dalam
landskap politik Malaysia. Agama yang sekian lama menjadi elemen
terpenting dalam politik Malaysia yang perkauman dilihat semakin
kurang peranannya. Politik Malaysia pasca Tsunami Politik dilihat lebih
‘sekular’, ‘buta warna’ atau tidak komunal. Bersandarkan keputusan
pilihan raya umum 8 Mac 2008 dan pelbagai pilihanraya kecil yang
kebanyakannya lebih memihak kepada Pakatan Rakyat, agama dilihat
semakin hilang peranan dalam politik Malaysia. Begitu juga dengan
penggunaan agama dalam memasarkan politik, parti-parti yang
dahulunya begitu cenderung dalam menggunakan agama bagi beroleh
sokongan nampaknya memilih pendekatan lembut berbanding radikal.
Justeru itu, kajian ini cuba melihat sejauh mana agama memainkan
peranan dalam politik Malaysia secara menyeluruh.
Kata kunci: Agama, Politik, Politik Malaysia, Primordialisme,
Pertembungan Peradaban
1.0 PENGENALAN
Agama memainkan peranan penting dalam politik Malaysia.
Sebagaimana Huntington (1993, 1997) yang mengenal pasti agama
adalah asas budaya dan peradaban, maka begitulah juga peranan agama
dalam setiap sektor kehidupan di Malaysia. Selain majmuk dari sudut
agama, Malaysia juga majmuk dari sudut ras, bahasa dan budaya. Tetapi
Seminar on National Resilience
394
pendekatan kaum mendominasi sebarang wacana dan analisis terhadap
sebarang isu yang melibatkan politik Malaysia. Justeru, kelompok
masyarakat dikenali sebagai Melayu, Cina, India dan “dan lain-lain”.
Tetapi sekiranya pendekatan agama digunakan, maka dapat dikenal
pasti wujud empat agama atau budaya terbesar yang boleh dikenal pasti
memainkan peranan penting dalam politik Malaysia. Masing-masing
adalah, Islam, Konfucionisme, Hindu dan Kristian. Kewujudan pelbagai
agama secara langsung dan tidak langsung yang mempengaruhi perilaku
aktor-aktor politik di Malaysia.Menyorot sejarah pembentukan Malaysia
sebagai sebuah negara-bangsa, Malaysia adalah sebuah masyarakat yang
menepati ciri-ciri Masyarakat Majmuk oleh Furnivall (1931). Walaupun
setiap kelompok berada di dalam entiti politik yang sama tetapi interaksi
dan komunikasi adalah terhad yang menyebabkan kurang integrasi.
Melihat kepada primordialisme oleh Geertz (1963) dan Pertembungan
Peradaban oleh Huntington (1993, 1997), perbezaan atas asas agama
yang primordial menjelaskan konflik dan persaingan dalam sesebuah
masyarakat.
Penulisan ini membincangkan isu agama dengan kajian secara literatur
ke atas Malaysia. Penulisan-penulisan terdahulu serta isu-isu yang
dipaparkan di media arus perdana dan media alternatif diguna bagi
membantu analisis. Analisis pula dipandu dengan pemahaman tentang
peranan agama oleh pendekatan-pendekatan seperti primordialisme
(Geertz 1963) dan Pertembungan Peradaban (Huntington 1993, 1997).
Seterusnya penulisan ini cuba menonjolkan bahawa agama bukan sekadar
elemen dalam model-model yang dinyatakan, tetapi ia boleh berdiri
sendiri sebagai sebuah pendekatan sebagaimana pendekatan kaum dan
kelas yang boleh digunakan bagi menganalisis politik Malaysia.
Lantaran itu, pengoperasian agama sebagai satu pendekatan dijalankan
bagi menganalisis isu-isu kontemporari politik Malaysia. Antaranya,
peranan agama dalam menghadapi globalisasi yang menyeragamkan
identiti dan budaya dunia. Akhirnya, perbincangan memfokuskan
Political Managements and Policies in Malaysia
395
kepada keberkesanan polisi sebagai langkah penyelesaian. Kesemua isu
ini dibincangkan dalam konteks Malaysia di samping contoh-contoh
lain sebagai perbandingan.
2.0 AGAMA DAN NASIONALISME
Menerusi pelbagai kajian dan penulisan yang telah dilakukan kepada
politik Malaysia, agama dikenal pasti antara elemen primordialisme
terpenting yang membentuk identiti sesebuah kelompok yang selalu
diistilahkan sebagai kaum. Namun, menyorot sejarah, peranan agama
lebih jelas dalam pembentukan identiti bagi kaum Melayu dan India
berbanding Cina dan “dan lain-lain”. Sebagai contoh, definisi Melayu
yang ketat dalam Perlembagaan Malaysia di mana menjadi Muslim
adalah pra-syarat kepada identiti kemelayuan. Hal ini menjelaskan
bagaimana seseorang yang berketurunan Melayu atau dari ras Melayu
adalah bukan Melayu sekiranya tidak beragama Islam. Kes Lina Joy,
jelas memperincikan peranan agama yang jelas adalah salah satu elemen
primordial yang berperanan besar.
Islam memainkan peranan terpenting dalam pembentukan identiti
Melayu. Begitu juga peranan Hindu bagi komuniti India. Oleh
yang demikian, sebagai elemen primordial yang sangat penting bagi
pembentukan identiti kaum, agama bukan hanya menjadi pra-syarat
identiti atau elemen teras bagi pembentukan ideologi nasionalisme bagi
sesebuah kaum.Agama menjadi unsur penting bagi sosiologi,komunikasi
dan strategi politik. Hal ini sama sekali bertentangan dengan prinsip-
prinsip demokrasi dan sekular yang didakwa menjadi dukungan negara
dan masyarakat United Kingdom.
Bagi kaum Melayu, Islam memainkan peranan yang sangat besar dalam
pembentukan nasionalisme Melayu.Ini seiring dengan hujah Huntington
(1997) yang menyatakan bahawa agama menjadi teras budaya dan
seterusnya mempengaruhi setiap aspek dalam hidup manusia seperti
politik, ekonomi dan sosial. Kekuatan pengaruh agama dikemukakan
Seminar on National Resilience
396
menerusi konsep pertembungan peradaban (Huntington 1997). Agama
dikenal pasti oleh Huntington (1997) sebagai asas pembentukan
peradaban. Oleh yang demikian, agama berperanan membentuk asas
pemikiran,budaya,dan segala aspek yang berkaitan dengan pembentukan
peradaban. Hal ini menjelaskan pembentukan identiti kaum di Malaysia.
Islam membentuk Melayu, Konfucionisme membentuk identiti Cina,
dan Hindu membentuk identiti India. Oleh itu, sebarang perbezaan
akibat perbezaan agama mampu melahirkan konflik.
Peranan serta pengaruh agama membentuk nasionalisme kaum di
Malaysia. Peranan agama dalam kehidupan warga Malaysia adalah
besar. Menurut Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang
mendefinisikan kaum menggunakan agama dan ia diletakkan dalam
perlembagaan.Oleh itu,perbezaan agama menjadikan persaingan politik
tiada penghujungnya. Islam adalah agama terbesar di Malaysia. Tetapi
apabila keseluruhan penduduk bukan Islam disatukan, penganut Islam
menjadi kurang separuh daripada keseluruhan populasi. Kerencaman
masyarakat Malaysia adalah hasil penghijrahan populasi dari selatan
China dan selatan India ketika pentadbiran British. Hal tersebut telah
membentuk landskap politik Malaysia sehingga ke hari ini.
Oleh yang demikian kerencaman Malaysia selari dengan konsep “garis
gelinciran1
” oleh Huntington (1997: 252-254). Ia merujuk kepada
negara-negara yang berpotensi berpecah akibat warisan kerencaman
yang berasaskan perbezaan peradaban yang diasaskan oleh perbezaan
agama. Masyarakat di zon garis gelinciran terdedah kepada pelbagai
konflik memecah. Analoginya, seperti gunung berapi yang menunggu
masa untuk meletus. Ia merupakan fenomena alam yang biasa di zon
1
Garis gelinciran merujuk kepada istilah bahasa Inggeris iaitu “fault line”. Ia
merupakan istilah geografi yang merujuk kepada garisan pertembungan antara dua atau
lebih pentas yang mengkomposisi kerak bumi. Pergerakan pentas menyebabkan berlaku
gelinciran yang selalu berlaku di garis gelinciran. Garis gelinciran menyebabkan pelbagai
fenomena alam seperti gempa bumi, gunung berapi dan tsunami. Antara kawasan yang
terkenal berada di atas garis gelinciran adalah Lingkaran Api Pasifik yang meliputi pulau
Sumatera, Jawa, Sulawesi, kepulauan Filipina, Jepun, Alaska sehinggalah pergunungan
Andes di Amerika Selatan.
Political Managements and Policies in Malaysia
397
garis gelinciran. Masyarakat garis gelinciran mungkin nampak tenang,
namun terdedah kepada konflik yang boleh berlaku pada bila-bila masa
dan mungkin tanpa sebarang amaran.
Oleh itu, dalam persaingan politik yang dilabelkan sebagai politik
kaum, agama dilihat sebagai faktor terpenting yang mencirikan ideologi
nasionalisme setiap kaum. Walaupun, tidak dilabel sebagai etno-
nasionalisme, yang jelas setiap kelompok memperjuangkan kepentingan
masing-masing menerusi nasionalisme. Ia selaras dengan kenyataan
Huntington (1997) berkenaan agama yang mendasari segala bentuk
pemikiran, politik, ekonomi, budaya malah peradaban. Oleh itu, Islam
dikenal pasti sebagai asas kepada ideologi yang dipegang oleh dua parti
politik Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Walaupun UMNO dilihat kurang
Islamik berbanding PAS,Islam tetap memainkan peranan penting untuk
UMNO. Ia dapat dilihat dari pelbagai strategi politik, kempen politik
dan corak pembuatan keputusan yang diambil.
Agama yang kononnya bersifat menyatu dan berfungsi untuk menyatu
dilihat menggalakkan kesedaran tentang perbezaan. Sebagaimana yang
telah disebutkan,dalam nasionalisme Melayu,Islam memiliki kedudukan
yang sangat istimewa.Malah ia disebut dengan jelas dalam Perlembagaan
Persekutuan menerusi Perkara 153. Menganuti Islam ialah salah satu
pra-syarat bagi memastikan kemelayuan seseorang. Begitu juga dengan
sistem monarki berperlembagaan yang mana raja-raja Melayu adalah
ketua agama Islam. Hasilnya, Islam kelihatan begitu eksklusif untuk
orang Melayu sahaja. Malah wujud pandangan yang melihat menganuti
Islam oleh kaum lain bermakna menjadi Melayu.
Oleh yang demikian, agama yang di antaranya menyeru kepada
perdamaian, berbaik sangka, toleransi, dan perpaduan seolah kini
merangsang kepada perpecahan hanya kerana berbeza agama. Apa yang
menarik di Malaysia adalah kedudukan agama dalam politik. Hal ini
Seminar on National Resilience
398
membawa kepada penghujahan sama ada agama sebagai alat ataupun
matlamat. Kedudukan agama ini pula memecahkan sesebuah kelompok
sebagaimana kewujudan dua parti politik untuk orang Melayu iaitu PAS
dan UMNO. Justeru, muncul perdebatan mengenai agama yang boleh
dikenal pasti sama ada Islam benar-benar diperjuangkan sebagai satu
kepentingan atau sentimen Islam dipergunakan bagi keuntungan politik
sesebuah parti itu.
Perbezaan pandangan dalam mengamalkan agama menyebabkan kaum
Melayu secara kasarnya terpecah dua. Akhir-akhir ini pula ada pula yang
berpandangan kaum Melayu berpecah tiga. Perpecahan tersebut adalah
menurut perspektif politik kepartian di Malaysia kerana terdapat 3 parti
terbesar yang dianggotai oleh orang Melayu iaitu UMNO, PAS dan
Parti KeAdilan Rakyat (PKR). Ketiga-tiga parti ini mempunyai ideologi
masing-masing. UMNO berpegang kepada nasionalisme Melayu; PAS
pula berjuang untuk memartabatkan Islam; manakala PKR yang liberal
mahu membudayakan demokrasi di Malaysia.
Malahan, kerencaman populasi Malaysia pada hari ini adalah berikutan
polisi pentadbiran British di Tanah Malaysia. Secara perbandingan
dengan pengalaman era kolonial di Asia dan Afrika, ia ternyata tidak
jauh berbeza. Fiji dan Afrika Selatan antara negara yang menjadi
majmuk berikutan pengalaman kolonialisme British. Kerencaman oleh
faktor-faktor warisan yang primordial seperti bahasa, agama, negara
asal dan warna kulit disulitkan lagi oleh polisi pecah dan perintah. Hal
ini menyebabkan kurang integrasi antara komuniti dalam masyarakat.
Furnivall (1931) mengenal pasti ia sebagai punca utama kewujudan
masyarakat majmuk. Malaysia menepati model masyarakat majmuk
oleh Furnivall (1931) yang melihat ia sebagai sebuah masyarakat dalam
satu unit politik yang sama tetapi tidak berintegrasi. Sehingga kini,
kesalahan terhadap bentuk masyarakat yang sedia ada di negara-negara
yang rencam ini diletakkan ke atas polisi-polisi pentadbiran British yang
mengubah landskap tanah jajahannya sebagaimana yang diwacanakan
Political Managements and Policies in Malaysia
399
oleh Shamsul (1996) bagi kes Malaysia. Penjajah mengubah struktur
masyarakat dan seterusnya menggunakan pendekatan pecah dan perintah
bagi mewujudkan kesedaran tentang perbezaan antara kaum untuk
memudahkan urusan pentadbiran.
3.0 AGAMA DAN DEMOKRASI
Walaupundemokrasidanekonomipasaranbebastelahdiperkenalkandan
diamalkan lebih dari setengah abad, namun ia masih belum membudaya
di Malaysia. Hal ini kerana ia bukan berasal dari tradisi tempatan, ia
adalah tradisi luar dari Eropah yang dibawa oleh pentadbiran British.
Ia sejajar dengan kebanyakan negara-negara lain di Asia dan Afrika.
Oleh yang demikian, model politiknya adalah tidak berasaskan ideologi
yang berasaskan spektrum dari kanan ke kiri seperti kebanyakan negara-
negara demokrasi maju.
Dalam konteks Malaysia, demokrasi yang membenarkan persaingan
politik menyebabkan berlaku persaingan agama. Namun, persaingan
agama tersebut dikenali sebagai persaingan antara kaum ataupun politik
perkauman.
Oleh yang demikian, wujud kalangan sarjana yang menyatakan ia
adalah kelemahan demokrasi. Ini kerana ia memberikan ruang kepada
kemunculan politik kelompok yang sama ada berasaskan atau dipengaruhi
agama yang sering dilabel sebagai politik perkauman. Pada masa kini,
ia paling ketara berlangsung di era keruntuhan negara-negara komunis
di Eropah timur seperti negara-negara bekas Kesatuan Soviet dan
negara-negara tirai besi. Ia didakwa berupaya mengancam perpaduan
dan kedaulatan sesebuah negara sebagaimana dibincangkan oleh Nodia
(1994: 3-22).Namun,ada kalangan yang menyatakan ia diakibatkan oleh
sifat dan fungsi agama itu sendiri yang cenderung kepada perpecahan
berbanding penyatuan.
Seminar on National Resilience
400
Dalam pada itu,dilema hubungan demokrasi dan agama pemecah paling
signifikan melibatkan prinsip-prinsip yang mengimbangi pemerintahan
oleh majoriti dan hak-hak minoriti. Inilah juga antara isu teras yang
dikenal pasti sebagai membayangi politik perkauman di Malaysia. Ia
berkenaan penyelarasan dan mencari pendekatan terbaik bagi mencapai
titik keseimbangan yang diinginkan. Ia melibatkan pelbagai sektor
seperti sosial, ekonomi dan politik dan semuanya sentiasa berkesalingan.
Namun, sering kali ia mencapai kegagalan sebagaimana yang dipaparkan
oleh Hardgrave (1994: 71-85) menerusi kajian kes ke atas demokrasi
terbesar dunia, iaitu India. Malaysia sebagaimana India, ia juga adalah
sebuah negara pengamal demokrasi yang berbilang kaum. Oleh itu,
konflik, perpecahan dan persaingan dikenal pasti berpunca daripada
agama yang tidak mampu bertoleransi terhadap hakikat pemerintahan
oleh majoriti. Ia seolah menjelaskan bahawa konflik boleh dipendamkan
untuk suatu jangka masa tertentu tetapi tidak berupaya dihapuskan.
Seiring dengan itu, kes Malaysia menunjukkan agama adalah punca
kepadaperpecahan.Iamenjelaskantentangdemokrasiyangmembenarkan
persaingan antara agama menerusi politik kepartian. Oleh itu institusi-
institusi demokrasi kelihatan diperalatkan oleh agama untuk kepentingan
politik masing-masing yang dikatakan sebagai politik perkauman. Apa
yang jelas, agama ialah teras kesedaran tentang ‘kita’ dan ‘mereka’. Ia
juga boleh dikenal pasti sebagai sebuah ideologi yang memangkin syak
wasangka dan ketidakpuasan hati. Dalam kata lain, ia menyedarkan
manusia tentang perbezaan dan rasa terancam hanya kerana wujud
perbezaan. Demikianlah agama yang merupakan sebuah ideologi yang
tidak rasional yang menggalakkan perpecahan dalam sistem demokrasi.
4.0 AGAMA DAN GLOBALISASI
Globalisasi, dunia tanpa sempadan, dan pemikiran neo-liberalisme pada
hari seakan meminggirkan kepentingan negara dan menafikan peranan
negara bangsa dalam semua bidang kehidupan terutamanya ekonomi.
Menerusi globalisasi, dunia pada hari ini dikatakan lebih berinteraksi,
Political Managements and Policies in Malaysia
401
lebih dekat antara satu sama lain. Masyarakat dunia yang rencam juga
lebih berkongsi banyak persamaan berbanding perbezaan.Oleh itu,dunia
juga dikatakan lebih seragam atau lebih homogen. Oleh yang demikian,
hidupmanusiatidaklagiberkisardilingkungannegaradannegara-bangsa
sahaja. Peranannya dikatakan mula diambil alih oleh sektor swasta dan
organisasi-organisasi yang sama ada bersifat antarabangsa, transnasional,
multi-nasional, malah ada juga yang bersifat supranasional.2
Dengan penghujahan di atas,maka lahir pandangan yang melihat negara-
bangsa tidak lagi penting,kerana peranannya yang kian terhakis.Namun,
wujud pandangan yang berlawanan. Penduduk dunia yang terdiri dari
pelbagai kelompok dengan pelbagai pengenalan diri masih memerlukan
negara dalam memelihara kepentingan baik dari sudut politik, ekonomi,
malahan juga jati diri dan identiti. Pertambahan jumlah negara adalah
bukti kukuh. Berpisahnya Montenegro dari Persekutuan Yugoslavia
(Persekutuan Serbia-Montenegro) pada 2004 dan merdekanya Timor
Leste dari Indonesia pada 2002 adalah contoh jelas. Kewujudan pelbagai
gerakan yang sering dilabelkan sebagai, perjuangan kemerdekaan,
pemisahan, yang menjadi masalah kepada banyak negara moden pada
hari ini seakan menyatakan permintaan kepada kewujudan negara atau
negara-bangsa masih lagi tinggi.
Proses penyeragaman dan penghomogenan dunia melalui proses
globalisasi dan ledakan teknologi maklumat adalah suatu senario yang
membawa bersama segala elemen. Ia sama ada positif atau negatif.
Manusia, secara individu ataupun secara berkelompok boleh menerima
sama ada untuk berada dalam arus globalisasi, menerimanya dengan
skeptis, atau cuba menolaknya. Dalam konteks agama, reaksi paling
menonjol adalah berkenaan dengan jati diri, identiti atau pengenalan
diri. Sebagai contoh, proses penyeragaman lebih dilihat sebagai
proses Amerikanisasi, ‘Mcdonaldisation’, penyebaran budaya pop dan
2
Kesatuan Eropah (European Union) adalah satu-satunya organisasi antarabangsa
yang bersifat supranasional. Ia adalah organisasi yang seakan memainkan peranan
negara. Ia seakan punya kedaulatan sendiri yang diserahkan oleh negara-negara anggota
kepadanya.
Seminar on National Resilience
402
konsumerisme. Demikianlah apabila berlaku ancaman, manusia kembali
melihat diri mereka,mungkin mencari rasa selamat menerusi agama,dan
mencari nilai-nilai serta identiti yang dapat membezakan diri mereka
dari yang lain. Dalam lain perkataan, kesedaran terhadap identiti dan jati
diri semakin menebal ketika berlaku ancaman identiti oleh globalisasi.
Dalam hal ini, konflik etnik dan perjuangan pemisahan, serta tuntutan
autonomidanbernegarasendiriadalahsuatureaksiatautindakbalaskepada
globalisasi. Sering kali ia dilabelkan dalam istilah etno-nasionalisme,
iaitu gerakan memecah dalam sesebuah negara di mana agama sering
memainkan peranan penting. Perjuangan Melayu Patani di selatan Thai,
gerakan Bangsamoro di bahagian selatan Filipina, gerakan kemerdekaan
Acheh, dan gerakan bernegara Kristian di Maluku di Indonesia adalah
lima contoh perjuangan agama yang berusaha menubuhkan negara
sendiri di rantau Asia Tenggara. China juga berhadapan dengan dua
pergerakan untuk pembebasan Tibet dan juga wilayah Sinkiang3
. Di
Asia Barat pula,Turki dan Iraq berhadapan dengan hasrat bangsa Kurdis
untuk membentuk Kurdistan. Di Asia Selatan pula, Tamil Eelam masih
berjuang membebaskan diri dari Sri Lanka.
Dalam konteks Malaysia, tidak terdapat kes atau hasrat berpisah, namun
wujud semacam kesedaran tentang kepentingan agama yang tinggi.
Globalisasi meningkatkan kesedaran tentang identiti Islam di mana
globalisasi dilihat sebagai ancaman. Manakala, dominasi Islam yang
diiktiraf sebagai agama rasmi oleh perlembagaan Malaysia pula dilihat
seolah meminggirkan pula agama-agama lain di Malaysia. Justeru,
sebarang isu yang berkaitan agama ditangani dengan sangat berhati-hati
agar tidak berlaku keresahan.
3
Wilayah Sinkiang atau Xinxiang pernah dikenali sebagai Republik Turkestan Timur,
namun kemerdekaannya hanyalah seketika apabila ia diduduki oleh China. Majoriti
penduduk adalah dari etnik Uighur dari rumpun bangsa-bangsa Turki yang juga bertutur
dalam bahasa Turki dan beragama Islam.
Political Managements and Policies in Malaysia
403
5.0 PERMUAFAKATAN DAN PERKONGSIAN KUASA
Kedua-dua konsep permuafakatan dan perkongsian kuasa adalah dua
konsep penting yang telah diamalkan oleh parti-parti politik. Hal
ini penting kerana politik kepartian yang diasaskan bermula dengan
Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia adalah berasaskan
kepada politik perkauman.Justeru politik permuafakatan (Lijphart 1968)
dan perkongsian kuasa dikenal pasti telah berlangsung dan diamalkan
dengan baik oleh Parti Perikatan dan seterusnya Barisan Nasional
(BN).
Persaingan politik Malaysia yang berasaskan perkauman berbanding
ideologi memang serasi dengan amalan permuafakatan yang
dimanifestasikan oleh persaingan kuasa. Amalan ini membolehkan
setiap agama sama-sama berkongsi kuasa dan mempunyai hak dalam
pemerintahanMalaysia.Hasilnyawujudsistemsatupartiyangdidominasi
oleh Perikatan/BN.Formula permuafakatan membolehkan BN berkuasa
lebih dari setengah abad kini. Adalah suatu fakta ia BN adalah contoh
pertembungan agama yang dikendalikan dengan bijak. Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mewakili kepentingan Islam,
Malaysian Chinese Association (MCA) pula memelihara agama dan
budaya orang-orang Cina, manakala Malaysian Indian Congress (MIC)
pula memperjuangkan hak-hak Hindu.Ciri paling menonjol dalam parti-
parti ini ialah keahlian yang berasaskan kaum, di mana agama menjadi
pra-syarat kepada definisi identiti kaum.
Selama lebih setengah abad juga, wujud parti pesaing seperti Parti
Islam Se-Malaysia (PAS) yang dengan terang-terangan menjadikan
agama sebagai agenda politik. Hal ini membolehkan PAS berterusan
relevan dalam politik Malaysia biarpun mempunyai pasang surutnya.
Ia membuktikan peranan agama yang besar dalam politik Malaysia.
Namun, daya tarikan PAS lebih menumpu kepada orang-orang Melayu
sahaja. Kerana kerencaman Malaysia, para sarjana dan ahli politik
bersetuju bahawa hanya permuafakatan sahaja yang mampu menentukan
kelangsungan sesebuah parti politik di Malaysia.
Seminar on National Resilience
404
PerananagamadalampolitikMalaysiadiperkukuhkanlagiolehkenyataan
tentang kewujudan parti-parti yang berasaskan ideologi. Democratic
Action Party (DAP), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti
Progresif Penduduk (PPP) adalah antara parti yang boleh dijadikan
contoh yang masing-masing adalah berasaskan ideologi dan membuka
keahlian kepada semua tetapi menjadi perkauman kerana tekanan-
tekanan persekitaran yang lebih mesra kaum atau agama. Menyorot
sejarah, kebanyakan parti-parti yang multi-ras dan berasaskan ideologi
tidak mampu bertahan lama dalam politik Malaysia. Antara contoh
adalah Parti Negara (yang diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar), begitu
juga dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) yang kemudiannya
dikenali sebagai (Parti Rakyat Malaysia), dan seterusnya terpaksa
bergabung dengan Parti KeAdilan Nasional (yang kini dikenali sebagai
Parti KeAdilan Rakyat/PKR). Begitulah tekanan agama menerusi
perkauman yang menentukan kelangsungan dan relevannya kewujudan
sesebuah parti di Malaysia.
Peranan agama antara yang paling jelas ialah melihat kepada hubungan
antara parti dalam politik Malaysia seperti hubungan antara DAP
dan PAS malahan juga hubungan antara PAS dan UMNO. Agama
memainkan peranan besar dalam hubungan yang berpasang surut ini.
DAP didominasi oleh kaum Cina hingga pernah dilabel sebagai sebuah
parti cauvinis Cina, manakala PAS didakwa sebuah parti fundamentalis/
ekstremis Islam yang bercita-cita ingin menubuhkan sebuah Negara
Islam di Malaysia. Apa yang jelas, Negara Islam adalah isu fokus dalam
hubungan PAS-DAP. Dalam lain perkataan, ia berkenaan agama di
mana ia menjelaskan sedikit sebanyak tentang hubungan antara Islam
dan bukan Islam. Namun, disebabkan oleh kepentingan politik, di mana
masing-masing memiliki seteru politik yang sama iaitu BN,maka mereka
bekerjasama dalam gagasan Barisan Alternatif dan seterusnya Pakatan
Rakyat. Dari sudut lain, ia membuktikan bagaimana permuafakatan
adalah penting dalam politik Malaysia seperti telah lama diamalkan oleh
BN.Menerusi Pakatan Rakyat yang memanifestasikan perkongsian kuasa
Political Managements and Policies in Malaysia
405
jelas menunjukkan kemampuan permuafakatan yang dapat menonjolkan
sifat agama yang toleran dan menganjurkan kerjasama dan perpaduan.
6.0 KESIMPULAN
Di Malaysia, agama yang sepatutnya menyeru kepada perdamaian,
berbaik sangka, toleransi, dan perpaduan seakan menjadi punca konflik
dan persaingan hanya kerana perbezaan agama. Oleh yang demikian
kedudukan agama dalam politik kepartian boleh dilihat sama ada
sebagai alat ataupun matlamat. Namun, garis pemisah antaranya sangat
sukar ditentukan. Dalam politik Malaysia, persaingan agama bukan
hanya di antara Islam dan bukan Islam malahan ia menjadi persaingan
dalam politik kepartian sebagaimana yang berlaku antara parti UMNO
dan PAS. Hal ini menjelaskan peranan demokrasi yang membenarkan
persaingan politik antara agama dan intra-agama.
Hal di atas dapat dikenal pasti sebagai kelemahan demokrasi.Ia memberi
ruang kepada agama untuk berperanan dalam mempengaruhi kewujudan
konflik antara kelompok. Di Malaysia agama berperanan besar dalam
politik perkauman yang menjadi asas kepada kewujudan negara Malaysia
itu sendiri. Ia adalah hasil pecah dan perintah oleh pentadbiran British
yang melahirkan sebuah masyarakat majmuk yang kelompok-kelompok
di dalamnya tidak berintegrasi hasil dari interaksi yang terbatas. Oleh
itu, agama sebagai salah satu elemen primordial Geertz (1963) menjadi
penentu kepada budaya politik kaum di Malaysia. Justeru, kaum dan
agama tidak dapat dipisahkan. Ia dikuatkan lagi oleh Huntington (1997)
yang menyatakan agama adalah asas kepada budaya yang menjadi teras
kepada kewujudan sesebuah peradaban.Malah jika model pertembungan
peradaban dioperasikan, Malaysia adalah tempat pertembungan empat
buah peradaban dunia iaitu peradaban Islam, Sinik, Hindu dan Barat.
Justeru, ia menjelaskan kedudukan agama dalam politik Malaysia.
Globalisasi juga dikenal pasti merangsang peranan agama dalam politik.
Hal ini berikutan kekuatannya yang mampu menyeragamkan dunia. Ia
Seminar on National Resilience
406
suatu fenomena yang mampu menghakis identiti bangsa, malah boleh
menggugat keselamatan, kedaulatan dan kemerdekaan sesebuah bangsa,
terutamanya bangsa yang merasakan dirinya berada di bawah dominasi
dan hegemoni bangsa lain dalam sebuah negara yang sama. Oleh itu,
agama dikenal pasti berupaya mengembalikan semula jati diri, identiti
bangsa. Justeru, fundamentalisme dalam beragama dan rasa prasangka
terhadap agama lain menjadi suatu lumrah di era ini.
Justeru,permuafakatankelihatanmenjadijalanpenyelesaianterbaikuntuk
menyerlahkan sifat agama yang menganjurkan kedamaian, toleransi dan
kerjasama.Kelangsungan Barisan Nasional dan dominasinya sebagai parti
pemerintah selama lebih dari setengah abad menjelaskan peranan politik
permuafakan bagi meredakan peranan agama yang mampu memecahkan
hanya disebabkan perbezaan.
Rujukan
Alter, Peter. 1985. Nationalism. Terj. Edward Arnold. London: Great
Britain.
Anderson, Benedict. 1983. Imagined communities: reflections on the origin
and spread of nationalism. London: Verso.
Baradat, L. P. 2000. Political ideologies: their origins and impact. Ed. Ke-7.
Upper Saddle River: Prentice-Hall.
Buchanan, Allen. 1991. Secession: the morality of political divorce from Fort
Sumter to Lithuania and Quebec. Boulder: Westview Press.
Bugajski, J. 1994. The fate of minorities in Eastern Europe. Dlm. Larry
Diamond & Marc F. Plattner (pnyt.). Nationalism, ethnic conflict,
and democracy. Baltimore: Johns Hopskins University Press.
Choudhury, G. W. 1993. Islam and the modern Muslim world. Buckhurst
Hill: Scorpion Publishing.
Political Managements and Policies in Malaysia
407
Canny, Nicholas. Dominant minorities: English settlers in Ireland and
Virginia, 1550-1650. Dlm. A. C. Hepburn (pnyt.). Minorities in
history. London: Edward Arnold Ltd.
D’ Alton, Ian. A contrast in crises: Southern Irish Protestantism, 1820-
43 and 1885-1910. Dlm. A. C. Hepburn (pnyt.). Minorities in
history. London: Edward Arnold Ltd.
Emerson, Rupert. 1960. From empire to nation: the rise to self-assertion of
Asian and African peoples. Boston: Beacon Press.
Fukuyama, Francis. 1992. The end of history and the last man. Edisi 2006.
New York: Free Press.
Geertz, Clifford. 1963. Primordial sentiments and civil politics in the
new states. Dlm. Clifford Geertz (pnyt.). Old societies and new
states. Glencoe: Free Press.
Hardgrave, Robert L. Jr. . 1994. India: the dilemmas of diversity. Dlm.
Larry Diamond & Marc F. Plattner (pnyt.). Nationalism, ethnic
conflict, and democracy. Baltimore: Johns Hopskins University
Press.
Harrison,K.& Boyd,T.2003.Understanding political ideas and movements.
Manchester: Manchester University Press.
Hepburn, A. C. Catholics in the north of Ireland, 1850-1921: the
urbanization of a minority. Dlm. A. C. Hepburn (pnyt.).
Minorities in history. London: Edward Arnold Ltd.
Hertz, Frederick. 1944. Nationality in history and politics: a psychology
and sociology of national sentiment and nationalism. London:
Routledge & Kegan Paul Ltd.
Heywood, Andrew. 1992. Political ideologies: an introduction. London:
Macmillan Press.
Hobsbawm, E. 1990. Nations and nationalism since 1780. Cambridge:
Cambridge University Press.
___________, Ranger, T. 1983. The invention of tradition. Cambridge:
Cambridge University Press.
Horowitz, Donald L. Ethnic groups in conflict. Berkeley: University of
California Press.
Seminar on National Resilience
408
Huntington,S.P.1997.The third wave:democratisation in the late twentieth
century. New York.
______________.1997.The clash of civilizations and the remaking of world
order. New York: Touchstone Books.
Hutchinson, John. 2005. Nations as zones of conflict. London: Sage
Publications Ltd.
Johnston, R. J., Knight, D. B. & Kofman, E. 1988. Nationalism, self-
determination and the world political map: an introduction.
Dlm. R.J. Johnston, David B. Knight & Eleanore Kofman
(pnyt.). Nationalism, self-determination and political geography,
hlm. 1-17. New York: Croom Helm.
Ismail Hussein.2001.Antara Dunia Melayu dengan Dunia Kebangsaan.
Dlm.Ismail Hussein,Wan Hashim Wan Teh & Ghazalie Shafie
(pnyt.). Tamadun Melayu menyongsong abad kedua puluh satu,
hlm. 9-68. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kedouri, Elie. 1993. Nationalism. Ed. Ke-4. Oxford: Blackwell.
Kellas, J. G. 1991. The politics of nationalism and ethnicity. Ed. Ke-2. New
York: Palgrave Macmillan.
Kingdom, John. 2003. Government and politics in Britain: an introduction.
Ed. Ke-3. Oxford: Blackwell Publishing Ltd.
__________. 1998. The politics of nationalism and ethnicity: revised and
updated. Ed. Ke-2. New York: Palgrave Macmillan.
Kohn, Hans. 1944. The idea of nationalism: a study in its origins and
background. Collier Books.
McCormick, John. 2001. Britain: changing yet steadfast. Dlm. Howard
J.Wiarda (pnyt.). European politics in the age of globalization, hlm.
52-91. Orlando: Harcourt Inc.
Nik Anuar Nik Mahmud. 2006. Sejarah perjuangan Melayu Pattani:
1785-1954. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nodia,Ghia.1994.Nationalism and democracy.Dlm.Larry Diamond &
Marc F. Plattner, hlm. 3-22. (pnyt.). Nationalism, ethnic conflict,
and democracy. Baltimore: Johns Hopskins University Press.
Political Managements and Policies in Malaysia
409
O’Sullivan See, Katherine. 1980. The social origins of ethnic-national
identities in Ireland and Canada.Dlm.Jacques Dofny & Akinsola
Akiwowo (pnyt.). National and ethnic movements, hlm. 107-129.
Beverly Hills: Sage Publications Inc.
Roskin, M. G., Cord, R. L., Medeiros, J. A., Jones, W. S. 2000. Political
science: an introduction. Ed. Ke-7. Upper Saddle River, New
Jersey: Prentice-Hall.
Sargent, L. T. 1990. Contemporary political ideologies: a reader. Belmont:
Wadsworth Inc.
Shamsul, A. B. 1996. The construction and transformation of a social
identity: Malayness and Bumiputeraness re-examined. Journal of
Asian and African studies 52.
Sity Daud. 2004. Globalisasi dan negara pembangunan. Akademika:
Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Januari: 27-42.
Smith, A. D. 1986. The ethnic origins of nations. Cambridge: Blackwell.
Spencer, P., Wollman, H. 2002. Nationalism: a critical introduction.
London: SAGE Publications Ltd.
Van Der Wusten, H. 1988.The occurrence of successful and unsuccessful
nationalisms. Dlm. R.J. Johnston, David B. Knight & Eleanore
Kofman (pnyt.). Nationalism, self-determination and political
geography, hlm. 1-17. New York: Croom Helm.
Weber,M.1948.The nation.Dlm.John Hutchison & Anthony D.Smith
(pnyt.). Nationalism. Oxford: Oxford University Press. 21-5.

More Related Content

What's hot

Kerukunan Antar Umat Beragama
Kerukunan Antar Umat BeragamaKerukunan Antar Umat Beragama
Kerukunan Antar Umat BeragamaYopi Adie
 
Hubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnik
Hubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnikHubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnik
Hubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnikAsraf Rahmat
 
kepelbagaian agama: mencari titi pertemuan
kepelbagaian agama: mencari titi pertemuankepelbagaian agama: mencari titi pertemuan
kepelbagaian agama: mencari titi pertemuanCt Muna
 
Topik 6 kepelbagaian agama
Topik 6 kepelbagaian agamaTopik 6 kepelbagaian agama
Topik 6 kepelbagaian agamaDatoknye
 
KB 1 Kerukunan Antar Umat Beragama
KB 1 Kerukunan Antar Umat BeragamaKB 1 Kerukunan Antar Umat Beragama
KB 1 Kerukunan Antar Umat Beragamapjj_kemenkes
 
Membangun persaudaraan sejati
Membangun persaudaraan sejatiMembangun persaudaraan sejati
Membangun persaudaraan sejatiNestor Lahewa
 
KB 2 Kerukunan Beragama di Indonesia
KB 2 Kerukunan Beragama di IndonesiaKB 2 Kerukunan Beragama di Indonesia
KB 2 Kerukunan Beragama di Indonesiapjj_kemenkes
 
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)Ums
 
Pendidikan agama Kristen Kuliah Smt.1 bab 5 done
Pendidikan agama Kristen Kuliah Smt.1 bab 5   donePendidikan agama Kristen Kuliah Smt.1 bab 5   done
Pendidikan agama Kristen Kuliah Smt.1 bab 5 doneMabriantama Wisastrio
 
Ilmu Sosial Dasar : Agama dan Masyarakat
Ilmu Sosial Dasar : Agama dan MasyarakatIlmu Sosial Dasar : Agama dan Masyarakat
Ilmu Sosial Dasar : Agama dan Masyarakatargiosalsanov26
 
Faktor-faktor Penyebab Konflik Umat Beragama
Faktor-faktor Penyebab Konflik Umat BeragamaFaktor-faktor Penyebab Konflik Umat Beragama
Faktor-faktor Penyebab Konflik Umat BeragamaFirman Nugraha
 
Makalah toleransi beragama
Makalah toleransi beragamaMakalah toleransi beragama
Makalah toleransi beragamaWahiid Sayy'a
 
Penyimpangan Nilai "Persatuan" dalam pancasila
Penyimpangan Nilai "Persatuan" dalam pancasilaPenyimpangan Nilai "Persatuan" dalam pancasila
Penyimpangan Nilai "Persatuan" dalam pancasilahelda1234
 
Agama dan masyarakat
Agama dan masyarakatAgama dan masyarakat
Agama dan masyarakatnaufalando
 
Bab 6 agama di malaysia
Bab 6 agama di malaysiaBab 6 agama di malaysia
Bab 6 agama di malaysiaaishah solehah
 

What's hot (20)

kerukunan antar umat beragama
kerukunan antar umat beragamakerukunan antar umat beragama
kerukunan antar umat beragama
 
Kerukunan Antar Umat Beragama
Kerukunan Antar Umat BeragamaKerukunan Antar Umat Beragama
Kerukunan Antar Umat Beragama
 
Hubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnik
Hubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnikHubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnik
Hubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnik
 
kepelbagaian agama: mencari titi pertemuan
kepelbagaian agama: mencari titi pertemuankepelbagaian agama: mencari titi pertemuan
kepelbagaian agama: mencari titi pertemuan
 
Topik 6 kepelbagaian agama
Topik 6 kepelbagaian agamaTopik 6 kepelbagaian agama
Topik 6 kepelbagaian agama
 
KB 1 Kerukunan Antar Umat Beragama
KB 1 Kerukunan Antar Umat BeragamaKB 1 Kerukunan Antar Umat Beragama
KB 1 Kerukunan Antar Umat Beragama
 
Kerukunan antar umat beragama
Kerukunan antar umat beragamaKerukunan antar umat beragama
Kerukunan antar umat beragama
 
Membangun persaudaraan sejati
Membangun persaudaraan sejatiMembangun persaudaraan sejati
Membangun persaudaraan sejati
 
Bertoleransi
Bertoleransi Bertoleransi
Bertoleransi
 
Makalah pendidikan agama plural
Makalah pendidikan agama pluralMakalah pendidikan agama plural
Makalah pendidikan agama plural
 
KB 2 Kerukunan Beragama di Indonesia
KB 2 Kerukunan Beragama di IndonesiaKB 2 Kerukunan Beragama di Indonesia
KB 2 Kerukunan Beragama di Indonesia
 
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
 
Pendidikan agama Kristen Kuliah Smt.1 bab 5 done
Pendidikan agama Kristen Kuliah Smt.1 bab 5   donePendidikan agama Kristen Kuliah Smt.1 bab 5   done
Pendidikan agama Kristen Kuliah Smt.1 bab 5 done
 
Ilmu Sosial Dasar : Agama dan Masyarakat
Ilmu Sosial Dasar : Agama dan MasyarakatIlmu Sosial Dasar : Agama dan Masyarakat
Ilmu Sosial Dasar : Agama dan Masyarakat
 
Agama dan masyarakat
Agama dan masyarakatAgama dan masyarakat
Agama dan masyarakat
 
Faktor-faktor Penyebab Konflik Umat Beragama
Faktor-faktor Penyebab Konflik Umat BeragamaFaktor-faktor Penyebab Konflik Umat Beragama
Faktor-faktor Penyebab Konflik Umat Beragama
 
Makalah toleransi beragama
Makalah toleransi beragamaMakalah toleransi beragama
Makalah toleransi beragama
 
Penyimpangan Nilai "Persatuan" dalam pancasila
Penyimpangan Nilai "Persatuan" dalam pancasilaPenyimpangan Nilai "Persatuan" dalam pancasila
Penyimpangan Nilai "Persatuan" dalam pancasila
 
Agama dan masyarakat
Agama dan masyarakatAgama dan masyarakat
Agama dan masyarakat
 
Bab 6 agama di malaysia
Bab 6 agama di malaysiaBab 6 agama di malaysia
Bab 6 agama di malaysia
 

Viewers also liked

Presentasi Agama Islam
Presentasi Agama Islam Presentasi Agama Islam
Presentasi Agama Islam Meliana Atmika
 
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysiaAgama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysiafaizah12
 
Islam Project
Islam ProjectIslam Project
Islam Project8student
 
kepelbagaian agama
kepelbagaian agamakepelbagaian agama
kepelbagaian agamaCt Muna
 
The Religion of Islam
The Religion of IslamThe Religion of Islam
The Religion of IslamShilpa Kumar
 
Agama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaanAgama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaanmunnianwar
 
ISLAM - Islamic Beliefs
ISLAM - Islamic BeliefsISLAM - Islamic Beliefs
ISLAM - Islamic BeliefsSabeel Ahmed
 

Viewers also liked (11)

Presentasi Agama Islam
Presentasi Agama Islam Presentasi Agama Islam
Presentasi Agama Islam
 
Presentation1(agama islam)
Presentation1(agama islam)Presentation1(agama islam)
Presentation1(agama islam)
 
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysiaAgama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
 
Islam Project
Islam ProjectIslam Project
Islam Project
 
kepelbagaian agama
kepelbagaian agamakepelbagaian agama
kepelbagaian agama
 
Agama di malaysia
Agama di malaysiaAgama di malaysia
Agama di malaysia
 
Islam
IslamIslam
Islam
 
The Religion of Islam
The Religion of IslamThe Religion of Islam
The Religion of Islam
 
Agama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaanAgama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaan
 
Presentasi agama islam..
Presentasi agama islam..Presentasi agama islam..
Presentasi agama islam..
 
ISLAM - Islamic Beliefs
ISLAM - Islamic BeliefsISLAM - Islamic Beliefs
ISLAM - Islamic Beliefs
 

Similar to Agama di malaysia

Konsep negara dalam politik islam Ppt
Konsep negara dalam politik islam Ppt Konsep negara dalam politik islam Ppt
Konsep negara dalam politik islam Ppt Irfan Pathurahman
 
Politik islam dan masyarakat madani
Politik islam dan masyarakat madaniPolitik islam dan masyarakat madani
Politik islam dan masyarakat madaniAndi Undu
 
CONTOH MAKALAH AGAMA
CONTOH MAKALAH AGAMACONTOH MAKALAH AGAMA
CONTOH MAKALAH AGAMAEman Syukur
 
Makalah m. zainuddin
Makalah m. zainuddinMakalah m. zainuddin
Makalah m. zainuddinFelix Juanto
 
Kajian Politik Islam.docx
Kajian Politik Islam.docxKajian Politik Islam.docx
Kajian Politik Islam.docxZukét Printing
 
Kajian Politik Islam.pdf
Kajian Politik Islam.pdfKajian Politik Islam.pdf
Kajian Politik Islam.pdfZukét Printing
 
metedologi pendidikan islam
metedologi pendidikan islammetedologi pendidikan islam
metedologi pendidikan islamghozali27
 
Doktrin zionisme dan ideologi pancasila
Doktrin  zionisme dan ideologi pancasilaDoktrin  zionisme dan ideologi pancasila
Doktrin zionisme dan ideologi pancasilaSatrio Adi
 
kuliah_xiii_sistem_politik_islam_ok.ppt k
kuliah_xiii_sistem_politik_islam_ok.ppt kkuliah_xiii_sistem_politik_islam_ok.ppt k
kuliah_xiii_sistem_politik_islam_ok.ppt kAbidinLatua11
 
Dialog Antara Tamadun Di Malaysia
Dialog Antara Tamadun Di MalaysiaDialog Antara Tamadun Di Malaysia
Dialog Antara Tamadun Di Malaysiamohdsanusisidik
 
K badrul azmier mohamed%40 bakar sp 08
K badrul azmier mohamed%40 bakar sp 08K badrul azmier mohamed%40 bakar sp 08
K badrul azmier mohamed%40 bakar sp 08saida jimi
 
Makalah Islam dan Radikalisme
Makalah Islam dan RadikalismeMakalah Islam dan Radikalisme
Makalah Islam dan RadikalismeWinda nawangasari
 
Fundamentallll
FundamentallllFundamentallll
FundamentallllFaw Zie
 
Sistem politik-islam
Sistem politik-islamSistem politik-islam
Sistem politik-islamaditurki
 
Revisi makalah msi islam radikalisme
Revisi makalah msi islam radikalismeRevisi makalah msi islam radikalisme
Revisi makalah msi islam radikalismeWinda nawangasari
 

Similar to Agama di malaysia (20)

Konsep negara dalam politik islam Ppt
Konsep negara dalam politik islam Ppt Konsep negara dalam politik islam Ppt
Konsep negara dalam politik islam Ppt
 
Politik islam dan masyarakat madani
Politik islam dan masyarakat madaniPolitik islam dan masyarakat madani
Politik islam dan masyarakat madani
 
CONTOH MAKALAH AGAMA
CONTOH MAKALAH AGAMACONTOH MAKALAH AGAMA
CONTOH MAKALAH AGAMA
 
KELOMPOK 7.pptx
KELOMPOK 7.pptxKELOMPOK 7.pptx
KELOMPOK 7.pptx
 
Makalah m. zainuddin
Makalah m. zainuddinMakalah m. zainuddin
Makalah m. zainuddin
 
Kajian Politik Islam.docx
Kajian Politik Islam.docxKajian Politik Islam.docx
Kajian Politik Islam.docx
 
Kajian Politik Islam.pdf
Kajian Politik Islam.pdfKajian Politik Islam.pdf
Kajian Politik Islam.pdf
 
metedologi pendidikan islam
metedologi pendidikan islammetedologi pendidikan islam
metedologi pendidikan islam
 
Doktrin zionisme dan ideologi pancasila
Doktrin  zionisme dan ideologi pancasilaDoktrin  zionisme dan ideologi pancasila
Doktrin zionisme dan ideologi pancasila
 
kuliah_xiii_sistem_politik_islam_ok.ppt k
kuliah_xiii_sistem_politik_islam_ok.ppt kkuliah_xiii_sistem_politik_islam_ok.ppt k
kuliah_xiii_sistem_politik_islam_ok.ppt k
 
Dialog Antara Tamadun Di Malaysia
Dialog Antara Tamadun Di MalaysiaDialog Antara Tamadun Di Malaysia
Dialog Antara Tamadun Di Malaysia
 
K badrul azmier mohamed%40 bakar sp 08
K badrul azmier mohamed%40 bakar sp 08K badrul azmier mohamed%40 bakar sp 08
K badrul azmier mohamed%40 bakar sp 08
 
Makalah Islam dan Radikalisme
Makalah Islam dan RadikalismeMakalah Islam dan Radikalisme
Makalah Islam dan Radikalisme
 
Memahami Strategi Snouck Hurgronje Hingga Kini
Memahami Strategi Snouck Hurgronje Hingga KiniMemahami Strategi Snouck Hurgronje Hingga Kini
Memahami Strategi Snouck Hurgronje Hingga Kini
 
Wawancara iii
Wawancara iiiWawancara iii
Wawancara iii
 
Fundamentallll
FundamentallllFundamentallll
Fundamentallll
 
Makalah PAI
Makalah PAIMakalah PAI
Makalah PAI
 
Sistem politik-islam
Sistem politik-islamSistem politik-islam
Sistem politik-islam
 
Revisi makalah msi islam radikalisme
Revisi makalah msi islam radikalismeRevisi makalah msi islam radikalisme
Revisi makalah msi islam radikalisme
 
Makalah agama dan ekonomi
Makalah agama dan ekonomiMakalah agama dan ekonomi
Makalah agama dan ekonomi
 

Recently uploaded

Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Adam Hiola
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Ustadz Habib
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaRobert Siby
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)ErnestBeardly1
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSRobert Siby
 
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.MeidarLamskingBoangm
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHRobert Siby
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRobert Siby
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratpuji239858
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.KennayaWjaya
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURANBudiSetiawan246494
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024milliantefraim
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfDianNovitaMariaBanun1
 

Recently uploaded (13)

Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
 
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
 

Agama di malaysia

  • 1. Political Managements and Policies in Malaysia 393 Sejauh Mana Peranan Agama Dalam Politik Malaysia Badrul Azmier Mohamed @ Bakar, Mujibu Abd Muis, & Zaliha Hj. Hussin Ramai sarjana dan ahli politik Malaysia berpandangan Tsunami Politik pada 8 Mac 2008 didakwa sebagai titik mula bagi perubahan dalam landskap politik Malaysia. Agama yang sekian lama menjadi elemen terpenting dalam politik Malaysia yang perkauman dilihat semakin kurang peranannya. Politik Malaysia pasca Tsunami Politik dilihat lebih ‘sekular’, ‘buta warna’ atau tidak komunal. Bersandarkan keputusan pilihan raya umum 8 Mac 2008 dan pelbagai pilihanraya kecil yang kebanyakannya lebih memihak kepada Pakatan Rakyat, agama dilihat semakin hilang peranan dalam politik Malaysia. Begitu juga dengan penggunaan agama dalam memasarkan politik, parti-parti yang dahulunya begitu cenderung dalam menggunakan agama bagi beroleh sokongan nampaknya memilih pendekatan lembut berbanding radikal. Justeru itu, kajian ini cuba melihat sejauh mana agama memainkan peranan dalam politik Malaysia secara menyeluruh. Kata kunci: Agama, Politik, Politik Malaysia, Primordialisme, Pertembungan Peradaban 1.0 PENGENALAN Agama memainkan peranan penting dalam politik Malaysia. Sebagaimana Huntington (1993, 1997) yang mengenal pasti agama adalah asas budaya dan peradaban, maka begitulah juga peranan agama dalam setiap sektor kehidupan di Malaysia. Selain majmuk dari sudut agama, Malaysia juga majmuk dari sudut ras, bahasa dan budaya. Tetapi
  • 2. Seminar on National Resilience 394 pendekatan kaum mendominasi sebarang wacana dan analisis terhadap sebarang isu yang melibatkan politik Malaysia. Justeru, kelompok masyarakat dikenali sebagai Melayu, Cina, India dan “dan lain-lain”. Tetapi sekiranya pendekatan agama digunakan, maka dapat dikenal pasti wujud empat agama atau budaya terbesar yang boleh dikenal pasti memainkan peranan penting dalam politik Malaysia. Masing-masing adalah, Islam, Konfucionisme, Hindu dan Kristian. Kewujudan pelbagai agama secara langsung dan tidak langsung yang mempengaruhi perilaku aktor-aktor politik di Malaysia.Menyorot sejarah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa, Malaysia adalah sebuah masyarakat yang menepati ciri-ciri Masyarakat Majmuk oleh Furnivall (1931). Walaupun setiap kelompok berada di dalam entiti politik yang sama tetapi interaksi dan komunikasi adalah terhad yang menyebabkan kurang integrasi. Melihat kepada primordialisme oleh Geertz (1963) dan Pertembungan Peradaban oleh Huntington (1993, 1997), perbezaan atas asas agama yang primordial menjelaskan konflik dan persaingan dalam sesebuah masyarakat. Penulisan ini membincangkan isu agama dengan kajian secara literatur ke atas Malaysia. Penulisan-penulisan terdahulu serta isu-isu yang dipaparkan di media arus perdana dan media alternatif diguna bagi membantu analisis. Analisis pula dipandu dengan pemahaman tentang peranan agama oleh pendekatan-pendekatan seperti primordialisme (Geertz 1963) dan Pertembungan Peradaban (Huntington 1993, 1997). Seterusnya penulisan ini cuba menonjolkan bahawa agama bukan sekadar elemen dalam model-model yang dinyatakan, tetapi ia boleh berdiri sendiri sebagai sebuah pendekatan sebagaimana pendekatan kaum dan kelas yang boleh digunakan bagi menganalisis politik Malaysia. Lantaran itu, pengoperasian agama sebagai satu pendekatan dijalankan bagi menganalisis isu-isu kontemporari politik Malaysia. Antaranya, peranan agama dalam menghadapi globalisasi yang menyeragamkan identiti dan budaya dunia. Akhirnya, perbincangan memfokuskan
  • 3. Political Managements and Policies in Malaysia 395 kepada keberkesanan polisi sebagai langkah penyelesaian. Kesemua isu ini dibincangkan dalam konteks Malaysia di samping contoh-contoh lain sebagai perbandingan. 2.0 AGAMA DAN NASIONALISME Menerusi pelbagai kajian dan penulisan yang telah dilakukan kepada politik Malaysia, agama dikenal pasti antara elemen primordialisme terpenting yang membentuk identiti sesebuah kelompok yang selalu diistilahkan sebagai kaum. Namun, menyorot sejarah, peranan agama lebih jelas dalam pembentukan identiti bagi kaum Melayu dan India berbanding Cina dan “dan lain-lain”. Sebagai contoh, definisi Melayu yang ketat dalam Perlembagaan Malaysia di mana menjadi Muslim adalah pra-syarat kepada identiti kemelayuan. Hal ini menjelaskan bagaimana seseorang yang berketurunan Melayu atau dari ras Melayu adalah bukan Melayu sekiranya tidak beragama Islam. Kes Lina Joy, jelas memperincikan peranan agama yang jelas adalah salah satu elemen primordial yang berperanan besar. Islam memainkan peranan terpenting dalam pembentukan identiti Melayu. Begitu juga peranan Hindu bagi komuniti India. Oleh yang demikian, sebagai elemen primordial yang sangat penting bagi pembentukan identiti kaum, agama bukan hanya menjadi pra-syarat identiti atau elemen teras bagi pembentukan ideologi nasionalisme bagi sesebuah kaum.Agama menjadi unsur penting bagi sosiologi,komunikasi dan strategi politik. Hal ini sama sekali bertentangan dengan prinsip- prinsip demokrasi dan sekular yang didakwa menjadi dukungan negara dan masyarakat United Kingdom. Bagi kaum Melayu, Islam memainkan peranan yang sangat besar dalam pembentukan nasionalisme Melayu.Ini seiring dengan hujah Huntington (1997) yang menyatakan bahawa agama menjadi teras budaya dan seterusnya mempengaruhi setiap aspek dalam hidup manusia seperti politik, ekonomi dan sosial. Kekuatan pengaruh agama dikemukakan
  • 4. Seminar on National Resilience 396 menerusi konsep pertembungan peradaban (Huntington 1997). Agama dikenal pasti oleh Huntington (1997) sebagai asas pembentukan peradaban. Oleh yang demikian, agama berperanan membentuk asas pemikiran,budaya,dan segala aspek yang berkaitan dengan pembentukan peradaban. Hal ini menjelaskan pembentukan identiti kaum di Malaysia. Islam membentuk Melayu, Konfucionisme membentuk identiti Cina, dan Hindu membentuk identiti India. Oleh itu, sebarang perbezaan akibat perbezaan agama mampu melahirkan konflik. Peranan serta pengaruh agama membentuk nasionalisme kaum di Malaysia. Peranan agama dalam kehidupan warga Malaysia adalah besar. Menurut Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mendefinisikan kaum menggunakan agama dan ia diletakkan dalam perlembagaan.Oleh itu,perbezaan agama menjadikan persaingan politik tiada penghujungnya. Islam adalah agama terbesar di Malaysia. Tetapi apabila keseluruhan penduduk bukan Islam disatukan, penganut Islam menjadi kurang separuh daripada keseluruhan populasi. Kerencaman masyarakat Malaysia adalah hasil penghijrahan populasi dari selatan China dan selatan India ketika pentadbiran British. Hal tersebut telah membentuk landskap politik Malaysia sehingga ke hari ini. Oleh yang demikian kerencaman Malaysia selari dengan konsep “garis gelinciran1 ” oleh Huntington (1997: 252-254). Ia merujuk kepada negara-negara yang berpotensi berpecah akibat warisan kerencaman yang berasaskan perbezaan peradaban yang diasaskan oleh perbezaan agama. Masyarakat di zon garis gelinciran terdedah kepada pelbagai konflik memecah. Analoginya, seperti gunung berapi yang menunggu masa untuk meletus. Ia merupakan fenomena alam yang biasa di zon 1 Garis gelinciran merujuk kepada istilah bahasa Inggeris iaitu “fault line”. Ia merupakan istilah geografi yang merujuk kepada garisan pertembungan antara dua atau lebih pentas yang mengkomposisi kerak bumi. Pergerakan pentas menyebabkan berlaku gelinciran yang selalu berlaku di garis gelinciran. Garis gelinciran menyebabkan pelbagai fenomena alam seperti gempa bumi, gunung berapi dan tsunami. Antara kawasan yang terkenal berada di atas garis gelinciran adalah Lingkaran Api Pasifik yang meliputi pulau Sumatera, Jawa, Sulawesi, kepulauan Filipina, Jepun, Alaska sehinggalah pergunungan Andes di Amerika Selatan.
  • 5. Political Managements and Policies in Malaysia 397 garis gelinciran. Masyarakat garis gelinciran mungkin nampak tenang, namun terdedah kepada konflik yang boleh berlaku pada bila-bila masa dan mungkin tanpa sebarang amaran. Oleh itu, dalam persaingan politik yang dilabelkan sebagai politik kaum, agama dilihat sebagai faktor terpenting yang mencirikan ideologi nasionalisme setiap kaum. Walaupun, tidak dilabel sebagai etno- nasionalisme, yang jelas setiap kelompok memperjuangkan kepentingan masing-masing menerusi nasionalisme. Ia selaras dengan kenyataan Huntington (1997) berkenaan agama yang mendasari segala bentuk pemikiran, politik, ekonomi, budaya malah peradaban. Oleh itu, Islam dikenal pasti sebagai asas kepada ideologi yang dipegang oleh dua parti politik Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Walaupun UMNO dilihat kurang Islamik berbanding PAS,Islam tetap memainkan peranan penting untuk UMNO. Ia dapat dilihat dari pelbagai strategi politik, kempen politik dan corak pembuatan keputusan yang diambil. Agama yang kononnya bersifat menyatu dan berfungsi untuk menyatu dilihat menggalakkan kesedaran tentang perbezaan. Sebagaimana yang telah disebutkan,dalam nasionalisme Melayu,Islam memiliki kedudukan yang sangat istimewa.Malah ia disebut dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 153. Menganuti Islam ialah salah satu pra-syarat bagi memastikan kemelayuan seseorang. Begitu juga dengan sistem monarki berperlembagaan yang mana raja-raja Melayu adalah ketua agama Islam. Hasilnya, Islam kelihatan begitu eksklusif untuk orang Melayu sahaja. Malah wujud pandangan yang melihat menganuti Islam oleh kaum lain bermakna menjadi Melayu. Oleh yang demikian, agama yang di antaranya menyeru kepada perdamaian, berbaik sangka, toleransi, dan perpaduan seolah kini merangsang kepada perpecahan hanya kerana berbeza agama. Apa yang menarik di Malaysia adalah kedudukan agama dalam politik. Hal ini
  • 6. Seminar on National Resilience 398 membawa kepada penghujahan sama ada agama sebagai alat ataupun matlamat. Kedudukan agama ini pula memecahkan sesebuah kelompok sebagaimana kewujudan dua parti politik untuk orang Melayu iaitu PAS dan UMNO. Justeru, muncul perdebatan mengenai agama yang boleh dikenal pasti sama ada Islam benar-benar diperjuangkan sebagai satu kepentingan atau sentimen Islam dipergunakan bagi keuntungan politik sesebuah parti itu. Perbezaan pandangan dalam mengamalkan agama menyebabkan kaum Melayu secara kasarnya terpecah dua. Akhir-akhir ini pula ada pula yang berpandangan kaum Melayu berpecah tiga. Perpecahan tersebut adalah menurut perspektif politik kepartian di Malaysia kerana terdapat 3 parti terbesar yang dianggotai oleh orang Melayu iaitu UMNO, PAS dan Parti KeAdilan Rakyat (PKR). Ketiga-tiga parti ini mempunyai ideologi masing-masing. UMNO berpegang kepada nasionalisme Melayu; PAS pula berjuang untuk memartabatkan Islam; manakala PKR yang liberal mahu membudayakan demokrasi di Malaysia. Malahan, kerencaman populasi Malaysia pada hari ini adalah berikutan polisi pentadbiran British di Tanah Malaysia. Secara perbandingan dengan pengalaman era kolonial di Asia dan Afrika, ia ternyata tidak jauh berbeza. Fiji dan Afrika Selatan antara negara yang menjadi majmuk berikutan pengalaman kolonialisme British. Kerencaman oleh faktor-faktor warisan yang primordial seperti bahasa, agama, negara asal dan warna kulit disulitkan lagi oleh polisi pecah dan perintah. Hal ini menyebabkan kurang integrasi antara komuniti dalam masyarakat. Furnivall (1931) mengenal pasti ia sebagai punca utama kewujudan masyarakat majmuk. Malaysia menepati model masyarakat majmuk oleh Furnivall (1931) yang melihat ia sebagai sebuah masyarakat dalam satu unit politik yang sama tetapi tidak berintegrasi. Sehingga kini, kesalahan terhadap bentuk masyarakat yang sedia ada di negara-negara yang rencam ini diletakkan ke atas polisi-polisi pentadbiran British yang mengubah landskap tanah jajahannya sebagaimana yang diwacanakan
  • 7. Political Managements and Policies in Malaysia 399 oleh Shamsul (1996) bagi kes Malaysia. Penjajah mengubah struktur masyarakat dan seterusnya menggunakan pendekatan pecah dan perintah bagi mewujudkan kesedaran tentang perbezaan antara kaum untuk memudahkan urusan pentadbiran. 3.0 AGAMA DAN DEMOKRASI Walaupundemokrasidanekonomipasaranbebastelahdiperkenalkandan diamalkan lebih dari setengah abad, namun ia masih belum membudaya di Malaysia. Hal ini kerana ia bukan berasal dari tradisi tempatan, ia adalah tradisi luar dari Eropah yang dibawa oleh pentadbiran British. Ia sejajar dengan kebanyakan negara-negara lain di Asia dan Afrika. Oleh yang demikian, model politiknya adalah tidak berasaskan ideologi yang berasaskan spektrum dari kanan ke kiri seperti kebanyakan negara- negara demokrasi maju. Dalam konteks Malaysia, demokrasi yang membenarkan persaingan politik menyebabkan berlaku persaingan agama. Namun, persaingan agama tersebut dikenali sebagai persaingan antara kaum ataupun politik perkauman. Oleh yang demikian, wujud kalangan sarjana yang menyatakan ia adalah kelemahan demokrasi. Ini kerana ia memberikan ruang kepada kemunculan politik kelompok yang sama ada berasaskan atau dipengaruhi agama yang sering dilabel sebagai politik perkauman. Pada masa kini, ia paling ketara berlangsung di era keruntuhan negara-negara komunis di Eropah timur seperti negara-negara bekas Kesatuan Soviet dan negara-negara tirai besi. Ia didakwa berupaya mengancam perpaduan dan kedaulatan sesebuah negara sebagaimana dibincangkan oleh Nodia (1994: 3-22).Namun,ada kalangan yang menyatakan ia diakibatkan oleh sifat dan fungsi agama itu sendiri yang cenderung kepada perpecahan berbanding penyatuan.
  • 8. Seminar on National Resilience 400 Dalam pada itu,dilema hubungan demokrasi dan agama pemecah paling signifikan melibatkan prinsip-prinsip yang mengimbangi pemerintahan oleh majoriti dan hak-hak minoriti. Inilah juga antara isu teras yang dikenal pasti sebagai membayangi politik perkauman di Malaysia. Ia berkenaan penyelarasan dan mencari pendekatan terbaik bagi mencapai titik keseimbangan yang diinginkan. Ia melibatkan pelbagai sektor seperti sosial, ekonomi dan politik dan semuanya sentiasa berkesalingan. Namun, sering kali ia mencapai kegagalan sebagaimana yang dipaparkan oleh Hardgrave (1994: 71-85) menerusi kajian kes ke atas demokrasi terbesar dunia, iaitu India. Malaysia sebagaimana India, ia juga adalah sebuah negara pengamal demokrasi yang berbilang kaum. Oleh itu, konflik, perpecahan dan persaingan dikenal pasti berpunca daripada agama yang tidak mampu bertoleransi terhadap hakikat pemerintahan oleh majoriti. Ia seolah menjelaskan bahawa konflik boleh dipendamkan untuk suatu jangka masa tertentu tetapi tidak berupaya dihapuskan. Seiring dengan itu, kes Malaysia menunjukkan agama adalah punca kepadaperpecahan.Iamenjelaskantentangdemokrasiyangmembenarkan persaingan antara agama menerusi politik kepartian. Oleh itu institusi- institusi demokrasi kelihatan diperalatkan oleh agama untuk kepentingan politik masing-masing yang dikatakan sebagai politik perkauman. Apa yang jelas, agama ialah teras kesedaran tentang ‘kita’ dan ‘mereka’. Ia juga boleh dikenal pasti sebagai sebuah ideologi yang memangkin syak wasangka dan ketidakpuasan hati. Dalam kata lain, ia menyedarkan manusia tentang perbezaan dan rasa terancam hanya kerana wujud perbezaan. Demikianlah agama yang merupakan sebuah ideologi yang tidak rasional yang menggalakkan perpecahan dalam sistem demokrasi. 4.0 AGAMA DAN GLOBALISASI Globalisasi, dunia tanpa sempadan, dan pemikiran neo-liberalisme pada hari seakan meminggirkan kepentingan negara dan menafikan peranan negara bangsa dalam semua bidang kehidupan terutamanya ekonomi. Menerusi globalisasi, dunia pada hari ini dikatakan lebih berinteraksi,
  • 9. Political Managements and Policies in Malaysia 401 lebih dekat antara satu sama lain. Masyarakat dunia yang rencam juga lebih berkongsi banyak persamaan berbanding perbezaan.Oleh itu,dunia juga dikatakan lebih seragam atau lebih homogen. Oleh yang demikian, hidupmanusiatidaklagiberkisardilingkungannegaradannegara-bangsa sahaja. Peranannya dikatakan mula diambil alih oleh sektor swasta dan organisasi-organisasi yang sama ada bersifat antarabangsa, transnasional, multi-nasional, malah ada juga yang bersifat supranasional.2 Dengan penghujahan di atas,maka lahir pandangan yang melihat negara- bangsa tidak lagi penting,kerana peranannya yang kian terhakis.Namun, wujud pandangan yang berlawanan. Penduduk dunia yang terdiri dari pelbagai kelompok dengan pelbagai pengenalan diri masih memerlukan negara dalam memelihara kepentingan baik dari sudut politik, ekonomi, malahan juga jati diri dan identiti. Pertambahan jumlah negara adalah bukti kukuh. Berpisahnya Montenegro dari Persekutuan Yugoslavia (Persekutuan Serbia-Montenegro) pada 2004 dan merdekanya Timor Leste dari Indonesia pada 2002 adalah contoh jelas. Kewujudan pelbagai gerakan yang sering dilabelkan sebagai, perjuangan kemerdekaan, pemisahan, yang menjadi masalah kepada banyak negara moden pada hari ini seakan menyatakan permintaan kepada kewujudan negara atau negara-bangsa masih lagi tinggi. Proses penyeragaman dan penghomogenan dunia melalui proses globalisasi dan ledakan teknologi maklumat adalah suatu senario yang membawa bersama segala elemen. Ia sama ada positif atau negatif. Manusia, secara individu ataupun secara berkelompok boleh menerima sama ada untuk berada dalam arus globalisasi, menerimanya dengan skeptis, atau cuba menolaknya. Dalam konteks agama, reaksi paling menonjol adalah berkenaan dengan jati diri, identiti atau pengenalan diri. Sebagai contoh, proses penyeragaman lebih dilihat sebagai proses Amerikanisasi, ‘Mcdonaldisation’, penyebaran budaya pop dan 2 Kesatuan Eropah (European Union) adalah satu-satunya organisasi antarabangsa yang bersifat supranasional. Ia adalah organisasi yang seakan memainkan peranan negara. Ia seakan punya kedaulatan sendiri yang diserahkan oleh negara-negara anggota kepadanya.
  • 10. Seminar on National Resilience 402 konsumerisme. Demikianlah apabila berlaku ancaman, manusia kembali melihat diri mereka,mungkin mencari rasa selamat menerusi agama,dan mencari nilai-nilai serta identiti yang dapat membezakan diri mereka dari yang lain. Dalam lain perkataan, kesedaran terhadap identiti dan jati diri semakin menebal ketika berlaku ancaman identiti oleh globalisasi. Dalam hal ini, konflik etnik dan perjuangan pemisahan, serta tuntutan autonomidanbernegarasendiriadalahsuatureaksiatautindakbalaskepada globalisasi. Sering kali ia dilabelkan dalam istilah etno-nasionalisme, iaitu gerakan memecah dalam sesebuah negara di mana agama sering memainkan peranan penting. Perjuangan Melayu Patani di selatan Thai, gerakan Bangsamoro di bahagian selatan Filipina, gerakan kemerdekaan Acheh, dan gerakan bernegara Kristian di Maluku di Indonesia adalah lima contoh perjuangan agama yang berusaha menubuhkan negara sendiri di rantau Asia Tenggara. China juga berhadapan dengan dua pergerakan untuk pembebasan Tibet dan juga wilayah Sinkiang3 . Di Asia Barat pula,Turki dan Iraq berhadapan dengan hasrat bangsa Kurdis untuk membentuk Kurdistan. Di Asia Selatan pula, Tamil Eelam masih berjuang membebaskan diri dari Sri Lanka. Dalam konteks Malaysia, tidak terdapat kes atau hasrat berpisah, namun wujud semacam kesedaran tentang kepentingan agama yang tinggi. Globalisasi meningkatkan kesedaran tentang identiti Islam di mana globalisasi dilihat sebagai ancaman. Manakala, dominasi Islam yang diiktiraf sebagai agama rasmi oleh perlembagaan Malaysia pula dilihat seolah meminggirkan pula agama-agama lain di Malaysia. Justeru, sebarang isu yang berkaitan agama ditangani dengan sangat berhati-hati agar tidak berlaku keresahan. 3 Wilayah Sinkiang atau Xinxiang pernah dikenali sebagai Republik Turkestan Timur, namun kemerdekaannya hanyalah seketika apabila ia diduduki oleh China. Majoriti penduduk adalah dari etnik Uighur dari rumpun bangsa-bangsa Turki yang juga bertutur dalam bahasa Turki dan beragama Islam.
  • 11. Political Managements and Policies in Malaysia 403 5.0 PERMUAFAKATAN DAN PERKONGSIAN KUASA Kedua-dua konsep permuafakatan dan perkongsian kuasa adalah dua konsep penting yang telah diamalkan oleh parti-parti politik. Hal ini penting kerana politik kepartian yang diasaskan bermula dengan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia adalah berasaskan kepada politik perkauman.Justeru politik permuafakatan (Lijphart 1968) dan perkongsian kuasa dikenal pasti telah berlangsung dan diamalkan dengan baik oleh Parti Perikatan dan seterusnya Barisan Nasional (BN). Persaingan politik Malaysia yang berasaskan perkauman berbanding ideologi memang serasi dengan amalan permuafakatan yang dimanifestasikan oleh persaingan kuasa. Amalan ini membolehkan setiap agama sama-sama berkongsi kuasa dan mempunyai hak dalam pemerintahanMalaysia.Hasilnyawujudsistemsatupartiyangdidominasi oleh Perikatan/BN.Formula permuafakatan membolehkan BN berkuasa lebih dari setengah abad kini. Adalah suatu fakta ia BN adalah contoh pertembungan agama yang dikendalikan dengan bijak. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mewakili kepentingan Islam, Malaysian Chinese Association (MCA) pula memelihara agama dan budaya orang-orang Cina, manakala Malaysian Indian Congress (MIC) pula memperjuangkan hak-hak Hindu.Ciri paling menonjol dalam parti- parti ini ialah keahlian yang berasaskan kaum, di mana agama menjadi pra-syarat kepada definisi identiti kaum. Selama lebih setengah abad juga, wujud parti pesaing seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dengan terang-terangan menjadikan agama sebagai agenda politik. Hal ini membolehkan PAS berterusan relevan dalam politik Malaysia biarpun mempunyai pasang surutnya. Ia membuktikan peranan agama yang besar dalam politik Malaysia. Namun, daya tarikan PAS lebih menumpu kepada orang-orang Melayu sahaja. Kerana kerencaman Malaysia, para sarjana dan ahli politik bersetuju bahawa hanya permuafakatan sahaja yang mampu menentukan kelangsungan sesebuah parti politik di Malaysia.
  • 12. Seminar on National Resilience 404 PerananagamadalampolitikMalaysiadiperkukuhkanlagiolehkenyataan tentang kewujudan parti-parti yang berasaskan ideologi. Democratic Action Party (DAP), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Progresif Penduduk (PPP) adalah antara parti yang boleh dijadikan contoh yang masing-masing adalah berasaskan ideologi dan membuka keahlian kepada semua tetapi menjadi perkauman kerana tekanan- tekanan persekitaran yang lebih mesra kaum atau agama. Menyorot sejarah, kebanyakan parti-parti yang multi-ras dan berasaskan ideologi tidak mampu bertahan lama dalam politik Malaysia. Antara contoh adalah Parti Negara (yang diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar), begitu juga dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) yang kemudiannya dikenali sebagai (Parti Rakyat Malaysia), dan seterusnya terpaksa bergabung dengan Parti KeAdilan Nasional (yang kini dikenali sebagai Parti KeAdilan Rakyat/PKR). Begitulah tekanan agama menerusi perkauman yang menentukan kelangsungan dan relevannya kewujudan sesebuah parti di Malaysia. Peranan agama antara yang paling jelas ialah melihat kepada hubungan antara parti dalam politik Malaysia seperti hubungan antara DAP dan PAS malahan juga hubungan antara PAS dan UMNO. Agama memainkan peranan besar dalam hubungan yang berpasang surut ini. DAP didominasi oleh kaum Cina hingga pernah dilabel sebagai sebuah parti cauvinis Cina, manakala PAS didakwa sebuah parti fundamentalis/ ekstremis Islam yang bercita-cita ingin menubuhkan sebuah Negara Islam di Malaysia. Apa yang jelas, Negara Islam adalah isu fokus dalam hubungan PAS-DAP. Dalam lain perkataan, ia berkenaan agama di mana ia menjelaskan sedikit sebanyak tentang hubungan antara Islam dan bukan Islam. Namun, disebabkan oleh kepentingan politik, di mana masing-masing memiliki seteru politik yang sama iaitu BN,maka mereka bekerjasama dalam gagasan Barisan Alternatif dan seterusnya Pakatan Rakyat. Dari sudut lain, ia membuktikan bagaimana permuafakatan adalah penting dalam politik Malaysia seperti telah lama diamalkan oleh BN.Menerusi Pakatan Rakyat yang memanifestasikan perkongsian kuasa
  • 13. Political Managements and Policies in Malaysia 405 jelas menunjukkan kemampuan permuafakatan yang dapat menonjolkan sifat agama yang toleran dan menganjurkan kerjasama dan perpaduan. 6.0 KESIMPULAN Di Malaysia, agama yang sepatutnya menyeru kepada perdamaian, berbaik sangka, toleransi, dan perpaduan seakan menjadi punca konflik dan persaingan hanya kerana perbezaan agama. Oleh yang demikian kedudukan agama dalam politik kepartian boleh dilihat sama ada sebagai alat ataupun matlamat. Namun, garis pemisah antaranya sangat sukar ditentukan. Dalam politik Malaysia, persaingan agama bukan hanya di antara Islam dan bukan Islam malahan ia menjadi persaingan dalam politik kepartian sebagaimana yang berlaku antara parti UMNO dan PAS. Hal ini menjelaskan peranan demokrasi yang membenarkan persaingan politik antara agama dan intra-agama. Hal di atas dapat dikenal pasti sebagai kelemahan demokrasi.Ia memberi ruang kepada agama untuk berperanan dalam mempengaruhi kewujudan konflik antara kelompok. Di Malaysia agama berperanan besar dalam politik perkauman yang menjadi asas kepada kewujudan negara Malaysia itu sendiri. Ia adalah hasil pecah dan perintah oleh pentadbiran British yang melahirkan sebuah masyarakat majmuk yang kelompok-kelompok di dalamnya tidak berintegrasi hasil dari interaksi yang terbatas. Oleh itu, agama sebagai salah satu elemen primordial Geertz (1963) menjadi penentu kepada budaya politik kaum di Malaysia. Justeru, kaum dan agama tidak dapat dipisahkan. Ia dikuatkan lagi oleh Huntington (1997) yang menyatakan agama adalah asas kepada budaya yang menjadi teras kepada kewujudan sesebuah peradaban.Malah jika model pertembungan peradaban dioperasikan, Malaysia adalah tempat pertembungan empat buah peradaban dunia iaitu peradaban Islam, Sinik, Hindu dan Barat. Justeru, ia menjelaskan kedudukan agama dalam politik Malaysia. Globalisasi juga dikenal pasti merangsang peranan agama dalam politik. Hal ini berikutan kekuatannya yang mampu menyeragamkan dunia. Ia
  • 14. Seminar on National Resilience 406 suatu fenomena yang mampu menghakis identiti bangsa, malah boleh menggugat keselamatan, kedaulatan dan kemerdekaan sesebuah bangsa, terutamanya bangsa yang merasakan dirinya berada di bawah dominasi dan hegemoni bangsa lain dalam sebuah negara yang sama. Oleh itu, agama dikenal pasti berupaya mengembalikan semula jati diri, identiti bangsa. Justeru, fundamentalisme dalam beragama dan rasa prasangka terhadap agama lain menjadi suatu lumrah di era ini. Justeru,permuafakatankelihatanmenjadijalanpenyelesaianterbaikuntuk menyerlahkan sifat agama yang menganjurkan kedamaian, toleransi dan kerjasama.Kelangsungan Barisan Nasional dan dominasinya sebagai parti pemerintah selama lebih dari setengah abad menjelaskan peranan politik permuafakan bagi meredakan peranan agama yang mampu memecahkan hanya disebabkan perbezaan. Rujukan Alter, Peter. 1985. Nationalism. Terj. Edward Arnold. London: Great Britain. Anderson, Benedict. 1983. Imagined communities: reflections on the origin and spread of nationalism. London: Verso. Baradat, L. P. 2000. Political ideologies: their origins and impact. Ed. Ke-7. Upper Saddle River: Prentice-Hall. Buchanan, Allen. 1991. Secession: the morality of political divorce from Fort Sumter to Lithuania and Quebec. Boulder: Westview Press. Bugajski, J. 1994. The fate of minorities in Eastern Europe. Dlm. Larry Diamond & Marc F. Plattner (pnyt.). Nationalism, ethnic conflict, and democracy. Baltimore: Johns Hopskins University Press. Choudhury, G. W. 1993. Islam and the modern Muslim world. Buckhurst Hill: Scorpion Publishing.
  • 15. Political Managements and Policies in Malaysia 407 Canny, Nicholas. Dominant minorities: English settlers in Ireland and Virginia, 1550-1650. Dlm. A. C. Hepburn (pnyt.). Minorities in history. London: Edward Arnold Ltd. D’ Alton, Ian. A contrast in crises: Southern Irish Protestantism, 1820- 43 and 1885-1910. Dlm. A. C. Hepburn (pnyt.). Minorities in history. London: Edward Arnold Ltd. Emerson, Rupert. 1960. From empire to nation: the rise to self-assertion of Asian and African peoples. Boston: Beacon Press. Fukuyama, Francis. 1992. The end of history and the last man. Edisi 2006. New York: Free Press. Geertz, Clifford. 1963. Primordial sentiments and civil politics in the new states. Dlm. Clifford Geertz (pnyt.). Old societies and new states. Glencoe: Free Press. Hardgrave, Robert L. Jr. . 1994. India: the dilemmas of diversity. Dlm. Larry Diamond & Marc F. Plattner (pnyt.). Nationalism, ethnic conflict, and democracy. Baltimore: Johns Hopskins University Press. Harrison,K.& Boyd,T.2003.Understanding political ideas and movements. Manchester: Manchester University Press. Hepburn, A. C. Catholics in the north of Ireland, 1850-1921: the urbanization of a minority. Dlm. A. C. Hepburn (pnyt.). Minorities in history. London: Edward Arnold Ltd. Hertz, Frederick. 1944. Nationality in history and politics: a psychology and sociology of national sentiment and nationalism. London: Routledge & Kegan Paul Ltd. Heywood, Andrew. 1992. Political ideologies: an introduction. London: Macmillan Press. Hobsbawm, E. 1990. Nations and nationalism since 1780. Cambridge: Cambridge University Press. ___________, Ranger, T. 1983. The invention of tradition. Cambridge: Cambridge University Press. Horowitz, Donald L. Ethnic groups in conflict. Berkeley: University of California Press.
  • 16. Seminar on National Resilience 408 Huntington,S.P.1997.The third wave:democratisation in the late twentieth century. New York. ______________.1997.The clash of civilizations and the remaking of world order. New York: Touchstone Books. Hutchinson, John. 2005. Nations as zones of conflict. London: Sage Publications Ltd. Johnston, R. J., Knight, D. B. & Kofman, E. 1988. Nationalism, self- determination and the world political map: an introduction. Dlm. R.J. Johnston, David B. Knight & Eleanore Kofman (pnyt.). Nationalism, self-determination and political geography, hlm. 1-17. New York: Croom Helm. Ismail Hussein.2001.Antara Dunia Melayu dengan Dunia Kebangsaan. Dlm.Ismail Hussein,Wan Hashim Wan Teh & Ghazalie Shafie (pnyt.). Tamadun Melayu menyongsong abad kedua puluh satu, hlm. 9-68. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Kedouri, Elie. 1993. Nationalism. Ed. Ke-4. Oxford: Blackwell. Kellas, J. G. 1991. The politics of nationalism and ethnicity. Ed. Ke-2. New York: Palgrave Macmillan. Kingdom, John. 2003. Government and politics in Britain: an introduction. Ed. Ke-3. Oxford: Blackwell Publishing Ltd. __________. 1998. The politics of nationalism and ethnicity: revised and updated. Ed. Ke-2. New York: Palgrave Macmillan. Kohn, Hans. 1944. The idea of nationalism: a study in its origins and background. Collier Books. McCormick, John. 2001. Britain: changing yet steadfast. Dlm. Howard J.Wiarda (pnyt.). European politics in the age of globalization, hlm. 52-91. Orlando: Harcourt Inc. Nik Anuar Nik Mahmud. 2006. Sejarah perjuangan Melayu Pattani: 1785-1954. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Nodia,Ghia.1994.Nationalism and democracy.Dlm.Larry Diamond & Marc F. Plattner, hlm. 3-22. (pnyt.). Nationalism, ethnic conflict, and democracy. Baltimore: Johns Hopskins University Press.
  • 17. Political Managements and Policies in Malaysia 409 O’Sullivan See, Katherine. 1980. The social origins of ethnic-national identities in Ireland and Canada.Dlm.Jacques Dofny & Akinsola Akiwowo (pnyt.). National and ethnic movements, hlm. 107-129. Beverly Hills: Sage Publications Inc. Roskin, M. G., Cord, R. L., Medeiros, J. A., Jones, W. S. 2000. Political science: an introduction. Ed. Ke-7. Upper Saddle River, New Jersey: Prentice-Hall. Sargent, L. T. 1990. Contemporary political ideologies: a reader. Belmont: Wadsworth Inc. Shamsul, A. B. 1996. The construction and transformation of a social identity: Malayness and Bumiputeraness re-examined. Journal of Asian and African studies 52. Sity Daud. 2004. Globalisasi dan negara pembangunan. Akademika: Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Januari: 27-42. Smith, A. D. 1986. The ethnic origins of nations. Cambridge: Blackwell. Spencer, P., Wollman, H. 2002. Nationalism: a critical introduction. London: SAGE Publications Ltd. Van Der Wusten, H. 1988.The occurrence of successful and unsuccessful nationalisms. Dlm. R.J. Johnston, David B. Knight & Eleanore Kofman (pnyt.). Nationalism, self-determination and political geography, hlm. 1-17. New York: Croom Helm. Weber,M.1948.The nation.Dlm.John Hutchison & Anthony D.Smith (pnyt.). Nationalism. Oxford: Oxford University Press. 21-5.