SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
SEMESTER 2 SESI 2012/2013MANUSIA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PJJ)
KPD 3026:
PENGAJARAN, TEKNOLOGI dan PENAKSIRAN 2
TAJUK
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
ARMIAH BTE NASIRUDDIN D20121061724
PUSAT PEMBELAJARAN: EL- S01(A122PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ZAHARI HASHIM
TARIKH SERAH: 04MEI 2013
PEMARKAHAN
KAJIAN TINDAKAN
Kajian Tindakan
Tajuk :
Meningkatkan Pencapaian Murid Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Melalui
Penggunaan ICT
Nama Penyelidik :
Armiah Binti Nasiruddin
Nama Sekolah :
Sekolah Kebangsaan Pekan Tenghilan,
Peti Surat 594,
89208 Tuaran, Sabah
Bab 1 : Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu saya mengajar mata pelajaran Bahasa
Malaysia Tahun Enam. Adakalanya saya meminta supaya murid menggunakan buku teks
serta buku latihan aktiviti dalam proses pengajaran saya. Apabila saya meminta murid-
murid mengeluarkan buku teks atau buku latihan aktiviti, terdapat lima ke tujuh orang
murid tidak mengeluarkannya. Alasan yang diberi pelbagai,beg berat, terlupa susun jadual
juga tidak ketinggalan alasan buku hilang atau koyak. Pada saya, adakalanya alasan seperti
beg berat memang boleh diterima. Kerana, jika terdapat empat buah buku teks dan masing-
masing mempunyai buku latihan aktiviti maka jumlah buku yang dibawa menjadi lapan
buah.Ini membebankan mereka terutama yang berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah.
Saya juga pernah meminta agar murid berkongsi buku dengan rakan mereka, tetapi ianya
hanya mengganggu kelancaran proses pembelajaran yang dijalankan.
Sebagai seorang guru, saya juga sedar buku-buku teks tidak boleh ditinggalkan di dalam
bilik darjah. Ini adalah kerana risiko untuk murid-murid kehilangan buku adalah lebih
tinggi. Dalam usaha mengikuti perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, pihak
sekolah tempat saya mengajar telah menyediakan makmal komputer yang akan digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan komputer sebenarnya bukan
menjadi satu masalah, Cuma jadual penggunaannya perlu diatur lebih awal.
Sekiranya saya dapat berhubung dengan guru Penyelaras Bestari sekolah untuk mengatur
jadual penggunaan komputer, mungkin masalah membawa buku teks dan buku latihan
aktiviti dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Saya tidak mahu proses pembelajaran
terganggu dengan hanya alasan murid tidak membawa buku teks atau buku latihan
aktiviti.Murid-murid saya ini adalah pelajar Tahun Satu.Saya tidak mahu mereka menjadi
mangsa atas kelemahan pengurusan saya sendiri.Penggunaan teknologi computer dalam
pengajaran saya sudah semestinya dapat meningkatkan profesionalisme saya sendiri
disamping dapat menarik minat para pelajar saya untuk lebih memahami pengajaran yang
diberi.
Peruntukan waktu yang terhad mengikut jadual hanya membolehkan saya mengajar
perkara asas sahaja.Sedangkan, murid perlu diberi peluang dalam kelas untuk meneroka
maklumat dan mengalami sendiri pengalaman menimba ilmu dengan menggunakan
teknologi ICT.Saya boleh membina, menyediakan dan memuatnaik bahan pembelajaran
yang lebih menarik untuk murid-murid saya.Tentu ianya lebih menarik dan dapat
mengurangkan beban buku teks dan buku latihan aktiviti yang sering berlaku. Saya
percaya bahawa kesungguhan untuk melakukan sesuatu dan rasa tanggungjawab akan
membolehkan saya merealisasikan penggunaan ICT dalam bilik darjah.
2 Fokus Kajian
Saya tidak dapat melaksanakan peringkat atau fasa eksplorasi maklumat yang dilakukan
oleh murid disebabkan murid tidak membawa buku teks dan buku latihan aktiviti.OHP
yang terdapat di sekolah juga seringkali menghadapi masalah.Meskipun objektif pelajaran
boleh dicapai tetapi dari segi kualiti agak mengecewakan.Sesetengah murid ada yang
dibendung rasa rendah diri kerana malu sekiranya mereka kerap bertanya apabila sukar
memahami pelajaran.
2.1 Pengumpulan Data Awal
Melalui tinjauan awal yang dibuat ke atas murid-murid dalam kelas yang saya ajar,
saya dapati 14 dari 22 orang murid dalam kelas telah terdedah dengan penggunaan
komputer di rumah. 14 orang murid saya ini juga memiliki facebook masinh-
masing.Daripada temu bual awal yang dibuat, kesemua murid menyatakan rasa seronok
yang mungkin diperolehi sekiranya dapat melibatkan diri dan diberi peluang belajar
melalui laman facebook.Dapatan awal ini menguatkan semangat saya untuk menggunakan
teknologi TMK sebagai alat yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran.
2.2.1 Analisis Tinjauan Masalah
Melalui kedua-dua kaedah pengumpulan data awal juga saya dapati adakalanya murid
sengaja meninggalkan buku teks dan buku latihan aktiviti bagi mata pelajaran yang bukan
teras.Buku-buku terlalu banyak untuk di bawa ke sekolah dan ini membebankan mereka
terutama murid yang berjalan kaki.
Jadual di bawah menunjukkan permasalahan yang berlaku.
Bil Alasan meninggalkan buku teks dan buku latihan aktiviti Kekerapan
1 Mengurangkan beban buku teks dan buku latihan aktiviti 17/22
2 Terlupa merujuk jadual pembelajaran kelas 15/22
3 Saiz beg yang kecil 10/22
4 Bukannya setiap hari menggunakan buku teks dan buku latihan
aktiviti
12/22
Daripada data di atas, saya merumuskan bahawa semua permasalahan yang timbul dalam
penggunaan buku teks dan buku latihan aktiviti berpunca daripada masalah murid itu
sendiri.Walau bagaimana pun, tindakan perlu diambil bagi memperbaiki keadaan agar
murid-murid saya tidak ketinggalan dalam mendapatkan ilmu pengetahuan.
2.3 Skop Kajian
Blog, email dan facebook merupakan antara alat komunikasi yang boleh digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam internet. Kebanyakan
capaian yang saya sebutkan ini adalah percuma. Selain berupaya untuk melakukan
penerokaan maklumat yang lebih luas, murid dijangka akan berasa seronok dengan konsep
pembelajaran interaktif serta tidak akan ketinggalan dengan perkembangan teknologi
pendidikan.
Bill Gates (1999), dalam bukunya Business @ The Speed of Thought yang menyatakan
komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan
guru memberi arahan kepada pendekatan ‘hands on’ dan menggunakansepenuhnya sifat
inkuiri yang ada dalam diri pelajar. Komputer peribadi membolehkan mereka meneroka
maklumat mengikut kapasiti masing-masing.Holmes (1999), pula memberikan pandangan
bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel
dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran
yang diajar.Sementara menurut Ovarec (2002), blog berfungsi sebagai cara untuk
menggalakkan kolaborasi melalui perkongsian pautan sumber yang kemaskini. Menurut
Ovarec lagi, blog berfungsi sebagai jurnal atas talian yang boleh menggalakkan refleksi
peribadi dan sebagai alat untuk murid meluahkan pendapat serta pandangan
mereka.Dengan penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
membolehkan murid yang mempunyai sikap rendah diri belajar dengan lebih selesa tanpa
perlu bertanya dengan didengari oleh rakan-rakan lain dalam kelas.
Walaupun saya dapat mengesan beberapa isu yang dihadapi, saya hanya
akanfokuskan kajian ini kepada penggunaan blog, email dan facebook sebagai bahan bantu
pengajaran dan pembelajaran yang dapat mengurangkan beban beg dan buku-buku yang
perlu dibawa ke sekolah.
Murid-murid saya sering bertungkus lumus dengan aktiviti pembacaan dan penulisan tetapi
tidak menghayati aktiviti yang menggunakan buku teks.Saya dapati, masalah membaca dan
menulis merupakan masalah yang agak meluas di sekolah tempat saya mengajar ini. Kajian
yang akan saya lakukan mendorong saya mencari kaedah dan sokongan teknologi untuk
membantu murid-murid saya. Saya percaya bahawa penggunaan TMK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran akan dapat meningkatkan keseronokan belajar selain dapat
mengurangkan beban beg sekolah. Dan saya juga percaya bahawa penggunaan TMK/ICT
akan dapat menambahbaik proses pengajaran saya serta pembelajaran murid.
3 Objektif Umum
Umumnya kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penerokaan maklumat
yang berpunca daripada keengganan murid membawa buku teks dan buku latihan aktiviti
ke sekolah dengan alas an beban buku yang agak berat. Sebagai pilihan, email dan
facebook akan digunakan sebagai gentian kepada buku teks dan buku latihan aktiviti selain
daripada ciri-ciri yang lebih menarik, interaktif dan kemaskini.
3.1Objektif Khusus
● Meningkatkan minat murid menggunakan teknologi komputer dan komunikasi untuk
mengakses maklumat tentang perkara yang dipelajari.
● Menambahbaik amalan lazim penggunaan buku teks dan buku latihan kepada
penggunaankomputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
● Memperkayakan murid dengan maklumat yang mudah didapati dari internet.
● Menggalakkan proses pembelajaran berlaku bukan saja di dalam bilik darjah tetapi juga
di luar bilik darjah.
Kepentingan Kajian
Dari segi amalan bekerja saya, penggunaan TMK/ICT akan dapat membantu
menambahbaik strategi, pendekatan dan kaedah pengajaran dalam bilik darjah. Saya
mungkin akan menghadapi masalah tetapi masalah bukanlah merupakan perkara yang
dapat melemahkan saya sebagai seorang guru. Sebaliknya, masalah yang akan saya hadapi
lebih merupakan peluang untuk saya membuat penambahbaikan terhadap amalan bekerja
saya. Selain itu, penggunaan TMK/ICT ini juga untuk meningkatkan pembelajaran murid-
murid saya.
Batasan Kajian
Kajian yang dilakukan ini mengambil masa kurang dari seminggu, lantaran batasan
waktu yang wujud serta bebanan tugasyang lain, namun secara khususnya saya cuba untuk
usaha menyiapkan sedaya yang mungkin. Sebenarnya saya amat memerlukan sokongan
dan pandangan rakan sekerja serta pihak pengurusan sekolah. Oleh itu saya akan
memastikan untuk mendapatkan pandangan kedua daripada orang lain agar saya dapat
melihat isu ini dengan lebih mendalam lagi.
Rumusan
Bagi saya, penyelidikan ini sangat perlu dijalankan memandangkan penggunaan teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sangat menarik serta menyeronokkan.
Murid akan dapat meningkatkan motivasi belajar selain menungkatkan kemahiran dalam
penggunaan ICT. Murid juga tidak perlu lagi sering terbeban oleh beban beg yang berat ke
sekolah. Kerjasama dan sokongan daripada pihak pengurusan sekolah amat diharapkan
terutamanya dalam menggalakkan murid untuk mula berani bertindak menggunakan
teknologi sebagai alat pembelajaran yang berkesan dan bukan hanya sekadar untuk
dijadikan tapak perbualan kosong sahaja.Sebagai seorang guru yang ingin menggalakkan
murid menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, saya sendiri telah menyediakan
blog mata pelajaran yang saya ajar beserta maklumat pelajaran yang bakal saya masukkan
kelak. Ianya boleh dicapai pada bila-bila masa sahaja di
http://armiahskpekantenghilan.blogspot.com/p/bahan-pembelajaran.html
Saya berpuas hati dengan apa yang saya rancangkan dan sangat berharap agar kajian ini
dapat dilaksanakan secepat mungkin seperti yang telah dijadualkan.
Metodologi Kajian
Pemerhatian Penuh
Saya akan melakukan pemerhatian penuh di mana saya sendiri akan terlibat sebagai
guru yang memberi arahan kepada murid untuk menggunakan blog guru semasa saya
mengajar di dalam bilik darjah. Dengan menggunakan diari untuk mencatat maklumat,
saya akan memerhati dan mencatatkan isu-isu tentang penggunaan blog untuk murid
meneroka maklumat semasa mereka belajar.
Temu Bual
Mana-mana murid akan dipilih sebagai wakil kumpulan untuk temu bual. Sekiranya
ahli lain ingin mengemukakan pandangan mereka, kesemua pandangan mereka akan
diambil kira dan akan direkodkan. Temu bual hanya akan menyentuh beberapa aspek
tertentu sahaja iaitu:
1. Adakah murid lebih berminat untuk belajar dengan sokongan blog guru, email dan
facebook?
2. Adakah murid dapat maklumat yang jelas dan mudah difahami tentang pelajaran?
Sekiranya tidak, mengapa?
3. Apakah masalah yang dihadapi ketika menggunakan blog guru semasa meneroka
maklumat pelajaran? Apakah cadangan murid untuk atasi masalah yang timbul?
4. Adakah amalan menggunakan blog dapat membantu masalah membawa beban beg
yang berat ke sekolah?
5. Adakah murid mengakses blog guru selain daripada melakukannya di dalam bilik
darjah?
Dokumen
Catatan yang dibuat di dalam buku nota murid akan diambil sebagai dokumen untuk
menentukan kesahihan maklumatyang diperolehi. Maklumat tersebut akan dibuat
perbandingan dengan maklumat yang terkandung di dalam buku teks dari aspek sejauh
mana murid telah mendapat maklumat lanjutan.
Borang Refleksi
Borang refleksi pembelajaran murid dibina dan digunakan untuk membolehkan murid
mencatatkan refleksi pembelajaran mereka. Contoh borang refleksi;
Bil Pernyataan
1 Bagaimana dan apakah yang telah saya pelajari pada hari ini?
2 Bagaimana perasaan saya ketika belajar tajuk ini?
3 Adakah saya belajar secara berkumpulan?
4 Apakah pembelajaran saya pada hari ini amat berkesan?
5 Apakah yang bole diperbaiki dalam pelajaran akan datang?
6 Adakah saya telah mencapai matlamat pembelajaran bermakna?
7 Adakah rakan-rakan bekerja sebagai satu pasukan?
Jadual Pelaksanaan
Bil Aktiviti/Tindakan Tarikh Pelaksanaan
1 Mencatatkan asas tentang masalah/isu dan mengumpul data 17 April 2013
2 Menulis proposal 19 April 2013
3 Merancang tindakan 22 April 2013
4 Melaksanakan aktiviti 24 April 2013
5 Refleksi, perbincangan serta analisis data 26 April 2013
6 Melaksana aktiviti/ tindakan ke-2
7 Penilaian dan refleksi kajian
8 Menulis laporan kajian
9 Membentangkan hasil kajian
Rumusan
Integrasi ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokonganserta
usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dansemua
pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan danfenomena ICT
serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah
dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokonganterhadap program
pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dansumbangan pihak luar harus
dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Dan meskipun dapatan kajian menunjukkan kaedah yang digunakan
bagi meningkatkan pencapaian murid dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia melalui
penggunaan ICT belum menampakkan perubahan besar lantaran jangka masa kajian hanya
berlaku dalam tempoh masa kurang dari seminggu, namun murid-murid begitu teruja dan
cukup berminat mengalami sendiri cara pembelajaran melalui penggunaan ICT.
Bibliografi
Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011).Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam
Penyelidikan Pendidikan.Puchong.Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
http://www.academia.edu/528136/Integrasi_Teknologi_Maklumat_dan_Komunikasi_Dala
m_Pengajaran_dan_Pembelajaran
http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977

More Related Content

What's hot

PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)Aiisy Afifah
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifMokhzani Fadir
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatansyazwanie suhaimi
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaFatiha Khaidzir
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneAlice Lee
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasiKemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasiSohib AlQuran
 
11. tajuk 3 pendekatan pengajaran
11. tajuk 3 pendekatan pengajaran11. tajuk 3 pendekatan pengajaran
11. tajuk 3 pendekatan pengajaranAlizah Samuil
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)hudhud321
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
Refleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan MengajarRefleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan MengajarIyQa GaNi
 
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3Zuelaikha Rahim
 

What's hot (20)

Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksia
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
Set induksi
Set induksiSet induksi
Set induksi
 
Analisis pelajar
Analisis pelajarAnalisis pelajar
Analisis pelajar
 
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasiKemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
 
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAHKAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
 
Lev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky PkkLev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky Pkk
 
11. tajuk 3 pendekatan pengajaran
11. tajuk 3 pendekatan pengajaran11. tajuk 3 pendekatan pengajaran
11. tajuk 3 pendekatan pengajaran
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
 
Pembinaan jsu
Pembinaan jsuPembinaan jsu
Pembinaan jsu
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Refleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan MengajarRefleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan Mengajar
 
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
 

Viewers also liked

Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanFawwaz Fathanah
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdIzudin Hasan
 
Slide pembentangan seminar(nor aryani hazirah binti aris d20111048103)
Slide pembentangan seminar(nor aryani hazirah binti aris d20111048103)Slide pembentangan seminar(nor aryani hazirah binti aris d20111048103)
Slide pembentangan seminar(nor aryani hazirah binti aris d20111048103)Aryani Hazirah
 
17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sains17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sainsEmi Emi Abdul Rasid
 
Jurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian TindakanJurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian Tindakankoperasi
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...huda hamdan
 

Viewers also liked (8)

RPH dan Kajian Tindakan
RPH dan Kajian TindakanRPH dan Kajian Tindakan
RPH dan Kajian Tindakan
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
 
Slide pembentangan seminar(nor aryani hazirah binti aris d20111048103)
Slide pembentangan seminar(nor aryani hazirah binti aris d20111048103)Slide pembentangan seminar(nor aryani hazirah binti aris d20111048103)
Slide pembentangan seminar(nor aryani hazirah binti aris d20111048103)
 
17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sains17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sains
 
Jurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian TindakanJurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian Tindakan
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
 

Similar to Kajian tindakan kpd3026

Makalah seminar
Makalah seminarMakalah seminar
Makalah seminarFKIP UHO
 
Lk. 2.1 ekplorasi alternatif solusi - Copy.docx
Lk. 2.1 ekplorasi alternatif solusi - Copy.docxLk. 2.1 ekplorasi alternatif solusi - Copy.docx
Lk. 2.1 ekplorasi alternatif solusi - Copy.docxJunaiHunter
 
Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)
Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)
Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)Ade Permana
 
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdfLK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdfRessyResy
 
LK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdf
LK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdfLK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdf
LK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdfubaybaehaki
 
FIX LK. 1.2 kelompok 3.docx
FIX LK. 1.2 kelompok  3.docxFIX LK. 1.2 kelompok  3.docx
FIX LK. 1.2 kelompok 3.docxNoprianti5
 
LAPORAN STUDI KASUS PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN PROJECT BASED LEARNING (PJBL...
LAPORAN STUDI KASUS PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN PROJECT BASED LEARNING (PJBL...LAPORAN STUDI KASUS PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN PROJECT BASED LEARNING (PJBL...
LAPORAN STUDI KASUS PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN PROJECT BASED LEARNING (PJBL...Waita Rachmi Achir
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices_Bagas Eko Wibowo.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices_Bagas Eko Wibowo.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices_Bagas Eko Wibowo.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices_Bagas Eko Wibowo.pdfBagasEkoWibowo
 
INSTRUMEN WAWANCARA LK 1.2 LENNI OKTAVIANI(2).docx
INSTRUMEN WAWANCARA LK 1.2 LENNI OKTAVIANI(2).docxINSTRUMEN WAWANCARA LK 1.2 LENNI OKTAVIANI(2).docx
INSTRUMEN WAWANCARA LK 1.2 LENNI OKTAVIANI(2).docx119LennyOctaviany
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdfYatiNurfauziah
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices 1.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices 1.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices 1.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices 1.pdflanisoviana1
 
Refleksi edu 3105
Refleksi edu 3105Refleksi edu 3105
Refleksi edu 3105Aril Aril
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdfKhairul Afriadi
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptkrela eryd
 
Menyusun Best Practices aksi 1.pdf
Menyusun Best Practices aksi 1.pdfMenyusun Best Practices aksi 1.pdf
Menyusun Best Practices aksi 1.pdfERNIsutira
 
LK. 1.3 Penentuan Penyebab Masalah dan Masalah Terpilih yang akan diselesaika...
LK. 1.3 Penentuan Penyebab Masalah dan Masalah Terpilih yang akan diselesaika...LK. 1.3 Penentuan Penyebab Masalah dan Masalah Terpilih yang akan diselesaika...
LK. 1.3 Penentuan Penyebab Masalah dan Masalah Terpilih yang akan diselesaika...mariaimachulata
 
cenderung tidak tertarik dengan penggunaan CLI command Line Interface.pdf
cenderung tidak tertarik dengan penggunaan CLI command Line Interface.pdfcenderung tidak tertarik dengan penggunaan CLI command Line Interface.pdf
cenderung tidak tertarik dengan penggunaan CLI command Line Interface.pdfIrwansyah Putra
 
LK 3 best practic_Menulis Aksara Jawa_Mashudi.pdf
LK 3 best practic_Menulis Aksara Jawa_Mashudi.pdfLK 3 best practic_Menulis Aksara Jawa_Mashudi.pdf
LK 3 best practic_Menulis Aksara Jawa_Mashudi.pdfMasHudi30
 
LK_3.1_Menyusun_Best_Practices.pdf
LK_3.1_Menyusun_Best_Practices.pdfLK_3.1_Menyusun_Best_Practices.pdf
LK_3.1_Menyusun_Best_Practices.pdfNovellaRumbewas
 

Similar to Kajian tindakan kpd3026 (20)

Makalah seminar
Makalah seminarMakalah seminar
Makalah seminar
 
Lk. 2.1 ekplorasi alternatif solusi - Copy.docx
Lk. 2.1 ekplorasi alternatif solusi - Copy.docxLk. 2.1 ekplorasi alternatif solusi - Copy.docx
Lk. 2.1 ekplorasi alternatif solusi - Copy.docx
 
Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)
Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)
Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)
 
REFLEKSI
REFLEKSIREFLEKSI
REFLEKSI
 
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdfLK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
 
LK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdf
LK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdfLK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdf
LK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdf
 
FIX LK. 1.2 kelompok 3.docx
FIX LK. 1.2 kelompok  3.docxFIX LK. 1.2 kelompok  3.docx
FIX LK. 1.2 kelompok 3.docx
 
LAPORAN STUDI KASUS PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN PROJECT BASED LEARNING (PJBL...
LAPORAN STUDI KASUS PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN PROJECT BASED LEARNING (PJBL...LAPORAN STUDI KASUS PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN PROJECT BASED LEARNING (PJBL...
LAPORAN STUDI KASUS PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN PROJECT BASED LEARNING (PJBL...
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices_Bagas Eko Wibowo.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices_Bagas Eko Wibowo.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices_Bagas Eko Wibowo.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices_Bagas Eko Wibowo.pdf
 
INSTRUMEN WAWANCARA LK 1.2 LENNI OKTAVIANI(2).docx
INSTRUMEN WAWANCARA LK 1.2 LENNI OKTAVIANI(2).docxINSTRUMEN WAWANCARA LK 1.2 LENNI OKTAVIANI(2).docx
INSTRUMEN WAWANCARA LK 1.2 LENNI OKTAVIANI(2).docx
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices 1.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices 1.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices 1.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices 1.pdf
 
Refleksi edu 3105
Refleksi edu 3105Refleksi edu 3105
Refleksi edu 3105
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Menyusun Best Practices aksi 1.pdf
Menyusun Best Practices aksi 1.pdfMenyusun Best Practices aksi 1.pdf
Menyusun Best Practices aksi 1.pdf
 
LK. 1.3 Penentuan Penyebab Masalah dan Masalah Terpilih yang akan diselesaika...
LK. 1.3 Penentuan Penyebab Masalah dan Masalah Terpilih yang akan diselesaika...LK. 1.3 Penentuan Penyebab Masalah dan Masalah Terpilih yang akan diselesaika...
LK. 1.3 Penentuan Penyebab Masalah dan Masalah Terpilih yang akan diselesaika...
 
cenderung tidak tertarik dengan penggunaan CLI command Line Interface.pdf
cenderung tidak tertarik dengan penggunaan CLI command Line Interface.pdfcenderung tidak tertarik dengan penggunaan CLI command Line Interface.pdf
cenderung tidak tertarik dengan penggunaan CLI command Line Interface.pdf
 
LK 3 best practic_Menulis Aksara Jawa_Mashudi.pdf
LK 3 best practic_Menulis Aksara Jawa_Mashudi.pdfLK 3 best practic_Menulis Aksara Jawa_Mashudi.pdf
LK 3 best practic_Menulis Aksara Jawa_Mashudi.pdf
 
LK_3.1_Menyusun_Best_Practices.pdf
LK_3.1_Menyusun_Best_Practices.pdfLK_3.1_Menyusun_Best_Practices.pdf
LK_3.1_Menyusun_Best_Practices.pdf
 

More from Adibah Huda

Gingival enlargement and treatment
Gingival enlargement and treatmentGingival enlargement and treatment
Gingival enlargement and treatmentAdibah Huda
 
Lembaran kerja makro
Lembaran kerja makroLembaran kerja makro
Lembaran kerja makroAdibah Huda
 
Folio pqs form 4
Folio pqs form 4Folio pqs form 4
Folio pqs form 4Adibah Huda
 
Dirgahayu bahasaku
Dirgahayu bahasakuDirgahayu bahasaku
Dirgahayu bahasakuAdibah Huda
 
Syair pemberontakan patani
Syair pemberontakan pataniSyair pemberontakan patani
Syair pemberontakan pataniAdibah Huda
 

More from Adibah Huda (8)

Gingival enlargement and treatment
Gingival enlargement and treatmentGingival enlargement and treatment
Gingival enlargement and treatment
 
Rph makro
Rph makroRph makro
Rph makro
 
Lembaran kerja makro
Lembaran kerja makroLembaran kerja makro
Lembaran kerja makro
 
Folio pqs form 4
Folio pqs form 4Folio pqs form 4
Folio pqs form 4
 
Kecek
KecekKecek
Kecek
 
Hikayat siak
Hikayat siakHikayat siak
Hikayat siak
 
Dirgahayu bahasaku
Dirgahayu bahasakuDirgahayu bahasaku
Dirgahayu bahasaku
 
Syair pemberontakan patani
Syair pemberontakan pataniSyair pemberontakan patani
Syair pemberontakan patani
 

Kajian tindakan kpd3026

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SEMESTER 2 SESI 2012/2013MANUSIA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PJJ) KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI dan PENAKSIRAN 2 TAJUK DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK ARMIAH BTE NASIRUDDIN D20121061724 PUSAT PEMBELAJARAN: EL- S01(A122PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ZAHARI HASHIM TARIKH SERAH: 04MEI 2013 PEMARKAHAN KAJIAN TINDAKAN
  • 2. Kajian Tindakan Tajuk : Meningkatkan Pencapaian Murid Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Melalui Penggunaan ICT Nama Penyelidik : Armiah Binti Nasiruddin Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Tenghilan, Peti Surat 594, 89208 Tuaran, Sabah Bab 1 : Pendahuluan 1.1 Pengenalan Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu saya mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun Enam. Adakalanya saya meminta supaya murid menggunakan buku teks serta buku latihan aktiviti dalam proses pengajaran saya. Apabila saya meminta murid- murid mengeluarkan buku teks atau buku latihan aktiviti, terdapat lima ke tujuh orang murid tidak mengeluarkannya. Alasan yang diberi pelbagai,beg berat, terlupa susun jadual juga tidak ketinggalan alasan buku hilang atau koyak. Pada saya, adakalanya alasan seperti beg berat memang boleh diterima. Kerana, jika terdapat empat buah buku teks dan masing- masing mempunyai buku latihan aktiviti maka jumlah buku yang dibawa menjadi lapan buah.Ini membebankan mereka terutama yang berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah. Saya juga pernah meminta agar murid berkongsi buku dengan rakan mereka, tetapi ianya hanya mengganggu kelancaran proses pembelajaran yang dijalankan. Sebagai seorang guru, saya juga sedar buku-buku teks tidak boleh ditinggalkan di dalam bilik darjah. Ini adalah kerana risiko untuk murid-murid kehilangan buku adalah lebih tinggi. Dalam usaha mengikuti perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, pihak sekolah tempat saya mengajar telah menyediakan makmal komputer yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan komputer sebenarnya bukan menjadi satu masalah, Cuma jadual penggunaannya perlu diatur lebih awal. Sekiranya saya dapat berhubung dengan guru Penyelaras Bestari sekolah untuk mengatur jadual penggunaan komputer, mungkin masalah membawa buku teks dan buku latihan
  • 3. aktiviti dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Saya tidak mahu proses pembelajaran terganggu dengan hanya alasan murid tidak membawa buku teks atau buku latihan aktiviti.Murid-murid saya ini adalah pelajar Tahun Satu.Saya tidak mahu mereka menjadi mangsa atas kelemahan pengurusan saya sendiri.Penggunaan teknologi computer dalam pengajaran saya sudah semestinya dapat meningkatkan profesionalisme saya sendiri disamping dapat menarik minat para pelajar saya untuk lebih memahami pengajaran yang diberi. Peruntukan waktu yang terhad mengikut jadual hanya membolehkan saya mengajar perkara asas sahaja.Sedangkan, murid perlu diberi peluang dalam kelas untuk meneroka maklumat dan mengalami sendiri pengalaman menimba ilmu dengan menggunakan teknologi ICT.Saya boleh membina, menyediakan dan memuatnaik bahan pembelajaran yang lebih menarik untuk murid-murid saya.Tentu ianya lebih menarik dan dapat mengurangkan beban buku teks dan buku latihan aktiviti yang sering berlaku. Saya percaya bahawa kesungguhan untuk melakukan sesuatu dan rasa tanggungjawab akan membolehkan saya merealisasikan penggunaan ICT dalam bilik darjah. 2 Fokus Kajian Saya tidak dapat melaksanakan peringkat atau fasa eksplorasi maklumat yang dilakukan oleh murid disebabkan murid tidak membawa buku teks dan buku latihan aktiviti.OHP yang terdapat di sekolah juga seringkali menghadapi masalah.Meskipun objektif pelajaran boleh dicapai tetapi dari segi kualiti agak mengecewakan.Sesetengah murid ada yang dibendung rasa rendah diri kerana malu sekiranya mereka kerap bertanya apabila sukar memahami pelajaran. 2.1 Pengumpulan Data Awal Melalui tinjauan awal yang dibuat ke atas murid-murid dalam kelas yang saya ajar, saya dapati 14 dari 22 orang murid dalam kelas telah terdedah dengan penggunaan komputer di rumah. 14 orang murid saya ini juga memiliki facebook masinh- masing.Daripada temu bual awal yang dibuat, kesemua murid menyatakan rasa seronok yang mungkin diperolehi sekiranya dapat melibatkan diri dan diberi peluang belajar melalui laman facebook.Dapatan awal ini menguatkan semangat saya untuk menggunakan teknologi TMK sebagai alat yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran.
  • 4. 2.2.1 Analisis Tinjauan Masalah Melalui kedua-dua kaedah pengumpulan data awal juga saya dapati adakalanya murid sengaja meninggalkan buku teks dan buku latihan aktiviti bagi mata pelajaran yang bukan teras.Buku-buku terlalu banyak untuk di bawa ke sekolah dan ini membebankan mereka terutama murid yang berjalan kaki. Jadual di bawah menunjukkan permasalahan yang berlaku. Bil Alasan meninggalkan buku teks dan buku latihan aktiviti Kekerapan 1 Mengurangkan beban buku teks dan buku latihan aktiviti 17/22 2 Terlupa merujuk jadual pembelajaran kelas 15/22 3 Saiz beg yang kecil 10/22 4 Bukannya setiap hari menggunakan buku teks dan buku latihan aktiviti 12/22 Daripada data di atas, saya merumuskan bahawa semua permasalahan yang timbul dalam penggunaan buku teks dan buku latihan aktiviti berpunca daripada masalah murid itu sendiri.Walau bagaimana pun, tindakan perlu diambil bagi memperbaiki keadaan agar murid-murid saya tidak ketinggalan dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. 2.3 Skop Kajian Blog, email dan facebook merupakan antara alat komunikasi yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam internet. Kebanyakan capaian yang saya sebutkan ini adalah percuma. Selain berupaya untuk melakukan penerokaan maklumat yang lebih luas, murid dijangka akan berasa seronok dengan konsep pembelajaran interaktif serta tidak akan ketinggalan dengan perkembangan teknologi pendidikan. Bill Gates (1999), dalam bukunya Business @ The Speed of Thought yang menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan ‘hands on’ dan menggunakansepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar. Komputer peribadi membolehkan mereka meneroka maklumat mengikut kapasiti masing-masing.Holmes (1999), pula memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar.Sementara menurut Ovarec (2002), blog berfungsi sebagai cara untuk menggalakkan kolaborasi melalui perkongsian pautan sumber yang kemaskini. Menurut
  • 5. Ovarec lagi, blog berfungsi sebagai jurnal atas talian yang boleh menggalakkan refleksi peribadi dan sebagai alat untuk murid meluahkan pendapat serta pandangan mereka.Dengan penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan murid yang mempunyai sikap rendah diri belajar dengan lebih selesa tanpa perlu bertanya dengan didengari oleh rakan-rakan lain dalam kelas. Walaupun saya dapat mengesan beberapa isu yang dihadapi, saya hanya akanfokuskan kajian ini kepada penggunaan blog, email dan facebook sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran yang dapat mengurangkan beban beg dan buku-buku yang perlu dibawa ke sekolah. Murid-murid saya sering bertungkus lumus dengan aktiviti pembacaan dan penulisan tetapi tidak menghayati aktiviti yang menggunakan buku teks.Saya dapati, masalah membaca dan menulis merupakan masalah yang agak meluas di sekolah tempat saya mengajar ini. Kajian yang akan saya lakukan mendorong saya mencari kaedah dan sokongan teknologi untuk membantu murid-murid saya. Saya percaya bahawa penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat meningkatkan keseronokan belajar selain dapat mengurangkan beban beg sekolah. Dan saya juga percaya bahawa penggunaan TMK/ICT akan dapat menambahbaik proses pengajaran saya serta pembelajaran murid. 3 Objektif Umum Umumnya kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penerokaan maklumat yang berpunca daripada keengganan murid membawa buku teks dan buku latihan aktiviti ke sekolah dengan alas an beban buku yang agak berat. Sebagai pilihan, email dan facebook akan digunakan sebagai gentian kepada buku teks dan buku latihan aktiviti selain daripada ciri-ciri yang lebih menarik, interaktif dan kemaskini. 3.1Objektif Khusus ● Meningkatkan minat murid menggunakan teknologi komputer dan komunikasi untuk mengakses maklumat tentang perkara yang dipelajari. ● Menambahbaik amalan lazim penggunaan buku teks dan buku latihan kepada penggunaankomputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ● Memperkayakan murid dengan maklumat yang mudah didapati dari internet. ● Menggalakkan proses pembelajaran berlaku bukan saja di dalam bilik darjah tetapi juga di luar bilik darjah. Kepentingan Kajian
  • 6. Dari segi amalan bekerja saya, penggunaan TMK/ICT akan dapat membantu menambahbaik strategi, pendekatan dan kaedah pengajaran dalam bilik darjah. Saya mungkin akan menghadapi masalah tetapi masalah bukanlah merupakan perkara yang dapat melemahkan saya sebagai seorang guru. Sebaliknya, masalah yang akan saya hadapi lebih merupakan peluang untuk saya membuat penambahbaikan terhadap amalan bekerja saya. Selain itu, penggunaan TMK/ICT ini juga untuk meningkatkan pembelajaran murid- murid saya. Batasan Kajian Kajian yang dilakukan ini mengambil masa kurang dari seminggu, lantaran batasan waktu yang wujud serta bebanan tugasyang lain, namun secara khususnya saya cuba untuk usaha menyiapkan sedaya yang mungkin. Sebenarnya saya amat memerlukan sokongan dan pandangan rakan sekerja serta pihak pengurusan sekolah. Oleh itu saya akan memastikan untuk mendapatkan pandangan kedua daripada orang lain agar saya dapat melihat isu ini dengan lebih mendalam lagi. Rumusan Bagi saya, penyelidikan ini sangat perlu dijalankan memandangkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sangat menarik serta menyeronokkan. Murid akan dapat meningkatkan motivasi belajar selain menungkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT. Murid juga tidak perlu lagi sering terbeban oleh beban beg yang berat ke sekolah. Kerjasama dan sokongan daripada pihak pengurusan sekolah amat diharapkan terutamanya dalam menggalakkan murid untuk mula berani bertindak menggunakan teknologi sebagai alat pembelajaran yang berkesan dan bukan hanya sekadar untuk dijadikan tapak perbualan kosong sahaja.Sebagai seorang guru yang ingin menggalakkan murid menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, saya sendiri telah menyediakan blog mata pelajaran yang saya ajar beserta maklumat pelajaran yang bakal saya masukkan kelak. Ianya boleh dicapai pada bila-bila masa sahaja di http://armiahskpekantenghilan.blogspot.com/p/bahan-pembelajaran.html Saya berpuas hati dengan apa yang saya rancangkan dan sangat berharap agar kajian ini dapat dilaksanakan secepat mungkin seperti yang telah dijadualkan. Metodologi Kajian
  • 7. Pemerhatian Penuh Saya akan melakukan pemerhatian penuh di mana saya sendiri akan terlibat sebagai guru yang memberi arahan kepada murid untuk menggunakan blog guru semasa saya mengajar di dalam bilik darjah. Dengan menggunakan diari untuk mencatat maklumat, saya akan memerhati dan mencatatkan isu-isu tentang penggunaan blog untuk murid meneroka maklumat semasa mereka belajar. Temu Bual Mana-mana murid akan dipilih sebagai wakil kumpulan untuk temu bual. Sekiranya ahli lain ingin mengemukakan pandangan mereka, kesemua pandangan mereka akan diambil kira dan akan direkodkan. Temu bual hanya akan menyentuh beberapa aspek tertentu sahaja iaitu: 1. Adakah murid lebih berminat untuk belajar dengan sokongan blog guru, email dan facebook? 2. Adakah murid dapat maklumat yang jelas dan mudah difahami tentang pelajaran? Sekiranya tidak, mengapa? 3. Apakah masalah yang dihadapi ketika menggunakan blog guru semasa meneroka maklumat pelajaran? Apakah cadangan murid untuk atasi masalah yang timbul? 4. Adakah amalan menggunakan blog dapat membantu masalah membawa beban beg yang berat ke sekolah? 5. Adakah murid mengakses blog guru selain daripada melakukannya di dalam bilik darjah? Dokumen Catatan yang dibuat di dalam buku nota murid akan diambil sebagai dokumen untuk menentukan kesahihan maklumatyang diperolehi. Maklumat tersebut akan dibuat perbandingan dengan maklumat yang terkandung di dalam buku teks dari aspek sejauh mana murid telah mendapat maklumat lanjutan. Borang Refleksi Borang refleksi pembelajaran murid dibina dan digunakan untuk membolehkan murid mencatatkan refleksi pembelajaran mereka. Contoh borang refleksi;
  • 8. Bil Pernyataan 1 Bagaimana dan apakah yang telah saya pelajari pada hari ini? 2 Bagaimana perasaan saya ketika belajar tajuk ini? 3 Adakah saya belajar secara berkumpulan? 4 Apakah pembelajaran saya pada hari ini amat berkesan? 5 Apakah yang bole diperbaiki dalam pelajaran akan datang? 6 Adakah saya telah mencapai matlamat pembelajaran bermakna? 7 Adakah rakan-rakan bekerja sebagai satu pasukan? Jadual Pelaksanaan Bil Aktiviti/Tindakan Tarikh Pelaksanaan 1 Mencatatkan asas tentang masalah/isu dan mengumpul data 17 April 2013 2 Menulis proposal 19 April 2013 3 Merancang tindakan 22 April 2013 4 Melaksanakan aktiviti 24 April 2013 5 Refleksi, perbincangan serta analisis data 26 April 2013 6 Melaksana aktiviti/ tindakan ke-2 7 Penilaian dan refleksi kajian 8 Menulis laporan kajian 9 Membentangkan hasil kajian Rumusan Integrasi ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokonganserta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dansemua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan danfenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokonganterhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dansumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dan meskipun dapatan kajian menunjukkan kaedah yang digunakan bagi meningkatkan pencapaian murid dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia melalui
  • 9. penggunaan ICT belum menampakkan perubahan besar lantaran jangka masa kajian hanya berlaku dalam tempoh masa kurang dari seminggu, namun murid-murid begitu teruja dan cukup berminat mengalami sendiri cara pembelajaran melalui penggunaan ICT. Bibliografi Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011).Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan.Puchong.Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. http://www.academia.edu/528136/Integrasi_Teknologi_Maklumat_dan_Komunikasi_Dala m_Pengajaran_dan_Pembelajaran http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977