• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Nuzul quran
 

Nuzul quran

on

  • 2,026 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,026
Views on SlideShare
2,026
Embed Views
0

Actions

Likes
3
Downloads
0
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Nuzul quran Nuzul quran Document Transcript

    • ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN01. PENDAHULUANPara ulama’ Islam sepakat mengatakan al-Qur’an al-Karim diturunkan daripada Allahs.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. untukdisampaikan keseluruhan isi kandungannya kepada umat manusia sama ada di bumimahupun di langit. Sesiapa sahaja yang mengingkari al-Qur’an itu, walaupun hanya satuayat maka ia dianggap kafir. Al-Qur’an dan Hadith telah menjelaskan tentang penurunan al-Qur’an denganmenggunakan perkataan ‫( نزل‬turun) ataupun ‫( انزل‬menurunkan). Antaranya Allah s.w.tberfirman dalam Surah As-Syu’ara’ ayat 193-194 :‫على قبلك‬ ١٩٣ ‫. . . نزل به الروح المين‬Maksudnya : “Dia dibawa turun oleh al-Ruh al-Amin (Jibril) ke dalam hatimu(Muhammad).Dan firman-Nya lagi:‫. . . شهر رمضان الذى أنزل فيه القرأن هدى الناس‬Maksudnya: “(Beberapa hari yang ditentukan itu) Bulan Ramadhan bulan yang didalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia.” (Surah al-Baqarah ayat 185) Perkataan ‫( نزل‬nazala) dan kesemuanya merupakan pecahan termasuk ‫( انزل‬anzala),‫( نزل‬nazzala), ‫( تنزل‬tanazzala), ‫( نزل‬nuzul), ‫( منزل‬manzil) dan sebagainya telah disebutsebanyak 307 kali di dalam al-Qur’an. Sesetengah daripada perkataan-perkataan inimenggambarkan tentang penurunan al-Qur’an daripada Allah s.w.t kepada NabiMuhammad s.a.w melalui peringkat-peringkatnya yang tersendiri.12.0 PENGERTIAN NUZUL AL-QUR’AN1 Joni Tamkin Borhan, Che Zarina (1995), Ulum Qur’an Tingkatan 6, Selangor, Cahaya Pantai Publishing(M) Sdn. Bhd.,hal.79.
    • ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’ANAl-Asfahani berkata dalam tafsirnya bahawa para ulama Ahli Sunnah sependapatmengatakan bahawa kalam Allah itu (al-Qur’an) diturunkan tetapi mereka berselisihpendapat mengenai makna penurunan tersebut. Ada yang berkata bahawa Inzal atau penurunan tersebut bermaksud menyatakan bacaanal-Qur’an atau membacakan wahyu tersebut kepada Nabi s.a.w.2 Sebahagiannya pula berpendapat Allah mengilhamkan kalam-Nya (perkataan-Nya)kepada malaikat Jibril a.s sedang Ia berada di langit tempat yang mulia dan mengajarkancara bacaannya.Lalu Jibril sesudah itu turun menyampaikannya kepada Nabi. Terdapat banyak ayat di dalam al-Qur’an yang telah menyebutkan bahawa al-Qur’anditurunkan oleh Allah kepada para manusia. Di antara ayat-ayat tersebut iaitu dalamSurah al-Baqarah ayat 99 yang bermaksud:“Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada engkau (Muhammad) beberapa ayat yangterang dan tidaklah ada yang menyangkalnya melainkan orang yang fasik”.Firman Allah lagi:‫وَلَقد أنزلنا إليكم ءايت مبينت ومثل من الذين خلوا من قبلكم وموعظة للمتقين‬ (Surah An-Nur Ayat 34) Jika ditinjau dari sudut bahasanya, penggunaan kalimah Nazzala dalam bahasa Arabbererti turun. Ini dapat dilihat dari ayat berikut: 1. ‫نزل فلن من الجهل‬ 2. ‫نزل فلن من الجهل‬Yang bermaksud telah turun si polan dari gunung dan telah menurunkan (Ia) dari langitair (hujan).3 Begitu juga perkataan tersebut pernah digunakan oleh orang Arab denganmakna atau membawa maksud tinggal atau menetap seperti Firman Allah s.w.t :“Katakanlah: Wahai Tuhanku, tempatkanlah aku di tempat yang mendapat keberkatandan sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat.” (Surah Al-Mu’minun, Ayat 29)2 Asmawi Haji Ehsan (2004), Ulum Qur’an, Kuala Lumpur, Pustaka Haji Abdul Majid,hal.27.3 Ibid, hal.28.
    • ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN Namun demikian, ayat-ayat al-Qur’an tidaklah dapat diertikan sebagai turun atautinggal sebagaimana maksud-maksud ayat di atas. Ini adalah kerana ia tidak sesuaidengan sifat, kandungan dan status al-Qur’an sebagai wahya Allah. Sekiranya al-Qur’anatau wahyu tersebut diertikan sebagai turun seperti maksud di atas, tentunya akanmemberi kefahaman bahawa al-Qur’an yang merupakan kalamullah sebagai benda yangmenempati ruang. Sekiranya ini terjadi, maka al-Qur’an adalah makhluk, sedangkansebenarnya al-Qur’an adalah kalamullah yang bersifat qadim dan azali. Justeru, penggunaan kalimah Nazzala tersebut tidaklah boleh diertikan sebagai turuntetapi para ulama telah memberikan makna lain bagi kalimah tersebut iaitu pembersihan.Ini bermaksud, pemberitahuan dari Allah kepada seluruh makhlukNya di alam semestaini agar beriman dengan Allah s.w.t dan mematuhi segala peraturanNya.4 Seperti yang telah disebutkan bahawa al-Qur’an tidak sesuai untuk disebut sebagaiturun dari langit dunia kerana ia adalah bersifat qadim lagi azali. Oleh sebab yangdemikian, ulama telah sependapat mengekalkan penggunaan Nazzala tetapi denganmakna I’lam atau pemberitahuan. Ini adalah kerana ia lebih tepat dan bersesuaian denganmaksud penurunan al-Qur’an itu sendiri. a. Al-Qur’an diturunkan oleh Allah merupakan suatu pemberitahuan dari Allah kepada semua makhluk-Nya di alam ini bermula dari penurunan peringkat pertama ke Luh Mahfuz, Baitul Izzah dan akhirnya kepada Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh manusia dan jin. b. Al-Qur’an merupakan khabar gembira dan khabar takut yang disampaikan oleh Allah melalui lidah Rasul-Nya kepada semua makhluk di alam ini. Oleh itu, penggunaan makna pemberitahuan adalah lebih tepat dan sesuai. c. Al-Qur’an adalah kalamullah dan kalam sememangnya berfungsi untuk memberitahu. Oleh itu, penggunaan makna pemberitahuan adalah amat sesuai dengan fungsi al-Qur’an dan keadaan penurunannya. Penggunaan perkataan Nazzala tetap dikekalkan kerana mahu mengekalkan kemuliaanyang ada pada al-Qur’an itu sendiri iaitu bahawa al-Qur’an adalah berasal dari sumberyang paling mulia, Maha Tinggi iaitu dari Allah s.w.t .5 Sekiranya kalimah I’lam sahaja4 Ibid,Asmawi Haji Ehsan, hal.29.5 Ibid, hal.30.
    • ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’ANyang digunakan sudah tentu rasa kemuliaan tersebut tidak dapat dirasai oleh manusiakerana I’lam atau pemberitahuan berkemungkinan besar adalah dari manusia denganmanusia sahaja sedangkan al-Qur’an adalah pemberitahuan dari Allah kepada manusia. Allah telah berfirman mengenai perkara ini dalam ayat berikut :‫ححم }١{ والكتاب المحبين }٢{ إنحا جعلنحه قرأنحا غربيحا لعلكحم تعقلون }٣{ وإنحه قحى أم‬٤} ‫}الكتب لدينا لعلى حكيم‬ (Surah az-Zukhruf, Ayat 2) Oleh yang demikian, makna penurunan al-Qur’an adalah makna hakiki atau maknasebenar sementara penurunan al-Qur’an dengan makna pemberitahuan adalah maknamajazi (pinjaman). Sementara itu, hubungan di antara kedua makna (hakiki dan majazi)adalah al-luzum (ketentuan). Ini adalah kerana setiap sesuatu penurunan ataupemberitahuan semestinya ada kepastian (ketentuan) siapa yang menyampaikanpemberitahuan tersebut dan siapakah yang sepatutnya menerima pemberitahuan tersebut.Bagi Al-Qur’an yang memberitahu ialah para Rasul dan yang diberitahu adalah makhluktermasuk jin dan manusia.Mengenai cara penurunan al-Qur’an, al-Asfahani ada mengutarakan dua pendapatnyaiaitu sama ada: 1. Bahawa Nabi Muhammad s.a.w menukarkan sifat dirinya sebagai manusia kepada sifat malaikat dan kemudian menerima wahya tersebut darinya; atau 2. Bahawa Malaikat Jibril menukarkan sifat dirinya dan sifat malaikat kepada sifat manusia dan ia menyampaikannya kepada Nabi s.a.w.Dalam dua keadaan tersebut maka cara yang pertama adalah yang paling berat sekaliuntuk ditanggung oleh Nabi s.a.w. Sedangkan penurunan dengan cara kedua iaitu padakali pertama baginda menerima wahyu itu baginda berada amat payah hingga hampirlemas, apatah lagi dengan cara yang pertama. Kerana itu, pernah diriwayatkan bahawa unta yang Nabi naiki terduduk semasa Nabisedang menerima wahyu dan Saidina Ali r.a pernah terasa hampir patah pahanya tertindihpaha Nabi s.a.w sewaktu baginda menerima wahyu. Ini semua adalah menggambarkanbetapa wahyu tersebut amat berat yang berkemungkinan penurunannya melalui dua cara
    • ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’ANdi atas.Menurut Al-Imam Badr al-Din al-Zarkasyi(794 H.) dalam kitabnya Al-Burhan fiUlum al-Qur’an menyebut bahawa Ahli al-Sunnah telah sepakat mengatakan bahawaKalam Allah itu sesuatu yang diturunkan. Cuma mereka berbeza pandangan tentangmakna dan pengertian penurunan itu. Sebahagian mereka berpendapat bahawa penurunanAl-Qur’an itu bererti menzahirkannya. Sementara sebahagian yang lain pula mengatakanbahawa maksudnya: Allah Taala memahamkan Kalam-Nya kepada Jibril a.s sertamengajarnya membaca Al-Qur’an di langit, kemudian Jibril a.s pulalah yangmembawanya turun ke bumi. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menerima wahyu Al-Qur’an daripada Jibril a.s melaluisalah satu daripada dua cara berikut, iaitu: a. Sama ada Baginda Rasulullah s.a.w bertukar rupa kepada malaikat, kemudiannya menerima al-Qur’an daripadanya,atau b. Sama ada malaikat bertukar rupa menjadi manusia, kemudian Rasulullah s.a.w mengambil Al-Qur’an daripadanya.63.0 KEPENTINGAN MENGETAHUI PROSES PENURUNAN AL-QUR’ANTerlalu banyak hikmat atau faedah mengetahui proses penurunan Al-Qur’an. Antaranyaialah: a. Ilmu tersebut merupakan asas bagi membolehkan seseorang Islam itu meyakini al-Qur’an sebagai sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah kepada hamba-Nya sebagai panduan. b. Dengan mengetahui ilmu tersebut juga memudahkan seorang Islam mengimani Rasulullah s.a.w.Ini kerana, dengan ilmu tersebut kita dapat meyakini bahawa penurunan al-Qur’an yang bermakna majazi mempunyai hubungan iaitu kepastian orang yang memberitahu dan yang diberitahu iaitu Rasul-Nya Nabi Muhammad.7 c. Pengetahuan mengenai nuzulul Qur’an akan menjadikan kita meyakini bahawa agama Islam adalah agama yang benar kerana kandungannya merupakan6 Abdul Rashid bin Ahmad(1997),Ulum Al-Qur’an,Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,hal. 25.7 Op cit, Asmawi Haji Ehsan, hal. 32.
    • ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN kalamullah yang pasti dan terbukti diturunkan melalui lidah para Rasul-Nya berdasarkan bukti dan mukjizat.84.0 CARA PENURUNAN AL-QUR’ANPerbincangan mengenai Nuzul al-Qur’an kepada Rasulullah s.a.w daripada Allah s.w.tseringkali menyentuh beberapa peringkat penurunannya. Sesetengah ulamamembahagikannya kepada tiga peringkat, manakala sebahagian yang lain pulamembahagikannya kepada dua peringkat sahaja.91. Penurunan al-Qur’an secara jumlatan (sekaligus) boleh dibahagikan kepada duaperingkat utama iaitu:Peringkat pertama : iaitu turunnya al-Qur’an daripada Allah s.w.t ke Luh Mahfuzsecara jumlatan (sekaligus). Kenyataan ini didasarkan kepada firman Allah s.w.t:٢٢} ‫}بل هو قرأن مجيد }١٢{ فى لوه محفوظ‬(٢٢ ‫)سورة البروج اية ١٢ هغك‬ Menurut Mufassir, ayat ini diturunkan untuk menjawab tuduhan kaum Musyrikinyang mengatakan bahawa al-Qur’an bukannya merupakan firman Allah taala dandisebabkan itulah mereka mendustakan ayat-ayat suci al-Qur’an yang disampaikan olehBaginda10 s.a.w.Sikap keji mereka itu digambarkan oleh Allah dalam firmanNya yangbermaksud:“Tetapi orang-orang kafir sentiasa mendustakan sedangkan Allah mengetahui keadaanmereka di sebalik pendustaan itu”. (Surah al-Buruj, ayat 19-20) Firman Allah dalam Surah al-Buruj, ayat 21 hingga 22 tersebut, seolah-olah merupakansuatu jawapan bagi tuduhan orang-orang kafir yang mendustakan al-Qur’an denganmenyatakan: “Bahkan yang kamu dustakan itu adalah al-Qur’an yang tersimpan danterpelihara daripada segala perubahan Jin dan manusia, di bumi dan di langit, al-Qur’anyang asli yang telah pun wujud semenjak dahalu kala sebelum ia diturunkan kepada NabiMuhammad s.a.w.”8 op cit, Asmawi Haji Ehsan, hal. 32.9 op cit,Joni Tamkin Borhan, Che Zarina Shaari, hal.79.10 Ibid, Joni Tamkin Borhan, Che Zarina Shaari, hal.80.
    • ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN Walaupun begitu, para ulama’ yang membincangkan persoalan ini tidak dapat mencaridalil-dalil yang dapat menjelaskannya dengan cara yang lebih meyakinkan tentangbagaimana cara adanya al-Qur’an di Luh Mahfuz dan bilakah ia mula berada di situ.
    • ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN
    • ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN
    • ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN
    • ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN
    • ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN