Perkembangan moral
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Perkembangan moral

on

  • 381 views

perkembangan kanak-kanak

perkembangan kanak-kanak

Statistics

Views

Total Views
381
Views on SlideShare
381
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
8
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Perkembangan moral Perkembangan moral Presentation Transcript

    • TEORI PERKEMBANGAN MORAL Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran,perasaan dan tingkah laku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan. Ia mempunyai dimensi intrapersonal yang melibatkan regulasi dalaman seseorang individu dan dimensi interpersonal yang melibatkan interaksi sosial dengan orang di persekitaran.
    • Umur 4 hingga 7 tahun : Peringkat moral Heteronomus. Kanak-kanak melihat peraturan sebagai sesuatu yang telah ditetapkan. Teori Perkembangan Moral Piaget 10 tahun ke atas : Peringkat moral Autonomus. Mula sedar bahawa peraturan dan unadang-undang dicipta oleh manusia dan bukan mutlak. Mula menilai tindakan berdasarkan niat dan akibat dan juga boleh mepertimbangkan sesuatu perlakuan moral. Umur 7 hingga 10 : Peringkat tradisi. Mempunyai ciri-ciri peringkat pertama yang sudah mula beralih kepada ciri-ciri peringkat seterusnya.
    • Lawrence Kohlberg (1927-1987) adalah dianggap sebagai pelopor utama dalam teori perkembangan moral. Perkembangan moral oleh Kohlberg dikupas dengan lebih terperinci di dalam tiga tahap utama. Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg Seperti Piaget, Kohlberg juga berpendapat penaakulan moral berkait dengan perkembangan kognitif seseorang individu walaupun kadang-kadang tahap dalam pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang. Beliau adalah ahli Psikologi Perkembangan dan meneruskan kerjaya dalam bidang pendidikan. Beliau merupakan seorang professor pendidikan dan psikologi sosial Universiti Harvard. Beliau telah mencadangkan peringkat perkembangan moral individu dan merupakan pengkaji yang masyhur dalam bidang ini.
    • Tahap 1 : Pra-Konvensional Tahap 2 : Konvensional Tahap 3 : Pos-Konvensional Peringkat 1 : Orientasi Kepatuhan Dan Hukuman Peringkat 3 : Orientasi Perlakuan Baik Peringkat 5 : Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu Peringkat 2 : Orientasi Ganjaran Peribadi Peringkat 4 : Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan Peringkat 6 : Etika Prinsip Sejagat
    • Tahap 1 : PraKonvensional Peringkat 1 : Orientasi Kepatuhan dan Hukuman Pemikiran moral kanak-kanak lebih berorientasikan egosentrik yang mementingkan diri sendiri. Kanak-kanak mematuhi atau mengikut arahan kerana takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar peraturan. Peringkat 2 : Orientasi Ganjaran Peribadi Individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan balasan. Tingkah laku didorong untuk memuaskan kehendak sendiri.
    • Peringkat 3 : Orientasi perlakuan baik. Tahap 2 : Konvensional Kanak-kanak atau remaja mengaplikasi ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa,guru atau komuniti. Peringkat 4 : Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan. Perlakuan/penaakulan moral berdasarkan peraturan,undangundang dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Individu percaya terhadap keutuhan undang-undang.
    • Peringkat 5 : Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu. Tahap 3 : PosKonvensional Individu berhujah menggunakan nilai,hak dan prinsip. Pemikiran moral dalam tahap ini adalah berkaitan dengan usaha mempertahankan hakhak asasi,nilai-nilai yang telah dipersetujui dalam masyarakat. Peringkat 6 : Etika Prinsip Sejagat Pada peringkat ini, inidividu telah mempunyai kod-kod moral dan etika yang tersendiri yang menepati hak-hak individu sejagat.
    • FASA KETERANGAN FASA 1 (dari lahir hingga 6 minggu) Bayi membina hubungan dengan senyuman,gapaian,tangisan atau renungan kepada individu-individu yang menjaga. Bayi sudah dapat mengenal bau/penjaganya. FASA 2 (6 minggu hingga 6 - 8 bulan) Mula memberi tindak balas yang berbeza terhadap penjaga berbanding dengan orang yang tidak dikenali. Mereka mula belajar bahawa tindakan yang mereka lakukan boleh memberi kesan kepada orang di persekitaran. FASA 3 (6-8 bulan hingga 18 bulan – 2 tahun) Perlekatan sudah terbentuk dalam fasa ini. Bayi menunjukkan kebimbangan apabila dipisahkan. Bayi menunjukkan tingkah laku dan berpaut rapat dengan penjaga.
    • FASA 4 (18 bulan hingga 2 tahun ke atas) Penguasaan kemahiran berbahasa menolong kanakkanak memahami situasi antara mereka dengan penjaga. Menurut John Bowlby, kanak-kanak mula membentuk satu hubungan mesra dengan penjaga. Hubungan ini akan memberi mereka asas perlindungan dan harapan apabila ketiadaan penjaga. Mary Ainsworth mendefinisikan perlekatan sebagai kemesraan yang terjalin antara ibu atau penjaga dengan bayi. Beliau telah merangka satu eksperimen yang digelar “Strange Situation” di mana dalam situasi ini bayi diletak dalam beberapa keadaan yang boleh menimbulkan stres kepada bayi. Menurut Mary Ainsworth (Berk, 2003), sekiranya perkembangan perlekatan berlaku dengan baik,bayi dan kanak-kanak akan menjadikan ibu bapa atau penjaganya sebagai asas untuk berasa selamat dan yakin dalam ssesuatu situasi.