Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share

Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas

  • 3,461 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
3,461
On Slideshare
3,461
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
169
Comments
0
Likes
2

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Kanak-kanak Berkeperluan Khas |1 UNIT PELAJARAN 1 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan definisi dan konsep pendidikan khas. 2. Menjelaskan Falsafah Pendidikan Khas. 3. Menerangkan peranan dan tugas pasukan pelbagai disiplin. PENGENALAN Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Murid berkeperluan khas yang berada dalam program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada; (a) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) merupakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif, Cerebral Palsy, Epiletik, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,(b) Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. Bagi memenuhi keperluan murid khas berkenaan program pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran (P&P), masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”. DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS Pendidikan adalah perkara yang berkaitan dengan pengalaman terancang dan tanpa dirancang yang membolehkan kanak-kanak dan orang dewasa berkembang serta belajar melalui interaksi dengan masyarakat dan budayanya. Pendidikan khas adalah program atau perkhidmatan yang dibina untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh kerana keperluan setiap kanak-kanak adalah berbeza, pendidikan khas memerlukan fleksibiliti dan motivasi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Strategi dan teknik pengajaran yang diubah suai untuk diserapkan ke dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kelas biasa. Perlaksanaan sesuatu program pendidikan khas juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan melibatkan hak-hak asasi manusia dan persamaan peluang.
  • 2. Kanak-kanak Berkeperluan Khas |2 Pendidikan khas didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Pendidikan khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Manakala Slavin (1997), pula mendefinisikan pendidikan khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi, dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas. Bagi Hallahan dan Kauffman (2006) pendidikan khas merupakan program pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas iaitu program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ianya juga mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus (Gargiulo 2003). Pengajaran yang direka bentuk khusus bagai memenuhi keperluan kanakkanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dijalankan di bilik darjah, rumah, hospital atau institusi lain (Friend 2005). Menurut Mansor (2005) pendidikan khas merujuk kepada suatu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kesimpulannya Pendidikan Khas boleh didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan/ kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani, dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital, dan institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan/ kuang upaya itu. Apakah konsep dan definisi pendidikan khas mengikut akta pendidikan khas yang diamalkan di Malaysia. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
  • 3. Kanak-kanak Berkeperluan Khas |3 Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Bagi memenuhi keperluan dan kehendak Falsafah Pendidikan Khas, kurikulum yang dibina berlandaskan kepada tiga prinsip utama iaitu pendidikan menyeluruh dan bersepadu bertujuan memberi fokus kepada petensi individu meliputi aspek jasmini, emosi, rohani, intelik dan sosial. Potensi ini hendaklah dipertingkatkan melaluai penglibatan kumpulan pelbagai disiplin secara kolaboratif dan bersepadu. Prinsip yang kedua ialah pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang merangsang dan mengekalkan minat murid berkeperluan khas kepada pembelajaran.Suasana penbelajaran yang kondusif perlu diberi penekanan agar murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang boleh digunakan untuk keperluan diri dan masyarakat.Ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan berfikiran terbuka.Manakala prinsip yang ketiga ialah pendidikan sepanjang hayat iaitu merupakan pemerolehan ilmu pengetuahuan dan kemahiran di alam persekolahan yang dapat menjana penguasaan ilmu secara berterusan untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Prinsip di atas perlu dilaksanakan melalui proses yang melibatkan tiga aspek iaitu bidang pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian yang berteraskan kepada keperluan individu. Untuk menentukan keperluan setiap individu, penilaian awal perlu perlu dijalankan berdasarkan laporan pakar.Guru perlu menjalankan ujian pengesanan untuk menentukan murid layak berada dalam program pendidikan khas. Setelah murid berada dalam pendidikan khas, ujian diagnostik seperti temubual, senarai semak dan pemerhatian perlu dijalankan untuk menentukan tahap kefungsian murid dan seterusnya merancang program pendidikan berdasarkan keperluan individu. Perhubungan antara bidang pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian adalah bersifat interaktif.Untuk memenuhi keperluan individu,interaksi antara ketiga-tiga aspek di atas boleh berlaku dalam keadaan fleksibel. Proses ini boleh bermula daripada mana-mana aspek berpaksikan kepada keperluan murid.Kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat. Ini bermakna aktiviti-aktivi pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan murid yang berbeza berpandukan pemilihan pengalaman pengajaran melalui bidang berikut iaitu bidang pengurusan kehidupan yang merangkumi komponen pengurusan diri, komponen kemahiran menipulatif , komponen pengurusan tingkah laku, dan komponen kemahiran hidup. Bidang akademik berfungsi pula merangkumi komponen Bahasa Melayu, komponen Matematik, komponen Bahasa Inggeris dan komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Bagi bidang kerohanian dan nilai-nilai murni merangkumi komponen pendidikan Agama Islam dan komponen Pendidikan Moral. Manakala bidang yang terakhir ialah bidang sosial, riadah dan kreativiti yang mengandungi komponen-
  • 4. Kanak-kanak Berkeperluan Khas |4 komponen seperti komponen Pendidikan Jasmani, komponen Pendidikan Seni, komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama, komponen Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar Dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran, prinsip-prinsip teori pembelajaran boleh digabungkan dengan kerja-kerja praktikal dalam situasi kehidupan yang sebenar supaya murid berkeperluan khas mendapat input sepenuhnya. Keupayaan individu akan menentukan pemilihan pendekatan pengajaran dan penbelajaran. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri seperti mampu berdikari,berdisiplin dan bersikap positif, bermoral dan beretika, berkemahiran dan berketrampilan dan produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara. Setelah melalui keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dan memiliki ciri-ciri tersebut adalah diharapkan murid dapat menjalani satu kehidupan yang bermakna kepada diri, keluarga dan bertepatan dengan nilai-nilai yang diterima oleh masyarakat. Bincangkan bagaimanakah anda menerapkan prinsip Falsafah Pendidikan Khas di dalam bilik darjah. MODEL-MODEL PELAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS Terdapat dua model utama dalam pengendalian murid berkeperluan khas iaitu Model Perubatan dan Model Sosial. Model Sosial (Social model) dan Model Perubatan (Medical Model) Kedua-dua model ini mengutamakan ke arah masyarakat penyayang iaitu mengenalpasti masalah dalam komuniti dan kegagalan komuniti memastikan keperluan OKU diambil kira. Locates problem in society. Individual limitations are acknowledged but are seen as less important than society’s failure to ensure the needs of the disabled are taken into account in its organisation and facilities Bagi tujuan menjayakan model ini prinsip kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak amat diutama dengan penglibatan ibubapa, sekolah dan masyarakat kepada program pendidikan khas. Kolaborasi merupakan kerjasama yang diberikan oleh beberapa pihak dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun untuk mencapai suatu matlamat. Semangat kerjasama harus lahir secara sukarela untuk memudahkan pencapaian suatu matlamat. Dalam proses kolaborasi ini kumpulan pelbagai displin memainkan peranan penting. Menurut Golin dan Ducanis ( 1981), kumpulan pelbagai displin adalah satu unit yang berfungsi yang terdiri
  • 5. Kanak-kanak Berkeperluan Khas |5 daripada pelbagai individu yang mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang tertentu. Kumpulan ini akan bergabung tenaga untuk menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak khas. Mereka berfungsi untuk mengenal pasti masalah pelajar, merancangkan program pendidikan dan menilai perkembangan pelajar untuk memastikan keberkesanan Program Pendidikan Khas. Kumpulan ini adalah memastikan kanak-kanak mendapatkan penempatan yang adil dan sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Sepertimana kita tahu pendidikan khas merupakan satu bentuk pendidikan khusus diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak- kanak ini memang dilahirkan dengan pelbagai kecacatan tetapi pelbagai bakat dan kemahiran tersembunyi dalam diri mereka. Potensi diri mereka ini harus dikembangkan supaya mereka dapat berdikari dan menguruskan diri mereka tanpa bantuan orang lain. Hanya pendidikan dan pengalaman sahaja yang akan dapat membentuk murid-murid khas yang memiliki bakat dan kemahiran yang tinggi. Matlamat falsafah Pendidikan Khas ialah menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan–keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat. Maka kumpulan pelbagai displin harus berkolaborasi dan memberi sumbangan tertentu kepada program pendidikan khas ini untuk membolehkan murid-murid istimewa ini mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Tahukah anda siapakah yang akan terlibat dalam menjayakan program pendidikan khas yang berkesan? Pasukan Pelbagai Disiplin Ibubapa Sekolah Pakar Perubatan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Bahagian Pendidikan Khas Jabatan Kebajikan Masyarakat Masyarakat Mewujudkan pasukan pelbagai disiplin adalah kaedah yang sering dilakukan oleh guru pendidikan khas. Fungsi Keseluruhan Kumpulan Pelbagai Displin meliputi pengenalpastian masalah iaitu; a. Menaksirkan dan memperincikan masalah asal atau spesifik kanak-kanak khas dari segi masalah kognitif, fizikal, pendengaran, penglihatan, komunikasi, emosi atau tingkah laku dan sebagainya.
  • 6. Kanak-kanak Berkeperluan Khas |6 b. Mengkaji semula intervensi yang telah dicuba oleh guru khas dan mengenalpasti keberkesanan strategi untuk memulihkan masalah kanak-kanak. Ahli kumpulan akan menilai kesesuaian program pendidikan yang sedia ada. c. Mencari alternatif dengan memikirkan pelbagai pendekatan untuk pemulihan. Contohnya apakah pendekatan pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak hiperaktif ? Maka ahli kumpulan yang terlibat akan memberikan pelbagai cadangan untuk mengajar kategori kanak-kanak ini. d. Mengenalpasti keperluan khas pelajar dan merekodkan keperluan dan segala maklumat kanakkanak. e. Pemilihan penyelesaian melalui pendekatan yang paling sesuai akan dipilih untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak khas. Sebagai contoh kanak-kanak bermasalah pembelajaran akan dicadangkan rancangan pengajaran individu dalam program pendidikan. f. Setiap kumpulan pelbagai displin bertanggungjawab untuk menjalankan dan memantapkan rancangan pendidikan. Bentuk Kolabarasi Kumpulan Pelbagai Displin 1. Ibubapa Ibubapa harus sentiasa peka terhadap sebarang aktiviti atau respon yang tidak normal anakanak. Mereka patut mengesan kekurangan anak mereka di peringkat awal. Mereka tidak harus membiarkan sahaja jika mereka dapat mengesan sebarang masalah atau perubahan pada anak mereka. Mereka harus berbincang dengan professional pakar berkaitan masalah atau kecacatan anak mereka supaya tindakan selanjutnya untuk membantu anak-anak mereka dapat diambil dengan segera. Mungkin peluang untuk memulihkan kecacatan tinggi jika dapat mengesan kecacatan pada peringkat awal. Adalah penting untuk setiap ibubapa mengetahui cara menjaga anak-anak mereka yang memiliki kecacatan dari segi mental, emosi dan fizikal kerana kesilapan kecil boleh membawa kesan negatif kepada perkembangan kanak-kanak ini. Mereka sentiasa perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan untuk memulihkan kecacatan kritikal anak mereka kepada keadaan lebih baik.Oleh itu mereka perlu bersikap positif dan sentiasa percaya dalam diri yang mereka dapat menangani perkembangan anak-anak mereka. Selepas itu juga perlu melakukan pemerhatian dan menganalisis setiap perlakuan anak-anak mereka kerana kelakuan anak-anak berbeza mengikut kecacatan. Ibubapa perlu memilih strategi yang sesuai untuk membentuk kelakuan anak-anak mereka. Pembentukan kelakuan positif adalah penting supaya anak-anak dapat berkelakuan baik di khalayak ramai kerana bukan semua faham keadaan mental dan emosi kanak-kanak yang memiliki ciri-ciri khas. Universal Declaration of Human Right 1948 menegaskan bahawa setiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan. Jadi ibubapa tidak seharusnya
  • 7. Kanak-kanak Berkeperluan Khas |7 mengabaikan anak-anak mereka yang memiliki kekurangan dan kecacatan. Sebaliknya mereka harus memberi sokongan dan kerjasama yang penuh untuk membantu anak-anak mereka yang berkeperluan khas. Setiap kanak-kanak ini memiliki bakat dan kemahiran tertentu, maka menghantar mereka ke sekolah khas dapat memperkembangkan bakat yang ada pada diri mereka. Tanggungjawab ibu bapa tidak berhenti setakat menghantar anak mereka ke sekolah sahaja. Mereka harus ke sekolah untuk mengetahui perkembangan semasa anak-anak mereka. Penglibatan ibu bapa dalam program pendidikan khas adalah penting untuk membina keyakinan dalam diri murid-murid khas selain memberi sokongan kepada mereka. Ibubapa juga boleh memberi cadangan yang bernas untuk melancarkan lagi program pendidikan khas. Ibubapa juga harus berkolaborasi dengan guru pendidikan khas dengan mendengar nasihat guru dan menghadirkan diri dalam perjumpaan yang diadakan di sekolah. Ibubapa juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti perkhemahan, program motivasi dan sebagainya. Ibu bapa disarankan tidak menganggu dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi boleh berperanan sebagai pembantu kepada guru. Ibubapa boleh membantu guru dengan mengawasi anak-anak mereka semasa membuat kerja rumah. Ibu bapa perlu melakukan intervensi di rumah kerana ibu bapa merupakan guru terbaik kerana mereka kerap mendampingi anak-anak mereka. Penglibatan ibu bapa akan memberi pengaruh dalam perkembangan anak mereka. Sumbangan dan sokongan padu daripada pihak ibu bapa sangat diperlukan kepada program pendidikan khas. 2. Pakar Perubatan Pakar perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan memainkan penting untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah kecacatan untuk memulihkan kecacatan tersebut. Peranan pakar perubatan boleh dibahagikan seperti jadual di bawah. Pakar Perubatan Peranan Pediatrik Pediatrik bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah pembelajaran seperti genetic, kewarisan,prenatal dan postnatal. Neurologi Pakar neurologi adalah untuk mendiagnostik dan mengubati penyakit yang berkaitan dengan neuorologikal seperti kecederaan otak. Pakar ini juga mengawal hiperaktif dan masalah menumpu perhatian dengan memberikan kanak-kanak ubat “ Ritalin” untuk mengawal keaktifannya Terapi pertuturan Mereka akan mengesan masalah komunikasi dari segi pertuturan dan bahasa kanak kanak. Terapi pertuturan akan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik untuk membantu kanak-kanak seperti gagap, sumbing dan
  • 8. Kanak-kanak Berkeperluan Khas |8 kanak-kanak yang mempunyai masalah alat artikulasi untuk bertutur. Terapi fizikal Ahli kumpulan ini bertanggungjawab untuk menaksir fungsi-fungsi motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Dan melatih kemahiran hidup serta kemahiran membantu diri. Audiologi Kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah dari segi pendengaran akan dirujuk kepada audiologi untuk mengesan fungsi pendengaran mereka. Oftomologi Pakar ini akan menaksiran penglihatan pelajar. Sekiranya mereka mempunyai masala penglihatan maka akan memerlukan cara pengajaran yang berbeza dengan kanak-kanak biasa. Bincangkan perananan yang dimainkan oleh pakar-pakar perubatan seperti jurupulih pertuturan, jurupulih cara kerja, pakar pemakanan, jurupulih bahasa dan psikologi klinikal dalam membantu murid-murid pendidikan khas. 3. Pihak Sekolah Pihak sekolah memainkan peranan penting untuk membentuk kanak-kanak supaya mereka boleh berdikari dan menguruskan diri. Pihak sekolah haruslah menyediakan satu bangunan atau bilik khas untuk murid-murid berkeperluan khas. Menyediakan infrastruktur yang serba lengkap adalah salah satu tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah-kaedah khusus dapat berjalan dengan lancar. Pengetua atau guru besar juga harus memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada program pendidikan khas. Program pendidikan khas akan berkembang dengan adanya sokongan guru besar atau pengetua. Mereka perlu mengambil tahu keperluan program pendidikan khas dan murid-murid berkeperluan khas. Bagi sekolah yang mempunyai program integrasi sepatut tidak mengasingkan muridmurid berkeperluan khas dengan murid-murid biasa melalui. Aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pergaulan antara murid-murid khas dengan murid-murid biasa harus diperbanyakan. Ini adalah untuk membolehkan murid-murid khas berinteraksi secara normal dengan semua glongan dan tidak akan mengasingkan diri. Langkah sebegini akan membantu murid-murid khas untuk menghadapi masyarakat luar secara normal. Guru pendidikan khas berperanan penting dalam keberkesanan program pendidikan khas. Guru pendidikan khas harus memberi komitmen yang sepenuhnya kepada murid-murid berkeperluan khas dan program pendidkan khas. Mereka
  • 9. Kanak-kanak Berkeperluan Khas |9 seharusnya menjiwai karier mereka sebagai seorang guru pendidikan khas. Hanya guru pendidikan khas sahaja dilatih dengan pelbagai kemahiran untuk mengajar murid-murid keperluan khas. Guru khas perlu memiliki kriteria sebagai seorang guru khas supaya program pendikan khas dapat berjalan lancar. Seorang guru khas harus berfikiran secara kreatif, inovatif dan imagenatif supaya dapat menarik minat murid-murid berkeperluan khas untuk belajar dan menumpukan perhatian.Guru khas juga harus tahu mengekalkan suasana kelas yang ceria dan mesra supaya murid dapat menganggap sekolah sebagai rumah kedua mereka. Sikap simpati dan juga empati perlu ada ada pada seorang guru pendidikan khas. Guru khas harus berupaya memberikan ujian saringan kepada pelajar untuk mengenalpasti tahap pencapaian dan masalah pelajar. Guru khas perlu mengenali setiap anak muridnya secara terperinci supaya mereka dapat melayan murid-murid mengikut kepeluan tertentu. Guru pendidikan khas juga perlu menyediakan Rancangan Pendidikan Individu mengikut kategori dan kesesuaian murid supaya mereka dapat menguasai satu kemahiran dengan baik. Program dan aktiviti dirancang oleh guru tidak seharusnya tertumpu di kawasan sekolah sahaja. Sebaliknya guru khas perlu membawa murid-murid ke kawasan luar agar murid-murid dapat terdedah kepada masyarakat luar. Mereka juga boleh meluaskan pengetahuan dan pengalaman melalui program lawatan. Guru khas juga harus berbincang dengan ibubapa tentang masalah kesihatan dan tingkahlaku murid-murid khas agar mereka dapat mencari jalan penyelesaian dengan mudah kepada suatu masalah dengan adanya kerjasama yang baik antara guru khas dan ibubapa. Guru khas juga boleh mengubah strategi pengajaran dengan mendengar nasihat dan idea ibubapa jika bersesuain dengan kurikulum. Selain itu, kerjasama guru khas dengan program pendidikan arus perdana juga penting untuk melancarkan perkembangan program pendidikan khas. Guru biasa (arus perdana) perlu berkongsi pendapat dan tanggungjawab bersama guru pendidikan khas supaya objektif pendidikan khas dapat dicapai. Guru khas dan guru biasa boleh tukar-menukar bahan bantu mengajar supaya dapat menjimatkan masa dan tenaga. Guru biasa perlu membantu dan memberi tumpuan lebih kepada murid-murid khas dalam program inklusif supaya mereka dapat kekal dalam kekal biasa. Guru khas juga membantu guru biasa dengan mengajar pelajarpelajar lemah dalam kelas biasa. Guru biasa boleh mengunakan kemahiran dan idea untuk membolehkan murid –murid mengembangkan bakat dan kemahiran yang pada mereka. Guru biasa perlu mengambil bahagian dalam aktiviti dianjurkan untuk murid-murid khas supaya guru dapat mengenal dan memahami keperluan dan ciri mereka supaya mereka tidak menghadapi masalah semasa mengajar mereka dalam program inklusif. Kolaborasi semua staf sekolah kepada program pendidikan khas penting untuk merealisikan aspirasi pendidikan khas. 4. Jabatan Kebajkan Masyarakat Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merangkumi usaha-usaha membantu serta memberi perkhidmatan kepada warga kurang upaya bersesuaian dengan keperluan serta syarat-syarat yang ditetapkan. Perkhidmatan ini hanya diberikan kepada mereka yang
  • 10. K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 10 mendaftar dengan jabatan ini sahaja. Perkhidmatan ini diwujudkan untuk menolong orang kurang upaya supaya mereka dapat berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang lebih produktif sejajar dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Jabatan ini mengeluarkan Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya untuk memudahkan pengenalan supaya mereka mendapat perkhidmatan yang cepat dan akses kepada kemudahan awam. Dengan adanya kad ini pelbagai faedah seperti rawatan perubatan, khidmat pemulihan, rawatan lanjutan dan latihan vokasional juga diberikan. Selain itu, untuk mendaftar di sekolah dan institusi tertentu kanak-kanak khas perlu juga mendapatkan kebenaran JKM. Kad ini perlu untuk golongan Khas ini mengikuti program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan juga untuk mendapatkan peluang pekerjaan di sektor awam atau swasta. Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusiinstitusi di bawah kelolaan jabatan. Perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan ini kepada kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) seperti Taman Sinar Harapan, Pusat Dalam Komuniti, Bengkel Daya dan Pusat Pemulihan dan Latihan Perindustrian Bangi. Institusi-institusi ini menyediakan latihan dan menggalakkan penyertaan aktif serta sumbangan daripada sektor swasta/ korporat untuk memainkan peranan yang lebih besar dan positif bagi kebajikan orang kurang upaya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menuju ke arah masyarakat penyayang menghadapi Wawasan 2020 dan menepati Dasar Kebajikan Masyarakat negara. SEMAK KENDIRI a. Huraikan definisi pendidikan khas dalam konteks pendidikan khas di Malaysia. b. Bincangkan kandungan kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran. c. Nyatakan dan huraikan perbezaan falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan khas. d. Jelaskan bagaimana amalan konsep kolaborasi antara pelbagai disiplin dilaksanakan. e. Senaraikan tugas dan peranan pasukan pelbagai disipilin di bawah; i. Pakar Perubatan ii. Jabatan Kebajikan Masyarakt iii. Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia iv. Pihak Pentadbir Sekolah
  • 11. K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 11 Rumusan 1. Pendidikan Khas di Malaysia memberi peluang kepada semua kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapat pendidikan secara formal di sekolah-sekolah pendidikan khas, program intergrasi dan inklusif. 2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas memfokus kepada perkembangan dan pengupayaan individu khas ke arah kecemerlangan akademik dan kemahiran melalui tiga prinsip utama iaitu pendidikan menyeluruh dan bersepadu,pembelajaran yang mengembirakan dan bermakna dan pendidikan sepanjang hayat. 3. Dua model pelaksanaan pendidikan khas iaitu Model Sosial dan Model Perubatan. Model Sosial mengutamakan kolaborasi antara pihak ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat. Model Perubatan pula mengutamakan peranan dan tanggungjawab pakarpakar. 4. Kepelbagaian kategori murid berkeperluan khas memerlukan kerjasama pasukan pelbagai disiplin untuk tujuan mengesan dan mengenalpasti ciri-ciri serta keperluan pendidikan khas. 5. Secara keseluruhannya, boleh dilihat bahawa terdapatnya perbezaan antara ciri-ciri Akta Pendidikan di Malaysia dengan Akta Pendidikan di Amerika Syarikat. Secara umum, Akta Pendidikan 1996 lebih bersifat umum di mana peruntukan untuk bidang pendidikan khas adalah sebahagian kecil sahaja dalam akta ini dan tidak dinyatakan dengan lebih jelas dan lanjut mengenai takrifan ’murid khas’, ’sekolah khas’, ’kategori murid khas’ dan sebagainya. Manakala, IDEA dinyatakan lebih jelas dan spesifik dalam takrifan-tarifan tersebut 6. Akta OKU 2008 menekankan penyamaan peluang serta peruntukan hak-hak asas untuk golongan OKU ini dalam aspek yang lebih luas bukan saja dalam aspek pendidikan. Secara kesimpulannya, tidak kira Akta Pendidikan di Malaysia mahupun luar negara, akta pendidikan diwujudkan demi mempertahankan hak golongan OKU dalam memperoleh perkhidmatan pendidikan yang sepatutnya. Dengan itu, sebagai pendidik, harus sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan khas, malah menambahbaikkan lagi kualiti pendidikan untuk golongan khas ini. RUJUKAN Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). (1997). Dimuat turun pada 13 November 2009, 11.34p.m. daripada http://414326-Akta-Pendidikan-1996 1.pdf. Allan. G. O., & Charles, J. R. (2006). Special Education And The Law. A Guide for Practitioners.2nd Ed. California: Crown Press. Alper, S. 2001. Alternate assessement of students with disabilities in inclusive settings. Needham Heights, MA.: Allyn & Bacon. Burch, P. (2007). Supplemental Education Services Under NCLB: Emerging Evidence And Policy Issues. Dimuat turun pada 18 November 2009, 11.44 p.m. daripada http://www.greatlakescenter.org/docs/Policy-Briefs/Burch_NCLB.pdf Chadd, J., & Drage, K. (2006). No Child Left Behind: Implications for Career and Technical Education. Journal of Career and Technical Education Research. 31(2), 79-99. Dudley, K. (2006). The Effect of the No Child Left Behind Act 2020 on Special Education and Learning. Dimuat turun pada 19 November 2009, 4.05p.m. daripada http://www.associatedcontent.com/article/43665/the_effect_of_the_no_child_left_behind_p g4_pg4.html?
  • 12. K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 12 Lerner, J. 2003. Learning disabilities theories, diagnosis and teaching strategies. Boston : Houghton Mifflin Company. Paige, R. (2002). No Child Left Behind: A Desktop Reference. Dimuat turun pada 18 November 2009, 11.15p.m. daripada http://www.ed.gov/admins/lead/account/ndbreference/reference.pdf . Supiah Saad, 2005. Komitmen dan Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia, Jurnal Kementerian Pengajian Tinggi. Dimuat turun pada 19 November 2009, 3.05p.m. dalam http://www. Toodoc./com/search.php?=dasar+pendidikan+khas. Tie Fatt Hee. (2002).Undang-undang Pendidikan di Malaysia. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Trahan, C. (2002). Implications of the No Child Left Behind Act of 2001 for Teacher Education. Dimuat turun pada 19 November 2009, 4.30 p.m. daripada http://findarticles.com/p/articles/mi_pric/is_200212/ai_3334171959/ Turnbull, H. R. 1998. Free appropriate public education: The law and children with disabilities. Denver, CO: Love. Undang-undang Malaysia: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). (1996).Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. United Nations Education, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) (2008). Dimuat turun pada 19 November 2009, 3.30 p.m. daripada http://unesdoc.unesco.org/images/0015/001585/158536mly.pdf. Weishaar, M. K. (2007). Case Studies in Special Education Law. No Child Left Behind Act. New Jersey: Pearson Edu. Inc. Wong Huey Siew & Sandiyao Sebestion, 2002 : Pendidikan Bagi Komuniti Orang Kurang Upaya Penglihatan di Malaysia : Satu Analisis daripada Perspektif Sejarah. Journal Issues in Education, Vol 25, m/s 145-163. Yell, M. L. & Shriner, J.G. 1997. The IDEA amendments of 1997: implication for special and general education teachers, administrators and teacher trainers. Focus on exceptional children. 30(1): 188 – 243. dan penyelidikan. Konvensyen Pendidikan Khas, 2004. 6-9 Disember 2004, Kuala Lumpur. Dimuat turun pada 19 November 2009, 8.00a.m. daripada http://www.paralympic.org.my/mpc/doc/ref_doc UNDANG-UNDANG_MALAYSIAAKTA_ORANG_KURANG_UPAYA.pdf. Ysseldyke, J., & Bob, A. (2006). The Legal Foundation of Special Education. A Practical Guide for Every Teacher. California: Corwin Press.
  • 13. K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 13
  • 14. K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 14