Ppsb taklimat

2,260 views

Published on

Modul terkini PPSB

Published in: Education
1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,260
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
19
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Ppsb taklimat

  1. 1. ANJURAN BERSAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DANJABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA KETUA FASILITATOR : ANUAR BIN ABDUL
  2. 2. Latar belakang PPSB Cetusan idea YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Peringkat pertama PPSB – di 11 kem terpilih mulai 12 Feb – 4 Mac 2005, Peringkat kedua – di 35 kem termasuk Sabah dan Sarawak mulai 10 April – 7 Mei 2005 Mulai 1 Ogos 2005, PPSB menjadi salah satu modul di kesemua kem seluruh negara. Anjuran bersama di antara Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka
  3. 3. KUIZ Cubalah jawab…!!!!Apakah nama asal Dewan Bahasa danPustaka ?Di manakah DBP ditubuhkan?Bilakah DBP ditubuhkan?
  4. 4. DEWAN BAHASA DANPUSTAKA Ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor. Nama asal ialah Balai Pustaka – ditubuhkan hasil daripada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III di Singapura pada 21 September 1956
  5. 5. DEWAN BAHASA DANPUSTAKAMISI – “Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai BahasaIlmu, Bahasa Intelektual dan Bahasa Perpaduan dalamMendukung Rangkaian Dasar Nasional untuk membinaBangsa”WAWASAN – “Menjadi Peneraju Utama PengembanganBahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Bangsa”FALSAFAH – “BAHASA JIWA BANGSA”
  6. 6. BAHASA JIWA BANGSA
  7. 7. Matlamat Program PPSB Matlamat utama PPSB adalah mendukung matlamat PLKN itu sendiri. selain itu, ia juga mempunyai matlamat untuk :-  Memupuk semangat patriotisme di kalangan generasi muda Malaysia;  Memupuk semangat persefahaman dan meningkatkan integrasi nasional di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini;  Memperkukuh jati diri bangsa Malaysia;  Menerapkan nilai-nilai murni untuk melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas, berwawasan dan berjiwa kental.
  8. 8. Matlamat Program PPSB Memupuk minat dan bakat peserta serta meningkatkan apresiasi terhadap sastera di kalangan masyarakat khususnya generasi muda ke arah pembinaan khalayak sastera; Memperkasa dan membina kepakaran serta keterampilan karyawan seni dan sastera demi memartabatkan sastera tanah air.
  9. 9. Modul Pengajaran PPSB Hari Pertama - Sesi I (2.30-4.30 ptg) (Pengenalan Tentang Program PPSB)  Matlamat, Falsafah dan Konsep Program.  Jadual dan Pengisian Program.  Dewan Bahasa dan Pustaka.  Pembahagian Kumpulan dan Tugas  Kesantunan Berbahasa*
  10. 10. Modul Pengajaran PPSB Hari Pertama - Sesi II (8.30-10.30 mlm) (PENGHAYATAN PUISI : TEORI DAN AMALI) 1. Penghayatan Puisi Tradisional. 2. Penghayatan Puisi Moden
  11. 11. Modul Pengajaran PPSB Hari Kedua - Sesi III (8.30 – 10.30 pg)INTERPRETASI PUISI1. Pentafsiran Puisi.2. Pemahaman Kosa Kata dan Aspek Sebutan.3. Pembahagian Tugasan / Taklimat Tentang Tugasan / Pembentangan Konsep Persembahan Kumpulan.
  12. 12. Modul Pengajaran PPSB  Hari Kedua  Sesi IV (11.00 – 1.00 tgh) PENGURUSAN ACARA DAN GERAK KERJA BERKUMPULAN 1. Bimbingan Pengurusan dan Pengacaraan Majlis Gaya Dewan.(Kumpulan Urusetia) 2. Sesi Olah Suara dan Olah Tubuh. 3. Latihan Kumpulan dengan Bimbingan Fasilitator.
  13. 13. Modul Pengajaran PPSB Hari kedua - Sesi V (2.30 – 4.30 ptg) LATIHAN DAN BIMBINGAN KUMPULAN1. Latihan Kumpulan dan Bimbingan Fasilitator / Jurulatih.2. Taklimat i. Kreteria Penilaian ii. Kreteria Persembahan
  14. 14. Modul Pengajaran PPSB Hari kedua Sesi VI (5.00 – 6.30 ptg) LATIHAN DAN BIMBINGAN KUMPULAN1. Bimbingan dan Persiapan Akhir dan Raptai Penuh Persembahan.2. Latihan Kumpulan dan Bimbingan Fasilitator.
  15. 15. Modul Pengajaran PPSB Hari kedua SESI VII ( 9.00 – 10.30 MLM)MANIFESTASI PUISI DAN PENUTUPAN PROGRAM Persembahan Kumpulan/Sayembara Puisi Acara Penutupan Program.
  16. 16. Pengenalan/Penghayatan Puisi Puisi merupakan karangan berangkap mengandungi kata-kata terbaik penuh dengan perasaan dan imaginatif yang membawa makna sebanyak mungkin di dalam perkataan yang seringkas mungkin. Puisi terbahagi kepada 2 jenis  Puisi Tradisional  Puisi Moden
  17. 17. Puisi Tradisional Dikenali sebagai sastera lisan yang berkembang di dalam kesenian rakyat. Jenis-jenis puisi tradisional  Pantun  Syair  Gurindam  Seloka  Bahasa Berirama  Nazam  Mantera, teromba, masnawi, rubai dll
  18. 18. PANTUNCIRI-CIRI PANTUN• Ada pembayang maksud dan ada maksud.• Jenis-jenis pantun : Rangkapnya terbina daripadabaris/kerat yang berpasangan misalnya Pantun 2kerat, Pantun 4 kerat, Pantun 6 kerat, Pantun 8 keratdan Pantun berkait.• Skima rima di tengah dan / atau di hujung barisberjajar, berselang iaitu ab;ab, atau aa;aa, iaitu Rimaakhir baris pertama sama dengan rima akhir barisketiga, dan rima akhir baris kedua sama dengan bariskeempat.
  19. 19. PANTUNMelafazkan Pantun Sebelum melafazkan pantun, wajar difahami pemikiran / ideakeseluruhan pantun berkenaan untuk mengenal pastimood/nada/intonasi pengucapan pantun (sedih, curiga,gembira, jenaka dsbnya).  CONTOH : PANTUN DUA KERAT  Siakap senohong gelama ikan duri Cakap bohong lama-lama mencuri.  Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati.
  20. 20. PANTUNCONTOH PANTUN EMPAT KERAT Buah langsat kuning mencelah Senduduk tidak berbunga lagi Sudah dapat gading bertuah Tanduk tidak berguna lagi.Dua tiga kucing berlari, Mana kan sama si kucing belang,Dua tiga boleh kucari, Mana kan sama adik seorang.
  21. 21. PANTUN Contoh Pantun 6 Kerat Nyiur gading tinggi menjulang, Masak ketupat berisi inti, Buah delima di dalam cawan; Hancur daging berkisi tulang, Belum dapat belum berhenti, Hendak bersama denganmu tuan.
  22. 22. MARI BERPANTUN Tebang gelam tebang kenangaTikar pucuk tikar mengkuang Batangnya tumbang menimpa gedungAlas nikah raja Melayu Kumbang mengidam nak seri bungaIkan busuk jangan dibuang Bunga kembang di puncak gunungBuat perencah si daun kayu. Pokok terap tumbuh di bukitBuah bacang masak serangkai Belat berbanjar panjang ke huluBurung dekut meniti batang Jangan diharap guruh di langitSaya dagang tidak terpakai Kilat memancar hujan tak lalu.Macam melukut di tepi gantang. Limau bentan di tepi tingkap Budak-budak melempar burung Harimau di hutan lagi kutangkap Kononlah pula cicak mengkarung.
  23. 23. SYAIR Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri (Syair Burung Pungguk, Syair perahu; Dll) sekitar abad ke 16 dengan tujuan untuk mengajar agama Islam.
  24. 24. SYAIRCIRI-CIRI SYAIR Empat baris dalam satu rangkap. Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar 3hingga 5 patah perkataan. Jumlah suku kata bagi setiap baris sekitar 8 -12suku.Skima rima hujungnya sama, iaitu aa;aa. Isi syair umumnya merupakan cerita atau pemerianyang panjang sama ada mengenai kisah percintaan,keagamaan, falsafah, pengajaran dan sebagainya.
  25. 25. SYAIR Jenis Syair Syair Cerita misalnya, Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman, Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah. Syair Nasihat misalnya, Syair Definisi Orang Berakal, Syair Makna Riak, Syair Pesanan Ibu. Syair Semangat Patriotik misalnya, Syair Tenaga Pemuda. Syair Ilmu, misalnya Syair Kelebihan Ilmu. Syair Kiasan misalnya, Syair Jong Pecah.
  26. 26. SYAIR SYAIR WASIAT AYAHANDA SITI SYAIR NASIHAT ZAWIYAH Irama Batu Belah Irama DidolDengarlah tuan ayah berperi, Ada kepada suatu hariKepada anakanda muda bestari, Sakit saudagar laki dan isteri,Nasihat kebajikan ayahanda beri, Adalah kiranya tujuh hari,Amalkan jangan malas dan nyeri. Tidak bergerak kanan dan kiri.Ayuhai anakanda muda remaja, Saudagar tahu akan dirinya,Jika anakanda menjadi raja, Hampirlah mati kepada rasanya,Hati yang betul hendak disahaja, Lalu memanggil akan anaknya,Serta rajin pada bekerja. Dicium kepala dengan tangisnya.
  27. 27. SYAIR SYAIR KEMANGKATAN SULTAN SYAIR BURUNG PUNGGUK SULAIMAN (Irama Siti Zubaidah) (Irama Mayang)Pertama mula Pungguk merindu Deli tua negerinya itu,Berbunyilah guruh mendayu-dayu Kotanya kukuh berpagar batu,Hatinya rawan bercampur pilu Pasarnya ramai bukan suatu,Seperti dihiris dengan sembilu Tiada berbanding di zaman itu.Pungguk bermadah seraya merawan,Wahai bulan, terbitlah tuan, Baginda berputera tiga orang jua,Gundahku tidak berketahuan, Laki-laki konon putera yang tua,Keluarlah bulan tercelah awan. Puteri cantik putera kedua, Parasnya elok jarang tersua.Ketika bulan sedang berkurung,Pungguk terbang segenap lorong,Ramai bertanya sekalian burung,Pungguk Wahai, mengapa nan murung.
  28. 28. GURINDAMGurindam sebagai satu bentuk puisi Melayutradisional diperkenalkan oleh Raja Ali Hajimelalui “Gurindam Dua Belas” yangdikarang pada tahun 1846. Bahasanyabernas dan isinya mengandungi nasihat,pengajaran, kebenaran serta pernyataanperasaan cinta.
  29. 29. GURINDAMCIRI-CIRI GURINDAM• 4 hingga 6 patah perkataan / 8-12 suku kata baris.• Jumlah rangkap dalam seuntai gurindam tidak ditentukan.• Skima rima hujung bercorak seirama iaitu a:a.• Baris pertama adalah unik syarat (induk Kalimat) danbaris kedua pula ialah jawapan (anak kalimat).•Ada kalanya wujud unsur asonansi dan aliterasi padaperkataan dalam baris.• Umumnya mempunyai pernyataan yang serius terutamauntuk memberi pengajaran atau menyatakan perasaancinta.Disampaikan dengan dendangan irama tersendiri.
  30. 30. GURINDAM PELIHARA LIDAH GURINDAMJika kamu banyak berkata Jika kamu banyak bercakapDi situ banyak membuat dusta. Kamu sendiri masuk perangkap.Jika kamu banyak bercakap Jika kamu banyak berkataTanda fikiran kuranglah lengkap Janji palsu senang tercipta.Jika kamu banyak berkata Jika kamu banyak bercakapKejahilan kamu terang dan nyata. Kata mengata banyak diungkap.Jika kamu banyak bercakapKekurangan kamu mudah Jika kamu banyak berkatatersingkap Banyak janji tidak dikota.Jika kamu banyak berkata Jika kamu banyak bercakapDi situ banyak silang sengketa. Rahsia kamu dapat ditangkap.
  31. 31. GURINDAMGURINDAM 12 PASAL KEENAM Cahari olehmu akan sahabat, Yang boleh dijadikan ubat. Cahari olehmu akan guru, Yang boleh tahukan tiap seteru. Carikan olehmu akan isteri, Yang boleh menyerahkan diri. Carikan oleh mu akan kawan, Pilih segala orang setiawan
  32. 32. SELOKA(a) Ciri-ciri Utama  Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung.  terbahagi kepada unit pebayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat)  Kebanyakan seloka ditulis dalam bentuk terikat yakni empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun dan syair  Ada juga seloka yang ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap barisnya menjadi isi seloka berkenaan.  Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda, bertujuan menyindir sambil mengajar.
  33. 33. SELOKASeloka Emak Si Randang Baik budi emak si randang Dagang lalu ditanakkan tiada kayu rumah diruntuhkan anak pulang kelaparan Anak dipangku diletakkan Kera di hutan disusui Dagang pergi awak terhutang Beras habis padi tak jadi
  34. 34. NAZAMNazam adalah puisi tradisional pengaruh Arab-Parsi. Secara umumnya nazamdigunakan untuk mengembangkan ajaran Islam; oleh itu isinya bersangkutandengan pengajaran feqah, tasauf, cerita-cerita Nabi, kebesaran Allah, disamping mengupas sikap dan sifat nilai murni muslimin sejati.(a) Ciri-ciri Utama  Dua baris serangkap  Skima rima adalah bebas  Skima rima hujung tidak mempunyai pola tertentu ; ada yang seirama a,a,a,a, dan ada yang tidak seirama aa, aa / aa, bb, ab, bc, cd dan seterusnya.  Lazimnya trbina gengan 5-6 patah perkataan sebaris / 10-12 suku kata sebaris  Disampaikan dengan cara nyanyian bernasyid/berzikir beramai-ramai di majlis karamaian agama seperti majlis khatam Quran, Maulidur Rasul, Maal Hijrah dsb.  Lagu nazam bercorak senada (monotonus) dari awal hingga akhir.
  35. 35. NAZAM NAZAM NASIHATElok kata murni jiwa harum budiHidup kita penuh makna orang sudi Hai saudara insaf diri buat kebaikanElok paras banyak harta jika keji Jangan lalai sampai lupa pada TuhanTiada siapa ingin dekat kita rugi Ingat pesan ayah bonda penuh harapan Anaknya jadi insan mulia masa depanHai saudara jangan sombong tinggi diriHidup jadi sia-sia tak bererti Harapan guru muridnya jadi orangElok tingkah perbuatan hati mulia bergunaItulah tanda orang budiman orang suka Capai jaya cekal usaha hidup sempurnaElok perangai tidak dengki iri hati Hai saudara jangan mudah putusHidup damai sana sini orang rai harapan Rajin usaha itu tanda kejayaan
  36. 36. Ibu mengandung sembilan bulanLebih dan kurang tak ditentukanLahirkan dikau berapa kesakitanBerpantang pula minum dan makan. NAZAM NAZAM AYAH DAN IBUCukuplah masa sampai ketikaLahirlah engkau ke dalam duniaBarulah suka ibu dan bapaKepada engkau sangat kasihnya. Rela ibumu menanggung hutang Kain dan baju tidak dipandangHarap ibumu bukan sedikit Basah diampai kering di pinggangTinggilah harap darinya bukit Didukung galas tidak berenggang.Lama ibumu merasa sakitSembilan bulan tidak berbangkit. Kenang ayahmu anak bangsawan Barang katanya jangan dilawanSetelah kamu sudahlah ada Ibu bapamu hubungan TuhanSiang dan malam ibumu jaga Baru sempurna anak budiman.Tidurpun tidak barang seketikaMakan dan minum tidak berasa. Hai segala anaknya Adam Kasihnya ibu tiada sempadanBerapalah dian dengannya tanglung Kasihnya ayah rela berkorbanDiangkat dituam lalu dibedung Badan dan nyawa jadi taruhan.Sudahlah jaga lalu didukungKasih dan sayang tidak tertanggung.Tidaklah tentu siang dan malamBangun memangku di dalam kelamTerkejut jaga di tengah malamTidur pun tidak lekat di tilam.
  37. 37. Puisi Moden SAJAKBentuk Sajak (1) Sajak Bebas (a) Kebanyakan sajak ditulis dalam bentuk bebas (b) Maknanya, bentuk sajak tidak lagi terikat pada ciri-ciri konvensional yang ada pada puisi tradisional terutamanya pantun dan syair.
  38. 38. Contoh sajak bebas SAJAKKepada Anakku (A.S. Amin) malam yang gelisah sunyi dan sayu hati dan kepala kerinduan ku-kerinduannya api merah di dada bulan terseyum mesra di bumi setia hati ku sedia esoknya lahir manusia punya harapan dan cinta pada dunia dan manusia
  39. 39. SAJAK(2) Sajak Terikat Sajak terbahagi kepada dua: (a) Keterikatan pada ciri yang khusus - dua baris serangkap - tiga baris serangkap - empat baris serangkap dll (b) Keterikatan pada ciri-ciri konvensional yang ada pada puisi tradisional terutama pantun dan syair.
  40. 40. Contoh sajak terikat SAJAKAnak jiran Tionghua (Usman Awang) Anak Tionghua kelahirannya di sini di bumi hijau ladang-ladang getah dan padi ia bisa bercerita untuk siapa sahaja di sini tanahnya dan ibunya bersemadi Lihat mereka sedang berebutan pistol mainan he, jangan berkelahi ah, anak-anak dengan caranya murni berkelahi untuk nanti bermain kembali
  41. 41. SAJAK(3) Sajak Eksperimen Sajak eksperimen tebahagi kepada tiga:(a) Sajak 3V (yang pernah dipopularkan oleh penyair spt. A. Ghafar Ibrahim)(b) Sajak konkrit(c) Sajak mini kata
  42. 42. TEMA SAJAK SAJAKTema ialah pokok pada sajak. Pada umumnya tema dalamsajak antaranya ialah:  Agama / ketuhanan  Alam  Cinta  Masyarakat / Sosial  Keluarga  Patriotik
  43. 43. NADA SAJAK SAJAK• Nada sajak merujuk kepada nada rendah, sedang dan tinggidalam sajak.• Nada berkait rapat dengan perasaan atau mood dalam sajak.Contoh 1: (Sajak Patriotik – Nada Patriotik Pada Setiap Kali Kau Tiba Ogos (Kemala) Bukan gerimis Tapi taufan Bukan pesimis Tapi pahlawan Seribu, dua ribu tak bernama gugur tak bertanda Memeluk kemerdekaan dalam diam Syahdu yang datang adalah sepi hening Tapi gelegak Bukan duka Tapi ombak
  44. 44. NADA SAJAK SAJAKContoh 2: ( Sajak bertema Ketuhanan – Nada Melankolik)Tanah Ini Akan Mencintai Aku ( A. Latif Mohidin) Dan engkau tidak akan bisa menyelamatkan aku tanganku akan jatuh terkulai dan engkau tidak akan bisa menyapu tanah yang menjilat bibirku Mataku akan dipenuhi oleh Tanah dan air Mataku tidak akan dapat melihat lagi
  45. 45. Bentuk-bentuk Persembahan Sajak1. Deklamasia. Definisi – membaca sajak sebagai satu seni.Menggabungkan elemen suara ( vokal ),nada ,intonasi,gaya,bahasa dan teknik.b. Elemen –elemen dalam deklamasi sajak > tafsiran makna sajak ( secara tersurat dan tersirat ) > jeda ( berhenti sebentar di tempat yang betul ) > Intonasi ( tinggi / rendah tekanan suara ) > Tempo ( cepat / lambat bacaan ) > Suara/ Vokal > Bahasa dan Sebutan > Gaya ( penghayatan ,eksperimen /mimik muka,bahasa badan , dan penampilan )2. Membaca - secara bersahaja tanpa ekpresi.3. Mestamu ( melagukan sajak tanpa muzik )4. Lagu-lagu puisi ( melagukan sajak dengan muzik )
  46. 46. SAJAKTANAH AIRKU Tanah airku segala isi laut dan isi bumimu adalah kecintaan hayat dan warisanku.Tanah airkulangit dan bumimu Jangan hampir padanya !adalah milik mutlakku.Jangan hampir padanya! A. Wahab AliTanah airkulaut dan udaramuadalah milik mutlakku.Jangan hampir padanya!
  47. 47. LAGU Permata (Untuk Isteri Ku) PUISI Lagu / Nyanyian : Kopratasa Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteriUntuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita Untuk kau beri erti dengan kelembutan Untuk kau hargai dengan kasih sayang Ku ingin kau jadi wanita mulia Yang tahu harga budi dan hati Seorang lelaki bernama suami Kerana engkau isteri Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini Tak semudah yang kita janjikan Yang kita janjikan Kerana kau isteriku
  48. 48. TAKLIMAT PERSEMBAHANMANIFESTASI PUISIKONSEP PERSEMBAHAN Acara kemuncak PPSB – iaitu pada malam terakhir PPSB di setiap kem PLKN. Menampilkan bakat dan kreativiti peserta membuat persembahan pentas. Menggabungkan elemen-elemen persembahan, secara berpasukan, di dalam persembahan masing-masing. Bukan persembahan kebudayaan, tetapi persembahan puisi.
  49. 49. Arahan-arahan Khas Mengenai Konsep PPSB Hanya puisi moden (sajak) yang termuat di dalam teks PPSB (Antologi puisi Tanah Airku) sahaja yang boleh diguna pakai. Sajak adalah teras persembahan, tetapi tidak boleh mementaskan lebih daripada sebuah sajak. Tidak boleh menukarkan bentuk puisi tradisional atau puisi moden kepada bentuk persembahan kesenian seperti dikir barat, boria dan sebagainya. Mestilah menyampaikan puisi tradisional mengikut bentuk dan cara penyampaian asal ( 5 minit di awal persembahan )
  50. 50. Penilaian & PemarkahanSetiap persembahan akan dinilai berdasarkankepada beberapa aspek, iaitu:- Deklamasi Sajak (30 markah) Suara (vokal, intonasi, nada, kelancaran) Gaya / Teknik (mimik muka, penghayatan, bahasa tubuh serta penampilan)
  51. 51.  Persembahan (40 markah) Keupayaan menterjemah makna sajak melalui bentuk/konsep persembahan dengan menggabungkan mana-mana elemen seni yang sesuai seperti lakonan, gerak kreatif, nyanyian, muzik dll. Gaya penyampaian dan keserasian puisi tradisional yang disisipkan di dalam persembahan Keharmonian keseluruhan persembahan.
  52. 52.  Kreativiti (15 markah) Set/Prop – peralatan bagi membantu persembahan Kostum – pakaian yang bersesuaian Penataran bunyi / muzik latar. Unik / Mengagumkan - dapat memikat penonton
  53. 53.  Pengurusan Persembahan (15 markah) Penglibatan semua ahli kumpulan/pelbagai kaum dalam persembahan utama Pengurusan pentas (keluar/masuk pentas, susun atur set/prop serta adab di atas pentas) Kerjasama kumpulan Usaha tambahan – risalah/maklumat kumpulan, alat bantu seperti penggunaan multi media dsbnya
  54. 54. Garis Panduan Persembahan Tidak boleh melakonkan aksi-aksi negatif seperti merokok, berdisko, aksi lucah, rogol, penderaan dan sebagainya. Tidak boleh membawa atau menggunakan apa sahaja senjata sebenar dan api di atas pentas semasa persembahan, Lakonan dan dialog yang menyentuh sensitivi kaum atau agama adalah dilarang sama sekali, Lakonan yang melibatkan sentuhan fizikal antara lelaki dan perempuan adalah ditegah, Kostum hendaklah bersesuaian dengan persembahan tetapi jangan menggunakan kostum yang kurang sopan atau menjolok mata, Masa persembahan tidak melebihi 20 minit.. - 5 minit bagi persembahan puisi tradisional
  55. 55. Pemilihan Panel Juri yang diketuai oleh Ketua Juri / Ketua Fasilitator akan memilih :- Deklamator Terbaik seorang deklamator terbaik keseluruhan – setiap kumpulan hendaklah mencalonkan seorang deklamator yang mesti mendeklamasikan sebuah puisi dari awal hingga akhir.
  56. 56.  Persembahan Kumpulan Terbaik Persembahan setiap kumpulan akan dinilai dan diberi markah berdasarkan konsep persembahan. Hanya satu kumpulan sahaja yang layak dipilih menjadi Kumpulan Persembahan Terbaik Keputusan Panel Juri adalah MUKTAMAD.
  57. 57. PEMBAHAGIAN KUMPULAN IKATAN PADU (ALFA) JALINAN MESRA (BRAVO) WAWASAN JITU (CHARLIE) SEMARAK HATI (DELTA) URUSETIA
  58. 58. MAKLUMAT KUMPULAN NAMA KUMPULAN FASILITATOR  KETUA KUMPULAN  PENGARAH PERSEMBAHAN  PENOLONG PENGARAH  PENGURUS PERSEMBAHAN  DEKLAMATOR UTAMA (SAYEMBARA) KONSEP PERSEMBAHAN PUISI PILIHAN – Judul / Penulis / Muka surat PUISI TRADISIONAL Syair/Gurindam/Seloka dll

×