SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Jenis-jenis Puisi Tradisional.


Tidak semua puisi tradisional masih popular dan dikenali pada hari ini. Kebanyakannya tidak

dikarang lagi kecuali pantun dan syair. Barangkali secara kasar ada beberapa yang masih

bernafas iaitu:


      pantun

      syair

      nazam

      gurindam

      seloka


Pantun hidup subur Syair dan gurindam masih menyambung hayat terutama bila majalah

Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka membuka ruangan Ujana Klasik.

Beberapa orang penulis kontemporari menulis pantun, gurindam dan syair di ruangan ini.

Nazam dalam pelbagai versi masih berkumandang di kampung-kampung misalnya dalam

majlis-majlis berendoi dan kenduri kahwin seperti di Perak.


PANTUN


Pantun, terutama pantun empat kerat masih popular. Pantun adalah tradisi lisan yang

mudah dikenali iaitu mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud dengan skima

rima abab. Kita mendengar pantun setiap hari melalui lirik lagu dan sebagainya, bukan

hanya lagu-lagu Melayu Asli atau lagu Melayu tradisional seperti Seri Mersing, Patah Hati,

Gunung Banang, Tudung Saji. malah lagu-lagu masakini (termasuk kumpulan Rock Amuk).

Antara pantun yang terkenal dalam lagu Melayu asli ialah


Lagu Patah Hati


               patah hati teruslah merajuk
merajuk lari ke hutan belukar


               hatiku yang panas kembali lah sejuk


               burung terbang balik ke sangkar


Pantun juga bertaraf komersial seperti yang digunakan di dalam iklan walaupun dari nilai

estetikannya     tidak   dapat   dipertahankan.    Prof     Muhammad        Haji   Salleh   mengkaji

perkembangan pantun di internet. Sekarang ini pantun berkembang pula melalui sms.

Pelbagai jenis pantun untuk hari raya, berjenaka dengan komen-komen nakal, disebar

melalui sms. tanpa diketahui siapa pengarang asalnya sama seperti tradisi sastera rakyat.


Dengan kesuburan ini mungkin kita tidak bimbang tentang survival pantun. Namun begitu

apa     yang   membimbangkan       tentang     pantun     ialah   semakin    kurang    orang   yang

menghayatinya. Ramai yang membaca pantun dan menggunakannya tetapi berapa kerat

yang mahu menyelami maksud pantun walaupun yang sering didengar. Lihat sahaja pantun

kurik kundi/yang merah saga/ yang baik budi/ yang indah bahasa. Tidak ramai pula yang

tahu apa itu kurik dan kundi. Demikian juga dengan pantun kajang tuan kajang berlipat.

Kurang juga orang yang mahu mengambil tahu bagaimana rupa kajang dan apakah

perbezaan kajang yang berlipat dan kajang yang tidak berlipat. Hal ini bertolak dari sifat dan

sikap take for grunted


Syair


Kata Syair adalah ambilan dari bahasa Arab. Tetapi para pengkaji berpandangan bahawa

ambilan hanya setakat istilah sahaja.dari segi struktur ia adalah puisi asal dari Dunia

Melayu. Kata yang bermaksud syair atau penyair disebut di dalam Al-Quran. Bahkan ada

Surah Al-Quran yang dinamakan Al-Syuaara. yang bermaksud Ahli Syair Satu ayat dari

Surah Yasin (ayat 69) berbunyi Wama ‘Alamnahu Syi’ra. bermaksud “Tidak aku memberi

ilmu syair kepada Muhammad”. Ayat ini diturunkan setelah orang-orang Musyrikin menuduh
Nabi Muhammad seorang penyair. Tuduhan ini dibuat kerana walaupun mereka menolak

kerasulan Muhammad saw, mereka tidak dapat menafikan keindahan bahasa Al-Quran dan

menganggapnya sebagai syair yang indah. Ini jelas dari reaksi orang Arab yang telah

diceritakan dalam Al-Quran melalui ayat: “Mereka menuduh dengan berkata, “Al-Quran itu

perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan

olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair” (Al-Anbiyaa’, ayat 5).


Syair adalah genre yang sangat popular pada masa dahulu. Syair mula dicetak pada akhir

kurun ke 19. Ada sekitar 300 judul syair yang telah dicetak. Antara yang terkenal ialah Syair

Dandan Setia, Syair Bidasari, Syair Burung Pungguk, Syair Dagang, Syair Juragan

Budiman, Syair Ken Tambuhan, Syair Siti Zubaidah Perang Cina. Saya ingat bagaimana

nenek sangat suka mendengar syair bila sesekali disiarkan di radio. Dia akan mendengar

dengan penuh apresiasi seorang perempuan membaca syair di radio walaupun tidak suka

saya benyanyi di tengah khalayak.


Pengambilan syair dari Arab hanyalah dari sudut istilahnya sahaja. Dari sudut struktur ia

menyerupai puisi yang tumbuh di wilayah Nusantara.Begitu juga dengan irama syair. Ia tidak

berasal dari irama yang diambil dari Timur Tengah. .Dari segi struktur syair mempunyai

empat baris dalam serangkap, dalam satu baris syair terdapat 4 perkataan dengan 8-12

sukukata. Rima akhir adalah a-a-a-a


Nazam


Nazam juga adalah perkataan Arab. Perkataan nazam digunakan sebagai istilah teknik

kepada suatu jenis puisi ditemui dalam Tajus Salatin. Hamka mengatakan nazam tidak

berbeza dengan syair dari segi strukturnya. Nazam lebih sesuai untuk tema keagamaan.

Lagu nazam berbeza dari syair kerana mempunyai tempo dan boleh diiringi dengan muzik

percussion atau ketukan gendang dan rebana. Pada masa ini terdapat kumpulan-kumpulan

rebana yang bergerak di kampung-kampung. Sesetengah mereka menyanyikan lagu
nazam. Boleh dinyanyikan secara beramai sedangkan syair disampaikan secara solo dan

memerlukan vokal yang baik.


Gurindam


Pengkaji sastera tradisional berpendapat bahawa gurindam tidak mempunyai bentuk atau

skima rima yang tertentu atau tetap. Ia tidak mudah dikenalpasti seperti pantun atau syair.

Walaupun gurindam tidak tertentu atau tidak tetap bentuknya tetapi dari segi bahasa

terdapat ciri-ciri khusus. Bahasa gurindam biasanya padat dan bernas. Isinya lebih

menekankan nasihat, moral, pengajaran atau kebenaran. Hal ini dipersetujui oleh Sutan

Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Puisi Lama (1971). Beliau menulis: “Gurindam ialah

nasihat, pengajaran yang mengandungi kebenaran”.


Kepadatan serta kebenaran bahasa terletak pada pemilihan dan penyusunan kata-katanya

yang berhasil menimbulkan pengertian yang tepat dan mendalam. Ini diperkuatkan lagi

dengan penggunaan pengulangan pernyataan isi atau pemikirannya. Dengan bahasa

seperti inilah dapat dirasakan unsur-unsur nasihat, pengajaran dan kebenaran secara jelas

serta berkesan, unsur-unsur tersebut disampaikan melalui penegasan bahawa manusia dan

aspek kehidupannya mempunyai kelebihan keistimewaan serta kemuliaan yang diasaskan

oleh sikap, bekerjasama dan mematuhi peraturan.


Gurindam dapat dilihat terbahagi kepada dua jenis, iaitu ada yang terikat dan ada yang tidak

terikat atau bebas. gurindam berbentuk terikat terdiri daripada dua baris dan berima aa.

Kedudukan atau peranan baris 1 itu sebagai isyarat dan baris 2 sebagai jawab. Ini dapat

diteliti dari gurindam yang ditulis oleh Raja Ali Haji. gurindam Dua belas. Yang mudah

dilagukan ialah gurindam dua baris terikat yang mempunyai rima dan sukukata yang hampir

tetap dalam sebaris. Kita boleh membaca gurindam dengan menggunakan irama Gurindam

Bangsawan atau irama Syair Versi Kedua


Seloka
Zaaba dalam Pelita Bahasa Melayu (1957) menulis ”Gurindam dengan seloka itu boleh

dikatakan lebih kurang sama sahaja pada fahaman orang Melayu, iaitu sejenis syair melarat

yang tidak tentu skima rimanya. Perbezaan antara gurindam dan seloka dapat dilihat pada

isinya Isi gurindam berunsur nasihat dan falsafah sementara seloka mengemukakan

gurauan, ejekan termasuk kritik sosial dalam sindiran yang tajam


Contoh:


       Baik budi emak Si Rendang

       anak di pangku diletakkan

       kera di hutan disusui

       dagang pergi awak terhutang

       beras habis padi tak jadi


contoh ke 2


       Aduhai malang Pak Kaduk

       Ayamnya menang kampung tergadai

       ada nasi dicurahkan

       awak pulang kebuluran

       mudik menongkah surut

       hilir menongkah pasang

       ada isteri dibunuh

       nyaris mati oleh tak makan

       masa belayar kematian angin

       sauh dilabuh bayu berpuput
ada rumah bertandang duduk.

Seloka ini adalah kesimpulan dari cerita Pak Kaduk. Cerita itu sendiri penuh sindiran yang

tajam dan sehingga hari ini digunakan untuk kiasan terhadap nasib bangsa yang

menumpang di rumah sendiri. Saya sendiri menulis sajak “Pak Kaduk di Gelanggang Raja”

dan “Pesan Pak Kaduk” . Ayamnya menang kampung tergadai. orang yang merasa dirinya

telah menang. kta rang s hilang alah sabung menang sorak.


Mengapa orang berlagu?


      Untuk menghibur juga melegakan kesakitan dan stress. berkait rapat dengan lagu

       bekerja

      Pada zaman dahulu ada lagu untuk bekerja. Sambil menjalankan tugas berat ketika

       bekerja beramai-ramai mereka melaungkan sesuatu seperti menyanyi. Ini

       berperanan mendapatkan ritma supaya dapat bergerak serentak. Lagu ini juga dapat

       melegakan kepenatan ketika menjalankan kerja berat.

      Menghilangkan mengantuk ketika bekerja. Contohnya ibu mendodoi anak dengan

       nyanyian, selain menghiburkan anak, mereka juga tidak jadi mengantuk dan tertidur.


      Menarik perhatian. Misalnya seorang penglipur lara menggunakan irama untuk

       bercerita. Dalam budaya lisan seorang penutur dilingkungi oleh audiensnya yang

       buta huruf yang menghayati cerita secara pendengaran. Oleh itu tukang cerita harus

       menguasai beberapa teknik seni persembahan seperti lakonan dan gerak badan,

       seni bunyi, ritma, lagu dan alat muzik untuk bercerita. Mereka ini termasuklah Tok

       Selampit, dalang wayang kulit dan Awang Belanga. Peranan tukang cerita ini amat

       penting sebelum cerita-cerita dapat dibukukan. Contoh cerita penglipur lara ialah

       Hikayat Malim Deman, Malim Dewa, Awang Sulung Merah Muda, Terung Pipit.

       Begitu juga cerita binatang, cerita-cerita jenaka seperti Lebai Malang.
   Memudahkan hafalan. Irama lagu digunakan untuk tujuan pengajaran dan

       pembelajaran, misalnya untuk menghafal nama-nama Tuhan (AsmulHusna) dan

       nama nabi-nabi.


Sekian, semoga bertemu lagi.


RAGAM BAHASA DALAM PANTUN
JENIS HURAIAN DAN CONTOH
METAFORA
Perbandingan secara langsung
bahtera merdeka berlayar sudah
gedung ilmu gagah di hutan batu
bendera bahasa berkibar megah
Contoh maksud pantun
Bunga ilmu mekar mewangi,
bagaimana harumnya majukan bangsa?
Contoh maksud pantun
Lautan ilmu diharung sudah,
mengapa lemas di jagat raya?
SIMILE
Perbandingan secara tidak langsung
( bagai, bak, seperti, umpama, macam, laksana dll )
gigih pak tua bak semarak api
laksana helang di angkasa raya
Contoh pantun
Rangkaian satelit bak cendawan tumbuh,
Nilaian kudus dirakam bagaimana.
Contoh pantun
Andai masa bak mata pedang,
mengapa dibiar menikam diri?
PERSONIFIKASI
Unsur perorangan. Memberi sifat manusia kepada benda – benda bukan
manusia
Tampak rembulan tersenyum padaku
alam terbakar menangis hiba
hembusan sang bayu menyapa puteri
INVERSI
Pembalikan susunan kata – kata
jiwa pak tua teguhnya masih
remaja kini ditegur jangan
ilmu dituai buahnya di mana?
kasih beralih dibelai bagaimana?
HIPERBOLA
Kiasan yang melampau dan berlebih – lebihan
gerak remaja memukau ummah
hilang duniaku sekelip mata
penjara rumah berabad sudah
kasih ibu melaut saujana
Contoh pantun ( tema : tanggungjawab remaja )
Gunung terbeban dipikul remaja
kenapa bimbang dipikul gelombang?
REPETISI
Pengulangan kata sebagai penegas; anafora, reponsi, epifora
Contoh pantun
Orang di Jawa menanam kapas,
Orang di Eropah menanam anggur;
Jangan tertawa pelepah di atas,
melihat pelepah di bawah yang gugur.
ASONANSI Perulangan huruf vocal
ALITERASI Perulangan huruf konsonan



Puisi Melayu tradisional ialah tradisi lisan yang sudah tetap bentuk dan kalimatnya. Biasanya,
puisi Melayu tradisional terbentuk daripada beberapa baris kalimat, berangkap atau tidak
berangkap; ada yang berasaskan matra, jumlah perkataan dan suku kata sebaris, persamaan dan
pertentangan rima dan ritma antara baris. Puisi Melayu tradisional lahir bukan sekadar untuk
hiburan, pengajaran dan alat komunikasi secara umum, malah diserapkan ke dalam kegiatan-
kegiatan hidup bermasyarakat, dalam dalam ritual dan upacara, dalam adat dan peundangan, juga
dalam kegiatan yang berunsur keagamaan (Mutiara Sastera Melayu Tradisional, 2010:232).
Wan Akmal Wan Serama menjelaskan puisi Melayu tradisional adalah satu karya kesusasteraan
yang dapat memenuhi cirri-ciri karya sastera iaitu ciptaan yang
mempunyai nilai-nilai seni yang menggunakan bahasa sebagai media. Bahasanya tersusun indah
dengan penggunaan kata yang terpilih dan berirama. Ia dibentuk bertujuan untuk menyampaikan
sesuatu fikiran atau amanat untuk kebaikan umat manusia. Puisi Melayu tradisional penuh dengan
nilai estetika dan dihiasi pula dengan pelbagai gaya yang berupa identiti budaya bahasa
masyarakat Melayu lama. (2005:2)
A. Halim Ali menjelaskan puisi Melayu tradisional ialah satu kelompok puisi yang muncul dan
terhasil dalam era tradisional sebelum berkembangnya tradisi tulisan atau zaman yang disebut
sebagai moden. Puisi Melayu tradisional termasuk dalam golongan karya kesusasteraan bentuk
bukan cerita (non-naratif) (2006:11-13).
Salleh Haji Ahmad (1993:3) menjelaskan puisi Melayu tradisional ialah puisi Melayu lama yang
berbentuk non-naratif. Ia disebarkan melalui budaya lisan dalam masyarakat yang tertutup. Ia
juga merupakan salah satu daripada unsure-unsur kebudayaan masyarakat Melayu lama. Oleh itu,
ia memudahkan masyarakat untuk memahami keadaan masyarakat Melayu lama; bagaimana
mereka berfikir, kepercayaan atau peri laku mereka.
Menurut Harun Mat Piah (1989:5), puisi Melayu tradisional ialah satu puisi yang bersifat lisan,
diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Puisi lisan bersifat kolektif dan fungsional, iaitu
tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat.
Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih
mempunyai fungsi sedemikian. Puisi Melayu tradisional berbentuk terikat oleh konvensi-
konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan
ikatan yang berlainan
ini menjadikan genre-genre yang berlainan pula. Sebuah genre mempunyai ciri-cirinya sendiri,
berbeza daripada genre yang lain.
Justeru, sepanjang proses kajian ini dijalankan, definisi operasional puisi Melayu tradisional akan
berpegang kepada pandangan Harun Mat Piah (1989:5) iaitu :
…satu puisi yang bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Puisi lisan bersifat
kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam
kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan
ritual atau masih mempunyai fungsi sedemikian….
Kepelbagaian pengaruh yang ada telah menyebabkan betapa kayanya khazanah kesusasteraan
Melayu. Pengungkapan dan penciptaan puisi Melayu tradisional adalah disebabkan oleh pengaruh
warisan Melayu, warisan Islam, alam sekitar, animisme dan lain-lain.
Pada dasarnya, puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua kumpulan iaitu puisi warisan
Melayu dan puisi warisan Arab-Parsi. Puisi warisan Melayu yang lahir daripada kreativiti
masyarakat Melayu sendiri tanpa dipengaruhi oleh tradisi asing. Justeru, penghasilan puisi
warisan Melayu adalah puisi asli yang diwarisi dari satu generasi kepada generasi yang lain.
Walaupun puisi warisan Melayu mempunyai serpihan pengaruh hindu, namun ia masih lagi
diiktiraf hasil Melayu asli kerana puisi tersebut telah berlaku perubahan dan penyesuaian
sehingga berbeza daripada bentuk asalnyaa seperti gurindam dan
seloka. Puisi warisan Melayu terbahagi kepada dua kategori pula iaitu puisi terikat dan puisi
bebas. Puisi terikat terdiri daripada pantun dan gurindam. Dalam pantun pula terdapat teka-teki,
endoi, rejang dan dikir atau zikir. Manakala dalam puisi bebas pula terdiri daripada seloka,
teromba, talibun, peribahasa berangkap dan mantera.
Puisi warisan Islam iaitu puisi warisan Arab-Parsi terhasil ekoran pengaruh puisi Arab dan puisi
Parsi. Pengaruh puisi Arab dan Parsi terdiri daripada isi dan fungsinya. Puisi warisan Islam terdiri
daripada puisi terikat. Dalam puisi terikat warisan Arab-Parsi terdiri daripada syair, masnawi,
nazam, rubai, qit‟ah, ghazal dan berzanji.

More Related Content

What's hot

Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAvhieyna Andhrew
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASAfitri norlida
 
Diftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabung
Diftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabungDiftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabung
Diftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabungCpf Chong
 
Ciri ciri pantun
Ciri ciri pantunCiri ciri pantun
Ciri ciri pantunAzy Shazela
 
Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2Jospher Joanes
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Rafiza Diy
 
Bab 2 kesantunan berbahasa
Bab 2   kesantunan berbahasaBab 2   kesantunan berbahasa
Bab 2 kesantunan berbahasaDemolish Wolf
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengarRickson JD
 
Bentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanBentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanDemolish Wolf
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFatin Ain Nabila
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologinelson fredoline
 
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaKumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaShamimi Jamudin
 

What's hot (20)

Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Syair
SyairSyair
Syair
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalis
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Diftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabung
Diftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabungDiftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabung
Diftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabung
 
Kemahiran membaca
Kemahiran membacaKemahiran membaca
Kemahiran membaca
 
Ciri ciri pantun
Ciri ciri pantunCiri ciri pantun
Ciri ciri pantun
 
Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Bab 2 kesantunan berbahasa
Bab 2   kesantunan berbahasaBab 2   kesantunan berbahasa
Bab 2 kesantunan berbahasa
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
Teori psikolinguistik
Teori psikolinguistikTeori psikolinguistik
Teori psikolinguistik
 
Tajuk 1 prabacaan
Tajuk 1  prabacaanTajuk 1  prabacaan
Tajuk 1 prabacaan
 
Bentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanBentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunan
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
Suku kata
Suku kataSuku kata
Suku kata
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaKumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
 

Similar to JENIS PUISI TRADISIONAL

KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYUKONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYUJaeyolHali
 
PANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnya
PANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnyaPANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnya
PANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnyaNingrum Handayani
 
B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)
B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)
B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)hutami mawdy
 
Kerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamKerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamMomee Rain
 
Menggali puing puing sastra madura yang tersisa
Menggali  puing puing sastra madura  yang tersisaMenggali  puing puing sastra madura  yang tersisa
Menggali puing puing sastra madura yang tersisaSyaf Anton
 
Menggali puing puing sastra madura yang tersisa
Menggali  puing puing sastra madura  yang tersisaMenggali  puing puing sastra madura  yang tersisa
Menggali puing puing sastra madura yang tersisaSyaf Anton
 
E buku siswa (pertemuan 2)
E buku siswa (pertemuan 2)E buku siswa (pertemuan 2)
E buku siswa (pertemuan 2)Andi Karman
 
Gurindam dan Puisi Kontemporer
Gurindam dan Puisi KontemporerGurindam dan Puisi Kontemporer
Gurindam dan Puisi KontemporerQurrati A'yun
 
gurindam dan puisi kontemporer
gurindam dan puisi kontemporergurindam dan puisi kontemporer
gurindam dan puisi kontemporerAmri Hasan
 
Teks puisi rakyat
Teks puisi rakyatTeks puisi rakyat
Teks puisi rakyatpudjotri
 
Perbedaan Puisi Lama dengan Puisi Baru
Perbedaan Puisi Lama dengan Puisi BaruPerbedaan Puisi Lama dengan Puisi Baru
Perbedaan Puisi Lama dengan Puisi Baruts4n14
 

Similar to JENIS PUISI TRADISIONAL (20)

KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYUKONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
 
PANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnya
PANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnyaPANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnya
PANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnya
 
B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)
B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)
B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)
 
Syair dan cerpen
Syair dan cerpenSyair dan cerpen
Syair dan cerpen
 
Kerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamKerja kursus Gurindam
Kerja kursus Gurindam
 
Menggali puing puing sastra madura yang tersisa
Menggali  puing puing sastra madura  yang tersisaMenggali  puing puing sastra madura  yang tersisa
Menggali puing puing sastra madura yang tersisa
 
Menggali puing puing sastra madura yang tersisa
Menggali  puing puing sastra madura  yang tersisaMenggali  puing puing sastra madura  yang tersisa
Menggali puing puing sastra madura yang tersisa
 
pantun Kelompok 5
pantun Kelompok  5   pantun Kelompok  5
pantun Kelompok 5
 
E buku siswa (pertemuan 2)
E buku siswa (pertemuan 2)E buku siswa (pertemuan 2)
E buku siswa (pertemuan 2)
 
Gurindam dan Puisi Kontemporer
Gurindam dan Puisi KontemporerGurindam dan Puisi Kontemporer
Gurindam dan Puisi Kontemporer
 
gurindam dan puisi kontemporer
gurindam dan puisi kontemporergurindam dan puisi kontemporer
gurindam dan puisi kontemporer
 
Puisi dan Majas
Puisi dan MajasPuisi dan Majas
Puisi dan Majas
 
Bin7 bab5
Bin7 bab5Bin7 bab5
Bin7 bab5
 
Asigment pantun sem9
Asigment pantun sem9Asigment pantun sem9
Asigment pantun sem9
 
Teks puisi rakyat
Teks puisi rakyatTeks puisi rakyat
Teks puisi rakyat
 
Ppsb taklimat
Ppsb taklimatPpsb taklimat
Ppsb taklimat
 
Ppsb taklimat
Ppsb taklimatPpsb taklimat
Ppsb taklimat
 
Perbedaan Puisi Lama dengan Puisi Baru
Perbedaan Puisi Lama dengan Puisi BaruPerbedaan Puisi Lama dengan Puisi Baru
Perbedaan Puisi Lama dengan Puisi Baru
 
Puisi kontemporer
Puisi kontemporerPuisi kontemporer
Puisi kontemporer
 
Puisi lama
Puisi lamaPuisi lama
Puisi lama
 

JENIS PUISI TRADISIONAL

  • 1. Jenis-jenis Puisi Tradisional. Tidak semua puisi tradisional masih popular dan dikenali pada hari ini. Kebanyakannya tidak dikarang lagi kecuali pantun dan syair. Barangkali secara kasar ada beberapa yang masih bernafas iaitu:  pantun  syair  nazam  gurindam  seloka Pantun hidup subur Syair dan gurindam masih menyambung hayat terutama bila majalah Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka membuka ruangan Ujana Klasik. Beberapa orang penulis kontemporari menulis pantun, gurindam dan syair di ruangan ini. Nazam dalam pelbagai versi masih berkumandang di kampung-kampung misalnya dalam majlis-majlis berendoi dan kenduri kahwin seperti di Perak. PANTUN Pantun, terutama pantun empat kerat masih popular. Pantun adalah tradisi lisan yang mudah dikenali iaitu mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud dengan skima rima abab. Kita mendengar pantun setiap hari melalui lirik lagu dan sebagainya, bukan hanya lagu-lagu Melayu Asli atau lagu Melayu tradisional seperti Seri Mersing, Patah Hati, Gunung Banang, Tudung Saji. malah lagu-lagu masakini (termasuk kumpulan Rock Amuk). Antara pantun yang terkenal dalam lagu Melayu asli ialah Lagu Patah Hati patah hati teruslah merajuk
  • 2. merajuk lari ke hutan belukar hatiku yang panas kembali lah sejuk burung terbang balik ke sangkar Pantun juga bertaraf komersial seperti yang digunakan di dalam iklan walaupun dari nilai estetikannya tidak dapat dipertahankan. Prof Muhammad Haji Salleh mengkaji perkembangan pantun di internet. Sekarang ini pantun berkembang pula melalui sms. Pelbagai jenis pantun untuk hari raya, berjenaka dengan komen-komen nakal, disebar melalui sms. tanpa diketahui siapa pengarang asalnya sama seperti tradisi sastera rakyat. Dengan kesuburan ini mungkin kita tidak bimbang tentang survival pantun. Namun begitu apa yang membimbangkan tentang pantun ialah semakin kurang orang yang menghayatinya. Ramai yang membaca pantun dan menggunakannya tetapi berapa kerat yang mahu menyelami maksud pantun walaupun yang sering didengar. Lihat sahaja pantun kurik kundi/yang merah saga/ yang baik budi/ yang indah bahasa. Tidak ramai pula yang tahu apa itu kurik dan kundi. Demikian juga dengan pantun kajang tuan kajang berlipat. Kurang juga orang yang mahu mengambil tahu bagaimana rupa kajang dan apakah perbezaan kajang yang berlipat dan kajang yang tidak berlipat. Hal ini bertolak dari sifat dan sikap take for grunted Syair Kata Syair adalah ambilan dari bahasa Arab. Tetapi para pengkaji berpandangan bahawa ambilan hanya setakat istilah sahaja.dari segi struktur ia adalah puisi asal dari Dunia Melayu. Kata yang bermaksud syair atau penyair disebut di dalam Al-Quran. Bahkan ada Surah Al-Quran yang dinamakan Al-Syuaara. yang bermaksud Ahli Syair Satu ayat dari Surah Yasin (ayat 69) berbunyi Wama ‘Alamnahu Syi’ra. bermaksud “Tidak aku memberi ilmu syair kepada Muhammad”. Ayat ini diturunkan setelah orang-orang Musyrikin menuduh
  • 3. Nabi Muhammad seorang penyair. Tuduhan ini dibuat kerana walaupun mereka menolak kerasulan Muhammad saw, mereka tidak dapat menafikan keindahan bahasa Al-Quran dan menganggapnya sebagai syair yang indah. Ini jelas dari reaksi orang Arab yang telah diceritakan dalam Al-Quran melalui ayat: “Mereka menuduh dengan berkata, “Al-Quran itu perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair” (Al-Anbiyaa’, ayat 5). Syair adalah genre yang sangat popular pada masa dahulu. Syair mula dicetak pada akhir kurun ke 19. Ada sekitar 300 judul syair yang telah dicetak. Antara yang terkenal ialah Syair Dandan Setia, Syair Bidasari, Syair Burung Pungguk, Syair Dagang, Syair Juragan Budiman, Syair Ken Tambuhan, Syair Siti Zubaidah Perang Cina. Saya ingat bagaimana nenek sangat suka mendengar syair bila sesekali disiarkan di radio. Dia akan mendengar dengan penuh apresiasi seorang perempuan membaca syair di radio walaupun tidak suka saya benyanyi di tengah khalayak. Pengambilan syair dari Arab hanyalah dari sudut istilahnya sahaja. Dari sudut struktur ia menyerupai puisi yang tumbuh di wilayah Nusantara.Begitu juga dengan irama syair. Ia tidak berasal dari irama yang diambil dari Timur Tengah. .Dari segi struktur syair mempunyai empat baris dalam serangkap, dalam satu baris syair terdapat 4 perkataan dengan 8-12 sukukata. Rima akhir adalah a-a-a-a Nazam Nazam juga adalah perkataan Arab. Perkataan nazam digunakan sebagai istilah teknik kepada suatu jenis puisi ditemui dalam Tajus Salatin. Hamka mengatakan nazam tidak berbeza dengan syair dari segi strukturnya. Nazam lebih sesuai untuk tema keagamaan. Lagu nazam berbeza dari syair kerana mempunyai tempo dan boleh diiringi dengan muzik percussion atau ketukan gendang dan rebana. Pada masa ini terdapat kumpulan-kumpulan rebana yang bergerak di kampung-kampung. Sesetengah mereka menyanyikan lagu
  • 4. nazam. Boleh dinyanyikan secara beramai sedangkan syair disampaikan secara solo dan memerlukan vokal yang baik. Gurindam Pengkaji sastera tradisional berpendapat bahawa gurindam tidak mempunyai bentuk atau skima rima yang tertentu atau tetap. Ia tidak mudah dikenalpasti seperti pantun atau syair. Walaupun gurindam tidak tertentu atau tidak tetap bentuknya tetapi dari segi bahasa terdapat ciri-ciri khusus. Bahasa gurindam biasanya padat dan bernas. Isinya lebih menekankan nasihat, moral, pengajaran atau kebenaran. Hal ini dipersetujui oleh Sutan Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Puisi Lama (1971). Beliau menulis: “Gurindam ialah nasihat, pengajaran yang mengandungi kebenaran”. Kepadatan serta kebenaran bahasa terletak pada pemilihan dan penyusunan kata-katanya yang berhasil menimbulkan pengertian yang tepat dan mendalam. Ini diperkuatkan lagi dengan penggunaan pengulangan pernyataan isi atau pemikirannya. Dengan bahasa seperti inilah dapat dirasakan unsur-unsur nasihat, pengajaran dan kebenaran secara jelas serta berkesan, unsur-unsur tersebut disampaikan melalui penegasan bahawa manusia dan aspek kehidupannya mempunyai kelebihan keistimewaan serta kemuliaan yang diasaskan oleh sikap, bekerjasama dan mematuhi peraturan. Gurindam dapat dilihat terbahagi kepada dua jenis, iaitu ada yang terikat dan ada yang tidak terikat atau bebas. gurindam berbentuk terikat terdiri daripada dua baris dan berima aa. Kedudukan atau peranan baris 1 itu sebagai isyarat dan baris 2 sebagai jawab. Ini dapat diteliti dari gurindam yang ditulis oleh Raja Ali Haji. gurindam Dua belas. Yang mudah dilagukan ialah gurindam dua baris terikat yang mempunyai rima dan sukukata yang hampir tetap dalam sebaris. Kita boleh membaca gurindam dengan menggunakan irama Gurindam Bangsawan atau irama Syair Versi Kedua Seloka
  • 5. Zaaba dalam Pelita Bahasa Melayu (1957) menulis ”Gurindam dengan seloka itu boleh dikatakan lebih kurang sama sahaja pada fahaman orang Melayu, iaitu sejenis syair melarat yang tidak tentu skima rimanya. Perbezaan antara gurindam dan seloka dapat dilihat pada isinya Isi gurindam berunsur nasihat dan falsafah sementara seloka mengemukakan gurauan, ejekan termasuk kritik sosial dalam sindiran yang tajam Contoh: Baik budi emak Si Rendang anak di pangku diletakkan kera di hutan disusui dagang pergi awak terhutang beras habis padi tak jadi contoh ke 2 Aduhai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai ada nasi dicurahkan awak pulang kebuluran mudik menongkah surut hilir menongkah pasang ada isteri dibunuh nyaris mati oleh tak makan masa belayar kematian angin sauh dilabuh bayu berpuput
  • 6. ada rumah bertandang duduk. Seloka ini adalah kesimpulan dari cerita Pak Kaduk. Cerita itu sendiri penuh sindiran yang tajam dan sehingga hari ini digunakan untuk kiasan terhadap nasib bangsa yang menumpang di rumah sendiri. Saya sendiri menulis sajak “Pak Kaduk di Gelanggang Raja” dan “Pesan Pak Kaduk” . Ayamnya menang kampung tergadai. orang yang merasa dirinya telah menang. kta rang s hilang alah sabung menang sorak. Mengapa orang berlagu?  Untuk menghibur juga melegakan kesakitan dan stress. berkait rapat dengan lagu bekerja  Pada zaman dahulu ada lagu untuk bekerja. Sambil menjalankan tugas berat ketika bekerja beramai-ramai mereka melaungkan sesuatu seperti menyanyi. Ini berperanan mendapatkan ritma supaya dapat bergerak serentak. Lagu ini juga dapat melegakan kepenatan ketika menjalankan kerja berat.  Menghilangkan mengantuk ketika bekerja. Contohnya ibu mendodoi anak dengan nyanyian, selain menghiburkan anak, mereka juga tidak jadi mengantuk dan tertidur.  Menarik perhatian. Misalnya seorang penglipur lara menggunakan irama untuk bercerita. Dalam budaya lisan seorang penutur dilingkungi oleh audiensnya yang buta huruf yang menghayati cerita secara pendengaran. Oleh itu tukang cerita harus menguasai beberapa teknik seni persembahan seperti lakonan dan gerak badan, seni bunyi, ritma, lagu dan alat muzik untuk bercerita. Mereka ini termasuklah Tok Selampit, dalang wayang kulit dan Awang Belanga. Peranan tukang cerita ini amat penting sebelum cerita-cerita dapat dibukukan. Contoh cerita penglipur lara ialah Hikayat Malim Deman, Malim Dewa, Awang Sulung Merah Muda, Terung Pipit. Begitu juga cerita binatang, cerita-cerita jenaka seperti Lebai Malang.
  • 7. Memudahkan hafalan. Irama lagu digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, misalnya untuk menghafal nama-nama Tuhan (AsmulHusna) dan nama nabi-nabi. Sekian, semoga bertemu lagi. RAGAM BAHASA DALAM PANTUN JENIS HURAIAN DAN CONTOH METAFORA Perbandingan secara langsung bahtera merdeka berlayar sudah gedung ilmu gagah di hutan batu bendera bahasa berkibar megah Contoh maksud pantun Bunga ilmu mekar mewangi, bagaimana harumnya majukan bangsa? Contoh maksud pantun Lautan ilmu diharung sudah, mengapa lemas di jagat raya? SIMILE Perbandingan secara tidak langsung ( bagai, bak, seperti, umpama, macam, laksana dll ) gigih pak tua bak semarak api laksana helang di angkasa raya Contoh pantun Rangkaian satelit bak cendawan tumbuh, Nilaian kudus dirakam bagaimana. Contoh pantun Andai masa bak mata pedang, mengapa dibiar menikam diri? PERSONIFIKASI Unsur perorangan. Memberi sifat manusia kepada benda – benda bukan manusia Tampak rembulan tersenyum padaku alam terbakar menangis hiba hembusan sang bayu menyapa puteri INVERSI Pembalikan susunan kata – kata jiwa pak tua teguhnya masih remaja kini ditegur jangan ilmu dituai buahnya di mana? kasih beralih dibelai bagaimana? HIPERBOLA Kiasan yang melampau dan berlebih – lebihan gerak remaja memukau ummah hilang duniaku sekelip mata penjara rumah berabad sudah kasih ibu melaut saujana Contoh pantun ( tema : tanggungjawab remaja ) Gunung terbeban dipikul remaja kenapa bimbang dipikul gelombang? REPETISI Pengulangan kata sebagai penegas; anafora, reponsi, epifora
  • 8. Contoh pantun Orang di Jawa menanam kapas, Orang di Eropah menanam anggur; Jangan tertawa pelepah di atas, melihat pelepah di bawah yang gugur. ASONANSI Perulangan huruf vocal ALITERASI Perulangan huruf konsonan Puisi Melayu tradisional ialah tradisi lisan yang sudah tetap bentuk dan kalimatnya. Biasanya, puisi Melayu tradisional terbentuk daripada beberapa baris kalimat, berangkap atau tidak berangkap; ada yang berasaskan matra, jumlah perkataan dan suku kata sebaris, persamaan dan pertentangan rima dan ritma antara baris. Puisi Melayu tradisional lahir bukan sekadar untuk hiburan, pengajaran dan alat komunikasi secara umum, malah diserapkan ke dalam kegiatan- kegiatan hidup bermasyarakat, dalam dalam ritual dan upacara, dalam adat dan peundangan, juga dalam kegiatan yang berunsur keagamaan (Mutiara Sastera Melayu Tradisional, 2010:232). Wan Akmal Wan Serama menjelaskan puisi Melayu tradisional adalah satu karya kesusasteraan yang dapat memenuhi cirri-ciri karya sastera iaitu ciptaan yang
  • 9. mempunyai nilai-nilai seni yang menggunakan bahasa sebagai media. Bahasanya tersusun indah dengan penggunaan kata yang terpilih dan berirama. Ia dibentuk bertujuan untuk menyampaikan sesuatu fikiran atau amanat untuk kebaikan umat manusia. Puisi Melayu tradisional penuh dengan nilai estetika dan dihiasi pula dengan pelbagai gaya yang berupa identiti budaya bahasa masyarakat Melayu lama. (2005:2) A. Halim Ali menjelaskan puisi Melayu tradisional ialah satu kelompok puisi yang muncul dan terhasil dalam era tradisional sebelum berkembangnya tradisi tulisan atau zaman yang disebut sebagai moden. Puisi Melayu tradisional termasuk dalam golongan karya kesusasteraan bentuk bukan cerita (non-naratif) (2006:11-13). Salleh Haji Ahmad (1993:3) menjelaskan puisi Melayu tradisional ialah puisi Melayu lama yang berbentuk non-naratif. Ia disebarkan melalui budaya lisan dalam masyarakat yang tertutup. Ia juga merupakan salah satu daripada unsure-unsur kebudayaan masyarakat Melayu lama. Oleh itu, ia memudahkan masyarakat untuk memahami keadaan masyarakat Melayu lama; bagaimana mereka berfikir, kepercayaan atau peri laku mereka. Menurut Harun Mat Piah (1989:5), puisi Melayu tradisional ialah satu puisi yang bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Puisi lisan bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi sedemikian. Puisi Melayu tradisional berbentuk terikat oleh konvensi- konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan
  • 10. ini menjadikan genre-genre yang berlainan pula. Sebuah genre mempunyai ciri-cirinya sendiri, berbeza daripada genre yang lain. Justeru, sepanjang proses kajian ini dijalankan, definisi operasional puisi Melayu tradisional akan berpegang kepada pandangan Harun Mat Piah (1989:5) iaitu : …satu puisi yang bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Puisi lisan bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi sedemikian…. Kepelbagaian pengaruh yang ada telah menyebabkan betapa kayanya khazanah kesusasteraan Melayu. Pengungkapan dan penciptaan puisi Melayu tradisional adalah disebabkan oleh pengaruh warisan Melayu, warisan Islam, alam sekitar, animisme dan lain-lain. Pada dasarnya, puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua kumpulan iaitu puisi warisan Melayu dan puisi warisan Arab-Parsi. Puisi warisan Melayu yang lahir daripada kreativiti masyarakat Melayu sendiri tanpa dipengaruhi oleh tradisi asing. Justeru, penghasilan puisi warisan Melayu adalah puisi asli yang diwarisi dari satu generasi kepada generasi yang lain. Walaupun puisi warisan Melayu mempunyai serpihan pengaruh hindu, namun ia masih lagi diiktiraf hasil Melayu asli kerana puisi tersebut telah berlaku perubahan dan penyesuaian sehingga berbeza daripada bentuk asalnyaa seperti gurindam dan
  • 11. seloka. Puisi warisan Melayu terbahagi kepada dua kategori pula iaitu puisi terikat dan puisi bebas. Puisi terikat terdiri daripada pantun dan gurindam. Dalam pantun pula terdapat teka-teki, endoi, rejang dan dikir atau zikir. Manakala dalam puisi bebas pula terdiri daripada seloka, teromba, talibun, peribahasa berangkap dan mantera. Puisi warisan Islam iaitu puisi warisan Arab-Parsi terhasil ekoran pengaruh puisi Arab dan puisi Parsi. Pengaruh puisi Arab dan Parsi terdiri daripada isi dan fungsinya. Puisi warisan Islam terdiri daripada puisi terikat. Dalam puisi terikat warisan Arab-Parsi terdiri daripada syair, masnawi, nazam, rubai, qit‟ah, ghazal dan berzanji.