Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Teks pengacara majlis formal

205,522 views

Published on

Published in: Education

Teks pengacara majlis formal

  1. 1. TEKS PENGERUSI MAJLIS MASA PERKARA 8.00 pm. Ketibaan tetamu jemputan. 8.15 pm. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi beserta dif-dif kehormat. Hadirin mohon berdiri. .........Nyanyian Lagu Negaraku.......... .........Nyanyian Lagu Varsiti Kita.......... Hadirin dipersilakan duduk. 8.20 pm. Ke Pekan Kuala membeli bingka, Burung merbah di pohon cemara, Majlis bermula tirai dibuka, Assalamualaikum pembuka bicara. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. *SALUTASI Selamat datang ke Majlis Makan Malam Temu Mesra Kelab Sains Kimia, Oleokimia dan Teknologi Kimia. Buat pengetahuan hadirin sekalian, majlis makan malam ini julung kali diadakan dengan mengabungkan tiga kelab iaitu kelab Sains Kimia, Oleokimia dan Teknologi Kimia. Bertemakan
  2. 2. ”World of Happy Colours”, kami membawakan anda ke kehidupan yang ceria kerana warnalah yang mewarnai kehidupan. Tujuan majlis makan malam ini diadakan bagi meraikan para pelajar tahun tiga yang akan menamatkan pengajian mereka pada sesi ini serta para pensyarah yang telah bertungkus lumus menjaga dan mendidik kami. Selain itu, majlis makan ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara para pelajar dan pensyarah. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran Yang Berbahagia Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi dan Yang Berbahagia Prof. Dr. Rusli Daik, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Sains dan Teknologi kerana sudi memeriahkan majlis pada malam ini. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya majlis makan malam ini dapat dilangsungkan dalam suasana aman dan harmoni. Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat, Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat.
  3. 3. Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada malam ini, dijemput Saudara Mohammad Fauzul Azim Mohd Khairudin untuk membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. .............BACAAN DOA......... Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Saudara Mohammad Fauzul Azim Mohd Khairudin atas bacaan doa itu tadi. 8.25 pm Hadirin yang dihormati, Majlis dengan segala hormatnya menjemput saudara Muhammad Hilman Mustapha, Ketua Pengarah Program untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ...........UCAPAN KETUA PENGARAH.................. Terima Kasih diucapkan kepada saudara Muhammad Hilman Mustapha. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan ucapan oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mohammad Kassim, Pengerusi Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. .....................UCAPAN PENGERUSI PPSKTM...................
  4. 4. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mohammad Kassim atas ucapan sebentar tadi. 8.40 pm Besar langit ditepi busut, Di atas papan batang jerami, Besar hajat kami menjemput, Tiba masanya bicara perasmi. Oleh itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Makan Malam Temu Mesra Kelab Sains Kimia, Oleokimia dan Teknologi Kimia. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ................UCAPAN PERASMI..................... (*Lepas ucapan, sebelum gimik perasmian, jemput semua vip naik ke pentas.) Majlis juga menjemput, Yang Berbahagia Prof Dr. Rusli Daik dan Yang Berusaha Prof Madya Dr. Mohammad Kassim diiringi penasihat majlis makan malam temu mesra, Dr. Muntaz Abu Bakar, Ketua-ketua Program serta Ketua Pengarah, Saudara Muhd Hilman Mustapha untuk naik ke pentas bagi memeriahkan perasmian majlis makan malam temu mesra Kelab Sains Kimia, Oleokimia & Teknologi Kimia. ........GIMIK PERASMIAN........
  5. 5. Jutaan terima kasih diucapkan kepada dif-dif kehormat atas penyempurnaan gimik sebentar tadi. *Lepas semua VIP ambil tempat Majlis menjemput sekali lagi menjemput Saudara Mohammad Fauzul Azim Mohd Khairudin untuk membacakan doa makan. Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan. Hadirin dan hadirat sekalian dijemput untuk menikmati hidangan yang telah disediakan. ...................DOA MAKAN........... .....................JAMUAN............... Sambil menikmati hidangan yang disediakan, marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan multimedia yang disediakan khas untuk anda semua. ...............PERSEMBAHAN MULTIMEDIA............. Hadirin sekalian, Kini, marilah kita menyaksikan satu persembahan sketsa oleh pelajar-pelajar tahun satu. Dipersilakan. ..................SKETSA................
  6. 6. Seterusnya, terimalah persembahan istimewa oleh Saudara Muzammil Asyraf, pelajar tahun 3 Sains Kimia dengan lagu yang berjudul Percayalah. .................PERSEMBAHAN NYANYIAN............. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang telah membuat persembahan itu tadi. Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah. Dengan ini, majlis menjemput Yang Berusaha Prof Madya Dr. Mohammad Kassim, Pengerusi Pusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan naik ke atas pentas bagi menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat. Majlis mempersilakan. (Pengerusi & KP ambil tempat ke pentas) Sebagai tanda penghargaan, majlis menjemput Yang Berbahagia Prof Dr Sahrim Hj. Ahmad diiringi Saudara Mohd Hilman Mustapha naik ke pentas bagi menerima cenderamata penghargaan daripada pihak majlis. ..........PENYAMPAIAN CENDERAMATA..........
  7. 7. Seterusnya majlis menjemput dif-dif kehormat untuk mengambil tempat bagi upacara fotografi. Majlis dipersilakan. Majlis juga menjemput para pensyarah yang hadir dan seluruh pelajar tahun 3 untuk turut mengambil tempat bagi sesi bergambar bersama dif-dif jemputan. ...............SESI FOTOGRAFI.................. Dengan berakhirnya sesi fotografi itu tadi, maka berakhirlah Majlis Perasmian Makan Malam Temu Mesra Kelab Sains Kimia, Oleokimia dan Teknologi Kimia. Sekali lagi, majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada dif-dif kehormat serta hadirin dan hadirat sekalian atas kesudian untuk bersama- sama menjayakan program makan malam ini. Bunga seroja di atas cemara, Jatuh sekuntum di atas para, Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua yang kami pinta, Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi, Salam perpisahan untuk semua, Di lain masa bersua lagi.
  8. 8. Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan dalam pengendalian program pada hari ini, saya bagi pihak ahli jawatankuasa, dengan rendah hati memohon ribuan ampun dan maaf . Sesungguhnya yang baik itu datang dari Yang Maha Esa dan yang buruk itu datangnya dari kami. Mengumumkan keberangkatan pulang Prof. Dr Sahrim Hj. Ahmad, Dekan Fakulti Sains & Teknologi diiringi dif-dif kehormat. Hadirin diminta berdiri. 10.05 pm *Tunggu semua VIP keluar, Kini,saya serahkan majlis kepada pengacara majlis yang berikutnya. Sekian,terima kasih. *MC tak formal masuk pentas

×