Jean piaget

16,447 views
16,044 views

Published on

Published in: Education
1 Comment
12 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
16,447
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
862
Comments
1
Likes
12
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Jean piaget

  1. 1. TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET
  2. 2. SIAPAKAH JEAN PIAGET• Seorang pakar biologi Switzerland dan pakar psikologi kanak-kanak• Dilahirkan pada 9th Ogos 1896 di Neuchâtel, Switzerland.• Banyak membuat kajian ke atas tingkah laku kanak-kanak.• Menghuraikan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu.• Mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan kanak- kanak yang telah diterima sebagai satu teori komprehensif yang meliputi kesemua budaya dan masyarakat.• Meninggal pada 17th September 1980 di Geneva.
  3. 3. TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF• Menurut Jean Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan.• Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.
  4. 4. PENGALAMAN KEMATANGAN SOSIAL BIOLOGIPerkembangan kognitif juga Proses pemikiran yangdipengaruhi oleh pergaulan dipengaruhi olehindividu dengan orang-orang faktor genetikpersekitaran : ibu bapa, adikberadik, rakan, guru. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PEMIKIRAN INTERAKSI NDIVIDU INDIVIDU KESEIMBANGANDENGAN PERSEKITARAN Individu berinteraksi dengan Proses keseimbangan adalahpersekitaran untuk memahami merupakan salah satu cara yangperkara-perkara yang berlaku. digunakan oleh individu untuk Mereka akan mengadaptasi dengan situasi-meneroka, menguji, memerhati dan situasi yang baru dialamimenyusun maklumat yang didapati
  5. 5. PROSES MENCAPAI KESEIMBANGAN• Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka.• Individu sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, menyelesaikan sesuatu kekusutan.• Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman tersebut dalam minda dan membentuk 1 sistem yang dipanggil SKEMA.
  6. 6. SKEMA• Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil ORGANISASI dan bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan.• Bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks. Contoh : 1. Bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek, 2. Kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda/skema untuk mengenal huruf. 3. Anda membentuk skema untuk memandu/memasak• Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang baru. Contoh : 1. Kanak-kanak yang telah mengenal huruf berdepan dengan situasi baru untuk menyusun huruf-huruf tersebut membentuk perkataan. 2. Anda yang mempunyai skema untuk memasak nasi putih akan buntu sekiranya diminta memasak nasi tomato.
  7. 7. ADAPTASI• ADAPTASI adalah Proses perubahan/pertukaran skema lama kepada skema baru dimana melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu ASIMILASI dan AKOMODASI. ASIMILASI AKOMODASI Berlaku apabila individu cuba memahami Berlaku apabila individu dapat menukar skema pengalaman baru dan cuba untuk lama untuk disesuaikan dengan pengalaman menyesuaikan pengalaman ini dengan baru dengan mengubah cara pemikiran untuk skema yang telah sedia ada. disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru. Contoh : Contoh : Dalam mengenal huruf, kanak-kanak Dalam contoh asimilasi, akomodasi berlaku mungkin akan menyatakan “d” sebagai apabila kanak-kanak dapat mengenal dan “b”apabila diperkenalkan. Melalui membezakan “d” daripada “b” pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru dengan skema lama yang telah ada.
  8. 8. KESIMPULAN• Menurut Jean Piaget, proses mengorganisasi,mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan dimana individu akan terus menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan.• KESIMPULAN : Jika kita menggunakan skema baru untuk sesuatu situasi / pengalaman yang baru dan ianya berjaya, maka keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan berlaku dan kita akan terus membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru tersebut.
  9. 9. TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PERINGKAT SENSORIMOTOR (SEJAK LAHIR ~ 2 TAHUN) PERINGKAT PRA OPERASI (2 ~ 7 TAHUN)TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7 ~ 11 TAHUN) PERINGKAT OPERASI FORMAL (12 TAHUN KE ATAS)
  10. 10. PERINGKATSENSORIMOTOR(0 – 2 TAHUN)
  11. 11. PERINGKAT SENSORIMOTOR• Peringkat permulaan (0 ~ 2 TAHUN) dalam perkembangan kognitif dimana bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. PERKEMBANGAN KOGNITIF CONTOHSkema-skema yang terbentuk adalah hasil dari Menggunakan mulut untuk merasa objek,interaksi fizikal bayi dengan persekitaran. mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai objek.• Kanak-kanak pada peringkat ini akan merasa puasmenggunakan mulut untuk merasa dan menghisap Menghisap ibu jari, memasukkan objek kedalamdan juga berminat dengan objek yang berada di mulut, mencapai objek yang berbunyi,bunyi yangpersekitarannya. dihasilkan akan mendatangkan kepuasan yang• Kepuasan akan terhasil apabila mereka berupaya menyebabkan kanak-kanak mengulang perbuatanmengenakan tindakan terhadap objek dan tersebut.menyebabkan mereka melakukan tindakan tersebutberulang-ulang.Selain itu, mereka juga mula menunjukkan Kanak-kanak yang telah mencapai tahap ini dapatpermulaan pemikiran logik dimana aktiviti-aktiviti mengatur skema-skema yang mudah dan logikfizikal mereka mula mempunyai matlamat-matlamat untuk mengeluarkan barang-barang daripadayang mudah. sebuah bekas yang bertutup atau boleh mengatur langkah untuk mengambil objek yang jauh.
  12. 12. PERINGKAT SENSORIMOTOR• Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak boleh melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan seperti meniru perlakuan melambaikan tangan,memasukkan sudu ke dalam mulut untuk menyuap makanan.• Semakin kanak-kanak ini membesar, tindakan perlakuan ini akan menjadi semakin tepat.• Kanak-kanak akan mencapai tahap pengekalan objek iaitu kebolehan untuk menggambarkan objek di dalam memori.• Sebelum ini berlaku, kanak-kanak tidak akan mempunyai memori terhadap objek yang tiada dipenglihatan mereka “out of sight, out of mind”
  13. 13. PERINGKAT SENSORIMOTOR FIZIKAL KOGNITIFDaripada aksi refleks kepada aktiviti Mengkoordinasi maklumat deria denganbermatlamat. pergerakan motor.Saiz dan komposisi otak bertambah Kepuasan mengenakan tindakan terhadap objekGigi susu pada gusi bawah mula kelihatan Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti-aktiviti(6-8 bulan) mudahMula perkembangan otot halus: Mula menggunakan imitasi,memori danmenggenggam dan mengkoordinasi pemikiranantara tangan dan mata.Menunjukkan autonomi dan kekuatan Konsep pengekalan objekpergerakan KEBOLEHAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT SENSORIMOTOR
  14. 14. PERINGKATPRA - OPERASI(2 – 7 TAHUN)
  15. 15. PERINGKAT PRA - OPERASI• Pada peringkat ini, kanak-kanak akan beralih ke peringkat di mana mereka mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru.• Kanak-kanak boleh menggambarkan dan merancang pergerakan/aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema dan perkembangan berlaku apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental.• Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat,gambar dan digunakan untuk menyatakan objek,orang atau peristiwa yang dialami oleh kanak- kanak.
  16. 16. PERINGKAT PRA - OPERASIKEBOLEHAN YANG DIPEROLEH PADA PERINGKAT PRA - OPERASI Mewakili imej sebenar buku dengan perkataan “buku” atau dengan menggunakan gambar. Proses ini dinamakan fungsi semiotik dimana perkembangan bahasa akan berlaku dengan pesat Permainan membayangkan (pretend play) seperti mengambil watak kartun/karektor kegemaran (boboiboy,upin & ipin) atau menjadi ibu,ayah atau doktor. Memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup (animisme) seperti hari hujan sebab hari menangis, kereta minum apabila menuang minyak.
  17. 17. PERINGKAT PRA - OPERASI• Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini lebih bersifat intuitif iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata dimana mereka masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional.• Ciri-ciri ini dikatakan sebagai “centered”/permusatan. Oleh itu, mereka masih tidak dapat menguasai proses transformasi,keterbalikan dan penaakulan.
  18. 18. PERINGKAT PRA - OPERASISIKAP EGOSENTRIK• Menurut Jean Piaget, kanak-kanak peringkat ini juga menunjukkan sikap egosentrik dimana bermaksud mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri.• Mereka selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan mereka.• Contoh : Seorang kanak-kanak yang suka melihat 1 siri kartun (boboiboy) beranggapan semua orang lain juga mempunyai minat yang sama dengannya.
  19. 19. PERINGKAT PRA - OPERASI FIZIKAL KOGNITIFMemegang objek-objek besar dan Mula menggambarkan dan merancang skemamemanipulasi objek-objek kecil Mewakili sesuatu dengan simbol mental iaituMenunggang basikal roda tiga dengan bahasa, gambar / isyarat Berupaya mengingat semula peristiwa yangMelompat dan berlari sudah berlaku dan boleh membanding 2 peristiwa yang berlakuMenulis huruf-huruf dan perkataan- Permainan membayangkan (pretend play)perkataan mudah Pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak yang jelas dan nyata KEBOLEHAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT PRA - OPERASI
  20. 20. PERINGKAT OPERASI KONKRIT(7 – 11 TAHUN)
  21. 21. PERINGKAT OPERASI KONKRIT• Kanak-kanak peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit• Mereka sepatutnya memahami proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan.
  22. 22. PERINGKAT OPERASI KONKRIT • Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh menguasai konsep pengekalan (conservation). PRINSIP ASAS PRINSIP PRINSIP GANTI RUGI PRINSIP IDENTITI (COMPENSATION) KETERBALIKANMereka tahu sekiranya tiada Mereka tahu sesuatu Pelajar bolehbilangan yang ditambah / perubahan pada satu segi mengulang prosesdikurangkan, bilangan /amaun akan diganti oleh perubahan yang berlaku secaraobjek adalah sama walaupun dalam satu aspek yang lain mental kepada asalbentuknya berubah semula
  23. 23. PERINGKAT OPERASI KONKRIT PROSES CONTOH PROSES PENGELASAN : Pengelasan mengikut ciri warna, saiz & Mengklasifikasikan objek ke dalam set atau bentuk. kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. PROSES MENYUSUN SECARA BERSIRI : Membuatsusunan logik seperti A<B<C , Mengatur atau menyusun mengikut susunan 1<2<3<4 menaik dan menurun.• Penguasaan kemahiran seperti pemuliharaan,pengelasan dan penyusunan bersiri menunjukkanpelajar pada peringkat ini telah mencapai satu peringkat pemikiran logik.• Walau bagaimanapun sistem pemikiran ini masih terikat dengan situasi fizikal di mana pelajar boleh menyusun, mengelas, memanipulsi dalam situasi yang berbentuk konkrit.
  24. 24. PERINGKAT OPERASI KONKRIT• Mengikut Jean Piaget , gaya pemikiran mereka juga berubah secara beransur daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered / objektif .• Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka.• Mereka mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain / membuat aktiviti bersama.• Pada peringkat ini, masih tidak boleh membuat hipotesis dan menyelesaikan soalan-soalan yang abstrak / masalah yang melibatkan gabungan faktor yang kompleks.
  25. 25. PERINGKAT OPERASI KONKRIT FIZIKAL KOGNITIF Berkebolehan berfikir secara logik walaupunPertumbuhan dan perkembangan pemikiran mereka masih terikat dengan situasikemahiran-kemahiran psikomotor. yang konkrit Sudah boleh menguasai konsepPsikomotor halus lebih baik. pengekalan (conservation) Kanak-kanak pada peringkat ini juga menguasaiPsikomotor kasar lebih cekap proses pengelasan Proses menyusun secara bersiri mengikutPertumbuhan gigi kekal bermula susunan menaik dan menurun. Mula bersosial dan menerima pandangan rakan-Kanak-kanak menghampiri akil baligh rakan semasa bermain / membuat aktiviti bersama KEBOLEHAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI KONKRIT
  26. 26. PERINGKAT OPERASI FORMAL(12 TAHUN KE ATAS)
  27. 27. PERINGKAT OPERASI FORMAL• Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan / andaian berdasarkan fakta.• Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit dan mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis walaupun ianya bukan realiti.• Contoh : Mereka boleh berhipotesis dan memberi idea tentang masalah pencemaran alam sekitar di dunia /apa yang akan berlaku di Malaysia pada tahun2020.• Mereka boleh mengkaji masalah-masalah abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut.
  28. 28. PERINGKAT OPERASI FORMAL CIRI-CIRI PEMIKIRAN FORMAL BOLEH BERFIKIR SECARA BERFIKIR SECARA MEMBUAT ABSTRAK SISTEMATIK HIPOTESISKanak-kanak boleh berfikir Mereka juga boleh berfikir secara Mereka juga bolehsecara abstrak seperti sistematik untuk memberi beberapa membuat hipotesis danmenyelesaikan masalah kemungkinan penyelesaian. mencari alternatifmatematik di mana Contoh : Sekiranya anda pergi penyelesaianmelibatkan perwakilan bercuti dengan hanya membawa 3 masalah.Mereka bolehabstrak. helai kemeja-T, 3 helai blaus dan 3 menaakul secara induktifContoh : 4x+x=10. Apakah helai jaket, berapa kombinasi dan deduktif. Penaakulannilai x? pakaian yang anda boleh dapat dari deduktif bermaksud set ini? pemikiran daripada yang am kepada khusus.
  29. 29. PERINGKAT OPERASI FORMAL• Egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini.Ianya berlainan dengan egosentrik di peringkat pra-operasi• Remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri, susah untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain serta mempunyai perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang lain.
  30. 30. PERINGKAT OPERASI FORMAL FIZIKAL KOGNITIFKadar perkembangan dan perkembangan Mereka juga boleh berfikir secara sistematikpesat. Perubahan fizikal mula ke arah untuk memberi beberapa kemungkinandewasa. penyelesaianMencapai Akil Baligh Egosentrik remaja muncul pada peringkat ini.Perubahan dan akil baligh berlaku padaremaja perempuan terlebih dahulu Boleh membuat hipotesis dan mencari alternatifsebelum remaja lelaki, namun tempoh penyelesaian masalah. Mereka boleh menaakulpertumbuhanl elaki semasa akil baligh secara induktif dan deduktif.lebih lama. KEBOLEHAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI FORMAL
  31. 31. IMPLIKASI TERHADAP P&PPRA OPERASI (2-7 TAHUN)• i)Menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit. Contoh : Kanak-kanak menggunakan bahan-bahan maujud seperti guli, batu, batang aiskrim untuk belajar kemahiran menambah dan menolak.• ii)Arahan yang diberikan haruslah pendek dan disertai dengan contoh. Contoh : Arahan untuk beratur diluar kelas/bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktiviti diberi dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas. Guru juga boleh demonstrasi cara melakukan sesuatu dan menyatakan mengikut langkah yang sistematik dan teratur.
  32. 32. IMPLIKASI TERHADAP P&P• iii) Mereka susah memahami sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain. Contoh :Penjelasan tentang nilai/nasihat harus diberikan dalam ayat yang mudah difahami kanak-kanak dan harus mempertimbangkan daripada sudut pandangan kanak-kanak tersebut.• iv) Beri peluang kepada kanak-kanak melakukan “hands-on” terhadap sesuatu kemahiran.Peluang ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak terhadap diri mereka. Contoh : Membentuk perkataan dengan potongan-potongan huruf.
  33. 33. IMPLIKASI TERHADAP P&POPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)• i) Beri peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar.Bimbing kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Biarkan mereka mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari. Contoh : Membuat eksperimen dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan.• ii) Gunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks.Kaitkan pengalaman mereka seperti program televisyen yang mereka gemari/pengalaman seharian mereka dengan pengajaran. Pengalaman membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih kompleks.
  34. 34. IMPLIKASI TERHADAP P&P• iii) Perkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik. Tunjukkan jalan penyelesaian mengikut langkah-langkah yang mudah dan sistematik.
  35. 35. IMPLIKASI TERHADAP P&POPERASI FORMAL (12 TAHUN KE ATAS)• i) Gunakan bahan yang konkrit untuk mengillustrasikan konsep yang lebih kompleks. Contoh : penggunaan bahan 3D, model, carta, rajah, pengalaman pelajar sendiri sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks.• ii)Beri peluangkepada pelajar untuk menyelesaikan masalah serta memberi sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan. Suruh pelajar bentangkan idea dankritik idea yang dikemukakan.• iii) Kemukakan konsep yangluas dan tidak hanya terikat dengan fakta-fakta.Biarkan pelajar meneroka dan mengkaji sendiri konsep tersebut. Terima pendapat pelajar dan bimbing pelajar untuk belajar menerima pendapat orang lain.

×