SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
LATAR BELAKANG JEAN PIAGET
Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama
Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya
pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan
berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84
tahun, 1981.
Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun.
Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel.
Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila
beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama
kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist."
Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke
dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang
psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental.
Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang
diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada
pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan
bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran
daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan
kognitif kanak-kanak.
PENGENALAN
Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu
mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep-
konsep penting tersebut adalah :
1.Skema
-Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu
dengan cara tertentu.
-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan
pantulan
yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai,
merasa,
memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak
menyakitkan.
-Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan
seperti
contoh, jari ibu.
-Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan
persekitarannya.
2.Asimilasi
-Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi
dengan
skema yang sedia ada.
-Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi
skema
hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
-Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu,
kanak-
kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan
sekaligus
merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru
baginya berkenaan "sebiji epal".
3.Akomodasi
-Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
-Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan)
persekitaran
baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
-Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
-Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan
menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep
terhadap
magnet itu.
4.Adaptasi
-Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan
asimilasi
untuk disesuaikan dengan persekitaran.
-Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan
sejadi
untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.
Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam
proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu
peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak
mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang
relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu
mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.
Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat
tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :
 Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)
 Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
 Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)
 Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)
TAHAP SENSORIMOTOR(0-2 TAHUN)
Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran.
Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari
tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian
menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui
pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan
sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat
perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.
a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)
Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir
melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan
sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini
belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan
ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.
b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)
Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula
mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman
memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak.
Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah
laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab
yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula
diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu
bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi.
Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan
mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.
c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)
Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian yang
lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi
telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu
menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam
tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut
dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.
d) Lapanhinggaduabelasbulan(reaksikordinasi)
Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya
disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah
dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan
kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan
berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.
e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)
Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku
secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian
tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan
kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah
mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba
jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba
pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.
f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)
Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk
memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat
mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku
peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina
dan fungsi individu dalam rumahtangga.
soalan-soalan:
1. Dalam perkembangan deria motor, berapakah tahap yang didasarkan pembahagian
mengikut umur?
a. 2
b. 4
c. 6
d. 8
2. Pada umur yang berapakah bayi tersebut mula meniru sebarang pergerakan yang dilihat?
a. 4-8 bulan
b. 8 bulan- 1 tahun
c. 1-1.5 tahun
d. 1.5- 2 tahun
3. Pernyataan manakah yang salah?
a. Pada umur 1-4 bulan, bayi mula bertindak balas dengan menggerakkan kepala dan mata
pada
sumber bayi.
b. Pada umur 8-12 bulan, bayi mengalami proses cuba jaya yang mudah.
c. Sejak lahir hingga 1 bulan, bayi masih tidak mampu melakukan gerakan.
d. Kanak-kanak belum berkeupayaan untuk memahami aktiviti permainan pada umur 19
bulan.
4. Apakah yang berlaku pada kanak-kanak berumur 1 tahun 5 bulan?
a. berlakunya proses peniruan
b. mengalami proses cuba jaya yang mudah
c. hanya mampu melakukan genggaman
d. mula memahami fungsi individu dalam rumahtangga.
5. pada tahap deria motor apakah unsur-unsur yang ada?
i pemahaman tentang akibat dan ruang
ii dapat membuat keputusan
iii konsep tentang objek
iv kebolehan mengira
a. i, ii
b. ii, iii
c. iii, iv
d. i, iii
(jawapan:1. c, 2. b, 3. d, 4. b, 5. d)
Posted by lis_capri at 11:56 PM No comments:
Monday, January 29, 2007
TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )
Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa.
Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan,
contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu,
dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan
orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini,
keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.
Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih
sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :
1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang
ketara seperti kebolehan mengira.
2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan
digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu
pengukuhan tingkah laku.
Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada
tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan
merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap
sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan
dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan
satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan
pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.
Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :
1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )
Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua
atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun
penerangan yang ada dalam pemikiran.
Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan
membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara
peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap
ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan
'pembentukan identiti diri'.
Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan
bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu
objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah,
isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya
berubah.
Soalan- soalan :
1. Menurut Piaget, tahap praoperasional berlaku berasaskan 3 fenomena mental berikut
kecuali
a) persepsi
b) ingatan
c) bayangan
d) pengamatan
2. Kanak-kanak pada tahap praoperasi ......................
a) Boleh membezakan jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek apabila diubah bentuk
dan susunannya
b) Tidak boleh membezakan jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek apabila diubah
bentuk dan susunannya
c) Memahami bahawa kuantiti adalah berhubung kait dengan susunan keadaan fizikal
sesuatu
objek
d) Mengatakan bahawa tanah liat yang tela diubah bentuk dari bulat ke segiempat adalah
sama kuantitinya
3. Proses kognitif pada tahap praoperasi ialah :
a) pemikiran konkrit
b) egosentrik
c) operasi formal
d) pemikiran kritis
4. Perkembangan yang paling penting menurut Piaget pada tahap praoperasi ialah
........................
5. Pemikiran ............................... merupakan pemikiran kanak-kanak yang melihat dunia
secara
keseluruhannya menurut perspektif mereka sendiri.
6. Pada tahap ..............................., kanak-kanak belum lagi boleh memahami dua atau lebih
dimensi pada masa yang sama.
Posted by rezha at 11:50 PM No comments:
TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)
Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-
kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara
egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan
kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka
kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya
menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar
bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan
mula memasuki zaman persekolahan.
Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula
memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat,
susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau
objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami
atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan,
ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang
konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.
Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini
boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke
atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.
Soalan Objektif
1. Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget iaitu semasa berusia 7-11 tahun,
kanak-kanak mengalami suatu tahap yang dinamakan ...........
a) Operasi Formal
b) Pra-Operasi
c) Operasi Konkrit
d) Operasi Motor
2. ``Keupayaan kanak-kanak memanipulasi konsep dan idea adalah terhad, hanya
memahami pada objek yang dapat dilihat sahaja. ``
Tahap manakah dalam Teori Perkembangan Kognitif Piaget yang sesuai untuk
menggambarkan penyataan di atas.
a) Deria Motor
b) Operasi Konkrit
c) Pra-Operasi
d) Operasi Formal
3. Inhelder dan Piaget (1958) menerangkan bahawa kanak-kanak di tahap Operasi Konkrit;
a) Boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas sesuatu objek.
b) Boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas sesuatu yang abstrak.
c) Mampu memahami sepenuhnya perkara-perkara abstrak seperti konsep
ketuhanan.keadilan dan makna hidup.
d) Belum memahami konsep pengekalan dan unsur pemikiran logik.
Soalan Subjektif
Terangkan perkembangan dan konsep-konsep yang telah dapat difahami oleh kanak-kanak
pada tahap Operasi Konkrit.
Jawapan untuk soalan objektif
1. c, 2.b, 3.a
Posted by ain at 11:45 PM No comments:
ISU-ISU BERKAITAN TEORI PIAGET
Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam bidang
Psikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan peringkat-peringkat
perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran berasaskan perkembangan
skema. Namun, teori dan kajiannya tetap menerima kritikan teutama berkaitan kelemahan
teori dan metodologi yang digunakan.
Dari segi kelemahan teori, pengkritik menyatakan bahawa teori Paiget tidak mampu
menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada pengkritik yang
mempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang
disarankan oleh Piaget (Gelman dan Baillargeon, 1983). Mereka menyatakan sekiranya
kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang
khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu,
mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set
operasi yang sama.
Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu yang
terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, dia sepatutnya dapat
menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang sama.
Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple (1982) menunjukkan
keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan
pemuliharaan berat lebih lewat daripada pemuliharaan angka. Keadaan ini adalah
bercanggah dengan teori Piaget.
Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam
kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu,
kesahihannya adalah diragui. Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi
daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian.
Posted by ain at 11:43 PM No comments:
APLIKASI TEORI PIAGET
~PERKEMBANGAN BAHASA~
Setiap benda hidup saling berhubungan antara satu sama lain untuk membentuk satu
jaringan dalam kehidupan. Tumbuh-tumbuhan walaupun tidak kelihatan secara jelas
jenis perhubungan yang berlaku, namun perkaitan tetap wujud seperti terjadinya
proses pendebungan bagi menghasilkan induk baru. Haiwan juga berhubungan
dengan mewujudkan suara dan bunyi-bunyian yang hanya akan difahami oleh
spesiesnya sahaja. Semut contohnya saling berkomunikasi dengan menggunakan
sesungut apabila bertembung dengan semut-semut yang lain. Begitu juga bagi
manusia yang akan berkomunikasi dengan menggunakan bentuk yang lebih meluas
dan komplikated iaitu penggunaan bahasa yang pelbagai antara bangsa yang
berbeza, isyarat, tanda, bahasa badan, pergerakan mata, ekspresi emosi dan
sebagainya. Pembentukan dan perkembangan bahasa ini sebenarnya telah bermula
sejak bayi lagi dan semakin kompleks sejajar dengan peningkatan usia kanak-kanak.
Dalam teori Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak amat jelas dan ketara pada
tahap praoperasi iaitu semasa kanak-kanak berumur 2-7 tahun. Menurut para ahli
psikologi, sehingga kanak-kanak berumur empat tahun, mereka sudah menguasai
kosa kata, gramatika, makna semantis/paragmatis, dan wacana yang berhubungan
dengan pengalaman mereka sehari-hari (Miller, 1979). Kanak-kanak mudah menyerap
semua bahasa yang didengar setiap hari bergantung dengan lingkungan keluarga dan
masyarakat di mana dia dibesarkan. Seperti contoh, kanak-kanak berbangsa Melayu
jika dibesarkan dalam keluarga yang bercakap setiap hari dalam bahasa Inggeris,
lama-lama kelamaan akan fasih dalam bahasa Inggeris. Perkembangan bahasa
berlaku secara berperingkat-peringkat. Ianya bermula dengan perkembangan bahasa
ego yang berfungsi untuk mengungkap keinginan diri tanpa memerhatikan keinginan
dan komunikasi dua arah. (Miller, 1979). Bahasa ini diungkap semasa anak-anak
menginginkan suatu keperluan, iaitu jika lapar, mereka akan bercakap dan mengadu
kepada ibunya. Pada tingkat umur tertentu, barulah anak secara sederhana dapat
menanggapi keinginan orang lain dalam berkomunikasi secara pragmatis dan secara
perlahan mula menunjukkan minat untuk berbual dan bercakap tentang sesuatu isu.
Kemudian, pembentukan bahasa berkembang lagi setelah anak-anak mula bersekolah
sehinggalah mereka menguasai bentuk-bentuk bahasa yang lebih rumit seperti
bahasa penulisan yang lebih formal. Sebenarnya perkembangan dan pembentukan
bahasa tidak pernah berakhir sehingga akhir hayat seseorang. Pembentukan bahasa
akan sentiasa berkembang jika seseorang itu menginginkan perkembangan tersebut
berlaku. Contoh yang jelas dapat dilihat apabila manusia berlumba-lumba ingin
menguasai bahasa selain daripada bahasa ibundanya. Permintaan inilah yang
mewujudkan kursus-kursus pembelajaran bahasa di institusi-institusi pendidikan.
Proses asimilasi, akomodasi dan adaptasi yang diketengahkan oleh Piaget akan
sentiasa berlaku dalam hidup manusia sehinggalah dewasa.

More Related Content

What's hot

Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakKakchik Aina
 
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)miemasjuri
 
Peranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranPeranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranasihwiniy viniy
 
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copyTeori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copyPieja Hanhae
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaSyed Ahmad Azhar
 
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakPerkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakFaFai S.
 
Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263
Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263
Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263018665
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakanalisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakUkhuwahfillah Dua Benua
 
Teori gestalt
Teori gestaltTeori gestalt
Teori gestaltyuziami
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakRaihan Raihana
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Teori perkembangan kendiri personaliti
Teori perkembangan kendiri personalitiTeori perkembangan kendiri personaliti
Teori perkembangan kendiri personalitifong kai hung
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahAziroh Johari
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikNorina Mohamad Najib
 
Teori tingkah laku skinner
Teori tingkah laku skinnerTeori tingkah laku skinner
Teori tingkah laku skinnerardiya_izwani
 

What's hot (20)

Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
 
Konsep asas perkembangan
Konsep asas perkembanganKonsep asas perkembangan
Konsep asas perkembangan
 
Lev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky PkkLev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky Pkk
 
Peranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranPeranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaran
 
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copyTeori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
 
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakPerkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
 
Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263
Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263
Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakanalisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
 
Teori gestalt
Teori gestaltTeori gestalt
Teori gestalt
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 
teori kematangan
teori kematanganteori kematangan
teori kematangan
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Teori perkembangan kendiri personaliti
Teori perkembangan kendiri personalitiTeori perkembangan kendiri personaliti
Teori perkembangan kendiri personaliti
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolah
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematik
 
Teori tingkah laku skinner
Teori tingkah laku skinnerTeori tingkah laku skinner
Teori tingkah laku skinner
 

Similar to Latar belakang jean piaget

Teori perkembangan kognitif piaget
Teori perkembangan kognitif piagetTeori perkembangan kognitif piaget
Teori perkembangan kognitif piagetAnton Priyadi
 
Teori konstruktivisme psikologi individu kognitif piaget
Teori konstruktivisme psikologi individu kognitif piagetTeori konstruktivisme psikologi individu kognitif piaget
Teori konstruktivisme psikologi individu kognitif piagetBrenda Hong
 
Psikologi perkembangan kognitif anak pada 3 tahun pertama
Psikologi perkembangan kognitif anak pada 3 tahun pertamaPsikologi perkembangan kognitif anak pada 3 tahun pertama
Psikologi perkembangan kognitif anak pada 3 tahun pertamaAsep Egok
 
4- Teori Kognitif.pptx
4- Teori Kognitif.pptx4- Teori Kognitif.pptx
4- Teori Kognitif.pptxAlrizaCheria
 
Kumpulan 2 403
Kumpulan 2 403Kumpulan 2 403
Kumpulan 2 403Aryan Adam
 
uas the perkembangan peserta didik.pdf
uas the perkembangan peserta didik.pdfuas the perkembangan peserta didik.pdf
uas the perkembangan peserta didik.pdfridafarida14
 
5. tahap perkembangan-kognitif-menurut-piaget
5. tahap perkembangan-kognitif-menurut-piaget5. tahap perkembangan-kognitif-menurut-piaget
5. tahap perkembangan-kognitif-menurut-piagetIrawan Wk
 
Teori+perkembangan+Kognitif+Piaget+1.pdf
Teori+perkembangan+Kognitif+Piaget+1.pdfTeori+perkembangan+Kognitif+Piaget+1.pdf
Teori+perkembangan+Kognitif+Piaget+1.pdfakhmad93
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 
Judul Perkembangan Masa Bayi
Judul Perkembangan Masa BayiJudul Perkembangan Masa Bayi
Judul Perkembangan Masa BayiBayuDarmawan8
 
Manajemen asuhan kebidanan anak balita normal
Manajemen asuhan kebidanan anak balita normalManajemen asuhan kebidanan anak balita normal
Manajemen asuhan kebidanan anak balita normalMJM Networks
 
penelitian implementasi teori Jean Piaget
penelitian implementasi teori Jean Piagetpenelitian implementasi teori Jean Piaget
penelitian implementasi teori Jean PiagetRissa ZH
 
Pertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remaja
Pertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remajaPertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remaja
Pertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remajaDita Yuniarti
 
perkembangan bayi toddler
perkembangan bayi toddlerperkembangan bayi toddler
perkembangan bayi toddlerJuEnn NaRa
 

Similar to Latar belakang jean piaget (20)

Piaget
PiagetPiaget
Piaget
 
Kognisi
KognisiKognisi
Kognisi
 
Ipq2 piaget
Ipq2 piagetIpq2 piaget
Ipq2 piaget
 
Teori perkembangan kognitif piaget
Teori perkembangan kognitif piagetTeori perkembangan kognitif piaget
Teori perkembangan kognitif piaget
 
Teori konstruktivisme psikologi individu kognitif piaget
Teori konstruktivisme psikologi individu kognitif piagetTeori konstruktivisme psikologi individu kognitif piaget
Teori konstruktivisme psikologi individu kognitif piaget
 
Psikologi perkembangan kognitif anak pada 3 tahun pertama
Psikologi perkembangan kognitif anak pada 3 tahun pertamaPsikologi perkembangan kognitif anak pada 3 tahun pertama
Psikologi perkembangan kognitif anak pada 3 tahun pertama
 
Perkembngan Kognitif Pada Manusia
Perkembngan Kognitif Pada ManusiaPerkembngan Kognitif Pada Manusia
Perkembngan Kognitif Pada Manusia
 
4- Teori Kognitif.pptx
4- Teori Kognitif.pptx4- Teori Kognitif.pptx
4- Teori Kognitif.pptx
 
Masa bayi
Masa bayiMasa bayi
Masa bayi
 
Kumpulan 2 403
Kumpulan 2 403Kumpulan 2 403
Kumpulan 2 403
 
uas the perkembangan peserta didik.pdf
uas the perkembangan peserta didik.pdfuas the perkembangan peserta didik.pdf
uas the perkembangan peserta didik.pdf
 
5. tahap perkembangan-kognitif-menurut-piaget
5. tahap perkembangan-kognitif-menurut-piaget5. tahap perkembangan-kognitif-menurut-piaget
5. tahap perkembangan-kognitif-menurut-piaget
 
Teori+perkembangan+Kognitif+Piaget+1.pdf
Teori+perkembangan+Kognitif+Piaget+1.pdfTeori+perkembangan+Kognitif+Piaget+1.pdf
Teori+perkembangan+Kognitif+Piaget+1.pdf
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
Judul Perkembangan Masa Bayi
Judul Perkembangan Masa BayiJudul Perkembangan Masa Bayi
Judul Perkembangan Masa Bayi
 
Manajemen asuhan kebidanan anak balita normal
Manajemen asuhan kebidanan anak balita normalManajemen asuhan kebidanan anak balita normal
Manajemen asuhan kebidanan anak balita normal
 
penelitian implementasi teori Jean Piaget
penelitian implementasi teori Jean Piagetpenelitian implementasi teori Jean Piaget
penelitian implementasi teori Jean Piaget
 
Pertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remaja
Pertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remajaPertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remaja
Pertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remaja
 
perkembangan bayi toddler
perkembangan bayi toddlerperkembangan bayi toddler
perkembangan bayi toddler
 
Perkembangan Masa Bayi
Perkembangan Masa BayiPerkembangan Masa Bayi
Perkembangan Masa Bayi
 

Recently uploaded

PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 

Recently uploaded (20)

PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 

Latar belakang jean piaget

  • 1. LATAR BELAKANG JEAN PIAGET Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist." Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
  • 2. PENGENALAN Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep- konsep penting tersebut adalah : 1.Skema -Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. -Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. -Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. -Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. -Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya. 2.Asimilasi -Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. -Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. -Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal". 3.Akomodasi -Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. -Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan)
  • 3. persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. -Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. -Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu. 4.Adaptasi -Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. -Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :  Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)  Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)  Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)  Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)
  • 4. TAHAP SENSORIMOTOR(0-2 TAHUN) Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu. a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks) Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja. b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular) Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.
  • 5. c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua) Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut. d) Lapanhinggaduabelasbulan(reaksikordinasi) Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi. e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga) Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian. f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal) Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina
  • 6. dan fungsi individu dalam rumahtangga. soalan-soalan: 1. Dalam perkembangan deria motor, berapakah tahap yang didasarkan pembahagian mengikut umur? a. 2 b. 4 c. 6 d. 8 2. Pada umur yang berapakah bayi tersebut mula meniru sebarang pergerakan yang dilihat? a. 4-8 bulan b. 8 bulan- 1 tahun c. 1-1.5 tahun d. 1.5- 2 tahun 3. Pernyataan manakah yang salah? a. Pada umur 1-4 bulan, bayi mula bertindak balas dengan menggerakkan kepala dan mata pada sumber bayi. b. Pada umur 8-12 bulan, bayi mengalami proses cuba jaya yang mudah. c. Sejak lahir hingga 1 bulan, bayi masih tidak mampu melakukan gerakan. d. Kanak-kanak belum berkeupayaan untuk memahami aktiviti permainan pada umur 19 bulan. 4. Apakah yang berlaku pada kanak-kanak berumur 1 tahun 5 bulan? a. berlakunya proses peniruan
  • 7. b. mengalami proses cuba jaya yang mudah c. hanya mampu melakukan genggaman d. mula memahami fungsi individu dalam rumahtangga. 5. pada tahap deria motor apakah unsur-unsur yang ada? i pemahaman tentang akibat dan ruang ii dapat membuat keputusan iii konsep tentang objek iv kebolehan mengira a. i, ii b. ii, iii c. iii, iv d. i, iii (jawapan:1. c, 2. b, 3. d, 4. b, 5. d) Posted by lis_capri at 11:56 PM No comments: Monday, January 29, 2007 TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN ) Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja. Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :
  • 8. 1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. 2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. 3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu : 1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) 2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ) Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'. Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah. Soalan- soalan : 1. Menurut Piaget, tahap praoperasional berlaku berasaskan 3 fenomena mental berikut kecuali a) persepsi b) ingatan c) bayangan d) pengamatan 2. Kanak-kanak pada tahap praoperasi ......................
  • 9. a) Boleh membezakan jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek apabila diubah bentuk dan susunannya b) Tidak boleh membezakan jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek apabila diubah bentuk dan susunannya c) Memahami bahawa kuantiti adalah berhubung kait dengan susunan keadaan fizikal sesuatu objek d) Mengatakan bahawa tanah liat yang tela diubah bentuk dari bulat ke segiempat adalah sama kuantitinya 3. Proses kognitif pada tahap praoperasi ialah : a) pemikiran konkrit b) egosentrik c) operasi formal d) pemikiran kritis 4. Perkembangan yang paling penting menurut Piaget pada tahap praoperasi ialah ........................ 5. Pemikiran ............................... merupakan pemikiran kanak-kanak yang melihat dunia secara keseluruhannya menurut perspektif mereka sendiri. 6. Pada tahap ..............................., kanak-kanak belum lagi boleh memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Posted by rezha at 11:50 PM No comments: TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN) Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak- kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.
  • 10. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri. Soalan Objektif 1. Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget iaitu semasa berusia 7-11 tahun, kanak-kanak mengalami suatu tahap yang dinamakan ........... a) Operasi Formal b) Pra-Operasi c) Operasi Konkrit d) Operasi Motor 2. ``Keupayaan kanak-kanak memanipulasi konsep dan idea adalah terhad, hanya memahami pada objek yang dapat dilihat sahaja. `` Tahap manakah dalam Teori Perkembangan Kognitif Piaget yang sesuai untuk menggambarkan penyataan di atas. a) Deria Motor b) Operasi Konkrit c) Pra-Operasi d) Operasi Formal 3. Inhelder dan Piaget (1958) menerangkan bahawa kanak-kanak di tahap Operasi Konkrit; a) Boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas sesuatu objek. b) Boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas sesuatu yang abstrak. c) Mampu memahami sepenuhnya perkara-perkara abstrak seperti konsep ketuhanan.keadilan dan makna hidup. d) Belum memahami konsep pengekalan dan unsur pemikiran logik. Soalan Subjektif Terangkan perkembangan dan konsep-konsep yang telah dapat difahami oleh kanak-kanak pada tahap Operasi Konkrit. Jawapan untuk soalan objektif 1. c, 2.b, 3.a
  • 11. Posted by ain at 11:45 PM No comments: ISU-ISU BERKAITAN TEORI PIAGET Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam bidang Psikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan peringkat-peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran berasaskan perkembangan skema. Namun, teori dan kajiannya tetap menerima kritikan teutama berkaitan kelemahan teori dan metodologi yang digunakan. Dari segi kelemahan teori, pengkritik menyatakan bahawa teori Paiget tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada pengkritik yang mempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget (Gelman dan Baillargeon, 1983). Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu yang terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, dia sepatutnya dapat menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang sama. Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple (1982) menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat daripada pemuliharaan angka. Keadaan ini adalah bercanggah dengan teori Piaget. Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu, kesahihannya adalah diragui. Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian. Posted by ain at 11:43 PM No comments: APLIKASI TEORI PIAGET ~PERKEMBANGAN BAHASA~ Setiap benda hidup saling berhubungan antara satu sama lain untuk membentuk satu jaringan dalam kehidupan. Tumbuh-tumbuhan walaupun tidak kelihatan secara jelas
  • 12. jenis perhubungan yang berlaku, namun perkaitan tetap wujud seperti terjadinya proses pendebungan bagi menghasilkan induk baru. Haiwan juga berhubungan dengan mewujudkan suara dan bunyi-bunyian yang hanya akan difahami oleh spesiesnya sahaja. Semut contohnya saling berkomunikasi dengan menggunakan sesungut apabila bertembung dengan semut-semut yang lain. Begitu juga bagi manusia yang akan berkomunikasi dengan menggunakan bentuk yang lebih meluas dan komplikated iaitu penggunaan bahasa yang pelbagai antara bangsa yang berbeza, isyarat, tanda, bahasa badan, pergerakan mata, ekspresi emosi dan sebagainya. Pembentukan dan perkembangan bahasa ini sebenarnya telah bermula sejak bayi lagi dan semakin kompleks sejajar dengan peningkatan usia kanak-kanak. Dalam teori Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak amat jelas dan ketara pada tahap praoperasi iaitu semasa kanak-kanak berumur 2-7 tahun. Menurut para ahli psikologi, sehingga kanak-kanak berumur empat tahun, mereka sudah menguasai kosa kata, gramatika, makna semantis/paragmatis, dan wacana yang berhubungan dengan pengalaman mereka sehari-hari (Miller, 1979). Kanak-kanak mudah menyerap semua bahasa yang didengar setiap hari bergantung dengan lingkungan keluarga dan masyarakat di mana dia dibesarkan. Seperti contoh, kanak-kanak berbangsa Melayu jika dibesarkan dalam keluarga yang bercakap setiap hari dalam bahasa Inggeris, lama-lama kelamaan akan fasih dalam bahasa Inggeris. Perkembangan bahasa berlaku secara berperingkat-peringkat. Ianya bermula dengan perkembangan bahasa ego yang berfungsi untuk mengungkap keinginan diri tanpa memerhatikan keinginan dan komunikasi dua arah. (Miller, 1979). Bahasa ini diungkap semasa anak-anak menginginkan suatu keperluan, iaitu jika lapar, mereka akan bercakap dan mengadu kepada ibunya. Pada tingkat umur tertentu, barulah anak secara sederhana dapat menanggapi keinginan orang lain dalam berkomunikasi secara pragmatis dan secara perlahan mula menunjukkan minat untuk berbual dan bercakap tentang sesuatu isu. Kemudian, pembentukan bahasa berkembang lagi setelah anak-anak mula bersekolah sehinggalah mereka menguasai bentuk-bentuk bahasa yang lebih rumit seperti bahasa penulisan yang lebih formal. Sebenarnya perkembangan dan pembentukan bahasa tidak pernah berakhir sehingga akhir hayat seseorang. Pembentukan bahasa akan sentiasa berkembang jika seseorang itu menginginkan perkembangan tersebut berlaku. Contoh yang jelas dapat dilihat apabila manusia berlumba-lumba ingin menguasai bahasa selain daripada bahasa ibundanya. Permintaan inilah yang mewujudkan kursus-kursus pembelajaran bahasa di institusi-institusi pendidikan. Proses asimilasi, akomodasi dan adaptasi yang diketengahkan oleh Piaget akan sentiasa berlaku dalam hidup manusia sehinggalah dewasa.