SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
409
KAJIAN RINTIS PENENTUAN PEMILIHAN PRODUK PEMBIAYAAN
PERUMAHAN MUSYARAKAH MUTANAQISAH (MM)1
Nor Hatizal Amarul Shah2
Pusat Kajian Pengurusan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 USM Pulau Pinang
hatizal74@yahoo.com.my
Abstrak
Di Malaysia, konsep pembiayaan perumahan MM telah mula ditawarkan bermula
pada tahun 2005. Namun begitu perkembangan produk pembiayaan perumahan MM
agak perlahan dari tahun 2005 hingga 2014 berbanding dengan produk lain seperti
produk pembiayaan perumahan Bai Bithamin Ajil (BBA). Persoalannya ialah apakah
penentu yang menyebabkan perkembangan yang agak perlahan tersebut? Adakah
kerana di dorong oleh faktor intrinsik atau faktor-faktor ekstrinsik seperti ciri-ciri
produk, promosi, kualiti perkhidmatan, kos, manfaat produk, tahap pengetahuan
pelanggan, kepercayaan dari sudut pematuhan nilai syariah dan kepatuhan
beragama? Justeru, kajian rintis ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis
kebolehpercayaan dan kesahan indikator-indikator bagi penentu yang telah dikenal
pasti mempengaruhi pemilihan pelanggan terhadap produk pembiayaan perumahan
MM. Kebolehpercayaan dan kesahan indikator-indikator penentu tersebut dianalisis
dari sudut faktor loading, CR (Composite Reliability), AVE (Average Variance
Extracted) dan Alpha Cronbach. Kajian tertumpu kepada responden yang dipilih
dalam kalangan pelanggan produk pembiayaan perumahan MM di Malaysia. Hasil
dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SMART-PLS dan
dipersembahkan dalam bentuk gambarajah dan Jadual. Hasil dapatan menunjukkan
bahawa faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik seperti ciri-ciri produk, promosi, kualiti
perkhidmatan, kos, manfaat produk, tahap pengetahuan pelanggan, kepercayaan dari
sudut pematuhan nilai syariah dan kepatuhan beragama sebagai mediator mencapai
kebolehpercayaan dan kesahan data walaupun terdapat beberapa indikator-indikator
dalam penentu tersebut yang digugurkan kerana tidak mencapai faktor loading 0.5.
Ini memberikan gambaran awal bahawa faktor intrinsik, faktor ekstrinsik dan faktor
kepatuhan beragama sebagai mediator mempengaruhi keputusan pemilihan produk
pembiayaan perumahan MM oleh pelanggan perbankan Islam.
Kata Kunci : Musyarakah Mutanaqisah (MM), Kajian Rintis, Faktor Loading, CR
(Composite Reliability), AVE (Average Variance Extracted), Alpha Cronbach,
SMART-PLS
1
Kertas Kerja ini di bentangkan di Konferens Antarabangsa Pengurusan Pembangunan Islam ISDEV
ke-9 (IDMAC 2015) pada 8 hingga 9 Disember 2015
2
Nor Hatizal binti Amarul Shah adalah seorang Pelajar Doktor Falsafah, Pusat Kajian Pengurusan
Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
410
PENGENALAN
Dengan jumlah populasi masyarakat Islam di Malaysia melebihi 50 peratus
menyediakan pasaran yang berpotensi untuk perkembangan produk pembiayaan
perumahan Musyarakah Mutanaqisah (MM). Namun begitu, perkembangan produk
pembiayaan perumahan MM adalah sangat perlahan berbanding produk pembiayaan
perumahan yang lain seperti BBA (Bai Bithamin Ajil). Berdasarkan Jadual 1.0
menunjukkan perbandingan produk pembiayaan BBA dan penawaran produk
pembiayaan MM antara bank-bank Islam dan bank-bank perdagangan yang
menawarkan produk pembiayaan Islam dari tahun 2009 hingga September 2014.
Jadual 1: Jumlah Pembiayaan MM dan BBA antara Bank-bank Islam dan
Sistem Perbankan Islam (RM Juta)
Sumber : Buletin Bulanan Disember 2009 hingga September 2014, Bank Negara
Malaysia
Petunjuk
BB Islam – Bank-bank Islam di Malaysia, Sistem Perbankan Islam–Bank-bank
perdagangan yang menawarkan produk pembiayaan Islam
Jadual 1.0 menunjukkan bahawa jumlah pembiayaan BBA mengalami peningkatan
yang pesat sedangkan produk pembiayaan MM menunjukkan peningkatan yang tidak
dapat menandingi jumlah pembiayaan BBA. Isunya, mengapa penawaran BBA
masih tinggi sedangkan konsep MM dilihat lebih bersifat berkebajikan berbanding
BBA dan ianya terbukti berkesan serta diterima ulama sedunia (Suraya Ismail, 2013).
Malahan konsep pembiayaan MM dikatakan oleh ramai para ulama Islam sebagai
satu kaedah pembiayaan yang paling ideal kerana kebolehan kaedah ini membawa
kepada keuntungan dari sudut sosio ekonomi kepada sistem ekonomi (Norma Md.
Saad & Dzuljastri Abdul Razak, 2013). Kaedah pembiayaan perumahan MM ini juga
dikatakan boleh membantu masyarakat mengurangkan pergantungan kepada produk-
produk pembiayaan yang lain seperti BBA, Murabahah dan lain-lain (Bendjilali,
Boualem and Khan, Tariqullah (1995). Namun begitu, penggunaan kontrak MM
yang berasaskan kepada prinsip PLS (Profit and Loss Sharing) sebagai instrumen
pembiayaan adalah sangat sedikit (Norma Md. Saad & Dzuljastri Abdul Razak,
2013).
Pembiayaan /Tahun 2009 2010 2011 2012 2013 2014
MM Bank-bank Islam 1,876.6 3,496.0 6,981.5 11,462.8 16,031.6 20,603.1
Sistem
Perbankan Islam
473.7 462.3 416.1 369.4 322.6 290.2
BBA Bank-bank Islam 42,732.9 53,651.9 63,176.5 74,251.6 83,115.0 80,990.1
Sistem
Perbankan Islam
180.7 45.4 34.7 29.0 24.5 21.0
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
411
Persoalannya ialah apakah faktor-faktor yang menyebabkan perkembangan MM
yang agak lambat tersebut? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelanggan
untuk memilih produk pembiayaan perumahan MM? Adakah faktor intrinsik dan
faktor-faktor ekstrinsik seperti ciri-ciri produk, promosi, kualiti perkhidmatan, kos,
manfaat produk, tahap pengetahuan pelanggan dan kepercayaan dari sudut
pematuhan nilai syariah dan kepatuhan beragama mempengaruhi keputusan
pelanggan untuk memilih produk pembiayaan perumahan MM? Justeru, kajian rintis
ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis kebolehpercayaan dan kesahan item-item
penentu yang telah dikenal pasti dibahagian sorotan karya. Kajian rintis ini
menggunakan 30 orang responden yang menggunakan produk pembiayaan
perumahan MM, di Malaysia. Data premier dikumpulkan melalui kaedah ’snowball’
dan kaedah dalam talian internet. Laman web talian internet yang digunakan untuk
tujuan pengumpulan data adalah https //www.esurveycreator.co.uk/s/52b4902.
Kajian ini dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian 1.0 membincangkan
mengenai pengenalan dan perkembangan produk pembiayaan perumahan MM.
Kajian-kajian mengenai penentu pemilihan pelanggan terhadap produk pembiayaan
perumahan MM dibincangkan dalam kajian lepas di bahagian 2.0. Seterusnya
perbincangan hasil dapatan iaitu kebolehpercayaan dan kesahan item-item penentu
tersebut dianalisis dari sudut faktor loading, CR (Composite Reliability), AVE
(Average Variance Extracted) dan Alpha Cronbach dipersembahkan dalam bahagian
seterusnya.
KAJIAN LEPAS
Kajian oleh Alida Palilati (2007) membincangkan mengenai hubungan faktor kualiti
perkhidmatan dan faktor kepuasan pelanggan terhadap faktor kesetiaan pelanggan
yang menabung di perbankan di Sulawesi Selatan, Indonesia. Kajian ini juga
meletakkan faktor tahap kepuasan pelanggan sebagai faktor moderator antara kualiti
perkhidmatan dengan kesetiaan pelanggan. Kajian oleh Didik Isnadi (2005) pula
membincangkan mengenai pengaruh faktor hubungan pemasaran pelanggan
(customer relantionship marketing), faktor nilai pelanggan, faktor keunggulan
produk dan faktor kepuasan pelanggan terhadap faktor kesetiaan pelanggan.
Manakala kajian oleh Kabiru Jinjiri Ringim (2013) yang membuat kajian di Kano,
Nigeria adalah untuk menentukan hubungan antara tahap kefahaman pelanggan
dengan keputusan mereka untuk memilih produk perbankan Islam. Manakala kajian
oleh Himyar Pasrizal, Ubud Salim dan Umar Nimran (2011) mengkaji faktor-faktor
yang mempengaruhi pemilihan pelanggan bank syariah iaitu faktor dalaman
(intrinsik), faktor luaran (ekstrinsik) dan faktor strategi pemasaran yang dilakukan
oleh bank–bank Islam. Kajian yang dilakukan oleh Ashfaq Ahmad, Kashif-ur-
Rehman dan Muhammad Iqbal Saif (2010) pula menganalisis hubungan antara
kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan di bank-bank Islam dan juga bank-
bank konvensional di Pakistan. Manakala kajian oleh Sunaryo (2012) adalah untuk
mengenal pasti pengaruh faktor-faktor penentu terhadap kesetiaan pelanggan
Muslim. Dalam kajian ini, pengkaji menganalisis pengaruh antara faktor-faktor
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
412
penentu dengan kesetiaan pelanggan dengan kewujudan mediator sebagai faktor
gangguan antara faktor penentu dengan kesetiaan pelanggan.
Kajian oleh Inke Kesumawati Adnan (2010) pula melihat kepada persepsi
masyarakat Muslim Bandung terhadap pemilihan kad kredit syariah. Kajian ini
mengenalpasti faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik yang mempengaruhi persepsi
pelanggan terhadap pemilihan kad kredit syariah. Kajian oleh Abu Bakar Hamed,
Mohd Fauzwadi dan Muhammad Hashim (2005) pula mengkaji hubungan kualiti
perkhidmatan dan kepuasan pelanggan dalam sistem perbankan Islam di Bank Islam
Malaysia Berhad dan Bank Muamalat Berhad. Seterusnya adalah kajian yang
dilakukan oleh Ahasanul Haque, Jamil Osman dan Ahmad Zaki Hj Ismail (2009) di
Malaysia. Faktor-faktor yang dikenalpasti dalam kajian ini yang menentukan
persepsi adalah kualiti perkhidmatan, ketersediaan perkhidmatan, keyakinan terhadap
bank dan perspektif sosial dan pengetahuan agama pelanggan mengenai sistem
perbankan.
Manakala Mokhtar Mahamad dan Izah Mohd Tahir (2010) pula mengkaji tentang
persepsi pelanggan tentang perbankan Islam. Menurut kajian ini, antara yang sering
dikaji berhubungkait dengan persepsi pelanggan ialah tahap pengetahuan tentang
perbankan Islam, faktor pemilihan perbankan Islam, produk-produk perbankan Islam
yang menjadi pilihan pelanggan dan tahap kepuasan pelanggan, iklan, perkhidmatan
yang cepat dan efisyen, kepantasan transaksi, keramahan pekerja bank, keyakinan
terhadap bank, pengetahuan yang luas mengenai urusan pelanggan, reputasi dan imej
bank, kos atau untung, kemudahan lokasi dan tempat letak kereta, faktor agama,
persekitaran dalaman selesa, kepelbagaian produk, kawalan keselamatan dan
pengagihan keuntungan yang adil, pekerja bank yang berpengetahuan dan cekap,
reputasi dan imej Islam dan reputasi kewangan.
Selain daripada sudut persepsi pelanggan, kajian turut juga lakukan terhadap faktor-
faktor yang menentukan penerimaan pelanggan. Hasil dapatan kajian Maran
Marimuthu, Chan Wai Jing, Lim Phei Gie, Low Pey Mun dan Tan Yew Ping (2010),
mendapati bahawa faktor kos keuntungan, faktor perkhidmatan kaunter, faktor
keselesaan dan faktor rekemendasi mempengaruhi penerimaan perbankan Islam
dalam kalangan pelanggannya. Selain di Lembah Kelang, kajian mengenai
penerimaan masyarakat turut dikaji oleh Ahmad Azrin Adnan (2010). Kajian ini
mengkaji penentu-penentu pemilihan institusi Perbankan Islam dalam kalangan
Muslim di Terengganu dan telah membentuk elemen-elemen instrinsik yang
menentukan pemilihan bank menurut Muslim Ideal iaitu elemen pertimbangan halal
dan haram, penggunaan berkualiti, pulangan maslahat (kebaikan) dan penggunaan
mengikut keutamaan dan faktor ekstrinsik terdiri daripada faktor ciri-ciri produk dan
faktor promosi. Kajian oleh Abdul Aziz Abdullah, Rokiah Sidek dan Ahmad Azrin
Adnan (2012) pula mengenalpasti beberapa faktor yang mempengaruhi persepsi
pelanggan iaitu faktor demografi, kecekapan dan kepantasan perkhidmatan, reputasi
dan imej bank, lokasi dan kemudahan keselesaan yang ditawarkan oleh pihak bank,
kemesraan staf perbankan Islam, saiz bank, persepsi terhadap kekukuhan kewangan
bank dan potensi produk pada masa hadapan.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
413
Dari sudut kajian MM, terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan. Antaranya
adalah kajian oleh Mohd Sollehudin Shuib, Mohd Zaidi Daud, Ahmad Azam
Sulaiman@Mohamad (2013) membandingkan kaedah mengira antara pembiayaan
perumahan MM dan pinjaman perumahan bank konvensional. Kajian oleh Mohd
Sollehudin bin Shuib, Joni Tamkin Borhan & Azizi Abu Bakar (2011) pula mengenai
perlaksanaan pembiayaan perumahan MM yang dikatakan mempunyai isu yang
berkaitan dengan kegagalan pihak pelanggan (wa’d). Kajian oleh Mohd Sollehudin
Shuib, Joni Tamkin Borhan dan Muhammad Nasri Md Hussain (2011) pula adalah
mengenai isu, cabaran dan kelebihan pembiayaan perumahan MM yang berbentuk
pembiayaan ekuiti. Manakala kajian yang dilakukan oleh Dalfiza Mohd Yusof,
Zakaria Bahari dan Ahmad Azrin Adnan (2014) pula mengkaji faktor-faktor
penerimaan masyarakat terhadap pembiayaan perumahan MM dalam kalangan
pengguna Muslim di Selatan Terengganu. Faktor-faktor yang dikaji adalah faktor
intrinsik yang terdiri daripada pertimbangan halal haram, penggunaan berkualiti dan
pulangan maslahat manakala faktor ekstrinsik terdiri daripada faktor pengetahuan
pelanggan, kepatuhan agama, pemasaran dan pengiklanan, ciri-ciri produk dan
keselesaan perkhidmatan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa faktor yang
signifikan dengan penerimaan masyarakat adalah faktor Pulangan maslahat,
keselesaan perkhidmatan, pengetahuan pelanggan, pemasaran, pertimbangan halal
haram dan kepatuhan beragama. Dari perbincangan dalam kajian-kajian lepas, maka
penentu-penentu yang dikenal pasti dalam kajian ini adalah seperti dalam kerangka
kajian dibawah.
KERANGKA KAJIAN
Faktor Intrinsik (Pertimbangan Halal
dan Haram, Penggunaan Berkualiti,
Pulangan Maslahat, Penggunaan
Mengikut Keutamaan)
Faktor Ekstrinsik
1. Ciri-ciri Produk
2. Promosi
3. Kualiti Perkhidmatan
4. Kos
5. Manfaat Produk
6. Tahap Pengetahuan
Pelanggan
7. Kepercayaan dari sudut
pematuhan nilai syariah
Kepatuhan
Beragama
Pemilihan
MM
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
414
Rajah 1: Kerangka Kajian
Faktor-faktor yang sering dikaji oleh pengkaji ialah faktor kualiti perkhidmatan,
kepuasan pelanggan, tahap kefahaman pelanggan, personaliti, kelas sosial, budaya,
strategi pemasaran, agama, reputasi, sikap, pengetahuan, kemudahan dan keyakinan
manakala faktor kepuasan pelanggan sering dijadikan sebagai mediator dalam kajian.
Kajian-kajian terdahulu banyak menggunakan faktor kepuasan pelanggan sebagai
faktor mediator. Ini menunjukkan bahawa terdapatnya kurang kajian mengenai faktor
kepatuhan beragama yang dijadikan sebagai faktor yang utama dikaji sama ada
kajian mengenai perbankan Islam mahupun kajian mengenai produk pembiayaan
perumahan MM. Oleh itu kajian ini memfokuskan kepada faktor-faktor yang
menentukan pemilihan pelanggan produk pembiayaan perumahan MM dengan
meletakkan faktor kepatuhan beragama sebagai faktor mediator antara faktor-faktor
penentu dan pemilihan pelanggan. Malahan rangka kajian-kajan lepas yang
berasaskan tasawwur Islam didapati masih kurang, maka kajian ini akan
menggunakan Model PPBMMI (Penentu Pemilihan Bank Menurut Muslim Yang
Ideal) yang dibina oleh pengkaji Ahmad Azrin Adnan (2010) sebagai usaha untuk
menambahkan lagi koleksi dan sumbangan dalam kajian ilmiah dalam bidang
perbankan Islam yang menggunakan model berasaskan tasawwur Islam. Ahmad
Azrin Adnan (2010) membina Model PPBMMI untuk mengenalpasti faktor-faktor
yang menentukan pemilihan pelanggan terhadap produk perbankan Islam.
PERBINCANGAN HASIL DAPATAN
Bahagian ini memerihalkan ciri-ciri demografi responden (Jadual 2) dan kemudian
membincangkan analisis kesahan dan kebolehpercayaan indikator-indikator penentu
pemilihan pelanggan terhadap produk pembiayaan perumahan MM dari sudut faktor
loading, CR (Composite Reliability), AVE (Average Variance Extracted) dan Alpha
Cronbach. Hasil dapatan dipersembahkan dalam bentuk gambarajah dan Jadual.
Kesahan sesuatu ujian menggambarkan sejauh mana ujian tersebut mengukur apa
yang sepatutnya diukur manakala kebolehpercayaan ujian bermakna ujian itu
konsisten.
Analisis Deskriptif Responden
Berdasarkan Jadual 2, sebanyak 50 peratus daripada responden adalah lelaki dan
perempuan, kebanyakkan responden iaitu sebanyak 80 peratus berumur antara 31 dan
41 tahun keatas, 86.7 peratus daripada responden sudah berkahwin, 90 peratus
responden memiliki ijazah sarjana muda dan keatas, kakitangan kerajaan golongan
profesional sebanyak 66.7 peratus dan 60 peratus responden menerima pendapatan
kasar melebihi RM5001 sebulan.
Jadual 2: Analisis Deskriptif Demografi Responden
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
415
Item Kekerapan Peratusan
Jantina Lelaki
Perempuan
15
15
50
50
Umur Kurang dari 20 tahun
20 hingga 30 tahun
31 hingga 40 tahun
41 hingga keatas
1
5
12
12
3.3
16.7
40
40
Taraf
Perkahwinan
Bujang
Berkahwin
4
26
13.3
86.7
Tahap
Pendidikan
Tertinggi
Sijil
Diploma
Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Sarjana dan keatas
1
2
11
16
3.3
6.7
36.7
53.3
Jenis
Pekerjaan
Kakitangan Kerajaan (Profesional)
Kakitangan Swasta (Profesional)
Kakitangan Kerajaan (Sokongan)
Kakitangan Swasta (Sokongan)
Bekerja Sendiri
20
5
3
2
0
66.7
16.7
10
6.7
5
Pendapatan
Kasar
Isirumah
Bulanan
RM2000 -RM3000
RM3001 – RM4000
RM4001 - RM5000
Lebih Dari RM5001
1
5
6
18
3.3
16.7
20
60
Sumber : Analisis Borang Soal Selidik
Pengujian Kesahan Data (Convergent Validity)
Untuk mendapatkan kesahan data, ujian convergent validity dan discriminant validity
perlu dilakukan. Nilai convergent validity adalah nilai faktor loading (main loading)
pada variabel laten (penentu) dengan indikator-indikatornya. Berdasarkan Jadual 3,
didapati bahawa 7 indikator pemilihan, 7 indikator intrinsik, 1 indikator ciri-ciri
produk, 2 indikator promosi, 1 indikator kualiti perkhidmatan, i indikator kos, 1
indikator kepercayaan dari sudut syariah dan 17 indikator kepatuhan beragama telah
digugurkan kerana faktor loading tidak mencapai 0.4 (Hulland, 1999) manakala tiada
indikator variabel laten manfaat produk dan tahap pengetahuan pelanggan yang
digugurkan kerana semua indikatornya melebihi 0.4 (rujuk Jadual 3 dan Rajah 1).
Faktor loading indikator bagi pembolehubah bersandar iaitu pemilihan yang paling
tinggi adalah PLHMM7 (0.879) merupakan soalan pilihan yang meletakkan tahap
pengetahuan pelanggan sebagai faktor pilihan pelanggan MM manakala indikator
PLHMM5 (0.857) meletakkan kualiti perkhidmatan sebagai faktor pilihan. Faktor
loading Indikator pembolehubah tidak bersandar yang paling tinggi adalah INT4
iaitu 0.907 merupakan soalan skala likert yang meletakkan item tidak ragu tentang
kehalalannya MM (tiada syubhat) sebagai faktor pilihan pelanggan MM, CPMM6
(0.866-kadar sewa ditentukan berdasarkan Kadar Pembiayaan Asas), PR7 (0.901-
Welcome Note yang dihantar melalui pos), KP9 (0.850-layanan pegawai bank cepat
dan cekap), KOS2 (0.948-caj kelewatan membayar adalah berpatutan), MP3 (0.915-
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
416
yuran penjadualan semula bayaran bulanan ditanggung oleh bank dan pelanggan),
TP6 (0.936- mengetahui perbezaan konsep antara produk pembiayaan perumahan
MM dengan produk lain), KS2 (0.788-harga MM mengikut keadaan semasa) dan
KB19 (0.857- saya melakukan Ibadah qurban setiap tahun).
Jadual 3: Output Faktor Loading dan Pengguguran Indikator
Varieble Laten Indikator Faktor
Loading
Penggurusan
Indikator
1. PEMILIHAN
- Jumlah Indikator sebelum: 9
- Jumlah Indikator selepas : 2
PLHMM5
PLHMM7
0.857
0.879
PLHMM 1
PLHMM 2
PLHMM 3
PLHMM 4
PLHMM 6
PLHMM 8
PLHMM 9
2. INTRINSIK
- Jumlah Indikator sebelum: 14
- Jumlah Indikator selepas: 7
INT1
INT2
INT3
INT4
INT5
INT6
INT12
0.802
0.777
0.685
0.866
0.743
0.755
0.640
INT7
INT8
INT9
INT10
INT11
INT13
INT14
3.CIRI-CIRI PRODUK MM
-Jumlah Indikator sebelum: 9
-Jumlah Indikator selepas: 8
CPMM1
CPMM3
CPMM4
CPMM5
CPMM6
CPMM7
CPMM8
CPMM9
0.746
0.643
0.783
0.644
0.907
0.546
0.661
0.765
CPMM2
4. PROMOSI
-Jumlah Indikator sebelum: 12
-Jumlah Indikator selepas: 10
PR2
PR3
PR4
PR5
PR7
PR8
PR9
PR10
PR11
PR12
0.593
0.785
0.743
0.877
0.901
0.561
0.665
0.846
0.628
0.542
PR1
PR6
5. KUALITI
PERKHIDMATAN
-Jumlah Indikator sebelum: 11
-Jumlah Indikator selepas: 10
KP1
KP2
KP3
KP4
KP5
KP6
0.722
0.837
0.838
0.522
0.747
0.810
KP10
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
417
KP7
KP8
KP9
KP11
0.557
0.746
0.850
0.684
6. KOS
-Jumlah Indikator sebelum: 6
-Jumlah Indikator selepas: 5
KOS1
KOS2
KOS4
KOS5
KOS6
0.947
0.948
0.695
0.935
0.736
KOS3
7. MANFAAT PRODUK
-Jumlah Indikator sebelum: 6
-Jumlah Indikator selepas: 6
MP1
MP2
MP3
MP4
MP5
MP6
0.843
0.794
0.915
0.841
0.681
0.786
TIADA
PENGGUGURAN
INDIKATOR
8. TAHAP PENGETAHUAN
RESPONDEN
-Jumlah Indikator sebelum: 7
-Jumlah Indikator selepas: 7
TP1
TP2
TP3
TP4
TP5
TP6
TP7
0.779
0.771
0.830
0.771
0.882
TIADA
PENGGUGURAN
INDIKATOR
Sumber : Analisis Borang Soal Selidik
Setelah pengguguran indikator dilakukan, maka langkah seterusnya perlu melihat
kepada CR (Composite Reliability) untuk kesahan data (Convergent Validity).
Menurut Bagozzi and Yi (1988), nilai CR perlulah melebihi 0.7( >0.7). Berdasarkan
Jadual 4, didapati bahawa CR yang paling tinggi adalah variabel laten tahap
pengetahuan responden iaitu 0.941. Secara gambaran awal didapati bahawa tahap
pengetahuan responden merupakan faktor utama dan signifikan kepada pemilihan
MM. Hasil dapatan ini bersesuaian dengan hasil dapatan kajian oleh Dalfiza Mohd
Yusof, Zakaria Bahari dan Ahmad Azrin Adnan (2014). Secara kesimpulannya,
kesemua penentu (variabel laten) yang telah dikenal pasti sebagai faktor pemilihan
MM mencapai kesahan data atau convergent validity kerana semua faktor loading
indikatornya mencapai 0.4 keatas dan CR (Composite Reliability) melebihi 0.7 (rujuk
Jadual 4). Ini bermakna bahawa variabel laten pemilihan, ciri-ciri produk, promosi,
kualiti perkhidmatan, kos, manfaat produk, tahap pengetahuan pelanggan,
kepercayaan dari sudut pematuhan nilai syariah dan kepatuhan beragama ini mampu
menjadi pengukur yang tepat dalam kajian ini.
Jadual 4: Alpha Cronbach, CR (Composite Reliability) dan AVE (Average
Variance Extracted)
VARIABEL LATEN ALPHA
CRONBACH
COMPOSITE
REALIBILITY
AVE
1. PEMILIHAN 0.673 0.859 0.753
2. INTRINSIK 0.883 0.896 0.525
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
418
3. CIRI-CIRI PRODUK MM 0.894 0.894 0.518
4. PROMOSI 0.906 0.915 0.551
5. KUALITI
PERKHIDMATAN
0.911 0.923 0.550
6. KOS 0.915 0.933 0.739
7. MANFAAT PRODUK 0.897 0.921 0.661
8. TAHAP PENGETAHUAN
RESPONDEN
0.928 0.941 0.695
9. KEPERCAYAAN DARI
SUDUT SYARIAH
0.855 0.875 0.502
10. KEPATUHAN
BERAGAMA
0.799 0.857 0.549
Sumber : Analisis Borang Soal Selidik
Pengujian Kebolehpercayaan Data (Realibility Test)
Untuk menguji kebolehpercayaan (Realibility Test) data dalam perisian SEM-
SMART PLS, pengujian Alpha Cronbach digunakan. Nilai Alpha Cronbach bagi
setiap variabel laten (penentu) mestilah melebihi 0.6. Menurut Sekaran (2003), ujian
Alpha Cronbach adalah antara kaedah yang paling meluas digunakan bagi
menentukan kebolehpercayaan sesuatu soal selidik. Semakin tinggi koefisien atau
pekali sesuatu variabel laten itu, maka semakin tinggilah tahap kebolehpercayaan
untuk mengukur prestasi subjek atau responden. Menurut Sekaran (2003), pekali
kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang kurang dari 0.6 adalah dianggap lemah
manakala hanya pekali yang melebihi 0.6 sahaja yang boleh diterima. Pekali yang
melebihi 0.8 adalah dianggap baik. Berdasarkan Jadual 4, didapati bahawa pekali
Alpha Cronbach yang paling tinggi adalah variabel laten tahap pengetahuan
responden iaitu 0.928. Ini menggambarkan bahawa tahap pengetahuan responden
paling signifikan dan mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap pemilihan MM.
Secara kesimpulannya, kesemua penentu (variabel laten) mencapai pekali melebihi
0.6. Ini memberikan gambaran bahawa penentu yang telah dikenal pasti dalam
kajian ini iaitu ciri-ciri produk, promosi, kualiti perkhidmatan, kos, manfaat produk,
tahap pengetahuan pelanggan, kepercayaan dari sudut pematuhan nilai syariah dan
kepatuhan beragama mencapai kebolehpercayaan data dan konsisten supaya dapat
menghasilkan output yang tepat dan tidak bias.
Pengujian Kesahan Data (Discriminant Validity)
Nilai discriminant validity merupakan nilai cross loading faktor untuk mengetahui
apakah konstruk memiliki diskriminan yang memadai iaitu dengan cara
membandingkan nilai loading konstruk pengukuran mesti lebih besar daripada nilai
loading konstruk yang lain. Kaedah lain untuk mengukur discriminant validity
adalah membandingkan nilai square root of Average Variance Extracted (AVE).
Pengukuran ini dapat digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan komponen skor
variabel laten dan hasilnya lebih konservatif dibandingkan dengan CR. Nilai AVE
harus lebih besar 0.50 (Bagozzi and Yi, 1988). Berdasarkan Jadual 4 didapati
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
419
bahawa AVE variabel laten pemilihan adalah yang tertinggi iaitu 0.753. Walaupun
hanya 2 indikator yang masih kekal sebagai pengukur dalam variabel laten
pemilihan, namun AVE yang tinggi menggambarkan bahawa variabel laten
pemilihan sesuai sebagai instrumen dalam kajian ini. Secara kesimpulannya
menunjukkan bahawa variabel laten pemilihan, ciri-ciri produk, promosi, kualiti
perkhidmatan, kos, manfaat produk, tahap pengetahuan pelanggan, kepercayaan dari
sudut pematuhan nilai syariah dan kepatuhan beragama mencapai kesahan data atau
discriminant validity kerana AVE (Average Variance Extracted) setiap penentu ini
melebihi 0.5.
KESIMPULAN
Berdasarkan analisis didapati bahawa kesemua penentu (variabel laten) mencapai
kesahan data atau convergent validity kerana faktor loading setiap indikator yang
kekal digunakan dalam kajian melebihi 0.4 (Jadual 2) dan CR (Composite
Reliability) melebihi 0.7 (Jadual 3). Penentu yang dipilih dalam kajian ini juga
mencapai kebolehpercayaan data kerana Alpha Cronbach semua penentu (variabel
laten) mencapai pekali melebihi 0.6 dan juga mencapai kesahan data atau
discriminant validity kerana AVE (Average Variance Extracted) melebihi 0.5. Ini
memberikan gambaran awal bahawa faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik iaitu ciri-
ciri produk, promosi, kualiti perkhidmatan, kos, manfaat produk, tahap pengetahuan
pelanggan, kepercayaan dari sudut pematuhan nilai syariah dan faktor kepatuhan
beragama sebagai mediator mempengaruhi keputusan pemilihan produk pembiayaan
perumahan MM oleh pelanggan perbankan Islam.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
420
Rajah 2: Output Faktor Loading
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
421
BIBLIOGRAFI
Alida Palilati. (2007). Pengaruh Nilai Pelanggan, Kepuasan Terhadap Loyalitas
Nasabah Tabungan Perbankan Di Sulawesi Selatan, Cetakan Elektronik,
Jurnal Manajemen Dan Kewirausahaan, Vo 9, No.1, Maret 2007 : 73-81.
Ashfaq Ahmad, Kashif-ur-Rehman & Muhammad Iqbal Saif. (2010), “Islamic
banking experience of Pakistan: Comparison of Islamic and conventional
banks”, Cetakan Elektronik, International Journal of Business and
Management, Vol. 5 No. 2, pp. 137-44.
Abu Bakar Hamed, Mohd Fauzwadi Mat Ali, Muhammad Hashim & Hisham Sabri
.(2005).Kualiti Perkhidmatan dan Kepuasan Pelanggan dalam Perbankan
Islam. JMIFR, Cetakan Elektronik, Volume 2, No.1 2005, pp. 151 -170.
Ahasanul Haque, Jamil Osman & Ahmad Zaki Hj Ismail. (2009). Factor Influences
Selection of Islamic Banking: A Study on Malaysian Customer Preferences,
American Cetakan Elektronik, Journal of Applied Sciences 6 (5): 922-928.
Ahmad Azrin Adnan. (2010). Penentu pemilihan institusi perbankan Islam dalam
kalangan Muslim di Terengganu. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains
Malaysia. Tidak diterbitkan
Abdul Aziz Abdullah, Rokiah Sidek & Ahmad Azrin Adnan. (2012). Perception of
Non-Muslims Customers towards Islamic Banks in Malaysia, Cetakan
Elektronik, International Journal of Business and Social Science, Vol. 3 No.
11; June 2012.
Buletin Bulanan Disember 2009 hingga September 2014, Bank Negara Malaysia
Bagozzi, R. P., & Yi, Y. (1988). On the evaluation of structural equation models.
Journal of the Academy of Marketing Science, 16(1), 74–94.
Bendjilali, Boualem & Khan, Tariqullah (1995) Economics of Diminishing
Musharakah. Research Paper No. 31.Jeddah: Islamic Research and Training
Institute (IRTI). IDB
Didik Isnadi. (2005). Analisis Pengaruh Customer Relationship Marketing Terhadap
Nilai Nasabah Dan Keunggulan Produk Dalam Meningkatkan Kepuasan Dan
Loyalitas Nasabah, Cetakan Elektronik, Tesis, Universiti Diponegoro,
Semarang, Indonesia.
Dalfiza Mohd Yusof, Zakaria Bahari & Ahmad Azrin Adnan. (2014). The
Relationship betweenthe Bank Choice Determinants and the Acceptance of
Musharakah Mutanaqisah Home Financing among Malaysian Muslims,
Cetakan Elektronik, International journal of Science Commerce and
Humanities, Volume No 2, No 4, May 2014
Himyar Pasrizal , Ubud Salim & Umar Nimran. (2011). Pengaruh Kepribadian,
Kelas Sosial, dan Budaya Pengusaha terhadap Strategi Pemasaran dan
Keputusan Menjadi Nasabah Bank Syariah Mandiri di Sumatera Barat,
Cetakan Elektronik, Terakreditasi SK Dirjen Dikti No.66b/dikti/Kep/2011
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
422
Hulland, J. (1999). Use of partial least squares (PLS) in strategic management
research: a review of four recent studies. Strategic Management Journal,
20(2), 195–204
Inke Kesumawati Adnan. (2010). Persepsi Masyarakat Muslim Bandung terhadap
Pemilihan Kad Kredit Syariah. Tesis Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang
Kabiru Jinjiri Ringim. (2013). Understanding of Account Holder in Conventional
Bank Toward Islamic Banking Products, Cetakan Elektronik, Middle-East
Journal of Scientific Research 15 (2): 176-183, 2013
Mokhtar Mahamad & Izah Mohd Tahir. 2010. Persepsi pelanggan bukan Islam
terhadap perbankan Islam: Satu kajian rintis, Cetakan Elektronik, Jurnal
Kemanusiaan bil.16, Dis 2010
Mohd Sollehudin Shuib, Joni Tamkin Borhan & Muhammad Nasri Md Hussain.
(2011). Pembiayaan Perumahan secara Musharakah Mutanaqisah di RHB
Islamic Berhad (RHBIB): Analisis Kelebihan, Isu dan Cabaran dalam
Penawaran Produk, Cetakan Elektronik, Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 135-
148
Mohd Sollehudin bin Shuib, Joni Tamkin Borhan & Azizi Abu Bakar. (2011),
Musharakah Mutanaqisah Home Financing Products: An Implementation
Analysis, Product Advantages and Issues at Citibank (Malaysia) Berhad,
Cetakan Elektronik, Journal of Techno-Social Vol. 3 No. 2 October 2011
Mohd Sollehudin Shuib, Mohd Zaidi Daud, & Ahmad Azam Sulaiman@Mohamad.
(2013). Isu Dalam bPembiayaan Perumahan: Analisis Perbandingan Produk
Berasaskan Musyarakah Mutanaqisah dan Konvensional, Cetakan Elektronik,
Jurnal Teknologi (Social Sciences) 66:1 (2014), 67–78
Maran Marimuthu, Chan Wai Jing, Lim Phei Gie,Low Pey Mun & Tan Yew Ping
(2010). Islamic Banking: Selection Criteria and Implications, Cetakan
Elektronik, Global Journal of Human Social Science, Vol. 10 Issue 4 (Ver
1.0).
Norma Md Saad, & Dzuljastri Abdul Razak. (2011). Towards an Application of
Musharakah Mutanaqisah Principle in Islamic Microfinance. Paper
presented at the International Islamic Finance & Business Symposium and
Halal Carnival, Dewan Tuanku Canselor (DATC), UiTM.
Sekaran, U. (2003). Research methods for business: A skill building approach. New
York:John Wiley
Sunaryo. (2012). Pengaruh faktor-faktor penentu Terhadap Kesetiaan Pelanggan
Muslim Di Perbankan Syaiah, Malamg Indonesia. Tesis Doktor Falsafah,
Universiti Sains Malaysia.
Suraya Imail. (2013). Latar Belakang dan Pemikiran Ahli Majlis Penasihat Syariah
(MPS) di Malaysia dan Implikasinya ke atas Pembinaan Produk Pembiayaan
Perumahan.Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia. Tidak
diterbitkan

More Related Content

What's hot

(Jurnal kula) Jurnal Manajemen Pemasaran
(Jurnal kula) Jurnal Manajemen Pemasaran(Jurnal kula) Jurnal Manajemen Pemasaran
(Jurnal kula) Jurnal Manajemen Pemasaran4lfor
 
Analisis tingkat kepuasan konsumen terhadap kualitas pelayanan pada
Analisis tingkat kepuasan konsumen terhadap kualitas  pelayanan padaAnalisis tingkat kepuasan konsumen terhadap kualitas  pelayanan pada
Analisis tingkat kepuasan konsumen terhadap kualitas pelayanan padaputu suardiana Utama
 
Monica amani ihdaryanti
Monica amani ihdaryantiMonica amani ihdaryanti
Monica amani ihdaryantimonica_amani
 
Jurnal kepuasan konsumen terhadap pelayanan kereta api
Jurnal kepuasan konsumen terhadap pelayanan kereta apiJurnal kepuasan konsumen terhadap pelayanan kereta api
Jurnal kepuasan konsumen terhadap pelayanan kereta apiilhammohamad
 
Proposal format bu ira
Proposal format bu iraProposal format bu ira
Proposal format bu iraserlla
 
introduce of SCM
introduce of SCMintroduce of SCM
introduce of SCMwulandwi
 
Pengaruh Relationship Marketing Terhadap Customer Retention dan Customer Loya...
Pengaruh Relationship Marketing Terhadap Customer Retention dan Customer Loya...Pengaruh Relationship Marketing Terhadap Customer Retention dan Customer Loya...
Pengaruh Relationship Marketing Terhadap Customer Retention dan Customer Loya...Wahyu Jozerizal
 
Pengaruh kualitas pelayanan terhadap kepuasan pelanggan pengguna jasa parkir ...
Pengaruh kualitas pelayanan terhadap kepuasan pelanggan pengguna jasa parkir ...Pengaruh kualitas pelayanan terhadap kepuasan pelanggan pengguna jasa parkir ...
Pengaruh kualitas pelayanan terhadap kepuasan pelanggan pengguna jasa parkir ...yoan santoso
 
ANALISIS PENGARUH KUALITAS PRODUK DAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP LOYALITAS P...
ANALISIS PENGARUH KUALITAS PRODUK DAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP LOYALITAS P...ANALISIS PENGARUH KUALITAS PRODUK DAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP LOYALITAS P...
ANALISIS PENGARUH KUALITAS PRODUK DAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP LOYALITAS P...Uofa_Unsada
 
Jurnal nasional akreditasi-8 (((sk dikti no. 110:dikti:kep:desember2009)
Jurnal nasional akreditasi-8 (((sk dikti no. 110:dikti:kep:desember2009)Jurnal nasional akreditasi-8 (((sk dikti no. 110:dikti:kep:desember2009)
Jurnal nasional akreditasi-8 (((sk dikti no. 110:dikti:kep:desember2009)GSA Publishing
 

What's hot (13)

(Jurnal kula) Jurnal Manajemen Pemasaran
(Jurnal kula) Jurnal Manajemen Pemasaran(Jurnal kula) Jurnal Manajemen Pemasaran
(Jurnal kula) Jurnal Manajemen Pemasaran
 
Analisis tingkat kepuasan konsumen terhadap kualitas pelayanan pada
Analisis tingkat kepuasan konsumen terhadap kualitas  pelayanan padaAnalisis tingkat kepuasan konsumen terhadap kualitas  pelayanan pada
Analisis tingkat kepuasan konsumen terhadap kualitas pelayanan pada
 
128 232-1-sm
128 232-1-sm128 232-1-sm
128 232-1-sm
 
Monica amani ihdaryanti
Monica amani ihdaryantiMonica amani ihdaryanti
Monica amani ihdaryanti
 
Jurnal kepuasan konsumen terhadap pelayanan kereta api
Jurnal kepuasan konsumen terhadap pelayanan kereta apiJurnal kepuasan konsumen terhadap pelayanan kereta api
Jurnal kepuasan konsumen terhadap pelayanan kereta api
 
Proposal format bu ira
Proposal format bu iraProposal format bu ira
Proposal format bu ira
 
introduce of SCM
introduce of SCMintroduce of SCM
introduce of SCM
 
Pengaruh Relationship Marketing Terhadap Customer Retention dan Customer Loya...
Pengaruh Relationship Marketing Terhadap Customer Retention dan Customer Loya...Pengaruh Relationship Marketing Terhadap Customer Retention dan Customer Loya...
Pengaruh Relationship Marketing Terhadap Customer Retention dan Customer Loya...
 
Jurnal Pilar 2018
Jurnal Pilar 2018Jurnal Pilar 2018
Jurnal Pilar 2018
 
Pengaruh kualitas pelayanan terhadap kepuasan pelanggan pengguna jasa parkir ...
Pengaruh kualitas pelayanan terhadap kepuasan pelanggan pengguna jasa parkir ...Pengaruh kualitas pelayanan terhadap kepuasan pelanggan pengguna jasa parkir ...
Pengaruh kualitas pelayanan terhadap kepuasan pelanggan pengguna jasa parkir ...
 
Skripsi lengkap
Skripsi lengkapSkripsi lengkap
Skripsi lengkap
 
ANALISIS PENGARUH KUALITAS PRODUK DAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP LOYALITAS P...
ANALISIS PENGARUH KUALITAS PRODUK DAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP LOYALITAS P...ANALISIS PENGARUH KUALITAS PRODUK DAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP LOYALITAS P...
ANALISIS PENGARUH KUALITAS PRODUK DAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP LOYALITAS P...
 
Jurnal nasional akreditasi-8 (((sk dikti no. 110:dikti:kep:desember2009)
Jurnal nasional akreditasi-8 (((sk dikti no. 110:dikti:kep:desember2009)Jurnal nasional akreditasi-8 (((sk dikti no. 110:dikti:kep:desember2009)
Jurnal nasional akreditasi-8 (((sk dikti no. 110:dikti:kep:desember2009)
 

Similar to Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan produk pembiayaan perumahan MM

Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari idmac2015
 
Fatimah Salwa Abd. Hadi
Fatimah Salwa Abd. HadiFatimah Salwa Abd. Hadi
Fatimah Salwa Abd. Hadiidmac2015
 
Konsep six sigma bca kelompok 4
Konsep six sigma bca   kelompok 4Konsep six sigma bca   kelompok 4
Konsep six sigma bca kelompok 4yennilestari2
 
jikmh2.1artikel08
jikmh2.1artikel08jikmh2.1artikel08
jikmh2.1artikel08mediahusada
 
Pengaruh Reputasi dan Kepercayaan nasabah terhadap loyalitas nasabah pengguna...
Pengaruh Reputasi dan Kepercayaan nasabah terhadap loyalitas nasabah pengguna...Pengaruh Reputasi dan Kepercayaan nasabah terhadap loyalitas nasabah pengguna...
Pengaruh Reputasi dan Kepercayaan nasabah terhadap loyalitas nasabah pengguna...renitiara
 
1290 4521-2-pb (1)
1290 4521-2-pb (1)1290 4521-2-pb (1)
1290 4521-2-pb (1)Bunda Ima
 
205-Article Text-896-1-10-20220304.pdf
205-Article Text-896-1-10-20220304.pdf205-Article Text-896-1-10-20220304.pdf
205-Article Text-896-1-10-20220304.pdfmtsn1lombokbaratntb
 
Silabus Training LINGKUNGAN BISNIS & KREDIT RITAIL PERBANKAN Di Era Digital 4.0
Silabus Training LINGKUNGAN BISNIS & KREDIT RITAIL PERBANKAN Di Era Digital 4.0Silabus Training LINGKUNGAN BISNIS & KREDIT RITAIL PERBANKAN Di Era Digital 4.0
Silabus Training LINGKUNGAN BISNIS & KREDIT RITAIL PERBANKAN Di Era Digital 4.0Kanaidi ken
 
Silabus Training "LINGKUNGAN BISNIS RETAIL & KREDIT PERBANKAN DI ERA DIGITAL"
Silabus Training "LINGKUNGAN BISNIS RETAIL & KREDIT PERBANKAN DI ERA DIGITAL"Silabus Training "LINGKUNGAN BISNIS RETAIL & KREDIT PERBANKAN DI ERA DIGITAL"
Silabus Training "LINGKUNGAN BISNIS RETAIL & KREDIT PERBANKAN DI ERA DIGITAL"Kanaidi ken
 
Laporan praktik kerja industri
Laporan praktik kerja industriLaporan praktik kerja industri
Laporan praktik kerja industrialiciacutdwiputri
 
Pengaruh Servicescape terhadap Customer loyalty Wisata pantai melalui Satisfa...
Pengaruh Servicescape terhadap Customer loyalty Wisata pantai melalui Satisfa...Pengaruh Servicescape terhadap Customer loyalty Wisata pantai melalui Satisfa...
Pengaruh Servicescape terhadap Customer loyalty Wisata pantai melalui Satisfa...Syafrizal Helmi helmi
 

Similar to Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan produk pembiayaan perumahan MM (20)

Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari
 
Fatimah Salwa Abd. Hadi
Fatimah Salwa Abd. HadiFatimah Salwa Abd. Hadi
Fatimah Salwa Abd. Hadi
 
Service quality
Service  qualityService  quality
Service quality
 
Konsep six sigma bca kelompok 4
Konsep six sigma bca   kelompok 4Konsep six sigma bca   kelompok 4
Konsep six sigma bca kelompok 4
 
233 957-2-pb
233 957-2-pb233 957-2-pb
233 957-2-pb
 
jikmh2.1artikel08
jikmh2.1artikel08jikmh2.1artikel08
jikmh2.1artikel08
 
Pengaruh Reputasi dan Kepercayaan nasabah terhadap loyalitas nasabah pengguna...
Pengaruh Reputasi dan Kepercayaan nasabah terhadap loyalitas nasabah pengguna...Pengaruh Reputasi dan Kepercayaan nasabah terhadap loyalitas nasabah pengguna...
Pengaruh Reputasi dan Kepercayaan nasabah terhadap loyalitas nasabah pengguna...
 
1290 4521-2-pb (1)
1290 4521-2-pb (1)1290 4521-2-pb (1)
1290 4521-2-pb (1)
 
A0 dc1d01
 A0 dc1d01 A0 dc1d01
A0 dc1d01
 
205-Article Text-896-1-10-20220304.pdf
205-Article Text-896-1-10-20220304.pdf205-Article Text-896-1-10-20220304.pdf
205-Article Text-896-1-10-20220304.pdf
 
Silabus Training LINGKUNGAN BISNIS & KREDIT RITAIL PERBANKAN Di Era Digital 4.0
Silabus Training LINGKUNGAN BISNIS & KREDIT RITAIL PERBANKAN Di Era Digital 4.0Silabus Training LINGKUNGAN BISNIS & KREDIT RITAIL PERBANKAN Di Era Digital 4.0
Silabus Training LINGKUNGAN BISNIS & KREDIT RITAIL PERBANKAN Di Era Digital 4.0
 
Silabus Training "LINGKUNGAN BISNIS RETAIL & KREDIT PERBANKAN DI ERA DIGITAL"
Silabus Training "LINGKUNGAN BISNIS RETAIL & KREDIT PERBANKAN DI ERA DIGITAL"Silabus Training "LINGKUNGAN BISNIS RETAIL & KREDIT PERBANKAN DI ERA DIGITAL"
Silabus Training "LINGKUNGAN BISNIS RETAIL & KREDIT PERBANKAN DI ERA DIGITAL"
 
ISI TESIS
ISI TESISISI TESIS
ISI TESIS
 
No. 1-januari-2007
No. 1-januari-2007No. 1-januari-2007
No. 1-januari-2007
 
Contoh stp
Contoh stpContoh stp
Contoh stp
 
PENJAMINAN MUTU DI RAUDHATUL ATHFAL
PENJAMINAN MUTU DI RAUDHATUL ATHFALPENJAMINAN MUTU DI RAUDHATUL ATHFAL
PENJAMINAN MUTU DI RAUDHATUL ATHFAL
 
Bab I
Bab IBab I
Bab I
 
Ayu Permatasari
Ayu PermatasariAyu Permatasari
Ayu Permatasari
 
Laporan praktik kerja industri
Laporan praktik kerja industriLaporan praktik kerja industri
Laporan praktik kerja industri
 
Pengaruh Servicescape terhadap Customer loyalty Wisata pantai melalui Satisfa...
Pengaruh Servicescape terhadap Customer loyalty Wisata pantai melalui Satisfa...Pengaruh Servicescape terhadap Customer loyalty Wisata pantai melalui Satisfa...
Pengaruh Servicescape terhadap Customer loyalty Wisata pantai melalui Satisfa...
 

More from idmac2015

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamatidmac2015
 
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawatiidmac2015
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zakiidmac2015
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffaidmac2015
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullahidmac2015
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifahidmac2015
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwaidmac2015
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahiridmac2015
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariahidmac2015
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astutiidmac2015
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini idmac2015
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...idmac2015
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifatidmac2015
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhadyidmac2015
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassanidmac2015
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazialidmac2015
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Salehidmac2015
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoffidmac2015
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhanidmac2015
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin idmac2015
 

More from idmac2015 (20)

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffa
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullah
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifah
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahir
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariah
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astuti
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhady
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassan
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazial
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Saleh
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoff
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin
 

Recently uploaded

Peran CSR Dalam Pembangunan ( Paparan Kendari 2024).pptx
Peran CSR Dalam Pembangunan ( Paparan Kendari 2024).pptxPeran CSR Dalam Pembangunan ( Paparan Kendari 2024).pptx
Peran CSR Dalam Pembangunan ( Paparan Kendari 2024).pptxJeckyReyhanAditya
 
PPT PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN DI SEKOLAH DASAR.pptx
PPT PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN DI SEKOLAH DASAR.pptxPPT PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN DI SEKOLAH DASAR.pptx
PPT PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN DI SEKOLAH DASAR.pptxsrirahayu566632
 
Wawancara dan Observasi alat non tes bimbingan konseling
Wawancara dan Observasi alat non tes bimbingan konselingWawancara dan Observasi alat non tes bimbingan konseling
Wawancara dan Observasi alat non tes bimbingan konselingalisudrajat22
 
Pert 1(definisi-elemen perancangan kota).pptx
Pert 1(definisi-elemen perancangan kota).pptxPert 1(definisi-elemen perancangan kota).pptx
Pert 1(definisi-elemen perancangan kota).pptxkrisddaparchitect
 
ppt-bab-8-adab-menggunakan-media-sosial.pdf
ppt-bab-8-adab-menggunakan-media-sosial.pdfppt-bab-8-adab-menggunakan-media-sosial.pdf
ppt-bab-8-adab-menggunakan-media-sosial.pdfimad362574
 
"PPT K1_pengantar komunikasi pendidikan"
"PPT K1_pengantar komunikasi pendidikan""PPT K1_pengantar komunikasi pendidikan"
"PPT K1_pengantar komunikasi pendidikan"bayuputra151203
 
Komunikasi massa adalah proses penyampaian pesan kepada khalayak yang luas, u...
Komunikasi massa adalah proses penyampaian pesan kepada khalayak yang luas, u...Komunikasi massa adalah proses penyampaian pesan kepada khalayak yang luas, u...
Komunikasi massa adalah proses penyampaian pesan kepada khalayak yang luas, u...ayinaini27
 
TEKNIK WAWANCARA dalam ilmu komunikasi.ppt
TEKNIK WAWANCARA dalam ilmu komunikasi.pptTEKNIK WAWANCARA dalam ilmu komunikasi.ppt
TEKNIK WAWANCARA dalam ilmu komunikasi.pptssuserd13850
 

Recently uploaded (8)

Peran CSR Dalam Pembangunan ( Paparan Kendari 2024).pptx
Peran CSR Dalam Pembangunan ( Paparan Kendari 2024).pptxPeran CSR Dalam Pembangunan ( Paparan Kendari 2024).pptx
Peran CSR Dalam Pembangunan ( Paparan Kendari 2024).pptx
 
PPT PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN DI SEKOLAH DASAR.pptx
PPT PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN DI SEKOLAH DASAR.pptxPPT PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN DI SEKOLAH DASAR.pptx
PPT PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN DI SEKOLAH DASAR.pptx
 
Wawancara dan Observasi alat non tes bimbingan konseling
Wawancara dan Observasi alat non tes bimbingan konselingWawancara dan Observasi alat non tes bimbingan konseling
Wawancara dan Observasi alat non tes bimbingan konseling
 
Pert 1(definisi-elemen perancangan kota).pptx
Pert 1(definisi-elemen perancangan kota).pptxPert 1(definisi-elemen perancangan kota).pptx
Pert 1(definisi-elemen perancangan kota).pptx
 
ppt-bab-8-adab-menggunakan-media-sosial.pdf
ppt-bab-8-adab-menggunakan-media-sosial.pdfppt-bab-8-adab-menggunakan-media-sosial.pdf
ppt-bab-8-adab-menggunakan-media-sosial.pdf
 
"PPT K1_pengantar komunikasi pendidikan"
"PPT K1_pengantar komunikasi pendidikan""PPT K1_pengantar komunikasi pendidikan"
"PPT K1_pengantar komunikasi pendidikan"
 
Komunikasi massa adalah proses penyampaian pesan kepada khalayak yang luas, u...
Komunikasi massa adalah proses penyampaian pesan kepada khalayak yang luas, u...Komunikasi massa adalah proses penyampaian pesan kepada khalayak yang luas, u...
Komunikasi massa adalah proses penyampaian pesan kepada khalayak yang luas, u...
 
TEKNIK WAWANCARA dalam ilmu komunikasi.ppt
TEKNIK WAWANCARA dalam ilmu komunikasi.pptTEKNIK WAWANCARA dalam ilmu komunikasi.ppt
TEKNIK WAWANCARA dalam ilmu komunikasi.ppt
 

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan produk pembiayaan perumahan MM

  • 1. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 409 KAJIAN RINTIS PENENTUAN PEMILIHAN PRODUK PEMBIAYAAN PERUMAHAN MUSYARAKAH MUTANAQISAH (MM)1 Nor Hatizal Amarul Shah2 Pusat Kajian Pengurusan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang hatizal74@yahoo.com.my Abstrak Di Malaysia, konsep pembiayaan perumahan MM telah mula ditawarkan bermula pada tahun 2005. Namun begitu perkembangan produk pembiayaan perumahan MM agak perlahan dari tahun 2005 hingga 2014 berbanding dengan produk lain seperti produk pembiayaan perumahan Bai Bithamin Ajil (BBA). Persoalannya ialah apakah penentu yang menyebabkan perkembangan yang agak perlahan tersebut? Adakah kerana di dorong oleh faktor intrinsik atau faktor-faktor ekstrinsik seperti ciri-ciri produk, promosi, kualiti perkhidmatan, kos, manfaat produk, tahap pengetahuan pelanggan, kepercayaan dari sudut pematuhan nilai syariah dan kepatuhan beragama? Justeru, kajian rintis ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis kebolehpercayaan dan kesahan indikator-indikator bagi penentu yang telah dikenal pasti mempengaruhi pemilihan pelanggan terhadap produk pembiayaan perumahan MM. Kebolehpercayaan dan kesahan indikator-indikator penentu tersebut dianalisis dari sudut faktor loading, CR (Composite Reliability), AVE (Average Variance Extracted) dan Alpha Cronbach. Kajian tertumpu kepada responden yang dipilih dalam kalangan pelanggan produk pembiayaan perumahan MM di Malaysia. Hasil dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SMART-PLS dan dipersembahkan dalam bentuk gambarajah dan Jadual. Hasil dapatan menunjukkan bahawa faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik seperti ciri-ciri produk, promosi, kualiti perkhidmatan, kos, manfaat produk, tahap pengetahuan pelanggan, kepercayaan dari sudut pematuhan nilai syariah dan kepatuhan beragama sebagai mediator mencapai kebolehpercayaan dan kesahan data walaupun terdapat beberapa indikator-indikator dalam penentu tersebut yang digugurkan kerana tidak mencapai faktor loading 0.5. Ini memberikan gambaran awal bahawa faktor intrinsik, faktor ekstrinsik dan faktor kepatuhan beragama sebagai mediator mempengaruhi keputusan pemilihan produk pembiayaan perumahan MM oleh pelanggan perbankan Islam. Kata Kunci : Musyarakah Mutanaqisah (MM), Kajian Rintis, Faktor Loading, CR (Composite Reliability), AVE (Average Variance Extracted), Alpha Cronbach, SMART-PLS 1 Kertas Kerja ini di bentangkan di Konferens Antarabangsa Pengurusan Pembangunan Islam ISDEV ke-9 (IDMAC 2015) pada 8 hingga 9 Disember 2015 2 Nor Hatizal binti Amarul Shah adalah seorang Pelajar Doktor Falsafah, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
  • 2. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 410 PENGENALAN Dengan jumlah populasi masyarakat Islam di Malaysia melebihi 50 peratus menyediakan pasaran yang berpotensi untuk perkembangan produk pembiayaan perumahan Musyarakah Mutanaqisah (MM). Namun begitu, perkembangan produk pembiayaan perumahan MM adalah sangat perlahan berbanding produk pembiayaan perumahan yang lain seperti BBA (Bai Bithamin Ajil). Berdasarkan Jadual 1.0 menunjukkan perbandingan produk pembiayaan BBA dan penawaran produk pembiayaan MM antara bank-bank Islam dan bank-bank perdagangan yang menawarkan produk pembiayaan Islam dari tahun 2009 hingga September 2014. Jadual 1: Jumlah Pembiayaan MM dan BBA antara Bank-bank Islam dan Sistem Perbankan Islam (RM Juta) Sumber : Buletin Bulanan Disember 2009 hingga September 2014, Bank Negara Malaysia Petunjuk BB Islam – Bank-bank Islam di Malaysia, Sistem Perbankan Islam–Bank-bank perdagangan yang menawarkan produk pembiayaan Islam Jadual 1.0 menunjukkan bahawa jumlah pembiayaan BBA mengalami peningkatan yang pesat sedangkan produk pembiayaan MM menunjukkan peningkatan yang tidak dapat menandingi jumlah pembiayaan BBA. Isunya, mengapa penawaran BBA masih tinggi sedangkan konsep MM dilihat lebih bersifat berkebajikan berbanding BBA dan ianya terbukti berkesan serta diterima ulama sedunia (Suraya Ismail, 2013). Malahan konsep pembiayaan MM dikatakan oleh ramai para ulama Islam sebagai satu kaedah pembiayaan yang paling ideal kerana kebolehan kaedah ini membawa kepada keuntungan dari sudut sosio ekonomi kepada sistem ekonomi (Norma Md. Saad & Dzuljastri Abdul Razak, 2013). Kaedah pembiayaan perumahan MM ini juga dikatakan boleh membantu masyarakat mengurangkan pergantungan kepada produk- produk pembiayaan yang lain seperti BBA, Murabahah dan lain-lain (Bendjilali, Boualem and Khan, Tariqullah (1995). Namun begitu, penggunaan kontrak MM yang berasaskan kepada prinsip PLS (Profit and Loss Sharing) sebagai instrumen pembiayaan adalah sangat sedikit (Norma Md. Saad & Dzuljastri Abdul Razak, 2013). Pembiayaan /Tahun 2009 2010 2011 2012 2013 2014 MM Bank-bank Islam 1,876.6 3,496.0 6,981.5 11,462.8 16,031.6 20,603.1 Sistem Perbankan Islam 473.7 462.3 416.1 369.4 322.6 290.2 BBA Bank-bank Islam 42,732.9 53,651.9 63,176.5 74,251.6 83,115.0 80,990.1 Sistem Perbankan Islam 180.7 45.4 34.7 29.0 24.5 21.0
  • 3. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 411 Persoalannya ialah apakah faktor-faktor yang menyebabkan perkembangan MM yang agak lambat tersebut? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelanggan untuk memilih produk pembiayaan perumahan MM? Adakah faktor intrinsik dan faktor-faktor ekstrinsik seperti ciri-ciri produk, promosi, kualiti perkhidmatan, kos, manfaat produk, tahap pengetahuan pelanggan dan kepercayaan dari sudut pematuhan nilai syariah dan kepatuhan beragama mempengaruhi keputusan pelanggan untuk memilih produk pembiayaan perumahan MM? Justeru, kajian rintis ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis kebolehpercayaan dan kesahan item-item penentu yang telah dikenal pasti dibahagian sorotan karya. Kajian rintis ini menggunakan 30 orang responden yang menggunakan produk pembiayaan perumahan MM, di Malaysia. Data premier dikumpulkan melalui kaedah ’snowball’ dan kaedah dalam talian internet. Laman web talian internet yang digunakan untuk tujuan pengumpulan data adalah https //www.esurveycreator.co.uk/s/52b4902. Kajian ini dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian 1.0 membincangkan mengenai pengenalan dan perkembangan produk pembiayaan perumahan MM. Kajian-kajian mengenai penentu pemilihan pelanggan terhadap produk pembiayaan perumahan MM dibincangkan dalam kajian lepas di bahagian 2.0. Seterusnya perbincangan hasil dapatan iaitu kebolehpercayaan dan kesahan item-item penentu tersebut dianalisis dari sudut faktor loading, CR (Composite Reliability), AVE (Average Variance Extracted) dan Alpha Cronbach dipersembahkan dalam bahagian seterusnya. KAJIAN LEPAS Kajian oleh Alida Palilati (2007) membincangkan mengenai hubungan faktor kualiti perkhidmatan dan faktor kepuasan pelanggan terhadap faktor kesetiaan pelanggan yang menabung di perbankan di Sulawesi Selatan, Indonesia. Kajian ini juga meletakkan faktor tahap kepuasan pelanggan sebagai faktor moderator antara kualiti perkhidmatan dengan kesetiaan pelanggan. Kajian oleh Didik Isnadi (2005) pula membincangkan mengenai pengaruh faktor hubungan pemasaran pelanggan (customer relantionship marketing), faktor nilai pelanggan, faktor keunggulan produk dan faktor kepuasan pelanggan terhadap faktor kesetiaan pelanggan. Manakala kajian oleh Kabiru Jinjiri Ringim (2013) yang membuat kajian di Kano, Nigeria adalah untuk menentukan hubungan antara tahap kefahaman pelanggan dengan keputusan mereka untuk memilih produk perbankan Islam. Manakala kajian oleh Himyar Pasrizal, Ubud Salim dan Umar Nimran (2011) mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pelanggan bank syariah iaitu faktor dalaman (intrinsik), faktor luaran (ekstrinsik) dan faktor strategi pemasaran yang dilakukan oleh bank–bank Islam. Kajian yang dilakukan oleh Ashfaq Ahmad, Kashif-ur- Rehman dan Muhammad Iqbal Saif (2010) pula menganalisis hubungan antara kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan di bank-bank Islam dan juga bank- bank konvensional di Pakistan. Manakala kajian oleh Sunaryo (2012) adalah untuk mengenal pasti pengaruh faktor-faktor penentu terhadap kesetiaan pelanggan Muslim. Dalam kajian ini, pengkaji menganalisis pengaruh antara faktor-faktor
  • 4. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 412 penentu dengan kesetiaan pelanggan dengan kewujudan mediator sebagai faktor gangguan antara faktor penentu dengan kesetiaan pelanggan. Kajian oleh Inke Kesumawati Adnan (2010) pula melihat kepada persepsi masyarakat Muslim Bandung terhadap pemilihan kad kredit syariah. Kajian ini mengenalpasti faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik yang mempengaruhi persepsi pelanggan terhadap pemilihan kad kredit syariah. Kajian oleh Abu Bakar Hamed, Mohd Fauzwadi dan Muhammad Hashim (2005) pula mengkaji hubungan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan dalam sistem perbankan Islam di Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat Berhad. Seterusnya adalah kajian yang dilakukan oleh Ahasanul Haque, Jamil Osman dan Ahmad Zaki Hj Ismail (2009) di Malaysia. Faktor-faktor yang dikenalpasti dalam kajian ini yang menentukan persepsi adalah kualiti perkhidmatan, ketersediaan perkhidmatan, keyakinan terhadap bank dan perspektif sosial dan pengetahuan agama pelanggan mengenai sistem perbankan. Manakala Mokhtar Mahamad dan Izah Mohd Tahir (2010) pula mengkaji tentang persepsi pelanggan tentang perbankan Islam. Menurut kajian ini, antara yang sering dikaji berhubungkait dengan persepsi pelanggan ialah tahap pengetahuan tentang perbankan Islam, faktor pemilihan perbankan Islam, produk-produk perbankan Islam yang menjadi pilihan pelanggan dan tahap kepuasan pelanggan, iklan, perkhidmatan yang cepat dan efisyen, kepantasan transaksi, keramahan pekerja bank, keyakinan terhadap bank, pengetahuan yang luas mengenai urusan pelanggan, reputasi dan imej bank, kos atau untung, kemudahan lokasi dan tempat letak kereta, faktor agama, persekitaran dalaman selesa, kepelbagaian produk, kawalan keselamatan dan pengagihan keuntungan yang adil, pekerja bank yang berpengetahuan dan cekap, reputasi dan imej Islam dan reputasi kewangan. Selain daripada sudut persepsi pelanggan, kajian turut juga lakukan terhadap faktor- faktor yang menentukan penerimaan pelanggan. Hasil dapatan kajian Maran Marimuthu, Chan Wai Jing, Lim Phei Gie, Low Pey Mun dan Tan Yew Ping (2010), mendapati bahawa faktor kos keuntungan, faktor perkhidmatan kaunter, faktor keselesaan dan faktor rekemendasi mempengaruhi penerimaan perbankan Islam dalam kalangan pelanggannya. Selain di Lembah Kelang, kajian mengenai penerimaan masyarakat turut dikaji oleh Ahmad Azrin Adnan (2010). Kajian ini mengkaji penentu-penentu pemilihan institusi Perbankan Islam dalam kalangan Muslim di Terengganu dan telah membentuk elemen-elemen instrinsik yang menentukan pemilihan bank menurut Muslim Ideal iaitu elemen pertimbangan halal dan haram, penggunaan berkualiti, pulangan maslahat (kebaikan) dan penggunaan mengikut keutamaan dan faktor ekstrinsik terdiri daripada faktor ciri-ciri produk dan faktor promosi. Kajian oleh Abdul Aziz Abdullah, Rokiah Sidek dan Ahmad Azrin Adnan (2012) pula mengenalpasti beberapa faktor yang mempengaruhi persepsi pelanggan iaitu faktor demografi, kecekapan dan kepantasan perkhidmatan, reputasi dan imej bank, lokasi dan kemudahan keselesaan yang ditawarkan oleh pihak bank, kemesraan staf perbankan Islam, saiz bank, persepsi terhadap kekukuhan kewangan bank dan potensi produk pada masa hadapan.
  • 5. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 413 Dari sudut kajian MM, terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan. Antaranya adalah kajian oleh Mohd Sollehudin Shuib, Mohd Zaidi Daud, Ahmad Azam Sulaiman@Mohamad (2013) membandingkan kaedah mengira antara pembiayaan perumahan MM dan pinjaman perumahan bank konvensional. Kajian oleh Mohd Sollehudin bin Shuib, Joni Tamkin Borhan & Azizi Abu Bakar (2011) pula mengenai perlaksanaan pembiayaan perumahan MM yang dikatakan mempunyai isu yang berkaitan dengan kegagalan pihak pelanggan (wa’d). Kajian oleh Mohd Sollehudin Shuib, Joni Tamkin Borhan dan Muhammad Nasri Md Hussain (2011) pula adalah mengenai isu, cabaran dan kelebihan pembiayaan perumahan MM yang berbentuk pembiayaan ekuiti. Manakala kajian yang dilakukan oleh Dalfiza Mohd Yusof, Zakaria Bahari dan Ahmad Azrin Adnan (2014) pula mengkaji faktor-faktor penerimaan masyarakat terhadap pembiayaan perumahan MM dalam kalangan pengguna Muslim di Selatan Terengganu. Faktor-faktor yang dikaji adalah faktor intrinsik yang terdiri daripada pertimbangan halal haram, penggunaan berkualiti dan pulangan maslahat manakala faktor ekstrinsik terdiri daripada faktor pengetahuan pelanggan, kepatuhan agama, pemasaran dan pengiklanan, ciri-ciri produk dan keselesaan perkhidmatan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa faktor yang signifikan dengan penerimaan masyarakat adalah faktor Pulangan maslahat, keselesaan perkhidmatan, pengetahuan pelanggan, pemasaran, pertimbangan halal haram dan kepatuhan beragama. Dari perbincangan dalam kajian-kajian lepas, maka penentu-penentu yang dikenal pasti dalam kajian ini adalah seperti dalam kerangka kajian dibawah. KERANGKA KAJIAN Faktor Intrinsik (Pertimbangan Halal dan Haram, Penggunaan Berkualiti, Pulangan Maslahat, Penggunaan Mengikut Keutamaan) Faktor Ekstrinsik 1. Ciri-ciri Produk 2. Promosi 3. Kualiti Perkhidmatan 4. Kos 5. Manfaat Produk 6. Tahap Pengetahuan Pelanggan 7. Kepercayaan dari sudut pematuhan nilai syariah Kepatuhan Beragama Pemilihan MM
  • 6. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 414 Rajah 1: Kerangka Kajian Faktor-faktor yang sering dikaji oleh pengkaji ialah faktor kualiti perkhidmatan, kepuasan pelanggan, tahap kefahaman pelanggan, personaliti, kelas sosial, budaya, strategi pemasaran, agama, reputasi, sikap, pengetahuan, kemudahan dan keyakinan manakala faktor kepuasan pelanggan sering dijadikan sebagai mediator dalam kajian. Kajian-kajian terdahulu banyak menggunakan faktor kepuasan pelanggan sebagai faktor mediator. Ini menunjukkan bahawa terdapatnya kurang kajian mengenai faktor kepatuhan beragama yang dijadikan sebagai faktor yang utama dikaji sama ada kajian mengenai perbankan Islam mahupun kajian mengenai produk pembiayaan perumahan MM. Oleh itu kajian ini memfokuskan kepada faktor-faktor yang menentukan pemilihan pelanggan produk pembiayaan perumahan MM dengan meletakkan faktor kepatuhan beragama sebagai faktor mediator antara faktor-faktor penentu dan pemilihan pelanggan. Malahan rangka kajian-kajan lepas yang berasaskan tasawwur Islam didapati masih kurang, maka kajian ini akan menggunakan Model PPBMMI (Penentu Pemilihan Bank Menurut Muslim Yang Ideal) yang dibina oleh pengkaji Ahmad Azrin Adnan (2010) sebagai usaha untuk menambahkan lagi koleksi dan sumbangan dalam kajian ilmiah dalam bidang perbankan Islam yang menggunakan model berasaskan tasawwur Islam. Ahmad Azrin Adnan (2010) membina Model PPBMMI untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menentukan pemilihan pelanggan terhadap produk perbankan Islam. PERBINCANGAN HASIL DAPATAN Bahagian ini memerihalkan ciri-ciri demografi responden (Jadual 2) dan kemudian membincangkan analisis kesahan dan kebolehpercayaan indikator-indikator penentu pemilihan pelanggan terhadap produk pembiayaan perumahan MM dari sudut faktor loading, CR (Composite Reliability), AVE (Average Variance Extracted) dan Alpha Cronbach. Hasil dapatan dipersembahkan dalam bentuk gambarajah dan Jadual. Kesahan sesuatu ujian menggambarkan sejauh mana ujian tersebut mengukur apa yang sepatutnya diukur manakala kebolehpercayaan ujian bermakna ujian itu konsisten. Analisis Deskriptif Responden Berdasarkan Jadual 2, sebanyak 50 peratus daripada responden adalah lelaki dan perempuan, kebanyakkan responden iaitu sebanyak 80 peratus berumur antara 31 dan 41 tahun keatas, 86.7 peratus daripada responden sudah berkahwin, 90 peratus responden memiliki ijazah sarjana muda dan keatas, kakitangan kerajaan golongan profesional sebanyak 66.7 peratus dan 60 peratus responden menerima pendapatan kasar melebihi RM5001 sebulan. Jadual 2: Analisis Deskriptif Demografi Responden
  • 7. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 415 Item Kekerapan Peratusan Jantina Lelaki Perempuan 15 15 50 50 Umur Kurang dari 20 tahun 20 hingga 30 tahun 31 hingga 40 tahun 41 hingga keatas 1 5 12 12 3.3 16.7 40 40 Taraf Perkahwinan Bujang Berkahwin 4 26 13.3 86.7 Tahap Pendidikan Tertinggi Sijil Diploma Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana dan keatas 1 2 11 16 3.3 6.7 36.7 53.3 Jenis Pekerjaan Kakitangan Kerajaan (Profesional) Kakitangan Swasta (Profesional) Kakitangan Kerajaan (Sokongan) Kakitangan Swasta (Sokongan) Bekerja Sendiri 20 5 3 2 0 66.7 16.7 10 6.7 5 Pendapatan Kasar Isirumah Bulanan RM2000 -RM3000 RM3001 – RM4000 RM4001 - RM5000 Lebih Dari RM5001 1 5 6 18 3.3 16.7 20 60 Sumber : Analisis Borang Soal Selidik Pengujian Kesahan Data (Convergent Validity) Untuk mendapatkan kesahan data, ujian convergent validity dan discriminant validity perlu dilakukan. Nilai convergent validity adalah nilai faktor loading (main loading) pada variabel laten (penentu) dengan indikator-indikatornya. Berdasarkan Jadual 3, didapati bahawa 7 indikator pemilihan, 7 indikator intrinsik, 1 indikator ciri-ciri produk, 2 indikator promosi, 1 indikator kualiti perkhidmatan, i indikator kos, 1 indikator kepercayaan dari sudut syariah dan 17 indikator kepatuhan beragama telah digugurkan kerana faktor loading tidak mencapai 0.4 (Hulland, 1999) manakala tiada indikator variabel laten manfaat produk dan tahap pengetahuan pelanggan yang digugurkan kerana semua indikatornya melebihi 0.4 (rujuk Jadual 3 dan Rajah 1). Faktor loading indikator bagi pembolehubah bersandar iaitu pemilihan yang paling tinggi adalah PLHMM7 (0.879) merupakan soalan pilihan yang meletakkan tahap pengetahuan pelanggan sebagai faktor pilihan pelanggan MM manakala indikator PLHMM5 (0.857) meletakkan kualiti perkhidmatan sebagai faktor pilihan. Faktor loading Indikator pembolehubah tidak bersandar yang paling tinggi adalah INT4 iaitu 0.907 merupakan soalan skala likert yang meletakkan item tidak ragu tentang kehalalannya MM (tiada syubhat) sebagai faktor pilihan pelanggan MM, CPMM6 (0.866-kadar sewa ditentukan berdasarkan Kadar Pembiayaan Asas), PR7 (0.901- Welcome Note yang dihantar melalui pos), KP9 (0.850-layanan pegawai bank cepat dan cekap), KOS2 (0.948-caj kelewatan membayar adalah berpatutan), MP3 (0.915-
  • 8. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 416 yuran penjadualan semula bayaran bulanan ditanggung oleh bank dan pelanggan), TP6 (0.936- mengetahui perbezaan konsep antara produk pembiayaan perumahan MM dengan produk lain), KS2 (0.788-harga MM mengikut keadaan semasa) dan KB19 (0.857- saya melakukan Ibadah qurban setiap tahun). Jadual 3: Output Faktor Loading dan Pengguguran Indikator Varieble Laten Indikator Faktor Loading Penggurusan Indikator 1. PEMILIHAN - Jumlah Indikator sebelum: 9 - Jumlah Indikator selepas : 2 PLHMM5 PLHMM7 0.857 0.879 PLHMM 1 PLHMM 2 PLHMM 3 PLHMM 4 PLHMM 6 PLHMM 8 PLHMM 9 2. INTRINSIK - Jumlah Indikator sebelum: 14 - Jumlah Indikator selepas: 7 INT1 INT2 INT3 INT4 INT5 INT6 INT12 0.802 0.777 0.685 0.866 0.743 0.755 0.640 INT7 INT8 INT9 INT10 INT11 INT13 INT14 3.CIRI-CIRI PRODUK MM -Jumlah Indikator sebelum: 9 -Jumlah Indikator selepas: 8 CPMM1 CPMM3 CPMM4 CPMM5 CPMM6 CPMM7 CPMM8 CPMM9 0.746 0.643 0.783 0.644 0.907 0.546 0.661 0.765 CPMM2 4. PROMOSI -Jumlah Indikator sebelum: 12 -Jumlah Indikator selepas: 10 PR2 PR3 PR4 PR5 PR7 PR8 PR9 PR10 PR11 PR12 0.593 0.785 0.743 0.877 0.901 0.561 0.665 0.846 0.628 0.542 PR1 PR6 5. KUALITI PERKHIDMATAN -Jumlah Indikator sebelum: 11 -Jumlah Indikator selepas: 10 KP1 KP2 KP3 KP4 KP5 KP6 0.722 0.837 0.838 0.522 0.747 0.810 KP10
  • 9. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 417 KP7 KP8 KP9 KP11 0.557 0.746 0.850 0.684 6. KOS -Jumlah Indikator sebelum: 6 -Jumlah Indikator selepas: 5 KOS1 KOS2 KOS4 KOS5 KOS6 0.947 0.948 0.695 0.935 0.736 KOS3 7. MANFAAT PRODUK -Jumlah Indikator sebelum: 6 -Jumlah Indikator selepas: 6 MP1 MP2 MP3 MP4 MP5 MP6 0.843 0.794 0.915 0.841 0.681 0.786 TIADA PENGGUGURAN INDIKATOR 8. TAHAP PENGETAHUAN RESPONDEN -Jumlah Indikator sebelum: 7 -Jumlah Indikator selepas: 7 TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 TP7 0.779 0.771 0.830 0.771 0.882 TIADA PENGGUGURAN INDIKATOR Sumber : Analisis Borang Soal Selidik Setelah pengguguran indikator dilakukan, maka langkah seterusnya perlu melihat kepada CR (Composite Reliability) untuk kesahan data (Convergent Validity). Menurut Bagozzi and Yi (1988), nilai CR perlulah melebihi 0.7( >0.7). Berdasarkan Jadual 4, didapati bahawa CR yang paling tinggi adalah variabel laten tahap pengetahuan responden iaitu 0.941. Secara gambaran awal didapati bahawa tahap pengetahuan responden merupakan faktor utama dan signifikan kepada pemilihan MM. Hasil dapatan ini bersesuaian dengan hasil dapatan kajian oleh Dalfiza Mohd Yusof, Zakaria Bahari dan Ahmad Azrin Adnan (2014). Secara kesimpulannya, kesemua penentu (variabel laten) yang telah dikenal pasti sebagai faktor pemilihan MM mencapai kesahan data atau convergent validity kerana semua faktor loading indikatornya mencapai 0.4 keatas dan CR (Composite Reliability) melebihi 0.7 (rujuk Jadual 4). Ini bermakna bahawa variabel laten pemilihan, ciri-ciri produk, promosi, kualiti perkhidmatan, kos, manfaat produk, tahap pengetahuan pelanggan, kepercayaan dari sudut pematuhan nilai syariah dan kepatuhan beragama ini mampu menjadi pengukur yang tepat dalam kajian ini. Jadual 4: Alpha Cronbach, CR (Composite Reliability) dan AVE (Average Variance Extracted) VARIABEL LATEN ALPHA CRONBACH COMPOSITE REALIBILITY AVE 1. PEMILIHAN 0.673 0.859 0.753 2. INTRINSIK 0.883 0.896 0.525
  • 10. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 418 3. CIRI-CIRI PRODUK MM 0.894 0.894 0.518 4. PROMOSI 0.906 0.915 0.551 5. KUALITI PERKHIDMATAN 0.911 0.923 0.550 6. KOS 0.915 0.933 0.739 7. MANFAAT PRODUK 0.897 0.921 0.661 8. TAHAP PENGETAHUAN RESPONDEN 0.928 0.941 0.695 9. KEPERCAYAAN DARI SUDUT SYARIAH 0.855 0.875 0.502 10. KEPATUHAN BERAGAMA 0.799 0.857 0.549 Sumber : Analisis Borang Soal Selidik Pengujian Kebolehpercayaan Data (Realibility Test) Untuk menguji kebolehpercayaan (Realibility Test) data dalam perisian SEM- SMART PLS, pengujian Alpha Cronbach digunakan. Nilai Alpha Cronbach bagi setiap variabel laten (penentu) mestilah melebihi 0.6. Menurut Sekaran (2003), ujian Alpha Cronbach adalah antara kaedah yang paling meluas digunakan bagi menentukan kebolehpercayaan sesuatu soal selidik. Semakin tinggi koefisien atau pekali sesuatu variabel laten itu, maka semakin tinggilah tahap kebolehpercayaan untuk mengukur prestasi subjek atau responden. Menurut Sekaran (2003), pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang kurang dari 0.6 adalah dianggap lemah manakala hanya pekali yang melebihi 0.6 sahaja yang boleh diterima. Pekali yang melebihi 0.8 adalah dianggap baik. Berdasarkan Jadual 4, didapati bahawa pekali Alpha Cronbach yang paling tinggi adalah variabel laten tahap pengetahuan responden iaitu 0.928. Ini menggambarkan bahawa tahap pengetahuan responden paling signifikan dan mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap pemilihan MM. Secara kesimpulannya, kesemua penentu (variabel laten) mencapai pekali melebihi 0.6. Ini memberikan gambaran bahawa penentu yang telah dikenal pasti dalam kajian ini iaitu ciri-ciri produk, promosi, kualiti perkhidmatan, kos, manfaat produk, tahap pengetahuan pelanggan, kepercayaan dari sudut pematuhan nilai syariah dan kepatuhan beragama mencapai kebolehpercayaan data dan konsisten supaya dapat menghasilkan output yang tepat dan tidak bias. Pengujian Kesahan Data (Discriminant Validity) Nilai discriminant validity merupakan nilai cross loading faktor untuk mengetahui apakah konstruk memiliki diskriminan yang memadai iaitu dengan cara membandingkan nilai loading konstruk pengukuran mesti lebih besar daripada nilai loading konstruk yang lain. Kaedah lain untuk mengukur discriminant validity adalah membandingkan nilai square root of Average Variance Extracted (AVE). Pengukuran ini dapat digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan komponen skor variabel laten dan hasilnya lebih konservatif dibandingkan dengan CR. Nilai AVE harus lebih besar 0.50 (Bagozzi and Yi, 1988). Berdasarkan Jadual 4 didapati
  • 11. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 419 bahawa AVE variabel laten pemilihan adalah yang tertinggi iaitu 0.753. Walaupun hanya 2 indikator yang masih kekal sebagai pengukur dalam variabel laten pemilihan, namun AVE yang tinggi menggambarkan bahawa variabel laten pemilihan sesuai sebagai instrumen dalam kajian ini. Secara kesimpulannya menunjukkan bahawa variabel laten pemilihan, ciri-ciri produk, promosi, kualiti perkhidmatan, kos, manfaat produk, tahap pengetahuan pelanggan, kepercayaan dari sudut pematuhan nilai syariah dan kepatuhan beragama mencapai kesahan data atau discriminant validity kerana AVE (Average Variance Extracted) setiap penentu ini melebihi 0.5. KESIMPULAN Berdasarkan analisis didapati bahawa kesemua penentu (variabel laten) mencapai kesahan data atau convergent validity kerana faktor loading setiap indikator yang kekal digunakan dalam kajian melebihi 0.4 (Jadual 2) dan CR (Composite Reliability) melebihi 0.7 (Jadual 3). Penentu yang dipilih dalam kajian ini juga mencapai kebolehpercayaan data kerana Alpha Cronbach semua penentu (variabel laten) mencapai pekali melebihi 0.6 dan juga mencapai kesahan data atau discriminant validity kerana AVE (Average Variance Extracted) melebihi 0.5. Ini memberikan gambaran awal bahawa faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik iaitu ciri- ciri produk, promosi, kualiti perkhidmatan, kos, manfaat produk, tahap pengetahuan pelanggan, kepercayaan dari sudut pematuhan nilai syariah dan faktor kepatuhan beragama sebagai mediator mempengaruhi keputusan pemilihan produk pembiayaan perumahan MM oleh pelanggan perbankan Islam.
  • 12. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 420 Rajah 2: Output Faktor Loading
  • 13. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 421 BIBLIOGRAFI Alida Palilati. (2007). Pengaruh Nilai Pelanggan, Kepuasan Terhadap Loyalitas Nasabah Tabungan Perbankan Di Sulawesi Selatan, Cetakan Elektronik, Jurnal Manajemen Dan Kewirausahaan, Vo 9, No.1, Maret 2007 : 73-81. Ashfaq Ahmad, Kashif-ur-Rehman & Muhammad Iqbal Saif. (2010), “Islamic banking experience of Pakistan: Comparison of Islamic and conventional banks”, Cetakan Elektronik, International Journal of Business and Management, Vol. 5 No. 2, pp. 137-44. Abu Bakar Hamed, Mohd Fauzwadi Mat Ali, Muhammad Hashim & Hisham Sabri .(2005).Kualiti Perkhidmatan dan Kepuasan Pelanggan dalam Perbankan Islam. JMIFR, Cetakan Elektronik, Volume 2, No.1 2005, pp. 151 -170. Ahasanul Haque, Jamil Osman & Ahmad Zaki Hj Ismail. (2009). Factor Influences Selection of Islamic Banking: A Study on Malaysian Customer Preferences, American Cetakan Elektronik, Journal of Applied Sciences 6 (5): 922-928. Ahmad Azrin Adnan. (2010). Penentu pemilihan institusi perbankan Islam dalam kalangan Muslim di Terengganu. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia. Tidak diterbitkan Abdul Aziz Abdullah, Rokiah Sidek & Ahmad Azrin Adnan. (2012). Perception of Non-Muslims Customers towards Islamic Banks in Malaysia, Cetakan Elektronik, International Journal of Business and Social Science, Vol. 3 No. 11; June 2012. Buletin Bulanan Disember 2009 hingga September 2014, Bank Negara Malaysia Bagozzi, R. P., & Yi, Y. (1988). On the evaluation of structural equation models. Journal of the Academy of Marketing Science, 16(1), 74–94. Bendjilali, Boualem & Khan, Tariqullah (1995) Economics of Diminishing Musharakah. Research Paper No. 31.Jeddah: Islamic Research and Training Institute (IRTI). IDB Didik Isnadi. (2005). Analisis Pengaruh Customer Relationship Marketing Terhadap Nilai Nasabah Dan Keunggulan Produk Dalam Meningkatkan Kepuasan Dan Loyalitas Nasabah, Cetakan Elektronik, Tesis, Universiti Diponegoro, Semarang, Indonesia. Dalfiza Mohd Yusof, Zakaria Bahari & Ahmad Azrin Adnan. (2014). The Relationship betweenthe Bank Choice Determinants and the Acceptance of Musharakah Mutanaqisah Home Financing among Malaysian Muslims, Cetakan Elektronik, International journal of Science Commerce and Humanities, Volume No 2, No 4, May 2014 Himyar Pasrizal , Ubud Salim & Umar Nimran. (2011). Pengaruh Kepribadian, Kelas Sosial, dan Budaya Pengusaha terhadap Strategi Pemasaran dan Keputusan Menjadi Nasabah Bank Syariah Mandiri di Sumatera Barat, Cetakan Elektronik, Terakreditasi SK Dirjen Dikti No.66b/dikti/Kep/2011
  • 14. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 422 Hulland, J. (1999). Use of partial least squares (PLS) in strategic management research: a review of four recent studies. Strategic Management Journal, 20(2), 195–204 Inke Kesumawati Adnan. (2010). Persepsi Masyarakat Muslim Bandung terhadap Pemilihan Kad Kredit Syariah. Tesis Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Kabiru Jinjiri Ringim. (2013). Understanding of Account Holder in Conventional Bank Toward Islamic Banking Products, Cetakan Elektronik, Middle-East Journal of Scientific Research 15 (2): 176-183, 2013 Mokhtar Mahamad & Izah Mohd Tahir. 2010. Persepsi pelanggan bukan Islam terhadap perbankan Islam: Satu kajian rintis, Cetakan Elektronik, Jurnal Kemanusiaan bil.16, Dis 2010 Mohd Sollehudin Shuib, Joni Tamkin Borhan & Muhammad Nasri Md Hussain. (2011). Pembiayaan Perumahan secara Musharakah Mutanaqisah di RHB Islamic Berhad (RHBIB): Analisis Kelebihan, Isu dan Cabaran dalam Penawaran Produk, Cetakan Elektronik, Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 135- 148 Mohd Sollehudin bin Shuib, Joni Tamkin Borhan & Azizi Abu Bakar. (2011), Musharakah Mutanaqisah Home Financing Products: An Implementation Analysis, Product Advantages and Issues at Citibank (Malaysia) Berhad, Cetakan Elektronik, Journal of Techno-Social Vol. 3 No. 2 October 2011 Mohd Sollehudin Shuib, Mohd Zaidi Daud, & Ahmad Azam Sulaiman@Mohamad. (2013). Isu Dalam bPembiayaan Perumahan: Analisis Perbandingan Produk Berasaskan Musyarakah Mutanaqisah dan Konvensional, Cetakan Elektronik, Jurnal Teknologi (Social Sciences) 66:1 (2014), 67–78 Maran Marimuthu, Chan Wai Jing, Lim Phei Gie,Low Pey Mun & Tan Yew Ping (2010). Islamic Banking: Selection Criteria and Implications, Cetakan Elektronik, Global Journal of Human Social Science, Vol. 10 Issue 4 (Ver 1.0). Norma Md Saad, & Dzuljastri Abdul Razak. (2011). Towards an Application of Musharakah Mutanaqisah Principle in Islamic Microfinance. Paper presented at the International Islamic Finance & Business Symposium and Halal Carnival, Dewan Tuanku Canselor (DATC), UiTM. Sekaran, U. (2003). Research methods for business: A skill building approach. New York:John Wiley Sunaryo. (2012). Pengaruh faktor-faktor penentu Terhadap Kesetiaan Pelanggan Muslim Di Perbankan Syaiah, Malamg Indonesia. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia. Suraya Imail. (2013). Latar Belakang dan Pemikiran Ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS) di Malaysia dan Implikasinya ke atas Pembinaan Produk Pembiayaan Perumahan.Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia. Tidak diterbitkan