• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Taklimat Guru Cemerlang
 

Taklimat Guru Cemerlang

on

  • 47,275 views

 

Statistics

Views

Total Views
47,275
Views on SlideShare
22,366
Embed Views
24,909

Actions

Likes
7
Downloads
1,014
Comments
4

41 Embeds 24,909

http://smaasultanzainalabidin.blogspot.com 24006
http://smkbaling.wordpress.com 393
http://cikgudima.blogspot.com 203
http://amranmohdariff-amr.blogspot.com 50
http://www.slideshare.net 45
http://www.smaasultanzainalabidin.blogspot.com 44
http://cikgu-ma.blogspot.com 37
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.co.uk 15
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.sg 12
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.co.nz 11
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.ru 11
http://amranmohdariff-amr.blogspot.sg 11
https://www.google.com 7
http://translate.googleusercontent.com 6
http://webcache.googleusercontent.com 5
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.nl 5
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.fr 5
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.in 5
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.com.br 4
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.jp 4
http://www.slideee.com 4
http://gkmpsm.blogspot.com 4
http://mynufera.ws 3
http://amranmohdariff-amr.blogspot.com.br 2
http://www.cikgudima.blogspot.com 1
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.mx 1
http://xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx&_=1346263697337 HTTP 1
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.ae 1
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.ie 1
https://bba8201.1bestarinet.net 1
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.de 1
http://74.6.117.48 1
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.cz 1
http://cikgudima.blogspot.co.at 1
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.com.au 1
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.hk 1
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.tw 1
http://cikguadura.wordpress.com 1
http://amranmohdariff-amr.blogspot.fr 1
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.ro 1
http://smaasultanzainalabidin.blogspot.ch 1
More...

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

14 of 4 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment
  • Salah satu tujuan jawatan guru cemerlang diperkenalkan ialah untuk memperbanyakkan jawatan yang lebih tinggi dalam perkhidmatan perguruan bagi memberi peluang yang lebih tinggi kepada guru-guru dinaikan pangkat, selaras dengan perkhidmatan yang lain dalam perkhidmatan awam. Menyediakan peluang kepada guru yang berdedikasi, berpengetahuan, berkemahiran dan berkepakaran yang tinggi dalam P&P untuk dinaikkan pangkat; Bagi guru-guru yang minat mengajar dan tidak berminat dalam tugas pentadbiran, jawatan guru cemerlang membolehkan guru tersebut dinaikkan pangkat dan terus mengajar di bilik darjah; Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke jawatan yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track).
  • Guru sekarang hanya perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 17 tahun untuk menjawat jawatan Gred Khas C berbanding dengan pada masa lalu di mana guru hanya berpeluang menjawat paling tinggi jawatan guru Gred DG48 (KUP) sehingga tamat tempoh perkhidmatan.
  • Seorang Guru Cemerlang Gred Khas C berjaya menampilkan tahap ketokohan, kepakaran dan profesionalisme yang tinggi bagi meneruskan kecemerlangan pencapaian prestasi dalam subjek kepakaran. Kejayaannya seharusnya merentasi usaha tambahan dalam bidang peningkatan ilmu, penulisan dan penyelidikan ilmiah bagi meningkatkan kepakaran dalam bidang subjek yang diajar di samping mampu menjadi pakar rujuk sehingga ke peringkat nasional.
  • DG41 perlu disahkan dalam perkhidmatan sebelum dibolehkan memohon jawatan GC; GC Gred DG54 tidak diperlukan menduduki / lulus PTK untuk ke jawatan Gred Khas C
  • Membuat perancangan Pengajaran dan melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran untuk mencapai tahap yang ditetapkan oleh Pengetua / Pengarah Institusi di tempat berkhidmat. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan mata pelajaran kepakaran di tempat berkhidmat. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan membimbing guru dan murid dalam bidang kepakaran di tempat berkhidmat. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah, meneroka inovasi dan penemuan baru dalam bidang / mata pelajaran kepakaran dan membentang hasilnya kepada masyarakat pendidik. Melaksanakan tugas-tugas khas yang diarahkan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Pengarah Bahagian di Kementerian Pelajaran dengan restu KPPM.
  • Peribadi: Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar. Pengetahuan dan kemahiran: Guru cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk P&P, bijak mengurus masa, bahan sumber, bahan bantu pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran murid serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) dan membangunkan potensi murid selaras dengan FPK. Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi dan forum. Potensi: Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatf, bersifat responsif dan inovatif dalam menjalankan tugas sebagai pendidik. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara.

Taklimat Guru Cemerlang Taklimat Guru Cemerlang Presentation Transcript

  • LAPORAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN
  • LATAR BELAKANG
    • memorandum kepada Kabinet yang bertajuk “Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan: Cadangan ke Arah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan dan Menghasilkan Guru Yang Cemerlang” pada tahun 1993.
    • GC mula diperkenalkan pada tahun 1994
  • Tujuan Pewujudan Jawatan GC
    • Memperluaskan peluang naik pangkat;
    • Memberi peluang guru berpengalaman, berkemahiran dan pakar dalam P&P naik pangkat;
    • Membolehkan guru naik pangkat tanpa meninggalkan tugas mengajar; dan
    • Menyediakan peluang naik pangkat dengan lebih laju ( Fast track ).
  • SAMBUNGAN ……
    • Pengiktirafan kepada guru dalam mata pelajaran masing-masing
    • Meningkat kualiti P&P
    • GC sebagai role model
    • Meningkatkan motivasi guru
    • Meningkatkan kecemerlangan sekolah
  • KUOTA GURU CEMERLANG TAHUN PPLD SISWAZAH JUMLAH SSB 1600 1000 2600 SSM(KINI) 4000 5374 9374
  • PELUANG KENAIKAN PANGKAT
    • DGA29 ke DGA 32 (min 5 tahun mengajar)
    • DGA32 ke DGA 34 (min 3 tahun DGA 32 )
    • DG41 ke DG44 (min 7 tahun mengajar)
    • DG44 ke DG48 (min 3 tahun GC DG44)
    • DG48 ke DG52 (min 3 tahun GC DG48)
    • DG52 ke DG54 (min 2 tahun GC DG52)
    • DG54 ke Gred Khas C (min 2 tahun GC DG54)
    •  Guru berkhidmat sekurang-kurangnya 17 tahun untuk menjawat jawatan Gred Khas C.
  • GURU SUPER
    • Seorang Guru Cemerlang Gred Khas C;
    • menampilkan tahap ketokohan, kepakaran dan profesionalisme yang tinggi dalam subjek kepakaran;
    • Meningkatkan ilmu, penulisan dan penyelidikan ilmiah; dan
    • Menjadi pakar rujuk sehingga ke peringkat nasional.
  • SYARAT UMUM
  • PENEMPATAN GC
    • GC terus kekal mengajar dalam bilik darjah di sekolah yang ditetapkan;
    • GC yang bertukar ke sekolah lain perlu mengajar mata pelajaran yang sama;
    • Penempatan dan pertukaran GC di bawah tanggungjawab Bahagian Sumber Manusia;
  • SKOP DAN TANGGUNGJAWAB GC Gred Peringkat DGA32/DGA34DG44 Sekolah DG48 Sekolah/Daerah DG52 Sekolah/Daerah/Negeri DG54 Sekolah/Daerah/Negeri/Negara Khas C Sekolah/Daerah/Negeri/Negara /Antarabangsa
  • KOMPETENSI YANG DINILAI
    • Ketrampilan Profesional
    • Pengajaran & Pembelajaran
    • Pengurusan Kurikulum
    • Peranan Dalam Aktiviti Bukan Akademik
    • Keperibadian
    • Pembangunan Diri
  • SKT GC Bil Tugas Peratus Masa DG44 (KUP) DG48 (KUP) DG52 (KUP) DG54 (KUP) Gred Khas C (KUP) 1 Rancangan pelajaran (P&P) 75 70 65 60 50 2 Kurikulum & kokurikulum 10 10 15 15 15 3 Pakar rujuk kepada guru & murid 8 10 10 10 10 4 Menjalankan kajian, inovasi & penulisan ilmiah 2 5 5 7 10 5 Tugas-tugas khas yang diarahkan 5 5 5 8 15
  • PENYELIAAN dan PENILAIAN
    • Dari segi penyeliaan, GC masih tertakluk kepada hirarki mengikut carta organisasi jabatan tempat mereka bertugas; dan
    • Penyediaan LNPT mengikut prinsip “tidak boleh dinilai oleh pegawai yang lebih rendah grednya daripada pegawai yang dinilai”.
  • Guru yang cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
  • Sentiasa dedikasi, berinovatif dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
  • Ciri Guru Cemerlang (GC)
    • Peribadi yang mulia;
    • Pengetahuan dan kemahiran tinggi ;
    • Hasil kerja cemerlang;
    • Komunikasi dengan berkesan;
    • Berpotensi tinggi; dan
    • Menyumbang kepada kemajuan pendidikan negara.
    • PERIBADI Sahsiah: - tahu menghargai masa - seronok bekerja - ketinggian peribadi - mengamalkan sikap yang baik hati - memberi teladan yang baik
  • - kewajipan menjalankan tugas - sabar - bakat digilap - seronok mencipta yang baru
  • 2. PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN - Memahami dan menghayati FPK, Akta Pendidikan, Dasar-dasar Kerajaan, Dasar Pendidikan dan Pekeliling semasa - Menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakaran
    • Memahami, mentafsir dan mengoperasikan kurikulum ke dalam bentuk aktiviti dalam dan luar bilik darjah - Menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan latihan dalaman untuk meningkatkan profesionalisme guru dan kaki tangan sekolah
    • Bijak mengurus masa. - Mengetahui keperluan alat bantu mengajar serta peralatan dan bahan untuk mata pelajaran tertentu dan cara menggunakannya.
    • Mengetahui pendekatan dan strategi pengajaran yang terkini dan berupaya menyampaikan kepada guru-guru. - Mengetahui kebolehan murid yang ada di sekolahnya serta latarbelakang, pengalaman dan keluarga mereka.
    • Mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran murid. - Berupaya menimbulkan sikap yang positif di kalangan guru, mewujudkan perkhidmatan penyayang dan semangat kekitaan
    • Mempunyai gaya pengurusan dan kepimpinan terbuka - Berupaya mewujudkan rasa penuh sepunya di kalangan komuniti sekolah dan bekerja sebagai satu pasukan
    • Mampu menyediakan program tindakan susulan. - Berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
  • 3. HASIL KERJA - Berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan FPK
  • 4. KOMUNIKASI - Guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi dan forum
  • 5. POTENSI - Guru yang berwawasan, proaktif mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam menjalankan tugas sebagai pendidik
  • 6. SUMBANGAN KEPADA KEMAJUAN PENDIDIKAN NEGARA - Berupaya menjana idea baru dan melaksanakan idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara
  • Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
  • Kebolehan guru dalam memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. KONSEP STRATEGI
  • 3 JENIS STRATEGI
    • 1. Pemusatan Guru
    • 2. Pemusatan Murid
    • 3. Pemusatan Bahan
  • Strategi Pemusatan Guru
    • Guru memainkan peranan yang utama
    • Guru menguasai dan mengawal aktiviti murid
    • Guru bercakap murid mendengar - komunikasi sehala
    • Kepimpinan guru bersifat autokratik
    • Guru mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru
    • Guru mementingkan pencapaian akademik
  • STRATEGI PEMUSATAN MURID
    • Murid memainkan peranan aktif dalam proses P & P
    • Komunikasi dan interaksi guru – murid dua hala
    • Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik
    • Strategi P & P lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid
    • Perkembangan murid secara menyeluruh
    • Perbezaan individu diberi perhatian
  • STRATEGI PEMUSATAN BAHAN
    • Dua kategori BBM:
    • i) bahan pengajaran digunakan oleh guru seperti carta, model, gambar, kad kerja atau kad imbasan.
    • ii) bahan bantu pembelajaran digunakan oleh murid seperti kad aktiviti, kad cantuman, lembaran kerja, pembilang dan lain-lain.
    • Mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan untuk mencapai objektif
    • Menekankan perkembangan kognitif, rohani dan jasmani
    • Menggunakan bahan bantu mengajar untuk membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas
    • Mempertingkatkan interaksi sosial murid
    • Mengajar dan belajar melalui pengalaman
  • Merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam kelas khas . KONSEP PENDEKATAN
    • PENDEKATAN INDUKTIF
    • PENDEKATAN ELEKTIF
    • PENDEKATAN TEMATIF
    • PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI
    • PENDEKATAN KOPERATIF DAN KOLOBERATIF
  • PENDEKATAN INDUKTIF
    • Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat
    • Murid membuat kesimpulan
    • Guru membimbing murid melalui aktiviti soal jawab dan menyediakan contoh-contoh yang sesuai
    • Guru membina soalan-soalan untuk membimbing murid membina kesimpulan
    • BBM harus disediakan untuk memudahkan murid membuat kesimpulan
    • Aktiviti P & P melibatkan penggunaan deria seperti penglihatan, pendengaran dan sentuhan
  • PENDEKATAN ELEKTIF
    • Merupakan gabungan pendekatan yang digunakan sebagai satu strategi untuk melaksanakan pengajaran di dalam kelas.
    • Contohnya:
      • Guru menggunakan pendekatan strategi pemusatan bahan untuk kumpulan yang menjalankan aktiviti pengkayaan dan strategi pemusatan guru untuk kumpulan yang menjalankan pemulihan.
  • PENDEKATAN TEMATIF
    • Berkait rapat dengan aktiviti P&P secara kumpulan
    • Sesuai digunakan sebagai proses perbincangan tema dalam aktiviti kumpulan
  • Cara Pelaksanaan
    • Tema dipecahkan kepada sub-topik dan dibincangkan dalam kumpulan mengikut tahap kebolehan murid.
    • Contoh : tema : Warna
    • Sub topik :
    • Warna merah
    • Warna hijau
    • Warna kuning
  • Sub-Topik Sub-Topik KUMPULAN CERDAS KUMPULAN SEDERHANA TEMA Sub-Topik KUMPULAN LAMBAT
  • b) Tema yang sama diberikan dan dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Contoh : tema : bentuk Kumpulan A : namakan gambar bentuk Kumpulan B : lukis gambar bentuk Kumpulan C : gunting dan tampal bentuk mengikut kategori
  • Topik X Topik X KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 TEMA Topik X KUMPULAN 3
  • PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI
    • Memastikan murid dapat menguasai sesuatu
    • kemahiran dengan cekap dan lengkap.
    • Menguasai kemahiran melalui latih tubi.
    • Merangkumi 4 langkah.
  • 4 LANGKAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI
    • Menerangkan objektif secara eksplisit.
    • Teknik P & P yang berkesan termasuk penggunaan bahan bantu mengajar.
    • Penilaian.
    • Aktiviti susulan.
    Objektif Teknik P & P Penilaian Aktiviti Susulan
  • PENDEKATAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF
    • P & P secara kumpulan di bawah bimbingan guru.
    • Guru sebagai pembimbing dalam sesuatu kumpulan pelbagai kebolehan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan atau projek.
    • Latih tubi dilaksanakan.
  • Kriteria Asas Menjayakan P & P Secara Koperatif Dan Kolaboratif:
    • Semangat saling bergantungan yang positif.
    • Kemahiran sosial.
    • Kesedaran akauntabiliti individu.
    • Penilaian kumpulan.
  • LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF DAN KOLABORATIF
    • Bahagikan kumpulan murid dan berikan nama-nama kumpulan.
    • Nyatakan objektif, bahan bantu mengajar yang digunakan serta langkah-langkah melakukan aktiviti.
    • Mengajar prosedur melaksanakan aktiviti.
    • Tentukan kerjasama dalam kumpulan.
    • Tegaskan tanggungjawab setiap ahli kumpulan.
    • Nilaikan kumpulan.
  • KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR
    • PENGAJARAN SECARA KUMPULAN
    • PENGAJARAN SECARA INDIVIDU
    • TUNJUK CARA (DEMONSTRASI)
    • SIMULASI
    • BERCERITA
    • BERMAIN
    • PROJEK
    • PENGAJARAN BERPASUKAN
  • KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR
    • 2.0 PENGAJARAN SECARA KUMPULAN
    • Berasaskan strategi berpusat pada murid
    • Menguasai kemahiran mengikut kebolehan masing-masing
    • Jenis kumpulan
    • a. mengikut kebolehan
    • b. mengikut kumpulan untuk membantu guru merancang
    • objektif pengajaran-pembelajaran secara berperingkat
    • Murid dikumpulkan berdasar hasil penilaian (ujian diagnistik/ RPI)
    • Sesuai digunakan untuk aktiviti kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (Bahasa dan Matematik)
    • Ahli dalam satu kumpulan boleh ditukarkan kepada kumpulan lain mengikut tahap kebolehan
    • Komposisi ahli tidak sama untuk setiap kumpulan bagi mata pelajaran yang berlainan
    • 2.0.1 KUMPULAN PELBAGAI KEBOLEHAN
    • Pembentukan kumpulan murid-murid yang mempunyai
    • * pelbagai kebolehan
    • * pelbagai kecenderungan
    • Sesuai untuk menjalankan aktiviti
    • * permainan
    • * simulasi
    • * perbincangan
    • * projek dan
    • * ujikaji
    • Murid-murid cerdas dapat membantu murid-murid lemah
    • 2.1 PENGAJARAN SECARA INDIVIDU
    • Kaedah mengajar antara guru dan murid
    • Kaedah digunakan untuk murid-murid yang
    • * mempunyai masalah tingkahlaku,
    • * belum menguasai kemahiran yang diharapkan,
    • * pintar cerdas dan sebagainya
    • Murid-murid dapat mengembangkan potensi secara menyeluruh serta seimbang dari segi
    • * intelek
    • * rohani
    • * jasmani
    • * sosial
    • 2.1.1 FAKTOR-FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA DALAM
    • PENGAJARAN SECARA INDIVIDU
    • Kebolehan dan pengalaman sedia ada murid
    • Punca masalah yang dihadapinya
    • Strategi dan teknik mengajar
    • Isi pelajaran dan bahan bantu mengajar
    • Langkah-langkah pengajaran mengikut urutan
    • Aktiviti pengukuhan dan penilaian
    • 2.2 TUNJUK CARA (DEMONSTRASI)
    • Penerangan , demonstrasi cara atau langkah aktiviti oleh guru di hadapan murid
    • Aktiviti pendengaran dan penglihatan oleh murid
    • Demonstrasi mengukuhkan ingatan murid tentang langkah-langkah melaksanakan sesuatu tugasan atau aktiviti
    • Memudahkan pemahaman serta menimbulkan minat murid
    • Murid melakukan latihan amali untuk menguasai kemahiran dengan tepat dan kukuh
    • Semasa demonstrasi murid, guru dapat membetulkan sebarang kesilapan yang berlaku dengan segera
    • Membina keyakinan diri murid
    • 2.2.1 JENIS-JENIS TUNJUK CARA
    • A. Model Hidup
      • - Model yang sebenar digunakan untuk
      • melaksanakan demonstrasi
    • B Model Simbolik
    • - Tunjuk cara dilakukan berdasarkan
    • langkah-langkah secara bertulis,
    • bergambar atau arahan guru
    • C Model Persepsi
    • - Tayangan video sesuatu demonstrasi
  • 2.3 SIMULASI * Teknik simulasi di gunakan untuk membolehkan murid-murid berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mencari penyelesaian sesuatu masalah
  • 2.3.1 JENIS-JENIS SIMULASI
    • a. Sosio drama
    • Aktiviti lakonan berdasarkan cerita lengkap. Skrip lakonan disediakan terlebih dahulu supaya murid dapat membaca dan membuat persediaan.
    • Selepas berlakon, aktiviti perbincangan diadakan untuk menganalisa watak-watak lakonan dan membuat rumusan.
    • b. Main Peranan
    • Satu lakonan spontan tanpa menggunakan sebarang skrip.
    • Aktiviti ini berdasarkan sesuatu situasi atau masalah yang timbul
    • Tempoh lakonan hanya 5-6 minit sahaja.
    • Melalui aktiviti main peranan murid dapat mengukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan.
    • 2.4 BERCERITA
    • Satu kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pengajaran melalui teknik bercerita.
    • Penyampaian cerita melalui pita rakaman,boneka atau secara lisan.
    • Pilih cerita yang sesuai dengan minat,kebolehan, umur dan pengetahuan am murid.
    • Guru perlu menghafaz isi-isi cerita.
    • Sediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, gambar ,topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid.
    • Masa bercerita,guru boleh duduk atau berdiri
    • Gunakan suara yang menarik dan dengan penuh emosi.
    • Pandang terus kepada murid secara bergilir-gilir.
    • Gunakan kad perkataan dan gambar untuk membantu murid memahami isi-isi cerita.
    • Guru boleh mengemukakan beberapa soalan semasa bercerita.
    • Gunakan perkataan dan ayat yang boleh difahami selepas bercerita. Aktiviti susulan boleh dijalankan.
  • 2.5 BERMAIN
    • Teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan terkawal.
    • Sesuai digunakan sebagai aktiviti pengukuhan,pengayaan dan pemulihan contohnya kuiz,teka-teki,penyelesaian masalah,memadan dan demonstrasi.
    • Boleh dilaksanakan secara kelas,individu,berpasangan atau kumpulan.
    • 2.5.1 Langkah-Langkah Pelaksanaan.
    • Mengikut Jill Hadfield,1984,langkah-langkah
    • pelaksanaannya ialah:
    • Penerangan dan demonstrasi guru tentang cara permainan dijalankan.
    • Sekumpulan kecil murid dipilih membuat demonstrasi permainan yang diajar.
    • Menjalankan aktiviti permainan.
    • Di akhir permainan, murid merumus apa yang telah dipelajari.
    • 2.6 PROJEK
    • Menurut Professor William Kilpatrik(1871-1965)
    • kaedah projek ialah:
    • Satu kaedah yang diubah suai daripada kaedah P&P melalui aktiviti permainan,kerja praktik,kajian dan lawatan.
    • Murid dapat mengalami satu situasi yang benar.
    • Meningkatkan minat dan perhatian murid.
    • Aktiviti dijalankan selepas murid menguasai kemahiran kemahiran tertentu.
    • Murid memperolehi pengalaman yang lebih luas.
    • Dapat mengembangkan potensi murid dalam aspek jasmani dan sosial.
    • Memberi pengukuhan kepada kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai.
    • Boleh dilaksanakan secara individu atau kumpulan.
    • Contoh-contoh: Projek kaji selidik, projek hasil tangan dan lawatan.
    • 2.6.1 Langkah-Langkah Pelaksanaan.
    • Menentukan objektif pengajaran mengikut kebolehan murid.
    • Menyediakan alat-alat dan bahan-bahan yang diperlukan.
    • Merancang aktiviti.
    • Pembahagian tugas bagi setiap murid dalam kumpulan.
    • Menentukan tugas yang memerlukan bimbingan guru dan tugas yang memerlukan kepimpinan murid daripada kumpulan cerdas.
    • Mempamerkan hasil-hasil kerja.
    • Penilaian.
    • 2.7 PENGAJARAN BERPASUKAN
    • Mengikut Sharifah Alawiyah Alsagofff(1984):
    • “ pengajaran berpasukan ialah pengajaran yang melibatkan dua orang guru atau lebih yang sentiasa bekerjasama dalam merancang,menyampaikan dan menilai pengajaran yang disediakan untuk satu kumpulan murid yang sama”
    • Pengajaran boleh dilaksanakan secara kelas,kumpulan dan individu.
  • Panitia Mata Pelajaran (PMP)
    • “ Penubuhan PMP adalah berdasarkan
    • Surat Pekeliling Ikhtisas
    • KP. Bil. 4/1986.
    • Penubuhan panitia mata pelajaran di sekolah bertujuan menggembeleng tenaga pengajar dalam menyelaras aktiviti dan tugas mengajar melalui strategi P&P yang berkesan.”
  • OBJEKTIF PMP
    • Merancang dan menyelaraskan pengurusan dan aktiviti mata pelajaran.
    • Meningkatkan mutu dan keberkesanan P&P.
    • Memperoleh strategi/kaedah pengajaran yang inovatif dan kreatif mengikut perkembangan pendidikan semasa.
    • Memperbaiki prestasi murid dalam peperiksaan sekolah dan awam dalam mata pelajaran akademik.
    • Mewujudkan kerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan Persatuan.
  • Peranan Ketua Panitia
    • ( Pernyataan Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001 )
    • Melaksanakan tugas P&P.
    • - Mengajar mengikut opsyen
    • - Guru contoh
    • Pemimpin dan Pengurus Kurikulum
    • - Merancang, melaksanakan, menyelia dan menilai P&P.
    • - Mengurus dan menggerakkan panitia.
    • - Agen perubahan/inovasi.
    • - Melaksanakan pemantauan.
    • Kemajuan staf
    • - Membuat analisis keperluan.
    • - Merancang dan melaksanakan program latihan dalaman.
  • PERANAN DAN FUNGSI PANITIA MATA PELAJARAN
    • Memperoleh sukatan pelajaran semasa dan menyediakan rancangan pelajaran yang diselaraskan mengikut keperluan sesuatu kelas/tahun.
    • Memilih dan mencadangkan buku-buku teks dan rujukan yang sesuai kepada pentadbir sekolah untuk digunakan oleh murid-murid.
    • Menyediakan sudut-sudut dan bahan-bahan pembelajaran dan merancang penggunaanya.
    • Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan sekolah - tubuhkan Bank Soalan.
    • Menganalisis keputusan peperiksaan dan mengambil langkah mengatasi kelemahan murid dan P&P guru-guru.
    • Menjalankan aktiviti perkembangan staf peringkat panitia berkaitan profesionalisme perguruan.
    • Membantu guru baru dalam perkara ikhtisas.
    • Menentukan bilangan minimum latihan-latihan yang diberi dari segi jenis/kepelbagaian. Pastikan latihan disemak secara konstruktif dan kemaskini.
    • Bekerjasama dengan persatuan akademik untuk tingkatkan prestasi pembelajaran murid dalam mata pelajaran berkenaan.
    • Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan kurikulum.
    • Merancang program khas murid bermasalah 3 M.
    • Menguruskan fail-fail rasmi panitia di pejabat sekolah secara kemaskini dan berterusan.
    • Menjalankan mesyuarat panitia secara formal.
  • Perkara-Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Panitia Berkaitan Dengan Mesyuarat Panitia
  • Mesyuarat perlu diadakan secara berkala, sekurang-kurangnya sekali dalam sepenggal. Setiap mesyuarat perlu ada agenda tertentu yang mengandungi, antaranya perkara-perkara berikut :
    • Membincang dan meluluskan minit mesyuarat lalu
    • Perkara-perkara berbangkit
    • Membincangkan isu/masalah profesional berkaitan P&P
    • Bahasa Melayu.
    • Membincangkan perkembangan/perubahan kurikulum
    • sekolah.
  • Mengadakan mesyuarat pada masa/tarikh yang dijadualkan dalam takwim sekolah. Salinan minit mesyuarat perlu diedarkan dan dimiliki oleh semua ahli panitia, GPK dan GB. Setiap salinan minit mesyuarat hendaklah dimasukkan ke dalam fail rasmi sekolah.
    • Ketua Panitia berperanan membuat tindak ikut untuk mengesan keberkesanan pelaksanaannya.
  • PENGURUSAN FAIL/DOKUMEN PANITIA MATA PELAJARAN
  • SISTEM FAIL
    • Nombor Rujukan Fail
    • KURIKULUM – 06
    • Panitia – 06/04
    • 06/04/001 – Bahasa Melayu
    • 06/04/002 – Bahasa Inggeris
    • 06/04/003 – Sejarah
    • 06/04/004 - Matematik
  • Cara Penulisan No. Fail Pecahan
    • 01 – Maklumat Guru Panitia dan Jadual Waktu
    • 02 – Surat Menyurat Panitia (surat-surat dihantar dan diterima)
    • 03 – Minit Mesyuarat Panitia
    • 04 – Rancangan dan Aktiviti Panitia
    • 05 – Analisis Peperiksaan UPSR/Pep. Sekolah
    • 06 – Pencerapan Guru-Guru/Penyemakan Buku Latihan
    • 07 – Rancangan Tahunan/Huraian Sukatan Pelajaran - guna ‘box file’
    • 08 – Kertas-kertas soalan UPSR/Pep. Sekolah-guna ‘box file’
    • 09 – Buku Stok (Inventori ABM/BBM/Buku Rujukan)
    • 010 – Perkembangan Staf
    • Contoh : Fail Maklumat Guru Panitia : 06/04/001/01
    • : Fail Surat Menyurat : 06/04/001/02
    • : Fail Minit Mesyuarat : 06/04/001/03
    • * Nama Panitia mesti ditulis pada muka depan setiap fail.
  • Cara Dokumen Difailkan
    • Semua dokumen ditebuk lubang 1 inci dari hujung atas di sebelah kiri dan diikat dengan tali hijau.
    • Setiap dokumen ditulis no. rujukan di sebelah atas bahagian kanan dokumen.
  • Minit Dokumen
    • Rekod kandungan fail panitia dicatat pada sebelah dalam kulit hadapan - Kertas Minit.
    • Bil. Tajuk
    • Surat drp……………………… pth …………………… dmp
            • (pada tarikh) (diminit pada)
    • Surat kpd …………………… pth ……………………… dmp
    • * Surat diterima dari luar – Tulis dengan dakwat MERAH.
    • * Surat dihantar keluar – Tulis dengan dakwat BIRU/HITAM.
  • Menutup Fail
    • Fail ditutup apabila ketebalan fail sudah 1 inci atau terdapat 100 kandungan/dokumen.
    • Fail yang ditutup dilabel, contoh :
    • 06/04/001/02 – Jilid 1
    • Tambahan fail baru dilabel, contoh :
    • 06/04/001/02 – Jilid 11
  • Pengajaran dan Pembelajaran
    • 1. Rancangan Pelajaran Tahunan
    • (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999)
    • 2. Rancangan Pelajaran Harian
    • (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999)
    • 3. Set Induksi
    • 4. Penyampaian / Perkembangan
    • Pelajaran
    • 5. Teknik Penyoalan Guru
    • 6. Penglibatan Murid
    • 7. Peneguhan
    • 8. Latihan dan Tugasan
    • 9. Pemeriksaan Latihan dan
    • Tugasan Murid
    • 10. Penutupan
    • 11. Hasil Kerja Murid
    • 12. Pengurusan Kelas
    • 13. Perwatakan Guru
  • Guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut prinsip-prinsip berikut:
    • a. Berdasarkan kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan surat pekeliling ikhtisas terkini;
    • b. Kandungan sukatan pelajaran diolah mengikut tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara bersepadu;
    • c. Pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif;
    • d. Menghayati dan mengamalkan ilmu;
    • e. Menggunakan bahan-bahan sokongan yang relevan dan sesuai dengan tahap pencapaian, potensi dan kemajuan murid;
    • f Guru dan murid bersedia dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek;
    • g. Mengurus bilik darjah secara efektif bagi menghasilkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif;
    • h. Setiap murid diberi tugasan mengikut keupayaan dan kebolehan mereka;
    • i. Memupuk semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan dan patriotisme; dan,
    • j. Membuat penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.
    • Kekuatan GC terletak pada kehebatannya menyampaikan ilmu dengan berkesan dan menggerakkan akal fikir murid untuk terus memperoleh ilmu tambahan.
  • SEKIAN TERIMA KASIH