Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah

6,197 views

Published on

Minit mesyuarat guru kali -1

Published in: Education
  • Be the first to comment

contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah

  1. 1. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ SHEIKH AHMAD 70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN. MINIT MESYUARAT GURU 1/2014 Tarikh : 18 Disember 2013 Hari : Rabu Tempat : Dewan Sekolah Masa : 8.15 pagi Kehadiran : Rujuk Lampiran 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Puan Hj. Siti Aloyah mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru ke mesyuarat guru kali pertama 1.2 Pengerusi memperkenalkan guru baharu yang bertukar ke sekolah ini 1.3 Pengerusi juga menyatakan terdapat 10 orang guru yang akan bertukar ke sekolah ini dan 3 orang guru telah berpindah keluar. 1.4 Makluman dari Puan Pengerusi: 1.4.1 Guru Tingkatan bertanggungjawab terhadap kelas masing –masing dari pelbagai segi. 1.4.2 Guru-guru juga perlu meningkatkan kualiti guru serta bekerja bertungku-lumus bagi tahun 2014 bagi merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 1.4.3 Visi dan Misi Sekolah yang baru akan diedarkan 1.4.4 Jawatankuasa-Jawatankuasa guru perlu berfungsi dengan aktif bagi meningkatkan kualiti kerja dan prestasi sekolah.
  2. 2. 1.4.5 Guru-Guru juga diberi peringatan untuk bertanggungjawab ke atas jagaannya atau pelajarnya semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Guru juga perlu memastikan pelajar menghantar buku latihan dan membuat latihan yang diberi. 1.4.6 Guru-Guru dan guru tingkatan perlu memastikan kebersihan dalam kelas terjaga dan bersih sebelum memulakan pelajaran Makluman: Semua guru 2.0 Tatacara Penjawat Awam 2.1 Cara berpakaian 2.1.1 Berkasut (tidak memakai selipar) terutamanya guru wanita 2.1.2 Pakaian mesti kemas. 2.2 Seorang penjawat awam mesti cekap. Patuhi deadline. Setiap program yang hendak dijalankan mesti ada perancangan/kertas kerja dan sekiranya terdapat permohonan kewangan mestilah melalui Nota minta. 2.3 Penjawat awam dinasihat supaya tidak terlibat secara langsung dalam menyebarkan risalah atau khabar angin dalam media sosial. Makluman: Semua guru 3.0 Senarai Tugas dan Analisis pemberatan 3.1 Guru-guru diminta merujuk edaran senarai tugas mengenai tugas dan tanggungjawab 3.2 Guru-guru diminta untuk mengemaskini Fail peribadi murid dan akan di selaraskan oleh Pn. Nazliza 3.3 Senarai Jawatankuasa program tahunan telah disediakan untuk semua guru-guru. Guru-guru yang berkenaan perlu membuat persiapan awal bagi menyelaras dan memastikan program berjalan lancar 3.4 Jawatankuasa Kelab guru dan staf akan memegang jawatan selama 2 tahun iaitu 2014/2015.
  3. 3. Makluman: Semua guru 4.0 Taqwim Persekolahan 4.1 Bilangan hari persekolahan sebanyak 189 hari, dimana taqwin tersebut telah diedarkan untuk semua guru 4.2 Perincianya mengikut penggal dan analisis peristiwa telah disediakan 4.3 Guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan mengikut Taqwim 4.4 Guru juga perlu menyusun RPT sehingga tarikh melengkapkan sukatan, ikut cuti dan minggu 4.5 LDP akan dijalankan sebanyak 7 kali bagi tahun 2014 Makluman: Semua guru 5.0 Senarai Guru Bertugas 5.1 Senarai guru bertugas Penggal 1 telah diedarkan. Pada Minggu 1 hingga 6 terdapat 5 orang guru kerana bilangan hari persekolahan yang kurang. 5.2 Laporan guru bertugas mestilah lengkap. Guru dikehendaki mencatat pesanan, nasihat dan kata-kata setiap ucapan semasa perhimpunan serta mengikut format 5.3 Guru ganti akan disediakan jika perlu dan maklumkan keperluan tersebut kepada pihak pengurusan Makluman: Semua guru 6.0 Pengurusan Guru ganti
  4. 4. 6.1 Guru yang diganti perlu menandatangani penerimaan slip guru ganti 6.2 Guru ganti wajib untuk masuk ke kelas yang diarahkan kerana jika ketidakhadiran guru kemungkinan berlakunya perkara yang tidak diingini 6.3 Guru juga perlu mencatat tarikh tiada di sekolah dan tarikh atau waktu gantinya Makluman: Semua guru 7.0 Melindungi Masa Instruksional 7.1 Kelas Aliran Agama dan Kelas MPV perlu ditamatkan pada 3.10 petang 7.2 Kelas Sains Agama dilaksanakan dari 3.10-4.30 petang 7.3 Guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran semasa waktu ganti berdasarkan perancangan bahan yang disediakan oleh guru yang diganti 7.4 Guru juga boleh diarahkan melaksanakan NILAM 7.5 Bagi guru yang akan meninggalkan sekolah perlulah mengisi borang Aktiviti MMI dan menyerahkan kepada PK1 sehari sebelum meninggalkan sekolah agar agihan kerja dapat dilaksanakan Makluman: Semua guru 8.0 Jadual waktu persekolahan
  5. 5. 8.1 Terdapat perubahan jadual waktu persekolahan adalah pada hari Rabu iaitu 30 minit (7.30- 8.00 pagi)bagi menjalankan program, MBMMBI dan kokukirulum . Pada Hari Jumaat pula kelas agama tamat persekolahan pada pukul 12.30 tghari 8.2 Kebenaran hadir lewat bagi guru-guru yang ada PdP W12 dan W13 diubah kepada hadir seperti biasa sepanjang tempoh ujian dan peperiksaan atau terdapat aktiviti petang yang melibatkan semua warga sekolah. Makluman: Semua guru 9.0 Jadual waktu guru 9.1 Jadual waktu guru akan diedarkan sebagai Deraf pertama agar guru-guru boleh mengetahui subjek dan kelas yang akan diajar 9.2 Jadual waktu akan diubah apabila pergerakan pindah masuk guru diperoleh Makluman: Semua guru 10.0 Pelan Sekolah 10.1 Terdapat perubahan dalam pelan sekolah bagi kedudukan kelas tertentu dengan tujuan untuk memastikan perjalanan kelas lebih lancar dan guru-guru boleh rujuk dalam lampiran yang diberikan 10.3 Status persediaan bilik khas perlulah lengkap dan sedia guna pada 2 Januari 2014. Guru penyelaras diminta untuk mengambil tindakan sewajarnya Makluman: Semua guru 11.0 Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
  6. 6. 11.1 Penulisan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian perlu mengikut format iaitu ada minggu, tajuk, objektif dan perancangan PBS 11.2 Penulisan RPH PBS akan diterangkan semasa mesyuarat PBS 11.3 Buku Rekod Mengajar perlu lengkap selewat-lewatnya Hari Jumaat 10 Januari 2014 Makluman: Semua guru 12.0 Kebenaran Meninggalkan Pejabat semasa waktu bekerja 12.1 Guru-guru yang ingin meninggalkan pejabat untuk menyelesaikan urursan peribadi yang terpaksa dilakukan dalam waktu bekerja perlulah mengisi borang sehari sebelum keluar 12.2 Guru perlu mendapatkan kelulusan pengetua terlebih dahulu dan sertakan salinan kad temu janji klinik atau hospital 12.3 Guru perlu menyambil Cuti Rehat Khas (CRK) apabila tempoh masa berada di luar sekolah melebihi separuh daripada waktu bekerja sehari 12.4 Guru juga perlu mengemukakan time slip/lain-lain dokumen pengesahan Makluman: Semua guru 13.0 Hal-hal lain 13.1 Waktu Rehat pelajar berubah dimana bagi Menegah Rendah pada 10.10 dan Rehat Menegah atas dilewat kan 10.50-11.10 pagi bagi memudahkan pihak kantin untuk menyediakan makanan Makluman: Semua guru Mesyuarat ditangguhkan jam 10.00 pagi
  7. 7. Disediakan oleh Disahkan oleh (Pn.Noraziemah bt Azman) (Pn. Hjh. Norhayati bt Awang) PK1 SMK Dato’ Sheikh Ahmad

×