kajian

  • 4,319 views
Uploaded on

 

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
4,319
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
151
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. 1 BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Pada tahun 2010, Malaysia telah mengalami transformasi pendidikan dengan pesatnya. Perkembangan ini telah melihatkan beberapa perubahan-perubahan di dalam sistem pengajaran yang ada sekarang ini bagi meningkatkan serta memperkukuh kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah. Transformasi pendidikan juga adalah wadah utama menentukan perkembangan kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara. Oleh itu, guru sebagai tunjang utama dalam mendominasi dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Profesion perguruan sering mendapat perhatian masyarakat kerana peranannya yang begitu ketara dalam membentuk generasi yang akan datang. Ini bermaksud profesion perguruan yang berkualiti mampu mengubah dan menjana paradigma serta perilaku mereka. Oleh itu, profesion perguruan yang mantap dan berkesan perlu diwujudkan agar aspirasi untuk memperkasakannya bukan hanya fatamorgana malahan merupakan suatu realiti. Sesungguhnya, kita perlu mengakui keperluan tahap pendidikan yang berkualiti semakin nyata. Fenomena ini berlaku adalah disebabkan desakan daripada perubahan dalam pembentukan tamadun yang semakin canggih. Bakal-bakal guru seharusnya sedar akan hakikat tuntutan itu dan bersedia menyahut cabaran ke arah memperkasakan profesion perguruan di negara ini. Program latihan mengajar adalah satu komponen penting dalam kurikulum latihan perguruan pra perkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah
  • 2. 2 Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program latihan mengajar dapat melatih guru pelatih ke alam profesion keguruan yang sebenar dan seterusnya menerapkan sikap profesional di kalangan guru pelatih dengan bimbingan daripada guru pembimbing. Guru pelatih akan melaksanakan tugas dengan cekap dan mengikut etika yang telah ditentukan dengan bimbingan yang diterima daripada guru pembimbing yang terlatih. Dengan itu, guru-guru pelatih akan sentiasa berfikir mencari jalan untuk mempertingkatkan pelaksanaan tugas yang telah diamanahkan pada mereka. Program latihan mengajar memberi peluang kepada guru pelatih mempraktikkan ilmu yang diperolehi sepanjang belajar di dalam bilik kuliah di institusi-institusi pengajian tinggi atau di institut pendidikan perguruan. Bagi menentukan latihan mengajar berjalan dengan teratur dan berkesan satu mekanisma yang sistematik dilaksanakan untuk pihak pentadbiran latihan mengajar, pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan pentadbir sekolah bekerjasama dalam membentuk persefahaman untuk perkembangan dan kepentingan kemahiran profesional guru pelatih. Pendek kata, latihan mengajar ini dapat membantu bakalbakal guru membuat persediaan sebelum mereka melangkah ke alam realiti sebenar persekolahan. Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran, Malaysia (2008), program ini banyak menekankan latihan amali profesional di sekolah di mana semua guru pelatih akan menjalani pengalaman berasaskan sekolah, praktikum dan pendedahan intensif untuk membentuk guru selaras situasi sebenar di bilik darjah serta budaya sekolah. Pendedahan ini penting untuk membolehkan mereka lebih `hands-on’ serta berkemahiran tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, dapat menyesuaikan diri dengan suasana serta persekitaran tempat bertugas, memahami kehendak perkhidmatan diperlukan, dan bersedia menghadapi cabaran kerja. Konsep ini dicontohi daripada kurikulum program ijazah sarjana muda yang dilaksanakan secara kolaborasi dengan universiti luar negara.
  • 3. 3 Dalam latihan mengajar, penyeliaan pengajaran adalah satu proses memerhati, membimbing serta memberi maklum balas kepada aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Menurut Al Ramaiah (1999) penyeliaan didefinisikan sebagai satu usaha untuk mendorong, menyelaras, dan membimbing guru dalam hal pengajaran supaya guru-guru lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. Penyeliaan pengajaran yang berkesan dapat membawa perubahan positif atau pembangunan diri dan pembaharuan diri guru pelatih untuk meningkatkan mutu pengajarannya dan seterusnya pembelajaran murid. Dalam penyeliaan pengajaran guru pelatih, orang yang penting dalam memantau pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah adalah guru pembimbing. Guru pembimbing ialah guru sekolah yang telah dilantik oleh sekolah dan juga Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk menjalankan tugas penyeliaan pengajaran. Guru pembimbing terdiri daripada guru-guru terlatih yang dikenal pasti untuk membantu guru pelatih dalam menjalani latihan mengajar di sekolah mereka. Guru pembimbing merupakan rakan kolaborator bagi menjayakan program latihan mengajar, memberi sumbangan seperti memberi nasihat dan bimbingan secara interaktif, formal dan informal secara berterusan kepada bakal guru IPTA atau bakal guru IPGM. Guru-guru terlatih di sekolah adalah pengamal pengajaran yang pakar dengan situasi sebenar pembelajaran dan pengajaran serta kurikulum di sekolah mereka. Guru pembimbing adalah insan yang mampu memberi tunjuk ajar kepada guru pelatih dalam menghadapi masalah-masalah sebenar di bilik darjah serta di sekolah (USM, 2008). Guru pembimbing lebih mahir tentang suasana dan budaya sekolah dan dapat membantu guru pelatih menyesuaikan diri dalam masa yang singkat. Bimbingan oleh guru pembimbing semasa sesi latihan mengajar dapat membantu guru pelatih menguasai pengetahuan dan kemahiran sekaligus menjadi bakal guru yang berkesan. Di samping itu, bimbingan yang diberikan juga memberi penekanan terhadap pemupukan sikap dan nilai-nilai perguruan seperti yang dihasratkan.
  • 4. 4 Menurut (Jamaluddin et al., 2006), peranan yang dimainkan oleh guru pembimbing dalam program latihan mengajar amat besar dan penting kerana pengaruh mereka yang kuat terhadap guru pelatih. Mereka dianggap pakar oleh guru pelatih dan menjadi rol model dalam pembentukan personaliti guru pelatih sebagai guru yang berkualiti. Program latihan mengajar merupakan satu program pendidikan guru yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program ini memberi tumpuan kepada proses pembelajaran dan pengajaran dengan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara agensi-agensi KPM (IPG, Kampus Temenggung Ibrahim, 2008) 1.1 Latar belakang Masalah Satu komponen yang sangat penting dalam sesuatu program latihan perguruan ialah latihan mengajar. Melalui program ini, guru pelatih dapat mempraktikkan tingkah laku yang diinginkan untuk mengajar lebih berkesan dan juga menggunakan segala teori yang telah didedahkan semasa mereka mengikuti kursus perguruan di IPG. Program ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada guru pelatih menimba pengalaman awal sebelum mereka memasuki profesion perguruan sebenar yang akan ditempuhi kelak. Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim telah dapat melaksanakan sesi pengajian kepada pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bermula Januari 2007. Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim merupakan salah sebuah IPG yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan program peringkat Ijazah dalam bidang Matematik, Sains, Pendidikan Jasmani dan Reka Bentuk dan Teknologi bagi sekolah rendah. Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan profesionalisme
  • 5. 5 dalam bidang masing-masing selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru (IPG, Kampus Temenggung Ibrahim, 2007). Reka bentuk dan Teknologi adalah salah satu pengkhususan di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang ditawarkan di IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Reka Bentuk dan Teknologi adalah mata pelajaran yang akan dilaksanakan pada tahun 2014 bagi memperbaiki kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) yang sedia ada (IPG, Kampus Tun Hussein Onn, 2010). Perbezaan yang dapat dilihat pengkhususan Reka Bentuk dan Teknologi daripada pengkhususan lain ialah objektifnya yang ingin melahirkan pendidik yang berpengetahuan dan berkemahiran praktikal dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial, budaya, psikologi dan etika profesional keguruan (IPG, Kampus Pendidikan Teknik, 2009). Perubahan ketara dari segi personaliti guru pelatih berlaku semasa latihan mengajar. Perubahan dan perkembangan yang berlaku adalah dalam suasana di sekolah dan bukan di dalam kampus. Pengalaman dan pengetahuan diperoleh sewaktu latihan mengajar biasanya memberi kesan yang mendalam (Muainah Ismail, 2000). Guru pembimbing yang dilantik telah diberi kepercayaan untuk menilai pembelajaran dan pengajaran guru pelatih. Segala panduan dan tunjuk ajar yang diberikan daripada proses penyeliaan pengajaran sangat berguna dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran dan pengajaran guru pelatih. Bagaimanapun, bagi meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam pembelajaran dan pengajaran, perlunya ada pencerapan dan perbincangan dua hala iaitu antara guru pelatih dan guru pembimbing diamalkan. Pandangan daripada guru pelatih perlu diambil kira hasil daripada penilaian yang dilakukan oleh guru pembimbing. Berdasarkan borang maklum balas praktikum guru pelatih IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Johor Bahru (2009), rata-rata guru pelatih memberi maklum balas bahawa penyeliaan pengajaran serta bimbingan dari guru pembimbing agak
  • 6. 6 terhad. Ini kerana kesibukan guru pembimbing dengan tugas-tugas yang dipikul di sekolah. Oleh disebabkan itu, peranan penyeliaan pengajaran kurang diberikan perhatian yang sewajarnya. Ia memberikan impak yang tidak baik terutamanya dalam melahirkan pelapis bagi tenaga pendidik di masa hadapan. Berikut adalah penyataanpenyataan guru pelatih hasil daripada latihan mengajar : Masa peribadi yang padat dengan tugas-tugas yang khas menyebabkan agak sukar bertemu. (IPG KTI, 2009) Jarang berjumpa kerana guru pembimbing agak sibuk. (IPG KTI, 2009) Masa observe tak ikut jadual atas tugasan lain. (IPG KTI, 2009) Waktu bimbingan yang terhad berikutan beban kerja di sekolah. (IPG KTI, 2009) Mempunyai waktu bimbingan yang terhad berikutan beban kerja di sekolah. (IPG KTI, 2009) Pelbagai situasi dan keadaan yang ditempuhi oleh guru pelatih IPG dalam menjalani praktikum di sekolah. Ini sedikit sebanyak dapat memberi kesan terhadap perjalanan latihan mengajar yang sedang mereka lalui. Hapidah et al., (2002) menyatakan bahawa, kebanyakan guru-guru terlatih di sekolah kurang bertanggungjawab utnuk memberi dorongan dan tunjuk ajar, malah ada dalam kalangan mereka kurang senang melihat kesungguhan dan dedikasi guru-guru pelatih menjalankan tugas pengajaran mereka. Tindakan sebegini seolah-olah menidakkan kehadiran mereka dan mereka juga tidak dapat menunjukkan prestasi sebenar mereka di dalam latihan mengajar. Dalam kajian Azizah et al., (2006), menyatakan bahawa, penilaian pengajaran oleh penyelia mencetuskan kebimbangan di kalangan guru pelatih kerana ada dalam kalangan mereka kurang selesa apabila mereka diperhatikan oleh orang lain. Ini kerana mereka bimbang akan pengajaran mereka tidak selari dengan kehendak guru pembimbing yang menyelia mereka. Ini memberi kesan kepada guru
  • 7. 7 pelatih dalam melaksanakan pengajaran lebih-lebih lagi apabila diselia dan dinilai oleh guru pembimbing yang mahukan mereka mengajar mengikut cara yang dikehendakinya. Menurut Abd Rahim (2007), cabaran penting keguruan ialah membina dan membentuk masyarakat beretika yang mampu membangun dan membina kekuatan sendiri serta menentukan masa depan yang bebas daripada berbagai-bagai krisis sosial dan moral. Oleh itu, etika profesion keguruan perlu dipertingkatkan bagi mencorakkan perubahan, kemajuan dan kemuliaan profesion, terutama dalam era perubahan dan krisis. Untuk menjadi seorang guru pelatih yang cemerlang dalam latihan mengajar, mereka perlu ada komitmen yang tinggi dalam profesion tersebut, berdaya saing untuk menjadi seorang guru yang berprestasi tinggi, mempunyai hubungan yang baik dengan warga sekolah dan tahu dengan jelas bahawa dengan latihan mengajar dapat memberi input yang berkesan dalam proses pengajaran. Oleh yang demikian, persepsi guru pelatih IPG khususnya opsyen RBT terhadap penyeliaan pengajaran ke atas mereka perlu dikaji dalam memastikan hasil penilaian akhir akan memuaskan hati pihak yang terlibat seperti guru pelatih, pihak sekolah, unit praktikum IPG sendiri bagi membolehkan tindakan susulan dapat diambil bagi mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan ini menumpukan kepada penyeliaan yang telah dilakukan oleh guru pembimbing terhadap guru pelatih IPG. Proses penyeliaan pengajaran terhadap guru pelatih adalah sangat penting dalam membentuk seorang bakal guru yang berkualiti dan memenuhi apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 8. 8 1.2 Pernyataan Masalah Program latihan mengajar memberikan pengalaman sebenar kepada guru pelatih mempraktikkan segala apa yang dipelajari di bilik kuliah ke situasi sebenar di bilik darjah. Penyeliaan pengajaran ini adalah bertujuan bagi memberi bimbingan dalam kemahiran pengajaran dan mempertingkatkan profesionalisma guru pelatih. Oleh disebabkan kekangan masa yang dihadapi oleh guru pembimbing atas bebanan tugas di sekolah menghalang guru pembimbing untuk membimbing dan membantu guru pelatih secara berterusan. Oleh yang demikian, kajian ini dibuat bagi mengkaji persepsi guru pelatih IPG terhadap penyeliaan pengajaran semasa latihan mengajar. Kajian ini dijalankan terhadap guru-guru pelatih RBT di IPG Kampus Temenggung Ibrahim di Johor Bahru bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti pencerapan dan bimbingan dalam kalangan guru pembimbing. Terdapat empat aspek yang dikaji oleh penyelidik iaitu, sebelum pencerapan, semasa pencerapan, selepas pencerapan dan peningkatan profesionalisme keguruan hasil daripada penyeliaan pengajaran. 1.3 Objektif Kajian Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa objektif. Antara objekifnya adalah untuk mengenalpasti : i. Persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing sebelum pencerapan pengajaran. ii. Persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing semasa pencerapan pengajaran. iii. Persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing selepas pencerapan pengajaran. iv. Persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing tentang peningkatan profesionalisme keguruan dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat hasil daripada penyeliaan pengajaran.
  • 9. 9 1.4 Persoalan Kajian Dalam kajian ini, terdapat empat aspek yang dikaji daripada persepsi guru pelatih RBT IPG Kampus Temenggung Ibrahim terhadap penyeliaan pengajaran semasa latihan mengajar. Persoalan untuk kajian ini adalah seperti berikut : i. Apakah persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing sebelum pencerapan pengajaran ? ii. Apakah persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing semasa pencerapan pengajaran ? iii. Apakah persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing selepas pencerapan pengajaran ? iv. Apakah persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing tentang peningkatan profesionalisme keguruan dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat hasil daripada penyeliaan pengajaran? 1.5 Kepentingan Kajian Aspek yang paling penting bagi seorang guru pelatih adalah bimbingan dan tunjuk ajar dari guru pembimbing. Kajian ini diharapkan dapat memberi beberapa manfaat yang berguna kepada guru pelatih, guru pembimbing, Unit Praktikum dan juga IPG Kampus Temenggung Ibrahim dalam melahirkan bakal-bakal guru yang berprestasi tinggi.
  • 10. 10 Antara kepentingan kajian ini adalah seperti berikut : 1.5.1 Guru Pelatih Dari kajian ini, guru pelatih RBT IPG Kampus Temenggung Ibrahim akan mendapat maklumbalas mengenainya dari perspektif penilaian yang berbeza. Bimbingan penyeliaan pengajaran dari guru pembimbing boleh membantu guru pelatih dalam menilai kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya memperbaikinya supaya pengajaran dan pembelajaran berkesan kepada murid pada masa hadapan semasa latihan mengajar. Selain itu, kajian ini boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam menilai penyeliaan pengajaran yang akan dilaksanakan kelak. 1.5.2 Guru Pembimbing Peranan guru pembimbing bukan sahaja menyelia pengajaran guru pelatih tetapi dia juga berperanan sebagai rol model kepada guru pelatih dalam pembentukan sahsiah guru pelatih dari segi pergaulan, peningkatan jati diri dan pemupukan nilai profesionalisme keguruan. Dapatan hasil kajian ini dapat membantu guru pembimbing dalam memperbaiki kesilapan yang dilakukan semasa penyeliaan pengajaran terhadap guru pelatih dan hasil dapatan ini juga dapat mengelakkan perkara sebegini berlaku pada masa akan datang. Kajian ini juga boleh dirujuk oleh pihak sekolah dalam memilih guru pembimbing yang sesuai bagi guru pelatih pada masa hadapan.
  • 11. 11 1.5.3 Unit Praktikum Unit Praktikum boleh menggunakan hasil dapatan ini sebagai tindakan susulan dalam mempertingkatkan kualiti dalam melantik sekolah sebagai penempatan guru-guru pelatih. Selain itu, pihak unit praktikum boleh menjadikan hasil kajian ini sebagai rujukan dalam mengadakan bengkel bagi bakal guru pembimbing yang berkelayakan sebelum bermulanya sesi latihan mengajar. 1.5.4 Institut Pendidikan Guru Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pihak IPG dalam mempertingkatkan konsep penyeliaan pengajaran dan seterusnya dapat melahirkan bakal-bakal guru yang berkualiti dan juga menepati aspirasi negara. 1.6 Skop Kajian Kajian ini dijalankan di IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Johor Bahru, Johor yang melibatkan guru-guru pelatih Reka Bentuk dan Teknologi. Responden yang dipilih adalah mereka yang menjalani latihan mengajar. Di sini penyelidik mengkaji persepsi guru pelatih RBT terhadap penyeliaan pengajaran guru pembimbing dari segi pra pencerapan pengajaran, semasa pencerapan pengajaran dan juga pos pencerapan pengajaran semasa latihan mengajar dalam menjalankan penyeliaan dan penilaian terhadap guru pelatih RBT. Selain itu, penyelidik juga mengkaji persepsi guru pelatih RBT IPG Kampus Temenggung Ibrahim terhadap guru pembimbing tentang peningkatan profesionalisme keguruan dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat hasil daripada penyeliaan pengajaran.
  • 12. 12 1.7 Batasan Kajian Dalam kajian ini, beberapa batasan kajian telah ditetapkan bagi memudahkan pelaksanaan kajian dijalankan Kajian ini dijalankan secara kuantitatif iaitu menggunakan set soal selidik dan responden yang dipilih terdiri daripada 80 orang guru pelatih pengkhususan RBT di IPG Kampus Temenggung Ibrahim yang telah menjalani latihan mengajar. Pemilihan lokasi kajian berdasarkan pengkhususan yang hendak dikaji oleh penyelidik. Kajian ini bertumpu kepada persepsi guru pelatih terhadap guru pelatih sebelum, semasa dan selepas pencerapan. Selain itu peningkatan tahap profesionalisme keguruan dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat hasil daripada penyeliaan pengajaran juga dikaji. 1.8 Definisi Operasional Penyelidik telah menggunakan beberapa istilah dalam bahagian ini yang merupakan istilah-istilah yang bersesuaian dengan konteks kajian ini. Berikut disenaraikan beberapa istilah yang digunakan dan tafsiran istilah mengikut kajian ini. 1.8.1 Guru Pelatih RBT Guru Pelatih RBT adalah guru pelatih yang menjalani latihan perguruan di IPG yang berkeupayaan memindahkan dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai melalui bidang masing-masing dalam situasi sebenar (PISMP IPGKTI, 2007). Guru Pelatih RBT adalah guru pelatih di bawah program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang telah menjalani Latihan Mengajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di sekolah rendah. Mereka adalah guru pelatih yang mempelajari dalam pengkhususan Reka Bentuk dan Teknologi.
  • 13. 13 1.8.2 Guru Pembimbing Guru pembimbing terdiri daripada guru-guru terlatih yang dikenal pasti untuk membantu guru pelatih menjalani latihan mengajar di sekolah mereka. Guru pembimbing adalah rakan kolaborasi dalam menjayakan program latihan mengajar, yang memberi sumbangan dalam bentuk memberi nasihat dan bimbingan (Universiti Sains Malaysia,2008). Guru pembimbing adalah golongan guru-guru terlatih dan mempunyai pengalaman yang telah dikenalpasti untuk membantu serta membimbing guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar di sekolah mereka. Tugas mereka merangkumi orientasi, pengajaran dalam kelas, penilaian, perkembangan profesional dan juga kegiatan ko-kurikulum. 1.8.3 Latihan Mengajar Menurut kepada IPG Kampus Temenggung Ibrahim (2007), latihan mengajar ialah satu latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Latihan Mengajar memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Praktikum adalah program di bawah komponen latihan mengajar. Latihan mengajar adalah satu program wajib bagi guru pelatih sebelum mereka layak memasuki bidang perguruan. Mereka diberi pendedahan dan juga peluang untuk mempraktikkan segala kaedah, teori dan pendekatan yang diperoleh di bilik kuliah dan digunakan dalam situasi sebenar di bilik darjah. 1.8.4 Institut Pendidikan Guru Malaysia Menurut IPGM (2009), Institut Pendidikan Guru Malaysia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, semua Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) ini dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia .
  • 14. 14 Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan nama baru bagi menggantikan maktab perguruan setelah institusi berkenaan dinaikkan taraf mulai 1 April 2006. Terdapat 27 buah IPG di seluruh negara. Sejak itu IPG mula menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berijazah. Institut Pendidikan Guru (IPG) menawarkan program latihan perguruan praperkhidmatan bagi melatih guru sekolah rendah dalam pelbagai mata pelajaran. Sebagai prasyarat, pelajar dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar yang lulus kursus persediaan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian selama empat tahun (PISMP, 2010). 1.9 Kerangka Konsep Kajian Kerangka konsep kajian dalam Rajah 1.1 menunjukkan persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan pengajaran guru pembimbing semasa latihan mengajar. Kerangka konsep kajian ini menunjukkan semua persepsi guru pelatih RBT IPG Kampus Temenggung Ibrahim terhadap penyeliaan penagajaran guru pembimbing semasa latihan mengajar. Sebelum pencerapan DEMOGRAFI • Jantina • Umur • Bangsa • Bilangan Semasa pencerapan Selepas pencerapan Peningkatan tahap profesionalisme keguruan PENYELIAAN PENGAJARAN OLEH GURU PEMBIMBING AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL Persepsi Guru Pelatih Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian Kemudahan Peralatan Faktor Persekitaran
  • 15. 15 1.10 Kesimpulan Secara ringkas, bab satu ini menerangkan tentang latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop dan batasan kajian dan akan disambung dalam bab dua iaitu sorotan penulisan. Dalam sorotan penulisan akan diperhalusi selanjutnya segala teori, model dan konsep yang dapat menyokong kajian ini.
  • 16. 16 BAB II SOROTAN PENULISAN 2.0 Pengenalan Dalam bab ini, penyelidik ingin menyorot perkara-perkara yang berkaitan dengan penyeliaan pengajaran oleh guru pembimbing terhadap guru pelatih IPG semasa menjalani praktikum. Guru pembimbing mempunyai peranan yang penting dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru pelatih dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Penyeliaan pengajaran adalah satu proses memerhati, membimbing dan memberi maklum balas kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru-guru pelatih. Oleh itu, semasa proses penyeliaan pengajaran, guru pembimbing akan menggunakan penyeliaan klinikal bagi membimbing guru pelatih dalam latihan mengajar. Dalam bab ini, penyelidik lebih menumpukan kajian mengenai proses-proses pencerapan klinikal serta peningkatan profesionalisme keguruan perlu ada pada guru pembimbing semasa menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran ke atas guru pelatih.
  • 17. 17 2.1 Latihan Mengajar Latihan mengajar adalah merupakan satu rancangan yang penting di dalam program latihan keguruan. Program ini dilaksanakan di bawah satu sistem yang dirancang rapi agar ia dapat memberi pengalaman dan kemahiran kepada guru pelatih supaya menjadi guru yang professional (Ismail Kailani, 1998). Menurut Abdul Raof dan Subahan (1991), latihan mengajar adalah satu komponen yang sangat penting dalam sesuatu program latihan perguruan. Melalui latihan mengajar, guru pelatih akan menunjukkan dan mengamalkan tingkah laku yang diinginkan untuk mengajar secara berkesan serta cuba menggunakan segala teori yang telah didedahkan kepada mereka semasa mengikuti kursus pendidikan. Menurut Kamaruddin (1986), latihan mengajar merupakan satu kursus yang penting dalam program perguruan. Dalam program ini guru-guru pelatih berada dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sebenar. Aziz dan Mohd Yusof, (1998) menyatakan latihan mengajar merupakan satu aktiviti yang perlu dilalui oleh seseorang pelatih tersebut boleh diiktiraf sebagai guru yang terlatih. Dalam latihan mengajar, guru pelatih dianggap sebagai aperentis yang menjalani latihan di bawah kawalan dan bimbingan guru terlatih yang mahir dan berpengalaman, dalam suatu jangkamasa tertentu. Melalui latihan mengajar, guru pelatih berpeluang menimba pengetahuan dan kemahiran baru dalam bidang perguruan ( Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 1995). Program latihan mengajar perlu dilihat sebagai satu kontinum yang bermula baik sahaja pelajar mengikuti kursus di institut/maktab perguruan. Ia terbahagi kepada dua bahagian : i. Prapraktikum yang merangkumi pengajaran makro dan mikro sebagai persediaan bagi pelajar sebelum menjalani praktikum. ii. Praktikum ialah pengajaran dan pengalaman praktik di dalam dan di luar darjah.
  • 18. 18 Pembahagian ini dapat digambarkan seperti berikut : Rancangan Orientasi PROGRAM LATIHAN MENGAJAR Sekolah (kecuali KPLI SR) PRA PRAKTIKUM PRA PRAKTIKUM (Di IPG) (Di IPG) Pengajaran Pengajaran Makro Praktikum ( pengajaran & pembelajaran dalam dan luar bilik darjah Mikro Rajah 2 1 : Konsep Program Latihan Mengajar Sumber: IPG Kampus Temenggung Ibrahim (2007) Menurut IPG Kampus Temenggung Ibrahim (2007), melalui program praktikum ini,guru pelatih dapat : i. Menyepadukan teori dan amali pengajaran pembelajaran. ii. Menguasai pelbagai strategi pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. iii. Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran iv. Memupuk sikap positif, membentuk daya kefahaman, mengamalkan dan menghayati nilai profesion keguruan. v. Mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas bagi memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui catatan refleksi dalam portfolio. vi. Menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum. vii. Mengoptimumkan kegunaan pengajaran dan pembelajaran. sumber teknologi dalam proses
  • 19. 19 viii. Menguasai kemahiran pemudahcaraan. Menurut Abdul Rahim (1992), latihan mengajar amat penting untuk mensosialisasikan guru pelatih dengan tugas, cabaran, tuntutan dan masalah pendidikan. Proses sosialisasi guru pelatih semasa latihan mengajar pada umumnya melibatkan guru pelatih dengan tugas pendidikan dan pengalaman yang akan mencorakkan komitmen mereka sebagai seorang guru yang berwibawa atau sebaliknya. Latihan mengajar merupakan sebahagian daripada keseluruhan kurikulum atau program latihan guru yang dirangka khusus utnuk mendedahkan bakal-bakal guru dengan keperluan dan pengajaran di dalam bilik darjah. Latihan mengajar ini memberi tumpuan kepada tugas-tugas pengajaran bagi melahirkan guru-guru yang berwibawa sebagai tenaga penggerak kepada pendidikan di sekolah (Azhar et al., 2007). Menurut Abdul Raof dan Subahan (1991), latihan mengajar merupakan aspek penting dalam program pendidikan perguruan yang memberi peluang kepada guru pelatih mendapat pengalaman amali di dalam bilik darjah. Dengan kata lain, sewaktu latihan mengajar guru pelatih berpeluang mengajar menggunakan teori dan prinsipprinsip pendidikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar. Ringkasnya, latihan mengajar bertujuan untuk melatih seseorang menjadi guru: “belajar dan berlatih untuk menjadi seorang guru”. Melalui program latihan mengajar, guru pelatih diberi peluang untuk mengguna atau mempraktikkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari ke dalam suasana bilik darjah sebenar (Abu Hassan, 1995). Menurut Thabo Samuel Thabo (2001), dalam kajiannya latihan mengajar adalah latihan pra perkhidmatan bagi guru pelatih di mana mereka membangunkan kemahiran mengajar mereka bersama teori-teori pengajaran dan amalan pengajaran
  • 20. 20 ke alam bilik darjah yang sebenar dan mereka dibimbing di bawah pengawasan guruguru yang berpengalaman. 2.2 Guru Pembimbing Guru pembimbing terdiri daripada guru-guru terlatih yang dikenal pasti untuk membantu guru pelatih menjalani latihan mengajar di sekolah mereka. Guru pembimbing lebih mahir tentang suasana dan budaya sekolah dan dapat membantu guru pelatih menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah dalam masa yang singkat ( Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM, 2008). Menurut Buku Panduan Praktikum UPSI (2008), telah menggariskan kriteria perlantikan guru pembimbing : i. Guru yang mempunyai kelayakan Ikhtisas Pendidikan dan telah disahkan dalam jawatan. ii. Guru pembimbing menyelia guru pelatih berasaskan bidang matapelajarannya. iii. Pentadbir sekolah digalakkan melantik guru yang mengajar mata pelajaran di kelas yang diambil alih oleh guru pelatih sebagai guru pembimbing. iv. Pentadbir sekolah dibolehkan juga melantik guru cemerlang/ketua bidang/ketua panitia dalam bidang mata pelajaran sebagai guru pembimbing. Guru pembimbing mempunyai peranan dan tanggungjawab ketika dilantik bagi menjalankan tugas semasa guru pelatih menjalankan program praktikum di sekolah mereka. Berikut adalah peranan dan tanggungjawab guru pembimbing yang digariskan dalam Buku Maklumat Praktikum IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Johor Bahru edisi Mac 2011 :
  • 21. 21 i. Menghadiri taklimat praktikum dan latihan yang dijalankan oleh IPG. ii. Memahami dan mengamalkan peranan sebagai guru pembimbing. iii. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar tentang : a. jadual waktu b. sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru c. rancangan kerja semester dan persediaan mengajar harian. d. sumber pengajaran dan pembelajaran e. proses pengajaran pembelajaran f. pengurusan bilik darjah g. refleksi dan penulisan jurnal h. portfolio praktikum i. pengajaran berpasangan j. pengelolaan kokurikulum k. hal-hal lain yang berkaitan iv. Memberi peluang kepada pelajar memerhati pengajarannya. v. Menyemak dan memberi ulasan bertulis dan menandatangani buku persediaan mengajar pelajar. vi. Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik terutama dari segi pergaulan yang sihat, peningkatan jati diri dan pemupukan nilai profesionalisme keguruan. vii. Menyelia pengajaran pelajar menerusi pencerapan klinikal dengan menggunakan Borang Bimbingan (cth. PR1, PR1/PRA. PR/B&K). viiiMenyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini. Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai kemajuan pelajar dari semasa ke semasa. ix Memantau dan memaklumkan kehadiran dan disiplin pelajar kepada pengurus sekolah dan pihak maktab dengan segera sepanjang tempoh praktikum.
  • 22. 22 x. Membuat laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar kepada pihak maktab dengan segera. xi. Menyelia bersama pensyarah pembimbing untuk membimbing pelajar. Guru pembimbing atau mentor memerlukan sikap positif dan proaktif dalam melihat peranan daripada perspektif lain selain daripada tugas biasa mengajar, membimbing guru pelatih. Guru pembimbing memegang tanggungjawab sebagai rakan kongsi dalam melatih guru permulaan (Salhah & Ainon, 2007). Menurut Hasnford et al., (2004), menyatakan guru pembimbing memainkan peranan penting bagi membantu guru pelatih dalam membangunkan kemahiran praktikal, kecekapan dan pengetahuan yang diperlukan untuk dipraktikkan ke dalam bilik darjah. Dalam masa yang sama guru pembimbing berperanan menyelia guru pelatih di kelas di samping membentuk sifat profesionalisme keguruan. 2.3 Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu proses membantu perkembangan profesional guru dengan memberi maklum balas tentang interaksi bilik darjah dan menolong guru mengajar dengan lebih berkesan (Glatthorn, 1990). Menurut Glickman et al., (2004) menerangkan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran sebagai suatu proses mengubah atau meningkatkan cara pengajaran guru. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran bukanlah penilaian sebaliknya adalah satu proses pembangunan (Glickman et al,. 2004) dan menganjurkan kemahiran pembelajaran sepangjang hayat (Zepeda, 2002). Menurut Abdul Raof dan Subahan (1991), dalam proses ini, pentaksiran dibuat terhadap guru pelatih dan tingkah laku pengajarannya di dalam bilik darjah. Maklumat yang diperoleh adalah untuk tujuan bimbingan dan juga penilaian. Aspek-aspek penilaian yang
  • 23. 23 dikemukakan adalah lanjutan daripada perbincangan tentang falsafah penyeliaan, tetapi dititikberatkan daripada segi konsep, komponen dan kriteria penilaian guru pelatih. Menurut Ismail Kailani (1998), penyeliaan pengajaran ialah segala tindakan atau perlakuan yang dirancang utnuk mempengaruhi tingkahlaku pengajaran guru. Ia dilakukan sama ada untuk memastikan guru melaksanakan tugasnya seperti yang telah ditentukan atau untuk mengesani kekuatan atau kelemahan guru dan dengan itu dapat menganalisis dan membaiki mutu pengajaran guru. Penyeliaan juga adalah satu proses sosial yang melibatkan hubungan antara individu dan kerjasama antara guru dan penyelia. Ia merupakan khidmat bantuan kepada guru ke arah menyediakan suasana dan keadaan pengajaran yang berkesan. Objektif penyeliaan latihan mengajar adalah disesuaikan dengan usaha memperkembangkan potensi guru dalam segala hal yang berkaitan dengan profesion perguruan : i. Memberi bimbingan ke arah perkembangan sahsiah, ketahanan diri dan nilai-nilai sesuai dengan profesion perguruan. ii. Menilai prestasi guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar. Melalui proses penyeliaan ini, kemahiran pengajaran dan profesionalisme guru pelatih dapat dipertingkatkan bagi membolehkan berlangsungnya proses pembelajaran optimum. Di samping itu, sikap, sifat dan tingkah laku guru pelatih akan digilap untuk menjadi guru yang berwibawa (Hassan Kasim, 1997) Menurut Abu Bakar (1996), telah menggariskan beberapa fungsi penyeliaan, iaitu : i. Memberi maklum balas yang objektif kepada guru tentang tahap pencapaian pengajaranya yang terkini. ii. Menganalisis dan menyelesaikan masalah pengajaran.
  • 24. 24 iii. Membantu guru membentuk kemahiran menggunakan strategi pengajaran. iv. Membantu guru membentuk sikap sihat tentang pembangunan profesional berterusan. v. Meningkatkan atau mengekalkan motivasi guru. vi. Menilai guru untuk kenaikan pangkat dan sebagainya. vii. Mengawal dan menyelaras. viii. Menilai hasil pendidikan. ix. Memperkenalkan perubahan kepada sesuatu program atau pendekatan baru. x. Memberi pendedahan atau pengalaman pensosialan kerjaya. xi. Mewujudkan ciri dan nilai keinsanan. xii. Mengurus ketegangan. Menurut Abdul Raof dan Subahan (1991), menyatakan penyeliaan adalah satu proses pendidikan ke arah membentuk sifat-sifat mendidik yang mulia di mana guru pelatih perlu diberi bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengajaran. Penyeliaan juga dianggap sebagai aktiviti yang meningkatkan dan merangsang perkembangan profesionalisme (Goldhammer, et al., 1993) dan menyentuh tentang hubungan kemanusiaan dan pembangunan sumber manusia. Menurut Sergiovanni dan Starratt (2002), menyifatkan penyeliaan sebagai kualiti moral yang melibatkan galakkan kepada pembangunan guru dan memupuk serta menyampaikan visi sebenar tentang komuniti pembelajaran. 2.4 Penyeliaan Klinikal Menurut Clarke (1999), penyeliaan yang baik memerlukan keseimbangan antara struktur dan kebebasan, mendengar dan mencelah, memberi dan mengambil tanggungjawab, memberi galakan dan membuat teguran. Sehubungan itu, beliau telah menegaskan penggunaan alat ukur peningkatan kualiti adalah sesuai bagi
  • 25. 25 mengukur kualiti penyeliaan. Prinsip peningkatan kualiti yang menjadi teras ukuran ialah : i. pelanggan mentakrifkan kualiti. ii. kualiti dapat diukur. iii. memberi maklumbalas dan membuat refleksi. iv. cara untuk meningkatkan kualiti dipertimbang dan diimplementasikan ukuran kualiti diulang. Ciri-ciri yang digariskan oleh Clarke (1999), mempunyai persamaan dengan pusingan proses penyeliaan klinikal yang begitu menekankan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Penyeliaan klinikal mula diperkenalkan oleh Cogan (1973), merupakan penyeliaan tidak berpusatkan pemeriksaan, sebaliknya bekerja dengan guru dalam satu pusingan (Zepeda, 2002). Model asal penyeliaan klinikal oleh Cogan (1973) mengandungi lapan pusingan atau fasa: i. Fasa Satu : Mewujudkan hubungan antara guru dan penyelia. ii. Fasa Dua : Merancang bersama guru. iii. Fasa Tiga : Merancang strategi penyeliaan. iv. Fasa Empat : Pemantauan pengajaran. v. Fasa Lima : Analisis proses pengajaran dan pembelajaran. vi. Fasa Enam : Merancang strategi konferen. vii. Fasa Tujuh : Mengadakan konferen. viii. Fasa Lapan : Memperbaharui perancangan. Dalam model ini, setiap pusingan akan mempengaruhi pusingan seterusnya dan nilai akhirnya akan menghasilkan perkembangan dan perubahan kepada guru dalam mencapai objektif (Zepeda, 2002). Menurut Goldhammer (1969), penyeliaan klinikal ialah hubungan secara bersemuka antara guru pembimbing dan guru pelatih dan menyifatkan sebagai satu bentuk hubungan penyeliaan yang sangat akrab. Menurut Zepeda (2002), menjelaskan bahawa satu anjakan paradigma yang besar dapat dilihat berlaku dalam penyeliaan klinikal, iaitu pada mulanya telah direka
  • 26. 26 bentuk dalam pusingan yang berterusan (prapemerhatian, pemerhatian dan pasca pemerhatian) memaklumkan pusingan yang akan datang dan mengenalpasti aktivitiaktiviti yang diperlukan bagi mencapai objektif pembelajaran. Menurut Acheson & Gall (1987), dalam penyeliaan klinikal mempunyai ciri-ciri penting, iaitu: i. Guru perlu mempelajari kemahiran intelektual dan kemahiran tingkah laku dalam usaha mempertingkatkan mutu pengajaran. ii. Penyelia bertangungjawab membawa guru membentuk: a. Kemahiran menganalisis proses pengajaran berasaskan data sistematik. b. Kemahiran mengeksperimen dan mengubahsuai kurikulum. c. Kemahiran dan teknik mengajar yang luas dan pelbagai. iii. Penyelia memberi penekanan tentang apa yang diajar dan bagaimana guru mengajar, untuk memperbaiki pengajaran dan bukan untuk menukar personaliti guru. iv. Perancangan dan analisis berpusat kepada membuat dan menguji hipotesis pengajaran berasaskan bukti cerapan. v. Perbincangan bertumpu kepada beberapa isu pengajaran yang mustahak, relevan kepada guru dan boleh membawa perubahan. vi. Perbincangan maklumbalas memusat kepada analisis membina dan pengukuhan pola-pola yang berjaya. Bukan kepada pencacian pola-pola tidak berjaya. vii. Bukti cerapan dijadikan asas, bukan pertimbangan nilai. viii.Putaran perancangan, cerapan dan analisis adalah berterusan dan kumulatif. ix. Penyeliaan satu proses memberi dan menerima yang dinamik. x. Proses penyeliaan pada dasarnya berpusat pada analisis pengajaran. xi. Setiap guru mempunyai kebebasan dan tanggungjawab untuk menimbulkan isu, menganalisis dan memperbaiki pengajarannya yang sendiri, juga untuk membentuk kaedah pengajarannya yang tersendiri.
  • 27. 27 xii. Penyeliaan boleh dipersepsi, dianalisis dan diperbaiki sebagaimana juga pengajaran. xiii.Penyelia mempunyai kebebasan dan tanggungjawab menganalisis dan menilai penyeliannya sendiri sebagaimana juga guru menganalisis dan menilai pengajarannya sendiri. Menurut Abdul Rahman (2011) ada lima model yng sering dikaitkan dengan penyeliaan klinikal, iaitu model Goldhammer (1969,1980), model Mosher dan Purpel (1972), model Cogan (1973), Acheson dan Gall (1980) dan model Bellon dan Bellon (1982). Jadual 2.1 menunjukkan perbandingan Model Penyeliaan Klinikal dan Rajah 2.1 adalah kitaran Penyeliaan Klinikal. Jadual 2.1 : Perbandingan Model Penyeliaan Klinikal Goldhammer (1969), Anderson & Krajewski (1980) Mosher & Purpel (1972) Cogan (1973) Hoy & Forsyth (1986) Acheson & Gall (1980) Bellon & Bellon (1982) 533peringkat peringkat 3fasa 8 fasa fasa 1.Konferensi/ perbincangan (pra pemerhatian) 2.Pemerhatian 1.Mewujudkan perhubungan gurupenyelia 1.Konferensi/ perbincangan perancangan 3.Penilaian atau analisis 2.Merancang dengan guru 2.Pemerhatian di dalam kelas 3.Analisis dan strategi 3.Merancang strategi pemerhatian 3.Konferensi/ perbincangan maklum balas 4.Konferensi/ perbincangan (pasca pemerhatian) 4.Memerhati pengajaran 2.Pemerhatian 5.Analisis pasca konferensi 1.Perancangan 1.Pra pemerhatian 2.Pemerhatian di dalam kelas 3.Konferensi/ perbincangan pasca pemerhatian 5.Menganalisis proses pengajaranpembelajaran 6.Merancang strategi untuk perbincangan selepas pemerhatian 7.Konferensi/ Perbincangan 8.Perancangan baru Sumber: Abdul Rahman (2011)
  • 28. 28 Konferensi Pra Pemerhatian Menjalinkan perhubungan Menentukan strategi pengajaran pembelajaran Meramalkan hasil pembelajaran Menentukan fokus pemerhatian Analisis Pasca Konferensi Pemerhatian Memerhati pengajaran guru Membuat refleksi dan menganalisis konferensi pasca pemerhatian dan keseluruhan kitaran lengkap Konferensi Pasca Pemerhatian Berbincang berdasarkan data Membuat kesimpulan Mengenal pasti strategi seterusnya Membuat catatan Membuat huraian Analisis Pasca Pemerhatian Mengkategorikan data Menentukan strategi konferensi pasca pemerhatian Memikirkan soalan ataupun isu bagi dikemukakan dan ditimbulkan Rajah 2.2 : Kitaran Penyeliaan Klinikal Sumber: Abdul Rahman (2011) 2.4.1 Sebelum Pencerapan Pengajaran
  • 29. 29 Menurut Wan Shamsuddin (2010), proses ini dapat membantu guru dan penyelia memahami tujuan dan objektif penyeliaan serta mendapat gambaran latar belakang sepintas lalu, berkenaan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dari segi teknik penyampaian, strategi ataupun kaedah yang digunakan. Ramaiah (1999) menjelaskan mengenai sebelum penyeliaan pengajaran dengan lebih jelas : i. Peringkat ini bagi mewujudkan hubungan mesra antara guru dengan penyelia. Strategi ini perlu walaupun kedua-dua pihak bekerja dalam satu organisasi kerana manusia memerlukan ketenangan sebelum menjalankan aktiviti yang rumit. Alasan dan justifikasi bagi melakukan proses ini, iaitu konferensi sebelum penyeliaan ii. Mendapatkan keterangan lebih terperinci mengenai objektif pengajaran dan kaedah pengajaran yang digunakan. Proses ini wajar dilakukan kerana menurut beberapa dapatan, sekiranya seseorang mempunyai objektif yang jelas, justeru usaha serta strategi ke arah pencapaian objekftif lebih berkesan. Tambahan pula, banyak kajian role expectation mencadangkan, sekiranya penyelia dan guru bersetuju berkenaan objektif dan pelaksanaan strategi bagi mencapai objektif , pelbagai hasil positif diperoleh. Ringkasnya penyelia dan guru yang tidak sependapat berkenaan dengan apa yang diseliakan dan tujuan penyeliaan menyebabkan berlaku salah faham dan penyelia boleh dituduh mencari salah serta tidak objektif dalam menjalankan tugasnya. iii. Bertujuan menyemak persediaan pengajaran guru sebelum ia dilaksanakan di dalam kelas. Walau bagaimanapun, sama ada tindakan ini bermakna ataupun tidak bergantung kepada situasi. Sekiranya ia melibatkan guru baru dan kurang berpengalaman,proses ini menjadi peluang terbaik untuk guru belajar dari pengalaman penyelia. Selain itu, proses ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak menyemak prosedur sebelum perlaksanaan pengajaran.
  • 30. 30 Menurut Abdul Rahman (2011), antara peringkat yang perlu dilaksanakan semasa peringkat ini adalah : i. Mengenal pasti guru yang perlu dicerap dan prioriti kepada guru junior dan yang memerlukan bantuan tambahan. Pihak nazir sekolah Malaysia menetapkan semua guru sehingga penolong kanan harus dicerap. ii. Memastikan wujud instrumen pencerapan yang sesuai supaya pencerapan yang dilaksanakan mencapai objektifnya. Ada pandangan menyatakan borang berstruktur berguna untuk individu yang masih baru dalam penyeliaan. Penyelia yang baik, borang tidak menjadi isu kerana borang terbaik adalah kertas kosong. Borang penyeliaan klinikal dapat dirangka bersama oleh penyelia dan guru yang diselia. iii. Objektif spesifik penyeliaan ditentukan. Satu agenda perbincangan disediakan bagi memastikan kelancaran perbincangan pra pemerhatian dengan soalan berikut sebagai contoh; a. Apa sebenarnya yang cikgu mahu saya lihat dan tolong? b. Apa harapan cikgu berkaitan pengajaran yang bakal cikgu jalankan? c. Apa strategi khusus yang diguna pakai? iv. Penyelia tidak perlu memberi teguran berkaitan perubahan yang perlu dibuat sebelum meninjau sesi pengajaran. v. Menentukan masa penyeliaan. Bagi mewujudkan hubungan harmoni penyelia perlu memberitahu tujuannya hanya ingin menambah baik pengajaran guru. Nyatakan masa pencerapan yang bakal dijalankan kecuali penyelia mempunyai niat lain seperti penguatkuasaan peraturan, pengkaedahan dan akauntabilti. Menurut Salhah & Ainon (2007), menjelaskan bahawa peringkat ini bertujuan mewujudkan kefahaman menyeluruh (kerangka mental) dan langkah-
  • 31. 31 langkah (prosedur) bagi setiap peringkat pemerhatian yang akan berlaku. Pembimbing perlu berusaha menjalinkan hubungan dan meyakinkan pelajar yang tujuannya adalah bagi membantunya dalam aspek-aspek profesional. Peringkat ini juga digunakan bagi menentukan fokus pemerhatian yang dipersetujui bersama. 2.4.2 Semasa Pencerapan Pengajaran Menurut Abdul Rahman (2011), pada peringkat ini, penyelia perlu menumpukan perhatian berkenaan ataupun perlakuan spesifik yang disenaraikan. Contohnya objektif penyeliaan yang dipersetujui adalah berkenaan teknik penyoalan, maka fokus pemerhatian hanya tertumpu berkenaan aspek itu dan bukan perkara lain. Oleh sebab peringkat ini tertumpu berkenaan pengumpulan data, penyelia perlu bersedia dengan instrumen dan peralatan yang bersesuaian seperti kertas dan pensel. Pada peringkat ini, pembimbing memerhati pengajaran yang disampaikan oleh pelajar dan membuat catatan (data). Pembimbing juga menyediakan huraian data bagi membantunya semasa sesi bimbingan. Pemerhatian dilakukan sepanjang waktu pengajaran bagi mata pelajaran itu. Antara perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa menjalankan pemerhatian di dalam kelas : i. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penetapan dipersetujui semasa peringkat perbincangan pra pemerhatian dengan bantuan instrumen. Jangan campur tangan dalam pengajaran guru kecuali tindakan guru yang membahayakan. ii. Sebaik-baiknya penyelia mengikuti proses pengajaran dari awal hingga akhir.
  • 32. 32 iii. Konsep sama-sama masuk dan sama-sama keluar kelas memberi implikasi kerakanan dan kolaborasi. Tepati masa lawatan yang dipersetujui kerana dapat mengurangkan kegelisahan guru. Masuk ke dalam kelas secara senyap dan memberi ucapan dengan muka yang manis. Perbuatan itu dapat menimbulkan suasana perhubungan yang positif. iv. Duduk di tempat strategik di mana kita boleh mendengar dan melihat guru serta pelajar. Sekiranya ada alat rakaman pastikan semuanya tersedia. Nota permerhatian perlu objektif dan reflektif tanpa ada unsur penilaian ataupun hukuman. v. Sekiranya terpaksa keluar awal selepas pemerhatian selesai, keluar dengan senyap tanpa gangguan. Ringkasnya, pemerhatian di dalam kelas adalah proses mengumpul data berkenaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dirancang bagi melihat kekuatan dan kelemahan dan seterusnya sama-sama membantu ke arah piawaian pengajaran. Proses ini dapat membantu penyelia memfokuskan tinglah laku guru dan respons murid dalam faktor konstektual yang membawa kesan kepada pengajaraan dan pembelajaran. Proses ini juga membantu penyelia membuat tanggapan berkenaan pelajaran yang berlangsung supaya analisis tepat dapat dilakukan berkaitan perkara berikut: i. Objektif pengajaran dan pembelajaran ii. Kecekapan guru menguruskan masa dan mengawal kelas. iii. Penggunaan bahan pengajaran iv. Kecekapan teknik penyoalan. v. Tempo vi. Kesesuaian aktiviti vii. Mengambil kira kepelbagaian pembelajaran murid.
  • 33. 33 2.4.3 Selepas Pencerapan Pengajaran Menurut Abdul Rahman (2011), peringkat ini adalah satu peringkat kritikal bagi penambahbaikan pengajaran. Pada peringkat ini, cara bagaimana guru dapat meningkatkan kompetensinya dalam bidang yang dicerap ditentukan. Salhah & Ainon (2007) menjelaskan bahawa dalam sidang ini, guru pembimbing berbincang dengan guru pelatih berkenaan pengajaran dengan: i. Merujuk kepada perkara-perkara (episod) tertentu dalam pelajaran. ii. Mencari penerangan atauapun penjelasan. iii. Mengenal pasti alternatif. Ramaiah (1999), menghuraikan kriteria berikut perlu diambil kira semasa penyelia memilih corak perlakuan guru yang dicerap sebagai bahan perbincangan dengan guru diselia iaitu : i. Prioriti keutamaan – Merujuk kepada corak tingkah laku guru yang dirasakan penting ataupun kritikal dalam mempengaruhi kejayaan ataupun kegagalan sesi pengajaran. ii. Fokus – Hanya sebilangan kecil faktor dipilih bagi perbincangan dengan guru kerana penyelia mempunyai masa terhad, selain perlu memberi tumpuan kepada perkara lain yang lebih kritikal. iii. Praktikal – Perkara yang dibincangkan dapat diperbaiki dan bukannya perkara diwarisi seperti nada suara, gaya pertuturan, gaya penulisan dan sebagainya. Menurut Griffith (1983), telah mengemukakan tiga cara pendekatan perbincangan selepas proses penyeliaan, iaitu :
  • 34. 34 i. Memberitahu dan memujuk. Cara ini memerlukan penyelia berlagak sebagai jurujual. Guru dipujuk supaya memperbaiki kekurangan. ii. Memberitahu dan mendengar. Cara ini memerlukan penyelia memberitahu ataupun melaporkan kekuatan dan kelemahan guru terlebih dahulu. Cara ini diharap dapat membangkitkan guru supaya menyuarakan pendapat bersama-sama bagi memperbaiki status quo dalam pengajaran. iii. Penyelesaian masalah. Cara ini digunakan supaya penyelia dan guru bersama-sama menyelesaikan cabaran pengajaran dan pembelajaran. Ia menekankan pengumpulan data bagi mencari alternatif penyelesaian masalah. Abdul Hamid (1979), perbincangan ini amat penting dan banyak faedah yang akan diperoleh sekiranya dilakukan dalam suasana harmoni. Berbagai cara yang dapat difikirkan untuk mengadakan perbincangan tersebut. Antara cara-cara yang boleh dilaksanakan ialah: i. Penyelia akan menerangkan maksud catatan ulasan yang dibuat mengenai persediaan mengajar dan pengajaran guru pelatih tersebut. Ini perlu oleh kerana selalu terjadi salah faham interpretasi di kalangan guru-guru pelatih mengenai ulasan-ulasan penyelia. ii. Penyelia akan menyebut beberapa kebaikan yang terdapat dalam pengajaran tersebut dengan tujuan memupuk keyakinan diri pada guruguru pelatih. iii. Penyelia akan menegur kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam perancangan dan pengajaran guru pelatih. Kemudian membuat cadangancadangan bagi mengatasinya.
  • 35. 35 iv. Penyelia mencadangkan beberapa perkara baru yang difikirkan baik pengajaran. Perkara-perkara baru ini mungkin telah dilihat dari pengajaran guru-guru pelatih yang lain. Perkara-perkara baik begini harus diperkembangkan dengan segera. v. Meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih sama ada masalah pengajaran atau peribadi dan bersama-sama mencari jalan untuk mengatasinya. 2.5 Profesionalisme Keguruan Profesionalisme bermaksud sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain (Kamus Dewan edisi Ketiga). Menurut Philips (1991), memberikan pengertian profesionalisme sebagai individu yang bekerja sesuai dengan standard moral dan etika yang ditentukan oleh pekerjaan tersebut. Keguruan adalah perkataan yang diambil daripada kata dasarnya iaitu guru. Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, guru bermaksud pendidik, pengajar atau pengasuh manakala keguruan pula berkaitan dengan peranan (tugas dan kelayakan) sebagai guru. Menurut Mok Soon Sang (1998), guru merupakan tenaga ikthisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Ikhtisas bermaksud pekerjaan yang memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam. Menurut Ragbir Kaur (2007), keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. Menurut Mok Soon Sang (1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai satu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab, dan bermoral tinggi, yang mempunyai autonomi bertugas serta
  • 36. 36 mematuhi kod etika yang telah ditetapkan oleh organisasinya. Bidang pendidikan berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi, sistematik dan holistik. Walaupun profesion keguruan masih belum dianggap sebagai satu profesion sepenuhnya seperti doktor dan peguam, namun keguruan juga mempunyai ciri-ciri tertentu yang terkandung dalam konsep profesion iaitu: • Mempunyai latihan ikhtisas dalam perguruan • Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah • Menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya. • Pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan negara. (Mok Soon Sang, 1998) Menurut Mok Song Sang (2004), untuk menjadi guru yang berkesan, guru seharusnya mempunyai sifat-sifat dan kualiti profesional yang murni seperti berikut: i. Sifat ingin tahu : Sifat ini akan mendorong guru sentiasa menambah ilmu pengetahuan dengan terus belajar dan mendalami dalam apa jua bidang bidang khususnya dalam bidang kurikulum demi kepentingan kerjaya dan profesionnya. Sebagai seorang guru yang profesional ia mesti mengamalkan budaya pembelajaran seumur hidup. ii. Pengetahuan ikhtisas : Guru akan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi, pedagogi, kandungan mata pelajaran dan kaedah penggunaan bahan bantu mengajar (BBM). iii. Suka membaca : Dengan banyak membaca guru akan mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dengan ini penyampaian pelajaran akan lebih yakin seterusnya kualiti profesional guru dapat dipertingkatkan.
  • 37. 37 iv. Mahir bertutur : Apabila mereka mahir bertutur, penyampaian pelajaran akan lebih berkesan. Dengan penggunaan sebutan dan tatabahasa yang betul, muridmurid tidak akan tersilap. v. Daya ingatan yang kuat : Dengan ini, guru dapat menyampaikan pelajaran dengan sepenuhnya. Dengan ini murid tidak akan ketinggalan isi kandungan pelajaran dan juga mengingati nama anak-anak muridnya. vi. Daya usaha yang tinggi : supaya tidak rasa bosan dengan rutin tugas harian. Ia akan sentiasa mencari pendekatan mengajar baru supaya pengajaran sentiasa menarik vii. Menjadi pendengar yang baik. Menurut Boon Pon Ying (2008), globalisasi dan perubahan dalam dasar pendidikan Malaysia yang menuju ke arah sosio ekonomi pula membuktikan guru perlu meningkatkan profesinalisme diri untuk mampu bersaing seiring dengan ledakan malumat terkini. Antara strategi yang boleh meningkatkan profesionalisme keguruan adalah melibatkan diri dalam latihan dalaman, kursus pendek kelolaan maktab, sistem pementoran, amalan refleksi melalui penulisan reflektif/jurnal dan portfolio pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme secara berterusan, perkembangan profesional ”on-line” dan aktiviti Pusat Kegiatan Guru. 2.5.1 Peningkatan Profesionalisme melalui Latihan Dalam Perkhidmatan Dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut agar guru-guru dilatih semula semasa dalam perkhidmatan. Ia sememangnya dapat mempertingkat dan memperkukuh profesionalisme diri selain mengambangkan potensi insan ke tahap yang diingini. Sebagai guru, guru mampu memperkukuh kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan melanjutkan pengetahuan profesional kita
  • 38. 38 dalam menguasai dan mengembangkan kemahiran-kemahiran serta memperjelas nilai-nilai profesional kita Guru yang berpandangan progresif mampu memperkaya diri dengan pengetahuan, kemahiran dan trenda-trenda pengajaran dan pembelajaran baru melalui Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Berkaitan dengan ini, guru yang telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masingmasing agar semua guru dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Menurut Abd Rahim (2007), pengetahuan guru dalam sesuatu bidang dan dalam bidang baharu boleh dipertingkatkan dengan menganjurkan latihan dalam perkhidmatan-melalui bengkel, seminar, persidangan, perbincangan dan dialog dan melibatkan guru dalam latihan-latihan tertentu untuk memberikan pengetahuan yang berguna kepada mereka. 2.5.2 Amalan Refleksi dan Penulisan Reflektif Amalan refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan profesionalisme. Ia bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan tindakan tentang konteks pengajaran. Refleksi yang telah dikemukakan oleh Dewey (1933), menjadi batu asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan refleksi memerlukan perkembangan sikap dan kebolehan seperti keterbukaan, kerelaan untuk menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan. Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Antara strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan profesionalime mereka ialah penulisan
  • 39. 39 jurnal/reflektif. Ia sebagai jentera untuk mereflek secara sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif. Kajian menunjukkan aktiviti ini merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran (Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner&Liston, 1987) Menurut Schon (1987), dalam penulisan reflektif dapat membezakan proses pemikiran kepada refleksi semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami situasi manakala refleksi ke atas tindakan di mana guru merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan. Kedua-dua refleksi semasa tindakan dan refleksi ke atas tindakan dapat membantu guru berkembang diri dalam bidang profesionalnya. Penulisan reflektif menggambarkan secara keseluruhan satu pola pemikiran yang beralih dari refleksi teknikal ke tahap refleksi kritikal. Menurut Tan et al. (2003), memberi pengertian amalan reflektif dalam perguruan ‘guru tahu apa yang dilakukan, mengapa melakukannya dan menilai kesan dari apa yang dilakukan’. Selain itu, guru juga dapat mengaplikasikan ilmu berkaitan pendidikan dan penyelidikan dalam membina hipotesis berkaitan dengan keberkesanan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang mana hal ini sangat diamalkan, dinilai dan disemak dari semasa ke semasa. 2.5.3 Porfolio Pengajaran Trenda Mengenai Pengajaran dan Refleksi Melalui portfolio pengajaran, guru akan menjadi lebih reflektif tentang apa yang mereka lakukan dalam pengajaran dan pembelajaran (Schulman, 1987). Menurut Seldin (1997), portfolio pengajaran dapat membantu guru mendokumentasi dan menerangkan tindakan mereka, membuktikan pengetahuan profesional mereka dan membuat refleksi tentang apa, bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan. Portfolio pengajaran juga digunakan sebagai satu cara dokumentasi profesional dan refleksi peribadi
  • 40. 40 Menurut Arter dan Paulson (1990), portfolio pengajaran merupakan koleksi hasil kerja yang memberi gambaran tentang sejarah, usaha guru dan pencapaiannya dalam bidang tertentu. Koleksi termasuk penglibatan dalam pemilihan bahan kandungan, garis panduan pemilihan, kriteria, dan bukti refleksi kendiri. Portfolio diperlukan kerana ia dapat memberi gambaran menyeluruh tentang seorang profesional. Ia merupakan koleksi snapshots tentang pencapaian guru dalam latihan termasuk, kekuatannya, bidang yang perlu diusahakannya, harapan dan aspirasinya. 2.5.4 Penyelidikan Tindakan Menurut Watkins dan Marsick (1993), antara salah satu elemen yang digariskan oleh mereka dalam guru yang profesional ialah menggalakkan penyelidikan. Budaya penyelidikan, penulisan dan pembacaan wajib dipupuk di kalangan guru untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme diri serta bertindak secara professional. Guru-guru yang mempunyai budaya menyelidik adalah guru-guru bersikap positif terhadap penyelidikan, celik penyelidikan iaitu mempunyai pengetahuan dan kemahiran penyelidikan. Mereka sentiasa melaksanakan kajian tindakan sama ada secara individu atau kolaboratif, bersifat kritis, reflektif, bertanggungjawab serta berkongsi pengalaman dan dapatan kajian, melakukan penilaian kendiri serta melibatkan diri dalam penyelesaian masalah dan peningkatan profesionalisme (Jamil, 2002). Menurut Elliott dan Adelman (1976), kajian tindakan adalah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkat mutu profesionalisme guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru. Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi
  • 41. 41 lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan tersebut (Mc Niff, 1988). 2.5.5 Amalan Konsep “Pembelajaran Sepanjang Hayat” Dalam perkembangan diri, guru harus mengamalkan konsep “belajar seumur hidup”. Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang. Ia menajamkan kecekapan serta keyakinannya dan ia akan menjadi kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran. Menurut Mohamed Amin Embi etl al., (2002), guru mampu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur hidup. Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era globalisasi dan teknologi maklumat (ICT) kini dan sebagai guru, kita harus mempertajam kemahiran menagajar melalui ICT, meneroka dan menukar maklumat dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman. Menurut Abd Rahim (2007), pembelajaran sepanjang hayat ialah satu konsep belajar yang terbentuk di kalangan profesional bagi membolehkan golongan ini mengikuti perkembangan yang berlaku dan meningkatkan pengetahuan mereka seperti yang berlaku di kalangan ahli profesional seperti guru, doktor, peguam, pentadbir, dan ahli politik. 2.5.6 Sistem Pementoran Adalah pendekatan bagi mempertingkat tahap profesionalisme guru. Guru boleh mengadakan perbincangan intelektual dengan guru yang lebih berpengalaman mengenai pengetahuan baru, teknik-teknik baru dan bimbingan dalam penilaian seperti pembinaan item soalan. Melalui sistem pementoran ini, setiap guru akan
  • 42. 42 mempunyai seorang atau beberapa orang mentor di tempat bertugas untuk memberi nasihat serta bimbingan berterusan agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka. a nurturing process in which a more skilled or more experienced person, seving as a role model, teaches, sponsors, encourages, counsels and befriends a less skilled or less experienced person for the purpose of promoting the latter’s professional and/or personal development. (Anderson, 1987 ;61) Menurut Anderson dan Shannon (1995), salah satu meningkatkan profesionalisma di kalangan guru ialah sistem pementoran di sekolah. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana seorang guru yang lebih berpengalaman untuk memindahkan perkembangan profesional dan peribadinya. Ini dilaksanakan secara bersahaja dalam suasana kasih sayang di sepanjang waktu. 2.6 Kesimpulan Secara kesimpulannya, bab ini dapat menghuraikan tentang pembacaan penyelidik mengenai latihan mengajar, guru pembimbing, penyeliaan pengajaran dan pembelajaran, penyeliaan klinikal dan profesionalisme keguruan. Dalam bab ini juga, penyelidik hanya memfokuskan tahap peningkatan profesionalisme keguruan dari aspek pembelajaran sepanjang hayat hasil daripada penyeliaan pengajaran. Dengan penghuraian dalam bab dua ini, adalah diharapkan dapat membantu penyelidik dalam menyiapkan kajian dengan sempurna.
  • 43. 43 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan Metodologi merupakan kaedah yang saintifik untuk menghuraikan pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam sesuatu penyelidikan (Mook Soon Sang, 2010). Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan kaedah serta tatacara kajian. Beberapa aspek yang telah digunakan dalam kajian ini adalah seperti rekabentuk kajian, lokasi kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik, prosedur kajian, kajian rintis dan juga pengumpulan serta penganalisaan data. 3.1 Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian merupakan kaedah atau teknik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah. Ada berbagaibagai jenis kaedah tetapi boleh dibahagikan kepada dua yang penting berdasarkan jenis data, iaitu kuantitatif dan kualitatif (Mohamad Najib, 1999). Untuk kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan angka, skor dan kekerapan. Penyelidik menggunakan set soal selidik untuk dijawab oleh guru-guru pelatih PISMP RBT di IPG Kampus Temenggung Ibrahim yang telah menjalani Latihan Mengajar di sekolah. Kaedah soal selidik digunakan dalam penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengumpul data kajian dengan lebih terperinci dan dapat mengenalpasti persepsi guru pelatih RBT, IPG Kampus Temenggung Ibrahim terhadap penyeliaan pengajaran guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar.
  • 44. 44 3.2 Lokasi Kajian Kajian ini dijalankan di IPG Kampus Temenggung Ibrahim, di Johor Bahru, Johor. Ia melibatkan guru-guru pelatih pengkhususan RBT yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah yang melibatkan tiga fasa iaitu selama 4 minggu, 8 minggu dan 12 minggu (IPG Kampus Temenggung Ibrahim, 2007). 3.3 Populasi dan Persampelan Kajian Populasi dan persampelan kajian adalah komponen yang sangat penting dalam menjalankan penyelidikan ini. Semua ahli dalam kelompok ini dipanggil populasi. Sampel adalah sumber untuk mendapatkan data (Mohamad Najib, 1999). Kajian ini memilih populasi yang terdiri daripada guru pelatih pengkhususan Reka Bentuk dan Teknologi yang menjalani Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Johor Bahru, Johor. Jumlah guru pelatih RBT yang telah menjalani latihan mengajar iaitu seramai 80 orang. Oleh itu, sampel kajian yang dikaji adalah keseluruhan populasi. Persampelan atau pentadbiran akan menjadi isu sekiranya berupaya menggunakan seluruh individu yang hendak dikaji (Sidek Mohd Noah, 2002). Dengan penggunaan keseluruhan populasi sebagai subjek kajian, keputusan yang diperoleh adalah tepat kerana tiada ralat persampelan berlaku. Melalui sampel ini akan diperolehi sumber untuk mendapatkan data. Selain itu, responden dipilih melalui kaedah persampelan seluruh populasi kerana penyelidik mampu menguruskan dan mengawal kesemua sampel dan populasi ini. Jadual 3.1 menunjukkan taburan sampel mengikut semester yang telah menjalani latihan mengajar.
  • 45. 45 Jadual 3.1 : Taburan Sampel Kajian Mengikut Semester Program Praktikum Semester 5 6 7 Program Praktikum Fasa 1 Praktikum Fasa 1 Praktikum Fasa 1 Tempoh 4 minggu 8 minggu 12 minggu Bilangan 40 orang 40 orang guru pelatih Sumber : Unit Praktikum, IPG Kampus Temenggung Ibrahim (2012) 3.4 Instrumen Kajian Instrumen kajian ialah alat yang digunakan untuk memperoleh data. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk satu set soal selidik. Penyelidik menggunakan kaedah ini adalah kerana data yang diperolehi lebih deskriptif. Kaedah ini juga berkesan serta ekonomikal kerana berupaya mengumpulkan data sekali gus. Set borang soal selidik ini disediakan dalam dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. 3.4.1 Bahagian A – Demografi Subjek Bahagian ini mempunyai maklumat berkenaan latar belakang responden seperti jantina, umur, bangsa, dan bilangan penyeliaan pengajaran yang dilakukan oleh guru pembimbing di sekolah. Di sini responden dikehendaki menandakan (/) pada kotak yang telah disediakan. 3.4.2 Bahagian B – Persoalan Kajian
  • 46. 46 Bahagian ini mempunyai maklumat mengenai proses penyeliaan pengajaran guru pembimbing sebelum pencerapan pengajaran, semasa pencerapan pengajaran dan selepas pencerapan pengajaran serta tahap peningkatan profesionalisme dari aspek pembelajaran sepanjang hayat hasil daripada penyeliaan pengajaran. Terdapat empat bahagian terbahagi kepada 47 soalan mengikut persoalan kajian pada bab satu. Bilangan item soalan yang dibina mempunyai empat pilihan aras mengikut peringkat iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju dan sangat setuju. Dalam kajian ini, penyelidik memilih soal selidik skala Likert. Menurut Sekaran (2003), skala Likert adalah cara yang terbaik digunakan dalam kajian ini kerana ia berupaya mengeluarkan tindak balas yang berkaitan dengan objek, peristiwa atau orang yang dikaji. Oleh itu, penyelidik menggunakan skala Likert untuk melihat sejauh responden bersetuju dengan penyataan-penyataan yang tertentu. Penyelidik mengikut cadangan-cadangan Sekaran (2003) dengan menggunakan skala Likert empat mata untuk item soalan dalam Bahagian B seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.2. Jadual 3.2 : Jadual Skala Empat Mata Peringkat Singkatan Skor Sangat Tidak Setuju STS 1 Tidak Setuju TS 2 Setuju S 3 Sangat Setuju SS 4 Sumber: Sekaran (2003) Item-item soalan dikelaskan mengikut keempat-empat persoalan kajian yang dikaji. Jadual 3.3 menunjukkan persoalan kajian, nombor item dan jumlah item yang digunakan dalam kajian ini. Jadual 3.3 :- Jadual Taburan Setiap Item Bil Persoalan kajian No. Item Jumlah Item
  • 47. 47 1. Apakah persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing sebelum pencerapan pengajaran ? 1, 2, 3, 4, 5, 6, 13 7, 8, 9, 10, 11,12, dan 13 2. Apakah persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing semasa pencerapan pengajaran ? 14, 15,16,17, 8 18, 19, 20, dan 21 3. Apakah persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing selepas pencerapan pengajaran ? 22, 23, 24, 25, 14 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34 dan 35 4 Apakah persepsi guru pelatih terhadap guru 36, 37, 38, 39, pembimbing peningkatan 40, 41, 42, 43, pembelajaran 44, 45, 46, dan profesionalisme tahap dari aspek sepanjang hayat hasil daripada penyeliaan 12 47 pengajaran ? Jumlah 3.5 47 Proses Menjalankan Kajian Secara ringkasnya, penyelidik telah mengambil langkah-langkah yang berikut dalam menjalankan kajian ini. Langkah pertama yang diambil oleh penyelidik ialah menjalankan perbincangan dengan penyelia berkenaan tajuk kajian yang dipilih sama ada relevan atau tidak. Setelah mendapat persetujuan daripada penyelia mengenai tajuk kajian yang dipilih, penyelidik memulakan proses pencarian maklumat di Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) di UTM dan di internet serta membeli bahan bacaan yang berkaitan di kedai-kedai buku. Kemudian penyelidik mula membina item-item soal selidik dan melakukan kajian rintis bagi kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik. Di sini penyelidik memilih untuk mengedar dan mengutip sendiri borang soal selidik daripada semua responden semasa proses pungutan data. Rasionalnya adalah dapat menjimatkan masa penyelidik di samping tidak berlaku keciciran hasil dapatan kajian.
  • 48. 48 Selepas memperoleh semua hasil soal selidik, penyelidik menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0 untuk mendapatkan kekerapan peratus, min dan sisihan piawai. Setelah menganalisis data yang diperoleh, penyelia menyedia dan menulis laporan mengenai tajuk kajian untuk dipersembahkan. Rajah 3.4 berikut mengilustrasikan secara ringkas prosedur kajian dari peringkat perancangan hingga peringkat persediaan laporan. Perbincangan bersama penyelia Mengenal pasti latar belakang masalah 1. Perancangan Pencarian maklumat untuk penulisan sorotan kajian
  • 49. 49 Mengenal pasti responden-responden kajian Pencarian maklumat untuk penulisan sorotan kajian Pelaksanaan penyelidikan Soalan-soalan selidik 2. Mengumpul Data Mengedarkan set soal selidik kepada responden Mengutip kembali set soal selidik Analisis Interpretasi 3. Analisis Data Menilai Membuat keputusan/kesimpulan Penulisan laporan kajian 4. Laporan Perbincangan Usul/cadangan Rajah 3.1 : Proses Menjalankan Kajian 3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik Kesahan merujuk kepada kesesuaian interpretasi yang dibuat daripada markat ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu penilaian tersebut (Mohamad Najib, 1999). Menurut Mok Soon Sang (2010), hasil
  • 50. 50 dapatan penyelidikan perlu mempunyai ciri kesahan, iaitu hasil dapatan perlu tepat dan benar. Sesuatu penyelidikan dikatakan sah jika kajiannya benar dan tepat menghuraikan semua perkara yang hendak dikaji dan tidak terkeluar daripada skop kajian. Bagi kesahan soal selidik, penyelidik telah mendapatkan seorang pensyarah UTM yang berpengalaman untuk menilai dan mengesahkan kandungan item soal selidik. Menurut Mohd Najib (1999) soal selidik yang mempunyai indeks kebolehpercayaan bersamaan atau melebihi 0.6 boleh digunakan sebagai item pengukuran dalam sesuatu kajian. Item-item yang mempunyai kurang daripada 0.6 adalah kurang sesuai dan perlu diubah suai. Ujian ini dijalankan berdasarkan Alpha Cronbach dalam perisian Statiscal Package for The Social Science (SPSS) versi 16.0. Hasil keseluruhan kajian rintis yang telah dijalankan didapati kebolehpercayaannya menurut nilai Alpha Cronbach ialah 0.860. Ini menunjukkan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan adalah tinggi. Jadual 3.4 :- Pekali Alpha Cronbach Julat Tahap Tindakan 0.0 – 0.2 Sangat Lemah Ubah semua item 0.2 – 0.8 Sederhana Ubah sebilangan item 0.8 – 1.0 Tinggi Item boleh diterima Sumber : Mohamad Najib (1999) 3.7 Kajian Rintis Kajian rintis soal selidik adalah bertujuan untuk menambah ciri kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran soalan-soalan, demi menambahbaik itemitem soal selidik yang ditadbirkan sebagai kajian sebenar (Mook Soon Sang,
  • 51. 51 2010).Menurut Mohamad Najib, (1999), saiz sampel rintis tidak perlu besar memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan tentang ujian (6-9 orang). Oleh itu, penyelidik telah mengambil keputusan menjalankan kajian rintis secara rawak terhadap 10 orang guru pelatih RBT IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Johor Bahru yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah. Responden yang dipilih ini tidak akan digunakan dalam kajian selanjutnya.. Hasil kajian rintis ini diproses menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0 dan item-item yang mengelirukan diperbaiki untuk memperoleh prestasi dan kefahaman yang lebih baik. 3.8 Kaedah Pengumpulan Data Setelah mendapat kebenaran untuk menjalankan penyelidikan daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, penyelidik pergi ke IPG Kampus Temenggung Ibrahim dan memaklumkan pengarah tersebut tentang kajian ini, tujuan dijalankan serta memohon kerjasama pihak IPG Kampus Temenggung Ibrahim bagi menyempurnakan kajian ini. Di samping itu, penyelidik juga memberitahu pengarah tersebut bahawa responden telah menjalani latihan mengajar di sekolah. Penyelidik kemudian menyerahkan borang soal selidik kepada responden menerusi pengarah dengan bantuan Ketua Unit Praktikum. Ketua Unit Praktikum sendiri yang mengagihkan borang soal selidik kepada guru-guru pelatih RBT tanpa melibatkan penyelidik. Tempoh masa yang diberikan untuk responden melengkapkan borang soal selidik ini adalah tiga hari. Selepas habis tempoh yang diberikan, penyelidik datang ke IPG Kampus Temenggung Ibrahim berjumpa dengan pengarah dan penyelaras Praktikum untuk mendapatkan borang soal selidik yang telah dilengkapkan. Penyelidik berulang-ulang kali datang ke IPG Kampus Temenggung Ibrahim yang terlibat untuk mengumpul semula semua borang dan memastikannya telah lengkap diisi.
  • 52. 52 3.9 Analisis Data Data-data mentah yang dikumpul daripada set borang selidik dianalisis bagi melihat hasil penyelidikan yang dijalankan. Terdapat empat jenis data iaitu nominal, ordinal, sela dan nisbah (Mohamad Najib, 1999). Kesemua data mentah yang diperoleh akan dianalisis mengikut item-item yang telah diklasfikasikan mengikut faktor yang ingin dikaji bagi menjawab semua persoalan kajian. Data yang diperoleh daripada soal selidik akan dikelaskan mengikut pemeringkatan Likert dan akan diproses serta dianalisis menggunakan Statiscal Package For The Social Science (SPSS) versi 16.0. Semua data mentah dianalisa mengikut setiap item dan persoalan kajian. Bagi menganalisa setiap item, kekerapan skor (mod), nilai peratusan purata (min) dan sisihan piawai setiap item dicari. Semua data mentah dianalisa mengikut setiap item dan persoalan kajian. Bagi menganalisa setiap item, kekerapan skor (mod), nilai peratusan dan purata (min) setiap item dicari. Sebagai panduan penyelidik, jadual 3.5 merumuskan analisis min bagi menghuraikan dapatan kajian. Manakala Jadual 3.6 pula menunjukkan tahap peratusan yang diperoleh. Jadual 3.5 : Analisis Min Julat Min Tahap Min 3.68 – 5.00 Tinggi 2.34 – 3.67 Sederhana 1.00 – 2.33 Rendah
  • 53. 53 Sumber: Roslan Atan (2004) Jadual 3.6 : Penentuan Tahap Peratusan Peratusan Tahap 71 – 100 Baik 51 – 70 Sederhana 20 – 50 Lemah Sumber: Mohamad Najib (1999) 3.10 Kesimpulan Secara keseluruhannya, bab ini telah menghuraikan tentang metodologi kajian yang menyentuh reka bentuk kajian, lokasi kajian, persampelan, instrumen kajian, kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik, kajian rintis, pengumpulan data dan penganalisis data. Dengan penerangan dalam bab tiga, kajian dapat dilaksanakan secara sistematik dan bertepatan dengan ciri bagi sesuatu kajian yang baik. BAB IV ANALISIS DATA
  • 54. 54 4.0 Pengenalan Bab ini penyelidik mengemukakan analisis data, hasil dapatan dan membincangkan maklumat yang diperoleh melalui soal selidik yang telah dijalankan. Hasil data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 16.0. 4.1 Profil Responden Berdasarkan maklumat yang dikumpul, bilangan responden jantina, umur, bangsa dan bilangan penyeliaan akan ditunjukkan dalam jadual-jadual mengikut taburannya. 4.1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina Sebanyak 80 soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru pelatih Reka Bentuk dan Teknologi di IPGK Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Kesemua soal selidik berjaya dikumpul dan digunakan bagi tujuan ini. Jadual 4.1 menunjukkan keseluruhan responden berdasarkan jantina. Jadual 4.1 : Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Jantina Jantina Bilangan Peratus Lelaki Perempuan Jumlah 49 31 80 61.2 38.8 100.0
  • 55. 55 Daripada 80 orang responden, seramai 49 (61.2 %) orang adalah lelaki dan 31 (38.8 peratus) orang adalah perempuan. Dapatan ini menunjukkan bahawa guru pelatih lelaki RBT lebih ramai berbanding perempuan. 4.1.2 Taburan Responden Mengikut Umur Jadual 4.2 menunjukkan seramai 45 (56.2 %) orang guru pelatih RBT adalah berumur di antara 18 hingga 22 tahun manakala seramai 35 (43.8 %) orang guru pelatih RBT adalah berumur di antara 23 hingga 27 tahun. Jadual 4.2 : Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Umur Umur 18-22 tahun 23-27 tahun Jumlah 4.1.3 Bilangan 45 35 80 Peratus 56.2 43.8 100.0 Taburan Responden Mengikut Bangsa Jadual 4.3 menunjukkan taburan responden mengikut bangsa. Daripada 80 orang responden, seramai 39 (48.8 %) orang terdiri daripada guru pelatih Melayu, guru pelatih Cina seramai 20 (25.0 %) orang, guru pelatih India seramai 19 (23.8 %) orang dan 2 (2.5 %) orang guru pelatih adalah terdiri daripada bangsa lain-lain. Dua orang guru pelatih yang berbangsa lain-lain adalah daripada suku kaum dusun dan kadazan.
  • 56. 56 Jadual 4.3 : Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Bangsa Bangsa Melayu Cina India Lain-Lain Jumlah 4.1.4 Bilangan 39 20 19 2 80 Peratus 48.8 25.0 23.8 2.5 100.0 Taburan Responden Mengikut Bilangan Penyeliaan Pembimbing oleh Guru Dari segi bilangan penyeliaan oleh guru pembimbing, seramai 24 (30.0 %) orang guru pelatih telah diselia sebanyak dua kali, 28 (35.0 %) orang guru pelatih diselia sebanyak tiga kali, 15 (18.8 %) orang orang guru pelatih diselia sebanyak empat kali dan 13 (16.2 %) orang guru pelatih telah diselia sebanyak lima kali (Jadual 4.4). Jadual 4.4 : Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Bilangan Penyeliaan oleh Guru Pembimbing Bilangan Penyeliaan 2 kali 3 kali 4 kali 5 kali Jumlah Bilangan Peratus 24 28 15 13 80 30.0 35.0 18.8 16.2 100.0
  • 57. 57 4.2 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian Bahagian ini akan menganalisis data berdasarkan persoalan kajian yang telah dibina terhadap persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan pengajaran oleh guru pembimbing. 4.2.1. Persoalan Kajian 1 : Apakah persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing sebelum pencerapan pengajaran ? Dalam menjawab persoalan 1, persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing semasa perbincangan pra pemerhatian pengajaran, item soalan 1 hingga 13 dalam bahagian B borang soal selidik telah dianalisis dan ditunjukkan dalam Jadual 4.5.
  • 58. 58 Jadual 4.5 : Taburan Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai Persepsi Responden Terhadap Guru Pembimbing Sebelum Pencerapan Pengajaran No item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Pernyataan STS n (%) 0 (0.0) TS n (%) 6 (7.5) menyemak buku persediaan mengajar bagi memastikan semua bahagian ditulis. berbincang dengan saya 0 3 mengenai objektif pengajaran (0.0) (3.8) agar sesuai dengan kebolehan murid. berbincang dengan saya 0 0 mengenai kesesuaian objektif (0.0) (0.0) pengajaran dan isi pelajaran. membimbing saya mengenai 0 0 kaedah pengajaran sesuai (0.0) (0.0) dengan isi pelajaran. berbincang dengan saya agar 0 3 alat bantu mengajar yang (0.0) (3.8) akan digunakan adalah sesuai berbincang agar pendekatan 0 3 yang akan digunakan adalah (0.0) (3.8) sesuai berbincang agar strategi yang 0 1 akan digunakan adalah sesuai (0.0) (1.2) berbincang agar aktiviti yang 0 2 akan digunakan adalah sesuai (0.0) (2.5) memberi komen positif bagi 0 1 aspek yang baik dalam (0.0) (1.2) persediaan pengajaran. memberikan semangat 0 4 sebelum saya memulakan (0.0) (5.0) pengajaran memfokuskan kepada aspek 0 5 pencerapan yang akan (0.0) (6.2) dilakukannya dalam sesi penyeliaan mewujudkan hubungan erat 0 0 dengan saya. (0.0) (0.0) tidak memaklumkan kepada 5 13 saya apabila hendak menyelia (6.2) (16.2) Purata min keseluruhan S n (%) 19 (23.8) SS n (%) 55 (68.8) 28 (35.0) Min 3.61 Tahap Min Sederhana Sisihan Piawai 0.626 49 (61.2) 3.57 Sederhana 0.569 26 (32.5) 54 (67.5) 3.67 Sederhana 0.471 35 (43.8) 45 (56.2) 3.56 Sederhana 0.499 24 (30.0) 53 (66.2) 3.62 Sederhana 0.560 31 (38.8) 46 (57.5) 3.54 Sederhana 0.572 31 (38.8) 26 (32.5) 28 (35.0) 48 (60.0) 52 (65) 51 (63.8) 3.59 Sederhana 0.520 3.63 Sederhana 0.537 3.62 Sederhana 0.513 33 (41.2) 43 (53.8) 3.49 Sederhana 0.595 30 (37.5) 45 (56.2) 3.50 Sederhana 0.616 31 (38.8) 23 (28.8) 49 (61.2) 39 (48.8) 3.61 Sederhana 0.490 3.20 Sederhana 0.933 3.56 Sederhana n=80 Hasil daripada analisis ini menunjukkan bahawa persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing sebelum pencerapan pengajaran adalah sederhana. Analisa ini adalah berdasarkan nilai min keseluruhan item adalah 3.56. Dapatan analisis menunjukkan “guru pembimbing berbincang dengan saya mengenai objektif pengajaran agar sesuai dengan kebolehan murid’’ mencapai skala min tertinggi iaitu 3.67. Untuk pernyataan ini seramai 26 (32.5 %) orang responden setuju dan 54 (67.5 %) orang responden sangat setuju.
  • 59. 59 Pernyataan item 1 dan 9 iaitu “menyemak buku persediaan mengajar bagi memastikan semua bahagian ditulis serta memberi komen yang positif dalam persediaan pengajaran” menunjukkan hampir semua responden dengan jumlah 55 (68.8 %) orang sangat setuju, 19 (23.8 %) orang setuju dan 6 (7.5 %) orang tidak setuju dengan min 3.61. Manakala bagi item 9, seramai 51 (63.8%) orang sangat setuju, 28 (35.0%) orang setuju dan seorang (1.2%) tidak setuju. Pada pernyataan item 2 dan 5 iaitu “berbincang dengan saya mengenai objektif pengajaran agar sesuai dengan kebolehan murid dan isi pelajaran serta penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai ” dengan min sebanyak 3.58 dan 3.62 (sederhana). Terdapat 49 (61.2 %) orang sangat setuju, 28 (35.0 %) setuju dan 3 (3.8 %) tidak setuju. Manakala seramai 53 (66.2%) orang sangat setuju, 24 (30.0%) orang setuju dan 3 (3.8%) tidak setuju dengan penyataan item 5. Pernyataan item 4 iaitu “membimbing saya mengenai kaedah pengajaran sesuai dengan isi pelajaran” menunjukkan bahawa responden setuju dengan penyataan tersebut dengan 45 (56.2 %) orang sangat setuju dan 35 (43.8 %) orang setuju dengan min sebanyak 3.56 (sederhana). Bagi pernyataan item 6, 7 dan 8 iaitu “berbincang dengan saya agar pendekatan, stategi dan aktiviti yang akan digunakan adalah sesuai” seramai 46 (57.5 %) orang sangat setuju, 31 (38.8 %) orang setuju dan 3 (3.8 %) orang tidak setuju dengan min 3.54. Manakala item 7 menunjukkan 48 (60%) orang sangat setuju, 31 (38.8%) orang setuju dan seorang tidak setuju (1.2%) dengan min 3.59.Bagi item 8 seramai 52 (65%) orang sangat setuju, 26 (35.0%) orang setuju dan 2 (2.5 %) tidak setuju dengan min sebanyak 3.63. Bagi pernyataan item 10 dan 12 iaitu “memberikan semangat sebelum saya memulakan pengajaran dan mewujudkan hubungan yang erat dengan guru pembimbing”,menunjukkan seramai 43 (53.8 %) orang sangat setuju, 33 (41.2 %) orang setuju dan 4 (5.0 %) dengan min sebanyak 3.49. Semua responden setuju
  • 60. 60 dengan penyataan 12 iaitu seramai 49 (53.8%) orang sangat setuju dan 31 (38.8%) orang setuju dengan min sebanyak 3.61. Seterusnya, pernyataan item 11 iaitu “memfokuskan kepada aspek pencerapan yang akan dilakukannya dalam sesi penyeliaan” memperolehi min sebanyak 3.50. Seramai 45 (56.2 %) orang sangat setuju, 30 (37.5 %) setuju. Manakala 5 (6.2 %) orang tidak setuju. Merujuk pernyataan item 13 iaitu “tidak memaklumkan kepada saya apabila hendak menyelia” memperolehi min paling rendah dalam persoalan kajian ini iaitu sebanyak 3.2. Seramai 39 (48.8 %) orang sangat setuju, 23 (28.8 %) orang setuju. Manakala 13 (16.2 %) orang tidak setuju dan 5 (6.2 %) orang sangat tidak setuju. 4.2.2. Persoalan Kajian 2 : Apakah persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing semasa pencerapan pengajaran? Dalam menjawab persoalan 2, persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing semasa pencerapan pengajaran,terdapat lapan item soalan merangkumi item dari 14 hingga 21 dalam bahagian B telah dianalisis dan ditunjukkan dalam Jadual 4.6.
  • 61. 61 Jadual 4.6 : Taburan Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai Persepsi Responden Terhadap Guru Pembimbing Semasa Pencerapan Pengajaran No item 14 15 16 17 18 19 20 21 Pernyataan STS n (%) 0 (0.0) 0 (0.0) 0 (0.0) 0 (0.0) TS n (%) 2 (2.5) 1 (1.2) 2 (2.5) 6 (7.5) menepati masa untuk menyelia saya mencerap pengajaran yang sebenar di dalam bengkel menyelia aktiviti murid semasa saya sedang mengajar. membuat pembetulan dengan segera jika saya memberi maklumat yang salah kepada murid semasa mengajar. membuat pemerhatian 0 1 berdasarkan masalah (0.0) (1.2) pengajaran yang telah dibincangkan bersama sebelum pemerhatian dijalankan mengambil alih pengajaran 4 13 semasa saya mengajar (5.0) (16.2) mencatat tingkah laku 0 4 pengajaran saya dengan teliti (0.0) (5.0) mencatat tingkah laku 0 4 pengajaran saya dengan (0.0) (5.0) ringkas Purata min keseluruhan S n (%) 32 (40.0) 34 (42.5) 24 (30.0) 36 (45.0) SS n (%) 46 (57.5) 45 (56.2) 54 (67.5) 38 (47.5) 30 (37.5) 23 (28.8) 29 (36.2) 26 (32.5) Min 3.55 Tahap Min Sederhana Sisihan Piawai 0.549 3.55 Sederhana 0.525 3.65 Sederhana 0.530 3.40 Sederhana 0.628 49 (61.2) 3.60 Sederhana 0.518 40 (50.0) 47 (58.8) 50 (62.5) 3.24 Sederhana 0.903 3.54 Sederhana 0.594 3.57 Sederhana 0.591 3.51 Sederhana n=80 Jadual 4.6 menunjukkan persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing semasa pencerapan pengajaran. Merujuk penyataan item 14 “menepati masa untuk menyelia saya”, seramai 46 (57.5%) orang sangat setuju, 32 (40.0%) orang setuju dan 2 (2.5%) orang tidak setuju dengan memperolehi min sebanyak 3.55. Bagi penyataan item 15 dan 19 iaitu “mencerap pengajaran yang sebenar di dalam bengkel dan mengambil alih pengajaran semasa saya mengajar”menunjukkan seramai 45 (56.2%) orang sangat setuju, 34 (42.5%) orang setuju dan seorang (1.2%) tidak setuju. Bagi item 19 pula menunjukkan seramai 40 (50%) orang sangat setuju dan 23 (28.8%) orang setuju. Manakala respondan yang tidak setuju dengan penyataan ini seramai 13 (16.2%) orang dan sangat tidak setuju seramai 4 (5.0%) orang. Nilai min bagi kedua-dua item ini adalah 3.55 dan 3.24.
  • 62. 62 Penyataan item 16 dan 17 “menyelia aktiviti murid dan membuat pembetulan segera jika maklumat yang diberikan salah kepada murid semasa mengajar”menunjukkan nilai min iaitu 3.65 dan 3.40. Bagi item 16 seramai 54 (67.5%) orang sangat setuju, 24 (30.0%) orang setuju dan dua orang (2.5%) tidak setuju. Manakala bagi item 17 pula, seramai 38 (47.5%) orang sangat setuju, 36 (45.0%) orang setuju dan 6 (7.5%) orang tidak setuju. Merujuk penyataan item 18 “membuat pemerhatian berdasarkan masalah pengajaran yang telah dibincangkan bersama guru pembimbing”menunjukkan seramai 49 (61.2%) orang sangat setuju, 30 (37.5%) orang setuju manakala seorang tidak setuju (1.2%) dengan nilai min iaitu 3.60. “Mencatat tingkah laku pengajaran saya dengan teliti dan ringkas” merangkumi penyataan item 20 dan 21. Penyataan item 20 menunjukkan seramai 47 (58.8%) orang sangat setuju, 29 (36.2%) orang setuju dan 4 (5.0%) orang tidak setuju. Manakala bagi penyataan item 21 pula, seramai 50 (62.5%) orang sangat setuju, 26 (32.5%) orang setuju dan 4 (5.0%) orang tidak setuju. Nilai min bagi kedua-dua penyataan ini adalah sebanyak 3.54 dan 3.57. Hasil daripada analisis ini menunjukkan purata nilai min keseluruhan bagi persoalan kajian ini adalah 3.51 (sederhana). 4.2.3. Persoalan Kajian 3 : Apakah persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing semasa pencerapan pengajaran? Dalam menjawab persoalan 3, persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing selepas pencerapan pengajaran,terdapat 14 item soalan merangkumi item dari 22 hingga 35 dalam bahagian B telah dianalisis dan ditunjukkan dalam Jadual 4.7
  • 63. 63 Jadual 4.7 : Taburan Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai Persepsi Responden Terhadap Guru Pembimbing Selepas Pencerapan Pengajaran No item 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 n=80 TS S SS n n n (%) 23 STS n 22 Pernyataan (%) (%) (%) 0 (0.0) 1 (1.2) 30 (37.5) 0 (0.0) 0 (0.0) 3 (3.8) 5 (6.2) 1 (1.2) Min Tahap Min Sisihan Piawai 49 (61.2) 3.60 Sederhana 0.518 33 (41.2) 26 (32.5) 44 (55.0) 49 (61.2) 3.51 Sederhana 0.574 3.55 Sederhana 0.614 3 (3.8) 34 (42.5) 42 (52.5) 3.46 Sederhana 0.635 0 (0.0) 0 (0.0) 0 (0.0) 2 (2.5) 31 (38.8) 28 (35.0) 49 (61.2) 50 (62.5) 3.61 Sederhana 0.490 3.60 Sederhana 0.542 0 (0.0) 0 (0.0) 0 (0.0) 1 (1.2) 0 (0.0) 4 (5.0) 29 (36.2) 38 (47.5) 28 (35.0) 50 (62.5) 42 (52.5) 48 (60.0) 3.61 Sederhana 0.515 3.52 Sederhana 0.503 3.55 Sederhana 0.593 mengarahkan saya membuat 1 2 pembetulan terhadap mana(1.2) (2.5) mana kesilapan pengajaran saya tidak berbincang mengenai 14 11 pengajaran yang telah saya (17.5) (13.8) lakukan selepas pencerapan berbincang mengenai prestasi 0 3 pengajaran yang telah saya (0.0) (3.8) laksanakan beberapa hari selepas penyeliaan dilakukan menganalisis data pencerapan 0 3 yang diperoleh hasil (0.0) (3.8) pengajaran sebelum berbincang dengan saya menganalisis data pencerapan 0 1 yang diperoleh hasil (0.0) (1.2) pengajaran bersama-sama dengan saya Purata min keseluruhan 38 (47.5) 39 (48.8) 3.44 Sederhana 0.613 20 (25.0) 35 (43.8) 2.95 Sederhana 1.135 30 (37.5) 47 (58.8) 3.55 Sederhana 0.571 29 (36.2) 48 (60.0) 3.56 Sederhana 0.570 29 (36.2) 50 (62.5) 3.61 Sederhana 0.515 3.51 Sederhana mengadakan sesi perbincangan sebaik sahaja selesai sesi pencerapan di dalam bengkel. merancang sesi pencerapan yang seterusnya memberi cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik untuk sesi pengajaran seterusnya mengkritik terhadap pengajaran yang telah saya lakukan memuji saya selepas pengajaran selesai dilakukan membincangkan semua aspek penyampaian pengajaran yang telah saya lakukan memberi penerangan tentang kekuatan pengajaran saya memberi penerangan tentang kelemahan pengajaran saya mengadakan perbincangan di tempat yang sesuai
  • 64. 64 Hasil analisis yang terdapat dalam jadual 4.7, menunjukkan persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing semasa pencerapan adalah sederhana. Purata min keseluruhan bagi persoalan kajian ini adalah 3.51. Merujuk penyataan item 22 dan 30 iaitu “Mengadakan sesi perbincangan sebaik sahaja selesai pencerapan di tempat yang sesuai seperti di dalam bengkel”, menunjukkan seramai 49 (61.2%) orang sangat setuju, 30 (37.5%) orang setuju dan seorang tidak setuju (1.2%). Manakala bagi penyataan 30, seramai 48 (60.0%) orang sangat setuju, 28 (35.0%) orang setuju dan 4 (5.0%) orang tidak setuju. Nilai min bagi kedua-dua item adalah 3.60 dan 3.55. Bagi penyataan item 23 dan 24 iaitu “merancang sesi pengajaran dan memberi cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik untuk pengajaran seterusnya”, menunjukkan nilai min iaitu 3.51 dan 3.55. Penyataan item 23 menunjukkan seramai 44 (55.0%) orang sangat setuju, 33 (41.2%) orang setuju dan 5 (6.2%) orang tidak setuju. Penyataan item 24 pula, seramai 49 (61.2%) orang sangat setuju, 26 (32.5%) orang setuju dan 5 (6.2%) orang tidak setuju. Penyataan item 25 iaitu “mengkritik terhadap pengajaran yang telah saya lakukan”, seramai 42 (52.5%) orang sangat setuju, 34 (42.5%) orang setuju. Manakala 3 (3.8%) orang tidak setuju dan seorang (1.2%) orang sangat tidak setuju. Nilai min bagi penyataan ini adalah 3.46. Semua responden bersetuju bagi penyataan 26, “memuji saya selepas pengajaran selesai dilakukan”, iaitu seramai 49 (61.2%) orang sangat setuju dan 31 (38.8%) orang setuju dengan nilai min sebanyak 3.61. Seterusnya, penyataan item 27 iaitu “membincangkan semua aspek penyampaian pengajaran yang telah saya lakukan, mendapat nilai min sebanyak 3.60. Seramai 50 (62.5%) orang sangat setuju, 28 (35.0%) orang setuju dan 2 (2.5%) tidak setuju. Penyataan item 31 iaitu “mengarahkan saya membuat pembetulan terhadap mana-mana kesilapan dalam pengajaran”, menunjukkan seramai 39 (48.8%) orang sangat setuju dan 38 (47.5%) orang setuju. Manakala responden yang tidak setuju seramai 2 (2.5%) orang dan sangat tidak setuju seramai seorang (1.2%). “Memberi penerangan tentang kekuatan dan kelemahan pengajaran saya” merangkumi bagi penyataan item 28 dan 29. Penyataan item 28 menunjukkan
  • 65. 65 seramai 50 (62.5%) orang sangat setuju, 29 (36.2%) orang setuju dan seorang (1.2%) tidak setuju. Manakala bagi penyataan item 29 pula, rata-rata responden bersetuju dengan penyataan ini iaitu seramai 42 (52.5%) orang sangat setuju dan 38 (47.5%) orang setuju. Nilai min bagi kedua-dua penyataan ini ialah 3.61 dan 3.52. Merujuk penyataan item 32 iaitu “tidak berbincang mengenai pengajaran yang telah saya lakukan selepas pencerapan”, mendapat nilai min yang paling rendah dalam persoalan kajian ini iaitu 2.95. Seramai 35 (43.8%) orang sangat setuju, 20 (25.0%) orang setuju, 11 (13.8%) orang tidak setuju dan 14 (17.5%) orang sangat tidak setuju. Diikuti penyataan item 33 iaitu “berbincang mengenai prestasi pengajaran yang telah saya laksanakan beberapa hari selepas penyeliaan dilakukan”menunjukkan seramai 47 (58.8%) orang sangat setuju, 30 (37.5%) orang setuju dan 3 (3.8%) orang tidak setuju dengan nilai min sebanyak 3.55. Bagi penyataan item 34 dan 35 iaitu “ menganalisis data pencerapan yang diperoleh hasil pengajaran sebelum dan bersama-sama dengan saya ”, masingmasing mendapat nilai min sebanyak 3.56 dan 3.61. Penyataan item 34 menunjukkan 48 (60.0%) orang sangat setuju, 29 (36.2%) orang setuju dan seorang (1.2%) tidak setuju. 4.2.4. Persoalan Kajian 4 : Apakah persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing tahap peningkatan profesionalisme keguruan hasil daripada penyeliaan pengajaran? Jadual 4.8 menerangkan persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing cara meningkatkan profesonalisme keguruan dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat. Terdapat 12 penyataan item soal selidik dalam persoalan kajian ini merangkumi item 36 hingga 47 dalam bahagian B yang telah dianalisis.
  • 66. 66 Jadual 4.7 : Taburan Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai Persepsi Responden Terhadap Guru Pembimbing Tahap Peningkatan Profesionalisme Keguruan No item 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 TS S SS Bil Bil Bil (%) 37 STS Bil 36 Pernyataan (%) (%) (%) 42 (52.5) 39 (48.8) menggalakkan saya membaca 1 3 bahan bacaan akademik (1.2) (3.8) menggalakkan saya membaca 0 5 pekeliling perkhidmatan (0.0) (6.2) pendidikan memberi galakan kepada saya 0 5 supaya dapat melanjutkan (0.0) (6.2) pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. mengingatkan saya supaya peka 0 4 dengan perkembangan teknologi(0.0) (5.0) teknologi terkini. menasihatkan saya supaya lebih 0 4 bersedia menerima sebarang (0.0) (5.0) perubahan sistem pendidikan agar pengetahuan selari dengan keperluan semasa. memberi sokongan kepada saya 0 8 dalam usaha meningkatkan kualiti (0.0) (10.0) hasil pengajaran. membimbing saya dalam 0 4 membuat keputusan serta (0.0) (5.0) menyelesaikan masalah pengajaran secara kritis dan kreatif menggalakkan saya membuat 0 3 penyelidikan pengajaran secara (0.0) (3.8) berterusan memberi galakan untuk 0 6 menghadiri kursus-kursus (0.0) (7.5) dalaman yang dianjurkan oleh pihak sekolah menggalakkan saya menyertai 0 9 seminar pendidikan yang (0.0) (11.2) dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri atau Universiti-universiti memberi sokongan menggilap 0 11 imej melalui pembacaan supaya (0.0) (13.8) tidak terpinggir daripada kelompok profesional lain menggalakkan supaya menulis 0 9 refleksi pengajaran selepas waktu (0.0) (11.2) pengajaran dan pembelajaran Purata min keseluruhan Min Tahap Min Sisihan Piawai 34 (42.5) 36 (45.0) 3.36 Sederhana 0.621 3.39 Sederhana 0.606 35 (43.8) 40 (50.0) 3.44 Sederhana 0.613 43 (53.8) 33 (41.2) 3.36 Sederhana 0.579 41 (51.2) 35 (43.8) 3.39 Sederhana 0.584 35 (43.8) 37 (46.2) 3.36 Sederhana 0.661 37 (46.2) 39 (48.8) 3.44 Sederhana 0.592 33 (41.2) 44 (55.0) 3.51 Sederhana 0.574 40 (50.0) 34 (42.5) 3.35 Sederhana 0.618 41 (51.2) 30 (37.5) 3.26 Sederhana 0.651 40 (50.0) 29 (36.2) 3.22 Sederhana 0.675 37 (46.2) 34 (42.5) 3.31 Sederhana 0.667 3.37 Sederhana n=80 Jadual 4.8 merujuk kepada persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing tahap profesionalisme keguruan dari aspek pembelajaran sepanjang hayat hasil
  • 67. 67 daripada penyeliaan pengajaran. Merujuk penyataan item 36, 37 dan 43 iaitu “menggalakkan saya membaca bahan akademik, pekeliling perkhidmatan pendidikan dan membuat penyelidikan pengajaran secara berterusan” mendapat nilai min sebanyak 3.36, 3.39 dan 3.51. Bagi penyataan 36, seramai 34 (42.5%) orang sangat setuju, 42 (52.5%) orang setuju, 3 (3.8%) orang tidak setuju dan seorang (1.2%) orang sangat setuju. Diikuti penyataan 37, seramai 36 (45.0%) orang sangat setuju, 39 (48.8%) orang setuju dan 5 orang (6.2%) tidak setuju. Manakala penyataan item 43, seramai 44 (55.0%) orang sangat setuju, 33 (41.2%) orang setuju dan 3 (3.8%) orang tidak setuju. Seterusnya penyataan item 38, 44 dan 45 merujuk kepada “guru pembimbing memberi galakan kepada saya supaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, menghadiri kursus-kursus dalaman serta menyertai seminar yang dianjurkan oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Universiti-unversiti, mendapat nilai min sebanyak 3.44, 3.35 dan 3.26. Bagi penyataan item 38, seramai 40 (45%) orang sangat setuju, 35 (43.8%) orang setuju dan 5 (6.2%) orang tidak setuju. Untuk penyataan item 44 pula, seramai 34 (42.5%) orang sangat setuju, 40 (50.0%) orang setuju dan 6 (7.5%) orang tidak setuju. Diikuti pula penyataan item 45, seramai 30 (37.5%) orang sangat setuju, 41 (51.2%) orang setuju dan 9 (11.2%) orang tidak setuju. “Mengingatkan serta menasihatkan saya supaya lebih peka dan bersedia dengan perkembangan teknologi-teknologi terkini dan bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar pengetahuan selari dengan keperluan semasa”adalah penyataan item 39 dan 40. Penyataan item 39 menunjukkan seramai 33 (41.2%) orang sangat setuju, 43 (53.8%) orang setuju dan 4 (5.0%) orang tidak setuju. Bagi penyataan item 40 pula, seramai 35 (43.8%) orang sangat setuju, 41 (51.2%) orang setuju dan 4 (5.0%) orang tidak setuju. Nilai min bagi kedua-dua item ini adalah sebanyak 3.36 dan 3.39. “Memberi sokongan kepada saya menggilap imej melalui pembacaan dalam usaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran serta tidak terpinggir daripada kelompok profesional lain”adalah penyataan item 41 dan 46 dengan nilai min adalah
  • 68. 68 sebanyak 3.36 dan 3.22. Penyataan item 41 menunjukkan seramai 37 (46.2%) orang sangat setuju, 35 (43.8%) orang setuju dan 8 (10.0%) tidak setuju. Bagi penyataan item 46 pula, seramai 29 (36.2%) orang sangat setuju, 40 (50.0%) orang setuju dan 11 (13.8%) orang tidak setuju. Seterusnya penyataan item 42 dan 47 iaitu “membimbing serta menggalakkan saya membuat keputusan serta menyelesaikan masalah pengajaran dan menulis refleksi pengajaran selepas waktu pengajaran dan pembelajaran secara kritis dan kreatif”, mendapat nilai min sebanyak 3.44 dan 3.31. Dalam penyataan item 42, seramai 39 (48.8%) orang sangat setuju, 37 (46.2%) orang setuju dan 4 (5.0%) orang tidak setuju. Penyataan item 47 pula, seramai 34 (42.5%) orang sangat setuju, 37 (46.2%) orang setuju dan 9 (11.2%) orang tidak setuju. 4.2.5. Ringkasan Dapatan Kajian Jadual 4.9 : Analisis Min Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penyeliaan Pengajaran oleh Guru Pembimbing, Semasa Latihan Mengajar Persoalan kajian 1. Apakah persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing sebelum pencerapan pengajaran? 2. Apakah persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing semasa pencerapan pengajaran? 3. Apakah persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing selepas pencerapan pengajaran? 4. Apakah persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing cara meningkatkan profesionalisme keguruan dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat? Jumlah Purata Min Keseluruhan Min 3.56 Tahap Min Sederhana 3.51 Sederhana 3.51 Sederhana 3.37 Sederhana 3.49 Sederhana Kesimpulannya, Jadual 4.9 menunjukkan bahawa persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan pengajaran oleh guru pembimbing semasa latihan mengajar adalah sederhana tinggi iaitu mendapat nilai purata min keseluruhan iaitu sebanyak
  • 69. 69 3.49. Didapati persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing sebelum pencerapan pengajaran mendapat nilai min yang tinggi iaitu sebanyak 3.56. Diikuti pula dengan persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing semasa dan selepas pencerapan pengajaran yang mendapat nilai min yang sama iaitu sebanyak 3.51. Manakala persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing tahap peningkatan profesionalisme keguruan dari aspek pembelajaran sepanjang hayat hasil daripada penyeliaan pengajaran mendapat nilai min yang paling rendah daripada empat persoalan kajian iaitu sebanyak 3.37. 4.3 Kesimpulan Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan dapatan kajian berdasarkan penganalisisan data secara deskriptif. Maklumat demografi responden seperti jantina, umur, bangsa dan bilangan penyeliaan yang telah diselia oleh guru pembimbing diukur secara deskriptif dengan menggunakan kekerapan dan peratusan,. Setiap aspek persepsi yang diukur juga dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan min, tahap pengkelasan, kekerapan dan juga peratus. Oleh itu, dapatan kajian yang diperolehi ini akan dibincangkan secara terperinci dalam bab yang seterusnya.
  • 70. 70 BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan Bahagian Bab 5 adalah terdiri daripada rumusan, perbincangan dan cadangan kajian. Dapatan kajian yang diperolehi dalam Bab 4 akan dibincangkan dalam bab ini berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan dalam Bab 1. Akhir sekali, cadangan dikemukakan untuk kajian lanjutan pada masa akan datang. 5.1 Rumusan Kajian ini dijalankan dengan kaedah tinjauan dan berbentuk deskriptif. Sebanyak 80 borang soal selidik yang telah dilengkapkan oleh responden yang terdiri daripada guru-guru pelatih Reka Bentuk Teknologi di IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Johor Bahru dianalisis. Empat objektif kajian ini iaitu :- i. Persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing sebelum pencerapan pengajaran. ii. Persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing semasa pencerapan pengajaran. iii. Persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing selepas pencerapan pengajaran. iv. Persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing tahap peningkatan profesionalisme keguruan dari aspek pembelajaran sepanjang hayat.selepas penyeliaan pengajaran.
  • 71. 71 Data-data mentah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 16 untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Berdasarkan analisis kuantitatif, maka dapatan-dapatan berikut telah diperolehi iaitu :- i. Majoriti responden adalah guru pelatih lelaki ii. Majoriti responden adalah berumur antara 18 hingga 22 tahun iii. Majoriti responden adalah berbangsa Melayu iv. Majoriti responden telah diselia oleh guru pembimbing sebanyak tiga kali v. Majoriti responden mempunyai persepsi terhadap guru pembimbing sebelum pencerapan pengajaran yang sederhana vi. Majoriti responden mempunyai persepsi terhadap guru pembimbing semasa pencerapan pengajaran yang sederhana. vii. Majoriti responden mempunyai persepsi terhadap guru pembimbing selepas pencerapan pengajaran yang sederhana viii. Majoriti responden mempunyai persepsi terhadap guru pembimbing tahap peningkatan profesionalisme keguruan dari aspek pembelajaran sepanjang hayat hasil daripada penyeliaan pengajaran yang sederhana.
  • 72. 72 5.2 Perbincangan 5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 : Persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing sebelum pencerapan pengajaran. Majoriti guru pembimbing menyemak buku persediaan mengajar guru pelatih RBT bagi memastikan semua bahagian ditulis. Selain itu, guru pembimbing memberi komen yang positif bagi aspek yang baik dalam persediaan mengajar. Malahan guru pembimbing memberikan semangat kepada mereka sebelum memulakan pengajaran. Ini disokong dengan kajian lepas oleh Nor Kamsiah (2008), bahawa guru pelatih memberikan persepsi positif terhadap bimbingan yang diberikan oleh guru pembimbing dalam membuat persediaan mengajar. Kebanyakan guru pembimbing mengadakan sesi perbincangan bersama guru pelatih RBT sebelum pencerapan pengajaran dilakukan iaitu dalam aspek objektif, kaedah, alat bantu mengajar, pendekatan, strategi dan aktiviti agar iainya sesuai dengan aras dan kebolehan murid. Ia bertepatan dengan apa yang dibincangkan oleh Wan Shamsuddin (2010), yang berpendapat bahawa proses ini dapat membantu guru pelatih dan guru pembimbing memahami tujuan dan objektif penyeliaan serta mendapat gambaran latar belakang sepintas lalu, berkenaan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dari segi teknik penyampaian, strategi ataupun kaedah yang digunakan. Selain itu, guru pelatih RBT bersetuju bahawa guru pembimbing mewujudkan hubungan erat bersama mereka. Ini disokong oleh Ramaiah (1999), yang menjelaskan bahawa pada peringkat ini adalah perlu untuk mewujudkan hubungan mesra antara guru dengan penyelia dengan alasan konferensi sebelum penyeliaan. Hampir semua guru pelatih RBT menyatakan bahawa guru pembimbing memfokuskan kepada aspek pencerapan yang akan dilakukannya dalam sesi penyeliaan. Ianya selari dengan objektif utama penyeliaan iaitu membantu guru pelatih membina dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seperti yang telah
  • 73. 73 dirancang. Kesimpulannya purata min keseluruhan bagi persoalan kajian ini adalah berada di tahap sederhana tinggi. Ini menunjukkan bahawa guru pelatih RBT IPGKTI memberikan persepsi yang positif terhadap guru pembimbing sebelum pencerapan pengajaran. 5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 : Persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing semasa pencerapan pengajaran Majoriti guru pelatih bersetuju bahawa guru pembimbing menepati masa ketika hendak menyelia mereka. Ketepatan masa semasa hendak menyelia adalah penting bagi guru pembimbing supaya tidak terlepas permulaan sesi pengajaran. Ini disokong oleh Abdul Rahman (2011), yang menyatakan bahawa konsep sama-sama masuk dan sama-sama keluar kelas memberi implikasi kerakanan dan kolaborasi. Tepati masa lawatan (penyeliaan) yang dipersetujui kerana dapat mengurangkan kegelisahan guru. Selain itu, guru pelatih menyatakan bahawa guru pembimbing mencerap dan juga menyelia pengajaran serta aktiviti murid yang sebenar di dalam bengkel. Di tahap ini guru pembimbing akan mencatat segala maklumat berkaitan pengajarn sebenar oleh guru pelatih. Maklumat tersebut diperlukan bagi membolehkan guru pembimbing dan guru pelatih membuat analisis dan penilaian tentang pengajaran dan menjadi asas kepada perbincangan selepas pencerapan (Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM, 2008) Kebanyakan guru pelatih bersetuju bahawa guru pembimbing membuat pembetulan dengan segera jika mereka memberi maklumat yang salah kepada murid semasa mengajar dan juga mengambil alih pengajaran semasa mereka mengajar. Ia amat bercanggah dengan pendapat yang dikemukan oleh Abdul Rahman (2011), bahawa salah satu perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa menjalankan pencerapan di dalam kelas adalah tidak campur tangan dalam pengajaran guru kecuali tindakan guru yang membahayakan.
  • 74. 74 Hampir semua guru pelatih setuju bahawa guru pembimbing membuat pemerhatian berdasarkan masalah pengajaran yang telah dibincangkan bersama. Malahan guru pelatih juga bersetuju bahawa guru pembimbing mencatat tingkah laku pengajaran mereka dengan teliti dan ringkas. Ini disokong oleh Abdul Rahman (2011) yang menyatakan pemerhatian di dalam kelas adalah proses mengumpul data berkenaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dirancang bagi melihat kekuatan dan kelemahan dan seterusnya sama-sama membantu ke arah piawaian pengajaran. Pada keseluruhannya, guru pelatih memberikan persepsi yang positif terhadap guru pembimbing semasa pencerapan pengajaran. 5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 : Persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing selepas pencerapan pengajaran. Hampir semua guru pelatih bersetuju bahawa guru pembimbing mengadakan sesi perbincangan sebaik sahaja selesai sesi pencerapan dan di tempat yang sesuai. Menurut Abdul Hamid (1979), perbincangan selepas sesi pencerapan amat penting dan banyak faedah yang akan diperolehi sekiranya dilakukan dalam suasana harmoni. Selain itu, guru pembimbing dapat mencadangkan beberapa perkara baru yang difikirkan baik pengajaran. Perkara-perkara baik begini harus diperkembangkan dengan segera. Selain itu, guru pelatih menyatakan bahawa guru pembimbing memberi cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik serta merancang sesi pencerapan untuk sesi pengajaran seterusnya. Ini bertepatan dengan tujuan penilaian yang dikemukakan oleh Aziz Nordin dan Mohd Yusof (1998) iaitu memberi bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran. Semua guru pelatih bersetuju bahawa guru pembimbing memuji mereka selepas pengajaran selesai dilakukan. Guru pelatih juga menyatakan bahawa guru pembimbing memberi penerangan tentang kekuatan dan kelemahan pengajaran saya semasa sesi perbincangan. Ini disokong oleh Graffith (1983) yang menyatakan salah
  • 75. 75 satu cara pendekatan perbincangan selepas proses penyeliaan, iaitu penyelia perlu memberitahu ataupun melaporkan kekuatan dan kelemahan guru terlebih dahulu. Cara ini diharap dapat membangkitkan guru supaya menyuarakan pendapat bersamasama bagi memperbaiki status quo dalam pengajaran. Menurut Abdul Hamid (1979) salah satu cara semasa sesi perbincangan ialah penyelia akan menyebut beberapa kebaikan yang terdapat dalam pengajaran tersebut dengan tujuan memupuk keyakinan diri pada guru-guru pelatih. Kebanyakan guru pelatih memberi respons yang baik mengenai guru pembimbing menganalisis data pencerapan yang diperoleh hasil pengajaran bersamasama dengan mereka. Ia bertepatan dengan penyataan Griffith (1983), yang mengemukakan cara pendekatan perbincangan selepas peroses penyeliaan iaitu penyelesaian masalah. Cara ini digunakan supaya mereka bersama-sama menyelesaikan cabaran pengajaran dan pembelajaran. Ia menekankan pengumpulan data bagi mencari alternatif penyelesaian masalah. Ia turut disokong oleh Abdul Hamid (1979), bahawa meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih sama ada masalah pengajaran atau peribadi dan bersama-sama mencari jalan untuk mengatasinya di dalam sesi perbincangan selepas sesi pencerapan. Menurut Abdul Rahman (2011), objektif yang dirancang bagi penyeliaan ini berjaya dicapai ataupun sebaliknya. Sekiranya objektif sudah tercapai, maka kitaran penyeliaan terhenti setakat ini. Namun sekiranya tidak, maka satu kitaran baru dirancang dengan objektif penyeliaan yang lebih bersesuaian. Perlakuan bermakna yang menyumbang kepada keputusan dibuat ketika perbincangan adalah mendengar, meminta penjelasan, mendorong berbicara, mengkaji semula, mempersembahkan, mencadangkan penyelesaian masalah, berunding, mengarah, memiawaikan tindakan, dan memperkukuhkan harapan (Glickman et al., 2001).
  • 76. 76 5.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4: Persepsi guru pelatih terhadap guru pembimbing peningkatan tahap profesionalisme keguruan dari aspek pembelajaran sepanjang hayat.hasil daripada penyeliaan pengajaran. Hampir semua guru pelatih RBT bersetuju bahawa guru pembimbing memberi galakkan kepada mereka membaca bahan akademik, pekeliling perkhidmatan pendidikan dan membuat penyelidikan pengajaran secara berterusan. Menurut Mok Song Sang (2004), dengan banyak membaca guru akan mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dengan ini penyampaian pelajaran akan lebih yakin seterusnya kualiti professional guru dapat dipertingkatkan. Ini bertepatan dengan pendapat Abd Rahim (2007), bahawa ciri-ciri guru berpengetahuan ialah guru yang mempunyai minat membaca, cintakan kegiatan intelektual, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dapat menyumbang pengetahuan kepda masyarakat dan dapat mempengaruhi hala tuju masyarkat, berani memimpin berasaskan kekuatan ilmu pengetahuan dan mempunyai jati diri berasaskan kekuatan intelek yang tinggi. Kebanyakan guru pelatih bersetuju bahawa guru pembimbing memberi galakkan kepada mereka supaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, guru pelatih diberi galakkan untuk menyertai serta menghadiri kursus-kursus dalaman atau seminar pendidikan yang dianjurkan oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan universiti-universiti. Ini disokong oleh Mok Song Sang (2004), bahawa guru perlu mempunyai sifat ingin tahu iaitu sifat yang mendorong guru sentiasa menambah ilmu pengetahuan dengan terus belajar dan mendalami dalam apa jua bidang khususnya dalam bidang kurikulum demi kepentingan kerjaya dan profesionnya. Sebagai seorang guru yang professional ia mesti mengamalkan budaya pembelajaran seumur hidup. Menurut Abd Rahim (2007), dunia pendidikan dan dunia profesion keguruan dan dinamik serta berasaskan ilmu pengetahuan menuntut guru sentiasa mencari ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan baharu supaya profesion keguruan tidak tersisih daripada revolusi pengetahuan yang berlaku dan mencabar profesion keguruan yang bersifat koservatif ini.
  • 77. 77 Bagi mempertahankan kredibiliti profesionalisme keguruan, seseorang guru perlu mengamalkan konsep belajar sepanjang hayat, iaitu semangat untuk terus belajar dalam bidang pendidikan dan juga bagi menguasai pengetahuan yang boleh membantu dan meningkatkan kecemerlangan profesion keguruan. Majoriti guru pelatih bersetuju bahawa guru pembimbing mengingatkan serta menasihatkan mereka supaya lebih peka dengan perkembangan teknologi-teknologi terkini dan lebih bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar pengetahuan selari dengan keperluan semasa. Ia bertepatan dengan pendapat Boon Pon Ying (2008), yang menyatakan globalisasi dan perubahan dalam dasar pendidikan Malaysia yang menuju ke arah sosio ekonomi pula membuktikan guru perlu meningkatkan profesionalisme diri untuk mampu bersaing seiring dengan ledakan maklumat terkini. Profesion keguruan harus sentiasa terbuka kepada perubahan, pembaharuan dan inovasi baharu dalam pelbagai aspek seperti pengurusan sekolah, pengajaran, pengurusan murid, penggunaan teknologi maklumat atau ICT dan sebagainya. Era ICT juga mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, pengajaran dan pembelajaran, liberalisasi pendidikan melalui pendidikan jarak jauh, pembelajaran tanpa sempadan dan pembelajaran maya (Abd Rahim, 2007). Dunia semakin maju dalam pengembangan ilmu pengetahuan sehingga mendorong kepada pembelajaran terbuka, pembelajaran melalui dunia atau global, pembelajaran liberal, pembelajaran tanpa bilik darjah, pembelajaran ‘índependence’ dan pembelajaran terbimbing dan terancang yang lebih cekap dan berkesan melalui teknologi dan pembelajaran berbantukan komputer. Kesimpulannya, seseorang guru perlu mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat, iaitu semangat untuk terus mendalami ilmu dalam bidang pendidikan dan juga menguasai serta mengamalkan pengetahuan supaya boleh membantu dan meningkatkan kecemerlangan profesion keguruan di samping mempertahankan kredibiliti profesionalisme keguruan.
  • 78. 78 5.3 Cadangan Kajian Berdasarkan dapatan kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Antaranya ialah : i. Guru pelatih RBT IPG Kampus Temenggung Ibrahim boleh mendapat maklumbalas latihan mengajar mereka daripada perspektif penilaian yang berbeza. Bimbingan penyeliaan pengajaran dari guru pembimbing dapat membantu guru pelatih dalam menilai kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya memperbaikinya supaya pengajaran dan pembelajaran berkesan kepada murid pada masa hadapan semasa latihan mengajar. ii. Hasil daripada kajian ini boleh dijadikan panduan kepada guru-guru pelatih IPG dalam membuat persediaan yang secukupnya dalam mempertingkatkan mutu pengajaran, membina kecekapan, sikap, personaliti, keyakinan diri serta meningkatkan daya tahan dalam mengamalkan nilai-nilai profesionalisme keguruan sebelum menghadapi latihan mengajar. iii. Guru pembimbing perlu memperbaiki kesilapan yang dilakukan semasa penyeliaan pengajaran terhadap guru pelatih. Kajian ini juga boleh dirujuk oleh pihak sekolah dalam memilih guru pembimbing yang sesuai bagi guru pelatih pada masa hadapan. iv. Guru pembimbing dilihat sebagai seorang mentor, model, pemberi penjelasan dan “resepi” untuk membantu dan membentuk guru pelatih. Dengan bimbingan melalui latihan-latihan yang lebih praktikal dan sistematik dapat menggerakkan guru-guru pelatih ke arah perubahan, pertumbuhan dan perkembangan sebagai seorang bakal guru yang berkualiti.
  • 79. 79 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan Kajian ini telah berjalan dengan lancar. Hasil daripada kajian yang diperoleh ini dapat mencapai objektif kajian ini. Dapatan ini seharusnya digunakan untuk memanfaatkan pihak guru pelatih, guru pembimbing, dan unit praktikum IPG. Daripada hasil kajian dan kesimpulan yang diperolehi, beberapa cadangan dinyatakan untuk meningkatkan lagi keputusan kajian. Cadangan-cadangan berikut boleh dijadikan pertimbangan bagi kajian penyelidikan yang akan datang. i. Penyelidikan ini boleh diulangi dengan lebih komprehensif yang melibatkan sampel yang lebih besar merangkumi beberapa lagi IPG yang mempunyai pengkhususan RBT. ii. Kajian juga perlu dijalankan bagi mengukur tahap peningkatan profesionalisme keguruan dalam aspek yang lain. iii. Kajian yang dijalankan ini, diharapkan tidak tertumpu kepada guruguru pembimbing sahaja, sebaliknya kajian terhadap pensyarah IPG juga perlu dilakukan. Maklumat daripada kedua-dua kelompok ini boleh digunakan bagi merancang usaha penambahbaikan penyeliaan pengajaran pada masa hadapan. iv. Selain kaedah kuantitatif, kajian-kajian mengenail penyeliaan pengajaran boleh juga dijalankan secara kualitatif.
  • 80. 80 5.5 Kesimpulan Hasil daripada kajian yang telah dijalankan ini, dapatan-dapatan yang diperoleh menunjukkan responden mempunyai persepsi positif terhadap penyeliaan pengajaran oleh guru pembimbing semasa latihan mengajar. Di sini dapat dirumuskan bahawa penyeliaan guru pembimbing terhadap guru pelatih RBT IPG Kampus Temenggung Ibrahim berada pada tahap yang memuaskan keseluruhannya. Hasil dapatan yang diperolehi ini menjawab segala persoalan kajian ini dan mencapai objektif kajian dalam mengenalpasti tahap penyeliaan guru pembimbing terhadap guru pelatih IPG. Secara umumnya kajian ini dapat menunjukkan bahawa penyeliaan pengajaran adalah komponen yang sangat penting bagi guru pelatih dalam memastikan peningkatan kualiti pengajaran guru pelatih dalam usaha melahirkan guru terlatih yang berkualiti. Diharapkan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh penyelidik dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak terlibat dalam tindakan susulan.
  • 81. 81 BIBLIOGRAFI Abdul Hamid Awang (1979). Latihan Mengajar Penyeliaan dan Penilaian: Bahagian Ilmu Pendidikan, Pusat Pengajian Kemanusiaan. Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Rahim Abd Rashid. (1996). Panduan Latihan Mengajar. Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahim Abd Rashid (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran,Cetakan Kedua Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2011). Penyeliaan Klinikal dari Perspektif Pengajaran di Sekolah. Petaling Jaya: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Abdul Raof & T.Subahan Muhd Meerah (1991). Isu-isu Latihan Mengajar. Petaling Jaya;Fajar Bakti. Abu Bakar Hashim (1995). Falsafah Penyeliaan Pendidikan. Bengkel Penyelarasan Penyeliaan Latihan Mengajar Penyelia-penyelia Bersekutu UTM/MRSM. Dibentangkan di Hotel Grand Continental, Langkawi. 1-5 November 1995. Abu Bakar Nordin (2008). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum Edisi Kedua. TanjongMalim. Quantum Books. Abu Hassan Kassim dan Meor Ibrahim (1995). Penyelia dan Penyeliaan Pengajaran Guru Pelatih:Perancangan dan penyampaian pengajaran. Kertas kerja ini dibentangkan di Bengkel Penyelarasan Penyeliaan Latihan Mengajar bagi Penyelia Bersekutu MRS/UTM di Hotel Grand Continental, Langkawi. 2-5 November 1995. Abu Hassan Kasim dan Meor Ibrahim Kamaruddin. (1997). Latihan Mengajar: Apakah Persediaan Guru Pelatih. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Acheson, K.A & Gall, M.D (1987). Techniques in the Clinical Supervision of Teacher, Second Editon, White Palin, New York: Longman.
  • 82. 82 Al Ramaiah (1999). Kepimpinan Pendidikan,Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd. Anderson, E. M. (1987). Definitions of Mentoring. Unpublished manuscript. Anderson, E.M & Lucasse Shannon A. (1995). Towards a Conceptualization of Mentoring’ in Issues in Mentoring, London: Routledge,Open University. Arter, J., and Paulson P.(1991). Composite Portfolio Work Group Summaries. Portland, OR: Northwest Regional Educational Laboratory. Azhar Muhammad, Abdul Hafiz Abdullah, Azmi Shah Suratman, Kamarul Azmi Jasmi & Mohd Ismail Mustari. (2007). Tahap Profesionalisme Guru-Guru Pelatih Pendidikan Islam dalam Latihan Praktikum. Laporan Akhir Penyelidikan, Utm Skudai. Aziz Nordin & Mohd Yusof Arshad (1995). Penilaian Dalam Latihan Mengajar. Kertas kerja ini dibentangkan di Bengkel Penyelarasan Penyeliaan Latihan Mengajar bagi Penyelia Bersekutu MRS/UTM di Hotel Grand Continental, Langkawi. 1-5 November 1995. Bolin, F. (1988). Helping Beginning Teachers: Thinking About Teaching, Journal of Teacher Education, March-April, 48-53. Boon, P. Y. (2002). Amalan Reflektif Kearah Peningkatan Profesional Guru. Jurnal IPBA/Jilid 3 Bil 2. Clarke, D. M. (1999). "Measuring The Quality Of Supervision And The Training Experience In Psychiatry." Australian & New Zealand Journal of Psychiatry 33(2): 248-252. Cogan, M.L (1973). Clinical Supervision. Boston. Boston Houghton Mifflin Company. Creswell, J.W. 2003. Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches (2 edition). California: Sage. Dewan Bahasa Dan Pustaka (1998). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  • 83. 83 Dewey J. (1933). How we Think. Buffalo, NY: Prometheus Books. (Original work published 1910). Ehrich, L. C., Hansford, B., & Tennent, L. (2004). Formal Mentoring Programs In Education And Other Professions: A review of the literature. Educational Administration Quarterly, 40(4), 518–540. Elliott, J. and Adelman, C. (1976). Innovation at the Classroom Level: a case study of the Ford Teaching Project, unit 28 of Curriculum Design and Development, Milton Keynes, Open University Press. Glatthorn, A. A. (1990). Supervisory Leadership: Introduction to Instructional Supervision. Glenview:Scott, Foresman/Litle, Brown Higher Education. Glickman, C. D, Gordon, S.P., Ross-Gordon, J. (2004). Supervision and Instructional Leadership : a Development Approach (6th ed.). Boston : Pearson. Goldhammmer, R., Anderson, R. H., & Krajewski, R.J. (1993). Clinical Supervision: Special Methods for the Supervisionof Teachers (3 rd ed). Forth Worth : Harcourt Brace Jovanovich. Griffith F.A(1983). Handbook For The Observation of Teaching and Learning Midland. : Michigan Rendall. Hapidah Mohamed, Roselan Baki, Nadzeri Hj. Isa, Mohd. Sahandri Gani Hamzah dan Abd. Ghani Taib. (2002). Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian Retrospektif. Seminar Penyelidikan Pendidikan. Institute Bahasa Melayu Malaysia. Kuala Lumpur. Institut Pendidikan Guru Kampus Hussien Onn (2010). Buku Panduan Amalan Profesional, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian. Kementerian Pendidikan Malaysia. Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik (2009). Buku Panduan Amalan Profesional, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian. Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • 84. 84 Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim (2007). Buku Panduan Amalan Profesional, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian. Kementerian Pendidikan Malaysia. Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim (2009). Refleksi Praktikum PISMP Ambilan Januari 2009. Unit Praktikum. Ismail Kailani (1995). Sistem dan Strategi Penyeliaan Latihan Mengajar. Kertas kerja ini dibentangkan di Bengkel Penyelarasan Penyeliaan Latihan Mengajar bagi Penyelia Bersekutu MRS/UTM di Hotel Grand Continental, Langkawi. 1-5 November 1995. Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah. Satu penilaian. Tesis Dr. Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamaruddin Hj. Husin (1986). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur:Longman Malaysia Sdn Bhd. McNiff, J. (1988) Action Research Principles and Practice. London: Routledge. Mohamed Amin Embi, Affendi Hamat & Muhammad Kamarul Kabilan (2002). Development of an Online Resource Center for the ELT Community.VirTEC Journal, Vol. 2, (2), 85- 94. Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan Edisi Pertama. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mok Soon Sang (1996). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
  • 85. 85 Mok, Soon Sang (1998). Pendidikan di Malaysia : untuk Diploma Perguruan: Kumpulan Budiman. Mok Soon Sang (2004). Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan lepas Ijazah (KPLI). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2010). Literatur dan Kaedah Penyelidikan. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Mook Soon Sang (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan : Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Penerbitan Multimedia. Muainah Ismail (2000). Bimbingan Guru Pembimbing Terhadap Guru pelatih STP, UTM Semasa Menjalani Latihan Mengajar. Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Noor Azlan Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei (2011). Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Jurnal of Educational Psychology and Counseling, volume 1 Mac 2011, Pages 59-76. Phillips, J. K. (1991). Upgrading The Target Language Proficiency Levels Of Foreign Language Teachers. ERIC Digest. Washington, DC: ERIC Clearinghouse on Languages and Linguistics. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (2008).Skim Guru Pembimbing. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Richert, A. E. (1990). Teaching Students to Reflect: A Consideration of Program Structure. Journal of Curriculum Studies, 22,(6), 509-527. Robert Goldhammer. (1969). Clinical Supervision: Special Methods For The Supervision Of Teachers. Holt, Rinehart and Winston, New York.
  • 86. 86 Salhah Abdullah & Ainon Mohd (2007), Guru Sebagai Mentor. Cetakan Kedua. Petaling Jaya: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Schon D (1987). Educating the Reflective Practitioner. Jossey-Bass: San Francisco. Sidek Mohd Noah (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Sekaran, Uma (2003). Research Methods For Business – A skill Building Approach. New York : John Wiley and Sons, Inc. Seldin, P. (1997). The Teaching Portfolio: A Practical Guide to Improved Performance and Promotion/Tenure Decisions (2nd ed.). Bolton, MA: Anker Publishing Co. Sergiovanni, T.J., & Starratt, R. J. (2002). Supervision : a Redefinition (7th ed.). Boston : McGraw-Hill. Shulman, L. (1987). Knowledge and Teaching: Foundation of the New Reform. Harvard Educational Review, 57(1), 1-22. Syuhada Choo Abdullah. 2008. Memartabatkan Profesion Keguruan. Berita Harian, 16 Mei : 2-5. Tan, Parson, Hinson & Sardo Brown. (2003). Educationa Psychology : A Practitioner Reseacher Approach. United Kingdom: Thompson. Thabo Samuel Letho (2001). An Effective Student-Teaching Practice Program. Universiti Concordia, Montreal, Quebec, Canada : Tesis Sarjana. Wan Shamsuddin Wan Mohd Salleh (2010). Nota Kuliah Kepepimpinan Instruksional Penyeliaan Berkesan untuk Pemimpin Sekolah. Genting Highlands, Malaysia:IAB. Watkins, K. E., & Marsick, V. J. (1993). Sculpting the Learning Organization: Lessons In The Art and Science of Systemic Change. San Francisco: Jossey-Bass. Zeicher, K. & Liston, D. (1985). Varieties of discourse in supervisory conferences. Teaching and Teacher Education, 1, 155-174.
  • 87. 87 Zepeda, S. J (2002). Linking Portfolio Development to Clinical Supervision : A Case Study. Jurnal of Curriculum and Supervision, 18(1), 83-102. LAMPIRAN A
  • 88. 88
  • 89. 89
  • 90. 90
  • 91. 91
  • 92. 92
  • 93. 93
  • 94. 94 LAMPIRAN B
  • 95. 95 LAMPIRAN C
  • 96. 96 LAMPIRAN D
  • 97. 97