SlideShare a Scribd company logo
1 of 31
RPH BMM3117 
Rancangan Pengajaran Harian [RPH] 
(Pengajaran Kemahiran Membaca: Pendekatan Tematik) 
Tarikh /Hari : Isnin 
Tahun : 4 Berlian 
Bil Murid : 34 orang 
Masa : 8.30 – 9.30 pagi 
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia 
Tema : Kesihatan 
Tajuk : Demam Denggi Wabak Membunuh 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
2.4 Membaca dan memahami maklumat 
yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai 
bahan untuk memberi respons dengan 
betul. 
4.1 Menyebut dan memahami unsur seni 
dalam lagu melalui nyanyian secara didik 
hibur. 
2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang 
tersurat dan tersirat dengan tepat daripada 
pelbagai bahan untuk membuat penilaian 
dengan betul. 
4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang 
mengandungi nilai dan pengajaran yang 
dipersembahkan melalui nyanyian secara 
didik hibur. 
Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: 
i. Menyebut dengan intonasi yang betul dan memahami lirik lagu Nyamuk Aedes yang didengari 
dengan betul. 
ii. Membaca dan menyatakan maklumat yang tersurat dengan tepat daripada teks “ Demam 
Denggi Wabak Membunuh” 
iii. Menulis maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat dalam borang grafik yang disediakan 
berpandukan teks “Demam Denggi Wabak Membunuh”. 
Sistem Bahasa 
 Tatabahasa :Sebutan dan intonasi 
 Kosa kata : keradangan , penguatkuasaan , berbahaya 
Pengisian Kurikulum 
 Ilmu : PJK, Sains , Pendidikan Muzik 
 Nilai Murni : Kebersihan fizikal dan mental 
 Pendidikan Alam Sekitar : bertanggungjawab terhadap kebersihan diri dan persekitaran 
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui TMK 
 Kreativtii : Pergerakan kreatif - Imaginasi dan visualisasi , menghasilkan lakaran grafik yang 
menarik 
 Elemen Keusahawanan 
EK 2: 2.2 Menganalisis dan menyatakan kebaikan/keburukan sesuatu 
EK 5: 5.1 Prinsip tanggungjawab sosial : menjaga persekitaran 
Norizat Jalil Page 1
RPH BMM3117 
Kepelbagaian Kaedah dan teknik 
 KB : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman tentang bahaya penyakit bawaan 
nyamuk. 
 KP : Verbal linguistik, Intrapersonal dan kinestatik 
 BCB : Mengumpul maklumat dan memproses maklumat tentang lirik lagu 
 Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan kebersihan di rumah dan 
persekitaran dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan nyamuk membiak. 
 Pembelajaran konstruktivisme , Pembelajaran konstektual 
Bahan bantu mengajar 
Jenis Bilangan 
1 Komputer riba 1 
2 LCD 1 
3 Lirik lagu :Nyamuk Aedes 34 
4 Grafik peta pemikiran : Carta alir 34 
5 Lembaran Petikan : Demam Denggi Wabak Membunuh 34 
6 Peta Grafik : Kitar Hidup Nyamuk 1 
7 Lembaran Kerja Penilaian 34 
8 Lembaran kerja pemulihan 34 
9. Lembaran Kerja Pengayaan 34 
10 Borang rekod penilaian 1 
Pengetahuan Sedia Ada : Murid biasa melihat nyamuk dan pernah mengetahui tentang demam 
denggi berpunca dari nyamuk. 
Langkah 
dan Masa 
Isi pelajaran 
Aktiviti pengajaran dan 
pembelajaran 
Catatan 
Induksi 
Set (7 
minit) 
Didik 
Hibur 
Nyanyian Lagu Aedes 
1. Menyebut dan memahami 
nyanyian yang didengari. . 
2. Mengaitkan nyanyian 
dengan isi pelajaran 
Perkaitan Nyamuk Aedes 
dengan Demam Denggi 
 Guru mengaktifkan 
komputer riba dan 
memasang video lagu 
Nyamuk Aedes 
 Murid mendengar lagu. 
 Murid menyebut dan 
memahami nyanyian 
lagu Nyamuk Aedes. 
 Guru 
menghubungkaitkan 
nyanyian dengan isi 
pelajaran pada hari ini. 
BBM 
 Komputer riba 
 LCD 
KB 
 Menghubung kait 
BCB 
 Memproses 
maklumat 
Pembelajaran 
Kontekstual 
 Menghubungkait 
kan kehadiran 
nyamuk dalam 
kehidupan murid 
sehari-hari 
Norizat Jalil Page 2
RPH BMM3117 
Langkah 1 
(10 minit) 
Membaca Petikan 
“ Demam Denggi Wabak 
Membunuh “. 
Aktiviti 1 
 Guru mengedarkan 
petikan kepada murid. 
 Murid membaca petikan 
dengan senyap. 
 Murid membaca teks 
secara mekanis dengan 
sebutan dan intonasi 
yang betul secara 
individu , berpasangan 
dan kelas 
Aktiviti 2 
. 
 Guru dan murid 
berbincang tentang 
petikan yang dibaca 
- Punca demam 
denggi 
- Tanda-tanda demam 
denggi 
- Langkah 
pencegahan 
- Kos rawatan 
BBM 
 Laptop 
 Lembaran Petikan 
Teknik 
 Pemerhatian 
 Tunjuk cara 
sebutan yang betul 
 Pergerakan kreatif 
KP 
 Intrapersonal 
 Verbal linguistik 
 Kinestatik 
Nilai Murni 
 Kebersihan 
Persekitaran 
Pembelajaarn 
kontekstual 
 Menghubungkaitka 
n dengan 
kebersihan di 
rumah dan 
persekitaran untuk 
mengelakkan 
nyamuk membiak 
EK 
 EK 2: 2.2 
Langkah 2 
( 15 minit) 
Membaca dan mencatat 
maklumat di dalam lakaran 
grafik yang disediakan. 
Aktiviti 1 
 Murid berada di dalam 
kumpulan seramai 4 
orang. 
 Murid berbincang di 
dalam kumpulan dan 
mencatatkan maklumat 
dengan betul 
berdasarkan petikan yang 
dibaca. 
 Murid mencatat hasil 
perbincangan pada 
lakaran grafik yang 
disediakan.. 
BBB 
 Lembaran Petikan 
 Lakaran Grafik 
Pendekatan 
 Konstruktivisme 
Teknik 
 Perbincangan 
KP 
 Intrapersonal 
 Verbal linguistik 
Nilai Murni 
 Bekerjasama 
PAS 
 Bertanggungjawab 
terhadap 
kebersihan rumah 
dan kawasan 
persekitarannya. 
Norizat Jalil Page 3
RPH BMM3117 
Langkah 3 
( 23 
minit) 
Membaca dan menyatakan 
maklumat dari 
Gambarajah 
Aktiviti 1 (Penilaian) 
1. Guru menayangkan 
gambar kitar hidup 
nyamuk menggunakan 
LCD 
2. Murid memerhati dan 
menyatakan maklumat 
yang diperolehi dari 
gambarajah. 
3. Murid membaca 
penyataan yang diberi 
dengan sebutan yang 
betul. 
4. Murid menyusun 
penyataan tentang kitar 
hidup mengikut urutan 
dengan betul 
. 
Aktiviti ii 
Pengayaan 
1. Murid diminta menjawab 
soalan pemahaman yang 
diberi. 
Pemulihan 
1. Murid diminta 
melengkapkan ayat dengan 
perkataan yang betul 
berdasarkan petikan. 
BBM 
 Laptop 
 Paparan 
Gambarajah Kitar 
Hidup Nyamuk 
 Lembaran 
Penyataan Kitar 
Hidup Nyamuk 
KB 
 Mengubungkiatkan 
KP 
 Verbal Linguistik 
 Intrapersonal 
EK 
 EK 5: 5.1 
Penilaian objektif 
Pemerhatian : 
Rekod Penilaian 
Murid dapat membaca 
dan menyusun 
penyataan kitar hidup 
nyamuk 
Lembaran kerja 
aktiviti pengayaan 
Lembaran kerja aktiviti 
pemulihan 
Norizat Jalil Page 4
RPH BMM3117 
Penutup 
5 minit 
Kognitif : 
Merumuskan isi pelajaran hari 
ini dengan soal jawab 
Sosial : 
Menyanyikan lagu “Aedes: 
 Murid bersoaljawab 
tentang apa yang telah 
dipelajari hari ini 
 Menyanyikan lagu 
Aedes bersama-sama 
BBB 
 LCD 
 Skrin 
 Lirik lagu 
KB 
 Merumus isi 
pelajaran 
Nilai Murni 
 Kebersihan 
PAS 
 Bertanggungjawab 
menjaga 
kebersihan rumah 
dan persekitaran 
KP: 
 Verbal linguistik 
 Intrapersonal 
 Kinestetik 
Catatan Refleksi: 
Norizat Jalil Page 5
Baca dan fahami 
teks di bawah 
RPH BMM3117 
Deman Denggi merupakan sejenis 
penyakit yang disebabkan oleh 
jangkitan virus denggi yang 
disebarkan oleh nyamuk Aedes 
betina. Cara penyebarannya adalah 
melalui gigitan nyamuk Aedes. 
Terdapat dua jenis denggi yang paling 
berat iaitu Deman Hemoragik Denggi 
dan Sindrom Kejutan Denggi 
Deman denggi bermula dengan 
deman mengejut, sakit kepala 
teruk, sakit di belakang bebola 
mata, sakit sendi dan otot 
serta gatal-gatal. Ciri-ciri 
keradangan deman denggi ialah 
bintik-bintik merah terang, 
biasanya muncul pada anggota 
bahagian bawah 
Amalan pencegahan boleh dilakuakan 
deangan menjaga kebersihan sekeliling 
rumah samaada di dalam dan di luar 
rumah bagi menghindarkan pembiakan 
nyamuk. Cara untuk menghalang 
pembiakan nyamuk adalah dengan, 
menggunakan penyembur racun 
serangga, memasukkan ubat pembunuh 
jentik-jentik kedalam bekas simpanan air, 
menutup bekas simpanan air untuk 
mencegahnya daripada bertelur, sentiasa 
menukar air di dalam bekas simpanan air, 
jambangan bunga dan kolah mandi setiap 
minggu serta gotong-royong 
membersihkan kawasan persekitaran 
Deman denggi merupakan 
penyakit yang sangat 
berbahaya dan mengancam 
kesejahteraan hidup serta 
masyarakat setempat. Pihak 
berkuasa perlu 
melaksanakan 
penguatkuasaan berterusan 
yang lebih berkesan agar 
dapat menghapuskan 
kawasan pembiakan 
nyamuk. Sekirannya pekara 
ini dilaksanakan secara 
berterusan sudah pasti 
masalah denggi dalam 
kalangan masyarakat kita 
dapat dikawal dan 
dikurangan. Ingatlah 
"DenggiMembunuh". 
Norizat Jalil Page 6
RPH BMM3117 
Tuliskan maklumat 
penting pada lakaran 
grafik yang disediakan 
Jenis-jenis 
Deman 
Denggi 
Tanda-tanda 
Deman 
Denggi 
Langkah-lankah 
mencegah 
denggi 
________________________ 
________________________ 
________________________ 
________________________ 
________________________ 
________________________ 
____________ 
________________________ 
________________________ 
________________________ 
________________________ 
________________________ 
________________________ 
____________ 
________________________ 
________________________ 
________________________ 
________________________ 
________________________ 
________________________ 
____________ 
Norizat Jalil Page 7
Kitaranhidupnyamuk 
RPH BMM3117 
Nyamuk betina 
menghisap darah 
Telur 
Larva 
Pupa 
Norizat Jalil Page 8
RPH BMM3117 
Susun dan nomborkan peryataan 
berikut mengikut urutan kitaran 
hidup nyamuk 
Telur- selepas menghisap darah, nyamuk betina bertelur sekolompok 
iaitu kelompok telur berbentuk rakit. Telur yang mengandungi 40 
hingga 400 telur halus yang berwarna putih terapung pada 
permukaan air bertakung atau air yang mengalir 
Pupa- Pupa tinggal berhampiran dengan permukaan air, bernafas 
melalui dua tiub berbentuk seperti tanduk yang dipanggil sifon. Sifon 
terletak pada bahagian belakang pupa. Pupa tidak makan 
Nyamuk-Nyamuk mengalami transformasi lengkap. Nyamuk 
mengalami empat peringkat perkembangan yang jelas. Empat 
peringkat itu ialah telur, larva, pupa dan nyamuk dewasa. Kitaran hidup 
lengkap nyamuk mengambil masa sebulan. 
Larva- Dalam seminggu, telur itu akan menetas dan menghasilkan 
larva atau dipanggil jentik-jentik. Larva bernafas melalui tiub yang 
terkeluar pada permukaan air. Larva memakan bahan organik yang 
terapung dan juga makan sesama sendiri. Seterusnya larva akan 
bertukar menjadi pupa 
Nyamuk dewasa keluar daripada pupa apabila kulit terbuka 
selepas beberapa hari. Nyamuk dewasa hanya boleh hidup 
beberapa minggu sahaja 
Norizat Jalil Page 9
RPH BMM3117 
Isi tempat kosong di bawah 
dengan perkataan yang 
sesuai berdasarkan teks 
1. Deman denggi disebabkan oleh nyamuk 
___________________. 
2. Cara penyebarannya ialah melalui ___________________ 
gigitan nyamuk aedes. 
3. Salah satu daripada tanda kita dijangkiti deman denggi ialah 
________________________. 
4. Kita boleh mencegah pembiakan nyamuk aedes dengan 
_____________________ kawasan rumah. 
5. Sentiasa ________________ di dalam bekas simpanan air 
supayanyamuktidakmebiak. 
Norizat Jalil Page 10
RPH BMM3117 
Baca dan jawab soalan-soalan 
Pemahaman di bawah ini 
Berapa jumlah kitaran hidup 
nyamuk? 
_____________________________ 
_____________________________ 
_____________________________ 
_________ 
Berap aanggaran seekor nyamuk 
betina bertelur? 
_____________________________ 
_____________________________ 
_____________________________ 
_________ 
Apakah nama peringkat kedua 
sebelum nyamuk menjadi pupa? 
_____________________________ 
_____________________________ 
_____________________________ 
_________ 
Nyatakan peringkat kitaran 
hidupnya mukse cara ringkas 
_____________________________ 
_____________________________ 
_____________________________ 
_________ 
Norizat Jalil Page 11
RPH BMM3117 
KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK 
1.0 Pengenalan 
Strategi, pendekatan,kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang 
saling berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu 
proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep 
ini , apabila diaplikasikan dalam bilik darjah akan membentuk satu 
pembelajaran yang kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan tercapai. 
Nota grafik yang digunakan untuk memperjelaskan keempat-empat konsep ini 
perlulah meliputi tentang kejelasan isinya walaupun ringkas, warna juga memainkan 
peranan penting bagi menunjukkan sesuatu carta atau gambarajah. Huruf , bentuk 
dan corak yang menarik dapat memberi satu gambaran tentang sesuatu nota yang 
hendak disampaikan. Penerima maklumat akan mendapat maklumat dengan jelas 
dan mudah faham tentang apa yang akan disampaikan oleh pemberi maklumat. 
Pendekatan 
Definasi 
strategi 
Kaedah 
-. 
teknik 
Rajah 1. Definasi Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik 
Norizat Jalil Page 12
RPH BMM3117 
2.0 Huraian definasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik 
2.1 Pendekatan 
PENDEKATAN : Dalam pengajaran bahasa, pendekatan ialah satu 
kumpulan andaian yang membentuk sifat bahasa pembelajaran dan 
pengajaran yang dijalankan 
Pendekatan juga bermaksud halatuju atau arah yang diambil untuk 
menuju sesuatu sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagi "to come 
near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. 
Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau 
generalisasi yang tertentu. 
2.2 Strategi 
STRATEGI : Ianya merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah 
yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan 
menggunakan tenaga, masa dan kemudahan yang diperolehi secara optimum. 
Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu tentang cara-cara merancang 
dan melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur untuk mencapai 
matlamat atau kejayaan. 
Norizat Jalil Page 13
RPH BMM3117 
2.3 Kaedah 
sesuatu bahan bahasa dimana secara keseluruhannya berdasarkan kepada 
pendekatan yang diaplikasikan tetapi tidak boleh bercanggah dengan 
pendekatan tersebut. 
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar 
ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan 
dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah 
itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara 
yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif 
pengajaran, maka itu adalah kaedah. 
2.4 Teknik 
KAEDAH : Satu rencana yang menyeluruh yang mengajar 
TEKNIK : Taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran 
yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu 
bahagian. 
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya 
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai 
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di 
mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. 
 Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi 
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. 
Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang 
digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. 
 
Norizat Jalil Page 14
RPH BMM3117 
3.0 Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan 
pembelajaran 
KONSEP 
TEKNIK 
PENDEKATAN 
STRATEGI 
KAEDAH 
TEKNIK 
tT 
Rajah 2: Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik 
3.1 Konsep pendekatan 
Sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk kepada cara 
bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.Pendekatan 
mestilah berlandaskan model, prinsip atau teori seperti ;Konkrit kepada abstrak, 
mudah kepada susah, dan umum kepada spesifik. Pendekatan dianggap benar 
tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan yang baik serta 
bijak mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik.Ia 
merupakan satu pegangan dan falsafah bagi memahami dan mendekati 
sesuatu perkara. 
Norizat Jalil Page 15
RPH BMM3117 
3.2 Konsep strategi 
Satu perancangan yang diatur untuk mencapai tujuan atau matlamat bagi 
membentuk kejayaan. Dalam Pengajaran dan pembelajaran ,strategi diperlukan 
oleh seseorang guru supaya murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang 
diajar setelah merancangnya seterusnya memberi kejayaan dalam hasil 
pembelajaran yang telah ditentukan 
3.3 Konsep Kaedah 
Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek, objektif 
pelajaran spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat berbagai 
kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri-penemuan,kaedah 
penyiasatan,kaedah dapatan dan sebagainya. 
Menurut Edward M. Anthony,(1963), Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar 
keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dan teratur.Ini 
bermakna sesuatu kaedah yang dipilih haruslah berlandaskan kepada 
pendekatan yang berkaitan dengan model dan prinsip. 
3.4 Konsep teknik 
Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk 
menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru 
mengajar. Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main peranan 
,improvisasi, permainan bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan 
sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut aras 
pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan 
juga penting agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan menggunakan 
pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang 
mementingkan isi kandungan ataupun proses. 
Norizat Jalil Page 16
RPH BMM3117 
4.0 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran 
Pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek yang ingin kita sampaikan 
sebagai bahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran, Ianya menyerupai 
klasifikasi di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria yang 
digunakan untuk 
meneliti proses 
pengajaran. 
keaktifan 
pengajaran 
dan pelajar 
PENDEKATAN 
cara 
pegelolaan 
murid 
cara-cara 
fakta 
disampaikan 
pelajaran 
mata 
pelajaran 
pelajaran 
bahasa 
Rajah 3 : Keberkesanan pendekatan 
4.1 Keaktifan pengajaran dan pelajar 
Pendekatan ini merujuk kepada memusatan guru ketika menyampaikan isi 
dalam bilik darjah seperti guru memberi penerangan dalam aktiviti syarahan dan 
demontrasi. Manakala pendekatan yang mementingkan pelajar ialah pendekatan 
yang memusatkan murid untuk mendapatkan maklumbalas seperti aktiviti 
permainan,perbincangan dan penyelesaian masalah dalam kumpulan untuk 
mendapatkan bahan atau maklumat . 
Norizat Jalil Page 17
RPH BMM3117 
4.2 Cara- cara fakta disampaikan 
Berdasarkan kriteria bagaimana fakta atau isi pelajaran disampaikan dan 
diterangkan seperti pendekatan induktif iaitu menampilkan contoh dahulu sebelum 
hukum-hukum tatabahasa dijelaskan kepada pelajar Manakala. pendekatan deduktif 
pula ialah satu kaedah mengajar yang komplek., Bagi pendekatan eklektik, ia 
merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif. Cara –cara fakta lain 
yang disampikan juga merangkumi pendekatan dari mudah ke susah dan 
pendekatan dari maujud ke abstrak 
4.3 Cara pengelolaan murid 
Bagi pendekatan pengajaran yang berasaskan cara pengelolaan murid 
adalah pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, 
pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Guru diberi 
kebebasan memilih kaedah yang sesuai untuk aplikasikannya dalam bilik darjah 
4.4 Pengajaran bahasa 
Dalam pengajaran bahasa, pendekatan seperti pendekatan komunikasi, 
pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan 
pendekatan nahu. Semua pendekatan ini wujud berasaskan kepada teori -teori 
pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. 
4.5 Pengajaran mata pelajaran lain. 
Pendekatan ini digunakan ketika sesi pembelajaran yang mana guru menyelit 
dan menggabungjalinkan dengan mata pelajaran yang lain mengikut tema-tema 
yang diajar. 
Norizat Jalil Page 18
RPH BMM3117 
5.0 Strategi pengajaran dan pembelajaran 
Guru yang kreatis dan inovatif akan menggunakan gabunagan beberapa 
pendekatan dan juga kaedah yang tertentu untuk mencapai hasil pembelajarannya 
atau pun objektif pengajaran. Segala bentuk dan gabungan pendekatan dan kaedah 
serta turutan kedua-duanya bila masa dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. 
Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itu 
mengajar pelajar-pelajarnya yang berbeza dari segi tahap kebolehan, 
kecenderungan, bakat serta minat selain mempunyai aras pencapaian yang 
berlainan antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Contohnya bagi Kelas 
Pemulihan dan Kelas Arus Perdana, pencapaian akademik dan tahap penerimaan 
antara pelajar-pelajar tersebut amat berbeza. Guru harus bijak untuk meningkatkan 
kualiti pembelajaran melalui perancangan strategi agar murid-murid ini dapat 
menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh yang demikian guru perlu mencari 
jalan bagaimana unuk mengintegrasikannya serta menyusun kaedah-kaedah yang 
bersesuaian untuk memberi input kepada pelajar- pelajarnya 
•Guru sebagai fasilitator, 
murid sebagai penonton 
•Interaksi sehala sahaja 
•pencapaian murid 
diutamakan 
•murid pasif dan tidak 
kreatif 
•ciri kepimpinan guru 
bersifat autokratik 
•mengutamakan keputusan 
ujian dan peperiksaan 
•kaedah keseluruhan kelas 
Pemusatan guru 
pemusatan murid •Bergantung 
•murid pemain utama, 
guru hanya pemimpin. 
•interaksi dua hala. 
•utamakan objektif 
pencaian murid 
•murid lebih kreatif dan 
beinisiatif 
•dapat memupuk nilai - 
nilai murni seperti 
kerjasama 
Rajah 4 : Strategi Pengajaran dan pembelajaran 
sepenuhnya kepada 
Bahan Bantu 
Mengajar 
•utamakan kecekapan 
dan kemahiran 
menggunakan bahan. 
•Sesi pembelajaran 
lebih mearik, 
berkesan dan 
bermakna. 
•Murid melalui 
pengalaman sebenar 
Pemusatan 
bahan 
Norizat Jalil Page 19
RPH BMM3117 
6.0 Kaedah pengajaran dan pebelajaran 
Satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan secara tersusun serta dimana 
setiap langkah tersebut mempunyai kemahiran kemahiran dan latihan yang 
dirancang. Keutamaan adalah bagi mencapai objektif yang dirancang bukannya cara 
bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan. 
Objektif 
yang tepat 
dan boleh 
dicapai 
Strategi 
yang 
tersusun 
dan kemas 
Langkah-langkah 
yang teliti 
Kaedah 
pengajaran 
yang baik 
dan proaktif 
Rajah 5 : Kaedah Pengajaran yang baik dan proaktif 
6.1 langkah-langkah yang teliti 
Bagi mewujukan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik serta murid yang 
proaktif, guru perlu menyusun langkah-langkah pengajaran dengan teliti agar tidak 
berlaku keciciran ilmu ketika menyampai maklumat kepada murid-muridnya. 
Sebelum memulakan sesi pengajaran, langkah-langkah perlu dirancang sebelum 
melaksanakannya. Ianya mestilah mengandungi BBM/ABM dan aktiviti-aktiviti yang 
tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran. 
Norizat Jalil Page 20
RPH BMM3117 
6.2 Strategi yang tersusun dan kemas 
Strategi yang tersusun, kemas dan teratur memainkan peranan penting 
dalam kaedah pengajaran yang baik ,yang merangkumi isi kandungan, objektif yang 
ingin dicapai,pendekatan,kaedah dan teknik penyampaian yang menarik. Bahan 
Bantu Mengajar perlulah sesuai dengan pembelajaran pada hari tersebut serta 
penilaian yang akan dijalankan mestilah dibuat agar kita dapat mengetahui 
pencapaian pengajaran terhadap murid. Strategi yang tersusun akan memberikan 
sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. 
6.3 Objektif yang tepat dan boleh dicapai. 
Perancangan dan pelaksanaan yang baik akan membantu guru mencapai 
objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu merencanakan sesuatu 
pengajarannya dengan meletakkkan objektif yang tepat dan sesuai dan objektif 
tersebut mestilah boleh dicapai. Jangan meletakkan sasaran atau objektif yang 
terlalu tinggi dengan aras pencapaian murid. 
Norizat Jalil Page 21
RPH BMM3117 
7.0 Teknik Pengajaran dan pembelajaran 
Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa akan merancang dan 
melaksanakan teknik atau alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlu 
mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang boleh merangsang dan menarik minat 
pelajar yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama 
dengan pendekatan yang dianuti. 
7.1 Tujuan – tujuan teknik 
Menarik minat murid untuk 
terus belajar di dalam kelas. 
Membangkitkan rasa ingin 
tahu murid mengenai 
pembelajaran yang ingin 
disampaikan oleh guru 
Rajah 6 :Tujuan teknik diadakan 
Mengekalkan 
perhatian dan 
memberi 
tumpuan 
sepenuhnya 
ketika sesi 
pengajaran 
dan 
pembelajaran 
Memberi satu 
pengalaman 
baru kepada 
murid untuk 
diaplikasiakan 
semasa atau 
selepas 
persekolahan 
Norizat Jalil Page 22
RPH BMM3117 
7.2 Jenis-jenis teknik pengajaran bahasa 
kuiz sumbangsaran 
Teknik 
pengajaran 
bahasa 
perbahasan 
Rajah 7 : Jenis-jenis teknik 
inkuiri 
bercerita 
latih tubi 
permainan 
bahasa 
main 
peranan 
7.2.1 Teknik main peranan 
soaljawab 
simulasi 
drama 
perbincangan 
forum 
demontrasi 
1. Melakonkan situasi atau peristiwa yang dianggap penting.Proses berlaku di bilik 
darjah. 
2.Murid memainkan peranan utama dan bertindak sebagai watak-watak yang 
ditentukan dalam situasi yang diberikan 
3.Peranan yang dibawa atau dimainkan secara spontan tanpa menggunakan skrip 
4.Dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai setelah melihatnya atau 
mendengar melalui filem, televisyen, rakaman ,radio atau direka oleh guru. 
5.Penilaian prestasi para pelakon dan rumusan cara penyelesaian dibuat selepas 
selesai aktiviti main peranan. 
Norizat Jalil Page 23
RPH BMM3117 
7.2.2 Permainan Bahasa 
 Aktiviti pembelajaran sebagai aktiviti pengukuhan,pengayaan dan 
pemulihan. 
 Contoh aktiviti seperti kuiz,puzzle, teka-teki,meneka, silangkata 
,penyelesaian masalah, demontrasi, sisip sukukata, menangga 
kekata dan sebagainya. 
 Boleh dilakukan secara individu, kumpulan , berpasangan atau kelas. 
 Penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman, 
latihan intensif dan sebagai alat dianogstik. 
 Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran berbahasa pelajar 
seperti 
 kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 
7.2.3 Latih tubi 
 Aktiviti pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai penguasaan 
kemahiran. 
 Sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya untuk 
murid-murid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah. 
 Digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut 
suku kata perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting atau pun 
huruf-huruf. 
 Pelajar didedahkan dengan aktiviti menyebut, mendengar dan memikirkan 
maksud sesuatu perkataan atau makna ayat. 
 Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) 
 Digunakan sebagai teknik menghafal atau mengingat. 
Norizat Jalil Page 24
RPH BMM3117 
7.2.4 Bercerita 
Satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran. 
Cerita disampaikan secara lisan, melalui tontonan, mendengar 
rakaman dan melalui pementasan boneka. 
Tujuan bercerita untuk: 
 Menimbulkan minat murid untuk belajar 
 Melatih kemahiran mendengar 
 Memupuk nilai-nilai murni 
 Memperkayakan pengalaman murid 
 Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan 
 Penglibatan murid secara aktif dan menjana pemikiran murid 
7.2.5 Inkuiri 
 Teknik yang dikenali juga sebagai teknik tinjau siasat. 
 Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau 
kesimpulan yang berorientasikan masalah. 
 Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar. 
 Pengendalian teknik inkuiri ialah : 
1. Proses mengenali masalah 
2. Mengkaji ramalan 
3. Mengumpul maklumat 
4. Menganalisis 
5. Membuat rumusan 
Norizat Jalil Page 25
RPH BMM3117 
7.2.6 Perbahasan 
 Merupakan perbincangan formal yang terdiri daripada kumpulan kecil 
 Terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli. 
 Satu kumpulan pencadang dan satu lagi pembangkang yang menentang 
hujah. 
 Murid dilatih untuk mengembangkan idea dan menyampaikan isi secara 
spontan . 
 Merupakan satu aktiviti yang member peluang kepada murid menyampaikan 
hujah yang bernas, logik dan berfakta. 
7.2.7 Kuiz 
 Guru dapat menperkukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman 
pelajar mengenai topik-topik tertentu. 
 Dapat menguji minda pelajar disamping belajar sambil bergembira. 
 Pelajar dapat menimba ilmu dengan mengemukakan soalan-soalan secara 
teka-teki. 
 Mewujudkan cara belajar melalui pemikiran yang bernas. 
 Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi 
bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. 
 Soalan adalah yang memberangsangkan minda dan mempunyai kemahiran 
berfikir 
7.2.8 Sumbangsaran 
Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan, aras dan minat murid 
Segala cadangan, pendapat dan ideaperlu dicatat untuk dibincangkan 
dalam sesi umum. 
Pengerusi mestilah berkelayakan untuk menyampaikan idea dan setiap 
ahli berpeluang memberi cadangan 
Norizat Jalil Page 26
RPH BMM3117 
7.2.9 Soaljawab 
 Mewujudkan interaksi dua haladan cara pembelajaran yang berkesan. 
 Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran 
dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. 
 Soalan-soalan yang diberikan memerlukan pelajar berfikir dengan baik 
di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar oleh guru 
 Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan aras 
pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan iklim bilik darjah dan 
pembelajaran beretika, dinamik dan berkesan 
7.3.0 Simulasi 
@ Suatu situasi pembelajaran yang terkawal dan merupakan situasi yang sama 
dengan keadaan sebenar untuk menyelesaikan masaah 
@ Pembelajaran berlaku dalam bilik darjah dan membolehkan murid melakukan 
aktiviti secara lakonan dengan tujuan mengemukakan masalah 
@ Terdapat dua jenis simulasi iaitu sosiodrama dan main peranan. 
@ Tujuannya ialah : 
 Murid dapat menguasai kemairan bertutur 
 Membina pemikiran yang kreatif dan kritis 
 Membina jati diri yang positif terhadap masalh yang dihadapi 
 Mengaitkan isi pelajaran dengan sifat yang baik dan berwibawa 
 Mewujudkan suasana situasi yang sebenar di dalam kehidupan seharian 
Norizat Jalil Page 27
RPH BMM3117 
7.3.1 Drama 
 Mendorong dan merangsang minda pelajar untuk menghubungkan 
perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. 
 Pelajar diberi kebebasan untuk meluahkan pendapat, membuat penemuan, 
memberi dan berkongsi sesuatu dengan orang lain 
 Drama dapat mempelbagaian ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu 
alat bantu pengajaran dan pembelajaran. 
 Teknik ini boleh menimbulkan rasa keseronokan dan keberkesanan 
pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. 
7.3.2 Perbincangan 
 Melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan murid di dalam kelas 
 Sebagai cara untuk bertukar pandangan dan pendapat untuk berkongsi 
idea ataupun masalah. 
 Guru memberikan tajuk mengenai peristiwa, fakta, isu-isu atau konsep 
kekeluargaan atau pencemaran, manakala murid berperanan 
memberikan pendapat untuk pencambahan dan perkembangan idea. 
 Guru sebagai fasilitator dan akan membantu murid membuat rumusan 
terhadap hasil perbincangan mereka. 
Norizat Jalil Page 28
RPH BMM3117 
7.3.3 forum 
 Satu sesi perbincangan yang terdiri daripada beberapa ahli panel untuk menjana 
idea dan mengemukakan pendangan tentang sesuatu topic dan dijalankan 
secara formal. 
 Teknik forum merupakan aktiviti lisan yang ideal dan sesuai dijalankan dalam 
pengajaran, di mana pelajar akan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman 
mereka, 
 Secara langsung ianya dapat meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan 
fikiran dengan jelas, bernas, proaktif ,berobjektif, kreatif dan rasional. 
 Bagi merealisasikan kejayaan aktiviti ini,topik forum yang dipilih haruslah mudah, 
menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat 
umur pelajar. 
7.3.4 Demontrasi 
 Kemahiran guru menunjukcara dan membuat demontrasi tentang 
sesuatu aktiviti yang dijalankan di hadapan murid. 
 Melibatkan pancaindera telinga dan mata serta percubaan murid 
untuk melakukannya. 
 Memerlukan pemahaman yang jitu serta berpetahuan luas ketika 
melakukan sesuatu aktiviti 
 Murid akan dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih 
mudah,kukuh dan tepat kerana sudah memahami konsep dan cara 
melakukannya. 
 Membina keyakinan murid untuk melaksanakannya secara individu 
walaupun aras pencapaian mereka rendah 
Norizat Jalil Page 29
RPH BMM3117 
REFLEKSI KENDIRI 
Syukur Alhamdulillah, pertamanya dipanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana 
dengan limpah kurniaNya serta dengan rahmatNya maka dapatlah saya menyiapkan 
kerja kursus BM 3117 yang telah diamanahkan kepada kami pelajar-pelajar sains 3 
ambilan Jun 2011. Pada dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima 
kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing Dr. Hjh Maskiah bt Hj 
Masrom yang begitu banyak memberi tunjukajar dan panduan bagi menghasilkan 
satu kerja penulisan yang boleh dibanggakan. 
Memandangkan subjek Bahasa Melayu ini bukanlah menjadi subjek major 
saya dan kawan-kawan malahan sepanjang 20 tahun tempoh saya menjadi pendidik 
saya tidak pernah mengajar subjek bahasa, maka saya merasakan subjek bahasa 
ini sangat mencabar dan sangat kompleks. Setelah kami mendapat kerja kursus ini 
daripada Dr. Hjh Maskiah bt Hj Masrom, maka kami mula mencari maklumat melalui 
pelbagai sumber seperti internat dan penerbitan bahan bercetak dari pusat sumber 
dan majalah-majalah pendidikan. 
Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini, pelbagai masalah yang saya 
terpaksa tempuhi seperti untuk mendapatkan maklumat yang tepat untuk 
menyiapkan RPH bagi tahun 4 berdasarkan DSKP baru. Ini menghadkan pencarian 
maklumat dan contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan semasa pembikinan 
kertas kerja ini. Selain dari itu, tugas sebagai guru di SK Buloh Kasap menyebabkan 
saya terpaksa mendahulukan tugas-tugas sebagai pendidik sebelum boleh 
menumpukan perhatian kepada pencarian maklumat BM3117. Ditambah pula 
dengan kerja-kerja krusus dari subjek major yang menuntut komitmen yang tinggi 
dan disertai dengan kerja kursus ditalian. 
Namun Alhamdulillah, hasil kesabaran dan perbincangan bersama-sama 
rakan-rakan sekelas dan tunjuk ajar serta tolak ansur yang tak pernah jemu dari Dr 
Hjh Maskiah bt Hj Masrom, memberi suntikan semangat kepada saya untuk terus 
berusaha menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan. Saya juga mendapat 
bimbingan dari ketua panitia BM di sekolah yang tidak jemu memberi panduan 
menyediakan RPH BM. 
Norizat Jalil Page 30
RPH BMM3117 
Berdasarkan DSKP BM tahun 4 yang telah dibuat, saya dapati pendekatan, 
kaedah, strategi dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran BM sangat 
diperlukan ketika penghasilan RPH yang baik. 
Norizat Jalil Page 31

More Related Content

What's hot

Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Shida Abu Bakar
 
Rph menulis
Rph menulisRph menulis
Rph menulis
mabaa73
 
Kaedah komunikatif
Kaedah  komunikatifKaedah  komunikatif
Kaedah komunikatif
mohamadawang
 
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101) Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Stephanie Unsil
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2 Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2
shikinabdaziz
 
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
Suhaida Anior
 

What's hot (20)

Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayu
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca
 
Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan Malaysia
Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan MalaysiaSejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan Malaysia
Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan Malaysia
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018
 
Kaedah fonik
Kaedah fonikKaedah fonik
Kaedah fonik
 
Rph pengakap m2
Rph pengakap m2Rph pengakap m2
Rph pengakap m2
 
Rph menulis
Rph menulisRph menulis
Rph menulis
 
PLC Kemahiran Menulis.pptx
PLC Kemahiran Menulis.pptxPLC Kemahiran Menulis.pptx
PLC Kemahiran Menulis.pptx
 
10. contoh rph -
10. contoh rph -10. contoh rph -
10. contoh rph -
 
Kaedah komunikatif
Kaedah  komunikatifKaedah  komunikatif
Kaedah komunikatif
 
RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
 
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101) Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
 
Rph kata tnya
Rph kata tnyaRph kata tnya
Rph kata tnya
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2 Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2
 
Contoh rpi pk mp
Contoh rpi pk mpContoh rpi pk mp
Contoh rpi pk mp
 
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
 

Viewers also liked

RPH (PELANCONGAN)
RPH (PELANCONGAN)RPH (PELANCONGAN)
RPH (PELANCONGAN)
Azek Kun
 
Rph pencemaran udara
Rph pencemaran udaraRph pencemaran udara
Rph pencemaran udara
Nuriy Nurhane
 
Rph minggu ke 4 d20102043378
Rph minggu ke 4 d20102043378Rph minggu ke 4 d20102043378
Rph minggu ke 4 d20102043378
zulkeflins74
 
Rph-bahasa-melayu-tahun-4
 Rph-bahasa-melayu-tahun-4 Rph-bahasa-melayu-tahun-4
Rph-bahasa-melayu-tahun-4
zalkin
 
Rph bm thn 3 kssr 2013 dan evidens
Rph bm thn 3 kssr 2013 dan evidensRph bm thn 3 kssr 2013 dan evidens
Rph bm thn 3 kssr 2013 dan evidens
Siti Norbani
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan  pengajaran harianRancangan  pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
lizapandi
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
niakpt6043
 
Rph membaca kssr (kump. 7)
Rph membaca kssr (kump. 7)Rph membaca kssr (kump. 7)
Rph membaca kssr (kump. 7)
Fadzilah Patman
 
BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)
BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah  - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah  - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)
BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)
Stephanie Unsil
 

Viewers also liked (17)

Rph makro pengajaran
Rph makro pengajaranRph makro pengajaran
Rph makro pengajaran
 
Contoh rph kssr(1)
Contoh rph kssr(1)Contoh rph kssr(1)
Contoh rph kssr(1)
 
RPH (PELANCONGAN)
RPH (PELANCONGAN)RPH (PELANCONGAN)
RPH (PELANCONGAN)
 
Rph pencemaran udara
Rph pencemaran udaraRph pencemaran udara
Rph pencemaran udara
 
Rph minggu ke 4 d20102043378
Rph minggu ke 4 d20102043378Rph minggu ke 4 d20102043378
Rph minggu ke 4 d20102043378
 
Rph-bahasa-melayu-tahun-4
 Rph-bahasa-melayu-tahun-4 Rph-bahasa-melayu-tahun-4
Rph-bahasa-melayu-tahun-4
 
RPH KSSR BM THN.5
RPH KSSR BM THN.5RPH KSSR BM THN.5
RPH KSSR BM THN.5
 
Rph kemahiran membaca & menulis
Rph kemahiran membaca & menulisRph kemahiran membaca & menulis
Rph kemahiran membaca & menulis
 
Rph bm en roslan
Rph bm en roslanRph bm en roslan
Rph bm en roslan
 
CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)
CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)
CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)
 
Rph bm thn 3 kssr 2013 dan evidens
Rph bm thn 3 kssr 2013 dan evidensRph bm thn 3 kssr 2013 dan evidens
Rph bm thn 3 kssr 2013 dan evidens
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan  pengajaran harianRancangan  pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
Rph tahun 3
Rph tahun 3Rph tahun 3
Rph tahun 3
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
Rph membaca kssr (kump. 7)
Rph membaca kssr (kump. 7)Rph membaca kssr (kump. 7)
Rph membaca kssr (kump. 7)
 
BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)
BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah  - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah  - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)
BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)
 
REFLEKSI
REFLEKSIREFLEKSI
REFLEKSI
 

Similar to Rancangan pengajaran harian kassr tahun 4

RPT KSSMPK BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TING 2 2022doc.doc
RPT KSSMPK BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TING 2 2022doc.docRPT KSSMPK BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TING 2 2022doc.doc
RPT KSSMPK BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TING 2 2022doc.doc
MaizatulFarhana3
 
RPH TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN
RPH TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRANRPH TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN
RPH TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN
shi3yda
 
Rph psk t4 kebersihan diri
Rph psk t4 kebersihan diriRph psk t4 kebersihan diri
Rph psk t4 kebersihan diri
Nurfaten Ismail
 
Slide Zoom PowerPoint Template by One Skill.pptx
Slide Zoom PowerPoint Template by One Skill.pptxSlide Zoom PowerPoint Template by One Skill.pptx
Slide Zoom PowerPoint Template by One Skill.pptx
Alwisihab5
 

Similar to Rancangan pengajaran harian kassr tahun 4 (20)

RPT KSSMPK BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TING 2 2022doc.doc
RPT KSSMPK BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TING 2 2022doc.docRPT KSSMPK BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TING 2 2022doc.doc
RPT KSSMPK BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TING 2 2022doc.doc
 
demam berdarah dengue
demam berdarah denguedemam berdarah dengue
demam berdarah dengue
 
Rpp delis amala 2123025014
Rpp delis amala 2123025014Rpp delis amala 2123025014
Rpp delis amala 2123025014
 
5. rpp pjj teks lho 3.5 dan 4.5
5. rpp pjj teks lho 3.5 dan 4.55. rpp pjj teks lho 3.5 dan 4.5
5. rpp pjj teks lho 3.5 dan 4.5
 
RPH TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN
RPH TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRANRPH TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN
RPH TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN
 
Rph psk t4 kebersihan diri
Rph psk t4 kebersihan diriRph psk t4 kebersihan diri
Rph psk t4 kebersihan diri
 
PPT PRESENTASI KKN.pptx
PPT PRESENTASI KKN.pptxPPT PRESENTASI KKN.pptx
PPT PRESENTASI KKN.pptx
 
RPP BIOLOGI KELAS X IPA VIRUS
RPP BIOLOGI KELAS X IPA VIRUSRPP BIOLOGI KELAS X IPA VIRUS
RPP BIOLOGI KELAS X IPA VIRUS
 
Materisoalips
MaterisoalipsMaterisoalips
Materisoalips
 
BASCO.docx
BASCO.docxBASCO.docx
BASCO.docx
 
BUKU BIO XI.pdf
BUKU BIO XI.pdfBUKU BIO XI.pdf
BUKU BIO XI.pdf
 
2020 RPT SAINS T2.docx
2020 RPT SAINS T2.docx2020 RPT SAINS T2.docx
2020 RPT SAINS T2.docx
 
Case DF.docx
Case DF.docxCase DF.docx
Case DF.docx
 
Media PPT BAKTERI PJBL.pptx
Media PPT BAKTERI PJBL.pptxMedia PPT BAKTERI PJBL.pptx
Media PPT BAKTERI PJBL.pptx
 
Slide Zoom PowerPoint Template by One Skill.pptx
Slide Zoom PowerPoint Template by One Skill.pptxSlide Zoom PowerPoint Template by One Skill.pptx
Slide Zoom PowerPoint Template by One Skill.pptx
 
Tugas 5 tik 1 c
Tugas 5 tik 1 cTugas 5 tik 1 c
Tugas 5 tik 1 c
 
SILABUS BIOLOGI KELAS X MIPA.docx
SILABUS BIOLOGI KELAS X MIPA.docxSILABUS BIOLOGI KELAS X MIPA.docx
SILABUS BIOLOGI KELAS X MIPA.docx
 
Laporan akhir kkn agung dharmawan(b34180003)
Laporan akhir kkn agung dharmawan(b34180003)Laporan akhir kkn agung dharmawan(b34180003)
Laporan akhir kkn agung dharmawan(b34180003)
 
Penyusunan HOTS US.pptx
Penyusunan HOTS US.pptxPenyusunan HOTS US.pptx
Penyusunan HOTS US.pptx
 
Soal-geografi-xi-peminatan
 Soal-geografi-xi-peminatan Soal-geografi-xi-peminatan
Soal-geografi-xi-peminatan
 

Recently uploaded

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 

Recently uploaded (20)

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 

Rancangan pengajaran harian kassr tahun 4

  • 1. RPH BMM3117 Rancangan Pengajaran Harian [RPH] (Pengajaran Kemahiran Membaca: Pendekatan Tematik) Tarikh /Hari : Isnin Tahun : 4 Berlian Bil Murid : 34 orang Masa : 8.30 – 9.30 pagi Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tema : Kesihatan Tajuk : Demam Denggi Wabak Membunuh STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul. 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur. 2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat daripada pelbagai bahan untuk membuat penilaian dengan betul. 4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi nilai dan pengajaran yang dipersembahkan melalui nyanyian secara didik hibur. Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: i. Menyebut dengan intonasi yang betul dan memahami lirik lagu Nyamuk Aedes yang didengari dengan betul. ii. Membaca dan menyatakan maklumat yang tersurat dengan tepat daripada teks “ Demam Denggi Wabak Membunuh” iii. Menulis maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat dalam borang grafik yang disediakan berpandukan teks “Demam Denggi Wabak Membunuh”. Sistem Bahasa  Tatabahasa :Sebutan dan intonasi  Kosa kata : keradangan , penguatkuasaan , berbahaya Pengisian Kurikulum  Ilmu : PJK, Sains , Pendidikan Muzik  Nilai Murni : Kebersihan fizikal dan mental  Pendidikan Alam Sekitar : bertanggungjawab terhadap kebersihan diri dan persekitaran  Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui TMK  Kreativtii : Pergerakan kreatif - Imaginasi dan visualisasi , menghasilkan lakaran grafik yang menarik  Elemen Keusahawanan EK 2: 2.2 Menganalisis dan menyatakan kebaikan/keburukan sesuatu EK 5: 5.1 Prinsip tanggungjawab sosial : menjaga persekitaran Norizat Jalil Page 1
  • 2. RPH BMM3117 Kepelbagaian Kaedah dan teknik  KB : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman tentang bahaya penyakit bawaan nyamuk.  KP : Verbal linguistik, Intrapersonal dan kinestatik  BCB : Mengumpul maklumat dan memproses maklumat tentang lirik lagu  Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan kebersihan di rumah dan persekitaran dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan nyamuk membiak.  Pembelajaran konstruktivisme , Pembelajaran konstektual Bahan bantu mengajar Jenis Bilangan 1 Komputer riba 1 2 LCD 1 3 Lirik lagu :Nyamuk Aedes 34 4 Grafik peta pemikiran : Carta alir 34 5 Lembaran Petikan : Demam Denggi Wabak Membunuh 34 6 Peta Grafik : Kitar Hidup Nyamuk 1 7 Lembaran Kerja Penilaian 34 8 Lembaran kerja pemulihan 34 9. Lembaran Kerja Pengayaan 34 10 Borang rekod penilaian 1 Pengetahuan Sedia Ada : Murid biasa melihat nyamuk dan pernah mengetahui tentang demam denggi berpunca dari nyamuk. Langkah dan Masa Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan Induksi Set (7 minit) Didik Hibur Nyanyian Lagu Aedes 1. Menyebut dan memahami nyanyian yang didengari. . 2. Mengaitkan nyanyian dengan isi pelajaran Perkaitan Nyamuk Aedes dengan Demam Denggi  Guru mengaktifkan komputer riba dan memasang video lagu Nyamuk Aedes  Murid mendengar lagu.  Murid menyebut dan memahami nyanyian lagu Nyamuk Aedes.  Guru menghubungkaitkan nyanyian dengan isi pelajaran pada hari ini. BBM  Komputer riba  LCD KB  Menghubung kait BCB  Memproses maklumat Pembelajaran Kontekstual  Menghubungkait kan kehadiran nyamuk dalam kehidupan murid sehari-hari Norizat Jalil Page 2
  • 3. RPH BMM3117 Langkah 1 (10 minit) Membaca Petikan “ Demam Denggi Wabak Membunuh “. Aktiviti 1  Guru mengedarkan petikan kepada murid.  Murid membaca petikan dengan senyap.  Murid membaca teks secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara individu , berpasangan dan kelas Aktiviti 2 .  Guru dan murid berbincang tentang petikan yang dibaca - Punca demam denggi - Tanda-tanda demam denggi - Langkah pencegahan - Kos rawatan BBM  Laptop  Lembaran Petikan Teknik  Pemerhatian  Tunjuk cara sebutan yang betul  Pergerakan kreatif KP  Intrapersonal  Verbal linguistik  Kinestatik Nilai Murni  Kebersihan Persekitaran Pembelajaarn kontekstual  Menghubungkaitka n dengan kebersihan di rumah dan persekitaran untuk mengelakkan nyamuk membiak EK  EK 2: 2.2 Langkah 2 ( 15 minit) Membaca dan mencatat maklumat di dalam lakaran grafik yang disediakan. Aktiviti 1  Murid berada di dalam kumpulan seramai 4 orang.  Murid berbincang di dalam kumpulan dan mencatatkan maklumat dengan betul berdasarkan petikan yang dibaca.  Murid mencatat hasil perbincangan pada lakaran grafik yang disediakan.. BBB  Lembaran Petikan  Lakaran Grafik Pendekatan  Konstruktivisme Teknik  Perbincangan KP  Intrapersonal  Verbal linguistik Nilai Murni  Bekerjasama PAS  Bertanggungjawab terhadap kebersihan rumah dan kawasan persekitarannya. Norizat Jalil Page 3
  • 4. RPH BMM3117 Langkah 3 ( 23 minit) Membaca dan menyatakan maklumat dari Gambarajah Aktiviti 1 (Penilaian) 1. Guru menayangkan gambar kitar hidup nyamuk menggunakan LCD 2. Murid memerhati dan menyatakan maklumat yang diperolehi dari gambarajah. 3. Murid membaca penyataan yang diberi dengan sebutan yang betul. 4. Murid menyusun penyataan tentang kitar hidup mengikut urutan dengan betul . Aktiviti ii Pengayaan 1. Murid diminta menjawab soalan pemahaman yang diberi. Pemulihan 1. Murid diminta melengkapkan ayat dengan perkataan yang betul berdasarkan petikan. BBM  Laptop  Paparan Gambarajah Kitar Hidup Nyamuk  Lembaran Penyataan Kitar Hidup Nyamuk KB  Mengubungkiatkan KP  Verbal Linguistik  Intrapersonal EK  EK 5: 5.1 Penilaian objektif Pemerhatian : Rekod Penilaian Murid dapat membaca dan menyusun penyataan kitar hidup nyamuk Lembaran kerja aktiviti pengayaan Lembaran kerja aktiviti pemulihan Norizat Jalil Page 4
  • 5. RPH BMM3117 Penutup 5 minit Kognitif : Merumuskan isi pelajaran hari ini dengan soal jawab Sosial : Menyanyikan lagu “Aedes:  Murid bersoaljawab tentang apa yang telah dipelajari hari ini  Menyanyikan lagu Aedes bersama-sama BBB  LCD  Skrin  Lirik lagu KB  Merumus isi pelajaran Nilai Murni  Kebersihan PAS  Bertanggungjawab menjaga kebersihan rumah dan persekitaran KP:  Verbal linguistik  Intrapersonal  Kinestetik Catatan Refleksi: Norizat Jalil Page 5
  • 6. Baca dan fahami teks di bawah RPH BMM3117 Deman Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya adalah melalui gigitan nyamuk Aedes. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Deman Hemoragik Denggi dan Sindrom Kejutan Denggi Deman denggi bermula dengan deman mengejut, sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot serta gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan deman denggi ialah bintik-bintik merah terang, biasanya muncul pada anggota bahagian bawah Amalan pencegahan boleh dilakuakan deangan menjaga kebersihan sekeliling rumah samaada di dalam dan di luar rumah bagi menghindarkan pembiakan nyamuk. Cara untuk menghalang pembiakan nyamuk adalah dengan, menggunakan penyembur racun serangga, memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik kedalam bekas simpanan air, menutup bekas simpanan air untuk mencegahnya daripada bertelur, sentiasa menukar air di dalam bekas simpanan air, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu serta gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran Deman denggi merupakan penyakit yang sangat berbahaya dan mengancam kesejahteraan hidup serta masyarakat setempat. Pihak berkuasa perlu melaksanakan penguatkuasaan berterusan yang lebih berkesan agar dapat menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk. Sekirannya pekara ini dilaksanakan secara berterusan sudah pasti masalah denggi dalam kalangan masyarakat kita dapat dikawal dan dikurangan. Ingatlah "DenggiMembunuh". Norizat Jalil Page 6
  • 7. RPH BMM3117 Tuliskan maklumat penting pada lakaran grafik yang disediakan Jenis-jenis Deman Denggi Tanda-tanda Deman Denggi Langkah-lankah mencegah denggi ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ ____________ ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ ____________ ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ ____________ Norizat Jalil Page 7
  • 8. Kitaranhidupnyamuk RPH BMM3117 Nyamuk betina menghisap darah Telur Larva Pupa Norizat Jalil Page 8
  • 9. RPH BMM3117 Susun dan nomborkan peryataan berikut mengikut urutan kitaran hidup nyamuk Telur- selepas menghisap darah, nyamuk betina bertelur sekolompok iaitu kelompok telur berbentuk rakit. Telur yang mengandungi 40 hingga 400 telur halus yang berwarna putih terapung pada permukaan air bertakung atau air yang mengalir Pupa- Pupa tinggal berhampiran dengan permukaan air, bernafas melalui dua tiub berbentuk seperti tanduk yang dipanggil sifon. Sifon terletak pada bahagian belakang pupa. Pupa tidak makan Nyamuk-Nyamuk mengalami transformasi lengkap. Nyamuk mengalami empat peringkat perkembangan yang jelas. Empat peringkat itu ialah telur, larva, pupa dan nyamuk dewasa. Kitaran hidup lengkap nyamuk mengambil masa sebulan. Larva- Dalam seminggu, telur itu akan menetas dan menghasilkan larva atau dipanggil jentik-jentik. Larva bernafas melalui tiub yang terkeluar pada permukaan air. Larva memakan bahan organik yang terapung dan juga makan sesama sendiri. Seterusnya larva akan bertukar menjadi pupa Nyamuk dewasa keluar daripada pupa apabila kulit terbuka selepas beberapa hari. Nyamuk dewasa hanya boleh hidup beberapa minggu sahaja Norizat Jalil Page 9
  • 10. RPH BMM3117 Isi tempat kosong di bawah dengan perkataan yang sesuai berdasarkan teks 1. Deman denggi disebabkan oleh nyamuk ___________________. 2. Cara penyebarannya ialah melalui ___________________ gigitan nyamuk aedes. 3. Salah satu daripada tanda kita dijangkiti deman denggi ialah ________________________. 4. Kita boleh mencegah pembiakan nyamuk aedes dengan _____________________ kawasan rumah. 5. Sentiasa ________________ di dalam bekas simpanan air supayanyamuktidakmebiak. Norizat Jalil Page 10
  • 11. RPH BMM3117 Baca dan jawab soalan-soalan Pemahaman di bawah ini Berapa jumlah kitaran hidup nyamuk? _____________________________ _____________________________ _____________________________ _________ Berap aanggaran seekor nyamuk betina bertelur? _____________________________ _____________________________ _____________________________ _________ Apakah nama peringkat kedua sebelum nyamuk menjadi pupa? _____________________________ _____________________________ _____________________________ _________ Nyatakan peringkat kitaran hidupnya mukse cara ringkas _____________________________ _____________________________ _____________________________ _________ Norizat Jalil Page 11
  • 12. RPH BMM3117 KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK 1.0 Pengenalan Strategi, pendekatan,kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang saling berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep ini , apabila diaplikasikan dalam bilik darjah akan membentuk satu pembelajaran yang kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan tercapai. Nota grafik yang digunakan untuk memperjelaskan keempat-empat konsep ini perlulah meliputi tentang kejelasan isinya walaupun ringkas, warna juga memainkan peranan penting bagi menunjukkan sesuatu carta atau gambarajah. Huruf , bentuk dan corak yang menarik dapat memberi satu gambaran tentang sesuatu nota yang hendak disampaikan. Penerima maklumat akan mendapat maklumat dengan jelas dan mudah faham tentang apa yang akan disampaikan oleh pemberi maklumat. Pendekatan Definasi strategi Kaedah -. teknik Rajah 1. Definasi Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Norizat Jalil Page 12
  • 13. RPH BMM3117 2.0 Huraian definasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik 2.1 Pendekatan PENDEKATAN : Dalam pengajaran bahasa, pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang membentuk sifat bahasa pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan Pendekatan juga bermaksud halatuju atau arah yang diambil untuk menuju sesuatu sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. 2.2 Strategi STRATEGI : Ianya merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan menggunakan tenaga, masa dan kemudahan yang diperolehi secara optimum. Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Norizat Jalil Page 13
  • 14. RPH BMM3117 2.3 Kaedah sesuatu bahan bahasa dimana secara keseluruhannya berdasarkan kepada pendekatan yang diaplikasikan tetapi tidak boleh bercanggah dengan pendekatan tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. 2.4 Teknik KAEDAH : Satu rencana yang menyeluruh yang mengajar TEKNIK : Taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.  Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.  Norizat Jalil Page 14
  • 15. RPH BMM3117 3.0 Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran KONSEP TEKNIK PENDEKATAN STRATEGI KAEDAH TEKNIK tT Rajah 2: Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik 3.1 Konsep pendekatan Sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.Pendekatan mestilah berlandaskan model, prinsip atau teori seperti ;Konkrit kepada abstrak, mudah kepada susah, dan umum kepada spesifik. Pendekatan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan yang baik serta bijak mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik.Ia merupakan satu pegangan dan falsafah bagi memahami dan mendekati sesuatu perkara. Norizat Jalil Page 15
  • 16. RPH BMM3117 3.2 Konsep strategi Satu perancangan yang diatur untuk mencapai tujuan atau matlamat bagi membentuk kejayaan. Dalam Pengajaran dan pembelajaran ,strategi diperlukan oleh seseorang guru supaya murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar setelah merancangnya seterusnya memberi kejayaan dalam hasil pembelajaran yang telah ditentukan 3.3 Konsep Kaedah Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek, objektif pelajaran spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri-penemuan,kaedah penyiasatan,kaedah dapatan dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony,(1963), Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dan teratur.Ini bermakna sesuatu kaedah yang dipilih haruslah berlandaskan kepada pendekatan yang berkaitan dengan model dan prinsip. 3.4 Konsep teknik Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru mengajar. Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main peranan ,improvisasi, permainan bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut aras pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan juga penting agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang mementingkan isi kandungan ataupun proses. Norizat Jalil Page 16
  • 17. RPH BMM3117 4.0 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek yang ingin kita sampaikan sebagai bahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran, Ianya menyerupai klasifikasi di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria yang digunakan untuk meneliti proses pengajaran. keaktifan pengajaran dan pelajar PENDEKATAN cara pegelolaan murid cara-cara fakta disampaikan pelajaran mata pelajaran pelajaran bahasa Rajah 3 : Keberkesanan pendekatan 4.1 Keaktifan pengajaran dan pelajar Pendekatan ini merujuk kepada memusatan guru ketika menyampaikan isi dalam bilik darjah seperti guru memberi penerangan dalam aktiviti syarahan dan demontrasi. Manakala pendekatan yang mementingkan pelajar ialah pendekatan yang memusatkan murid untuk mendapatkan maklumbalas seperti aktiviti permainan,perbincangan dan penyelesaian masalah dalam kumpulan untuk mendapatkan bahan atau maklumat . Norizat Jalil Page 17
  • 18. RPH BMM3117 4.2 Cara- cara fakta disampaikan Berdasarkan kriteria bagaimana fakta atau isi pelajaran disampaikan dan diterangkan seperti pendekatan induktif iaitu menampilkan contoh dahulu sebelum hukum-hukum tatabahasa dijelaskan kepada pelajar Manakala. pendekatan deduktif pula ialah satu kaedah mengajar yang komplek., Bagi pendekatan eklektik, ia merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif. Cara –cara fakta lain yang disampikan juga merangkumi pendekatan dari mudah ke susah dan pendekatan dari maujud ke abstrak 4.3 Cara pengelolaan murid Bagi pendekatan pengajaran yang berasaskan cara pengelolaan murid adalah pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Guru diberi kebebasan memilih kaedah yang sesuai untuk aplikasikannya dalam bilik darjah 4.4 Pengajaran bahasa Dalam pengajaran bahasa, pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Semua pendekatan ini wujud berasaskan kepada teori -teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. 4.5 Pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan ini digunakan ketika sesi pembelajaran yang mana guru menyelit dan menggabungjalinkan dengan mata pelajaran yang lain mengikut tema-tema yang diajar. Norizat Jalil Page 18
  • 19. RPH BMM3117 5.0 Strategi pengajaran dan pembelajaran Guru yang kreatis dan inovatif akan menggunakan gabunagan beberapa pendekatan dan juga kaedah yang tertentu untuk mencapai hasil pembelajarannya atau pun objektif pengajaran. Segala bentuk dan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan kedua-duanya bila masa dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itu mengajar pelajar-pelajarnya yang berbeza dari segi tahap kebolehan, kecenderungan, bakat serta minat selain mempunyai aras pencapaian yang berlainan antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Contohnya bagi Kelas Pemulihan dan Kelas Arus Perdana, pencapaian akademik dan tahap penerimaan antara pelajar-pelajar tersebut amat berbeza. Guru harus bijak untuk meningkatkan kualiti pembelajaran melalui perancangan strategi agar murid-murid ini dapat menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh yang demikian guru perlu mencari jalan bagaimana unuk mengintegrasikannya serta menyusun kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk memberi input kepada pelajar- pelajarnya •Guru sebagai fasilitator, murid sebagai penonton •Interaksi sehala sahaja •pencapaian murid diutamakan •murid pasif dan tidak kreatif •ciri kepimpinan guru bersifat autokratik •mengutamakan keputusan ujian dan peperiksaan •kaedah keseluruhan kelas Pemusatan guru pemusatan murid •Bergantung •murid pemain utama, guru hanya pemimpin. •interaksi dua hala. •utamakan objektif pencaian murid •murid lebih kreatif dan beinisiatif •dapat memupuk nilai - nilai murni seperti kerjasama Rajah 4 : Strategi Pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya kepada Bahan Bantu Mengajar •utamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan. •Sesi pembelajaran lebih mearik, berkesan dan bermakna. •Murid melalui pengalaman sebenar Pemusatan bahan Norizat Jalil Page 19
  • 20. RPH BMM3117 6.0 Kaedah pengajaran dan pebelajaran Satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan secara tersusun serta dimana setiap langkah tersebut mempunyai kemahiran kemahiran dan latihan yang dirancang. Keutamaan adalah bagi mencapai objektif yang dirancang bukannya cara bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan. Objektif yang tepat dan boleh dicapai Strategi yang tersusun dan kemas Langkah-langkah yang teliti Kaedah pengajaran yang baik dan proaktif Rajah 5 : Kaedah Pengajaran yang baik dan proaktif 6.1 langkah-langkah yang teliti Bagi mewujukan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik serta murid yang proaktif, guru perlu menyusun langkah-langkah pengajaran dengan teliti agar tidak berlaku keciciran ilmu ketika menyampai maklumat kepada murid-muridnya. Sebelum memulakan sesi pengajaran, langkah-langkah perlu dirancang sebelum melaksanakannya. Ianya mestilah mengandungi BBM/ABM dan aktiviti-aktiviti yang tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran. Norizat Jalil Page 20
  • 21. RPH BMM3117 6.2 Strategi yang tersusun dan kemas Strategi yang tersusun, kemas dan teratur memainkan peranan penting dalam kaedah pengajaran yang baik ,yang merangkumi isi kandungan, objektif yang ingin dicapai,pendekatan,kaedah dan teknik penyampaian yang menarik. Bahan Bantu Mengajar perlulah sesuai dengan pembelajaran pada hari tersebut serta penilaian yang akan dijalankan mestilah dibuat agar kita dapat mengetahui pencapaian pengajaran terhadap murid. Strategi yang tersusun akan memberikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. 6.3 Objektif yang tepat dan boleh dicapai. Perancangan dan pelaksanaan yang baik akan membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu merencanakan sesuatu pengajarannya dengan meletakkkan objektif yang tepat dan sesuai dan objektif tersebut mestilah boleh dicapai. Jangan meletakkan sasaran atau objektif yang terlalu tinggi dengan aras pencapaian murid. Norizat Jalil Page 21
  • 22. RPH BMM3117 7.0 Teknik Pengajaran dan pembelajaran Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa akan merancang dan melaksanakan teknik atau alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlu mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang boleh merangsang dan menarik minat pelajar yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. 7.1 Tujuan – tujuan teknik Menarik minat murid untuk terus belajar di dalam kelas. Membangkitkan rasa ingin tahu murid mengenai pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru Rajah 6 :Tujuan teknik diadakan Mengekalkan perhatian dan memberi tumpuan sepenuhnya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran Memberi satu pengalaman baru kepada murid untuk diaplikasiakan semasa atau selepas persekolahan Norizat Jalil Page 22
  • 23. RPH BMM3117 7.2 Jenis-jenis teknik pengajaran bahasa kuiz sumbangsaran Teknik pengajaran bahasa perbahasan Rajah 7 : Jenis-jenis teknik inkuiri bercerita latih tubi permainan bahasa main peranan 7.2.1 Teknik main peranan soaljawab simulasi drama perbincangan forum demontrasi 1. Melakonkan situasi atau peristiwa yang dianggap penting.Proses berlaku di bilik darjah. 2.Murid memainkan peranan utama dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam situasi yang diberikan 3.Peranan yang dibawa atau dimainkan secara spontan tanpa menggunakan skrip 4.Dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai setelah melihatnya atau mendengar melalui filem, televisyen, rakaman ,radio atau direka oleh guru. 5.Penilaian prestasi para pelakon dan rumusan cara penyelesaian dibuat selepas selesai aktiviti main peranan. Norizat Jalil Page 23
  • 24. RPH BMM3117 7.2.2 Permainan Bahasa  Aktiviti pembelajaran sebagai aktiviti pengukuhan,pengayaan dan pemulihan.  Contoh aktiviti seperti kuiz,puzzle, teka-teki,meneka, silangkata ,penyelesaian masalah, demontrasi, sisip sukukata, menangga kekata dan sebagainya.  Boleh dilakukan secara individu, kumpulan , berpasangan atau kelas.  Penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman, latihan intensif dan sebagai alat dianogstik.  Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran berbahasa pelajar seperti  kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 7.2.3 Latih tubi  Aktiviti pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai penguasaan kemahiran.  Sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya untuk murid-murid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah.  Digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut suku kata perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting atau pun huruf-huruf.  Pelajar didedahkan dengan aktiviti menyebut, mendengar dan memikirkan maksud sesuatu perkataan atau makna ayat.  Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual)  Digunakan sebagai teknik menghafal atau mengingat. Norizat Jalil Page 24
  • 25. RPH BMM3117 7.2.4 Bercerita Satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran. Cerita disampaikan secara lisan, melalui tontonan, mendengar rakaman dan melalui pementasan boneka. Tujuan bercerita untuk:  Menimbulkan minat murid untuk belajar  Melatih kemahiran mendengar  Memupuk nilai-nilai murni  Memperkayakan pengalaman murid  Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan  Penglibatan murid secara aktif dan menjana pemikiran murid 7.2.5 Inkuiri  Teknik yang dikenali juga sebagai teknik tinjau siasat.  Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.  Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.  Pengendalian teknik inkuiri ialah : 1. Proses mengenali masalah 2. Mengkaji ramalan 3. Mengumpul maklumat 4. Menganalisis 5. Membuat rumusan Norizat Jalil Page 25
  • 26. RPH BMM3117 7.2.6 Perbahasan  Merupakan perbincangan formal yang terdiri daripada kumpulan kecil  Terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli.  Satu kumpulan pencadang dan satu lagi pembangkang yang menentang hujah.  Murid dilatih untuk mengembangkan idea dan menyampaikan isi secara spontan .  Merupakan satu aktiviti yang member peluang kepada murid menyampaikan hujah yang bernas, logik dan berfakta. 7.2.7 Kuiz  Guru dapat menperkukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.  Dapat menguji minda pelajar disamping belajar sambil bergembira.  Pelajar dapat menimba ilmu dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.  Mewujudkan cara belajar melalui pemikiran yang bernas.  Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.  Soalan adalah yang memberangsangkan minda dan mempunyai kemahiran berfikir 7.2.8 Sumbangsaran Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan, aras dan minat murid Segala cadangan, pendapat dan ideaperlu dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Pengerusi mestilah berkelayakan untuk menyampaikan idea dan setiap ahli berpeluang memberi cadangan Norizat Jalil Page 26
  • 27. RPH BMM3117 7.2.9 Soaljawab  Mewujudkan interaksi dua haladan cara pembelajaran yang berkesan.  Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.  Soalan-soalan yang diberikan memerlukan pelajar berfikir dengan baik di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar oleh guru  Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan aras pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan iklim bilik darjah dan pembelajaran beretika, dinamik dan berkesan 7.3.0 Simulasi @ Suatu situasi pembelajaran yang terkawal dan merupakan situasi yang sama dengan keadaan sebenar untuk menyelesaikan masaah @ Pembelajaran berlaku dalam bilik darjah dan membolehkan murid melakukan aktiviti secara lakonan dengan tujuan mengemukakan masalah @ Terdapat dua jenis simulasi iaitu sosiodrama dan main peranan. @ Tujuannya ialah :  Murid dapat menguasai kemairan bertutur  Membina pemikiran yang kreatif dan kritis  Membina jati diri yang positif terhadap masalh yang dihadapi  Mengaitkan isi pelajaran dengan sifat yang baik dan berwibawa  Mewujudkan suasana situasi yang sebenar di dalam kehidupan seharian Norizat Jalil Page 27
  • 28. RPH BMM3117 7.3.1 Drama  Mendorong dan merangsang minda pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.  Pelajar diberi kebebasan untuk meluahkan pendapat, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu dengan orang lain  Drama dapat mempelbagaian ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.  Teknik ini boleh menimbulkan rasa keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. 7.3.2 Perbincangan  Melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan murid di dalam kelas  Sebagai cara untuk bertukar pandangan dan pendapat untuk berkongsi idea ataupun masalah.  Guru memberikan tajuk mengenai peristiwa, fakta, isu-isu atau konsep kekeluargaan atau pencemaran, manakala murid berperanan memberikan pendapat untuk pencambahan dan perkembangan idea.  Guru sebagai fasilitator dan akan membantu murid membuat rumusan terhadap hasil perbincangan mereka. Norizat Jalil Page 28
  • 29. RPH BMM3117 7.3.3 forum  Satu sesi perbincangan yang terdiri daripada beberapa ahli panel untuk menjana idea dan mengemukakan pendangan tentang sesuatu topic dan dijalankan secara formal.  Teknik forum merupakan aktiviti lisan yang ideal dan sesuai dijalankan dalam pengajaran, di mana pelajar akan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka,  Secara langsung ianya dapat meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, bernas, proaktif ,berobjektif, kreatif dan rasional.  Bagi merealisasikan kejayaan aktiviti ini,topik forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. 7.3.4 Demontrasi  Kemahiran guru menunjukcara dan membuat demontrasi tentang sesuatu aktiviti yang dijalankan di hadapan murid.  Melibatkan pancaindera telinga dan mata serta percubaan murid untuk melakukannya.  Memerlukan pemahaman yang jitu serta berpetahuan luas ketika melakukan sesuatu aktiviti  Murid akan dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih mudah,kukuh dan tepat kerana sudah memahami konsep dan cara melakukannya.  Membina keyakinan murid untuk melaksanakannya secara individu walaupun aras pencapaian mereka rendah Norizat Jalil Page 29
  • 30. RPH BMM3117 REFLEKSI KENDIRI Syukur Alhamdulillah, pertamanya dipanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya serta dengan rahmatNya maka dapatlah saya menyiapkan kerja kursus BM 3117 yang telah diamanahkan kepada kami pelajar-pelajar sains 3 ambilan Jun 2011. Pada dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing Dr. Hjh Maskiah bt Hj Masrom yang begitu banyak memberi tunjukajar dan panduan bagi menghasilkan satu kerja penulisan yang boleh dibanggakan. Memandangkan subjek Bahasa Melayu ini bukanlah menjadi subjek major saya dan kawan-kawan malahan sepanjang 20 tahun tempoh saya menjadi pendidik saya tidak pernah mengajar subjek bahasa, maka saya merasakan subjek bahasa ini sangat mencabar dan sangat kompleks. Setelah kami mendapat kerja kursus ini daripada Dr. Hjh Maskiah bt Hj Masrom, maka kami mula mencari maklumat melalui pelbagai sumber seperti internat dan penerbitan bahan bercetak dari pusat sumber dan majalah-majalah pendidikan. Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini, pelbagai masalah yang saya terpaksa tempuhi seperti untuk mendapatkan maklumat yang tepat untuk menyiapkan RPH bagi tahun 4 berdasarkan DSKP baru. Ini menghadkan pencarian maklumat dan contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan semasa pembikinan kertas kerja ini. Selain dari itu, tugas sebagai guru di SK Buloh Kasap menyebabkan saya terpaksa mendahulukan tugas-tugas sebagai pendidik sebelum boleh menumpukan perhatian kepada pencarian maklumat BM3117. Ditambah pula dengan kerja-kerja krusus dari subjek major yang menuntut komitmen yang tinggi dan disertai dengan kerja kursus ditalian. Namun Alhamdulillah, hasil kesabaran dan perbincangan bersama-sama rakan-rakan sekelas dan tunjuk ajar serta tolak ansur yang tak pernah jemu dari Dr Hjh Maskiah bt Hj Masrom, memberi suntikan semangat kepada saya untuk terus berusaha menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan. Saya juga mendapat bimbingan dari ketua panitia BM di sekolah yang tidak jemu memberi panduan menyediakan RPH BM. Norizat Jalil Page 30
  • 31. RPH BMM3117 Berdasarkan DSKP BM tahun 4 yang telah dibuat, saya dapati pendekatan, kaedah, strategi dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran BM sangat diperlukan ketika penghasilan RPH yang baik. Norizat Jalil Page 31