Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin

  • 933 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
933
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
32
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669TUGASAN 1 : PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 1.1.0 PENGENALAN JURNALPROGRAM LONJAKAN PERDANA PENDIDIKAN LUAR BANDAR DI SEMPORNA Memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar merupakan terasutama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang telah dilancarkan olehPerdana Menteri, Dato‟ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di PusatKonvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antaralokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar diseluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan danmengurangkan risiko keciciran pelajar. Membangunkan modal insan, memperkasakanSekolah Kebangsaan, dan merapatkan jurang pendidikan merupakan kunci dalam mencapaimatlamat memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar. Merapatkan jurang pendidikan antara Bandar dan luar Bandar merupakan salah satuteras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Sehubungan dengan itu berbagaiusaha telah dijalankan antaranya ialah pelancaran Program Lonjakan Perdana PendidikanLuar Bandar di sekolah pusat SK Bum Bum, Semporna,Sabah oleh Y.A.B Dato‟ SeriAbdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 15 februari 2007 Usaha ini bertujuan memastikan murid luar bandar mendapat pembelaan dankeadilan dalam menikmati kemudahan pendidikan yang setaraf dengan murid di bandar.Peluang ini amat perlu bagi membolehkan mereka membuktikan keupayaan masing-masingdan mampu bersaing dengan murid di Bandar Kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam merapatkan jurangpendidikan ini membuktikan bahawa pendidikan di Negara kita menitikberatkan semualapisan masyarakat. Ini dapat dilihat dalam pembentukkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yangterbahagi kepada empat(4) teras utama dan salah satunya adalah mengenai pembangunanpendidikan luar Bandar. Teras ke-4 iaitu merapatkan jurang pendidikan yang memfokuskankepada pendidikan di luar Bandar bagi membantu memacu pencapaian di peringkatnasional.Teras 4: Merapatkan Jurang PendidikanLuar bandar diberi tumpuan rapatkan jurang MEMBANGUNKAN infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar adalahantara empat fokus Kementerian Pelajaran bagi merapatkan jurang pendidikan yangmenjadi teras keempat Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP) 2006-2010.5 / 14Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Strategi pelaksanaan fokus itu membabitkan empat pelan tindakan yang merangkumiusaha menambah baik program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah dan Sarawak,menambah baik sekolah kurang murid (SKM), merapatkan jurang pencapaian akademik danjurang digital. Melalui pelaksanaan program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah
  • 2. dan Sarawak, lebih banyak infrastruktur dan kemudahan asas akan disediakan termasukbekalan elektrik dan air ke sekolah terbabit. Selain itu, pelaksanaan sekolah pusat yang bertujuan memperluas dan mewujudkannorma baru untuk guru adalah antara tiga pelan tindakan bagi menambah baik SKM. Fokusseterusnya meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran denganempat strategi pelaksanaan iaitu penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira(3M), pengurangan kadar keciciran, pemantapan program pendidikan untuk pelajar kurangupaya, dan penyediaan pendidikan bagi pelajar mengikut keperluan. Melalui strategi penguasaan 3M, kerajaan akan memperluaskan program KelasIntervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun Satu, menambah baikProgram Pemulihan Khas Tahap Satu dan Program Gerak Gempur. Di bawah fokus sama, kadar keciciran pelajar akan dikurangkan melalui pelan tindakanpenguatkuasaan pendidikan wajib dan peluasan mata pelajaran vokasional (MPV) disekolah menengah harian. Selain itu, usaha membuka kelas khas bagi murid bermasalah pembelajaran sepertiautisme dan cacat adalah antara pelan tindakan bagi melaksanakan strategi pemantapanprogram pendidikan pelajar kurang upaya2.0 SINOPSIS TERHADAP JURNAL Dato‟ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri telah melancarkan ProgramLonjakan Perdana Luar Bandar di Sekolah Pusat SK Bum-Bum, Semporna, Sabah pada 15Februari 2007. Program tersebut telah disertai oleh lebih 5000 orang yang terdiri daripada wargaKementerian Pelajaran dari peringkat pusat dan negeri serta daerah Sabah dan Sarawak,agensi kerajaan pusat, agensi kerajaan negeri, NGO‟s, pihak swasta, UNICEF, pemimpinpolitik, komuniti setempat, ibubapa, pengetua dan guru besar, guru-guru dan murid. Y.A.B Perdana Menteri menegaskan bahawa murid luar bandar perlu diberi pembelaandan keadilan supaya dapat menikmati kemudahan pendidikan yang setaraf dengan murid dibandar. Usaha ini amat perlu dalam memberi peluang kepada mereka membuktikankeupayaan masing-masing dan mampu bersaing dengan murid di bandar. Selain itu,sekolah luar bandar diberikan peluang menikmati kemudahan yang baik boleh menjadikanmereka warganegara yang berilmu pengetahuan dan akhirnya menjadi pekerja yangmenyumbang kepada kemajuan Negara. Beliau juga menyatakan bahawa anak-anak merupakan harta yang amat bernilai danperlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Peruntukkan tambahan sebanyak RM2.6 billion bagipembangunan pendidikan luar Bandar menjadikan keseluruhan peruntukkan berjumlahRM12.3 billion. Antara jentera pemacu pencapaian yang turut membantu pendidikan luar bandar adalahprojek berimpak tinggi dengan tumpuan khusus kepada program sokongan dan bantuanmurid, program tambahan murid, guru, infrastruktur dan ICT. Selain itu, model solar hybridbagi menjana elektrik dan model bilik darjah berbentuk kabin adalah antara penyediaankemudahan yang sejajar dengan keperluan murid dan guru serta ibubapa.
  • 3. ‘ PROJEK IMPAK TINGGI LONJAKAN PERDANA PENDIDIKAN LUAR BANDAR ‘ Usaha juga sedang dilakukan untuk menterjemahkan pelaksanaan Program LonjakanPerdana Pendidikan Luar Bandar bagi meningkatkan kualiti pendidikan di luar bandar dalamusaha mengurangkan keciciran di kalangan pelajar desa serta memartabatkanperkhidmatan perguruan luar bandar.Untuk itu beberapa langkah telah diambil; antaranya: 1. Membina 2,400 bilik untuk manfaat 61,000 kanak-kanak 2. Menyediakan latihan kepada guru pra sekolah 3. Memperbaiki kemudahan asas seperti elektrik 24 jam untuk 900 buah sekolah 4. Bekalan air bersih kepada 1,500 sekolah 5. Menyediakan kemudahan computer 6. Membina asrama baru atau menambah asrama untuk 280,000 pelajar 7. Menyediakan kelengkapan web tv 8. Sistem komunikasi telefon satelit dan fax tanpa talian Bagi memperkasa pendidikan, Perdana Menteri amat komited untuk melihat kejayaanmengimbangi jurang ketara yang terdapat selama ini di sekolah-sekolah bandar dan luarbandar.3.0 PANDANGAN MENGENAI JURNAL Sistem pendidikan yang berkualiti mampu menghasilkan modal insan yang berwibawadan berminda kelas pertama. Seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat PerdanaMenteri, sistem pendidikan kini harus berupaya melahirkan pelajar yang dapat „berfikir diluar kotak‟ supaya mereka lebih kreatif dan inovatif. Justeru, Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar ini yang dilaksanakanuntuk mencapai kesamarataan dan peluang pendidikan terbaik antara bandar dengan luarbandar adalah amat sesuai dan perlu dilaksanakan secara kolektif dan bersinergi antaraKerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah. Bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah, sayamengalu-alukan usaha melakukan lonjakan perdana berkenaan dan Kerajaan Negeri akansentiasa memberikan sokongan serta bantuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan diNegeri Sabah. Pendidikan merupakan satu pelaburan jangka masa panjang yang penting untuk negara.Dalam hal ini, pelaburan tersebut bukan sahaja perlu dilakukan oleh pihak kerajaan semata-mata dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada rakyat, tetapi juga perludiusahakan oleh pihak ibu bapa setiap murid di negara ini. Ibu bapa tidak harus meletakkantanggungjawab mendidik anak-anak dalam tangan guru-guru di sekolah semata-mata. Ibubapa perlu ikut serta dalam pendidikan, khususnya pendidikan di rumah. Kejayaan anak-anak bergantung kepada usaha kolaboratif antara pihak sekolah dengan kalangan ibu bapaitu sendiri. Tegasnya di sini, ibu bapa perlu sanggup berkorban dan terlibat sepenuhnyadalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan adalah wadah untuk membentuk insan yang berguna kepada bangsa,agama dan negara. Cita-cita negara untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun2020 tidak akan tercapai jika hanya dengan meningkatkan infrastruktur atau menambahbilangan sumber tenaga manusia yang murah. Sebaliknya, pencapaian matlamat inimemerlukan satu peningkatan tahap produktiviti dan daya saing negara. Ini dapat dicapaimelalui pembinaan modal insan yang berwibawa, bermaruah, berdaya usaha dan berdayasaing sepertimana yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam MisiNasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan.
  • 4. 4.0 ULASAN TERHADAP JURNAL Pada masa kini, kemajuan di Malaysia semakin pesat membangun. Namun demikian,masih terdapat kemunduran di kawasan luar bandar yang tetap menjadi bualan hangatmasyarakat negara kita. Justeru, program tersebut amat penting untuk membantu danmencapai kemajuan, dan menyelesaikan masalah kemunduran dalam aspek pendidikan dikawasan luar bandar. Program ini diharapkan dapat menambahkan pertumbuhan danperkembangan yang maju mengenai geografi manusia dan geografi sosial khususnya diMalaysia. Walaupun terdapat banyak kajian tentang masyarakat luar bandar di Malaysia, namun ialebih menekankan kepada kajian tentang aspek sosio ekonomi masyarakat di kawasantersebut. Aspek sosio ekonomi seperti kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandartelah dikaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu (Ungku Abdul Aziz, 1964; Chamhuri Siwar danMohd. Haflah Piei, 1988). Sebaliknya dalam kajian ini, penulis akan melihat kepada aspekmasalah atau halangan masyarakat di kawasan luar bandar untuk dilihat dari sudut geografimanusia dan geografi sosial, bagi mengenal pasti sejauh mana kepentingan pendidikandapat diatasi oleh kalangan masyarakat di luar bandar supaya ianya mendapat sokongansosial yang sesuai untuk disalurkan dalam kalangan mereka. Justeru, para pengkaji terus menerus membuat kajian bagi membantu pihak-pihaktertentu merangka dasar-dasar awam untuk membantu menaikkan taraf hidup masyarakatluar bandar selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan pembangunan modalinsan khususnya dalam aspek pendidikan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Antaralainnya kajian ini dapat membantu mengenal pasti peluang lain yang boleh diguna pakaiuntuk menyelesaikan masalah dan cabaran dalam bidang pendidikan dalam kalanganmasyarakat di luar bandar. Kajian ini juga penting kerana kajian tentang cabaran dan masalah pendidikan dalamkalangan masyarakat luar bandar dibuat seiring dengan matlamat kerajaan untukmeningkatkan pembangunan modal insan di negara kita. Oleh itu diharapkan kajian inimampu mempelbagaikan kajian geografi khususnya dalam kajian geografi manusia dangeografi sosial di Malaysia. Hal ini seterusnya mampu memperkayakan ilmu dalam bidanggeografi penduduk di samping meningkatkan sumbangan geografi manusia ke dalampenggubalan dasar. Usaha ini diharap dapat mengurangkan perbezaan prestasi pendidikan antara sekolah-sekolah. Jumlah pelajar miskin yang hampir separuh juta orang di luar bandar akanmendapat manfaat sepenuhnya jika kesemua program yang dirancang itu dapat dijayakansepenuhnya. Bagi tempoh terdekat, Malaysia akan mencapai tahun 2020. Pembangunan sumbermanusia ataupun modal insan adalah sasaran utama YAB Perdana Menteri bagimempastikan pencapaian Wawasan 2020 adalah sesuatu yang bermakna. China dan Indiaberbangga dengan bilangan penduduk yang ramai tetapi kita wajar berbangga denganpenduduk yang berpendidikan. Selain itu, perkembangan pendidikan lestari yang disalurkantanpa mengira sosio-ekonomi atau social dapat melahirkan pekerja yang produktif daninovatif. Pembangunan sekolah luar bandar yang dilengkapi dengan kemudahan sistempengajaran dan pembelajaran akan mengurangkan banyak jurang pencapaian pelajar.Dianggarkan 61,000 kanak-kanak akan mendapat kemudahan makmal komputer,kelengkapan web-TV dan sistem komunikasi. Peruntukan yang disediakan ini adalahpeluang keemasan untuk para pelajar di luar bandar meningkatkan tahap pendidikanmereka.
  • 5. Keciciran di kalangan pelajar luar bandar akan memberi kesan besar terhadap masadepan mereka. Bilangan yang ramai akan memberi masalah sosial dari segi peluangpekerjaan, jenayah dan pembangunan modal insan. Tahap pendidikan yang rendah akanmenghasilkan rakyat yang terhad pemikiran, rendah cita-cita dan tidak ada impian yangbesar. Kanak-kanak luar bandar yang membesar dengan tahap pendidikan yang rendah tidakmampu bersaing seterusnya ketinggalan dalam banyak aspek. Secara langsungmenyebabkan keadaan sosio-ekonomi dan social mereka akan terganggu. Pembangunan modal insan juga bertujuan memastikan anak bangsa Malaysiamempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalampelbagai jenis pekerjaan. Disamping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasiberkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik,berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional,mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupayamenjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Dari mana mereka hendak mendapatkan pekerjaan yang baik? Tidak cukup denganmemotong getah atau menuai padi kerana pekerjaan sedemikian tidak mendatangkanpendapatan yang lumayan jika dibuat dalam skala yang kecil dan menggunakan teknologitradisional. Bagi yang mempunyai harta yang banyak tidaklah menjadi masalah keranamereka boleh mengusahakannya tetapi bagaimana pula dengan yang sebatang kara dantidak berharta?. Selain daripada program tersebut, ke arah Memperkasakan pendidikan luar bandarmerupakan misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM memperuntukkan lebihdaripada RM1.0 bilion setiap tahun bagi membantu pelajar dari keluarga miskin dangolongan kurang upaya. Antara aktiviti-aktiviti kementerian adalah seperti berikut: Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) dan Program Susu Sekolah ( PSS ). RMTtelah dilaksanakan mulai tahun 1979 sebagai langkah untuk menyediakan bantauanmakanan berkhasiat kepada murid-murid miskin. Mulai tahun 2003, murid-murid ini jugamenerima susu segar melalui PSS. Kriteria pemilihan murid yang layak menerima RMT danPSS adalah daripada keluarga berpendapatan kurang RM400 atau perkapita RM80 dankebawah. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM ). KWAPM diwujudkan berikutanpelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib pada tahun 2003. Program ini bertujuan membantumurid miskin membayar yuran dan membeli pakaian seragam agar tidak tercicir daripadasistem persekolahan akibat kemiskinan. Bantuan makanan asrama. Pada tahun 2005, sebanyak 260,000 pelajar sekolah rendahdan menengah diberi kemudahan makanan asrama. Syarat kelayakan adalah pendapatanisi rumah RM1,000 dan ke bawah. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid. KPM menyediakan bantuan perjalanandan pengangkutan untuk kemudahan pelajar. Bagi SBP, bantuan diberikan kepada pelajardalam bentuk tambang pergi dan balik dari rumah ke sekolah dan sebaliknya. Sekolah yangmempunyai asrama harian menggunakan peruntukan ini untuk program lawatan dansebagai tambang ke sekolahagama atau k masjid. Bagi sekolah-sekolah lain, bantuan inidigunakan untuk menyokong program lawatan sambil belajar. Prosiding “PersidanganKebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Beverly, KotaKinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, UniversityMalaysia Sabah
  • 6. Jaket Keselamatan. KPM menyediakan jaket keselamatan kepada pelajar yangmenggunakan pengangkutan air untuk ke sekolah. Pada tahun 2005, KPM telahmembekalkan 37,000 unit jaket keselamatan bernlai lebih daripada RM 1.4 juta ke sekolah-sekolah. Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya. KPM menyediakan elaun bulanan pelajar kurangupaya sebanyak RM25 sebulan. Pada tahun 2005, seramai 20,355 pelajar telah menerimabantuan ini. Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ). SPBT disediakan kepada pelajar daripada keluargayang berpendapatan isi rumah RM 2,000 dan ke bawah, bagi sekolah kebangsaan serta RM1,000 dan ke bawah bagi sekolah jenis kebangsan dan sekolah menengah. Mulai tahun2005, telah diperluas kepada anak-anak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. SkimBaucar Tuisyen ( SBT ). KPM menyediakan SBT kepada murid sekolah rendahyang lemah dalam pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sejakdilancarkan pada tahun 2004, seramai 450,000 murid telah menerima bantuan SBTsetahun. Biasiswa Kecil Persekutuan( BKP ) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti ( BKPU ).KPM menganugerahkan BKP dan BPKU kepada pelajar sekolah menengah yangmenunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang. Setiap tahundianggarkan 200,000 pelajar dianugerahkan BKP dan 30,000 pelajar dianugerahkan BKPU. Asrama Harian. KPM menyediakan asrama harian bagi mengurangkan risiko keciciran dikalangan pelajar luar bandar dan pedalaman. Sehingga kini, terdapat 1,371 buah asramaharian yang menempatkan lebih 220,000 pelajar.PENUTUP Kualiti pendidikan sekolah luar bandar berada pada tahap sangat rendah. Initermasuklah pemerolehan ilmu pengetahuan yang agak rendah disebabkan tiadanyabudaya cintakan ilmu pengetahuan. Tabiat membaca dalam kalangan pelajar kurangdititikberatkan kerana kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar miskin yang memerlukanbanyak perhatian dan bantuan. Ini membataskan peranan guru dalam usaha meningkatkanbilangan pelajar yang boleh membaca secara lancar dan seterusnya meningkatkan tahappemikiran mereka secara lebih kritis dan kreatif. Pendidikan adalah penentu hidup bagi masa depan seseorang. Tanpa latar belakangpendidikan yang baik, masa depan menjadi gelap dan tidak dapat meraih semua impianyang ada. Berdasarkan keterangan di atas jelas membuktikan bahawa langkah-langkahtelah diambil oleh pihak berwajib bagi memperkasakan pendidikan luar bandar. Kesedaranperlu wujud di kalangan para pelajar luar bandar agar tidak berlaku keciciran dalampendidikan. Modal Insan dan RMK9 mempunyai perkaitan yang sangat rapat ke arahpencapaian Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.
  • 7. RUJUKAN 1. Buletin Pendidik; „ Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar ( BIL.2/2007 ISSN 1394 – 7958 ) 2. Pembentangan RMK9 oleh Perdana Menteri pada 31 Mac 2006. 3. Program-Outreach-Pendidikan-Luar-Bandar-Sentuhan-Kasih-UMS-di-kampung- Malubang Pitas ( Program PKPGB ) 4. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010 5. Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Beverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah 6. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dalam merealisasikan pendidikan luar bandar