SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
Download to read offline
BAB
DUA
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
11
BAB 2
SOROTAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab sorotan literatur merupakan bahagian yang menghimpunkan segala
definisi, proses, kesan, dan ciri-ciri bagi suatu kajian tersebut. Di dalam bab ini akan
menerangkan segala yang berkaitan mengenai pembangunan bandar termasuk
implikasinya sama ada dari segi positif dan negatif. Selain itu, bahagian ini juga
dapat memberi gambaran kepada pembaca termasuklah pengkaji mengenai apa yang
sedang dikaji dengan informasi-informasi tersebut yang membantu dalam
menambahkan ilmu pengetahuan serta secara langsung memberi manfaat dalam
penyebaran ilmu itu sendiri. Di dalam bab ini akan dibahagikan beberapa bahagian
pecahan seperti definisi pembangunan, cirri dan proses perbandaran, bandar dan
pembangunan mampan, serta kesan pembangunan sama ada terhadap manusia atau
alam sekitar.
2.2 Definisi Pembangunan
Pelbagai definisi pembangunan yang diutarakan oleh ahli-ahli geografi
misalnya. Misalnya menurut Dorner (1972) telah menyatakan bahawa pembangunan
ekonomi sering dikaitkan denagn pertumbuhan ekonomi dan walaupun
pembangunan merangkumi pelaburan serta pasaran yang membesar, pembangunan
juga adalah proses-proses yang kompleks dan prosedur institusi yang berubah,
taburan semula kuasa politik dan ekonomi. Menurut Dorner (1972) reformasi tanah
sering dilihat sebagai alat dalam pencapaian ekuiti yang lebih besar,
walaubagaimanapun populasi yang bertambah sering memerlukan sumber tanah
dalam memenuhi permintaan dan dengan pembukaan teknologi yang semakin maju
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
12
maka bermakna reformasi tanah mempunyai 2 tujuan yang ideal iaitu pengtaburan
semula dan meningkatkan produktiviti.
Menurut Dorner (1972) dalam reformasi tanah ini, jika hanya mengutamakan
pengtaburan semula ianya tidak akan dapat mencapai tahap yang diinginkan kerana
produktiviti sangat penting dalam pembangunan selari dengan insentif baru bagi
pertambahan kerja dan pelaburan yang dicipta hasil daripada pembangunan tersebut.
Tambah Dorner (1972), apabila sesuatu tempat tersebut menjadi tumpuan, ramai yag
bermigrasi ke kawasan tersebut mengakibatkan kurangnya produktiviti dalam kerja
dan kebanyakan yang bermigrasi adalah mereka yang berasal dari kawasan luar
bandar di mana pertumbuhan penduduk luar bandar tinggi. Revolusi hijau telah
mengubah di mana terdapat kaedah baru dalam menghasilkan produk yang lebih
banyak dalam memenuhi keperluan, telah mewujudkan peluang pekerjaan sama ada
dalam sektor pertanian, pemasaran, dan prosesan dalam menghasilkan output yang
lebih tinggi, Dorner (1972).
Menurut The World Bank (1992) pembangunan adalah mengenai
memperbaiki kesejahteraan manusia. Meningkatkan taraf hidup dan menambah baik
tahap pendidikan, kesihatan, dan kesamaan peluang adalah komponen penting bagi
pembangunan ekonomi. Menurut The World Bank (1992) sebuah bandar dianggap
sebagai tempat tumpuan bangunan dan jalan, iaitu tempat orang tinggal dan bekerja,
serta melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan budaya mereka. Bandar juga
memerlukan jumlah penduduk yang sekurang-kurangnya sebanyak sepuluh ribu
orang menurut Cappon (1990) yang dipetik oleh Haughton dan Hunter (1994).
Menurut Beall dan Fox (2009) telah memetik definisi bandar daripada pakar urban
pada abad ke-20 iaitu :
“The essential physical means of a city’s existance are the fixed site, the
durable shelter, the permanent facilities for assembly, interchange, and storage; the
essential social menas are the social division of labour, which serve not merely the
economic life but the cultural processes. The city in its complete sense, then, is a
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
13
geographical plexus, an economic organisation, an institutional process, a theatre of
social action, and an aesthetic symbol of collective unity.”
(Mumford 1937)
Menurut Beall dan Fox (2009), sebuah bandar merupakan satu kawasan yang
besar, padat, dan merupakan kawasan kediaman yang tetap. Tambah Beall dan Fox
(2009) bandar juga merujuk kepada pekan, aglomerasi urban atau penempatan urban.
Urbanisma pula adalah cara hidup yang unik dalam kehidupan sebuah bandar dan
secara umum, urbanisma merujuk kepada sosial yang unik, budaya, ekonomi, serta
dinamik politik yang berkembang di kawasan penempatan manusia yang padat,
namun urbanisma tidak semestinya hanya berlaku di bandar sahaja tetapi turut
berlaku di kawasan luar bandar dan kawasan yang hampir menjadi bandar, Beall dan
Fox (2009).
2.3 Ciri Dan Proses Pembandaran
Menurut Fischer (1976), bandar moden mempunyai tiga ciri utama yang
membezakannya daripada bandar praindustri, tiga cara tersebut adalah seperti :
i. Tempat tinggal dan tempat kerja berada di lokasi yang berbeza. Pemilihan
tempat kerja tidak semestinya hampir dengan tempat kerana tempat
tinggal kemungkinan juga boleh jauh beberapa batu.
ii. Perbezaan kelas sosial semakin ketara. Perbezaan ketara apabila di bandar
terdapat kawasan perumahan yang berkos tinggi dan berkos rendah yang
telah mewujudkan perbezaan ketara antara komuniti berpendapatan
rendah atau tinggi.
iii. Hubungan di antara jarak pusat bandar dan kelas sosial menjadi songsang.
Apabila seseorang itu daripada kelas sosial yang tinggi dan berpendapatan
tinggi, jarak tempat tinggal semakin jauh dari pusat bandar ini kerana
mereka lebih suka memilih kawasan yang sunyi (pinggir bandar) dan kos
bagi kawasan tersebut lebih tinggi.
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
14
Menurut Zimmer dan Kasarda (1975) yang dipetik oleh Fischer (1976) telah
menyatakan bahawa tempat kerja dan tempat membeli-belah kurang ditumpukan di
pusat bandar tetapi disebar ke serata kawasan yang berbeza. Menurut Fischer (1976)
keadaan ini akan memberi kesan kepada kurangnya jumlah penduduk yang menuju
ke satu lokasi yang sama pada masa yang sama yang mengakibatkan kurangnya
kesesakan dan kepadatan.
Menurut Toynbee (1970), bandar merupakan satu penempatan di mana
penduduknya tidak menghasilkan tetapi menggunakan sumber yang disediakan di
dalam bandar itu sendiri dan kenyataan ini berkait rapat dengan fungsi bandar yang
pelbagai dalam memenuhi kehendak penduduk. Disebabkan itu, terdapat banyak
bangunan membeli-belah dan jabatan-jabatan dibina bagi memenuhi keperluan
penduduk itu sendiri. Malah, disebabkan kepelbagaian fungsi itu sendiri, telah
menarik masuk penduduk luar bandar memasuki kawasan bandar, Toynbee (1970).
Selain itu, perindustrian yang berlaku membawa perubahan kepada fizikal
habitat manusia di mana daripada kawasan yang mempunyai tumbuhan semula jadi
kepada kawasan yang mempunyai kilang yang menjalankan perindustrian, menurut
Mohd Hairy, Jamaluddin, Abdul Samad, dan Khairi (2011). Menurut Haughton dan
Hunter (1994), pembangunan urban bersifat dinamik dan mereka menyatakan sebuah
bandar bersifat dinamik ekonomi kerana dapat menyediakan pelbagai perhubungan
dan aktiviti yang menyebabkan bandar tersebut merupakan satu kawasan hub
informasi dan pusat kreatif maka disebabkan itu semua proses mudah berlaku di
pusat bandar seperti proses penghasilan, kajian, dan penggunaan yang menyebabkan
kebanyakan firma terletak di kawasan pusat bandar. Tambah Haughton dan Hunter
(1994), selain itu bandar juga merupakan kawasan yang dinamik dari segi sosial
malah bandar mempunyai pelbagai kemudahan sosial seperti pusat penjagan,
hospital, agensi servis sosial, dan lain-lain yang semakin banyak memainkan peranan
kerana apabila populasi penduduk semakin meningkat semakin ramai golongan yang
menganggur, tidak berumah, dan berada di tahap kemiskinan yang perlu diberi
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
15
penjagaan serta bantuan. Selain itu, bandar juga membekalkan peluang pekerjaan dan
pilihan lain seperti peluang pendidikan dan lain-lain, Haugton dan Hunter (1994).
Menurut Haughton dan Hunter (1994) lagi, bandar bersifat dinamik dari segi
budaya. Sejarah sesebuah bandar membolehkan semakin banyak aktiviti yang unik
dan berkaitan dengan budaya iaitu industri perlancongan. Menurut Haughton dan
Hunter (1994) bandar juga dinamik dari segi politik, berbeza dengan kawasan yang
lain pentadbiran bandar perlu memberi maklum balas secara telus kepada penduduk
bandar bagi mendapatkan posisi kerana bandar merupakan kawasan di mana
seseorang individu mempunyai semangat sivik yang kuat dan setiap individu boleh
meluahkan pendapat secara bebas.
Menurut Beall dan Fox (2009) gabungan perubahan demografi dan Revolusi
Perindustrian menyebabkan perubahan urban yang sehingga hari ini masih terjadi
dan apa yang dimaksudkan perubahan demografi adalah pada peringkat awal
berlakunya urbanisasi, kadar kematian mula menurun dan apabila mencapai kadar
urbanisasi yang tinggi kadar kesuburan pula yang akan menurun. Menurut Beall dan
Fox (2009) Revolusi Perindustrian pula pada peringkat permulaan telah
menampakkan perkembangan dalam aktiviti penghasilkan produk pertanian dan
berlaku perkembangan awal dalam inovasi industri, apabila mencapai kadar
urbanisasi yang tinggi akan berlaku pengkhususan ekonomi dan pertambahan inovasi
baru.
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
16
Rajah 2.1 : Interaksi antara demografi, ekonomi, dan perubahan bandar
Sumber : Beall dan Fox, 2009
Menurut daripada Beall dan Fox (2009) lagi, permintaan yang tinggi dari
bandar telah membentuk persekitaran, pada permulaan bandar merupakan pusat
pasaran bagi membekalkan keperluan kepada kawasan sekeliling bandar namun
proses urban telah berubah di mana kawasan luar bandar yang kini membekalkan
permintaan kepada penduduk bandar. Menurut Bairoch (1988) yang dipetik oleh
Beall dan Fox (2009) menyatakan bandar-bandar sememangnya bergantung pada
penghasilan makanan dari kawasan luar bandar, tetapi bandar bukanlah parasit
sepenuhnya kerana suatu ketika dahulu bandar merupakan catalyst yang telah
meningkatkan bidang pertanian di kawasan luar bandar dengan membekalkan
peralatan ladang pertanian dan baja-baja. Juga peranan bandar sebagai pusat servis di
mana membekalkan servis yang menyokong perusahaan dan keperluan luar bandar
seperti bank, perubatan, pembaikan, dan servis informasi maklumat.
Menurut Katiman (1988), menerangkan secara ringkas faktor-faktor yang
menggalakkan proses pembandaran seperti kegiatan pengeluaran sumber alam
tempatan, misalnya penemuan bahan mentah seperti galian dan hasil tanaman untuk
dagangan telah mendorong usaha-usaha pengeluaran dijalankan secara besar-
besaran. Menurut Katiman (1988) juga keperluan suatu pusat untuk mengumpul,
Penurunan awal
dalam kadar
kematian
Produktiviti
pertanian
bertambah baik dan
permulaan Revolusi
Perindustrian
Kadar kesuburan
menurun
Pengkhususan
ekonomi dan
peningkatan fasa
inovasi
Urbanisasi
Perubahan demografi
Revolusi Perindustrian
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
17
menyimpan dan mengurus serta kewujudan pusat kediaman pekerja telah
menyebabkan munculnya bandar-bandar berhampiran kawasan perdagangan. Selain
itu, perpindahan penduduk dari desa ke bandar berlaku serentak di kebanyakan
negara Asia Tenggara.
Antara sebab yang penting menyebabkan perpindahan penduduk adalah
kerana keadaan kemiskinan yang ketara di kawasan luar bandar, Katiman (1988). Di
Malaysia perpindahan ke bandar dalam kalangan kaum bumiputera menyumbang
peratus yang tinggi dalam pertambahan penduduk bandar. Selain daripada itu, bandar
adalah pusat fungsi dan pembangunan ekonomi, Katiman (1988). Di Malaysia
bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Pulang Pinang menjadi pusat
kegiatan perindustrian perkilangan, Katiman (1988). Kawasan- kawasan
perindustrian yang khusus dibina di suburbnya yang terletak tidak jauh dari pusat
bandar induk misalnya Petaling Jaya berhampiran dengan Kuala Lumpur, Katiman
(1988). Tambah Katiman (1988) pembandaran kawasan mundur juga menyumbang
ke arah pembentukan bandar baru dan usaha-usaha yang dijalankan adalah melalui
penubuhan bandar-bandar kecil yang sedia ada di kawasan-kawasan yang mundur
dan membuka pusat-pusat perindustrian baru di bandar-bandar kecil terutamanya di
kawasan yang mempunyai penduduk luar bandar yang padat.
Tambah Katiman (1988) lagi, pembandaran juga boleh berlaku melalui
proses-proses atau faktor-faktor lain. Peluasan kawasan sempadan sesuatu bandar
boleh meninggikan peratus penduduk yang mendiami kawasan bandar berkenaan.
Tiap-tiap bandar cenderung untuk meluaskan sempadannya, Katiman (1988), dan
misalnya Kuala Lumpur yang telah bertambah keluasannya daripada 93 kilometer
persegi kepada 243 kilometer persegi dalam tahun 1974 melalui pembentukan
Wilayah Persekutuan maka penduduk yang sebelumnya terletak di luar dari
sempadan bandaraya telah diambil kira dalam bancian penduduk Kuala Lumpur yang
baru.
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
18
Menurut Usman (1989), menyatakan keadaan yang mempengaruhi
pertumbuhan penduduk dan urbanisasi di negara membangun adalah sama dengan
keadaan yang telah mempengaruhi pertumbuhan penduduk dan urbanisasi di negara
maju pada masa dahulu. Ini bermakna negara membangun juga akan menghadapi
masalah sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan pada masa akan datang hasil
daripada pertumbuhan penduduk dan urbanisasi yang pesat ini. Tambah Usman
(1989), pertumbuhan penduduk bandar yang tinggi ini disebabkan pembangunan
dalam bidang sosioekonomi yang dilaksanakan di kawasan bandar yang menarik
ramai penduduk luar bandar dan perpindahan penduduk dari luar bandar ke kawasan
bandar akan berterusan selagi pembangunan sosioekonomi antara bandar dan luar
tidak seimbang. Menurut Bradford dan Kent (1981), berdasarkan Model Christaller
mengenai petempatan pusat telah menyatakan teorinya bahawa petempatan pusat
menggambarkan satu pusat tersebut mempunyai dataran seragam yang tidak
mempunyai batasan kerana terdapatnya pengangkutan yang mudah ke semua arah.
Menurut Bradfort dan Kent (1981) kos pengangkutan adalah berpadanan
dengan jarak dan cuma terdapat satu jenis pengangkutan sahaja, taburan penduduk
juga adalah sama rata malah petempatan pusat juga menyediakan barangan
perkhidmatan dan fungsi pentadbiran kepada kawasan pedalamannya. Selain itu,
menurut Bradford dan Kent (1981) pengguna akan datang ke tempat pusat yang
berdekatan yang menyediakan fungsi yang mereka perlukan dan ini dapat
mengurangkan jarak perjalanan mereka. Mereka yang membekalkan fungsi tersebut
bertindak sebagai manusia ekonomi, iaitu mereka yang berusaha memaksimumkan
keuntungan dengan memilih tempat sejauh mungkin dari pembekal lain agar boleh
memaksimumkan kawasan pasaran mereka disebabkan pengguna akan memilih
tempat yang menyediakan fungsi diperlukan tempat yang terdekat bagi
memendekkan jarak perjalanan mereka, Bradfort dan Kent (1981).
Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul Hadi (2004), bagi sesebuah
bandar, pertumbuhan ekonominya tumbuh dalam persekitaran yang berubah, sumber
yang diperlukan sudah tidak terdapat lagi atau sudah boleh diperolehi lagi di
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
19
kawasan bandar maka kesejahteraan penduduknya dibina dari sumber yang datang
dari luar kawasan bandar tersebut maka rangkaian sumber bagi mendapatkan sumber
tersebut boleh datang dari pelbagai kawasan atau dari merata dunia, maka
disebabkan ciri tersebut sebuah bandar menjadi kawasan longgokan kekayaan
material. Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul Hadi (2004) lagi,
disebabkan perkara tersebut, kawasan bandar menjadi tumpuan dan orang akan terus
menumpu ke kawasan bandar kerana keistimewaan tersebut dan tambah Abdul
Samad dan abdul Hadi lagi, sebuah bandar merupakan sebuah tempat longgokan bagi
institusi kesihatan, pendidikan, perniagaan, dan rangkaian pelbagai lapis bandar itu
dengan kawasan sokongan yang tersebar ke seluruh dunia.
2.4 Pembangunan Bandar Baru
Menurut Abdul Rahman (2011), menyatakan proses pembandaran yang
berlaku di Sememnanjung Malaysia yang pesat sejak kemerdekaan lima dekad yang
lebih lalu telah mengubah masyarakat Malaysia yang bersifat luar bandar kepada
masyarakat yang bandaran. Menurut beliau lagi, peningkatan penduduk bandar yang
berlaku secara mendadak semenjak banci 1991 adalah kerana beberapa faktor
pertumbuhan semula jadi, penghijarahan masuk, dan pendefinisian semula kawasan
bandar. Tambah Abdul Rahman (2011), transformasi besar masyarakat Malaysia
berkait erat dengan perkembangan ekonomi dalam 50 tahun lebih ini. Perkembangan
ini dapat dilihat apabila kita membandingkan perubahan dalam sumbangan sektor
primer, kedua, dan ketiga kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang telah
menunjukkan peningkatan sektor kedua dan ketiga serta penurunan dalam sektor
primer seperti contoh adalah sektor pertanian.
Menurut Katiman dan rakan-rakan (2011), pembangunan dan pembandaran di
sesebuah kawasan boleh menyebabkan perubahan terhadap perilaku isi rumah dalam
aktiviti melancong dan makan di luar rumah. Menurut Katiman dan rakan-rakan
(2011) proses pembandaran lazimnya menyebabkan isi rumah terdedah kepada
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
20
budaya melancong dan makan di luar rumah dan ini sememangnya selaras dengan
peningkatan pendapatan serta perubahan cita rasa penduduk. Berdasarkan kajian
mereka mengenai impak pembangunan Bandar Baru Nusajaya telah menampakkan
kesan sosioekonomi pada peringkat awal sahaja dan antara kesan awal yang dikesan
adalah kesan positif iaitu perubahan dalam pekerjaan, peningkatan pendapatan
bulanan, perbelanjaan, dan darjah ketersampaian kepada kemudahan perkhidmatan
asas yang semakin tinggi, Katiman dan rakan-rakan (2011).
Menurut Selvi dan Katiman (2012) dalam kajian mereka mengenai impak
sosial pembangunan Bandar Baru Putrajaya kepada penduduk asal menyatakan
penduduk kawasan tersebut terasa teraniaya kerana tidak berasa selesa setelah
dipindahkan ke kawasan baru dan menurut Selvi dan Katiman (2012) lagi, bandar
baru ini lazimnya dibina untuk menyelerakkan pembangunan ke kawasan pinggir
atau mundur supaya pembangunan tidak hanya tertumpu pada satu kawasan sahaja.
2.5 Pembangunan Mapan
Menurut The World Bank (1992) pembangunan mapan adalah pembangunan
yang berpanjangan, menurut Our Common Future (1987) yang dipetik The World
Bank (1992) pembangunan mapan adalah mengenai pemggunaan keperluan sumber
tanpa menterhadkan keperluan sumber generasi akan datang, telah diguna pakai
dalam laporan ini. Generasi akan akan datang tidak hanya mewarisi pencemaran
yang kita lakukan mereka juga akan menerima perkara positif seperti pendidikan,
kemahiran, dan pengetahuan, The Worl Bank (1992).
Menurut Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002), sustainable development
atau pembangunan mapan adalah satu konsep pembangunan yang menekankan
kesepaduan antara alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi. Konsep mapan
bermaksud pengekalan sumber alam sekitar semula jadi yang dapat memenuhi
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
21
keperluan generasi masa kini dan pada masa yang sama tanpa menjejaskan keperluan
generasi yang akan datang, Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002).
Menurut Jacobs (1989) yang dipetik oleh Haughton dan Hunter (1994)
terdapat tiga idea mengenai faedah sumber alam sekitar semula jadi iaitu yang
pertama terdapat sumber alam sekitar semula jadi bagi tujuan penghasilan produk
dan penggunaan, iaitu selalunya dilihat penggunaan bahan-bahan mentah dan tenaga.
Tambah Jacobs (1989) yang kedua adalah disebabkan alam sekitar semula jadi
bertindak sebagai ‘sink’ kepada bahan buangan masyarakat maka konsep
pembangunan mampan itu masyarakat cuba untuk tidak gunapakai secara berlebihan
dan ketiga persekitaran semula jadi membekalkan ‘servis percuma’ yang tidak patut
dirosakkan seperti lapisan ozon.
Menurut Haughton dan Hunter (1994) lagi, walaupun terdapat banyak
tumpuan yang diarahkan kepada peringkat global, namun pada peringkat tempatan
juga perlu diambil kira. Sebagai contoh, tahap kapasiti sungai yang boleh menerima
sisa buangan adalah terhad dan jika ianya berlebihan boleh menyebabkan
berkurangnya kadar hidupan akuatik, Haughton dan Hunter (1994). Menurut Beall
dan Fox (2009), pembangunan mapan adalah :
“The expansion of real freedoms through means that do not threaten the
possibility of future generations to enjoy and continue expanding real freedoms. In
particular, sustainable development refers to interventions that expand real freedoms
while taking account of long-term environmental consequence. Sustainability can be
assessed both at local and global levels”.
(Beall dan Fox 2009)
Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul Hadi (2004) bandar lestari
boleh ditanggap sebagai masih lagi berada dalam satu proses pembentukan beserta
persekitaran binaan dengan keadaan ekonomi, sosial, politik dan persekitaran
masyarakatnya berada dalam kesejahteraan. Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
22
Abdul Hadi (2004) oleh kerana bandar lestari itu merujuk kepada satu proses dan
bukan satu bentuk entiti akhir dewasa ini maka kita dapat gambarkan bahawa setiap
aspek kehidupan masyarakat tadi tidak semestinya berjalan tanpa masalah. Menurut
Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul Hadi (2004) lagi, pembangunan lestari
mendasari hampir semua usaha pembangunan sosial dan ekonomi sejak 1980-an lagi
terutamanya selepas persidangan alam sekitar sedunia di Rio de Janerio, Brazil pada
tahun 1992. Sidang yang telah berlaku tersebut telah mengambil kira tentang
pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan alam sekitar supaya generasi masa kini
dapat terus merasai nikmat daripada pembangunan yang dijalankan tetapi
pembangunan yang dijalankan perlu dilakukan dengan penuh bertanggungjawab
supaya generasi mendatang juga tetap dapat merasai nikmat pembangunan yang
dilakukan pada masa kini, Abdul Samad dan Abdul Hadi (2004).
Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul Hadi (2004) lagi, longgokan
kekayaan dan segala kemudahan itu tidak semestinya menjamin kelestarian bandar.
Keadaan ini timbul disebabkan kemasukan orang ramai untuk menetap di kawasan
bandar tidak dapat ditapis oleh pengurus kawasan perbandaran dan pembangunan
bandar lestari itu juga boleh merujuk kepada pembangunan kesejahteraan sosial
penduduk secara berterusan, Abdul Samad dan Hadi (2004).
Menurut Azahan dan rakan-rakan (2006), kemapanan pembangunan tidak
hanya diukur dari abstrak penjimatan tenaga atau pengekalan biojisim, ia dinilai
berasaskan perubahan kehidupan seharian penduduk sendiri dan harapannya ialah
pendekatan mapan akan mempertingkat ‘kualiti’ kehidupan tersebut atau lebih
mewakili kehendak masyarakat itu sendiri. Selain itu, menurut Azahan dan rakan-
rakan (2006) lagi, analisis kualiti hidup membolehkan penilaian kemapanan
pembangunan bandar bukan hanya diperolehi melalui penyediaan pelbagai prasarana
kemudahan masyarakat semata-mata, lebih penting lagi mengetahui keperluan
individu dalam masyarakat di bandar agar mereka memperoleh apa yang diingini.
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
23
2.6 Pembangunan Dan Alam Sekitar
Menurut Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002), perkataan ‘alam sekitar’
membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan dan berdasarkan kepada
terjemahan literal, ‘alam sekitar’ merujuk kepada apa sahaja yang melingkungi dan
mengelilingi manusia namun secara lebih khusus perkataan ‘alam sekitar’ merujuk
kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi sesuatu
organisma. Tambah Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002) fenomena fizikal ini
termasuklah fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. Dalam pengajian
Geografi Fizikal yang berdasarkan pendekatan sistem atau system approach, alam
sekitar didefinisikan sebagai suatu sistem bumi secara keseluruhan atau sfera, yang
mempunyai komponen-komponen atau sub-system, seperti biosfera, atmosfera,
hidrosfera, dan lain-lain.
Menurut Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002) lagi setiap komponen di
dalam sistem bumi keseluruhan mengandungi komponen-komponen yang lebih kecil
sehingga kepada komponen yang paling asas, contohnya sebuah lembangan sungai.
Tambah mereka lagi komponen-komponen alam sekitar di setiap peringkat adalah
saling berinteraksi dan mempengaruhi antara satu sama lain dan sesuatu perubahan
yang berlaku di dalam komponen-komponen sub-sistem boleh menyebabkan
gangguan ke atas keseimbangan sistem bumi keseluruhan. Menurut Mohd Zuhdi dan
Amer Saifude (2002) pembangunan sumber-sumber semulajadi oleh manusia sama
ada membawa kemusnahan ataupun keseimbangan kepada alam sekitar dan ini
ditentukan oeh tindakan manusia sendiri. Jika mereka tidak memikirkan keperluan
generasi masa akan datang dan mementingkan kesenangan sendiri kemungkinan
mereka memilih untuk membawa kemusnahan dan sekiranya manusia mula berhati-
hati dan menguruskannya dengan baik kemungkinan generasi akan datang juga dapat
merasai apa yang kita nikamti sekarang, Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002).
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
24
Menurut Baldwin (1986) yang dipetik Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002)
alam sekitar dapat didefinisikan sebagai lingkungan dan keseluruhan keadaan luaran
yang memberi pengaruh serta berinteraksi dengan organisma dalam apa jua peringkat
kedudukannya. Menurut Gilphin (1976) dan Wolman (1973) yang dipetik oleh Mohd
Zuhdi dan Amer Saifude (2002), alam sekitar manusia bermaksud semua unsur
hidupan dan bukan hidupan secara faktor sosial yang melingkungi manusia dan alam
sekitar adalah fenomena luaran termasuklah faktor fizikal dan sosial yang
mempunyai potensi bagi mempengaruhi sesuatu kehidupan.
Menurut Keyes (1976), walaupun laporannya adalah mengenai penglibatan
manusia dalam pembangunan tanah namun kita tidak patut terlepas pandang dengan
fakta bahawa kawasan semula jadi sangat rapat hubungannya dengan kualiti udara,
kualiti air, banjir dan bunyi. Taburan vegetasi yang semakin berkurang boleh
mengakibatkan perubahan kepada suhu, kelembapan dan corak angin. Vegetasi juga
dapat membantu dalam menapis udara dari pencemaran dan sangat berguna juga
dalam menentukan kualiti dan kuantiti air larian permukaan. Serba maklum bahawa,
apabila vegetasi berkurang air larian permukaan akan meningkat dan juga boleh
menyebabkan banjir lumpur dan keadaan ini sering berlaku di kawasan cerun yang
sangat kurang peratus vegetasinya, Keyes (1976). Malahan, terdapat beberapa jenis
tumbuh-tumbuhan mempunyai fungsi sebagai penghadang bunyi dan kenyatan ini
menunjukkan bahawa fungsi vegetasi sangat penting dalam menjamin kualiti alam
sekitar fizikal kita, Keyes (1976).
Selain daripada itu, tambah keyes (1976) turut menyatakan bahawa semua
organisma hidup adalah wujud bersama alam sekitar mereka sama ada yang hidup
atau tidak hidup iaitu dalam keadaan dynamic equilibrium di mana semua saling
bergantung antara satu sama lain. Menurut Keyes (1976) setiap organisma itu sendiri
mempunyai fungsinya tersendiri sebagai contoh, tumbuhan hijau yang memainkan
peranan dalam membekalkan sumber makanan (producer); pemakan tumbuh-
tumbuhan (herbivor); pemakan daging peringkat pertama dan kedua (karnivor);
pemakan daging dan tumbuh-tumbuhan (omnivor); parasit dan haiwan mati
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
25
(pebangkai); bacteria, fungi, lain-lain (pereput); dan mikroorganisma yang menukar
nutrisi menjadi campuran yang berguna (pengubah). Setiap hidupan mempunyai
fungsinya sendiri dalam mengekalkan kestabilan alam sekitar. Namun perubahan
kian berlaku apabila pembangunan giat dijalankan dan menyebabkan gangguan
berlaku terhadap sistem yang terjalin, Keyes (1976).
Menurut The World Bank (1992), pendidikan, kesihatan, nutrisi, dan jangka
hayat boleh ditingkatkan melalui pertumbuhan ekonomi namun alam sekitar
kadangkala dirosakkan oleh pertumbuhan tersebut. Tambahan lagi, mereka yang
menderita akibat kerosakan tersebut adalah golongan yang berbeza dari mereka yang
menikmati pertumbuhan ekonomi tersebut. Mereka mungkin adalah golongan orang
miskin pada masa kini ataupun golongan masa hadapan yang mewarisi alam sekitar
yang telah rosak, The World Bank (1992). Menurut laporan The World Bank (1992)
lagi, mengapa aktiviti ekonomi menyumbang kepada degredasi alam sekitar secara
berlebihan? Satu sebab adalah kerana banyak sumber semulajadi dikongsi dan
penggunaan sumber tersebut tidak perlu dibayar atau tidak dibayar oleh mereka yang
menggunakannya. Sesetengah sumber semulajadi dikongsi kerana tiada mekanisma
yang dapat menentukan hak harta sumber tersebut, sebagai contoh atmosfera sangat
mustahil untuk ada mekanisma dalam menerbitkan hak-hak dalam perkongsian
atmosfera, The World bank (1992).
Menurut The World Bank (1992) , dalam kes golongan miskin atau kurang
berkemampuan, dengan aset yang sedikit mereka tiada pilihan selain mengdegredasi
alam sekitar dengan lebih bagi mendapatkan sumber. Selain itu, menurut laporan ini
lagi, sumber air dan udara merupakan sumber yang boleh diperbaharui namun
mempunyai kapasiti yang terhad dalam membiasakan kepada pelepasan bahan
buangan. Jika populasi melebihi kapasiti ini akan menyebabkan ekosistem bertambah
buruk dan kehilangan spesis flora dan fauna. Pembekalan air yang terhad menjadi
contoh pengurangan sumber kian berlaku, The World Bank (1992). Sebagai contoh,
lewat 1990-an di China lima puluh bandar menghadapi pengurangan sumber air
kerana air bawah tanah berkurang sedalam satu hingga dua meter setahun. Bandar
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
26
Mexico mengepam air bawah tanah empat puluh peratus lebih tinggi kadarnya dalam
penghasilan semula jadi air tersebut, The World Bank (1992).
Menurut The World Bank (1992), polisi ekonomi, alam sekitar dan pelaburan
alam sekitar mempunyai peranan dalam memastikan tingkah laku individu
memainkan peranan pada sumber semulajadi. Polisi ekonomi mempengaruhi skala,
komposisi, dan keberkesanan pengjasilan produk sama ada hasilnya positif atau
negatif. Rujuk rajah berikut :
Rajah 2.2 : Aktiviti ekonomi dan alam sekitar
Sumber : Staf World Bank, 1992
Bandar boleh menjadi indicator bagi mengukur tahap-tahap amaran awal
yang lebih mendalam mengenai krisis alam sekitar kerana penduduk bandar
merupakan pengguna tenaga terbanyak yang menyumbang kepada pemanasan global
misalnya, Haughton dan Hunter (1994). Menurut Douglas (1989) yang dipetik oleh
Houghton dan Hunter menyatakan bahawa urbanisasi membawa bersamanya banyak
perubahan kepada alam sekitar termasuklah pencemaran, transformasi lokasi, seperti
lencongan saliran sungai, dan perubahan kepada fungsi ekosistem tempatan,
mengubah aliran semulajadi tenaga, air, makanan, dan bahan-bahan. Tambah
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
27
Houghton dan Hunter (1994) lagi, bandar juga berpotensi menjadi lebih mesra alam
dari apa yang disedari. Misalnya, menurut Banister (1992) yang dipetik oleh mereka
menyatakan perjalanan di dalam bandar adalah lebih kurang dalam penggunaan
tenaga dari pekan-pekan kecil dan kawasan luar bandar kerana perjalanan di dalam
bandar adalah lebih singkat, maka penduduk boleh berjalan kaki atau berbasikal.
Tambahan lagi, di bandar-bandar besar pengangkutan awamnya biasanya adalah
lebih baik dan penggunaannya sangat luas. Rekaan yang cermat dan pengurusan
yang baik dalam sesebuah bandar boleh mengurangkan jarak perjalanan maka
dengan itu penggunaan tenaga yang sedikit menjadikan kawasan tersebut mesra
alam. Menurut Beall dan Fox (2009) telah menyatakan :
“it is important to recognise that the relationship between cities and the
global environment works in two directions. Cities are vulnerable due to a failure to
address climate change at the national and international levels. This is not to imply
that rural areas should not receive attention. Indeed their vulnerability should be
seen and responded to alongside urban vulnerability”.
(Beall dan Fox 2009)
Menurut Katiman (1988), kegiatan menukar kawasan tanah pertanian untuk
dijadikan kawasan perumahan, bangunan, jalan raya dan industri dalam proses
pembandaran juga turut mengancam keseimbangan ekologi di kawasan bandar.
Bertambahnya kawasan berturap akan mempercepatkan kadar larian air permukaan
kerana air tidak meresap ke dalam tanah sebaliknya terpaksa disalurkan terus ke
longkang dan seterusnya ke kawasan rendah dan akibatnya isipadu air akan melebihi
kapasiti dan dengan hujan yang lebat dan air yang deras serta kapasiti yang kurang
akan menyebabkan wujudnya banjir kilat, Katiman (1988). Hal ini bertambah parah
apabila jalan yang diturap akan berlaku hakisan dan air larian akan membawa sisa
tersebut ke sungai dan menjadi mendapan atau mendakan lumpur di kawasan
bertanah rendah. Keadaan ini turut akan mewujudkan pencemaran persekitaran
fizikal di bandar, Katiman (1988).
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
28
2.7 Kesan Pembangunan
Terdapat kesan pembangunan terhadap sosial dan kesan terhadap alam sekitar
iaitu sosial yang merangkumi sosioekonomi masyarakat dan aktiviti harian mereka
manakala bagi alam sekitar melihat kepada kesan-kesan pencemaran terhadap tanah,
udara, air, dan bunyi.
2.7.1 Kesan Terhadap Sosial
Menurut Fischer (1976) terdapat perubahan pada ciri fizikal alam sekitar di
kawasan pembangunan bandar. Berlakunya peningkatan suhu akibat peningkatan
jumlah bangunan yang merupakan punca kewujudan pulau haba, peningkatan bunyi
di kawasan bandar dan punca utamanya adalah pengangkutan, pencemaran udara
yang mengakibatkan masalah kesihatan meningkat seterusnya memnyebabkan kos
perubatan meningkat, dan perumahan yang semakin padat, Fischer (1976).
Perubahan ini sangat berkait rapat apabila pembangunan dijalankan, satu perubahan
berlaku dan mengakibatkan kesan negatif wujud di samping terdapat kesan positif
seperti meningkatkan paras pendapatan serta memperbaiki ekonomi penduduk,
Fischer (1976). Menurut Katiman (1988), pembandaran yang menumpu dan tidak
terkawal boleh menimbulkan masalah-masalah lain misalnya pembangunan sosial
dan ekonomi hanya wujud di bandar-bandar besar sedangkan kawasan-kawasan yang
lain terus ketinggalan. Penduduk akan terus bertumpu ke bandar-bandar besar dan
peruntukan pembangunan sosial terpaksa disalurkan kebandar berkenaan, Katiman
(1988).
Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul Hadi (2004), terdapat
beberapa unsur yang diterapkan dalam kesejahteraan ekonomi antaranya
kelangsungan budaya sesebuah komuniti di samping memastikan peningkatan kualiti
kehidupan masyarakatnya dan komuniti yang sejahtera merupakan komuniti yang
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
29
dapat meneruskan kehidupan merentas generasi di mana generasi pertama mereka
selesa, selamat, dan sesuai meneruskan kehidupan serta memupuk kehidupan
generasi seterusnya. Tambah mereka lagi, keperluan untuk komuniti sejahtera
termasuk pengukuhan identiti setempat ini membantu dalam pembentukan komitmen
dan komitmen ini wajib bagi memastikan pembangunan setempat yang membawa
kepada kesejahteraan komuniti setempat, Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul hadi
(2004).
Menurut Azahan dan rakan-rakan (2008), kualiti hidup bukan hanya
melibatkan kebendaan tetapi juga meliputi kesemua perkara yang dapat
mempenagruhi tahap kepuasan manusia mengikut tempat atau ruang dan masa.
Tambah Azahan dan rakan-rakan (2008) lagi, definisi operasi kualiti hidup dalam
kajian yang dilakukan ini merujuk kepada statusnya dalam konteks penduduk bandar
dan fungsinya dalam menilai kemapanan pembangunan bandar yang berlaku.
2.7.2 Kesan Terhadap Alam Sekitar Dan Manusia
Kesan terhadap alam sekitar dan manusia melihat kesan terhadap sumber
semula jadi seperti tanah, udara, dan air serta kesan terhadap persekitaran yang
menganggu gugat tahap keselesaan penduduk.
2.7.2.1 Pencemaran Bunyi
Menurut Keyes (1976) lagi bahawa pembangunan tanah boleh menjadi
sumber kepada bunyi bising terhadap penduduk dan kawasan sekitar. Terdapat dua
kategori bunyi bising tersebut wujud sama ada secara telus seperti contoh dari
manusia atau mesin dan secara tidak telus seperti kesesakan lalu lintas. Pencemaran
bunyi yang berlaku akan mempengaruhi penduduk yang tinggal sekitar kawasan
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
30
tersebut dan mereka yang bekerja di kawasan tersebut, Keyes (1976). Petempatan,
kawasan komersial, dan kawasan pembangunan industri akan menyebabkan
peningkatan trafik sekurang-kurangnya di sekitar jalan yang berdekatan. Impak yang
berlaku akan ditentukan oleh jenis dan bilangan kenderaan yang bertambah dan
keadaan ini menunjukkan jika kawasan tersebut menjadi sebuah kawasan yang
semakin menjadi tumpuan penduduk maka bunyi yang dihasilkan akan meningkat,
Keyes (1976).
2.7.2.2 Pencemaran Tanah
Menurut Keyes (1976) tanah runtuh merupakan kesan apabila terdapat daya
dikenakan ke atas bahan di permukaan bumi di kawasan yang bercerun curam dan
faktornya boleh dipengaruhi oleh ciri-ciri tanah atau kelemahan batu batan di
kawasan tersebut. Menurut Goudie (2000), hakisan tanah merupakan aspek yang
serius daripada peranan manusia dalam perubahan alam sekitar tidak boleh
disangkal. Hakisan tanah mempunyai implikasi yang serius terhadap produktiviti
tanah. Pengurangan tanah akibat hakisan boleh menyebabkan mengurangkan kapasiti
menyimpan air dan mengurangkan ruang untuk tumbesaran akar pokok. Menurut
beliau lagi :
“Hardpans and duricrusts may become exposed at the surface and provide a
barrier to root penetration. Furthermore, splash erosion may cause soil compaction
and crusting, both of which may be unfavourable to germination and seedling
establishment. Erosion also removes nutrients preferentially from the soil. Some
damage may be caused by associated excessive sedimentation, while wind erosion
may lead to the direct sandblasting of crops”.
(Goudie 2000)
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
31
2.7.2.3 Pencemaran Udara
Menurut Sunu (2001), pencemaran udara dapat dibahagi mengikut tempat,
bentuk, gangguan, kesannya terhadap tahap kesihatan, komposisi kimia, dan asal
usul pencemaran udara itu berlaku. Berdasarkan bentuk, pencemaran udara terdiri
daripada gas iaitu wap yang terjadi daripada pengeluwapan sama ada dari sejatan
atau zat padat, contoh gas-gas tersebut adalah seperti karbon dioksida dan karbon
monoksida. Seterusnya, bentuk partikel akibat percampuran bahan asing sama ada
berupa padatan, cairan atau lain-lain yang menghasilkan debu, jerebu, asap, dan
sebagainya yang merupakan pencemaran udara, Sunu (2001).
Tambah Sunu (2001) lagi, bagi berdasarkan tempat pula terdapat 2 jenis iaitu
pencemaran udara ruang dalam dan pencemaran udara ruang luar. Bagi pencemaran
udara bahagian dalam, selalunya yang dikaitkan apa-apa pencemaran di dalam
bagunan seperti rumah, hospital, sekolah, kilang, dan sebagainya. Contoh punca
pencemaran udara ruang dalam adalah seperti asap rokok, asap dapur tradisional,
asap mesin, dan lain-lain. Manakala bagi pencemaran udara ruang luar adalah seperti
asap-asap dari kawasan industri dan kenderaan bermotor, Sunu (2001). Selain itu,
jika melihat dari faktor gangguan dan kesannya terhadap kesihatan terdapat beberapa
jenis seperti irritansia yang dapat mendatangkan irritasi pada tubuh seperti ozon dan
nitrogen oksida. Menurut Sunu (2001) terdapat juga gas yang boleh menyebabkan
aspeksia iaitu darah kekurangan oksigen dan tidak dapat melepaskan karbon
dioksida, gas-gas tersebut adalah seperti karbon monoksida, ammonia, dan metana.
Malahan terdapat juga gas yang menyebabkan seseorang itu lali seperti alkohol yang
selalunya berlaku di ruang dalam maka pencemaran ini tergolong dalam pencemaran
udara ruang dalam, Sunu (2001). Asal usul pencemaran udara terdiri dari dua sumber
iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer adalah pelepasan gas
beracun yang dilepaskan secara langsung ke udara manakala sumber sekunder
diakibatkan oleh tindak balas kimia di udara yang mendatangkan kesan bahaya
kepada semua organisma hidup, Sunu (2001).
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
32
The World Bank (1992) telah menyatakan pencemaran udara terdapat tiga
penyebab utama buatan manusia iaitu penggunaan tenaga, pelepasan asap kenderaan,
dan bahan buangan industri di mana semua ini cenderung berkembang dengan
pertumbuhan ekonomi melainkan terdapatnya langkah-langkah pengawalan
pencemaran yang mencukupi dilaksanakan. Kadar urbanisasi dan penggunaan tenaga
per kapita meningkat dengan laju di kawasan-kawasan membangun. Menurut laporan
tersebut, dalam tahun 1970-an sehingga lewat 1980-an negara yang mengalami
pencemaran udara yang lebih tinggi adalah di negara-negara berpendapatan rendah
berbanding negara-negara berpendapatan tinggi, The World Bank (1992). Kandungan
sulfur dioksida adalah serius di negara-negara yang bergantung pada bahan api
bersulfur tinggi. Pada lewat 1970-an tahap kepekatan gas ini di negara
berpendapatan rendah adalah sederhana, rendah berbanding negara yang
berpendapatan tinggi, The World Bank (1992).
Menurut Houghton dan Hunter (1994) kawasan bandar merupakan kawasan
utama bagi sumber pelbagai bentuk pencemaran udara kerana bandar merupakan
pusat aktiviti industri, penghasilan tenaga dan penggunaan tenaga, dan kawasan yang
sesak dengan kenderaan. Tambah Houghton dan Hunter (1994), pencemaran udara
bukan hanya mengganggu kesihatan manusia malah memberi kesan ekonomi juga
kerana ia juga menyebabkan degredasi terhadap sumber lain dan aset-aset penting
seperti hutan, bangunan, dan bahan-bahan lain. Ozon merupakan lapisan yang berada
pada lapisan atmosfera stratosfera yang terletak di atas 20 hingga 25 kilometer atas
permukaan Bumi. Ianya terbentuk apabila gas oksigen bertindak balas dengan
ultraviolet untuk mewujudkan tiga atom oksigen iaitu ozon, Houghton dan Hunter
(1994). Ozon secara semula jadi akan dipecahkan secara semula jadi bagi
mengimbangi jumlahnya walaubagaimanpun pemecahan ozon ini telah menjadi
semakin meningkat kebelakangan ini dan menyebabkan wujudnya lubang-lubang
pada lapisan ozon, Houghton dan Hunter (1994). Ini disebabkan pencemaran yang
dibawa ke arah stratosfera. Lapisan ozon melindungi hidupan di Bumi dan penipisan
ini menyebabkan pelbagai kesan buruk seperti kanser kulit, Houghton dan Hunter
(1994). Menurut Katiman (1988) dengan bertambah ramainya penduduk bandar
maka lebih banyak penggunaan tenaga minyak, dan yang lain terutama dalam
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
33
pengangkutan, mengakibatkan bertambahnya gas beracun, asap dan bahan-bahan
pencemar lain yang dilkeluarkan oleh bandar.
2.7.2.4 Pencemaran Air
Menurut The World Bank (1992) lagi, pencemaran air yang paling meluas
adalah dari bahan buangan manusia pembawa penyakit, yang selalunya dikesan
dengan mengukur tahap coliform bahan buangan tersebut. Sisa buangan manusia
merupakan penyebab terbesar risiko kesihatan kepada mereka yang minum atau
membasuh (pengguna air) dengan air yang tidak dirawat dari sungai atau kolam.
Pencemaran air dari bahan buangan manusia tidak menjadi isu besar di negara-
negara yang mampu menampung kos rawatan, boleh diselesaikan dengan pelaburan
yang mencukupi dalam sistem rawatan air tetapi kualiti masih terus merosot
walaupun di negara-negara maju, The World Bank (1992). Tambah The World Bank
(1992), kapasiti sungai-sungai untuk menampung hidupan akuatik berkurang apabila
mendapan bahan pencemar menyebabkan jumlah oksigen yang larut di dalam air
semakin berkurang. Kekurangan oksigen tidak mempengaruhi tahap kesihatan secara
menerus tetapi ia mungkin mempengaruhi ekonomi perikanan. Kumbahan manusia
dan aktiviti pertanian secara besar-besaran merupakan penyumbang kepada
permasalahan tersebut. Menurut The World Bank (1992) lagi dengan meningkatnya
perindustrian, perlombongan, dan bahan kimia pertanian, sungai menjadi semakin
tercemar dengan bahan bertoksik dan bahan besi berat seperti merkuri. Bahan-bahan
ini sukar diasingkan dari air minuman. Bahan ini boleh mencemari haiwan
cengkerang atau ikan-ikan yang mungkin bakal dimakan oleh manusia khususnya
tanpa menyedari bahawa makanan tersebut tercemar, The World Bank (1992).
Disebabkan air permukaan semakin tercemar di kawasan berdekatan bandar,
keperluan air orang awam dan pengguna air urban lain terpaksa menukar sumber
kepada air bawah tanah sebagai sumber yang berpotensi lebih murah dan selamat,
The World bank (1992).
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
34
Menurut Shaw (1988) yang dipetik Haughton dan Hunter (1994),
pembangunan bandar sering berkaitan dengan penggantian sumber semula jadi atau
tanah separa semula jadi dan permukaan vegetasi dengan bahan buatan manusia,
permukaan yang dibuat oleh manusia seperti konkrit yang menyebabkan
berkurangnya aktiviti sejat-transpirasi dari kawasan tersebut dan kelajuan air larian
hujan meningkat yang boleh menyebabkan berlakunya air larian permukaan, banjir
kilat, dan menyebabkan kualiti air berkurang. Menurut Haughton dan Hunter (1994)
lagi, pencemaran air boleh mempengaruhi ekosistem akuatik, kesihatan manusia,
pertanian, industri, pengangkutan, eksploitasi mineral, dan nilai aesthetic sumber air.
Menurut Katiman (1988) menyatakan bahawa di kawasan perindustrian
pengeluaran asap yang beracun dan pembuangan sisa seperti raksa dan plumbum
tanpa kawalan yang rapi boleh mencemarkan kualiti udara dan air di sekitarnya.
2.8 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, bab ini telah menampakkan segala yang berkaitan
dengan pembangunan bandar baru serta kesan yang diwujudkan olehnya. Terdapat
kesan positif dan kesan negatif yang berlaku apabila mewujudkan bandar baru.
Proses pembangunan bandar di Malaysia dilihat telah bermula sejak sebelum
kemerdekaan namun kemuncaknya berlaku selepas kemerdakaan. Maka,
pembangunan bandar baru yang diterapkan melibatkan kawasan sedia ada cuma jenis
aktiviti ditukar ganti daripada sektor primer kepada aktiviti dari sektor kedua dan
ketiga.

More Related Content

What's hot

Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosialparydave
 
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
PIHAK BERKUASA TEMPATANPIHAK BERKUASA TEMPATAN
PIHAK BERKUASA TEMPATANSiti Mastura
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifRashidah Awang
 
Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...
Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...
Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...FaFai S.
 
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifKajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifTunMastura
 
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)Watak Bulat
 
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)wmkfirdaus
 
teori konflik
teori konflikteori konflik
teori konflikSuff Fyee
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajianmunnianwar
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Dina Amira
 
Ekonomi - Kemiskinan
Ekonomi - KemiskinanEkonomi - Kemiskinan
Ekonomi - KemiskinanNur Az
 
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayuElemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayuPANTHERSpeFITNESS
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
Sorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr KamarulSorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr Kamarulwmkfirdaus
 

What's hot (20)

Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
PIHAK BERKUASA TEMPATANPIHAK BERKUASA TEMPATAN
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatif
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...
Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...
Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...
 
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifKajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
 
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
 
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
 
teori konflik
teori konflikteori konflik
teori konflik
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajian
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_
 
Konsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah PenyelidikanKonsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah Penyelidikan
 
Ekonomi - Kemiskinan
Ekonomi - KemiskinanEkonomi - Kemiskinan
Ekonomi - Kemiskinan
 
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayuElemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
 
SEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIANSEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIAN
 
Bab 4 analisis data
Bab 4 analisis dataBab 4 analisis data
Bab 4 analisis data
 
Assgmnt tokoh sastera
Assgmnt tokoh sasteraAssgmnt tokoh sastera
Assgmnt tokoh sastera
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Sorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr KamarulSorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr Kamarul
 

Similar to Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

Tugas urbanisasi
Tugas urbanisasiTugas urbanisasi
Tugas urbanisasiRani-0707
 
Interaksi Keruangan Desa-Kota : Kota
Interaksi Keruangan Desa-Kota : KotaInteraksi Keruangan Desa-Kota : Kota
Interaksi Keruangan Desa-Kota : KotaNashriyah Tsabitah
 
01 asep yudi-permana.edited.
01 asep yudi-permana.edited.01 asep yudi-permana.edited.
01 asep yudi-permana.edited.Indriati Dewi
 
URBAN GEOGRAPHY.pptx
URBAN GEOGRAPHY.pptxURBAN GEOGRAPHY.pptx
URBAN GEOGRAPHY.pptxNosaLin
 
Geografi (pola keruangan kota)
Geografi (pola keruangan kota)Geografi (pola keruangan kota)
Geografi (pola keruangan kota)Asa Ahya
 
Antropologi perkotaan
Antropologi perkotaanAntropologi perkotaan
Antropologi perkotaanRatna Yunita
 
Interaksi desa dan_kota
Interaksi desa dan_kotaInteraksi desa dan_kota
Interaksi desa dan_kotaIvanBayhaqi1
 
Urban Sprawl and Energy Provision (Moview Review and Synthesis to Indonesian ...
Urban Sprawl and Energy Provision (Moview Review and Synthesis to Indonesian ...Urban Sprawl and Energy Provision (Moview Review and Synthesis to Indonesian ...
Urban Sprawl and Energy Provision (Moview Review and Synthesis to Indonesian ...bramantiyo marjuki
 
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...Septian Muna Barakati
 
pegertian kota
pegertian kotapegertian kota
pegertian kotarahayu ayu
 
Bab 2 teori dan kebijakan
Bab 2   teori dan kebijakanBab 2   teori dan kebijakan
Bab 2 teori dan kebijakandandi rustandi
 
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...Operator Warnet Vast Raha
 
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...Warnet Raha
 

Similar to Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar (20)

Urbanisasi sugiono
Urbanisasi sugionoUrbanisasi sugiono
Urbanisasi sugiono
 
Tugas urbanisasi
Tugas urbanisasiTugas urbanisasi
Tugas urbanisasi
 
Interaksi Keruangan Desa-Kota : Kota
Interaksi Keruangan Desa-Kota : KotaInteraksi Keruangan Desa-Kota : Kota
Interaksi Keruangan Desa-Kota : Kota
 
Makalah urbanisasi
Makalah urbanisasiMakalah urbanisasi
Makalah urbanisasi
 
01 asep yudi-permana.edited.
01 asep yudi-permana.edited.01 asep yudi-permana.edited.
01 asep yudi-permana.edited.
 
Geografi : Kota
Geografi : KotaGeografi : Kota
Geografi : Kota
 
URBAN GEOGRAPHY.pptx
URBAN GEOGRAPHY.pptxURBAN GEOGRAPHY.pptx
URBAN GEOGRAPHY.pptx
 
Geografi (pola keruangan kota)
Geografi (pola keruangan kota)Geografi (pola keruangan kota)
Geografi (pola keruangan kota)
 
Antropologi perkotaan
Antropologi perkotaanAntropologi perkotaan
Antropologi perkotaan
 
Interaksi desa dan_kota
Interaksi desa dan_kotaInteraksi desa dan_kota
Interaksi desa dan_kota
 
Urban Sprawl and Energy Provision (Moview Review and Synthesis to Indonesian ...
Urban Sprawl and Energy Provision (Moview Review and Synthesis to Indonesian ...Urban Sprawl and Energy Provision (Moview Review and Synthesis to Indonesian ...
Urban Sprawl and Energy Provision (Moview Review and Synthesis to Indonesian ...
 
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
 
pegertian kota
pegertian kotapegertian kota
pegertian kota
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 
Bab 2 teori dan kebijakan
Bab 2   teori dan kebijakanBab 2   teori dan kebijakan
Bab 2 teori dan kebijakan
 
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
 
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
 
Materi pak darrundono kampung masa depan
Materi pak darrundono   kampung masa depanMateri pak darrundono   kampung masa depan
Materi pak darrundono kampung masa depan
 
Makalah new urbanism
Makalah new urbanismMakalah new urbanism
Makalah new urbanism
 
Urbanisasi
UrbanisasiUrbanisasi
Urbanisasi
 

Recently uploaded

Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfKartiniIndasari
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 

Recently uploaded (20)

Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 

Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

  • 2. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 11 BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Bab sorotan literatur merupakan bahagian yang menghimpunkan segala definisi, proses, kesan, dan ciri-ciri bagi suatu kajian tersebut. Di dalam bab ini akan menerangkan segala yang berkaitan mengenai pembangunan bandar termasuk implikasinya sama ada dari segi positif dan negatif. Selain itu, bahagian ini juga dapat memberi gambaran kepada pembaca termasuklah pengkaji mengenai apa yang sedang dikaji dengan informasi-informasi tersebut yang membantu dalam menambahkan ilmu pengetahuan serta secara langsung memberi manfaat dalam penyebaran ilmu itu sendiri. Di dalam bab ini akan dibahagikan beberapa bahagian pecahan seperti definisi pembangunan, cirri dan proses perbandaran, bandar dan pembangunan mampan, serta kesan pembangunan sama ada terhadap manusia atau alam sekitar. 2.2 Definisi Pembangunan Pelbagai definisi pembangunan yang diutarakan oleh ahli-ahli geografi misalnya. Misalnya menurut Dorner (1972) telah menyatakan bahawa pembangunan ekonomi sering dikaitkan denagn pertumbuhan ekonomi dan walaupun pembangunan merangkumi pelaburan serta pasaran yang membesar, pembangunan juga adalah proses-proses yang kompleks dan prosedur institusi yang berubah, taburan semula kuasa politik dan ekonomi. Menurut Dorner (1972) reformasi tanah sering dilihat sebagai alat dalam pencapaian ekuiti yang lebih besar, walaubagaimanapun populasi yang bertambah sering memerlukan sumber tanah dalam memenuhi permintaan dan dengan pembukaan teknologi yang semakin maju
  • 3. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 12 maka bermakna reformasi tanah mempunyai 2 tujuan yang ideal iaitu pengtaburan semula dan meningkatkan produktiviti. Menurut Dorner (1972) dalam reformasi tanah ini, jika hanya mengutamakan pengtaburan semula ianya tidak akan dapat mencapai tahap yang diinginkan kerana produktiviti sangat penting dalam pembangunan selari dengan insentif baru bagi pertambahan kerja dan pelaburan yang dicipta hasil daripada pembangunan tersebut. Tambah Dorner (1972), apabila sesuatu tempat tersebut menjadi tumpuan, ramai yag bermigrasi ke kawasan tersebut mengakibatkan kurangnya produktiviti dalam kerja dan kebanyakan yang bermigrasi adalah mereka yang berasal dari kawasan luar bandar di mana pertumbuhan penduduk luar bandar tinggi. Revolusi hijau telah mengubah di mana terdapat kaedah baru dalam menghasilkan produk yang lebih banyak dalam memenuhi keperluan, telah mewujudkan peluang pekerjaan sama ada dalam sektor pertanian, pemasaran, dan prosesan dalam menghasilkan output yang lebih tinggi, Dorner (1972). Menurut The World Bank (1992) pembangunan adalah mengenai memperbaiki kesejahteraan manusia. Meningkatkan taraf hidup dan menambah baik tahap pendidikan, kesihatan, dan kesamaan peluang adalah komponen penting bagi pembangunan ekonomi. Menurut The World Bank (1992) sebuah bandar dianggap sebagai tempat tumpuan bangunan dan jalan, iaitu tempat orang tinggal dan bekerja, serta melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan budaya mereka. Bandar juga memerlukan jumlah penduduk yang sekurang-kurangnya sebanyak sepuluh ribu orang menurut Cappon (1990) yang dipetik oleh Haughton dan Hunter (1994). Menurut Beall dan Fox (2009) telah memetik definisi bandar daripada pakar urban pada abad ke-20 iaitu : “The essential physical means of a city’s existance are the fixed site, the durable shelter, the permanent facilities for assembly, interchange, and storage; the essential social menas are the social division of labour, which serve not merely the economic life but the cultural processes. The city in its complete sense, then, is a
  • 4. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 13 geographical plexus, an economic organisation, an institutional process, a theatre of social action, and an aesthetic symbol of collective unity.” (Mumford 1937) Menurut Beall dan Fox (2009), sebuah bandar merupakan satu kawasan yang besar, padat, dan merupakan kawasan kediaman yang tetap. Tambah Beall dan Fox (2009) bandar juga merujuk kepada pekan, aglomerasi urban atau penempatan urban. Urbanisma pula adalah cara hidup yang unik dalam kehidupan sebuah bandar dan secara umum, urbanisma merujuk kepada sosial yang unik, budaya, ekonomi, serta dinamik politik yang berkembang di kawasan penempatan manusia yang padat, namun urbanisma tidak semestinya hanya berlaku di bandar sahaja tetapi turut berlaku di kawasan luar bandar dan kawasan yang hampir menjadi bandar, Beall dan Fox (2009). 2.3 Ciri Dan Proses Pembandaran Menurut Fischer (1976), bandar moden mempunyai tiga ciri utama yang membezakannya daripada bandar praindustri, tiga cara tersebut adalah seperti : i. Tempat tinggal dan tempat kerja berada di lokasi yang berbeza. Pemilihan tempat kerja tidak semestinya hampir dengan tempat kerana tempat tinggal kemungkinan juga boleh jauh beberapa batu. ii. Perbezaan kelas sosial semakin ketara. Perbezaan ketara apabila di bandar terdapat kawasan perumahan yang berkos tinggi dan berkos rendah yang telah mewujudkan perbezaan ketara antara komuniti berpendapatan rendah atau tinggi. iii. Hubungan di antara jarak pusat bandar dan kelas sosial menjadi songsang. Apabila seseorang itu daripada kelas sosial yang tinggi dan berpendapatan tinggi, jarak tempat tinggal semakin jauh dari pusat bandar ini kerana mereka lebih suka memilih kawasan yang sunyi (pinggir bandar) dan kos bagi kawasan tersebut lebih tinggi.
  • 5. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 14 Menurut Zimmer dan Kasarda (1975) yang dipetik oleh Fischer (1976) telah menyatakan bahawa tempat kerja dan tempat membeli-belah kurang ditumpukan di pusat bandar tetapi disebar ke serata kawasan yang berbeza. Menurut Fischer (1976) keadaan ini akan memberi kesan kepada kurangnya jumlah penduduk yang menuju ke satu lokasi yang sama pada masa yang sama yang mengakibatkan kurangnya kesesakan dan kepadatan. Menurut Toynbee (1970), bandar merupakan satu penempatan di mana penduduknya tidak menghasilkan tetapi menggunakan sumber yang disediakan di dalam bandar itu sendiri dan kenyataan ini berkait rapat dengan fungsi bandar yang pelbagai dalam memenuhi kehendak penduduk. Disebabkan itu, terdapat banyak bangunan membeli-belah dan jabatan-jabatan dibina bagi memenuhi keperluan penduduk itu sendiri. Malah, disebabkan kepelbagaian fungsi itu sendiri, telah menarik masuk penduduk luar bandar memasuki kawasan bandar, Toynbee (1970). Selain itu, perindustrian yang berlaku membawa perubahan kepada fizikal habitat manusia di mana daripada kawasan yang mempunyai tumbuhan semula jadi kepada kawasan yang mempunyai kilang yang menjalankan perindustrian, menurut Mohd Hairy, Jamaluddin, Abdul Samad, dan Khairi (2011). Menurut Haughton dan Hunter (1994), pembangunan urban bersifat dinamik dan mereka menyatakan sebuah bandar bersifat dinamik ekonomi kerana dapat menyediakan pelbagai perhubungan dan aktiviti yang menyebabkan bandar tersebut merupakan satu kawasan hub informasi dan pusat kreatif maka disebabkan itu semua proses mudah berlaku di pusat bandar seperti proses penghasilan, kajian, dan penggunaan yang menyebabkan kebanyakan firma terletak di kawasan pusat bandar. Tambah Haughton dan Hunter (1994), selain itu bandar juga merupakan kawasan yang dinamik dari segi sosial malah bandar mempunyai pelbagai kemudahan sosial seperti pusat penjagan, hospital, agensi servis sosial, dan lain-lain yang semakin banyak memainkan peranan kerana apabila populasi penduduk semakin meningkat semakin ramai golongan yang menganggur, tidak berumah, dan berada di tahap kemiskinan yang perlu diberi
  • 6. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 15 penjagaan serta bantuan. Selain itu, bandar juga membekalkan peluang pekerjaan dan pilihan lain seperti peluang pendidikan dan lain-lain, Haugton dan Hunter (1994). Menurut Haughton dan Hunter (1994) lagi, bandar bersifat dinamik dari segi budaya. Sejarah sesebuah bandar membolehkan semakin banyak aktiviti yang unik dan berkaitan dengan budaya iaitu industri perlancongan. Menurut Haughton dan Hunter (1994) bandar juga dinamik dari segi politik, berbeza dengan kawasan yang lain pentadbiran bandar perlu memberi maklum balas secara telus kepada penduduk bandar bagi mendapatkan posisi kerana bandar merupakan kawasan di mana seseorang individu mempunyai semangat sivik yang kuat dan setiap individu boleh meluahkan pendapat secara bebas. Menurut Beall dan Fox (2009) gabungan perubahan demografi dan Revolusi Perindustrian menyebabkan perubahan urban yang sehingga hari ini masih terjadi dan apa yang dimaksudkan perubahan demografi adalah pada peringkat awal berlakunya urbanisasi, kadar kematian mula menurun dan apabila mencapai kadar urbanisasi yang tinggi kadar kesuburan pula yang akan menurun. Menurut Beall dan Fox (2009) Revolusi Perindustrian pula pada peringkat permulaan telah menampakkan perkembangan dalam aktiviti penghasilkan produk pertanian dan berlaku perkembangan awal dalam inovasi industri, apabila mencapai kadar urbanisasi yang tinggi akan berlaku pengkhususan ekonomi dan pertambahan inovasi baru.
  • 7. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 16 Rajah 2.1 : Interaksi antara demografi, ekonomi, dan perubahan bandar Sumber : Beall dan Fox, 2009 Menurut daripada Beall dan Fox (2009) lagi, permintaan yang tinggi dari bandar telah membentuk persekitaran, pada permulaan bandar merupakan pusat pasaran bagi membekalkan keperluan kepada kawasan sekeliling bandar namun proses urban telah berubah di mana kawasan luar bandar yang kini membekalkan permintaan kepada penduduk bandar. Menurut Bairoch (1988) yang dipetik oleh Beall dan Fox (2009) menyatakan bandar-bandar sememangnya bergantung pada penghasilan makanan dari kawasan luar bandar, tetapi bandar bukanlah parasit sepenuhnya kerana suatu ketika dahulu bandar merupakan catalyst yang telah meningkatkan bidang pertanian di kawasan luar bandar dengan membekalkan peralatan ladang pertanian dan baja-baja. Juga peranan bandar sebagai pusat servis di mana membekalkan servis yang menyokong perusahaan dan keperluan luar bandar seperti bank, perubatan, pembaikan, dan servis informasi maklumat. Menurut Katiman (1988), menerangkan secara ringkas faktor-faktor yang menggalakkan proses pembandaran seperti kegiatan pengeluaran sumber alam tempatan, misalnya penemuan bahan mentah seperti galian dan hasil tanaman untuk dagangan telah mendorong usaha-usaha pengeluaran dijalankan secara besar- besaran. Menurut Katiman (1988) juga keperluan suatu pusat untuk mengumpul, Penurunan awal dalam kadar kematian Produktiviti pertanian bertambah baik dan permulaan Revolusi Perindustrian Kadar kesuburan menurun Pengkhususan ekonomi dan peningkatan fasa inovasi Urbanisasi Perubahan demografi Revolusi Perindustrian
  • 8. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 17 menyimpan dan mengurus serta kewujudan pusat kediaman pekerja telah menyebabkan munculnya bandar-bandar berhampiran kawasan perdagangan. Selain itu, perpindahan penduduk dari desa ke bandar berlaku serentak di kebanyakan negara Asia Tenggara. Antara sebab yang penting menyebabkan perpindahan penduduk adalah kerana keadaan kemiskinan yang ketara di kawasan luar bandar, Katiman (1988). Di Malaysia perpindahan ke bandar dalam kalangan kaum bumiputera menyumbang peratus yang tinggi dalam pertambahan penduduk bandar. Selain daripada itu, bandar adalah pusat fungsi dan pembangunan ekonomi, Katiman (1988). Di Malaysia bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Pulang Pinang menjadi pusat kegiatan perindustrian perkilangan, Katiman (1988). Kawasan- kawasan perindustrian yang khusus dibina di suburbnya yang terletak tidak jauh dari pusat bandar induk misalnya Petaling Jaya berhampiran dengan Kuala Lumpur, Katiman (1988). Tambah Katiman (1988) pembandaran kawasan mundur juga menyumbang ke arah pembentukan bandar baru dan usaha-usaha yang dijalankan adalah melalui penubuhan bandar-bandar kecil yang sedia ada di kawasan-kawasan yang mundur dan membuka pusat-pusat perindustrian baru di bandar-bandar kecil terutamanya di kawasan yang mempunyai penduduk luar bandar yang padat. Tambah Katiman (1988) lagi, pembandaran juga boleh berlaku melalui proses-proses atau faktor-faktor lain. Peluasan kawasan sempadan sesuatu bandar boleh meninggikan peratus penduduk yang mendiami kawasan bandar berkenaan. Tiap-tiap bandar cenderung untuk meluaskan sempadannya, Katiman (1988), dan misalnya Kuala Lumpur yang telah bertambah keluasannya daripada 93 kilometer persegi kepada 243 kilometer persegi dalam tahun 1974 melalui pembentukan Wilayah Persekutuan maka penduduk yang sebelumnya terletak di luar dari sempadan bandaraya telah diambil kira dalam bancian penduduk Kuala Lumpur yang baru.
  • 9. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 18 Menurut Usman (1989), menyatakan keadaan yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk dan urbanisasi di negara membangun adalah sama dengan keadaan yang telah mempengaruhi pertumbuhan penduduk dan urbanisasi di negara maju pada masa dahulu. Ini bermakna negara membangun juga akan menghadapi masalah sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan pada masa akan datang hasil daripada pertumbuhan penduduk dan urbanisasi yang pesat ini. Tambah Usman (1989), pertumbuhan penduduk bandar yang tinggi ini disebabkan pembangunan dalam bidang sosioekonomi yang dilaksanakan di kawasan bandar yang menarik ramai penduduk luar bandar dan perpindahan penduduk dari luar bandar ke kawasan bandar akan berterusan selagi pembangunan sosioekonomi antara bandar dan luar tidak seimbang. Menurut Bradford dan Kent (1981), berdasarkan Model Christaller mengenai petempatan pusat telah menyatakan teorinya bahawa petempatan pusat menggambarkan satu pusat tersebut mempunyai dataran seragam yang tidak mempunyai batasan kerana terdapatnya pengangkutan yang mudah ke semua arah. Menurut Bradfort dan Kent (1981) kos pengangkutan adalah berpadanan dengan jarak dan cuma terdapat satu jenis pengangkutan sahaja, taburan penduduk juga adalah sama rata malah petempatan pusat juga menyediakan barangan perkhidmatan dan fungsi pentadbiran kepada kawasan pedalamannya. Selain itu, menurut Bradford dan Kent (1981) pengguna akan datang ke tempat pusat yang berdekatan yang menyediakan fungsi yang mereka perlukan dan ini dapat mengurangkan jarak perjalanan mereka. Mereka yang membekalkan fungsi tersebut bertindak sebagai manusia ekonomi, iaitu mereka yang berusaha memaksimumkan keuntungan dengan memilih tempat sejauh mungkin dari pembekal lain agar boleh memaksimumkan kawasan pasaran mereka disebabkan pengguna akan memilih tempat yang menyediakan fungsi diperlukan tempat yang terdekat bagi memendekkan jarak perjalanan mereka, Bradfort dan Kent (1981). Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul Hadi (2004), bagi sesebuah bandar, pertumbuhan ekonominya tumbuh dalam persekitaran yang berubah, sumber yang diperlukan sudah tidak terdapat lagi atau sudah boleh diperolehi lagi di
  • 10. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 19 kawasan bandar maka kesejahteraan penduduknya dibina dari sumber yang datang dari luar kawasan bandar tersebut maka rangkaian sumber bagi mendapatkan sumber tersebut boleh datang dari pelbagai kawasan atau dari merata dunia, maka disebabkan ciri tersebut sebuah bandar menjadi kawasan longgokan kekayaan material. Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul Hadi (2004) lagi, disebabkan perkara tersebut, kawasan bandar menjadi tumpuan dan orang akan terus menumpu ke kawasan bandar kerana keistimewaan tersebut dan tambah Abdul Samad dan abdul Hadi lagi, sebuah bandar merupakan sebuah tempat longgokan bagi institusi kesihatan, pendidikan, perniagaan, dan rangkaian pelbagai lapis bandar itu dengan kawasan sokongan yang tersebar ke seluruh dunia. 2.4 Pembangunan Bandar Baru Menurut Abdul Rahman (2011), menyatakan proses pembandaran yang berlaku di Sememnanjung Malaysia yang pesat sejak kemerdekaan lima dekad yang lebih lalu telah mengubah masyarakat Malaysia yang bersifat luar bandar kepada masyarakat yang bandaran. Menurut beliau lagi, peningkatan penduduk bandar yang berlaku secara mendadak semenjak banci 1991 adalah kerana beberapa faktor pertumbuhan semula jadi, penghijarahan masuk, dan pendefinisian semula kawasan bandar. Tambah Abdul Rahman (2011), transformasi besar masyarakat Malaysia berkait erat dengan perkembangan ekonomi dalam 50 tahun lebih ini. Perkembangan ini dapat dilihat apabila kita membandingkan perubahan dalam sumbangan sektor primer, kedua, dan ketiga kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang telah menunjukkan peningkatan sektor kedua dan ketiga serta penurunan dalam sektor primer seperti contoh adalah sektor pertanian. Menurut Katiman dan rakan-rakan (2011), pembangunan dan pembandaran di sesebuah kawasan boleh menyebabkan perubahan terhadap perilaku isi rumah dalam aktiviti melancong dan makan di luar rumah. Menurut Katiman dan rakan-rakan (2011) proses pembandaran lazimnya menyebabkan isi rumah terdedah kepada
  • 11. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 20 budaya melancong dan makan di luar rumah dan ini sememangnya selaras dengan peningkatan pendapatan serta perubahan cita rasa penduduk. Berdasarkan kajian mereka mengenai impak pembangunan Bandar Baru Nusajaya telah menampakkan kesan sosioekonomi pada peringkat awal sahaja dan antara kesan awal yang dikesan adalah kesan positif iaitu perubahan dalam pekerjaan, peningkatan pendapatan bulanan, perbelanjaan, dan darjah ketersampaian kepada kemudahan perkhidmatan asas yang semakin tinggi, Katiman dan rakan-rakan (2011). Menurut Selvi dan Katiman (2012) dalam kajian mereka mengenai impak sosial pembangunan Bandar Baru Putrajaya kepada penduduk asal menyatakan penduduk kawasan tersebut terasa teraniaya kerana tidak berasa selesa setelah dipindahkan ke kawasan baru dan menurut Selvi dan Katiman (2012) lagi, bandar baru ini lazimnya dibina untuk menyelerakkan pembangunan ke kawasan pinggir atau mundur supaya pembangunan tidak hanya tertumpu pada satu kawasan sahaja. 2.5 Pembangunan Mapan Menurut The World Bank (1992) pembangunan mapan adalah pembangunan yang berpanjangan, menurut Our Common Future (1987) yang dipetik The World Bank (1992) pembangunan mapan adalah mengenai pemggunaan keperluan sumber tanpa menterhadkan keperluan sumber generasi akan datang, telah diguna pakai dalam laporan ini. Generasi akan akan datang tidak hanya mewarisi pencemaran yang kita lakukan mereka juga akan menerima perkara positif seperti pendidikan, kemahiran, dan pengetahuan, The Worl Bank (1992). Menurut Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002), sustainable development atau pembangunan mapan adalah satu konsep pembangunan yang menekankan kesepaduan antara alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi. Konsep mapan bermaksud pengekalan sumber alam sekitar semula jadi yang dapat memenuhi
  • 12. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 21 keperluan generasi masa kini dan pada masa yang sama tanpa menjejaskan keperluan generasi yang akan datang, Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002). Menurut Jacobs (1989) yang dipetik oleh Haughton dan Hunter (1994) terdapat tiga idea mengenai faedah sumber alam sekitar semula jadi iaitu yang pertama terdapat sumber alam sekitar semula jadi bagi tujuan penghasilan produk dan penggunaan, iaitu selalunya dilihat penggunaan bahan-bahan mentah dan tenaga. Tambah Jacobs (1989) yang kedua adalah disebabkan alam sekitar semula jadi bertindak sebagai ‘sink’ kepada bahan buangan masyarakat maka konsep pembangunan mampan itu masyarakat cuba untuk tidak gunapakai secara berlebihan dan ketiga persekitaran semula jadi membekalkan ‘servis percuma’ yang tidak patut dirosakkan seperti lapisan ozon. Menurut Haughton dan Hunter (1994) lagi, walaupun terdapat banyak tumpuan yang diarahkan kepada peringkat global, namun pada peringkat tempatan juga perlu diambil kira. Sebagai contoh, tahap kapasiti sungai yang boleh menerima sisa buangan adalah terhad dan jika ianya berlebihan boleh menyebabkan berkurangnya kadar hidupan akuatik, Haughton dan Hunter (1994). Menurut Beall dan Fox (2009), pembangunan mapan adalah : “The expansion of real freedoms through means that do not threaten the possibility of future generations to enjoy and continue expanding real freedoms. In particular, sustainable development refers to interventions that expand real freedoms while taking account of long-term environmental consequence. Sustainability can be assessed both at local and global levels”. (Beall dan Fox 2009) Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul Hadi (2004) bandar lestari boleh ditanggap sebagai masih lagi berada dalam satu proses pembentukan beserta persekitaran binaan dengan keadaan ekonomi, sosial, politik dan persekitaran masyarakatnya berada dalam kesejahteraan. Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan
  • 13. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 22 Abdul Hadi (2004) oleh kerana bandar lestari itu merujuk kepada satu proses dan bukan satu bentuk entiti akhir dewasa ini maka kita dapat gambarkan bahawa setiap aspek kehidupan masyarakat tadi tidak semestinya berjalan tanpa masalah. Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul Hadi (2004) lagi, pembangunan lestari mendasari hampir semua usaha pembangunan sosial dan ekonomi sejak 1980-an lagi terutamanya selepas persidangan alam sekitar sedunia di Rio de Janerio, Brazil pada tahun 1992. Sidang yang telah berlaku tersebut telah mengambil kira tentang pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan alam sekitar supaya generasi masa kini dapat terus merasai nikmat daripada pembangunan yang dijalankan tetapi pembangunan yang dijalankan perlu dilakukan dengan penuh bertanggungjawab supaya generasi mendatang juga tetap dapat merasai nikmat pembangunan yang dilakukan pada masa kini, Abdul Samad dan Abdul Hadi (2004). Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul Hadi (2004) lagi, longgokan kekayaan dan segala kemudahan itu tidak semestinya menjamin kelestarian bandar. Keadaan ini timbul disebabkan kemasukan orang ramai untuk menetap di kawasan bandar tidak dapat ditapis oleh pengurus kawasan perbandaran dan pembangunan bandar lestari itu juga boleh merujuk kepada pembangunan kesejahteraan sosial penduduk secara berterusan, Abdul Samad dan Hadi (2004). Menurut Azahan dan rakan-rakan (2006), kemapanan pembangunan tidak hanya diukur dari abstrak penjimatan tenaga atau pengekalan biojisim, ia dinilai berasaskan perubahan kehidupan seharian penduduk sendiri dan harapannya ialah pendekatan mapan akan mempertingkat ‘kualiti’ kehidupan tersebut atau lebih mewakili kehendak masyarakat itu sendiri. Selain itu, menurut Azahan dan rakan- rakan (2006) lagi, analisis kualiti hidup membolehkan penilaian kemapanan pembangunan bandar bukan hanya diperolehi melalui penyediaan pelbagai prasarana kemudahan masyarakat semata-mata, lebih penting lagi mengetahui keperluan individu dalam masyarakat di bandar agar mereka memperoleh apa yang diingini.
  • 14. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 23 2.6 Pembangunan Dan Alam Sekitar Menurut Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002), perkataan ‘alam sekitar’ membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan dan berdasarkan kepada terjemahan literal, ‘alam sekitar’ merujuk kepada apa sahaja yang melingkungi dan mengelilingi manusia namun secara lebih khusus perkataan ‘alam sekitar’ merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi sesuatu organisma. Tambah Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002) fenomena fizikal ini termasuklah fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. Dalam pengajian Geografi Fizikal yang berdasarkan pendekatan sistem atau system approach, alam sekitar didefinisikan sebagai suatu sistem bumi secara keseluruhan atau sfera, yang mempunyai komponen-komponen atau sub-system, seperti biosfera, atmosfera, hidrosfera, dan lain-lain. Menurut Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002) lagi setiap komponen di dalam sistem bumi keseluruhan mengandungi komponen-komponen yang lebih kecil sehingga kepada komponen yang paling asas, contohnya sebuah lembangan sungai. Tambah mereka lagi komponen-komponen alam sekitar di setiap peringkat adalah saling berinteraksi dan mempengaruhi antara satu sama lain dan sesuatu perubahan yang berlaku di dalam komponen-komponen sub-sistem boleh menyebabkan gangguan ke atas keseimbangan sistem bumi keseluruhan. Menurut Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002) pembangunan sumber-sumber semulajadi oleh manusia sama ada membawa kemusnahan ataupun keseimbangan kepada alam sekitar dan ini ditentukan oeh tindakan manusia sendiri. Jika mereka tidak memikirkan keperluan generasi masa akan datang dan mementingkan kesenangan sendiri kemungkinan mereka memilih untuk membawa kemusnahan dan sekiranya manusia mula berhati- hati dan menguruskannya dengan baik kemungkinan generasi akan datang juga dapat merasai apa yang kita nikamti sekarang, Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002).
  • 15. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 24 Menurut Baldwin (1986) yang dipetik Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002) alam sekitar dapat didefinisikan sebagai lingkungan dan keseluruhan keadaan luaran yang memberi pengaruh serta berinteraksi dengan organisma dalam apa jua peringkat kedudukannya. Menurut Gilphin (1976) dan Wolman (1973) yang dipetik oleh Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002), alam sekitar manusia bermaksud semua unsur hidupan dan bukan hidupan secara faktor sosial yang melingkungi manusia dan alam sekitar adalah fenomena luaran termasuklah faktor fizikal dan sosial yang mempunyai potensi bagi mempengaruhi sesuatu kehidupan. Menurut Keyes (1976), walaupun laporannya adalah mengenai penglibatan manusia dalam pembangunan tanah namun kita tidak patut terlepas pandang dengan fakta bahawa kawasan semula jadi sangat rapat hubungannya dengan kualiti udara, kualiti air, banjir dan bunyi. Taburan vegetasi yang semakin berkurang boleh mengakibatkan perubahan kepada suhu, kelembapan dan corak angin. Vegetasi juga dapat membantu dalam menapis udara dari pencemaran dan sangat berguna juga dalam menentukan kualiti dan kuantiti air larian permukaan. Serba maklum bahawa, apabila vegetasi berkurang air larian permukaan akan meningkat dan juga boleh menyebabkan banjir lumpur dan keadaan ini sering berlaku di kawasan cerun yang sangat kurang peratus vegetasinya, Keyes (1976). Malahan, terdapat beberapa jenis tumbuh-tumbuhan mempunyai fungsi sebagai penghadang bunyi dan kenyatan ini menunjukkan bahawa fungsi vegetasi sangat penting dalam menjamin kualiti alam sekitar fizikal kita, Keyes (1976). Selain daripada itu, tambah keyes (1976) turut menyatakan bahawa semua organisma hidup adalah wujud bersama alam sekitar mereka sama ada yang hidup atau tidak hidup iaitu dalam keadaan dynamic equilibrium di mana semua saling bergantung antara satu sama lain. Menurut Keyes (1976) setiap organisma itu sendiri mempunyai fungsinya tersendiri sebagai contoh, tumbuhan hijau yang memainkan peranan dalam membekalkan sumber makanan (producer); pemakan tumbuh- tumbuhan (herbivor); pemakan daging peringkat pertama dan kedua (karnivor); pemakan daging dan tumbuh-tumbuhan (omnivor); parasit dan haiwan mati
  • 16. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 25 (pebangkai); bacteria, fungi, lain-lain (pereput); dan mikroorganisma yang menukar nutrisi menjadi campuran yang berguna (pengubah). Setiap hidupan mempunyai fungsinya sendiri dalam mengekalkan kestabilan alam sekitar. Namun perubahan kian berlaku apabila pembangunan giat dijalankan dan menyebabkan gangguan berlaku terhadap sistem yang terjalin, Keyes (1976). Menurut The World Bank (1992), pendidikan, kesihatan, nutrisi, dan jangka hayat boleh ditingkatkan melalui pertumbuhan ekonomi namun alam sekitar kadangkala dirosakkan oleh pertumbuhan tersebut. Tambahan lagi, mereka yang menderita akibat kerosakan tersebut adalah golongan yang berbeza dari mereka yang menikmati pertumbuhan ekonomi tersebut. Mereka mungkin adalah golongan orang miskin pada masa kini ataupun golongan masa hadapan yang mewarisi alam sekitar yang telah rosak, The World Bank (1992). Menurut laporan The World Bank (1992) lagi, mengapa aktiviti ekonomi menyumbang kepada degredasi alam sekitar secara berlebihan? Satu sebab adalah kerana banyak sumber semulajadi dikongsi dan penggunaan sumber tersebut tidak perlu dibayar atau tidak dibayar oleh mereka yang menggunakannya. Sesetengah sumber semulajadi dikongsi kerana tiada mekanisma yang dapat menentukan hak harta sumber tersebut, sebagai contoh atmosfera sangat mustahil untuk ada mekanisma dalam menerbitkan hak-hak dalam perkongsian atmosfera, The World bank (1992). Menurut The World Bank (1992) , dalam kes golongan miskin atau kurang berkemampuan, dengan aset yang sedikit mereka tiada pilihan selain mengdegredasi alam sekitar dengan lebih bagi mendapatkan sumber. Selain itu, menurut laporan ini lagi, sumber air dan udara merupakan sumber yang boleh diperbaharui namun mempunyai kapasiti yang terhad dalam membiasakan kepada pelepasan bahan buangan. Jika populasi melebihi kapasiti ini akan menyebabkan ekosistem bertambah buruk dan kehilangan spesis flora dan fauna. Pembekalan air yang terhad menjadi contoh pengurangan sumber kian berlaku, The World Bank (1992). Sebagai contoh, lewat 1990-an di China lima puluh bandar menghadapi pengurangan sumber air kerana air bawah tanah berkurang sedalam satu hingga dua meter setahun. Bandar
  • 17. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 26 Mexico mengepam air bawah tanah empat puluh peratus lebih tinggi kadarnya dalam penghasilan semula jadi air tersebut, The World Bank (1992). Menurut The World Bank (1992), polisi ekonomi, alam sekitar dan pelaburan alam sekitar mempunyai peranan dalam memastikan tingkah laku individu memainkan peranan pada sumber semulajadi. Polisi ekonomi mempengaruhi skala, komposisi, dan keberkesanan pengjasilan produk sama ada hasilnya positif atau negatif. Rujuk rajah berikut : Rajah 2.2 : Aktiviti ekonomi dan alam sekitar Sumber : Staf World Bank, 1992 Bandar boleh menjadi indicator bagi mengukur tahap-tahap amaran awal yang lebih mendalam mengenai krisis alam sekitar kerana penduduk bandar merupakan pengguna tenaga terbanyak yang menyumbang kepada pemanasan global misalnya, Haughton dan Hunter (1994). Menurut Douglas (1989) yang dipetik oleh Houghton dan Hunter menyatakan bahawa urbanisasi membawa bersamanya banyak perubahan kepada alam sekitar termasuklah pencemaran, transformasi lokasi, seperti lencongan saliran sungai, dan perubahan kepada fungsi ekosistem tempatan, mengubah aliran semulajadi tenaga, air, makanan, dan bahan-bahan. Tambah
  • 18. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 27 Houghton dan Hunter (1994) lagi, bandar juga berpotensi menjadi lebih mesra alam dari apa yang disedari. Misalnya, menurut Banister (1992) yang dipetik oleh mereka menyatakan perjalanan di dalam bandar adalah lebih kurang dalam penggunaan tenaga dari pekan-pekan kecil dan kawasan luar bandar kerana perjalanan di dalam bandar adalah lebih singkat, maka penduduk boleh berjalan kaki atau berbasikal. Tambahan lagi, di bandar-bandar besar pengangkutan awamnya biasanya adalah lebih baik dan penggunaannya sangat luas. Rekaan yang cermat dan pengurusan yang baik dalam sesebuah bandar boleh mengurangkan jarak perjalanan maka dengan itu penggunaan tenaga yang sedikit menjadikan kawasan tersebut mesra alam. Menurut Beall dan Fox (2009) telah menyatakan : “it is important to recognise that the relationship between cities and the global environment works in two directions. Cities are vulnerable due to a failure to address climate change at the national and international levels. This is not to imply that rural areas should not receive attention. Indeed their vulnerability should be seen and responded to alongside urban vulnerability”. (Beall dan Fox 2009) Menurut Katiman (1988), kegiatan menukar kawasan tanah pertanian untuk dijadikan kawasan perumahan, bangunan, jalan raya dan industri dalam proses pembandaran juga turut mengancam keseimbangan ekologi di kawasan bandar. Bertambahnya kawasan berturap akan mempercepatkan kadar larian air permukaan kerana air tidak meresap ke dalam tanah sebaliknya terpaksa disalurkan terus ke longkang dan seterusnya ke kawasan rendah dan akibatnya isipadu air akan melebihi kapasiti dan dengan hujan yang lebat dan air yang deras serta kapasiti yang kurang akan menyebabkan wujudnya banjir kilat, Katiman (1988). Hal ini bertambah parah apabila jalan yang diturap akan berlaku hakisan dan air larian akan membawa sisa tersebut ke sungai dan menjadi mendapan atau mendakan lumpur di kawasan bertanah rendah. Keadaan ini turut akan mewujudkan pencemaran persekitaran fizikal di bandar, Katiman (1988).
  • 19. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 28 2.7 Kesan Pembangunan Terdapat kesan pembangunan terhadap sosial dan kesan terhadap alam sekitar iaitu sosial yang merangkumi sosioekonomi masyarakat dan aktiviti harian mereka manakala bagi alam sekitar melihat kepada kesan-kesan pencemaran terhadap tanah, udara, air, dan bunyi. 2.7.1 Kesan Terhadap Sosial Menurut Fischer (1976) terdapat perubahan pada ciri fizikal alam sekitar di kawasan pembangunan bandar. Berlakunya peningkatan suhu akibat peningkatan jumlah bangunan yang merupakan punca kewujudan pulau haba, peningkatan bunyi di kawasan bandar dan punca utamanya adalah pengangkutan, pencemaran udara yang mengakibatkan masalah kesihatan meningkat seterusnya memnyebabkan kos perubatan meningkat, dan perumahan yang semakin padat, Fischer (1976). Perubahan ini sangat berkait rapat apabila pembangunan dijalankan, satu perubahan berlaku dan mengakibatkan kesan negatif wujud di samping terdapat kesan positif seperti meningkatkan paras pendapatan serta memperbaiki ekonomi penduduk, Fischer (1976). Menurut Katiman (1988), pembandaran yang menumpu dan tidak terkawal boleh menimbulkan masalah-masalah lain misalnya pembangunan sosial dan ekonomi hanya wujud di bandar-bandar besar sedangkan kawasan-kawasan yang lain terus ketinggalan. Penduduk akan terus bertumpu ke bandar-bandar besar dan peruntukan pembangunan sosial terpaksa disalurkan kebandar berkenaan, Katiman (1988). Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul Hadi (2004), terdapat beberapa unsur yang diterapkan dalam kesejahteraan ekonomi antaranya kelangsungan budaya sesebuah komuniti di samping memastikan peningkatan kualiti kehidupan masyarakatnya dan komuniti yang sejahtera merupakan komuniti yang
  • 20. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 29 dapat meneruskan kehidupan merentas generasi di mana generasi pertama mereka selesa, selamat, dan sesuai meneruskan kehidupan serta memupuk kehidupan generasi seterusnya. Tambah mereka lagi, keperluan untuk komuniti sejahtera termasuk pengukuhan identiti setempat ini membantu dalam pembentukan komitmen dan komitmen ini wajib bagi memastikan pembangunan setempat yang membawa kepada kesejahteraan komuniti setempat, Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul hadi (2004). Menurut Azahan dan rakan-rakan (2008), kualiti hidup bukan hanya melibatkan kebendaan tetapi juga meliputi kesemua perkara yang dapat mempenagruhi tahap kepuasan manusia mengikut tempat atau ruang dan masa. Tambah Azahan dan rakan-rakan (2008) lagi, definisi operasi kualiti hidup dalam kajian yang dilakukan ini merujuk kepada statusnya dalam konteks penduduk bandar dan fungsinya dalam menilai kemapanan pembangunan bandar yang berlaku. 2.7.2 Kesan Terhadap Alam Sekitar Dan Manusia Kesan terhadap alam sekitar dan manusia melihat kesan terhadap sumber semula jadi seperti tanah, udara, dan air serta kesan terhadap persekitaran yang menganggu gugat tahap keselesaan penduduk. 2.7.2.1 Pencemaran Bunyi Menurut Keyes (1976) lagi bahawa pembangunan tanah boleh menjadi sumber kepada bunyi bising terhadap penduduk dan kawasan sekitar. Terdapat dua kategori bunyi bising tersebut wujud sama ada secara telus seperti contoh dari manusia atau mesin dan secara tidak telus seperti kesesakan lalu lintas. Pencemaran bunyi yang berlaku akan mempengaruhi penduduk yang tinggal sekitar kawasan
  • 21. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 30 tersebut dan mereka yang bekerja di kawasan tersebut, Keyes (1976). Petempatan, kawasan komersial, dan kawasan pembangunan industri akan menyebabkan peningkatan trafik sekurang-kurangnya di sekitar jalan yang berdekatan. Impak yang berlaku akan ditentukan oleh jenis dan bilangan kenderaan yang bertambah dan keadaan ini menunjukkan jika kawasan tersebut menjadi sebuah kawasan yang semakin menjadi tumpuan penduduk maka bunyi yang dihasilkan akan meningkat, Keyes (1976). 2.7.2.2 Pencemaran Tanah Menurut Keyes (1976) tanah runtuh merupakan kesan apabila terdapat daya dikenakan ke atas bahan di permukaan bumi di kawasan yang bercerun curam dan faktornya boleh dipengaruhi oleh ciri-ciri tanah atau kelemahan batu batan di kawasan tersebut. Menurut Goudie (2000), hakisan tanah merupakan aspek yang serius daripada peranan manusia dalam perubahan alam sekitar tidak boleh disangkal. Hakisan tanah mempunyai implikasi yang serius terhadap produktiviti tanah. Pengurangan tanah akibat hakisan boleh menyebabkan mengurangkan kapasiti menyimpan air dan mengurangkan ruang untuk tumbesaran akar pokok. Menurut beliau lagi : “Hardpans and duricrusts may become exposed at the surface and provide a barrier to root penetration. Furthermore, splash erosion may cause soil compaction and crusting, both of which may be unfavourable to germination and seedling establishment. Erosion also removes nutrients preferentially from the soil. Some damage may be caused by associated excessive sedimentation, while wind erosion may lead to the direct sandblasting of crops”. (Goudie 2000)
  • 22. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 31 2.7.2.3 Pencemaran Udara Menurut Sunu (2001), pencemaran udara dapat dibahagi mengikut tempat, bentuk, gangguan, kesannya terhadap tahap kesihatan, komposisi kimia, dan asal usul pencemaran udara itu berlaku. Berdasarkan bentuk, pencemaran udara terdiri daripada gas iaitu wap yang terjadi daripada pengeluwapan sama ada dari sejatan atau zat padat, contoh gas-gas tersebut adalah seperti karbon dioksida dan karbon monoksida. Seterusnya, bentuk partikel akibat percampuran bahan asing sama ada berupa padatan, cairan atau lain-lain yang menghasilkan debu, jerebu, asap, dan sebagainya yang merupakan pencemaran udara, Sunu (2001). Tambah Sunu (2001) lagi, bagi berdasarkan tempat pula terdapat 2 jenis iaitu pencemaran udara ruang dalam dan pencemaran udara ruang luar. Bagi pencemaran udara bahagian dalam, selalunya yang dikaitkan apa-apa pencemaran di dalam bagunan seperti rumah, hospital, sekolah, kilang, dan sebagainya. Contoh punca pencemaran udara ruang dalam adalah seperti asap rokok, asap dapur tradisional, asap mesin, dan lain-lain. Manakala bagi pencemaran udara ruang luar adalah seperti asap-asap dari kawasan industri dan kenderaan bermotor, Sunu (2001). Selain itu, jika melihat dari faktor gangguan dan kesannya terhadap kesihatan terdapat beberapa jenis seperti irritansia yang dapat mendatangkan irritasi pada tubuh seperti ozon dan nitrogen oksida. Menurut Sunu (2001) terdapat juga gas yang boleh menyebabkan aspeksia iaitu darah kekurangan oksigen dan tidak dapat melepaskan karbon dioksida, gas-gas tersebut adalah seperti karbon monoksida, ammonia, dan metana. Malahan terdapat juga gas yang menyebabkan seseorang itu lali seperti alkohol yang selalunya berlaku di ruang dalam maka pencemaran ini tergolong dalam pencemaran udara ruang dalam, Sunu (2001). Asal usul pencemaran udara terdiri dari dua sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer adalah pelepasan gas beracun yang dilepaskan secara langsung ke udara manakala sumber sekunder diakibatkan oleh tindak balas kimia di udara yang mendatangkan kesan bahaya kepada semua organisma hidup, Sunu (2001).
  • 23. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 32 The World Bank (1992) telah menyatakan pencemaran udara terdapat tiga penyebab utama buatan manusia iaitu penggunaan tenaga, pelepasan asap kenderaan, dan bahan buangan industri di mana semua ini cenderung berkembang dengan pertumbuhan ekonomi melainkan terdapatnya langkah-langkah pengawalan pencemaran yang mencukupi dilaksanakan. Kadar urbanisasi dan penggunaan tenaga per kapita meningkat dengan laju di kawasan-kawasan membangun. Menurut laporan tersebut, dalam tahun 1970-an sehingga lewat 1980-an negara yang mengalami pencemaran udara yang lebih tinggi adalah di negara-negara berpendapatan rendah berbanding negara-negara berpendapatan tinggi, The World Bank (1992). Kandungan sulfur dioksida adalah serius di negara-negara yang bergantung pada bahan api bersulfur tinggi. Pada lewat 1970-an tahap kepekatan gas ini di negara berpendapatan rendah adalah sederhana, rendah berbanding negara yang berpendapatan tinggi, The World Bank (1992). Menurut Houghton dan Hunter (1994) kawasan bandar merupakan kawasan utama bagi sumber pelbagai bentuk pencemaran udara kerana bandar merupakan pusat aktiviti industri, penghasilan tenaga dan penggunaan tenaga, dan kawasan yang sesak dengan kenderaan. Tambah Houghton dan Hunter (1994), pencemaran udara bukan hanya mengganggu kesihatan manusia malah memberi kesan ekonomi juga kerana ia juga menyebabkan degredasi terhadap sumber lain dan aset-aset penting seperti hutan, bangunan, dan bahan-bahan lain. Ozon merupakan lapisan yang berada pada lapisan atmosfera stratosfera yang terletak di atas 20 hingga 25 kilometer atas permukaan Bumi. Ianya terbentuk apabila gas oksigen bertindak balas dengan ultraviolet untuk mewujudkan tiga atom oksigen iaitu ozon, Houghton dan Hunter (1994). Ozon secara semula jadi akan dipecahkan secara semula jadi bagi mengimbangi jumlahnya walaubagaimanpun pemecahan ozon ini telah menjadi semakin meningkat kebelakangan ini dan menyebabkan wujudnya lubang-lubang pada lapisan ozon, Houghton dan Hunter (1994). Ini disebabkan pencemaran yang dibawa ke arah stratosfera. Lapisan ozon melindungi hidupan di Bumi dan penipisan ini menyebabkan pelbagai kesan buruk seperti kanser kulit, Houghton dan Hunter (1994). Menurut Katiman (1988) dengan bertambah ramainya penduduk bandar maka lebih banyak penggunaan tenaga minyak, dan yang lain terutama dalam
  • 24. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 33 pengangkutan, mengakibatkan bertambahnya gas beracun, asap dan bahan-bahan pencemar lain yang dilkeluarkan oleh bandar. 2.7.2.4 Pencemaran Air Menurut The World Bank (1992) lagi, pencemaran air yang paling meluas adalah dari bahan buangan manusia pembawa penyakit, yang selalunya dikesan dengan mengukur tahap coliform bahan buangan tersebut. Sisa buangan manusia merupakan penyebab terbesar risiko kesihatan kepada mereka yang minum atau membasuh (pengguna air) dengan air yang tidak dirawat dari sungai atau kolam. Pencemaran air dari bahan buangan manusia tidak menjadi isu besar di negara- negara yang mampu menampung kos rawatan, boleh diselesaikan dengan pelaburan yang mencukupi dalam sistem rawatan air tetapi kualiti masih terus merosot walaupun di negara-negara maju, The World Bank (1992). Tambah The World Bank (1992), kapasiti sungai-sungai untuk menampung hidupan akuatik berkurang apabila mendapan bahan pencemar menyebabkan jumlah oksigen yang larut di dalam air semakin berkurang. Kekurangan oksigen tidak mempengaruhi tahap kesihatan secara menerus tetapi ia mungkin mempengaruhi ekonomi perikanan. Kumbahan manusia dan aktiviti pertanian secara besar-besaran merupakan penyumbang kepada permasalahan tersebut. Menurut The World Bank (1992) lagi dengan meningkatnya perindustrian, perlombongan, dan bahan kimia pertanian, sungai menjadi semakin tercemar dengan bahan bertoksik dan bahan besi berat seperti merkuri. Bahan-bahan ini sukar diasingkan dari air minuman. Bahan ini boleh mencemari haiwan cengkerang atau ikan-ikan yang mungkin bakal dimakan oleh manusia khususnya tanpa menyedari bahawa makanan tersebut tercemar, The World Bank (1992). Disebabkan air permukaan semakin tercemar di kawasan berdekatan bandar, keperluan air orang awam dan pengguna air urban lain terpaksa menukar sumber kepada air bawah tanah sebagai sumber yang berpotensi lebih murah dan selamat, The World bank (1992).
  • 25. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 34 Menurut Shaw (1988) yang dipetik Haughton dan Hunter (1994), pembangunan bandar sering berkaitan dengan penggantian sumber semula jadi atau tanah separa semula jadi dan permukaan vegetasi dengan bahan buatan manusia, permukaan yang dibuat oleh manusia seperti konkrit yang menyebabkan berkurangnya aktiviti sejat-transpirasi dari kawasan tersebut dan kelajuan air larian hujan meningkat yang boleh menyebabkan berlakunya air larian permukaan, banjir kilat, dan menyebabkan kualiti air berkurang. Menurut Haughton dan Hunter (1994) lagi, pencemaran air boleh mempengaruhi ekosistem akuatik, kesihatan manusia, pertanian, industri, pengangkutan, eksploitasi mineral, dan nilai aesthetic sumber air. Menurut Katiman (1988) menyatakan bahawa di kawasan perindustrian pengeluaran asap yang beracun dan pembuangan sisa seperti raksa dan plumbum tanpa kawalan yang rapi boleh mencemarkan kualiti udara dan air di sekitarnya. 2.8 Kesimpulan Secara kesimpulannya, bab ini telah menampakkan segala yang berkaitan dengan pembangunan bandar baru serta kesan yang diwujudkan olehnya. Terdapat kesan positif dan kesan negatif yang berlaku apabila mewujudkan bandar baru. Proses pembangunan bandar di Malaysia dilihat telah bermula sejak sebelum kemerdekaan namun kemuncaknya berlaku selepas kemerdakaan. Maka, pembangunan bandar baru yang diterapkan melibatkan kawasan sedia ada cuma jenis aktiviti ditukar ganti daripada sektor primer kepada aktiviti dari sektor kedua dan ketiga.