• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Td10003 latihan 1 jenry saiparudin
 

Td10003 latihan 1 jenry saiparudin

on

  • 790 views

 

Statistics

Views

Total Views
790
Views on SlideShare
790
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
14
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Td10003 latihan 1 jenry saiparudin Td10003 latihan 1 jenry saiparudin Document Transcript

    • JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669TUGASAN 1 TD10003 : HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR INTERNAL DAN EXTERNAL YANGMEMPENGARUHI GAYA HIDUP MURID MASA KINIPENGENALAN Manusia adalah merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baikkejadian. Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini adalah Nabi Adam dan Hawa. Secara realitydan dan hakikinya, setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup denganmelalui proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur,tetapi jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkatpermulaan percambaan sel sehingga akhir hayat organisma. Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima aspekiaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, social dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasaskankepada dua(2) faktor yang utama iaitu factor baka (internal) dan factor persekitaran (external).FAKTOR INTERNAL YANG MEMPENGARUHI GAYA HIDUP KANAK-KANAK. Faktor Internal menjurus kepada perkembangan kanak-kanak berdasarkan dari pengaruhgenetik atau pertumbuhan dan perkembangan manusia. Menurut Haliza Hamzah, Joy N Samuel danRafidah Kastawi (2008) dalam buku ‘Perkembangan Kanak-kanak untuk Program PerguruanPendidikan Rendah’, baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melaluiibubapa kepada anak-anak mereka atau menentukan persamaan antara ibubapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan, minatdan kawalan emosi. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental seperti yang terkandung dalam gen-gen di dalam kromosom dapat menguasai perkembangan manusia dan akan memberikan sifat unitbagi setiap individu. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental sama ada pandaiatau tidak pandai. Menurut Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1932)setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza. Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masingmembawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai23 pasangan kromosom. Pengaruh genetik atau faktor baka dikenali sebagai gen yang terdiridaripada nucleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Kajian ahli-ahli psikologi telahmembuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama.Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaankadar perkembangan manusia Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengankecerdasan ibubapa mereka. Biasanya, ibubapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yangbijak pandai. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar
    • dalam sesuatu kelas. Selain itu, emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibubapa,misalnya,ibubapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yangagresif dan autokratik. Latar belakang yang porak peranda akibat perceraian, kematian, perpisahanakan memberi kesan buruk kepada emosi kanak-kanak seterusnya kepada perkembanganpersonality mereka. Faktor baka juga mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Sebagai contoh, individuyang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk bersosial dengan orang lainkerana banyak aktiviti yang boleh dilakukannya adalah terbatas. Saiz badan akan menentukan samaada inidividu sesuai melakukan suatu aktiviti ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti akanmeningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal ini menyebabkan individu tersebut akandiminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya sekaligus akanmembentuk sahsiah sihat. Seterusnya, individu yang berasal daripada keturunan yang berpenyakit,berkemungkinanakan mewarisi penyakit seperti;lelah dan kencing manis melalui baka. Jadi, kanak-kanak tersebutsukar menyertai aktiviti social dan menyebabkan perkembangan sosialnya terganggu. Selain itu,hubungan kanak-kanak tersebut dengan rakan-rakan menjadi berkurangan. Impaknya, prosesperkembangan sahsiahnya menjadi tidak sihat kerana perkembangan sosial dan emosi terjejas. Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan membantu perkembanganintelek dan fizikal kanal-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makananyang berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Ibubapaperlu memastikan keperluan kasih saying anak-anak dipenuhi dengan baik. Gaya hidup yang sihatyang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga kesihatan, bersenam, tidakmerokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna. Ibubapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak-anak dipenuhi dengan baik. Gayahidup yang sihat yang diramalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga kesihatan,bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna. Keluarga dan ahli keluarga yang mesra, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluankanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak- kanak yang yangmelihat dirinya diterima oleh ibu bapannya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi,ketabahan dan ketekunan. Sikap ibu bapa yang positif terhadap perkembangan personaliti kanak-kanak ialah yang bercorak memahami perasaan, kasih sayang dan minat terhadap kana-kanak itusebagai seorang individu. Aspek pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Pemakanan yangdiambil kanak-kanak haruslah berzat, bersih dan seimbang. Makanan yang boleh menjejaskankesihatan mental, emosi dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak membantutkan perkembanganmereka. Oleh itu, ibubapa perlu mendidik anak supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkankesederhanaan ketika minum dan makan. Ketika umur 4 tahun, kanak-kanak haruslah disajikandengan makanan yang mempunyai banyak kandungan tenaga kerana pada masa ini kanak-kanakadalah sangat aktif.
    • FAKTOR EXTERNAL YANG MEMPENGARUHI GAYA HIDUP KANAK-KANAK. Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah persekitaran atauexternal. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Initermasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Aspek pengalaman sebelum lahir merangkumipemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosiibu. Factor-faktor selepas kelahiran pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio-ekonomi,tahap pendidikan keluarga, rakan-rakan sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitarandunia. Pengaruh di sekolah banyak mempengaruhi kanak-kanak kerana banyak menghabiskanhampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding denganpengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan pelajar mengikutpencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman,sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajaryang lemah daripada segi akademik (T.Marimuthu, 1980). Jenis kepimpinan dan suasana sekolahmempengaruhi perkembangan personaliti. Disamping itu terdapat juga guru yang melabelkanpelajar sebagai cerdik dan bodoh, pelajar yang pada mulanya berminat dan bermotivasi pastimenunjukkan minat yang bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas atau bodoh,ini boleh menjejas pencapaian pelajar dalam pelajaran (Lacey, 1970). Guru memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak. Secaralangsung, guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri kanak-kanak itu sendiridengan cara-cara guru membetulkan tingkah lakunya. Mereka mula melihat diri mereka daripadasudut pandangan guru seperti ia merupakan ‘pengacau’, ‘pengancam’, ‘kesayangan guru’, ‘si bodohdan sebagainya’. Guru mempengaruhi penerimaan sosial yang akan dicapai oleh kanak-kanak. Pola-pola personaliti guru akan mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Guru yang bersifatmesra dan menerima muridnya akan menggerakkan mereka membuat kerja sekolah dengan lebihbaik. Seorang guru yang negatif atau tidak mepedulikan murid akan memusnahkan motivasi anakmuridnya dan mereka merasa tersingkir. Sejauhmana guru mempengaruhi personaliti murid akan bergantung juga kepada jumlahinteraksi diantara guru dan murid. Personaliti guru yang tidak disukai juga dapat mempengaruhipersonaliti murid. Gred, markah dan kad laporan menambahkan perasaan serba kekurangan , tidakmemadai, bimbang dan tekanan emosi. Kanak-kanak yang mendapat gred yang baik dan menerimapengakuan sosial dengan cara menerima hadiah dan penghargaan lain serta mempunyai konsep diriyang lebih baik. Markah menentukan sama ada seseorang murid itu menganggap dirinya sebagaiberjaya, pandai atau sebagai gagal, bodoh dan tidak berguna. Faktor seterusnya adalah rakan sebaya. Pengaruh lingkungan dalam menentukan perilakudiakui cukup kuat. Walaupun sesetengah murid telah mencapai tahap perkembangan kognitif yangmemadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun penentuan diri dalam berperilaku banyakdipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya (Conger,1991). Kelompok teman sebayadiakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seseorang tentang perilakunya. Rakansebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya disekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang. Murid yang berasal daripada keluarga bermasalah
    • lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentukkumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Apabila di sekolah, kanak-kanak akan membentuk trait personaliti yang disanjung olehkawan-kawannya. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang kanak-kanak itu mengikutpandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Kanak-kanak yangkadang-kadang memegang kedudukan pimpinan di dalam pimpinannya akan mebentuk sifat-sifatkeyakinan kendiri dan sifat tenang. Kanak-kanak yang tidak disukai oleh kawan-kawannya akanmerasa iri hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Masyarakat juga merupakan faktor yang dapat mempengaruhi pembentukan personalitiseseorang. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, kanak-kanak yangmembesar dalam situasi itu turut menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi,rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Sebaliknya,masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda. Dengan itu,seseorang membesar dengan menjadi individu dan sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda.Nilai-nilai murni ini mungkin ditinggalkan menyebabkan mereka sanggup menipu dalam peperiksaan,bergaduh, mencuri, mencederakan guru, minum arak dan tidak mustahillah sama sekali untukterlibat dengan penagihan dadah. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilaimasyarakat dapat mempengaruhi perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh membawakepada masalah sosial ini. Aspirasi, harapan dan nilai-nilai sesuatu masyarakat boleh mempengaruhi seseorangindividu. Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat akan melahirkananggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia berkorban untuk menolong oranglain. Masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda dengan mengenepikan nilai-nilaimurni akan melahirkan masyarakat kebendaan. Kanak-kanak membesar dengan menjadi individuyang sentiasa mengejar harta benda dan kemewahan. Nilai-nilai murni akan ditinggalkan. Bagimencapai tujuan tersebut, anggota-anggota masyarakat sanggup mencuri, merompak, membunuhdan mengamalkan rasuah. Ini adalah jelas bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkanpersonaliti individu yang tidak diingini. Di dalam setiap kebudayaan, kanak-kanak tertekan agar membentuk pola personaliti yangsesuai dengan standard kebudayaannya. Setiap kebudayaan mepunyai pola-pola personaliti yangditerimanya. Mereka mempunyai personaliti asas yang berlainan. Sejak kecil lagi ibu bapa melatihanak-anak menerima pola-pola personaliti yang sama. Maka dengan itu, cara kanak-kanak dididikketika membesar merupakan pengaruh terbesar terhadap jenis personaliti yang akan dibentuknya.PENUTUP Perkembangan individu sebenarnya dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu factor baka dan factorpersekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantuinidividu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan adalah satu pertaliansaling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmanidan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza dimana semua kanak-kanak mencapaititik perkembangan yang sama pada umur yang sama.
    • Oleh yang demikian, setiap pihak perlulah memberi kerjasama dalam mendidika anakbangsa yang akan menjadi pelapis kepimpinan Negara, selain memainkan peranan dalammembentuk perkembangan kanak-kanak agar mereka menjalani kehidupan yang stabil dansempurna seterusnya menjadikan mereka asset Negara yang bernilai.
    • RUJUKANRohani Abdullah (2002). Perkembangan Kanak-kanak : Penilaian secara portfolioNoremy Md Akhir (April Special -2012;ISSN:1823-884x ): Hubungan factor dalaman penderaan fizikalterhadap kanak-kanak oleh ibubapa, e-Bangi, FSSK, UKMProf.Madya Dr Azizi Hj Yahaya; Pembentukan Personaliti Remaja; Fakulti Pendidkan UTM (Johor)Nur Shafikah binti Nordin dan Nur Shahida Binti Jusoh, TEORI-TEORI LAIN:http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Group/fiqahshida/teori_teori_lain.Kursus Pintar Cerdas, Berbakat & Kreatif (KBC 1013) ;http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/sem10111/d036617/kes_study_sem_3