SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
KATA ADJEKTIF
DR MURSHIDI
Kata Adjektif
• Dikenal sebagai kata sifat, dan kata ini ialah perkataan yang
menjadi inti bagi binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh
terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur
keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat.
Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata
nama dan kata kerrja dengan cirinya yang boleh didahului atau
diikuti oleh kata penguat.
• Contoh: amat sakit, sakit sungguh, terlalu sedikit, sedikit
sekali, sangat lain, lain sekali.
• Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan
atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama.
• Contoh:
(i) Dia tinggi. (ii) Akram sangat pandai. (iii) Adiknya baik
sungguh. (iv) Malam ini gelap benar. (v) Buah pokok mangga
itu banyak sekali.
Jenis kata Adjektif
• Golongan kata adjektif sukar ditentukan secara tetap,
tetapi berdasarkan aspek maknanya, kata ini dapat
dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu:
(a) adjektif sifat
(b) Adjektif perasaan
(c) Adjektif cara
(d) Adjektif ukuran
(e) Adjektif bentuk
(f) Adjektif waktu
(g) Adjektif warna
(h) Adjektif jarak
(i) Adjektif pancaindera
JENIS KATA ADJEKTIF CONTOH PERKATAAN AYAT
a) Adjektif sifat:
digunakan bagi
menerangkan sifat atau
keadaan
Lemah, pintar, cergas, kuat,
keras, bijak, nakal, sihat,
jahat.
1) Dia sangat bijak
berpidato.
2) Dia bertutur dengan
baiknya.
b) Adjektif perasaan:
digunakan bagi
memberikan pengertian
atau konsep perasaan
Malu, geram, marah, rindu,
takut, benci, kasih, sayang
1) Ibunya geram dengan
kelakuan anaknya.
2) Raidah takut pada
lipas.
c) Adjektif cara: digunakan
bagi memberikan
pengertian keadaan
kelakuan atau ragam.
Cepat, cermat, laju,
lambat, perlahan, gopah,
ligat, lincah
1) Kereta yang di pandu
oleh ayah sangat laju.
2) Orang lambat selalu
rugi
d) Adjektif ukuran:
digunakan bagi
memberikan pengertian
ukuran.
Tinggi, rendah, kecil,
pendek, kurus, nipis, tebal,
gemuk, berat, ringan
1) Buku kamus dewan
bahasa itu sangat tebal.
2) Badan adik sangat
kurus.
e) Adjektif bentuk:
digunakan bagi
memberikan pengertian
rupa bentuk
Bundar, bujur, bulat,
bengkok, lonjong, lurus,
leper, buncit, persegi
1) Bola Luqman
bentuknya bulat.
2) Cikgu melukis bentuk
persegi.
f) Adjaktif waktu: digunakan
bagi memberikan pengertian
konsep masa.
Silam, lampau, sering,
dahulu, lewat, awal, baharu,
kerap, lama, segera
1) Adiknya kerap menonton
cerita animasi Sin chan.
2) Hawa suka minum susu
segera.
g) Adjektif warna: digunakan
bagi memberikan pengertian
konsep.
Putih, merah, kelabu, coklat,
hitam.
1) Tubuhnya diselimuti kain
putih.
2) Tudung Hayati berwarna
hitam.
h) Adjektif jarak: digunakan
bagi memberikan pengertian
konsep ruang antara dua
benda atau keadaan.
Dekat, jauh, hampir, nyaris. 1) Orang jauh sudah pun
tiba.
2) Kami mempunyai
hubungan kekeluargaan
yang dekat.
i) Adjektif pancaindera:
digunakan bagi
memberikan perngertian
konsep sentuh, dengar,
pandang, bau dan rasa
Indera sentuh: lembut,
lembap, kesat, licin, kasar
1) Projek itu berjalan
dengan licinnya.
2) Mereka bercakap
dengan kasar sekali.
Indera dengar: lunak,
nyaring , medu, senyap,
bising, serak, garau, mersik
1) Rabiatul menyanyi
dengan merdunya.
2) Bunyi biolanya amat
mersik.
Indera pandang: segak,
comel, ayu, molek, hodoh,
lawa, tampan
1) Muminah sungguh ayu
orangnya.
2) Cikgu Merun segak
orangnya.
Indera bau: wangi, harum,
busuk, hapak, tengik,
semerbak, hanyir, hancing
1) Minyak wangi itu
harum.
2) Bunga Cempaka itu
semerbak baunya.
Indera rasa: manis, pahit,
masin, tawar, lemak,
payau, sedap, lazat,
masam, kelat
1) Semenjak peristiwa
pahit itu membuatkan
Hawa berhati-hati
memilih teman.
2) Senyumannya sungguh
manis sekali.
Pembentukan Kata Adjektif
• Pembentukan kata adjektif ada empat bentuk iaitu:
(i) kata adjektif tunggal,
(i) kata adjektif terbitan,
(i) kata adjektif ganda dan,
(i) kata adjektif majmuk.
KATA TUNGGAL
 Kesemua kata adjektif yang terdapat dalam
contoh-contoh di atas terdiri daripada hanya
satu perkataan atau bentuk kata tunggal.
Tegasnya, bentuk-bentuk kata adjektif yang
demikian terhasil daripada bentuk kata dasar,
iaitu tanpa gabungan dengan bentuk imbuhan,
atau tanpa mengalami proses-proses lain
seperti penggandaan. Kata adjektif tunggal
mudah digunakan dalam ayat sebagai penerang
kata nama, dan menerima sama ada kata Bantu
dan kata penguat atau tidak menerima unsur-
unsur tersebut. Contohnya:
1. Warna kuning digemari oleh kakaknya.
2. Cara hidup seniman itu amat sederhana.
3. Pada malam ini bulan sungguh terang.
4. Sumbangannya kepadamu masih kecil amat.
5. Tidur anak kami nyenyak benar.
Kata Adjektif Terbitan
• Kata adjektif boleh juga terdiri daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan,
iaitu yang berbentuk dengan imbuhan-imbuhan seperti awalan, apitan, dan sisipan
yang digandingkan pada kata dasar itu.
Awalan Kata Adjektif
 Awalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ter- dan se-.
(i) Awalan ter-
 Awalan ter- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar
yang sememangnya jenis kata adjektif. Kata adjektif terbitan yang demikian
berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling. Contoh:
ter + kecil = terkecil
ter + masyhur = termasyhur
ter + panjang = terpanjang
ter + merah = termerah
ter + muda = termuda
 Penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:
1. Ali pelajar yang terkecil dalam kelas itu.
2. Seniman termasyhur itu telah meninggal dunia.
3. Sungai Rejang ialah yang terpanjang di Malaysia.
4. Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah yang termerah.
5. Dalam kumpulan kami dialah yang termuda.
(ii) Awalan se-
 Awalan se- juga dapat digunakan bagi menerbitkan kata
adjektif, apabila bergabung dengan kata-kata dasar,
untuk memberi pengertian sama.Contohnya:
se + tinggi = setinggi
se + besar = sebesar
se + pandai = sepandai
se + indah = seindah
se + buruk = seburuk
 Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang
berikut:
1. Kelulusannya tidak setinggi kelulusan adiknya.
2. Bangunan di situ akan didirikan sebesar bangunan
kompleks Daya Bumi.
3. Aminah tidak sepandai abangnya.
4. Warna baju itu semerah darah ikan.
5. Keadaan ekonomi negara tahun lalu tidak seburuk
keadaannya sekarang.
Apitan kata adjektif
 Apitan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ke-
…-an.
(i) Apitan ke-…-an
 Gabungan apitan ke-…-an dengan satu kata dasar
daripada jenis kata nama menerbitkan bentuk kata
adjektif yang menunjukkan suatu keadaan atau sifat kata
nama yang diterangkan. Umumnya kata adjektif ini
dihubungkan dengan sifat sesuatu bangsa. Contohnya:
kebaratan kearaban
kecintaan keindonesiaan
kemelayuan
 Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Cara hidupnya sungguh kebaratan.
2. Rupanya agak kecinaan.
3. Pakaiannya terlalu kearaban.
4. Gaya pertuturannya amat keindonesiaan.
5. Sifat kemelayuannya begitu menonjol
Sisipan kata adjektif
 Kata adjektif terbitan dapat juga dibentuk melalui gabungan kata
dasar daripada jenis kata adjektif, kata nama atau kata kerja dengan
sisipan. Proses ini melibatkan empat jenis sisipan -em-, -el-, -er-, dan
–in-. Bentuk-bentuk ini amat terhad dan tidak produktif sifatnya.
(i) Sisipan -em-
 Sisipan -em- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung
dengan beberapa kata dasar tertentu. Contohnya:
guruh = gemuruh
gilang = gemilang
serbak = semerbak
santan = semantan
ketot = kemetot
 Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Bau bunga-bunga di taman tasik itu semerbak.
2. Upacara gemilang itu menjadi lebih bermakna dengan bacaan doa.
3. Tepukan daripada penyokongnya begitu gemuruh.
4. Nyiur semantan sudah boleh dibuat gulai.
5. Pokok-pokoknya kemetot belaka kerana kekurangan baja.
(ii) Sisipan -el-
 Sisipan -el- yang bergabung dengan beberapa
kata dasar tertentu juga berfungsi menerbitkan
kata-kata adjektif, seperti yang berikut:
serak = selerak
gembung = gelembung
kebak = kelebak
 Contoh penggunaannya dalam ayat adalah
seperti yang berikut:
1. Bilik selerak itu kepunyaan abangku.
2. Kulitnya jarang melecur itu gelembung.
3. Kain layarnya kelebak dipukul angin.
(iii) Sisipan -er-
 Sisipan -er- juga dapat bergabung dengan beberapa kata
dasar untuk menerbitkan kata-kata adjektif, seperti berikut:
kelip = ker(e)lip
godah = gerodak
 Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang
berikut:
1. Masjid itu dihiasi dengan lampu kerlip pada setiap malam
Jumaat.
2. Bunyi gerodak kedengaran apabila tabung itu jatuh.
(iv) Sisipan -in-
 Setakat ini hanya terdapat satu sahaja kata terbitan yang
terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu sinambung. Contoh
penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Sastera Melayu moden ialah sastera sinambung daripada
sastera Melayu lama.
Kata Adjektif Ganda
 Kata adjektif daripada jenis gandaan penuh juga dapat
menerima apitan ke-…-an bagi menerbitkan kata adjektif.
Kata adjektif yang menerima apitan ke-…-an ialah kata
adjektif yang mendukung makna menyerupai sifat yang
terkandung dalam kata dasarnya. Contohnya:
kuning = kekuning-kuningan
merah = kemerah-merahan
malu = kemalu-maluan
hijau = kehijau-hijauan
gila = kegila-gilaan
bodoh = kebodoh-bodohan
 Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang
berikut:
1. Warna payungnya kekuning-kuningan.
2. Mukanya kemerah-merahan kerana berjemur seharian.
3. Sawah yang terbentang itu kehijau-hijauan.
4. Anak itu kemalu-maluan apabila diusik.
5. Mereka berlagak kebodoh-bodohan apabila disoal.
 Kata adjektif daripada jenis gandaan penuh juga dapat
menerima apitan ke-…-an bagi menerbitkan kata adjektif.
Kata adjektif yang menerima apitan ke-…-an ialah kata
adjektif yang mendukung makna menyerupai sifat yang
terkandung dalam kata dasarnya. Contohnya:
kuning = kekuning-kuningan
merah = kemerah-merahan
malu = kemalu-maluan
hijau = kehijau-hijauan
gila = kegila-gilaan
bodoh = kebodoh-bodohan
 Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang
berikut:
1. Warna payungnya kekuning-kuningan.
2. Mukanya kemerah-merahan kerana berjemur seharian.
3. Sawah yang terbentang itu kehijau-hijauan.
4. Anak itu kemalu-maluan apabila diusik.
5. Mereka berlagak kebodoh-bodohan apabila disoal.
Penggandaan separa
 Penggandaan separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian
daripada kata dasar diulang.Kata adjektif gandaan separa terhad
jumlahnya dalam bahasa Melayu. Kata adjektif gandaan ini digunakan
untuk membawa maksud penekanan pada kata dasar.Contohnya:
besar-besaran
gila-gilaan
awur-awuran
kecil-kecilan
takut-takutan
 Kehadirannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Upacara sambutan hari kemerdekaan kali ini diadakan secara besar-
besaran.
2. Pemuda itu berkelakuan gila-gilaan selepas kematian tunangnya.
3. Dia mengamuk secara awur-awuran setelah dimarahi oleh ibunya.
4. Mak Minah berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah
pendapatan keluarga.
5. Bayi itu dalam keadaan takut-takutan semenjak disergah oleh
abangnya.
Penggandaan berentak
 Kata adjektif gandaan berentak dihasilkan dengan menggandakan
kata dasar berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar
dengan makna penekanan maksud pada kata dasar.Contohnya:
kacau-bilau gilang-gemilang
kontang-kanting lekak-lekuk
titik-bengik porak-peranda
kusut-masai kucar-kacir
simpang-siur hiruk-pikuk
 Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:
1. Rumah tangganya porak-peranda kerana sikapnya yang tidak
bertanggungjawab.
2. Pesta pada malam itu gilang-gemilang.
3. Usahlah bertegang leher tentang perkara yang titik-bengik
itu.
4. Kejadian rompakan itu berlaku pada waktu malam yang
gelap-gelita.
5. Dia dijumpai dalam keadaan kusut-masai setelah sesat di
hutan itu.
Kata Adjektif Majmuk
 Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses
yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang
membawa makna tertentu. Kata adjektif majmuk dieja
terpisah dan bertindak sebagai satu unit.Contohnya:
merah jambu kuning langsat
hijau daun muda remaja
biru laut
 Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang
berikut:
1. Baju kurung songket merah jambu kesayangan kakak dicuri
orang.
2. Ular yang dilihatnya kelmarin berwarna hijau daun.
3. Dinding bahagian dalam rumahnya dicat dengan warna biru
laut.
4. Gadis berkulit kuning langsat itu telah memenangi peraduan
fesyen kebaya.
5. Fesyen terbaharu itu menjadi ikutan kaum muda remaja.
 Terdapat sejumlah kata adjektif majmuk yang membawa
maksud kiasan, iaitu terdiri daripada simpulan bahasa,
seperti contoh yang berikut:
panjang tangan
besar kepala
ringan tulang
terang hati
rabun ayam
 Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang
berikut:
1. Dia tidak boleh dipercayai kerana tabiatnya panjang tangan.
2. Kejayaan itu telah membuatnya menjadi besar kepala.
3. Ali dsukai ramai kerana ia ringan tulang.
4. Aminah sering diajar sesuatu perkara kerana dia terang hati.
5. Penglihatannya kurang baik pada waktu senja kerana beliau
rabun ayam.
Terdapat juga rangkaian kata adjektif yang sekali
imbas seolah-olah kata adjektif
majmuk. Sebenarnya binaan ini terdiri daripada
bentuk frasa dan boleh menerima penyisipan di
antaranya.Contohnya:
riang gembira - riang dan gembira
tua muda - tua dan muda
miskin kaya - miskin dan kaya
cantik manis - cantik dan manis
panas terik - panas yang terik
Gabungan antara kata adjektif dengan kata
adjektif atau kata adjektif dengan kata nama
membentuk konstituen-konstituen baharu
dengan makna baharu.

More Related Content

What's hot

Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
suseintay
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
HT Hong
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
firo HAR
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksis
Noor Syazwanni
 
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
LatiSigub
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
firo HAR
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)
Ummu Khair
 

What's hot (20)

Nota morfologi
Nota morfologiNota morfologi
Nota morfologi
 
Imbuhan sisipan
Imbuhan sisipanImbuhan sisipan
Imbuhan sisipan
 
Frasa (kerja)
Frasa (kerja)Frasa (kerja)
Frasa (kerja)
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
Kata terbitan
Kata terbitanKata terbitan
Kata terbitan
 
Kata majmuk
Kata majmukKata majmuk
Kata majmuk
 
Kata Hubung
Kata HubungKata Hubung
Kata Hubung
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksis
 
Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas
 
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
 
Pola Ayat
Pola AyatPola Ayat
Pola Ayat
 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
 
BAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSIS
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)
 

Viewers also liked

Jenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifJenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektif
Milla Yacob
 
Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektif
shirleyku
 
Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)
Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)
Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)
maee68
 
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepatBm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Mohd Nizam Mokhtar
 
Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny
Oh Jenny
 
Kat adjektif pancaindera 1
Kat adjektif pancaindera 1Kat adjektif pancaindera 1
Kat adjektif pancaindera 1
lannin
 

Viewers also liked (20)

Kata adjektif1
Kata adjektif1Kata adjektif1
Kata adjektif1
 
Kata Adjektif
Kata AdjektifKata Adjektif
Kata Adjektif
 
Jenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifJenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektif
 
Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektif
 
Kata adjektif
Kata adjektif Kata adjektif
Kata adjektif
 
Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektif
 
Bunga
BungaBunga
Bunga
 
Bina ayat tidak kurang daripada 8 patah perkataan
Bina ayat tidak kurang daripada 8 patah perkataanBina ayat tidak kurang daripada 8 patah perkataan
Bina ayat tidak kurang daripada 8 patah perkataan
 
Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)
Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)
Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)
 
Pemarkahan penulisan
Pemarkahan penulisanPemarkahan penulisan
Pemarkahan penulisan
 
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepatBm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
 
Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny
 
Pengajaran Kata Adjektif - Sekolah Menengah
Pengajaran Kata Adjektif - Sekolah MenengahPengajaran Kata Adjektif - Sekolah Menengah
Pengajaran Kata Adjektif - Sekolah Menengah
 
Imbuhan Apitan ke-...-an
Imbuhan Apitan ke-...-anImbuhan Apitan ke-...-an
Imbuhan Apitan ke-...-an
 
Kat adjektif pancaindera 1
Kat adjektif pancaindera 1Kat adjektif pancaindera 1
Kat adjektif pancaindera 1
 
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diriKata ganti nama diri
Kata ganti nama diri
 
Kata pemeri
Kata pemeriKata pemeri
Kata pemeri
 
Teks forum remaja
Teks forum remajaTeks forum remaja
Teks forum remaja
 
Morfologi (membina ayat)
Morfologi (membina ayat)Morfologi (membina ayat)
Morfologi (membina ayat)
 
Dunia Sains & Teknologi Tahun 1 KSSR
Dunia Sains & Teknologi Tahun 1 KSSRDunia Sains & Teknologi Tahun 1 KSSR
Dunia Sains & Teknologi Tahun 1 KSSR
 

Similar to Kata adjektif

5. diksi dalam kalimat
5. diksi dalam kalimat5. diksi dalam kalimat
5. diksi dalam kalimat
busitisahara
 
Diksi dan gaya bahasa
Diksi dan gaya bahasaDiksi dan gaya bahasa
Diksi dan gaya bahasa
Oki16
 
Bidiksi 120206062134-phpapp01
Bidiksi 120206062134-phpapp01Bidiksi 120206062134-phpapp01
Bidiksi 120206062134-phpapp01
Putra Fauzan
 
Tutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranTutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaran
fazri Rahim
 
Tutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranTutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaran
fazri Rahim
 

Similar to Kata adjektif (20)

kata-adjektif1 untuk pengajaran bahsa melayu
kata-adjektif1 untuk pengajaran bahsa melayukata-adjektif1 untuk pengajaran bahsa melayu
kata-adjektif1 untuk pengajaran bahsa melayu
 
Jenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifJenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektif
 
Tatabahasa Tingkatan 1
Tatabahasa Tingkatan 1Tatabahasa Tingkatan 1
Tatabahasa Tingkatan 1
 
Presentation bi
Presentation biPresentation bi
Presentation bi
 
5. diksi dalam kalimat
5. diksi dalam kalimat5. diksi dalam kalimat
5. diksi dalam kalimat
 
Kalimat efektif
Kalimat efektif Kalimat efektif
Kalimat efektif
 
WACANA.pptx
WACANA.pptxWACANA.pptx
WACANA.pptx
 
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYUHMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
 
Diksi dan gaya bahasa
Diksi dan gaya bahasaDiksi dan gaya bahasa
Diksi dan gaya bahasa
 
Semantik 1
Semantik 1Semantik 1
Semantik 1
 
Jenis Kata dan Klasifikasi Kata.docx
Jenis Kata dan Klasifikasi Kata.docxJenis Kata dan Klasifikasi Kata.docx
Jenis Kata dan Klasifikasi Kata.docx
 
Jenis Kata dan Klasifikasi Kata .pdf
Jenis Kata dan Klasifikasi Kata .pdfJenis Kata dan Klasifikasi Kata .pdf
Jenis Kata dan Klasifikasi Kata .pdf
 
Bidiksi 120206062134-phpapp01
Bidiksi 120206062134-phpapp01Bidiksi 120206062134-phpapp01
Bidiksi 120206062134-phpapp01
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
NOTA SINTAKSIS.pdf
NOTA SINTAKSIS.pdfNOTA SINTAKSIS.pdf
NOTA SINTAKSIS.pdf
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
3. tatabahasa
3. tatabahasa3. tatabahasa
3. tatabahasa
 
Tutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranTutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaran
 
kel.1.pptx
kel.1.pptxkel.1.pptx
kel.1.pptx
 
Tutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranTutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaran
 

More from Atykah Aura (17)

Pembudayaan membaca quran
Pembudayaan membaca quranPembudayaan membaca quran
Pembudayaan membaca quran
 
Faedah mempelajari ilmu mantiq dalam akidah
Faedah mempelajari ilmu mantiq dalam akidah Faedah mempelajari ilmu mantiq dalam akidah
Faedah mempelajari ilmu mantiq dalam akidah
 
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuProses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
 
Perkembangan bahasa melayu
Perkembangan bahasa melayuPerkembangan bahasa melayu
Perkembangan bahasa melayu
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Kata nama
Kata namaKata nama
Kata nama
 
Kata kerja
Kata kerjaKata kerja
Kata kerja
 
Bahasa sebagai alat komunikasi
Bahasa sebagai alat komunikasiBahasa sebagai alat komunikasi
Bahasa sebagai alat komunikasi
 
Multi level marketing
Multi level marketing Multi level marketing
Multi level marketing
 
Multi level marketing presentation
Multi level marketing presentationMulti level marketing presentation
Multi level marketing presentation
 
Penerangan ilmu mantiq
Penerangan ilmu mantiqPenerangan ilmu mantiq
Penerangan ilmu mantiq
 
Sumatif formatif
Sumatif  formatifSumatif  formatif
Sumatif formatif
 
Carta faraid
Carta faraidCarta faraid
Carta faraid
 
zawil arham 2
zawil arham 2zawil arham 2
zawil arham 2
 
zawil arham
zawil arhamzawil arham
zawil arham
 
zawil arham
zawil arhamzawil arham
zawil arham
 
The day of judgement
The day of judgementThe day of judgement
The day of judgement
 

Recently uploaded

Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
RIMA685626
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 

Recently uploaded (20)

RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 

Kata adjektif

  • 2. Kata Adjektif • Dikenal sebagai kata sifat, dan kata ini ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama dan kata kerrja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. • Contoh: amat sakit, sakit sungguh, terlalu sedikit, sedikit sekali, sangat lain, lain sekali. • Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama. • Contoh: (i) Dia tinggi. (ii) Akram sangat pandai. (iii) Adiknya baik sungguh. (iv) Malam ini gelap benar. (v) Buah pokok mangga itu banyak sekali.
  • 3. Jenis kata Adjektif • Golongan kata adjektif sukar ditentukan secara tetap, tetapi berdasarkan aspek maknanya, kata ini dapat dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu: (a) adjektif sifat (b) Adjektif perasaan (c) Adjektif cara (d) Adjektif ukuran (e) Adjektif bentuk (f) Adjektif waktu (g) Adjektif warna (h) Adjektif jarak (i) Adjektif pancaindera
  • 4. JENIS KATA ADJEKTIF CONTOH PERKATAAN AYAT a) Adjektif sifat: digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan Lemah, pintar, cergas, kuat, keras, bijak, nakal, sihat, jahat. 1) Dia sangat bijak berpidato. 2) Dia bertutur dengan baiknya. b) Adjektif perasaan: digunakan bagi memberikan pengertian atau konsep perasaan Malu, geram, marah, rindu, takut, benci, kasih, sayang 1) Ibunya geram dengan kelakuan anaknya. 2) Raidah takut pada lipas. c) Adjektif cara: digunakan bagi memberikan pengertian keadaan kelakuan atau ragam. Cepat, cermat, laju, lambat, perlahan, gopah, ligat, lincah 1) Kereta yang di pandu oleh ayah sangat laju. 2) Orang lambat selalu rugi d) Adjektif ukuran: digunakan bagi memberikan pengertian ukuran. Tinggi, rendah, kecil, pendek, kurus, nipis, tebal, gemuk, berat, ringan 1) Buku kamus dewan bahasa itu sangat tebal. 2) Badan adik sangat kurus. e) Adjektif bentuk: digunakan bagi memberikan pengertian rupa bentuk Bundar, bujur, bulat, bengkok, lonjong, lurus, leper, buncit, persegi 1) Bola Luqman bentuknya bulat. 2) Cikgu melukis bentuk persegi.
  • 5. f) Adjaktif waktu: digunakan bagi memberikan pengertian konsep masa. Silam, lampau, sering, dahulu, lewat, awal, baharu, kerap, lama, segera 1) Adiknya kerap menonton cerita animasi Sin chan. 2) Hawa suka minum susu segera. g) Adjektif warna: digunakan bagi memberikan pengertian konsep. Putih, merah, kelabu, coklat, hitam. 1) Tubuhnya diselimuti kain putih. 2) Tudung Hayati berwarna hitam. h) Adjektif jarak: digunakan bagi memberikan pengertian konsep ruang antara dua benda atau keadaan. Dekat, jauh, hampir, nyaris. 1) Orang jauh sudah pun tiba. 2) Kami mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat.
  • 6. i) Adjektif pancaindera: digunakan bagi memberikan perngertian konsep sentuh, dengar, pandang, bau dan rasa Indera sentuh: lembut, lembap, kesat, licin, kasar 1) Projek itu berjalan dengan licinnya. 2) Mereka bercakap dengan kasar sekali. Indera dengar: lunak, nyaring , medu, senyap, bising, serak, garau, mersik 1) Rabiatul menyanyi dengan merdunya. 2) Bunyi biolanya amat mersik. Indera pandang: segak, comel, ayu, molek, hodoh, lawa, tampan 1) Muminah sungguh ayu orangnya. 2) Cikgu Merun segak orangnya. Indera bau: wangi, harum, busuk, hapak, tengik, semerbak, hanyir, hancing 1) Minyak wangi itu harum. 2) Bunga Cempaka itu semerbak baunya. Indera rasa: manis, pahit, masin, tawar, lemak, payau, sedap, lazat, masam, kelat 1) Semenjak peristiwa pahit itu membuatkan Hawa berhati-hati memilih teman. 2) Senyumannya sungguh manis sekali.
  • 7. Pembentukan Kata Adjektif • Pembentukan kata adjektif ada empat bentuk iaitu: (i) kata adjektif tunggal, (i) kata adjektif terbitan, (i) kata adjektif ganda dan, (i) kata adjektif majmuk.
  • 8. KATA TUNGGAL  Kesemua kata adjektif yang terdapat dalam contoh-contoh di atas terdiri daripada hanya satu perkataan atau bentuk kata tunggal. Tegasnya, bentuk-bentuk kata adjektif yang demikian terhasil daripada bentuk kata dasar, iaitu tanpa gabungan dengan bentuk imbuhan, atau tanpa mengalami proses-proses lain seperti penggandaan. Kata adjektif tunggal mudah digunakan dalam ayat sebagai penerang kata nama, dan menerima sama ada kata Bantu dan kata penguat atau tidak menerima unsur- unsur tersebut. Contohnya: 1. Warna kuning digemari oleh kakaknya. 2. Cara hidup seniman itu amat sederhana. 3. Pada malam ini bulan sungguh terang. 4. Sumbangannya kepadamu masih kecil amat. 5. Tidur anak kami nyenyak benar.
  • 9. Kata Adjektif Terbitan • Kata adjektif boleh juga terdiri daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan, iaitu yang berbentuk dengan imbuhan-imbuhan seperti awalan, apitan, dan sisipan yang digandingkan pada kata dasar itu. Awalan Kata Adjektif  Awalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ter- dan se-. (i) Awalan ter-  Awalan ter- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar yang sememangnya jenis kata adjektif. Kata adjektif terbitan yang demikian berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling. Contoh: ter + kecil = terkecil ter + masyhur = termasyhur ter + panjang = terpanjang ter + merah = termerah ter + muda = termuda  Penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut: 1. Ali pelajar yang terkecil dalam kelas itu. 2. Seniman termasyhur itu telah meninggal dunia. 3. Sungai Rejang ialah yang terpanjang di Malaysia. 4. Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah yang termerah. 5. Dalam kumpulan kami dialah yang termuda.
  • 10. (ii) Awalan se-  Awalan se- juga dapat digunakan bagi menerbitkan kata adjektif, apabila bergabung dengan kata-kata dasar, untuk memberi pengertian sama.Contohnya: se + tinggi = setinggi se + besar = sebesar se + pandai = sepandai se + indah = seindah se + buruk = seburuk  Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Kelulusannya tidak setinggi kelulusan adiknya. 2. Bangunan di situ akan didirikan sebesar bangunan kompleks Daya Bumi. 3. Aminah tidak sepandai abangnya. 4. Warna baju itu semerah darah ikan. 5. Keadaan ekonomi negara tahun lalu tidak seburuk keadaannya sekarang.
  • 11. Apitan kata adjektif  Apitan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ke- …-an. (i) Apitan ke-…-an  Gabungan apitan ke-…-an dengan satu kata dasar daripada jenis kata nama menerbitkan bentuk kata adjektif yang menunjukkan suatu keadaan atau sifat kata nama yang diterangkan. Umumnya kata adjektif ini dihubungkan dengan sifat sesuatu bangsa. Contohnya: kebaratan kearaban kecintaan keindonesiaan kemelayuan  Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Cara hidupnya sungguh kebaratan. 2. Rupanya agak kecinaan. 3. Pakaiannya terlalu kearaban. 4. Gaya pertuturannya amat keindonesiaan. 5. Sifat kemelayuannya begitu menonjol
  • 12. Sisipan kata adjektif  Kata adjektif terbitan dapat juga dibentuk melalui gabungan kata dasar daripada jenis kata adjektif, kata nama atau kata kerja dengan sisipan. Proses ini melibatkan empat jenis sisipan -em-, -el-, -er-, dan –in-. Bentuk-bentuk ini amat terhad dan tidak produktif sifatnya. (i) Sisipan -em-  Sisipan -em- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan beberapa kata dasar tertentu. Contohnya: guruh = gemuruh gilang = gemilang serbak = semerbak santan = semantan ketot = kemetot  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Bau bunga-bunga di taman tasik itu semerbak. 2. Upacara gemilang itu menjadi lebih bermakna dengan bacaan doa. 3. Tepukan daripada penyokongnya begitu gemuruh. 4. Nyiur semantan sudah boleh dibuat gulai. 5. Pokok-pokoknya kemetot belaka kerana kekurangan baja.
  • 13. (ii) Sisipan -el-  Sisipan -el- yang bergabung dengan beberapa kata dasar tertentu juga berfungsi menerbitkan kata-kata adjektif, seperti yang berikut: serak = selerak gembung = gelembung kebak = kelebak  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Bilik selerak itu kepunyaan abangku. 2. Kulitnya jarang melecur itu gelembung. 3. Kain layarnya kelebak dipukul angin.
  • 14. (iii) Sisipan -er-  Sisipan -er- juga dapat bergabung dengan beberapa kata dasar untuk menerbitkan kata-kata adjektif, seperti berikut: kelip = ker(e)lip godah = gerodak  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Masjid itu dihiasi dengan lampu kerlip pada setiap malam Jumaat. 2. Bunyi gerodak kedengaran apabila tabung itu jatuh. (iv) Sisipan -in-  Setakat ini hanya terdapat satu sahaja kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu sinambung. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Sastera Melayu moden ialah sastera sinambung daripada sastera Melayu lama.
  • 15. Kata Adjektif Ganda  Kata adjektif daripada jenis gandaan penuh juga dapat menerima apitan ke-…-an bagi menerbitkan kata adjektif. Kata adjektif yang menerima apitan ke-…-an ialah kata adjektif yang mendukung makna menyerupai sifat yang terkandung dalam kata dasarnya. Contohnya: kuning = kekuning-kuningan merah = kemerah-merahan malu = kemalu-maluan hijau = kehijau-hijauan gila = kegila-gilaan bodoh = kebodoh-bodohan  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Warna payungnya kekuning-kuningan. 2. Mukanya kemerah-merahan kerana berjemur seharian. 3. Sawah yang terbentang itu kehijau-hijauan. 4. Anak itu kemalu-maluan apabila diusik. 5. Mereka berlagak kebodoh-bodohan apabila disoal.
  • 16.  Kata adjektif daripada jenis gandaan penuh juga dapat menerima apitan ke-…-an bagi menerbitkan kata adjektif. Kata adjektif yang menerima apitan ke-…-an ialah kata adjektif yang mendukung makna menyerupai sifat yang terkandung dalam kata dasarnya. Contohnya: kuning = kekuning-kuningan merah = kemerah-merahan malu = kemalu-maluan hijau = kehijau-hijauan gila = kegila-gilaan bodoh = kebodoh-bodohan  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Warna payungnya kekuning-kuningan. 2. Mukanya kemerah-merahan kerana berjemur seharian. 3. Sawah yang terbentang itu kehijau-hijauan. 4. Anak itu kemalu-maluan apabila diusik. 5. Mereka berlagak kebodoh-bodohan apabila disoal.
  • 17. Penggandaan separa  Penggandaan separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian daripada kata dasar diulang.Kata adjektif gandaan separa terhad jumlahnya dalam bahasa Melayu. Kata adjektif gandaan ini digunakan untuk membawa maksud penekanan pada kata dasar.Contohnya: besar-besaran gila-gilaan awur-awuran kecil-kecilan takut-takutan  Kehadirannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Upacara sambutan hari kemerdekaan kali ini diadakan secara besar- besaran. 2. Pemuda itu berkelakuan gila-gilaan selepas kematian tunangnya. 3. Dia mengamuk secara awur-awuran setelah dimarahi oleh ibunya. 4. Mak Minah berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga. 5. Bayi itu dalam keadaan takut-takutan semenjak disergah oleh abangnya.
  • 18. Penggandaan berentak  Kata adjektif gandaan berentak dihasilkan dengan menggandakan kata dasar berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar dengan makna penekanan maksud pada kata dasar.Contohnya: kacau-bilau gilang-gemilang kontang-kanting lekak-lekuk titik-bengik porak-peranda kusut-masai kucar-kacir simpang-siur hiruk-pikuk  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut: 1. Rumah tangganya porak-peranda kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab. 2. Pesta pada malam itu gilang-gemilang. 3. Usahlah bertegang leher tentang perkara yang titik-bengik itu. 4. Kejadian rompakan itu berlaku pada waktu malam yang gelap-gelita. 5. Dia dijumpai dalam keadaan kusut-masai setelah sesat di hutan itu.
  • 19. Kata Adjektif Majmuk  Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata adjektif majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.Contohnya: merah jambu kuning langsat hijau daun muda remaja biru laut  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Baju kurung songket merah jambu kesayangan kakak dicuri orang. 2. Ular yang dilihatnya kelmarin berwarna hijau daun. 3. Dinding bahagian dalam rumahnya dicat dengan warna biru laut. 4. Gadis berkulit kuning langsat itu telah memenangi peraduan fesyen kebaya. 5. Fesyen terbaharu itu menjadi ikutan kaum muda remaja.
  • 20.  Terdapat sejumlah kata adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan, iaitu terdiri daripada simpulan bahasa, seperti contoh yang berikut: panjang tangan besar kepala ringan tulang terang hati rabun ayam  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Dia tidak boleh dipercayai kerana tabiatnya panjang tangan. 2. Kejayaan itu telah membuatnya menjadi besar kepala. 3. Ali dsukai ramai kerana ia ringan tulang. 4. Aminah sering diajar sesuatu perkara kerana dia terang hati. 5. Penglihatannya kurang baik pada waktu senja kerana beliau rabun ayam.
  • 21. Terdapat juga rangkaian kata adjektif yang sekali imbas seolah-olah kata adjektif majmuk. Sebenarnya binaan ini terdiri daripada bentuk frasa dan boleh menerima penyisipan di antaranya.Contohnya: riang gembira - riang dan gembira tua muda - tua dan muda miskin kaya - miskin dan kaya cantik manis - cantik dan manis panas terik - panas yang terik Gabungan antara kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama membentuk konstituen-konstituen baharu dengan makna baharu.