1. 1. Kata ganti nama diri pertama
Kata ganti nama diri pertama digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap.
Contoh kata ganti nama diri pertama dan penggunaannya ialah sepertimana di bawah;
Bentuk Penggunaan Contoh ayat
Tunggal
Aku Sewaktu bercakap dengan rakan
atau tuhan
1.Aku berlindung pada-mu,Tuhan.
2.”Berikan aku pen itu,”kata Ah Chong kepada
Ramu.
Saya Sewaktu bercakap dalam majlis
rasmi atau dengan orang yang
baru dikenali
1.Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan
sekalian.
Beta Sewaktu Raja atau Sultan
bertitah kepada rakyat
1.Beta murka dengan kelakuan tuan hamba.
Patik Sewaktu golongan
bawahan bercakap dengan Raja
Ampun tuanku, sembah patik harap diampun.
Hamba Digunakan sebagai kata ganti
nama diri sendiri pada zaman
dahulu.
1.Siapakah geranagan tuan hamba?
Jamak
Kami Mewakili pihak yang ramai
apabila bercakap dengan orang
lain
1.”Kami akan belajar bersungguh-sungguh,”
kata mereka.
Kita Digunakan kepada diri sendiri dan
orang yang dilawan bercakap
1.Kita rakyat Malaysia.
2.Di manakah kita sekarang.
2. 2. Kata ganti nama diri kedua
Kataganti nama diri kedua digunakan untuk merujuk orang yang dilawan bercakap.
Awak Anda Engkau Tuanku Kalian Kamu Hamba
Bentuk Penggunaan Contoh Ayat
Awak
Digunakan untuk membahasakan diri
orang kedua
1.Saya akan kerumah awak esok.
2.Bilakah awak tiba?
Anda
Digunakan untuk orang yang tidak
dikhususkan percakapan atau dalam
satu kumpulan
1.Anda dilarang membuang sampah di sini.
2.Anda diminta tunggu sebentar.
Engkau
Digunakan untuk diri orang kedua yang
rapat dengan kita atau Tuhan
1.Jangan engkau hiraukan tentang diri
saya.
2.Engkau yang Maha Pemurah.
Tuanku
Digunakan apabila bercakap dengan
Sultan atau Raja
1.Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun.
Kalian
Digunakan ketika bercakap dengan
sekumpulan orang
1.Diharap kalian dapat bersabar.
2.Kalian tidak dibenarkan bercakap.
Kamu
Digunakan ketika bercakap dengan
orang yang rapat dengan kita
1.Bilakah kamu tiba?
2.Kamu akan berjaya jika rajin berusaha.
Hamba
Digunakan ketika merujuk kepada
percakapan bahasa orang-orang
terdahulu.
1. "Hamba berharap tuan hamba akan
datang ke teratak buruk hamba malam
nanti," kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.
3. 3. Kata ganti nama diri ketiga
Kata ganti nama diri ketiga digunakan untuk merujuk orang yang diperkatakan.
Ia Dia Beliau Baginda Mereka
Bentuk Penggunaan Contoh Ayat
Tunggal
Ia Digunakan untuk merujuk benda
atau haiwan yang diperkatakan
1. Itu kapal terbang.Ia bergerak pantas.
2. Si Comel mengiau- ngiau. Ia kehilangan
anak.
Dia Digunakan untuk merujuk
seseorang yang diperkatakan
1. Dia merupakan anak tunggal dalam
keluarga Encik Hamid.
Beliau Digunakan untuk merujuk
seseorang yang berkedudukan
atau terhormat
1. Beliau pemimpin yang dihormati.
2. Beliau pensyarah di Universiti Malaya.
Baginda Digunakan untuk merujuk Sultan
atau Raja
1. Baginda memerintah negeri dengan adil
dan saksama.
Jamak
Mereka Digunakan untuk merujuk
sekumpulan orang yang
diperkatakan
1. Mereka sedang bermain bola.
2. Antara mereka dialah yang terpandai.,