SlideShare a Scribd company logo
1 of 71
KATA ADJEKTIF
KATAADJEKTIF
Pendahuluan
 Kata adjektif yang dikenal sebagai kata sifat ialah perkataan
yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa
adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau
beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan
unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata
penguat. Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan
daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh
didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contohnya: amat
sakit, sakit sungguh, terlalu banyak, banyak sekali, sangat
lain, lain sekali. Dalam ayat, kata adjektif berfungsi
menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau
frasa nama. Perhatikan contoh-contoh ayat yang berikut:
Kata Adjektif
1. Adik saya tinggi.
2. Ali sangat pandai.
3. Orang muda itu baik sungguh.
4. Pendapatnya lain sekali.
5. Anaknya masih kecil lagi.
6. Malam ini gelap benar.
7. Reka bentuk rumah itu sangat lain.
8. Hasil-mahsul negara itu amat banyak.
9. Buah pokok durian itu banyak sekali.
10 Suaranya masih sungguh merdu sekali.
 Dalam ayat-ayat di atas, perkataan-perkataan yang condong ialah
frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat-ayat yang
berkenaan. Perkataan-perkataan yang bergaris pula ialah bentuk kata
adjektif yang menjadi inti frasa adjektif tersebut.
Kata Adjektif
 Hubungan kata adjektif dengan unsur-unsur keterangan dalam contoh-
contoh ayat di atas adalah seperti berikut:
FRASAADJEKTIF
Keterangan
Kata Bantu Penguat
Kata adjektif Keterangan
- - tinggi -
- sangat pandai -
- - baik sungguh
- - lain sekali
masih - kecil lagi
- - gelap benar
- sangat lain -
- amat banyak -
- - banyak sekali
masih sungguh merdu sekali
8.2 Jenis Kata Adjektif
 Walaupun golongan kata adjektif tidak mempunyai
subgolongan yang ketara, namun kriteria makna, kita dapat
membahagikan kata adjektif kepada sekurang-kurangnya
sembilan jenis, seperti yang berikut:
(i) kata adjektif sifatan atau keadaan
(ii) kata adjektif warna
(iii) kata adjektif ukuran
(iv) kata adjektif bentuk
(v) kata adjektif waktu
(vi) kata adjektif jarak
(vii) kata adjektif cara
(viii) kata adjektif perasaan
(ix) kata adjektif pancaindera
8.2.1 Kata adjektif Sifatan atau
Keadaan
 Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang
memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur
keterangan nama.
 Contohnya:
baik lemah
jahat kasar
cerdik berani
pandai takut
gopoh sihat
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. 1. Budak baik selalu dipuji.
2. Orang itu berniat jahat terhadap projek kita.
3. Anak guru itu amat cerdik.
4. Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya.
5. Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan gopoh.
8.2.2 Kata Adjektif Warna
 Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang
memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan.
Contohnya:
merah ungu
putih kelabu
biru hitam
hijau kuning
perang jingga
 Contoh pengunaannya dalam ayat:
1. Baju merah itu kepunyaanku.
2. Tubuhnya diselimuti kain putih.
3. Daun-daun hijau tiada lagi pada pokok itu.
4. Warna perang tidak begitu digemari orang.
5. Warna biru kegemaran ibu.
8.2.3 Kata Adjektif Ukuran
 Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang memberi pengertian
ukuran sebagai unsur keterangan. Contohnya:
panjang rendah
pendek tebal
kecil nipis
besar kerdil
tinggi renek
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Jambatan panjang itu baru siap didirikan.
2. Pahlawan itu sentiasa berkeris panjang ke mana-mana sahaja dia pergi.
3. Bilik kecil itu mudah diurus.
4. Ayahnya bertugas di Pejabat Pos Besar.
5. Ketua pasukan itu tinggi orangnya.
8.2.4 Kata Adjektif Bentuk
 Kata adjektif bentuk ialah jenis perkataan yang memberi
pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan.
Contohnya:
bulat bengkok
lonjong lurus
bujur buncit
bundar kempis
leper lekuk
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Kemerdekaan negara itu tercapai hasil satu perundingan
meja bulat.
2. Bola ragbi berbentuk lonjong.
3. Kotak hadiah itu berbentuk empat segi bujur.
4. Ada dua vokal bundar dalam bahasa Melayu.
5. Gasing leper kesayangannya telah pecah.
8.2.5 Kata Adjektif Waktu
 Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang memberi
pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan.
Contohnya:
baharu lampau
lama lewat
segera cepat
suntuk lambat
silam awal
 Contoh pengguaannya dalam ayat:
1. Ali ke kedai untuk membeli baju baharu.
2. Jalan lama ke kampung itu telah dibaiki.
3. Kanak-kanak suka makan makanan segera.
4. Kami tidak akan pergi kerana waktu amat suntuk.
5. Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam.
8.2.6 Kata Adjektif Jarak
 Kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang memberi
pengertian konsep ruang antara dua benda sebagai penerang
kata nama. Contohnya:
jauh hampir
dekat nyaris
 Contoh penggunaan dalam ayat:
1. Rumah yang ditujui itu sungguh jauh.
2. Tempat kejadian itu berlaku dekat sekali dengan rumah saya.
3. Rumahnya paling hampir dengan sekolah.
4. Dalam kemalangan itu, mereka nyaris menemui ajal.
8.2.7 Kata Adjektif Cara
 Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang memberi
pengertian keadaan kelakuan atau ragam, sebagai penerang
kata nama. Contohnya:
cepat lincah
deras gopoh
laju jelas
lambat sering
perlahan selalu
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Tindak balas orang tua itu sungguh cepat.
2. Pengaliran air sungguh itu deras.
3. Motosikal laju itu direka khas untuk perlumbaan.
4. Orang lambat selalu rugi.
5. Pemain lincah itu berasal dari utara.
8.2.8 Kata Adjektif Perasaan
 Kata adjektif ini terdiri daripada perkataan yang memberi
pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama
dan harus diikuti oleh kata sendi nama. Contohnya:
rindu berahi
benci ragu
segan kasih
suka sayang
gembira
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Dia amat rindu akan emaknya.
2. Saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya.
3. Gadis itu terlalu segan untuk bertanya.
4. Dia segan sungguh dengan pemuda itu.
5. Anak kecil itu sungguh gembira sekali dengan permainan
itu.
8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera
 Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang
memberi pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau,
sentuh, atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang
kata nama. Contohnya:
(i) Indera rasa:
sedap pahit
manis masin
lazat tawar
masam lemak
kelat payau
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Masakan sedap tidak semestinya terdapat di kedai.
2. Wajah perawan itu manis.
3. Mereka akan menyediakan makanan lazat.
4. Dia berdiri sambil menunjukkan muka masam.
5. Pisang muda kelat rasanya.
8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera
(ii) Indera Pandang:
cantik buruk
molek tampan
hodoh comel
lawa segak
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Pemandangan di pinggir laut itu sungguh cantik.
2. Gadis molek itu anak Pak Hamid.
3. Rupanya hodoh tetapi akhlaknya mulia.
4. Pemuda lawa itu berasal dari Perak.
5. Perompak-perompak itu itu keluar dari rumah buruk itu.
6. Kakaknya akan berkahwin dengan pemuda tampan itu.
8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera
(iii) Indera dengar:
bising mersik
merdu serak
nyaring garau
lunak
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Bunyi bising itu datang dari biliknya.
2. Penyanyi itu mempunyai suara merdu.
3. Bunyi semboyan kereta api itu sungguh nyaring.
4. Penyanyi suara lunak itu baru berusia 15 tahun.
5. Bunyi biolanya amat mersik.
6. Mereka menjerit-jerit sehingga serak suara mereka.
8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera
(iv) Indera bau:
harum tengik
wangi semerbak
busuk hanyir
hapak hancing
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Bedak sejuk itu harum baunya.
2. Pemuda itu suka memakai minyak wangi.
3. Bau busuk di kilang itu mengganggu kami.
4. Pakaian yang tidak dicuci baunya hapak.
5. Minyak tengik itu jangan digunakan
6. Kawasan di perkarangan rumahnya sentiasa semerbak
dengan bau bunga- bungaan.
7. Bau ikan yang sedang disiang itu hanyir.
8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera
(v) Indera sentuh:
halus kesat
licin lembap
kasar lembut
keras
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Kain halus itu hasil tenunan tangan.
2. Jalan licin di hadapan bangunan itu sering menyebabkan
kemalangan.
3. Papan itu kasar kerana belum diketam.
4. Bancuhan simen itu telah keras.
5. Jangan suka memakai pakaian lembap.
6. Mereka menguli adunan itu sehingga lembut.
8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera
(vi) Gabungan indera:
bersih (sentuh+pandang+bau)
selesa (sentuh+pandang)
tenteram (dengar+pandang)
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Islam menggalakkan orang memakai pakaian bersih.
2. Rumah kepunyaan Ali itu selesa benar.
3. Kehidupan sepasang suami isteri itu amat tenteram.
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
 Kata adjektif boleh terdiri daripada bentuk-
bentuk yang berikut:
I. kata adjektif tunggal
II. kata adjektif terbitan
III. kata adjektif ganda
IV. kata adjektif majmuk
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
8.3.1 Kata Adjektif Tunggal
 Kesemua kata adjektif yang terdapat dalam contoh-contoh di
atas (8.2) terdiri daripada hanya satu perkataan atau bentuk
kata tunggal. Tegasnya, bentuk-bentuk kata adjektif yang
demikian terhasil daripada bentuk kata dasar, iaitu tanpa
gabungan dengan bentuk imbuhan, atau tanpa mengalami
proses-proses lain seperti penggandaan. Kata adjektif
tunggal mudah digunakan dalam ayat sebagai penerang kata
nama, dan menerima sama ada kata Bantu dan kata penguat
atau tidak menerima unsur-unsur tersebut. Contohnya:
1. Warna kuning digemari oleh kakaknya.
2. Cara hidup seniman itu amat sederhana.
3. Pada malam ini bulan sungguh terang.
4. Sumbangannya kepadamu masih kecil amat.
5. Tidur anak kami nyenyak benar.
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
8.3.2 Kata Adjektif Terbitan
Kata adjektif boleh juga terdiri daripada satu
kata dasar yang menerima imbuhan, iaitu yang
berbentuk dengan imbuhan-imbuhan seperti
awalan, apitan, dan sisipan yang digandingkan
pada kata dasar itu.
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
8.3.2.1 Awalan Kata Adjektif
 Awalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ter- dan
se-.
(i) Awalan ter-
 Awalan ter- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung
dengan kata dasar yang sememangnya jenis kata adjektif. Kata
adjektif terbitan yang demikian berfungsi sebagai penjelasan
keadaan perbandingan atau keadaan paling. Contoh:
ter + kecil = terkecil
ter + masyhur = termasyhur
ter + panjang = terpanjang
ter + merah = termerah
ter + muda = termuda
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
 Penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:
1. Ali pelajar yang terkecil dalam kelas itu.
2. Seniman termasyhur itu telah meninggal dunia.
3. Sungai Rejang ialah yang terpanjang di Malaysia.
4. Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah yang
termerah.
5. Dalam kumpulan kami dialah yang termuda.
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
(ii) Awalan se-
 Awalan se- juga dapat digunakan bagi menerbitkan kata adjektif, apabila
bergabung dengan kata-kata dasar, untuk memberi pengertian
sama.Contohnya:
se + tinggi = setinggi
se + besar = sebesar
se + pandai = sepandai
se + indah = seindah
se + buruk = seburuk
 Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Kelulusannya tidak setinggi kelulusan adiknya.
2. Bangunan di situ akan didirikan sebesar bangunan kompleks Daya
Bumi.
3. Aminah tidak sepandai abangnya.
4. Warna baju itu semerah darah ikan.
5. Keadaan ekonomi negara tahun lalu tidak seburuk keadaannya sekarang.
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
8.3.2.2 Apitan kata adjektif
 Apitan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ke-…an.
(i) Apitan ke-…-an
 Gabungan apitan ke-…-an dengan satu kata dasar daripada jenis kata
nama menerbitkan bentuk kata adjektif yang menunjukkan suatu
keadaan atau sifat kata nama yang diterangkan. Umumnya kata adjektif
ini dihubungkan dengan sifat sesuatu bangsa. Contohnya:
kebaratan kearaban
kecintaan keindonesiaan
kemelayuan
 Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Cara hidupnya sungguh kebaratan.
2. Rupanya agak kecinaan.
3. Pakaiannya terlalu kearaban.
4. Gaya pertuturannya amat keindonesiaan.
5. Sifat kemelayuannya begitu menonjol.
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
8.3.2.3 Sisipan kata adjektif
 Kata adjektif terbitan dapat juga dibentuk melalui gabungan
kata dasar daripada jenis kata adjektif, kata nama atau kata
kerja dengan sisipan. Proses ini melibatkan empat jenis
sisipan -em-, -el-, -er-, dan –in-. Bentuk-bentuk ini amat
terhad dan tidak produktif sifatnya.
(i) Sisipan -em-
 Sisipan -em- dapat menerbitkan kata adjektif apabila
bergabung dengan beberapa kata dasar tertentu. Contohnya:
guruh = gemuruh
gilang = gemilang
serbak = semerbak
santan = semantan
ketot = kemetot
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
 Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang
berikut:
1. Bau bunga-bunga di taman tasik itu semerbak.
2. Upacara gemilang itu menjadi lebih bermakna dengan
bacaan doa.
3. Tepukan daripada penyokongnya begitu gemuruh.
4. Nyiur semantan sudah boleh dibuat gulai.
5. Pokok-pokoknya kemetot belaka kerana kekurangan baja.
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
(ii) Sisipan -el-
 Sisipan -el- yang bergabung dengan beberapa kata dasar
tertentu juga berfungsi menerbitkan kata-kata adjektif, seperti
yang berikut:
serak = selerak
gembung = gelembung
kebak = kelebak
 Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang
berikut:
1. Bilik selerak itu kepunyaan abangku.
2. Kulitnya jarang melecur itu gelembung.
3. Kain layarnya kelebak dipukul angin.
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
(iii) Sisipan -er-
 Sisipan -er- juga dapat bergabung dengan beberapa kata
dasar untuk menerbitkan kata-kata adjektif, seperti berikut:
kelip = ker(e)lip
godah = gerodak
 Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang
berikut:
1. Masjid itu dihiasi dengan lampu kerlip pada setiap malam
Jumaat.
2. Bunyi gerodak kedengaran apabila tabung itu jatuh.
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
(iv) Sisipan -in-
 Setakat ini hanya terdapat satu sahaja kata terbitan yang
terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu sinambung. Contoh
penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Sastera Melayu moden ialah sastera sinambung daripada
sastera Melayu lama.
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
8.3.3. Kata Adjektif Ganda
 Kata adjektif ganda dapat diterbitkan melalui tiga cara, iaitu
penggandaan penuh, penggandaan separa, dan penggandaan
berentak
8.3.3.1 Penggandaan penuh
 Penggandaan penuh merupakan cara yang paling mudah,
iaitu dengan menggandakan kata adjektif tunggal untuk
memberikan makna keadaan sifat yang menyeluruh.
Contohnya:
besar-besar tumpul-tumpul
kecil-kecil bijak-bijak
tinggi-tinggi hijau-hijau
rendah-rendah kuning-kuning
panjang-panjang merah-merah
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
 Kehadiran kata adjektif ganda dalam ayat adalah seperti
yang berikut:
1. Rumah di bandar itu besar-besar.
2. Buah pokok durian itu kecil-kecil.
3. Tinggi-tinggi bangunan di bandar itu.
4. Pokok di kebun bunga itu rendah-rendah.
5. Tali pengikatnya panjang-panjang.
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
 Kata adjektif daripada jenis gandaan penuh juga dapat menerima apitan
ke-…-an bagi menerbitkan kata adjektif. Kata adjektif yang menerima
apitan ke-…-an ialah kata adjektif yang mendukung makna menyerupai
sifat yang terkandung dalam kata dasarnya. Contohnya:
kuning = kekuning-kuningan
merah = kemerah-merahan
malu = kemalu-maluan
hijau = kehijau-hijauan
gila = kegila-gilaan
bodoh = kebodoh-bodohan
 Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Warna payungnya kekuning-kuningan.
2. Mukanya kemerah-merahan kerana berjemur seharian.
3. Sawah yang terbentang itu kehijau-hijauan.
4. Anak itu kemalu-maluan apabila diusik.
5. Mereka berlagak kebodoh-bodohan apabila disoal.
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
8.3.3.2 Penggandaan separa
 Penggandaan separa ialah penggandaan yang melibatkan
sebahagian daripada kata dasar diulang.Kata adjektif gandaan
separa terhad jumlahnya dalam bahasa Melayu. Kata adjektif
gandaan ini digunakan untuk membawa maksud penekanan
pada kata dasar.Contohnya:
besar-besaran
gila-gilaan
awur-awuran
kecil-kecilan
takut-takutan
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
 Kehadirannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Upacara sambutan hari kemerdekaan kali ini diadakan
secara besar-besaran.
2. Pemuda itu berkelakuan gila-gilaan selepas kematian
tunangnya.
3. Dia mengamuk secara awur-awuran setelah dimarahi oleh
ibunya.
4. Mak Minah berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah
pendapatan keluarga.
5. Bayi itu dalam keadaan takut-takutan semenjak disergah
oleh abangnya.
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
8.3.3.3 Penggandaan berentak
 Kata adjektif gandaan berentak dihasilkan dengan
menggandakan kata dasar berdasarkan rentak bunyi
tertentu dalam kata dasar dengan makna penekanan
maksud pada kata dasar.Contohnya:
kacau-bilau gilang-gemilang
kontang-kanting lekak-lekuk
titik-bengik porak-peranda
kusut-masai kucar-kacir
simpang-siur hiruk-pikuk
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
 Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:
1. Rumah tangganya porak-peranda kerana sikapnya yang
tidak bertanggungjawab.
2. Pesta pada malam itu gilang-gemilang.
3. Usahlah bertegang leher tentang perkara yang titik-bengik
itu.
4. Kejadian rompakan itu berlaku pada waktu malam yang
gelap-gelita.
5. Dia dijumpai dalam keadaan kusut-masai setelah sesat di
hutan itu.
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
8.3.4 Kata Adjektif Majmuk
 Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada
proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang
membawa makna tertentu. Kata adjektif majmuk dieja
terpisah dan bertindak sebagai satu unit.Contohnya:
merah jambu kuning langsat
hijau daun muda remaja
biru laut
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
 Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang
berikut:
1. Baju kurung songket merah jambu kesayangan kakak dicuri
orang.
2. Ular yang dilihatnya kelmarin berwarna hijau daun.
3. Dinding bahagian dalam rumahnya dicat dengan warna biru
laut.
4. Gadis berkulit kuning langsat itu telah memenangi peraduan
fesyen kebaya.
5. Fesyen terbaharu itu menjadi ikutan kaum muda remaja.
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
 Terdapat sejumlah kata adjektif majmuk yang membawa
maksud kiasan, iaitu terdiri daripada simpulan bahasa,
seperti contoh yang berikut:
panjang tangan
besar kepala
ringan tulang
terang hati
rabun ayam
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
 Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang
berikut:
1. Dia tidak boleh dipercayai kerana tabiatnya panjang tangan.
2. 184.Kejayaan itu telah membuatnya menjadi besar kepala.
3. 185.Ali dsukai ramai kerana ia ringan tulang.
4. 186..Aminah sering diajar sesuatu perkara kerana dia terang
hati.
5. 187.Penglihatannya kurang baik pada waktu senja kerana
beliau rabun ayam.
8.3 Pembentukan Kata Adjektif
 Terdapat juga rangkaian kata adjektif yang sekali
imbas seolah-olah kata adjektif
majmuk. Sebenarnya binaan ini terdiri daripada
bentuk frasa dan boleh menerima penyisipan di
antaranya.Contohnya:
riang gembira - riang dan gembira
tua muda - tua dan muda
miskin kaya - miskin dan kaya
cantik manis - cantik dan manis
panas terik - panas yang terik
 Gabungan antara kata adjektif dengan kata adjektif
atau kata adjektif dengan kata nama membentuk
konstituen-konstituen baharu dengan makna baharu.
8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk
Perbandingan
 Kata adjektif dapat digunakan untuk
menyatakan tiga darjah perbandingan, iaitu:
I. darjah biasa
II. darjah bandingan
III. darjah penghabisan
8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk
Perbandingan
8.4.1 Darjah Biasa
 Kata adjektif jenis ini dapat digunakan bagi
menunjukkan darjah biasa, seperti dalam ayat-ayat yang
berikut:
1. Hidup keluarga itu sederhana.
2. Malam ini bulan terang.
3. Perangai pemuda kampung itu baik.
4. Tubuh budak itu kurus.
5. Laut tenang ketika waktu pagi.
8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk
Perbandingan
8.4.2 Darjah Bandingan
 Kata adjektif jenis ini dapat digunakan bagi menyatakan
darjah bandingan dengan dua cara yang berikut:
(i) bandingan yang sama: iaitu menggunakan kata-kata
adjektif dengan awalan se-, seperti sebesar, setinggi,
sepandai, secantik, sesedap. Contoh-contoh dalam ayat
ialah:
1. Rumah Ali sebesar rumah Ahmad.
2. Anak saya tidak setinggi anaknya.
3. Fatimah tidak sepandai kakaknya.
4. Gadis itu secantik puteri raja.
5. Masakannya tidak sesedap masakan ibu.
8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk
Perbandingan
 Bentuk kata adjektif dengan awalan se- ini boleh juga bertukar
ganti dengan perkataan sama, iaitu:
 sebesar boleh menjadi sama besar dengan
 setinggi boleh menjadi sama tinggi dengan
 sepandai boleh menjadi sama pandai dengan
 secantik boleh menjadi sama cantik dengan
 sesedap boleh menjadi sama sedap dengan
8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk
Perbandingan
(ii) bandingan yang berbeza:iaitu kata adjektif yang
menggunakan kata penguat lebih atau kurang, yang berfungsi
sebagai bandingan,seperti dalam contoh ayat-ayat yang
berikut:
1. Rumah Ali lebih besar daripada rumah Ahmad
2. Murid itu kurang pandai daripada murid ini.
3. Gadis itu lebih cantik daripada kakaknya.
4. Kedai syarikat itu lebih maju daripada kedai-kedai lain.
5. Kami menang kerana lebih cekap daripada pasukan lawan.
8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk
Perbandingan
8.4.3 Darjah Penghabisan
 Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah
penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara
yang berikut:
i. se- + kata adjektif + gandaan + kata nama
ii. ter- + kata adjektif
iii. paling + kata adjektif
iv. kata adjektif + sekali
v. ter- + { amat/sangat } + kata adjekti
vi. { amat / sungguh/sangat } + kata adjektif + sekali
8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk
Perbandingan
(i) se + kata adjektif + gandaan + kata nama
 Contoh:
sepandai-pandai tupai
setinggi-tinggi gunung
sekeras-keras batu
sebaik-baik manusi
secantik-cantik bunga
8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk
Perbandingan
(ii) ter- + kata adjektif
 Contoh:
terpandai
tertinggi
terbaik
tercantik
termasyhur
(iii)paling + kata adjektif
 Contoh:
paling pandai
paling tinggi
paling baik
paling lazat
paling cerdik
8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk
Perbandingan
(iv) kata adjektif + sekali
 Contoh:
pandai sekali
tinggi sekali
baik sekali
cantik sekali
masyhur sekali
 Binaan ter + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan
sekali.
 terbesar sekali
 terpandai sekali
8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk
Perbandingan
 Begitu juga binaan paling + kata adjektif tidak perlu diikuti
oleh sekali lagi sebab binaan ter-, paling, dan sekali masing-
masing sudah membawa maksud darjah penghabisan
misalnya:
 terbesar sekali
 terpandai sekali
 paling tinggi sekali
 paling baik sekali
 paling besar sekali
8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk
Perbandingan
(v) ter + { amat sangat } + kata adjektif
 Contoh:
teramat pandai
tersangat tinggi
teramat baik
tersangat cantik
teramat masyhur
(vi) { amat sungguh sangat } + kata adjektif + sekali
amat pandai sekali
sungguh cergas sekali
sangat merdu sekali
Perbandingan Nahu Melayu Za’ba
dengan Tatabahasa Dewan
NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN
KATA SIFAT
- segala perkataan yang
menerangkan atau menunjukkan
sifat sesuatu nama atau
perbuatan atau keadaan
- perkataan sifat terbahagi kepada
dua iaitu:
1. Sifat nama – merupakan kata
yang menerangkan sifat kepada
nama.
KATAADJEKTIF
- berfungsi menerangkan keadaan
atau sifat bagi suatu kata nama
atau frasa nama. Kata adjektif
boleh dikenal pasti dan dibezakan
dengan cirinya boleh didahului
atau diikuti oleh kata penguat.
Contoh :
1. Adik saya tinggi.
2. Orang muda itu baik sungguh.
3. Suaranya masih sungguh merdu
sekali
Perbandingan Nahu Melayu Za’ba
dengan Tatabahasa Dewan
NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN
Jenis kata sifat nama
- dibahagikan mengikut makna dan sifat
yang diterangkan
i. yang menerangkan sifat jati
contoh : hitam, puteh, tinggi, rendah
ii. yang menerangkan banyak
(a) banyak bilangan
contoh : satu, suatu, beberapa,
ramai
(b) banyak kadar atau sukatan
contoh : banyak, sedikit, separuh
Jenis Kata Adjektif
- kata adjektif digolongkan berdasarkan
kriteria makna iaitu:
i. kata adjektif sifatan atau keadaan
ii. kata adjektif warna
iii. kata adjektif ukuran
iv. kata adjektif bentuk
v. kata adjektif waktu
vi. kata adjektif jarak
vii. kata adjektif cara
viii. kata adjektif perasaan
ix. kata adjektif pancaindera
Perbandingan Nahu Melayu Za’ba
dengan Tatabahasa Dewan
NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN
iii. yang menjadi petunjuk
(a) penunjuk tentu
contoh : ini, itu, begini, demikian
(b) penunjuk umum
contoh : lain, asing, barang, mana
iv. Yang menjadi pencerita
Contoh : tiap-tiap, masing-masing
- dari segi penggunaan, sifat nama boleh
digunakan sebagai;
Bentuk kata adjektif
- kata adjektif terdiri daripada bentuk-
bentuk berikut:
a. kata adjektif tunggal
- terhasil daripada bentuk kata dasar iaitu
tanpa gabungan dengan bentuk imbuhan
atau proses penggandaan
- kata adjektif tunggal mudah digunakan
dalam ayat sebagai penerang kata nama
dan menerima sama ada kata bantu dan
kata penguat atau tidak menerima unsur
tersebut. Contoh;
Perbandingan Nahu Melayu Za’ba
dengan Tatabahasa Dewan
NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN
i. penerang kepada nama
contoh : baju baharu
ii. cerita kepada nama
contoh : Baju saya baharu
- penggunaan kepada penjenis dan
pemadan bilangan (penjodoh bilangan),
sifat nama membilang dikhaskan kepada
pasangan masing-masing iaitu;
1. Warna kuning digemari oleh kakaknya.
2. Pada malam ini bulan sungguh terang.
3. Sumbangannya kepadamu masih kecil
amat.
b. kata adjektif terbitan
- boleh terdiri daripada satu kata dasar
yang menerima imbuhan seperti awalan,
apitan dan sisipan yang digandingkan pada
kata
Perbandingan Nahu Melayu Za’ba
dengan Tatabahasa Dewan
NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN
i. jika membilang manusia digunakan
orang.
ii. jika membilang binatang digunakan
ekor.
iii. jika membilang benda yang bulat atau
berisi digunakan buah atau butir atau biji.
iv. jika membilang benda yang panjang
dan keras digunakan batang.
v. jika membilang benda yang panjang
lembut atau panjang lebar digunakan
helai.
dasar itu. Contoh;
termasyhur kebaratan
gemuruh seindah
kemelayuan gemilang
c. kata adjektif ganda
- kata adjektif ganda diterbitkan melalui
tiga cara iaitu;
i. penggandaan penuh
ii. penggandaan separa
iii. penggandaan berentak
Perbandingan Nahu Melayu Za’ba
dengan Tatabahasa Dewan
NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN
2. Sifat kata – kata yang
menerangkan atau menunjukkan
dari hal perkataan-perkataan lain
selain nama.
Jenis sifat kata
- Sifat kata terbahagi kepada;
i. sifat kata cara atau gaya
- menerangkan gaya atau cara
bagaimana sesuatu perbuatan itu
dilakukan
d. kata adjektif majmuk
- terhasil daripada proses yang
merangkaikan dua kata dasar atau
lebih yang membawa makna tertentu
kata adjektif majmuk dieja terpisah
dan bertindak sebagai satu unit.
Contoh;
merah jambu
muda remaja
hijau daun
Perbandingan Nahu Melayu Za’ba
dengan Tatabahasa Dewan
NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN
ii.sifat kata masa
- menerangkan masa iaitu bila
berlakunya sesuatu perbuatan
a) menentukan bila
b) menentukan lama
c) menentukan kali atau ulangan
iii. sifat kata tempat
- menerangkan di mana berlaku
sesuatu perbuatan
Contoh: Biarlah dia berjalan dahulu.
- terdapat juga kata adjektif majmuk yang
membawa maksud kiasan iaitu terdiri
daripada simpulan bahasa. Contoh;
panjang tangan
ringan tulang
terang hati
- terdapat juga rangkaian kata adjjektif
yang seolah-olah kata adjektif majmuk.
Sebenarnya binaan ini terdiri daripada
bentuk frasa dan boleh menerima
penyisipan di antaranya. Contoh;
riang gembira - riang dan gembira
Perbandingan Nahu Melayu Za’ba
dengan Tatabahasa Dewan
NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN
iv. sifat kata sebab atau tujuan
- menerangkan mengapa, kenapa
Contoh: Mengapakah engkau lambat?
v. sifat kata darjah atau kadar
- menerangkan bagi menentukan
darjah sifat atau darjah perkataan yang
mengandungi makna sifat.
Contoh: Hampir kena
tua muda - tua dan muda
panas terik - panas dan terik
Kata adjektif dalam bentuk perbandingan
- kata adjektif digunakan untuk
menyatakan tiga darjah perbandingan
iaitu;
1. darjah biasa
- dapat digunakan bagi menunjukkan
darjah biasa. Contoh;
a. Hidup keluarga itu sederhana.
b. Malam ini bulan terang.
c. Laut tenang ketika waktu pagi.
Perbandingan Nahu Melayu Za’ba
dengan Tatabahasa Dewan
NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN
vi. sifat kata penentu
- menerangkan keadaan sesuatu
perbuatan atau sifat itu benar atau
tidak
Contoh: Ia tentu datang.
2. darjah bandingan
- digunakan bagi menyatakan darjah
bandingan dengan dua cara berikut,
i. bandingan yang sama
- iaitu menggunakan kata-kata adjektif
dengan awalan se- seperti sebesar,
setinggi, sepandai, secantik, sesedap.
Contoh;
a. Rumah Ali sebesar rumah Ahmad.
b. Masakannya tidak sesedap masakan ibu
Perbandingan Nahu Melayu Za’ba
dengan Tatabahasa Dewan
NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN
ii. bandingan yang berbeza
- kata adjektif yang menggunakan
kata penguat lebih atau kurang yang
berfungsi sebagai bandingan. Contoh;
a. Rumah Ali lebih besar daripada
rumah Ahmad.
b. Murid itu kurang pandai daripada
murid ini.
Perbandingan Nahu Melayu Za’ba
dengan Tatabahasa Dewan
NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN
3. Darjah penghabisan
- penggunaan kata adjektif dalam
ungkapan darjah penghabisan dapat
dilakukan seperti berikut;
i. se + kata adjektif + gandaan + kata nama
Contoh:
Sepandai-pandai tupai
Sebaik-baik manusia
ii. yang + ter + kata adjektif
Contoh:
yang terpandai
yang tertinggi
Perbandingan Nahu Melayu Za’ba
dengan Tatabahasa Dewan
NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN
iii. paling + kata adjektif
Contoh:
paling pandai
paling baik
iv. kata adjektif + sekali
Contoh:
cantik sekali
baik sekali
v. yang + ter + (amat/sekali) + kata
adjektif
Contoh:
yang teramat pandai
yang tersangat tinggi
Perbandingan Nahu Melayu Za’ba
dengan Tatabahasa Dewan
NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN
Kata adjektif dan unsur keterangan
- rangkaian frasa adjektif yang
mengandungi satu kata adjektif dan
beberapa unsur kata bantu dan penguat
yang letaknya di hadapan ataupun di
belakang kata adjektif.
i. kata bantu + kata adjektif
Contoh;
masih kuat
sudah sihat
mahu cantik
Perbandingan Nahu Melayu Za’ba
dengan Tatabahasa Dewan
NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN
ii. kata penguat + kata adjektif
Contoh;
sungguh cantik
sangat baik
agak kecil
iii. kata bantu + kata penguat + kata
adjektif
Contoh;
belum terlalu lewat
mahu benar pandai
sudah amat jelas
Perbandingan Nahu Melayu Za’ba
dengan Tatabahasa Dewan
NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN
iv. kata adjektif + kata penguat
Contoh;
besar sekali
indah amat
baik benar
v. kata bantu + kata adjektif + kata
penguat
Contoh;
sungguh cinta akan tanah airnya
sangat sibuk dengan pekerjaannya
amat malas oleh sebab kejemuan
Perbandingan Nahu Melayu Za’ba
dengan Tatabahasa Dewan
NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN
Persamaan
- Kedua-dua buku memberi maksud yang
sama tetapi istilag berbeza
Perbezaan
- Dalam Nahu Melayu Za’ba kata sifat
terbahagi kepada dua iaitu sifat nama dan
sifat kata. Sebaliknya dalam Tatabahasa
Dewan sifat kata tidak wujud.
- Dari segi jenis, Nahu Melayu Za’ba
mengkategorikan kata sifat berdasarkan
penggunaan dalam sifat nama dan sifat
kata tetapi Tatabahasa Dewan
mengkategorikan kata adjektif kepada 9
jenis.
Perbandingan Nahu Melayu Za’ba
dengan Tatabahasa Dewan
NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN
Ulasan:
Tatabahasa Dewan membuat
pembahagian yang lebih terperinci
berbanding dengan Nahu Melayu
Za’ba. Sungguhpun begitu,
Tatabahasa Dewan tidak memasukkan
sifat kata dalam kata adjektif bagi
menerangkan perkataan selain nama.

More Related Content

Similar to kata-adjektif1 untuk pengajaran bahsa melayu

ungkapan,peribahasa,kata baku kata serapanTugas bahasa indonesia
ungkapan,peribahasa,kata baku kata serapanTugas bahasa indonesiaungkapan,peribahasa,kata baku kata serapanTugas bahasa indonesia
ungkapan,peribahasa,kata baku kata serapanTugas bahasa indonesiaSMA Negeri 20 Surabaya
 
Struktur bahasa indonesia ragam ilmiah
Struktur bahasa indonesia ragam ilmiahStruktur bahasa indonesia ragam ilmiah
Struktur bahasa indonesia ragam ilmiahImroati Ar
 
Diksi dan gaya bahasa
Diksi dan gaya bahasaDiksi dan gaya bahasa
Diksi dan gaya bahasaOki16
 
Presentation bi
Presentation biPresentation bi
Presentation biwachid870
 
BAHASA INDONESIA pemakaian kata penghubung
BAHASA INDONESIA pemakaian kata penghubung BAHASA INDONESIA pemakaian kata penghubung
BAHASA INDONESIA pemakaian kata penghubung biebsoul
 
Ungkapan, Peribahasa, Kata baku dan Kata Serapan
Ungkapan, Peribahasa, Kata baku dan Kata SerapanUngkapan, Peribahasa, Kata baku dan Kata Serapan
Ungkapan, Peribahasa, Kata baku dan Kata SerapanTeuku Ichsan
 
Bahasa indonesia kata frasa .pptx
Bahasa indonesia kata frasa .pptxBahasa indonesia kata frasa .pptx
Bahasa indonesia kata frasa .pptxCalsen
 
kataadjektif-111129113412-phpapp02-converted.pptx
kataadjektif-111129113412-phpapp02-converted.pptxkataadjektif-111129113412-phpapp02-converted.pptx
kataadjektif-111129113412-phpapp02-converted.pptxjoelee209
 
Bentuk-dan-Makna.ppt
Bentuk-dan-Makna.pptBentuk-dan-Makna.ppt
Bentuk-dan-Makna.pptProdiPbsi
 
Makalah bahasa indonesia Ejaan Bahasa Indonesia
Makalah bahasa indonesia Ejaan Bahasa IndonesiaMakalah bahasa indonesia Ejaan Bahasa Indonesia
Makalah bahasa indonesia Ejaan Bahasa IndonesiaBram Agus Leonardo
 
38803455 bahasa-melayu-nota
38803455 bahasa-melayu-nota38803455 bahasa-melayu-nota
38803455 bahasa-melayu-notaJeevitha Rathita
 
WEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptx
WEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptxWEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptx
WEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptxEwei Voon
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektifsuseintay
 
Makalah makna kata konotasi, makna kata denotasi dan kata umum
Makalah makna kata konotasi, makna kata denotasi dan kata umumMakalah makna kata konotasi, makna kata denotasi dan kata umum
Makalah makna kata konotasi, makna kata denotasi dan kata umumSentra Komputer dan Foto Copy
 

Similar to kata-adjektif1 untuk pengajaran bahsa melayu (20)

Tatabahasa
TatabahasaTatabahasa
Tatabahasa
 
NOTA SINTAKSIS.pdf
NOTA SINTAKSIS.pdfNOTA SINTAKSIS.pdf
NOTA SINTAKSIS.pdf
 
ungkapan,peribahasa,kata baku kata serapanTugas bahasa indonesia
ungkapan,peribahasa,kata baku kata serapanTugas bahasa indonesiaungkapan,peribahasa,kata baku kata serapanTugas bahasa indonesia
ungkapan,peribahasa,kata baku kata serapanTugas bahasa indonesia
 
WACANA.pptx
WACANA.pptxWACANA.pptx
WACANA.pptx
 
Struktur bahasa indonesia ragam ilmiah
Struktur bahasa indonesia ragam ilmiahStruktur bahasa indonesia ragam ilmiah
Struktur bahasa indonesia ragam ilmiah
 
Diksi dan gaya bahasa
Diksi dan gaya bahasaDiksi dan gaya bahasa
Diksi dan gaya bahasa
 
Presentation bi
Presentation biPresentation bi
Presentation bi
 
BAHASA INDONESIA pemakaian kata penghubung
BAHASA INDONESIA pemakaian kata penghubung BAHASA INDONESIA pemakaian kata penghubung
BAHASA INDONESIA pemakaian kata penghubung
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Pilihan kata-diksi
Pilihan kata-diksiPilihan kata-diksi
Pilihan kata-diksi
 
Ungkapan, Peribahasa, Kata baku dan Kata Serapan
Ungkapan, Peribahasa, Kata baku dan Kata SerapanUngkapan, Peribahasa, Kata baku dan Kata Serapan
Ungkapan, Peribahasa, Kata baku dan Kata Serapan
 
Bahasa indonesia kata frasa .pptx
Bahasa indonesia kata frasa .pptxBahasa indonesia kata frasa .pptx
Bahasa indonesia kata frasa .pptx
 
Kata Adjektif.pptx
Kata Adjektif.pptxKata Adjektif.pptx
Kata Adjektif.pptx
 
kataadjektif-111129113412-phpapp02-converted.pptx
kataadjektif-111129113412-phpapp02-converted.pptxkataadjektif-111129113412-phpapp02-converted.pptx
kataadjektif-111129113412-phpapp02-converted.pptx
 
Bentuk-dan-Makna.ppt
Bentuk-dan-Makna.pptBentuk-dan-Makna.ppt
Bentuk-dan-Makna.ppt
 
Makalah bahasa indonesia Ejaan Bahasa Indonesia
Makalah bahasa indonesia Ejaan Bahasa IndonesiaMakalah bahasa indonesia Ejaan Bahasa Indonesia
Makalah bahasa indonesia Ejaan Bahasa Indonesia
 
38803455 bahasa-melayu-nota
38803455 bahasa-melayu-nota38803455 bahasa-melayu-nota
38803455 bahasa-melayu-nota
 
WEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptx
WEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptxWEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptx
WEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptx
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Makalah makna kata konotasi, makna kata denotasi dan kata umum
Makalah makna kata konotasi, makna kata denotasi dan kata umumMakalah makna kata konotasi, makna kata denotasi dan kata umum
Makalah makna kata konotasi, makna kata denotasi dan kata umum
 

Recently uploaded

AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 

kata-adjektif1 untuk pengajaran bahsa melayu

  • 2. KATAADJEKTIF Pendahuluan  Kata adjektif yang dikenal sebagai kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contohnya: amat sakit, sakit sungguh, terlalu banyak, banyak sekali, sangat lain, lain sekali. Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama. Perhatikan contoh-contoh ayat yang berikut:
  • 3. Kata Adjektif 1. Adik saya tinggi. 2. Ali sangat pandai. 3. Orang muda itu baik sungguh. 4. Pendapatnya lain sekali. 5. Anaknya masih kecil lagi. 6. Malam ini gelap benar. 7. Reka bentuk rumah itu sangat lain. 8. Hasil-mahsul negara itu amat banyak. 9. Buah pokok durian itu banyak sekali. 10 Suaranya masih sungguh merdu sekali.  Dalam ayat-ayat di atas, perkataan-perkataan yang condong ialah frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat-ayat yang berkenaan. Perkataan-perkataan yang bergaris pula ialah bentuk kata adjektif yang menjadi inti frasa adjektif tersebut.
  • 4. Kata Adjektif  Hubungan kata adjektif dengan unsur-unsur keterangan dalam contoh- contoh ayat di atas adalah seperti berikut: FRASAADJEKTIF Keterangan Kata Bantu Penguat Kata adjektif Keterangan - - tinggi - - sangat pandai - - - baik sungguh - - lain sekali masih - kecil lagi - - gelap benar - sangat lain - - amat banyak - - - banyak sekali masih sungguh merdu sekali
  • 5. 8.2 Jenis Kata Adjektif  Walaupun golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, namun kriteria makna, kita dapat membahagikan kata adjektif kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, seperti yang berikut: (i) kata adjektif sifatan atau keadaan (ii) kata adjektif warna (iii) kata adjektif ukuran (iv) kata adjektif bentuk (v) kata adjektif waktu (vi) kata adjektif jarak (vii) kata adjektif cara (viii) kata adjektif perasaan (ix) kata adjektif pancaindera
  • 6. 8.2.1 Kata adjektif Sifatan atau Keadaan  Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama.  Contohnya: baik lemah jahat kasar cerdik berani pandai takut gopoh sihat  Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. 1. Budak baik selalu dipuji. 2. Orang itu berniat jahat terhadap projek kita. 3. Anak guru itu amat cerdik. 4. Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya. 5. Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan gopoh.
  • 7. 8.2.2 Kata Adjektif Warna  Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan. Contohnya: merah ungu putih kelabu biru hitam hijau kuning perang jingga  Contoh pengunaannya dalam ayat: 1. Baju merah itu kepunyaanku. 2. Tubuhnya diselimuti kain putih. 3. Daun-daun hijau tiada lagi pada pokok itu. 4. Warna perang tidak begitu digemari orang. 5. Warna biru kegemaran ibu.
  • 8. 8.2.3 Kata Adjektif Ukuran  Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang memberi pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. Contohnya: panjang rendah pendek tebal kecil nipis besar kerdil tinggi renek  Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Jambatan panjang itu baru siap didirikan. 2. Pahlawan itu sentiasa berkeris panjang ke mana-mana sahaja dia pergi. 3. Bilik kecil itu mudah diurus. 4. Ayahnya bertugas di Pejabat Pos Besar. 5. Ketua pasukan itu tinggi orangnya.
  • 9. 8.2.4 Kata Adjektif Bentuk  Kata adjektif bentuk ialah jenis perkataan yang memberi pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Contohnya: bulat bengkok lonjong lurus bujur buncit bundar kempis leper lekuk  Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Kemerdekaan negara itu tercapai hasil satu perundingan meja bulat. 2. Bola ragbi berbentuk lonjong. 3. Kotak hadiah itu berbentuk empat segi bujur. 4. Ada dua vokal bundar dalam bahasa Melayu. 5. Gasing leper kesayangannya telah pecah.
  • 10. 8.2.5 Kata Adjektif Waktu  Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang memberi pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. Contohnya: baharu lampau lama lewat segera cepat suntuk lambat silam awal  Contoh pengguaannya dalam ayat: 1. Ali ke kedai untuk membeli baju baharu. 2. Jalan lama ke kampung itu telah dibaiki. 3. Kanak-kanak suka makan makanan segera. 4. Kami tidak akan pergi kerana waktu amat suntuk. 5. Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam.
  • 11. 8.2.6 Kata Adjektif Jarak  Kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang memberi pengertian konsep ruang antara dua benda sebagai penerang kata nama. Contohnya: jauh hampir dekat nyaris  Contoh penggunaan dalam ayat: 1. Rumah yang ditujui itu sungguh jauh. 2. Tempat kejadian itu berlaku dekat sekali dengan rumah saya. 3. Rumahnya paling hampir dengan sekolah. 4. Dalam kemalangan itu, mereka nyaris menemui ajal.
  • 12. 8.2.7 Kata Adjektif Cara  Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama. Contohnya: cepat lincah deras gopoh laju jelas lambat sering perlahan selalu  Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Tindak balas orang tua itu sungguh cepat. 2. Pengaliran air sungguh itu deras. 3. Motosikal laju itu direka khas untuk perlumbaan. 4. Orang lambat selalu rugi. 5. Pemain lincah itu berasal dari utara.
  • 13. 8.2.8 Kata Adjektif Perasaan  Kata adjektif ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan harus diikuti oleh kata sendi nama. Contohnya: rindu berahi benci ragu segan kasih suka sayang gembira  Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Dia amat rindu akan emaknya. 2. Saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya. 3. Gadis itu terlalu segan untuk bertanya. 4. Dia segan sungguh dengan pemuda itu. 5. Anak kecil itu sungguh gembira sekali dengan permainan itu.
  • 14. 8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera  Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama. Contohnya: (i) Indera rasa: sedap pahit manis masin lazat tawar masam lemak kelat payau  Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Masakan sedap tidak semestinya terdapat di kedai. 2. Wajah perawan itu manis. 3. Mereka akan menyediakan makanan lazat. 4. Dia berdiri sambil menunjukkan muka masam. 5. Pisang muda kelat rasanya.
  • 15. 8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera (ii) Indera Pandang: cantik buruk molek tampan hodoh comel lawa segak  Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Pemandangan di pinggir laut itu sungguh cantik. 2. Gadis molek itu anak Pak Hamid. 3. Rupanya hodoh tetapi akhlaknya mulia. 4. Pemuda lawa itu berasal dari Perak. 5. Perompak-perompak itu itu keluar dari rumah buruk itu. 6. Kakaknya akan berkahwin dengan pemuda tampan itu.
  • 16. 8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera (iii) Indera dengar: bising mersik merdu serak nyaring garau lunak  Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Bunyi bising itu datang dari biliknya. 2. Penyanyi itu mempunyai suara merdu. 3. Bunyi semboyan kereta api itu sungguh nyaring. 4. Penyanyi suara lunak itu baru berusia 15 tahun. 5. Bunyi biolanya amat mersik. 6. Mereka menjerit-jerit sehingga serak suara mereka.
  • 17. 8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera (iv) Indera bau: harum tengik wangi semerbak busuk hanyir hapak hancing  Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Bedak sejuk itu harum baunya. 2. Pemuda itu suka memakai minyak wangi. 3. Bau busuk di kilang itu mengganggu kami. 4. Pakaian yang tidak dicuci baunya hapak. 5. Minyak tengik itu jangan digunakan 6. Kawasan di perkarangan rumahnya sentiasa semerbak dengan bau bunga- bungaan. 7. Bau ikan yang sedang disiang itu hanyir.
  • 18. 8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera (v) Indera sentuh: halus kesat licin lembap kasar lembut keras  Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Kain halus itu hasil tenunan tangan. 2. Jalan licin di hadapan bangunan itu sering menyebabkan kemalangan. 3. Papan itu kasar kerana belum diketam. 4. Bancuhan simen itu telah keras. 5. Jangan suka memakai pakaian lembap. 6. Mereka menguli adunan itu sehingga lembut.
  • 19. 8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera (vi) Gabungan indera: bersih (sentuh+pandang+bau) selesa (sentuh+pandang) tenteram (dengar+pandang)  Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Islam menggalakkan orang memakai pakaian bersih. 2. Rumah kepunyaan Ali itu selesa benar. 3. Kehidupan sepasang suami isteri itu amat tenteram.
  • 20. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif  Kata adjektif boleh terdiri daripada bentuk- bentuk yang berikut: I. kata adjektif tunggal II. kata adjektif terbitan III. kata adjektif ganda IV. kata adjektif majmuk
  • 21. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif 8.3.1 Kata Adjektif Tunggal  Kesemua kata adjektif yang terdapat dalam contoh-contoh di atas (8.2) terdiri daripada hanya satu perkataan atau bentuk kata tunggal. Tegasnya, bentuk-bentuk kata adjektif yang demikian terhasil daripada bentuk kata dasar, iaitu tanpa gabungan dengan bentuk imbuhan, atau tanpa mengalami proses-proses lain seperti penggandaan. Kata adjektif tunggal mudah digunakan dalam ayat sebagai penerang kata nama, dan menerima sama ada kata Bantu dan kata penguat atau tidak menerima unsur-unsur tersebut. Contohnya: 1. Warna kuning digemari oleh kakaknya. 2. Cara hidup seniman itu amat sederhana. 3. Pada malam ini bulan sungguh terang. 4. Sumbangannya kepadamu masih kecil amat. 5. Tidur anak kami nyenyak benar.
  • 22. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif 8.3.2 Kata Adjektif Terbitan Kata adjektif boleh juga terdiri daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan, iaitu yang berbentuk dengan imbuhan-imbuhan seperti awalan, apitan, dan sisipan yang digandingkan pada kata dasar itu.
  • 23. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif 8.3.2.1 Awalan Kata Adjektif  Awalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ter- dan se-. (i) Awalan ter-  Awalan ter- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar yang sememangnya jenis kata adjektif. Kata adjektif terbitan yang demikian berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling. Contoh: ter + kecil = terkecil ter + masyhur = termasyhur ter + panjang = terpanjang ter + merah = termerah ter + muda = termuda
  • 24. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif  Penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut: 1. Ali pelajar yang terkecil dalam kelas itu. 2. Seniman termasyhur itu telah meninggal dunia. 3. Sungai Rejang ialah yang terpanjang di Malaysia. 4. Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah yang termerah. 5. Dalam kumpulan kami dialah yang termuda.
  • 25. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif (ii) Awalan se-  Awalan se- juga dapat digunakan bagi menerbitkan kata adjektif, apabila bergabung dengan kata-kata dasar, untuk memberi pengertian sama.Contohnya: se + tinggi = setinggi se + besar = sebesar se + pandai = sepandai se + indah = seindah se + buruk = seburuk  Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Kelulusannya tidak setinggi kelulusan adiknya. 2. Bangunan di situ akan didirikan sebesar bangunan kompleks Daya Bumi. 3. Aminah tidak sepandai abangnya. 4. Warna baju itu semerah darah ikan. 5. Keadaan ekonomi negara tahun lalu tidak seburuk keadaannya sekarang.
  • 26. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif 8.3.2.2 Apitan kata adjektif  Apitan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ke-…an. (i) Apitan ke-…-an  Gabungan apitan ke-…-an dengan satu kata dasar daripada jenis kata nama menerbitkan bentuk kata adjektif yang menunjukkan suatu keadaan atau sifat kata nama yang diterangkan. Umumnya kata adjektif ini dihubungkan dengan sifat sesuatu bangsa. Contohnya: kebaratan kearaban kecintaan keindonesiaan kemelayuan  Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Cara hidupnya sungguh kebaratan. 2. Rupanya agak kecinaan. 3. Pakaiannya terlalu kearaban. 4. Gaya pertuturannya amat keindonesiaan. 5. Sifat kemelayuannya begitu menonjol.
  • 27. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif 8.3.2.3 Sisipan kata adjektif  Kata adjektif terbitan dapat juga dibentuk melalui gabungan kata dasar daripada jenis kata adjektif, kata nama atau kata kerja dengan sisipan. Proses ini melibatkan empat jenis sisipan -em-, -el-, -er-, dan –in-. Bentuk-bentuk ini amat terhad dan tidak produktif sifatnya. (i) Sisipan -em-  Sisipan -em- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan beberapa kata dasar tertentu. Contohnya: guruh = gemuruh gilang = gemilang serbak = semerbak santan = semantan ketot = kemetot
  • 28. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Bau bunga-bunga di taman tasik itu semerbak. 2. Upacara gemilang itu menjadi lebih bermakna dengan bacaan doa. 3. Tepukan daripada penyokongnya begitu gemuruh. 4. Nyiur semantan sudah boleh dibuat gulai. 5. Pokok-pokoknya kemetot belaka kerana kekurangan baja.
  • 29. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif (ii) Sisipan -el-  Sisipan -el- yang bergabung dengan beberapa kata dasar tertentu juga berfungsi menerbitkan kata-kata adjektif, seperti yang berikut: serak = selerak gembung = gelembung kebak = kelebak  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Bilik selerak itu kepunyaan abangku. 2. Kulitnya jarang melecur itu gelembung. 3. Kain layarnya kelebak dipukul angin.
  • 30. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif (iii) Sisipan -er-  Sisipan -er- juga dapat bergabung dengan beberapa kata dasar untuk menerbitkan kata-kata adjektif, seperti berikut: kelip = ker(e)lip godah = gerodak  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Masjid itu dihiasi dengan lampu kerlip pada setiap malam Jumaat. 2. Bunyi gerodak kedengaran apabila tabung itu jatuh.
  • 31. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif (iv) Sisipan -in-  Setakat ini hanya terdapat satu sahaja kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu sinambung. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Sastera Melayu moden ialah sastera sinambung daripada sastera Melayu lama.
  • 32. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif 8.3.3. Kata Adjektif Ganda  Kata adjektif ganda dapat diterbitkan melalui tiga cara, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa, dan penggandaan berentak 8.3.3.1 Penggandaan penuh  Penggandaan penuh merupakan cara yang paling mudah, iaitu dengan menggandakan kata adjektif tunggal untuk memberikan makna keadaan sifat yang menyeluruh. Contohnya: besar-besar tumpul-tumpul kecil-kecil bijak-bijak tinggi-tinggi hijau-hijau rendah-rendah kuning-kuning panjang-panjang merah-merah
  • 33. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif  Kehadiran kata adjektif ganda dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Rumah di bandar itu besar-besar. 2. Buah pokok durian itu kecil-kecil. 3. Tinggi-tinggi bangunan di bandar itu. 4. Pokok di kebun bunga itu rendah-rendah. 5. Tali pengikatnya panjang-panjang.
  • 34. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif  Kata adjektif daripada jenis gandaan penuh juga dapat menerima apitan ke-…-an bagi menerbitkan kata adjektif. Kata adjektif yang menerima apitan ke-…-an ialah kata adjektif yang mendukung makna menyerupai sifat yang terkandung dalam kata dasarnya. Contohnya: kuning = kekuning-kuningan merah = kemerah-merahan malu = kemalu-maluan hijau = kehijau-hijauan gila = kegila-gilaan bodoh = kebodoh-bodohan  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Warna payungnya kekuning-kuningan. 2. Mukanya kemerah-merahan kerana berjemur seharian. 3. Sawah yang terbentang itu kehijau-hijauan. 4. Anak itu kemalu-maluan apabila diusik. 5. Mereka berlagak kebodoh-bodohan apabila disoal.
  • 35. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif 8.3.3.2 Penggandaan separa  Penggandaan separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian daripada kata dasar diulang.Kata adjektif gandaan separa terhad jumlahnya dalam bahasa Melayu. Kata adjektif gandaan ini digunakan untuk membawa maksud penekanan pada kata dasar.Contohnya: besar-besaran gila-gilaan awur-awuran kecil-kecilan takut-takutan
  • 36. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif  Kehadirannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Upacara sambutan hari kemerdekaan kali ini diadakan secara besar-besaran. 2. Pemuda itu berkelakuan gila-gilaan selepas kematian tunangnya. 3. Dia mengamuk secara awur-awuran setelah dimarahi oleh ibunya. 4. Mak Minah berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga. 5. Bayi itu dalam keadaan takut-takutan semenjak disergah oleh abangnya.
  • 37. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif 8.3.3.3 Penggandaan berentak  Kata adjektif gandaan berentak dihasilkan dengan menggandakan kata dasar berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar dengan makna penekanan maksud pada kata dasar.Contohnya: kacau-bilau gilang-gemilang kontang-kanting lekak-lekuk titik-bengik porak-peranda kusut-masai kucar-kacir simpang-siur hiruk-pikuk
  • 38. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut: 1. Rumah tangganya porak-peranda kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab. 2. Pesta pada malam itu gilang-gemilang. 3. Usahlah bertegang leher tentang perkara yang titik-bengik itu. 4. Kejadian rompakan itu berlaku pada waktu malam yang gelap-gelita. 5. Dia dijumpai dalam keadaan kusut-masai setelah sesat di hutan itu.
  • 39. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif 8.3.4 Kata Adjektif Majmuk  Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata adjektif majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.Contohnya: merah jambu kuning langsat hijau daun muda remaja biru laut
  • 40. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Baju kurung songket merah jambu kesayangan kakak dicuri orang. 2. Ular yang dilihatnya kelmarin berwarna hijau daun. 3. Dinding bahagian dalam rumahnya dicat dengan warna biru laut. 4. Gadis berkulit kuning langsat itu telah memenangi peraduan fesyen kebaya. 5. Fesyen terbaharu itu menjadi ikutan kaum muda remaja.
  • 41. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif  Terdapat sejumlah kata adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan, iaitu terdiri daripada simpulan bahasa, seperti contoh yang berikut: panjang tangan besar kepala ringan tulang terang hati rabun ayam
  • 42. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Dia tidak boleh dipercayai kerana tabiatnya panjang tangan. 2. 184.Kejayaan itu telah membuatnya menjadi besar kepala. 3. 185.Ali dsukai ramai kerana ia ringan tulang. 4. 186..Aminah sering diajar sesuatu perkara kerana dia terang hati. 5. 187.Penglihatannya kurang baik pada waktu senja kerana beliau rabun ayam.
  • 43. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif  Terdapat juga rangkaian kata adjektif yang sekali imbas seolah-olah kata adjektif majmuk. Sebenarnya binaan ini terdiri daripada bentuk frasa dan boleh menerima penyisipan di antaranya.Contohnya: riang gembira - riang dan gembira tua muda - tua dan muda miskin kaya - miskin dan kaya cantik manis - cantik dan manis panas terik - panas yang terik  Gabungan antara kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama membentuk konstituen-konstituen baharu dengan makna baharu.
  • 44. 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan  Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan, iaitu: I. darjah biasa II. darjah bandingan III. darjah penghabisan
  • 45. 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan 8.4.1 Darjah Biasa  Kata adjektif jenis ini dapat digunakan bagi menunjukkan darjah biasa, seperti dalam ayat-ayat yang berikut: 1. Hidup keluarga itu sederhana. 2. Malam ini bulan terang. 3. Perangai pemuda kampung itu baik. 4. Tubuh budak itu kurus. 5. Laut tenang ketika waktu pagi.
  • 46. 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan 8.4.2 Darjah Bandingan  Kata adjektif jenis ini dapat digunakan bagi menyatakan darjah bandingan dengan dua cara yang berikut: (i) bandingan yang sama: iaitu menggunakan kata-kata adjektif dengan awalan se-, seperti sebesar, setinggi, sepandai, secantik, sesedap. Contoh-contoh dalam ayat ialah: 1. Rumah Ali sebesar rumah Ahmad. 2. Anak saya tidak setinggi anaknya. 3. Fatimah tidak sepandai kakaknya. 4. Gadis itu secantik puteri raja. 5. Masakannya tidak sesedap masakan ibu.
  • 47. 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan  Bentuk kata adjektif dengan awalan se- ini boleh juga bertukar ganti dengan perkataan sama, iaitu:  sebesar boleh menjadi sama besar dengan  setinggi boleh menjadi sama tinggi dengan  sepandai boleh menjadi sama pandai dengan  secantik boleh menjadi sama cantik dengan  sesedap boleh menjadi sama sedap dengan
  • 48. 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan (ii) bandingan yang berbeza:iaitu kata adjektif yang menggunakan kata penguat lebih atau kurang, yang berfungsi sebagai bandingan,seperti dalam contoh ayat-ayat yang berikut: 1. Rumah Ali lebih besar daripada rumah Ahmad 2. Murid itu kurang pandai daripada murid ini. 3. Gadis itu lebih cantik daripada kakaknya. 4. Kedai syarikat itu lebih maju daripada kedai-kedai lain. 5. Kami menang kerana lebih cekap daripada pasukan lawan.
  • 49. 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan 8.4.3 Darjah Penghabisan  Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut: i. se- + kata adjektif + gandaan + kata nama ii. ter- + kata adjektif iii. paling + kata adjektif iv. kata adjektif + sekali v. ter- + { amat/sangat } + kata adjekti vi. { amat / sungguh/sangat } + kata adjektif + sekali
  • 50. 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan (i) se + kata adjektif + gandaan + kata nama  Contoh: sepandai-pandai tupai setinggi-tinggi gunung sekeras-keras batu sebaik-baik manusi secantik-cantik bunga
  • 51. 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan (ii) ter- + kata adjektif  Contoh: terpandai tertinggi terbaik tercantik termasyhur (iii)paling + kata adjektif  Contoh: paling pandai paling tinggi paling baik paling lazat paling cerdik
  • 52. 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan (iv) kata adjektif + sekali  Contoh: pandai sekali tinggi sekali baik sekali cantik sekali masyhur sekali  Binaan ter + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali.  terbesar sekali  terpandai sekali
  • 53. 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan  Begitu juga binaan paling + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh sekali lagi sebab binaan ter-, paling, dan sekali masing- masing sudah membawa maksud darjah penghabisan misalnya:  terbesar sekali  terpandai sekali  paling tinggi sekali  paling baik sekali  paling besar sekali
  • 54. 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan (v) ter + { amat sangat } + kata adjektif  Contoh: teramat pandai tersangat tinggi teramat baik tersangat cantik teramat masyhur (vi) { amat sungguh sangat } + kata adjektif + sekali amat pandai sekali sungguh cergas sekali sangat merdu sekali
  • 55. Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN KATA SIFAT - segala perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sifat sesuatu nama atau perbuatan atau keadaan - perkataan sifat terbahagi kepada dua iaitu: 1. Sifat nama – merupakan kata yang menerangkan sifat kepada nama. KATAADJEKTIF - berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan dengan cirinya boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contoh : 1. Adik saya tinggi. 2. Orang muda itu baik sungguh. 3. Suaranya masih sungguh merdu sekali
  • 56. Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN Jenis kata sifat nama - dibahagikan mengikut makna dan sifat yang diterangkan i. yang menerangkan sifat jati contoh : hitam, puteh, tinggi, rendah ii. yang menerangkan banyak (a) banyak bilangan contoh : satu, suatu, beberapa, ramai (b) banyak kadar atau sukatan contoh : banyak, sedikit, separuh Jenis Kata Adjektif - kata adjektif digolongkan berdasarkan kriteria makna iaitu: i. kata adjektif sifatan atau keadaan ii. kata adjektif warna iii. kata adjektif ukuran iv. kata adjektif bentuk v. kata adjektif waktu vi. kata adjektif jarak vii. kata adjektif cara viii. kata adjektif perasaan ix. kata adjektif pancaindera
  • 57. Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN iii. yang menjadi petunjuk (a) penunjuk tentu contoh : ini, itu, begini, demikian (b) penunjuk umum contoh : lain, asing, barang, mana iv. Yang menjadi pencerita Contoh : tiap-tiap, masing-masing - dari segi penggunaan, sifat nama boleh digunakan sebagai; Bentuk kata adjektif - kata adjektif terdiri daripada bentuk- bentuk berikut: a. kata adjektif tunggal - terhasil daripada bentuk kata dasar iaitu tanpa gabungan dengan bentuk imbuhan atau proses penggandaan - kata adjektif tunggal mudah digunakan dalam ayat sebagai penerang kata nama dan menerima sama ada kata bantu dan kata penguat atau tidak menerima unsur tersebut. Contoh;
  • 58. Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN i. penerang kepada nama contoh : baju baharu ii. cerita kepada nama contoh : Baju saya baharu - penggunaan kepada penjenis dan pemadan bilangan (penjodoh bilangan), sifat nama membilang dikhaskan kepada pasangan masing-masing iaitu; 1. Warna kuning digemari oleh kakaknya. 2. Pada malam ini bulan sungguh terang. 3. Sumbangannya kepadamu masih kecil amat. b. kata adjektif terbitan - boleh terdiri daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan seperti awalan, apitan dan sisipan yang digandingkan pada kata
  • 59. Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN i. jika membilang manusia digunakan orang. ii. jika membilang binatang digunakan ekor. iii. jika membilang benda yang bulat atau berisi digunakan buah atau butir atau biji. iv. jika membilang benda yang panjang dan keras digunakan batang. v. jika membilang benda yang panjang lembut atau panjang lebar digunakan helai. dasar itu. Contoh; termasyhur kebaratan gemuruh seindah kemelayuan gemilang c. kata adjektif ganda - kata adjektif ganda diterbitkan melalui tiga cara iaitu; i. penggandaan penuh ii. penggandaan separa iii. penggandaan berentak
  • 60. Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN 2. Sifat kata – kata yang menerangkan atau menunjukkan dari hal perkataan-perkataan lain selain nama. Jenis sifat kata - Sifat kata terbahagi kepada; i. sifat kata cara atau gaya - menerangkan gaya atau cara bagaimana sesuatu perbuatan itu dilakukan d. kata adjektif majmuk - terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu kata adjektif majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Contoh; merah jambu muda remaja hijau daun
  • 61. Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN ii.sifat kata masa - menerangkan masa iaitu bila berlakunya sesuatu perbuatan a) menentukan bila b) menentukan lama c) menentukan kali atau ulangan iii. sifat kata tempat - menerangkan di mana berlaku sesuatu perbuatan Contoh: Biarlah dia berjalan dahulu. - terdapat juga kata adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan iaitu terdiri daripada simpulan bahasa. Contoh; panjang tangan ringan tulang terang hati - terdapat juga rangkaian kata adjjektif yang seolah-olah kata adjektif majmuk. Sebenarnya binaan ini terdiri daripada bentuk frasa dan boleh menerima penyisipan di antaranya. Contoh; riang gembira - riang dan gembira
  • 62. Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN iv. sifat kata sebab atau tujuan - menerangkan mengapa, kenapa Contoh: Mengapakah engkau lambat? v. sifat kata darjah atau kadar - menerangkan bagi menentukan darjah sifat atau darjah perkataan yang mengandungi makna sifat. Contoh: Hampir kena tua muda - tua dan muda panas terik - panas dan terik Kata adjektif dalam bentuk perbandingan - kata adjektif digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan iaitu; 1. darjah biasa - dapat digunakan bagi menunjukkan darjah biasa. Contoh; a. Hidup keluarga itu sederhana. b. Malam ini bulan terang. c. Laut tenang ketika waktu pagi.
  • 63. Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN vi. sifat kata penentu - menerangkan keadaan sesuatu perbuatan atau sifat itu benar atau tidak Contoh: Ia tentu datang. 2. darjah bandingan - digunakan bagi menyatakan darjah bandingan dengan dua cara berikut, i. bandingan yang sama - iaitu menggunakan kata-kata adjektif dengan awalan se- seperti sebesar, setinggi, sepandai, secantik, sesedap. Contoh; a. Rumah Ali sebesar rumah Ahmad. b. Masakannya tidak sesedap masakan ibu
  • 64. Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN ii. bandingan yang berbeza - kata adjektif yang menggunakan kata penguat lebih atau kurang yang berfungsi sebagai bandingan. Contoh; a. Rumah Ali lebih besar daripada rumah Ahmad. b. Murid itu kurang pandai daripada murid ini.
  • 65. Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN 3. Darjah penghabisan - penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan seperti berikut; i. se + kata adjektif + gandaan + kata nama Contoh: Sepandai-pandai tupai Sebaik-baik manusia ii. yang + ter + kata adjektif Contoh: yang terpandai yang tertinggi
  • 66. Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN iii. paling + kata adjektif Contoh: paling pandai paling baik iv. kata adjektif + sekali Contoh: cantik sekali baik sekali v. yang + ter + (amat/sekali) + kata adjektif Contoh: yang teramat pandai yang tersangat tinggi
  • 67. Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN Kata adjektif dan unsur keterangan - rangkaian frasa adjektif yang mengandungi satu kata adjektif dan beberapa unsur kata bantu dan penguat yang letaknya di hadapan ataupun di belakang kata adjektif. i. kata bantu + kata adjektif Contoh; masih kuat sudah sihat mahu cantik
  • 68. Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN ii. kata penguat + kata adjektif Contoh; sungguh cantik sangat baik agak kecil iii. kata bantu + kata penguat + kata adjektif Contoh; belum terlalu lewat mahu benar pandai sudah amat jelas
  • 69. Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN iv. kata adjektif + kata penguat Contoh; besar sekali indah amat baik benar v. kata bantu + kata adjektif + kata penguat Contoh; sungguh cinta akan tanah airnya sangat sibuk dengan pekerjaannya amat malas oleh sebab kejemuan
  • 70. Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN Persamaan - Kedua-dua buku memberi maksud yang sama tetapi istilag berbeza Perbezaan - Dalam Nahu Melayu Za’ba kata sifat terbahagi kepada dua iaitu sifat nama dan sifat kata. Sebaliknya dalam Tatabahasa Dewan sifat kata tidak wujud. - Dari segi jenis, Nahu Melayu Za’ba mengkategorikan kata sifat berdasarkan penggunaan dalam sifat nama dan sifat kata tetapi Tatabahasa Dewan mengkategorikan kata adjektif kepada 9 jenis.
  • 71. Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN Ulasan: Tatabahasa Dewan membuat pembahagian yang lebih terperinci berbanding dengan Nahu Melayu Za’ba. Sungguhpun begitu, Tatabahasa Dewan tidak memasukkan sifat kata dalam kata adjektif bagi menerangkan perkataan selain nama.