SlideShare a Scribd company logo
1 of 44
PJM 3107 Gimnastik : Sejarah dan Pengenalan
Pengenalan
Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan
kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), kesedaran kinestetik, ketepatan lakuan dan keseimbangan yang
tinggi. Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan
yang berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan yang
teruk.
Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti
pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam
gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola statik , pola gerak edar , pola putaran, pola imbangan dan pola
ayunan. Menurut Borhanudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan
fleksibiliti , imbangan, kekuatan, ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik.
Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada
komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga
diperlukan.
Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-
tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada
perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai
persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.
Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:
1. Pendaratan
2. Statik
3. Gerak edar
4. Putaran
5. Hamburan
6. Ayunan
Sejarah
Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman beramai-ramai bagi tujuan
upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu.
Tamadun India dan Persia telah menggunakan senaman beramai-ramai telah mengamalkan senaman ini selepas
100 tahun dari itu Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics serta
tempat senaman ini di kenali sebagai gimnasium. Ahli falsafah Greek yang terkenal Aristotle menyatakan
bahawa gimnastik bukan saja sebagai seni, malahan merupakan ilmu sains ke masyarakat.
Hipocrates, Gelen yang terkenal sebagai pelopor bidang perubatan telah mencipta teori mengenai gimnastik.
Mereka menyatakan gimastik merupakan gerakan yang mempunyai nilai perubatan. Tamadun Roman telah
menggunakan gimastik sebagai latihan fizikal dalam membina sistem kententeraan. Tentera Roman
menggunakan ketangkasan menggunakan lombol yang merupakan gerakan gimnastik untuk tentera menaik dan
menurun kuda. Kesannya sehingga sekarang lombo dikenali kekuda lombol. Dalam tahun 493 masihi
pemerintahan Theodosius I telah menghapuskan sukan olimpik purba. Kesan peristiwa ini sukan gimnastik
mengalami zaman malapnya.
Buku Gymnastics for Youth oleh Guths Muth dalam tahun 1759 hingga 1839 telah di terjemah dan di sebarkan
keseluruhan negara Eropah. Buku telah mencetus kembali minat terhadap sukan gimnastik. Terdapat dua nama
yang terkenal iaitu Pehr Ling dan Jonan Ludwin Jahn pada awal kurun ke 19 dalam sukan gimnastik. Ling telah
mencipta gerakan asas dalam pendidikan jasmani sehingga sekarang gerakan asas ini telah diikuti oleh banyak
negara. Jahn telah mengembangkan sistem gimnastik yang masih diguna pakai sehingga kini. Kelab gimnastik
atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruhan Eropah sehingga ke Amerika
Syarikat pada tahun 1888 persekutuan amatur gimnastik telah ditubuhkan.
Pada tahun 1860 skim latihan jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik tentera telah ditubuhkan.
Kelab gimnastik atau turnverein merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruhan Eropah
sehingga ke Amerika Syarikat Dalam abad ke 18 dan 19 sukan gimnastik telah mendapat sambutan di negara-
negara Scandinavia dan Jerman.
Terdapat dua pandangan tentang gimnastik. Gimnastik Jerman lebih menumpu kepada pergerakan di alatan
dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan. Gimnastik Swedish berdasarkan pergerakan berirama.
Di negara Eropah yang penduduknya bertutur bahasa Inggeris, gimnastik menjadi komponen dalam mata
pelajaran pendidikan jasmani. Dalam sukan Olimpik 1896 acara gimnastik pertama telah dipertandingkan dalam
acara lelaki. Selepas tahun 1940 negara seperti Rusia, Jepun, Czechoslovakia dan Jerman Timur telah
menguasai keseluruhan acara gimnastik yang dipertandingkan. Negara Rusia yang pertama kali menyertai
pertandingan gimnastik dalam kejohanan Olimpik di Helsinki pada tahun 1952.
Rusia telah memenangi lima dari lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam acara lelaki sementara pasukan
wanitanya telah memenangi empat dari enam pingat emas yang dipertandingkan. Dewasa ini sukan gimnastik
telah menjadi sukan yang penting dalam kalender sukan dunia. Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat
antara bangsa yang terbesar dalam kalendar persekutuan gimnastik antarabangsa iaitu:
• Sukan Olimpik
• Kejohanan Dunia
• Kejohanan Eropah
Sukan Olimpik diadakan empat tahun sekali begitu juga dengan kejohanan gimnastik dunia namun kedua-dua
kejohanan tidak dipertandingkan dalam tahun yang sama. Kejohanan Eropah diadakan dalam tahun ganjil.
Dalam kejohanan Eropah hanya pergerakan pilihan dalam acara individu sahaja dipertandingkan dan dihadkan
penyertaan kepada tiga peserta lelaki dan tiga peserta wanita
Nota-nota lain yang mungkin membantu anda
 PJM3107 Gimnastik-Gimnastik Artistik Skala
 Pengenalan : Sejarah Pendidikan Jasmani dan Sukan.
 Pengenalan : Definisi dan Konsep Pendidikan Jasmani
 Konsep Setiap Tunjang dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani
GIMNASTIK IRAMA
Apakah Gimnastik Irama?
Gimnastik berirama adalah sukan di mana pesaing
tunggal atau pasangan, trio atau malah lebih
(biasanya lima) memanipulasi satu atau dua
aparatus: tali, gelang, bola,belantan dan reben.
Gimnastik berirama adalah satu sukan yang
menggabungkan unsur-
unsur balet, gimnastik, tarian teater, dan manipulasi
aparatus.
 suatu pergerakan yang dilakukan di atas lantai
diiringi dengan muzik.
 merupakan pergerakan yang berkoordinasi
tinggi dan bersifat estetik serta mempunyai unsur-
unsur keindahan.
 antara alatan yang digunakan dalam gimnastik
irama ialah gelung, bola, tali, selendang dan
belantan.
 7 jenis pergerakan dalam gimnastik irama iaitu:-
1. imbangan
2. melentik
3. meringkuk dan melunjur
4. gerak edar
5. pusingan badan
6. lompatan
7. ketangkasan
Sejarah Gimnastik Irama
Gimnastik berirama yang berkembang daripada idea
bagi I.G. Noverre (1722–1810), Francois Delsart
(1811–1871), dan R. Bode (1881), yang kesemua
mempercayai dalam pernyataan pergerakan, di
mana seseorang menggunakan tarian untuk
meluahkan diri sendiri dan bersenam pelbagai
bahagian tubuh. Peter Henry Ling seterusnya
mengembangkan idea dalam sistem latihan
bebas Sweden abad ke-19, yang melayakan
"aesthetic gymnastics", di mana pelajar menyatakan
perasaan-perasaan mereka dan emosi melalui
pergerakan menyeluruh. Idea ini telah dilanjutkan
olehCatharine Beecher, yang mengasaskan Western
Female Institute di Ohio, Amerika Syarikat, pada
1837.
Gimnastik berirama kompetitif bermula dalam 1940-
an dalam Kesatuan Soviet. FIG mengiktiraf disiplin
ini pada 1961, pertama seperti gimnastik moden,
kemudian sebagai gimnastik berirama sportive, dan
akhirnya sebagai gimnastik berirama. Kejohanan
Dunia pertama untuk gimnas individu mengambil
tempat pada 1963 diBudapest, Hungary. Kumpulan
telah diperkenalkan pada tahap yang sama pada
1967 di Copenhagen, Denmark. Gimnastik berirama
telah ditambah di Sukan Olimpik Musim Panas
1984 di Los Angeles, dengan pertandingan
Individual All Around. Bagaimanapun, banyak
persekutuan daripada negara-negara Eropah
Timur telah dipaksa untuk memulau. Lori Fung dari
Kanada adalah gimnas berirama pertama untuk
mengondol satu pingat emas Olimpik. Pertandingan
kumpulan telah ditambah ke Sukan Olimpik Musim
Panas 1996 di Atlanta, Georgia.
Perkembangan Gimnastik Irama Di
Malaysia
Pada amnya, perkembangan gimrama di Malaysia
bermula di sekolah. Latihan gimrama tidak
ditawarkan di mana-mana tempat pada mulanya. Di
sekolah,gimrama telah dimulakan sebagai aktiviti
kokurikulum. Sukan gimrama telah diperkenalkan
secara serius di Malaysia pada tahun 1982 dimana
satu Kursus Kejurulatihan Peringkat Asas telah
diadakan di Kuala Lumpur di bawah pimpinan Puan
Emmy Bellwood iaitu seorang jurulatih dari New
Zealand. Pada tahun 1983, Jawatankuasa Teknik
Gimrama yang pertama telah ditubuhkan dibawah
Persekutuan Gimnastik Malaysia. Seterusnya pada
tahun 1984, satu lagi kursus kejurulatihan bagi guru-
guru dari sekolah dan maktab telah dijalankan oleh
beberapa orang instruktor tempatan.
Pada tahun 1985, Persekutuan Gimnastik Malaysia
telah mengimport seorang jurulatih dari Australia
untuk mengadakan program intensif selama
setahun. Seramai 300 orang jurulatih dapat
dihasilkan. Pada tahun yang tersebut juga, satu lagi
Kursus Kejurulatihan Serantau Peringkat Lanjutan
telah diadakan dengan menjemput pakar yang sama.
Kejohanan gimrama peringkat kebangsaan yang
pertama telah diadakan pada tahun 1985. Sebanyak
30 pasukan dari seluruh negara telah
mengambil bahagian. Pada tahun 1986, satu skim
pembangunan untuk gimnas yang berasaskan
penganugerahan lencana dan sijil kecemerlangan
bagi gimnas yang berjaya telah dilancarkan.
Seterusnya pada tahun 1989, gimrama telah
diperkenalkan di Sukan SEA Kuala Lumpur, dan
Malaysia telah memungut lima pingat emas melalui
Faiznur Miskin.
Selain itu, gimnas peringkat nasional telah diberi
peluang bertanding dalam Kejohanan Empat Benua
untuk memperolehi pendedahan. Malaysia juga telah
mengambil bahagian dalam Kejohanan Sedunia di
Alicante, Sepanyol. Dari aspek kepegawaian, kursus
kehakiman peringkat kebangsaan yang pertama
telah diadakan pada tahun 1987 oleh seorang pakar
dari Australia, Cik Karen Ho. Seramai 20 orang
hakim kebangsaan telah dihasilkan. Pada tahun
1989 Satu kursus Kejuruhakiman Peringkat
Antarabangsa telah diadakan dan dikendalikan oleh
seorang jurulatih dari (FIG), Puan Yoshiko Kamo
untuk menyediakan juruhakim tempatan ke Sukan
SEA 1989. Setakat ini, boleh dikatakan
perkembangan gimrama di Malaysia sudah
meningkat, selaras dengan adanya Persatuan
Gimnastik Asia Tenggara(SEAGON) yang
ditubuhkan dan bertempat di Jakarta pada tahun
1989.
Pergerakan Dalam Gimnastik Irama
Imbangan bergantung kepada kedudukan pusat
graviti dan keluasan dasar. Pusat graviti yang
rendah dan dasar yang lebar adalah lebih stabil
berbanding dengan pusat graviti yang tinggi
mewujudkan kurang kestabilan.
a) Pergerakan Imbangan.
Teknik imbangan dengan sebelah kaki di hadapan.
1. Posisi bermula dan berdiri dengan tegak.
2. Berdiri di atas sebelah kaki dan angkat kaki
sebelah lagi.
3. Berdiri di atas bebola kaki dan unjurkan kaki yang
diangkat. Kekalkan kedudukan ini selama dua saat.
4. Turunkan kaki dan melangkah ke hadapan dengan
kaki yang sama.
5. Rapatkan kedua-dua belah kaki.
# Imbangan di atas boleh dilakukan dengan pelbagai
pergerakan tangan seperti mendepakan tangan atau
meletakkan tangan di pinggang. Imbangan dengan
sebelah kaki di hadapan boleh juga dirangkaikan
dengan alatan misalnya gelung dan tali.
Teknik Imbangan dirangkaikan dengan gelung.
1. Posisi bermula. Berdiri dengan merapatkan kaki,
pegang gelung dengan sebelah tangan.
2. Genggam gelung, tapak tangan di sisi badan.
Bengkokkan lutut dan ayun gelung sedikit ke
belakang.
3. Ayun gelung ke hadapan sambil berjengket.
4. Ayun gelung ke belakang sambil membengkokkan
lutut.
5. Hentikan ayunan dengan meletakkan gelung di
atas lantai.
# Imbangan ini dapat dilakukan dengan lebih baik
dengan meningkatkan prestasi dalam latihan
kekuatan dan daya tahan otot. Otot-otot yang
terlibat ialah otot betis dan otot paha.
b) Pergerakan Melentik
Pergerakan melentik banyak menggunakan
bahagian atas badan. Kemahiran yang dipelajari
dalam pergerakan ini:-
Teknik dirian sebelah kaki dan melentik ke sisi.
1. Mulakan posisi. Berdiri tegak dan rapatkan kaki.
2. Sebelah kaki melangkah ke sisi.
3. Pindahkan berat badan pada kaki yang melangkah
dan naikkan paha yang sebelah lagi.
4. Lentikkan badan ke sisi kaki sokongan dan
tangan mengikut pergerakan lentikan.
5. Turunkan kaki dan berdiri tegak dengan kaki
rapat.
# Teknik ini boleh dipelbagaikan dengan kedua-dua
tangan lurus ke atas atau sebelah tangan di
pinggang dan boleh disertakan dengan alatan
seperti gelung, reben atau kayu.
Teknik melentik dirangkaikan dengan selendang.
1. Mulakan posisi. Berdiri tegak dan kedua-dua
belah tangan lurus ke atas.
2. berjengket seketika dan terus unjurkan sebelah
kaki ke hadapan.
3. Lentikkan badan ke belakang dan angkat lutut
hadapan.
4. Turunkan kaki dan tegakkan badan.
5. Berdiri tegak dan rapatkan kaki.
# Teknik ini dapat dilakukan dengan lebih baik jika
prestasi kelenturan dan kelembutan dapat
ditingkatkan melalui senaman yang kerap. Otot yang
terlibat adalah abdomen dan belakang pinggang.
Aspek Keselamatan Dalam Gimnastik
Irama
a) Pakai pakaian yang sesuai.
b) Pastikan alatan yang digunakan tidak
membahayakan orang lain dan diri sendiri.
c) Lakukan aktiviti memanaskan badan, regangan
dan menyejukkan badan.
## elakkan melakukan enjutan agar tidak mendapat
kecederaan.
Gimnastikberirama
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gimnas berirama dari Greece dalam Olimpik Sydney 2000
Gimnastik berirama adalah sukan di mana pesaing tunggal atau pasangan, trio atau malah
lebih (biasanya lima) memanipulasi satu atau dua
aparatus: tali, gelang, bola, belantan dan reben. Gimnastik berirama adalah satu sukan yang
menggabungkan unsur-unsur balet, gimnastik, tarian teater, dan manipulasi aparatus.
Pemenang adalah peserta yang memperoleh mata terbanyak, sebagai dianugerahi oleh panel
hakim, untuk lompatan, kestabilan, putaran, kebolehlenturan,pengendalian aparatus, dan kesan
seni.
Badan pentadbiran, Fédération Internationale de Gymnastique (FIG), mengubah Code of
Points pada 2001, 2003, 2005, dan 2008 untuk menegaskan elemen teknikal dan mengurangkan
subjektiviti kehakiman. Sebelum 2001, penghakiman adalah pada skala 10 mata
seperti gimnastik artistik. Ia telah bertukar menjadi skala 30 mata pada 2003, skala 20 mata
pada 2005, dan pada 2008 bertukar balik kepada skala 30 mata. Terdapat tiga nilai diambil kira
menjadi mata akhir—-teknikal, artistik dan kesempurnaan.
Pertandingan antarabangsa dibahagikan antara Remaja, di bawah enam belas oleh tahun
kelahiran mereka; dan Senior, untuk wanita enam belas dan lebih sekali lagi oleh tahun kelahir an
mereka. Gimnast lazimnya memulakan latihan pada usia sangat muda dan mereka yang berada
pada terbaik lazimnya adalah pada lewat remaja atau awal dua puluhan. Kejohanan terbesar
dalam sukan ini adalah Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, dan Kejohanan Grand Prix.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sekumpulan gimnas wanita
Gimnastik berirama yang berkembang daripada idea bagi I.G. Noverre (1722–1810), Francois
Delsart (1811–1871), dan R. Bode (1881), yang kesemua mempercayai dalam pernyataan
pergerakan, di mana seseorang menggunakan tarian untuk meluahkan diri sendiri dan bersenam
pelbagai bahagian tubuh. Peter Henry Ling seterusnya mengembangkan idea dalam sistem
latihan bebas Sweden abad ke-19, yang melayakan "aesthetic gymnastics", di mana pelajar
menyatakan perasaan-perasaan mereka dan emosi melalui pergerakan menyeluruh. Idea ini
telah dilanjutkan oleh Catharine Beecher, yang mengasaskan Western Female Institute di Ohio,
Amerika Syarikat, pada 1837.
Gimnastik berirama kompetitif bermula dalam 1940-an dalam Kesatuan Soviet. FIG mengiktiraf
disiplin ini pada 1961, pertama seperti gimnastik moden, kemudian sebagai gimnastik berirama
sportive, dan akhirnya sebagai gimnastik berirama. Kejohanan Dunia pertama untuk gimnas
individu mengambil tempat pada 1963 di Budapest, Hungary. Kumpulan telah diperkenalkan
pada tahap yang sama pada 1967 di Copenhagen, Denmark. Gimnastik berirama telah ditambah
di Sukan Olimpik Musim Panas 1984 di Los Angeles, dengan pertandingan Individual All Around.
Bagaimanapun, banyak persekutuan daripada negara-negara Eropah Timur telah dipaksa
untuk memulau. Lori Fung dari Kanada adalah gimnas berirama pertama untuk mengondol satu
pingat emas Olimpik. Pertandingan kumpulan telah ditambah ke Sukan Olimpik Musim Panas
1996 di Atlanta, Georgia.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Fail:2003 Greece 10 Euro OS Gymnastics front.jpg
Gymnastics commemorative coin
 Acara gimnastik telah dipilih sebagai satu motif utama dalam pungutan duit syiling. Satu
daripada contoh-contoh terbaru itu adalah syiling peringatan Gimnastik Greece €10, dicetak
pada 2003 bagi memperingati Sukan Olimpik Musim Panas 2004. Depan duit syiling itu
mewakili satu wanita muda memegang reben, melaksanakan satu pergerakan sopan,
manakala dalam latar belakang, dua olahragawati dari zaman kuno melaksanakan satu siri
interaksi akrobatik. Tempat kejadian itu telah diambil daripada satu terra cotta di Selatan
Itali.
 Senarai gimnas
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Templat:Gymnastics portal
Wikimedia
Commons mempunyai
media berkaitan: Gimnastik
berirama
 Fédération Internationale de Gymnastique (Inggeris) / (Perancis)
 Rhythmic Gymnastics (Inggeris) / (Jerman)
 The Art of Gymnastics - The Israeli site of Rhythmic Gymnastics (Inggeris)
 Men's Rhythmic gymnastics information from EliteRG.com
 More on rhythmic gymnastics
PENGENALAN GIMNASTIK BERIRAMA
PENGENALAN GIMNASTIK BERIRAMA
Mohd.Yazid Deraman
Pensyarah Cemerlang .
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Baru.
mydyazid@g.mail.com
Gimrama adalah sukan sangat istimewa dan menarik perhatian, ia sangat popular
dikalangan penonton Memerlukan kemahiran tinggi, kelembutan, koodinasi tubuh
badan dan daya kreativiti mencipta gerakan. Gimrama pergerakan atau senaman
dilakukan dengan iringi muzik. Menggunakan alatan dan tampa alatan pada
tangan.Gerakan koodinasi tinggi bersifat estatik dilakukan secara licin dan
berterusan Gerakan merupakan pergerakan tarian, ciri tersendiri dengan pemilihan
alatan sendiri. Peralatan sesuai dengan susuk tubuh badan,saiz dan berat, Gimrama
merupakan disiplin sukan gimnastik, diiktitraf gerakan gimnastik oleh Persatuan
Gimnastik Antrangsa(FIG).
Keperluan alatan Gimrama.
• Alatan merupakan keperluan asas
• Latihan dengan menggunakan 5 jenis alatan yang di iktiraf FIG.
• Bola, tali, reben, gelung belatan.
• Untuk persembahan alatan reben,skaf dan bendera digunakan
• Pengunaan alatan adalah mengikut pilihan.
• Biasanya gimnas menggunakan peralatan sendiri sesuai dengan saiz dan berat.
Peralatan Tali
• Tali dari peralatan menadaki atau dari peralatan kapal.Jenis hem atai statik
• Ukuran 3m, tebal 8mm kesesuian fizikal gimnas.
• Gimnas kecil guna tali 2m panjang dan tebal 6mm. Boleh guna pita pelekat panjang
10sm.
• Tidak boleh guna pemegang.
• Warna satu atau dua warna kecuali perak dan emas.
• Ukuran tali ikut tinggi gimnas. Diukur gimnas berdiri dan memaijaknya dan hujung tali
diangkat aras ketiak gimnas.
Peralatan Gelung
• Dari plastik, rotan atau kayu biasa
• Tinggi gelung paras punggung bila ditegakkan
• Ada gimnas membalut pelekat warna warni untuk menguatkan camtuman geluang
atau menambah berat gelung.
• Ada gimnas warna atau corak pelekat geluang sama dengan warna baju.
Peralatan Bola
• Disiplin wajib dalam gimrama.
• Spesifikasi diiktiraf Persatuan Gimnastik Antrabangsa
• Bahan dari getah atayu sintatik dengan anjalan.
• Garis pusat 18-20 sm, berat minimum 400gm. Satu atau dua warna dibenarkan
kecuali emas dan perak.
Peralatan Belatan
• Biasa dikuasai gimnas berpengalaman.
• Terdiri dari kayu atau bahan sintatik, boleh dibalut dengan pita pelekat.
• Panjang 40-50sm, berat 150gm satu belatan
• Garis pusat tapak 2 ½ cm , bahagian kecil hujung 3 sm.
• Satu atau dua warna kecuali perak dan emas.
Peralatan Reben
• Dibuat dari kaian setin, nailon yang berat atau sutera.
• Berat yang sesuai diperlukan untuk hasilkan corak reben yang baik dan senang
dibaling.
• Panjang mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas. Panjang sebenar 7 m, 1 m
dilipat bahagiajn hujung. Berat 35g, tidak termasuk kayu dan penyangkutnya.
• Reben disangkut bahagian hujung dengan kayu.
• Gimnas berpengalaman guna reben 6m. Kanak-kanak yang baru 4-5m.
Pakian Gimnas
• Pertandingan memakai leotard dan tights atau leotard saja.
• Pakaian boleh ubah suai peringkat pertandingan- sekolah batu T seluar trek.
• Leotard tidak luas dibelakang, garis punggung tidak tinggi. Dipakai tampa lengan.
Kain terdiri pelbagai warna keculi nipis, lutsinar dan warna perak dan emas.
• Kasut boleh dipakai atau tidak. Kasut dibuat dari kulit atau kain.
Tempat Latihan
• Dewan tertutup. Dalam kosong dan tiada halangan dari lampu, palang struktur.
• Gimnas pengalaman memerlukan dewan siling yang tinggi.
• Permukaan lantai misti bersih dan tidak terlalu licin.
• Luas kawasan bertanding 12m x 12m.Luas tidak diwajibkan dan boleh berlatih
dimana-mana.
Uandang-undang am Pertandingan Gimrama
• Buku undang-undang (code of point) oleh Persatuan Gimnastik Antrabangsa.
• 4 tahun sekali buku dikaji.
• Pertandingan rasmi mengikut undang-unadang FIG terdaoat dua acara pertandingan
yang utama
– Seorang gimnas pada kawasan tertentu. Guna satu alatan. Disebut pertandingan
indvidu
– Sekumpulan gimnas- 6 orang. Guna satu atau dua jenis alatan. Acara dinama
berpasukan atau kumpulan.
PERTANDINGAN GIMRAMA
PERTANDINGAN 1-ACARA BERPASUKAN.
1. Satu pasukan, 3-4 orang gimnas.
2. Mempertunjukan 10 latihan, 2 latihan setiap peralatan, Peralatan, tali,
bola, gekluang, belatan dan reben.
3. Setiap gimnas mempersembahkan 1-4 menggunikan peralatanm yang
berlainan. Setiap oerlatan akan dipersembahkan oleh 2 gimnas yang
berlainan dalam satu pasukan.
4. Mata maksima 100. Pertandingan 1 peringkat kelayakan untuk
pertandingan II dan III.
PERTANDINGAN II- ACARA INDIVIDU KESELURUHAN.
1. Gimnas mempersembahan 3 latihan pertandingan 1 dipertimbangan
pertandingan II
2. 26 peserta terbaik pertandingan I bertanding individu
keseluruhannya.Terhad 2 peserta setiap pasukan.
3. Misti tunjukkan 4 latihan dengan 4 peralatan yang ditetapkan oleh FIG.
4. Johan individu keseluruhannya, jumlah mata ke empat latihan dikira.
Peserta mata terbanyak johan individu keseluruhannya (Jum mata maksimum
40)
PERTANDINGAN III – PUSINGAN AKHIR SETIAP PASUKAN.
• 8 peserta terbaik (Maksimum dua peserta setiap pasukan) bagi setiap peralatan
dalam pertandingan 1 layak menyertai pertandingan akhir setiap peralatan.
• Peserta mendapat mata tertinggi sesuatu acara alatan akan menjadi johan bagi
peralatan berkenaan.
• Jumlah mata maksimum 10.
Prinsip-prinsip Pengajaran Gimrama
• Pergerakan dengan ritma, menghasil pergerakan tubuh yang berkoodinasi dan
estatik
• Pergerakan berseorangan atau kumpulan dengan atau tampa alatan secara licin dan
berterusan.
• 7 jenis pergerakan tubuh
• Imbangan, melentik, meringkuk dan melunjur,gerak edar, pusingan badan, lompatan,
ketangkasan
• Tujuan pergerakan
• Kelenturan.ketangkasan,imbangan, kelajuan,koodinasi, kuasa dan kekuatan.
Pergerakan Tubuh Badan
• Penekanan menyedari perkaitan antara tubuh ruang dan daya semasa melakukan
pergerakan.
• Bahagian tubuh dan keseluruhan badan dengan teknik yang betul.
• Penekanan kepada penghasilan pergerakan yang cantik.
Teknik Alatan
• Pelbagai alatan digunakan berbeza dari sifat dan bentuk.
– Alatan bulat dan padu
– Alatan bulat dan leper
– Alatan lembut dan berombak
– Alatan panjang, langsing dan lembut
– Alatan keras dan padu.
• Bentuk dan jenis alatan menentukan bagaimana ia dimanupulasi
Rangkaian Pergerakan
• Rangkaian pergerakan dilakukan dalam ruang
• Pergerakan tubuh badan dan manupulasi alatan dilakukan ikut ritma dan irama.
• Cipta rangkaian pergerakan istilah licin dan berterusan, alatan digunakan pelbagai
cara dan disesuikan dengan pergerakan tubuh.
• Pergerakan misti berkoodinasi dengan alatan mengikut rentak, variasi masa dan
ruang untuk memberi gambaran kreativiti pelaku.
Kesedaran hubungan antara alatan dengan pergerekan tubuh badan
• Mengalakkan pengunaan alat dalam lakuan yang bersesuai mengikut ritma atau
irama
Kesedaran Ritma
• Peka kepada pelbagai jenis ritma dan irama.
Kefahaman kecergasan diri
• Gimrama membina ketangkasan,imbangan,koodinasi, kecekapan dan pelajuan
Kefahaman Terhadap Pusar Graviti
• Berkaitan dengan kedudukan badan,imbangan dan putaran.
• Penting kefahaman pusat graviti dalam perlakuan gimrama.
Sumber -Open Universiti Malaysia (2012)HBPE 2103 Pergerakan Artistik dan
Kreatif
0/ Kemahiran Asas Gimrama
 seawal 5 tahun lagi dilatih kemahiran asas
 7 jenis pergerakan asas
o imbangan
 imbangan melutut
 imbangan V
o melentik
 berdiri dan melentik ke sisi
 melutut dan melentik ke sisi
o meringkuk dan melunjur
 duduk, meringkuk dan melunjur kaki
 lentik kucing
o gerak edar
 berjalan
 berlari
 langkah skip
o pusingan badan
 pusingan setempat di atas dua kaki
 pusingan di atas punggung dengan pusingan tangan
 pusingan di atas lutut
o lompatan
 lompat regang
 lompat lentik
 lompat bintang
 lompat dakap
o ketangkasan
 ringkuk badan dan ayun
 guling balak
Penilaian :
1 comment:
Wednesday, 9 January 2013
9/ Gimrama
 gimnastik irama
 dipertandingkan secara individu/ berkumpulan untuk wanita
sahaja.
 4 acara seperti gelung, bola, belantan, tali, reben
 sistem pemarkahan melalui 4 panel / hakim
Acara Tali
Acara Gelung
Acara Belantan
Acara Reben
Acara Bola
Jenis Peralatan Untuk Gimrama
Pjm 3107 gimnastik

More Related Content

What's hot

lontar peluru
lontar pelurulontar peluru
lontar pelurudhuhahuda
 
Kepentingan pj
Kepentingan pjKepentingan pj
Kepentingan pjRzain Zul
 
Pengenalan kepada pendidikan pergerakan
Pengenalan kepada pendidikan pergerakanPengenalan kepada pendidikan pergerakan
Pengenalan kepada pendidikan pergerakanZICCHUA
 
OUM KKP PJK COMPLETE
OUM KKP PJK COMPLETEOUM KKP PJK COMPLETE
OUM KKP PJK COMPLETEAmirul Azaman
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanfiro HAR
 
Merejam lembing
Merejam lembingMerejam lembing
Merejam lembingBJZAITON
 
Pendidikan jasmani zaman renaissance
Pendidikan jasmani zaman renaissancePendidikan jasmani zaman renaissance
Pendidikan jasmani zaman renaissanceSathis Menagah
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahenab dan kesum
 
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukanPengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukanErica Leenya
 
Manupulasi alatan ppt
Manupulasi alatan  pptManupulasi alatan  ppt
Manupulasi alatan pptNadwah Khalid
 
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI Rafiza Diy
 
Program latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapanProgram latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapancikgujamil
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIAkuangwei94
 
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasEsemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasSyafiqah Mohamed Noor
 
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-41 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4Mohamad Ihtifazuddin
 

What's hot (20)

lontar peluru
lontar pelurulontar peluru
lontar peluru
 
Kepentingan pj
Kepentingan pjKepentingan pj
Kepentingan pj
 
Pengenalan kepada pendidikan pergerakan
Pengenalan kepada pendidikan pergerakanPengenalan kepada pendidikan pergerakan
Pengenalan kepada pendidikan pergerakan
 
OUM KKP PJK COMPLETE
OUM KKP PJK COMPLETEOUM KKP PJK COMPLETE
OUM KKP PJK COMPLETE
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakan
 
Undang undang olahraga (koam)
Undang undang olahraga (koam)Undang undang olahraga (koam)
Undang undang olahraga (koam)
 
Merejam lembing
Merejam lembingMerejam lembing
Merejam lembing
 
2 latihan-fizikal
2 latihan-fizikal2 latihan-fizikal
2 latihan-fizikal
 
Pendidikan jasmani zaman renaissance
Pendidikan jasmani zaman renaissancePendidikan jasmani zaman renaissance
Pendidikan jasmani zaman renaissance
 
4 asas-biomekanik
4 asas-biomekanik4 asas-biomekanik
4 asas-biomekanik
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendah
 
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukanPengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan
 
Manupulasi alatan ppt
Manupulasi alatan  pptManupulasi alatan  ppt
Manupulasi alatan ppt
 
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
 
Program latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapanProgram latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapan
 
Kaedah latihan suaian fizikal
Kaedah latihan suaian fizikalKaedah latihan suaian fizikal
Kaedah latihan suaian fizikal
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
 
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasEsemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
 
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-41 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
 
ISU DALAM PJ DAN SUKAN.pptx
ISU DALAM PJ DAN SUKAN.pptxISU DALAM PJ DAN SUKAN.pptx
ISU DALAM PJ DAN SUKAN.pptx
 

Similar to Pjm 3107 gimnastik

Similar to Pjm 3107 gimnastik (20)

Senam taranita fitri a xi ipa 1 28
Senam taranita fitri a xi ipa 1 28Senam taranita fitri a xi ipa 1 28
Senam taranita fitri a xi ipa 1 28
 
Artikel senam artistik dengan dan tanpa alat
Artikel senam artistik dengan dan tanpa alatArtikel senam artistik dengan dan tanpa alat
Artikel senam artistik dengan dan tanpa alat
 
Materi Penjas Tentang Atletik
Materi Penjas Tentang AtletikMateri Penjas Tentang Atletik
Materi Penjas Tentang Atletik
 
Atletik 4
Atletik 4Atletik 4
Atletik 4
 
Senam Irama.pptx
Senam Irama.pptxSenam Irama.pptx
Senam Irama.pptx
 
Sejarah olahraga 2
Sejarah olahraga 2Sejarah olahraga 2
Sejarah olahraga 2
 
503419841-MAKALAH-ATLETIK.docx
503419841-MAKALAH-ATLETIK.docx503419841-MAKALAH-ATLETIK.docx
503419841-MAKALAH-ATLETIK.docx
 
Kliping tugas penjaskes
Kliping tugas penjaskesKliping tugas penjaskes
Kliping tugas penjaskes
 
Imam haris utomo 20060484055 2020_b_filsafat dan sejarah olahraga
Imam haris utomo 20060484055 2020_b_filsafat dan sejarah olahragaImam haris utomo 20060484055 2020_b_filsafat dan sejarah olahraga
Imam haris utomo 20060484055 2020_b_filsafat dan sejarah olahraga
 
Makalah atletik
Makalah atletikMakalah atletik
Makalah atletik
 
2020 b 20060484053_rahmat hidayat haqiqi_filsafat olahraga
2020 b 20060484053_rahmat hidayat haqiqi_filsafat olahraga2020 b 20060484053_rahmat hidayat haqiqi_filsafat olahraga
2020 b 20060484053_rahmat hidayat haqiqi_filsafat olahraga
 
ATLETIK.docx
ATLETIK.docxATLETIK.docx
ATLETIK.docx
 
Senam irama
Senam iramaSenam irama
Senam irama
 
Senam Aerobic.pptx
Senam Aerobic.pptxSenam Aerobic.pptx
Senam Aerobic.pptx
 
Sejarah senam
Sejarah senamSejarah senam
Sejarah senam
 
Waj3112 folio olahraga myra
Waj3112 folio olahraga myraWaj3112 folio olahraga myra
Waj3112 folio olahraga myra
 
Sejarah Olahraga
Sejarah Olahraga Sejarah Olahraga
Sejarah Olahraga
 
Acara lari pecut 100 meter
Acara lari pecut 100 meterAcara lari pecut 100 meter
Acara lari pecut 100 meter
 
Sejarah olahraga
Sejarah olahragaSejarah olahraga
Sejarah olahraga
 
Prinsip latihan olahraga sekolah
Prinsip latihan olahraga sekolahPrinsip latihan olahraga sekolah
Prinsip latihan olahraga sekolah
 

Recently uploaded

DIET SEHAT PADA DIABETES MELLITUS PPT DES 23.pptx
DIET SEHAT PADA DIABETES MELLITUS PPT DES 23.pptxDIET SEHAT PADA DIABETES MELLITUS PPT DES 23.pptx
DIET SEHAT PADA DIABETES MELLITUS PPT DES 23.pptxulfahyus
 
APLIKASI SIstem Informasi Terpadu Kesehatan Kerja dan Olahraga 2023.ppt
APLIKASI SIstem Informasi Terpadu Kesehatan Kerja dan Olahraga 2023.pptAPLIKASI SIstem Informasi Terpadu Kesehatan Kerja dan Olahraga 2023.ppt
APLIKASI SIstem Informasi Terpadu Kesehatan Kerja dan Olahraga 2023.pptrosintauli1
 
obat aborsi Bogor wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bogor
obat aborsi Bogor wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bogorobat aborsi Bogor wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bogor
obat aborsi Bogor wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bogorariniastuti020
 
ZOLL AED Plus® PRESENTATION WITH II.pptx
ZOLL AED Plus® PRESENTATION WITH II.pptxZOLL AED Plus® PRESENTATION WITH II.pptx
ZOLL AED Plus® PRESENTATION WITH II.pptxadibmuhammad14
 
MAKALAH kebidanan pelayanan KOMPLEMENTER-1.docx
MAKALAH kebidanan pelayanan KOMPLEMENTER-1.docxMAKALAH kebidanan pelayanan KOMPLEMENTER-1.docx
MAKALAH kebidanan pelayanan KOMPLEMENTER-1.docxcholiftiara1
 
Materi Bimtek Kebijakan Kesehatan Haji 2024.pptx
Materi Bimtek Kebijakan Kesehatan Haji 2024.pptxMateri Bimtek Kebijakan Kesehatan Haji 2024.pptx
Materi Bimtek Kebijakan Kesehatan Haji 2024.pptxDocApizz
 
KONSEP K3 PUSKESMAS SESUAI PMK 52 THN 2018.pptx
KONSEP K3 PUSKESMAS SESUAI PMK 52 THN 2018.pptxKONSEP K3 PUSKESMAS SESUAI PMK 52 THN 2018.pptx
KONSEP K3 PUSKESMAS SESUAI PMK 52 THN 2018.pptxrosintauli1
 
Jual Cytotec Di Banjar Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasi
Jual Cytotec Di Banjar Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan KonsultasiJual Cytotec Di Banjar Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasi
Jual Cytotec Di Banjar Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasissupi412
 
PPT Antibiotik amoxycillin, erytromycin.ppt
PPT Antibiotik amoxycillin, erytromycin.pptPPT Antibiotik amoxycillin, erytromycin.ppt
PPT Antibiotik amoxycillin, erytromycin.pptHenryAdhySantoso
 
fisiologi haid dan bagaimana. Kita bersa
fisiologi haid dan bagaimana. Kita bersafisiologi haid dan bagaimana. Kita bersa
fisiologi haid dan bagaimana. Kita bersaAgusSupriyanto987244
 
TM 6_KESPRO REMAJA.ppt kesehatan reproduksi
TM 6_KESPRO REMAJA.ppt kesehatan reproduksiTM 6_KESPRO REMAJA.ppt kesehatan reproduksi
TM 6_KESPRO REMAJA.ppt kesehatan reproduksihaslinahaslina3
 
Kota Palembang Dalam Angka 2023.pdf]]kjk
Kota Palembang Dalam Angka 2023.pdf]]kjkKota Palembang Dalam Angka 2023.pdf]]kjk
Kota Palembang Dalam Angka 2023.pdf]]kjkklinikrizkiasyifa
 
Standar Prosedur pelayanan pelacakan kasus KEJADIAN IKUTAN PASCA iMUNISASI
Standar Prosedur pelayanan pelacakan kasus KEJADIAN IKUTAN PASCA iMUNISASIStandar Prosedur pelayanan pelacakan kasus KEJADIAN IKUTAN PASCA iMUNISASI
Standar Prosedur pelayanan pelacakan kasus KEJADIAN IKUTAN PASCA iMUNISASIgermanaaprianineno
 
obat aborsi Bandung wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bandung
obat aborsi Bandung wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bandungobat aborsi Bandung wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bandung
obat aborsi Bandung wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bandungariniastuti020
 
obat aborsi Bekasi wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bekasi
obat aborsi Bekasi wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bekasiobat aborsi Bekasi wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bekasi
obat aborsi Bekasi wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bekasiariniastuti020
 

Recently uploaded (15)

DIET SEHAT PADA DIABETES MELLITUS PPT DES 23.pptx
DIET SEHAT PADA DIABETES MELLITUS PPT DES 23.pptxDIET SEHAT PADA DIABETES MELLITUS PPT DES 23.pptx
DIET SEHAT PADA DIABETES MELLITUS PPT DES 23.pptx
 
APLIKASI SIstem Informasi Terpadu Kesehatan Kerja dan Olahraga 2023.ppt
APLIKASI SIstem Informasi Terpadu Kesehatan Kerja dan Olahraga 2023.pptAPLIKASI SIstem Informasi Terpadu Kesehatan Kerja dan Olahraga 2023.ppt
APLIKASI SIstem Informasi Terpadu Kesehatan Kerja dan Olahraga 2023.ppt
 
obat aborsi Bogor wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bogor
obat aborsi Bogor wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bogorobat aborsi Bogor wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bogor
obat aborsi Bogor wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bogor
 
ZOLL AED Plus® PRESENTATION WITH II.pptx
ZOLL AED Plus® PRESENTATION WITH II.pptxZOLL AED Plus® PRESENTATION WITH II.pptx
ZOLL AED Plus® PRESENTATION WITH II.pptx
 
MAKALAH kebidanan pelayanan KOMPLEMENTER-1.docx
MAKALAH kebidanan pelayanan KOMPLEMENTER-1.docxMAKALAH kebidanan pelayanan KOMPLEMENTER-1.docx
MAKALAH kebidanan pelayanan KOMPLEMENTER-1.docx
 
Materi Bimtek Kebijakan Kesehatan Haji 2024.pptx
Materi Bimtek Kebijakan Kesehatan Haji 2024.pptxMateri Bimtek Kebijakan Kesehatan Haji 2024.pptx
Materi Bimtek Kebijakan Kesehatan Haji 2024.pptx
 
KONSEP K3 PUSKESMAS SESUAI PMK 52 THN 2018.pptx
KONSEP K3 PUSKESMAS SESUAI PMK 52 THN 2018.pptxKONSEP K3 PUSKESMAS SESUAI PMK 52 THN 2018.pptx
KONSEP K3 PUSKESMAS SESUAI PMK 52 THN 2018.pptx
 
Jual Cytotec Di Banjar Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasi
Jual Cytotec Di Banjar Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan KonsultasiJual Cytotec Di Banjar Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasi
Jual Cytotec Di Banjar Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasi
 
PPT Antibiotik amoxycillin, erytromycin.ppt
PPT Antibiotik amoxycillin, erytromycin.pptPPT Antibiotik amoxycillin, erytromycin.ppt
PPT Antibiotik amoxycillin, erytromycin.ppt
 
fisiologi haid dan bagaimana. Kita bersa
fisiologi haid dan bagaimana. Kita bersafisiologi haid dan bagaimana. Kita bersa
fisiologi haid dan bagaimana. Kita bersa
 
TM 6_KESPRO REMAJA.ppt kesehatan reproduksi
TM 6_KESPRO REMAJA.ppt kesehatan reproduksiTM 6_KESPRO REMAJA.ppt kesehatan reproduksi
TM 6_KESPRO REMAJA.ppt kesehatan reproduksi
 
Kota Palembang Dalam Angka 2023.pdf]]kjk
Kota Palembang Dalam Angka 2023.pdf]]kjkKota Palembang Dalam Angka 2023.pdf]]kjk
Kota Palembang Dalam Angka 2023.pdf]]kjk
 
Standar Prosedur pelayanan pelacakan kasus KEJADIAN IKUTAN PASCA iMUNISASI
Standar Prosedur pelayanan pelacakan kasus KEJADIAN IKUTAN PASCA iMUNISASIStandar Prosedur pelayanan pelacakan kasus KEJADIAN IKUTAN PASCA iMUNISASI
Standar Prosedur pelayanan pelacakan kasus KEJADIAN IKUTAN PASCA iMUNISASI
 
obat aborsi Bandung wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bandung
obat aborsi Bandung wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bandungobat aborsi Bandung wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bandung
obat aborsi Bandung wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bandung
 
obat aborsi Bekasi wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bekasi
obat aborsi Bekasi wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bekasiobat aborsi Bekasi wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bekasi
obat aborsi Bekasi wa 081391267345 jual obat aborsi cytotec asli di Bekasi
 

Pjm 3107 gimnastik

  • 1. PJM 3107 Gimnastik : Sejarah dan Pengenalan Pengenalan Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), kesedaran kinestetik, ketepatan lakuan dan keseimbangan yang tinggi. Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan yang teruk. Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola statik , pola gerak edar , pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti , imbangan, kekuatan, ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik. Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga- tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.
  • 2. Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah: 1. Pendaratan 2. Statik 3. Gerak edar 4. Putaran 5. Hamburan 6. Ayunan Sejarah Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman beramai-ramai bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu. Tamadun India dan Persia telah menggunakan senaman beramai-ramai telah mengamalkan senaman ini selepas 100 tahun dari itu Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini di kenali sebagai gimnasium. Ahli falsafah Greek yang terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan saja sebagai seni, malahan merupakan ilmu sains ke masyarakat. Hipocrates, Gelen yang terkenal sebagai pelopor bidang perubatan telah mencipta teori mengenai gimnastik. Mereka menyatakan gimastik merupakan gerakan yang mempunyai nilai perubatan. Tamadun Roman telah menggunakan gimastik sebagai latihan fizikal dalam membina sistem kententeraan. Tentera Roman menggunakan ketangkasan menggunakan lombol yang merupakan gerakan gimnastik untuk tentera menaik dan menurun kuda. Kesannya sehingga sekarang lombo dikenali kekuda lombol. Dalam tahun 493 masihi pemerintahan Theodosius I telah menghapuskan sukan olimpik purba. Kesan peristiwa ini sukan gimnastik mengalami zaman malapnya. Buku Gymnastics for Youth oleh Guths Muth dalam tahun 1759 hingga 1839 telah di terjemah dan di sebarkan keseluruhan negara Eropah. Buku telah mencetus kembali minat terhadap sukan gimnastik. Terdapat dua nama yang terkenal iaitu Pehr Ling dan Jonan Ludwin Jahn pada awal kurun ke 19 dalam sukan gimnastik. Ling telah mencipta gerakan asas dalam pendidikan jasmani sehingga sekarang gerakan asas ini telah diikuti oleh banyak negara. Jahn telah mengembangkan sistem gimnastik yang masih diguna pakai sehingga kini. Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruhan Eropah sehingga ke Amerika Syarikat pada tahun 1888 persekutuan amatur gimnastik telah ditubuhkan. Pada tahun 1860 skim latihan jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik tentera telah ditubuhkan. Kelab gimnastik atau turnverein merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruhan Eropah sehingga ke Amerika Syarikat Dalam abad ke 18 dan 19 sukan gimnastik telah mendapat sambutan di negara-
  • 3. negara Scandinavia dan Jerman. Terdapat dua pandangan tentang gimnastik. Gimnastik Jerman lebih menumpu kepada pergerakan di alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan. Gimnastik Swedish berdasarkan pergerakan berirama. Di negara Eropah yang penduduknya bertutur bahasa Inggeris, gimnastik menjadi komponen dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. Dalam sukan Olimpik 1896 acara gimnastik pertama telah dipertandingkan dalam acara lelaki. Selepas tahun 1940 negara seperti Rusia, Jepun, Czechoslovakia dan Jerman Timur telah menguasai keseluruhan acara gimnastik yang dipertandingkan. Negara Rusia yang pertama kali menyertai pertandingan gimnastik dalam kejohanan Olimpik di Helsinki pada tahun 1952. Rusia telah memenangi lima dari lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam acara lelaki sementara pasukan wanitanya telah memenangi empat dari enam pingat emas yang dipertandingkan. Dewasa ini sukan gimnastik telah menjadi sukan yang penting dalam kalender sukan dunia. Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat antara bangsa yang terbesar dalam kalendar persekutuan gimnastik antarabangsa iaitu: • Sukan Olimpik • Kejohanan Dunia • Kejohanan Eropah Sukan Olimpik diadakan empat tahun sekali begitu juga dengan kejohanan gimnastik dunia namun kedua-dua kejohanan tidak dipertandingkan dalam tahun yang sama. Kejohanan Eropah diadakan dalam tahun ganjil. Dalam kejohanan Eropah hanya pergerakan pilihan dalam acara individu sahaja dipertandingkan dan dihadkan penyertaan kepada tiga peserta lelaki dan tiga peserta wanita Nota-nota lain yang mungkin membantu anda  PJM3107 Gimnastik-Gimnastik Artistik Skala  Pengenalan : Sejarah Pendidikan Jasmani dan Sukan.  Pengenalan : Definisi dan Konsep Pendidikan Jasmani  Konsep Setiap Tunjang dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani GIMNASTIK IRAMA
  • 4. Apakah Gimnastik Irama? Gimnastik berirama adalah sukan di mana pesaing tunggal atau pasangan, trio atau malah lebih (biasanya lima) memanipulasi satu atau dua aparatus: tali, gelang, bola,belantan dan reben. Gimnastik berirama adalah satu sukan yang menggabungkan unsur- unsur balet, gimnastik, tarian teater, dan manipulasi aparatus.  suatu pergerakan yang dilakukan di atas lantai diiringi dengan muzik.  merupakan pergerakan yang berkoordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mempunyai unsur- unsur keindahan.  antara alatan yang digunakan dalam gimnastik irama ialah gelung, bola, tali, selendang dan belantan.  7 jenis pergerakan dalam gimnastik irama iaitu:- 1. imbangan 2. melentik 3. meringkuk dan melunjur 4. gerak edar 5. pusingan badan 6. lompatan 7. ketangkasan Sejarah Gimnastik Irama
  • 5. Gimnastik berirama yang berkembang daripada idea bagi I.G. Noverre (1722–1810), Francois Delsart (1811–1871), dan R. Bode (1881), yang kesemua mempercayai dalam pernyataan pergerakan, di mana seseorang menggunakan tarian untuk meluahkan diri sendiri dan bersenam pelbagai bahagian tubuh. Peter Henry Ling seterusnya mengembangkan idea dalam sistem latihan bebas Sweden abad ke-19, yang melayakan "aesthetic gymnastics", di mana pelajar menyatakan perasaan-perasaan mereka dan emosi melalui pergerakan menyeluruh. Idea ini telah dilanjutkan olehCatharine Beecher, yang mengasaskan Western Female Institute di Ohio, Amerika Syarikat, pada 1837. Gimnastik berirama kompetitif bermula dalam 1940- an dalam Kesatuan Soviet. FIG mengiktiraf disiplin ini pada 1961, pertama seperti gimnastik moden, kemudian sebagai gimnastik berirama sportive, dan akhirnya sebagai gimnastik berirama. Kejohanan Dunia pertama untuk gimnas individu mengambil
  • 6. tempat pada 1963 diBudapest, Hungary. Kumpulan telah diperkenalkan pada tahap yang sama pada 1967 di Copenhagen, Denmark. Gimnastik berirama telah ditambah di Sukan Olimpik Musim Panas 1984 di Los Angeles, dengan pertandingan Individual All Around. Bagaimanapun, banyak persekutuan daripada negara-negara Eropah Timur telah dipaksa untuk memulau. Lori Fung dari Kanada adalah gimnas berirama pertama untuk mengondol satu pingat emas Olimpik. Pertandingan kumpulan telah ditambah ke Sukan Olimpik Musim Panas 1996 di Atlanta, Georgia. Perkembangan Gimnastik Irama Di Malaysia Pada amnya, perkembangan gimrama di Malaysia bermula di sekolah. Latihan gimrama tidak ditawarkan di mana-mana tempat pada mulanya. Di sekolah,gimrama telah dimulakan sebagai aktiviti kokurikulum. Sukan gimrama telah diperkenalkan secara serius di Malaysia pada tahun 1982 dimana satu Kursus Kejurulatihan Peringkat Asas telah diadakan di Kuala Lumpur di bawah pimpinan Puan Emmy Bellwood iaitu seorang jurulatih dari New Zealand. Pada tahun 1983, Jawatankuasa Teknik Gimrama yang pertama telah ditubuhkan dibawah Persekutuan Gimnastik Malaysia. Seterusnya pada tahun 1984, satu lagi kursus kejurulatihan bagi guru- guru dari sekolah dan maktab telah dijalankan oleh beberapa orang instruktor tempatan.
  • 7. Pada tahun 1985, Persekutuan Gimnastik Malaysia telah mengimport seorang jurulatih dari Australia untuk mengadakan program intensif selama setahun. Seramai 300 orang jurulatih dapat dihasilkan. Pada tahun yang tersebut juga, satu lagi Kursus Kejurulatihan Serantau Peringkat Lanjutan telah diadakan dengan menjemput pakar yang sama. Kejohanan gimrama peringkat kebangsaan yang pertama telah diadakan pada tahun 1985. Sebanyak 30 pasukan dari seluruh negara telah mengambil bahagian. Pada tahun 1986, satu skim pembangunan untuk gimnas yang berasaskan penganugerahan lencana dan sijil kecemerlangan bagi gimnas yang berjaya telah dilancarkan. Seterusnya pada tahun 1989, gimrama telah diperkenalkan di Sukan SEA Kuala Lumpur, dan Malaysia telah memungut lima pingat emas melalui Faiznur Miskin. Selain itu, gimnas peringkat nasional telah diberi peluang bertanding dalam Kejohanan Empat Benua untuk memperolehi pendedahan. Malaysia juga telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Sedunia di Alicante, Sepanyol. Dari aspek kepegawaian, kursus kehakiman peringkat kebangsaan yang pertama telah diadakan pada tahun 1987 oleh seorang pakar dari Australia, Cik Karen Ho. Seramai 20 orang hakim kebangsaan telah dihasilkan. Pada tahun 1989 Satu kursus Kejuruhakiman Peringkat Antarabangsa telah diadakan dan dikendalikan oleh seorang jurulatih dari (FIG), Puan Yoshiko Kamo
  • 8. untuk menyediakan juruhakim tempatan ke Sukan SEA 1989. Setakat ini, boleh dikatakan perkembangan gimrama di Malaysia sudah meningkat, selaras dengan adanya Persatuan Gimnastik Asia Tenggara(SEAGON) yang ditubuhkan dan bertempat di Jakarta pada tahun 1989. Pergerakan Dalam Gimnastik Irama Imbangan bergantung kepada kedudukan pusat graviti dan keluasan dasar. Pusat graviti yang rendah dan dasar yang lebar adalah lebih stabil berbanding dengan pusat graviti yang tinggi mewujudkan kurang kestabilan. a) Pergerakan Imbangan. Teknik imbangan dengan sebelah kaki di hadapan. 1. Posisi bermula dan berdiri dengan tegak. 2. Berdiri di atas sebelah kaki dan angkat kaki sebelah lagi. 3. Berdiri di atas bebola kaki dan unjurkan kaki yang diangkat. Kekalkan kedudukan ini selama dua saat. 4. Turunkan kaki dan melangkah ke hadapan dengan kaki yang sama. 5. Rapatkan kedua-dua belah kaki. # Imbangan di atas boleh dilakukan dengan pelbagai pergerakan tangan seperti mendepakan tangan atau meletakkan tangan di pinggang. Imbangan dengan sebelah kaki di hadapan boleh juga dirangkaikan dengan alatan misalnya gelung dan tali.
  • 9. Teknik Imbangan dirangkaikan dengan gelung. 1. Posisi bermula. Berdiri dengan merapatkan kaki, pegang gelung dengan sebelah tangan. 2. Genggam gelung, tapak tangan di sisi badan. Bengkokkan lutut dan ayun gelung sedikit ke belakang. 3. Ayun gelung ke hadapan sambil berjengket. 4. Ayun gelung ke belakang sambil membengkokkan lutut. 5. Hentikan ayunan dengan meletakkan gelung di atas lantai. # Imbangan ini dapat dilakukan dengan lebih baik dengan meningkatkan prestasi dalam latihan kekuatan dan daya tahan otot. Otot-otot yang terlibat ialah otot betis dan otot paha. b) Pergerakan Melentik Pergerakan melentik banyak menggunakan bahagian atas badan. Kemahiran yang dipelajari dalam pergerakan ini:- Teknik dirian sebelah kaki dan melentik ke sisi. 1. Mulakan posisi. Berdiri tegak dan rapatkan kaki. 2. Sebelah kaki melangkah ke sisi. 3. Pindahkan berat badan pada kaki yang melangkah dan naikkan paha yang sebelah lagi. 4. Lentikkan badan ke sisi kaki sokongan dan tangan mengikut pergerakan lentikan. 5. Turunkan kaki dan berdiri tegak dengan kaki rapat.
  • 10. # Teknik ini boleh dipelbagaikan dengan kedua-dua tangan lurus ke atas atau sebelah tangan di pinggang dan boleh disertakan dengan alatan seperti gelung, reben atau kayu. Teknik melentik dirangkaikan dengan selendang. 1. Mulakan posisi. Berdiri tegak dan kedua-dua belah tangan lurus ke atas. 2. berjengket seketika dan terus unjurkan sebelah kaki ke hadapan. 3. Lentikkan badan ke belakang dan angkat lutut hadapan. 4. Turunkan kaki dan tegakkan badan. 5. Berdiri tegak dan rapatkan kaki. # Teknik ini dapat dilakukan dengan lebih baik jika prestasi kelenturan dan kelembutan dapat ditingkatkan melalui senaman yang kerap. Otot yang terlibat adalah abdomen dan belakang pinggang. Aspek Keselamatan Dalam Gimnastik Irama a) Pakai pakaian yang sesuai. b) Pastikan alatan yang digunakan tidak membahayakan orang lain dan diri sendiri. c) Lakukan aktiviti memanaskan badan, regangan dan menyejukkan badan. ## elakkan melakukan enjutan agar tidak mendapat kecederaan.
  • 11. Gimnastikberirama Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Gimnas berirama dari Greece dalam Olimpik Sydney 2000 Gimnastik berirama adalah sukan di mana pesaing tunggal atau pasangan, trio atau malah lebih (biasanya lima) memanipulasi satu atau dua aparatus: tali, gelang, bola, belantan dan reben. Gimnastik berirama adalah satu sukan yang menggabungkan unsur-unsur balet, gimnastik, tarian teater, dan manipulasi aparatus. Pemenang adalah peserta yang memperoleh mata terbanyak, sebagai dianugerahi oleh panel hakim, untuk lompatan, kestabilan, putaran, kebolehlenturan,pengendalian aparatus, dan kesan seni. Badan pentadbiran, Fédération Internationale de Gymnastique (FIG), mengubah Code of Points pada 2001, 2003, 2005, dan 2008 untuk menegaskan elemen teknikal dan mengurangkan subjektiviti kehakiman. Sebelum 2001, penghakiman adalah pada skala 10 mata seperti gimnastik artistik. Ia telah bertukar menjadi skala 30 mata pada 2003, skala 20 mata pada 2005, dan pada 2008 bertukar balik kepada skala 30 mata. Terdapat tiga nilai diambil kira menjadi mata akhir—-teknikal, artistik dan kesempurnaan. Pertandingan antarabangsa dibahagikan antara Remaja, di bawah enam belas oleh tahun kelahiran mereka; dan Senior, untuk wanita enam belas dan lebih sekali lagi oleh tahun kelahir an mereka. Gimnast lazimnya memulakan latihan pada usia sangat muda dan mereka yang berada pada terbaik lazimnya adalah pada lewat remaja atau awal dua puluhan. Kejohanan terbesar dalam sukan ini adalah Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, dan Kejohanan Grand Prix. Sejarah[sunting | sunting sumber]
  • 12. Sekumpulan gimnas wanita Gimnastik berirama yang berkembang daripada idea bagi I.G. Noverre (1722–1810), Francois Delsart (1811–1871), dan R. Bode (1881), yang kesemua mempercayai dalam pernyataan pergerakan, di mana seseorang menggunakan tarian untuk meluahkan diri sendiri dan bersenam pelbagai bahagian tubuh. Peter Henry Ling seterusnya mengembangkan idea dalam sistem latihan bebas Sweden abad ke-19, yang melayakan "aesthetic gymnastics", di mana pelajar menyatakan perasaan-perasaan mereka dan emosi melalui pergerakan menyeluruh. Idea ini telah dilanjutkan oleh Catharine Beecher, yang mengasaskan Western Female Institute di Ohio, Amerika Syarikat, pada 1837. Gimnastik berirama kompetitif bermula dalam 1940-an dalam Kesatuan Soviet. FIG mengiktiraf disiplin ini pada 1961, pertama seperti gimnastik moden, kemudian sebagai gimnastik berirama sportive, dan akhirnya sebagai gimnastik berirama. Kejohanan Dunia pertama untuk gimnas individu mengambil tempat pada 1963 di Budapest, Hungary. Kumpulan telah diperkenalkan pada tahap yang sama pada 1967 di Copenhagen, Denmark. Gimnastik berirama telah ditambah di Sukan Olimpik Musim Panas 1984 di Los Angeles, dengan pertandingan Individual All Around. Bagaimanapun, banyak persekutuan daripada negara-negara Eropah Timur telah dipaksa untuk memulau. Lori Fung dari Kanada adalah gimnas berirama pertama untuk mengondol satu pingat emas Olimpik. Pertandingan kumpulan telah ditambah ke Sukan Olimpik Musim Panas 1996 di Atlanta, Georgia. Lihat juga[sunting | sunting sumber] Fail:2003 Greece 10 Euro OS Gymnastics front.jpg Gymnastics commemorative coin  Acara gimnastik telah dipilih sebagai satu motif utama dalam pungutan duit syiling. Satu daripada contoh-contoh terbaru itu adalah syiling peringatan Gimnastik Greece €10, dicetak pada 2003 bagi memperingati Sukan Olimpik Musim Panas 2004. Depan duit syiling itu mewakili satu wanita muda memegang reben, melaksanakan satu pergerakan sopan, manakala dalam latar belakang, dua olahragawati dari zaman kuno melaksanakan satu siri interaksi akrobatik. Tempat kejadian itu telah diambil daripada satu terra cotta di Selatan Itali.  Senarai gimnas Pautan luar[sunting | sunting sumber] Templat:Gymnastics portal Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Gimnastik berirama
  • 13.  Fédération Internationale de Gymnastique (Inggeris) / (Perancis)  Rhythmic Gymnastics (Inggeris) / (Jerman)  The Art of Gymnastics - The Israeli site of Rhythmic Gymnastics (Inggeris)  Men's Rhythmic gymnastics information from EliteRG.com  More on rhythmic gymnastics
  • 14.
  • 15.
  • 16.
  • 17.
  • 18.
  • 19.
  • 20.
  • 21.
  • 22.
  • 23.
  • 24.
  • 25.
  • 26.
  • 27.
  • 28.
  • 29.
  • 30.
  • 31.
  • 32.
  • 33. PENGENALAN GIMNASTIK BERIRAMA PENGENALAN GIMNASTIK BERIRAMA Mohd.Yazid Deraman Pensyarah Cemerlang . Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Baru. mydyazid@g.mail.com Gimrama adalah sukan sangat istimewa dan menarik perhatian, ia sangat popular dikalangan penonton Memerlukan kemahiran tinggi, kelembutan, koodinasi tubuh badan dan daya kreativiti mencipta gerakan. Gimrama pergerakan atau senaman dilakukan dengan iringi muzik. Menggunakan alatan dan tampa alatan pada tangan.Gerakan koodinasi tinggi bersifat estatik dilakukan secara licin dan berterusan Gerakan merupakan pergerakan tarian, ciri tersendiri dengan pemilihan alatan sendiri. Peralatan sesuai dengan susuk tubuh badan,saiz dan berat, Gimrama merupakan disiplin sukan gimnastik, diiktitraf gerakan gimnastik oleh Persatuan Gimnastik Antrangsa(FIG). Keperluan alatan Gimrama. • Alatan merupakan keperluan asas • Latihan dengan menggunakan 5 jenis alatan yang di iktiraf FIG. • Bola, tali, reben, gelung belatan. • Untuk persembahan alatan reben,skaf dan bendera digunakan • Pengunaan alatan adalah mengikut pilihan. • Biasanya gimnas menggunakan peralatan sendiri sesuai dengan saiz dan berat. Peralatan Tali • Tali dari peralatan menadaki atau dari peralatan kapal.Jenis hem atai statik • Ukuran 3m, tebal 8mm kesesuian fizikal gimnas.
  • 34. • Gimnas kecil guna tali 2m panjang dan tebal 6mm. Boleh guna pita pelekat panjang 10sm. • Tidak boleh guna pemegang. • Warna satu atau dua warna kecuali perak dan emas. • Ukuran tali ikut tinggi gimnas. Diukur gimnas berdiri dan memaijaknya dan hujung tali diangkat aras ketiak gimnas. Peralatan Gelung • Dari plastik, rotan atau kayu biasa • Tinggi gelung paras punggung bila ditegakkan • Ada gimnas membalut pelekat warna warni untuk menguatkan camtuman geluang atau menambah berat gelung. • Ada gimnas warna atau corak pelekat geluang sama dengan warna baju. Peralatan Bola • Disiplin wajib dalam gimrama. • Spesifikasi diiktiraf Persatuan Gimnastik Antrabangsa • Bahan dari getah atayu sintatik dengan anjalan. • Garis pusat 18-20 sm, berat minimum 400gm. Satu atau dua warna dibenarkan kecuali emas dan perak. Peralatan Belatan • Biasa dikuasai gimnas berpengalaman. • Terdiri dari kayu atau bahan sintatik, boleh dibalut dengan pita pelekat. • Panjang 40-50sm, berat 150gm satu belatan • Garis pusat tapak 2 ½ cm , bahagian kecil hujung 3 sm. • Satu atau dua warna kecuali perak dan emas. Peralatan Reben • Dibuat dari kaian setin, nailon yang berat atau sutera. • Berat yang sesuai diperlukan untuk hasilkan corak reben yang baik dan senang dibaling. • Panjang mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas. Panjang sebenar 7 m, 1 m dilipat bahagiajn hujung. Berat 35g, tidak termasuk kayu dan penyangkutnya. • Reben disangkut bahagian hujung dengan kayu. • Gimnas berpengalaman guna reben 6m. Kanak-kanak yang baru 4-5m. Pakian Gimnas • Pertandingan memakai leotard dan tights atau leotard saja. • Pakaian boleh ubah suai peringkat pertandingan- sekolah batu T seluar trek. • Leotard tidak luas dibelakang, garis punggung tidak tinggi. Dipakai tampa lengan. Kain terdiri pelbagai warna keculi nipis, lutsinar dan warna perak dan emas. • Kasut boleh dipakai atau tidak. Kasut dibuat dari kulit atau kain. Tempat Latihan • Dewan tertutup. Dalam kosong dan tiada halangan dari lampu, palang struktur. • Gimnas pengalaman memerlukan dewan siling yang tinggi. • Permukaan lantai misti bersih dan tidak terlalu licin. • Luas kawasan bertanding 12m x 12m.Luas tidak diwajibkan dan boleh berlatih dimana-mana.
  • 35. Uandang-undang am Pertandingan Gimrama • Buku undang-undang (code of point) oleh Persatuan Gimnastik Antrabangsa. • 4 tahun sekali buku dikaji. • Pertandingan rasmi mengikut undang-unadang FIG terdaoat dua acara pertandingan yang utama – Seorang gimnas pada kawasan tertentu. Guna satu alatan. Disebut pertandingan indvidu – Sekumpulan gimnas- 6 orang. Guna satu atau dua jenis alatan. Acara dinama berpasukan atau kumpulan. PERTANDINGAN GIMRAMA PERTANDINGAN 1-ACARA BERPASUKAN. 1. Satu pasukan, 3-4 orang gimnas. 2. Mempertunjukan 10 latihan, 2 latihan setiap peralatan, Peralatan, tali, bola, gekluang, belatan dan reben. 3. Setiap gimnas mempersembahkan 1-4 menggunikan peralatanm yang berlainan. Setiap oerlatan akan dipersembahkan oleh 2 gimnas yang berlainan dalam satu pasukan. 4. Mata maksima 100. Pertandingan 1 peringkat kelayakan untuk pertandingan II dan III. PERTANDINGAN II- ACARA INDIVIDU KESELURUHAN. 1. Gimnas mempersembahan 3 latihan pertandingan 1 dipertimbangan pertandingan II 2. 26 peserta terbaik pertandingan I bertanding individu keseluruhannya.Terhad 2 peserta setiap pasukan. 3. Misti tunjukkan 4 latihan dengan 4 peralatan yang ditetapkan oleh FIG. 4. Johan individu keseluruhannya, jumlah mata ke empat latihan dikira. Peserta mata terbanyak johan individu keseluruhannya (Jum mata maksimum 40) PERTANDINGAN III – PUSINGAN AKHIR SETIAP PASUKAN. • 8 peserta terbaik (Maksimum dua peserta setiap pasukan) bagi setiap peralatan dalam pertandingan 1 layak menyertai pertandingan akhir setiap peralatan. • Peserta mendapat mata tertinggi sesuatu acara alatan akan menjadi johan bagi peralatan berkenaan. • Jumlah mata maksimum 10. Prinsip-prinsip Pengajaran Gimrama • Pergerakan dengan ritma, menghasil pergerakan tubuh yang berkoodinasi dan estatik • Pergerakan berseorangan atau kumpulan dengan atau tampa alatan secara licin dan berterusan. • 7 jenis pergerakan tubuh • Imbangan, melentik, meringkuk dan melunjur,gerak edar, pusingan badan, lompatan, ketangkasan • Tujuan pergerakan • Kelenturan.ketangkasan,imbangan, kelajuan,koodinasi, kuasa dan kekuatan. Pergerakan Tubuh Badan
  • 36. • Penekanan menyedari perkaitan antara tubuh ruang dan daya semasa melakukan pergerakan. • Bahagian tubuh dan keseluruhan badan dengan teknik yang betul. • Penekanan kepada penghasilan pergerakan yang cantik. Teknik Alatan • Pelbagai alatan digunakan berbeza dari sifat dan bentuk. – Alatan bulat dan padu – Alatan bulat dan leper – Alatan lembut dan berombak – Alatan panjang, langsing dan lembut – Alatan keras dan padu. • Bentuk dan jenis alatan menentukan bagaimana ia dimanupulasi Rangkaian Pergerakan • Rangkaian pergerakan dilakukan dalam ruang • Pergerakan tubuh badan dan manupulasi alatan dilakukan ikut ritma dan irama. • Cipta rangkaian pergerakan istilah licin dan berterusan, alatan digunakan pelbagai cara dan disesuikan dengan pergerakan tubuh. • Pergerakan misti berkoodinasi dengan alatan mengikut rentak, variasi masa dan ruang untuk memberi gambaran kreativiti pelaku. Kesedaran hubungan antara alatan dengan pergerekan tubuh badan • Mengalakkan pengunaan alat dalam lakuan yang bersesuai mengikut ritma atau irama Kesedaran Ritma • Peka kepada pelbagai jenis ritma dan irama. Kefahaman kecergasan diri • Gimrama membina ketangkasan,imbangan,koodinasi, kecekapan dan pelajuan Kefahaman Terhadap Pusar Graviti • Berkaitan dengan kedudukan badan,imbangan dan putaran. • Penting kefahaman pusat graviti dalam perlakuan gimrama. Sumber -Open Universiti Malaysia (2012)HBPE 2103 Pergerakan Artistik dan Kreatif
  • 37.
  • 38.
  • 39. 0/ Kemahiran Asas Gimrama  seawal 5 tahun lagi dilatih kemahiran asas  7 jenis pergerakan asas o imbangan  imbangan melutut
  • 40.  imbangan V o melentik  berdiri dan melentik ke sisi  melutut dan melentik ke sisi o meringkuk dan melunjur  duduk, meringkuk dan melunjur kaki  lentik kucing o gerak edar  berjalan  berlari  langkah skip o pusingan badan  pusingan setempat di atas dua kaki  pusingan di atas punggung dengan pusingan tangan  pusingan di atas lutut o lompatan  lompat regang  lompat lentik  lompat bintang  lompat dakap o ketangkasan  ringkuk badan dan ayun  guling balak Penilaian : 1 comment:
  • 41. Wednesday, 9 January 2013 9/ Gimrama  gimnastik irama  dipertandingkan secara individu/ berkumpulan untuk wanita sahaja.  4 acara seperti gelung, bola, belantan, tali, reben  sistem pemarkahan melalui 4 panel / hakim Acara Tali Acara Gelung