SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
11
                                TEORI PEMBELAJARAN
                                      Ahmad Johari Sihes




PENGENALAN


Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi
pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus kepada aspek-
aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu.
       Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita, malah adakalanya digunakan dalam
percakapan atau perbualan seharian. Walau bagaimanapun penggunaan perkataan teori dalam
perbualan seharian ini mungkin tidak menepati maksud teori yang sebenar. Apakah yang
dimaksudkan dengan teori?


Pengertian teori


•   Stanovich (1992) telah memberi satu definisi tentang teori, iaitu :
“ … set konsep-konsep yang saling berkait, yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data
dan untuk meramal keputusan kajian-kajian akan datang” .


•   Cohen, R pula mendefinisikan teori sebagai satu set pernyataan sejagat yang ada pertalian
    antara satu sama lain. Ia mengandungi definisi dan pernyataan yang menggambarkan
pertalian antara dua perkara yang dianggap benar. Ia juga mengandungi ayat-ayat yang
    menggambarkan peraturan bagi membentuk satu pernyataan beru.


•   Dalam erti kata lain, kita boleh maksudkan teori sebagai andaian-andaian ataupun hipotesis-
    hipotesis tentang sesuatu yang berdokongkan kajian.


Maksud teori pembelajaran


Definisi :        Hipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli Psikologi tentang maksud pembelajaran,
bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses
pembelajaran.


Fungsi-fungsi teori pembelajaran


1) Mendorong kaji selidik dan pemikiran saintifik.
    -   Pendekatan kepada satu bidang pengetahuan, memberi panduan kepada:
    •   apa yang harus dikaji
    •   pemboleh ubah yang terlibat
    •   teknik kajian
    •   cara menghuraikan hasil kajian.
2) Menghuraikan perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum pembelajaran dengan
    seberapa mudah dan ringkas.
3) Menghurai dan memberi kesimpulan tentang erti pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan
    faktor-faktor yang mempengaruhinya.


Perbezaan teori dan hukum


Perbezaan antar kedua konsep ini boleh dilihat daripada perbezaan ciri-ciri teori dan hukum.


Ciri-ciri teori
    •   Merupakan pendapat / andaian manusia.
•   Tidak dibuat sewenang-wenangnya. Idea-idea diuji dan dinilai kebenarannya.
   •   Sesuatu teori tidak semestinya kekal. Sekiranya mendapat sokongan kajian – kukuh,
       sekiranya tidak – menjadi lemah, dan ianya boleh berubah-ubah mengikut dapatan-
       dapatan baru.
   •   Tidak boleh dianggap betul atau salah.


Ciri-ciri hukum
   •   Wujud secara semulajadi.
   •   Tetap, tidak berubah-ubah.
   •   Contoh : hukum sains seperti hukum graviti;
                  Hukum-hukum ciptaan Tuhan.


PENDEKATAN BEHAVIORISME / PERLAKUAN.


Sebelum merujuk kepada definisi pembelajaran kognitif, mari kita merenung bagaimana mazhab
behaviorisme mendefinisikan frasa tersebut.
       “Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada
       pengalaman atau latihan.”
                                         ~ Williams & Anandam (1973)
Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses
pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina
untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti
Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku
yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
       Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak
balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat
motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara
pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.
       Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan
pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses
penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan yang
membangkitkan tingkahlaku serta tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini
dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah
untuk menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.
       Antara tokoh-tokoh ahli behaviorisme yang terkemuka, yang akan dibincangkan di sini
ialah Ivan Pavlov, J.B. Watson, E.L. Thorndike dan B.F. Skinner. Eksperimen-eksperimen yang
mereka jalankan menjadi asas kepada prinsip dan idea mereka tentang pembelajaran. Secara
amnya, kita boleh bahagikan sumbangan mereka kepada 2 kategori : -
1) pelaziman klasik : tokoh – Ivan Pavlov dan J.B.Watson
2) pelaziman operan : tokoh – E.L Thorndike dan B.F. Skinner.
Di dalam pembincangan ini, fokus akan diberi kepada pelaziman klasik dan diikutu dengan
pelaziman operan.


HUKUM LATIHAN


Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas bertambah kukuh jika terdapat latihan (contoh:
pengulangan meletakkan kucing di dalam sangkar.)


HUKUM KESAN


Ikatan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang
memuaskan (ganjaran) selepas sesuatu gerak balas yang dihasilkan. Ganjaran ini boleh dari
aspek fizikal, mental, emosi ataupun sosial.
       Ikatan akan menjadi lemah sekiranya gerak balas diikuti oleh sesuatu yang tidak
menyenangkan (hukuman).


HUKUM KESEDIAAN


Sesuatu ganjaran itu akan berkesan hanya jika ada kesanggupan untuk menerimanya secara
psikologi.
HUKUMAN


•     Akan melemahkan kekerapan gerak balas.
•     Dua jenis hukuman :
      1. Dendaan dikenakan ke atas sesuatu gerak balas – menyebabkan gerak balas tadi akan
          dihentikan / diturunkan kekerapan.
          Contoh: Mencuri – dirotan.
      2. Sekatan daripada sesuatu yang disukai disebabkan sesuatu gerak balas yang tidak
          disenangi.
          Contoh: Membuat bising – tidak boleh keluar rehat.


•     Walaupun Skinner memberikan jenis-jenis hukuman, beliau tidak begitu bersetuju dengan
      kaedah hukuman dalam pembelajaran.


    Ahli psikologi kognitif, Bruner (1973) pula memberi definisi seperti berikut:
          “Pembelajaran adalah satu proses aktif dimana pelajar membina idea baru atau
          konsep-konsep yang berasaskan pengetahuan dahulu dan semasa mereka.”


          Menurut teori pembelajaran mazhab kognitif, pembelajaran merupakan satu proses
pembentukan struktur kognitif dan perwakilan minda yang aktif. Pembelajaran kognitif
menekankan cara belajar seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan,
kategori membelajaran dan resepsi. Ilmu pengetahuan yang diperoleh bukan berhasil daripada
latih-tubi dan peneguhan, tetapi lebih merujuk kepada proses interaksi antara skema minda,
pengalaman sedia ada dan keadaan baru, yang juga melibatkan pengharapan seseorang individu
tersebut. Dengan perkataan lain, sekiranya seseorang tidak dapat mengenal pasti hubungan
perkara dan ertinya yang dipelajari, pembelajaran tidak akan berlaku walaupun diberikan latihan
berulang-ulang.
          Ahli- ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gauge dan Ausubel berpendapat
bahawa pembelajaran ialah suatu proses mental (kognitif) yang berlaku dalam akal fikiran,
dimana tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Dalam
kebanyakan situasi, penyelesaian suatu masalah kompleks melibatkan proses pemahaman dan
pemikiran kognitif yang menyeluruh.


Pembelajaran Melibatkan Proses Perolehan, Pindahan dan Penilaian


       Aktiviti pembelajaran bermula daripada pemerolehan ilmu yang baru. Bruner
berpendapat bahawa ilmu baru mungkin berasal daripada pengalaman sebelumnya, mungkin
juga tidak berkaitan langsung dengan pengetahuan yang sedia ada. Sebagai contoh, pelajar-
pelajar mungkin telah mendapat gambaran konsep kitaran darah yang kabur dalam memberi
penjelasan tentang sistem kitaran; sementara pengenalan Hukum Newton pula bercanggah
dengan latar belakang ilmu pengetahuan yang bersifat sensori. Tidak kira bagaimana hubungan
yang wujud antara ilmu baru dan lama, pengetahuan yang sedia ada tetap akan dipertingkatkan.
        Selepas memperoleh pengetahuan baru, pelajar juga mesti melakukan proses generalisasi
dengan menggunakan pelbagai cara supaya dapat disesuaikan dengan tugasan baru serta
meningkatkan jumlah ilmu yang diperoleh. Proses penilaian adalah untuk memastikan sama ada
cara generalisasi yang digunakan sesuai untuk tugasan (situasi) baru, ataupun pengetahuan dapat
diaplikasi dengan betul atau tidak. Oleh yang demikian, penilaian juga meliputi proses
menjustifikasikan rasionalisasi suatu ilmu.
       Sebagaimana yang diketahui, matlamat muktamad pembelajaran cadangan Bruner adalah
untuk membina struktur kognitif yang fleksibel dan terbuka (open-ended), untuk membolehkan
struktur ilmu suatu mata pelajaran diubahsuaikan kepada skema kognitif pelajar supaya dapat
diaplikasikan dalam situasi dan bidang yang lain Jadi, guru perlu mengetahui jenis unsur yang
diperlukan dalam pembentukan struktur kognitif pelajar, menggunakan strategi yang berkesan
untuk membantu pelajar memperoleh ilmu, seterusnya memindah dan menilai terhadapnya.


Kaedah Pembelajaran Penemuan


Apakah yang dimaksudkan oleh kaedah pembelajaran penemuan?
Menurut Bruner, pembelajaran penemuan tidak terhad pada benda atau objek yang belum
diketahui oleh manusia, tetapi meliputi sebarang aktiviti yang menggunakan otak dan usaha
sendiri untuk mendapatkan suatu ilmu. Sungguhpun ilmu pengetahuan yang diperoleh bukan
merupakan suatu yang baru dan belum diketahui, asalkan ia diperoleh melalui daya usaha pelajar
sendiri boleh dikategorikan sebagai satu “penemuan”.
       Pendekatan pembelajaran penemuan tidak mempunyai model pengajaran yang tertentu
tetapi dilaksanakan mengikut kesesuaian subjek dan pelajar yang terlibat. Akan tetapi, langkah-
langkah umum yang digariskan oleh Bruner termasuk:
       (1) pembentukan masalah yang dapat menarik minat pelajar,
       (2) membangkitkan minat pelajar terhadap ketidakpastian masalah,
       (3) menyatakan pelbagai hipotesis yang mungkin,
       (4) membantu pelajar mencari dan mengorganisasikan maklumat,
       (5) memandu pelajar menilai dan membuat kesimpulan,
       (6) memandu pelajar menganalisis kesimpulan yang diperoleh untuk menyelesaikan
masalah.


       Dalam pengajaran penemuan, guru bertindak sebagai pereka bentuk, pemudacara dan
pembekal bahan serta menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif untuk menemui teori
atau kesimpulan tertentu. Guru tidak membekalkan jawapan sebaliknya memberi peluang kepada
pelajar memikir dan ‘menemui’ ilmu sendiri. Menurut beliau, penemuan taakulan induktif
merupakan kaedah terbaik untuk memperoleh pengetahuan berbentuk hukum dan konsep
(terutamamya dalam mata pelajaran sains) untuk meningkatkan prestasi dalam ingatan jangka
panjang dan penguasaan dalam menyelesaikan masalah.
       Menurut bukunya The Act of Discovery (1961), kaedah pembelajaran penemuan
sememangnya dapat meningkatkan motivasi intrinsik dan minat pelajar dalam pembelajaran serta
membantu perkembangan potensi intelek, pemikiran kritis dan kreatif individu sekiranya
dirancang dan dilaksanakan dengan baik. Akan tetapi, terdapat kelemahan-kelemahan tertentu
dalam kaedah pembelajaran penemuan yang dicadangkan oleh Bruner.
Setiap individu mempunyai kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan
kecerdasan daripada pelbagai aspek menjadikan pelajar berfikir dan belajar dengan cara yang
berbeza. Jadi, kaedah pembelajaran penemuan tidak semestinya bersesuaian untuk semua pelajar.
Selain itu, prosesnya juga akan mengambil masa yang lama serta tidak dapat menjamin hasil dan
prestasi pembelajaran yang diinginkan. Justeru, kaedah tersebut tidak sesuai dijadikan sebagai
kaedah pengajaran yang utama, tetapi harus digabung dengan kaedah lain mengikut perancangan
pengajaran yang bersistematik.


KESIMPULAN


Ahli-ahli psikologi kognitif mengkaji situasi pembelajaran pelbagai yang berfokus pada
perbezaan perkembangan kognitif individu yang berbeza. Jadi, teori-teori pembelajaran kognitif
berasaskan prinsip dan andaian masing-masing dan tidak melahirkan peraturan am sepertimana
yang dirumuskan dalam teori-teori pembelajaran behaviorisme.
       Bergerak daripada pembentukan teori pembelajaran Gestalt sehingga munculnya
pendekatan konstrukturvisme, didapati pemikiran minda diperkembangkan daripada yang hanya
berfungsi untuk memproses maklumat baru kepada yang interaksi dua hala antara pengalaman
sedia ada dengan ilmu yang diterima untuk membentuk struktur konitif yang semakin kompleks
dan berstruktur. Akan tetapi, tumpuan ahli-ahli psikologi kognitif tetap berkisar pada kajian
bagaimana seseorang individu berfikir, mempelajari konsep dan menyelesaikan masalah (eg.,
Ausubel, 1963; Bruner, Goodnow & Austin 1956).
       Apabila teori-teori pembelajaran berkembang mengikut masa, ahli-ahli psikologi
pendidikan mendapati bahawa teori pembelajaran kognitif yang menekankan perolehan ilmu
intelek dan kemahiran tidak dapat memberi gambaran dan penjelasan yang menyeluruh terhadap
perkembangan pembelajaran yang pelbagai. Kekurangan ini telah membawa kepada
perkembangan teori pembelajaran humanisme yang memberi penekanan kepada perkembangan
emosi dan personaliti individu.


RUJUKAN


Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai:
       Penerbit UTM
Alderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. New York: Free Press.
Arkes, H. R & Garske, J. P. (1982). Psychological Theories of Motivation. Monterey, Calif.:
       Brooks / Cole Publication.
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif. UTM : Cetak
       Ratu Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). “Aplikasi       Kognitif
       dalam Pendidikan” Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing.      Kuala Lumpur.
Dennis Coon (2002). Pschology A Journey. USA: Wadsworth Group Dependent and field
       independent cognitive style and this implications.
Derek Torrington, Jane Weighvman (1989). Effective Management:People and Organisation.
       New York; Prentice- Hall, Inc.
Ee Ah Meng 1994. Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
       Fajar Bakti
Fisher, Jeffrey D; Bell, Paul A; Baum, Andrew (1978). Environmental Psychology (Second
       Editon). New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.
Karl Haberlandt (1997). Cognitive Psychology. USA : Allyn & Bacon.
Kenneth, T. H. & Ben F. E. (1999). Educational Psychology for Effective Teaching. America:
       Wadsworth Publishing Company.
Lefton, Leston A. (1985) Psychology. US: Allyn And Bacon, Inc
Lefton, Leston A. (1985) Psychology. US: Allyn And Bacon, Inc. m.s. 260-265
Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
       Pustaka.
Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
       Pustaka.
Maslow, A. (1954). Motivation and personality. New York: Harper.
Solso R.L. (1995). “Cognitive Psychology (4th Ed.)” United States of America :
     State of America: Harcourt Brace College Publishers.
Zanden, James W. Vander. (2000). Human Development .              USA: The Mc. Graw- Hill
Companies. Inc.

More Related Content

What's hot

Ragam model dan sintaknya pembeljaran yang dikembangkan berdasrkan teori beha...
Ragam model dan sintaknya pembeljaran yang dikembangkan berdasrkan teori beha...Ragam model dan sintaknya pembeljaran yang dikembangkan berdasrkan teori beha...
Ragam model dan sintaknya pembeljaran yang dikembangkan berdasrkan teori beha...yulius LYAN
 
Teori belajar behaviorisme kemudian kognitivisme, dan terakhir konstrutivisme.
Teori belajar  behaviorisme kemudian kognitivisme, dan terakhir konstrutivisme.Teori belajar  behaviorisme kemudian kognitivisme, dan terakhir konstrutivisme.
Teori belajar behaviorisme kemudian kognitivisme, dan terakhir konstrutivisme.Nurulbanjar1996
 
Erlawati Iia Pe
Erlawati Iia PeErlawati Iia Pe
Erlawati Iia Pe64258
 
Tugas Kurikulum Dan Pembelajaran
Tugas Kurikulum Dan PembelajaranTugas Kurikulum Dan Pembelajaran
Tugas Kurikulum Dan Pembelajaranirmanrohmansyah
 
Aplikasi teori behavioristik_dalam_prose
Aplikasi teori behavioristik_dalam_proseAplikasi teori behavioristik_dalam_prose
Aplikasi teori behavioristik_dalam_proseArisPiligame
 
Teori Belajar Behavioristik dan Penerapannya dalam Pembelajaran
Teori Belajar Behavioristik dan Penerapannya dalam PembelajaranTeori Belajar Behavioristik dan Penerapannya dalam Pembelajaran
Teori Belajar Behavioristik dan Penerapannya dalam PembelajaranFitri Yusmaniah
 
Teori belajar kognitif ( gestalt dan teori medan)
Teori belajar kognitif ( gestalt dan teori medan) Teori belajar kognitif ( gestalt dan teori medan)
Teori belajar kognitif ( gestalt dan teori medan) nftama77
 
Teori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifTeori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifsalamoon
 
Psikologi Belajar & Mengajar
Psikologi Belajar & MengajarPsikologi Belajar & Mengajar
Psikologi Belajar & Mengajardewiratnasari18
 
Teori belajar behavioristik
Teori belajar behavioristikTeori belajar behavioristik
Teori belajar behavioristikTaufik Maulana
 
4.2 macam macam teori belajar
4.2 macam macam teori belajar4.2 macam macam teori belajar
4.2 macam macam teori belajarMuhammad Munandar
 
Teori belajar bruner
Teori belajar brunerTeori belajar bruner
Teori belajar brunerAsep Iryanto
 

What's hot (20)

Ragam model dan sintaknya pembeljaran yang dikembangkan berdasrkan teori beha...
Ragam model dan sintaknya pembeljaran yang dikembangkan berdasrkan teori beha...Ragam model dan sintaknya pembeljaran yang dikembangkan berdasrkan teori beha...
Ragam model dan sintaknya pembeljaran yang dikembangkan berdasrkan teori beha...
 
Teori belajar behaviorisme kemudian kognitivisme, dan terakhir konstrutivisme.
Teori belajar  behaviorisme kemudian kognitivisme, dan terakhir konstrutivisme.Teori belajar  behaviorisme kemudian kognitivisme, dan terakhir konstrutivisme.
Teori belajar behaviorisme kemudian kognitivisme, dan terakhir konstrutivisme.
 
Erlawati Iia Pe
Erlawati Iia PeErlawati Iia Pe
Erlawati Iia Pe
 
Tugas Kurikulum Dan Pembelajaran
Tugas Kurikulum Dan PembelajaranTugas Kurikulum Dan Pembelajaran
Tugas Kurikulum Dan Pembelajaran
 
Aplikasi teori behavioristik_dalam_prose
Aplikasi teori behavioristik_dalam_proseAplikasi teori behavioristik_dalam_prose
Aplikasi teori behavioristik_dalam_prose
 
Rumpun Teori Belajar
Rumpun Teori BelajarRumpun Teori Belajar
Rumpun Teori Belajar
 
Teori Belajar Behavioristik dan Penerapannya dalam Pembelajaran
Teori Belajar Behavioristik dan Penerapannya dalam PembelajaranTeori Belajar Behavioristik dan Penerapannya dalam Pembelajaran
Teori Belajar Behavioristik dan Penerapannya dalam Pembelajaran
 
Teori belajar kognitif ( gestalt dan teori medan)
Teori belajar kognitif ( gestalt dan teori medan) Teori belajar kognitif ( gestalt dan teori medan)
Teori belajar kognitif ( gestalt dan teori medan)
 
Teori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifTeori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitif
 
Psikologi Belajar & Mengajar
Psikologi Belajar & MengajarPsikologi Belajar & Mengajar
Psikologi Belajar & Mengajar
 
Behavioris
BehaviorisBehavioris
Behavioris
 
Model model pembelajaran-sertf
Model model pembelajaran-sertfModel model pembelajaran-sertf
Model model pembelajaran-sertf
 
Teori belajar behavioristik
Teori belajar behavioristikTeori belajar behavioristik
Teori belajar behavioristik
 
4.2 macam macam teori belajar
4.2 macam macam teori belajar4.2 macam macam teori belajar
4.2 macam macam teori belajar
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Teori belajar gestalt
Teori belajar gestaltTeori belajar gestalt
Teori belajar gestalt
 
Teori Belajar Sibernetik
Teori Belajar Sibernetik Teori Belajar Sibernetik
Teori Belajar Sibernetik
 
Teori belajar bruner
Teori belajar brunerTeori belajar bruner
Teori belajar bruner
 
Behavouris (1)
Behavouris (1)Behavouris (1)
Behavouris (1)
 
Kb2 teori kognitif
Kb2 teori kognitifKb2 teori kognitif
Kb2 teori kognitif
 

Similar to TEORI PEMBELAJARAN

Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Mohd Kasman
 
TEORI TEORI BELAJAR KLASIK.pptx
TEORI TEORI BELAJAR KLASIK.pptxTEORI TEORI BELAJAR KLASIK.pptx
TEORI TEORI BELAJAR KLASIK.pptxelva675670
 
Teori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifTeori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifCikgu Zatiah
 
Teori belajar Kognitivisme, Behaviorisme, Humanisme, Dan Konstruktivisme
Teori belajar Kognitivisme, Behaviorisme, Humanisme, Dan KonstruktivismeTeori belajar Kognitivisme, Behaviorisme, Humanisme, Dan Konstruktivisme
Teori belajar Kognitivisme, Behaviorisme, Humanisme, Dan KonstruktivismePratiwiKartikaSari
 
3. Teori-Belajar-dan-Motivasi.ppt
3. Teori-Belajar-dan-Motivasi.ppt3. Teori-Belajar-dan-Motivasi.ppt
3. Teori-Belajar-dan-Motivasi.pptHarveiHutahaean1
 
Makalah 3
Makalah 3Makalah 3
Makalah 3ayu01
 
EN Activity Booklet_ Adjectives, Nouns and Verbs by Slidesgo.pptx
EN Activity Booklet_ Adjectives, Nouns and Verbs by Slidesgo.pptxEN Activity Booklet_ Adjectives, Nouns and Verbs by Slidesgo.pptx
EN Activity Booklet_ Adjectives, Nouns and Verbs by Slidesgo.pptx2022Recap
 
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016yulianusmendrofa
 
Psikologi modul 3 kb 2
Psikologi modul 3 kb 2Psikologi modul 3 kb 2
Psikologi modul 3 kb 2Uwes Chaeruman
 
Perkaitan teori konstruktivisme & behaviourisma dengan pentaksiran autentik
Perkaitan teori konstruktivisme & behaviourisma dengan pentaksiran autentikPerkaitan teori konstruktivisme & behaviourisma dengan pentaksiran autentik
Perkaitan teori konstruktivisme & behaviourisma dengan pentaksiran autentikAziah Pandak
 
PKP 1.pptx
PKP 1.pptxPKP 1.pptx
PKP 1.pptxyuzi9
 
220120002_AZIZAH AULIA AMMAR_KOGNITIVISME.pptx
220120002_AZIZAH AULIA AMMAR_KOGNITIVISME.pptx220120002_AZIZAH AULIA AMMAR_KOGNITIVISME.pptx
220120002_AZIZAH AULIA AMMAR_KOGNITIVISME.pptxCecanKuyy
 

Similar to TEORI PEMBELAJARAN (20)

Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21
 
TEORI TEORI BELAJAR KLASIK.pptx
TEORI TEORI BELAJAR KLASIK.pptxTEORI TEORI BELAJAR KLASIK.pptx
TEORI TEORI BELAJAR KLASIK.pptx
 
Teori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifTeori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitif
 
Teori kognitif
Teori kognitif  Teori kognitif
Teori kognitif
 
36039471 perbezaan-teori
36039471 perbezaan-teori36039471 perbezaan-teori
36039471 perbezaan-teori
 
Teori belajar Kognitivisme, Behaviorisme, Humanisme, Dan Konstruktivisme
Teori belajar Kognitivisme, Behaviorisme, Humanisme, Dan KonstruktivismeTeori belajar Kognitivisme, Behaviorisme, Humanisme, Dan Konstruktivisme
Teori belajar Kognitivisme, Behaviorisme, Humanisme, Dan Konstruktivisme
 
3. Teori-Belajar-dan-Motivasi.ppt
3. Teori-Belajar-dan-Motivasi.ppt3. Teori-Belajar-dan-Motivasi.ppt
3. Teori-Belajar-dan-Motivasi.ppt
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Makalah 3
Makalah 3Makalah 3
Makalah 3
 
EN Activity Booklet_ Adjectives, Nouns and Verbs by Slidesgo.pptx
EN Activity Booklet_ Adjectives, Nouns and Verbs by Slidesgo.pptxEN Activity Booklet_ Adjectives, Nouns and Verbs by Slidesgo.pptx
EN Activity Booklet_ Adjectives, Nouns and Verbs by Slidesgo.pptx
 
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
 
KB1.pdf
KB1.pdfKB1.pdf
KB1.pdf
 
Macam teori belajar
Macam teori belajarMacam teori belajar
Macam teori belajar
 
Konsep Belajar
Konsep BelajarKonsep Belajar
Konsep Belajar
 
Psikologi modul 3 kb 2
Psikologi modul 3 kb 2Psikologi modul 3 kb 2
Psikologi modul 3 kb 2
 
Teori
TeoriTeori
Teori
 
Perkaitan teori konstruktivisme & behaviourisma dengan pentaksiran autentik
Perkaitan teori konstruktivisme & behaviourisma dengan pentaksiran autentikPerkaitan teori konstruktivisme & behaviourisma dengan pentaksiran autentik
Perkaitan teori konstruktivisme & behaviourisma dengan pentaksiran autentik
 
PKP 1.pptx
PKP 1.pptxPKP 1.pptx
PKP 1.pptx
 
220120002_AZIZAH AULIA AMMAR_KOGNITIVISME.pptx
220120002_AZIZAH AULIA AMMAR_KOGNITIVISME.pptx220120002_AZIZAH AULIA AMMAR_KOGNITIVISME.pptx
220120002_AZIZAH AULIA AMMAR_KOGNITIVISME.pptx
 

TEORI PEMBELAJARAN

  • 1. 11 TEORI PEMBELAJARAN Ahmad Johari Sihes PENGENALAN Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus kepada aspek- aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu. Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita, malah adakalanya digunakan dalam percakapan atau perbualan seharian. Walau bagaimanapun penggunaan perkataan teori dalam perbualan seharian ini mungkin tidak menepati maksud teori yang sebenar. Apakah yang dimaksudkan dengan teori? Pengertian teori • Stanovich (1992) telah memberi satu definisi tentang teori, iaitu : “ … set konsep-konsep yang saling berkait, yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data dan untuk meramal keputusan kajian-kajian akan datang” . • Cohen, R pula mendefinisikan teori sebagai satu set pernyataan sejagat yang ada pertalian antara satu sama lain. Ia mengandungi definisi dan pernyataan yang menggambarkan
  • 2. pertalian antara dua perkara yang dianggap benar. Ia juga mengandungi ayat-ayat yang menggambarkan peraturan bagi membentuk satu pernyataan beru. • Dalam erti kata lain, kita boleh maksudkan teori sebagai andaian-andaian ataupun hipotesis- hipotesis tentang sesuatu yang berdokongkan kajian. Maksud teori pembelajaran Definisi : Hipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli Psikologi tentang maksud pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran. Fungsi-fungsi teori pembelajaran 1) Mendorong kaji selidik dan pemikiran saintifik. - Pendekatan kepada satu bidang pengetahuan, memberi panduan kepada: • apa yang harus dikaji • pemboleh ubah yang terlibat • teknik kajian • cara menghuraikan hasil kajian. 2) Menghuraikan perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum pembelajaran dengan seberapa mudah dan ringkas. 3) Menghurai dan memberi kesimpulan tentang erti pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Perbezaan teori dan hukum Perbezaan antar kedua konsep ini boleh dilihat daripada perbezaan ciri-ciri teori dan hukum. Ciri-ciri teori • Merupakan pendapat / andaian manusia.
  • 3. Tidak dibuat sewenang-wenangnya. Idea-idea diuji dan dinilai kebenarannya. • Sesuatu teori tidak semestinya kekal. Sekiranya mendapat sokongan kajian – kukuh, sekiranya tidak – menjadi lemah, dan ianya boleh berubah-ubah mengikut dapatan- dapatan baru. • Tidak boleh dianggap betul atau salah. Ciri-ciri hukum • Wujud secara semulajadi. • Tetap, tidak berubah-ubah. • Contoh : hukum sains seperti hukum graviti; Hukum-hukum ciptaan Tuhan. PENDEKATAN BEHAVIORISME / PERLAKUAN. Sebelum merujuk kepada definisi pembelajaran kognitif, mari kita merenung bagaimana mazhab behaviorisme mendefinisikan frasa tersebut. “Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan.” ~ Williams & Anandam (1973) Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan yang
  • 4. membangkitkan tingkahlaku serta tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran. Antara tokoh-tokoh ahli behaviorisme yang terkemuka, yang akan dibincangkan di sini ialah Ivan Pavlov, J.B. Watson, E.L. Thorndike dan B.F. Skinner. Eksperimen-eksperimen yang mereka jalankan menjadi asas kepada prinsip dan idea mereka tentang pembelajaran. Secara amnya, kita boleh bahagikan sumbangan mereka kepada 2 kategori : - 1) pelaziman klasik : tokoh – Ivan Pavlov dan J.B.Watson 2) pelaziman operan : tokoh – E.L Thorndike dan B.F. Skinner. Di dalam pembincangan ini, fokus akan diberi kepada pelaziman klasik dan diikutu dengan pelaziman operan. HUKUM LATIHAN Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas bertambah kukuh jika terdapat latihan (contoh: pengulangan meletakkan kucing di dalam sangkar.) HUKUM KESAN Ikatan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang memuaskan (ganjaran) selepas sesuatu gerak balas yang dihasilkan. Ganjaran ini boleh dari aspek fizikal, mental, emosi ataupun sosial. Ikatan akan menjadi lemah sekiranya gerak balas diikuti oleh sesuatu yang tidak menyenangkan (hukuman). HUKUM KESEDIAAN Sesuatu ganjaran itu akan berkesan hanya jika ada kesanggupan untuk menerimanya secara psikologi.
  • 5. HUKUMAN • Akan melemahkan kekerapan gerak balas. • Dua jenis hukuman : 1. Dendaan dikenakan ke atas sesuatu gerak balas – menyebabkan gerak balas tadi akan dihentikan / diturunkan kekerapan. Contoh: Mencuri – dirotan. 2. Sekatan daripada sesuatu yang disukai disebabkan sesuatu gerak balas yang tidak disenangi. Contoh: Membuat bising – tidak boleh keluar rehat. • Walaupun Skinner memberikan jenis-jenis hukuman, beliau tidak begitu bersetuju dengan kaedah hukuman dalam pembelajaran. Ahli psikologi kognitif, Bruner (1973) pula memberi definisi seperti berikut: “Pembelajaran adalah satu proses aktif dimana pelajar membina idea baru atau konsep-konsep yang berasaskan pengetahuan dahulu dan semasa mereka.” Menurut teori pembelajaran mazhab kognitif, pembelajaran merupakan satu proses pembentukan struktur kognitif dan perwakilan minda yang aktif. Pembelajaran kognitif menekankan cara belajar seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori membelajaran dan resepsi. Ilmu pengetahuan yang diperoleh bukan berhasil daripada latih-tubi dan peneguhan, tetapi lebih merujuk kepada proses interaksi antara skema minda, pengalaman sedia ada dan keadaan baru, yang juga melibatkan pengharapan seseorang individu tersebut. Dengan perkataan lain, sekiranya seseorang tidak dapat mengenal pasti hubungan perkara dan ertinya yang dipelajari, pembelajaran tidak akan berlaku walaupun diberikan latihan berulang-ulang. Ahli- ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gauge dan Ausubel berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses mental (kognitif) yang berlaku dalam akal fikiran, dimana tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Dalam
  • 6. kebanyakan situasi, penyelesaian suatu masalah kompleks melibatkan proses pemahaman dan pemikiran kognitif yang menyeluruh. Pembelajaran Melibatkan Proses Perolehan, Pindahan dan Penilaian Aktiviti pembelajaran bermula daripada pemerolehan ilmu yang baru. Bruner berpendapat bahawa ilmu baru mungkin berasal daripada pengalaman sebelumnya, mungkin juga tidak berkaitan langsung dengan pengetahuan yang sedia ada. Sebagai contoh, pelajar- pelajar mungkin telah mendapat gambaran konsep kitaran darah yang kabur dalam memberi penjelasan tentang sistem kitaran; sementara pengenalan Hukum Newton pula bercanggah dengan latar belakang ilmu pengetahuan yang bersifat sensori. Tidak kira bagaimana hubungan yang wujud antara ilmu baru dan lama, pengetahuan yang sedia ada tetap akan dipertingkatkan. Selepas memperoleh pengetahuan baru, pelajar juga mesti melakukan proses generalisasi dengan menggunakan pelbagai cara supaya dapat disesuaikan dengan tugasan baru serta meningkatkan jumlah ilmu yang diperoleh. Proses penilaian adalah untuk memastikan sama ada cara generalisasi yang digunakan sesuai untuk tugasan (situasi) baru, ataupun pengetahuan dapat diaplikasi dengan betul atau tidak. Oleh yang demikian, penilaian juga meliputi proses menjustifikasikan rasionalisasi suatu ilmu. Sebagaimana yang diketahui, matlamat muktamad pembelajaran cadangan Bruner adalah untuk membina struktur kognitif yang fleksibel dan terbuka (open-ended), untuk membolehkan struktur ilmu suatu mata pelajaran diubahsuaikan kepada skema kognitif pelajar supaya dapat diaplikasikan dalam situasi dan bidang yang lain Jadi, guru perlu mengetahui jenis unsur yang diperlukan dalam pembentukan struktur kognitif pelajar, menggunakan strategi yang berkesan untuk membantu pelajar memperoleh ilmu, seterusnya memindah dan menilai terhadapnya. Kaedah Pembelajaran Penemuan Apakah yang dimaksudkan oleh kaedah pembelajaran penemuan? Menurut Bruner, pembelajaran penemuan tidak terhad pada benda atau objek yang belum diketahui oleh manusia, tetapi meliputi sebarang aktiviti yang menggunakan otak dan usaha sendiri untuk mendapatkan suatu ilmu. Sungguhpun ilmu pengetahuan yang diperoleh bukan
  • 7. merupakan suatu yang baru dan belum diketahui, asalkan ia diperoleh melalui daya usaha pelajar sendiri boleh dikategorikan sebagai satu “penemuan”. Pendekatan pembelajaran penemuan tidak mempunyai model pengajaran yang tertentu tetapi dilaksanakan mengikut kesesuaian subjek dan pelajar yang terlibat. Akan tetapi, langkah- langkah umum yang digariskan oleh Bruner termasuk: (1) pembentukan masalah yang dapat menarik minat pelajar, (2) membangkitkan minat pelajar terhadap ketidakpastian masalah, (3) menyatakan pelbagai hipotesis yang mungkin, (4) membantu pelajar mencari dan mengorganisasikan maklumat, (5) memandu pelajar menilai dan membuat kesimpulan, (6) memandu pelajar menganalisis kesimpulan yang diperoleh untuk menyelesaikan masalah. Dalam pengajaran penemuan, guru bertindak sebagai pereka bentuk, pemudacara dan pembekal bahan serta menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif untuk menemui teori atau kesimpulan tertentu. Guru tidak membekalkan jawapan sebaliknya memberi peluang kepada pelajar memikir dan ‘menemui’ ilmu sendiri. Menurut beliau, penemuan taakulan induktif merupakan kaedah terbaik untuk memperoleh pengetahuan berbentuk hukum dan konsep (terutamamya dalam mata pelajaran sains) untuk meningkatkan prestasi dalam ingatan jangka panjang dan penguasaan dalam menyelesaikan masalah. Menurut bukunya The Act of Discovery (1961), kaedah pembelajaran penemuan sememangnya dapat meningkatkan motivasi intrinsik dan minat pelajar dalam pembelajaran serta membantu perkembangan potensi intelek, pemikiran kritis dan kreatif individu sekiranya dirancang dan dilaksanakan dengan baik. Akan tetapi, terdapat kelemahan-kelemahan tertentu dalam kaedah pembelajaran penemuan yang dicadangkan oleh Bruner. Setiap individu mempunyai kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan kecerdasan daripada pelbagai aspek menjadikan pelajar berfikir dan belajar dengan cara yang berbeza. Jadi, kaedah pembelajaran penemuan tidak semestinya bersesuaian untuk semua pelajar. Selain itu, prosesnya juga akan mengambil masa yang lama serta tidak dapat menjamin hasil dan prestasi pembelajaran yang diinginkan. Justeru, kaedah tersebut tidak sesuai dijadikan sebagai
  • 8. kaedah pengajaran yang utama, tetapi harus digabung dengan kaedah lain mengikut perancangan pengajaran yang bersistematik. KESIMPULAN Ahli-ahli psikologi kognitif mengkaji situasi pembelajaran pelbagai yang berfokus pada perbezaan perkembangan kognitif individu yang berbeza. Jadi, teori-teori pembelajaran kognitif berasaskan prinsip dan andaian masing-masing dan tidak melahirkan peraturan am sepertimana yang dirumuskan dalam teori-teori pembelajaran behaviorisme. Bergerak daripada pembentukan teori pembelajaran Gestalt sehingga munculnya pendekatan konstrukturvisme, didapati pemikiran minda diperkembangkan daripada yang hanya berfungsi untuk memproses maklumat baru kepada yang interaksi dua hala antara pengalaman sedia ada dengan ilmu yang diterima untuk membentuk struktur konitif yang semakin kompleks dan berstruktur. Akan tetapi, tumpuan ahli-ahli psikologi kognitif tetap berkisar pada kajian bagaimana seseorang individu berfikir, mempelajari konsep dan menyelesaikan masalah (eg., Ausubel, 1963; Bruner, Goodnow & Austin 1956). Apabila teori-teori pembelajaran berkembang mengikut masa, ahli-ahli psikologi pendidikan mendapati bahawa teori pembelajaran kognitif yang menekankan perolehan ilmu intelek dan kemahiran tidak dapat memberi gambaran dan penjelasan yang menyeluruh terhadap perkembangan pembelajaran yang pelbagai. Kekurangan ini telah membawa kepada perkembangan teori pembelajaran humanisme yang memberi penekanan kepada perkembangan emosi dan personaliti individu. RUJUKAN Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM Alderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. New York: Free Press. Arkes, H. R & Garske, J. P. (1982). Psychological Theories of Motivation. Monterey, Calif.: Brooks / Cole Publication.
  • 9. Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif. UTM : Cetak Ratu Sdn. Bhd. Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). “Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan” Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur. Dennis Coon (2002). Pschology A Journey. USA: Wadsworth Group Dependent and field independent cognitive style and this implications. Derek Torrington, Jane Weighvman (1989). Effective Management:People and Organisation. New York; Prentice- Hall, Inc. Ee Ah Meng 1994. Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Fisher, Jeffrey D; Bell, Paul A; Baum, Andrew (1978). Environmental Psychology (Second Editon). New York: Holt, Rinehart and Winston Inc. Karl Haberlandt (1997). Cognitive Psychology. USA : Allyn & Bacon. Kenneth, T. H. & Ben F. E. (1999). Educational Psychology for Effective Teaching. America: Wadsworth Publishing Company. Lefton, Leston A. (1985) Psychology. US: Allyn And Bacon, Inc Lefton, Leston A. (1985) Psychology. US: Allyn And Bacon, Inc. m.s. 260-265 Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maslow, A. (1954). Motivation and personality. New York: Harper. Solso R.L. (1995). “Cognitive Psychology (4th Ed.)” United States of America : State of America: Harcourt Brace College Publishers. Zanden, James W. Vander. (2000). Human Development . USA: The Mc. Graw- Hill Companies. Inc.