1.0 Pendahuluan      Pembelajaran merupakan perubahan ke atas individu hasil daripada   pengalaman dan manusia mula belaja...
2.0 Perbezaan konsep dan prinsipTeori Pembelajaran Konstruktivis dengan Teori   Pembelajaran BehaviourisTeori Pembelajaran...
dan pemikiran reflektif dengan kaedah   daripada rangsangan dan teknik penyoalan, khasnya kaedah Sokratik.- Mengaitkan ilm...
3.0 Pengaplikasian Teori Pembelajaran dalam proses pengajaran dan  pembelajaran           Teori Behaviouris mengkaji pembe...
mengingat sesuatu perkara dan tahap kognitif manusia adalah berbeza-bezamengikut perkembangan umur masing-masing. Biasanya...
Mok Soon Sang (2001) berpendapat bahawa terdapat pelbagai faktor yangboleh mempengaruhi kesediaan pelajar belajar seseoran...
b) Hukum Latihan      Hukum latihan menyatakan bahawa semakin banyak latihan yang tertentudijalankan, semakin bertambah ku...
c) Hukum Kesan        Hukum kesan menyatakan sesuatu rangkaian di antara rangsangan yangdibuat dan hal ini diikuti pula de...
diulang. Sebaliknya, kesan pengalaman yang menyakitkan hanya melenyapkangerak balas yang terhasil.      Pada pendapat saya...
Contoh-contoh spesifik bagaimana guru boleh menggunakan hukum kesediaan,hukum latihan dan hukum kesan dalam bilik darjah. ...
Guru yang berkesan perlu mengetahui cara untuk menarik minat murid-murid. Setinduksi yang menarik dapat merangsang minat m...
pembelajaran. Pengukuhan berkemungkinan mendorong berlakunya bertambahnyagerak balas terutamanya apabila diulang serta-mer...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Behavouris (1)

597 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Behavouris (1)

  1. 1. 1.0 Pendahuluan Pembelajaran merupakan perubahan ke atas individu hasil daripada pengalaman dan manusia mula belajar sejak lahir dan semua pembelajaran ini berkaitan dengan pengalaman. Pembelajaran tidak terhad kepada sekolah sahaja tetapi pembelajaran berlaku dalam banyak keadaan iaitu formal dan tidak formal. Pembelajaran berlaku melalui pelbagai cara sengaja atau tidak sengaja. Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukumpembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melaluiteori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajarbelajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedahdan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.Pembelajaran berlaku apabila manusia, termasuk murid muda, dari semasa kesemasa mengubah kefahaman dalaman mereka tentang dunia semasa merekamenemui bukti luaran yang bercanggah dengan kefahaman awal mereka. Lima teori pembelajaran iaitu teori behavioris, teori kognitif, teoripembelajaran sosial, teori humanistik dan teori konstruktivisme. Lima aspek yangberkaitan dengan proses pembelajaran iaitu kesediaan, corak pengamatan,persepsi, ingatan dan lupaan serta pemindahan pembelajaran.
  2. 2. 2.0 Perbezaan konsep dan prinsipTeori Pembelajaran Konstruktivis dengan Teori Pembelajaran BehaviourisTeori Pembelajaran Konstruktivis Teori Pembelajaran Behaviouris Teori Konstruktivisme :  Pelaziman Klasik :- mempunyai erti sama dengan teori - Gerak balas (tingkah laku) konstruktivisme kognitif atau - Responden konstruktivisme - Bukan inisiatif sendiri- berasal daripada teori perkembangan (bergantung kewujudan rangsangan / Kognitif Piaget dan teori zon stimuli) perkembangan prokimal (ZPO) - Bersifat pasif Vygotsky.  Urutan pelaziman :- Konsep Konstruktivisme. - gerak balas/ tingkah laku dihasilkan- Ilmu dibentuk berasaskan inisiatif dari Selepas rangsangan. individu.- Tujuan membentuk ilmu adalah  Pelaziman Operan : Mengadaptasikan diri dalam alam - Gerak balas (tingkah laku) sekeliling. - Inisiatif sendiri (bergantung kepada- Proses pembentukan ilmu merupakan peneguhan) Hasil rasionalisasi pengalaman - Bersifat aktif individu.- Pencapaian pembelajaran usahasama  Urutan pelaziman : lebih baik daripada usaha diri. - Gerak balas/ tingkah laku berlaku- Menekankan perkembangan proses adalah kesan daripada rangsangan/ metakognitif dan refleksi dalam peneguhan. pembelajaran.- Gunakan strategi berpusatan murid, - Menggunakan rangsangan tak terlazim kumpulan, sumbangsaran, dikaitkan dengan rangsangan terlazim pembelajaran koperatif, perbincangan, - Secara responden terhadap penyelesaian masalah dalam aktiviti rangsangan. pengajaran-pembelajaran. - Menggunakan peneguhan positif/ negatif- Mengembangkan proses metakognitif - Secara operan terhadap kesan
  3. 3. dan pemikiran reflektif dengan kaedah daripada rangsangan dan teknik penyoalan, khasnya kaedah Sokratik.- Mengaitkan ilmu yang sedia ada dengan pembelajaran baru dan memupuk motivasi instrinsik, pelajar agar mengambil inisiatif diri dalam pembelajaran.
  4. 4. 3.0 Pengaplikasian Teori Pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran Teori Behaviouris mengkaji pembelajaran dan tingkah laku melalui analisis perkaitan rangsangan gerak balas. Teori Pembelajaran Behaviouris sangat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu terutamanya berkaitan kemahiran fizikal. Tokoh-tokoh behaviouris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu perubahan dalam tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan tingkah laku yang nyata dan dapat diperhatikan. Penyampaian sesuatu pengetahuan atau kemahiran akan lebih berkesan sekiranya seseorang guru mengaplikasikan pelbagai teori pembelajaran dalam. Teori pembelajaran “cuba jaya” telah dikemukakan oleh Edward L. Thorndike (1874-1949). Ia merupakan salah satu daripada teori pembelajaran behavioris. Thorndike telah menyarankan satu set prinsip menerangkan perubahan yang diperhatikannya dalam proses pembelajaran dan membahagikan kepada tiga hukum iaitu a) Hukum Kesediaan, b) Hukum Latihan dan c) Hukum Kesan. a) Hukum Kesediaan Hukum Kesediaan menyatakan apabila adanya bangkitan impuls yang kuat untuk sesuatu tindakan urutan maka kelicinan menjalankan urutan itu adalah memuaskan ( Habibah Elias dan Rahil Mahyuddin, 1990). Jika tindakan urutan dihalang, dipaksa untuk mengulangi tindakan tersebut atau tindakan tersebut mengakibatkan keletihan, maka akan menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan. Mok Soon Sang (2002) pula mentakrifkan hukum kesediaan sebagai keupayaan persiapan individu di dalam kendirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Menurut beliau, terdapat 3 jenis kesediaan belajar di dalam bilik darjah iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Di dalam pembelajaran, kesediaan kognitif merupakan kesediaan pemikiran individu untuk berfikir, menaakul, mentafsir dan
  5. 5. mengingat sesuatu perkara dan tahap kognitif manusia adalah berbeza-bezamengikut perkembangan umur masing-masing. Biasanya ia melibatkanpengetahuan sedia ada yang terdiri daripada perkara-perkara yang telahdipelajari atau pernah dialami sebelum ini. Pelajar yang mempunyaikesediaan kognitif dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan baikkerana pengetahuannya sesuai dengan usaha dan latihan yang diperlukan.Sebaliknya, objektif pembelajaran tidak akan tercapai sekiranya pelajar tiadapersediaan kognitif kerana kelemahan pemikiran boleh membataskanpemahaman pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Manakala kesediaan afektif merupakan kesediaan perasaan iaitusemangat, minat, ketekunan, keinginan dan sikap seseorang untukmelaksanakan sesuatu. Ini penting agar pelajar dapat menghayati danmemahami isi pembelajaran dengan lebih berkesan. Apabila pelajar tidakmempunyai semangat dan minat terhadap sesuatu, maka dia akan rasaterpaksa dan tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan bersungguh-sungguh. Menurut Stamford (1971), pembelajaran yang berkesan adalahdipengaruhi oleh sikap pelajar dan bukan bilangan kali seseorang pelajarmengulangkaji bahan pelajarannya. Secara tidak langsung, tahap afektif yangtinggi dalam diri seorang pelajar dapat meningkatkan kesediaan afektif dankesediaan psikomotor. Kesediaan psikomotor pula merujuk kepada seseorang yang bersediauntuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaranyang baru. Kesediaan psikomotor sangat penting bagi seseorang individudalam melakukan aktiviti fizikal dengan lebih berkesan. Oleh itu, individutersebut perlu memastikan terlebih dahulu bahawa potensi dan kematanganfizikalnya selaras dengan latihan fizikal yang ingin dilakukan. Sekiranya fizikalseseorang itu belum cukup matang dari aspek perkembangan otot, tulang,anggota dan sebagainya maka dia tidak boleh melakukan aktiviti fizikalseperti berlari, melompat dan sebagainya. Seseorang individu juga berbezadengan individu yang lain. Perkara-perkara ini perlu diambil kira keranasecara tidak langsung akan mempengaruhi pergerakan fizikal individu.
  6. 6. Mok Soon Sang (2001) berpendapat bahawa terdapat pelbagai faktor yangboleh mempengaruhi kesediaan pelajar belajar seseorang individu. Antaranya ialahfaktor kematangan yang dapat dilihat melalui kematangan fizikal, kognitif, emosidan sosial seseorang pelajar. Minat dan sikap pula mendorong seseorang pelajaruntuk memberi perhatian kepada sesuatu pembelajaran. Manakala motivasidalaman akan membangkitkan dan mengekalkan minat sesorang individu dalamproses pembelajaran. Selain itu, kemahiran asas dan pengalaman penting kepadapelajar untuk mempelajari sesuatu ilmu atau kemahiran baru. Tanpa kedua-duanya,pelajar tidak dapat menerima pembelajaran dengan baik dan berkesan. Faktor-faktorini sangat membantu dalam mewujudkan aktiviti pembelajaran dengan lebih aktif,mudah, seronok dan berkesan. Justeru, kesediaan seseorang sangat penting dalam memulakan sesuatuaktiviti pembelajaran. Kesediaan merangkumi kesediaan fizikal, kognitif, emosi dansosial. Kesediaan adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kematangan,minat, sikap, motivasi, kemahiran asas dan pengalaman individu dalam menjaminkeberkesanan sesuatu pembelajaran. Pelajar akan merasa puas dan seronokmenghadapi sesuatu pembelajaran apabila mempunyai kesediaan. Sebaliknyatanpa kesediaan, pelajar akan mempersepsikan pembelajaran sebagai beban danmenyesuaikan diri. Pada pendapat saya, saya sangat setuju akan pendapat Mok Soon Sangdisebabkan Rancangan Pelajaran Harian kita mempunyai set induksi. Apa itu setinduksi? Sebelum memulakan suatu sesi pelajaran, set induksi amat penting keranaia merupakan isu penting dalam pembelajaran dan pengajaran. Kesediaanseseorang sangat penting dalam memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Setinduksi dapat menjamin keberkesanan sesuatu pembelajaran dan pelajar akanmerasa puas hati dan seronok menghadapi sesuatu pembelajaran apabilamempunyai kesediaan. Justeru itu, pembelajaran dan pengajaran di dalam kelasdapat dijalankan dengan lancar dan licin.
  7. 7. b) Hukum Latihan Hukum latihan menyatakan bahawa semakin banyak latihan yang tertentudijalankan, semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas yang tertentudengan rangsangan yang berkaitan. Dengan perkataan lain, sekiranya pasanganrangsangan gerak balas wujud berkali-kali, maka ikatannya bertambah kukuh danlebih tinggi kemungkinannya gerak balas itu akan berlaku semula apabilarangsangan itu wujud lagi pada masa kelak (Mok Soon Sang, 2002). Ini bermaksudlatihan berulang kali akan mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerakbalas dan kemungkinan gerak balas itu berlaku semula adalah lebih tinggi jikarangsangan tersebut wujud lagi pada masa akan datang. Kesimpulannya, guru dapat mengaplikasikan prinsip asas ini dalam bilikdarjah dengan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi sertapengukuhan dalam keadaan yang menyeronakkan. Hukum latihan ini sangat pentinguntuk mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Tanpa adanyalatihan akan menyebabkan kelemahan dan kelupaan. Oleh itu, pembelajaranpastinya akan lebih berkesan sekiranya pembelajaran disertai latihan sebagaipengukuhan sesuatu pembelajaran. Pada hemat saya, saya berpendapat sama dengan hujah-hujah Mok SoonSang. Kebanyakan sekolah cina termasuklah sekolah kami lebih cenderungmenggunakan hukum latihan ke atas pelajar mereka. Memandangkan sekolah-sekolah ini mengadakan kelas tambahan pada waktu petang semasa haripersekolahan . Kelas tambahan ini ditubuhkan khas untuk pelajar tahun 4, 5 dan 6.Selain itu, pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR akan dimintamenghadiri diri di sekolah pada hari Sabtu dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 petang.Tambahan pula, pelajar-pelajar ini juga dikehendaki menghadiri kelas tambahanpada cuti persekolahan bulan Mac, cuti persekolahan pertengahan tahun dan cutipersekolahan bulan Ogos. Dalam kelas tambahan, pelajar diminta membuat banyaklatihan tubi yang terdiri daripada pelbagai corak atau bentuk. Dengan latih tubi yangbanyak dapatlah mengukuhkan ingatan pelajar-pelajar.
  8. 8. c) Hukum Kesan Hukum kesan menyatakan sesuatu rangkaian di antara rangsangan yangdibuat dan hal ini diikuti pula dengan keadaan yang memuaskan, maka rangkaiantersebut akan diteguhkan. Namun begitu, jika ia diikuti dengan keadaan yangmenyakitkan hati, maka rangkaian tersebut akan dilemahkan. Apa yang jelas,mengikut hukum ini, sesuatu yang perlu dipelajari itu perlu disajikan dengan sesuatuganjaran supaya menampakkan tingkah laku yang diingini dan sebaliknya jikasesuatu itu perlu dielakkan maka dendaan mesti mengikut gerak balas yang tidakdiingini itu. Mok Soon Sang (2000) pula menjelaskan bahawa hukum kesan menjelaskanbahawa ikatan rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranyaindividu memperolehi kesan yang memuaskan selepas gerak balasnya dihasilkan.Sebaliknya, gerak balas yang tidak mendatangkan hasil yang membawa kesan yangmenyakitkan atau tidak menyeronokkan. Thorndike berpendapat bahawa pemberianganjaran merupakan cara yang berkesan untuk membentuk tingkah laku yangdiharapkan. Guru hendaklah memberi ganjaran atau peneguhan sebagai respon ataugerak balas yang betul kepada pelajar. Peneguhan di dalam bilik darjah bolehdiberikan melalui 3 komponen iaitu (a) secara konkrit seperti hadiah, markah,makanan dan lain-lain (b) sosial misalnya memberikan senyuman, perhatian,penghargaan dan pujian kepada pelajar serta (c) melalui aktiviti-aktiviti yangdigemari oleh pelajar. Proses pembelajaran yang melibatkan tingkah laku akansering diulang jika terdapatnya peneguhan yang positif atau ganjaran dan suasanapembelajaran yang menyeronokkan. Secara tidak langsung, berupaya mendorongpelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dank e arah pencapaian yang lebihmemberangsangkan. Ringkasnya, kesan pengalaman yang menyeronokkan akan mengukuhkanlagi pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Ini menggalakkan gerak balas
  9. 9. diulang. Sebaliknya, kesan pengalaman yang menyakitkan hanya melenyapkangerak balas yang terhasil. Pada pendapat saya, guru- guru yang mengajar di sekolah akanmenggunakan hukum kesan iaitu apabila pelajar mendapat markah yang ataukurang memuaskan atau membuat kesilapan, guru akan memberi peneguhanseperti buat semula, jangan mengulangi kesilapan itu, berusaha lebih dan lain-lain.Sebaliknya, apabila pelajar mendapat markah yang tinggi dalam ujian atau membuatsesuatu yang baik, guru akan memberi pujian dan galakkan seperti syabas, teruskanlagi, bagus, saya bangga padamu dan lain-lain. Oleh itu, hukum kesan sangatberkesan di sekolah kami disebabkan kanak-kanak suka akan kepujian. Dengankepujian yang diberikan pelajar-pelajar lebih bermotivasi dan seronok mengikutipengajaran dan pembelajaran yang disampaikan dan seterusnya mencapaikejayaan.
  10. 10. Contoh-contoh spesifik bagaimana guru boleh menggunakan hukum kesediaan,hukum latihan dan hukum kesan dalam bilik darjah. i. Hukum Kesediaan Hukum kesediaan yang dimaksudkan Thorndike ialah persiapan-persiapanyang terdapat dalam diri individu sebelum ia dapat bertindak. Kesediaan dalampembelajaran merangkumi 3 aspek iaitu (i) kesediaan mental (ii) kesediaan fizikaldan (iii) kesediaan emosi. Dalam pembelajaran, kesediaan mental atau kognitif merupakan kesediaanpemikiran individu untuk berfikir, menaakul, mentafsir dan mengingat sesuatuperkara. Biasanya ia melibatkan pengetahuan sedia ada. Contohnya, seorang guruyang ingin mengajar tajuk ‘Kewajipan Menunaikan Solat’. Guru tersebut perlumemastikan bahawa murid-muridnya sudah mengetahui bagaimana cara mengambilwudhu’ dengan betul, jenis-jenis air yang sah untuk berwudhu’ dan kaedah menutupaurat dengan sempurna. Kesediaan fizikal pula merujuk kepada seseorang yang bersedia untukmelakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran yang baru.Contohnya dalam tajuk ‘Kewajipan Menunaikan Solat’, guru hendaklah memastikanterlebih dahulu bahawa murid-murid mampu mengikuti gerakan-gerakan yang diajarseperti berdiri tegak, ruku’, sujud dan sebagainya. Guru perlu peka terhadapperbezaan individu murid kerana secara tidak langsung akan mempengaruhipergerakan fizikal individu. Misalnya, murid yang kurang upaya mungkin tidak dapatmelaksanakan sesuatu perkara yang diajar dengan sempurna. Oleh itu, guruhendaklah mengajar mengikut kemampuan murid. Manakala kesediaan emosi merupakan kesediaan perasaan iaitu semangat,minat, ketekunan, kerajinan dan sikap seseorang untuk melaksanakan sesuatu.
  11. 11. Guru yang berkesan perlu mengetahui cara untuk menarik minat murid-murid. Setinduksi yang menarik dapat merangsang minat murid untuk mengikuti pelajaranseterusnya. Contohnya, dalam tajuk ‘Kewajipan Menunaikan Solat’, guru bolehmemperdengarkan sebuah lagu nasyid bertemakan solat. Kemudian, guru menyoalmurid-muridnya tentang apa yang mereka dapat dari nasyid tersebut. Guru bolehmengaitkan jawapan yang diterima dengan pelajaran yang ingin diajarnya. Murid-murid akan lebih bersemangat apabila dilibatkan dalam pengajaran guru. Secaratidak langsung, mereka akan termotivasi untuk belajar. Kesimpulannya, kesediaan pembelajaran adalah penting untuk memperolehiperasaan yakin diri dan mengatasi situasi pembelajaran baru. Melalui kesediaan,murid percaya bahawa pembelajaran itu merupakan satu perkara baru yang seronokditerokai. Guru perlu memberi peneguhan atau motivasi supaya perlakuan positifmurid dapat dikekalkan. Tanpa persediaan, objektif pengajaran amat sukar untukdicapai. ii. Hukum Latihan Hukum latihan adalah antara aspek yang penting dan perlu dititikberatkan.Latihan yang diulang kali akan mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerakbalas dan kemungkinan gerak balas itu berlaku semula adalah lebih tinggi jikarangsangan tersebut wujud lagi pada masa depan. Hukum ini sesuai diaplikasikandalam latihan menghafal. Contohnya guru ingin mengajar Surah Al-Fatihah kepada murid-muridnya.Guru perlu membaca surah tersebut dengan fasih dan bertajwid dan muridmendengar dengan teliti. Kemudian, guru meminta murid mengikut bacaannya.Hafalan ini perlu dilatih berulang kali bagi memastikan murid-murid dapatmembacanya dengan betul. Pengukuhan boleh dilakukan denganmengaplikasikannya dalam solat, membaca Al-Fatihah sebelum memulakanpelajaran dan sebagainya. Pembelajaran pastinya akan lebih berkesan sekiranyadisertai latihan, aplikasi dan pengulangan sebagai pengukuhan sesuatupembelajaran. Mengikut hukum ini, latihan tanpa ganjaran tidak akan bermakna.Pengulangan latihan yang tidak sistematik tanpa ganjaran tidak akan mengakibatkan
  12. 12. pembelajaran. Pengukuhan berkemungkinan mendorong berlakunya bertambahnyagerak balas terutamanya apabila diulang serta-merta. Oleh itu, guru perlumerancang latihan yang sistematik dan terancang demi pembelajaran yangberkesan. iii. Hukum Kesan Mengikut hukum ini, Thorndike menyatakan bahawa sesuatu yang dipelajariitu perlu disajikan dengan sesuatu ganjaran supaya menampakkan tingkah lakuyang diharapkan. Sebaliknya jika sesuatu itu perlu dielakkan maka dendaan mestimengikut gerak balas yang tidak diingini itu. Contohnya, dalam tajuk ‘Kewajipan Menunaikan Solat’, guru memberi latihankepada murid-murid iaitu menghafal bacaan-bacaan dalam solat. Kemudian, gurumenyemak hafalan murid-murid dan membetulkan jika terdapat sebarang kesalahandalam bacaan mereka. Latihan dan pengukuhan memberi banyak kesan positifkepada murid-murid. Guru boleh memberi peneguhan atau ganjaran sebagaomotivasi. Kesannya murid akan menjadi rajin dan bersemangat untuk mengikutipelajaran yang diajar. Secara tidak langsung, murid-murid berpotensi untuk berjayadalam pelajaran. Ringkasnya, kesan pengalaman yang menyeronokkan akan mengukuhkanlagi pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Ini menggalakkan gerak balasdiulang. Sebaliknya, kesan pengalaman yang menyakitkan hanya melenyapkangerak balas yang terhasil. Proses pembelajaran yang melibatkan tingkah laku akansering diulang jika terdapatnya peneguhan yang positif atau ganjaran dan suasanapembelajaran yang menyeronokkan. Secara tidak langsung, berupaya mendorongpelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan ke arah pencapaian yang lebihmemberangsangkan.

×