1. Tajuk
BAB 3
PENGARUH MAZHAB SYAFI’I DALAM BIDANG
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Prof. Madya Dr. Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin
wanfirdaus@unisza.edu.my
2. Mazhab adalah kalimah bahasa Arab yang
diambil daripada dhahaba.
Cara pemikiran yang digunakan oleh seseorang
imam mujtahid untuk membuat kesimpulan
hukum tentang sesuatu permasalahan
berdasarkan dalil termasuklah al-Quran dan
alSunnah.
Definisi mazhab daripada perkataan dhahaba
ini bermaksud pergi, manakala mazhab
bermaksud tempat pergi atau jalan.
Mazhab dari sudut istilah bermaksud fatwa atau
pendapat seorang imam mujtahid.
DEFINISI MAZHAB
3. FALSAFAH DAN PANDANGAN BERMAZHAB
DALAM ISLAM
Dalam bidang fiqh, teologi dan politik
Mazhab telah wujud pada awal perkembangan
Islam terutama pada akhir abad ketiga Hijrah
Mazhab ini adalah berasal daripada kerangka penentuan
hukum sejak dari zaman awal Islam lagi, termasuklah
zaman Rasulullah s.a.w., sahabat, tabi‘in, tabi’ tabi‘in
Gerakan-gerakan yang berlaku akibat
sesuatu isu menyebabkan berlakunya
perpecahan ideologi dan fahaman
4. Perpecahan ini dibahagikan kepada dua golongan iaitu
pengikut Ahl Bayt dan pengikut fahaman Uthmaniyyah
(pendukung sahabat).
Kedua-dua kumpulan ini akhirnya mempunyai
mazhab tersendiri iaitu mazhab Sunni dan
Syiah.
Fahaman dan ideologi ini kemudiannya
menjadi asas kepada mazhab yang lebih jelas
terbentuk
5. SEJARAH PENDIDIKAN BERMAZHAB SYAFI‘I DI MALAYSIA
• Hukum hakam fikah Mazhab Syafi‘i banyak digunakan sebagai rujukan
terutamanya dalam bidang pendidikan di Malaysia.
• Faktor-faktor sejarah, sosio-budaya kehidupan masyarakat Islam Malaysia dan
peranan pihak berkuasa agama adalah antara peranan utama yang membantu
perkembangan Mazhab Syafi‘i.
• Sistem pendidikan kebangsaan yang berlandaskan Mazhab Syafi‘i menjadi
pengajian wajib ke atas pelajar-pelajar yang beragama Islam oleh Akta
Pelajaran 1961.
• Bidang agama tradisional berasaskan Mazhab Syafi‘i telah lama wujud sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam kalangan masyarakat Melayu Islam.
• Kedatangan pendakwah Islam yang membantu masyarakat melakukan amalan
mengikut mazhab tersebut.
• Mazhab Syafi‘i digunakan dalam bahan-bahan pengajaran, penulisan kitab dan
penyampaian isi kandungan pembelajaran.
6. • Mazhab Syafi‘i dijadikan rujukan rasmi oleh sistem Kementerian
Pendidikan Malaysia.
• pekeliling iktisas Agama Islam bil 1/1983 telah memberi arahan kepada
semua tenaga pengajar agar menggunakan pendekatan pendidikan menurut
aliran Syafi‘i.
7. SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL DAN PONDOK
• Pengajian di pondok, surau, masjid dan sekolah agama menggunakan kitab
Mazhab Syafi‘i.
• Kitab-kitab Mazhab Syafi‘i kebanyakan digunakan dalam pengajian di
Malaysia seperti Minhaj al-Abidin dan Munyah al-Musalli karangan Syeikh
Daud Abdullah al-Fatani.
• Fiqh Mazhab Syafi‘i digunakan secara turun temurun bagi menjawab isu-isu
yang berkaitan dengan aktiviti seharian masyarakat dalam semua bidang.
• Pada kurun ke18, penghijrahan beberapa alim ulama dari Timur Tengah telah
membawa satu perkembangan yang positif kepada orang Melayu.
• Salah satu penyebaran pendidikan di Tanah Melayu adalah melalui sumbangan
beberapa tokoh terkemuka seperti Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-
Fatani, tokoh ulama awal kurun ke-19 di selatan Thailand.
8. SISTEM PENDIDIKAN FORMAL DAN MODEN
• Sistem pendidikan moden juga menggunakan aliran Mazhab Syafi‘i di
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ataupun Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta (IPTS).
• Akta Pelajaran 1961 memperuntukkan bahawa Kementerian Pendidikan
akan menguruskan pendidikan Agama Islam di sekolah-sekolah.
• Menurut Perlembagaan Malaysia, tugas Raja-raja Melayu ialah berkaitan Hal
Ehwal Agama Islam.
• Fiqh Mazhab Syafi‘i mempelopori pendidikan hukum Islam di Malaysia
dalam semua peringkat dan jenis persekolahan.
9. PENULISAN DAN PENGAJARAN BERKITAB
• Perkembangan Mazhab Syafi‘i dalam penulisan dan pengajaran berkitab berkait
rapat dengan kedudukannya dalam bidang pendidikan.
• Penulisan berasaskan fiqh Mazhab Syafi‘i telah diajar di Tanah Melayu.
• Antara penulisan Mazhab Syafi‘i yang dikenal pasti digunakan dan diajar di Tanah
Melayu ialah:
• Kitab Hidayah al-Muta’allim wa Umdah al-Mu’allim
o Syeikh Daud al-Fatani
• Kitab al-Sirat al-Mustaqim
o Syeikh Nur al-Din al-Raniri
• Kitab Sabil al-Muhtadin li al-Tafaqquh fi Amr al-Din
o Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari
• Kitab Minhaj al-‘Abidin dan Munyah al-Musalli
o Syeikh Daud al-Fatani
• Kitab Bahjah al-Mubtadin wa Farhatun al-Mubtadin
o Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani
10. FAKTOR-FAKTOR PENGHAYATAN MAZHAB SYAFI‘I DALAM
PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
• Pendidikan Islam diinstitusikan sebagai sebahagian daripada kurikulum
persekolahan dan asas pembelajaran hukum Islam.
• Antara faktor penghayatan Mazhab Syafi‘i dalam Pendidikan Islam di Malaysia
ialah:
• Rujukan Mazhab Syafi‘i dalam pengamalan keagamaan.
• Institusi mufti dan fatwa serta penguatkuasaan undangundang adalah
berdasarkan Mazhab Syafi‘i.
• Budaya masyarakat Melayu.
• Guru-guru yang mengajar mempunyai kelulusan dari institusi-institusi yang
berorientasikan Mazhab Syafi‘i.
11. KEDUDUKAN MAZHAB SYAFI’I DALAM PENGAJIAN
SYARIAH DI MALAYSIA
Mazhab Syafi‘i merupakan salah satu daripada warisan fiqh
yang kebanyakannya diguna pakai oleh umat Islam pada zaman
kini termasuklah di rantau Nusantara yang memiliki penganut
Islam yang paling ramai
MAZHAB SYAFI‘I DALAM PENGAJIAN SYARIAH PADA ZAMAN
TRADISI KLASIK ALAM MELAYU
• Mazhab Syafi‘i telah meninggalkan pelbagai kesan positif kepada masyarakat
Alam Melayu sehingga mampu mengatasi mazhab Syiah.
• Hal ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor:
1. Mazhab Syafi‘i adalah lebih adaptif dengan budaya tempatan Melayu.
2. Gabungan antara paradigma sufi dan fiqh.
3. Sistem pendidikan Islam yang sistematik oleh fuqaha Mazhab Syafi‘i.
12. MAZHAB SYAFI‘I DALAM PENGAJIAN SYARIAH PADA
ZAMAN PASCA KEMERDEKAAN
• Kesungguhan dan usaha masyarakat untuk mendalami pengajian syariah masih
diteruskan dan ia membabitkan institusi pendidikan tradisional .
• Mazhab Syafi‘i digunakan secara meluas dan ia dilihat selari dengan pendekatan
fiqh.
• Kitab fiqh yang bersumberkan pelbagai mazhab selain Syafi‘i turut digunakan.
• Ia terdiri daripada beberapa bentuk iaitu:
1. Kitab fiqh moden
2. Ensiklopedia hukum Islam moden
3. Koleksi fatwa moden
• Pembelajaran melalui metodologi Usul Fiqh atau manhaj usuli turut sama
diterapkan dalam pendidikan.
13. KESIMPULAN
• Penulisan dan pengajian berkitab bermazhab Syafiʻi di
Malaysia telah dilakukan sejak zaman dahulu lagi.
• Pengajian berkitab berpandukan Mazhab Syafiʻi sudah
bersesuaian dan sebati dalam jiwa masyarakat.
• Pembentukan Mazhab Syafi‘i dilihat mendatangkan
perkembangan dan kemajuan intelektual dalam bidang
keilmuan.
14. Prof. Madya Dr. Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu
wanfirdaus@unisza.edu.my
013-2835651