REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI PESTA TANGLUNG
1. 7.0 REFLEKSI
Secara keseluruhannya, saya telah berjaya mempelajari dan mempertingkatkan
nilai etika dan professional dengan menyertai dalam Program Pesta Tanglung UKM ke-
35. Melalui program ini, saya dapat memahami proses perancangan untuk suatu projek
adalah memerlukan masa yang panjang dan perancangan adalah sangat penting kerana ia
merupakan asas penyediaan untuk sesuatu projek. Dalam pelaksanaan projek, kerjasama
antara ahli kumpulan adalah elemen yang penting untuk menjayakan program tersebut.
Maka, untuk mewujudkan kerjasama yang berkesan dalam situasi yang harmoni dan
aman, nilai-nilai etika dan professional seperti kecekapan, akauntabiliti, tanggungjawab,
sikap boleh melaksanakan tugasan secara berintegriti dan amanah adalah sangat penting.
Dalam program ini, saya telah mengambil jawatan sebagai ahli jawatankuasa
Alatan dan Hiasan Pentas. Tugas utama saya ialah untuk mencipta alatan, menyediakan
hiasan, dan menghiaskan pentas dengan kretiviti. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam
program ini seperti malam sambutan tanglung, majlis pelancaran Pesta Tanglung UKM
ke-35, Karnival Pesta Tanglung, Karnival Lantera Hias serta Malam Persembahan Pentas.
Melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti tersebut, saya telah mengamalkan nilai etika
yang baik seperti bercakap dengan sopan antara satu sama lain dan menghormati ahli-ahli
lain supaya mewujudkan keadaan yang harmoni dan aman.
Selain itu, saya juga berpeluang bekerjasama dengan kawan-kawan untuk
menjalankan sesuatu tugasan yang telah diagihkan oleh exco-exco. Saya telah
menjalankan tugas tersebut secara berintegriti dan amanah. Setelah menerima arahan
daripada exco-exco, saya telah menyoalkan exco-exco tentang tugasan tersebut dengan
lebih lanjut sehingga saya memahami tentang peranan saya supaya tidak melakukan
kesilapan serta memastikan tugasan tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar dalam
masa yang tertentu. Sebagai contoh, saya telah memastikan kehendak exco untuk
memasang papan dan mengecat papan dengan warna yang telah ditetapkan supaya tidak
mengecat dengan warna cat yang lain.
Semasa menjalankan tugasan, saya juga menunjukkan sifat professional dengan
menggunakan kreativiti saya untuk menghasilkan alatan yang diperlukan dalam Malam
Persembahan Pentas. Sebagai contoh, dengan mengambil kira kesan alam sekitar yang
mungkin diwujudkan, saya telah berbincang dengan ahli-ahli supaya menghasilkan
barang hiasan yang lebih menjaga alam sekitar. Contohnya, kita telah menggunakan
bahan-bahan sekitar seperti kertas untuk menghasilkan majalah, kamera wartawan dan
sebagainya. Selain itu, sisa-sisa polistirena yang lebih telah digunakan semula untuk
menjadikan hiasan yang menarik pada papan kenyataan.
Dalam proses pelaksanaan tugasan, saya dapat berkerjasama dengan kawan-
kawan dalam keadaan yang harmoni kerana saya mengamalkan nilai etika yang baik
2. seperti menghormati pandangan kawan-kawan dan berbincang dengan berintegriti untuk
mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah dan cabaran yang dihadapi. Sebagai
contoh, apabila cat yang diperlukan telah habis digunakan, saya telah memaklumkan
exco-exco dengan segera dan berbincang dengan bersopan bagi menangani masalah
tersebut.
Kesimpulannya, saya menyedari nilai-nilai etika dan professional ini adalah
sangat penting dalam melengkapkan pelajar menjadi individu yang berkeperibadian
murni dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat. Oleh itu, saya sangat
gembira dan berasa bertuah kerana saya berpeluang menyertai dalam Pesta Tanglung
UKM ke-35 ini sehingga saya telah berjaya mempelajari nilai kecekapan, akauntabiliti,
tanggungjawab, dan amanah yang amat diperlukan untuk menjadikan seorang individu
yang berkeperibadian murni dan professional dalam era perkerjaan pada masa akan
datang.