Dokumen tersebut merangkum pengalaman penulisnya menyertai Pesta Tanglung UKM ke-35. Penulis belajar pentingnya perancangan projek, kerjasama antara ahli kumpulan, dan berfikir kritis untuk menyelesaikan masalah. Penulis terlibat dalam jawatankuasa Alatan dan Hiasan Pentas, di mana dia menghadapi cabaran seperti kekurangan sumber dan masalah teknikal. Dia berjaya menyelesaikan masalah tersebut
1. 7.0 REFLEKSI
Melalui program ini, saya dapat memahami proses perancangan untuk suatu
projek adalah memerlukan masa yang panjang dan perancangan adalah sangat penting
kerana ia merupakan asas penyediaan untuk sesuatu projek. Dalam pelaksanaan projek,
kerjasama antara ahli kumpulan adalah elemen yang penting untuk menjayakan program
tersebut. Dalam sesuatu projek, pihak-pihak exco sudah tentunya akan menghadapi
pelbagai masalah dan cabaran, maka kemahiran berfikir secara kritis amat diperlukan
daripada ahli-ahli supaya dapat menjanakan idea-idea untuk menyelesaikan masalah bagi
melancarkan program tersebut.
Dalam program ini, saya telah mengambil jawatan sebagai ahli jawatankuasa
Alatan dan Hiasan Pentas. Tugas utama saya ialah untuk mencipta alatan, menyediakan
hiasan, dan menghiaskan pentas dengan kretiviti. Sepanjang program ini, kita telah
menghadapi pelbagai masalah terutamanya dalam bahagian alatan dan hiasan pentas
seperti kekurangan ahli, kekurangan bahan, kerosakan bahan dan sebagainya.
Sebagai contoh, bahagian kami menghadapi masalah kekurangan ahli yang sudi
untuk membantu dalam penyediaan Karnival Lantera Hias yang dianjurkan di SJK(C) Sin
Min, Semenyih, maka saya dan kawan-kawan telah memberi kerjasama dan sudi untuk
membantu dalam aktiviti penyediaan ini. Kami juga telah menghulurkan bantuan kepada
bahagian lain supaya dapat berkerjasama untuk melancarkan aktiviti penyediaan ini.
Selain itu, saya juga telah menjalankan tugasan yang diagihkan oleh exco-exco
secara berintegriti dan amanah dengan mengenal pasti tindakan yang tepat bagi
melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Setelah menerima arahan daripada exco-exco,
saya telah menyoalkan exco-exco tentang tugasan tersebut dengan lebih lanjut sehingga
saya memahami tentang peranan saya supaya tidak melakukan kesilapan serta
memastikan tugasan tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar dalam masa yang tertentu.
Sebagai contoh, saya telah memastikan kehendak exco untuk memasang papan dan
mengecat papan dengan warna yang telah ditetapkan supaya tidak mengecat dengan
warna cat yang lain.
Semasa penciptaan alatan yang sesuai diperlukan dalam Malam Persembahan
Pentas, pihak-pihak exco telah memberi tugasan yang hendak ahli-ahli untuk
menghasilkan alatan dan hiasan yang lebih menjaga alam sekitar kerana mereka telah
mengambil kira kesan alam sekitar yang mungkin diwujudkan. Maka, untuk memenuhi
kehendak pihak exco-exco, saya telah berbincang dengan ahli-ahli dan akhirnya dapat
menjanakan idea dalam penghasilkan barang hiasan yang lebih menjaga alam sekitar.
Contohnya, kita telah menggunakan bahan-bahan sekitar seperti kertas untuk
menghasilkan majalah, kamera wartawan dan sebagainya. Selain itu, sisa-sisa polistirena
2. yang lebih telah digunakan semula untuk menjadikan hiasan yang menarik pada papan
kenyataan.
Dalam proses pelaksanaan tugasan, saya menghadapi masalah seperti kekurangan
cat yang diperlukan. Maka saya telahpun memaklumkan masalah ini kepada exco-exco
dengan segera supaya dapat menyelesaikan masalah dengan kadar yang cepat. Selain itu,
saya juga menghadapi masalah seperti kerosakan bahan apabila memasang roda pada
papan yang dijadikan latar belakang drama pada Malam Persembahan Pentas. Roda yang
dipasang itu telah tidak dapat berfungsi dengan lancar. Dengan pemikiran yang kritis,
saya telah mengambil tindakan untuk memaklumkan kepada exco-exco kerana saya
mempertimbangkan akibat kerosakan roda ini akan menjejaskan proses persembahan
pada malam tersebut. Oleh kerana kesuntukan masa yang menyebabkan kita tidak dapat
menukarkan roda dengan roda yang baru, maka kita telah menyelesaikan masalah ini
dengan mengubahsuaikan roda tersebut bagi mempertingkatkan fungsinya dan kita
berjaya menjadikan roda dapat berfungsi dengan baik berbanding dengan sebelumnya.
Dengan ini, proses pertukaran scene pada Malam Persembahan Pentas dapat dijalankan
dengan agak lancar.
Kesimpulannya, saya menyedari bahawa kemahiran berfikir secara kritis adalah
sangat penting dalam melengkapkan pelajar menjadi individu yang dapat mempraktikkan
pemikiran tersebut untuk cuba menyelesaikan masalah yang relevan dan mengenal pasti
tindakan yang tepat bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan. Oleh itu, saya sangat
gembira dan berasa bertuah kerana saya berpeluang menyertai dalam Pesta Tanglung
UKM ke-35 ini sehingga saya telah berjaya memupuk kemahiran berfikir secara kritis
yang amat diperlukan untuk menjadikan seorang individu yang mampu mencari jalan ke
arah menyelesaikan masalah dan menyedari implikasi hasil daripada tindakan yang
diambil.