SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
FACEBOOK, TWITTER, DAN BLOG IALAH SATU FENOMENA KEMUNCULAN
BUDAYA BAHARU
1.0 Pengenalan
Dewasa ini, kecanggihan teknologi telah mengubah budaya dan cara hidup
masyarakat tidak kira masyarakat desa mahupun bandar. Penggunaan internet
umpamanya, telah memberi nafas baharu kepada penduduk dunia dengan terhasilnya
banyak laman sosial untuk memudahkan komunikasi manusia. Antara laman sosial yang
mendapat sambutan daripada komuniti hari ini ialah Facebook, Twitter, Blog dan
sebagainya. Laman-laman sosial baru ini ternyata memberi impak berlainan kepada
pengguna yang gemarkan sesuatu yang baru. Jaringan sosial ini juga bukan sahaja
digunakan oleh masyarakat biasa malah golongan pemimpin dan pemerintah juga turut
menggunakannya bagi mendekati rakyat.
Penggunaan Facebook, Blog dan Twitter ini dikatakan telah menjadi budaya
baharu dalam masyarakat dunia. Golongan pelajar merupakan golongan yang paling
ramai menggunakan jaringan sosial ini dari pelajar sekolah rendah hingga pelajar
universiti. Mereka mengambil peluang kemudahan teknologi ini untuk mencari temanteman baru serta berhubung dengan guru atau pensyarah masing-masing. Selain itu,
individu-individu tertentu juga gemar menggunakan blog untuk menulis buah fikiran
sendiri ataupun untuk menulis tentang kehidupan harian mereka, dengan kata lain blog
umpama ‘diari elektronik’ seseorang individu.
Golongan artis pula lebih gemar menggunakan Twitter untuk berhubung dengan
rakan ataupun peminat mereka. Twitter digunakan untuk menguar-uarkan berita
terbaharu mengenai artis dan juga aktiviti-aktiviti terkini yang bakal dijalankan oleh
badan-badan tertentu. Oleh hal yang demikian, Facebook, Blog, dan Twitter dikatakan
telah menjadi budaya baharu dalam masyarakat dunia di era globalisasi ini. Oleh itu,
dalam tugasan ini, kita akan melihat dengan lebih lanjut lagi mengenai laman-laman
sosial ini, iaitu fungsi dan manfaatnya kepada pengguna, perbezaan antara laman sosial
pemimpin dengan rakyat biasa dan sebagainya.

1
2.0 Objektif Kajian
Tugasan ini dibuat bertujuan untuk melihat sejauh mana Facebook, Blog, dan
Twitter mampu mempengaruhi gaya hidup masyarakat masa kini. Hal ini demikian
kerana, teknologi di hujung jari ini semakin mendapat perhatian daripada masyarakat
dunia termasuk juga Malaysia.
Selain itu, objektif kajian bagi tugasan ini juga adalah untuk melihat jumlah
pengguna laman sosial terbaru ini dalam kalangan penduduk Malaysia. Melalui
perangkaan ini, maka kita dapat melihat sama. ada laman sosial seperti Facebook ini
benar-benar menjadi budaya baru masyarakat ataupun hanya sekadar hiburan sematamata.
Objektif kajian seterusnya ialah mengetahui kesan positf dan negatif akibat
penggunaan Facebook, Blog dan Twitter tersebut. Kajian yang dilakukan ini secara tidak
langsung dapat memberi kesedaran kepada pengguna akan kesan penggunaannya
dalam kehidupan harian.

2
3.0 Latar Belakang Kajian
Menurut Lyons (1981), budaya merupakan suatu pengetahuan yang dipelajari
secara sosial, yakni pengetahuan yang diperoleh apabila seseorang itu berada dalam
satu kumpulan sosial tertentu. Bahasa pula menurut Lyons (1981), yang diambil dari
Sapir (1921), merupakan cara manusia menyampaikan emosi, idea dan keinginan
melalui ciptaan-ciptaan simbol yang tertentu yang lahir secara sedar.
Facebook mula diperkenalkan secara tidak rasmi pada 4 Februari 2004 oleh
Mark Zuckerberg yang merupakan pelajar Universiti Harvard dan pada Mei 2007, laman
sosial ini mula diperkenalkan kepada seluruh penduduk dunia melalui pelancaran yang
dibuat oleh Zuckerberg sendiri (Zuckerberg, Mark. (2010). Britannica Book of the Year,
2008.

13

Mac,

2010

dari

Encyclopædia

http://www.search.eb.com/eb/article-9439426

).

Facebook,

Britannica
menurut

Online:
Zuckerberg

merupakan sebuah laman sosial yang dibina bertujuan untuk memudahkan komunikasi
antara masyarakat, contohnya menghubungkan seseorang individu dengan rakan
masing-masing. Selain itu, pengguna Facebook juga boleh memuat naik gambar
mereka sendiri pada profil

masing-masing bagi membolehkan rakan mengetahui

perkembangan mereka.
Twitter pula dibina menggunakan Ruby on Rails iaitu sebuah laman web yang
khusus dalam ‘bahasa’ pengkomputeran. Fungsi Twitter seakan-akan sama dengan
Facebook kerana ia membolehkan pengguna mengadaptasi dan berintegrasi secara
terbuka dengan orang lain melalui internet (Twitter. (2010). Encyclopædia Britannica. 13
Mac, 2010, dari Encyclopædia Britannica Online: http://www.search.eb.com/eb/article286818 ). Twitter ini telah diwujudkan pada tahun 2006 oleh Evan William dan Biz Stone
dan pengguna laman sosial ini mula meningkat pada April 2009 apabila seorang artis
Barat mempunyai lebih satu juta pengikut. Di samping itu, Twitter juga berfungsi sebagai
penyebar maklumat terpantas dalam talian. Hal ini demikian kerana, pelbagai maklumat
terkini tentang dunia dapat dilihat melalui Twitter, contohnya berita tentang gempa bumi
yang melanda Haiti pada bulan Januari 2010 telah disiarkan terlebih dahulu oleh
ramgkaian Twitter ini (Twitter. (2010). Encyclopædia Britannica. 13 Mac, 2010, dari
Encyclopædia Britannica Online: http://www.search.eb.com/eb/article-286818 ).
Sebuah lagi laman sosial yang menjadi tumpuan maysrakat dunia hari ini adalah
Blog. Blog merupakan singkatan bagi Weblog dan blog ini digunakan oleh golongan
masyarakat, sama ada secara individu ataupun berkumpulan bertujuan untuk menulis
tentang rekod dan aktiviti mereka, pemikiran serta kepercayaan masing-masing.

3
Kebanyakan

blog

menyediakan

sebuah

forum

bagi

membolehkan

pembaca

meninggalkan komen dan buah fikiran mereka terhadap penulisan yang telah dibuat
oleh penulis blog tersebut. Blog pertama yang dibina ialah pada tahun 1992 oleh TimBerners Lee, disusuli oleh blog Slashdot pada tahun 1997 sehinggalah hari ini (blog.
(2010). Encyclopædia Britannica. 13 Mac, 2010, dari Encyclopædia Britannica Online:
http://www.search.eb.com/eb/article-253350).
Oleh hal yang demikian, disini dapatlah dikatakan bahawa Facebook, Blog dan
Twitter merupakan satu budaya baharu dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan
dunia amnya. Di samping itu, laman sosial terbaharu ini juga telah mencipta bahasanya
yang tersendiri melalui komen-komen yang dihantar oleh penggunanya.
Facebook, Blog dan Twitter ini juga memberi kesan kepada penggunanya, sama
ada kesan baik mahupun kesan buruk. Oleh hal yang demikian, beberapa kesan baik
telah dikenal pasti berdasarkan berita yang dipaparkan di dada akhbar. Antaranya ialah
dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat, mengurangkan gejala lepak dan
yang terbaru, Facebook ternyata telah membantu seorang pelajar mendapat 11A dalam
SPM apabila pelajar tersebut memanfaatkan laman sosial untuk berkongsi maklumat
mengenai pelajarannya (http://www.utusan.com.my/utusan/. 18 Mac 2010).
Namun demikian, pelbagai masalah juga turut timbul apabila semakin ramai
individu yang menggunakan laman sosial ini. Antaranya ialah pemalsuan maklumat dan
penyamaran identiti, pencurian maklumat peribadi serta penyebaran virus oleh mereka
yang tidak bertanggungjawab.

4
4.0 Metodologi
Beberapa kaedah dan pendekatan telah digunakan bagi menyelesaikan tugasan
ini. Kaedah pertama yang dibuat adalah dengan mencari bahan rujukan berwasik di
Perpustakaan Hamzah Sendut 1. Hal ini demikian kerana, terdapat pelbagai buku yang
dapat dijadikan sebagai sumber untuk menulis tugasan ini. Bahan rujukan yang terdapat
di perpustakaan ini juga sukar ditemui kerana jumlahnya yang terhad dan
kebanyakannya telah dipinjam oleh pelajar lain. Hanya beberapa buah buku sahaja
yang digunakan kerana buku-buku tersebut menepati kehendak soalan yang dikaji.
Bahan yang diperoleh ini kemudiannya perlu diterjemah ke dalam bahasa Melayu bagi
memudahkan bahan tersebut dirujuk. Kaedah menterjemah ini agak rumit kerana saya
perlu merujuk kamus bagi mencari makna perkataan yang tidak difahami. Selain itu ,
saya juga mengalami kekeliruan untuk mencari isi yang tepat bagi memenuhi kehendak
soalan yang diberikan. Oleh itu, pemerhatian yang jitu sememangnya amat diperlukan.
Selain itu, bahan melalui capaian dalam talian juga turut digunakan bagi
menyiapkan tugasan mengenai fenomena baharu ini. Antara laman sesawang yang
digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah Utusan Malaysia Online, Berita Harian
Online, Encyclopædia Britannica Online, Google Scholar Journal, Facebook.com,
Twitter.com dan juga blogger.com. Kebanyakan data juga diperoleh melalui laman web
tertentu yang berkisar tentang soalan tugasan seperti statisik jumlah pengguna, sasaran
pengguna, dan sebagainya. Kebanyakan bahan capaian dalam talian juga berbahasa
Inggeris dan keadaan ini sekali lagi memerlukan kaedah penterjemahan. Jurnal-jurnal
juga banyak yang diambil dari laman web Encyclopædia Britannica kerana jurnal yang
ditulis adalah tepat dan berdasarkan sumber yang sahih, tambahan pula jurnal tersebut
adalah daripada database perpustakaan. Di samping itu, artikel-artikel dari Google
Scholar Journal telah menjadi sumber rujukan dalam tugasan kali ini. Hal ini demikian
kerana, artikel-artikel tersebut ditulis berdasarkan kajian yang dibuat oleh penulis sendiri
dan ia telah disahkan benar. Selain itu, jurnal melalui talian ini juga digunakan kerana ia
senang diperoleh dan amat membantu dalam proses pencarian maklumat mengenai
laman sosial yang dikaji.
Di samping itu, kaedah pemerhatian juga turut dilakukan pada Facebook, Blog
dan Twitter bagi meneliti bahasa yang digunakan serta membuat perbandingan antara
laman sosial masyarakat biasa dengan golongan atasan. Laman sosial ini bukan sahaja

5
digunakan oleh rakyat biasa, malah pihak pemerintah juga turut menggunakannya untuk
mendekati dan mendengar permasalahan rakyat. Dewasa ini, terlalu banyak Facebook
dan Blog yang dimiliki oleh golongan atasan, contohnya mantan Perdana Menteri kita,
Dr. Mahathir menulis blog beliau sendiri setelah bersara daripada jawatan tertinggi
dalam kabinet Malaysia itu.
Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data mengenai tugasan kali ini
ialah kaedah kualitatif.Menurut Grinnell (2005), kualitatif merupakan kaedah pencarian
maklumat secara pertanyaan dan jawapan yang diberi adalah dalam bentuk teks,
bukannya nombor. Buku tulisan Grinnell dijadikan rujukan kerana kaedah pencarian
maklumat secara kualitatif telah diperincikan secara jelas dalam buku tersebut.

6
5.0 DAPATAN KAJIAN
Data dalam kajian ini akan dikaji beradasarkan kaedah kualitatif. Kajian secara
kualitatif lebih kepada kaedah menemubual, membuat pemerhatian serta mengumpul
sebanyak mungkin maklumat daripada data tertentu bagi mengukuhkan kesahan kajian
yang dijalankan (http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/ghazali.pdf. 13 Mac, 2010).
Kaedah pemerhatian dan pengumpulan data daripada internet lebih banyak digunakan
dalam tugasan ini.
Alat atau instrument yang digunakan bagi menilai data ini adalah jadual yang
dikumpul daripada bahan dalam talian. Selain itu, laman sosial dari pelbagai lapisan
masyarakat juga turut diguna sebagai pemerhatian untuk memerhatikan bahasa yang
digunakan dalam laman sosial berkenaan.
Di samping itu, kajian ini juga akan membincangkan tentang kesan-kesan
penggunaan Facebook, Blog dan Twitter secara khusus dan umum. Kesan penggunaan
ini diperoleh daripada maklum balas pengguna kepada pihak akhbar dan dan juga
didapati daripada kajian yang dijalankan oleh beberapa pengkaji.
5.1 FACEBOOK
Pada bulan Mei 2007, laman sosial Facebook telah dilancarkan oleh Mark
Zuckerberg yang pada ketika itu berusia 23 tahun. Pengasas Facebook ini menegaskan
bahawa Facebook merupakan sebuah laman sosial yang dibina bertujuan untuk
menghubungkan seseorang individu dengan rakan masing-masing. Sejak diperkenalkan
secara tidak rasmi pada tahun 2004, pengguna Facebook ini semakin meningkat dari
semasa ke semasa sejajar dengan perkembangan teknologi terkini.
Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dilakukan, beberapa data telah
diperoleh dan dipersembahkan seperti jadual berikut:
Jadual 1: Golongan Pengguna Facebook dan Isu-isu yang Dibincangkan
Golongan pengguna

Isu-isu yang dibincangkan

Pemerintah

Isu-isu berkaitan dengan negara, aduan dan permasalahan

Rakyat biasa

rakyat.
Isu-isu berkaitan diri sendiri dipaparkan pada profil masing-

Pelajar

masing.
Wadah untuk

menyebarkan

pengumuman

menyebarkan gosip dalam kalangan pelajar.
Sumber : (http://www. facebook.com. 17/3/2010)

7

penting

dan
Berdasarkan Jadual 1 di atas, dapat dijelaskan bahawa pengguna laman sosial
Facebook terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat, iaitu daripada golongan
pemerintah sehinggalah golongan pelajar. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib
Tun Abdul Razak misalnya, turut menggunakan laman sosial Facebook dan kajian telah
dilakukan ke atas profil beliau. Oleh itu, hasil kajian mendapati bahawa isu-isu yang
diketengahkan pada profil beliau adalah mengenai agenda-agenda negara serta aduanaduan rakyat yang menghadapi masalah mengenai pentadbiran beliau. Profil Facebook
beliau boleh dikatakan agak berbaur politik dan bahasa yang digunakan adalah lebih
kepada bahasa Inggeris kerana kebanyakan individu yang melayari Facebook beliau
merupakan mereka yang agak berpendidikan.
Golongan rakyat biasa juga tidak ketinggalan untuk berinteraksi melalui laman
sosial Facebook ini. Berdasarkan kajian ke atas profil Facebook individu yang terdapat
dalam senarai rakan saya, didapati bahawa isu-isu yang dipaparkan adalah berkisarkan
kehidupan seharian mereka, sebagai contohnya mengenai tempat kerja dan rakan
mereka.
Selain itu, golongan pelajar sama ada pelajar universiti mahupun sekolah, turut
mendaftar sebagai pengguna Facebook. Berdasarkan kajian, golongan pelajar ini
menggunakan Facebook sebagai wadah untuk menyebarkan makluman penting
mengenai pelajaran mereka dan tidak lupa juga sebagai “media” penyebaran gosip
dalam kalangan pelajar itu sendiri.
5.2 Twitter
Twitter merupakan sebuah laman web yang membenarkan penggunanya
menghantar pesanan kepada rakan-rakan serta membaca status terbaru seseorang
individu. Twitter ini lebih popular digunakan dalam kalangan artis bagi menyiarkan
perkembangan-perkembangan terbaharu mereka kepada para peminat. Twitter telah
dibina oleh Jack Dorsey pada tahun 2006 dan sehingga ke hari ini, perkembangan
laman sosial amat pesat dan dikatakan bahawa Twitter akan mampu menyaingi
Facebook sedikit masa lagi. Pengguna Twitter juga boleh memuat naik gambar mereka
pada profil masing-masing bagi membolehkan rakan-rakan mengikuti perkembangan
mereka.
Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dijalankan ke atas beberapa
profil pengguna Twitter melalui internet, didapati behawa kebanyakan pengguna Twitter
ini terdiri daripada golongan artis dan pemimpin Amerika Syarikat, Barrack obama juga

8
tidak ketinggalan untuk mengaplikasikan penggunaan laman sosial ini dalam kehidupan
beliau (http://twitter.com/BarackObama. 27/3/2010). Pemimpin terkenal negara Barat,
Obama menggunakan Twitter bagi menyebarkan sesuatu perkara yang baru berlaku
dan keadaan ini hampir sama dengan fungsi Facebook yang diguna oleh Perdana
Menteri kita untuk menyampaikan pelbagai maklumat kepada rakyat.
Di samping itu, pelajar universiti merupakan golongan yang agak ramai
menggunakan laman sosial Twitter bagi menghebahkan status mereka kepada rakan
masing-masing.

Pelajar-pelajar

ini

biasanya

turut

menggunakan

Twitter untuk

bersembang dengan rakan-rakan mereka serta bertanya khabar masing-masing.
5.3 Blog
Blog merupakan sebuah laman sosial yang digunakan untuk menulis buah fikiran
dan idea masing-masing. Berdasarkan kajian secara kualitatif, didapati bahawa
pengguna blog terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi, rakyat pertengahan dan
juga pelajar. Isu-isu yang ditulis dalam blog bagi setiap lapisan masyarkat ini juga
berbeza antara satu sama lain. Jadual berikut akan memberi gambaran mengenai
golongan yang menulis blog dan isu-isu yang diketengahkan.
Jadual 2: Golongan Pengguna Blog dan Isu-isu yang Ditimbulkan dalam Penulisan
Golongan Pengguna
Pemerintah

Isu-isu yang ditulis
Politik, isu-isu negara, isu dunia

Rakyat pertengahan

Rutin harian, rakan-rakan, tempat kerja, mengulas tentang

Pelajar

tajuk akhbar harian
Rutin sebagai pelajar, tugasan dan pensyarah, kwan-kawan,
pendapat mengenai isu negara

Sumber: (http://www.blogspot.com. 17/3/2010)
Berdasarkan jadual di atas, dapat dijelaskan bahawa golongan pemerintah turut
berminat untuk menulis blog. Antara golongan atasan yang aktif menulis blog ialah
mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. Blog yang ditulis oleh beliau
kebanyakannya mengenai dunia politik di Malayasia pada hari ini. Mahathir (2008), telah
menulis mengenai isu kepimpinan yang lemah di Malaysia dan keadaan ini bukanlah
sesuatu yang baik buat negara yang berbilang kaum ini. Selain itu, beliau juga turut
menulis mengenai kegagalan Barisan Nasional di bawah pemerintahan Perdana Menteri

9
selepasnya. Keadaan ini menyebabkan Dr Mahathir dikutuk oleh pengguna blog yang
tidak bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh mantan pemerintah Malaysia
yang hebat itu.
Selain itu, rakyat pertengahan juga menggunakan blog sebagai wadah untuk
menyampaikan cerita mengenai kehidupan mereka dan orang sekeliling mereka. Kajian
yang telah dibuat ke atas blog seorang kenalan (http://jumiejumie.blogspot.com.
27/3/2010) menadapati bahawa penulisan beliau adalah berkisar tentang rakan-rakan
beliau, keluarga, pekerjaan dan sebagianya. Blog tersebut juga turut digunakan untuk
mempromosikan perniagaan beliau iaitu The House Of Red Gincu.
Golongan pelajar pula menggunakan ruangan blog untuk menulis mengenai
keluarga masing-masing, rutin harian sebagai pelajar yang sentisa sibuk, tugasantugasan yang perlu disiapkan dan sebagainya. Blog sudah menjadi umpama ‘diari
harian’ mereka yang boleh dibaca oleh orang lain. Saya juga merupakan seorang
pelajar yang menggunakan blog untuk bercerita mengenai kehidupan harian yang dilalui
bersama rakan-rakan.
5.4 Kesan-kesan Penggunaan Facebook, Blog dan Twitter kepada Masyarakat
Penggunaan laman sosial ini menimbulkan pelbagai kesan kepada pengguna
khususnya dan masyarakat amnya. Laman sosial tersebut dicipta bertujuan untuk
memudahkan komunikasi antara ahli masyrakat, contohnya komunikasi antara rakanrakan, keluarga, pemimpin dan sebagainya. Oleh itu, bagi pendapat saya kesan utama
daripada penggunaanya ialah mengeratkan silaturahim antara manusia walaupun tidak
secara berhadapan antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana, penggunaan
Facebook misalnya, boleh membina kembali hubungan dengan rakan yang telah lama
terpisah. Ahli keluarga yang tinggal di luar negara juga boleh mengikuti perkembangan
ahli keluarga mereka yang lain melalui penghantaran mesej dan gambar-gambar yang
dimuat naik ke Facebook. Oleh itu, tidak ada lagi jurang yang menghalang seseorang
untuk berhubung dengan keluarga mahupun kenlan mereka.
Di samping itu, penggunaan Facebook juga ternyata boleh membantu dalam
memberi keputusan cemerlang kepada para pelajar. Seorang pelajar dari Terengganu
misalnya, telah memanfaatkan laman sosial ini bagi berkonsi maklumat berkaitan
pelajaran

dengan

rakan-rakannya

(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2010&dt=0315&pub=utusan_malaysia&sec=Timur&pg=wt_06.htm&arc=hive,
17/3/2010). Pelajar tersebut telah berjaya memperoleh 11A dalam peperiksaan SPM

10
2009 yang lepas hasil perkogsian maklumat melalui Facebook. Pelajar tersebut,
Rasyidah Hanan berkata, beliau telah menggunakan Facebook untuk berbincang
mengenai sesuatu mata pelajaran yang tidak difahami serta kerap mencari maklumat
mengenai poelajaran melalui laman sosial tersebut. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa
laman sosial Facebook telah memberi kesan yang amat baik jika setiap invidu bijak
memanfaatkan kewujudannya.
Selain itu, bagi golongan usahawan pula Facebook dan Blog boleh digunakan
sebagai platform untuk mempromosikan perkhidmatan dan produk syarikat mereka
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0317&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive.
17/3/2010). Pengguna Facebook yang meliputi seluruh dunia membolehkan produk
yang dipasarkan oleh para usahawan ini mampu menembusi pasaran dunia sekaligus
memberi keuntungan lumayan kepada mereka. Para usahawan juga boleh meminta
khidmat nasihat dan maklum balas daripada masyarakat di luar sana mengenai usaha
yang boleh dilakukan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.
Di samping itu, penggunaan laman sosial ini juga turut memberi kesan negatif
kepada pengguna dan masyrakat. Antaranya ialah kewujudan laman Facebook
membenci seseorang artis yang telah dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0317&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive.
17/3/2010). Laman Facebook berkenaan diwujudkan akibat rasa tidak puas hati
sesetengah pihak di atas kejayaan seseorang artis dan juga spekulsi negatif yang timbul
mengenai artis tempatan. Keadaan ini menyebabkan timbulnya fitnah ke atas artis
terbabit dan keadaan ini dilarang sama sekali dalam agama Islam. Fitnah yang timbul ini
juga akan menggugat keamanan dan ketenteraman yang kita kecapi pada hari ini.
Penyebaran fitnah melalui laman sosial ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa
masyarakat Malaysia masih lagi tidak berganjak dari kedudukan asal dan mencerminkan
ketidakmatangan dalam membuat keputusan.
Selain itu, penggunaan laman sosial ini secara kerap juga boleh menjejaskan
produktiviti

syariakat

sama

ada

syarikat

swasta

mahupun

kerajaan(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0317&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive.
17/3/2010). Hal ini demikian kerana, ketagihan melayari laman sosial ini untuk
berinteraksi dengan rakan-rakan menyebabkan banyak kerja akan tertangguh kerana

11
terlalu asyik melayan komen-komen yang dihantar oleh sahabat handai. Keadaan ini
menyebabkan mutu perkhidmatan dan produk syarikat semakin tidak memuaskan dan
keadaan ini amat berbahaya bagi sesebuah syarikat.
Di samping itu, laman sosial seperti blog pula boleh mengakibatkan penulisnya
dkenakan hukuman penjara apabila artikel yang ditulis berbaur politik yang keterlaluan
dan juga memfitnah pemimpin negara. Penulis blog yang memfitnah dan menulis
perkara yang tidak sepatutnya mengenai pentadbiran negara akan dikesan dan
dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh pihak berkuasa.

6.0 Kesimpulan

12
Kesimpulannya, Facebook, Blog dan Twitter ini boleh dikatakan sebagai satu
budaya baharu bertepatan dengan takrifan budaya yang telah diberikan oleh Lyons
(1981), iaitu suatu pengetahuan yang dipelajari secara sosial oleh ahli masyrakat. Hal ini
demikian kerana, masyarakat Malaysia hari ini belajar menggunakan laman sosial
tersebut daripada masyarakat Barat. Pengguna laman sosial yang semakin meningkat
dari semasa ke semasa ini menunjukkan bahawa budaya setiap anggota masyarakat
semakin dikuasai oleh budaya Barat. Namun demikian, pengguna perlu bijak
menggunakan kemudahan komunikasi yang disediakan ini untuk manfaat diri sendiri.

Rujukan

13
Richard M.Grinnell, Jr. (2005). Social Work Research and Evaluation Quantitative and
Qualitative Approaches. Oxford University Press.
Mahathir Mohamad . (2008). chedet.com: Blog Merentas Halangan. Berita Publishing
Sdn Bhd.
Lyons, John. (1992). Bahasa dan Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zuckerberg, Mark. (2010). Britannica Book of the Year, 2008. 13 Mac, 2010 dari
Encyclopædia Britannica Online: http://www.search.eb.com/eb/article-9439426
Twitter. (2010). Encyclopædia Britannica. 13 Mac, 2010, dari Encyclopædia Britannica
Online: http://www.search.eb.com/eb/article-286818
blog. (2010). Encyclopædia Britannica. 13 Mac, 2010, dari Encyclopædia Britannica
Online: http://www.search.eb.com/eb/article-253350
http://www.utusan.com.my/utusan/. 18 Mac 2010
http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/ghazali.pdf. 13 Mac, 2010
http://www. facebook.com. 17/3/2010
http://twitter.com/BarackObama. 27/3/2010
http://www.blogspot.com. 17/3/2010
http://jumiejumie.blogspot.com. 27/3/2010
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0315&pub=utusan_malaysia&sec=Timur&pg=wt_06.htm&arc=hive,
17/3/2010
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0317&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive.
17/3/2010

14
15

More Related Content

What's hot

Medpen tahap akhir
Medpen tahap akhirMedpen tahap akhir
Medpen tahap akhirbankir212
 
Pengaruh Penggunaan Situs Jejaring Sosial Facebook Terhadap Perilaku Sosial M...
Pengaruh Penggunaan Situs Jejaring Sosial Facebook Terhadap Perilaku Sosial M...Pengaruh Penggunaan Situs Jejaring Sosial Facebook Terhadap Perilaku Sosial M...
Pengaruh Penggunaan Situs Jejaring Sosial Facebook Terhadap Perilaku Sosial M...Anisa Nurbatini Haryono
 
Pengaruh media sosial terhadap perkembangan pola fikir remaja
Pengaruh  media sosial terhadap perkembangan pola fikir remajaPengaruh  media sosial terhadap perkembangan pola fikir remaja
Pengaruh media sosial terhadap perkembangan pola fikir remajaAndi Undu
 
kaedah penyelesaian masalah - bahana laman sosial
kaedah penyelesaian masalah - bahana laman sosialkaedah penyelesaian masalah - bahana laman sosial
kaedah penyelesaian masalah - bahana laman sosialBillah Fendy
 
Tugasan 3 : Kajian tinjauan web
Tugasan 3 : Kajian tinjauan webTugasan 3 : Kajian tinjauan web
Tugasan 3 : Kajian tinjauan webhelidzia
 
Penggunaan media sosial bagi pelajar
Penggunaan media sosial bagi pelajarPenggunaan media sosial bagi pelajar
Penggunaan media sosial bagi pelajarRisna Bian
 
Budaya internet dan dampaknya ii
Budaya internet dan dampaknya iiBudaya internet dan dampaknya ii
Budaya internet dan dampaknya iiMantri Tani
 
Media Sosial
Media SosialMedia Sosial
Media SosialKuzi Ana
 
Media Sosial
Media SosialMedia Sosial
Media SosialSee Iena
 
MAKALAH MEDIA SOSIAL LEARNING KELOMPOK 5
MAKALAH MEDIA SOSIAL LEARNING KELOMPOK 5MAKALAH MEDIA SOSIAL LEARNING KELOMPOK 5
MAKALAH MEDIA SOSIAL LEARNING KELOMPOK 5stlatifah
 
Sejarah & Media Baharu
Sejarah & Media BaharuSejarah & Media Baharu
Sejarah & Media Baharudigitalsejarah
 
Kpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauanKpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauannijalbahari
 
Penggunaan ICT untuk Berbagi Informasi dan Pengetahuan Antar-Organisasi Masya...
Penggunaan ICT untuk Berbagi Informasi dan Pengetahuan Antar-Organisasi Masya...Penggunaan ICT untuk Berbagi Informasi dan Pengetahuan Antar-Organisasi Masya...
Penggunaan ICT untuk Berbagi Informasi dan Pengetahuan Antar-Organisasi Masya...SatuDunia Foundation
 
9 b = 7 agung banowo irawan eka pradittya
9 b = 7 agung banowo   irawan eka pradittya9 b = 7 agung banowo   irawan eka pradittya
9 b = 7 agung banowo irawan eka pradittyaEka Dhani
 
Usaha Pustakawan Dalam Optimalisasi Pemanfaatan E-Jurnal RISTEKDIKTI
Usaha Pustakawan Dalam Optimalisasi Pemanfaatan E-Jurnal RISTEKDIKTI Usaha Pustakawan Dalam Optimalisasi Pemanfaatan E-Jurnal RISTEKDIKTI
Usaha Pustakawan Dalam Optimalisasi Pemanfaatan E-Jurnal RISTEKDIKTI Bambang Untoro IG
 
Tugas sim siti aisyah 43218110095_dampak pemanfaatan blog dan database pada k...
Tugas sim siti aisyah 43218110095_dampak pemanfaatan blog dan database pada k...Tugas sim siti aisyah 43218110095_dampak pemanfaatan blog dan database pada k...
Tugas sim siti aisyah 43218110095_dampak pemanfaatan blog dan database pada k...asyaaisyah
 

What's hot (20)

Medpen tahap akhir
Medpen tahap akhirMedpen tahap akhir
Medpen tahap akhir
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Pengaruh Penggunaan Situs Jejaring Sosial Facebook Terhadap Perilaku Sosial M...
Pengaruh Penggunaan Situs Jejaring Sosial Facebook Terhadap Perilaku Sosial M...Pengaruh Penggunaan Situs Jejaring Sosial Facebook Terhadap Perilaku Sosial M...
Pengaruh Penggunaan Situs Jejaring Sosial Facebook Terhadap Perilaku Sosial M...
 
Pengaruh media sosial terhadap perkembangan pola fikir remaja
Pengaruh  media sosial terhadap perkembangan pola fikir remajaPengaruh  media sosial terhadap perkembangan pola fikir remaja
Pengaruh media sosial terhadap perkembangan pola fikir remaja
 
kaedah penyelesaian masalah - bahana laman sosial
kaedah penyelesaian masalah - bahana laman sosialkaedah penyelesaian masalah - bahana laman sosial
kaedah penyelesaian masalah - bahana laman sosial
 
Tugasan 3 : Kajian tinjauan web
Tugasan 3 : Kajian tinjauan webTugasan 3 : Kajian tinjauan web
Tugasan 3 : Kajian tinjauan web
 
Penggunaan media sosial bagi pelajar
Penggunaan media sosial bagi pelajarPenggunaan media sosial bagi pelajar
Penggunaan media sosial bagi pelajar
 
Budaya internet dan dampaknya ii
Budaya internet dan dampaknya iiBudaya internet dan dampaknya ii
Budaya internet dan dampaknya ii
 
Media Sosial
Media SosialMedia Sosial
Media Sosial
 
Media Sosial
Media SosialMedia Sosial
Media Sosial
 
MAKALAH MEDIA SOSIAL LEARNING KELOMPOK 5
MAKALAH MEDIA SOSIAL LEARNING KELOMPOK 5MAKALAH MEDIA SOSIAL LEARNING KELOMPOK 5
MAKALAH MEDIA SOSIAL LEARNING KELOMPOK 5
 
Sejarah & Media Baharu
Sejarah & Media BaharuSejarah & Media Baharu
Sejarah & Media Baharu
 
Kpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauanKpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauan
 
Penggunaan ICT untuk Berbagi Informasi dan Pengetahuan Antar-Organisasi Masya...
Penggunaan ICT untuk Berbagi Informasi dan Pengetahuan Antar-Organisasi Masya...Penggunaan ICT untuk Berbagi Informasi dan Pengetahuan Antar-Organisasi Masya...
Penggunaan ICT untuk Berbagi Informasi dan Pengetahuan Antar-Organisasi Masya...
 
9 b = 7 agung banowo irawan eka pradittya
9 b = 7 agung banowo   irawan eka pradittya9 b = 7 agung banowo   irawan eka pradittya
9 b = 7 agung banowo irawan eka pradittya
 
Tahap1
Tahap1Tahap1
Tahap1
 
Bijak memanfaatkan media sosial
Bijak memanfaatkan media sosialBijak memanfaatkan media sosial
Bijak memanfaatkan media sosial
 
Presentasi
PresentasiPresentasi
Presentasi
 
Usaha Pustakawan Dalam Optimalisasi Pemanfaatan E-Jurnal RISTEKDIKTI
Usaha Pustakawan Dalam Optimalisasi Pemanfaatan E-Jurnal RISTEKDIKTI Usaha Pustakawan Dalam Optimalisasi Pemanfaatan E-Jurnal RISTEKDIKTI
Usaha Pustakawan Dalam Optimalisasi Pemanfaatan E-Jurnal RISTEKDIKTI
 
Tugas sim siti aisyah 43218110095_dampak pemanfaatan blog dan database pada k...
Tugas sim siti aisyah 43218110095_dampak pemanfaatan blog dan database pada k...Tugas sim siti aisyah 43218110095_dampak pemanfaatan blog dan database pada k...
Tugas sim siti aisyah 43218110095_dampak pemanfaatan blog dan database pada k...
 

Similar to Facebook: Budaya baharu

Bius jejaring sosial facebook
Bius jejaring sosial facebookBius jejaring sosial facebook
Bius jejaring sosial facebookDevandy Enda
 
PENGARUH JEJARING SOSIAL FACEBOOK TERHADAP SEMANGAT PEMUDA
PENGARUH JEJARING SOSIAL FACEBOOK TERHADAP SEMANGAT PEMUDAPENGARUH JEJARING SOSIAL FACEBOOK TERHADAP SEMANGAT PEMUDA
PENGARUH JEJARING SOSIAL FACEBOOK TERHADAP SEMANGAT PEMUDAERik Parker
 
Bius jejaring sosial facebook document transcript
Bius jejaring sosial facebook document transcriptBius jejaring sosial facebook document transcript
Bius jejaring sosial facebook document transcriptgunnes sipahutar
 
Dampak Sosial Informatika (Media Sosial).pdf
Dampak Sosial Informatika (Media Sosial).pdfDampak Sosial Informatika (Media Sosial).pdf
Dampak Sosial Informatika (Media Sosial).pdfssuser476881
 
Pengaruh jejaring sosial terhadap aktifitas belajar mhs komputer ibn
Pengaruh jejaring sosial terhadap aktifitas belajar mhs komputer ibnPengaruh jejaring sosial terhadap aktifitas belajar mhs komputer ibn
Pengaruh jejaring sosial terhadap aktifitas belajar mhs komputer ibnResti afria
 
Buku Publikasi Efektif di Internet _ Panduan Khusus untuk Calon ataupun Anggo...
Buku Publikasi Efektif di Internet _ Panduan Khusus untuk Calon ataupun Anggo...Buku Publikasi Efektif di Internet _ Panduan Khusus untuk Calon ataupun Anggo...
Buku Publikasi Efektif di Internet _ Panduan Khusus untuk Calon ataupun Anggo...Rizky Faisal
 
Yazid aufar tahap 1
Yazid aufar tahap 1Yazid aufar tahap 1
Yazid aufar tahap 1Yazid Aufar
 
Yazid aufar tahap 1
Yazid aufar tahap 1Yazid aufar tahap 1
Yazid aufar tahap 1Yazid Aufar
 
Laporan akhir Yazid Aufar
Laporan akhir Yazid AufarLaporan akhir Yazid Aufar
Laporan akhir Yazid AufarYazid Aufar
 
Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )
Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )
Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )Esy Ginting
 
Karya ilmiah topik jejaring sosial (social network)
Karya ilmiah topik jejaring sosial (social network)Karya ilmiah topik jejaring sosial (social network)
Karya ilmiah topik jejaring sosial (social network)Irwansyah Hazniel
 
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaranPemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaransri wahyuni wahyuni
 
Pengaruh mediao sosial terhadap genesari muda
Pengaruh mediao sosial terhadap genesari mudaPengaruh mediao sosial terhadap genesari muda
Pengaruh mediao sosial terhadap genesari mudaWarnet Raha
 
PROPOSAL PENGARUH FRIENDSTER, FACEBOOK DAN TWITTER TERHADAP SOSIALISASI DI KA...
PROPOSAL PENGARUH FRIENDSTER, FACEBOOK DAN TWITTER TERHADAP SOSIALISASI DI KA...PROPOSAL PENGARUH FRIENDSTER, FACEBOOK DAN TWITTER TERHADAP SOSIALISASI DI KA...
PROPOSAL PENGARUH FRIENDSTER, FACEBOOK DAN TWITTER TERHADAP SOSIALISASI DI KA...sischayank
 

Similar to Facebook: Budaya baharu (20)

Bius jejaring sosial facebook
Bius jejaring sosial facebookBius jejaring sosial facebook
Bius jejaring sosial facebook
 
PENGARUH JEJARING SOSIAL FACEBOOK TERHADAP SEMANGAT PEMUDA
PENGARUH JEJARING SOSIAL FACEBOOK TERHADAP SEMANGAT PEMUDAPENGARUH JEJARING SOSIAL FACEBOOK TERHADAP SEMANGAT PEMUDA
PENGARUH JEJARING SOSIAL FACEBOOK TERHADAP SEMANGAT PEMUDA
 
Bius jejaring sosial facebook document transcript
Bius jejaring sosial facebook document transcriptBius jejaring sosial facebook document transcript
Bius jejaring sosial facebook document transcript
 
Dampak Sosial Informatika (Media Sosial).pdf
Dampak Sosial Informatika (Media Sosial).pdfDampak Sosial Informatika (Media Sosial).pdf
Dampak Sosial Informatika (Media Sosial).pdf
 
Pengaruh jejaring sosial terhadap aktifitas belajar mhs komputer ibn
Pengaruh jejaring sosial terhadap aktifitas belajar mhs komputer ibnPengaruh jejaring sosial terhadap aktifitas belajar mhs komputer ibn
Pengaruh jejaring sosial terhadap aktifitas belajar mhs komputer ibn
 
Makalah cybercrime
Makalah cybercrimeMakalah cybercrime
Makalah cybercrime
 
Web blog article
Web blog articleWeb blog article
Web blog article
 
Web blog article
Web blog articleWeb blog article
Web blog article
 
Web blog article
Web blog articleWeb blog article
Web blog article
 
Buku Publikasi Efektif di Internet _ Panduan Khusus untuk Calon ataupun Anggo...
Buku Publikasi Efektif di Internet _ Panduan Khusus untuk Calon ataupun Anggo...Buku Publikasi Efektif di Internet _ Panduan Khusus untuk Calon ataupun Anggo...
Buku Publikasi Efektif di Internet _ Panduan Khusus untuk Calon ataupun Anggo...
 
Yazid aufar tahap 1
Yazid aufar tahap 1Yazid aufar tahap 1
Yazid aufar tahap 1
 
Yazid aufar tahap 1
Yazid aufar tahap 1Yazid aufar tahap 1
Yazid aufar tahap 1
 
Laporan akhir Yazid Aufar
Laporan akhir Yazid AufarLaporan akhir Yazid Aufar
Laporan akhir Yazid Aufar
 
Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )
Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )
Etika menggunakan jejaring sosial (Paper )
 
Karya ilmiah topik jejaring sosial (social network)
Karya ilmiah topik jejaring sosial (social network)Karya ilmiah topik jejaring sosial (social network)
Karya ilmiah topik jejaring sosial (social network)
 
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaranPemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
 
riska yeni ardha
riska yeni ardhariska yeni ardha
riska yeni ardha
 
Akhir metpen
Akhir metpenAkhir metpen
Akhir metpen
 
Pengaruh mediao sosial terhadap genesari muda
Pengaruh mediao sosial terhadap genesari mudaPengaruh mediao sosial terhadap genesari muda
Pengaruh mediao sosial terhadap genesari muda
 
PROPOSAL PENGARUH FRIENDSTER, FACEBOOK DAN TWITTER TERHADAP SOSIALISASI DI KA...
PROPOSAL PENGARUH FRIENDSTER, FACEBOOK DAN TWITTER TERHADAP SOSIALISASI DI KA...PROPOSAL PENGARUH FRIENDSTER, FACEBOOK DAN TWITTER TERHADAP SOSIALISASI DI KA...
PROPOSAL PENGARUH FRIENDSTER, FACEBOOK DAN TWITTER TERHADAP SOSIALISASI DI KA...
 

Recently uploaded

AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxmuhammadkausar1201
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfHendroGunawan8
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 

Facebook: Budaya baharu

  • 1. FACEBOOK, TWITTER, DAN BLOG IALAH SATU FENOMENA KEMUNCULAN BUDAYA BAHARU 1.0 Pengenalan Dewasa ini, kecanggihan teknologi telah mengubah budaya dan cara hidup masyarakat tidak kira masyarakat desa mahupun bandar. Penggunaan internet umpamanya, telah memberi nafas baharu kepada penduduk dunia dengan terhasilnya banyak laman sosial untuk memudahkan komunikasi manusia. Antara laman sosial yang mendapat sambutan daripada komuniti hari ini ialah Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya. Laman-laman sosial baru ini ternyata memberi impak berlainan kepada pengguna yang gemarkan sesuatu yang baru. Jaringan sosial ini juga bukan sahaja digunakan oleh masyarakat biasa malah golongan pemimpin dan pemerintah juga turut menggunakannya bagi mendekati rakyat. Penggunaan Facebook, Blog dan Twitter ini dikatakan telah menjadi budaya baharu dalam masyarakat dunia. Golongan pelajar merupakan golongan yang paling ramai menggunakan jaringan sosial ini dari pelajar sekolah rendah hingga pelajar universiti. Mereka mengambil peluang kemudahan teknologi ini untuk mencari temanteman baru serta berhubung dengan guru atau pensyarah masing-masing. Selain itu, individu-individu tertentu juga gemar menggunakan blog untuk menulis buah fikiran sendiri ataupun untuk menulis tentang kehidupan harian mereka, dengan kata lain blog umpama ‘diari elektronik’ seseorang individu. Golongan artis pula lebih gemar menggunakan Twitter untuk berhubung dengan rakan ataupun peminat mereka. Twitter digunakan untuk menguar-uarkan berita terbaharu mengenai artis dan juga aktiviti-aktiviti terkini yang bakal dijalankan oleh badan-badan tertentu. Oleh hal yang demikian, Facebook, Blog, dan Twitter dikatakan telah menjadi budaya baharu dalam masyarakat dunia di era globalisasi ini. Oleh itu, dalam tugasan ini, kita akan melihat dengan lebih lanjut lagi mengenai laman-laman sosial ini, iaitu fungsi dan manfaatnya kepada pengguna, perbezaan antara laman sosial pemimpin dengan rakyat biasa dan sebagainya. 1
  • 2. 2.0 Objektif Kajian Tugasan ini dibuat bertujuan untuk melihat sejauh mana Facebook, Blog, dan Twitter mampu mempengaruhi gaya hidup masyarakat masa kini. Hal ini demikian kerana, teknologi di hujung jari ini semakin mendapat perhatian daripada masyarakat dunia termasuk juga Malaysia. Selain itu, objektif kajian bagi tugasan ini juga adalah untuk melihat jumlah pengguna laman sosial terbaru ini dalam kalangan penduduk Malaysia. Melalui perangkaan ini, maka kita dapat melihat sama. ada laman sosial seperti Facebook ini benar-benar menjadi budaya baru masyarakat ataupun hanya sekadar hiburan sematamata. Objektif kajian seterusnya ialah mengetahui kesan positf dan negatif akibat penggunaan Facebook, Blog dan Twitter tersebut. Kajian yang dilakukan ini secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada pengguna akan kesan penggunaannya dalam kehidupan harian. 2
  • 3. 3.0 Latar Belakang Kajian Menurut Lyons (1981), budaya merupakan suatu pengetahuan yang dipelajari secara sosial, yakni pengetahuan yang diperoleh apabila seseorang itu berada dalam satu kumpulan sosial tertentu. Bahasa pula menurut Lyons (1981), yang diambil dari Sapir (1921), merupakan cara manusia menyampaikan emosi, idea dan keinginan melalui ciptaan-ciptaan simbol yang tertentu yang lahir secara sedar. Facebook mula diperkenalkan secara tidak rasmi pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg yang merupakan pelajar Universiti Harvard dan pada Mei 2007, laman sosial ini mula diperkenalkan kepada seluruh penduduk dunia melalui pelancaran yang dibuat oleh Zuckerberg sendiri (Zuckerberg, Mark. (2010). Britannica Book of the Year, 2008. 13 Mac, 2010 dari Encyclopædia http://www.search.eb.com/eb/article-9439426 ). Facebook, Britannica menurut Online: Zuckerberg merupakan sebuah laman sosial yang dibina bertujuan untuk memudahkan komunikasi antara masyarakat, contohnya menghubungkan seseorang individu dengan rakan masing-masing. Selain itu, pengguna Facebook juga boleh memuat naik gambar mereka sendiri pada profil masing-masing bagi membolehkan rakan mengetahui perkembangan mereka. Twitter pula dibina menggunakan Ruby on Rails iaitu sebuah laman web yang khusus dalam ‘bahasa’ pengkomputeran. Fungsi Twitter seakan-akan sama dengan Facebook kerana ia membolehkan pengguna mengadaptasi dan berintegrasi secara terbuka dengan orang lain melalui internet (Twitter. (2010). Encyclopædia Britannica. 13 Mac, 2010, dari Encyclopædia Britannica Online: http://www.search.eb.com/eb/article286818 ). Twitter ini telah diwujudkan pada tahun 2006 oleh Evan William dan Biz Stone dan pengguna laman sosial ini mula meningkat pada April 2009 apabila seorang artis Barat mempunyai lebih satu juta pengikut. Di samping itu, Twitter juga berfungsi sebagai penyebar maklumat terpantas dalam talian. Hal ini demikian kerana, pelbagai maklumat terkini tentang dunia dapat dilihat melalui Twitter, contohnya berita tentang gempa bumi yang melanda Haiti pada bulan Januari 2010 telah disiarkan terlebih dahulu oleh ramgkaian Twitter ini (Twitter. (2010). Encyclopædia Britannica. 13 Mac, 2010, dari Encyclopædia Britannica Online: http://www.search.eb.com/eb/article-286818 ). Sebuah lagi laman sosial yang menjadi tumpuan maysrakat dunia hari ini adalah Blog. Blog merupakan singkatan bagi Weblog dan blog ini digunakan oleh golongan masyarakat, sama ada secara individu ataupun berkumpulan bertujuan untuk menulis tentang rekod dan aktiviti mereka, pemikiran serta kepercayaan masing-masing. 3
  • 4. Kebanyakan blog menyediakan sebuah forum bagi membolehkan pembaca meninggalkan komen dan buah fikiran mereka terhadap penulisan yang telah dibuat oleh penulis blog tersebut. Blog pertama yang dibina ialah pada tahun 1992 oleh TimBerners Lee, disusuli oleh blog Slashdot pada tahun 1997 sehinggalah hari ini (blog. (2010). Encyclopædia Britannica. 13 Mac, 2010, dari Encyclopædia Britannica Online: http://www.search.eb.com/eb/article-253350). Oleh hal yang demikian, disini dapatlah dikatakan bahawa Facebook, Blog dan Twitter merupakan satu budaya baharu dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan dunia amnya. Di samping itu, laman sosial terbaharu ini juga telah mencipta bahasanya yang tersendiri melalui komen-komen yang dihantar oleh penggunanya. Facebook, Blog dan Twitter ini juga memberi kesan kepada penggunanya, sama ada kesan baik mahupun kesan buruk. Oleh hal yang demikian, beberapa kesan baik telah dikenal pasti berdasarkan berita yang dipaparkan di dada akhbar. Antaranya ialah dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat, mengurangkan gejala lepak dan yang terbaru, Facebook ternyata telah membantu seorang pelajar mendapat 11A dalam SPM apabila pelajar tersebut memanfaatkan laman sosial untuk berkongsi maklumat mengenai pelajarannya (http://www.utusan.com.my/utusan/. 18 Mac 2010). Namun demikian, pelbagai masalah juga turut timbul apabila semakin ramai individu yang menggunakan laman sosial ini. Antaranya ialah pemalsuan maklumat dan penyamaran identiti, pencurian maklumat peribadi serta penyebaran virus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 4
  • 5. 4.0 Metodologi Beberapa kaedah dan pendekatan telah digunakan bagi menyelesaikan tugasan ini. Kaedah pertama yang dibuat adalah dengan mencari bahan rujukan berwasik di Perpustakaan Hamzah Sendut 1. Hal ini demikian kerana, terdapat pelbagai buku yang dapat dijadikan sebagai sumber untuk menulis tugasan ini. Bahan rujukan yang terdapat di perpustakaan ini juga sukar ditemui kerana jumlahnya yang terhad dan kebanyakannya telah dipinjam oleh pelajar lain. Hanya beberapa buah buku sahaja yang digunakan kerana buku-buku tersebut menepati kehendak soalan yang dikaji. Bahan yang diperoleh ini kemudiannya perlu diterjemah ke dalam bahasa Melayu bagi memudahkan bahan tersebut dirujuk. Kaedah menterjemah ini agak rumit kerana saya perlu merujuk kamus bagi mencari makna perkataan yang tidak difahami. Selain itu , saya juga mengalami kekeliruan untuk mencari isi yang tepat bagi memenuhi kehendak soalan yang diberikan. Oleh itu, pemerhatian yang jitu sememangnya amat diperlukan. Selain itu, bahan melalui capaian dalam talian juga turut digunakan bagi menyiapkan tugasan mengenai fenomena baharu ini. Antara laman sesawang yang digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah Utusan Malaysia Online, Berita Harian Online, Encyclopædia Britannica Online, Google Scholar Journal, Facebook.com, Twitter.com dan juga blogger.com. Kebanyakan data juga diperoleh melalui laman web tertentu yang berkisar tentang soalan tugasan seperti statisik jumlah pengguna, sasaran pengguna, dan sebagainya. Kebanyakan bahan capaian dalam talian juga berbahasa Inggeris dan keadaan ini sekali lagi memerlukan kaedah penterjemahan. Jurnal-jurnal juga banyak yang diambil dari laman web Encyclopædia Britannica kerana jurnal yang ditulis adalah tepat dan berdasarkan sumber yang sahih, tambahan pula jurnal tersebut adalah daripada database perpustakaan. Di samping itu, artikel-artikel dari Google Scholar Journal telah menjadi sumber rujukan dalam tugasan kali ini. Hal ini demikian kerana, artikel-artikel tersebut ditulis berdasarkan kajian yang dibuat oleh penulis sendiri dan ia telah disahkan benar. Selain itu, jurnal melalui talian ini juga digunakan kerana ia senang diperoleh dan amat membantu dalam proses pencarian maklumat mengenai laman sosial yang dikaji. Di samping itu, kaedah pemerhatian juga turut dilakukan pada Facebook, Blog dan Twitter bagi meneliti bahasa yang digunakan serta membuat perbandingan antara laman sosial masyarakat biasa dengan golongan atasan. Laman sosial ini bukan sahaja 5
  • 6. digunakan oleh rakyat biasa, malah pihak pemerintah juga turut menggunakannya untuk mendekati dan mendengar permasalahan rakyat. Dewasa ini, terlalu banyak Facebook dan Blog yang dimiliki oleh golongan atasan, contohnya mantan Perdana Menteri kita, Dr. Mahathir menulis blog beliau sendiri setelah bersara daripada jawatan tertinggi dalam kabinet Malaysia itu. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data mengenai tugasan kali ini ialah kaedah kualitatif.Menurut Grinnell (2005), kualitatif merupakan kaedah pencarian maklumat secara pertanyaan dan jawapan yang diberi adalah dalam bentuk teks, bukannya nombor. Buku tulisan Grinnell dijadikan rujukan kerana kaedah pencarian maklumat secara kualitatif telah diperincikan secara jelas dalam buku tersebut. 6
  • 7. 5.0 DAPATAN KAJIAN Data dalam kajian ini akan dikaji beradasarkan kaedah kualitatif. Kajian secara kualitatif lebih kepada kaedah menemubual, membuat pemerhatian serta mengumpul sebanyak mungkin maklumat daripada data tertentu bagi mengukuhkan kesahan kajian yang dijalankan (http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/ghazali.pdf. 13 Mac, 2010). Kaedah pemerhatian dan pengumpulan data daripada internet lebih banyak digunakan dalam tugasan ini. Alat atau instrument yang digunakan bagi menilai data ini adalah jadual yang dikumpul daripada bahan dalam talian. Selain itu, laman sosial dari pelbagai lapisan masyarakat juga turut diguna sebagai pemerhatian untuk memerhatikan bahasa yang digunakan dalam laman sosial berkenaan. Di samping itu, kajian ini juga akan membincangkan tentang kesan-kesan penggunaan Facebook, Blog dan Twitter secara khusus dan umum. Kesan penggunaan ini diperoleh daripada maklum balas pengguna kepada pihak akhbar dan dan juga didapati daripada kajian yang dijalankan oleh beberapa pengkaji. 5.1 FACEBOOK Pada bulan Mei 2007, laman sosial Facebook telah dilancarkan oleh Mark Zuckerberg yang pada ketika itu berusia 23 tahun. Pengasas Facebook ini menegaskan bahawa Facebook merupakan sebuah laman sosial yang dibina bertujuan untuk menghubungkan seseorang individu dengan rakan masing-masing. Sejak diperkenalkan secara tidak rasmi pada tahun 2004, pengguna Facebook ini semakin meningkat dari semasa ke semasa sejajar dengan perkembangan teknologi terkini. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dilakukan, beberapa data telah diperoleh dan dipersembahkan seperti jadual berikut: Jadual 1: Golongan Pengguna Facebook dan Isu-isu yang Dibincangkan Golongan pengguna Isu-isu yang dibincangkan Pemerintah Isu-isu berkaitan dengan negara, aduan dan permasalahan Rakyat biasa rakyat. Isu-isu berkaitan diri sendiri dipaparkan pada profil masing- Pelajar masing. Wadah untuk menyebarkan pengumuman menyebarkan gosip dalam kalangan pelajar. Sumber : (http://www. facebook.com. 17/3/2010) 7 penting dan
  • 8. Berdasarkan Jadual 1 di atas, dapat dijelaskan bahawa pengguna laman sosial Facebook terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat, iaitu daripada golongan pemerintah sehinggalah golongan pelajar. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak misalnya, turut menggunakan laman sosial Facebook dan kajian telah dilakukan ke atas profil beliau. Oleh itu, hasil kajian mendapati bahawa isu-isu yang diketengahkan pada profil beliau adalah mengenai agenda-agenda negara serta aduanaduan rakyat yang menghadapi masalah mengenai pentadbiran beliau. Profil Facebook beliau boleh dikatakan agak berbaur politik dan bahasa yang digunakan adalah lebih kepada bahasa Inggeris kerana kebanyakan individu yang melayari Facebook beliau merupakan mereka yang agak berpendidikan. Golongan rakyat biasa juga tidak ketinggalan untuk berinteraksi melalui laman sosial Facebook ini. Berdasarkan kajian ke atas profil Facebook individu yang terdapat dalam senarai rakan saya, didapati bahawa isu-isu yang dipaparkan adalah berkisarkan kehidupan seharian mereka, sebagai contohnya mengenai tempat kerja dan rakan mereka. Selain itu, golongan pelajar sama ada pelajar universiti mahupun sekolah, turut mendaftar sebagai pengguna Facebook. Berdasarkan kajian, golongan pelajar ini menggunakan Facebook sebagai wadah untuk menyebarkan makluman penting mengenai pelajaran mereka dan tidak lupa juga sebagai “media” penyebaran gosip dalam kalangan pelajar itu sendiri. 5.2 Twitter Twitter merupakan sebuah laman web yang membenarkan penggunanya menghantar pesanan kepada rakan-rakan serta membaca status terbaru seseorang individu. Twitter ini lebih popular digunakan dalam kalangan artis bagi menyiarkan perkembangan-perkembangan terbaharu mereka kepada para peminat. Twitter telah dibina oleh Jack Dorsey pada tahun 2006 dan sehingga ke hari ini, perkembangan laman sosial amat pesat dan dikatakan bahawa Twitter akan mampu menyaingi Facebook sedikit masa lagi. Pengguna Twitter juga boleh memuat naik gambar mereka pada profil masing-masing bagi membolehkan rakan-rakan mengikuti perkembangan mereka. Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dijalankan ke atas beberapa profil pengguna Twitter melalui internet, didapati behawa kebanyakan pengguna Twitter ini terdiri daripada golongan artis dan pemimpin Amerika Syarikat, Barrack obama juga 8
  • 9. tidak ketinggalan untuk mengaplikasikan penggunaan laman sosial ini dalam kehidupan beliau (http://twitter.com/BarackObama. 27/3/2010). Pemimpin terkenal negara Barat, Obama menggunakan Twitter bagi menyebarkan sesuatu perkara yang baru berlaku dan keadaan ini hampir sama dengan fungsi Facebook yang diguna oleh Perdana Menteri kita untuk menyampaikan pelbagai maklumat kepada rakyat. Di samping itu, pelajar universiti merupakan golongan yang agak ramai menggunakan laman sosial Twitter bagi menghebahkan status mereka kepada rakan masing-masing. Pelajar-pelajar ini biasanya turut menggunakan Twitter untuk bersembang dengan rakan-rakan mereka serta bertanya khabar masing-masing. 5.3 Blog Blog merupakan sebuah laman sosial yang digunakan untuk menulis buah fikiran dan idea masing-masing. Berdasarkan kajian secara kualitatif, didapati bahawa pengguna blog terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi, rakyat pertengahan dan juga pelajar. Isu-isu yang ditulis dalam blog bagi setiap lapisan masyarkat ini juga berbeza antara satu sama lain. Jadual berikut akan memberi gambaran mengenai golongan yang menulis blog dan isu-isu yang diketengahkan. Jadual 2: Golongan Pengguna Blog dan Isu-isu yang Ditimbulkan dalam Penulisan Golongan Pengguna Pemerintah Isu-isu yang ditulis Politik, isu-isu negara, isu dunia Rakyat pertengahan Rutin harian, rakan-rakan, tempat kerja, mengulas tentang Pelajar tajuk akhbar harian Rutin sebagai pelajar, tugasan dan pensyarah, kwan-kawan, pendapat mengenai isu negara Sumber: (http://www.blogspot.com. 17/3/2010) Berdasarkan jadual di atas, dapat dijelaskan bahawa golongan pemerintah turut berminat untuk menulis blog. Antara golongan atasan yang aktif menulis blog ialah mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. Blog yang ditulis oleh beliau kebanyakannya mengenai dunia politik di Malayasia pada hari ini. Mahathir (2008), telah menulis mengenai isu kepimpinan yang lemah di Malaysia dan keadaan ini bukanlah sesuatu yang baik buat negara yang berbilang kaum ini. Selain itu, beliau juga turut menulis mengenai kegagalan Barisan Nasional di bawah pemerintahan Perdana Menteri 9
  • 10. selepasnya. Keadaan ini menyebabkan Dr Mahathir dikutuk oleh pengguna blog yang tidak bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh mantan pemerintah Malaysia yang hebat itu. Selain itu, rakyat pertengahan juga menggunakan blog sebagai wadah untuk menyampaikan cerita mengenai kehidupan mereka dan orang sekeliling mereka. Kajian yang telah dibuat ke atas blog seorang kenalan (http://jumiejumie.blogspot.com. 27/3/2010) menadapati bahawa penulisan beliau adalah berkisar tentang rakan-rakan beliau, keluarga, pekerjaan dan sebagianya. Blog tersebut juga turut digunakan untuk mempromosikan perniagaan beliau iaitu The House Of Red Gincu. Golongan pelajar pula menggunakan ruangan blog untuk menulis mengenai keluarga masing-masing, rutin harian sebagai pelajar yang sentisa sibuk, tugasantugasan yang perlu disiapkan dan sebagainya. Blog sudah menjadi umpama ‘diari harian’ mereka yang boleh dibaca oleh orang lain. Saya juga merupakan seorang pelajar yang menggunakan blog untuk bercerita mengenai kehidupan harian yang dilalui bersama rakan-rakan. 5.4 Kesan-kesan Penggunaan Facebook, Blog dan Twitter kepada Masyarakat Penggunaan laman sosial ini menimbulkan pelbagai kesan kepada pengguna khususnya dan masyarakat amnya. Laman sosial tersebut dicipta bertujuan untuk memudahkan komunikasi antara ahli masyrakat, contohnya komunikasi antara rakanrakan, keluarga, pemimpin dan sebagainya. Oleh itu, bagi pendapat saya kesan utama daripada penggunaanya ialah mengeratkan silaturahim antara manusia walaupun tidak secara berhadapan antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana, penggunaan Facebook misalnya, boleh membina kembali hubungan dengan rakan yang telah lama terpisah. Ahli keluarga yang tinggal di luar negara juga boleh mengikuti perkembangan ahli keluarga mereka yang lain melalui penghantaran mesej dan gambar-gambar yang dimuat naik ke Facebook. Oleh itu, tidak ada lagi jurang yang menghalang seseorang untuk berhubung dengan keluarga mahupun kenlan mereka. Di samping itu, penggunaan Facebook juga ternyata boleh membantu dalam memberi keputusan cemerlang kepada para pelajar. Seorang pelajar dari Terengganu misalnya, telah memanfaatkan laman sosial ini bagi berkonsi maklumat berkaitan pelajaran dengan rakan-rakannya (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2010&dt=0315&pub=utusan_malaysia&sec=Timur&pg=wt_06.htm&arc=hive, 17/3/2010). Pelajar tersebut telah berjaya memperoleh 11A dalam peperiksaan SPM 10
  • 11. 2009 yang lepas hasil perkogsian maklumat melalui Facebook. Pelajar tersebut, Rasyidah Hanan berkata, beliau telah menggunakan Facebook untuk berbincang mengenai sesuatu mata pelajaran yang tidak difahami serta kerap mencari maklumat mengenai poelajaran melalui laman sosial tersebut. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa laman sosial Facebook telah memberi kesan yang amat baik jika setiap invidu bijak memanfaatkan kewujudannya. Selain itu, bagi golongan usahawan pula Facebook dan Blog boleh digunakan sebagai platform untuk mempromosikan perkhidmatan dan produk syarikat mereka (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2010&dt=0317&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive. 17/3/2010). Pengguna Facebook yang meliputi seluruh dunia membolehkan produk yang dipasarkan oleh para usahawan ini mampu menembusi pasaran dunia sekaligus memberi keuntungan lumayan kepada mereka. Para usahawan juga boleh meminta khidmat nasihat dan maklum balas daripada masyarakat di luar sana mengenai usaha yang boleh dilakukan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Di samping itu, penggunaan laman sosial ini juga turut memberi kesan negatif kepada pengguna dan masyrakat. Antaranya ialah kewujudan laman Facebook membenci seseorang artis yang telah dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2010&dt=0317&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive. 17/3/2010). Laman Facebook berkenaan diwujudkan akibat rasa tidak puas hati sesetengah pihak di atas kejayaan seseorang artis dan juga spekulsi negatif yang timbul mengenai artis tempatan. Keadaan ini menyebabkan timbulnya fitnah ke atas artis terbabit dan keadaan ini dilarang sama sekali dalam agama Islam. Fitnah yang timbul ini juga akan menggugat keamanan dan ketenteraman yang kita kecapi pada hari ini. Penyebaran fitnah melalui laman sosial ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia masih lagi tidak berganjak dari kedudukan asal dan mencerminkan ketidakmatangan dalam membuat keputusan. Selain itu, penggunaan laman sosial ini secara kerap juga boleh menjejaskan produktiviti syariakat sama ada syarikat swasta mahupun kerajaan(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2010&dt=0317&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive. 17/3/2010). Hal ini demikian kerana, ketagihan melayari laman sosial ini untuk berinteraksi dengan rakan-rakan menyebabkan banyak kerja akan tertangguh kerana 11
  • 12. terlalu asyik melayan komen-komen yang dihantar oleh sahabat handai. Keadaan ini menyebabkan mutu perkhidmatan dan produk syarikat semakin tidak memuaskan dan keadaan ini amat berbahaya bagi sesebuah syarikat. Di samping itu, laman sosial seperti blog pula boleh mengakibatkan penulisnya dkenakan hukuman penjara apabila artikel yang ditulis berbaur politik yang keterlaluan dan juga memfitnah pemimpin negara. Penulis blog yang memfitnah dan menulis perkara yang tidak sepatutnya mengenai pentadbiran negara akan dikesan dan dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh pihak berkuasa. 6.0 Kesimpulan 12
  • 13. Kesimpulannya, Facebook, Blog dan Twitter ini boleh dikatakan sebagai satu budaya baharu bertepatan dengan takrifan budaya yang telah diberikan oleh Lyons (1981), iaitu suatu pengetahuan yang dipelajari secara sosial oleh ahli masyrakat. Hal ini demikian kerana, masyarakat Malaysia hari ini belajar menggunakan laman sosial tersebut daripada masyarakat Barat. Pengguna laman sosial yang semakin meningkat dari semasa ke semasa ini menunjukkan bahawa budaya setiap anggota masyarakat semakin dikuasai oleh budaya Barat. Namun demikian, pengguna perlu bijak menggunakan kemudahan komunikasi yang disediakan ini untuk manfaat diri sendiri. Rujukan 13
  • 14. Richard M.Grinnell, Jr. (2005). Social Work Research and Evaluation Quantitative and Qualitative Approaches. Oxford University Press. Mahathir Mohamad . (2008). chedet.com: Blog Merentas Halangan. Berita Publishing Sdn Bhd. Lyons, John. (1992). Bahasa dan Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Zuckerberg, Mark. (2010). Britannica Book of the Year, 2008. 13 Mac, 2010 dari Encyclopædia Britannica Online: http://www.search.eb.com/eb/article-9439426 Twitter. (2010). Encyclopædia Britannica. 13 Mac, 2010, dari Encyclopædia Britannica Online: http://www.search.eb.com/eb/article-286818 blog. (2010). Encyclopædia Britannica. 13 Mac, 2010, dari Encyclopædia Britannica Online: http://www.search.eb.com/eb/article-253350 http://www.utusan.com.my/utusan/. 18 Mac 2010 http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/ghazali.pdf. 13 Mac, 2010 http://www. facebook.com. 17/3/2010 http://twitter.com/BarackObama. 27/3/2010 http://www.blogspot.com. 17/3/2010 http://jumiejumie.blogspot.com. 27/3/2010 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2010&dt=0315&pub=utusan_malaysia&sec=Timur&pg=wt_06.htm&arc=hive, 17/3/2010 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2010&dt=0317&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive. 17/3/2010 14
  • 15. 15