Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
GGGE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN             Tajuk Tugasan : Laman SosialNama Ahli Kumpulan                                 ...
AbstrakPenggunaan Internet semakin meluas sehinggakan ada beberapa pihak yang mengalamiketagihan yang agak membimbangkan t...
Isi KandunganPerkara                                      Muka SuratPendahuluan                                  4-5Defini...
Kesimpulan                                          23-24PendahuluanMutakhir ini, teknologi maklumat berkembang dengan sem...
Laman web sosial mampu memberi impak yang berbeza kepada individu, masyarakat, dannegara.Lantaran wujudnya syarikat yang m...
DefinisiSocial network boleh ditakrifkan sebagai sebuah kumpulan individu bersama kumpulantertentu, sepertimana masyarakat...
Sebuah laman web yang menyediakan komuniti maya bagi orang ramai untuk berkongsiharian atau bahkan mereka aktiviti momen-m...
Faktor-faktor Penggunaan Laman Sosial Teknologi maklumat dan komunikasi semakin berkembang dengan adanya pelbagai aplikasi...
1              facebook.com2              google.com.my3              yahoo.com4              google.com5              you...
Faktor-faktor penggunaa laman sosial dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalahdisebabkan oleh laman sosial sekarang ...
Kebaikan Laman Sosial   Penggunaan laman sosial dapat menambahkan kenalan yang baru di samping hubunganyang telah lama ter...
Laman sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya digilai ramaiterutamanya golongan remaja dari kalangan pela...
berbincang tentang topik pendidikan dalam talian dan yang mengejutkan lagi, lebih daripada50 peratus berbincang khusus ten...
dalam kumpulan tersebut. Bukan sahaja bahan pengajaran tersebut disediakan sendiri olehguru, tetapi guru juga boleh mendap...
menjadikan laman sesawang sosial tersebut sebagai alternatif        untuk menambahkanpendapatan bulanan mereka. Hal ini de...
untuk belajar. Pelajar yang terperap didepan komputer melayan facebook dan sebagainyahingga lewat malam tidak dapat menump...
Penggunaan laman web sosial juga mengurangkan interaksi secara bersemuka danmengurangkan kemahiran sosial. Mungkinkah ini ...
tanggungjawab untuk menentukan komputer mereka terjamin selamat dan tidak mengandungivirus dan trojan yang boleh mengancam...
a)        Gangguan seksual di tempat kerja:•         Syarikat perlulah melaksanakan polisi untuk mencegah penyalahgunaan• ...
palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugutatau mengganggu mana-mana orang.Peruntuk...
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencegah gejala buruk ini berterusan. Lantaranitu, kawalan dan pemantauan harusla...
diperoleh melalui web dan laman sosial di mana semua pelajar boleh mengaksesnya dalamsatu masa serta dapat meningkatkan pe...
tersebut untuk membincangkan isu-isu dalam pendidikan secara langsung dengan pelajarnyaberhubung dengan subjek/kursus yang...
perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai carainteraksi antara pengguna, seperti perbual...
25
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Penulisan ilmiah

  • Login to see the comments

Penulisan ilmiah

  1. 1. GGGE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN Tajuk Tugasan : Laman SosialNama Ahli Kumpulan No MatrikRosmahani Bt Abd Wahad A 137664Nur Khairunnisa Bt Adian A 137104Ema Bt Awang A 137133Nur Atiqah Bt Abd Latiff A 137658 Disediakan untuk Puan Fariza Binti Khalid 1
  2. 2. AbstrakPenggunaan Internet semakin meluas sehinggakan ada beberapa pihak yang mengalamiketagihan yang agak membimbangkan terutama remaja sekolah.Laman rangkaian sosial telahmenunjukkan semakin kelaziman di kalangan Rakyat Malaysia. Laman web yang palingpopular adalah Facebook, Twitter, MySpace, Facebook, Twitter, Friendster, Bebo,danTagged. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkanpelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dansebagainya.Penulisan ini akan membincangkan mengenai pelbagai kelebihan terhadappenggunaan laman social.Namun begitu,terdapat juga keburukkan terhadap penggunaanlaman sosial ini.Seterusnya,mengenai saranan pengunaan laman social dan cara untukmengatasi penggunaan laman social sama ada secara positif atau negative. Melaluipemerhatian penyertaan,laman sosial tempatan di kalangan rakyat Malaysia masih terhaddalam penggunaan mereka dan tidak mantap. Sebahagian daripada rangkaian laman sosialtempatan menawarkan tambahan ciri-ciri atau aplikasi yang sesuai dengan persekitarantempatan dan kandungan tempatan di samping mengekalkan ciri-ciri utama daripada yangditawarkan oleh popular global laman. Dengan ciri-ciri yang unik, rangkaian tempatanpemaju social berharap untuk meningkatkan kelebihan daya saing mereka.NGAN 2
  3. 3. Isi KandunganPerkara Muka SuratPendahuluan 4-5Definisi 6-7Faktor-faktor Penggunaan Laman Sosial 8-10Kebaikan Laman Sosial 11-14Keburukkan Laman Sosial 15-16Cara Mengatasi Penyalahgunaan Laman Sosial 17-20Cadangan/ Saranan Penggunaan Laman Sosial 21-22dalam Pendidikan 3
  4. 4. Kesimpulan 23-24PendahuluanMutakhir ini, teknologi maklumat berkembang dengan semakin pesat dan pantas menjadikandunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. Ledakan informasi teknologi maklumat atausecara ringkasnya ICT (Information Communication Technology), membawa perubahanyang besar dalam hidup kita yang sedang membangun. Internet merupakan saluranmaklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Dulu penggunaan Internet hanyabergantung pada sebuah komputer, kini Internet juga mampu diakses dengan menggunakantelefon bimbit yang mempunyai perisian perkhidmatan Internet tanpa wayar(Wireless).Sehubungan dengan itu, perkhidmatan Internet tanpa wayar yang terdapat dimanamana sahaja seperti di kafe, restoran, lapangan terbang, hotel dan pusat membeli belahmemudahkan pengguna mengakses Internet.Dengan berkembangnya jaringan penggunaan internet memberikan impak terdapatperkembangan jaringan laman social. Jaringan laman sosial merupakan satu laman web yangmenyediakan platform untuk masyarakat yang mempunyai minat yang sama untukberkomunikasi serta berkongsi pendapat dan pengetahuan mereka. Penggunaan laman websosial pada tahun kebelakangan ini menunjukkan peningkatan yang begitu ketara. Antaralaman web sosial popular di kalangan rakyat negara ini ialah Facebook, Twitter, MySpace,Friendster , dan Tagged. Laman web sosial membolehkan perhubungan seseorang individudengan individu yang lain baik dalam negara ataupun luar negara dengan kos yang rendah. 4
  5. 5. Laman web sosial mampu memberi impak yang berbeza kepada individu, masyarakat, dannegara.Lantaran wujudnya syarikat yang menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar dan jalurlebar dengan harga yang begitu murah seperti syarikat Celcom dan Maxis merupakan salahsatu faktor meningkatnya jumlah pelayar siber. Dari semasa ke semasa harga langgananperkhidmatan Internet tanpa wayar dan jalur lebar semakin menurun dengan kadar yangmunasabah disebabkan syarikat-syarikat berkenaan bersaing untuk menarik perhatianpengguna Internet untuk melanggan. Justeru,kebanyakannya penduduk dibandar mahupunbukan bandar sudah memiliki sendiri perkhidmatan Internet terutamanya jalur lebar bagimembolehkan mereka mengakses Internet ke mana dan pada bila-bila masa sahaja yangmereka mahu.Berdasarkan statistik Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) (dalamIrfan Khairi 2010), jumlah pengguna Internet di Malaysia tahun 2010 mencecah 16.9 jutaorang. Di Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling popular adalah laman sosialFacebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung (Shahrizan Salian, 2010).Olehitu,dengan berkembangannya kemudahan penggunaan internet akan mendorong kepadaperkembangan laman social. 5
  6. 6. DefinisiSocial network boleh ditakrifkan sebagai sebuah kumpulan individu bersama kumpulantertentu, sepertimana masyarakat kecil dan ataupun kejiranan. Walaupun rangkaian sosialterdapat di mana-mana terutama sekali di sekolah-sekolah atau di tempat kerja, rangkaiansecara online adalah yang paling popular. Ini kerana kebanyakan daripada kalangan merekaadalah golongan yang sangat aktif bersosial secara online untuk mengembangkanpersahabatan.Laman web rangkaian sosial umpama seperti satu komuniti dalam talian pengguna internet.Ia bergantung kepada syarat sesebuah laman web rangkaian sosial, ahli-ahli dalam komunitiakan berkongsi maklumat seperti hobi, agama ataupun politik. Sebaik anda diberi akses kelaman web rangkaian sosial itu maka anda boleh mula untuk bersosial. Sosialisasi initermasuk membaca profil atau halaman profil ahli-ahli yang lain ataupun boleh terusmenghubungi mereka.Selain itu, definisi laman rangkaian sosial sebagai perkhidmatan berasaskan web yangmembenarkan individu untuk membina profil awam atau separa awam dalam sistemdisempadani, menyuarakan senarai pengguna lain dengan siapa mereka berkongsisambungan, dan melihat dan merentasi senarai sambungan dan individu-individu yangdiciptan oleh individu lain dalam sistem mereka. 6
  7. 7. Sebuah laman web yang menyediakan komuniti maya bagi orang ramai untuk berkongsiharian atau bahkan mereka aktiviti momen-momen dengan keluarga dan rakan-rakan, atauuntuk berkongsi minat mereka dalam topik tertentu, atau untuk meningkatkan bulatankenalan mereka. Terdapat laman web temu janji, laman persahabatan, laman web dengantujuan perniagaan dan hibrid yang menawarkan gabungan ini. Facebook adalah lamanperibadi yang terkemuka, dan LinkedIn adalah laman perniagaan terkemuka. Di peringkatglobal, beratus-ratus berjuta-juta orang telah menyertai satu atau lebih laman web sosial.Ahli mewujudkan talian mereka sendiri "profil" dengan data gambar, biografi dan apa-apamaklumat lain yang mereka memilih untuk hantar. Mereka berkomunikasi dengan satu samalain dengan membuat pemikiran terbaru mereka awam dalam format seperti blog atau melaluie-mel, mesej segera, suara atau video persidangan kepada ahli-ahli yang dipilih.Perkhidmatan ini membolehkan ahli mencari dan menjemput ahli-ahli lain ke dalamrangkaian peribadi mereka (untuk "kawan" mereka) serta menjemput kawan-kawan kawan-kawan.Menurut the six degrees of separation concept mentakrifkan laman social (idea bahawamana-mana dua orang di muka bumi ini boleh membuat hubungan melalui rantaian tidaklebih daripada lima pengantara), rangkaian sosial mewujudkan komuniti Internet yang saling(kadang-kadang dikenali sebagai rangkaian peribadi) yang membantu orang membuatkenalanyang akan menjadi baik bagi mereka untuk mengetahui, tetapi bahawa mereka akanmungkin telah bertemu sebaliknya. Secara umum, di sini adalah bagaimana ia berfungsi: andamenyertai salah satu daripada laman web dan menjemput orang yang anda tahu untukmenyertai juga. Orang menjemput kenalan mereka untuk menyertai, yang kemudiannyamenjemput kenalan mereka untuk menyertai, dan mengulangi proses bagi setiap orang.Secara teori, mana-mana individu boleh membuat hubungan melalui sesiapa merekamempunyai sambungan ke, kepada mana-mana orang bahawa orang mempunyai sambungankepada, dan sebagainya 7
  8. 8. Faktor-faktor Penggunaan Laman Sosial Teknologi maklumat dan komunikasi semakin berkembang dengan adanya pelbagai aplikasiberasaskan Internet. Laman sosial ini bukan hanya “perpustakaan maklumat”untukmemudahkan pengedaran maklumat kepada khalayak global, malah lebih daripada itu.Laman sosial ini juga merupakan alat yang berpengaruh bagi aktiviti komunikasi. Tambahanpula, dengan teknologi Web 2.0, bentuk penggunaan Internet telah berubah dan banyak yangboleh dilakukan dengan media sosial ini (Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah, 2010). Inisecara tidak langsung menunjukkan laman sosial sekarang lebih bersikap mudah untukmenggunakannya atau mesra pelanggan. Secara tidak langsung, perkembangan ini berjayamenarik lebih ramai pengguna mengaplikasikannya. Oleh sebab itu Levinson (2009)menyebutnya sebagai “new new media” lebih sosial daripada laman sosial yangmenunjukkan perbezaan berbanding media sosial klasik seperti e-mel dan laman web. Lamanini bukan hanya alat bagi kemudahan pengedaran, pengarkiban dan berasaskan teks, tetapikini menjadi alat bagi media sosial yang berkeupayaan untuk menyampaikan kandunganmedia dan menyediakan kemudahan interaksi antara pembaca dengan penulis.Ranking Senarai Laman Web 8
  9. 9. 1 facebook.com2 google.com.my3 yahoo.com4 google.com5 youtube.com6 blogger.com7 live.com8 wikipedia.org9 msn.com10 myspace.comJadual 1 : Paparan 10 laman web teratas yang sering dilawati oleh pengguna-penggunaInternet di Malaysia. Berdasarkan kepada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawapengguna-pengguna internet di Malaysia lebih cenderung melayari laman-laman web yangberunsurkan media sosial. Selain daripada jadual di atas, terdapat juga kajian lain iaitu daripada kajian yangdilakukan, 96 peratus pelajar dilaporkan bahawa mereka pernah menggunakan sebarangteknologi rangkaian sosial, seperti chatting, blogging dan melawat komuniti dalam talian,seperti Facebook, MySpace dan sebagainya. Pelajar-pelajar ini melaporkan bahawa salah satutopik yang paling umum dari perbualan di kancah laman sosial adalah tentang pendidikan.Hampir 60 peratus daripada pelajar yang menggunakan laman sosial berbincang tentang topikpendidikan dalam talian dan yang mengejutkan lagi, lebih daripada 50 peratus berbincangkhusus tentang kerja sekolah. 9
  10. 10. Faktor-faktor penggunaa laman sosial dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalahdisebabkan oleh laman sosial sekarang lebih bersikap mudah untuk menggunakannya ataumesra pelanggan iaitu berkeupayaan untuk menyampaikan kandungan media danmenyediakan kemudahan interaksi antara pembaca dengan penulis. Faktor lain yangmenyumbang kepada penggunaan laman sosial tanpa mengira tempat dan waktu ialah kerankewujudan alat mudah alih tanpa wayar seperti broadband, Streamyx, P1 Wimax dan Unifisemakin melauas dalam kalangan masyarakat telah berkembang kepada peningkatanpenggunaan laman sosial. Faktor seterusnya yang menyebabkan penggunaan laman sosialdalam proses pengajaran dan pembelaran adalah pelajar tidak hanya perlu bergantung kepadapembelajaran dalam kelas sahaja. Pelajar masih boleh berhubung dengan guru di luar waktukelas melalui forum- forum perbincangan, email, facebook dan sebagainya. Tambahan pulapada zaman sekarang ini terdapat penggunaan e-pembelajaran. Oleh hal yang demikianpenggunaan e-pembelajaran juga menjadi pendorong kepada penggunaan laman soial dalampembelajan. Sidek Ab Aziz (2009) menjelaskan e-pembelajaran juga didefinasikan sebagaipenggunaan teknologi berinovasi dan model pembelajaran yang dapat menukar caraseseorang memperolehi kemahiran dan menambahkan pengetahuan yang baru dan ia jugadapat dikatakan sebagai integrasi teknologi maklumat kedalam sistem pembelajaran yangdapat digunakan tanpa terhad kepada faktor tempat dan masa. Faktor lain ialah pengajaran berasaskan laman sosial merupakan alternatif atau cara barupengajaran yang mempunyai potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebihbermakna.Ciri-ciri antara muka dan fizikal laman web mempunyai impak yang berlainanberbanding pengajaran konvensional dan penggunaannya melalui laman web yang berkaitandengan maklumat topik akan memudahkan sesiapa sahaja untuk membuat rujukan tanpamengira masa dan waktu. Lambakan maklumat yang terdapat didalam internet bolehdimanafaatkan oleh guru dan pelajar dalam kebijaksanaan memilih bahan-bahan yangbersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. 10
  11. 11. Kebaikan Laman Sosial Penggunaan laman sosial dapat menambahkan kenalan yang baru di samping hubunganyang telah lama terputus kembali dieratkan. Apabila seseorang itu telah menamatkan sesuatupengajian di sekolah menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu samalain.Laman sosial ini digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan lamayang telah terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dandapat berinterasi antara satu sama lain. Gambar yang telah diletakkan di dalam profil jugaboleh dilihat dan dikomen oleh semua rakan. Mereka juga dapat menyampaikan maklumatseperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan guru- gurudan rakan-rakan. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenagadengan cara menggunakan kemudahan yang sedia ada. Mereka juga dapat bertukar-tukarpendapat tentang sesuatu isu yang telah dikemukakan maka dengan penggunaan lamansesawang tersebut pelbagai cadangan yang boleh diperolehi. Jadi jelaslah bahawapenggunaan laman sesawang sosial boleh menambahkan kenalan yang baru . 11
  12. 12. Laman sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya digilai ramaiterutamanya golongan remaja dari kalangan pelajar. Dengan menggunakan laman sosial,pengguna boleh berkenalan dan berkomunikasi dengan ramai orang dari seluruh negara danboleh mendapatkan maklumat terkini dengan mudah dan pantas. Laman sosial dijadikansebagai alat perhubungan, contoh yang paling ketara adalah pertemuan semula rakan sekolahataupun rakan kampung di alam maya dan seterusnya dapat mengetahui perkembangansemasa sesama mereka. Laman sosial juga dijadikan sebagai alat perhubungan di antarapemimpin dan masyarakat dan juga di antara pelanggan dan pengeluar produk. Penggunaanlaman sosial ini juga sangat efisien. Pelbagai aplikasi yang dimuatkan di laman sosial ini danmemberi manfaat kepada pengguna seperti boleh menghantar pesanan kepada rakan denganpantas, membuat paggilan video dan sebagainya. Laman sosial seperti facebook dan twitter bukan sahaja medan untuk bersosial danberhibur sahaja, tetapi laman sosial ini boleh dijadikan medan untuk pelbagai tujuan. Bagiahli-ahli perniagaan misalnya boleh menarik pelanggan untuk membeli produk atauperkhidmatan mereka menggunakan laman sosial ini. Perkembangan semasa yang berlakusama ada di dalam dan di luar negara juga dapat diketahui dengan pantas melalui statusrakan-rakan atau laman yang telah disambungkan dengan akaun kita misalnya akhbar onlinedan blog. Bagi pelajar pula, mereka boleh membuat perbincangan dengan rakan-rakanmereka mengenai pembelajaran mereka. Pelajar juga boleh bertukar-tukar pendapat masing-masing sekaligus boleh membantu antara satu dengan yang lain. Daripada kajian yangdilakukan, 96 peratus pelajar dilaporkan bahawa mereka pernah menggunakan sebarangteknologi rangkaian sosial, seperti chatting, blogging dan melawat komuniti dalam talian,seperti Facebook, MySpace dan sebagainya. Pelajar-pelajar ini melaporkan bahawa salah satutopik yang paling umum dari perbualan di kancah rangkaian sosial adalah tentangpendidikan. Hampir 60 peratus daripada pelajar yang menggunakan rangkaian sosial 12
  13. 13. berbincang tentang topik pendidikan dalam talian dan yang mengejutkan lagi, lebih daripada50 peratus berbincang khusus tentang kerja sekolah. Bagi seorang guru pula, mereka boleh memanfaatkan laman sosial yang diminati ramaiini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Dalam era teknologi maklumat yang semakinpesat ini, boleh dikatakan ramai pelajar sekarang sudah memiliki akaun facebook atau twitter.Mereka sudah pandai menggunakan komputer dan mengakses internet sendiri walaupunbaharu sahaja berada di sekolah rendah. Tambahan pula, di kebanyakan sekolah menengahmisalnya, ramai para pelajar telah dibekalkan dengan komputer riba kecil sendiri. Pelajaryang mempunyai jaringan internet di rumah, sudah tentu boleh melayari laman sosial denganmudah di rumah dan tidak perlu ke kedai komputer. Laman sosial seperti facebook dantwitter sebenarnya salah satu media pengajaran yang berkesan yang boleh digunakan sebagaisatu medium dan ruangan interaksi antara guru dan pelajar selain di bilik darjah. Seorang guru perlu mengambil kira minat dan kecenderungan pelajar kerana apa yangdilihat dalam situasi kini, para pelajar sentiasa ada masa dan sangat berminat untuk mengikutidan melayari laman sosial seperti facebook dan twitter. Jadi, guru sewajarnya menjadikanlaman sosial tersebut sebagai laman untuk tujuan pengajaran dna pembelajaran. Bagi seorangguru bahasa Melayu, laman sosial ini boleh digunakan untuk tujuan pengajaran danpembelajaran bahasa. Laman sosial ini boleh digunakan sebagai tempat untuk berdiskusi,membuat tutorial dan menimba ilmu. Contohnya, sebagai langkah pertama, guru bolehmembuat kumpulan untuk setiap tingkatan yang diajar dan menambah pelajar-pelajar didalam kelas yang sama di dalam kumpulan tersebut. Bagi kelas yang berlainan, perludimasukkan dalam kumpulan yang berlainan kerana tahap kefahaman secara puratanyaadalah berbeza-beza mengikut kelas. Di dalam kumpulan tersebut, guru boleh memuat turunbahan pengajaran sama ada berkaitan tatabahasa, pemahaman, karangan atau KOMSAS ke 13
  14. 14. dalam kumpulan tersebut. Bukan sahaja bahan pengajaran tersebut disediakan sendiri olehguru, tetapi guru juga boleh mendapatkan pelbagai bahan pengajaran di dalam internetterutamanya di dalam laman web pendidikan atau blog-blog berkaitan. Guru juga bolehmenghubungkan bahan yang terdapat di dalam mana-mana laman web pendidikan atau blogberkaitan dengan kumpulan tersebut. Para pelajar boleh memanfaatkan bahan tersebut bagimenambahkan lagi ilmu mereka tentang sesuatu topik pembelajaran. Cara ini merupakan carayang mudah dan berkesan kerana bukan mudah untuk melihat seseorang pelajar mencarisendiri maklumat tambahan di dalam internet. Tetapi jika guru menghubungkan terus bahanpengajaran tersebut di dalam laman sosial, kecenderungan pelajar untuk membaca bahantersebut lebih besar. Selain memuat turun bahan pengajaran, guru boleh memberikan latihan kepada pelajarsebagai aktiviti pengukuhan diluar bilik darjah bagi memantapkan dan menguji kefahamnpelajar. Contohnya, guru boleh memberikan soalan-soalan berbentuk kefahaman sepertimeminta pelajar memberikan maksud peribahasa, maksud rangkai kata, memberikanpendapat dan sebagainya. Melalui laman sosial ini juga, guru boleh memuat turun video-video berkaitan untuk tujuan pembelajaran. Latihan-latihan yang diberikan di dalam lamansosial lebih mudah untuk pelajar dan guru kerana pelajar boleh menjawab terus dan guru jugaboleh memberikan penilaian terus kepada pelajar. Penggunaan laman sosial dapatmewujudkan satu suasana pembelajaran yang aktif. Hal ini kerana ada pelajar yang agak pasifdi dalam kelas kerana kurang keyakinan untuk bercakap di hadapan rakan-rakan merekamenjadi aktif melalui pembelajaran melalui laman sosial kerana mereka boleh memberikanpendapat dan berkomunikasi di alam maya tanpa perlu bersemuka dengan rakan-rakan atauguru. Pelajar juga bebas memberikan pendapat dengan pantas dengan hanya menekan butang„komen‟. Lazimnya,penggunaan laman sosial digunakan sebagai medium perniagaan. Orang ramaiboleh membeli sesuatu barangan seperti tudung,jubah,kasut,barang perhiasan dan sebagainyadengan menggunaan laman sesawang sebagai contoh Facebook. Mereka juga dapat 14
  15. 15. menjadikan laman sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkanpendapatan bulanan mereka. Hal ini demikian kerana pada waktu pagi dan petang seseorangitu terlibat secara langsung dengan kerjaya masing-masing. Pada waktu lapang mereka dapatmemasarkan sesuatu barangan yang dapat menarik perhatian orang ramai. Harga yangditawarkan adalah berbaloi dengan pasaran semasa dan kualiti barangan tersebut. Orangramai boleh membeli dengan mengklik di laman sesawang dan barangan tersebut akandihantar melalui pos laju . Sesiapa yang berminat untuk membeli barangan tersebut hanyamembayar dengan memasukan wang ke dalam bank yang telah ditetapkan oleh penjual. Halini dapat menjimatkan masa dan tidak perlu bersesak-sesak di pusat membeli belah untukmembeli sesuatu barangan. Tegasnya penggunaan laman sesawang sosial tersebut dijadikansebagai medium perniagaan.Keburukan Laman Sosial Penggunaan laman sosial juga melahirkan pelajar yang leka dan lalai dalam melakukansesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalamlaman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkanpelajar akan berasa seronok sehingga leka untuk menyempurnakan urusan mereka danmengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Golongan pelajar yang menjadi tunjangkecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikanmasyarakat. Pengguna laman sosial yang taksub terutamanya pelajar akan mengabaikan masa 15
  16. 16. untuk belajar. Pelajar yang terperap didepan komputer melayan facebook dan sebagainyahingga lewat malam tidak dapat menumpu pelajaran dalam bilik darjah kerana mengantuk.Umum mengetahui bahawa penggunan laman sesawang sosial menyebabkan seseorang itumembazir masa dengan perkara yang tidak berfaedah seperti bermain games.Sebagai contoh,apabila remaja itu banyak meluangkan masa bermain games dan berchatting menyebabkankerja sekolah yang telah diamanahkan oleh guru tertangguh. Hal ini akan menyebabkanmereka dimarahi dan dirotan oleh guru seterusnya mereka akan menjadi malu dantertekan.Selain itu,penggunaan laman sesawang akan mengakibatkan pelajaran seseorangterabai kerana tiada masa yang diperuntuk untuk mengulang kaji pelajaran. Apabilaberlangsungnya sesuatu peperiksaan markah yang diperolehi merosot dari peperiksaansebelum ini menyebabkan mereka tercari-cari kesilapan yang telah dilakukan untukdiperbetulkan. Mereka juga akan berasa sedih apabila dimarahi oleh ibu bapa sekiranyakeputusan peperiksaan merosot.Ibu bapa juga akan menarik semula sesuatu kemudahan yangtelah diberikan kepada anak mereka seperti telepon,internet,laptop dan sebagainya. Jadi ,jelaslah bahawa kesan negatifb penggunaan laman sosial tersebut akan menyebabkanseseorang itu membazir masa. Pada realitinya,penggunaan laman sesawang ini akan menyebabkan kes jenayah semakinberleluasa seperti rogol,merompak dan pernipuan.Bermula berkenal-kenalan sebagai kenalanchatting maka wujudnya keinginan untuk bersua muka dengan kawan yang tidak dikenalitanpa mengetahui keperibadian menyebabkann kes jenayah seperti rogol menjadi berleluasa.Amat mengejutkan juga pada hari ini apabila kegiatan merompak juga boleh dilakukansecara maya. Hal ini amat menakutkan dan mengecewakan apabila wang yang banyak dalamakaun bank hilang begitu saja atau lesap sedikit demi sedikit gara-gara kegiatan jenayah sibermelalui perbuatan jahat mereka bergelar phishing. Kegiatan phishing ini mampu mengaburimata orang ramai apatah lagi mereka menggunakan alamat e-mel seolah-olah ia dihantar daripihak bank secara sah.Mereka akan meminta pelanggan yang memiliki akaun memasukkannombor akaun serta kata laluan atau mengklik alamat URL disediakan bagaikan transaksibiasa dilakukan melalui perbankan online.Oleh itu,jelaslah bahawa penggunaan lamansesawang sosial akan menyebabkan kes jenayah semakin berleluasa. 16
  17. 17. Penggunaan laman web sosial juga mengurangkan interaksi secara bersemuka danmengurangkan kemahiran sosial. Mungkinkah ini juga penyebab ramai graduan Malaysiasukar mendapat pekerjaan kerana salah satu faktor yang dikenalpasti oleh KementerianSumber Manusia ialah kurangnya kemahiran sosial dalam kalangan graduan di Malaysia.Terdapat juga pernyataan yang mengatakan laman web sosial boleh menyebabkan institusikekeluargaan runtuh disebabkan semua ahli keluarga lebih suka berkomunikasi dengan rakandi alam maya berbanding keluarga sendiri. Selain itu, laman web sosial menjejaskan fungsi dan peranan bahasa sebagai agen pentingdalam menyatupadukan rakyat. Pengguna laman sosial menggunakan ayat dan perkataanyang ringkas telah merosakkan kemurniaan bahasa, menjadi sukar difahami dan disalahtafsirmaksudnya. Keghairahan menggunakan kependekan dan akronim akan menular dalamtugasan dan kerja penulisan pelajar, kesannya kualiti penulisan dan kecekapan mengeja akanberkurangan.Cara Mengatasi Penyalahgunaan Laman SosialPenyalahguaan laman sosial dapat dikekang sekiranya beberapa langkah diambil dan diberiperhatian oleh pengguna dan organisasi yang terlibat. Dalam mengatasi masalahpenyalahgunaan laman sosial, beberapa langkah boleh diambil oleh masyarakat khususnyaiaitu perlu mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang risiko dari ancaman siber ini,terutamanya ketika menggunakan komputer masing-masing. Masyarakat perlu ada rasa 17
  18. 18. tanggungjawab untuk menentukan komputer mereka terjamin selamat dan tidak mengandungivirus dan trojan yang boleh mengancam keselamatan maklumat peribadi yang penting. Tambahan pula, golongan kanak-kanak dan remaja perlu diawasi dalam penggunaanInternet. Mereka adalah golongan yang paling mudah menerima maklumat yang tidak ditapisdaripada gajet-gajet mewah seperti galaxy tab,i-pad dan i-phone. Kawalan dan keterangandaripada ibu-bapa serta guru perlu dalam memberi kesedaran mengenai penerimaaninformasi yang sahih agar mereka tidak tertipu dan keliru. Kelas komputer juga haruslahdiwajibkan di semua sekolah untuk mengajar pelajar tentang pengetahuan komputer sertainternet disamping menjelaskan langkah untuk mengelakkan diri pelajar daripada menjadimangsa jenayah siber. Untuk mengatasi masalah penyalahgunaan laman sosial ini, pihak bank juga harusmemastikan segala urusan yang disediakan dijamin mempunyai ciri-ciri keselamatan yangtinggi seperti sijil digital daripada Cybersecurity Malaysia. Sijil ini mampu memastikansetiap pemalsuan laman web dikenalpasti dengan serta-merta. Selain itu, pihak kerajaan jugaperlu mengadakan dan menentukan prasarana ICT yang selamat dengan melaksanakan polisi-polisi yang efektif, terkini dan praktikal. Selaras dengan ucapan mantan Perdana MenteriMalaysia, YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa pelancaran ibu pejabat globalIMPACT pada 20 Mac 2005, beliau berkata,”Kerajaan seluruh dunia perlu bersedia berdepanpelbagai ancaman jenayah siber yang merebak ketika ini”.Undang-undang siber dan yangberkaitan dengannya perlu dikaji dari masa ke semasa mengikut tahap ancaman global yangselalu berubah-ubah. Di samping itu, satu unit khas yang celik komputer dan berpengetahuantinggi dalam dunia siber haruslah ditubuhkan untuk menangani penularan jenayah siberdengan lebih berkesan. Selain itu, terdapat kes salahlaku moral menerusi laman sosial haruslah diberi perhatianserius sebelum ia merebak dan pihak terbabit dikehendaki mengambil tindakan tegas dalammenangani kejadian tersebut daripada bermaharajalela. Untuk itu, langkah- langkah sepertiberikut wajar diambil untuk mengatasi masalah penyalahgunaan laman sosial : 18
  19. 19. a) Gangguan seksual di tempat kerja:• Syarikat perlulah melaksanakan polisi untuk mencegah penyalahgunaan• Syarikat juga boleh mewujudkan prosedur kekilanan berhubung denganperkhidmatan e-mel gangguan seksual menerusi internet. Selain daripada itu, para majikan juga harus bertindak lebih proaktif berkenaandengan masalah gangguan seksual menerusi internet (Fox, 1999). Majikan bolehmemanfaatkan mekanisme komputer untuk mengawal penerimaan e-me1 yang lucah.Mekanisme ini termasuklah:i. Mekanisme kill file yang menghalang penghantaran mesej daripada penghantartertentu. Bagaimanapun, kaedah sebegini mungkin tidak sesuai untuk keadaan tertentuapabila pengirim dan penghantar harus berhubung selalu untuk urusan kerja rasmi .ii. Program pemantauan, yang akan memadamkan perkataan atau gambar yang tidakdisenangi dalam e-mel.iii. Prosedur mengaudit e-me1 secara rawak.Menurut perspektif undang-undang, Seksyen 2 1 1 (i) Akta Multimedia dan Komunikasi1 998 memperuntukkanTiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan atau orang lain yang menggunakunperkhidmatan aplikasi kandungan boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, 19
  20. 20. palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugutatau mengganggu mana-mana orang.Peruntukan undang-undang ini menyatakan bahawa menjadi satu kesalahan jika seorangindividu menghantar kandungan yang dianggap tidak sesuai, lucah atau mengancam oranglain menerusi internet. Dari segi hukuman pula, Seksyen 2 1 l (ii) Akta Multimedia danKomunikasi 1998 menyatakan :“Seseorang yang melanggar sub (i) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabiladisabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000. 00 atau dipenjarakan selama tempohtidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1000.00bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabit.”b) Plagiarisme AkademikDi antara langkah yang boleh diambil untuk mencegah atau mengelak dari melakukanperbuatan salahlaku tersebut ialah seperti:i. Pelajar harus memberi kredit atau penghargaan terhadap apa-apa idea, cadangan atauteori yang diambil menerusi internet. Selain itu, pelajar juga dikehendaki membuat petikanterhadap setiap penulisan atau idea penulis asal.ii. Para pensyarah haruslah meminta pelajarnya mengemukakan nota-nota tugasan, drafserta rangka tugasan (Bruno, 2001). Selain itu, pelajar juga dikehendaki mengepilkansenarai bahan rujukan yang telah digunakan semasa membuat sesuatu tugasanc) Melayari laman web lucah 20
  21. 21. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencegah gejala buruk ini berterusan. Lantaranitu, kawalan dan pemantauan haruslah ketat agar anak mereka tidak berpeluang melayarilaman web seks pada ketika ibu bapa tiada di rumah. Ini dapat dilakukan denganmemasukkan kata kekunci pada komputer di rumah tanpa diketahui anak-anak. Disamping itu, kesedaran individu amat penting kerana kecenderungan melakukan perbuatantersebut akan mempengaruhi individu untuk melakukan jenayah seksual (Kingsmill,1997). Pegangan agama yang kuat dalam sanubari juga harus ditekankan. Cadangan/ Saranan Penggunaan Laman Sosial dalam Pendidikan Kaedah pembelajaran dengan mengaplikasikan laman sosial membolehkan pelajarmencari maklumat serta artikel yang berkaitan dengan pelajaran dengan lebih cepat danmudah. Nota atau maklumat yang berkaitan dengan kelas juga boleh disebarkan dan 21
  22. 22. diperoleh melalui web dan laman sosial di mana semua pelajar boleh mengaksesnya dalamsatu masa serta dapat meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dlam ingatan. Inikerana pengunaan laman sosial dan pelbagai media yang dinamik membolehkan sesorangmemahami sesuatu isi kandungan dengan lebih pantas dan seterusnya menyimpan informasiyang diterima ke ingatan untuk jangka masa yang panjang. Kajian saintifik membuktikanproses ingatan yang berlaku dalam otak manusia mudah dilaksanakan apabila manusiamenerima pelbagai pengukuhan dengan mengunakan pelbagai jenis media sepertiaudio,grafik terutamanya laman web sebagaimana dinyatakan oleh Latifah Sidek et al.(2010).Dalam konteks semasa, pelbagai isu agama khususnya yang berkaitan dengan pendidikan,boleh kita peroleh dengan mudah dan pantas. Setidaknya dengan kemunculan internet,medium untuk mempelajari sesuatu topic pembelajaran juga bertambah. Cadangan supaya penggunaan laman sosial ini berkesan dalam proses pengajaran danpembelajaran ialah yang pertama Mencari cara terbaik untuk memanfaatkan nilai pendidikandalam laman sosial. Ada pendidik telah membuat kajian dimana pelajar lebih suka berada diruangan sembang (chat room), blog, dan sebagainya untuk membuat tugasan serta ulangkaji.Aktiviti ini menarik minat pelajar, walaupun kepada pelajar yang jarang menghadiri kelas.Kedua ialah Para guru atau pensyarah boleh memuatnaik tugasan/bahan pengajaran untukpelajar ke dalam laman sosial. Dengan ini, pelajar akan memberikan maklumbalas tentangjawapan atau masalah yang mereka hadapi dalam menyelesaikan masalah serta merta. Pelajarakan mendapat jawapan dari keraguan yang mereka hadapi dalam subjek tersebut terusmenerus dari gurunya tanpa perlu menunggu dalam jangka masa yang lama. Ketiga ialahMenggalakkan syarikat laman dan jaringan sosial ini meningkatkan lagi nilai pendidikan.Pemimpin-pemimpin pendidik harus membuat usahasama dengan syarikat laman danjaringan sosial ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Seterusnya yang keempat ialahMengkaji semula dasar laman jaringan sosial ini. Masih banyak sekolah dan institusipengajian masih melarang dan menyekat penggunaan Internet kerana bimbang akan pengaruhburuk yang dibawa dari Internet ke dalam pemikiran pelajar. Jadi, untuk menjadikan ia lebihmudah, nilai pendidikan perlu diterapkan dan jelas. Hal yang sama juga perlu diterapkan padajaringan sosial. Dasar keselamatan masih penting supaya para pelajar tahu tentangkeselamatan yang perlu dititkberatkan ketika melayari Internet, tahu apa yang seharusnyamereka layari di Internet agar tidak menyimpang dari tujuan sebenarnya yang untukmengakses ilmu pengetahuan. Kelima ialah para pengajar boleh menggunakan laman sosial 22
  23. 23. tersebut untuk membincangkan isu-isu dalam pendidikan secara langsung dengan pelajarnyaberhubung dengan subjek/kursus yang diajar. Dengan ini, dapat melahirkan pelajar yangberkemahiran menggunakan ICT dan laman sosial serta berdikari menyelesaikan masalahpembelajaran dan tugasan mereka. Keenam ialah menghadkan penggunaan internet. Pelajarhanya dibenarkan melayari laman web tertentu. Laman web yang tidak sesuai buat pelajarseharusnya ditapis dari awal dan dihalang penggunaannya oleh pihak pengurusan. Ketujuhialah menyediakan capaian khas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya,menghubungkan laman sosial dengan capaian portal pendidikan yang boleh dikunjungi olehmana-mana pelajar yang sedang melayari alam maya. Kelapan ialah jadikan laman sosialtempat perkongisan ilmu dan tempat perbincangan isu semasa. Warga pendidik bolehmenyediakan tugasan, menyebarkan info dan menggalakkan pelajar membuat diskusi dilaman sosial. Cadangan yang kesembilan ialah guru-guru menggalakkan pelajar melakukanpencarian maklumat dengan menggunakan internet dan mengaplikasikannya denganmenggunakan laman sosial. Cadangan yang terakhir ialah ibu bapa dan guru perlu mendidikpelajar penggunaan laman sosial yang betul dan menyatakan baik buruk penggunaan lamansosial. Ini penting supaya pelajar faham konsep sebenar laman sosial.KesimpulanSecara kesimpulannya, laman sosial yang wujud menjadi pengantara seluruh dunia. Antaralaman web yang popular dan menjadi pilihan serta kegilaan pelbagai peringkat umur terutamapara remaja ialah Facebook, Twitter, Friendster, Bebo,dan Myspace. Kebanyakan 23
  24. 24. perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai carainteraksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video,perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, para remaja boleh berhubung atauberkomunikasi dengan cepat berbanding dengan sebelum ini iaitu sebelum terciptanyateknologi maklumat dan komunikasi. Perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satuperkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalamtalian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yangberminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain. Laman sosial makin menjadi tapak bagi pengguna internet bagi memperluaskan lagirangkaian kawan-kawannya. Boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyaisekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena sehinggakan menulardi dalam pejabat-pejabat sekaligus memberi kesan samada baik atau buruk. Di kebanyakanpejabat swasta dan awam, laman sosial telah di „block‟ dan hanya dibuka pada waktu rehatdan selepas waktu pejabat sahaja. Ini berlaku atas sebab kegilaan kakitangan menggunakanlaman sosial sehingga mengabaikan kerja. Secara kesimpulannya, kewujudan laman web sosial dapat mengeratkan tali silatulrahim,mempertemukan sahabat lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin, bertanyakhabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsipengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan penggunalaman web rangkaian sosial ini. Tetapi tidak dinafikan terdapat penyalahgunaannya olehsegelintir masyarakat. Segelintir pihak menggunakannya sebagai medium meluahkan rasatidak puas hati dan fitnah. Ini bukan cara terbaik kerana penyalahgunaan laman web sosialtidak dapat menyelesaikan masalah dihadapi. 24
  25. 25. 25

×