Sejarah & Media Baharu

1,348 views

Published on

Seminar Media Baharu: Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, 11-12 April 2013 di Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,348
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
18
Actions
Shares
0
Downloads
43
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sejarah & Media Baharu

  1. 1. 1Seminar Media Baharu: Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, April 11-12, Universiti MalayaSejarah dan Media BaharuProf. Madya Dr Shakila YacobJabatan Sejarah, Universiti MalayaPerkembangan media baharu yang juga merangkumi teknologi maklumat dankomunikasi (ICT) dalam era globalisasi dunia hari ini membawa pelbagai cabaran barudalam bidang pendidikan. Penggunaan media baharu terutamanya, pada masa kini telahmeningkat dengan ketara dan fenomena ini boleh dilihat dari segi penambahan jumlahpengguna di seluruh dunia. Pendekatan Digital Humanities yang mengabungkan aspekteknikal (ICT) dengan disiplin kemanusiaan termasuk Sejarah, menggunakan teknologipendigitalan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan.Penggunaan teknologi pengdigitalan melalui laman web dan rangkaian sosial popularseperti Facebook, Twitter, blogspot dan Pinterest mampu menyalurkan maklumatsejarah secara lebih interaktif, pantas, dan menarik. Disamping itu, maklumat yangmudah dicapai serta mempunyai ruang yang lebih fleksibel dapat meningkatkan usahapenyediaan dan penggunaan bahan bukti. Di Eropah dan Amerika Syarikat, pendekatansedemikian sememangnya sudah menjadi mekanisme yang sangat popular danberkesan. Berdasarkan laporan European Digital Agenda, Itali pada tahun 2012, dijangkamembekalkan 3 juta objek digital untuk tatapan masyarakat Eropah dan antarabangsa.Di Malaysia, pendekatan Digital Humanities dijangka mampu menjadi satu bidangpendidikan yang sangat berkesan memandangkan penggunaan internet dalam kalanganrakyatnya telah mencecah takatpola yang sangat tinggi. Pendedahan awal kepadadisiplin ini amat perlu dan boleh dilaksanakan secara berperingkat. Peringkat awal inibermula pada tahap yang mudah dan ringkas menggunakan pakai alat digital percumayang mudah diaplikasikan. Menurut penyelidikan International Data Corporation(IDC), penggunaan internet di Malaysia pada tahun 2011 telah menjangkau 16 jutaorang dan angka tersebut dijangka akan melonjak kepada 20.4 juta pada tahun 2012.Selari dengan perkembangan tersebut, penggunaan rangkaian-rangkaian sosial turutmemberi petunjuk yang sangat memberangsangkan. Pada tahun 2011 sebagai contoh,penggunaan Facebook telah mencecah 11, 816, 200 orang (tempat ke 17 dalam dunia),blog 2.65 juta orang, Pinterest 3.3 juta orang dan Twitter lebih sejuta.
  2. 2. 2Seminar Media Baharu: Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, April 11-12, Universiti MalayaSumber: Internet World Stats, 2013Ringkasnya, pendekatan Digital Humanities diyakini mampu memberi impak yangsangat signifikan dalam memantapkan penyaluran maklumat sejarah sekaligusmengasuh minat yang mendalam terhadap disiplin sejarah kerana kaedahnya yangsangat innovative, interactive dan attractive. Sekiranya pendekatan sedemikian diberipeluang seluas mungkin bagi dijadikan alat pengajaran dan pembelajaran di sekolah,sejarah sebagai subjek yang membosankan pastinya menjadi suatu mitos yang hanyadipercayai oleh mereka yang sedang mengalami sindrom daif teknologi.Media baharu yang berbentuk digital mengalakkan komunikasi tanpa sempadan yangberbentuk interaktif melalui penggunaan internet, media sosial, blog, wiki, sistempesanan ringkas (sms) dan sebagainya. Penerimaan maklumat yang laju dan cepat inimewujudkan satu budaya baru yang harus dikawalselia dengan baik supaya aspekpositif, dan bukannya negatif dapat diketengahkan.61%39%Pengguna Internet diMalaysia (2011)Ya Tidak46%54%Pengguna Facebook diMalaysia (2012)Ya Tidak
  3. 3. 3Seminar Media Baharu: Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, April 11-12, Universiti MalayaRajah 1: Peralatan Media Baharu (http://www.conversationagent.com)Pada hari ini, media baharu menjadi salah satu alat yang penting dalam merevolusikanbidang pendidikan. Media baharu ini meningkatkan kemudahan berkomunikasi danmenawarkan peluang mengakses maklumat yang pelbagai sekaligus menawarkanpelbagai peluang pendidikan yang dapat dieksploitasi sepenuhnya. Melalui alatkomunikasi interaktif yang disediakan kita boleh dengan segera menghantar danmenerima mel elektronik (e-mail), mengakses maklumat di laman sosial, World WideWeb (WWW), jurnal elektronik, arkib dalam talian, peta dalam talian dan senarai diskusielektronik. Pendemokrasian pendidikan yang dibawa oleh perkembangan pesat mediabaharu ini harus dimanfaatkan oleh pendidik Malaysia. Impak positif yang dapatdieksploitasi melalui media baharu ini adalah peluang untuk berkomunikasi danmembina jaringan dengan para pendidik dalam negara dan di peringkat antarabangsa.Pada masa yang sama, pendemokrasian pendidikan juga menggalakkan para pendidikuntuk mula menggunakan pendekatan pelbagai disiplin atau gabungan disiplin(multidisciplinary) dan antara disiplin (interdisciplinary/cross disciplinary) dalammenjadikan pengajaran dan pembelajaran sejarah lebih menarik.Bagi mencapai tujuan ini, usaha ini memperkenalkan satu pembaharuan denganmenggabungkan disiplin sejarah dengan pelbagai disiplin lain sebagai pelengkap bagitujuan memperkenalkan pendekatan yang lebih inovatif. Pendekatan ini diharap dapatmenarik minat pelajar untuk menghayati disiplin ilmu sejarah dengan baik. Bagi tujuanini beberapa aplikasi digital yang percuma seperti Google Earth dan Google Map dapatdigunakan bagi menggunapakai ilmu geografi dalam pengajian Sejarah. Selain aplikasidigital, guru juga boleh mendapatkan peta bersejarah dan masa kini untuk tujuanpengajaran sejarah daripada beberapa laman web rasmi yang sah dan popular sepertiMaps of the World (http://www.mapsofworld.com/) dan Perry-Castaneda Library MapCollection (Historical Map) di University of Texas at Austin.
  4. 4. 4Seminar Media Baharu: Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, April 11-12, Universiti Malaya
  5. 5. 5Seminar Media Baharu: Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, April 11-12, Universiti MalayaSumber: http://www.lib.utexas.edu/maps/historical/malacca_1854.jpgSumber: http://www.lib.utexas.edu/maps/historical/asia_1941.jpg
  6. 6. 6Seminar Media Baharu: Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, April 11-12, Universiti MalayaPendekatan geografi dalam pengajian sejarah amat penting bagi menarik minat danmemudahkan murid untuk memahami pelajaran Sejarah. Pendekatan ini bolehdigunakan oleh guru bagi memenuhi keperluan guru melaksanakan programbertaksiran sekolah. Guru boleh memberi latihan kepada murid menggunapakai petadalam memahami sesuatu peristiwa bersejarah yang dibincangkan. Murid dapatmengenalpasti kedudukan geografi dan memahami peristiwa sejarah di kawasantersebut dan seterusnya pada aras kemahiran berfikir yang lebih tinggi, murid dapatmengaitkan dan menganalisis tingkah laku dan tindakan manusia (termasuk tokoh danpemimpin) dalam peristiwa tersebut.Harus diingatkan disini, walaupun pendekatan pelbagai disiplin ditekankan, namun,komponen utama masih merupakan ilmu sejarah berbanding disiplin lain yangmembentuk ilmu sampingan bagi melengkapi pengajaran dan pembelajaran sejarah.Pengunaan teknologi baru ini dalam usaha pengajaran, pembelajaran dan penyelidikansejarah masih belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pendidik di Malaysia. Salahsatu contoh terkini adalah penggunaan platform yang disediakan oleh media sosial. Initermasuk Youtube, twitter, facebook, LinkedIn, pinterest, blog dan sebagainya. Mediasosial sebenarnya menyediakan satu platform yang amat menarik dan mudah untukpara pendidik berinteraksi dengan murid daripada generasi Y yang rata-rata amat selesadengan penggunaan media baru ini. Penggunaan media sosial masih belum difahamisepenuhnya oleh para pendidik walaupun ramai yang sering mendengar danmempunyai pengetahuan mengenai media baru ini. Ramai juga yang menggunakanmedia baru ini semata-mata untuk tujuan peribadi terutama sekali untuk berhubungdan berinteraksi dengan rakan dan keluarga. Penggunaan media sosial sekiranyadieksploitasi dengan baik dapat memanfaatkan pengajaran dan pembelajaran sejarah.Youtube sebenarnya merupakan platform yang juga dapat digunapakai oleh guru dalammenimbulkan minat pelajar terhadap sejarah. Pendekatan lisan atau sejarah lisanmengenai sesuatu peristiwa bersejarah umpamanya boleh memanfaatkan platformYoutube dengan berkesan. Harus dingatkan bahawa sumber lisan harus juga diseimbangkan dengan penggunaan sumber lain seperti buku, artikel jurnal dan dokumenrasmi.
  7. 7. 7Seminar Media Baharu: Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, April 11-12, Universiti MalayaNamun tidak dinafikan terdapat beberapa aspek dalam penggunaan sosial media yangharus diperhatikan dan dielakkan. Terdapat kekangan dari segi budibicara atau adabpenggunaan dan juga kadangkala keesahan sumber. Dari aspek teknikal, kelajuan dancapaian internet juga boleh menghadkan penggunaan media sosial sebagai platformpengajaran dan pembelajaran sejarah.Internet juga menyediakan ruang untuk menjalankan usaha penyelidikan. Parapengguna harus bijak memilih laman yang disediakan oleh agensi kerajaan, universitidan perpustakaan, sekolah termasuk arkib dan muzium di seluruh dunia. Laman yangdibina oleh agensi dan universiti contohnya menyediakan maklumat yang sah dan bolehdiguna pakai untuk aktiviti penyelidikan dan penulisan. Kebanyakan laman webberbentuk interaktif yang disediakan oleh pihak perpustakaan contohnya, memaparkanbeberapa pangkalan data dalam talian (online database). Guru dapat mengakseskemudahan elektronik yang disediakan oleh perpustakaan ini dan mencapai pangkalandata dalam talian yang dapat memenuhi keperluan penyelidikan sejarah. Initermasuklah J-STOR, LEXIS-NEXIS, ProQuest, EBSCOhost dan juga ERIC (EducationResources Information Center). Pangkalan data ini menyediakan pelbagai bahan yangmudah dimuat turun dan dicapai melalui internet.Di samping itu beberapa arkib di seluruh dunia juga telah menyediakan pelbagaikemudahan kepada para penyelidik untuk mengakses sumber arkib. Arkib yang banyakmenyediakan sumber mengenai sejarah Malaysia contohnya, selain dari Arkib NegaraMalaysia adalah Arkib Negara U.K. yang terletak di Kew Gardens, London. Di laman webarkib ini, para pengguna dapat mengenal pasti bahan yang ada dan dapat dimanfaatkanuntuk usaha penyelidikan. Arkib Negara A.S. juga menyediakan kemudahan yang samatetapi pihak arkib ini lebih hebat dari segi mendigitasi koleksi dokumen dan suratperibadi dan lain-lain sumber sehingga memudahkan pengguna untuk mengakses darimana sahaja kita berada. Begitu juga dengan Arkib Negara Singapura dan NationalLibrary Board (NLB) di negara tersebut yang banyak mendigitasikan koleksi mereka.Perpustakaan utama ini, contohnya menyediakan akses percuma kepada koleksi suratkhabar yang diterbitkan sejak 1831 sehingga 2009 dalam simpanan mereka. Koleksisurat khabar ini termasuk Warta Malaya, The Straits Budget, The Singapore Free Press,The Straits Times dan juga Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pau dan Tamil Murasu. Apa
  8. 8. 8Seminar Media Baharu: Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, April 11-12, Universiti Malayayang menarik, NLB juga mengajak masyarakat Singapura untuk menyerahkan gambarlama dalam koleksi mereka kepada pihak NLB untuk didigitalkan bagi kegunaan orangramai (sesetengah gambar masih tertakluk bawah harta intelek) di seluruh dunia.http://www.nlb.gov.sg/Kemudahan Internet sebenarnya banyak dapat membantu dalam aktivitipenyelidikan dan penulisan sejarah. Dengan menggunakan enjin carian perpustakaandan pengguna berjaya mengenal pasti bahan penyelidikan yang disediakan oleh lokasiini. Ini bererti pengguna dapat mengakses sumber bahan tersebut dalam talian dansekiranya relevan dengan kajian yang dijalankan pengguna dapat menghubungipustakawan tersebut melalui e-mail dan memohon agar bahan kajian tersebut dihantarkepada penulis. Perkhidmatan sebegini disediakan oleh kebanyakkan arkib danperpustakaan di seluruh dunia. Contohnya, setelah menjalankan carian di laman webArkib Negara U.K. (Public Records Office) pengguna dapat mengenal pasti sumber yangdiperlukan untuk penyelidikan yang sedang diusahakan. Dengan ini, pengguna dapatmenghubungi arkivis di situ dan memohon bahan untuk dihantar. Bayaran untukperkhidmatan ini juga dapat dilakukan dalam talian. Sekiranya, penyelidik mempunyaiperuntukkan kewangan untuk pergi ke arkib tersebut menjalankan penyelidikan, masadapat dijimatkan ketika berada di sana kerana koleksi dan bahan telah dapat dikenalpasti. Proses yang sama dilakukan dapat dilakukan sekiranya pengguna inginhttp://pictures.nl.sg/
  9. 9. 9Seminar Media Baharu: Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, April 11-12, Universiti Malayamenjalankan penyelidikan di Library of Congress, Washington D.C. dan juga di ArkibNegara A.S. cawangan Maryland.Bank of England contohnya mempunyai banyak bahan kajian mengenai sejarahMalaysia. Pengguna boleh memohon kebenaran mendapatkan bahan dari Bank tersebut.Walaupun bahan tersebut masih belum lagi mencecah tempoh 30 tahun (tempoh dimana sesuatu dokumen rasmi tidak lagi dianggap sulit atau dokumen deklasifikasi),pengguna boleh memperoleh bahan yang disimpan di bank tersebut denganmenggunakan justifikasi Freedom of Information (FOI). FOI disokong oleh kebanyakannegara Barat termasuk Britain dan Amerika Syarikat bertujuan untuk memberi hakkepada orang awam mengakses dokumen rasmi kerajaan. Ini bererti setiap kajian dapatdilakukan sehingga masa terdekat dan tidak perlu menunggu tamatnya tempoh antara25 hingga 30 tahun sesuatu peristiwa itu berlalu. Syarat ini pasti dapat merevolusikankajian Sejarah Malaysia memandangkan bahan kajian mengenai sejarah Malaysiabanyak disimpan di Arkib Negara U.K., Bank of England, London Metropolitan Archivesdan juga British Library yang tertakluk di bawah FOI. Begitu juga di Arkib Negara ASdan Central Intelligence Agency (CIA) contohnya yang banyak menyimpan dokumenrasmi mengenai Malay(a)sia.http://www.foia.cia.gov/
  10. 10. 10Seminar Media Baharu: Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, April 11-12, Universiti MalayaJelas di sini, segala usaha penyelidikan boleh dilakukan dalam talian dan dengan adanyakemudahan Internet, jarak atau lokasi jauh tidak lagi menjadi halangan besar untukmengakses bahan penyelidikan.Selain itu, pengguna boleh menggunakan enjin carian Google yang popular untukmengenal pasti kajian atau contoh rancangan mengajar yang ada di Internet. Bagi parasejarawan di universiti contohnya, Google Scholar sering menjadi tumpuan. Ini keranaGoogle Scholar menyediakan juga bahan lain yang memetik daripada bahan utama yangtelah dikenal pasti. Dengan itu, dalam masa yang singkat para pengguna dapat mengenalpasti historiografi terkini penyelidikan yang bakal di jalankan. Pengguna juga bolehmengenal pasti sarjana atau akademik yang pakar dalam bidang kajian masing-masingdan berusaha mendapat kerjasama daripada sarjana dalam dan luar negara dalam usahamemperoleh bahan kajian yang diperlukan. Pengguna boleh menggunakan e-mel ahliakademik berkenaan melalui Google (iaitu dengan menaip nama mereka) untukberhubung dengan mereka. Ramai dalam kalangan mereka akan membalas e-mel yangdihantar serta menjawab persoalan yang dikemukakan. Malahan, ada juga yang sanggupmenghantar melalui pos atau e-mel bahan kajian yang diperlukan oleh pengguna sepertiartikel jurnal. Kemudahan internet yang disediakan dapat memupuk satu budayapenyebaran dan perkongsian maklumat bukan sahaja di peringkat nasional tetapi jugaglobal.
  11. 11. 11Seminar Media Baharu: Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, April 11-12, Universiti MalayaSelain itu, para pendidik juga harus mengeksploitasi sepenuhnya kemudahanpengajaran dan pembelajaran yang ditawarkan oleh Internet melalui penggunaansenarai diskusi. Senarai diskusi menyediakan ruang untuk wacana intelektual mengenaipengajaran dan pembelajaran ilmu sejarah. Pengguna dapat membina satu jaringanglobal dengan para sarjana dan pendidik yang berminat untuk meningkatkan potensipendidikan yang ditawarkan oleh Internet. Pengguna juga dapat mengikuti denganrapat perkembangan atau aliran historiografi bidang kajian mereka sekiranyamelanggan senarai diskusi yang bertepatan dengan bidang kajian masing-masing.Adalah menjadi tanggungjawab setiap pendidik untuk mengenal pasti semua penerbitanyang relevan dengan bidang kajian mereka. Malahan, seorang pendidik digalakkanmenyertai seminar dan persidangan peringkat tempatan dan antarabangsa supayadapat berkongsi pandangan, menerima kritikan membina dan mewujudkan jaringandengan murid serta para akademik yang terlibat dalam bidang penyelidikan yang sama.Senarai diskusi elektronik menyediakan saluran yang baik dalam mengakses sumberdan membina jaringan global bagi tujuan mewujudkan wacana intelektual bidangpelbagai bidang sejarah. Salah satu yang popular adalah EH.Net. Beberapa organisasiternama terlibat dengan EH.Net seperti Economic History Association, Business HistoryConference dan Economic History Society. EH.Net juga menyediakan pelbagai jenismaklumat bagi penulis yang ketika itu merupakan seorang murid dan juga pada masakini sebagai seorang sejarawan perniagaan dan pendidik sejarah. Senarai diskusi ini jugamemuatkan koleksi abstrak berkaitan sejarah ekonomi, bibliografi, ulasan buku,pangkalan data, sukatan kursus, direktori dan maklumat mengenai seminar danpersidangan yang akan diadakan di seluruh dunia.Sementara pembinaan jaringan antarabangsa merupakan satu usaha yang baik, adalahpenting juga untuk mengikuti perkembangan wacana intelektual tempatan. Jabatansejarah di institusi pengajian tinggi awam amat aktif dalam aktiviti keilmuanmemajukan disiplin sejarah. Maka, para pendidik sejarah harus menyertai aktiviti inidalam usaha meningkatkan pengetahuan mengenai ilmu sejarah dan membina jaringandengan para sejarahwan di universiti.
  12. 12. 12Seminar Media Baharu: Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, April 11-12, Universiti MalayaSesetengah dalam kalangan masyarakat Malaysia masih menggangap Internet sebagaisatu sumber yang tidak boleh dipercayai dan merupakan satu aktiviti yang memakanmasa. Walau bagaimanpun, sifat positif harus dipupuk dalam mengeksploitasikemudahan yang disediakan oleh Internet. Ini kerana Internet merupakan alat yangberharga bagi tujuan pengajaran dan penyelidikan sejarah, ia juga sangat bernilai bagitujuan pembangunan profesional diri dan menyediakan arah bagi tujuan peningkatanintelektual dan pembangunan diri. Malangnya, di Malaysia sebahagian besar daripendidik dan murid sejarah masih tidak mengetahui atau menggunakan kemudahan dansumber yang disediakan oleh Internet apatah lagi menggunakannya secara berkesan.Usaha ini selain memberi idea dan pandangan bagaimana seseorang sejarawan, muriddan pendidik sejarah dapat memanfaatkan ICT turut menghuraikan bagaimanapenggunaan berkesan inovasi teknologi ini dapat membawa faedah yang besar dalampembelajaran dan pengajaran sejarah. Pelbagai contoh dan aktiviti yang telah dilakukanoleh sejarawan Barat dan kejayaan mereka dalam usaha mengintegrasi sejarah denganteknologi baru ini dapat dilihat di Internet. Terdapat beribu laman web di Internetmerujuk kepada pembelajaran dan pengajaran sejarah. Kepelbagaian sumber primer,sekunder dan visual, tiga sumber berbeza yang penting untuk kajian disiplin sejarahterdapat di Internet. Usaha ini akan cuba mengemukakan segala pembaharuan merujukkepada disiplin sejarah di Internet. Dengan ini, penggunaan media baharu dapatmemperkasakan ilmu sejarah.

×