SlideShare a Scribd company logo
1 of 61
Kesantunan Bahasa
(GSB 1012)
Ahli Kumpulan:
Hemalatha A/P Rajakumar
Phua Wan Joo
Kasut Kelopak
Jantung
 Sinopsis:
Video ini mengisahkan cerita tentang seorang
guru, Cikgu Haron dengan seorang anak murid
beliau yang miskin, Ahmad. Ahmad yang tidak
mempunyai wang untuk membeli kasut sekolah
sering berkaki ayam semasa di dalam kelas. Cikgu
Haron yang tidak mengetahui keadaan Ahmad
berasa sangat marah dengan Ahmad kerana
menganggap dia tidak mendengar teguran beliau.
Pada suatu hari, Cikgu Haron menyuruh Ahmad
memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak
jantung yang dipetik. Perbuatan ini telah melukai
hati Ahmad.
Pada keesokkan harinya, Ahmad tidak pergi ke
sekolah dan Cikgu Haron mendapat tahu bahawa
Ahmad ingin berhenti sekolah. Sebagai seorang guru
yang bertanggungjawab, Cikgu Haron telah
mengunjungi rumah Ahmad. Beliau mendapati
bahawa Ahmad tidak mempunyai wang untuk
membeli kasut sekolah. Beliau amat kesal akan
perbuatan sendiri yang tidak menyiasat keadaan
Ahmad terlebih dahulu sebelum mendenda Ahmad.
Beliau pun membeli sepasang kasut sekolah untuk
Ahmad supaya dia boleh meneruskan pelajarannya
di sekolah. Selepas 30 tahun, Ahmad memiliki
sebuah kedai kasut sendiri dan dia telah
menghadiahkan sepasang kasut kepada Cikgu Haron
bagi membalas budi Cikgu Haron.
 Contoh Amalan Budi Bahasa:
 1.Masa:00:40-01:18
**Ahmad mengenang budi kerana dia telah
menghadiahkan sepasang kasut kepada Cikgu
Haron sebagai tanda penghargaan terhadap
tindakan Cikgu Haron yang pernah membantunya
untuk meneruskan pelajarannya di sekolah
dengan menghadiahkan kasut sekolah kepadanya.
(Kita seharusnya pandai mengenang budi orang
yang pernah membantu kita.)
 2.Masa:01:50-02:00
**Para pelajar mengucapkan selamat pagi
kepada Cikgu Haron yang masuk kelas serta
mengucapkan terima kasih apabila diminta
duduk.
(Kita sebagai pelajar sepatutnya menghormati
guru kita.)
 3.Masa:07:50-08:18
**Cikgu Haron dan ibu Ahmad bersopan santun
apabila menjalankan perbualan mereka. Cikgu
Haron memberi salam kepada ibu Ahmad dan
bertanya tentang kepergian Ahmad dengan sopan.
Ibu Ahmad pula membalas salam Cikgu Haron
dengan bersopan santun.
(Kita seharusnya bersopan santun dan berbudi
bahasa apabila bercakap dengan orang lain.)
 4.Masa:08:20-08:41
**Ahmad bersopan santun kerana dia
memberitahu ibunya bahawa dia telah balik. Dia
juga memberi salam kepada ibu dan Cikgu Haron
dengan sopan.
(Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua
daripada kita seperti ibu bapa dan guru.)
5.Masa:09:40-09:50
**Cikgu Haron meminta maaf daripada Ahmad
kerana beliau selalu memarahinya sebelum
menyiasat sebab-sebab Ahmad selalu tidak
memakai kasut sekolah.
(Kita seharusnya berani mengaku kesalahan dan
meminta maaf daripada orang lain apabila kita
telah melakukan kesalahan.)
 6.Masa:09:50-10:00
**Ahmad berterima kasih kepada Cikgu Haron
apabila dia menerima kasut sekolah baharu yang
dihadiahi oleh Cikgu Haron.
(Kita mestilah mengucapkan terima kasih
kepada orang yang telah membantu kita.)
 Contoh Amalan Tidak Berbudi Bahasa:
 1.Masa:02:10-02:15/02:30-02:32/02:54-
02:56/03:04-03:06
**Rakan sekelas Ahmad mentertawakannya apabila
dia dimarahi oleh Cikgu Haron.
(Rakan sekelas Ahmad tidak sepatut ketawa dalam
keadaan ini sebaliknya mereka seharusnya
menghormati Ahmad.)
 2.Masa:02:28-02:30
**Cikgu Haron menggunakan bahasa kasar semasa
menegur Ahmad,iaitu “saya bagi kang”.
(Sebagai seorang guru,Cikgu Haron tidak sepatutnya
menggunakan bahasa kasar dalam memberi teguran
kepada Ahmad yang tidak memakai kasut sekolah di
dalam kelas malah beliau perlu menegur Ahmad secara
berbudi bahasa.)
 3.Masa:04:30-06:00
**Cikgu Haron telah melakukan perbuatan yang
menyinggung perasaan Ahmad iaitu menyuruh Ahmad
memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak
jantung. Hal ini menunjukkan Cikgu Haron tidak
pandai menjaga hati anak murid kerana perbuatan
beliau telah menyebabkan Ahmad berasa amat sedih.
(Cikgu Haron sepatutnya menyiasat sebab-sebab
Ahmad tidak memakai kasut sekolah terlebih dahulu
sebelum beliau mendenda Ahmad untuk memakai
kasut kelopak jantung supaya dapat menjaga hati
Ahmad dan menghormatinya.)
 4.Masa:06:00-06:31
**Rakan-rakan Ahmad mentertawakannya yang
terpaksa memakai kasut kelopak jantung.
Perbuatan rakan-rakan ini telah menyebabkan
Ahmad berasa rendah diri dan sedih.
(Rakan-rakan Ahmad tidak sepatut
mentertawakannya apabila dia didenda untuk
menjaga maruah Ahmad.)
Guru
 Sinopsis:
Video Tamil ini mengisahkan cerita tentang seorang
guru yang telah bersara. Encik Shenbaga Perumal
dengan seorang anak murid lelaki beliau yang suka
bermain bola kriket. Pada suatu hari, budak itu
sedang bermain bola kriket dan malangnya bola kriket
itu terlepas masuk ke dalam rumah Encik Shenbaga
Perumal. Bola itu terkena cenderamata yang sangat
istimewa bagi Encik Shenbaga. Cenderamata tersebut
jatuh ke atas lantai dan terpecah. Beliau berasa
sangat sedih kerana cenderamata tersebut
merupakan hadiah yang dianugerahkan oleh pihak
sekolah sebagai tanda penghargaan terhadap beliau
yang mengajar di sekolah selama 30 tahun.
Beliau pun keluar dari rumah untuk mengetahui
siapa pemilik bola kriket tersebut. Beliau mendapat
tahu bahawa budak yang menunggu di depan rumah
beliau merupakan orang yang memecahkan
cenderamata. Encik Shenbaga Perumal juga
mengetahui bahawa budak tersebut suka bermain
kriket dan tidah pernah lulus dalam mata pelajaran
Matematik sebelum ini melalui pemberitahuan ibunya.
Beliau turut sudi membantu budak tersebut bagi
mengatasi kelemahannya dalam mata pelajaran
Matematik. Beliau mendapat idea untuk menggunakan
bola kriket sebagai bahan pengajaran supaya budak
lelaki tersebut lebih memahami secara mendalam
dengan apa yang telah diajar oleh beliau. Akhirnya,
Encik Shenbaga Perumal dan budak lelaki tersebut
dapat memahami antara satu sama lain secara
mendalam.
 Contoh Amalan Budi Bahasa:
 Masa:00:11-00:20/01:05-01:32
**Pihak sekolah mengenang jasa Encik Shenbaga
Perumal dengan menganugerahkan sebuah
cenderamata sebagai tanda penghargaan
terhadap beliau yang mengajar para pelajar di
sekolah selama 30 tahun.
(Kita seharusnya pandai mengenang jasa guru
yang mengajar kita.)
 2.Masa:02:30-02:37
**Ibu budak lelaki bersopan santun apabila
menjalankan perbualan dengan Encik Shenbaga
Perumal. Ibu budak lelaki meminta pertolongan
daripada Encik Shenbaga Perumal untuk
mengajar anaknya mata pelajaran Matematik.
(Kita mestilah bersopan santun apabila bertutur
dengan orang lain terutamanya apabila kita
hendak meminta pertolongan daripada orang
lain.)
 3.Masa:02:38-02:40
**Encik Shenbaga Perumal berbaik hati kerana
beliau bersetuju dengan serta-merta apabila ibu
budak lelaki tersebut meminta pertolongan
daripada beliau.
(Kita sepatutnya menolong orang lain yang
memerlukan pertolongan kita secara ikhlas dan
sukarela.)
 4.Masa:03:45-04:15
**Encik Shenbaga Perumal bersikap sabar
kerana walaupun beliau tahu bahawa budak
lelaki itu bermain bola kriket dan tidak
menumpukan perhatian di dalam kelas, beliau
masih tidak memarahinya.Malah beliau
mencari jalan untuk menarik perhatian budak
lelaki itu di dalam kelas.
(Kita perlulah bersikap sabar dan toleransi
dengan perbuatan orang lain yang tidak
menyenangkan kita.)
 5.Masa:04:16-04:22
**Budak lelaki tersebut bersopan santun
apabila menanya Encik Shenbaga Perumal
tentang soalan mengenai mata pelajaran
Matematik.
(Kita sepatutnya menanyakan soalan dengan
bersopan santun dan berlemah lembut untuk
menghormati orang lain.)
 6.Masa:04:34-04:58
**Encik Shenbaga Perumal beramah mesra
dengan budak lelaki tersebut semasa beliau
menggunakan bola kriket sebagai bahan
pengajaran bagi menerangkan salah satu topik
daripada mata pelajaran Matematik.
(Kita sepatutnya bersifat ramah mesra apabila
bergaul dengan orang lain.)
 7.Masa:05:02-05:04
**Budak lelaki tersebut bersopan santun apabila
menanya Encik Shenbaga Perumal tentang sama
ada dia akan lulus dalam ujian Matematik atau
tidak.
(Kita seharuslah bersopan santun apabila
menanyakan sesuatu perkara terutamanya
apabila menanya guru kita dan ibu bapa kita
tentang sesuatu perkara.)
 Contoh Amalan Tidak Berbudi Bahasa:
 1.Masa:00:21-00:50
**Encik Shenbaga Perumal tidak membalas
teguran isteri beliau dan beliau hanya
mengangguk kepala sahaja apabila isteri beliau
bertanyakan soalan.
(Encik Shenbaga Perumal sepatutnya membalas
teguran isteri beliau serta menjawab soalan isteri
beliau untuk menghormati isteri beliau.)
 2.Masa:01:56-02:11
**Budak lelaki tersebut tidak menghormati
Encik Shenbaga Perumal kerana dia meminta
balik bola kriketnya daripada Encik Shenbaga
Perumal dengan biadap.
(Budak lelaki seharusnya bersopan santun
apabila berhadapan dengan orang yang lebih
tua daripadanya.)
 3.Masa:03:20-03:37
**Budak lelaki tersebut tidak bersopan kerana
semasa Encik Shenbaga Perumal mengajar mata
pelajaran Matematik di dalam kelas, budak
tersebut tidak menumpukan perhatian.
(Budak lelaki tersebut sepatutnya menumpukan
perhatian di dalam kelas apabila Encik Shenbaga
Perumal sedang mengajar untuk menghormati
gurunya.)
Sekian,
TERIMA KASIH.

More Related Content

What's hot

Protokol temu bual
Protokol temu bualProtokol temu bual
Protokol temu bualNur Hassan
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pensil Dan Pemadam
 
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Jack Linang
 
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2Mok Ming yan
 
Analisis RPH Bahasa Melayu Tahun 3 (Aspek Tatabahasa)
Analisis RPH Bahasa Melayu Tahun 3 (Aspek Tatabahasa)Analisis RPH Bahasa Melayu Tahun 3 (Aspek Tatabahasa)
Analisis RPH Bahasa Melayu Tahun 3 (Aspek Tatabahasa)ArifahAzlanShah2
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuShida Abu Bakar
 
Teknik main peranan
Teknik main perananTeknik main peranan
Teknik main perananTheCikguSha
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2 Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2 shikinabdaziz
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Noorezayu Mohd Said
 
2.teknik bacaan
2.teknik bacaan2.teknik bacaan
2.teknik bacaansuhasah
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikMoon Joanne
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceSiti Mardiah
 
Rph kemahiran membaca & menulis
Rph kemahiran membaca & menulisRph kemahiran membaca & menulis
Rph kemahiran membaca & menulisRanjini Valauthan
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatifcg.Teha Amran
 
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...rathibujie
 
Pengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggeris
Pengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggerisPengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggeris
Pengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggerissuhaimesuleiman
 

What's hot (20)

Jenis jenis pantun
Jenis jenis pantunJenis jenis pantun
Jenis jenis pantun
 
Protokol temu bual
Protokol temu bualProtokol temu bual
Protokol temu bual
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
 
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
 
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
 
4 rph el b-33
4 rph el b-334 rph el b-33
4 rph el b-33
 
Analisis RPH Bahasa Melayu Tahun 3 (Aspek Tatabahasa)
Analisis RPH Bahasa Melayu Tahun 3 (Aspek Tatabahasa)Analisis RPH Bahasa Melayu Tahun 3 (Aspek Tatabahasa)
Analisis RPH Bahasa Melayu Tahun 3 (Aspek Tatabahasa)
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayu
 
Teknik main peranan
Teknik main perananTeknik main peranan
Teknik main peranan
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2 Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
 
2.teknik bacaan
2.teknik bacaan2.teknik bacaan
2.teknik bacaan
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama Grice
 
Rph kemahiran membaca & menulis
Rph kemahiran membaca & menulisRph kemahiran membaca & menulis
Rph kemahiran membaca & menulis
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
 
Pengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggeris
Pengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggerisPengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggeris
Pengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggeris
 

Viewers also liked

Tutorial 1: Pengertian Budi, Bahasa dan Budi Bahasa
Tutorial 1: Pengertian Budi, Bahasa dan Budi BahasaTutorial 1: Pengertian Budi, Bahasa dan Budi Bahasa
Tutorial 1: Pengertian Budi, Bahasa dan Budi BahasaJieYi Chan
 
Pengertian Budi dan Bahasa
Pengertian Budi dan BahasaPengertian Budi dan Bahasa
Pengertian Budi dan BahasaVerlyss
 
Langkah – langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan murid mu...
Langkah – langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan murid   mu...Langkah – langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan murid   mu...
Langkah – langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan murid mu...Rubini Rubi
 
Guru sebagai pembentuk nilai
Guru sebagai pembentuk nilaiGuru sebagai pembentuk nilai
Guru sebagai pembentuk nilaiAdibah Rosman
 
Program sekolah selamat
Program sekolah selamatProgram sekolah selamat
Program sekolah selamatismailzaini
 
Bahan bm dari internet
Bahan bm dari internetBahan bm dari internet
Bahan bm dari internetKamal Muchtar
 
Kesantunan Masyarakat Malaysia
Kesantunan Masyarakat MalaysiaKesantunan Masyarakat Malaysia
Kesantunan Masyarakat Malaysiavelter jailih
 
Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..asyikin hashim
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 

Viewers also liked (19)

Tutorial 1: Pengertian Budi, Bahasa dan Budi Bahasa
Tutorial 1: Pengertian Budi, Bahasa dan Budi BahasaTutorial 1: Pengertian Budi, Bahasa dan Budi Bahasa
Tutorial 1: Pengertian Budi, Bahasa dan Budi Bahasa
 
Isu budi bahasa
Isu budi bahasaIsu budi bahasa
Isu budi bahasa
 
Pengertian Budi dan Bahasa
Pengertian Budi dan BahasaPengertian Budi dan Bahasa
Pengertian Budi dan Bahasa
 
Langkah – langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan murid mu...
Langkah – langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan murid   mu...Langkah – langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan murid   mu...
Langkah – langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan murid mu...
 
Guru sebagai pembentuk nilai
Guru sebagai pembentuk nilaiGuru sebagai pembentuk nilai
Guru sebagai pembentuk nilai
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Program sekolah selamat
Program sekolah selamatProgram sekolah selamat
Program sekolah selamat
 
Bahan bm dari internet
Bahan bm dari internetBahan bm dari internet
Bahan bm dari internet
 
Memupuk Budaya Membaca Dalam Kalangan Anak-anak
Memupuk Budaya Membaca Dalam Kalangan Anak-anakMemupuk Budaya Membaca Dalam Kalangan Anak-anak
Memupuk Budaya Membaca Dalam Kalangan Anak-anak
 
Kesantunan Masyarakat Malaysia
Kesantunan Masyarakat MalaysiaKesantunan Masyarakat Malaysia
Kesantunan Masyarakat Malaysia
 
HSP Bahasa Melayu Tahun 5
HSP Bahasa Melayu Tahun 5HSP Bahasa Melayu Tahun 5
HSP Bahasa Melayu Tahun 5
 
Hsp Moral Tahun Empat
Hsp Moral Tahun EmpatHsp Moral Tahun Empat
Hsp Moral Tahun Empat
 
Amalan membaca
Amalan membacaAmalan membaca
Amalan membaca
 
Bahagian c (1)
Bahagian c (1)Bahagian c (1)
Bahagian c (1)
 
Karangan 2014
Karangan 2014Karangan 2014
Karangan 2014
 
Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..
 
Pelaksanaan modul peningkatan disiplin
Pelaksanaan modul peningkatan disiplinPelaksanaan modul peningkatan disiplin
Pelaksanaan modul peningkatan disiplin
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Contoh jawapan karangan
Contoh jawapan karanganContoh jawapan karangan
Contoh jawapan karangan
 

Recently uploaded

Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 

Recently uploaded (14)

Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 

Tutorial 2: Contoh Amalan Berbudi Bahasa Dan Contoh Amalan Tidak Berbudi Bahasa Yang Terdapat Dalam Video

  • 1. Kesantunan Bahasa (GSB 1012) Ahli Kumpulan: Hemalatha A/P Rajakumar Phua Wan Joo
  • 3.  Sinopsis: Video ini mengisahkan cerita tentang seorang guru, Cikgu Haron dengan seorang anak murid beliau yang miskin, Ahmad. Ahmad yang tidak mempunyai wang untuk membeli kasut sekolah sering berkaki ayam semasa di dalam kelas. Cikgu Haron yang tidak mengetahui keadaan Ahmad berasa sangat marah dengan Ahmad kerana menganggap dia tidak mendengar teguran beliau. Pada suatu hari, Cikgu Haron menyuruh Ahmad memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung yang dipetik. Perbuatan ini telah melukai hati Ahmad.
  • 4. Pada keesokkan harinya, Ahmad tidak pergi ke sekolah dan Cikgu Haron mendapat tahu bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, Cikgu Haron telah mengunjungi rumah Ahmad. Beliau mendapati bahawa Ahmad tidak mempunyai wang untuk membeli kasut sekolah. Beliau amat kesal akan perbuatan sendiri yang tidak menyiasat keadaan Ahmad terlebih dahulu sebelum mendenda Ahmad. Beliau pun membeli sepasang kasut sekolah untuk Ahmad supaya dia boleh meneruskan pelajarannya di sekolah. Selepas 30 tahun, Ahmad memiliki sebuah kedai kasut sendiri dan dia telah menghadiahkan sepasang kasut kepada Cikgu Haron bagi membalas budi Cikgu Haron.
  • 5.  Contoh Amalan Budi Bahasa:  1.Masa:00:40-01:18 **Ahmad mengenang budi kerana dia telah menghadiahkan sepasang kasut kepada Cikgu Haron sebagai tanda penghargaan terhadap tindakan Cikgu Haron yang pernah membantunya untuk meneruskan pelajarannya di sekolah dengan menghadiahkan kasut sekolah kepadanya. (Kita seharusnya pandai mengenang budi orang yang pernah membantu kita.)
  • 6.
  • 7.  2.Masa:01:50-02:00 **Para pelajar mengucapkan selamat pagi kepada Cikgu Haron yang masuk kelas serta mengucapkan terima kasih apabila diminta duduk. (Kita sebagai pelajar sepatutnya menghormati guru kita.)
  • 8.
  • 9.
  • 10.  3.Masa:07:50-08:18 **Cikgu Haron dan ibu Ahmad bersopan santun apabila menjalankan perbualan mereka. Cikgu Haron memberi salam kepada ibu Ahmad dan bertanya tentang kepergian Ahmad dengan sopan. Ibu Ahmad pula membalas salam Cikgu Haron dengan bersopan santun. (Kita seharusnya bersopan santun dan berbudi bahasa apabila bercakap dengan orang lain.)
  • 11.
  • 12.
  • 13.
  • 14.  4.Masa:08:20-08:41 **Ahmad bersopan santun kerana dia memberitahu ibunya bahawa dia telah balik. Dia juga memberi salam kepada ibu dan Cikgu Haron dengan sopan. (Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua daripada kita seperti ibu bapa dan guru.)
  • 15.
  • 16.
  • 17.
  • 18. 5.Masa:09:40-09:50 **Cikgu Haron meminta maaf daripada Ahmad kerana beliau selalu memarahinya sebelum menyiasat sebab-sebab Ahmad selalu tidak memakai kasut sekolah. (Kita seharusnya berani mengaku kesalahan dan meminta maaf daripada orang lain apabila kita telah melakukan kesalahan.)
  • 19.
  • 20.  6.Masa:09:50-10:00 **Ahmad berterima kasih kepada Cikgu Haron apabila dia menerima kasut sekolah baharu yang dihadiahi oleh Cikgu Haron. (Kita mestilah mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita.)
  • 21.
  • 22.  Contoh Amalan Tidak Berbudi Bahasa:  1.Masa:02:10-02:15/02:30-02:32/02:54- 02:56/03:04-03:06 **Rakan sekelas Ahmad mentertawakannya apabila dia dimarahi oleh Cikgu Haron. (Rakan sekelas Ahmad tidak sepatut ketawa dalam keadaan ini sebaliknya mereka seharusnya menghormati Ahmad.)
  • 23.
  • 24.
  • 25.
  • 26.
  • 27.  2.Masa:02:28-02:30 **Cikgu Haron menggunakan bahasa kasar semasa menegur Ahmad,iaitu “saya bagi kang”. (Sebagai seorang guru,Cikgu Haron tidak sepatutnya menggunakan bahasa kasar dalam memberi teguran kepada Ahmad yang tidak memakai kasut sekolah di dalam kelas malah beliau perlu menegur Ahmad secara berbudi bahasa.)
  • 28.
  • 29.  3.Masa:04:30-06:00 **Cikgu Haron telah melakukan perbuatan yang menyinggung perasaan Ahmad iaitu menyuruh Ahmad memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung. Hal ini menunjukkan Cikgu Haron tidak pandai menjaga hati anak murid kerana perbuatan beliau telah menyebabkan Ahmad berasa amat sedih. (Cikgu Haron sepatutnya menyiasat sebab-sebab Ahmad tidak memakai kasut sekolah terlebih dahulu sebelum beliau mendenda Ahmad untuk memakai kasut kelopak jantung supaya dapat menjaga hati Ahmad dan menghormatinya.)
  • 30.
  • 31.  4.Masa:06:00-06:31 **Rakan-rakan Ahmad mentertawakannya yang terpaksa memakai kasut kelopak jantung. Perbuatan rakan-rakan ini telah menyebabkan Ahmad berasa rendah diri dan sedih. (Rakan-rakan Ahmad tidak sepatut mentertawakannya apabila dia didenda untuk menjaga maruah Ahmad.)
  • 32.
  • 33. Guru
  • 34.  Sinopsis: Video Tamil ini mengisahkan cerita tentang seorang guru yang telah bersara. Encik Shenbaga Perumal dengan seorang anak murid lelaki beliau yang suka bermain bola kriket. Pada suatu hari, budak itu sedang bermain bola kriket dan malangnya bola kriket itu terlepas masuk ke dalam rumah Encik Shenbaga Perumal. Bola itu terkena cenderamata yang sangat istimewa bagi Encik Shenbaga. Cenderamata tersebut jatuh ke atas lantai dan terpecah. Beliau berasa sangat sedih kerana cenderamata tersebut merupakan hadiah yang dianugerahkan oleh pihak sekolah sebagai tanda penghargaan terhadap beliau yang mengajar di sekolah selama 30 tahun.
  • 35. Beliau pun keluar dari rumah untuk mengetahui siapa pemilik bola kriket tersebut. Beliau mendapat tahu bahawa budak yang menunggu di depan rumah beliau merupakan orang yang memecahkan cenderamata. Encik Shenbaga Perumal juga mengetahui bahawa budak tersebut suka bermain kriket dan tidah pernah lulus dalam mata pelajaran Matematik sebelum ini melalui pemberitahuan ibunya. Beliau turut sudi membantu budak tersebut bagi mengatasi kelemahannya dalam mata pelajaran Matematik. Beliau mendapat idea untuk menggunakan bola kriket sebagai bahan pengajaran supaya budak lelaki tersebut lebih memahami secara mendalam dengan apa yang telah diajar oleh beliau. Akhirnya, Encik Shenbaga Perumal dan budak lelaki tersebut dapat memahami antara satu sama lain secara mendalam.
  • 36.  Contoh Amalan Budi Bahasa:  Masa:00:11-00:20/01:05-01:32 **Pihak sekolah mengenang jasa Encik Shenbaga Perumal dengan menganugerahkan sebuah cenderamata sebagai tanda penghargaan terhadap beliau yang mengajar para pelajar di sekolah selama 30 tahun. (Kita seharusnya pandai mengenang jasa guru yang mengajar kita.)
  • 37.
  • 38.  2.Masa:02:30-02:37 **Ibu budak lelaki bersopan santun apabila menjalankan perbualan dengan Encik Shenbaga Perumal. Ibu budak lelaki meminta pertolongan daripada Encik Shenbaga Perumal untuk mengajar anaknya mata pelajaran Matematik. (Kita mestilah bersopan santun apabila bertutur dengan orang lain terutamanya apabila kita hendak meminta pertolongan daripada orang lain.)
  • 39.
  • 40.  3.Masa:02:38-02:40 **Encik Shenbaga Perumal berbaik hati kerana beliau bersetuju dengan serta-merta apabila ibu budak lelaki tersebut meminta pertolongan daripada beliau. (Kita sepatutnya menolong orang lain yang memerlukan pertolongan kita secara ikhlas dan sukarela.)
  • 41.
  • 42.  4.Masa:03:45-04:15 **Encik Shenbaga Perumal bersikap sabar kerana walaupun beliau tahu bahawa budak lelaki itu bermain bola kriket dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas, beliau masih tidak memarahinya.Malah beliau mencari jalan untuk menarik perhatian budak lelaki itu di dalam kelas. (Kita perlulah bersikap sabar dan toleransi dengan perbuatan orang lain yang tidak menyenangkan kita.)
  • 43.
  • 44.
  • 45.  5.Masa:04:16-04:22 **Budak lelaki tersebut bersopan santun apabila menanya Encik Shenbaga Perumal tentang soalan mengenai mata pelajaran Matematik. (Kita sepatutnya menanyakan soalan dengan bersopan santun dan berlemah lembut untuk menghormati orang lain.)
  • 46.
  • 47.  6.Masa:04:34-04:58 **Encik Shenbaga Perumal beramah mesra dengan budak lelaki tersebut semasa beliau menggunakan bola kriket sebagai bahan pengajaran bagi menerangkan salah satu topik daripada mata pelajaran Matematik. (Kita sepatutnya bersifat ramah mesra apabila bergaul dengan orang lain.)
  • 48.
  • 49.
  • 50.  7.Masa:05:02-05:04 **Budak lelaki tersebut bersopan santun apabila menanya Encik Shenbaga Perumal tentang sama ada dia akan lulus dalam ujian Matematik atau tidak. (Kita seharuslah bersopan santun apabila menanyakan sesuatu perkara terutamanya apabila menanya guru kita dan ibu bapa kita tentang sesuatu perkara.)
  • 51.
  • 52.  Contoh Amalan Tidak Berbudi Bahasa:  1.Masa:00:21-00:50 **Encik Shenbaga Perumal tidak membalas teguran isteri beliau dan beliau hanya mengangguk kepala sahaja apabila isteri beliau bertanyakan soalan. (Encik Shenbaga Perumal sepatutnya membalas teguran isteri beliau serta menjawab soalan isteri beliau untuk menghormati isteri beliau.)
  • 53.
  • 54.
  • 55.  2.Masa:01:56-02:11 **Budak lelaki tersebut tidak menghormati Encik Shenbaga Perumal kerana dia meminta balik bola kriketnya daripada Encik Shenbaga Perumal dengan biadap. (Budak lelaki seharusnya bersopan santun apabila berhadapan dengan orang yang lebih tua daripadanya.)
  • 56.
  • 57.
  • 58.  3.Masa:03:20-03:37 **Budak lelaki tersebut tidak bersopan kerana semasa Encik Shenbaga Perumal mengajar mata pelajaran Matematik di dalam kelas, budak tersebut tidak menumpukan perhatian. (Budak lelaki tersebut sepatutnya menumpukan perhatian di dalam kelas apabila Encik Shenbaga Perumal sedang mengajar untuk menghormati gurunya.)
  • 59.
  • 60.