SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
1. Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa untuk menjadikan
   aktiviti membaca mendatangkan pelbagai faedah kepada seseorang. Huraikan
   usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai
   amalan                                                            hidup.

  Pendahuluan                                                                 :
  Ketika Malaikat Jibril memeluknya dan mengajarkan baginda membaca, Nabi
  Muhamad SAW sebelum itu adalah buta huruf. Namun, dengan berkat membaca
  yang bermula dengan surah Iqra, baginda telah bangkit sebagai pemimpin agung
  yang memancari seluruh jazirah Arab dan dunia amnya dengan wadah keilmuan
  yang tiada tolok bandingannya. Demikianlah suatu keajaiban ilmu dengan
  wasilah membaca. Membaca Jambatan Ilmu adalah antara slogan yang
  menyatakan sekiranya mahu berada dalam alam bijaksana pilihlah wadah
  membaca. Demi merealisasikan tradisi keilmuan itu, wajarlah pelbagai langkah
  dan strategi diambil oleh seseorang untuk mengangkat martabat diri ke persada
  ilmu.

  Isi-isi                               penting                                :
  Isi 1 : Memupuk diri sendiri untuk mencintai ilmu dan membudayakan ilmu – ilmu
  dijadikan    alat     mengubah       cara       berfikir dan   gaya     hidup

  Isi 2 : Memilih kawan dan khalayak yang gemar membaca dan menuntut ilmu –
  menjadi motivasi agar saling menyokong dan bersaing dalam kegiatan yang
  berfaedah

  Isi 3 : Menyediakan sendiri perpustakaan mini di rumah – sentiasa berbangga
  dengan                               koleksi                           buku

  Isi 4 : Mengunjungi pusat-pusat pameran buku, kedai buku, dan pusat sumber –
  dapat membentuk jiwa yang cenderung dan berminat kepada segala jenis
  maklumat         yang         dihidangkan        di        dalam       buku

  Isi 5 : Menyimpan impian agar pada suatu hari kelak anda akan berjaya menjadi
  seorang ilmuwan dan seterusnya menyumbangkan idea dengan menulis buku-
  buku – anda sebagai pewaris ilmu dan penyebar ilmu (peribahasa: gajah mati
  dikenali tulang, harimau mati dikenali tulang, dan manusia dikenali jasa)

  Kesimpulan                                                              :
  Sesungguhnya, insan yang paling bijaksana ialah insan yang dapat mengenali
dirinya. Langkah untuk mengenali diri hendaklah dengan wadah ilmu. Tuntutlah
      ilmu sama ada dunia mahupun akhirat kerana ilmu pelita hidup.




KEPENTINGAN MEMBACA

        Dalam mendepani era globalosasi pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad
pembangunan negara bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pembangunan negara yang
semakin hari semakin membangun ini seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut
seiring dengan negara atas angin. Negara yang maju tidak akan wujud sekiranya tidak
mempunyai generasi muda yang bersahsiah mulia, berfikiran matang dan mempunyai ilmu
pengetahuan yang tinggi. Biasanya, anak-anak muda yang berdarah panas yang
memerlukan perhatian yang secukupnya oleh semua pihak.Anak-anak ini boleh
dianalogikan seperti bunga yang baru mekar dan berbau harum yang mampu memimpin
negara sehingga ke persada dunia.Menurut Perdana Menteri Malaysia, maju mundur
sesebuah negara bergantung kepada pelapis yang memimpinnya. Sekiranya negara
melahirkan generasi muda yang kurang berilmu pengetahuan, maka negara akan
mengalami kesusahan dalam membentuk negara yang berwibawa yang boleh mencetus
satu fanomena yang boleh membawa negara standing dengan negara maju. Oleh itu, dalam
membina generasi muda yang berilmu pengetahuan, ibu bapa memainkan peranan yang
penting dalam memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak mereka.Hal ini
disebabkan, tanpa ilmu pengetahuan yang banyak, anak-anak diibaratkan seperti layang-
layang yang terputus talinya. Amalan membaca perlu dipupuk sejak usia anak-anak
melangkau lima tahun bagi mendorong minat anak-anak terhadap amalan membaca
tersebut. Tambahan pula, bukan sahaja ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam
memupuk budaya membaca malahan semua pihak seharusnya berganding bahu dalam
merealisasikan budaya membaca sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian.
          Sudah terang lagi bersuluh, membaca dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan.Kecermelangan pembangunan negara bermula dengan permata negara yang
dinamik. Kepentingan membaca dapat menjadikan masyarakat berpengetahuan dengan
mendapat maklumat yang banyak daripada pelbagai risalah, majalah, surat khabar,
ensiklopedia dan buku-buku. Marhaen yang membaca dapat membezakan dirinya dengan
orang lain kerana mereka mempunyai kelebihan dan memiliki pelbagai kemahiran. Di
samping itu, peningkatan ilmu pengetahuan dapat memajukan diri kita. Masyarakat yang
lebih berdaya maju akan berusaha untuk mendapatkan ilmu yang terbaik tanpa
mengenepikan kepentingan orang lain dan boleh membantu orang lain bagi menyelesaikan
masalah. Hal ini bertepatan dengan kata-kata Francis Barchan bahawa ilmu ialah
kuasa.Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah, membaca merupakan jambatan ilmu yang perlu
diterokai dan dicari.Oleh itu, tabiat membaca perlu diperkasakan agara peningkatan kualiti
wacana nasional dapat dilestarikan.
Dari sudut kodifikasi yang berbeza, membaca dapat meningkatkan diri kita dalam
penguasaan bahasa terutamanya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Kebanyakkan
pelajar di Malaysia selalu mengalami masalah dalam penulisan karangan mereka kerana
terpengaruh dengan bahasa pasar dan bahasa slanga yang menjadi budaya percakapan
mereka seharian. Apabila mereka banyak membaca, mereka akan lebih memahami
perbezaan bahasa itu. Natijahnya, pelajar akan dapat meningkatkan penguasaan mereka
dalam bahasa. Biasanya kita sering mengabaikan kepentingan menguasai bahasa
Inggeris.Hal ini disebabkan, kita tidak mengetahui tentang pentingnya penguasaan ini.
Bahasa Inggeris juga sama penting dengan bahasa Melayu kerana apabila mereka sudah
belajar di universiti penggunaan bahasa Inggeris lebih banyak digunakan. Kita perlu
banyak membaca supaya kita lebih faham makna dan kita dapat berkomunikasi dengan
baik dalam bahasa Inggeris. Menurut Albert Einstein, mundur bangsa kerana ilmu. Oleh itu,
kita seharusnya banyak membaca supaya kita dapat menguasai kedua-dua bahasa dengan
baik dan cemerlang. Jika kita sudah menguasainya, kita juga dapat memperkenalkan
bahasa kita kepada bahasa asing yang lain.
         Memetik wasitah nirmala seterusnya, membaca dapat menjamin keberkesanan
dalam melahirkan masyarakat yang kreatif lagi inovatif. Individu yang telah tersemat
dengan kepelbagaian kreativiti dan inovatif yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk
menghasilkan produk atau ciptaan baru berpandukan kepadatan idea yang datangnya
daripada membaca. Hal ini kerana dengan aktiviti membaca yang dijadikan amalan ini akan
memberi kesinambungan idea yang tidak putus-putus.Sebenarnya, masyarakat telah pun
mendapat pendedahan secara meluas bermulanya di peringkat sekolah lagi.Jadi,
masyarakat dapat mempraktikkan ilmu tersebut ke dalam kehidupan seharian malah dapat
membantu masyarakat sekeliling dengan ilmu di dada mereka.Hal ini bertepatan dengan
peribahasa orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Dengan amalan ini,
hal ini dapat memastikan populasi masyarakat akan bertambah maju sejurus menyumbang
kemajuan ini kepada negara tercinta. Di samping itu, kejayaan ini dapat mewujudkan
masyarakat yang berdaya saing dengan penduduk negara maju.Misalnya, negara China
yang kian maju berasaskan pendidikan industri.Menurut kajian, statistik menunjukkan
kebanyakkan rakyat negara China gemar membaca sarat dengan pelbagai idea untuk
menghasilkan perkara baru.Oleh itu, mereka tidak bergantung kepada negara luar untuk
menghasilkan sesuatu yang baru.Kejayaan mereka yang jelas kelihatan pada era globalisasi
kini patut diberi pujian yang tinggi kerana pencapaian mereka hanyalah berasaskan
membaca.Secara kesimpulannya, masyarakat Malaysia perlu menghayati pencapaian itu
kerana sabda Rasulullah S.A.W, tuntutlah ilmu hingga ke negara China.
         Sebagai pengitlakannya, amalan membaca dapat memberi manfaat yang berguna
kepada setiap individu tidak kira golongan tua mahupun golongan muda. Sekiranya semua
pihak tidak memekakkan telinga, tidak hanya membisukan mulut, membutakan mata
mereka, maka negara akan berdiri standing dengan negara moden pada masa ini. Dalam
mengejar wawasan 2020, semua rakyat perlu memahami amalan membaca supaya amalan
ini mampu menjadi amalan turun temurun. Jika kita halusi dengan lebih terperinci, negara-
negara moden seperti Jepun mengamalkan amalan membaca yang sangat penting dalam
diri setiap penghuni yang berada dalam negara tersebut. Hal ini disebabkan mereka
mengamalkan amalan membaca dalam kehidupan seharian.Oleh itu, kita perlu berganding
bahu memupuk amalan membaca supaya amalan ini boleh memberi 1001 manfaat ke arah
pembentukan negara maju.
Menggorak langkah berjalan pulang,
Mawar disisip hiasan dara,
Membaca amalan cemerlang terbilang,
Mencorak ke arah kemajuan negara.



Tema : membaca
       Arah : usaha


        Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir keruncingan minat membaca buku-
buku ilmiah dalam kalangan masyarakat di Malaysia . Keruncingan minat membaca buku-
buku ilmiah di negara kita semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan
tokoh ilmuwan baik di warung-warung kopi mahupun di parlimen . Hal ini kerana, kita
sering didedahkan dengan isu ini di dada-dada akhbar di dalam negara kita . Karya-karya
para ilmuwan dapat memberikan pengetahuan yang penting dalam kehidupan seharian .
Melalui membaca bahan ilmiah , kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung
yakni tidak mengetahui sebarang perkembangan mahupun pengajaran . Membaca juga
dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji dan tinggi dalam kalangan marhaen. Selain itu ,
ibu bapa dapat memainkan peranan yang penting dalam mengatasi isu ini . Ibu bapa dapat
melatih anak – anak sejak kecil untuk meminati buku ilmiah seperti melentur buluh biarlah
dari rebungnya . Tiada penyakit yang tiada penawarnya , maka usaha – usaha yang konkrit,
sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh
dibasmi hingga ke akar umbi .


        Pada realitinya , memang tidak dapat dinafikan bahawa membeli bahan bacaan
yang berbentuk ilmiah dan dijadikan sebagai hadiah ialah prakarsa utama yang dapat
menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah di negara kita kita . Dalam
konteks ini , anak-anak akan berasa teruja dan dapat meningkatkan keinginan anak – anak
untuk membaca apabila ibu bapa menghadiahkan bahan bacaan kepada mereka . Selain itu
, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak – anak dengan membaca sekurang –
kurangnya surat khabar harian untuk memberi galakan kepada anak – anak supaya mereka
turut gemar membaca. Sekiranya usaha ini berjaya , negara kita akan dapat melahirkan
generasi muda yang berilmu pengetuan dan cendekiawan serta dapat menjadi tunjang
kekuatan negara pada masa akan datang . Menurut Dr .H.M Tuah Iskandar Al-Haj,
pengetahuan ialah teman anda yang terbaik dan sentiasa mengikut anda ke mana-mana
pun anda pergi dan tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan
sesuatu yang berharga.Sesungguhnya terbuktilah bahawa membeli bahan bacaan yang
berbentuk ilmiah sebagai hadiah merupakan usaha yang pramatik yang dapat
mengalakkan anak-anak mengamalkan amalan membaca tanpa mengira masa serta
tempat.

   Sebagaimana yang kita maklumi bahawa menggalakkan anak-anak ke perpustakaan
awam dan membuat pinjaman buku-buku ilmiah secara berkala oleh ibu bapa merupakan
usaha seterusnya yang boleh menggalakkan anak-anak membaca karya ilmiah di negara
kita.Dalam konteks ini anak-anak dapat mendekatkan diri dengan buku-buku di
perpustakaan dan menanamkan sifat membaca buku yang bermanfaat dalam diri
mereka.Di samping itu, anak-anak dapat membaca buku-buku ilmiah secara berterusan
apabila mereka sentiasa dibawa oleh ibu bapa ke perpustakaan.Oleh itu, situasi ini boleh
menyebabkan mereka minat membaca buku-buku ilmiah dan mencapai tahap yang
memuaskan sebagaimana yang dikehendaki oleh ibu bapa mereka. Usaha ini juga boleh
dijayakan melalui program ‘Perpustakaan Bergerak’ dari sekolah ke sekolah oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui usaha ini, anak-anak dapat meminjam buku-buku
ilmiah secara berkala dan mudah.Sesungguhnya terbuktilah bahawa menggalakkan anak-
anak ke perpustakaan awam dan membuat pinjaman buku-buku ilmiah secara berkala
sejak kecil seperti, melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan usaha yang
pragmatik untuk menanamkan sifat membaca dalam diri anak-anak.

    Jika ditelusuri secara mendalam antara usaha lain yang boleh diimplementasikan ialah
ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai sesuatu aktiviti bersifat ilmiah seperti
diskusi ilmiah tentang sesebuah buku yang baharu diterbitkan. Hal ini kerana, anak-anak
berpeluang untuk berkongsi idea antara satu sama lain melalui diskusi yang diadakan.
Tambahan pula, mereka dapat memperoleh informasi baharu dan pengetahuan terkini.
Melalui diskusi ini juga, anak-anak dapat meningkatkan penguasaan bahasa melayu
mereka melalui membaca dan menambahkan keyakinan mereka serta dapat bertukar-
tukar pandangan dengan rakan-rakan yang lain. Sebagai contoh, Kementerian Pelajaran
Malaysia juga menyarankan pihak sekolah mengadakan aktiviti ilmiah seperti resensi buku
murid-murid dan guru.Sekiranya hal ini dilaksanakan dengan penuh jaya, sudah pastilah
sikap membaca dalam kalangan anak-anak dapat diterapkan ke dalam sanubari mereka,
bak kata pepatah membaca itu jambatan ilmu.

    Satu lagi peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-
karya ilmiah adalah dengan menyediakan bahan-bahan ilmiah di sudut bacaan.Dalam
konteks ini, dengan menubuhkan satu perpustakaan mini di rumah dapat menyemai tabiat
membaca dalam diri anak-anak.Ibu bapa perlulah mengambil langkah pragmatik bagi
memastikan anak-anak mereka menggunakan perpustakaan yang telah disediakan dengan
sebaik-baiknya.Oleh itu, perpustakaan mini tersebut mestilah dilengkapi bahan-bahan
bacaan yang menarik, bermanfaat dan bersesuaian dengan minat dan umur anak-
anak.Susun atur buku dan perabot juga mestilah ringkas dan sistematik.Hal ini dapat
menggalakkan anak-anak mereka untuk membaca dan dapat menghalang mereka
membazir masa lapang dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah di luar
rumah.Sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu dan masa itu emas.Selain itu, penubuhan
perpustakaan mini dapat memudahkan anak-anak untuk mencari maklumat. Hal ini
kerana, mereka boleh memperoleh maklumat tersebut di rumah tanpa perlu mengeluarkan
kos dan masa yang lebih panjang untuk ke perpustakaan awam. Jelaslah bahawa dengan
menyediakan bahan-bahan ilmiah di sudut bacaan di rumah dapat menggalakkan anak-
anak membaca dan menambah ilmu pengetahuan dan tidak jadi seperti katak di bawah
tempurung.
Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah menggalakkan
anak-anak mengumpul koleksi buku-buku ilmiah yang diminati merupakan usaha
seterusnya untuk menanam sikap minat membaca buku.Dalam konteks ini, ibu bapa dapat
menarik minat anak-anak untuk membaca buku.Selain itu, anak-anak dapat menambah
ilmu pengetahuan daripada membaca pelbagai buku ilmiah yang dikumpul. Di samping itu,
anak-anak akan berfikiran lebih matang dan seterusnya menjadi insan yang kamil. Oleh itu,
situasi ini boleh dijayakan sekiranya ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-
anak.Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.Pepatah ini amat bersesuaian dengan sikap ibu
bapa kepada anak-anak. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi
Muhammad S.A.W. ialah surah al-Alaq ayat satu hingga lima yang memerintahkan umat
Islam supaya membaca. Ayat ini menerangkan bahawa melalui pembacaan, seseorang itu
akan mendapat ilmu dan menambahkan ilmunya. Oleh itu, sebagai umat Islam, kita
diwajibkan membaca keran perkara ini telah tertulis dalam surah Al-Alaq.Sesungguhnya
terbuktilah bahawa menggalakkan anak-anak mengumpul koleksi ilmiah merupakan satu
usaha untuk menanam sikap minat membaca.

    Secara tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa minat untuk menelaah buku-buku
ilmiah dalam kalangan remaja masih di tahap sederhana dan perlu dipertingkatkan
lagi.Namun begitu, isu ini dapat diatasi jika ibu bapa dan pihak luar berganding bahu
mengambil langkah pragmatik bagi memperhalusi masalah ini agar anak-anak remaja
gemar untuk membaca bahan-bahan ilmiah yang memberikan keuntangan kepada
mereka.Selain itu, harapan Perdana Menteri dapat direalisasikan apabila melihat anak-
anak didik cemerlang yang kaya dengan ilmu intelek dapat dilahirkan.Lantaran itu, sudah
tentu Malaysia mempunyai lapisan generasi yang berkualiti dan berilmu pengetahuan yang
dapat memartabatkan negara kita. Generasi ini akan membawa Malaysia memacu ke
hadapan untuk mencapai kejayaan yang setanding dengan negara lain ibarat berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah. Sesungguhnya, membaca buku ilmiah membawa banyak
maslahat yang positif dan tidak merugikan sesiapa.



USAHA-USAHA YANG PERLU ANDA LAKUKAN UNTUK MENJADIKAN MEMBACA
AMALAN                                                  HIDUP

Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan pada hari ini telah menyebabkan
remaja hilang keyakinan diri dan ketahanan jiwa. Mereka lebih terdorong dan gemar
melakukan pelbagai aktiviti negatif seperti berpeleseran, membuli dan
vandalisme.Mengapakah mereka melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan
sebarang keuntungan kepada mereka?Tidak pernahkah terdetik dalam sanubari
mereka bahawa terdapat pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan oleh mereka
khususnya dengan membaca?Apakah yang dimaksudkan dengan membaca dan
apakah kepentingannya?Membaca didefinisikan sebagai memerhati sesuatu yang
tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahami makna kandunganya.Kepentingannya
pula adalah untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan.Hal ini kerana,
membacalah yang menghubungkan antara manusia dengan segala ilmu pengetahuan.
Berdasarkan kajian, rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Hal ini
amat berbeza bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan dengan bilangan buku yang
dibaca oleh rakyat Jepun .Justeru, kita perlulah mencari formula terbaik persis mutiara
yang buruk dibuang, denganrunding yang baik ditarik dengan muafakat untuk
menjadikan rakyat Malaysia gemar membaca. Oleh itu, tanpa menuding jari ke arah
orang lain kerana dikhuatiri bagaimenepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri,
sebagai seorang pelajar dan remaja kita perlulah mencari inisiatif dan cara yang efektif
untuk menjadikan membaca itu amalan hidup.

Selain itu , remaja juga boleh ikut serta secara aktif dalam program NILAM atau Nadi
Ilmu Amalan Membaca. Hal ini kerana, NILAM berfungsi untuk menarik minat para
pelajar membaca dalam kuantiti yang banyak. Melalui program ini , remaja perlu
membaca dua versi buku iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan kemudiannya
direkodkan di dalam Buku Nilam. Pelajar yang membaca dalam kuantiti yang banyak
akan diberi penghargaan bermula daripada gangsa, perak, emas dan seterusnya nilam.
Malah, pelajar yang aktif juga boleh mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu
peringkat             daerah,            negeri            dan            kebangsaan.

Remaja juga perlu menjadikan amalan membaca sebagai hobi pada masa senggang
.Aktiviti ini jauh lebih baik berbanding remaja melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa
remaja ke arah negatif.Daripada remaja membiarkan masa yang terluang terbiar begitu
sahaja, remaja perlu mengisinya dengan membaca kerana Masa itu emas. Marcus
Aurelis pernah berkata,“jangan membuang masa memikirkan bagaimana untuk menjadi
orang yang baik, sebaliknya mulakan dengan diri sendiri dahulu” . Di sini jelaslah
bahawa remaja itu sendiri perlu menggalakkan dirinya agar melakukan sesuatu yang
baik.Dengan itu, remaja perlulah sentiasa menggalakkan diri sendiri agar sentiasa
membaca                         ketika                waktu                      senggang.

Seterusnya , remaja juga boleh membuat langganan buku pada setiap bulan . Buku-
buku atau majalah yang dilanggan bukanlah sekadar berunsurkan tarbiah sahaja tetapi
juga bercorak santai . Tamsilnya, Dewan Siswa, majalah i-sihat dan Solusi . Di
manakah remaja boleh melanggan buku-buku tersebut ? Remaja boleh melanggannya
di kedai-kedai buku , internet atau meminta bantuan guru di sekolah untuk melanggan.
Impaknya, remaja akan sentiasa membaca pada setiap masa, menjimatkan masa dan
dapat mengetahui perkembangan terkini apabila melanggan buku pada setiap bulan.
Remaja perlulah sentiasa berusaha mencari pelbagai jenis buku dengan cara
melanggan buku pada setiap bulan. Persis kata peribahasa di mana ada kemahuan,
di                         situ                      ada                       jalan.

Remaja juga boleh menjadikan individu yang gemar membaca dan sentiasa dekat
dengan buku sebagai idola . Sebagai contoh, A.Samad Said yang terkenal dengan
karya puisinya, Profesor Diraja Ungku Aziz, Mary Renault dengan buku-buku
sejarahnya dan penulis tersohor, Sharifah Abu Salim . Apabila remaja menjadikan
mereka sebagai idola, remaja akan sentiasa terdorong untuk membaca dan menjadi
seperti mereka. Positifnya, remaja akan sentiasa menjadikan idola mereka itu sebagai
hala tuju. Hal ini kerana, ketekalan dan kejituan mereka dalam usaha menulis buku
untuk dijadikan bahan rujukan harus dihargai dan dijadikan pendorong . Walaupun kini
maklumat di hujung jari tetapi tidak mungkin maklumat yang diperoleh itu menyamai
secara total seperti yang ditulis oleh mereka. Hal ini kerana, hanya jauhari yang
mengenal manikam .Justeru, remaja haruslah menjadikan tokoh-tokoh tersohor ini
sebagai idola berbanding dengan menjadikan artis sebagai pujaan hati mereka.

Prakarsa seterusnya ialah berkawanlah dengan rakan sebaya yang gemar membaca
atau lebih dikenali sebagai ulat buku.Hal ini demikian kerana, pengaruh rakan sebaya
amat kuat semasa peringkat remaja. Malah, Saidina Ali bin Abi Talib juga ada
mengatakan,“selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak dapat mencari rakan
dan orang yang lemah daripada itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang
dicari”. Melalui kata-kata ini, dapatlah disimpulkan bahawa rakan itu amat besar nilainya
dan rakanlah yang dapat memberi kita pelbagai faedah. Dengan itu , remaja perlulah
arif memilih rakan seperti rakan yang rajin membaca. Jika remaja tersilap langkah
dalam memilih rakan, tidak mustahil mereka akan menjadi duri dalam daging dalam
hidup                                                                                kita.

Konklusinya , sebagai seorang remaja kita perlulah sentiasa berusaha memajukan diri
untuk jaminan masa hadapan. Hal ini kerana, remaja adalah pewaris tampuk
kepimpinan negara.Remaja merupakan aset negara kerana pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Janganlah biarkan usia remaja dipenuhi dengan perkara sia-sia.
Kontradiksinya, penuhilah masa remaja kita dengan aktiviti yang berfaedah seperti
amalan membaca. Remaja perlu berpegang teguh dan jitu dengan slogan “Membaca
itu Jambatan Ilmu”< dan “Rakyat Membaca , Bangsa Berjaya” seperti yang diuar-
uarkan oleh Perdana Menteri Malaysia kita , Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak “generasi
berpengetahuan merupakan tunjang untuk mencapai wawasan 2020 bagi menjadikan
Malaysia            sebagai             sebuah               negara            maju”.
[971 patah kata]


Khutbah jumaat

Membaca merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat
dengan menggunakan deria dan minda sama ada melalui bahan-bahan bercetak
atau media elektronik seperti komputer dan sebagainya. Deria dan minda yang
dicerna dengan ilmu pengetahuan hasil pembacaan akan menjana kehidupan
manusia yang sentiasa inginkan perubahan. Sedikit ilmu yang diperolehi akan
merangsang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu pengetahuan
yang lain seterusnya akan terbentuk satu budaya membaca di kalangan
masyarakat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Melahirkan mayarakat yang berilmu dan mewujudkan budaya membaca
bukanlah suatu yang mudah. Tahap pembacaan masyarakat Malaysia masih lagi
rendah dan perlu dijana dengan lebih sepadu agar dapat melahirkan masyarakat
berilmu dan bermaklumat. Sehubungan itu pada bulan Julai setiap tahun,
kerajaan melancarkan kempen bulan membaca, bagi menggerakkan dan
menyedarkan masyarakat agar menjadikan ianya sebagai budaya dan terus
sebati pada setiap masa dan keadaan. Budaya membaca adalah titik tolak
kepada kemajuan sesuatu bangsa. Oleh itu, budaya membaca menjadikan kita
masyarakat yang berilmu.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
 3Sejarah kegemilangan Islam telah memperlihatkan bahawa tamadun keilmuan
telah bertapak dalam sejarah keagungannya. Perkembangan ilmu pengetahuan
telah melahirkan tokoh-tokoh cendekiawan terulung antaranya imam-imam
mazhab, Imam al-Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Rusydi, al-Khawarizmi. Di nusantara
ini juga tidak ketinggalan dalam melahirkan para ilmuan seperti Tok Kenali, alMarbawi, Sheikh
Daud Fatani dan ramai lagi. Tokoh-tokoh tersebut telah
mewariskan kepada kita dengan pelbagai bidang keilmuan sebagai bukti dan
motivasi bahawa tamadun keilmuan boleh muncul kembali. Suatu usaha harus
digerakkan iaitu membudayakan tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Bagi melahirkan budaya membaca dalam masyarakat, terdapat pelbagai
pendekatan yang boleh digunakan, antaranya ialah:-

Pertama, usaha menyedarkan masyarakat dan memperbetulkan sikap
pengabaian minat membaca, wajar digerakkan. Usaha utama yang perlu
dilakukan ialah dengan mengubah sikap masyarakat yang malas membaca
kepada cintakan ilmu pengetahuan. Kempen kesedaran membaca perlu
diadakan secara lebih sistematik dan meluas termasuk mengadakannya di
tempat awam seperti di pusat membeli belah, stesen pengangkutan awam dan di
tempat-tempat lain. Para pentadbir sekolah atau institusi pendidikan tinggi pula,
perlu mengadakan minggu membaca atau program yang boleh mencerna diri
pelajar antuk membudayakan tabiat membaca seperti kempen selangkah ke
perpustakaan, sejuta pengetahuan.

Penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk di kalangan anak-anak sejak
mereka kecil lagi. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam aspek ini.
Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan
dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara
bercerita. Disamping itu, ibu bapa perlu juga memperuntukkan perbelanjaan
keluaga dengan membeli buku-buku ilmiah.

Kedua, mewujudkan suasana yang boleh mendorong tabiat membaca. Bagi
mewujudkan suasana yang terarah kepada budaya membaca, institusi keluarga
perlu mewujudkan perpustakaan mini di rumah selain menitikberatkan lebih
 4banyak aktiviti pembacaan secara bersama dalam kehidupan seharian serta
perlu dijadikan aktiviti bersama seperti makan dan solat berjemaah.

Ketiga, menggerakkan penulisan buku-buku ilmiah yang bermutu dan berkualiti.
Para ulama’, cendekiawan dan ilmuan perlu memainkan peranan penting dalam
menghasilkan buku-buku ilmiah yang bermutu dan menterjemahkan buku-buku
dari bahasa Arab, bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa yang mempunyai nilai
ilmu yang tinggi ke dalam bahasa ibunda agar ianya dapat menjadi rujukan
masyarakat. Di samping itu, pihak kerajaan disarankan perlu memberi
penghargaan tertinggi kepada para ilmuan dan cendikiawan yang berjaya
melahirkan karya-karya ilmiah seperti yang pernah dilakukan oleh Khalifah Harun
al-Rashid yang menimbang kitab yang dihasilkan oleh para cendikiawan dan
memberi ganjaran emas seberat kitab yang dihasilkan. Secara tidak langsung
ianya akan merancakkan aktiviti dakwah Islamiah. Saidina Ali bin Abi Talib
pernah mengatakan: Berbicaralah dengan manusia dengan apa yang mereka
dapat mengetahuinya dan tinggalkanlah apa yang tidak mereka ketahui. Apakah
kamu semua mahukan Allah dan Rasul-Nya didustakan?

Keempat, penerbit-penerbit buku perlu meningkatkan promosi buku-buku ilmiah.
Usaha ini bukan hanya terletak di bahu kerajaan, malah penerbit-penerbit buku
juga bertanggungjawab mengetengahkan buku-buku mereka dengan potongan
dan tawaran harga yang menarik. Penerbit buku juga perlu memastikan bahanbahan atau buku-
buku yang dijual mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.

Akhirnya, mimbar jumaat hari ini menyeru kepada hadirin sekalian agar terus
menjadikan membaca sebagai satu budaya untuk kita menambah ilmu dan
dengannya kita dapat beramal seterusnya membina tamudun yang gemilang.


ENGAJA ditulis pada ruangan ini berkenaan dengan kepentingan membaca.Mudah-
mudahan masyarakat Malaysia membudayakan budaya iqra’ dalam kehidupan harian
mereka.
Di sini, disertakan mutiara kata dan hikmah oleh cendekiawan dan tokoh berkenaan
dengan menuntut ilmu dan membaca.
Suatu ketika, ada seorang lelaki mengadu kepada Imam Ahmad bin Hanbal tentang
perasaannya yang sedih dan kesepian, lalu Imam Ahmad berkata kepada sahabatnya:
“Ambil buku lalu baca!”
Pernah suatu ketika, para sahabat Abdullah bin Mubarak berkata kepadanya: “Kenapa
kamu tidak mahu duduk dan berkumpul dengan kami?” Lalu dia berkata kepada
mereka: “Saya lebih senang duduk dan berkumpul bersama Baginda SAW dan para
sahabat (iaitu lebih senang bersama buku-bukunya), kerana setiap kali berkumpul di
dalam majlis, kamu selalu mengumpat dan membicarakan orang lain.”
Abdullah bin al-Amri berkata: “Tidak ada sesuatu yang lebih bermanfaat dari buku”.
Al-Ma’mun berkata: “Tidak ada sesuatu yang lebih mengasyikkan dari berjalan-jalan di
alam fikiran orang-orang berilmu”.
Al-Jahiz berkata: “Buku adalah sebaik-baik kawan penghibur tatkala kesepian dan
sebaik-baik kawan di kala menyendiri”.
Sesungguhnya berbual dengan kitab-kitab pada saat-saat yang panjang menanamkan
air mata yang banyak berkilauan, terpancar daripadanya sungai-sungai hikmah
terbelah, lalu keluar daripadanya air bayan, turun daripadanya khazanah-khazanah
kecerdikan dan petikan-petikan genius.
Maka kitab-kitab adalah pintu gerbang agama dan nikmat pendidikan asal, bagi akal
yang waras.
Kitab tidak mempunyai sifat mengumpat, riak, hasad dan takbur, kitab tidak mempunyai
perasaan bosan, jemu, muak dan kebencian.
Kitab mengandungi hikmat yang terang benderang, pengajaran yang cemerlang,
ungkapan yang fasih, metod yang betul, pandangan yang segar, khabar yang terpilih
dan eksperimen yang hidup.
Dr. Aidh al-Qarni berkata: “Antara buku-buku yang akan cepat mati adalah buku-buku
pemikiran yang hanya bersifat karangan belaka, di dalamnya tidak tercantum nas-nas
agama, penukilan, analisa mahupun pendalaman suatu bidang”.
Dr. Aidh al-Qarni menyeru supaya membaca dan merenungi riwayat hidup para
sahabat, tabi’in, para ulama besar dan orang soleh.
Ini kerana hal sedemikian dapat menjadikan hati seseorang lembut dan tidak keras.
Francis Bacon berkata: “Sedikit ilmu malah memungkinkan dapat membuat anda
menjadi orang yang ateis, dan jika anda mahu memperdalam ilmu, maka anda akan
beriman kepada Tuhan”.
Amat baik kita meneruskan aktiviti membaca kerana terlalu banyak faedah dan
manfaatnya.Dinukilkan di sini, pendapat Dr. Aidh al-Qarni melalui bukunya Beginilah
Zaman Memotivasikan Kita.
Antara lain, beliau berkata: “Aktiviti membaca dapat menambah ilmu, wawasan dan
meluaskan lagi cakerawala pemikiran setiap orang yang mahu membaca, karya-karya
orang lain dan ilmu pengetahuan mereka, maka sudah pasti pengetahuan dan
wawasannya akan semakin bertambah luas dan akal fikirannya dapat berkembang,
terutama jika yang dibaca adalah hal-hal yang bermanfaat.
“Saya dapat merenungi pelbagai permasalahan dan pengalaman yang nampak, kerana
tidak lain adalah dari membaca buku.
“Daripada aktiviti membaca, saya dapat mengemukakan pelbagai hal yang menarik dan
menakjubkan.
“Saya dapat mengetahui pelbagai pengalaman, kejadian dan musibah yang menimpa
umat manusia.
“Melalui aktiviti membaca, abad-abad yang telah lalu seolah-olah digulung di hadapan
saya seperti lembaran-lembaran kertas, seolah-olah bangsa yang telah lalu
dikumpulkan di hadapan saya.
“Wahai orang yang dapat bersabar untuk menyendiri, yang dibukakan baginya pintu
pengetahuan dan wawasan yang bersabar hanya berteman buku, jangan kamu
bersedih hati dan menyesal kerana telah kehilangan beberapa hal di luar sana.
“Ini kerana sebenarnya kamu hanya kehilangan orang yang iri hati, cepat bosan atau
orang yang pemarah.
“Sesiapa yang telah merasakan nikmatnya uzlah (menyendiri) bersama buku-buku yang
bermanfaat, maka ia tidak akan menginginkan pengganti yang lain, sekalipun ia berupa
kerajaan Kisra dan Kaisar.
MEMBACA MENINGKATKAN ILMU

More Related Content

What's hot

Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3Mariana Lopez
 
Bank pusat negara
Bank pusat negaraBank pusat negara
Bank pusat negaramastura71
 
Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretikaEtika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretikaMISS ESTHER
 
Fungsi petempatan bandar dan luar bandar
Fungsi petempatan bandar dan luar bandarFungsi petempatan bandar dan luar bandar
Fungsi petempatan bandar dan luar bandarMohd Alfathi
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme firo HAR
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARNaveen Segaran
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangHT Hong
 
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karanganPeribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karangannooraini kasturi
 
Peribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPMPeribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPMM D
 
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
Ujian Bertutur  Bahasa MelayuUjian Bertutur  Bahasa Melayu
Ujian Bertutur Bahasa MelayuNur Syafika
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...Normarjana Ibrahim
 

What's hot (20)

Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
 
KEPENTINGAN SEJARAH
KEPENTINGAN SEJARAHKEPENTINGAN SEJARAH
KEPENTINGAN SEJARAH
 
Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3
 
Objektif kajian sejarah pmr
Objektif kajian sejarah pmrObjektif kajian sejarah pmr
Objektif kajian sejarah pmr
 
Sejarah spm kbat
Sejarah spm kbatSejarah spm kbat
Sejarah spm kbat
 
Bank pusat negara
Bank pusat negaraBank pusat negara
Bank pusat negara
 
Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretikaEtika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
 
Fungsi petempatan bandar dan luar bandar
Fungsi petempatan bandar dan luar bandarFungsi petempatan bandar dan luar bandar
Fungsi petempatan bandar dan luar bandar
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
 
6. Polimer Semula Jadi
6. Polimer Semula Jadi6. Polimer Semula Jadi
6. Polimer Semula Jadi
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karanganPeribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
 
Sejarah bab 1
Sejarah bab 1Sejarah bab 1
Sejarah bab 1
 
Peribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPMPeribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPM
 
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
Ujian Bertutur  Bahasa MelayuUjian Bertutur  Bahasa Melayu
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
 
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remajaKepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
 
Kata tunggal
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
 

Viewers also liked

Usaha usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
Usaha usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakatUsaha usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
Usaha usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakatNormarjana Ibrahim
 
Faedah membaca
Faedah membacaFaedah membaca
Faedah membacafardzli71
 
Pusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala Tuju
Pusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala TujuPusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala Tuju
Pusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala TujuFadzliaton Zainudin
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -RheMinat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhemashran saudin
 
Kertas kerja membaca 1 malaysia
Kertas kerja membaca 1 malaysiaKertas kerja membaca 1 malaysia
Kertas kerja membaca 1 malaysiasoulmoon
 
Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahanone piece
 
FAKTOR MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR
FAKTOR MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJARFAKTOR MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR
FAKTOR MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJARFad Deen
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaAlia Maisarah
 
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisYang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisWendy Lim Siew
 
13. pembelajaran membaca menulis.
13. pembelajaran membaca menulis.13. pembelajaran membaca menulis.
13. pembelajaran membaca menulis.Faris Rusli
 

Viewers also liked (20)

Amalan membaca dalam kalangan rakyat
Amalan membaca dalam kalangan rakyatAmalan membaca dalam kalangan rakyat
Amalan membaca dalam kalangan rakyat
 
Usaha usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
Usaha usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakatUsaha usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
Usaha usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
 
Memupuk Budaya Membaca Dalam Kalangan Anak-anak
Memupuk Budaya Membaca Dalam Kalangan Anak-anakMemupuk Budaya Membaca Dalam Kalangan Anak-anak
Memupuk Budaya Membaca Dalam Kalangan Anak-anak
 
Definisi membaca
Definisi membacaDefinisi membaca
Definisi membaca
 
Faedah membaca
Faedah membacaFaedah membaca
Faedah membaca
 
Pusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala Tuju
Pusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala TujuPusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala Tuju
Pusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala Tuju
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -RheMinat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
 
Kertas kerja membaca 1 malaysia
Kertas kerja membaca 1 malaysiaKertas kerja membaca 1 malaysia
Kertas kerja membaca 1 malaysia
 
Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahan
 
FAKTOR MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR
FAKTOR MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJARFAKTOR MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR
FAKTOR MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 
Pidato spontan
Pidato spontanPidato spontan
Pidato spontan
 
PENGEMBANGAN BUDAYA BACA MELALUI Taman Bacaan Masyarakat (TBM)
PENGEMBANGAN BUDAYA BACAMELALUI Taman Bacaan Masyarakat (TBM)PENGEMBANGAN BUDAYA BACAMELALUI Taman Bacaan Masyarakat (TBM)
PENGEMBANGAN BUDAYA BACA MELALUI Taman Bacaan Masyarakat (TBM)
 
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisYang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlis
 
GBM1103 : Ceramah dan Syarahan
GBM1103 : Ceramah dan SyarahanGBM1103 : Ceramah dan Syarahan
GBM1103 : Ceramah dan Syarahan
 
Keterampilan Membaca
Keterampilan MembacaKeterampilan Membaca
Keterampilan Membaca
 
13. pembelajaran membaca menulis.
13. pembelajaran membaca menulis.13. pembelajaran membaca menulis.
13. pembelajaran membaca menulis.
 
Minat Membaca
Minat MembacaMinat Membaca
Minat Membaca
 

Similar to MEMBACA MENINGKATKAN ILMU

Folio Budaya Membaca
Folio Budaya MembacaFolio Budaya Membaca
Folio Budaya MembacaMimi Mokhtar
 
Karya ilmiah minat baca siswa
Karya ilmiah minat baca siswaKarya ilmiah minat baca siswa
Karya ilmiah minat baca siswaAndi Uli
 
Tugas talabek
Tugas talabekTugas talabek
Tugas talabek33335
 
RENDAHNYA MINAT BACA SISWA
RENDAHNYA MINAT BACA SISWARENDAHNYA MINAT BACA SISWA
RENDAHNYA MINAT BACA SISWANopiputri
 
Contoh karya tulis ilmiah lengkap
Contoh karya tulis ilmiah lengkapContoh karya tulis ilmiah lengkap
Contoh karya tulis ilmiah lengkapGiyanti Gie
 
Karakter Administrasi Kelas X APK 1 SMKN 2 PALANGKARAYA
Karakter Administrasi Kelas X APK 1 SMKN 2 PALANGKARAYAKarakter Administrasi Kelas X APK 1 SMKN 2 PALANGKARAYA
Karakter Administrasi Kelas X APK 1 SMKN 2 PALANGKARAYAFadil Gates
 
Pendidikan kewarganegaraan kelas 3 - novida mulyaningrum
Pendidikan kewarganegaraan kelas 3  - novida mulyaningrumPendidikan kewarganegaraan kelas 3  - novida mulyaningrum
Pendidikan kewarganegaraan kelas 3 - novida mulyaningrumprimagraphology consulting
 
Sd4pkn p kn sri nuryani
Sd4pkn p kn sri nuryaniSd4pkn p kn sri nuryani
Sd4pkn p kn sri nuryaniValentyasOlin
 
Sd4pkn p kn sri nuryani
Sd4pkn p kn sri nuryaniSd4pkn p kn sri nuryani
Sd4pkn p kn sri nuryaniValentyasOlin
 
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN UNTUK SD & MI KELAS 4 -- SRI NURYANI & LINA YALANTI
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN UNTUK SD & MI KELAS 4 -- SRI NURYANI & LINA YALANTIPENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN UNTUK SD & MI KELAS 4 -- SRI NURYANI & LINA YALANTI
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN UNTUK SD & MI KELAS 4 -- SRI NURYANI & LINA YALANTIprimagraphology consulting
 
Pengelola taman bacaan vq
Pengelola taman bacaan vqPengelola taman bacaan vq
Pengelola taman bacaan vqViki Iswanto
 
Contohkaryatulisilmiah 130922095559-phpapp02
Contohkaryatulisilmiah 130922095559-phpapp02Contohkaryatulisilmiah 130922095559-phpapp02
Contohkaryatulisilmiah 130922095559-phpapp02Rezza Yanuar
 

Similar to MEMBACA MENINGKATKAN ILMU (20)

Folio Budaya Membaca
Folio Budaya MembacaFolio Budaya Membaca
Folio Budaya Membaca
 
Jendela berdebu
Jendela berdebuJendela berdebu
Jendela berdebu
 
Percob pertama
Percob pertamaPercob pertama
Percob pertama
 
Karya ilmiah minat baca siswa
Karya ilmiah minat baca siswaKarya ilmiah minat baca siswa
Karya ilmiah minat baca siswa
 
1
11
1
 
Bm
BmBm
Bm
 
Tugas talabek
Tugas talabekTugas talabek
Tugas talabek
 
RENDAHNYA MINAT BACA SISWA
RENDAHNYA MINAT BACA SISWARENDAHNYA MINAT BACA SISWA
RENDAHNYA MINAT BACA SISWA
 
Contoh karya tulis ilmiah lengkap
Contoh karya tulis ilmiah lengkapContoh karya tulis ilmiah lengkap
Contoh karya tulis ilmiah lengkap
 
Karakter Administrasi Kelas X APK 1 SMKN 2 PALANGKARAYA
Karakter Administrasi Kelas X APK 1 SMKN 2 PALANGKARAYAKarakter Administrasi Kelas X APK 1 SMKN 2 PALANGKARAYA
Karakter Administrasi Kelas X APK 1 SMKN 2 PALANGKARAYA
 
Pendidikan kewarganegaraan kelas 3 - novida mulyaningrum
Pendidikan kewarganegaraan kelas 3  - novida mulyaningrumPendidikan kewarganegaraan kelas 3  - novida mulyaningrum
Pendidikan kewarganegaraan kelas 3 - novida mulyaningrum
 
Karangan Bahasa Melayu
Karangan Bahasa MelayuKarangan Bahasa Melayu
Karangan Bahasa Melayu
 
Sd4pkn p kn sri nuryani
Sd4pkn p kn sri nuryaniSd4pkn p kn sri nuryani
Sd4pkn p kn sri nuryani
 
Sd4pkn p kn sri nuryani
Sd4pkn p kn sri nuryaniSd4pkn p kn sri nuryani
Sd4pkn p kn sri nuryani
 
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN UNTUK SD & MI KELAS 4 -- SRI NURYANI & LINA YALANTI
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN UNTUK SD & MI KELAS 4 -- SRI NURYANI & LINA YALANTIPENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN UNTUK SD & MI KELAS 4 -- SRI NURYANI & LINA YALANTI
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN UNTUK SD & MI KELAS 4 -- SRI NURYANI & LINA YALANTI
 
Pengelola taman bacaan vq
Pengelola taman bacaan vqPengelola taman bacaan vq
Pengelola taman bacaan vq
 
makalah Nurruba Rahayu.pdf
makalah Nurruba Rahayu.pdfmakalah Nurruba Rahayu.pdf
makalah Nurruba Rahayu.pdf
 
Program kerja perpustakaan
Program kerja perpustakaanProgram kerja perpustakaan
Program kerja perpustakaan
 
Contohkaryatulisilmiah 130922095559-phpapp02
Contohkaryatulisilmiah 130922095559-phpapp02Contohkaryatulisilmiah 130922095559-phpapp02
Contohkaryatulisilmiah 130922095559-phpapp02
 
Perpustakaan keliling
Perpustakaan kelilingPerpustakaan keliling
Perpustakaan keliling
 

MEMBACA MENINGKATKAN ILMU

  • 1. 1. Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa untuk menjadikan aktiviti membaca mendatangkan pelbagai faedah kepada seseorang. Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup. Pendahuluan : Ketika Malaikat Jibril memeluknya dan mengajarkan baginda membaca, Nabi Muhamad SAW sebelum itu adalah buta huruf. Namun, dengan berkat membaca yang bermula dengan surah Iqra, baginda telah bangkit sebagai pemimpin agung yang memancari seluruh jazirah Arab dan dunia amnya dengan wadah keilmuan yang tiada tolok bandingannya. Demikianlah suatu keajaiban ilmu dengan wasilah membaca. Membaca Jambatan Ilmu adalah antara slogan yang menyatakan sekiranya mahu berada dalam alam bijaksana pilihlah wadah membaca. Demi merealisasikan tradisi keilmuan itu, wajarlah pelbagai langkah dan strategi diambil oleh seseorang untuk mengangkat martabat diri ke persada ilmu. Isi-isi penting : Isi 1 : Memupuk diri sendiri untuk mencintai ilmu dan membudayakan ilmu – ilmu dijadikan alat mengubah cara berfikir dan gaya hidup Isi 2 : Memilih kawan dan khalayak yang gemar membaca dan menuntut ilmu – menjadi motivasi agar saling menyokong dan bersaing dalam kegiatan yang berfaedah Isi 3 : Menyediakan sendiri perpustakaan mini di rumah – sentiasa berbangga dengan koleksi buku Isi 4 : Mengunjungi pusat-pusat pameran buku, kedai buku, dan pusat sumber – dapat membentuk jiwa yang cenderung dan berminat kepada segala jenis maklumat yang dihidangkan di dalam buku Isi 5 : Menyimpan impian agar pada suatu hari kelak anda akan berjaya menjadi seorang ilmuwan dan seterusnya menyumbangkan idea dengan menulis buku- buku – anda sebagai pewaris ilmu dan penyebar ilmu (peribahasa: gajah mati dikenali tulang, harimau mati dikenali tulang, dan manusia dikenali jasa) Kesimpulan : Sesungguhnya, insan yang paling bijaksana ialah insan yang dapat mengenali
  • 2. dirinya. Langkah untuk mengenali diri hendaklah dengan wadah ilmu. Tuntutlah ilmu sama ada dunia mahupun akhirat kerana ilmu pelita hidup. KEPENTINGAN MEMBACA Dalam mendepani era globalosasi pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad pembangunan negara bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pembangunan negara yang semakin hari semakin membangun ini seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut seiring dengan negara atas angin. Negara yang maju tidak akan wujud sekiranya tidak mempunyai generasi muda yang bersahsiah mulia, berfikiran matang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Biasanya, anak-anak muda yang berdarah panas yang memerlukan perhatian yang secukupnya oleh semua pihak.Anak-anak ini boleh dianalogikan seperti bunga yang baru mekar dan berbau harum yang mampu memimpin negara sehingga ke persada dunia.Menurut Perdana Menteri Malaysia, maju mundur sesebuah negara bergantung kepada pelapis yang memimpinnya. Sekiranya negara melahirkan generasi muda yang kurang berilmu pengetahuan, maka negara akan mengalami kesusahan dalam membentuk negara yang berwibawa yang boleh mencetus satu fanomena yang boleh membawa negara standing dengan negara maju. Oleh itu, dalam membina generasi muda yang berilmu pengetahuan, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak mereka.Hal ini disebabkan, tanpa ilmu pengetahuan yang banyak, anak-anak diibaratkan seperti layang- layang yang terputus talinya. Amalan membaca perlu dipupuk sejak usia anak-anak melangkau lima tahun bagi mendorong minat anak-anak terhadap amalan membaca tersebut. Tambahan pula, bukan sahaja ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam memupuk budaya membaca malahan semua pihak seharusnya berganding bahu dalam merealisasikan budaya membaca sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian. Sudah terang lagi bersuluh, membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.Kecermelangan pembangunan negara bermula dengan permata negara yang dinamik. Kepentingan membaca dapat menjadikan masyarakat berpengetahuan dengan mendapat maklumat yang banyak daripada pelbagai risalah, majalah, surat khabar, ensiklopedia dan buku-buku. Marhaen yang membaca dapat membezakan dirinya dengan orang lain kerana mereka mempunyai kelebihan dan memiliki pelbagai kemahiran. Di samping itu, peningkatan ilmu pengetahuan dapat memajukan diri kita. Masyarakat yang lebih berdaya maju akan berusaha untuk mendapatkan ilmu yang terbaik tanpa mengenepikan kepentingan orang lain dan boleh membantu orang lain bagi menyelesaikan masalah. Hal ini bertepatan dengan kata-kata Francis Barchan bahawa ilmu ialah kuasa.Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah, membaca merupakan jambatan ilmu yang perlu diterokai dan dicari.Oleh itu, tabiat membaca perlu diperkasakan agara peningkatan kualiti wacana nasional dapat dilestarikan.
  • 3. Dari sudut kodifikasi yang berbeza, membaca dapat meningkatkan diri kita dalam penguasaan bahasa terutamanya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Kebanyakkan pelajar di Malaysia selalu mengalami masalah dalam penulisan karangan mereka kerana terpengaruh dengan bahasa pasar dan bahasa slanga yang menjadi budaya percakapan mereka seharian. Apabila mereka banyak membaca, mereka akan lebih memahami perbezaan bahasa itu. Natijahnya, pelajar akan dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam bahasa. Biasanya kita sering mengabaikan kepentingan menguasai bahasa Inggeris.Hal ini disebabkan, kita tidak mengetahui tentang pentingnya penguasaan ini. Bahasa Inggeris juga sama penting dengan bahasa Melayu kerana apabila mereka sudah belajar di universiti penggunaan bahasa Inggeris lebih banyak digunakan. Kita perlu banyak membaca supaya kita lebih faham makna dan kita dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris. Menurut Albert Einstein, mundur bangsa kerana ilmu. Oleh itu, kita seharusnya banyak membaca supaya kita dapat menguasai kedua-dua bahasa dengan baik dan cemerlang. Jika kita sudah menguasainya, kita juga dapat memperkenalkan bahasa kita kepada bahasa asing yang lain. Memetik wasitah nirmala seterusnya, membaca dapat menjamin keberkesanan dalam melahirkan masyarakat yang kreatif lagi inovatif. Individu yang telah tersemat dengan kepelbagaian kreativiti dan inovatif yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk atau ciptaan baru berpandukan kepadatan idea yang datangnya daripada membaca. Hal ini kerana dengan aktiviti membaca yang dijadikan amalan ini akan memberi kesinambungan idea yang tidak putus-putus.Sebenarnya, masyarakat telah pun mendapat pendedahan secara meluas bermulanya di peringkat sekolah lagi.Jadi, masyarakat dapat mempraktikkan ilmu tersebut ke dalam kehidupan seharian malah dapat membantu masyarakat sekeliling dengan ilmu di dada mereka.Hal ini bertepatan dengan peribahasa orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Dengan amalan ini, hal ini dapat memastikan populasi masyarakat akan bertambah maju sejurus menyumbang kemajuan ini kepada negara tercinta. Di samping itu, kejayaan ini dapat mewujudkan masyarakat yang berdaya saing dengan penduduk negara maju.Misalnya, negara China yang kian maju berasaskan pendidikan industri.Menurut kajian, statistik menunjukkan kebanyakkan rakyat negara China gemar membaca sarat dengan pelbagai idea untuk menghasilkan perkara baru.Oleh itu, mereka tidak bergantung kepada negara luar untuk menghasilkan sesuatu yang baru.Kejayaan mereka yang jelas kelihatan pada era globalisasi kini patut diberi pujian yang tinggi kerana pencapaian mereka hanyalah berasaskan membaca.Secara kesimpulannya, masyarakat Malaysia perlu menghayati pencapaian itu kerana sabda Rasulullah S.A.W, tuntutlah ilmu hingga ke negara China. Sebagai pengitlakannya, amalan membaca dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap individu tidak kira golongan tua mahupun golongan muda. Sekiranya semua pihak tidak memekakkan telinga, tidak hanya membisukan mulut, membutakan mata mereka, maka negara akan berdiri standing dengan negara moden pada masa ini. Dalam mengejar wawasan 2020, semua rakyat perlu memahami amalan membaca supaya amalan ini mampu menjadi amalan turun temurun. Jika kita halusi dengan lebih terperinci, negara- negara moden seperti Jepun mengamalkan amalan membaca yang sangat penting dalam diri setiap penghuni yang berada dalam negara tersebut. Hal ini disebabkan mereka mengamalkan amalan membaca dalam kehidupan seharian.Oleh itu, kita perlu berganding bahu memupuk amalan membaca supaya amalan ini boleh memberi 1001 manfaat ke arah pembentukan negara maju.
  • 4. Menggorak langkah berjalan pulang, Mawar disisip hiasan dara, Membaca amalan cemerlang terbilang, Mencorak ke arah kemajuan negara. Tema : membaca Arah : usaha Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir keruncingan minat membaca buku- buku ilmiah dalam kalangan masyarakat di Malaysia . Keruncingan minat membaca buku- buku ilmiah di negara kita semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan tokoh ilmuwan baik di warung-warung kopi mahupun di parlimen . Hal ini kerana, kita sering didedahkan dengan isu ini di dada-dada akhbar di dalam negara kita . Karya-karya para ilmuwan dapat memberikan pengetahuan yang penting dalam kehidupan seharian . Melalui membaca bahan ilmiah , kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung yakni tidak mengetahui sebarang perkembangan mahupun pengajaran . Membaca juga dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji dan tinggi dalam kalangan marhaen. Selain itu , ibu bapa dapat memainkan peranan yang penting dalam mengatasi isu ini . Ibu bapa dapat melatih anak – anak sejak kecil untuk meminati buku ilmiah seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya . Tiada penyakit yang tiada penawarnya , maka usaha – usaha yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi . Pada realitinya , memang tidak dapat dinafikan bahawa membeli bahan bacaan yang berbentuk ilmiah dan dijadikan sebagai hadiah ialah prakarsa utama yang dapat menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah di negara kita kita . Dalam konteks ini , anak-anak akan berasa teruja dan dapat meningkatkan keinginan anak – anak untuk membaca apabila ibu bapa menghadiahkan bahan bacaan kepada mereka . Selain itu , ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak – anak dengan membaca sekurang – kurangnya surat khabar harian untuk memberi galakan kepada anak – anak supaya mereka turut gemar membaca. Sekiranya usaha ini berjaya , negara kita akan dapat melahirkan generasi muda yang berilmu pengetuan dan cendekiawan serta dapat menjadi tunjang kekuatan negara pada masa akan datang . Menurut Dr .H.M Tuah Iskandar Al-Haj, pengetahuan ialah teman anda yang terbaik dan sentiasa mengikut anda ke mana-mana pun anda pergi dan tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.Sesungguhnya terbuktilah bahawa membeli bahan bacaan yang berbentuk ilmiah sebagai hadiah merupakan usaha yang pramatik yang dapat mengalakkan anak-anak mengamalkan amalan membaca tanpa mengira masa serta tempat. Sebagaimana yang kita maklumi bahawa menggalakkan anak-anak ke perpustakaan awam dan membuat pinjaman buku-buku ilmiah secara berkala oleh ibu bapa merupakan
  • 5. usaha seterusnya yang boleh menggalakkan anak-anak membaca karya ilmiah di negara kita.Dalam konteks ini anak-anak dapat mendekatkan diri dengan buku-buku di perpustakaan dan menanamkan sifat membaca buku yang bermanfaat dalam diri mereka.Di samping itu, anak-anak dapat membaca buku-buku ilmiah secara berterusan apabila mereka sentiasa dibawa oleh ibu bapa ke perpustakaan.Oleh itu, situasi ini boleh menyebabkan mereka minat membaca buku-buku ilmiah dan mencapai tahap yang memuaskan sebagaimana yang dikehendaki oleh ibu bapa mereka. Usaha ini juga boleh dijayakan melalui program ‘Perpustakaan Bergerak’ dari sekolah ke sekolah oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui usaha ini, anak-anak dapat meminjam buku-buku ilmiah secara berkala dan mudah.Sesungguhnya terbuktilah bahawa menggalakkan anak- anak ke perpustakaan awam dan membuat pinjaman buku-buku ilmiah secara berkala sejak kecil seperti, melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan usaha yang pragmatik untuk menanamkan sifat membaca dalam diri anak-anak. Jika ditelusuri secara mendalam antara usaha lain yang boleh diimplementasikan ialah ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai sesuatu aktiviti bersifat ilmiah seperti diskusi ilmiah tentang sesebuah buku yang baharu diterbitkan. Hal ini kerana, anak-anak berpeluang untuk berkongsi idea antara satu sama lain melalui diskusi yang diadakan. Tambahan pula, mereka dapat memperoleh informasi baharu dan pengetahuan terkini. Melalui diskusi ini juga, anak-anak dapat meningkatkan penguasaan bahasa melayu mereka melalui membaca dan menambahkan keyakinan mereka serta dapat bertukar- tukar pandangan dengan rakan-rakan yang lain. Sebagai contoh, Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyarankan pihak sekolah mengadakan aktiviti ilmiah seperti resensi buku murid-murid dan guru.Sekiranya hal ini dilaksanakan dengan penuh jaya, sudah pastilah sikap membaca dalam kalangan anak-anak dapat diterapkan ke dalam sanubari mereka, bak kata pepatah membaca itu jambatan ilmu. Satu lagi peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca karya- karya ilmiah adalah dengan menyediakan bahan-bahan ilmiah di sudut bacaan.Dalam konteks ini, dengan menubuhkan satu perpustakaan mini di rumah dapat menyemai tabiat membaca dalam diri anak-anak.Ibu bapa perlulah mengambil langkah pragmatik bagi memastikan anak-anak mereka menggunakan perpustakaan yang telah disediakan dengan sebaik-baiknya.Oleh itu, perpustakaan mini tersebut mestilah dilengkapi bahan-bahan bacaan yang menarik, bermanfaat dan bersesuaian dengan minat dan umur anak- anak.Susun atur buku dan perabot juga mestilah ringkas dan sistematik.Hal ini dapat menggalakkan anak-anak mereka untuk membaca dan dapat menghalang mereka membazir masa lapang dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah di luar rumah.Sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu dan masa itu emas.Selain itu, penubuhan perpustakaan mini dapat memudahkan anak-anak untuk mencari maklumat. Hal ini kerana, mereka boleh memperoleh maklumat tersebut di rumah tanpa perlu mengeluarkan kos dan masa yang lebih panjang untuk ke perpustakaan awam. Jelaslah bahawa dengan menyediakan bahan-bahan ilmiah di sudut bacaan di rumah dapat menggalakkan anak- anak membaca dan menambah ilmu pengetahuan dan tidak jadi seperti katak di bawah tempurung.
  • 6. Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah menggalakkan anak-anak mengumpul koleksi buku-buku ilmiah yang diminati merupakan usaha seterusnya untuk menanam sikap minat membaca buku.Dalam konteks ini, ibu bapa dapat menarik minat anak-anak untuk membaca buku.Selain itu, anak-anak dapat menambah ilmu pengetahuan daripada membaca pelbagai buku ilmiah yang dikumpul. Di samping itu, anak-anak akan berfikiran lebih matang dan seterusnya menjadi insan yang kamil. Oleh itu, situasi ini boleh dijayakan sekiranya ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak- anak.Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.Pepatah ini amat bersesuaian dengan sikap ibu bapa kepada anak-anak. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. ialah surah al-Alaq ayat satu hingga lima yang memerintahkan umat Islam supaya membaca. Ayat ini menerangkan bahawa melalui pembacaan, seseorang itu akan mendapat ilmu dan menambahkan ilmunya. Oleh itu, sebagai umat Islam, kita diwajibkan membaca keran perkara ini telah tertulis dalam surah Al-Alaq.Sesungguhnya terbuktilah bahawa menggalakkan anak-anak mengumpul koleksi ilmiah merupakan satu usaha untuk menanam sikap minat membaca. Secara tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa minat untuk menelaah buku-buku ilmiah dalam kalangan remaja masih di tahap sederhana dan perlu dipertingkatkan lagi.Namun begitu, isu ini dapat diatasi jika ibu bapa dan pihak luar berganding bahu mengambil langkah pragmatik bagi memperhalusi masalah ini agar anak-anak remaja gemar untuk membaca bahan-bahan ilmiah yang memberikan keuntangan kepada mereka.Selain itu, harapan Perdana Menteri dapat direalisasikan apabila melihat anak- anak didik cemerlang yang kaya dengan ilmu intelek dapat dilahirkan.Lantaran itu, sudah tentu Malaysia mempunyai lapisan generasi yang berkualiti dan berilmu pengetahuan yang dapat memartabatkan negara kita. Generasi ini akan membawa Malaysia memacu ke hadapan untuk mencapai kejayaan yang setanding dengan negara lain ibarat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Sesungguhnya, membaca buku ilmiah membawa banyak maslahat yang positif dan tidak merugikan sesiapa. USAHA-USAHA YANG PERLU ANDA LAKUKAN UNTUK MENJADIKAN MEMBACA AMALAN HIDUP Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan pada hari ini telah menyebabkan remaja hilang keyakinan diri dan ketahanan jiwa. Mereka lebih terdorong dan gemar melakukan pelbagai aktiviti negatif seperti berpeleseran, membuli dan vandalisme.Mengapakah mereka melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada mereka?Tidak pernahkah terdetik dalam sanubari mereka bahawa terdapat pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan oleh mereka khususnya dengan membaca?Apakah yang dimaksudkan dengan membaca dan apakah kepentingannya?Membaca didefinisikan sebagai memerhati sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahami makna kandunganya.Kepentingannya pula adalah untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan.Hal ini kerana, membacalah yang menghubungkan antara manusia dengan segala ilmu pengetahuan.
  • 7. Berdasarkan kajian, rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Hal ini amat berbeza bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan dengan bilangan buku yang dibaca oleh rakyat Jepun .Justeru, kita perlulah mencari formula terbaik persis mutiara yang buruk dibuang, denganrunding yang baik ditarik dengan muafakat untuk menjadikan rakyat Malaysia gemar membaca. Oleh itu, tanpa menuding jari ke arah orang lain kerana dikhuatiri bagaimenepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri, sebagai seorang pelajar dan remaja kita perlulah mencari inisiatif dan cara yang efektif untuk menjadikan membaca itu amalan hidup. Selain itu , remaja juga boleh ikut serta secara aktif dalam program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca. Hal ini kerana, NILAM berfungsi untuk menarik minat para pelajar membaca dalam kuantiti yang banyak. Melalui program ini , remaja perlu membaca dua versi buku iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan kemudiannya direkodkan di dalam Buku Nilam. Pelajar yang membaca dalam kuantiti yang banyak akan diberi penghargaan bermula daripada gangsa, perak, emas dan seterusnya nilam. Malah, pelajar yang aktif juga boleh mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Remaja juga perlu menjadikan amalan membaca sebagai hobi pada masa senggang .Aktiviti ini jauh lebih baik berbanding remaja melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa remaja ke arah negatif.Daripada remaja membiarkan masa yang terluang terbiar begitu sahaja, remaja perlu mengisinya dengan membaca kerana Masa itu emas. Marcus Aurelis pernah berkata,“jangan membuang masa memikirkan bagaimana untuk menjadi orang yang baik, sebaliknya mulakan dengan diri sendiri dahulu” . Di sini jelaslah bahawa remaja itu sendiri perlu menggalakkan dirinya agar melakukan sesuatu yang baik.Dengan itu, remaja perlulah sentiasa menggalakkan diri sendiri agar sentiasa membaca ketika waktu senggang. Seterusnya , remaja juga boleh membuat langganan buku pada setiap bulan . Buku- buku atau majalah yang dilanggan bukanlah sekadar berunsurkan tarbiah sahaja tetapi juga bercorak santai . Tamsilnya, Dewan Siswa, majalah i-sihat dan Solusi . Di manakah remaja boleh melanggan buku-buku tersebut ? Remaja boleh melanggannya di kedai-kedai buku , internet atau meminta bantuan guru di sekolah untuk melanggan. Impaknya, remaja akan sentiasa membaca pada setiap masa, menjimatkan masa dan dapat mengetahui perkembangan terkini apabila melanggan buku pada setiap bulan. Remaja perlulah sentiasa berusaha mencari pelbagai jenis buku dengan cara melanggan buku pada setiap bulan. Persis kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Remaja juga boleh menjadikan individu yang gemar membaca dan sentiasa dekat dengan buku sebagai idola . Sebagai contoh, A.Samad Said yang terkenal dengan karya puisinya, Profesor Diraja Ungku Aziz, Mary Renault dengan buku-buku sejarahnya dan penulis tersohor, Sharifah Abu Salim . Apabila remaja menjadikan mereka sebagai idola, remaja akan sentiasa terdorong untuk membaca dan menjadi seperti mereka. Positifnya, remaja akan sentiasa menjadikan idola mereka itu sebagai hala tuju. Hal ini kerana, ketekalan dan kejituan mereka dalam usaha menulis buku untuk dijadikan bahan rujukan harus dihargai dan dijadikan pendorong . Walaupun kini
  • 8. maklumat di hujung jari tetapi tidak mungkin maklumat yang diperoleh itu menyamai secara total seperti yang ditulis oleh mereka. Hal ini kerana, hanya jauhari yang mengenal manikam .Justeru, remaja haruslah menjadikan tokoh-tokoh tersohor ini sebagai idola berbanding dengan menjadikan artis sebagai pujaan hati mereka. Prakarsa seterusnya ialah berkawanlah dengan rakan sebaya yang gemar membaca atau lebih dikenali sebagai ulat buku.Hal ini demikian kerana, pengaruh rakan sebaya amat kuat semasa peringkat remaja. Malah, Saidina Ali bin Abi Talib juga ada mengatakan,“selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak dapat mencari rakan dan orang yang lemah daripada itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari”. Melalui kata-kata ini, dapatlah disimpulkan bahawa rakan itu amat besar nilainya dan rakanlah yang dapat memberi kita pelbagai faedah. Dengan itu , remaja perlulah arif memilih rakan seperti rakan yang rajin membaca. Jika remaja tersilap langkah dalam memilih rakan, tidak mustahil mereka akan menjadi duri dalam daging dalam hidup kita. Konklusinya , sebagai seorang remaja kita perlulah sentiasa berusaha memajukan diri untuk jaminan masa hadapan. Hal ini kerana, remaja adalah pewaris tampuk kepimpinan negara.Remaja merupakan aset negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Janganlah biarkan usia remaja dipenuhi dengan perkara sia-sia. Kontradiksinya, penuhilah masa remaja kita dengan aktiviti yang berfaedah seperti amalan membaca. Remaja perlu berpegang teguh dan jitu dengan slogan “Membaca itu Jambatan Ilmu”< dan “Rakyat Membaca , Bangsa Berjaya” seperti yang diuar- uarkan oleh Perdana Menteri Malaysia kita , Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak “generasi berpengetahuan merupakan tunjang untuk mencapai wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju”. [971 patah kata] Khutbah jumaat Membaca merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda sama ada melalui bahan-bahan bercetak atau media elektronik seperti komputer dan sebagainya. Deria dan minda yang dicerna dengan ilmu pengetahuan hasil pembacaan akan menjana kehidupan manusia yang sentiasa inginkan perubahan. Sedikit ilmu yang diperolehi akan merangsang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu pengetahuan yang lain seterusnya akan terbentuk satu budaya membaca di kalangan masyarakat. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Melahirkan mayarakat yang berilmu dan mewujudkan budaya membaca bukanlah suatu yang mudah. Tahap pembacaan masyarakat Malaysia masih lagi rendah dan perlu dijana dengan lebih sepadu agar dapat melahirkan masyarakat berilmu dan bermaklumat. Sehubungan itu pada bulan Julai setiap tahun, kerajaan melancarkan kempen bulan membaca, bagi menggerakkan dan
  • 9. menyedarkan masyarakat agar menjadikan ianya sebagai budaya dan terus sebati pada setiap masa dan keadaan. Budaya membaca adalah titik tolak kepada kemajuan sesuatu bangsa. Oleh itu, budaya membaca menjadikan kita masyarakat yang berilmu. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, 3Sejarah kegemilangan Islam telah memperlihatkan bahawa tamadun keilmuan telah bertapak dalam sejarah keagungannya. Perkembangan ilmu pengetahuan telah melahirkan tokoh-tokoh cendekiawan terulung antaranya imam-imam mazhab, Imam al-Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Rusydi, al-Khawarizmi. Di nusantara ini juga tidak ketinggalan dalam melahirkan para ilmuan seperti Tok Kenali, alMarbawi, Sheikh Daud Fatani dan ramai lagi. Tokoh-tokoh tersebut telah mewariskan kepada kita dengan pelbagai bidang keilmuan sebagai bukti dan motivasi bahawa tamadun keilmuan boleh muncul kembali. Suatu usaha harus digerakkan iaitu membudayakan tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Bagi melahirkan budaya membaca dalam masyarakat, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan, antaranya ialah:- Pertama, usaha menyedarkan masyarakat dan memperbetulkan sikap pengabaian minat membaca, wajar digerakkan. Usaha utama yang perlu dilakukan ialah dengan mengubah sikap masyarakat yang malas membaca kepada cintakan ilmu pengetahuan. Kempen kesedaran membaca perlu diadakan secara lebih sistematik dan meluas termasuk mengadakannya di tempat awam seperti di pusat membeli belah, stesen pengangkutan awam dan di tempat-tempat lain. Para pentadbir sekolah atau institusi pendidikan tinggi pula, perlu mengadakan minggu membaca atau program yang boleh mencerna diri pelajar antuk membudayakan tabiat membaca seperti kempen selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan. Penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk di kalangan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam aspek ini. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita. Disamping itu, ibu bapa perlu juga memperuntukkan perbelanjaan keluaga dengan membeli buku-buku ilmiah. Kedua, mewujudkan suasana yang boleh mendorong tabiat membaca. Bagi mewujudkan suasana yang terarah kepada budaya membaca, institusi keluarga perlu mewujudkan perpustakaan mini di rumah selain menitikberatkan lebih 4banyak aktiviti pembacaan secara bersama dalam kehidupan seharian serta perlu dijadikan aktiviti bersama seperti makan dan solat berjemaah. Ketiga, menggerakkan penulisan buku-buku ilmiah yang bermutu dan berkualiti. Para ulama’, cendekiawan dan ilmuan perlu memainkan peranan penting dalam
  • 10. menghasilkan buku-buku ilmiah yang bermutu dan menterjemahkan buku-buku dari bahasa Arab, bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa yang mempunyai nilai ilmu yang tinggi ke dalam bahasa ibunda agar ianya dapat menjadi rujukan masyarakat. Di samping itu, pihak kerajaan disarankan perlu memberi penghargaan tertinggi kepada para ilmuan dan cendikiawan yang berjaya melahirkan karya-karya ilmiah seperti yang pernah dilakukan oleh Khalifah Harun al-Rashid yang menimbang kitab yang dihasilkan oleh para cendikiawan dan memberi ganjaran emas seberat kitab yang dihasilkan. Secara tidak langsung ianya akan merancakkan aktiviti dakwah Islamiah. Saidina Ali bin Abi Talib pernah mengatakan: Berbicaralah dengan manusia dengan apa yang mereka dapat mengetahuinya dan tinggalkanlah apa yang tidak mereka ketahui. Apakah kamu semua mahukan Allah dan Rasul-Nya didustakan? Keempat, penerbit-penerbit buku perlu meningkatkan promosi buku-buku ilmiah. Usaha ini bukan hanya terletak di bahu kerajaan, malah penerbit-penerbit buku juga bertanggungjawab mengetengahkan buku-buku mereka dengan potongan dan tawaran harga yang menarik. Penerbit buku juga perlu memastikan bahanbahan atau buku- buku yang dijual mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat. Akhirnya, mimbar jumaat hari ini menyeru kepada hadirin sekalian agar terus menjadikan membaca sebagai satu budaya untuk kita menambah ilmu dan dengannya kita dapat beramal seterusnya membina tamudun yang gemilang. ENGAJA ditulis pada ruangan ini berkenaan dengan kepentingan membaca.Mudah- mudahan masyarakat Malaysia membudayakan budaya iqra’ dalam kehidupan harian mereka. Di sini, disertakan mutiara kata dan hikmah oleh cendekiawan dan tokoh berkenaan dengan menuntut ilmu dan membaca. Suatu ketika, ada seorang lelaki mengadu kepada Imam Ahmad bin Hanbal tentang perasaannya yang sedih dan kesepian, lalu Imam Ahmad berkata kepada sahabatnya: “Ambil buku lalu baca!” Pernah suatu ketika, para sahabat Abdullah bin Mubarak berkata kepadanya: “Kenapa kamu tidak mahu duduk dan berkumpul dengan kami?” Lalu dia berkata kepada mereka: “Saya lebih senang duduk dan berkumpul bersama Baginda SAW dan para sahabat (iaitu lebih senang bersama buku-bukunya), kerana setiap kali berkumpul di dalam majlis, kamu selalu mengumpat dan membicarakan orang lain.” Abdullah bin al-Amri berkata: “Tidak ada sesuatu yang lebih bermanfaat dari buku”. Al-Ma’mun berkata: “Tidak ada sesuatu yang lebih mengasyikkan dari berjalan-jalan di alam fikiran orang-orang berilmu”. Al-Jahiz berkata: “Buku adalah sebaik-baik kawan penghibur tatkala kesepian dan sebaik-baik kawan di kala menyendiri”. Sesungguhnya berbual dengan kitab-kitab pada saat-saat yang panjang menanamkan air mata yang banyak berkilauan, terpancar daripadanya sungai-sungai hikmah
  • 11. terbelah, lalu keluar daripadanya air bayan, turun daripadanya khazanah-khazanah kecerdikan dan petikan-petikan genius. Maka kitab-kitab adalah pintu gerbang agama dan nikmat pendidikan asal, bagi akal yang waras. Kitab tidak mempunyai sifat mengumpat, riak, hasad dan takbur, kitab tidak mempunyai perasaan bosan, jemu, muak dan kebencian. Kitab mengandungi hikmat yang terang benderang, pengajaran yang cemerlang, ungkapan yang fasih, metod yang betul, pandangan yang segar, khabar yang terpilih dan eksperimen yang hidup. Dr. Aidh al-Qarni berkata: “Antara buku-buku yang akan cepat mati adalah buku-buku pemikiran yang hanya bersifat karangan belaka, di dalamnya tidak tercantum nas-nas agama, penukilan, analisa mahupun pendalaman suatu bidang”. Dr. Aidh al-Qarni menyeru supaya membaca dan merenungi riwayat hidup para sahabat, tabi’in, para ulama besar dan orang soleh. Ini kerana hal sedemikian dapat menjadikan hati seseorang lembut dan tidak keras. Francis Bacon berkata: “Sedikit ilmu malah memungkinkan dapat membuat anda menjadi orang yang ateis, dan jika anda mahu memperdalam ilmu, maka anda akan beriman kepada Tuhan”. Amat baik kita meneruskan aktiviti membaca kerana terlalu banyak faedah dan manfaatnya.Dinukilkan di sini, pendapat Dr. Aidh al-Qarni melalui bukunya Beginilah Zaman Memotivasikan Kita. Antara lain, beliau berkata: “Aktiviti membaca dapat menambah ilmu, wawasan dan meluaskan lagi cakerawala pemikiran setiap orang yang mahu membaca, karya-karya orang lain dan ilmu pengetahuan mereka, maka sudah pasti pengetahuan dan wawasannya akan semakin bertambah luas dan akal fikirannya dapat berkembang, terutama jika yang dibaca adalah hal-hal yang bermanfaat. “Saya dapat merenungi pelbagai permasalahan dan pengalaman yang nampak, kerana tidak lain adalah dari membaca buku. “Daripada aktiviti membaca, saya dapat mengemukakan pelbagai hal yang menarik dan menakjubkan. “Saya dapat mengetahui pelbagai pengalaman, kejadian dan musibah yang menimpa umat manusia. “Melalui aktiviti membaca, abad-abad yang telah lalu seolah-olah digulung di hadapan saya seperti lembaran-lembaran kertas, seolah-olah bangsa yang telah lalu dikumpulkan di hadapan saya. “Wahai orang yang dapat bersabar untuk menyendiri, yang dibukakan baginya pintu pengetahuan dan wawasan yang bersabar hanya berteman buku, jangan kamu bersedih hati dan menyesal kerana telah kehilangan beberapa hal di luar sana. “Ini kerana sebenarnya kamu hanya kehilangan orang yang iri hati, cepat bosan atau orang yang pemarah. “Sesiapa yang telah merasakan nikmatnya uzlah (menyendiri) bersama buku-buku yang bermanfaat, maka ia tidak akan menginginkan pengganti yang lain, sekalipun ia berupa kerajaan Kisra dan Kaisar.