Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
Tugasan tersebut membincangkan pentingnya objektif pembelajaran dalam rancangan pengajaran dan empat komponen yang terdapat dalam penulisan objektif pembelajaran. Ia juga membincangkan lima langkah yang perlu diambil untuk menggunakan teknologi, media dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran.
1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM
PERAK
KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
SEMESTER 1-2012/2013
PENSYARAH:
PROF. MADYA DR ABD LATIF B HAJI GAPOR
TUGASAN 4:
Pembacaan dan penilaian kendiri (merujuk teks)
BAB 3: SOALAN 2,3 DAN 5
DISEDIAKAN OLEH:
VINCENT RAJ A/L L ANDRAIAH
(M20111000173)
2. CHAPTER 3
2. Why are learning objectives an important aspect of lesson planning?
Mengapakah objektif pembelajaran aspek yang penting dalam rancangan
pembelajaran?
Rancangan pengajaran dibuat sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Dalam rancang pengajaran kandungan seperti tajuk, standard kandung, objektif, aktiviti,
penutup dan impak. Rancang pengajaran yang baik akan menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang efektif serta murid-murid akan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti
dengan aktif.
Dalam rancangan pengajaran, objektif pembelajaran merupakan salah satu aspek yang
penting dan perlu diberi tumpuan yang khas. Objektif pembelajaran dilihat sebagai kontrak
antara guru dan murid. Guru berperanan menentukan aktiviti pembelajaran yang sesuai bagi
mencapai objektif pembelajaran. Objektif pembelajaran akan menentukan satu hala tuju yang
jelas untuk pengajaran dan pembelajaran. Rumusan pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat
dengan melihat objektif pembelajaran. Ini kerana dengan adanya objektif pembelajaran, guru
dapat merangka strategik pembelajaran yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka. Di samping
itu, bahan media dan teknologi yang sesuai boleh dipilih serta guna pakai dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Penilaian yang paling tepat boleh disediakan dengan berpandukan objektif
pembelajaran yang dirangkakan itu. Penilaian yang sesuai mengikut tahap kefahaman pelajar
dapat dilaksanakan.
3. 3. What are the four components of a well-written objective?
Apakah empat komponen yang terdapat dalam objektif?
Dalam rancangan pengajaran, objektif pembelajaran perlu ditetapkan dan ditulis ayat
yang tepat dan mudah difahami. Untuk menghasilkan satu ayat yang terbaik, penulisan
objektif pembelajaran perlulah melalui empat komponen yang penting iaitu “ABCD”
(‘Audience’, ‘Behavior’, ‘Conditions’ dan ‘Degree’).
‘Audience’. Target pembelajaran ataupun dikenali sebagai ‘Audience’ merupakan mereka
yang menjalani proses pembelajaran. Di sini murid ataupun pelajar adalah ‘audience’.
Penulisan objektif pembelajaran juga akan bersemuka dengan seperti berikut.
‘Behavior’. Tujuan utama dalam ayat objektif pembelajaran adalah kata kerja iaitu
menerangkan sifat pembelajaran. Ini akan menentukan puncak pencapaian pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai contoh, murid dapat menganalisis, memilih, membezakan dan lain-lain
lagi.
‘Condition’. Objektif pembelajaran perlu ditetapkan dengan batasan atau syarat untuk
dinilaikan. Sebagai contoh, ‘murid dapat menyebut antara haiwan liar dan haiwan jinak’.
‘Degree’. Perkara yang kemuncak yang perlu ditetapkan dalam objektif. Pembelajaran
adalah tahap ataupun ‘Degree’ yang perlu dicapai untuk objektif pembelajaran. Contoh,
‘murid boleh menyebut lime perbezaan antara haiwan liar dan haiwan jinak’.
4. 5. What are the five basic steps for utilizing technology, media, and materials?
Apakah lima langkah yang terdapat dalam menggunakan teknologi, media dan bahan.
Terdapat lima langkah yang perlu dibuat untuk menggunakan teknologi, media dan
bahan. Ia dikenali sebagai proses ‘5 ps’.
‘Preview the technology, media and materials’ iaitu dalam proses ini teknologi, bahan
dan media yang sesuai akan dikenalpasti untuk pelajar. Adalah perlu melihat teknologi, media
dan bahan yang digunakan itu berkaitan dengan objektif pembelajaran. Sebagai contoh,
apabila guru menggunakan perisian untuk mengajar tatabahasa. Maka perisian tersebut perlu
dilihat terlebih dahulu sebelum digunakan. Misalnya jika video klip yang hendak digunakan,
maka guru perlu melihat terlebih dahulu.
‘Prepare the technology, media and materials’. Selepas itu, semua bahan, material dan
teknologi yang dikenalpasti itu perlu disediakan untuk aktiviti pembelajaran. Langkah
pertama adalah dengan mengumpulkan segala bahan yang digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran. Kemudian pastikan kekerapan menggunakan bahan itu dan bagaimana
menggunakannya. Perlu disenaraikan bahan-bahan yang akan digunakan secara sistematik
dan buat latihan dan percubaan sebelum pengajaran dan pembelajaran dimulakan.
‘Prepare the environment’. Penggunaan bahan-bahan teknologi perlu sesuai dengan
tempat yang hendak digunakan. Oleh itu, penyediaan tempat perlu dititikberatkan dalam
proses ini. Contoh, jika LCD digunakan di kelas terbuka dan cerah, maka visualnya tidak
efektif. Oleh itu, penggunaan baharu instruksi perlulah bersesuaian dengan tempat yang
hendak digunakan.
5. ‘Prepare the learning’. Kajian dalam pembelajaran menunjukkan pembelajaran dalam
sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bergantung pada tahap penyediaan pelajar untuk
sesuatu pembelajaran(Gagne, Briggs & Wagger, 1992). Permulaan pengajaran dan
pembelajaran itu penting dan set induksi yang sesuai perlu dibuat supaya pelajar boleh
bersedia untuk belajar dengan instruksi yang telah disediakan oleh guru.
‘Provide the learning experience’. Proses ini adalah mengediakan pengjaran dan
pembelajaran jika berpusatkan guru, pembentangan, latihan tubi, tutorialdan demo adalah
strategik yang lumrah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Skill pembentangan
dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai pelbagai kaedah untuk diikuti.