2. JENIS-JENIS LAKUAN & PERINGKAT-
PERINGKAT LAKUAN TUTURAN
x. Menyimpulkan
Representatif
“Saya mendapati bahawa Azhar dan Aina telah membelanjakan RM1 juta
untuk majlis perkahwinan mereka.”
Lokusi: Penutur memberi maklumat kepada pendengar mengenai
perbelanjaan perkahwinan Azhar dan Aina sebanyak RM1 juta.
Illokusi: Penutur mengharapkan pendapat / pandangan daripada pendengar
(komen).
Perlokusi: Pendengar akan memberi reaksi terkejut.
3. xi. Mengucap selamat datang
Ekspresif
“Saya mengucapkan selamat datang kepada anda semua” kata Penggerak
Mahasiswa kepada mahasiswa baru.
Lokusi: Penutur menuturkan selamat datang kepada pendengar.
Illokusi: Penutur mengharapkan reaksi daripada pendengar.
Perlokusi: Pendengar mengucapkan terima kasih atau membalasnya
dengan senyuman sahaja terhadap ujaran penutur.
4. xii. Menawarkan diri (volunteering)
Komisif
“Jangan risau, saya akan tolong awak menyiapkan kertas cadangan untuk
projek itu”.
Lokusi: Penutur menawarkan untuk membantu pendengar.
Illokusi: Penutur mengharapkan reaksi pendengar terhadap tawarannya.
Perlokusi: Pendengar akan menerima atau tidak tawaran penutur itu.
5. SYARAT-SYARAT KESAHAN UNTUK
LAKUAN TUTURAN & 1 CONTOH
i. Berterima kasih
“Saya terhutang budi, terima kasih Anwar”.
Lakuan Proposisi:
Penutur ingin membuat pendengar rasa dihargai.
Syarat Persediaan:
Pendengar telah melakukan sesuatu yang bermanfaat kepada penutur.
Syarat Ikhlas:
Penutur mengujarkan ujaran penghargaan tersebut kepada pendengar dengan ikhlas.
Syarat Penting:
Penutur mengujarkan ujaran tersebut sebagai tanda penghargaan kepada pendengar.
6. ii. Bertanya
“Apa khabar?”
Lakuan Proposisi:
Pendengar memberi maklumat yang diperlukan oleh penutur.
Syarat Persediaan:
Pendengar mempunyai maklumat yang diperlukan oleh penutur. (khabar)
Syarat Ikhlas:
Penutur mengujarkan ujaran tersebut dengan ikhlas untuk mengetahui kedaaan
pendengar.
Syarat Penting:
Penutur ingin mendapatkan maklumat daripada pendengar.
7. DUA JENIS UJARAN TIDAK LANGSUNG
vii. Saya hendak tumpang ke MRT.
-“Nanti awak akan lalu MRT Sungai Buloh kan?”
-“Bolehkah awak tumpangkan saya ke MRT Sungai Buloh?”
viii. Pukul berapa sekarang?
-“Ada jam tak?”
-“Sekarang ini pukul 8 atau pukul 9?”
10. TUJUAN LAKUAN TIDAK LANGSUNG
DIGUNAKAN
-untuk menarik perhatian pembaca / pendengar (pelanggan).
-untuk mewujudkan komunikasi antara penutur dan pendengar
(cooperative).