SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Download to read offline
1
Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL)
TIX2002 : Semantik & Pragmatik
Semantics & Pragmatics
Sesi 2017 / 2018
Tajuk Kerja Kursus Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak
Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Prinsip Kerjasama
Grice dalam Video Wawancara yang bertajuk „Amira
Othman-Selamat Pagi Malaysia-Full Interview Show‟.
Nama Ahli Kumpulan Aisyah Binti Mahathir (TIG1600XX)
Nur Asilah Binti Adenan (TIG1600XX)
Siti Fatimah Binti Masran (TIG1600XX)
Thanushah A/P P Soniyasee (TIG1600XX)
Nombor Kumpulan Kelas Kumpulan 4
Nama Pensyarah Puan Siti Nurbaya Binti Mohd Nor
Tarikh Dihantar 21 / 5 / 2018
2
Isi Kandungan
Bilangan Tajuk Nama Ahli Muka Surat
1. Pengenalan Asilah 1
2. Objektif Fatimah, Aisyah &
Thanushah
2
3. Deskripsi Data Thanushah 3
4. Kerangka Teori Asilah 4 - 6
5. Analisa dan Perbincangan Thanushah, Aisyah
Fatimah & Asilah
7 - 10
6. Penutup Aisyah 11
7. Rujukan Fatimah 12
8. Transkrip Wawancara Fatimah, Aisyah &
Thanushah
13 - 18
3
1.0 Pengenalan
Pragmatik merupakan kajian makna ujaran bagi ujaran yang diujarkan oleh penutur.
Menurut Leech, J. (1983), pragrmatik boleh didefinisikan sebagai kajian cara ujaran-ujaran
mempunyai makna dalam situasi-situasi tertentu.
Temubual merupakan satu model petuturan kompleks yang melibatkan ujaran penutur
dan pendengar. Ujaran penutur adalah amat penting dalam mendapatkan tindak balas ujaran
daripada pendengar. Oleh itu, kumpulan pengkaji telah memilih satu video temubual
Rancangan Television yang bertajuk „Selamat Pagi Malaysia‟ sebagai bahan untuk kajian ini.
Oleh itu, kumpulan pengkaji mengkhususkan analisa kajian temubual ini kepada dua
bahagian iaitu lakuan tuturan langsung dan tidak langsung serta ketidakpatuhan Prinsip
Kerjasama Grice.
4
2.0 Objektif Kajian
a) Mengenalpasti lakuan tuturan langsung dan tidak langsung dalam video Temubual
Rancangan Television yang bertajuk „Selamat Pagi Malaysia‟.
b) Menganalisis ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice dalam video Temubual
tersebut.
5
3.0 Deskripsi Data
Kumpulan pengkaji telah memilih sebuah video temuramah yang bertajuk „Amira
Othman-Selamat Pagi Malaysia-Full Interview Show 18/02/2018‟ yang telah dimuatnaik pada
22 / 2 / 2018 oleh Zman Din di laman web YouTube. Video temubual ini diambil dari
Rancangan Television yang bertajuk „Selamat Pagi Malaysia‟. Seorang artis yang bernama
Amira Othman telah ditemubual oleh dua orang pengacara rancangan ini, iaitu Hanie Hamid
dan Ismail Adnan. Video temubual ini pada asalnya memiliki durasi keseluruhan sebanyak 9
minit dan 32 saat, namun kumpulan pengkaji cuma telah mengambil dari minit pertama
sampai minit ke-6 dan 22 saat bagi melakukan analisis projek ini.
Selebriti Amira Othman yang ditemubual dalam video tersebut berumur 25 tahun dan
merupakan tetamu jemputan dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia bertarikh 18 Februari
2018. Beliau merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia sejak tahun 2016, tahun
dimana beliau mula bergiat dalam industri musik tanah air.
Kumpulan pengkaji telah mengkaji banyak aspek-aspek lakuan tuturan langsung dan
tidak langsung dan juga ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice dalam video ini dan
hasilnya disertakan di bahagian „Analisa dan Perbincangan‟.
6
4.0 Kerangka Teori
Lakuan tuturan
Lakuan tuturan adalah sesuatu yang dilakukan melalui ujaran. Suatu tindakan yang
dilakukan oleh seseorang yang menggunakan bahasa. Tindakan boleh dilabel oleh kata nama
yang menamakan perbuatan itu, misalnya permintaan dan amaran.
Jenis-jenis lakuan tuturan
1. Lakuan tuturan langsung
Lakuan tuturan langsung bermaksud terdapat hubungan langsung diantara
struktur linguistik dan fungsi lakuan tuturan dalam pertuturan itu atau hubungan
langsung diantara jenis ayat dan daya ilokusi.
2. Lakuan tuturan tidak langsung
Lakuan tuturan tidak langsung bermaksud terdapat hubungan tidak langsung
diantara struktur linguistik dan fungsi lakuan tuturan dalam pertuturan itu. Lakuan
tuturan ini dilakukan secara tidak langsung menerusi lakuan tuturan yang lain atau
tiada hubungan langsung diantara jenis ayat dan daya ilokusi.
Prinsip kerjasama Grice
Mengikut Grice implikatur adalah sejenis inference yang timbul semasa perbualan
berlaku berdasarkan maxim yang diikuti/dilanggar oleh penutur/pendengar. Grice telah
mencadangkan satu Prinsip Kerjasama (PK) diantara penutur dan pendengar dan prinsip ini
mengawal cara sesuatu perbualan dijalankan/dijayakan. Prinsip Kerjasama ialah satu
perjanjian tanpa bertulis diantara penutur dan pendengar.
7
Oleh itu, Grice telah membezakan empat maksim yang setiapnya mempunyai
beberapa keterangan untuk menjayakan komunikasi iaitu maksim kuantiti, maksim kualiti,
maksim relevan dan maksim cara.
Maksim kuantiti adalah sesuatu ujaran yang diujarkan oleh penutur hendaklah tidak
kurang dan tidak lebih daripada maklumat yang diperlukan. Maksim kualiti adalah ujaran
yang memberi sumbangan serta tidak mengandungi pembohongan atau mengandungi
dakwaan-dakwaan yang tidak berasas. Maksim relevan adalah ujaran yang yang relevan atau
mempunyai pertalian dengan komunikasi tersebut dan maksim cara adalah ujaran yang
ringkas dan teratur serta tidak mengandungi kekaburan dan ambiguity iaitu memunyai dua
atau lebih makna.
Ketidakpatuhan Prinsip Grice
Akan tetapi disebabkan Grice menyedari bahawa terdapat kebanyakan masa atau
situasi di mana manusia gagal mematuhi maksim. Grice mengkategorikan kegagalan
mematuhi maksim ini kepada lima kategori iaitu melanggar maksim secara violating,
melanggar maksim secara flouting, melanggar maksim secara infringing, memilih keluar
daripada maksim dan menggantung atau membatal maksim. Setiap kategori kegagalan
mematuhi maksim adalah dipengaruhi oleh Prinsip Kerjasama Grice (maksim kuantiti, kualiti,
relevan dan cara).
Melanggar maksim secara violating bermaksud penutur melanggar maksim secara
ketara. Cara maksim dilanggar tidak menunjukkan bahawa penutur telah berbohong dengan
sengaja kerana memberi maklumat yang tidak mencukupi, tidak relevan serta ujaran tidak
jelas. Seterusnya, melanggar maksim secara flouting bermaksud penutur melanggar satu atau
lebih maksim dengan sangat jelas dalam ujarannya sehingga pendengar menyedari pada
8
ujaran tersebut dituturkan bahawa penutur dengan sengaja dan secara terbuka gagal mematuhi
satu atau lebih maksim.
Selain itu, melanggar maksim secara infringing bermaksud penutur gagal mematuhi
maksim secara tidak sengaja untuk mematuhi maksim akibat daripada percakapan linguistik
yang tidak sempurna dan bukan dari mana-mana keinginan untuk menjana aplikatur
perbualan. Memilih keluar daripada maksim pula bermaksud penutur memilih untuk keluar
daripada mematuhi maksim dengan menunjukkan keengganan untuk bekerjasama dimana
maksim tersebut diperlukan. Akhir sekali, menggantung atau membatal maksim bermaksud
penutur melanggar maksim atas sebab maksim tersebut tidak diperlukan kerana peristiwa-
peristiwa tertentu di mana tidak ada jangkaan kepada mana-mana pihak bahawa maksim akan
dipatuhi atau tidak perlu dalam situasi tertentu seperti sewaktu berlaku kecemasan.
9
5.0 Analisa dan Perbincangan
Daripada video temuramah yang telah dikaji kumpulan pengkaji, terdapat banyak ciri-
ciri pragmatik khususnya lakuan tututan langsung dan tidak langsung serta ketidakpatuhan
maksim Prinsip Kerjasama Grice.
Di dalam video yang telah dikaji kumpulan pengkaji, ujaran pengacara perempuan
yang bertanya “kenapa jauh sangat Mail?” menunjukkan lakuan langsung kerana
menggunakan ayat tanya. Pengacara perempuan tersebut bertanya kepada pengacara lelaki
yang bernama Mail tanpa maksud tersirat, dan ingin mengetahui alasan mengapa dia berdiri
jauh daripada Amira. Ujaran ini menunjukkan bahawa ianya lakuan langsung kerana
pendengar dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penutur dengan jelas.
Lakuan langsung juga didapati pada ujaran “Mimpi Indah, itu dicipta oleh penyanyi
yang sama mencipta Hati-hati” yang diujarkan oleh Amira. Ujaran ini sangat jelas dan tiada
maksud tersirat disebaliknya. Amira Othman menggunakan tuturan langsung dalam ujarannya
dengan mengatakan bahawa Mimpi Indah itu dicipta oleh penyanyi yang sama mencipta lagu
Hati-hati. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Amira menyampaikan maklumat yang ingin
disampaikan dengan jelas sekali serta memenuhi maksim cara kerana ungkapan yang ringkas
dan tiada kekaburan.
Bagi lakuan tuturan langsung merujuk kepada ujaran daripada pengacara wanita iaitu,
“untuk maklumanlah saya memang follow Instagram Amira”. Ia menunjukkan wanita
tersebut memberitahu bahawa dia memang telah mengikuti Instagram Amira dan bukannya
orang lain. Ujaran tersebut sangat jelas dan tepat dan tiada maksud yang tersirat. Contoh lain
pula, ujaran “Sebenarnya saya ini orangnya kalau saya tak tido kan…kalau tido saya
macam tunggang-terbalik sikit saya senang effect pada tekak” secara langsung
10
menunjukkan bahawa Amira senang diserang sakit apabila beliau tidak mendapat tidur yang
mencukupi.
Manakala bagi lakuan tidak langsung pula jelas dipaparkan dalam ujaran Amira
Othman “haa, betul boleh berjogetlah kejap lagi”. Banyak interpretasi yang boleh dibuat
melalui ayat ini. Kemungkinan ujaran itu sebagai sesuatu gurauan, ejekan atau literal.
Perkataan “boleh” dalam ujaran tersebut menunjukkan bahawa seseorang itu ada pilihan
untuk melakukan perbuatan tersebut atau tidak, bergantung kepada interpretasi pendengar
tersebut. Juga, bagi dialog Amira Othman “Saya rasa, lumrahlah kan jadi anak Seni ni ada
banyak sangat pendapat”. Berdasarkan soalan yang diajukan oleh pengacara lelaki dimana
sama ada Amira Othman pernah disamakan atau dibandingkan dengan artis lain. Tetapi
Amira Othman tidak menjawab soalan yang diajukan dengan langsung sama ada “Ya”
ataupun “Tidak”. Bagi ujaran pengacara wanita yang mengatakan bahawa “Jangan samakan
dengan Hael Hussani” adalah bersifat tidak langsung kerana mempunyai maksud yang
tersirat. Sama ada kemungkinan Hael Husaini merupakan penyanyi yang lebih berpengalaman
daripada Amira Othman ataupun oleh kerana jantina mereka yang berlainan. Ujaran ini akan
menjadi ujaran tuturan langsung sekiranya ujaran ini ditukarkan dari ujaran ekspresif kepada
ayat pernyataan.
Contoh lain bagi ujaran tidak langsung ialah, ujaran daripada pengacara wanita,
“…macam terujalah ni sebab walaupun batuk selesema tapi masih lagi boleh nak
menghiburkan kita semua”. Ujaran ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pihak
rancangan Selamat Pagi Malaysia sangat menghargai kedatangan Amira Othman walaupun
beliau tidak sihat pada ketika itu. Ujaran itu juga merupakan satu pujian kepada Amira atas
kerjasamanya yang baik bagi kelancaran rancangan tersebut. Seterusnya, ujaran “Jadi late-
late ini saya ada shooting….saya tido pun 6, 7 pagi jadi suara saya dah menjadi macam
inilah” pula memberitahu kita bahawa Amira mengalami batuk dan selesema disebabkan oleh
11
jadual waktu pekerjaannya yang sangat padat dan beliau mengalami sakit tekak disebabkan
tidak cukup tidur.
Ujaran dari pengacara lelaki iaitu, “Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina
juga diucapkan kepada yang menyambutnya” pula membawa maksud bahawa ucapannya
khas untuk masyarakat Cina yang menyambut Tahun Baru China. Pengacara lelaki tersebut
ingin mengkhususkan kerana terdapat masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama dan masing-masing menyambut perayaan yang berlainan.
Seterusnya, ujaran “Betul, dan diharapkan dengan pengisian kita, anda telah
mengambil input-input…” daripada pengacara wanita secara tidak langsung menunjukkan
bahawa pihak rancangan Selamat Pagi Malaysia sangat berharap bahawa masyarakat Negara
menerima kebaikan atau faedah menerusi program bagi pengetahuan mereka.
Contoh terakhir sekali bagi lakuan tuturan tidak langsung ialah, ujaran “Amira
Othman adalah „Mimpi Indah‟ saya sekarang” yang telah diujarkan oleh pengacara lelaki
dalam rancangan tersebut. Ujaran ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pengacara
lelaki ini telah menjadi peminat Amira Othman dan dirinya telah terpesona dengan personaliti
Amira Othman.
Kumpulan pengkaji juga telah mengkaji ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama
Grice berdasarkan enam ujaran dalam video temu ramah yang telah dipilih. Jawapan yang
diberi oleh Amira Othman iaitu “Penyanyi yang sama, Hael Hussaini dan di-produce oleh
abang Edry KRU” ujaran ini merupakan tidak mematuhi maksim kuantiti secara violating,
kerana Amira Othman memberi maklumat yang berlebihan daripada yang diperlukan dengan
memberitahu sekali siapa producer kepada lagunya walaupun pengacara lelaki cuma
menengahkan soalan siapakah penyanyi lagunya.
12
Seterusnya, bagi ujaran ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice merujuk
kepada ujaran daripada Amira Othman “Ok, sebenarnya saya. Niat saya adalah untuk
men.. mengenengahkan, betul kan?”. Ujaran tersebut menunjukkan penutur telah
melanggar maksim kuantiti secara memilih keluar daripada maksim. Hal ini kerana dia
enggan untuk menjawab soalan yang diajukan dengan langsung.
Begitu juga dengan dialog yang sama daripada Amira Othman dengan pengacara
lelaki tersebut, “Pengacara Lelaki : Siapakah Irfan tu? Amira : Haah…Irfan tu
sebenarnya adik bongsu saya. Saya panggil dia Baby lah. ” Ujaran ini telah melanggar
maksim kuantiti secara violating. Hal ini kerana Amira telah menjawab persoalan pengacara
lelaki itu tetapi dia telah melanggar maksim kuantiti kerana menjawab lebih daripada soalan
yang diajukan atau terlebih memberi maklumat yang tidak diperlukan. Jika Amira hanya
menjawab soalan yang diajukan maka ia tidak melanggar maksim kuantiti. Selain itu, ujaran
daripada Amira : (Mmm...kenapa tak cakap hai)? Pengacara Wanita “Haa…tu lah
pasal. Nanti kita cakap hai ye kat sini ”, ujaran ini telah melanggar maksim relevan secara
opting out. Hal ini kerana ia tidak relevan kerana pengacara wanita tersebut tidak menjawab
soalan yang diajukan oleh Amira dengan menukar topik perbualan secara sengaja dan terdapat
hedges yang digunakan di jawapan pertama pengacara wanita kepada soalan Amira. Bagi
ujaran “Okey….Instagram Mira, A M I R A O T H M A N yang mana kat Instagram ini
yang saya paling aktiflah kalau di sosial media” yang diujarkan oleh Amira Othman
didapati telah melanggar maksim kuantiti secara violating. Hal ini kerana, pengacara lelaki
dalam rancangan ini cuma meminta nama pengguna Instagram milik Amira tetapi beliau
memberi jawapan yang terlalu panjang dan melebihi maklumat yang diperlukan. Beliau telah
gagal menyatakan kesemua maklumat yang relevan bagi soalan pengacara lelaki.
6.0 Penutup
13
Akhir sekali, kumpulan pengkaji telah mengenalpasti dan menganalisis aspek-aspek
pragmatik iaitu lakuan tuturan langsung dan tidak langsung serta ketidakpatuhan maksim
Prinsip Kerjasama Grice dalam video Temubual rancangan Selamat Pagi Malaysia di saluran
RTM 1. Terdapat banyak aspek-aspek tersebut dalam temubual yang berdurasi 6.22 minit.
Aspek-aspek pragmatik dibuat dalam bentuk transkripsi untuk memudahkan kerja
mengenalpasti dan menganalisis.
Lakuan tuturan secara langsung atau tidak langsung berserta dengan ketidakpatuhan
maksim Prinsip Kerjasama Grice memainkan peranan yang penting dalam menjayakan
sesuatu perbualan ataupun komunikasi yang berkesan. Bukan itu sahaja, ianya penting supaya
penutur dan pendengar lebih peka dengan maksud yang tersurat dan tersirat dalam sesuatu
perbualan. Pengguna akan lebih memahami apa yang hendak disampaikan dengan hanya
melihat kepada konteks ayat yang diujarkan.
Kesimpulannya, kumpulan pengkaji mendapati bahawa aspek-aspek pragmatik seperti
lakuan tuturan langsung dan tidak langsung serta ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama
Grice sangat penting dalam sesuatu perbualan, tidak kira formal ataupun tidak formal.
14
7.0 Rujukan
1. [zman din]. (2018, Feb 22). Amira Othman-Selamat Pagi Malaysia-Full Interview Show
18/02/2018. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=4IIhgx-DWXM&t=132s
2. Siti Nurbaya Binti Mohd Nor. (2018). Kuliah 9: Lakuan Tuturan [Powerpoint slides].
3. Siti Nurbaya Binti Mohd Nor (2018). Kuliah 10: Implikatur Grice I [Powerpoint slides].
4. Siti Nurbaya Binti Mohd Nor (2018). Kuliah 11: Implikatur Grice II [Powerpoint slides]
15
8.0 Transkrip Wawancara
PL : Pengacara Lelaki
PW : Pengacara Wanita
A : Amira Othman
PL : Terima Kasih kerana masih lagi setia bersama dengan kami, seperti yang saya dan Hanie
janjikan, kita akan berhati-hati dengan seorang penyanyi ni kerana lagunya yang
berjudul hati-hati itu memang banyak bagi pesanan kepada kita sebenarnya.
PL : OK Hani, awak, saya tengok dengan dia sebenarnya dah macam sedondon.
PW : Kita orang kumpulan jelmaan semula, sister-sister. Ya, ini dia, Amira Othman,
Assalammualaikum dan apa khabar?
A : Waalaikumussalamwarakhmatuallah.
PW : Hani difahamkan selsema batuk kan. Kita faham, faham lah.
A : Musim,musim.
PW : Kan...Musim sekarang ini, jadi, dalam masa...kenapa jauh sangat Mail?
PL : Nervous.
PW : Kenapa, ohh...supaya hati-hati, kemudian jaga-jaga, sekarang ini Mimpi Indah.
A : Lepas hati-hati, jaga-jaga, kenalah mimpi indah pulak. Sebab dah bagi pesanankan. Jadi,
itulah sebenarnya, itulah lagu terbaru saya setelah dah setahun lebih tak keluarkan lagu.
So, alhamdulillah. Saya keluar dengan lagu yang berjudul mimpi indah.
PL : Mimpi Indah, itu dicipta oleh penyanyi yang sama mencipta Hati-hati.
A : Betul.
PL : Hael.
A : Penyanyi yang sama, Hael Hussaini dan di-produce oleh abang Edry KRU.
PW : Masih lagi terus memilih karya daripada Hael.
A : Betul.
PW : Kenapa?
16
A : OK, sebenarnya, Hael ini, saya rasa, saya kenal dia dah lamakan, lepastu kita sama-sama
Larikan realiti show, jadi, mungkin lebih mengenalilah, dan dia pun tahu apa yang sesuai
nak di-adjustkan dengan suara saya. Jadi, akhirnya demo daripada Hael Hussaini.saya
sebenarnya mencari lagu lama juga, setahun lebih saya cari lagu. Akhirnya, saya berjumpa
dengan lagu yang, saya rasa, saya dengar je demo dia, saya dah tertarik. Itu yang saya
cadangkan Hael, tapi takpelah, kita proceed je lagu macam ni, tapi kita masih
mengekalkan konsep Waltz lah..Dia macam hati-hati dan jaga-jaga juga.
PW : Teng, teng.
A : Haah, betul boleh berjogetlah kejap lagi.
PL : Hani nak try kot.
A : Cuma di slot tempo dia berbeza sedikitlah kali ini.
PW : Dan mungkin sedikit perlahan eh, kali ini.
A : Betul.
PW : Memang berani untuk ketengahkan landskap, macam mic slow sikit.
A : Ok, sebenarnya saya. Niat saya adalah untuk men...mengenengahkan, betul kan?
PW & PL : (Haah betul mengenengahkan).
A : Mengenengahkan genre seperti inilah. Sebab saya rasa di Malaysia belum banyak lagi.
Jadi aa…yelah mungkin kadang-kadang orang bertanya juga kenapalah tak pergi try genre
lain ke apa kan. Sebenarnya bukanlah saya tak nak cuma buat masa ini yang bersesuaian
adalah „Mimpi Indah‟ akan saya cuba-cubalah pula genre yang lain.
PW : Haah...
PL : Ok, bila nak berduet dengan Irfan Haris?
PW : (Haah)
A : Ok, Irfan sebenarnya…
PL : (Siapakah Irfan tu?)
A : Haah…Irfan tu sebenarnya adik bongsu saya. Saya panggil dia Baby lah.
PW : Baby? Betul ke?
A : Haha… kalau dia dengar saya rasa dia marah saya panggil dia Baby. Sebab adik bongsu
kan tapi itulah sebenarnya…Haha…
PW & PL : (Hahaha)
17
A : Sebenarnya ramai yang bertanyakan “Tak nak ke collaborate?” Sebenarnya memang
naklah, lagi mudahlah saya rasa adik sendirikan. Tapi buat masa ini, Irfan masih lagi
bersekolah. Jadi jadual dia pun, dia dekat Johor.
PW : (Ohh)
A : Jadi saya tak nak mengganggu sangatlah. Insya-Allah kita tengok nanti kalau dia habis
sekolah, ada lagu yang bersesuaian untuk kami berdua. Insya-Allah akan kami
laksanakan.
PW : Haa…untuk maklumanlah saya memang follow Instagram Amira. Sebab apa.. (A:
Yeke)
Kita tengok dia nyanyi dengan adik beradik kan…dengan piano dia...
A : (Mmm...kenapa tak cakap hai)?
PW : Haa…tu lah pasal. Nanti kita cakap hai ye kat sini.
PL : (Nanti tengok video dia menyanyi pula).
PW : Eh, tak ade. Tak pernah, tak pernah..Haha..Ok.
PL : Ok, ada yang kata masa awal kemunculan Amira dulu orang kata samakan Amira
dengan suara Maya Karin.
A : (Oh yeke)
PW : (Haa..macam tu..)
PL : Haa..ada orang cakap macam tu. Jadi pernahkah Amira macam menghadapi situasi.
Aaa...maknanya orang samakan dengan artis lain dan orang banding bezakan dengan
artis-artis lain.
A : Saya rasa, lumrahlah kan jadi anak Seni ni ada banyak sangat pendapat. Jadi saya tidak
ki… Saya tidak aa.. maksudnya apa saja pendapat saya menerimalah. Asalkan ianya aaa…
yang tegur itu secara baik dan cakap pun secara baik. Saya rasa lumrahlah akan di
compare kan. Akan disamakan, saya tidak ada masalah itu. Semua pendapat masing-
masing.
PW : (Tapi...)
PL : Jangan samakan dengan Hael Hussani.
A : Haha.
PW : Haa...tu dah lain dah.
A : Dah lain dah tu. Ha...apa jantina pun lain kan. Jangan samakan ok.
18
PW : Ya betul, tapi rasanya ramai penonton-penonton peminat-peminat dah tahu dah nilai
suara Amira macam mana. Dan paling saya rasa macam sangat.. macam terujalah ni
sebab walaupun batuk selesema tapi masih lagi boleh nak menghiburkan kita semua.
A : Insya-Allah.
PL : Betul…
PW : Persembahan demi persembahan. Macam mana nak teruskan kalau batuk selesema ini?
A : Itulah, saya sebenarnya memperdaya jelah. Sebenarnya saya ini orangnya kalau saya tak
tido kan, kalau tido saya macam tunggang-terbalik sikit saya senang effect pada tekak.
PL : Oh….
A : Jadi late-late ini saya ada shooting….saya tido pun 6, 7 pagi jadi suara saya dah menjadi
macam inilah. Dia dah rock-rock sikit yang tapi….
PL : Ah….Rock lagi sedap itu.
A : Haha…Tapi mudah-mudahan okeylah. Nervous juga ini nak nyanyi tapi kalau ada anda
berdua…
PL : Wow…
A : Saya rasa macam….haah….backuplah.
PW : Kalau kurang lagi kita buat….Kita buat sesi singing.
A : Haha.
PL : Tapi…ada...Mira dulu pernah mengacara rancangan pagi juga?....
P : Ya, betul…
A : Betul.
PL : Pengalaman mengacara sebagainya…Ok, nak kongsikan juga kisah-kisah Mira ini di
Instagram Amira Othman…
A : Haah.
PL : Apa nama?....
A : Okey….Instagram Mira, A M I R A O T H M A N yang mana kat Instagram ini yang
saya paling aktiflah kalau di sosial media.
PW : Haah…
A : Saya rajinlah…haah…suka nak reply komen-komen anda kalau ada soalan…
PL : Itu Nabila Razali…
19
A : Haah, itu dia Nabila Razali.
PW : Haah…chummy chummynya itu.
A : Haah…Jadi bolehlah follow kalau ada apa-apa soalan, kan? Yang penting biarlah soalan
yang senang-senang.
PW : Okey, jadi Insya-Allah nanti Amira sendiri yang jaga, sendiri boleh jawab soalan
personally, ok?....Nanti saya akan say „Hi‟ hari ini. Haha.
A : Haah.
PW : Ok?
PL : Ok.
PW : Dan kita akan diiringi dengan lagu „Mimpi Indah‟.
A : Betul.
PW : Ya...Jadi kita mengucapkan selamat berjayalah. Semoga karya itu success.
PL : Amin.
PW : Ok, lepas ini dengan shooting berlakon lagi, menyanyi lagi…
PL : Insya-Allah
A : Ya, Amin.
PW : Rezeki mencurah-curah ya?....
PL : Insya-Allah
A : Mudah-mudahan sambut sama.
PL : Insya-Allah lagu „Mimpi Indah‟ itu akan diiktiraf di peringkat yang lebih besar.
A : Amin, Insya-Allah.
PL : Insya-Allah dan juga tahniah kepada Mira dan juga Hael. Baik kita tinggalkan anda
disini dengan persembahan daripada Amira Othman. Terima kasih kerana bersama
dengan kami. Bagi yang masih bercuti, Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina
juga diucapkan kepada yang menyambutnya.
PW : Betul, dan diharapkan dengan pengisian kita, anda telah mengambil input-input dan
jangan lupa kaalu ada usahawan-usahawan yang lebih berjaya, ada lapangannya ok. Tak
apa, kita kongsikan dala Selamat Pagi Malaysia edisi Ahad hari ini.
PL : Okey, kita saksikan Amira Othman...Amira Othman adalah „Mimpi Indah‟ saya
sekarang.
20
PW : Wah, secara langsung!...
A : Nasib baik...nasib baik tak mimpi ngeri.
PW : Sampai kita jumpa lagi Insya-Allah, sampai kita bertemu dalam Selamat Pagi Malaysia
di hari siaran yang lain pula. Saya Hanie Hamid…
PL : Saya Ismail Adnan. Assalamualaikum.
PW : Jumpa lagi. Kita saksikan persembahan daripada Amira Othman, „Mimpi Indah‟.

More Related Content

What's hot

komunikasi dalam talian
komunikasi dalam taliankomunikasi dalam talian
komunikasi dalam talianpian umt
 
Adab pergaulan dalam rumah
Adab pergaulan dalam rumahAdab pergaulan dalam rumah
Adab pergaulan dalam rumahmirai-san
 
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisan
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisanJenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisan
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisanamirah aisyah
 
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)Alecis Alex
 
Pn raminah morfologi
Pn raminah morfologiPn raminah morfologi
Pn raminah morfologiShah Raider
 
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK PISMPBM20622AinNajwa
 
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaGPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Halangan Pendengaran
Halangan PendengaranHalangan Pendengaran
Halangan Pendengaranlawn
 
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...Rozaiman Makmun
 
Sjhk3023 malaysia dan hubungan antarabangsa - isu sempadan
Sjhk3023 malaysia dan hubungan antarabangsa - isu sempadanSjhk3023 malaysia dan hubungan antarabangsa - isu sempadan
Sjhk3023 malaysia dan hubungan antarabangsa - isu sempadanFaFai S.
 
Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik)
Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik) Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik)
Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik) Thanushah Soniyasee
 
Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Muhammad Syahir
 

What's hot (20)

komunikasi dalam talian
komunikasi dalam taliankomunikasi dalam talian
komunikasi dalam talian
 
Adab pergaulan dalam rumah
Adab pergaulan dalam rumahAdab pergaulan dalam rumah
Adab pergaulan dalam rumah
 
Nota wacana
Nota wacanaNota wacana
Nota wacana
 
Laras bahasa iklan
Laras bahasa iklanLaras bahasa iklan
Laras bahasa iklan
 
Nota bab 2
Nota bab 2Nota bab 2
Nota bab 2
 
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisan
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisanJenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisan
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisan
 
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
 
Pn raminah morfologi
Pn raminah morfologiPn raminah morfologi
Pn raminah morfologi
 
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
 
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaGPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
 
POLA KOMUNIKASI
POLA KOMUNIKASIPOLA KOMUNIKASI
POLA KOMUNIKASI
 
Halangan Pendengaran
Halangan PendengaranHalangan Pendengaran
Halangan Pendengaran
 
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
 
Asas Komunikasi
Asas KomunikasiAsas Komunikasi
Asas Komunikasi
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Sjhk3023 malaysia dan hubungan antarabangsa - isu sempadan
Sjhk3023 malaysia dan hubungan antarabangsa - isu sempadanSjhk3023 malaysia dan hubungan antarabangsa - isu sempadan
Sjhk3023 malaysia dan hubungan antarabangsa - isu sempadan
 
Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik)
Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik) Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik)
Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik)
 
Topik 1 konsep komunikasi
Topik 1 konsep komunikasiTopik 1 konsep komunikasi
Topik 1 konsep komunikasi
 
Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007
 
Bab 3. konsep ibadat
Bab 3. konsep ibadatBab 3. konsep ibadat
Bab 3. konsep ibadat
 

More from Thanushah Soniyasee

Ursachen und Auswirkungen weltweiter Migrationen
Ursachen und Auswirkungen weltweiter MigrationenUrsachen und Auswirkungen weltweiter Migrationen
Ursachen und Auswirkungen weltweiter MigrationenThanushah Soniyasee
 
Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language) Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language) Thanushah Soniyasee
 
Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language) Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language) Thanushah Soniyasee
 
Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)
Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)
Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)Thanushah Soniyasee
 
Gruppenorientierung & Individualismus
Gruppenorientierung & IndividualismusGruppenorientierung & Individualismus
Gruppenorientierung & IndividualismusThanushah Soniyasee
 
Familie (Warum ist Familie wichtig?)
Familie (Warum ist Familie wichtig?)Familie (Warum ist Familie wichtig?)
Familie (Warum ist Familie wichtig?)Thanushah Soniyasee
 
Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...
Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...
Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...Thanushah Soniyasee
 
Politische Stabilität für die Entwicklung eines Landes
Politische Stabilität für die Entwicklung eines LandesPolitische Stabilität für die Entwicklung eines Landes
Politische Stabilität für die Entwicklung eines LandesThanushah Soniyasee
 
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 
Implikatur (Semantik & Pragmatik)
Implikatur (Semantik & Pragmatik)Implikatur (Semantik & Pragmatik)
Implikatur (Semantik & Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 
Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)
Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)
Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 
Die Vorteile und Nachteile von Soziale Medien
Die Vorteile und Nachteile von Soziale MedienDie Vorteile und Nachteile von Soziale Medien
Die Vorteile und Nachteile von Soziale MedienThanushah Soniyasee
 
Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)
Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)
Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 
Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)
Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)
Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)Thanushah Soniyasee
 
Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)
Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)
Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 
Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)
Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)
Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 
Denotasi & Stilistik (Semantik dan Pragmatik)
Denotasi & Stilistik (Semantik dan Pragmatik)Denotasi & Stilistik (Semantik dan Pragmatik)
Denotasi & Stilistik (Semantik dan Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 
Bahasa & Makna (Kursus Semantik dan Pragmatik)
Bahasa & Makna (Kursus Semantik dan Pragmatik)Bahasa & Makna (Kursus Semantik dan Pragmatik)
Bahasa & Makna (Kursus Semantik dan Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 

More from Thanushah Soniyasee (20)

Ursachen und Auswirkungen weltweiter Migrationen
Ursachen und Auswirkungen weltweiter MigrationenUrsachen und Auswirkungen weltweiter Migrationen
Ursachen und Auswirkungen weltweiter Migrationen
 
Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language) Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language)
 
Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language) Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language)
 
Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)
Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)
Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)
 
Gruppenorientierung & Individualismus
Gruppenorientierung & IndividualismusGruppenorientierung & Individualismus
Gruppenorientierung & Individualismus
 
Familie (Warum ist Familie wichtig?)
Familie (Warum ist Familie wichtig?)Familie (Warum ist Familie wichtig?)
Familie (Warum ist Familie wichtig?)
 
SWOT-Analyse der AirAsia
SWOT-Analyse der AirAsiaSWOT-Analyse der AirAsia
SWOT-Analyse der AirAsia
 
Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...
Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...
Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...
 
Politische Stabilität für die Entwicklung eines Landes
Politische Stabilität für die Entwicklung eines LandesPolitische Stabilität für die Entwicklung eines Landes
Politische Stabilität für die Entwicklung eines Landes
 
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
 
Implikatur (Semantik & Pragmatik)
Implikatur (Semantik & Pragmatik)Implikatur (Semantik & Pragmatik)
Implikatur (Semantik & Pragmatik)
 
Lakuan Tuturan (Pragmatik)
Lakuan Tuturan (Pragmatik) Lakuan Tuturan (Pragmatik)
Lakuan Tuturan (Pragmatik)
 
Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)
Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)
Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)
 
Die Vorteile und Nachteile von Soziale Medien
Die Vorteile und Nachteile von Soziale MedienDie Vorteile und Nachteile von Soziale Medien
Die Vorteile und Nachteile von Soziale Medien
 
Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)
Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)
Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)
 
Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)
Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)
Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)
 
Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)
Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)
Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)
 
Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)
Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)
Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)
 
Denotasi & Stilistik (Semantik dan Pragmatik)
Denotasi & Stilistik (Semantik dan Pragmatik)Denotasi & Stilistik (Semantik dan Pragmatik)
Denotasi & Stilistik (Semantik dan Pragmatik)
 
Bahasa & Makna (Kursus Semantik dan Pragmatik)
Bahasa & Makna (Kursus Semantik dan Pragmatik)Bahasa & Makna (Kursus Semantik dan Pragmatik)
Bahasa & Makna (Kursus Semantik dan Pragmatik)
 

Recently uploaded

SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 

Recently uploaded (8)

SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 

Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Prinsip Kerjasama Grice dalam Video Wawancara

  • 1. 1 Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL) TIX2002 : Semantik & Pragmatik Semantics & Pragmatics Sesi 2017 / 2018 Tajuk Kerja Kursus Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Prinsip Kerjasama Grice dalam Video Wawancara yang bertajuk „Amira Othman-Selamat Pagi Malaysia-Full Interview Show‟. Nama Ahli Kumpulan Aisyah Binti Mahathir (TIG1600XX) Nur Asilah Binti Adenan (TIG1600XX) Siti Fatimah Binti Masran (TIG1600XX) Thanushah A/P P Soniyasee (TIG1600XX) Nombor Kumpulan Kelas Kumpulan 4 Nama Pensyarah Puan Siti Nurbaya Binti Mohd Nor Tarikh Dihantar 21 / 5 / 2018
  • 2. 2 Isi Kandungan Bilangan Tajuk Nama Ahli Muka Surat 1. Pengenalan Asilah 1 2. Objektif Fatimah, Aisyah & Thanushah 2 3. Deskripsi Data Thanushah 3 4. Kerangka Teori Asilah 4 - 6 5. Analisa dan Perbincangan Thanushah, Aisyah Fatimah & Asilah 7 - 10 6. Penutup Aisyah 11 7. Rujukan Fatimah 12 8. Transkrip Wawancara Fatimah, Aisyah & Thanushah 13 - 18
  • 3. 3 1.0 Pengenalan Pragmatik merupakan kajian makna ujaran bagi ujaran yang diujarkan oleh penutur. Menurut Leech, J. (1983), pragrmatik boleh didefinisikan sebagai kajian cara ujaran-ujaran mempunyai makna dalam situasi-situasi tertentu. Temubual merupakan satu model petuturan kompleks yang melibatkan ujaran penutur dan pendengar. Ujaran penutur adalah amat penting dalam mendapatkan tindak balas ujaran daripada pendengar. Oleh itu, kumpulan pengkaji telah memilih satu video temubual Rancangan Television yang bertajuk „Selamat Pagi Malaysia‟ sebagai bahan untuk kajian ini. Oleh itu, kumpulan pengkaji mengkhususkan analisa kajian temubual ini kepada dua bahagian iaitu lakuan tuturan langsung dan tidak langsung serta ketidakpatuhan Prinsip Kerjasama Grice.
  • 4. 4 2.0 Objektif Kajian a) Mengenalpasti lakuan tuturan langsung dan tidak langsung dalam video Temubual Rancangan Television yang bertajuk „Selamat Pagi Malaysia‟. b) Menganalisis ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice dalam video Temubual tersebut.
  • 5. 5 3.0 Deskripsi Data Kumpulan pengkaji telah memilih sebuah video temuramah yang bertajuk „Amira Othman-Selamat Pagi Malaysia-Full Interview Show 18/02/2018‟ yang telah dimuatnaik pada 22 / 2 / 2018 oleh Zman Din di laman web YouTube. Video temubual ini diambil dari Rancangan Television yang bertajuk „Selamat Pagi Malaysia‟. Seorang artis yang bernama Amira Othman telah ditemubual oleh dua orang pengacara rancangan ini, iaitu Hanie Hamid dan Ismail Adnan. Video temubual ini pada asalnya memiliki durasi keseluruhan sebanyak 9 minit dan 32 saat, namun kumpulan pengkaji cuma telah mengambil dari minit pertama sampai minit ke-6 dan 22 saat bagi melakukan analisis projek ini. Selebriti Amira Othman yang ditemubual dalam video tersebut berumur 25 tahun dan merupakan tetamu jemputan dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia bertarikh 18 Februari 2018. Beliau merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia sejak tahun 2016, tahun dimana beliau mula bergiat dalam industri musik tanah air. Kumpulan pengkaji telah mengkaji banyak aspek-aspek lakuan tuturan langsung dan tidak langsung dan juga ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice dalam video ini dan hasilnya disertakan di bahagian „Analisa dan Perbincangan‟.
  • 6. 6 4.0 Kerangka Teori Lakuan tuturan Lakuan tuturan adalah sesuatu yang dilakukan melalui ujaran. Suatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang yang menggunakan bahasa. Tindakan boleh dilabel oleh kata nama yang menamakan perbuatan itu, misalnya permintaan dan amaran. Jenis-jenis lakuan tuturan 1. Lakuan tuturan langsung Lakuan tuturan langsung bermaksud terdapat hubungan langsung diantara struktur linguistik dan fungsi lakuan tuturan dalam pertuturan itu atau hubungan langsung diantara jenis ayat dan daya ilokusi. 2. Lakuan tuturan tidak langsung Lakuan tuturan tidak langsung bermaksud terdapat hubungan tidak langsung diantara struktur linguistik dan fungsi lakuan tuturan dalam pertuturan itu. Lakuan tuturan ini dilakukan secara tidak langsung menerusi lakuan tuturan yang lain atau tiada hubungan langsung diantara jenis ayat dan daya ilokusi. Prinsip kerjasama Grice Mengikut Grice implikatur adalah sejenis inference yang timbul semasa perbualan berlaku berdasarkan maxim yang diikuti/dilanggar oleh penutur/pendengar. Grice telah mencadangkan satu Prinsip Kerjasama (PK) diantara penutur dan pendengar dan prinsip ini mengawal cara sesuatu perbualan dijalankan/dijayakan. Prinsip Kerjasama ialah satu perjanjian tanpa bertulis diantara penutur dan pendengar.
  • 7. 7 Oleh itu, Grice telah membezakan empat maksim yang setiapnya mempunyai beberapa keterangan untuk menjayakan komunikasi iaitu maksim kuantiti, maksim kualiti, maksim relevan dan maksim cara. Maksim kuantiti adalah sesuatu ujaran yang diujarkan oleh penutur hendaklah tidak kurang dan tidak lebih daripada maklumat yang diperlukan. Maksim kualiti adalah ujaran yang memberi sumbangan serta tidak mengandungi pembohongan atau mengandungi dakwaan-dakwaan yang tidak berasas. Maksim relevan adalah ujaran yang yang relevan atau mempunyai pertalian dengan komunikasi tersebut dan maksim cara adalah ujaran yang ringkas dan teratur serta tidak mengandungi kekaburan dan ambiguity iaitu memunyai dua atau lebih makna. Ketidakpatuhan Prinsip Grice Akan tetapi disebabkan Grice menyedari bahawa terdapat kebanyakan masa atau situasi di mana manusia gagal mematuhi maksim. Grice mengkategorikan kegagalan mematuhi maksim ini kepada lima kategori iaitu melanggar maksim secara violating, melanggar maksim secara flouting, melanggar maksim secara infringing, memilih keluar daripada maksim dan menggantung atau membatal maksim. Setiap kategori kegagalan mematuhi maksim adalah dipengaruhi oleh Prinsip Kerjasama Grice (maksim kuantiti, kualiti, relevan dan cara). Melanggar maksim secara violating bermaksud penutur melanggar maksim secara ketara. Cara maksim dilanggar tidak menunjukkan bahawa penutur telah berbohong dengan sengaja kerana memberi maklumat yang tidak mencukupi, tidak relevan serta ujaran tidak jelas. Seterusnya, melanggar maksim secara flouting bermaksud penutur melanggar satu atau lebih maksim dengan sangat jelas dalam ujarannya sehingga pendengar menyedari pada
  • 8. 8 ujaran tersebut dituturkan bahawa penutur dengan sengaja dan secara terbuka gagal mematuhi satu atau lebih maksim. Selain itu, melanggar maksim secara infringing bermaksud penutur gagal mematuhi maksim secara tidak sengaja untuk mematuhi maksim akibat daripada percakapan linguistik yang tidak sempurna dan bukan dari mana-mana keinginan untuk menjana aplikatur perbualan. Memilih keluar daripada maksim pula bermaksud penutur memilih untuk keluar daripada mematuhi maksim dengan menunjukkan keengganan untuk bekerjasama dimana maksim tersebut diperlukan. Akhir sekali, menggantung atau membatal maksim bermaksud penutur melanggar maksim atas sebab maksim tersebut tidak diperlukan kerana peristiwa- peristiwa tertentu di mana tidak ada jangkaan kepada mana-mana pihak bahawa maksim akan dipatuhi atau tidak perlu dalam situasi tertentu seperti sewaktu berlaku kecemasan.
  • 9. 9 5.0 Analisa dan Perbincangan Daripada video temuramah yang telah dikaji kumpulan pengkaji, terdapat banyak ciri- ciri pragmatik khususnya lakuan tututan langsung dan tidak langsung serta ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice. Di dalam video yang telah dikaji kumpulan pengkaji, ujaran pengacara perempuan yang bertanya “kenapa jauh sangat Mail?” menunjukkan lakuan langsung kerana menggunakan ayat tanya. Pengacara perempuan tersebut bertanya kepada pengacara lelaki yang bernama Mail tanpa maksud tersirat, dan ingin mengetahui alasan mengapa dia berdiri jauh daripada Amira. Ujaran ini menunjukkan bahawa ianya lakuan langsung kerana pendengar dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penutur dengan jelas. Lakuan langsung juga didapati pada ujaran “Mimpi Indah, itu dicipta oleh penyanyi yang sama mencipta Hati-hati” yang diujarkan oleh Amira. Ujaran ini sangat jelas dan tiada maksud tersirat disebaliknya. Amira Othman menggunakan tuturan langsung dalam ujarannya dengan mengatakan bahawa Mimpi Indah itu dicipta oleh penyanyi yang sama mencipta lagu Hati-hati. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Amira menyampaikan maklumat yang ingin disampaikan dengan jelas sekali serta memenuhi maksim cara kerana ungkapan yang ringkas dan tiada kekaburan. Bagi lakuan tuturan langsung merujuk kepada ujaran daripada pengacara wanita iaitu, “untuk maklumanlah saya memang follow Instagram Amira”. Ia menunjukkan wanita tersebut memberitahu bahawa dia memang telah mengikuti Instagram Amira dan bukannya orang lain. Ujaran tersebut sangat jelas dan tepat dan tiada maksud yang tersirat. Contoh lain pula, ujaran “Sebenarnya saya ini orangnya kalau saya tak tido kan…kalau tido saya macam tunggang-terbalik sikit saya senang effect pada tekak” secara langsung
  • 10. 10 menunjukkan bahawa Amira senang diserang sakit apabila beliau tidak mendapat tidur yang mencukupi. Manakala bagi lakuan tidak langsung pula jelas dipaparkan dalam ujaran Amira Othman “haa, betul boleh berjogetlah kejap lagi”. Banyak interpretasi yang boleh dibuat melalui ayat ini. Kemungkinan ujaran itu sebagai sesuatu gurauan, ejekan atau literal. Perkataan “boleh” dalam ujaran tersebut menunjukkan bahawa seseorang itu ada pilihan untuk melakukan perbuatan tersebut atau tidak, bergantung kepada interpretasi pendengar tersebut. Juga, bagi dialog Amira Othman “Saya rasa, lumrahlah kan jadi anak Seni ni ada banyak sangat pendapat”. Berdasarkan soalan yang diajukan oleh pengacara lelaki dimana sama ada Amira Othman pernah disamakan atau dibandingkan dengan artis lain. Tetapi Amira Othman tidak menjawab soalan yang diajukan dengan langsung sama ada “Ya” ataupun “Tidak”. Bagi ujaran pengacara wanita yang mengatakan bahawa “Jangan samakan dengan Hael Hussani” adalah bersifat tidak langsung kerana mempunyai maksud yang tersirat. Sama ada kemungkinan Hael Husaini merupakan penyanyi yang lebih berpengalaman daripada Amira Othman ataupun oleh kerana jantina mereka yang berlainan. Ujaran ini akan menjadi ujaran tuturan langsung sekiranya ujaran ini ditukarkan dari ujaran ekspresif kepada ayat pernyataan. Contoh lain bagi ujaran tidak langsung ialah, ujaran daripada pengacara wanita, “…macam terujalah ni sebab walaupun batuk selesema tapi masih lagi boleh nak menghiburkan kita semua”. Ujaran ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pihak rancangan Selamat Pagi Malaysia sangat menghargai kedatangan Amira Othman walaupun beliau tidak sihat pada ketika itu. Ujaran itu juga merupakan satu pujian kepada Amira atas kerjasamanya yang baik bagi kelancaran rancangan tersebut. Seterusnya, ujaran “Jadi late- late ini saya ada shooting….saya tido pun 6, 7 pagi jadi suara saya dah menjadi macam inilah” pula memberitahu kita bahawa Amira mengalami batuk dan selesema disebabkan oleh
  • 11. 11 jadual waktu pekerjaannya yang sangat padat dan beliau mengalami sakit tekak disebabkan tidak cukup tidur. Ujaran dari pengacara lelaki iaitu, “Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina juga diucapkan kepada yang menyambutnya” pula membawa maksud bahawa ucapannya khas untuk masyarakat Cina yang menyambut Tahun Baru China. Pengacara lelaki tersebut ingin mengkhususkan kerana terdapat masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dan masing-masing menyambut perayaan yang berlainan. Seterusnya, ujaran “Betul, dan diharapkan dengan pengisian kita, anda telah mengambil input-input…” daripada pengacara wanita secara tidak langsung menunjukkan bahawa pihak rancangan Selamat Pagi Malaysia sangat berharap bahawa masyarakat Negara menerima kebaikan atau faedah menerusi program bagi pengetahuan mereka. Contoh terakhir sekali bagi lakuan tuturan tidak langsung ialah, ujaran “Amira Othman adalah „Mimpi Indah‟ saya sekarang” yang telah diujarkan oleh pengacara lelaki dalam rancangan tersebut. Ujaran ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pengacara lelaki ini telah menjadi peminat Amira Othman dan dirinya telah terpesona dengan personaliti Amira Othman. Kumpulan pengkaji juga telah mengkaji ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice berdasarkan enam ujaran dalam video temu ramah yang telah dipilih. Jawapan yang diberi oleh Amira Othman iaitu “Penyanyi yang sama, Hael Hussaini dan di-produce oleh abang Edry KRU” ujaran ini merupakan tidak mematuhi maksim kuantiti secara violating, kerana Amira Othman memberi maklumat yang berlebihan daripada yang diperlukan dengan memberitahu sekali siapa producer kepada lagunya walaupun pengacara lelaki cuma menengahkan soalan siapakah penyanyi lagunya.
  • 12. 12 Seterusnya, bagi ujaran ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice merujuk kepada ujaran daripada Amira Othman “Ok, sebenarnya saya. Niat saya adalah untuk men.. mengenengahkan, betul kan?”. Ujaran tersebut menunjukkan penutur telah melanggar maksim kuantiti secara memilih keluar daripada maksim. Hal ini kerana dia enggan untuk menjawab soalan yang diajukan dengan langsung. Begitu juga dengan dialog yang sama daripada Amira Othman dengan pengacara lelaki tersebut, “Pengacara Lelaki : Siapakah Irfan tu? Amira : Haah…Irfan tu sebenarnya adik bongsu saya. Saya panggil dia Baby lah. ” Ujaran ini telah melanggar maksim kuantiti secara violating. Hal ini kerana Amira telah menjawab persoalan pengacara lelaki itu tetapi dia telah melanggar maksim kuantiti kerana menjawab lebih daripada soalan yang diajukan atau terlebih memberi maklumat yang tidak diperlukan. Jika Amira hanya menjawab soalan yang diajukan maka ia tidak melanggar maksim kuantiti. Selain itu, ujaran daripada Amira : (Mmm...kenapa tak cakap hai)? Pengacara Wanita “Haa…tu lah pasal. Nanti kita cakap hai ye kat sini ”, ujaran ini telah melanggar maksim relevan secara opting out. Hal ini kerana ia tidak relevan kerana pengacara wanita tersebut tidak menjawab soalan yang diajukan oleh Amira dengan menukar topik perbualan secara sengaja dan terdapat hedges yang digunakan di jawapan pertama pengacara wanita kepada soalan Amira. Bagi ujaran “Okey….Instagram Mira, A M I R A O T H M A N yang mana kat Instagram ini yang saya paling aktiflah kalau di sosial media” yang diujarkan oleh Amira Othman didapati telah melanggar maksim kuantiti secara violating. Hal ini kerana, pengacara lelaki dalam rancangan ini cuma meminta nama pengguna Instagram milik Amira tetapi beliau memberi jawapan yang terlalu panjang dan melebihi maklumat yang diperlukan. Beliau telah gagal menyatakan kesemua maklumat yang relevan bagi soalan pengacara lelaki. 6.0 Penutup
  • 13. 13 Akhir sekali, kumpulan pengkaji telah mengenalpasti dan menganalisis aspek-aspek pragmatik iaitu lakuan tuturan langsung dan tidak langsung serta ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice dalam video Temubual rancangan Selamat Pagi Malaysia di saluran RTM 1. Terdapat banyak aspek-aspek tersebut dalam temubual yang berdurasi 6.22 minit. Aspek-aspek pragmatik dibuat dalam bentuk transkripsi untuk memudahkan kerja mengenalpasti dan menganalisis. Lakuan tuturan secara langsung atau tidak langsung berserta dengan ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesuatu perbualan ataupun komunikasi yang berkesan. Bukan itu sahaja, ianya penting supaya penutur dan pendengar lebih peka dengan maksud yang tersurat dan tersirat dalam sesuatu perbualan. Pengguna akan lebih memahami apa yang hendak disampaikan dengan hanya melihat kepada konteks ayat yang diujarkan. Kesimpulannya, kumpulan pengkaji mendapati bahawa aspek-aspek pragmatik seperti lakuan tuturan langsung dan tidak langsung serta ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice sangat penting dalam sesuatu perbualan, tidak kira formal ataupun tidak formal.
  • 14. 14 7.0 Rujukan 1. [zman din]. (2018, Feb 22). Amira Othman-Selamat Pagi Malaysia-Full Interview Show 18/02/2018. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=4IIhgx-DWXM&t=132s 2. Siti Nurbaya Binti Mohd Nor. (2018). Kuliah 9: Lakuan Tuturan [Powerpoint slides]. 3. Siti Nurbaya Binti Mohd Nor (2018). Kuliah 10: Implikatur Grice I [Powerpoint slides]. 4. Siti Nurbaya Binti Mohd Nor (2018). Kuliah 11: Implikatur Grice II [Powerpoint slides]
  • 15. 15 8.0 Transkrip Wawancara PL : Pengacara Lelaki PW : Pengacara Wanita A : Amira Othman PL : Terima Kasih kerana masih lagi setia bersama dengan kami, seperti yang saya dan Hanie janjikan, kita akan berhati-hati dengan seorang penyanyi ni kerana lagunya yang berjudul hati-hati itu memang banyak bagi pesanan kepada kita sebenarnya. PL : OK Hani, awak, saya tengok dengan dia sebenarnya dah macam sedondon. PW : Kita orang kumpulan jelmaan semula, sister-sister. Ya, ini dia, Amira Othman, Assalammualaikum dan apa khabar? A : Waalaikumussalamwarakhmatuallah. PW : Hani difahamkan selsema batuk kan. Kita faham, faham lah. A : Musim,musim. PW : Kan...Musim sekarang ini, jadi, dalam masa...kenapa jauh sangat Mail? PL : Nervous. PW : Kenapa, ohh...supaya hati-hati, kemudian jaga-jaga, sekarang ini Mimpi Indah. A : Lepas hati-hati, jaga-jaga, kenalah mimpi indah pulak. Sebab dah bagi pesanankan. Jadi, itulah sebenarnya, itulah lagu terbaru saya setelah dah setahun lebih tak keluarkan lagu. So, alhamdulillah. Saya keluar dengan lagu yang berjudul mimpi indah. PL : Mimpi Indah, itu dicipta oleh penyanyi yang sama mencipta Hati-hati. A : Betul. PL : Hael. A : Penyanyi yang sama, Hael Hussaini dan di-produce oleh abang Edry KRU. PW : Masih lagi terus memilih karya daripada Hael. A : Betul. PW : Kenapa?
  • 16. 16 A : OK, sebenarnya, Hael ini, saya rasa, saya kenal dia dah lamakan, lepastu kita sama-sama Larikan realiti show, jadi, mungkin lebih mengenalilah, dan dia pun tahu apa yang sesuai nak di-adjustkan dengan suara saya. Jadi, akhirnya demo daripada Hael Hussaini.saya sebenarnya mencari lagu lama juga, setahun lebih saya cari lagu. Akhirnya, saya berjumpa dengan lagu yang, saya rasa, saya dengar je demo dia, saya dah tertarik. Itu yang saya cadangkan Hael, tapi takpelah, kita proceed je lagu macam ni, tapi kita masih mengekalkan konsep Waltz lah..Dia macam hati-hati dan jaga-jaga juga. PW : Teng, teng. A : Haah, betul boleh berjogetlah kejap lagi. PL : Hani nak try kot. A : Cuma di slot tempo dia berbeza sedikitlah kali ini. PW : Dan mungkin sedikit perlahan eh, kali ini. A : Betul. PW : Memang berani untuk ketengahkan landskap, macam mic slow sikit. A : Ok, sebenarnya saya. Niat saya adalah untuk men...mengenengahkan, betul kan? PW & PL : (Haah betul mengenengahkan). A : Mengenengahkan genre seperti inilah. Sebab saya rasa di Malaysia belum banyak lagi. Jadi aa…yelah mungkin kadang-kadang orang bertanya juga kenapalah tak pergi try genre lain ke apa kan. Sebenarnya bukanlah saya tak nak cuma buat masa ini yang bersesuaian adalah „Mimpi Indah‟ akan saya cuba-cubalah pula genre yang lain. PW : Haah... PL : Ok, bila nak berduet dengan Irfan Haris? PW : (Haah) A : Ok, Irfan sebenarnya… PL : (Siapakah Irfan tu?) A : Haah…Irfan tu sebenarnya adik bongsu saya. Saya panggil dia Baby lah. PW : Baby? Betul ke? A : Haha… kalau dia dengar saya rasa dia marah saya panggil dia Baby. Sebab adik bongsu kan tapi itulah sebenarnya…Haha… PW & PL : (Hahaha)
  • 17. 17 A : Sebenarnya ramai yang bertanyakan “Tak nak ke collaborate?” Sebenarnya memang naklah, lagi mudahlah saya rasa adik sendirikan. Tapi buat masa ini, Irfan masih lagi bersekolah. Jadi jadual dia pun, dia dekat Johor. PW : (Ohh) A : Jadi saya tak nak mengganggu sangatlah. Insya-Allah kita tengok nanti kalau dia habis sekolah, ada lagu yang bersesuaian untuk kami berdua. Insya-Allah akan kami laksanakan. PW : Haa…untuk maklumanlah saya memang follow Instagram Amira. Sebab apa.. (A: Yeke) Kita tengok dia nyanyi dengan adik beradik kan…dengan piano dia... A : (Mmm...kenapa tak cakap hai)? PW : Haa…tu lah pasal. Nanti kita cakap hai ye kat sini. PL : (Nanti tengok video dia menyanyi pula). PW : Eh, tak ade. Tak pernah, tak pernah..Haha..Ok. PL : Ok, ada yang kata masa awal kemunculan Amira dulu orang kata samakan Amira dengan suara Maya Karin. A : (Oh yeke) PW : (Haa..macam tu..) PL : Haa..ada orang cakap macam tu. Jadi pernahkah Amira macam menghadapi situasi. Aaa...maknanya orang samakan dengan artis lain dan orang banding bezakan dengan artis-artis lain. A : Saya rasa, lumrahlah kan jadi anak Seni ni ada banyak sangat pendapat. Jadi saya tidak ki… Saya tidak aa.. maksudnya apa saja pendapat saya menerimalah. Asalkan ianya aaa… yang tegur itu secara baik dan cakap pun secara baik. Saya rasa lumrahlah akan di compare kan. Akan disamakan, saya tidak ada masalah itu. Semua pendapat masing- masing. PW : (Tapi...) PL : Jangan samakan dengan Hael Hussani. A : Haha. PW : Haa...tu dah lain dah. A : Dah lain dah tu. Ha...apa jantina pun lain kan. Jangan samakan ok.
  • 18. 18 PW : Ya betul, tapi rasanya ramai penonton-penonton peminat-peminat dah tahu dah nilai suara Amira macam mana. Dan paling saya rasa macam sangat.. macam terujalah ni sebab walaupun batuk selesema tapi masih lagi boleh nak menghiburkan kita semua. A : Insya-Allah. PL : Betul… PW : Persembahan demi persembahan. Macam mana nak teruskan kalau batuk selesema ini? A : Itulah, saya sebenarnya memperdaya jelah. Sebenarnya saya ini orangnya kalau saya tak tido kan, kalau tido saya macam tunggang-terbalik sikit saya senang effect pada tekak. PL : Oh…. A : Jadi late-late ini saya ada shooting….saya tido pun 6, 7 pagi jadi suara saya dah menjadi macam inilah. Dia dah rock-rock sikit yang tapi…. PL : Ah….Rock lagi sedap itu. A : Haha…Tapi mudah-mudahan okeylah. Nervous juga ini nak nyanyi tapi kalau ada anda berdua… PL : Wow… A : Saya rasa macam….haah….backuplah. PW : Kalau kurang lagi kita buat….Kita buat sesi singing. A : Haha. PL : Tapi…ada...Mira dulu pernah mengacara rancangan pagi juga?.... P : Ya, betul… A : Betul. PL : Pengalaman mengacara sebagainya…Ok, nak kongsikan juga kisah-kisah Mira ini di Instagram Amira Othman… A : Haah. PL : Apa nama?.... A : Okey….Instagram Mira, A M I R A O T H M A N yang mana kat Instagram ini yang saya paling aktiflah kalau di sosial media. PW : Haah… A : Saya rajinlah…haah…suka nak reply komen-komen anda kalau ada soalan… PL : Itu Nabila Razali…
  • 19. 19 A : Haah, itu dia Nabila Razali. PW : Haah…chummy chummynya itu. A : Haah…Jadi bolehlah follow kalau ada apa-apa soalan, kan? Yang penting biarlah soalan yang senang-senang. PW : Okey, jadi Insya-Allah nanti Amira sendiri yang jaga, sendiri boleh jawab soalan personally, ok?....Nanti saya akan say „Hi‟ hari ini. Haha. A : Haah. PW : Ok? PL : Ok. PW : Dan kita akan diiringi dengan lagu „Mimpi Indah‟. A : Betul. PW : Ya...Jadi kita mengucapkan selamat berjayalah. Semoga karya itu success. PL : Amin. PW : Ok, lepas ini dengan shooting berlakon lagi, menyanyi lagi… PL : Insya-Allah A : Ya, Amin. PW : Rezeki mencurah-curah ya?.... PL : Insya-Allah A : Mudah-mudahan sambut sama. PL : Insya-Allah lagu „Mimpi Indah‟ itu akan diiktiraf di peringkat yang lebih besar. A : Amin, Insya-Allah. PL : Insya-Allah dan juga tahniah kepada Mira dan juga Hael. Baik kita tinggalkan anda disini dengan persembahan daripada Amira Othman. Terima kasih kerana bersama dengan kami. Bagi yang masih bercuti, Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina juga diucapkan kepada yang menyambutnya. PW : Betul, dan diharapkan dengan pengisian kita, anda telah mengambil input-input dan jangan lupa kaalu ada usahawan-usahawan yang lebih berjaya, ada lapangannya ok. Tak apa, kita kongsikan dala Selamat Pagi Malaysia edisi Ahad hari ini. PL : Okey, kita saksikan Amira Othman...Amira Othman adalah „Mimpi Indah‟ saya sekarang.
  • 20. 20 PW : Wah, secara langsung!... A : Nasib baik...nasib baik tak mimpi ngeri. PW : Sampai kita jumpa lagi Insya-Allah, sampai kita bertemu dalam Selamat Pagi Malaysia di hari siaran yang lain pula. Saya Hanie Hamid… PL : Saya Ismail Adnan. Assalamualaikum. PW : Jumpa lagi. Kita saksikan persembahan daripada Amira Othman, „Mimpi Indah‟.