SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
1
VteNoU: MENGUKUHKAN DAYA INGAT JANGKA PANJANG
FUNGSI KONJUGASI KATA KERJA VTE DI KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN 4
JANIKAH BIN JEPPY
janzkyoshi@gmail.com
SM SUNG SIEW, SANDAKAN
Abstrak
Kewujudan pandemik Covid-19 yang bermula pada tahun 2020 merupakan cabaran
besar kepada Pengajaran Dan Pembelajaran kerana alternatif secara atas talian
bukanlah satu kebiasaan kepada semua pelajar maupun guru. Fenomena ini menambah
tekanan kepada pelajar-pelajar Bahasa Jepun kerana jangka masa belajar lebih
panjang daripada pelajar lain. Menyentuh tentang subjek Bahasa Jepun, konjugasi kata
kerja merupakan salah satu bahagian utama yang terkandung di dalam DSKP (Dokumen
Standard Pembelajaran) di mana pada peringkat menengah rendah fungsi konjugasi ini
akan dikembangkan sehingga lebih dari 30 penggunaan yang perlu diingat. Konjugasi di
dalam Bahasa Jepun merupakan perubahan bentuk sesuatu perkataan yang berlaku pada
kata kerja atau kata sifat. Di dalam Bahasa Melayu konjugasi menyamai unsur imbuhan
yang menyebabkan perubahan bentuk dan fungsi setelah penambah pada awalan,
akhiran, dan sisipan; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Dengan itu, kajian pada kali ini
memfokuskan kepada pelajar tingkatan 4 seramai 9 orang kerana didapati kumpulan ini
tidak dapat mengingat fungsi konjugasi vte yang telah dipelajari semasa di tingkatan 3
dan di awal penggal tingkatan 4. Setelah intervensi lagu tatabahasa, hasil kajian
mendapati bahawa prestasi pelajar telah meningkat dengan mendadak seiring dengan
peningkatan motivasi pembelajaran kerana keseronokan untuk belajar.
2
1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu
Semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Tingkatan 4, saya mendapati
bahawa para pelajar sukar memberi respon apabila ditanya tentang fungsi Vte. Rata-rata antara nya
langsung tidak menjawab soalan yang diberikan. Perkara ini amat membimbangkan sebab saya tidak
dapat mengetahui sejauhmana pelajar ini faham dan ingat tentang kemahiran yang diajar. Ini secara
tidak langsung telah mendorong saya untuk memperbaiki bahan dan kaedah pengajaran bagi
memudahkan pelajar dapat memahami dan mengingat ilmu yang telah dipelajari dalam jangka masa
yang panjang. Situasi sebegini juga turut mendorong saya untuk bertanyakan kepada rakan guru
Bahasa Jepun dari sekolah lain sama ada mereka menghadapi isu yang sama. Permasalahan ini
terjawab apabila ada rakan guru turut mempunyai masalah yang sama dan mencadangkan latih tubi
sebagai penyelesaian. Rentetan daripada perkara ini, saya telah mengambil langkah usaha untuk
mewujudkan satu kaedah mengingat yang mudah, berkesan dan dapat menarik minat pelajar. Saya
amat berharap agar kaedah tersebut dapat meningkatkan motivasi mereka untuk membuat
pembelajaran kendiri serta dapat mengingat dan memahami semua fungsi Vte yang telah dipelajari.
2.0 Fokus Kajian
Kajian ini dijalankan ke atas 9 orang pelajar Bahasa Jepun di tingkatan 4 sesi 2021. Setelah
membuat penelitian, saya mendapati isu utama yang perlu saya tangani ialah menyediakan kaedah
pembelajaran yang terbaik untuk membantu pelajar supaya dapat mengingat fungsi Vte yang telah
dipelajari dalam jangka masa yang lebih panjang. Selain itu, saya juga perlu memikirkan satu kaedah
yang dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih kerap membuat ulangkaji melalui kaedah
yang mudah dan berkesan. Sekiranya dua isu ini dapat diatasi, pelajar pasti lebih yakin untuk
menduduki Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) dan mereka pasti dapat belajar dengan
gembira kerana dorongan motivasi di dalam diri. Konjugasi di dalam Bahasa Jepun merupakan
perubahan bentuk sesuatu perkataan yang berlaku pada kata kerja atau kata sifat. Di dalam Bahasa
Melayu ia menyamai unsur imbuhan yang menyebabkan perubahan bentuk dan fungsi setelah
penambah pada awalan, akhiran, dan sisipan; (Kamus Dewan Edisi Keempat).
3
Di dalam kajian ini konjugasi yang difokuskan ialah konjugasi kata kerja atau singkatannya ‘Vte’ di
mana V merujuk kepada ‘Verb’ atau ‘kata kerja’ dan ‘te’ ialah akhiran kepada bentuk konjugasi.
Antara contoh perkataan Vte yang umum diketahui ialah seperti gambatte atau di dalam Bahasa
Melayu ‘buat yang terbaik’. Oleh itu, pada penulisan yang berikutnya istilah ‘fungsi Vte’ akan
dipakai bagi merujuk ‘fungsi konjugasi kata kerja vte’.
Selain daripada Vte, terdapat konjugasi lain seperti Vru, Vnai dan Vta yang perlu diingat dan
difahami oleh para pelajar. Oleh itu, tidak hairanlah jika pelajar menghadapi kesukaran dan
kekeliruan kerana banyak bentuk konjugasi dan fungsi yang perlu dikuasai. Demikian halnya yang
berlaku kepada 9 orang pelajar di tingkatan 4 yang sedang mempelajari subjek ini.
3.0 Demografi Sekolah dan Pelajar
Sekolah Menengah Sung Siew telah ditubuhkan pada tahun 1907 dan terletak berhampiran pusat
bandar Sandakan. Ia mempunyai keluasan tapak kawasan dalam lingkungan 1 ekar sahaja dengan
kepadatan pelajar seramai 1348 dan 75 orang tenaga pengajar serta 9 Ahli Kumpulan Pelaksana.
Sekolah ini merupakan sekolah bantuan kerajaan, mubaligh, conforming dan sekolah DLP (Dual
Language Program). Ia merupakan satu-satunya sekolah yang menawarkan subjek Bahasa Jepun
sejak tahun 2009. Terdapat 6 kelas bagi setiap tingkatan dan Bahasa Jepun ditawarkan kepada dua
kelas bagi tingkatan 1 hingga 3 dan akan bergabung menjadi satu kelas apabila pelajar beralih ke
tingkatan 4 dan 5. Kini terdapat seramai 87 orang pelajar yang mengambil subjek Bahasa Jepun
sebagai subjek elektif.
4.0 Objektif Kajian
Kajian pada kali ini dijalankan berdasarkan objektif berikut:-
4.1 Objektif Am
Mengukuhkan daya ingat jangka panjang fungsi Vte dalam kalangan pelajar tingkatan 4.
4.2 Objektif Khusus
1. Meningkatkan daya ingat terhadap fungsi Vte melalui kaedah VteNoU.
2. Meningkatkan motivasi pelajar untuk mempelajari fungsi Vte
4
5.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini dijalankan ke atas 9 orang pelajar Bahasa Jepun di tingkatan 4 sesi 2021. Terdiri daripada
5 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Kesemua pelajar ini telah mengikuti pembelajaran Bahasa
Jepun bermula di tingkatan 1.
6.0 Pelaksanaan Kajian
6.1 Tinjauan Masalah
Sebelum memulakan topik pelajaran yang baharu, biasanya saya akan mengulang isi pelajaran
yang sebelumnya dengan cara menyoal secara lisan. Semasa berada di kelas tingkatan 4 saya
mendapati bahawa para pelajar tidak dapat menjawab soalan berkaitan dengan fungsi
konjugasi Vte secara tekal. Selain daripada itu, jawapan yang diberikan tidak bertepatan
seperti yang dikehendaki. Walaupun saya memberi mereka ruang untuk berbincang, namun
mereka masih tidak dapat menyenaraikan sasaran 7 fungsi Vte yang telah dipelajari.
6.2 Analisis Tinjauan Masalah
6.2.1 Pemerhatian
Melalui pemerhatian selama dua minggu, saya mendapati isu tidak dapat mengingat
fungsi Vte telah berlanjutan dan amat merisaukan. Oleh itu, perkara ini telah
mendorong saya untuk membuat Ujian Pra menyenaraikan 7 fungsi Vte.
Bil Responden Ujian Pra
1 A 1
2 B 1
3 C 1
4 D 4
5 E 1
6 F 2
7 G 1
8 H TH
9 I X
Jadual 1 : Ujian Pra
Hasil daripada ujian pra seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1, saya mendapati
bahawa pelajar hanya dapat menyenaraikan 1 hingga 3 fungsi sahaja. Keputusan ini
5
menunjukkan bahawa semua pelajar hanya dapat mengingat lebih kurang 40% sahaja
fungsi Vte yang telah dipelajari di tingkatan 3 dan di awal penggal tingkatan 4.
Perkara ini amat membimbangkan kerana penguasaan fungsi konjugasi adalah
salah satu kemahiran yang penting. Seterusnya, saya mendapati bahawa setiap kali
PdPc fungsi Vte dijalankan, para pelajar dapat memahami setiap fungsi yang
diajarkan dan dapat menjawab soalan dengan baik. Tetapi pada kelas yang
berikutnya, apabila diminta membuat rumusan kesemua fungsi konjugasi tersebut,
mereka tidak dapat memberi jawapan yang tepat.
Selain itu, hasil temubual yang saya lakukan dengan beberapa pelajar didapati
bahawa punca mereka tidak dapat mengingat ialah kurang mengulangkaji dan
terdapat juga pelajar yang keliru kerana konjugasi yang terlalu banyak.
6.2.2 Refleksi
Hasil daripada pemerhatian ini saya mendapati bahawa tahap motivasi yang rendah
mempengaruhi kemampuan pelajar untuk mengingat. Motivasi sebilangan pelajar
merudum apabila mereka berasa sukar untuk mengingat fungsi Vte yang agak
banyak. Situasi tidak dapat mengingat ini menyebabkan para pelajar menjadi keliru
kerana apabila mereka menerima ilmu baharu tentang fungi Vte, mereka cenderung
untuk mencampur adukkan fungsinya. Maka dapatlah saya simpulkan bahawa tahap
motivasi yang rendah untuk mengulangkaji telah mempengaruhi kemampuan pelajar
untuk mengingat. Perkara ini mendorong saya untuk memperbaiki bahan dan kaedah
pengajaran supaya pelajar dapat memahami dan mengingat ilmu yang telah dipelajari
dalam jangka masa yang panjang.
Situasi sebegini turut mendorong saya untuk bertanya dengan rakan guru
Bahasa Jepun dari sekolah lain sama ada mereka menghadapi isu yang sama.
Terdapat rakan guru yang mencadangkan latih tubi sebagai penyelesaian. Rentetan
daripada perkara ini, saya terdorong untuk mewujudkan satu kaedah mengingat yang
mudah, berkesan dan dapat menarik minat pelajar. Saya juga berharap agar kaedah
6
tersebut dapat meningkatkan motivasi mereka untuk membuat pembelajaran kendiri
serta dapat mengingat dan memahami semua fungsi Vte yang telah dipelajari.
6.3 Tindakan yang dijalankan
Berdasarkan tinjauan awal, para pelajar menghadapi masalah mengingat untuk jangka masa
panjang kerana kurang membuat ulangkaji di rumah. Jika perkara ini berterusan, maka pelajar
akan berhadapan dengan kesukaran kerana selain daripada konjugasi Vte, terdapat juga
konjugasi yang lain seperti Vta, Vru, Vnai dan banyak lagi. Isu yang lebih membimbangkan
ialah apabila pelajar tidak dapat menjejaskan keseluruhan prestasi Bahasa Jepun mereka.
Berdasarkan kebimbangan ini, maka saya telah mencipta intervensi sebuah lagu Tatabahasa
yang dikenali ‘VteNoU’ sebagai panduan ulangkaji kepada pelajar.
Kaedah intervensi ‘VteNoU’ ini terinspirasi daripada lagu kaedah penukaran kata kerja
Vte yang pernah saya buat dahulu, di mana ia merupakan salah satu kaedah yang diamalkan
oleh pelajar-pelajar saya dan mereka mendapati kaedah itu berkesan. Justeru saya lanjutkan
dengan mencipta lagu tatabahasa 30 saat yang merangkumi 7 fungsi kata kerja Vte yang asas.
Saya memilih untuk menggunakan audio singkat supaya apabila pelajar memuat naik bahan
ini, mereka tidak memerlukan data internet yang banyak. Saya mendapati bahawa terdapat
pelajar yang memberi alasan bahawa penggunaan video dengan durasi yang panjang akan
membazirkan data internet mereka.
Saya memilih intervensi lagu kerana menurut Hilda F. Israel ( 2013) lagu bukan saja
dapat memberi motivasi kepada pelajar tetapi juga keseronokan untuk belajar dalam keadaan
yang lebih santai.
6.3.1 Merancang Tindakan
Melalui kaedah intervensi ‘VteNoU’ yang dipilih, saya telah merancang untuk
melaksanakan aktiviti selama tiga minggu seterusnya membuat ujian post bagi
menguji keberkesanan intervensi yang diambil.
7
6.4 Pelaksanaan Tindakan, Pemerhatian dan Penilaian
Pelaksanaan tindakan bermula sejurus selepas ujian pra bertulis kerana saya telah
menjangkakan keputusan ujian iaitu pelajar tidak dapat menyenaraikan kesemua 7 fungsi Vte
tersebut. Saya berpendapat bahawa tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan isu ini
menjadi semakin serius.
6.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1 : Lirik Lagu
Pada minggu pertama, saya memperkenalkan lirik dan perkataan kemudian membuat
penjelasan tentang perkaitan lirik tersebut dengan fungsi Vte. Selepas itu, pelajar
mempelajari melodi lagu dan menyanyi bersama-sama.
Saya mendapati bahawa 80% pelajar menunjukkan minat dan berusaha untuk
menyanyi bersama-sama. Saya telah membuat rakaman audio supaya para pelajar
dapat membuat rujukan apabila berada di rumah.
6.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2 : Nyanyian dan Soal jawab
Pada minggu kedua saya hanya membuat latihan nyanyian dan bersoal jawab secara
lisan kepada para pelajar tentang perkaitan lirik lagu dengan fungsi Vte. Sehingga
minggu kedua, hanya terdapat 3 orang pelajar yang telah menghafal lagu tatabahasa.
Keadaan ini memberi tanggapan awal kepada saya bahawa terdapat pelajar yang
tidak berminat dengan lagu tersebut. Namun begitu, Saya berusaha untuk mendorong
mereka supaya menguasai lagu tersebut. Perkara yang menarik perhatian saya pada
minggu kedua ini ialah pelajar mula berkemampuan untuk menambah jumlah fungsi
Vte yang dapat diingat sama ada di kalangan pelajar yang telah menghafal lagu
maupun yang belum menhafal lagu secara keseluruhannya.
6.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3 : Ujian Bertulis
Pada minggu ketiga, saya telah membuat satu ujian bertulis iaitu aktiviti
menyenaraikan fungsi Vte. Hasil daripada ujian bertulis ini saya mendapati bahawa 5
daripada 9 orang telah berjaya menghafal ketujuh-tujuh fungsi Vte. Di kalangan 5
orang pelajar yang berjaya, 4 orang daripadanya adalah kumpulan pelajar yang
8
menghafal lagu tatabahasa dan seorang masih belum menghafal. Walaupun hasil
ujian ini agak memberangsangkan, namun saya masih tidak berpuas hati kerana saya
tidak ingin pelajar hanya mengingat secara teknikal namun tidak dapat
mengaplikasikan senarai fungsi yang diingat di dalam penulisan. Oleh itu, saya
menambah satu lagi aktiviti akhir pada minggu keempat.
6.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 4 : Menjawab soalan dalam google form
Pada minggu yang terakhir, saya ingin memastikan bahawa pelajar bukan sahaja
dapat mengingat untuk satu jangka masa yang panjang, tetapi mereka juga benar-
benar memahami penggunaan setiap fungsi Vte yang dapat diingat supaya aktiviti ini
lebih bermakna.
Aktiviti yang saya lakukan terhadap pelajar ialah menjawab soalan dalam
bentuk google form yang dibahagi kepada tiga bahagian iaitu soalan menyenaraikan
7 fungsi Vte, ujian kefahaman fungsi Vte dan soal selidik ringkas.
Pada bahagian pertama saya mendapati bahawa 6 orang pelajar berjaya
menyenaraikan kesemua fungsi Vte berbanding hanya 5 orang sebelumnya.
Manakala tiga orang pelajar lagi dapat mengingat 3 hingga 5 fungsi daripada 7 fungsi
Vte yang harus diingat. Daripada keseluruhan 6 orang pelajar yang mendapat skor
penuh, 5 orang telah menghafal lagu dan seorang masih belum membuat hafalan.
Sementara 3 orang pelajar yang tidak mendapat skor penuh, adalah kumpulan pelajar
yang belum menghafal lagu tatabahasa Vte.
Pada bahagian dua soalan kefahaman, para pelajar diminta untuk mencatat
fungsi Vte yang sesuai berpandukan 7 ayat yang diberi. Kesemua 6 orang pelajar
yang berjaya menyenaraikan kesemua fungsi Vte mendapat markah penuh dan pelajar
selebihnya mendapat skor 3 hingga 6. Golongan ini adalah golongan pelajar yang
tidak menghafal lagu tatabahasa. Perkara yang menarik perhatian saya ialah pelajar
memberi jawapan dengan menggunakan perkataan sendiri dan ini menunjukkan
bahawa mereka memahami fungsi Vte dan tidak sekadar menghafal.
Pada soalan bahagian tiga, saya menyediakan soal selidik dalam bentuk soalan
terbuka dan tertutup untuk mendapatkan maklum balas jujur pelajar dari segi
keberkesanan intervensi yang telah dijalankan. Soal selidik ini juga bertujuan untuk
9
menjawab isu motivasi belajar di kalangan pelajar. Melalui maklum balas soal selidik
yang saya perolehi, semua pelajar menyatakan bahawa lagu tatabahasa bukan sahaja
memudahkan pembelajaran tetapi juga dapat membantu mereka lebih faham dan
dapat mengingat fungsi Vte dengan lebih lama.
Melalui aktiviti 4 yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa intervensi
lagu tatabahasa ‘VteNoU’ sangat signifikan dengan kemampuan pelajar untuk
mengingat 7 fungsi Vte. Sama ada pelajar menghafal lirik dan melodi atau hanya
menghafal lirik sahaja, kesimpulannya lagu ini telah memainkan peranan yang sangat
penting. Perkara ini juga diakui oleh semua pelajar melaluiu maklum balas soal
selidik seperti di dalam lampiran.
6.5 Refleksi Kajian
Setelah ujian post dijalankan, saya mendapati perubahan yang memberangsangkan.
6.5.1 Penilaian Pencapaian Pelajar
Jadual 2 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
10
Setelah melakukan aktiviti 2, 3 dan 4, saya mendapati terdapat peningkatan
pencapaian jumlah fungsi vte yang dapat diingat. Ini terbukti apabila skor tertinggi
pada ujian pra iaitu 3 telah meningkat kepada skor 7 di ujian post. Secara
keseluruhannya, terdapat peningkatan yang sangat ketara dari segi pencapaian
pelajar.
Rajah 1 : Ujian Kefahaman
Pada ujian pengesanan kefahaman fungsi vte pula, saya mendapati bahawa semua
pelajar yang telah menghafal lagu tatabahasa berjaya mendapat markah penuh.
Manakala seorang daripada kumpulan yang tidak menghafal, juga berjaya mendapat
skor penuh. Selebihnya masing-masing mendapat 3 hingga 6 skor.
6.5.2 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan
6.5.2.1 Refleksi Kajian Terhadap Sikap Pelajar
SEDERHAN…
YA, 7
Hafalan lagu ini merupakan kaedah
ulangkajiyang menyeronokkan
SEDERHANA YA
11
Melalui pemerhatian selama beberapa minggu saya dapat melihat bahawa pelajar
semakin bermotivasi untuk membuat pembelajaran kendiri supaya 7 fungsi vte dapat
dikuasai. Ia juga selaras dengan maklum balas secara majoriti oleh pelajar yang
mengatakan bahawa hafalan lagu tatabahasa vte merupakan kaedah pembelajaran
yang menyeronokan. Ia selaras dengan kajian.
6.5.2.2 Refleksi Kajian Terhadap Prestasi Pelajar
Setelah pelajar mempelajari lagu tatabahasa, kemampuan mengingat di kalangan
pelajar telah meningkat. Peningkatan prestasi ini sangat ketara di kalangan pelajar
yang telah menghafal lagu tatabahasa.
Pada Ujian pengesanan kefahaman fungsi Vte saya mendapati bahawa terdapat
perkaitan yang positif di antara hafalan lagu tatabahasa dengan skor yang diperolehi
di mana semua pelajar yang menghafal lagu telah mendapat markah penuh. Dapatan
ini menunjukkan bahawa kaedah ‘VteNoU’ bukan sahaja membantu meningkatkan
daya ingat pelajar tetapi juga dapat meningkatkan kefahaman terhadap fungsi vte.
7.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, intervensi lagu tatabahasa vte telah memberi impak yang positif terhadap
pencapaian dan juga sikap para pelajar. Di samping dapat mengukuhkan daya ingat, kaedah ini juga
telah memantapkan lagi tahap kefahaman di kalangan pelajar. Kaedah ‘VteNOu’ ini telah
memudahkan pengajaran untuk guru dan pembelajaran untuk pelajar. Melalui lagu sependek 30 saat
ini pelajar dapat mengingat 7 fungsi yang ajarkan selama lebih kurang setahun dan sangat
bermanfaat untuk diaplikasikan di dalam PdPC. Melaksanakan kajian secara atas talian pastinya
mencabar namun usaha dan kerjasama di kalangan pelajar akhirnya telah membuahkan kejayaan.
8.0 Cadangan Kajian
Memandangkan kajian ini telah menunjukkan hasil yang positif, saya bercadangkan untuk
meneruskan kaedah penggunaan lagu pendek untuk bentuk konjugasi yang lain. Mengambil kira
komen pelajar mengenai melodi lagu yang kurang menarik, saya berharap agar dapat memperbaiki
12
elemen audio dan juga berhasrat untuk menambah element visual supaya ia dapat menjadi bahan
yang lebih menyeronokkan pada masa akan datang.
Bibliografi
Kamus Dewan Edisi keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka
Hilda F Israel. ( 2013). Language Learning Enhanced by Music and Song. Jurnal of Literacy
Information and Computer Education Journal (LICEJ), Special Issue, Volume 2, Issue 1, 2013
Noriko Mori . (2010). Effects of Singing on the Vocabulary Acquisition of University Japanese
Foreign Language Students. Proceedings of the 25th Annual Conference of the Southeastern
Association of Teachers of Japanese (SEATJ). Durham, NC.
http://web.duke.edu/apsi/events/Conferences/SEATJ2010 Conference/Proceedings.html
13
Lampiran
Antara item soal selidik impak lagu tatabahasa ke atas pembelajaran fungsi Vte
Nyatakan perubahan yang berlaku (Jika ada) sebelum dan selepas anda mempelajari lagu FUNGSI
KONJUGASI Vte (KATA KERJA). Adakah lagu ini membantu anda atau sebaliknya? sila buat komen secara
ringkas
1. After learning the song its unforgettable and can recall easily
2. Ya, lagu ini sangat membantu. Hal ini demikian kerana lagu ini meringkaskan segala maksud fungsi
Vte yang memudahkan daya ingatan untuk mengingat tatabahasa asas Bahasa Jepun ini.
3. ada, hafal dengan lagu yg berirama telah lebih efetif kepada saya utk menhafalkan fungsi Vte
4. Lebih faham. (Ringkas kah ini?)
5. A little bit because not interested in the melody.
14
6. Bantu saya ingat format Vte
7. Ada , dapat ingat fungsi Vte dengan mudah
8. Lagu ini ada membantu saya kerana menyeronokkan.
9. Ya, Lagu ini dapat membantu saya mengingati dengan lama
Soalan ujian kefahaman fungsi vte. Kebanyakan pelajar dapat menjawab dengan baik
menggunakan ayat sendiri menunjukkan kefahaman yang bagus.
1. あさ おきて、は を みがきます
sequence
turutan kerja
sequence ofaction
Sequence of verbs
Turutan
Do banyak aktiviti at the same time
Turutan
i will
Turutan
2. しけん の ために 勉強 を
して おきます。
sequence
preparation
preparation for some purpose
Prepare
5. この ざっし を みても いいです
か。
ask for permission
meminta izin
asking for permission
Permission
Pernyataan
Arahan
Asking permission.
can i?
Asking if it is okay to do stg
6. しゃしん を とっては いけない。
can't
melarang
15
Persiapan
Banyak aktiviti
Persiapan
do in advance
Persiapan
3. えいが を 見てから、かいもの を
します。
after done
Selepas melakukan sesuatu
after..., then...
After
Turutan
After u do that...
Setelah selesai
do afterward
Setelah selesai
4. この くつ を はいて みます。
try
cuba lakukan sesuatu
try
Try
Cubaan
Banyak aktiviti at the same time
Cuba
try
Cuba
reject from permission
Cannot
Larangan
Banyak aktiviti at the same time
Larangan
you cannot
Larangan
7. て を あげて ください。
instruction
memberi arahan
instruction
Instruction
Arahan
Please
Arahan
can you please?
Arahan

More Related Content

What's hot

Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkalMeningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkalMat mohd
 
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah Luisa Wong
 
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaKertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaAmir Aiman Akashah
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadanganChon Seong Hoo
 
Artikelku ok 2
Artikelku ok 2Artikelku ok 2
Artikelku ok 2totok aris
 
proposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasproposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasshahlyme
 
17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osmanAnsar Azman
 
Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiikananasirin
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Amir Aiman Akashah
 
Kajian huruf besar
Kajian huruf besarKajian huruf besar
Kajian huruf besarAb Hayati
 
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah rgbharin
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanSuzi Suziyana
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
Kajian tindakan.pptx skconventmuar(kak min min)
Kajian tindakan.pptx  skconventmuar(kak min min)Kajian tindakan.pptx  skconventmuar(kak min min)
Kajian tindakan.pptx skconventmuar(kak min min)Kak Min Min
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-muridKalaiselviVelu1
 

What's hot (20)

Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkalMeningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
 
prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m
prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2mprosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m
prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m
 
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
 
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaKertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakan
 
01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan
 
Artikelku ok 2
Artikelku ok 2Artikelku ok 2
Artikelku ok 2
 
proposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasproposal pemulihan khas
proposal pemulihan khas
 
17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osman
 
Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iii
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
 
Kajian huruf besar
Kajian huruf besarKajian huruf besar
Kajian huruf besar
 
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 
kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakan
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
 
Kajian tindakan.pptx skconventmuar(kak min min)
Kajian tindakan.pptx  skconventmuar(kak min min)Kajian tindakan.pptx  skconventmuar(kak min min)
Kajian tindakan.pptx skconventmuar(kak min min)
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
 
Ringkasan artikel
Ringkasan artikelRingkasan artikel
Ringkasan artikel
 

Similar to Janikah kajian tindakan sm sung siew

286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-muridKalaiselviVelu1
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiNoraida Ali
 
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...SDN 1 JUGLANGAN
 
Usaha peningkatan hasil belajar bahasa indonesia
Usaha peningkatan hasil belajar bahasa indonesiaUsaha peningkatan hasil belajar bahasa indonesia
Usaha peningkatan hasil belajar bahasa indonesiaOperator Warnet Vast Raha
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)rosedainty
 
Kajian tindakan linus
Kajian tindakan linusKajian tindakan linus
Kajian tindakan linusbenwong733
 
Materi M3KB4 - Pengajaran Dokkai, Kaiwa, dan Sakubun
Materi M3KB4 - Pengajaran Dokkai, Kaiwa, dan SakubunMateri M3KB4 - Pengajaran Dokkai, Kaiwa, dan Sakubun
Materi M3KB4 - Pengajaran Dokkai, Kaiwa, dan SakubunPPGHybrid1
 
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdfLK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdfRessyResy
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanChitra Devaki
 
Laporan pribadi program latihan profesi
Laporan pribadi program latihan profesiLaporan pribadi program latihan profesi
Laporan pribadi program latihan profesiHera Apriyani
 
6 kumpul-abstrak-ing-s2-1
6 kumpul-abstrak-ing-s2-16 kumpul-abstrak-ing-s2-1
6 kumpul-abstrak-ing-s2-1Ubay Siernine
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Syazana Azmi
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Syazana Azmi
 
Bg bahasa inggris
Bg bahasa inggris Bg bahasa inggris
Bg bahasa inggris yanus yan
 
Ulasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanUlasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanKPM
 

Similar to Janikah kajian tindakan sm sung siew (20)

286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
 
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
 
Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735
 
Usaha peningkatan hasil belajar bahasa indonesia
Usaha peningkatan hasil belajar bahasa indonesiaUsaha peningkatan hasil belajar bahasa indonesia
Usaha peningkatan hasil belajar bahasa indonesia
 
REFLEKSI
REFLEKSIREFLEKSI
REFLEKSI
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)
 
AksiNyata3.3.pptx
AksiNyata3.3.pptxAksiNyata3.3.pptx
AksiNyata3.3.pptx
 
Kajian tindakan linus
Kajian tindakan linusKajian tindakan linus
Kajian tindakan linus
 
Materi M3KB4 - Pengajaran Dokkai, Kaiwa, dan Sakubun
Materi M3KB4 - Pengajaran Dokkai, Kaiwa, dan SakubunMateri M3KB4 - Pengajaran Dokkai, Kaiwa, dan Sakubun
Materi M3KB4 - Pengajaran Dokkai, Kaiwa, dan Sakubun
 
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdfLK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan
 
Laporan pribadi program latihan profesi
Laporan pribadi program latihan profesiLaporan pribadi program latihan profesi
Laporan pribadi program latihan profesi
 
Artikel pendidikan
Artikel pendidikanArtikel pendidikan
Artikel pendidikan
 
6 kumpul-abstrak-ing-s2-1
6 kumpul-abstrak-ing-s2-16 kumpul-abstrak-ing-s2-1
6 kumpul-abstrak-ing-s2-1
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
 
Bg bahasa inggris
Bg bahasa inggris Bg bahasa inggris
Bg bahasa inggris
 
Kajian tindakan abdul murad abd hamid
Kajian tindakan abdul murad abd hamidKajian tindakan abdul murad abd hamid
Kajian tindakan abdul murad abd hamid
 
Ulasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanUlasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakan
 

Recently uploaded

Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptxMateri Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptxAvivThea
 
AKUNTANSI INVESTASI PD SEKURITAS UTANG.pptx
AKUNTANSI INVESTASI PD SEKURITAS UTANG.pptxAKUNTANSI INVESTASI PD SEKURITAS UTANG.pptx
AKUNTANSI INVESTASI PD SEKURITAS UTANG.pptxFipkiAdrianSarandi
 
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPASSK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPASsusilowati82
 
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang Kesehatan
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang KesehatanMateri Penggolongan Obat Undang-Undang Kesehatan
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang KesehatanTitaniaUtami
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdfAndiCoc
 
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8RiniWulandari49
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...Kanaidi ken
 
Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?
Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?
Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?AdePutraTunggali
 
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxLokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxrani414352
 
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptxAksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptxAgusSuarno2
 
Power point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsurPower point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsurDoddiKELAS7A
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxMateriSMPTDarulFalah
 
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarVariasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarAureliaAflahAzZahra
 
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerakAksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerakDianPermana63
 
Penjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwu
Penjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwuPenjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwu
Penjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwuKhiyaroh1
 
Mekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptx
Mekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptxMekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptx
Mekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptxEkoPoerwantoe2
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Recently uploaded (20)

Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptxMateri Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
 
AKUNTANSI INVESTASI PD SEKURITAS UTANG.pptx
AKUNTANSI INVESTASI PD SEKURITAS UTANG.pptxAKUNTANSI INVESTASI PD SEKURITAS UTANG.pptx
AKUNTANSI INVESTASI PD SEKURITAS UTANG.pptx
 
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPASSK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
 
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang Kesehatan
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang KesehatanMateri Penggolongan Obat Undang-Undang Kesehatan
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang Kesehatan
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdf
 
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
 
Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?
Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?
Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?
 
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxLokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
 
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptxAksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
 
Power point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsurPower point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsur
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
 
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarVariasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
 
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerakAksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
 
Penjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwu
Penjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwuPenjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwu
Penjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwu
 
Mekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptx
Mekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptxMekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptx
Mekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptx
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Janikah kajian tindakan sm sung siew

  • 1. 1 VteNoU: MENGUKUHKAN DAYA INGAT JANGKA PANJANG FUNGSI KONJUGASI KATA KERJA VTE DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 JANIKAH BIN JEPPY janzkyoshi@gmail.com SM SUNG SIEW, SANDAKAN Abstrak Kewujudan pandemik Covid-19 yang bermula pada tahun 2020 merupakan cabaran besar kepada Pengajaran Dan Pembelajaran kerana alternatif secara atas talian bukanlah satu kebiasaan kepada semua pelajar maupun guru. Fenomena ini menambah tekanan kepada pelajar-pelajar Bahasa Jepun kerana jangka masa belajar lebih panjang daripada pelajar lain. Menyentuh tentang subjek Bahasa Jepun, konjugasi kata kerja merupakan salah satu bahagian utama yang terkandung di dalam DSKP (Dokumen Standard Pembelajaran) di mana pada peringkat menengah rendah fungsi konjugasi ini akan dikembangkan sehingga lebih dari 30 penggunaan yang perlu diingat. Konjugasi di dalam Bahasa Jepun merupakan perubahan bentuk sesuatu perkataan yang berlaku pada kata kerja atau kata sifat. Di dalam Bahasa Melayu konjugasi menyamai unsur imbuhan yang menyebabkan perubahan bentuk dan fungsi setelah penambah pada awalan, akhiran, dan sisipan; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Dengan itu, kajian pada kali ini memfokuskan kepada pelajar tingkatan 4 seramai 9 orang kerana didapati kumpulan ini tidak dapat mengingat fungsi konjugasi vte yang telah dipelajari semasa di tingkatan 3 dan di awal penggal tingkatan 4. Setelah intervensi lagu tatabahasa, hasil kajian mendapati bahawa prestasi pelajar telah meningkat dengan mendadak seiring dengan peningkatan motivasi pembelajaran kerana keseronokan untuk belajar.
  • 2. 2 1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu Semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Tingkatan 4, saya mendapati bahawa para pelajar sukar memberi respon apabila ditanya tentang fungsi Vte. Rata-rata antara nya langsung tidak menjawab soalan yang diberikan. Perkara ini amat membimbangkan sebab saya tidak dapat mengetahui sejauhmana pelajar ini faham dan ingat tentang kemahiran yang diajar. Ini secara tidak langsung telah mendorong saya untuk memperbaiki bahan dan kaedah pengajaran bagi memudahkan pelajar dapat memahami dan mengingat ilmu yang telah dipelajari dalam jangka masa yang panjang. Situasi sebegini juga turut mendorong saya untuk bertanyakan kepada rakan guru Bahasa Jepun dari sekolah lain sama ada mereka menghadapi isu yang sama. Permasalahan ini terjawab apabila ada rakan guru turut mempunyai masalah yang sama dan mencadangkan latih tubi sebagai penyelesaian. Rentetan daripada perkara ini, saya telah mengambil langkah usaha untuk mewujudkan satu kaedah mengingat yang mudah, berkesan dan dapat menarik minat pelajar. Saya amat berharap agar kaedah tersebut dapat meningkatkan motivasi mereka untuk membuat pembelajaran kendiri serta dapat mengingat dan memahami semua fungsi Vte yang telah dipelajari. 2.0 Fokus Kajian Kajian ini dijalankan ke atas 9 orang pelajar Bahasa Jepun di tingkatan 4 sesi 2021. Setelah membuat penelitian, saya mendapati isu utama yang perlu saya tangani ialah menyediakan kaedah pembelajaran yang terbaik untuk membantu pelajar supaya dapat mengingat fungsi Vte yang telah dipelajari dalam jangka masa yang lebih panjang. Selain itu, saya juga perlu memikirkan satu kaedah yang dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih kerap membuat ulangkaji melalui kaedah yang mudah dan berkesan. Sekiranya dua isu ini dapat diatasi, pelajar pasti lebih yakin untuk menduduki Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) dan mereka pasti dapat belajar dengan gembira kerana dorongan motivasi di dalam diri. Konjugasi di dalam Bahasa Jepun merupakan perubahan bentuk sesuatu perkataan yang berlaku pada kata kerja atau kata sifat. Di dalam Bahasa Melayu ia menyamai unsur imbuhan yang menyebabkan perubahan bentuk dan fungsi setelah penambah pada awalan, akhiran, dan sisipan; (Kamus Dewan Edisi Keempat).
  • 3. 3 Di dalam kajian ini konjugasi yang difokuskan ialah konjugasi kata kerja atau singkatannya ‘Vte’ di mana V merujuk kepada ‘Verb’ atau ‘kata kerja’ dan ‘te’ ialah akhiran kepada bentuk konjugasi. Antara contoh perkataan Vte yang umum diketahui ialah seperti gambatte atau di dalam Bahasa Melayu ‘buat yang terbaik’. Oleh itu, pada penulisan yang berikutnya istilah ‘fungsi Vte’ akan dipakai bagi merujuk ‘fungsi konjugasi kata kerja vte’. Selain daripada Vte, terdapat konjugasi lain seperti Vru, Vnai dan Vta yang perlu diingat dan difahami oleh para pelajar. Oleh itu, tidak hairanlah jika pelajar menghadapi kesukaran dan kekeliruan kerana banyak bentuk konjugasi dan fungsi yang perlu dikuasai. Demikian halnya yang berlaku kepada 9 orang pelajar di tingkatan 4 yang sedang mempelajari subjek ini. 3.0 Demografi Sekolah dan Pelajar Sekolah Menengah Sung Siew telah ditubuhkan pada tahun 1907 dan terletak berhampiran pusat bandar Sandakan. Ia mempunyai keluasan tapak kawasan dalam lingkungan 1 ekar sahaja dengan kepadatan pelajar seramai 1348 dan 75 orang tenaga pengajar serta 9 Ahli Kumpulan Pelaksana. Sekolah ini merupakan sekolah bantuan kerajaan, mubaligh, conforming dan sekolah DLP (Dual Language Program). Ia merupakan satu-satunya sekolah yang menawarkan subjek Bahasa Jepun sejak tahun 2009. Terdapat 6 kelas bagi setiap tingkatan dan Bahasa Jepun ditawarkan kepada dua kelas bagi tingkatan 1 hingga 3 dan akan bergabung menjadi satu kelas apabila pelajar beralih ke tingkatan 4 dan 5. Kini terdapat seramai 87 orang pelajar yang mengambil subjek Bahasa Jepun sebagai subjek elektif. 4.0 Objektif Kajian Kajian pada kali ini dijalankan berdasarkan objektif berikut:- 4.1 Objektif Am Mengukuhkan daya ingat jangka panjang fungsi Vte dalam kalangan pelajar tingkatan 4. 4.2 Objektif Khusus 1. Meningkatkan daya ingat terhadap fungsi Vte melalui kaedah VteNoU. 2. Meningkatkan motivasi pelajar untuk mempelajari fungsi Vte
  • 4. 4 5.0 Kumpulan Sasaran Kajian ini dijalankan ke atas 9 orang pelajar Bahasa Jepun di tingkatan 4 sesi 2021. Terdiri daripada 5 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Kesemua pelajar ini telah mengikuti pembelajaran Bahasa Jepun bermula di tingkatan 1. 6.0 Pelaksanaan Kajian 6.1 Tinjauan Masalah Sebelum memulakan topik pelajaran yang baharu, biasanya saya akan mengulang isi pelajaran yang sebelumnya dengan cara menyoal secara lisan. Semasa berada di kelas tingkatan 4 saya mendapati bahawa para pelajar tidak dapat menjawab soalan berkaitan dengan fungsi konjugasi Vte secara tekal. Selain daripada itu, jawapan yang diberikan tidak bertepatan seperti yang dikehendaki. Walaupun saya memberi mereka ruang untuk berbincang, namun mereka masih tidak dapat menyenaraikan sasaran 7 fungsi Vte yang telah dipelajari. 6.2 Analisis Tinjauan Masalah 6.2.1 Pemerhatian Melalui pemerhatian selama dua minggu, saya mendapati isu tidak dapat mengingat fungsi Vte telah berlanjutan dan amat merisaukan. Oleh itu, perkara ini telah mendorong saya untuk membuat Ujian Pra menyenaraikan 7 fungsi Vte. Bil Responden Ujian Pra 1 A 1 2 B 1 3 C 1 4 D 4 5 E 1 6 F 2 7 G 1 8 H TH 9 I X Jadual 1 : Ujian Pra Hasil daripada ujian pra seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1, saya mendapati bahawa pelajar hanya dapat menyenaraikan 1 hingga 3 fungsi sahaja. Keputusan ini
  • 5. 5 menunjukkan bahawa semua pelajar hanya dapat mengingat lebih kurang 40% sahaja fungsi Vte yang telah dipelajari di tingkatan 3 dan di awal penggal tingkatan 4. Perkara ini amat membimbangkan kerana penguasaan fungsi konjugasi adalah salah satu kemahiran yang penting. Seterusnya, saya mendapati bahawa setiap kali PdPc fungsi Vte dijalankan, para pelajar dapat memahami setiap fungsi yang diajarkan dan dapat menjawab soalan dengan baik. Tetapi pada kelas yang berikutnya, apabila diminta membuat rumusan kesemua fungsi konjugasi tersebut, mereka tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Selain itu, hasil temubual yang saya lakukan dengan beberapa pelajar didapati bahawa punca mereka tidak dapat mengingat ialah kurang mengulangkaji dan terdapat juga pelajar yang keliru kerana konjugasi yang terlalu banyak. 6.2.2 Refleksi Hasil daripada pemerhatian ini saya mendapati bahawa tahap motivasi yang rendah mempengaruhi kemampuan pelajar untuk mengingat. Motivasi sebilangan pelajar merudum apabila mereka berasa sukar untuk mengingat fungsi Vte yang agak banyak. Situasi tidak dapat mengingat ini menyebabkan para pelajar menjadi keliru kerana apabila mereka menerima ilmu baharu tentang fungi Vte, mereka cenderung untuk mencampur adukkan fungsinya. Maka dapatlah saya simpulkan bahawa tahap motivasi yang rendah untuk mengulangkaji telah mempengaruhi kemampuan pelajar untuk mengingat. Perkara ini mendorong saya untuk memperbaiki bahan dan kaedah pengajaran supaya pelajar dapat memahami dan mengingat ilmu yang telah dipelajari dalam jangka masa yang panjang. Situasi sebegini turut mendorong saya untuk bertanya dengan rakan guru Bahasa Jepun dari sekolah lain sama ada mereka menghadapi isu yang sama. Terdapat rakan guru yang mencadangkan latih tubi sebagai penyelesaian. Rentetan daripada perkara ini, saya terdorong untuk mewujudkan satu kaedah mengingat yang mudah, berkesan dan dapat menarik minat pelajar. Saya juga berharap agar kaedah
  • 6. 6 tersebut dapat meningkatkan motivasi mereka untuk membuat pembelajaran kendiri serta dapat mengingat dan memahami semua fungsi Vte yang telah dipelajari. 6.3 Tindakan yang dijalankan Berdasarkan tinjauan awal, para pelajar menghadapi masalah mengingat untuk jangka masa panjang kerana kurang membuat ulangkaji di rumah. Jika perkara ini berterusan, maka pelajar akan berhadapan dengan kesukaran kerana selain daripada konjugasi Vte, terdapat juga konjugasi yang lain seperti Vta, Vru, Vnai dan banyak lagi. Isu yang lebih membimbangkan ialah apabila pelajar tidak dapat menjejaskan keseluruhan prestasi Bahasa Jepun mereka. Berdasarkan kebimbangan ini, maka saya telah mencipta intervensi sebuah lagu Tatabahasa yang dikenali ‘VteNoU’ sebagai panduan ulangkaji kepada pelajar. Kaedah intervensi ‘VteNoU’ ini terinspirasi daripada lagu kaedah penukaran kata kerja Vte yang pernah saya buat dahulu, di mana ia merupakan salah satu kaedah yang diamalkan oleh pelajar-pelajar saya dan mereka mendapati kaedah itu berkesan. Justeru saya lanjutkan dengan mencipta lagu tatabahasa 30 saat yang merangkumi 7 fungsi kata kerja Vte yang asas. Saya memilih untuk menggunakan audio singkat supaya apabila pelajar memuat naik bahan ini, mereka tidak memerlukan data internet yang banyak. Saya mendapati bahawa terdapat pelajar yang memberi alasan bahawa penggunaan video dengan durasi yang panjang akan membazirkan data internet mereka. Saya memilih intervensi lagu kerana menurut Hilda F. Israel ( 2013) lagu bukan saja dapat memberi motivasi kepada pelajar tetapi juga keseronokan untuk belajar dalam keadaan yang lebih santai. 6.3.1 Merancang Tindakan Melalui kaedah intervensi ‘VteNoU’ yang dipilih, saya telah merancang untuk melaksanakan aktiviti selama tiga minggu seterusnya membuat ujian post bagi menguji keberkesanan intervensi yang diambil.
  • 7. 7 6.4 Pelaksanaan Tindakan, Pemerhatian dan Penilaian Pelaksanaan tindakan bermula sejurus selepas ujian pra bertulis kerana saya telah menjangkakan keputusan ujian iaitu pelajar tidak dapat menyenaraikan kesemua 7 fungsi Vte tersebut. Saya berpendapat bahawa tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan isu ini menjadi semakin serius. 6.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1 : Lirik Lagu Pada minggu pertama, saya memperkenalkan lirik dan perkataan kemudian membuat penjelasan tentang perkaitan lirik tersebut dengan fungsi Vte. Selepas itu, pelajar mempelajari melodi lagu dan menyanyi bersama-sama. Saya mendapati bahawa 80% pelajar menunjukkan minat dan berusaha untuk menyanyi bersama-sama. Saya telah membuat rakaman audio supaya para pelajar dapat membuat rujukan apabila berada di rumah. 6.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2 : Nyanyian dan Soal jawab Pada minggu kedua saya hanya membuat latihan nyanyian dan bersoal jawab secara lisan kepada para pelajar tentang perkaitan lirik lagu dengan fungsi Vte. Sehingga minggu kedua, hanya terdapat 3 orang pelajar yang telah menghafal lagu tatabahasa. Keadaan ini memberi tanggapan awal kepada saya bahawa terdapat pelajar yang tidak berminat dengan lagu tersebut. Namun begitu, Saya berusaha untuk mendorong mereka supaya menguasai lagu tersebut. Perkara yang menarik perhatian saya pada minggu kedua ini ialah pelajar mula berkemampuan untuk menambah jumlah fungsi Vte yang dapat diingat sama ada di kalangan pelajar yang telah menghafal lagu maupun yang belum menhafal lagu secara keseluruhannya. 6.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3 : Ujian Bertulis Pada minggu ketiga, saya telah membuat satu ujian bertulis iaitu aktiviti menyenaraikan fungsi Vte. Hasil daripada ujian bertulis ini saya mendapati bahawa 5 daripada 9 orang telah berjaya menghafal ketujuh-tujuh fungsi Vte. Di kalangan 5 orang pelajar yang berjaya, 4 orang daripadanya adalah kumpulan pelajar yang
  • 8. 8 menghafal lagu tatabahasa dan seorang masih belum menghafal. Walaupun hasil ujian ini agak memberangsangkan, namun saya masih tidak berpuas hati kerana saya tidak ingin pelajar hanya mengingat secara teknikal namun tidak dapat mengaplikasikan senarai fungsi yang diingat di dalam penulisan. Oleh itu, saya menambah satu lagi aktiviti akhir pada minggu keempat. 6.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 4 : Menjawab soalan dalam google form Pada minggu yang terakhir, saya ingin memastikan bahawa pelajar bukan sahaja dapat mengingat untuk satu jangka masa yang panjang, tetapi mereka juga benar- benar memahami penggunaan setiap fungsi Vte yang dapat diingat supaya aktiviti ini lebih bermakna. Aktiviti yang saya lakukan terhadap pelajar ialah menjawab soalan dalam bentuk google form yang dibahagi kepada tiga bahagian iaitu soalan menyenaraikan 7 fungsi Vte, ujian kefahaman fungsi Vte dan soal selidik ringkas. Pada bahagian pertama saya mendapati bahawa 6 orang pelajar berjaya menyenaraikan kesemua fungsi Vte berbanding hanya 5 orang sebelumnya. Manakala tiga orang pelajar lagi dapat mengingat 3 hingga 5 fungsi daripada 7 fungsi Vte yang harus diingat. Daripada keseluruhan 6 orang pelajar yang mendapat skor penuh, 5 orang telah menghafal lagu dan seorang masih belum membuat hafalan. Sementara 3 orang pelajar yang tidak mendapat skor penuh, adalah kumpulan pelajar yang belum menghafal lagu tatabahasa Vte. Pada bahagian dua soalan kefahaman, para pelajar diminta untuk mencatat fungsi Vte yang sesuai berpandukan 7 ayat yang diberi. Kesemua 6 orang pelajar yang berjaya menyenaraikan kesemua fungsi Vte mendapat markah penuh dan pelajar selebihnya mendapat skor 3 hingga 6. Golongan ini adalah golongan pelajar yang tidak menghafal lagu tatabahasa. Perkara yang menarik perhatian saya ialah pelajar memberi jawapan dengan menggunakan perkataan sendiri dan ini menunjukkan bahawa mereka memahami fungsi Vte dan tidak sekadar menghafal. Pada soalan bahagian tiga, saya menyediakan soal selidik dalam bentuk soalan terbuka dan tertutup untuk mendapatkan maklum balas jujur pelajar dari segi keberkesanan intervensi yang telah dijalankan. Soal selidik ini juga bertujuan untuk
  • 9. 9 menjawab isu motivasi belajar di kalangan pelajar. Melalui maklum balas soal selidik yang saya perolehi, semua pelajar menyatakan bahawa lagu tatabahasa bukan sahaja memudahkan pembelajaran tetapi juga dapat membantu mereka lebih faham dan dapat mengingat fungsi Vte dengan lebih lama. Melalui aktiviti 4 yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa intervensi lagu tatabahasa ‘VteNoU’ sangat signifikan dengan kemampuan pelajar untuk mengingat 7 fungsi Vte. Sama ada pelajar menghafal lirik dan melodi atau hanya menghafal lirik sahaja, kesimpulannya lagu ini telah memainkan peranan yang sangat penting. Perkara ini juga diakui oleh semua pelajar melaluiu maklum balas soal selidik seperti di dalam lampiran. 6.5 Refleksi Kajian Setelah ujian post dijalankan, saya mendapati perubahan yang memberangsangkan. 6.5.1 Penilaian Pencapaian Pelajar Jadual 2 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
  • 10. 10 Setelah melakukan aktiviti 2, 3 dan 4, saya mendapati terdapat peningkatan pencapaian jumlah fungsi vte yang dapat diingat. Ini terbukti apabila skor tertinggi pada ujian pra iaitu 3 telah meningkat kepada skor 7 di ujian post. Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan yang sangat ketara dari segi pencapaian pelajar. Rajah 1 : Ujian Kefahaman Pada ujian pengesanan kefahaman fungsi vte pula, saya mendapati bahawa semua pelajar yang telah menghafal lagu tatabahasa berjaya mendapat markah penuh. Manakala seorang daripada kumpulan yang tidak menghafal, juga berjaya mendapat skor penuh. Selebihnya masing-masing mendapat 3 hingga 6 skor. 6.5.2 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan 6.5.2.1 Refleksi Kajian Terhadap Sikap Pelajar SEDERHAN… YA, 7 Hafalan lagu ini merupakan kaedah ulangkajiyang menyeronokkan SEDERHANA YA
  • 11. 11 Melalui pemerhatian selama beberapa minggu saya dapat melihat bahawa pelajar semakin bermotivasi untuk membuat pembelajaran kendiri supaya 7 fungsi vte dapat dikuasai. Ia juga selaras dengan maklum balas secara majoriti oleh pelajar yang mengatakan bahawa hafalan lagu tatabahasa vte merupakan kaedah pembelajaran yang menyeronokan. Ia selaras dengan kajian. 6.5.2.2 Refleksi Kajian Terhadap Prestasi Pelajar Setelah pelajar mempelajari lagu tatabahasa, kemampuan mengingat di kalangan pelajar telah meningkat. Peningkatan prestasi ini sangat ketara di kalangan pelajar yang telah menghafal lagu tatabahasa. Pada Ujian pengesanan kefahaman fungsi Vte saya mendapati bahawa terdapat perkaitan yang positif di antara hafalan lagu tatabahasa dengan skor yang diperolehi di mana semua pelajar yang menghafal lagu telah mendapat markah penuh. Dapatan ini menunjukkan bahawa kaedah ‘VteNoU’ bukan sahaja membantu meningkatkan daya ingat pelajar tetapi juga dapat meningkatkan kefahaman terhadap fungsi vte. 7.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, intervensi lagu tatabahasa vte telah memberi impak yang positif terhadap pencapaian dan juga sikap para pelajar. Di samping dapat mengukuhkan daya ingat, kaedah ini juga telah memantapkan lagi tahap kefahaman di kalangan pelajar. Kaedah ‘VteNOu’ ini telah memudahkan pengajaran untuk guru dan pembelajaran untuk pelajar. Melalui lagu sependek 30 saat ini pelajar dapat mengingat 7 fungsi yang ajarkan selama lebih kurang setahun dan sangat bermanfaat untuk diaplikasikan di dalam PdPC. Melaksanakan kajian secara atas talian pastinya mencabar namun usaha dan kerjasama di kalangan pelajar akhirnya telah membuahkan kejayaan. 8.0 Cadangan Kajian Memandangkan kajian ini telah menunjukkan hasil yang positif, saya bercadangkan untuk meneruskan kaedah penggunaan lagu pendek untuk bentuk konjugasi yang lain. Mengambil kira komen pelajar mengenai melodi lagu yang kurang menarik, saya berharap agar dapat memperbaiki
  • 12. 12 elemen audio dan juga berhasrat untuk menambah element visual supaya ia dapat menjadi bahan yang lebih menyeronokkan pada masa akan datang. Bibliografi Kamus Dewan Edisi keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka Hilda F Israel. ( 2013). Language Learning Enhanced by Music and Song. Jurnal of Literacy Information and Computer Education Journal (LICEJ), Special Issue, Volume 2, Issue 1, 2013 Noriko Mori . (2010). Effects of Singing on the Vocabulary Acquisition of University Japanese Foreign Language Students. Proceedings of the 25th Annual Conference of the Southeastern Association of Teachers of Japanese (SEATJ). Durham, NC. http://web.duke.edu/apsi/events/Conferences/SEATJ2010 Conference/Proceedings.html
  • 13. 13 Lampiran Antara item soal selidik impak lagu tatabahasa ke atas pembelajaran fungsi Vte Nyatakan perubahan yang berlaku (Jika ada) sebelum dan selepas anda mempelajari lagu FUNGSI KONJUGASI Vte (KATA KERJA). Adakah lagu ini membantu anda atau sebaliknya? sila buat komen secara ringkas 1. After learning the song its unforgettable and can recall easily 2. Ya, lagu ini sangat membantu. Hal ini demikian kerana lagu ini meringkaskan segala maksud fungsi Vte yang memudahkan daya ingatan untuk mengingat tatabahasa asas Bahasa Jepun ini. 3. ada, hafal dengan lagu yg berirama telah lebih efetif kepada saya utk menhafalkan fungsi Vte 4. Lebih faham. (Ringkas kah ini?) 5. A little bit because not interested in the melody.
  • 14. 14 6. Bantu saya ingat format Vte 7. Ada , dapat ingat fungsi Vte dengan mudah 8. Lagu ini ada membantu saya kerana menyeronokkan. 9. Ya, Lagu ini dapat membantu saya mengingati dengan lama Soalan ujian kefahaman fungsi vte. Kebanyakan pelajar dapat menjawab dengan baik menggunakan ayat sendiri menunjukkan kefahaman yang bagus. 1. あさ おきて、は を みがきます sequence turutan kerja sequence ofaction Sequence of verbs Turutan Do banyak aktiviti at the same time Turutan i will Turutan 2. しけん の ために 勉強 を して おきます。 sequence preparation preparation for some purpose Prepare 5. この ざっし を みても いいです か。 ask for permission meminta izin asking for permission Permission Pernyataan Arahan Asking permission. can i? Asking if it is okay to do stg 6. しゃしん を とっては いけない。 can't melarang
  • 15. 15 Persiapan Banyak aktiviti Persiapan do in advance Persiapan 3. えいが を 見てから、かいもの を します。 after done Selepas melakukan sesuatu after..., then... After Turutan After u do that... Setelah selesai do afterward Setelah selesai 4. この くつ を はいて みます。 try cuba lakukan sesuatu try Try Cubaan Banyak aktiviti at the same time Cuba try Cuba reject from permission Cannot Larangan Banyak aktiviti at the same time Larangan you cannot Larangan 7. て を あげて ください。 instruction memberi arahan instruction Instruction Arahan Please Arahan can you please? Arahan