SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINAAYAT DI DALAM DISIPLIN PENULISAN
BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN 4
Oleh :
Puan Nor Azila binti Md. Nor
Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah membina ayat di kalangan murid di
Tahun 4 Bestari . Seramai 11 orang murid terlibat dalam kajian ini. Selain itu , saya juga
ingin meningkatkan pemahaman mereka dalam aspek membina ayat yang betul dan lengkap
. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui aktiviti di dalam kelas dan semakan latihan di
dalam buku latihan . Saya dapati terdapat beberapa kesilapan dalam pembinaan ayat iaitu
dari segi morfologi dan sintaksis. Saya juga mendapati bahawa murid kurang peka tentang
penggunaan kata hubung , pengimbuhan dan tanda baca dalam pembinaan ayat . Untuk
mengatasi masalah ini , saya telah menyediakan formula yang mudah untuk murid ini
memperbaiki kemahiran membina ayat iaitu murid perlu hafal formula yang diberikan.
Hasilnya saya dapati , terdapat peningkatan dalam pembinaan ayat oleh anak-anak murid
saya ini. Saya juga berasa teruja untuk meneruskan aktiviti yang dijalankan dalam
pengajaran dan pembelajaran saya.
1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN:
Bahasa Melayu Penulisan terdiri daripada tiga item iaitu Bahagian A , bahagian B
dan Bahagian C . Bahagian A membina ayat yang lengkap dan gramatis. Kajian saya
berkaitan dengan masalah Bahagian A .Masalah membina ayat yang lengkap dalam
penulisan terutama dalam penulisan bahagian A akan mengganggu murid mendapat markah
yang baik dalam penulisan Bahasa Melayu. Selain itu , jika murid tidak dapat membina ayat
dengan baik , menyebabkan murid juga tidak mampu untuk membina sebuah karangan yang
baik dalam penulisan bahagian B dan C. Masalah membina bina ayat ini dikesan semasa
saya menyemak latihan murid di dalam buku latihan penulisan. Saya dapati murid gagal
membina ayat dengan baik. Struktur ayatnya tidak tersusun dengan betul. Murid gemar
menggunakan bahasa pasar semasa menulis ayat. Tanda bacan yang ditulis tidak
menepati ciri-ciri penulisan yang sebenar. Berdasarkan refleksi pengajaran saya , saya
dapati murid belum boleh membina ayat secara gramatis dengan hanya melalui aktiviti
perbincangan dalam kelas dan perbincangan melalui kumpulan. Melalui aktiviti
pembentangan hasil kerja murid dalam pembinaan ayat juga tidak banyak membantu murid
saya . Jadi , melalui perbincangan saya dengan rakan sealiran juga termasuk guru
pemeriksa kertas Penulisan Bahasa Melayu , saya disarankan menggunakan formula SPPA
iaitu subjek + predikat + penerangan ayat ( siapa - buat - dimana -apa / bagaimana ) bagi
mengatasi kelemahan murid ini.
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN
Saya memilih isu ini kerana berdasarkan tinjauan awal saya, saya dapati bahawa 11 orang
murid ini tidak boleh menulis ayat dengan baik sedangkan bacaan dan lisan yang dijalankan
di dalam kelas tidak mempunyai banyak masalah. Cuma apabila mereka mula menulis ,
mereka gagal menyusun struktur dengan baik selain penggunaan kata yang kurang tepat.
Oleh yang demikian , saya terpanggil untuk membantu 11 orang murid ini memperbaiki
kemahiran dalam pembinaan ayat agar murid-murid ini tidak terus tercicir dalam aspek
penulisan.
3 .0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian tindakan ini dijalankan , diharapkan agar dapat mencapai objektif
tersebut:
3.1 ) Objektif Am
 Meningkatkan kemahiran murid untuk membina ayat dengan lengkap dan gramatis.
3.2 ) Objektif Khusus
 Murid dapat memilih penggunaan kata yang sesuai untuk membina ayat.
 Murid boleh membezakan penggunaan tanda baca dalam ayat.
 Murid boleh menulis ayat yang lengkap serta gramatis berdasarkan kata kerja / rangkaikata
yang diberikan dengan baik.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 11 orang murid Tahun 4
Bestari . 7 orang murid India dan 4 orang murid Melayu. Kumpulan sasaran ini terdiri
daripada 6 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Awal Masalah
Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian tindakan , tinjauan
awal terhadap masalah yang dikenalpasti, Langkah-langkah telah dilakukan berdasarkan
pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra.
i ) Pemerhatian :
Saya telah memerhatikan tingkahlaku murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Saya mendapati murid mempunyai masalah membina ayat secara gramatis.
Pada awalnya, saya merasakan murid belum biasa membina ayat secara gramatis kerana
mereka baru berada di tahap 2. Tetapi selepas beberapa minggu , murid masih lagi belum
menguasai cara untuk membina ayat secara gramatis.
ii ) Pemeriksaan buku latihan.
Setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran , murid akan menyerahkan buku
latihan kepada saya. Setelah disemak , saya dapati murid belum dapat menguasai cara
untuk membina ayat secara gramatis. Mereka membina ayat selapis dan kadangkala ayat
yang dibina tiada kaitan dengan gambar yang diberkan ,
iii) Ujian pra.
Satu ujian diagnostik telah dijalankan kepada murid-murid tahun 4. Ia bertujuan menguji
tahap penulisan murid. Saya dapati hasil daripada ujian tersebut , murid tidak mahir untuk
membina ayat dengan baik. Kemudian , murid telah diberi uiian bulanan , namun 11 orang
murid ini masih gagal membina ayat secara gramatis.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Hasil pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra dapat dilihat melalui jadual data
yang di sediakan.
Senarai Rekod Pencapaian. (Jumlah markah = 10 M)
BIL NAMA MURID Ujian
Diagnostik
Ujian
bulan Feb
1 Basker a/l Subramaniam 3 4
2 Danny Dave a/l Raman 4 4
3 Jaynishia a/p Bala 3 4
4 Justin a/l Fernendez 4 5
5 Kapil a/l Jaynesan 3 4
6 Kirthana a/p Vinod Kumar 4 4
7 Muhammad Isma bin Kamsan 4 5
8 Nurul Alina binti Yusof 4 4
9 Nurul Fatehah binti Fauzi 5 5
10 Sabrina a/p Ramandran 3 4
11 Zaidi bin Harun 3 4
Rajah 1 menunjukkan hasil ujian pra yang dijalankan kepada murid-murid. Data tersebut
dibuat sebelum pelaksanaan tindakan saya. Saya mendapati tahap penguasaan murid
dalam membina ayat gramatis masih lemah walau pun telah menjalani dua kali latihan.
5.3 Tindakan yang dijalankan.
Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dalam tempoh
tiga bulan melibatkan 11 orang murid khasnya dan 27 orang murid amnya. Pengajaran dan
pembelajaran ini dijalankan setiap hari Isnin kerana mempunyai 2 waktu bekembar.
Saya telah melaksanakan pengajaran kaedah bina pelan maklumat berdasarkan
gambar yang diberi dan kaedah kata tanya. Saya telah menggunakan kaedah ini semasa
sesi pengajaran selama 60 minit. . Saya menggunakan 1 waktu untuk murid memahami
gambar , mencari maklumat atau kata kerja berkaitan gambar , bulatkan gambar dan
catatkan kata kerja yang sesuai dengan gambar. Kaedah ini saya panggil Kaedah Bulat dan
Tarik . Dalam kaedah ini ,murid perlu cari fahamkan situasi gambar , kemudian perlu cari
aktiviti yang terdapatkan dalam gambar. Kemudian , setelah kenalpasti maklumat , murid
perlu bulatkan gambar dan catat maklumat berkaitan gambar. Contoh : membajak ,
mengubah dan sebagainya. Pada waktu yang kedua , guru , membimbing murid membina
ayat menggunakan kata tanya ( siapa . buat apa , di mana , bila / bagaimana )
Saya telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran berkaitan
kaedah ini. Saya sediakan Rancangan Pengajaran bagi aktiviti ini.
Set Induksi : Beri penerangan tentang jenis gambar, kemudian bincang berkaitan gambar
yang ditunjukkan
Langkah 1 : Murid teliti keseluruhan gambar dan soal jawab berkaitan gambar
Langkah 2 : Murid mencari 5 kata kerja / aktiviti yang ada kaitan dengan kehendak
soalan . Kemudian bulatkan gambar tersebut serta catatkan pada gambar aktiviti yang telah
dikenalpasti.
Langkah 3 : Murid bina rangkaikata menggunakan kata tanya ( siapa , buat apa , di mana
. bila / bagaimana )
Langkah 4 : Latihan bina ayat gramatis perpandukan pelan maklumat yang telah dibina.
Penutup : Menyemak ejaan , struktur ayat dan kosa kata yang digunakan.
Berdasarkan rancangan harian , saya memulakan pengajaran dengan menyatakan
jenis gambar yang akan murid temui. Bincangkan secara ringkas sebagai pengenalan murid.
Seterusnya pada langkah yang pertama , saya meminta murid meneliti keseluruhan
gambar dan fahamkan situasi gambar. Kemudian, murid mencari 5 perbuatan / aktiviti yang
ada kaitan dalam gambar. Bulatkan gambar tersebut dan catatkan kata kerja yang sesuai
dengan gambar.
Langkah seterusnya , saya telah meminta murid membina rangkaikata berpandukan
kata kerja ( siapa - buat apa - di mana - bila /bagaimana )
Contoh: soalan : siapa di dalam gambar ?
jawapan : Pak Kassim
soalan : sedang buat apa ?
jawapan : membanting padi.
soalan : di mana ?
jawapan : di sawah padi / di bendang
soalan : bila ?
jawapan : di musim menuai.
Langkah yang terakhir , saya telah memberi latihan untuk menulis ayat secara gramatis
kepada murid-murid. Kami juga membimbing murid ini secara individu dari segi pemilihan
kosa kata yang sesuai dan tepat agar ayat yang dibina lebih gramatis.. Setelah siap
membina 5 ayat , murid diminta menyemak ejaan , tanda baca dan sebagainya.
Contoh ayat gramatis : Pak Kasim sedang membanting padi yang sudah masak di
bendang semasa musim menuai.
Saya telah melaksanakan kaedah ini setiap kali menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan penulisan bahagian A mulai penghujung Julai 2012
sehinggalah penghujung bulan Oktober 2012. Sepanjang tempoh itu , saya telah
mengadakan 3 kali siri ujian. Ujian ini dijalankan pada setiap penghujung bulan dalam
tempoh pelaksanaan kajian ini. Ia bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang
digunakan bagi mencapai objektif kajian dalam penulisan Bahasa Melayu.
5.4 Dapatan Kajian
Saya telah mengumpul pengskoran markah murid hasil daripada 3 siri ujian yang telah
dijalankan. Markah-markah tersebut telah dicatatkan dalam jadual yang disediakan. Jadual
ini merupakan borang Analisa berkaitan dengan hasil ujian murid.
BIL NAMA MURID
JENIS UJIAN
Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3
1 Basker a/l Subramaniam 5 7 9
2 Danny Dave a/l Raman 6 6 9
3 Jaynishia a/p Bala 6 7 10
4 Justin a/l Fernendez 7 8 10
5 Kapil a/l Jaynesan 5 7 8
6 Kirthana a/p Vinod Kumar 4 5 7
7 Muhammad Isma bin Kamsan 7 8 10
8 Nurul Alina binti Yusof 6 7 9
9 Nurul Fatehah binti Fauzi 7 8 10
10 Sabrina a/p Ramandran 7 7 9
11 Zaidi bin Harun 7 8 10
Berdasarkan jadual pengskoran ini , saya dapati ada peningkatan markah bagi murid-murid
tersebut. Seramai 10 orang iaitu 91% murid berada ditahap cemerlang manakala hanya
seorang murid sahaja iaitu 9 % berada di tahap baik. Ini menunjukkan satu peningkatan
yang amat ketara,
Saya juga menemubual dua orang murid berkaitan hasil pengajaran -pembelajaran
yang telah dijalankan.
Cikgu : Fatehah , cikgu lihat , skor markah kamu sangat cemerlang dan
meningkat setelah belajari melalui kaedah dan teknik ini.
Fatehah : Ya cikgu . Saya semakin faham bagaimana hendak membina ayat
dengan baik. Kaedah ini sangat membantu saya , cikgu!
Cikgu : Kirthana , nampaknya skor awak pada tahap baik berbanding rakan-rakan
kamu yang berada di skor cemerlang. Awak masih ada masalah dengan
penggunaan kaedah ini ?
Kirthana : Tidak cikgu, Saya faham bagaimana untuk membina ayat dengan lebih baik.
Cuma kosa kata saya sahaja yang masih lagi kurang.
Cikgu : Tidak mengapa Kirthana , apa yang penting , kamu perlu banyak membaca
untuk menambahkan kosa kata kamu.
5.5 Refleksi Kajian.
Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas murid , kaedah yang telah dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran itu telah memberikan suatu impak yang positif. Peningkatan
skor markah murid ketara meningkat. Ini menunjukkan kaedah yang dilaksanakan sangat
bersesuaian danberkesan. Murid semakin yakin untuk membina ayat yang gramatis.
Daripada tinjauan yang dibuat , murid telah mengikut kaedah yang dipelajari.Murid tidak lagi
memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan maklumat dan membina ayat yang
gramatis. Saya juga melihat murid seronok apabila saya menyatakan bahawa hari ini saya
akan membuat latihan penulisan bahagian A. Tiada lagi rungutan yang kurang ebak
didengari daripada nmurid-murid saya.
Sebagai seorang guru , saya merasakan suatu kejayaan yang besar apabila saya
melihat peningkatan skor murid-murid saya yang lemah. Kajian dan strategi serta kaedah
yang diberikan sangat bersesuaian dengan murid . Pada pandangan saya , murid ini mampu
melakukan sesuatu perkara itu dengan baik asalkan mereka mendapat panduan dan cara
yang betul untuk membina ayat dengan baik. Saya juga telah dapat membaiki kelemahan
saya dalam pengajaran dan pembelajaran.
5.6 Cadangan Kajian Tindakan Seterusnya.
Secara keseluruhan , kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian
murid semakin baik walaupun bukan 100%. Namun begitu , usaha diteruskan agar murid
mahir sehingga mereka boleh membina ayat dengan gramatis semasa UPSR nanti. Saya
juga akan menggunakan pendekatan ini untuk membimbing murid dalam penulisan bahagian
B. Ini kerana langkah dan caranya sama iaitu untuk membina ayat dengan baik.
Sebagai kesimpulan , kajian tindakan yang saya lakukan ini sangat memberi manfaat
kepada murid untuk meningkatkan prestasi khususnya dan memberi kelebihan kepada guru
untuk memperbaiki pengajaran amnya. Saya berharap hasil kajian saya ini boleh diguna
pakai oleh rakan-rakan saya nanti.
Rujukan :
Abdul Rahman Abd Majid ( 2007 ) Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur , PTS
Profesional Publishing Sdn Bhd.
Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia , Modul Kajian
Tindakan Teknologi Pendidikan
Bahagian Perancangan , Penyelidikan Dasar Pendidikan : Panduan Asas Menulis
Laporan Kajian Tindakan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Sulaiman Masri , Abdullah Yusof , Mohd Ra’in Shaari (2006), Bahasa Melayu : Dimensi
Pengajaran dan Pembelajaran ,Kuala Lumpur , Utusan Publication & Distributor
Sdn Bhd.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) Pengajaran , Teknologi dn Penaksiran 2 KPD
3026.
http:// pengajaranbahasamelayu.blogspot.com
http:// mariasalamperpaduan .blogspot.com
dimuat turun pada 21/03/2015 dari http://eilahasnor.blogspot.com/p/kajian-tindakan.html
oleh NORAZILA BINTI MD NOR

More Related Content

What's hot

Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Noormazrita Azam
 
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaKertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaAmir Aiman Akashah
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR) CIKGU NAZARINANAWAWI
 
kajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisankajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisankpr5063
 
12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajianShafie Athiah
 
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)abdol rahim
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Syazana Azmi
 
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanContoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanShangari Ram
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Cekgu Kay
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanSuzi Suziyana
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanFariz Salim
 
Kajian 2 ok
Kajian 2 okKajian 2 ok
Kajian 2 oksjkt15
 
What's hot (18)

Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
 
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaKertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
 
kajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisankajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisan
 
12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian
 
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
Jurnal minggu 5
Jurnal minggu 5Jurnal minggu 5
Jurnal minggu 5
 
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanContoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakan
 
Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6
 
Jurnal minggu 4 (2)
Jurnal minggu 4 (2)Jurnal minggu 4 (2)
Jurnal minggu 4 (2)
 
Kajian tindakan murad
Kajian tindakan muradKajian tindakan murad
Kajian tindakan murad
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
 
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Kajian 2 ok
Kajian 2 okKajian 2 ok
Kajian 2 ok
 
Similar to 286956751 masalah-penulisan-murid

Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiikananasirin
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiNoraida Ali
 
17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osmanAnsar Azman
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Ponnu Mani
 
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02Wan Norrizan
 
01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadanganChon Seong Hoo
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayudharmaharun
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayudharmaharun
 
Kajian 1
Kajian 1Kajian 1
Kajian 1sktpp
 
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...Operator Warnet Vast Raha
 
Jurnal best minggu ke4
Jurnal best minggu ke4Jurnal best minggu ke4
Jurnal best minggu ke4Azlan Hanib
 
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01sitihalwani
 
Similar to 286956751 masalah-penulisan-murid (20)

Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iii
 
Ringkasan artikel
Ringkasan artikelRingkasan artikel
Ringkasan artikel
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
 
17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osman
 
Kajian tindakan abdul murad abd hamid
Kajian tindakan abdul murad abd hamidKajian tindakan abdul murad abd hamid
Kajian tindakan abdul murad abd hamid
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
 
01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan
 
A
AA
A
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Kajian 1
Kajian 1Kajian 1
Kajian 1
 
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...
 
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...
 
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...
 
kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakan
 
Jurnal best minggu ke4
Jurnal best minggu ke4Jurnal best minggu ke4
Jurnal best minggu ke4
 
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
 
Recently uploaded

tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Recently uploaded (20)

tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
286956751 masalah-penulisan-murid

  • 1. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINAAYAT DI DALAM DISIPLIN PENULISAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN 4 Oleh : Puan Nor Azila binti Md. Nor Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah membina ayat di kalangan murid di Tahun 4 Bestari . Seramai 11 orang murid terlibat dalam kajian ini. Selain itu , saya juga ingin meningkatkan pemahaman mereka dalam aspek membina ayat yang betul dan lengkap . Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui aktiviti di dalam kelas dan semakan latihan di dalam buku latihan . Saya dapati terdapat beberapa kesilapan dalam pembinaan ayat iaitu dari segi morfologi dan sintaksis. Saya juga mendapati bahawa murid kurang peka tentang penggunaan kata hubung , pengimbuhan dan tanda baca dalam pembinaan ayat . Untuk mengatasi masalah ini , saya telah menyediakan formula yang mudah untuk murid ini memperbaiki kemahiran membina ayat iaitu murid perlu hafal formula yang diberikan. Hasilnya saya dapati , terdapat peningkatan dalam pembinaan ayat oleh anak-anak murid saya ini. Saya juga berasa teruja untuk meneruskan aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. 1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN: Bahasa Melayu Penulisan terdiri daripada tiga item iaitu Bahagian A , bahagian B dan Bahagian C . Bahagian A membina ayat yang lengkap dan gramatis. Kajian saya berkaitan dengan masalah Bahagian A .Masalah membina ayat yang lengkap dalam penulisan terutama dalam penulisan bahagian A akan mengganggu murid mendapat markah yang baik dalam penulisan Bahasa Melayu. Selain itu , jika murid tidak dapat membina ayat dengan baik , menyebabkan murid juga tidak mampu untuk membina sebuah karangan yang baik dalam penulisan bahagian B dan C. Masalah membina bina ayat ini dikesan semasa saya menyemak latihan murid di dalam buku latihan penulisan. Saya dapati murid gagal membina ayat dengan baik. Struktur ayatnya tidak tersusun dengan betul. Murid gemar menggunakan bahasa pasar semasa menulis ayat. Tanda bacan yang ditulis tidak menepati ciri-ciri penulisan yang sebenar. Berdasarkan refleksi pengajaran saya , saya dapati murid belum boleh membina ayat secara gramatis dengan hanya melalui aktiviti perbincangan dalam kelas dan perbincangan melalui kumpulan. Melalui aktiviti
  • 2. pembentangan hasil kerja murid dalam pembinaan ayat juga tidak banyak membantu murid saya . Jadi , melalui perbincangan saya dengan rakan sealiran juga termasuk guru pemeriksa kertas Penulisan Bahasa Melayu , saya disarankan menggunakan formula SPPA iaitu subjek + predikat + penerangan ayat ( siapa - buat - dimana -apa / bagaimana ) bagi mengatasi kelemahan murid ini. 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN Saya memilih isu ini kerana berdasarkan tinjauan awal saya, saya dapati bahawa 11 orang murid ini tidak boleh menulis ayat dengan baik sedangkan bacaan dan lisan yang dijalankan di dalam kelas tidak mempunyai banyak masalah. Cuma apabila mereka mula menulis , mereka gagal menyusun struktur dengan baik selain penggunaan kata yang kurang tepat. Oleh yang demikian , saya terpanggil untuk membantu 11 orang murid ini memperbaiki kemahiran dalam pembinaan ayat agar murid-murid ini tidak terus tercicir dalam aspek penulisan. 3 .0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian tindakan ini dijalankan , diharapkan agar dapat mencapai objektif tersebut: 3.1 ) Objektif Am  Meningkatkan kemahiran murid untuk membina ayat dengan lengkap dan gramatis. 3.2 ) Objektif Khusus  Murid dapat memilih penggunaan kata yang sesuai untuk membina ayat.  Murid boleh membezakan penggunaan tanda baca dalam ayat.  Murid boleh menulis ayat yang lengkap serta gramatis berdasarkan kata kerja / rangkaikata yang diberikan dengan baik. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 11 orang murid Tahun 4 Bestari . 7 orang murid India dan 4 orang murid Melayu. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Awal Masalah
  • 3. Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian tindakan , tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti, Langkah-langkah telah dilakukan berdasarkan pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra. i ) Pemerhatian : Saya telah memerhatikan tingkahlaku murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya mendapati murid mempunyai masalah membina ayat secara gramatis. Pada awalnya, saya merasakan murid belum biasa membina ayat secara gramatis kerana mereka baru berada di tahap 2. Tetapi selepas beberapa minggu , murid masih lagi belum menguasai cara untuk membina ayat secara gramatis. ii ) Pemeriksaan buku latihan. Setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran , murid akan menyerahkan buku latihan kepada saya. Setelah disemak , saya dapati murid belum dapat menguasai cara untuk membina ayat secara gramatis. Mereka membina ayat selapis dan kadangkala ayat yang dibina tiada kaitan dengan gambar yang diberkan , iii) Ujian pra. Satu ujian diagnostik telah dijalankan kepada murid-murid tahun 4. Ia bertujuan menguji tahap penulisan murid. Saya dapati hasil daripada ujian tersebut , murid tidak mahir untuk membina ayat dengan baik. Kemudian , murid telah diberi uiian bulanan , namun 11 orang murid ini masih gagal membina ayat secara gramatis. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Hasil pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra dapat dilihat melalui jadual data yang di sediakan. Senarai Rekod Pencapaian. (Jumlah markah = 10 M) BIL NAMA MURID Ujian Diagnostik Ujian bulan Feb 1 Basker a/l Subramaniam 3 4 2 Danny Dave a/l Raman 4 4
  • 4. 3 Jaynishia a/p Bala 3 4 4 Justin a/l Fernendez 4 5 5 Kapil a/l Jaynesan 3 4 6 Kirthana a/p Vinod Kumar 4 4 7 Muhammad Isma bin Kamsan 4 5 8 Nurul Alina binti Yusof 4 4 9 Nurul Fatehah binti Fauzi 5 5 10 Sabrina a/p Ramandran 3 4 11 Zaidi bin Harun 3 4 Rajah 1 menunjukkan hasil ujian pra yang dijalankan kepada murid-murid. Data tersebut dibuat sebelum pelaksanaan tindakan saya. Saya mendapati tahap penguasaan murid dalam membina ayat gramatis masih lemah walau pun telah menjalani dua kali latihan. 5.3 Tindakan yang dijalankan. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan melibatkan 11 orang murid khasnya dan 27 orang murid amnya. Pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan setiap hari Isnin kerana mempunyai 2 waktu bekembar. Saya telah melaksanakan pengajaran kaedah bina pelan maklumat berdasarkan gambar yang diberi dan kaedah kata tanya. Saya telah menggunakan kaedah ini semasa sesi pengajaran selama 60 minit. . Saya menggunakan 1 waktu untuk murid memahami gambar , mencari maklumat atau kata kerja berkaitan gambar , bulatkan gambar dan catatkan kata kerja yang sesuai dengan gambar. Kaedah ini saya panggil Kaedah Bulat dan Tarik . Dalam kaedah ini ,murid perlu cari fahamkan situasi gambar , kemudian perlu cari aktiviti yang terdapatkan dalam gambar. Kemudian , setelah kenalpasti maklumat , murid perlu bulatkan gambar dan catat maklumat berkaitan gambar. Contoh : membajak , mengubah dan sebagainya. Pada waktu yang kedua , guru , membimbing murid membina ayat menggunakan kata tanya ( siapa . buat apa , di mana , bila / bagaimana ) Saya telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran berkaitan kaedah ini. Saya sediakan Rancangan Pengajaran bagi aktiviti ini. Set Induksi : Beri penerangan tentang jenis gambar, kemudian bincang berkaitan gambar yang ditunjukkan Langkah 1 : Murid teliti keseluruhan gambar dan soal jawab berkaitan gambar
  • 5. Langkah 2 : Murid mencari 5 kata kerja / aktiviti yang ada kaitan dengan kehendak soalan . Kemudian bulatkan gambar tersebut serta catatkan pada gambar aktiviti yang telah dikenalpasti. Langkah 3 : Murid bina rangkaikata menggunakan kata tanya ( siapa , buat apa , di mana . bila / bagaimana ) Langkah 4 : Latihan bina ayat gramatis perpandukan pelan maklumat yang telah dibina. Penutup : Menyemak ejaan , struktur ayat dan kosa kata yang digunakan. Berdasarkan rancangan harian , saya memulakan pengajaran dengan menyatakan jenis gambar yang akan murid temui. Bincangkan secara ringkas sebagai pengenalan murid. Seterusnya pada langkah yang pertama , saya meminta murid meneliti keseluruhan gambar dan fahamkan situasi gambar. Kemudian, murid mencari 5 perbuatan / aktiviti yang ada kaitan dalam gambar. Bulatkan gambar tersebut dan catatkan kata kerja yang sesuai dengan gambar. Langkah seterusnya , saya telah meminta murid membina rangkaikata berpandukan kata kerja ( siapa - buat apa - di mana - bila /bagaimana ) Contoh: soalan : siapa di dalam gambar ? jawapan : Pak Kassim soalan : sedang buat apa ? jawapan : membanting padi. soalan : di mana ? jawapan : di sawah padi / di bendang soalan : bila ? jawapan : di musim menuai. Langkah yang terakhir , saya telah memberi latihan untuk menulis ayat secara gramatis kepada murid-murid. Kami juga membimbing murid ini secara individu dari segi pemilihan kosa kata yang sesuai dan tepat agar ayat yang dibina lebih gramatis.. Setelah siap membina 5 ayat , murid diminta menyemak ejaan , tanda baca dan sebagainya. Contoh ayat gramatis : Pak Kasim sedang membanting padi yang sudah masak di bendang semasa musim menuai. Saya telah melaksanakan kaedah ini setiap kali menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan penulisan bahagian A mulai penghujung Julai 2012 sehinggalah penghujung bulan Oktober 2012. Sepanjang tempoh itu , saya telah mengadakan 3 kali siri ujian. Ujian ini dijalankan pada setiap penghujung bulan dalam
  • 6. tempoh pelaksanaan kajian ini. Ia bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan bagi mencapai objektif kajian dalam penulisan Bahasa Melayu. 5.4 Dapatan Kajian Saya telah mengumpul pengskoran markah murid hasil daripada 3 siri ujian yang telah dijalankan. Markah-markah tersebut telah dicatatkan dalam jadual yang disediakan. Jadual ini merupakan borang Analisa berkaitan dengan hasil ujian murid. BIL NAMA MURID JENIS UJIAN Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3 1 Basker a/l Subramaniam 5 7 9 2 Danny Dave a/l Raman 6 6 9 3 Jaynishia a/p Bala 6 7 10 4 Justin a/l Fernendez 7 8 10 5 Kapil a/l Jaynesan 5 7 8 6 Kirthana a/p Vinod Kumar 4 5 7 7 Muhammad Isma bin Kamsan 7 8 10 8 Nurul Alina binti Yusof 6 7 9 9 Nurul Fatehah binti Fauzi 7 8 10 10 Sabrina a/p Ramandran 7 7 9 11 Zaidi bin Harun 7 8 10 Berdasarkan jadual pengskoran ini , saya dapati ada peningkatan markah bagi murid-murid tersebut. Seramai 10 orang iaitu 91% murid berada ditahap cemerlang manakala hanya seorang murid sahaja iaitu 9 % berada di tahap baik. Ini menunjukkan satu peningkatan yang amat ketara, Saya juga menemubual dua orang murid berkaitan hasil pengajaran -pembelajaran yang telah dijalankan. Cikgu : Fatehah , cikgu lihat , skor markah kamu sangat cemerlang dan meningkat setelah belajari melalui kaedah dan teknik ini. Fatehah : Ya cikgu . Saya semakin faham bagaimana hendak membina ayat dengan baik. Kaedah ini sangat membantu saya , cikgu! Cikgu : Kirthana , nampaknya skor awak pada tahap baik berbanding rakan-rakan kamu yang berada di skor cemerlang. Awak masih ada masalah dengan penggunaan kaedah ini ? Kirthana : Tidak cikgu, Saya faham bagaimana untuk membina ayat dengan lebih baik. Cuma kosa kata saya sahaja yang masih lagi kurang.
  • 7. Cikgu : Tidak mengapa Kirthana , apa yang penting , kamu perlu banyak membaca untuk menambahkan kosa kata kamu. 5.5 Refleksi Kajian. Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas murid , kaedah yang telah dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran itu telah memberikan suatu impak yang positif. Peningkatan skor markah murid ketara meningkat. Ini menunjukkan kaedah yang dilaksanakan sangat bersesuaian danberkesan. Murid semakin yakin untuk membina ayat yang gramatis. Daripada tinjauan yang dibuat , murid telah mengikut kaedah yang dipelajari.Murid tidak lagi memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan maklumat dan membina ayat yang gramatis. Saya juga melihat murid seronok apabila saya menyatakan bahawa hari ini saya akan membuat latihan penulisan bahagian A. Tiada lagi rungutan yang kurang ebak didengari daripada nmurid-murid saya. Sebagai seorang guru , saya merasakan suatu kejayaan yang besar apabila saya melihat peningkatan skor murid-murid saya yang lemah. Kajian dan strategi serta kaedah yang diberikan sangat bersesuaian dengan murid . Pada pandangan saya , murid ini mampu melakukan sesuatu perkara itu dengan baik asalkan mereka mendapat panduan dan cara yang betul untuk membina ayat dengan baik. Saya juga telah dapat membaiki kelemahan saya dalam pengajaran dan pembelajaran. 5.6 Cadangan Kajian Tindakan Seterusnya. Secara keseluruhan , kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian murid semakin baik walaupun bukan 100%. Namun begitu , usaha diteruskan agar murid mahir sehingga mereka boleh membina ayat dengan gramatis semasa UPSR nanti. Saya juga akan menggunakan pendekatan ini untuk membimbing murid dalam penulisan bahagian B. Ini kerana langkah dan caranya sama iaitu untuk membina ayat dengan baik. Sebagai kesimpulan , kajian tindakan yang saya lakukan ini sangat memberi manfaat kepada murid untuk meningkatkan prestasi khususnya dan memberi kelebihan kepada guru untuk memperbaiki pengajaran amnya. Saya berharap hasil kajian saya ini boleh diguna pakai oleh rakan-rakan saya nanti. Rujukan : Abdul Rahman Abd Majid ( 2007 ) Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur , PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia , Modul Kajian
  • 8. Tindakan Teknologi Pendidikan Bahagian Perancangan , Penyelidikan Dasar Pendidikan : Panduan Asas Menulis Laporan Kajian Tindakan , Kementerian Pelajaran Malaysia Sulaiman Masri , Abdullah Yusof , Mohd Ra’in Shaari (2006), Bahasa Melayu : Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran ,Kuala Lumpur , Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd. Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) Pengajaran , Teknologi dn Penaksiran 2 KPD 3026. http:// pengajaranbahasamelayu.blogspot.com http:// mariasalamperpaduan .blogspot.com dimuat turun pada 21/03/2015 dari http://eilahasnor.blogspot.com/p/kajian-tindakan.html oleh NORAZILA BINTI MD NOR