3. Pengertian zakat
Zakat –secara bahasa- bererti “يادة ّوالز يع ّوالر ماءّن”ال bererti bertambah atau tumbuh. Makna seperti dapat
kita lihat dari perkataan ‘Ali bin Abi Tholib,
باإلنفاق يزكو العلم
“Ilmu itu semakin bertambah dengan diinfakkan.”
Zakat secara bahasa juga bererti “الحّص”ال, yang lebih baik. Sebagaimana dapat kita lihat pada firman
Allah Ta’ala,
ًةاَك َز ُهْنِم اًْريَخ اَمُهُّب َر اَمُهَلِدْبُي ْنَأ َانْد َرَأَف
“Dan kami menghendaki, supaya Rabb mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik
kesuciannya dari anaknya itu” (QS. Al Kahfi: 81)
Secara bahasa, zakat juga bererti “”تطهير mensucikan. Sebagaimana firman Allah Ta’ala,
َاهاَّك َز ْنَم َحَلْفَأ ْدَق
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu” (QS. Asy Syams: 9).
4. Zakat mensucikan seseorang dari sikap bakhil dan pelit. Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman,
اَهِب ْمِهيِِّك َزُت َو ْمُهُرِِّهَطُت ًةَقَدَص ْمِهِلا َوْمَأ ْنِم ْذُخ
“Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan
mereka” (QS. At Taubah: 103)
Secara istilah syar’i, zakat bererti penunaian kewajiban pada harta yang khusus, dengan cara yang
khusus, dan disyaratkan ketika dikeluarkan telah memenuhi haul (masa satu tahun) dan nisab
(ukuran minimal dikenai kewajiban zakat). Zakat pun kadang dimaksudkan untuk harta yang
dikeluarkan.
Sedangkan Muzakki adalah istilah untuk orang yang memiliki harta dan mengeluarkan zakatnya.
Zakat (Bahasa Arab: زكاة
; transliterasi: Zakah) adalah jumlah harta tertentu yang wajib dikeluarkan
oleh orang yang beragama Islam dan diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya (fakir
miskin dan sebagainya) menurut ketentuan yang telah ditetapkan oleh syarak. Zakat merupakan
rukun ketiga dari Rukun Islam.
5. Kita dapat mengambil pelajaran dari definisi di atas bahawa zakat
dapat disebut zakat kerana pokok harta itu akan tumbuh dengan
bertambah berkat ketika dikeluarkan dan juga orang yang
mengeluarkan akan mendapatkan berkat dengan do’a dari orang yang
berhak menerima zakat tersebut. Harta lain yang tersisa juga akan
bersih dari syubhah, ditambah dengan terlepasnya dari kewajipan-
kewajipan yang berkaitan dengan harta tersebut.
6. Sejarah Zakat
• Kewajiban setiap muslim memberikan sedekah dari rezeki yang dikurniakan
Allah S.W.T. Tentang kewajiban ini sudah tertulis di dalam Al-Quran. Awal
mulanya, Al-Quran hanya memerintahkan untuk memberikan sedekah (suatu
pemberian bersifat bebas, tidak wajib namun Ikhlas ).
• Di kemudian hari, umat Islam diperintahkan untuk membayar zakat. Zakat
menjadi wajib hukumnya sejak tahun 662M. Nabi Muhammad SAW
melembagakan perintah zakat ini dengan menetapkan pajak bertingkat bagi
mereka yang kaya untuk meringankan beban kehidupan mereka yang miskin.
Sejak saat ini, zakat diterapkan dalam negara-negara Islam. Hal ini
menunjukkan bahawa pada kemudian hari ada pengaturan pemberian zakat,
khususnya mengenai jumlah zakat tersebut..
• Pada zaman khalifah, zakat dikumpulkan oleh pegawai awam dan dibahagikan
kepada kelompok tertentu dari masyarakat. Kelompok itu adalah orang miskin,
janda, budak yang ingin membeli kebebasan mereka, orang yang terlilit hutang
dan tidak mampu membayar.. Syari’ah mengatur dengan lebih detail mengenai
zakat dan bagaimana zakat itu harus dibayarkan.
7. Hukum Zakat
• Zakat disyari’atkan pada tahun kedua hijriyah dekat dengan waktu
disyari’atkannya puasa Ramadhan.
• Zakat ini merupakan suatu kewajiban dan bahagian dari rukun Islam. Hal ini
tidak boleh diragukan lagi kerana telah terdapat berbagai dalil dari Al Qur’an, As
Sunnah, dan ijma’ (kata sepakat ulama).
• Zakat termasuk dalam kategori ibadah seperti sembahyang, haji, dan puasa yang
telah diatur secara terperinci berdasarkan Al-Quran dan Sunah.
• Zakat merupakan salah satu rukun Islam, dan menjadi salah satu unsur pokok
bagi tegaknya syariat Islam. Oleh sebab itu hukum zakat adalah wajib (fardhu)
atas setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu. Zakat juga
merupakan sebuah kegiatan sosial kemasyarakatan dan kemanusiaan yang
dapat berkembang sesuai dengan perkembangan umat manusia dimana pun.
8. • Dalil yang menyatakan wajibnya zakat di antaranya terdapat dalam ayat,
• َةاَكَّالز واُتَآ َو َة َ
َلَّصال واُميِقَأ َو
• “Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan ruku’lah beserta orang-
orang yang ruku’” (QS. Al Baqarah: 43). Perintah zakat ini berulang di
dalam Al Qur’an dalam berbagai ayat sampai berulang hingga 32 kali.
• Begitu pula dalam hadits ditunjukkan mengenai wajibnya melalui hadits
dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
• َحُم َّنَأ َو ُ َّ
َّللا َّالِإ َهَلِإ َال ْنَأ ِةَداَهَش ٍ
سَْمخ ىَلَع ُمََلْسِاإل َىِنُب
ََلَّصال ِامَقِإ َو ، ِ َّ
َّللا ُلوُسَر ًادَّم
َّالز ِاءَتيِإ َو ، ِة
، ِةاَك
َانَضَم َر ِم ْوَص َو ، ِِّجَحْال َو
• “Islam dibangun di atas lima perkara: bersaksi bahwa tidak ada ilah
(sesembahan) yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad
adalah utusan-Nya; menegakkan solat; menunaikan zakat; menunaikan
haji; dan berpuasa di bulan Ramadhan.”
9. • Begitu juga dalam sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika
memerintahkan pada Mu’adz yang ingin berdakwah ke Yaman,
• َص ْمِهْيَلَع َ
ض َرَتْفا َ َّ
َّللا َّنَأ ْمُهْمِلْعَأَف َكِلَذِل واُعاَطَأ ْمُه ْنِإَف
ْغَأ ْنِم ُذَخْؤُت ، ْمِهِلا َوْمَأ ىِف ًةَقَد
َو ْمِهِئاَيِن
ىَلَع ُّدَرُت
ْمِهِئاَرَقُف
• “
… Jika mereka telah mentaati engkau (untuk mentauhidkan Allah dan
menunaikan solat ), maka ajarilah mereka sedekah (zakat) yang
diwajibkan atas mereka di mana zakat tersebut diambil dari orang-orang
kaya di antara mereka dan kemudian disebar kembali oleh orang miskin
di antara mereka.”
• Ibnu Hajar Al Asqolani rahimahullah berkata, “Zakat adalah suatu
kepastian dalam syari’at Islam, sehingga tidak perlu lagi kita bersusah
payah mendatangkan dalil-dalil untuk membuktikannya. Para ulama
hanya berselisih pendapat dalam hal perinciannya. Adapun hukum
asalnya telah disepakati bahwa zakat itu wajib, sehingga barang siapa
yang mengingkarinya, ia menjadi kafir.”
10. • Perlu diketahui bahwa istilah zakat dan sedekah dalam syari’at Islam
memiliki makna yang sama. Keduanya terbagi menjadi dua:
• (1) wajib, dan
• (2) sunnah.
• Adapun anggapan sebahagian masyarakat bahawa zakat adalah yang
hukum, sedangkan sedekah adalah yang sunnah, maka itu adalah
anggapan yang tidak berdasarkan kepada dalil yang benar dan kuat.
• Ibnul ‘Arobi rahimahullah mengatakan, “Zakat itu digunakan untuk istilah
sedekah yang wajib, yang sunnah, untuk nafkah, kewajiban dan
pemaafan.”
11. Hukum Zakat
Kanak-Kanak
Apakah wajib seorang yang
tidak siuman (gila atau tidak
waras) mengeluarkan
zakatnya, sedangkan mereka
sendiri tidak mukallaf. Begitu
juga, adakah seorang anak
yatim atau kanak-kanak di
bawah usia baligh atau di
bawah usia 18 tahun, wajib
mengeluarkan zakat mereka,
sedangkan mereka masih di
bawah umur?
12. • Lima syarat asas wajib zakat ialah, Islam, merdeka, sempurna milik,
cukup nisab dan cukup haul.
• Sebahagian fuqaha berpandangan bahawa harta kekayaan yang sudah
cukup syaratnya yang dimiliki oleh golongan orang gila, yang tidak
siuman dan kanak-kanak adalah wajib dizakatkan. Pandangan ini
dikemukakan oleh fuqaha terdahulu misalnya oleh Atha’, Jabir bin Zaid,
Mujahid dan Zuhri yang kemudiannya disokong oleh Malik, Syafie,
Ahmad, Ishaq dan lain-lain lagi.
• Mereka telah menyandarkan pandangan ini kepada keumuman perintah
zakat, sebagaimana yang telah dititipkan oleh Rasulullah SAW kepada
Muadz bin Jabal saat baginda mengutuskannya ke Yaman, sabda Nabi
SAW: “Ajarkan kepada mereka bahawa Allah mewajibkan zakat yang
diambil daripada kekayaan orang-orang kaya dalam kalangan mereka dan
diberikan kepada orang-orang yang fakir dalam kalangan mereka.” (Hadis
sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
13. • Walau bagaimanapun, wali atau waris merekalah yang wajib
mengeluarkan zakat tersebut. Yakni, menjadi wakil bagi mentaksirkan
harta dan seterusnya menunaikan zakat yang wajib daripada harta
mereka apabila cukup syarat-syaratnya.
• Manakala bagi anak yatim, wali merekalah yang wajib menunaikan zakat
bagi pihak diri mereka apabila cukup nisabnya. Umur 18 tahun tidak
terbabit langsung di dalam menentukan wajib atau tidak zakat kepada
seseorang.
• Bahkan Rasulullah pernah menegah daripada membiarkan harta anak
yatim habis dimakan zakat dengan mengarahkan agar ia dikembangkan,
sebagaimana sabda baginda: “Ketahuilah, sesiapa yang menjadi wali bagi
anak yatim yang ada harta, hendaklah ia memperniagakannya (supaya
bertambah kembang) dan janganlah ia membiarkan harta itu (berterusan
susut) – dimakan oleh zakat,” (Hadis Riwayat Termizi).