1. Boneka dapat meningkatkan keterampilan komunikasi dan interpersonal anak-anak prasekolah karena memberi kesempatan untuk berekspresi dan berinteraksi.
2. Boneka digunakan dalam pengajaran untuk menyampaikan cerita secara lebih menarik dan melibatkan anak-anak, serta merangsang imajinasi dan kerjasama.
3. Boneka sesuai sebagai alat bantu mengajar karena membantu anak-anak memahami pel
1. Seni Dalam Pendidikan WAJ3073
Boneka sebagai alat pedagogi untuk pengajaran dan pengajaran di peringkat prasekolah
adalah sangat unik dan mempunyai kebaikan untuk kanak-kanak. Penggunaan boneka untuk
pengajaran dapat mempertingkatkan intrapersonal dan interpersonal kanak-kanak ( Berk,
2006; Koster, 2005; Hirsh, 2004). Hal ini kerana boneka yang digunakan sebagai prop
lakonan dalam aktiviti drama kanak-kanak yang melibatkan bahasa, seni visual, drama ,
muzik dan pergerakan fizikal yang dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
mezahirkan perasaan dan juga membolehkan mereka berinteraksi atau berkomunikasi dengan
rakan –rakan yang lain ( Machado, 2003; Coody, 1997)
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka digunakan untuk menyampaikan cerita,
agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya untuk menarik perhatian dan minat
kanak-kanak di samping dapat mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi, melahirkan idea
kreatif dalam penceritaan dan juga dapat merangsang daya imaginasi justeru dapat
menggalakkan kerjasama dalam kumpulan.
Boneka sangat sesuai digunakan sebagai medium perantaraan di antara guru dan murid.
Murid akan dapat menghayati dan memahami sesebuah penyampaian dengan khusyuk di
samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui persembahan boneka.
Melalui persembahan boneka juga murid prasekolah akan merasa seronok kerana mereka
akan dapat meluahkan apa yang terpendam dalam diri mereka dan ini akan menggalakkan
mereka melibatkan diri secara aktif. Mereka juga tidak akan rasa segan untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti yang disediakan oleh guru.
Eve-Marie Arce dalam bukunya ‘ Curriculum for Young Children – An Introduction’
menyatakan bahawa , boneka adalah sesuatu yang unik. Ia boleh digunakan oleh guru untuk
menyalurkan emosi kanak-kanak, kreativiti dan juga menyelesaikan masalah atau
kebimbingan mereka.
Sekiranya adanya bimbingan, murid prasekolah ini sebenarnya mampu untuk menghasilkan
boneka mereka sendiri. Pelbagai bahan boleh digunakan untuk menghasilkan boneka sama
ada bahan – bahan yang terpakai , bahan semulajadi dan juda bahan – bahan yang
mempunyai sesuatu pembelajaran. Bahan-bahan terpakai seperti penutup botol minuman,
batang ais krim, bekas dadih, pinggan kertas, stoking lama dan pelbagai lagi.
Dapat menyediakan peluang kepada murid prasekolah untuk menyampaikan idea dan
menyelesaiakan masalah adalah antara objektif yang dapat dicapai menerusi aktiviti boneka
2. Seni Dalam Pendidikan WAJ3073
yang menggalakkan kanak-kanak berfikir dalam menyelesaikan masalah dan menyesuaikan
diri dengan persekitaran prasekolah. Secara tidak langsung,