Kajian ringkas boneka

16,095 views

Published on

0 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
16,095
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
70
Actions
Shares
0
Downloads
950
Comments
0
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kajian ringkas boneka

  1. 1. KAJIAN RINGKAS BONEKAPengenalan Seluruh dunia menggunakan boneka dalam bercerita, menyampaikan mesejserta hiburan.Boneka mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri.Namun iamemerlukan manusia untuk menghidupkan atau menggerakkan wataknya dalammenyampaikan informasi kepada penonton sekaligus membawa mereka ke dalamdunia fantasi atau situasi sebenar sesuatu cerita. Boneka ialah benda bukan hidup atau figura berupa manusia, haiwan atau apa-apa jenis benda lain yang dianimasikan atau dimanipulasi oleh sekurang-kurangseorang dalang untuk dipersembahkan dalam teater, filem atau televisyen.Bonekamerupakan sebarang benda atau objek yang digeraklakonkan oleh pemain sama adasecara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej.Pelbagai objekboleh dijadikan boneka sekiranya objek tersebut digerakkan oleh pemain.Semasamenggerakkan boneka itu, pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak samaada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain aksi boneka tanpa suara. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka digunakan untiukmenyampaikan cerita agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya menarikperhatian kanak-kanak. Di samping itu permainan boneka dapat meningkatkankemahiran berkomunikasi , melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, meransangdaya imaginasi dan menggalakkan kerjasama dalam kumpulan.. Jackman (1977) berpendapat boneka adalah salah satu cara yang menghiburkandan dapat menarik minat kanak-kanak ke arah pemikiran kreatif dan imaginatif.Menurutnya lagi, penggunaan boneka dapat membantu perkembangan kemahiranafektif, kognitif dan fizikal. Nillie Mc Caslin (1984) pula menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagaialat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasana
  2. 2. yang lebih menyeronokkan, menarik minat, seterusnya dapat memotivasikan pelajaruntuk terus belajar. Boneka sesuai digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untukmenyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan.Pendengar iaitu kanak-kanak akan dapat menghayati dan memahami sesebuah penyampaian dengankhusyuk di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Melalui permainan boneka juga kanak-kanak akan merasa seronok keranamereka dapat meluahkan apa yang terpendam dalam diri mereka dan ini akanmenggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif.Mereka juga tidak akan rasa seganuntuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan oleh guru. Penggunaanboneka memberikan kesan yang cukup baik ke arah pendedahan kanak-kanak untukberkomunikasi,melahirkan idea kreatif dalam penciptaan sebenar serta merangsangdaya imaginasi.Selain itu, boneka juga dapat memberi pengalaman kepada kanak-kanak belajar secara berkumpulan, bekerjasama dan berkongsi pengalaman. Eve-Marie Arce dalam bukunya ‘Curriculum for Young Chidren-An Introduction’menyatakan bahawa , boneka adalah sesuatu yang unik. Ia boleh digunakan oleh guruuntuk menyalurkan emosi kanak-kanak,kreativiti dan juga menyelesaikan masalah ataukebimbangan mereka. Kanak-kanak mampu menghasilkan boneka mereka sendiri dengan bantuandaripada guru.Pelbagai bahan boleh digunakan untuk menghasilkan boneka sama adabahan-bahan terpakai, bahan semulajadi dan juga bahan-bahan yang ada kaitandengan sesuatu pembelajaran.Bahan-bahan terpakai adalah seperti penutup botolminuman, batang aiskrim,bekas dadih, pnggan kertas, stoking lama dan pelbagailagi.Bahan semulajadi pula seperti daun, batu kecil, ranting, akar pokok, kulit pokokdan bunga manakala bahan-bahan yang berkaitan dengan pembelajaran pula sepertibulu burung yang dikaitkan dengan sains dan lain-lain yang sesuai.
  3. 3. Kebiasaannya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orangtetapi juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak,situasi dan cerita-cerita tertentu.Ketika boneka digerakkan,muzik latar, suara ataupun bunyi bunyiandimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh gurusendiri atau sekumpulan kanak-kanak.Sejarah ringkas boneka Puppet atau boneka berasal daripada perkataan Latin. Ahli sejarah berpendapatbahawa boneka telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum Masihi oleh orang-orang Mesir dan Cina. Bahan yang digunakan ialah kayu, tanah liat atau tulangbinatang. Boneka yang lebih cantik dibuat daripada lilin dan gading gajah.Pada masaitu, boneka bukan dibuat sebagai barang permainan untuk kanak-kanak tetapi banyakdigunakan untuk keperluan keagamaan atau upacara adat yang rasmi. Pada masa dahulu, bentuk boneka tidak menarik dan dikatakan sangatmenyeramkan serta menakutkan sehinggakan kanak-kanak enggan untukmemilikinya.Boneka tersebut sangat kaku dan tidak boleh digerakkan.Boneka dengankaki dan lengan yang dapat digerakkan dibuat pertama kalinya pada 600 tahunsebelum masihi.Pada abad ke 5 hingga 15, boneka masih tetap digunakan untukkeperluan keagamaan dan ritual.Boneka Di Barat Di Barat, boneka telah dijadikan permainan kanak-kanak semenjak abad ke 15iaitu di Kota Nurembergm, Augsburg, dan Sonnneberg Jerman. Boeka tersebutdiperbuat daripada kayu, lilin, dan tanah liat yang dipakaikan dengan pakaian bagimenggambarkan wanita di zaman itu. Sementara di British, Perancis, Itali, dan Belanda,membuat pakaian khas mengikut daerah bagi boneka daripada jenis yang sama.Boneka-boneka ini biasanya dijual sebagai cenderahati. Belanda kemudiannya, telah maju setapak dengan mencipta mata boneka yangdiperbuat daaripada kaca dan dapat digerak-gerakkan menjadikannya lebih hidup.Pada tahun 1675, penciptaan boneka maju setapak lagi dengan mengenakan rambut
  4. 4. sebagaimana boneka hari ini. Pembuatan boneka mengorak maju apabila sebuahkilang telah Berjaya mencipta boneka yang dapat menangis pada 1710, manakalaboneka yabg dapat berjalan pada 1735. Amerika telah Berjaya muncul sebagai Negara pengeluar boneka terbesar didunia pada akhir perang dunia pertama. Antara tahun 1925 dan 1941 industripembuatan boneka akhirnya telah Berjaya mencipta boneka yang hampir sama denganobjek yang ditirunya iaitu dengan mengenakan mata yang dapat mengerdip lengkapdengan bulu matanya, mulut yang dapat dibuka hingga memperlihatkan barisan giginyadan terdapat juga boneka yang dapat makan dan minum sendiri.Boneka Di Malaysia Suatu ketika dahulu, penggunaan boneka di Malaysia lebih kepada bentukpemujaan, namun tidak dapat dinafikan boneka juga adalah merupakan alat mainanyang sangat popular di kalangan kanak-kanak, namun kedapatan juga yang dijadikanhiasan atau sebagai koleksi orang dewasa. Boneka seringkali dijadikan hadiah ataucenderahati kepada kanak-kanak terutamanya pada majlis hari jadi. Ia merupakan satualat mainan yanag digemari oleh kanak-kanak semua bangsa di Malaysia. Terdapatbanyak boneka yang hampir menyerupai menusia sehingga kedapatan kanak-kanakyang menjadikan boneka teman mereka. Boneka sebenarnya bukan saja menjadi barang mainan kanak-kanak, malahjuga turut menjadi kegemaran sebahagian orang dewasa. Boneka dijual secara meluasdi kedai-kedai alatan permainan dalam berbagai bentuk dan rupa, samada dalambentuk manusia atau haiwan. Boneka yang terdapat di Negara ini diperbuat daripadapelbagai bahan misalnya, kayu, plastic, kapas, kertas, kain dan seumpamanya.Definisi boneka Boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan olehpemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikanmesej. Apa sahaja objek boleh menjadi boneka selagi ia digerakkan oleh pemainPemain akan cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi
  5. 5. boneka tanpa sebarang dialog.Boneka digunakan sebagai alat bantu untukmenyampaikan cerita dengan berkesan. Pendengar dapat menghayati disampingmelibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Kesannya cukupbaik ke arah pendedahan komunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita,merangsang daya imaginasi dan memberi murid pengalaman belajar bekerjasamasecara berkumpulan Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang diperbuat daripada bermacam-macam bahan yang sesuai dengan bentuk atau kegunaannya. Penghasilan bonekatidak kenal tahap kerumitannya. Seperti yang diulas oleh Oscar Wilde "Boneka adabanyak kelebihannya, termasuklah tidak mampu berhujah, tidak mengulas seni denganlantang, dan tiada kehidupan peribadi."Jenis-jenis boneka Terdapat berbagai jenis boneka yang sering digunakan antaranya:- Boneka Jari Boneka Tongkat Boneka sarung tangan Boneka Wayang Kulit Boneka pinggan kertas Boneka Beg Kertas Boneka Lidi dan Boneka SuduBahan untuk membuat bonekaBahan dan peralatan membuat boneka adalah berbeza mengikut jenis boneka tersebut.Antara bahan asas untuk membuat boneka ialah sarung tangan atau sarung kaki (boneka sarung tangan) kertas tebal/plastic keras (boneka wayang kulit dan lidi)
  6. 6. beg kertas/beg mabuk udara (boneka beg kertas) sudu kayu atau senduk (boneka sudu) perca kain (boneka sarung kepala dan sarung tangan) pinggan kertas (boneka pinggan kertas) kayu (boneka tongkat) lidi (boneka lidi) Boneka dicipta mengikut kreativiti individu yang menghasilkannya. Ini berertiseseorang itu tidak perlu menghabiskan banyak duit untuk menghasilkan bonekakerana mereka juga boleh menghasilkan boneka daripada bahan-bahan terbuang.Boneka tanganBoneka tangan atau juga dikenali sebagai hand puppets lebih mudah disediakan danlebih praktikal digunakan oleh kanak-kanak.Kanak-kanak akan memasukkankeseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis ataudibentuk.Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan bolehdigunakan.Antaranya ialah stoking, sarung tangan, beg kertas dan sampul surat.Bekastelur, bekas dadih dan lain-lain turut boleh digunakan seperti watak kucing, tikus dansebagainya.Dengan menggunakan boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas membuatpergerakan.Boneka jari
  7. 7. Boneka jari atau dikenali juga dengan nama finger puppets merupakan bonekayang dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri.Boneka jari dilakukan denganmemasukkan jari ke dalam boneka yang bersaiz jari.Jari digerakkan semasa watakdimainkan.Boneka ini boleh dibuat dari kertas yang dilukis wataknya.Saiz bonekaadalah mengikut saiz jari kanak-kanak.Boneka ini diwarnakan dan digam pada kelilingbentuk watak tersebut kecuali pada bahagian untuk dimasukkan jari. Boneka jari amatseronok digunakan kerana pelbagai watak boleh dimainkan serentak.Boneka wayang kulit Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal.Kemudiannya diwarna danbentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinardan kertas tebal.Biasanya boneka ini nipis dan berbetuk dua dimensi.Lidi-lidi halusdiletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu.Semasa memainkanboneka ini, ia di tempatkan di bahagian belakang atau skrin putih.Lampu dinyalakandan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin.Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.Satu lagi cara persembahan wayangkulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akanterpapar di atas skrin.
  8. 8. Boneka lidi Boneka ini seakan sama dengan boneka wayang kulit.Boneka ini diperbuatdaripada bahan yang keras atau tebal.Kemudian lidi panjang diletakkan pada badanboneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasamenggunakannya.Boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyanguntuk menggerakkan anggota badan tersebut.Boneka bertali Boneka Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras sepertipapier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Boneka menggunakan tali atau string puppetsberbeza dari segi saiz dan rupa bentuk.Ia lebih kompleks kerana kepala watak akandibentuk dan akan diikat dengan tali bagi tujuan pergerakan.Tali-tali halusdisambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleg bergerak.Bahagian kakidan tangan watak akan dibentuk supaya boleh digerakkan dengan menggunakan
  9. 9. tali.Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang memerlukan wataktersebut untuk lari, terbang, lompat dan menggelongsor.Tali yang digunakan bolehberupa tali biasa ataupun tali tangsi .Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untukmembuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.Kepentingan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran Kanak-kanak dapat mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan serta meluaskan perbendaharaan kata. Mengguna dan memperkukuhkan kemahiran mendengar dan bertutur melalui pengalaman sebenar yang mengembirakan. Mempercepat dan mempermudahkan pemahaman kenak-kanak terhadap sesuatu peristiwa ataupun cerita. Memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi secara berkesan. Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman. Melahir rasa seronok dan mengekalkan minat untuk belajar. Meredakan tekanan dalam diri kanak-kanak

×