SlideShare a Scribd company logo
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
SEMESTER 6
SESI 2013/2014
KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS
(BBR 36903)
TAJUK ;
TUGASAN KERJA INDIVIDU
(PENULISAN AKADEMIK / ILMIAH)
OLEH :

ROSDI BIN RAMLI
( DB 100316 )
KUMPULAN:
ELEKTIF SAINS SEKSYEN 1
UNTUK
EN GHAZALLY SPAHAT

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

1. Isi Kandungan

1

2. Penghargaan

2

3. Soalan

3

4. Pendahuluan

4–6

5. Apakah itu Pemikiran Kreatif ?

7–8

6. Apakah itu Kemahiran Berfikir ?

9 – 10

7. Apakah itu Kemahiran Saintifik ?

10 – 13

8. Apakah itu Alat Berfikir ?

13 – 18

9. Apakah Hubung Kait Cabang ilmu Pedagogi

18 – 24

Dalam Kemaslahatan Komuniti
10. Rujukan

25

11. Lampiran 1

26

2
Bismillahirrahmanirrahim…….
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah
kurniaNya dapat juga saya menghasilkan tugasan untuk
matapelajaran KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS ini
dengan jayanya bagi Semester 6 2013. Walaupun menghadapi berbagai
halangan dan rintangan. Kejayaan ini telah memberi gambaran tentang
kesungguhan saya dalam menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran
sebagai persediaan untuk saya meneruskan pembelajaran dalam program
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah (Sains) KPM-UTHM ini.
Dikesempatan ini ingin saya merakamkan setinggi penghargaan dan
terima kasih yang tidak terhingga buat pensyarah saya iaitu En Ghazally
Spahat kerana telah banyak berusaha memberi tunjuk ajar dan bimbingan
kepada saya untuk menghasilkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan kerjasama dan
juga perbincangan didalam LMS dengan sebaiknya. Hanya Tuhan yang
akan membalas jasa-jasa kalian. Semoga dengan terhasilnya tugasan ini,
dapatlah kita manfaatkannya bersama sebagai persediaan kepada kita
nanti untuk sama-sama berjaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan
seterusnya mengaplikasikan pengetahuan yang ada dalam pengajaran dan
pembelajaran
Akhir kata, semoga kita bersama-sama menempa kejayaan di dalam
program ini dan seterusnya menjadi guru yang berkualiti, jujur dan ikhlas
dalam membentuk modal insan negara yang berkualiti. In Shaa Allah..
Sekian Terima Kasih

3
Soalan:
Berdasarkan imej yang diambil oleh pelajar pelbagai fenomena dan watak dapat digambarkan.
Pelajar kemudiannya menghasilkan penulisan bagi menjelaskan pemikiran dan perasaannya atau
mengambarkan fenomena yang bakal berlaku. Penulisan perlu mengambil kira seberapa banyak
input yang terkandung dalam kursus BBR 36903. Karya pelajar juga perlulah mematuhi amalan
penulisan akademik yang beretika.

4
PENDAHULUAN.
Bismillahirrahmanirrahim. Berfikir selalu dikaitkan dengan akal dan dalam Al-Quran perkataan
yang merujuk kepada ‘aqal’ disebut 40 kali. Allah S.W.T menempelak manusia yang tidak mahu
berfikir dan ini terbukti dalam ayat – ayat Al-Quran yang menceritakan kebesaran dan kuasa
Allah. Untuk memahami konsep berfikir dengan jelas lagi, terlebih dahulu kita perlu mengetahui
definisi berfikir atau pemikiran yang melibatkan kita berfikir secara kritis dan kreatif.
Untuk berfikir kita menggunakan akal dan pemikiran ialah hasil daripada proses berfikir.
Definisi yang sesuai untuk konsep kemahiran berfikir masih menjadi pokok perbincangan yang
hebat, kerana kebanyakan tokoh pemikir mempunyai pendapat yang berbeza – beza. Umpamanya
George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan
semula jadi yang kompleks. Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan
pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan
juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.
Mayer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi – operasi
mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan
menyelesaikan masalah. Menurut seorang tokoh pemikir lain, iaitu Chaffee (1988), pemikiran
merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
Satu lagi definisi tentang berfikir yang agak menarik ialah definisi yang dikemukakan
oleh Vincent Ryan Ruggiero (1984).
“Thinking ia any mental activity that helps formulate or solve a problem, make a
decision, or fulfill a desire to understand. It is a searching for answers, a reaching for meaning.”
Selain itu terdapat definisi yang lebih luas tentang pemikiran dan mempunyai pertalian
yang erat dengan definisi di atas, iaitu definisi yang diperjelas sendiri oleh John Barell (1991).
“…..I define thinking as a search for meaning and understanding that can involve the
adventurous geeration of options, the attempt to arrive at logical, reasonable judgements, and
reflection on the process.”

5
Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza – beza, namun secara amnya
kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses
menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Kata kunci yang
menjadi pegangan mereka ialah “mencari makna terhadap sesuatu dan menyelesaikan masalah”.
Berdasarkan beberapa definisi yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh di atas, maka
dapatlah dirumuskan bahawa:
“Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan
yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat
refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.”
Untuk matapelajaran “Kemahiran Tumpuan Dalam Sains” perkara yang difokuskan ialah
mengenai pelbagai cabang ilmu pedagogi yang saling berkaitan diantara satu sama lain dalam
membentuk sebuah pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Cabang ilmu
pedagogi itu meliputi teori – teori Kemahiran Berfikir (Kreatif dan Kristis) , Kemahiran Saintifik
dan Alat Berfikir yang terdiri dari 4MAT dan CoRT1. Kesemua cabang ilmu pedagogi ini jika
diperhalusi dan diterapkan dalam perlaksanaan aktiviti P&P ianya akan dapat menghasilkan seni
karya P&P yang bermutu tinggi yang seterusnya dapat membantu guru menyampaikan isi
pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna secara langsung memudahkan penerimaan murid
dalam sesi P&P nanti.
Menurut penelitian saya yang terhad ini, setiap cabang ilmu Pedagogi ini mempunyai
kekuatan tersendiri dimana ianya bergantung kepada situasi konsep isi pelajaran yang hendak
diajar mengikut tahap intelekual murid yang disasarkan. Justeru itu, pemilihan jenis ilmu
Pedagogi yang paling sesuai dengan diambil kira pelbagai faktor luaran dan dalaman murid
adalah paling penting dalam penentu aras keberhasilan P&P yang dijalankan oleh guru didalam
P&Pnya. Penerapan dan perlaksanaan ilmu Pedagogi yang terdiri dari “Kemahiran Berfikir,
Kemahiran Saintifik dan penggunaan Alat Berfikir 4MAT dan CoRT1 adalah semuanya
berkaitan dengan “Kesenian” dan ini yang saya ingin kaitkan secara tersirat dimana kesemua
cabang ilmu Pedagogi ini adalah sejenis “Seni”.

6
Setiap perkara yang berseni sudah pasti akan menghasilkan produk yang unggul. Justeru
itu, guru seharusnya perlu memanfaatkan “Ilmu Kesenian” yang diciptakan ini bagi membantu
melahirkan produk – produk yang berkualiti. Pentafsiran “ilmu kesenian” yang wujud dalam
kesemua cabang ilmu Pedagogi yang disebutkan tadi amat memerlukan kemahiran melihat atau
memahami “isi tersurat dan tersirat”. Sebelum kita dapat melihat sesuatu perkara itu dengan
tersurat dan tersirat.Kita perlu mengetahui “Apakah maksud tersurat dan tersirat?” Menurut
Dewan Bahasa dan Pustaka, tersurat bermaksud telah ditulis, tertulis atau tercatat dimana tersurat
secara umum dapat difahami oleh semua orang secara jelas, berbeza dengan tersirat yang
bermaksud terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu) yang membawa makna lain yang
mungkin ingin disampaikan oleh pengarang sesebuah karya sastera, ianya perlu dikaji dan diteliti
berdasarkan pemikiran yang terdapat dalam sesebuah karya sastera khususnya. Maka amat
wajarlah saya menyatakan bahawa ilmu Pedagogi adalah sebuah karya seni yang mempunyai
teknik,kaedah, strategi dan pendekatan yang mempunyai nilai dan cara pemahaman tersurat dan
tersirat yang unik dan tinggi sekali untuk difahami dan dilaksanakan.
Hanya guru yang benar – benar berilmiah sahaja yang menyedarinya dan jika guru itu
dapat melihat makna seni ilmu Pedagogi ini disudut tersurat dan tersirat pastinya guru akan
mudah dapat menarik minat murid untuk menerokainya bersama – sama murid kerana telah
diketahui setiap ilmu Pedagogi itu adalah “seni” yang sudah tentu dapat menyakin dan
merapatkan murid dalam menghadapi cabaran kehidupan didunia yang fana ini amat memerlukan
keupayaan penyelesaian masalah yang baik. Maka didalam perspektif dunia pendidikan, pastinya
jika penguasaan memahami makna tersurat dan tersirat ini dapat digabungjalinkan bersamasama kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan Alat Berfikir didalam P&P bersama murid pasti
akan menghasilkan sebuah P&P yang cemerlang.
Sebelum kita pergi lebih jauh dengan melihat contoh faedah dan kebaikan dari hasil
penguasaan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan Alat Berfikir didalam kehidupan realiti
sebenar masyarakat. Terlebih dahulu kita hendaklah mengetahui definisi apa itu “Pemikiran
Kreatif” kerana Pemikiran Kreatif merupakan perkara asas didalam “Kemahiran berfikir”,
“Kemahiran saintifik” dan “Alat Berfikir”.

7
APA ITU PEMIKIRAN KREATIF?
Pemikiran kreatif merupakan satu daripada domain kemahiran berfikir. Pemikiran kreatif
menekankan penggunaan hemisfera otak kanan dan pemikiran krits pula menekankan hemisfera
otak kiri. Potensi otak kanan dan otak kiri ini perlu digunakan dengan seimbang. Namun
demikian otak kanan ini kurang diberikan perhatian dalam P&P di bilik darjah. Manusia
dilahirkan kreatif. Cuma kita tidak sedar yang kita kreatif kerana kreativiti yang ada pada kita itu,
kita biarkan hilang begitu sahaja dan tidak kita pupuk. Sebenarnya pemikiran kreatif dapat
dipupuk dan dilatih serta diajar. Oleh itu, kemahiran – kemahiran yang menuju kearah pemikiran
kreatif perlulah diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya
potensi murid untuk berkreatif dapat dikembangkan kepada tahap yang sewajarnya.
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin “creare” yang membawa maksud “membuat”
dan daripada perkataan Greek yang membawa maksud “memenuhi”.
Pelbagai definisi diberikan kepada perkataan kreatif dan kreativiti. Bagi Edward de Bono,
kreatif dan kreativiti membawa maksud menghasilkan sesuatu yang tidak wujud sebelumnya.
“At the simplest level “creative” means bringing into being something that was not there
before.”
Rolloy May pula menyatakan:
“Creativity is the encounter of the intensively conscious human being with his world.”
Kreativiti ialah pertembungan manusia secara sedar dengan dunianya. Jika kita
menyatukan kedua – dua definisi di atas dapatlah kita menyatakan bahawa kreativiti merupakan
satu keadaan yang menyebabkan manusia berinteraksi dengan dunia untuk menghasilkan atau
mewujudkan sesuatu yang tidak wujud sebelumnya.
Mari kita melihat pula pendapat seorang pemikir yang terkemuka di Amerika Syarikat
iaitu D.N. Perkins:
“Creative thinking is thinking patterned in a way that tend to lead to creative results.”
Perkins menyatakan bahawa pemikiran kreatif adalah berfikir dengan cara yang tertentu
untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Sebagai kesimpulan daripada perbincangan di atas

8
bolehlah kita katakana bahawa pemikiran kreatif membawa maksud “Kecekapan atau
keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan
sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea
atau gagasan.” Idea yang kreatif sebagaimana yang disebutkan di atas mengandungi ciri – ciri
baru, asli, pelbagai, luar biasa, bernilai dan provokatif.
Menurut Harris (1998), kreativiti ialah gabungan daripada tiga domain iaitu keupayaan,
sikap dan proses. Keupayaan iaitu keupayaan untuk berimaginasi atau mencipta sesuatu yang
baru. Kreativiti juga ialah keupayaan menjana idea-idea baru dengan menggabung, mengubah
atau mengguna semula idea-idea yang sedia ada. Kreativiti juga adalah sikap iaitu keupayaan
untuk menerima berubahan dan pembaharuan serta kesanggupan untuk bermain dengan idea-idea
dan sebarang kemungkinan dan sanggup mengambil risiko. Kreativiti juga adalah satu proses di
mana orang yang kreatif sentiasa bekerja keras dan secara berterusan untuk menambah baik ideaidea dan penyelesaian-penyelesaian yang telah dilakukan. Orang yang kreatif sentiasa yakin
bahawa sentiasa ada jalan untuk menambah baik sesuatu perkara. Dengan adanya tiga domain
tersebut, maka lahirlah kreativiti dalam manusia.
Setelah mengetahui makna “Kreativiti” dan peranannya dalam melahirkan sesuatu
perkara atau benda baru yang berfaedah dan juga boleh digunapakai dalam membuat keputusan.
Seterusnya barulah boleh kita mendalami makna dan konsep cabang ilmu Pedagogi yang terdiri
dari “Kemahiran berfikir”, “Kemahiran saintifik” dan “Alat Berfikir”. Ini adalah kerana, setelah
kita memahami maksud sebenar ke semua cabang ilmu Pedagogi tersebut dengan mendalam,
maka mudahlah untuk kita memahami makna, tujuan dan sebab situasi atau perkara yang akan
saya tunjukkan didalam penulisan ilmiah (akademik) saya ini mengapa ianya berlaku dan apakah
manfaatnya. Sudah tentu setiap perkara yang memberi manfaat yang baik memerlukan daya
pemikiran yang excellent yang akan saya cuba kait dan jelaskan dengan sebaiknya melalui
“Kemahiran berfikir”, “Kemahiran saintifik” dan “Alat Berfikir” dalam penyelesaian masalah
didalam kehidupan manusia seharian.

9
APAKAH ITU KEMAHIRAN BERFIKIR ?
Terdapat pelbagai jenis kemahiran berfikir mengikut pandangan dan aliran pemikiran yang
dikemukakan oleh ahli – ahli pemikir dan penulis – penulis dalam bidang berkenaan.
Sungguhpun begitu secara amnya kemahiran berfikir dapat dibahagikan kepada dua domain
utama, iaitu Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif.
Kemahiran Berfikir Secara Kritis membawa definisi iaitu kecekapan dan keupayaan
menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti
kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu alasan dan bukti yang munasabah. Contoh –
contoh Kemahiran Berfikir Secara Kristis adalah seperti membanding dan membeza,
membuat kategori, meneliti bahagian – bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan
sebab, menyusun mengikut urutan, membuat ramalan, mengusul periksa andaian dan
membuat inferens.
Manakala definisi untuk Kemahiran Berfikir Secara Kreatif pula ialah kecekapan
dan keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan,
menghasilkan sesuatu yang baru, asli, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea
atau gagasan. Antara contoh Kemahiran Berfikir Secara Kreatif termasuklah menjana dan
menghasilkan idea yang pelbagai (baru,asli,luar biasa, provokatif, mencabar), mencipta
metafora, analogi dan definisi. Selain kemahiran – kemahiran yang disenaraikan di atas
terdapat dua lagi kemahiran yang penting iaitu Kemahiran Membuat Keputusan dan Kemahiran
Menyelesaikan Masalah. Kedua – dua kemahiran ini sebenarnya boleh berada di dalam keduadua domain kemahiran berfikir yang telah dibincangkan sebelum ini.
Hal ini demikian kerana Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah dapat juga
berperanan sebagai proses kepada kemahiran-kemahiran tadi. Dengan kata lain kesemua
kemahiran yang digunakan dalam aktiviti kemaslahatan komuniti adalah pada akhirnya menuju
kearah Membuat Keputusan atau Menyelesaikan Masalah. Walaupun kemahiran – kemahiran
tersebut dibahagiakan kepada dua domain iaitu kemahiran berfikir secara kristis dan kreatif tetapi
dalam menghadapi cabaran dan penerokaan ilmu untuk kemaslahatan ummah, kemahiran –
kemahiran tersebut haruslah dilihat secara keseluruhan, iaitu tanpa dipisah-pisahkan mengikut
domain yang telah ditentukan.
Sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini, kesemua kemahiran tersebut perlu melalui
sama ada proses membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Oleh itu jika kemahiran-

10
kemahiran berfikir ini digunakan dan diamalkan, sudah tentulah masyarakat dapat meningkatkan
pemahaman mereka terhadap sesuatu idea, konsep, atau isu yang sedang dipelajari yang secara
langsung dapat membantu masyarakat mencapai kehidupan yang lebih baik.
APAKAH ITU KEMAHIRAN SAINTIFIK ?
Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan
penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan (Padilla, 1990).
Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti
mengikut kaedah saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif.
Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang
sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh
dipercayai. Ini bermakna murid murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat
mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta pengalaman yang
boleh dipercayai kebenarannya. Mengapa kita perlu menggalakkan penguasaan kemahiran proses
sains? Ada dua jawapan yang utama kepada persoalan ini. Pertama, nilai penguasaan kemahiran
proses sains dari segi intelek adalah lebih tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan
prinsip sains.
Kemahiran proses yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan
dalam kehidupan harian kita. Apabila murid-murid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh
mengemukakan soalan dan mencari jawapan tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan
konsep dengan sendiri .Kedua, menurut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti di
luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing tentang fenomena alam
semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka sebenarnya bukanlah semata-mata mempelajari
sesuatu yang baru di sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada
melalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru.
Untuk Kemahiran Proses Sains ianya terbahagi kepada beberapa cabang iaitu diantaranya
ialah;
i. Memerhatikan
Kemahiran memerhatikan merupakan asas kepada proses asas sains. Kemahiran ini
menggunakan deria penglihatan, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang

11
objek dan fenomena. Untuk membuat pemerhatian, murid perlu menggabungkan maklumat dan
meneliti semua sifat objek atau sesuatu fenomena (Azizah Ngah Tasir, Normah Abdul Aziz,
2012). Dalam pembelajaran sains, bukti atau data yang dikumpul mestilah tepat dan objektif.
Oleh yang demikian pemerhatian mestilah menggunakan deria yang telah disebutkan diatas.
Pemerhatian terdiri daripada dua jenis iaitu secara kualitatif dan kuantatif. Pemerhatian kualitatif
merujuk kepada pemerhatian yang boleh dilihat, didengar, dihidu, disentuh dan dirasa.
Pemerhatian ini memberi informasi kepada warna, bau, tekstur, bunyi, rasa dan apa yang akan
berlaku. Pemerhatian secara kualitatif ini dilaksanakan tanpa menggunakan peralatan atau
diskripsi tertentu dan tidak melibatkan nombor. Pemerhatian secara kuantitatif merupakan
pemerhatian yang melibatkan pengiraan, mengukur dengan menggunakan benda.
ii. Mengelaskan
Pengelasan merupakan proses yang menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan
mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama. Proses ini melibatkan
pemerhatian terhadap kesamaan, perbezaan dan perkaitan. Tiga jenis utama pengelasan iaitu,
sistem pengelasan Binari, sistem pengelasan Binari pelbagai langkah dan susunan bersiri.
iii. Mengukur menggunakan nombor
proses ini menggunakan nombor sebagai jawapan. Kemahiran ini merupakan proses
membuat pemerhatian secara kuantatif dengan menggunakan nombor atau alat berunit piawai
atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan.
iv. Membuat inferens
Membuat interferens merupakan proses membuat kesimpulan awal yang munasabah,
yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian
berdasarkan kepada bukti atau eviden yang telah diperoleh..
v. Meramalkan
Meramal merupakan proses membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan
pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan data. Meramal merupakan proses yang
berterusan dan di lakukan sepanjang masa.

12
vi. Berkomunikasi
Berkomunikasi bermaksud bertukar data atau informasi yang digabungkan dengan proses
pemerhatian agar mudah difahami. Berkomunikasi melibatkan proses menerima, memilih,
menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalambentuk tulisan, lisan, jadual, graf,
rajah atau model.
vii. Menggunakan perhubungan ruang dan masa
Kemahiran ini merangkumi keupayaan untuk mmemerihalkan parameter seperti lokasi,
arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim dengan masa.
viii. Mentafsirkan data
Kemahiran ini merupakan proses memberi penerangan yang rasional tentang objek,
peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.
ix. Mendefinisikan secara operasi
Mendefinisikan operasi merupakan suatu proses memberi tafsiran tentang sesuatu konsep
dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.
x. Mengawal pembolehubah
Mengawal pembolehubah merupakan proses mengenal pasti pemboleh ubah
dimanipulasikan, pemboleh ubah yang bergerak dan pembolehubah yang dimalarkan. Dalam
sesuatu penyiasatan satu pembolehubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya
dengan pemboleh ubah bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain
dimalarkan.
xi. Membuat hipotesis
Kemahiran ini merupakan proses membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan
antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu peristiwa. Pernyataan ini
boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.
xii. Mengeksperimen
Kemahiran ini merupakan proses merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji
sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada
penyiasatan itu.

13
Setelah dijelaskan tadi dengan mendalam mengenai Kemahiran Proses Sains. Kini
dijelaskan pula mengenai Kemahiran Manipulatif. Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran
psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan beberapa perkara iaitu
menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. menyimpan peralatan
dan bahan sains dengan betul dan selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul
dan selamat dan melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. Kemahiran ini
merupakan perkara asas didalam tatacara kejuruteraan.
Setiap prosedur yang tertib dan beretika akan sudah pastinya menjamin penghasilan mutu
kerja yang berkualiti tinggi dan setiap kemahiran yang terdapat didalam Kemahiran Saintifik ini
adalah penting untuk kemahiran membuat keputusan atau penyelesaian masalah jika kita melihat
dari sudut “tersirat”. Oleh itu, disedari kemahiran ini amat penting dan boleh diaplikasikan dalam
kehidupan seharian dalam menghadapi cabaran atau penyelesaian masalah didalam kehidupan
seharian manusia. Seiring pentingnya dengan Kemahiran Berfikir yang saya jelaskan sebelum
ini.
APA ITU ALAT BERFIKIR?
Alat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu manusia menggunakan minda
dengan lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan pemikiran manusia lebih tersusun,
luas, jelas dan kita tidak berburu-buru melakukan sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis dan
kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan alat-alat berfikir ini.
Alat-alat berfikir membolehkan manusia melihat sesuatu fakta,idea,isi dan konsep secara
visual dan holistik. Manusia juga dapat meninjau hubungan di antaranya di dalam satu rangka
teratur. Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat ini mengukuhkan cara pemikiran sambil
merangsangkan pembelajaran yang bermakna. Ia membantu murid dan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat Berfikir ialah instrument yang membantu manusia
berfikir dan mengurus proses pemikiran secara visual dan terkawal. Antara alat berfikir
termasuklah Soalan dan penyoalan,Peta minda,Pengurusan Grafik, 4MAT dan CoRT.
Alat-alat ini digunakan oleh manusia untuk membolehkan berfikir secara mendalam dan
berkesan mengenai sesuatu kemahiran berfikir. Alat ini tidak berfungsi tanpa kemahiran berfikir
yang releven. Di samping itu, alat-alat ini terdiri daripada pelbagai corak atau jenis, dan juga

14
soalan-soalan. Kebiasannya, Soalan bergantung kepada situasi , konteks, isi kandungan. Ia juga
boleh digelar sebagai Pengurusan Lisan.
Alat berfikir yang diperkenalkan dalam pengkhususan matapelajaran Kemahiran
Tumpuan dalam Sains ialah 4MAT dan CoRT. Sistem 4Mat ialah satu model mengajar yang
dicipta oleh Dr. Bernice McCarthy dalam tahun 1980. Model ini dicipta berdasarkan dapatandapatan penyelidikan dalam banyak bidang seperti gaya pembelajaran, pengaruh (dominance)
otak kiri dan otak kanan, kreativiti, pengurusan, seni dan gerakan/tarian. Penyelidikan Dr. David
Kolb mendapati bahawa ada dua cara utama bagaimana kita belajar, iaitu cara mengamati
(perceive) dan cara memproses sesuatu maklumat dan pengalaman.
Kita mengamati sesuatu maklumat dan pengalaman dengan dua cara yang berlainan. Ada
diantara kita suka mengamati sesuatu maklumat dan pengalaman dengan cara konkrit, iaitu
dengan menggunakan deria. Ada juga di antara kita suka mengamati sesuatu dengan cara
abstrak , iaitu dengan memikir, membuat analisis dan membuat penaakulan. Kadang kala kita
suka mengamati sesuatu secara konkrit dan kadang kala kita suka mengamati sesuatu secara
abstrak. Ini bermakna kita mengamati sesuatu dalam suatu kontinum (continuum) dari konkrit
kepada abstrak. Mereka yang suka menggunakan deria lebih suka belajar secara konkrit. Mereka
yang suka berfikir dan membuat analisis lebih suka belajar secara abstrak.
Kedua-dua jenis pengamatan, iaitu konkrit dan abstrak adalah sama penting dan sama
nilainya. Kedua-duanya juga ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Pembelajaran yang
berkesan ialah dari konkrit kepada abstrak. Didalam sistem perlaksanaan pendidikan
dikebanyakan sekolah tidak menghargai cara konkrit, kecuali dengan pelajar-pelajar yang muda
dan sekolah-sekolah itu lebih suka menggunakan cara abstrak. Cara abstrak ini menggembirakan
pelajar-pelajar yang suka berfikir dan membuat analisis tetapi ia mengecewakan pelajar-pelajar
yang suka menggunakan deria mereka untuk belajar.
Bagi aspek cara memproses sesuatu maklumat dan pengalaman (iaitu bagaimana kita
membuatkan maklumat dan pengalaman sebagai pengalaman diri sendiri) dengan dua cara yang
berlainan. Ada diantara kita yang suka belajar dengan membuat/mencuba sesuatu secara aktif.
Ada juga diantara kita yang suka belajar secara melihat apa yang berlaku dan memikir semula
tentangnya (reflektif). Kita memproses sesuatu maklumat dan pengalaman dalam satu kontinum
dari penglibatan aktif kepada reflektif. Mereka yang suka membuat atau mencuba sesuatu lebih

15
suka belajar secara aktif. Mereka yang suka melihat dan memikir semula tentang sesuatu lebih
suka belajar secara reflektif. Kedua-dua jenis pemprosesan, iaitu aktif dan reflektif adalah sama
penting dan sama nilainya. Setiap jenis pemprosesan itu juga mempunyai ciri-ciri kebaikan dan
keburukan.
Ada sekolah-sekolah meminta pelajar-pelajar melihat, mendengar dan memikir sahaja.
Pendekatan reflektif ini menggembirakan pelajar-pelajar yang suka melihat dan memikir tetapi ia
mengecewakan segolongan pelajar yang suka mencuba atau membuat sesuatu dengan diri
sendiri. Pelajar-pelajar yang dipengaruhi oleh otak kiri suka melakukan aktiviti-aktiviti
terutamanya yang diproses di otak kiri. Mereka mempunyai ciri-ciri yang menarik. Mereka
haruslah dihargai. Mereka adalah bersistematik dan berdisiplin. Mereka menyelesaikan masalah
dengan melibatkan bahagian-bahagian dan memikir secara logik. Mereka adalah sangat baik
dalam bertutur, menulis, mengira dan menganalisis.
Pelajar-pelajar yang dipengaruhi oleh otak kanan suka melakukan aktiviti-aktiviti
terutamanya yang diproses di otak kanan. Mereka juga mempunyai ciri-ciri yang menarik.
Mereka juga harus dihargai. Mereka adalah kreatif dan intuitif. Mereka melihat pola, bentuk dan
perhubungan. Mereka bertindak secara spontan dan menyelesaikan masalah dengan melihatnya
secara keseluruhan dan intuitif. Mereka suka berinteraksi dengan orang lain dan suka melibatkan
diri dalam segala bentuk gerakan/tarian. Mereka adalah sangat baik dalam melukis, mereka
bentuk, membuat kesimpulan, dan didalam hal perhubungan manusia.
Pelajar-pelajar yang melakukan aktiviti-aktiviti yang diproses di otak kiri dan kanan
mempunyai dua kumpulan ciri-ciri tersebut di atas. Kebanyakan sekolah dipercayai memberi
aktiviti-aktiviti yang hanya diproses oleh otak kiri. Ini menggembirakan pelajar otak kiri tetapi
mengecewakan pelajar otak kanan. Justeru itu, kita hendaklah membantu pelajar-pelajar
mengembangkan otak kiri dan otak kanan mereka. Dengan membuat demikian, mereka bolehlah
berfikir secara logik dan secara intuitif, boleh menganalisa dan mensintesis, bersistematik atau
berstruktur dan boleh menyesuaikan diri, boleh mengkritik dan mencipta, boleh menulis, mengira
dan melukis, berdisiplin dan sukaberinteraksi dan ciri-ciri lain.
Pelajar-pelajar yang berlainan mempunyai kecerdasan yang berlainan. Ada pelajar-pelajar
yang belajar dengan cepat dan ada yang belajar dengan lambat. Pelajar-pelajar yang berlainan
suka belajar dengan gaya pembelajaran yang berlainan. Ada sebilangan pelajar yang suka

16
mencari mana sebab-sebab untuk belajar sesuatu maklumat dan pengalaman. Ada sebilangan
pelajar yang suka menganalisa sesuatu maklumat dan pengalaman. Ada sebilangan pelajar yang
lain yang suka membuat latihan ujikaji untuk mendapat bukti yang menyokong maklumat dan
pengalaman itu dan ada juga sebilangan pelajar yang suka mencuba dan mereka bentuk
pengggunaan sesuatu maklumat dan pengalaman dan suka berkongsi dapatan mereka dengan
pelajar lain.
Terdapat juga segolongan pelajar yang suka belajar dengan aktiviti-aktiviti yang diproses
di otak kiri dan segolongan pelajar lain yang suka belajar dengan aktiviti-aktiviti yang diproses di
otak kanan. Seseorang guru perlu menghormati dan menghargai pelajar-pelajar yang berbeza
dalam kecerdasan. Dia perlu menghormati dan menghargai pelajar-pelajar yang berbeza dalam
gaya pembelajaran mereka. Dia perlu juga menghormati dan menghargai pelajar-pelajar yang
berbeza dalam pengaruh otak kiri atau otak kanan.Oleh itu, maka lahirlah Sistem 4MAT yang
merupakan satu model mengajar yang member perhatian kepada pelajar-pelajar yang berbeza.
Sistem 4MAT menentukan guru mengajar dengan berdasarkaan keempat-empat gaya
pembelajaran pelajar dan menggunakan aktiviti-aktiviti yang boleh mengembangkan otak kiri
dan otak kanan seseorang pelajar. Dengan sistem 4MAT Dr. Bernice McCarthy percaya pelajarpelajar yang berbeza itu akan mendapat pendidikan yang sempurna.
Selain 4MAT, CoRT juga merupakan Alat Berfikir yang turut mengunakan otak kiri dan
kanan dengan seimbang, Alat Berfikir CoRT telah diperkenalkan dalam matapelajaran
Kemahiran Tumpuan Dalam Sains dimana ianya penting juga dalam membuat keputusan atau
penyelesaian masalah dimana pengaplikasian CoRT boleh diterapkan dalam P&P disekolah. Alat
CoRT ialah instrument dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti
pemikiran seseorang bagi membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi. Istilah
CoRT ini sebenarnya adalah singkatan daripada perkataan “Cognitif Research Trust”. Singkatan
ini dicipta oleh Edward de Bono semasa beliau mencubakan alat ini di sekolah – sekolah
kajiannya di Barat untuk melihat keberkesanannya dalam membantu meningkatkan kognitif
pelajar.
Oleh sebab dapatan kajian ini menunjukkan keberkesanan yang tinggi maka Edward de
Bono mengamanahkan alat kognitif ini kepada guru- guru supaya dapat diaplikasikan dalam
P&P. Secara tidak langsung dapat membimbing murid dalam membuat keputusan dan
penyelesaian masalah seperti kemahiran berfikir dan saintifik yang telah dibincangkan sebelum

17
ini. Program Pemikiran CoRT merupakan pendekatan yang paling komprehensif untuk mengajar
bagaimana untuk berfikir. Ia merangkumi pemikiran generatif dan kreatif , operasi dan pemikiran
yang membina. Ia digunakan oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa di segenap lapisan umur
dan tahap keupayaan.
Model ini juga sesuai untuk pelbagai jenis iklim kelas , dimana jika diamalkan dengan
kaedah, strategi dan pendekatan yang baik maka ia akan dapat memberi kesan perubahan positif
dalam persekitaran pembelajaran. Kemahiran pemikiran ini mendidik dan menyediakan murid
yang bukan sahaja melalui alat untuk meningkatkan rekod akademik mereka, tetapi juga
memberi mereka kemahiran hidup sebenar. Kejayaan dalam menggunakan alat CoRT tidak
bergantung kepada pengetahuan terlebih dahulu , memori yang besar , atau membaca atau
menulis. Pelajar yang berbeza-beza kebolehan akan mendapat manfaat daripada CoRT , termasuk
pelajar-pelajar pendidikan khas , pelajar berbakat dan berbakat , pelajar ESL, dan belia yang
berisiko . Program mengandungi 6 bahagian CoRT iaitu CoRT 1 (keluasan persepsi),CoRT 2
(organisasi proses berfikir), CoRT 3 (interaksi, argumen, pemikiran kritis), CoRT 4 (pemikiran
kreatif), CoRT 5 (maklumat dan perasaan) dan CoRT 6 (tindakan).
Sebenarnya, CoRT1 menggalakkan individu untuk berfikir secara meluas. Terdapat tujuh
jenis alat CoRT1 didalamnya. Antaranya termasuklah PMI (Plus, Minus, Interesting / kebaikan,
keburukan dan menarik), CAF (Consider All Factors / Mengambil kira semua faktor), C &
S (Consequence Sequal / Kesan mengikut jangka masa), AGO (Aims, Goals & Objectives /
Tujuan, matlamat dan objektif), FIP (First Important Priorities / Keutamaan mengikut
kepentingan), APC (Alternatives, Possibilities and Choices / Alternatif, kemungkinan dan
pilihan) dan OPV (Other People’s Views / Pandangan orang lain). Sebagai penutup, dapatlah
disimpulkan bahawa terdapat 7 alat yang terdapat dalam CoRT1 dan setiap alat mempunyai
kelebihan untuk mengurangkan kesilapan berfikir yang manusia biasa lakukan serta memilih alat
CoRT yang sesuai mengikut fungsinya.
Akhirnya setelah dikupas dengan mendalam mengenai kesemua cabang ilmu Pedagogi
yang dipelajari berdasarkan input BBR36903 Kemahiran Tumpuan Dalam Sains yang
merangkumi Kemahiran Saintifik (Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif),
Kemahiran Berfikir dan Alat Berfikir.Dengan ini saya akan cuba menghubungkait dan
menterjemahkan dalam konteks membuat keputusan atau penyelesaian masalah berdasarkan
gambar situasi yang akan saya analisa nanti. Hal itu akan saya hurai dan perjelaskan dengan

18
terperinci didalam tajuk “Apakah hubungkait cabang ilmu Pedagogi dalam kemaslahatan
komuniti”.
APAKAH HUBUNG KAIT CABANG ILMU PEDAGOGI DALAM KEMASLAHATAN
KOMUNITI

Selepas
4 hari
gotong – royong

Lokasi

:

Sungai Bekoh, Kg Bekoh Tangkak, Ledang, Johor

Tarikh

:

25 Jun 2013 dan29 Jun2013

Masa

:

2.30 petang

Nama

:

Olympus Camedia Digital Camera C-180

Speed

:

5.1 Megapixel ( 2592×1944 )

Accessory

:

Tiada

Tajuk

:

“SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”

Kamera

Terlebih dahulu ingin saya memperjelaskan sedikit latar belakang lokasi kajian penulisan ilmiah
yang saya pilih ini. Lokasi kajian penulisan ilmiah ini terletak di Kg. Bekoh Tangkak, Johor dan
kira – kira 13km dari bandar Tangkak. Kewujudan asal sungai ini adalah berfungsi sebagai
sumber pengairan bagi kegiatan pertanian penanaman sawah padi pada awal 60an diKg. Bekoh.
Sehinggalah pada akhir 80an kegiatan pertanian penanaman sawah padi mula beransur – ansur
tiada. Maka, fungsi sungai hanyalah lebih kepada kemudahan saliran bagi mengelak kejadian
banjir khususnya pada musim terkujuh.
Tidak keterlaluan jika saya menyatakan keadaan sungai pada waktu sebelum ini adalah
kurang terurus, cetek dan kotor kerana sikap segelintir penduduk berhampiran Kg. Baru Bekoh

19
yang tidak bertanggungjawab menjadikan sungai itu sebagai tempat pembuangan sampah dan
turut lebih memburukan lagi keadaan dengan ketiadaan insentif pihak bertanggungjawab seperti
JKKK Kg. Bekoh yang hanya memadang remeh akan isu pemeliharaan dan pemuliharaan sungai
tersebut. Disini kita boleh melihat tahap kemahiran berfikir sangat lemah dari aspek Kemahiran
Berfikir Secara Kritis dan Kreatif kerana terbukti dengan pengabaian penjagaan kebersihan
sungai oleh penduduk berhampiran Kg. Baru Bekoh yang menjadikan sungai ini sebagai tempat
pelupusan sampah yang mudah dan murah.
Sikap sambil lewa ahli JKKK Kg. Bekoh yang tidak memadang serius dakwaan belia juga
telah membuktikan tahap kemahiran berfikir yang sangat lemah. Mungkin antara faktor
penyebabnya ialah tahap pendidikan yang agak rendah dikebanyakkan ahli JKKK Kg. Bekoh,
menyebabkan mereka membuat persepsi mudah dengan membuat andaian sungai boleh
diselenggarakan dengan mudah pada bila – bila di masa hadapan asalkan mendapat peruntukan
dari Majlis Daerah Ledang. Andaian buruk ini membuktikan tahap kemahiran berfikir yang cetek
dan buruk yang hanya akan memburukkan lagi keadaan ekosistem sungai malahan merugikan
wang rakyat.
Aspek latar belakang tahap akademik dikalangan penduduk berhampiran Kg. Bekoh yang
rendah turut menjadi penyebab kurangnya kesedaran kepentingan memelihara alam semula jadi
khususnya di sungai Bekoh. Sifat kejahilan mengatasi akal yang waras berlaku sehingga
tergamak membuang sampah pepejal ke dalam sungai. Saya percaya sekiranya pada awalnya
pihak penduduk berhampiran Kg. Baru Bekoh dan ahli JKKK Kg. Bekoh mempunyai keupayaan
dan kecekapan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif sudah pastinya segala isu masalah
pencemaran di sungai bekoh ini dapat dielakkan dari awal.
Mujur permasalahan ini disedari oleh golongan belia yang sememangnya mempunyai
asas Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dibangku persekolahan lalu. Jika diketahui
definisi Kemahiran Berfikir Secara Kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda
untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan
kelemahan sesuatu alasan dan bukti yang munasabah adalah berlaku. Dari definisi ini ianya
mencetuskan idea untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea yang berfokuskan
untuk menangai permasalahan banjir dimusim tengkujuh. Juga ianya meneliti kebernasan untuk
memanfaatkan sungai yang merupakan satu – satunya anugerah alam semula jadi yang jika
dijaga dan dimanfaatkan akan pasti menghasilkan sesuatu yang indah dan baik kepada komuniti.

20
Seperti yang diketahui umum, golongan belia adalah golongan yang mudah menerima
maklumat yang baru dipersekitarannya dan mungkin juga melalui pembelajaran dan pengamatan
lalu golongan belia telah melihat dan mengetahui kesan dari pengabaian pencemaran yang
berlaku diatas alam sekitar. Oleh sedemikian, golongan belia merasakan amat wajar sungai
Bekoh dipelihara dan dipulihkan seberapa segera yang mungkin. Hal ini membuktikan golongan
belia telah mempunyai keupayaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif yang lebih baik
berbanding warga pertengahan usia.
Jika kita memperhalusi diperingkat perlaksanaan sebelum, sedang dan selepas program
“Karnival Memancing”. Didapati item – item di dalam komponen Kemahiran Berfikir Secara
Kristis wujud. Ianya seperti membanding dan membeza, membuat kategori, meneliti bahagian –
bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab, menyusun mengikut urutan, membuat
ramalan, mengusul periksa andaian dan membuat inferens.Kesemua item ini saling berhubung
dan berkaitan untuk merancang, mengatur, mengelola dan menilai program yang dilaksanakan
nanti. Ini kerana hanya dengan pengaplikasian konsep dan item – item di dalam Kemahiran
Berfikir Secara Kritis akan menjamin kejayaan program.
Menurut penelitian saya, Kemahiran Berfikir Secara Kritis adalah saling berhubung kait
dan simboisis dengan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
membawa definisi iaitu suatu kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menerokai
pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, dan bernilai sama ada bersifat
maujud, abstrak, idea atau gagasan. Ini sangat menepati ciri – ciri pemikiran yang wujud
dikalangan belia Kg. Bekoh sehingga melahirkan idea menjadikan sungai itu sebagai kawasan
rizab untuk aktiviti rekreasi memancing dimana menjadikan karnival memancing sebagai
langkah permulaannya. Apabila kita melihat komponen – komponen Kemahiran Berfikir Secara
Kreatif seperti menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai (baru,asli,luar biasa, provokatif,
mencabar), mencipta metafora, analogi dan definisi ini semuanya menjurus kepada penciptaan
idea yang baru khususnya didalam isu yang saya kaitkan ini.
Dari pengaplikasian kedua – dua Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kemahiran
Berfikir Secara Kreatif ini sudah tentu mencetuskan idea yang baru yang seterusnya dapat
merealisasikan hasrat warga belia untuk memanfaatkan keindahan sungai yang merupakan
anugerah Allah S.W.T yang harus dipelihara sebaiknya sebelum hilang. Oleh sedemikian, ianya
telah menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh masyarakat kampung yang prihatin akan

21
keindahan alam semula jadi khususnya di sungai Bekoh. Dari semangat kecintaan dan
bertanggungjawab itu maka tercetuslah idea dari warga belia yang menyokong usaha sedia
bergading bahu untuk memulihkan ekosistem sungai itu agar dapat memanfaatkan kewujudan
sungai dengan tindakan mengrizabkan sungai menjadi kawasan taman rekreasi untuk komuniti
setempat yang telah diperjelaskan saya sebelum ini. Permuafakat belia ini telah digerakkan
dibawah KRT (Kumpulan Rukun Tetangga) cawangan Kg. Bekoh yang kebanyakkannya juga
terdiri golongan belia.
Dengan peruntukkan yang diperolehi dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional. Pihak KRT Kg. Bekoh telah bersepakat membuat keputusan didalam mesyuarat AJK
dengan meluluskan usul ahli yang berkehendaki mengadakan karnival memancing di sungai
tersebut pada 29 Jun 2013 dengan niat untuk memelihara dan memulihara sungai yang telah
tercemar itu. Di sini saya telah mengenalpasti Alat CoRT1 PMI (Plus,Minus,Interesting) wujud
yang mana segala aspek – aspek tersebut dikaji maka barulah keputusan dibuat sama ada hendak
menerima atau tidak sesuatu idea yang dikemukakan. Selain PMI, Alat CoRT1 OPV (Other
People’s View) juga didapati dalam proses perancangan program, dimana alat berfikir ini melatih
supaya kita sentiasa mendapatkan pandangan orang lain apabila sesuatu keputusan itu hendak
dibuat. Kadang kala apa yang kita fikirkan itu mungkin betul pada pandangan kita, kerana
mungkin kita terpengaruh dengan amalan biasa kita. Dengan mengambil pandangan orang lain
mungkin sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini dapat kita manfaatkan bagi
membuat keputusan yang lebih wajar.
Alat CoRT1 C&S (Consequence & Sequel) juga didapati didalam proses membuat
keputusan ketika mesyuarat AJK KRT ini. Belia yang mengusulkan idea telah melihat sebab dan
akibat sesuatu tindakan yang diambil dari dua aspek.Aspek yang pertama ialah kesan
pembuangan sampah disungai Bekoh yang berterusan, jika tidak ditangani dari awal sudah
pastinya akan menyebabkan pencemaran dan boleh mengakibatkan banjir kilat di kawasan
berhampiran sungai. Aspek yang kedua, belia menyedari sebab dan akibat sesuatu tindakan ialah
jika diambil tindakan pemeliharaan dan pemuliharaan ke atas sungai sudah tentu kawasan itu
boleh dimajukan sebagai tempat rekreasi untuk orang kampung beriadah yang secara langsung
boleh mewujudkan hubungan silaturrahim dikalangan komuniti dan secara tidak langsung dapat
mengurangkan stress (tekanan).

22
Setiap perlaksanaan program mesti mempunyai Tujuan, Matlamat dan Objektif yang baik.
Untuk perlaksanaan program Karnival Memancing ini, saya mengenalpasti ianya mempunyai
Alat CoRT1 AGO (Aims,Goals, Objectif). AGO ialah alat berfikir yang menuntut kita
melakukan sesuatu tindakan atau usaha itu sama ada berdasarkan tujuan, matlamat atau objektif
yang telah kita hasratkan. Tujuan, Matlamat dan Objektif lazimnya dianggap sama sahaja. Walau
bagaimanapun untuk pemahaman kita terdapat sedikit perbezaan antara ketiga – tiga istilah
tersebut. Tujuan dan matlamat biasanya menggunakan sasaran yang lebih menyeluruh dan luas,
dan mengambil masa yang lama untuk mencapainya. Dari pengamatan situasi gambar karnival
memancing yang saya analisis ini, dapat dilihat riak wajah riang dan saling berkomunikasi antara
peserta Karnival memancing yang mengambarkan perhubungan silaturrahim yang baik yang
sekiranya ianya dikekalkan akan menjamin keharmoniaan dalam komuniti Kg. Bekoh dan ini
merupakan Tujuan dan Matlamat yang ingin dicapai dalam hidup berkomuniti ini.
Bagi aspek objektif keadaan ini berbeza kerana objektif mempunyai sasaran yang lebih
kecil dan khusus, menggunakan masa yang agak singkat dan mudah untuk diukur dan dapat
dicapai dengan segera.Ianya boleh diperhatikan dari hasil perlaksanaan aktiviti Karnival
Memancing dimana dari sebuah sungai yang kotor menjadi sebuah sungai yang indah sesuai
untuk aktiviti memancing sambil beriadah. Perancangan yang telah berjaya dirancang akan
dilaksana dan dipantau oleh AJK KRT. Langkah pertama yang dirancang ialah dengan bergotong
– royong membersihkan kawasan sekitar sungai dan dasar sungai dan ianya disusuli dengan
membuat empangan bagi menahan aliran air sungai agar aras sungai menjadi tinggi sehingga
sesuai untuk aktiviti memancing. Tindakan membuat empangan ini juga saya telah mengenalpasti
mempunyai pengaplikasian Kemahiran Saintifik didalamnya. Kemahiran Saintifik yang pertama
boleh dikenalpasti wujud didalam aktiviti gotong – royong ialah “memerhati” yang bermaksud
menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan
maklumat tentang objek atau fenomena yang ditemui.
Dengan melalui kemahiran memerhati ahli KRT yang melaksanakan tugas akan membuat
keputusan atau penyelesaian masalah ketika sedang membersihkan persekitaran sungai dan dasar
sungai. Dari kemahiran memerhati ianya bersaling hubung dengan kemahiran “meramal” yang
bermaksud membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Dari hasil meramal, ahli KRT dapat
menganggarkan ketinggian paras air yang diinginkan dari tindakan mengempang sungai
mengunakan kayu. Selain kemahiran Saintifik memerhati dan meramal, kemahiran “mengukur

23
dan menggunakan nombor” juga diaplikasikan kedalam aktiviti gotong – royong ini. Kemahiran
ini bermaksud iaitu membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan
alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan
pemerhatian lebih jitu.Ianya diaplikasikan semasa penyediaan kayu untuk membuat empangan
sungai. Ahli KRT menggunakan kemahiran ini untuk membuat ukuran pada panjang kayu yang
diingini mengikut kedalaman dasar sungai yang dikehendaki dan sesuai untuk aktiviti
memancing. “Berkomunikasi” juga sudah tentu wujud semasa aktiviti gotong – royong ini kerana
tanpa kemahiran komunikasi yang baik sudah tentu sebarang maklumat atau arahan akan gagal
untuk disampaikan seperti apa yang dirancang.
Kesimpulannya, setiap perkara yang pada mulanya adalah sukar dan mustahil pasti
mudah dan boleh direalisasikan jika semua pihak dapat mengamalkan amalan pemikiran berfikir
secara Kritis dan Kreatif, berfikiran kemahiran saintifik serta menggunakan Alat Berfikir dengan
sepenuhnya dalam membuat sesuatu pertimbangan keputusan atau penyelesaian masalah.
Sebagai contoh, sungai Bekoh yang pada suatu masanya dikenali sebagai tempat yang kotor tidak
ubah seperti longkang kerana sikap manusia yang tidak berfikiran waras dengan sewenangwenangnya menjadikan sungai Bekoh sebagai tempat pelupusan sampah telah bertukar menjadi
taman rekreasi memancing yang indah untuk kemudahan masyarakat kampung setempat beriadah
dimana ianya hasil wujudnya golongan manusia yang berfikiran Krtitis, Kreatif dan Saintifik dan
bersama – sama juga berjaya mengaplikasikan Alat Berfikir CoRT1 didalam membuat keputusan
untuk mencari penyelesaian masalah (banjir) akibat dari pembuangan sampah sarap yang telah
mencetekkan sungai.
Implikasi positif ke atas komuniti di Kg. Bekoh amat besar juga kerana dengan wujudnya
kawasan rizab Taman Rekreasi untuk aktiviti memancing ini telah membantu dalam pengukuhan
ikatan ukhuwah dan silaturrahim antara komuniti yang berbilang kaum yang secara tidak
langsung dalam jangka masa panjang akan memberi kesan yang baik ke atas semangat kekitaan,
toleransi dan perpaduaan di dalam masyarakat yang berbilang kaum. Kemahiran Berfikir Secara
Kritis dan Kreatif, Berfikiran Saintifik dan menggunakan Alat Berfikir CoRT1 ketika membuat
pertimbangan yang akhirnya mampu membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah
hendaklah dipupuk di dalam diri masyarakat khususnya diperingkat kanak – kanak di sekolah
rendah lagi. Pemupukkan budaya berfikir seperti yang saya jelaskan sebelum ini diperingkat
kanak – kanak adalah amat wajar bagi memudahkannya untuk disebatikan didalam jiwa

24
seseorang manusia. Seperti terdapat dalam pribahasa melayu berbunyi “Melentur buluh biarlah
dari rebungnya”.
Justeru itu, diharap pelbagai pihak terutamanya ibu, bapa dan guru haruslah memainkan
peranan yang penting dalam meningkatkan kreativiti dan kemahiran berfikir kanak – kanak
sehingga ke tahap pemikiran yang lebih tinggi khususnya guru di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dan manakala ibu bapa melalui pendidikan bukan formal di
rumah. Ini adalah perlu untuk memastikan generasi akan datang yang menjadi pewaris negara ini
benar – benar siap sedia untuk menerajui, memimpin dan mentadbir negara berlandaskan kiblat
yang suci seiring mencapai wawasan negara menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. In
Shaa Allah….

25
RUJUKAN
SOM Hj. Nor & Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998), Dinamika Guru: Kemahiran Berfikir
Secara Kritis & Kreatif (KBKK) : Longman Malaysia Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2003), Belajar berfikir : Utusan Publication and Distributors
Sdn. Bhd., Kuala.Lumpur.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1999), Menyelesaikan masalah secara kreatif, : Utusan
Publication and Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur

De Bono, E. (1981) CoRT Thinking, CoRT I-IV, Oxford: Pergamonn Press

el cacol anuar ( Sunday, April 03, 2011). BevelAndEmboss. Dicapai pada November 06, 2013,
dari http://pepohonhijauku.blogspot.com/2011/04/normal-0-false-false-false-en-us-xnone.html

Zarina Ahmad ( 2013). WordPress . Dicapai pada November 07, 2013,
dari http://zarinaahmad.blogspot.com/p/kemahiran-saintifik.html

Ghazally Faridah (Oct 05, 2013). scribd . Dicapai pada November 08, 2013, dari
http://www.scribd.com/doc/173729573/Edward-de-Bono-Menggunakan-PendekatanCORT-Thinking-Program

Ghazally Faridah (Oct 06, 2013). scribd . Dicapai pada November 08, 2013, dari
http://www.scribd.com/doc/173923266/Panduan-Penggunaan-CoRT1

26
Lampiran 1

GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS KEMAHIRAN BERFIKIR, KEMAHIRAN
SAINTIFIK DAN ALAT BERFIKIR DIAPLIKASIKAN
SEBELUM

SELEPAS

27

More Related Content

What's hot

Kbat
KbatKbat
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
Nur Aini
 
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
Tan Pei Gyan
 
penyusunan hots
 penyusunan hots penyusunan hots
penyusunan hots
Fitri Yusmaniah
 
4. kbat matematik
4. kbat matematik4. kbat matematik
4. kbat matematik
Dayung Bidayuh
 
Slot 1 refleksi kbat 2013
Slot 1 refleksi kbat 2013Slot 1 refleksi kbat 2013
Slot 1 refleksi kbat 2013
Cikgu Bibi
 
Pengembangan pembelajaran hots
Pengembangan pembelajaran hotsPengembangan pembelajaran hots
Pengembangan pembelajaran hots
Kusmanto Kusmanto
 
Konsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikir
firo HAR
 
Buku panduan kemahiran menaakul=kssr
Buku panduan kemahiran menaakul=kssrBuku panduan kemahiran menaakul=kssr
Buku panduan kemahiran menaakul=kssr
Ewe Beesuan
 
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematikKemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Cik Niz
 
Kajian masa depan
Kajian masa depanKajian masa depan
Kajian masa depanSky Putih
 
KREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN  DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN  DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
cikgushariff
 
Kreativit detail
Kreativit detailKreativit detail
Kreativit detail
MOHDASHADIBINMOHDNOO
 
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
Eddy Terinisip
 
Kepentingan alat alat pemikiran
Kepentingan alat alat pemikiranKepentingan alat alat pemikiran
Kepentingan alat alat pemikiranEmy Bribip
 
kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatifkepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
norhafizahabdrahim
 
I think
I thinkI think
I think
ikashafiqah
 

What's hot (19)

Kbat
KbatKbat
Kbat
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
 
3. peta-pemikiran
3. peta-pemikiran3. peta-pemikiran
3. peta-pemikiran
 
penyusunan hots
 penyusunan hots penyusunan hots
penyusunan hots
 
4. kbat matematik
4. kbat matematik4. kbat matematik
4. kbat matematik
 
Slot 1 refleksi kbat 2013
Slot 1 refleksi kbat 2013Slot 1 refleksi kbat 2013
Slot 1 refleksi kbat 2013
 
Pengembangan pembelajaran hots
Pengembangan pembelajaran hotsPengembangan pembelajaran hots
Pengembangan pembelajaran hots
 
Konsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikir
 
Buku panduan kemahiran menaakul=kssr
Buku panduan kemahiran menaakul=kssrBuku panduan kemahiran menaakul=kssr
Buku panduan kemahiran menaakul=kssr
 
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematikKemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
 
Kajian masa depan
Kajian masa depanKajian masa depan
Kajian masa depan
 
Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Pemikiran dalam Psikologi PendidikanPemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
 
KREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN  DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN  DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Kreativit detail
Kreativit detailKreativit detail
Kreativit detail
 
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
 
Kepentingan alat alat pemikiran
Kepentingan alat alat pemikiranKepentingan alat alat pemikiran
Kepentingan alat alat pemikiran
 
kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatifkepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
 
I think
I thinkI think
I think
 

Viewers also liked

Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Rosdi Ramli
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Rosdi Ramli
 
Dunia melalui deria kita
Dunia melalui deria kitaDunia melalui deria kita
Dunia melalui deria kita
Izzat Hakim
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterdimidur
 
Sebelum.docx program kerjaya
Sebelum.docx program kerjayaSebelum.docx program kerjaya
Sebelum.docx program kerjaya
Gayathiri Moorthy
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...Rosdi Ramli
 
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Izzati Zamburi
 
KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...
KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...
KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...
Adilah Hrn
 
Rpt sejarah tg 5
Rpt sejarah tg 5 Rpt sejarah tg 5
Rpt sejarah tg 5
nuratikahnoordi
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
Wany Hardy
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
darminladiro
 
Kajian literatur
Kajian literaturKajian literatur
Kajian literatur
Visy Asmery
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
Amran Aris
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...Mohd Nuruzzaman
 
CTU231 Assignment (Pemilikan Tidak Sempurna)
CTU231 Assignment (Pemilikan Tidak Sempurna)CTU231 Assignment (Pemilikan Tidak Sempurna)
CTU231 Assignment (Pemilikan Tidak Sempurna)
Adlina Zainuri
 
Operasi datang lewat ke sekolah
Operasi datang lewat ke sekolahOperasi datang lewat ke sekolah
Operasi datang lewat ke sekolah
SMK TAMAN INDAH, TAMPIN, NS
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
fatimah Baharin
 
Mengenal pecahan 2
Mengenal pecahan 2Mengenal pecahan 2
Mengenal pecahan 2Cahaya Yahya
 
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas PsikologiTopik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas Psikologiguest0321ac
 

Viewers also liked (20)

Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
 
Dunia melalui deria kita
Dunia melalui deria kitaDunia melalui deria kita
Dunia melalui deria kita
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Sebelum.docx program kerjaya
Sebelum.docx program kerjayaSebelum.docx program kerjaya
Sebelum.docx program kerjaya
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
 
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
 
KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...
KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...
KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...
 
Rpt sejarah tg 5
Rpt sejarah tg 5 Rpt sejarah tg 5
Rpt sejarah tg 5
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
 
Kajian literatur
Kajian literaturKajian literatur
Kajian literatur
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
 
CTU231 Assignment (Pemilikan Tidak Sempurna)
CTU231 Assignment (Pemilikan Tidak Sempurna)CTU231 Assignment (Pemilikan Tidak Sempurna)
CTU231 Assignment (Pemilikan Tidak Sempurna)
 
Operasi datang lewat ke sekolah
Operasi datang lewat ke sekolahOperasi datang lewat ke sekolah
Operasi datang lewat ke sekolah
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
 
Mengenal pecahan 2
Mengenal pecahan 2Mengenal pecahan 2
Mengenal pecahan 2
 
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas PsikologiTopik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
 

Similar to Tugasan individu kemahiran tumpuan dlm sains (penulisan akademik)

Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
Rahmat Rimansah
 
Qada dan qadar DB 100317
Qada dan qadar DB 100317Qada dan qadar DB 100317
Qada dan qadar DB 100317hafhiz80
 
Hbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativitiHbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativiti
Anne Gd
 
KBAT
KBATKBAT
makalah-tahapan berfikir kreatif
makalah-tahapan berfikir kreatifmakalah-tahapan berfikir kreatif
makalah-tahapan berfikir kreatif
Hafidzotul Millah
 
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep MatriksBuku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
Aisyah Turidho
 
I think
I thinkI think
I think
alhafizn9
 
hakikat pendidikan.docx
hakikat pendidikan.docxhakikat pendidikan.docx
hakikat pendidikan.docx
TIRASBALYO
 
KONSEP DASAR BERFIKIR KRITIS DAN MASALAH DALAM KEBIDANAN
KONSEP DASAR BERFIKIR KRITIS DAN MASALAH DALAM KEBIDANANKONSEP DASAR BERFIKIR KRITIS DAN MASALAH DALAM KEBIDANAN
KONSEP DASAR BERFIKIR KRITIS DAN MASALAH DALAM KEBIDANAN
zenyusup
 
i think maps
i think mapsi think maps
i think maps
nuzul_ribena
 
06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014
06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 201406) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014
06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014
Nor Afida Ghazani
 
06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014
06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 201406) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014
06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014
Nor Afida Ghazani
 
Synectik
SynectikSynectik
Synectik
sintaroyani
 
Prediksi materi soal berdasarkan kisi ips
Prediksi materi soal berdasarkan kisi ipsPrediksi materi soal berdasarkan kisi ips
Prediksi materi soal berdasarkan kisi ips
arif widyatma
 
MAKALAH_PSIKOLOGI_PENDIDIKAN.docx
MAKALAH_PSIKOLOGI_PENDIDIKAN.docxMAKALAH_PSIKOLOGI_PENDIDIKAN.docx
MAKALAH_PSIKOLOGI_PENDIDIKAN.docx
sahdan56
 
pemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifpemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatif
Erwina Masir
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaTKemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
Muhammad Affrini Azim Zahari
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
Linda Rosita
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
Indah Sari
 

Similar to Tugasan individu kemahiran tumpuan dlm sains (penulisan akademik) (20)

Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Qada dan qadar DB 100317
Qada dan qadar DB 100317Qada dan qadar DB 100317
Qada dan qadar DB 100317
 
Hbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativitiHbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativiti
 
KBAT
KBATKBAT
KBAT
 
makalah-tahapan berfikir kreatif
makalah-tahapan berfikir kreatifmakalah-tahapan berfikir kreatif
makalah-tahapan berfikir kreatif
 
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep MatriksBuku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
 
I think
I thinkI think
I think
 
hakikat pendidikan.docx
hakikat pendidikan.docxhakikat pendidikan.docx
hakikat pendidikan.docx
 
KONSEP DASAR BERFIKIR KRITIS DAN MASALAH DALAM KEBIDANAN
KONSEP DASAR BERFIKIR KRITIS DAN MASALAH DALAM KEBIDANANKONSEP DASAR BERFIKIR KRITIS DAN MASALAH DALAM KEBIDANAN
KONSEP DASAR BERFIKIR KRITIS DAN MASALAH DALAM KEBIDANAN
 
Karya ilmiah
Karya ilmiahKarya ilmiah
Karya ilmiah
 
i think maps
i think mapsi think maps
i think maps
 
06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014
06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 201406) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014
06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014
 
06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014
06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 201406) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014
06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014
 
Synectik
SynectikSynectik
Synectik
 
Prediksi materi soal berdasarkan kisi ips
Prediksi materi soal berdasarkan kisi ipsPrediksi materi soal berdasarkan kisi ips
Prediksi materi soal berdasarkan kisi ips
 
MAKALAH_PSIKOLOGI_PENDIDIKAN.docx
MAKALAH_PSIKOLOGI_PENDIDIKAN.docxMAKALAH_PSIKOLOGI_PENDIDIKAN.docx
MAKALAH_PSIKOLOGI_PENDIDIKAN.docx
 
pemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifpemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatif
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaTKemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 

More from Rosdi Ramli

Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Pengurusan penasihatan murid )_Tugasan Kump...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Pengurusan penasihatan murid )_Tugasan Kump...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Pengurusan penasihatan murid )_Tugasan Kump...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Pengurusan penasihatan murid )_Tugasan Kump...Rosdi Ramli
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kepimpinanan peringkat sekolah dan kepimpin...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kepimpinanan peringkat sekolah dan kepimpin...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kepimpinanan peringkat sekolah dan kepimpin...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kepimpinanan peringkat sekolah dan kepimpin...Rosdi Ramli
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...Rosdi Ramli
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Rosdi Ramli
 
Kimia ( Tajuk : nanoteknologi )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM
Kimia ( Tajuk : nanoteknologi )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHMKimia ( Tajuk : nanoteknologi )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM
Kimia ( Tajuk : nanoteknologi )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM
Rosdi Ramli
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Rosdi Ramli
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Modul penghasilan BBM multimedia microsoft of...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Modul penghasilan BBM multimedia microsoft of...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Modul penghasilan BBM multimedia microsoft of...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Modul penghasilan BBM multimedia microsoft of...Rosdi Ramli
 
Kokurikulum ( Tajuk : Laporan Kejohanan )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Laporan Kejohanan )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHMKokurikulum ( Tajuk : Laporan Kejohanan )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Laporan Kejohanan )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHMRosdi Ramli
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRosdi Ramli
 
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHMKokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHMRosdi Ramli
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Elemen kreativiti dalam periklanan)_Tugasan B...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Elemen kreativiti dalam periklanan)_Tugasan B...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Elemen kreativiti dalam periklanan)_Tugasan B...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Elemen kreativiti dalam periklanan)_Tugasan B...
Rosdi Ramli
 
Radioactivity ( Tajuk : Astronomi & Fizik Moden_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM)
Radioactivity ( Tajuk : Astronomi & Fizik Moden_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM)Radioactivity ( Tajuk : Astronomi & Fizik Moden_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM)
Radioactivity ( Tajuk : Astronomi & Fizik Moden_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM)
Rosdi Ramli
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar
Rosdi Ramli
 

More from Rosdi Ramli (13)

Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Pengurusan penasihatan murid )_Tugasan Kump...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Pengurusan penasihatan murid )_Tugasan Kump...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Pengurusan penasihatan murid )_Tugasan Kump...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Pengurusan penasihatan murid )_Tugasan Kump...
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kepimpinanan peringkat sekolah dan kepimpin...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kepimpinanan peringkat sekolah dan kepimpin...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kepimpinanan peringkat sekolah dan kepimpin...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kepimpinanan peringkat sekolah dan kepimpin...
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
 
Kimia ( Tajuk : nanoteknologi )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM
Kimia ( Tajuk : nanoteknologi )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHMKimia ( Tajuk : nanoteknologi )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM
Kimia ( Tajuk : nanoteknologi )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Modul penghasilan BBM multimedia microsoft of...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Modul penghasilan BBM multimedia microsoft of...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Modul penghasilan BBM multimedia microsoft of...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Modul penghasilan BBM multimedia microsoft of...
 
Kokurikulum ( Tajuk : Laporan Kejohanan )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Laporan Kejohanan )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHMKokurikulum ( Tajuk : Laporan Kejohanan )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Laporan Kejohanan )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHMKokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Elemen kreativiti dalam periklanan)_Tugasan B...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Elemen kreativiti dalam periklanan)_Tugasan B...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Elemen kreativiti dalam periklanan)_Tugasan B...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Elemen kreativiti dalam periklanan)_Tugasan B...
 
Radioactivity ( Tajuk : Astronomi & Fizik Moden_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM)
Radioactivity ( Tajuk : Astronomi & Fizik Moden_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM)Radioactivity ( Tajuk : Astronomi & Fizik Moden_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM)
Radioactivity ( Tajuk : Astronomi & Fizik Moden_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM)
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar
 

Tugasan individu kemahiran tumpuan dlm sains (penulisan akademik)

  • 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER 6 SESI 2013/2014 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS (BBR 36903) TAJUK ; TUGASAN KERJA INDIVIDU (PENULISAN AKADEMIK / ILMIAH) OLEH : ROSDI BIN RAMLI ( DB 100316 ) KUMPULAN: ELEKTIF SAINS SEKSYEN 1 UNTUK EN GHAZALLY SPAHAT 1
  • 2. ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1. Isi Kandungan 1 2. Penghargaan 2 3. Soalan 3 4. Pendahuluan 4–6 5. Apakah itu Pemikiran Kreatif ? 7–8 6. Apakah itu Kemahiran Berfikir ? 9 – 10 7. Apakah itu Kemahiran Saintifik ? 10 – 13 8. Apakah itu Alat Berfikir ? 13 – 18 9. Apakah Hubung Kait Cabang ilmu Pedagogi 18 – 24 Dalam Kemaslahatan Komuniti 10. Rujukan 25 11. Lampiran 1 26 2
  • 3. Bismillahirrahmanirrahim……. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menghasilkan tugasan untuk matapelajaran KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS ini dengan jayanya bagi Semester 6 2013. Walaupun menghadapi berbagai halangan dan rintangan. Kejayaan ini telah memberi gambaran tentang kesungguhan saya dalam menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran sebagai persediaan untuk saya meneruskan pembelajaran dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah (Sains) KPM-UTHM ini. Dikesempatan ini ingin saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat pensyarah saya iaitu En Ghazally Spahat kerana telah banyak berusaha memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menghasilkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan kerjasama dan juga perbincangan didalam LMS dengan sebaiknya. Hanya Tuhan yang akan membalas jasa-jasa kalian. Semoga dengan terhasilnya tugasan ini, dapatlah kita manfaatkannya bersama sebagai persediaan kepada kita nanti untuk sama-sama berjaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran Akhir kata, semoga kita bersama-sama menempa kejayaan di dalam program ini dan seterusnya menjadi guru yang berkualiti, jujur dan ikhlas dalam membentuk modal insan negara yang berkualiti. In Shaa Allah.. Sekian Terima Kasih 3
  • 4. Soalan: Berdasarkan imej yang diambil oleh pelajar pelbagai fenomena dan watak dapat digambarkan. Pelajar kemudiannya menghasilkan penulisan bagi menjelaskan pemikiran dan perasaannya atau mengambarkan fenomena yang bakal berlaku. Penulisan perlu mengambil kira seberapa banyak input yang terkandung dalam kursus BBR 36903. Karya pelajar juga perlulah mematuhi amalan penulisan akademik yang beretika. 4
  • 5. PENDAHULUAN. Bismillahirrahmanirrahim. Berfikir selalu dikaitkan dengan akal dan dalam Al-Quran perkataan yang merujuk kepada ‘aqal’ disebut 40 kali. Allah S.W.T menempelak manusia yang tidak mahu berfikir dan ini terbukti dalam ayat – ayat Al-Quran yang menceritakan kebesaran dan kuasa Allah. Untuk memahami konsep berfikir dengan jelas lagi, terlebih dahulu kita perlu mengetahui definisi berfikir atau pemikiran yang melibatkan kita berfikir secara kritis dan kreatif. Untuk berfikir kita menggunakan akal dan pemikiran ialah hasil daripada proses berfikir. Definisi yang sesuai untuk konsep kemahiran berfikir masih menjadi pokok perbincangan yang hebat, kerana kebanyakan tokoh pemikir mempunyai pendapat yang berbeza – beza. Umpamanya George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semula jadi yang kompleks. Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. Mayer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi – operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. Menurut seorang tokoh pemikir lain, iaitu Chaffee (1988), pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Satu lagi definisi tentang berfikir yang agak menarik ialah definisi yang dikemukakan oleh Vincent Ryan Ruggiero (1984). “Thinking ia any mental activity that helps formulate or solve a problem, make a decision, or fulfill a desire to understand. It is a searching for answers, a reaching for meaning.” Selain itu terdapat definisi yang lebih luas tentang pemikiran dan mempunyai pertalian yang erat dengan definisi di atas, iaitu definisi yang diperjelas sendiri oleh John Barell (1991). “…..I define thinking as a search for meaning and understanding that can involve the adventurous geeration of options, the attempt to arrive at logical, reasonable judgements, and reflection on the process.” 5
  • 6. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza – beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Kata kunci yang menjadi pegangan mereka ialah “mencari makna terhadap sesuatu dan menyelesaikan masalah”. Berdasarkan beberapa definisi yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh di atas, maka dapatlah dirumuskan bahawa: “Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.” Untuk matapelajaran “Kemahiran Tumpuan Dalam Sains” perkara yang difokuskan ialah mengenai pelbagai cabang ilmu pedagogi yang saling berkaitan diantara satu sama lain dalam membentuk sebuah pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Cabang ilmu pedagogi itu meliputi teori – teori Kemahiran Berfikir (Kreatif dan Kristis) , Kemahiran Saintifik dan Alat Berfikir yang terdiri dari 4MAT dan CoRT1. Kesemua cabang ilmu pedagogi ini jika diperhalusi dan diterapkan dalam perlaksanaan aktiviti P&P ianya akan dapat menghasilkan seni karya P&P yang bermutu tinggi yang seterusnya dapat membantu guru menyampaikan isi pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna secara langsung memudahkan penerimaan murid dalam sesi P&P nanti. Menurut penelitian saya yang terhad ini, setiap cabang ilmu Pedagogi ini mempunyai kekuatan tersendiri dimana ianya bergantung kepada situasi konsep isi pelajaran yang hendak diajar mengikut tahap intelekual murid yang disasarkan. Justeru itu, pemilihan jenis ilmu Pedagogi yang paling sesuai dengan diambil kira pelbagai faktor luaran dan dalaman murid adalah paling penting dalam penentu aras keberhasilan P&P yang dijalankan oleh guru didalam P&Pnya. Penerapan dan perlaksanaan ilmu Pedagogi yang terdiri dari “Kemahiran Berfikir, Kemahiran Saintifik dan penggunaan Alat Berfikir 4MAT dan CoRT1 adalah semuanya berkaitan dengan “Kesenian” dan ini yang saya ingin kaitkan secara tersirat dimana kesemua cabang ilmu Pedagogi ini adalah sejenis “Seni”. 6
  • 7. Setiap perkara yang berseni sudah pasti akan menghasilkan produk yang unggul. Justeru itu, guru seharusnya perlu memanfaatkan “Ilmu Kesenian” yang diciptakan ini bagi membantu melahirkan produk – produk yang berkualiti. Pentafsiran “ilmu kesenian” yang wujud dalam kesemua cabang ilmu Pedagogi yang disebutkan tadi amat memerlukan kemahiran melihat atau memahami “isi tersurat dan tersirat”. Sebelum kita dapat melihat sesuatu perkara itu dengan tersurat dan tersirat.Kita perlu mengetahui “Apakah maksud tersurat dan tersirat?” Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, tersurat bermaksud telah ditulis, tertulis atau tercatat dimana tersurat secara umum dapat difahami oleh semua orang secara jelas, berbeza dengan tersirat yang bermaksud terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu) yang membawa makna lain yang mungkin ingin disampaikan oleh pengarang sesebuah karya sastera, ianya perlu dikaji dan diteliti berdasarkan pemikiran yang terdapat dalam sesebuah karya sastera khususnya. Maka amat wajarlah saya menyatakan bahawa ilmu Pedagogi adalah sebuah karya seni yang mempunyai teknik,kaedah, strategi dan pendekatan yang mempunyai nilai dan cara pemahaman tersurat dan tersirat yang unik dan tinggi sekali untuk difahami dan dilaksanakan. Hanya guru yang benar – benar berilmiah sahaja yang menyedarinya dan jika guru itu dapat melihat makna seni ilmu Pedagogi ini disudut tersurat dan tersirat pastinya guru akan mudah dapat menarik minat murid untuk menerokainya bersama – sama murid kerana telah diketahui setiap ilmu Pedagogi itu adalah “seni” yang sudah tentu dapat menyakin dan merapatkan murid dalam menghadapi cabaran kehidupan didunia yang fana ini amat memerlukan keupayaan penyelesaian masalah yang baik. Maka didalam perspektif dunia pendidikan, pastinya jika penguasaan memahami makna tersurat dan tersirat ini dapat digabungjalinkan bersamasama kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan Alat Berfikir didalam P&P bersama murid pasti akan menghasilkan sebuah P&P yang cemerlang. Sebelum kita pergi lebih jauh dengan melihat contoh faedah dan kebaikan dari hasil penguasaan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan Alat Berfikir didalam kehidupan realiti sebenar masyarakat. Terlebih dahulu kita hendaklah mengetahui definisi apa itu “Pemikiran Kreatif” kerana Pemikiran Kreatif merupakan perkara asas didalam “Kemahiran berfikir”, “Kemahiran saintifik” dan “Alat Berfikir”. 7
  • 8. APA ITU PEMIKIRAN KREATIF? Pemikiran kreatif merupakan satu daripada domain kemahiran berfikir. Pemikiran kreatif menekankan penggunaan hemisfera otak kanan dan pemikiran krits pula menekankan hemisfera otak kiri. Potensi otak kanan dan otak kiri ini perlu digunakan dengan seimbang. Namun demikian otak kanan ini kurang diberikan perhatian dalam P&P di bilik darjah. Manusia dilahirkan kreatif. Cuma kita tidak sedar yang kita kreatif kerana kreativiti yang ada pada kita itu, kita biarkan hilang begitu sahaja dan tidak kita pupuk. Sebenarnya pemikiran kreatif dapat dipupuk dan dilatih serta diajar. Oleh itu, kemahiran – kemahiran yang menuju kearah pemikiran kreatif perlulah diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya potensi murid untuk berkreatif dapat dikembangkan kepada tahap yang sewajarnya. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin “creare” yang membawa maksud “membuat” dan daripada perkataan Greek yang membawa maksud “memenuhi”. Pelbagai definisi diberikan kepada perkataan kreatif dan kreativiti. Bagi Edward de Bono, kreatif dan kreativiti membawa maksud menghasilkan sesuatu yang tidak wujud sebelumnya. “At the simplest level “creative” means bringing into being something that was not there before.” Rolloy May pula menyatakan: “Creativity is the encounter of the intensively conscious human being with his world.” Kreativiti ialah pertembungan manusia secara sedar dengan dunianya. Jika kita menyatukan kedua – dua definisi di atas dapatlah kita menyatakan bahawa kreativiti merupakan satu keadaan yang menyebabkan manusia berinteraksi dengan dunia untuk menghasilkan atau mewujudkan sesuatu yang tidak wujud sebelumnya. Mari kita melihat pula pendapat seorang pemikir yang terkemuka di Amerika Syarikat iaitu D.N. Perkins: “Creative thinking is thinking patterned in a way that tend to lead to creative results.” Perkins menyatakan bahawa pemikiran kreatif adalah berfikir dengan cara yang tertentu untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Sebagai kesimpulan daripada perbincangan di atas 8
  • 9. bolehlah kita katakana bahawa pemikiran kreatif membawa maksud “Kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.” Idea yang kreatif sebagaimana yang disebutkan di atas mengandungi ciri – ciri baru, asli, pelbagai, luar biasa, bernilai dan provokatif. Menurut Harris (1998), kreativiti ialah gabungan daripada tiga domain iaitu keupayaan, sikap dan proses. Keupayaan iaitu keupayaan untuk berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baru. Kreativiti juga ialah keupayaan menjana idea-idea baru dengan menggabung, mengubah atau mengguna semula idea-idea yang sedia ada. Kreativiti juga adalah sikap iaitu keupayaan untuk menerima berubahan dan pembaharuan serta kesanggupan untuk bermain dengan idea-idea dan sebarang kemungkinan dan sanggup mengambil risiko. Kreativiti juga adalah satu proses di mana orang yang kreatif sentiasa bekerja keras dan secara berterusan untuk menambah baik ideaidea dan penyelesaian-penyelesaian yang telah dilakukan. Orang yang kreatif sentiasa yakin bahawa sentiasa ada jalan untuk menambah baik sesuatu perkara. Dengan adanya tiga domain tersebut, maka lahirlah kreativiti dalam manusia. Setelah mengetahui makna “Kreativiti” dan peranannya dalam melahirkan sesuatu perkara atau benda baru yang berfaedah dan juga boleh digunapakai dalam membuat keputusan. Seterusnya barulah boleh kita mendalami makna dan konsep cabang ilmu Pedagogi yang terdiri dari “Kemahiran berfikir”, “Kemahiran saintifik” dan “Alat Berfikir”. Ini adalah kerana, setelah kita memahami maksud sebenar ke semua cabang ilmu Pedagogi tersebut dengan mendalam, maka mudahlah untuk kita memahami makna, tujuan dan sebab situasi atau perkara yang akan saya tunjukkan didalam penulisan ilmiah (akademik) saya ini mengapa ianya berlaku dan apakah manfaatnya. Sudah tentu setiap perkara yang memberi manfaat yang baik memerlukan daya pemikiran yang excellent yang akan saya cuba kait dan jelaskan dengan sebaiknya melalui “Kemahiran berfikir”, “Kemahiran saintifik” dan “Alat Berfikir” dalam penyelesaian masalah didalam kehidupan manusia seharian. 9
  • 10. APAKAH ITU KEMAHIRAN BERFIKIR ? Terdapat pelbagai jenis kemahiran berfikir mengikut pandangan dan aliran pemikiran yang dikemukakan oleh ahli – ahli pemikir dan penulis – penulis dalam bidang berkenaan. Sungguhpun begitu secara amnya kemahiran berfikir dapat dibahagikan kepada dua domain utama, iaitu Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif. Kemahiran Berfikir Secara Kritis membawa definisi iaitu kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu alasan dan bukti yang munasabah. Contoh – contoh Kemahiran Berfikir Secara Kristis adalah seperti membanding dan membeza, membuat kategori, meneliti bahagian – bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab, menyusun mengikut urutan, membuat ramalan, mengusul periksa andaian dan membuat inferens. Manakala definisi untuk Kemahiran Berfikir Secara Kreatif pula ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Antara contoh Kemahiran Berfikir Secara Kreatif termasuklah menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai (baru,asli,luar biasa, provokatif, mencabar), mencipta metafora, analogi dan definisi. Selain kemahiran – kemahiran yang disenaraikan di atas terdapat dua lagi kemahiran yang penting iaitu Kemahiran Membuat Keputusan dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah. Kedua – dua kemahiran ini sebenarnya boleh berada di dalam keduadua domain kemahiran berfikir yang telah dibincangkan sebelum ini. Hal ini demikian kerana Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah dapat juga berperanan sebagai proses kepada kemahiran-kemahiran tadi. Dengan kata lain kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti kemaslahatan komuniti adalah pada akhirnya menuju kearah Membuat Keputusan atau Menyelesaikan Masalah. Walaupun kemahiran – kemahiran tersebut dibahagiakan kepada dua domain iaitu kemahiran berfikir secara kristis dan kreatif tetapi dalam menghadapi cabaran dan penerokaan ilmu untuk kemaslahatan ummah, kemahiran – kemahiran tersebut haruslah dilihat secara keseluruhan, iaitu tanpa dipisah-pisahkan mengikut domain yang telah ditentukan. Sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini, kesemua kemahiran tersebut perlu melalui sama ada proses membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Oleh itu jika kemahiran- 10
  • 11. kemahiran berfikir ini digunakan dan diamalkan, sudah tentulah masyarakat dapat meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu idea, konsep, atau isu yang sedang dipelajari yang secara langsung dapat membantu masyarakat mencapai kehidupan yang lebih baik. APAKAH ITU KEMAHIRAN SAINTIFIK ? Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan (Padilla, 1990). Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ini bermakna murid murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya. Mengapa kita perlu menggalakkan penguasaan kemahiran proses sains? Ada dua jawapan yang utama kepada persoalan ini. Pertama, nilai penguasaan kemahiran proses sains dari segi intelek adalah lebih tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains. Kemahiran proses yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Apabila murid-murid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan dan mencari jawapan tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan konsep dengan sendiri .Kedua, menurut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti di luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing tentang fenomena alam semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka sebenarnya bukanlah semata-mata mempelajari sesuatu yang baru di sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada melalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru. Untuk Kemahiran Proses Sains ianya terbahagi kepada beberapa cabang iaitu diantaranya ialah; i. Memerhatikan Kemahiran memerhatikan merupakan asas kepada proses asas sains. Kemahiran ini menggunakan deria penglihatan, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang 11
  • 12. objek dan fenomena. Untuk membuat pemerhatian, murid perlu menggabungkan maklumat dan meneliti semua sifat objek atau sesuatu fenomena (Azizah Ngah Tasir, Normah Abdul Aziz, 2012). Dalam pembelajaran sains, bukti atau data yang dikumpul mestilah tepat dan objektif. Oleh yang demikian pemerhatian mestilah menggunakan deria yang telah disebutkan diatas. Pemerhatian terdiri daripada dua jenis iaitu secara kualitatif dan kuantatif. Pemerhatian kualitatif merujuk kepada pemerhatian yang boleh dilihat, didengar, dihidu, disentuh dan dirasa. Pemerhatian ini memberi informasi kepada warna, bau, tekstur, bunyi, rasa dan apa yang akan berlaku. Pemerhatian secara kualitatif ini dilaksanakan tanpa menggunakan peralatan atau diskripsi tertentu dan tidak melibatkan nombor. Pemerhatian secara kuantitatif merupakan pemerhatian yang melibatkan pengiraan, mengukur dengan menggunakan benda. ii. Mengelaskan Pengelasan merupakan proses yang menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama. Proses ini melibatkan pemerhatian terhadap kesamaan, perbezaan dan perkaitan. Tiga jenis utama pengelasan iaitu, sistem pengelasan Binari, sistem pengelasan Binari pelbagai langkah dan susunan bersiri. iii. Mengukur menggunakan nombor proses ini menggunakan nombor sebagai jawapan. Kemahiran ini merupakan proses membuat pemerhatian secara kuantatif dengan menggunakan nombor atau alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. iv. Membuat inferens Membuat interferens merupakan proses membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian berdasarkan kepada bukti atau eviden yang telah diperoleh.. v. Meramalkan Meramal merupakan proses membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan data. Meramal merupakan proses yang berterusan dan di lakukan sepanjang masa. 12
  • 13. vi. Berkomunikasi Berkomunikasi bermaksud bertukar data atau informasi yang digabungkan dengan proses pemerhatian agar mudah difahami. Berkomunikasi melibatkan proses menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalambentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model. vii. Menggunakan perhubungan ruang dan masa Kemahiran ini merangkumi keupayaan untuk mmemerihalkan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim dengan masa. viii. Mentafsirkan data Kemahiran ini merupakan proses memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan. ix. Mendefinisikan secara operasi Mendefinisikan operasi merupakan suatu proses memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan. x. Mengawal pembolehubah Mengawal pembolehubah merupakan proses mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah yang bergerak dan pembolehubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pembolehubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan. xi. Membuat hipotesis Kemahiran ini merupakan proses membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya. xii. Mengeksperimen Kemahiran ini merupakan proses merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu. 13
  • 14. Setelah dijelaskan tadi dengan mendalam mengenai Kemahiran Proses Sains. Kini dijelaskan pula mengenai Kemahiran Manipulatif. Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan beberapa perkara iaitu menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul dan selamat dan melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. Kemahiran ini merupakan perkara asas didalam tatacara kejuruteraan. Setiap prosedur yang tertib dan beretika akan sudah pastinya menjamin penghasilan mutu kerja yang berkualiti tinggi dan setiap kemahiran yang terdapat didalam Kemahiran Saintifik ini adalah penting untuk kemahiran membuat keputusan atau penyelesaian masalah jika kita melihat dari sudut “tersirat”. Oleh itu, disedari kemahiran ini amat penting dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian dalam menghadapi cabaran atau penyelesaian masalah didalam kehidupan seharian manusia. Seiring pentingnya dengan Kemahiran Berfikir yang saya jelaskan sebelum ini. APA ITU ALAT BERFIKIR? Alat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu manusia menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan pemikiran manusia lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak berburu-buru melakukan sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan alat-alat berfikir ini. Alat-alat berfikir membolehkan manusia melihat sesuatu fakta,idea,isi dan konsep secara visual dan holistik. Manusia juga dapat meninjau hubungan di antaranya di dalam satu rangka teratur. Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat ini mengukuhkan cara pemikiran sambil merangsangkan pembelajaran yang bermakna. Ia membantu murid dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat Berfikir ialah instrument yang membantu manusia berfikir dan mengurus proses pemikiran secara visual dan terkawal. Antara alat berfikir termasuklah Soalan dan penyoalan,Peta minda,Pengurusan Grafik, 4MAT dan CoRT. Alat-alat ini digunakan oleh manusia untuk membolehkan berfikir secara mendalam dan berkesan mengenai sesuatu kemahiran berfikir. Alat ini tidak berfungsi tanpa kemahiran berfikir yang releven. Di samping itu, alat-alat ini terdiri daripada pelbagai corak atau jenis, dan juga 14
  • 15. soalan-soalan. Kebiasannya, Soalan bergantung kepada situasi , konteks, isi kandungan. Ia juga boleh digelar sebagai Pengurusan Lisan. Alat berfikir yang diperkenalkan dalam pengkhususan matapelajaran Kemahiran Tumpuan dalam Sains ialah 4MAT dan CoRT. Sistem 4Mat ialah satu model mengajar yang dicipta oleh Dr. Bernice McCarthy dalam tahun 1980. Model ini dicipta berdasarkan dapatandapatan penyelidikan dalam banyak bidang seperti gaya pembelajaran, pengaruh (dominance) otak kiri dan otak kanan, kreativiti, pengurusan, seni dan gerakan/tarian. Penyelidikan Dr. David Kolb mendapati bahawa ada dua cara utama bagaimana kita belajar, iaitu cara mengamati (perceive) dan cara memproses sesuatu maklumat dan pengalaman. Kita mengamati sesuatu maklumat dan pengalaman dengan dua cara yang berlainan. Ada diantara kita suka mengamati sesuatu maklumat dan pengalaman dengan cara konkrit, iaitu dengan menggunakan deria. Ada juga di antara kita suka mengamati sesuatu dengan cara abstrak , iaitu dengan memikir, membuat analisis dan membuat penaakulan. Kadang kala kita suka mengamati sesuatu secara konkrit dan kadang kala kita suka mengamati sesuatu secara abstrak. Ini bermakna kita mengamati sesuatu dalam suatu kontinum (continuum) dari konkrit kepada abstrak. Mereka yang suka menggunakan deria lebih suka belajar secara konkrit. Mereka yang suka berfikir dan membuat analisis lebih suka belajar secara abstrak. Kedua-dua jenis pengamatan, iaitu konkrit dan abstrak adalah sama penting dan sama nilainya. Kedua-duanya juga ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Pembelajaran yang berkesan ialah dari konkrit kepada abstrak. Didalam sistem perlaksanaan pendidikan dikebanyakan sekolah tidak menghargai cara konkrit, kecuali dengan pelajar-pelajar yang muda dan sekolah-sekolah itu lebih suka menggunakan cara abstrak. Cara abstrak ini menggembirakan pelajar-pelajar yang suka berfikir dan membuat analisis tetapi ia mengecewakan pelajar-pelajar yang suka menggunakan deria mereka untuk belajar. Bagi aspek cara memproses sesuatu maklumat dan pengalaman (iaitu bagaimana kita membuatkan maklumat dan pengalaman sebagai pengalaman diri sendiri) dengan dua cara yang berlainan. Ada diantara kita yang suka belajar dengan membuat/mencuba sesuatu secara aktif. Ada juga diantara kita yang suka belajar secara melihat apa yang berlaku dan memikir semula tentangnya (reflektif). Kita memproses sesuatu maklumat dan pengalaman dalam satu kontinum dari penglibatan aktif kepada reflektif. Mereka yang suka membuat atau mencuba sesuatu lebih 15
  • 16. suka belajar secara aktif. Mereka yang suka melihat dan memikir semula tentang sesuatu lebih suka belajar secara reflektif. Kedua-dua jenis pemprosesan, iaitu aktif dan reflektif adalah sama penting dan sama nilainya. Setiap jenis pemprosesan itu juga mempunyai ciri-ciri kebaikan dan keburukan. Ada sekolah-sekolah meminta pelajar-pelajar melihat, mendengar dan memikir sahaja. Pendekatan reflektif ini menggembirakan pelajar-pelajar yang suka melihat dan memikir tetapi ia mengecewakan segolongan pelajar yang suka mencuba atau membuat sesuatu dengan diri sendiri. Pelajar-pelajar yang dipengaruhi oleh otak kiri suka melakukan aktiviti-aktiviti terutamanya yang diproses di otak kiri. Mereka mempunyai ciri-ciri yang menarik. Mereka haruslah dihargai. Mereka adalah bersistematik dan berdisiplin. Mereka menyelesaikan masalah dengan melibatkan bahagian-bahagian dan memikir secara logik. Mereka adalah sangat baik dalam bertutur, menulis, mengira dan menganalisis. Pelajar-pelajar yang dipengaruhi oleh otak kanan suka melakukan aktiviti-aktiviti terutamanya yang diproses di otak kanan. Mereka juga mempunyai ciri-ciri yang menarik. Mereka juga harus dihargai. Mereka adalah kreatif dan intuitif. Mereka melihat pola, bentuk dan perhubungan. Mereka bertindak secara spontan dan menyelesaikan masalah dengan melihatnya secara keseluruhan dan intuitif. Mereka suka berinteraksi dengan orang lain dan suka melibatkan diri dalam segala bentuk gerakan/tarian. Mereka adalah sangat baik dalam melukis, mereka bentuk, membuat kesimpulan, dan didalam hal perhubungan manusia. Pelajar-pelajar yang melakukan aktiviti-aktiviti yang diproses di otak kiri dan kanan mempunyai dua kumpulan ciri-ciri tersebut di atas. Kebanyakan sekolah dipercayai memberi aktiviti-aktiviti yang hanya diproses oleh otak kiri. Ini menggembirakan pelajar otak kiri tetapi mengecewakan pelajar otak kanan. Justeru itu, kita hendaklah membantu pelajar-pelajar mengembangkan otak kiri dan otak kanan mereka. Dengan membuat demikian, mereka bolehlah berfikir secara logik dan secara intuitif, boleh menganalisa dan mensintesis, bersistematik atau berstruktur dan boleh menyesuaikan diri, boleh mengkritik dan mencipta, boleh menulis, mengira dan melukis, berdisiplin dan sukaberinteraksi dan ciri-ciri lain. Pelajar-pelajar yang berlainan mempunyai kecerdasan yang berlainan. Ada pelajar-pelajar yang belajar dengan cepat dan ada yang belajar dengan lambat. Pelajar-pelajar yang berlainan suka belajar dengan gaya pembelajaran yang berlainan. Ada sebilangan pelajar yang suka 16
  • 17. mencari mana sebab-sebab untuk belajar sesuatu maklumat dan pengalaman. Ada sebilangan pelajar yang suka menganalisa sesuatu maklumat dan pengalaman. Ada sebilangan pelajar yang lain yang suka membuat latihan ujikaji untuk mendapat bukti yang menyokong maklumat dan pengalaman itu dan ada juga sebilangan pelajar yang suka mencuba dan mereka bentuk pengggunaan sesuatu maklumat dan pengalaman dan suka berkongsi dapatan mereka dengan pelajar lain. Terdapat juga segolongan pelajar yang suka belajar dengan aktiviti-aktiviti yang diproses di otak kiri dan segolongan pelajar lain yang suka belajar dengan aktiviti-aktiviti yang diproses di otak kanan. Seseorang guru perlu menghormati dan menghargai pelajar-pelajar yang berbeza dalam kecerdasan. Dia perlu menghormati dan menghargai pelajar-pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran mereka. Dia perlu juga menghormati dan menghargai pelajar-pelajar yang berbeza dalam pengaruh otak kiri atau otak kanan.Oleh itu, maka lahirlah Sistem 4MAT yang merupakan satu model mengajar yang member perhatian kepada pelajar-pelajar yang berbeza. Sistem 4MAT menentukan guru mengajar dengan berdasarkaan keempat-empat gaya pembelajaran pelajar dan menggunakan aktiviti-aktiviti yang boleh mengembangkan otak kiri dan otak kanan seseorang pelajar. Dengan sistem 4MAT Dr. Bernice McCarthy percaya pelajarpelajar yang berbeza itu akan mendapat pendidikan yang sempurna. Selain 4MAT, CoRT juga merupakan Alat Berfikir yang turut mengunakan otak kiri dan kanan dengan seimbang, Alat Berfikir CoRT telah diperkenalkan dalam matapelajaran Kemahiran Tumpuan Dalam Sains dimana ianya penting juga dalam membuat keputusan atau penyelesaian masalah dimana pengaplikasian CoRT boleh diterapkan dalam P&P disekolah. Alat CoRT ialah instrument dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi. Istilah CoRT ini sebenarnya adalah singkatan daripada perkataan “Cognitif Research Trust”. Singkatan ini dicipta oleh Edward de Bono semasa beliau mencubakan alat ini di sekolah – sekolah kajiannya di Barat untuk melihat keberkesanannya dalam membantu meningkatkan kognitif pelajar. Oleh sebab dapatan kajian ini menunjukkan keberkesanan yang tinggi maka Edward de Bono mengamanahkan alat kognitif ini kepada guru- guru supaya dapat diaplikasikan dalam P&P. Secara tidak langsung dapat membimbing murid dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah seperti kemahiran berfikir dan saintifik yang telah dibincangkan sebelum 17
  • 18. ini. Program Pemikiran CoRT merupakan pendekatan yang paling komprehensif untuk mengajar bagaimana untuk berfikir. Ia merangkumi pemikiran generatif dan kreatif , operasi dan pemikiran yang membina. Ia digunakan oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa di segenap lapisan umur dan tahap keupayaan. Model ini juga sesuai untuk pelbagai jenis iklim kelas , dimana jika diamalkan dengan kaedah, strategi dan pendekatan yang baik maka ia akan dapat memberi kesan perubahan positif dalam persekitaran pembelajaran. Kemahiran pemikiran ini mendidik dan menyediakan murid yang bukan sahaja melalui alat untuk meningkatkan rekod akademik mereka, tetapi juga memberi mereka kemahiran hidup sebenar. Kejayaan dalam menggunakan alat CoRT tidak bergantung kepada pengetahuan terlebih dahulu , memori yang besar , atau membaca atau menulis. Pelajar yang berbeza-beza kebolehan akan mendapat manfaat daripada CoRT , termasuk pelajar-pelajar pendidikan khas , pelajar berbakat dan berbakat , pelajar ESL, dan belia yang berisiko . Program mengandungi 6 bahagian CoRT iaitu CoRT 1 (keluasan persepsi),CoRT 2 (organisasi proses berfikir), CoRT 3 (interaksi, argumen, pemikiran kritis), CoRT 4 (pemikiran kreatif), CoRT 5 (maklumat dan perasaan) dan CoRT 6 (tindakan). Sebenarnya, CoRT1 menggalakkan individu untuk berfikir secara meluas. Terdapat tujuh jenis alat CoRT1 didalamnya. Antaranya termasuklah PMI (Plus, Minus, Interesting / kebaikan, keburukan dan menarik), CAF (Consider All Factors / Mengambil kira semua faktor), C & S (Consequence Sequal / Kesan mengikut jangka masa), AGO (Aims, Goals & Objectives / Tujuan, matlamat dan objektif), FIP (First Important Priorities / Keutamaan mengikut kepentingan), APC (Alternatives, Possibilities and Choices / Alternatif, kemungkinan dan pilihan) dan OPV (Other People’s Views / Pandangan orang lain). Sebagai penutup, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat 7 alat yang terdapat dalam CoRT1 dan setiap alat mempunyai kelebihan untuk mengurangkan kesilapan berfikir yang manusia biasa lakukan serta memilih alat CoRT yang sesuai mengikut fungsinya. Akhirnya setelah dikupas dengan mendalam mengenai kesemua cabang ilmu Pedagogi yang dipelajari berdasarkan input BBR36903 Kemahiran Tumpuan Dalam Sains yang merangkumi Kemahiran Saintifik (Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif), Kemahiran Berfikir dan Alat Berfikir.Dengan ini saya akan cuba menghubungkait dan menterjemahkan dalam konteks membuat keputusan atau penyelesaian masalah berdasarkan gambar situasi yang akan saya analisa nanti. Hal itu akan saya hurai dan perjelaskan dengan 18
  • 19. terperinci didalam tajuk “Apakah hubungkait cabang ilmu Pedagogi dalam kemaslahatan komuniti”. APAKAH HUBUNG KAIT CABANG ILMU PEDAGOGI DALAM KEMASLAHATAN KOMUNITI Selepas 4 hari gotong – royong Lokasi : Sungai Bekoh, Kg Bekoh Tangkak, Ledang, Johor Tarikh : 25 Jun 2013 dan29 Jun2013 Masa : 2.30 petang Nama : Olympus Camedia Digital Camera C-180 Speed : 5.1 Megapixel ( 2592×1944 ) Accessory : Tiada Tajuk : “SEPAKAT MEMBAWA BERKAT” Kamera Terlebih dahulu ingin saya memperjelaskan sedikit latar belakang lokasi kajian penulisan ilmiah yang saya pilih ini. Lokasi kajian penulisan ilmiah ini terletak di Kg. Bekoh Tangkak, Johor dan kira – kira 13km dari bandar Tangkak. Kewujudan asal sungai ini adalah berfungsi sebagai sumber pengairan bagi kegiatan pertanian penanaman sawah padi pada awal 60an diKg. Bekoh. Sehinggalah pada akhir 80an kegiatan pertanian penanaman sawah padi mula beransur – ansur tiada. Maka, fungsi sungai hanyalah lebih kepada kemudahan saliran bagi mengelak kejadian banjir khususnya pada musim terkujuh. Tidak keterlaluan jika saya menyatakan keadaan sungai pada waktu sebelum ini adalah kurang terurus, cetek dan kotor kerana sikap segelintir penduduk berhampiran Kg. Baru Bekoh 19
  • 20. yang tidak bertanggungjawab menjadikan sungai itu sebagai tempat pembuangan sampah dan turut lebih memburukan lagi keadaan dengan ketiadaan insentif pihak bertanggungjawab seperti JKKK Kg. Bekoh yang hanya memadang remeh akan isu pemeliharaan dan pemuliharaan sungai tersebut. Disini kita boleh melihat tahap kemahiran berfikir sangat lemah dari aspek Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif kerana terbukti dengan pengabaian penjagaan kebersihan sungai oleh penduduk berhampiran Kg. Baru Bekoh yang menjadikan sungai ini sebagai tempat pelupusan sampah yang mudah dan murah. Sikap sambil lewa ahli JKKK Kg. Bekoh yang tidak memadang serius dakwaan belia juga telah membuktikan tahap kemahiran berfikir yang sangat lemah. Mungkin antara faktor penyebabnya ialah tahap pendidikan yang agak rendah dikebanyakkan ahli JKKK Kg. Bekoh, menyebabkan mereka membuat persepsi mudah dengan membuat andaian sungai boleh diselenggarakan dengan mudah pada bila – bila di masa hadapan asalkan mendapat peruntukan dari Majlis Daerah Ledang. Andaian buruk ini membuktikan tahap kemahiran berfikir yang cetek dan buruk yang hanya akan memburukkan lagi keadaan ekosistem sungai malahan merugikan wang rakyat. Aspek latar belakang tahap akademik dikalangan penduduk berhampiran Kg. Bekoh yang rendah turut menjadi penyebab kurangnya kesedaran kepentingan memelihara alam semula jadi khususnya di sungai Bekoh. Sifat kejahilan mengatasi akal yang waras berlaku sehingga tergamak membuang sampah pepejal ke dalam sungai. Saya percaya sekiranya pada awalnya pihak penduduk berhampiran Kg. Baru Bekoh dan ahli JKKK Kg. Bekoh mempunyai keupayaan dan kecekapan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif sudah pastinya segala isu masalah pencemaran di sungai bekoh ini dapat dielakkan dari awal. Mujur permasalahan ini disedari oleh golongan belia yang sememangnya mempunyai asas Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dibangku persekolahan lalu. Jika diketahui definisi Kemahiran Berfikir Secara Kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu alasan dan bukti yang munasabah adalah berlaku. Dari definisi ini ianya mencetuskan idea untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea yang berfokuskan untuk menangai permasalahan banjir dimusim tengkujuh. Juga ianya meneliti kebernasan untuk memanfaatkan sungai yang merupakan satu – satunya anugerah alam semula jadi yang jika dijaga dan dimanfaatkan akan pasti menghasilkan sesuatu yang indah dan baik kepada komuniti. 20
  • 21. Seperti yang diketahui umum, golongan belia adalah golongan yang mudah menerima maklumat yang baru dipersekitarannya dan mungkin juga melalui pembelajaran dan pengamatan lalu golongan belia telah melihat dan mengetahui kesan dari pengabaian pencemaran yang berlaku diatas alam sekitar. Oleh sedemikian, golongan belia merasakan amat wajar sungai Bekoh dipelihara dan dipulihkan seberapa segera yang mungkin. Hal ini membuktikan golongan belia telah mempunyai keupayaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif yang lebih baik berbanding warga pertengahan usia. Jika kita memperhalusi diperingkat perlaksanaan sebelum, sedang dan selepas program “Karnival Memancing”. Didapati item – item di dalam komponen Kemahiran Berfikir Secara Kristis wujud. Ianya seperti membanding dan membeza, membuat kategori, meneliti bahagian – bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab, menyusun mengikut urutan, membuat ramalan, mengusul periksa andaian dan membuat inferens.Kesemua item ini saling berhubung dan berkaitan untuk merancang, mengatur, mengelola dan menilai program yang dilaksanakan nanti. Ini kerana hanya dengan pengaplikasian konsep dan item – item di dalam Kemahiran Berfikir Secara Kritis akan menjamin kejayaan program. Menurut penelitian saya, Kemahiran Berfikir Secara Kritis adalah saling berhubung kait dan simboisis dengan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif membawa definisi iaitu suatu kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Ini sangat menepati ciri – ciri pemikiran yang wujud dikalangan belia Kg. Bekoh sehingga melahirkan idea menjadikan sungai itu sebagai kawasan rizab untuk aktiviti rekreasi memancing dimana menjadikan karnival memancing sebagai langkah permulaannya. Apabila kita melihat komponen – komponen Kemahiran Berfikir Secara Kreatif seperti menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai (baru,asli,luar biasa, provokatif, mencabar), mencipta metafora, analogi dan definisi ini semuanya menjurus kepada penciptaan idea yang baru khususnya didalam isu yang saya kaitkan ini. Dari pengaplikasian kedua – dua Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif ini sudah tentu mencetuskan idea yang baru yang seterusnya dapat merealisasikan hasrat warga belia untuk memanfaatkan keindahan sungai yang merupakan anugerah Allah S.W.T yang harus dipelihara sebaiknya sebelum hilang. Oleh sedemikian, ianya telah menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh masyarakat kampung yang prihatin akan 21
  • 22. keindahan alam semula jadi khususnya di sungai Bekoh. Dari semangat kecintaan dan bertanggungjawab itu maka tercetuslah idea dari warga belia yang menyokong usaha sedia bergading bahu untuk memulihkan ekosistem sungai itu agar dapat memanfaatkan kewujudan sungai dengan tindakan mengrizabkan sungai menjadi kawasan taman rekreasi untuk komuniti setempat yang telah diperjelaskan saya sebelum ini. Permuafakat belia ini telah digerakkan dibawah KRT (Kumpulan Rukun Tetangga) cawangan Kg. Bekoh yang kebanyakkannya juga terdiri golongan belia. Dengan peruntukkan yang diperolehi dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Pihak KRT Kg. Bekoh telah bersepakat membuat keputusan didalam mesyuarat AJK dengan meluluskan usul ahli yang berkehendaki mengadakan karnival memancing di sungai tersebut pada 29 Jun 2013 dengan niat untuk memelihara dan memulihara sungai yang telah tercemar itu. Di sini saya telah mengenalpasti Alat CoRT1 PMI (Plus,Minus,Interesting) wujud yang mana segala aspek – aspek tersebut dikaji maka barulah keputusan dibuat sama ada hendak menerima atau tidak sesuatu idea yang dikemukakan. Selain PMI, Alat CoRT1 OPV (Other People’s View) juga didapati dalam proses perancangan program, dimana alat berfikir ini melatih supaya kita sentiasa mendapatkan pandangan orang lain apabila sesuatu keputusan itu hendak dibuat. Kadang kala apa yang kita fikirkan itu mungkin betul pada pandangan kita, kerana mungkin kita terpengaruh dengan amalan biasa kita. Dengan mengambil pandangan orang lain mungkin sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini dapat kita manfaatkan bagi membuat keputusan yang lebih wajar. Alat CoRT1 C&S (Consequence & Sequel) juga didapati didalam proses membuat keputusan ketika mesyuarat AJK KRT ini. Belia yang mengusulkan idea telah melihat sebab dan akibat sesuatu tindakan yang diambil dari dua aspek.Aspek yang pertama ialah kesan pembuangan sampah disungai Bekoh yang berterusan, jika tidak ditangani dari awal sudah pastinya akan menyebabkan pencemaran dan boleh mengakibatkan banjir kilat di kawasan berhampiran sungai. Aspek yang kedua, belia menyedari sebab dan akibat sesuatu tindakan ialah jika diambil tindakan pemeliharaan dan pemuliharaan ke atas sungai sudah tentu kawasan itu boleh dimajukan sebagai tempat rekreasi untuk orang kampung beriadah yang secara langsung boleh mewujudkan hubungan silaturrahim dikalangan komuniti dan secara tidak langsung dapat mengurangkan stress (tekanan). 22
  • 23. Setiap perlaksanaan program mesti mempunyai Tujuan, Matlamat dan Objektif yang baik. Untuk perlaksanaan program Karnival Memancing ini, saya mengenalpasti ianya mempunyai Alat CoRT1 AGO (Aims,Goals, Objectif). AGO ialah alat berfikir yang menuntut kita melakukan sesuatu tindakan atau usaha itu sama ada berdasarkan tujuan, matlamat atau objektif yang telah kita hasratkan. Tujuan, Matlamat dan Objektif lazimnya dianggap sama sahaja. Walau bagaimanapun untuk pemahaman kita terdapat sedikit perbezaan antara ketiga – tiga istilah tersebut. Tujuan dan matlamat biasanya menggunakan sasaran yang lebih menyeluruh dan luas, dan mengambil masa yang lama untuk mencapainya. Dari pengamatan situasi gambar karnival memancing yang saya analisis ini, dapat dilihat riak wajah riang dan saling berkomunikasi antara peserta Karnival memancing yang mengambarkan perhubungan silaturrahim yang baik yang sekiranya ianya dikekalkan akan menjamin keharmoniaan dalam komuniti Kg. Bekoh dan ini merupakan Tujuan dan Matlamat yang ingin dicapai dalam hidup berkomuniti ini. Bagi aspek objektif keadaan ini berbeza kerana objektif mempunyai sasaran yang lebih kecil dan khusus, menggunakan masa yang agak singkat dan mudah untuk diukur dan dapat dicapai dengan segera.Ianya boleh diperhatikan dari hasil perlaksanaan aktiviti Karnival Memancing dimana dari sebuah sungai yang kotor menjadi sebuah sungai yang indah sesuai untuk aktiviti memancing sambil beriadah. Perancangan yang telah berjaya dirancang akan dilaksana dan dipantau oleh AJK KRT. Langkah pertama yang dirancang ialah dengan bergotong – royong membersihkan kawasan sekitar sungai dan dasar sungai dan ianya disusuli dengan membuat empangan bagi menahan aliran air sungai agar aras sungai menjadi tinggi sehingga sesuai untuk aktiviti memancing. Tindakan membuat empangan ini juga saya telah mengenalpasti mempunyai pengaplikasian Kemahiran Saintifik didalamnya. Kemahiran Saintifik yang pertama boleh dikenalpasti wujud didalam aktiviti gotong – royong ialah “memerhati” yang bermaksud menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek atau fenomena yang ditemui. Dengan melalui kemahiran memerhati ahli KRT yang melaksanakan tugas akan membuat keputusan atau penyelesaian masalah ketika sedang membersihkan persekitaran sungai dan dasar sungai. Dari kemahiran memerhati ianya bersaling hubung dengan kemahiran “meramal” yang bermaksud membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Dari hasil meramal, ahli KRT dapat menganggarkan ketinggian paras air yang diinginkan dari tindakan mengempang sungai mengunakan kayu. Selain kemahiran Saintifik memerhati dan meramal, kemahiran “mengukur 23
  • 24. dan menggunakan nombor” juga diaplikasikan kedalam aktiviti gotong – royong ini. Kemahiran ini bermaksud iaitu membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu.Ianya diaplikasikan semasa penyediaan kayu untuk membuat empangan sungai. Ahli KRT menggunakan kemahiran ini untuk membuat ukuran pada panjang kayu yang diingini mengikut kedalaman dasar sungai yang dikehendaki dan sesuai untuk aktiviti memancing. “Berkomunikasi” juga sudah tentu wujud semasa aktiviti gotong – royong ini kerana tanpa kemahiran komunikasi yang baik sudah tentu sebarang maklumat atau arahan akan gagal untuk disampaikan seperti apa yang dirancang. Kesimpulannya, setiap perkara yang pada mulanya adalah sukar dan mustahil pasti mudah dan boleh direalisasikan jika semua pihak dapat mengamalkan amalan pemikiran berfikir secara Kritis dan Kreatif, berfikiran kemahiran saintifik serta menggunakan Alat Berfikir dengan sepenuhnya dalam membuat sesuatu pertimbangan keputusan atau penyelesaian masalah. Sebagai contoh, sungai Bekoh yang pada suatu masanya dikenali sebagai tempat yang kotor tidak ubah seperti longkang kerana sikap manusia yang tidak berfikiran waras dengan sewenangwenangnya menjadikan sungai Bekoh sebagai tempat pelupusan sampah telah bertukar menjadi taman rekreasi memancing yang indah untuk kemudahan masyarakat kampung setempat beriadah dimana ianya hasil wujudnya golongan manusia yang berfikiran Krtitis, Kreatif dan Saintifik dan bersama – sama juga berjaya mengaplikasikan Alat Berfikir CoRT1 didalam membuat keputusan untuk mencari penyelesaian masalah (banjir) akibat dari pembuangan sampah sarap yang telah mencetekkan sungai. Implikasi positif ke atas komuniti di Kg. Bekoh amat besar juga kerana dengan wujudnya kawasan rizab Taman Rekreasi untuk aktiviti memancing ini telah membantu dalam pengukuhan ikatan ukhuwah dan silaturrahim antara komuniti yang berbilang kaum yang secara tidak langsung dalam jangka masa panjang akan memberi kesan yang baik ke atas semangat kekitaan, toleransi dan perpaduaan di dalam masyarakat yang berbilang kaum. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, Berfikiran Saintifik dan menggunakan Alat Berfikir CoRT1 ketika membuat pertimbangan yang akhirnya mampu membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah hendaklah dipupuk di dalam diri masyarakat khususnya diperingkat kanak – kanak di sekolah rendah lagi. Pemupukkan budaya berfikir seperti yang saya jelaskan sebelum ini diperingkat kanak – kanak adalah amat wajar bagi memudahkannya untuk disebatikan didalam jiwa 24
  • 25. seseorang manusia. Seperti terdapat dalam pribahasa melayu berbunyi “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Justeru itu, diharap pelbagai pihak terutamanya ibu, bapa dan guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kreativiti dan kemahiran berfikir kanak – kanak sehingga ke tahap pemikiran yang lebih tinggi khususnya guru di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan manakala ibu bapa melalui pendidikan bukan formal di rumah. Ini adalah perlu untuk memastikan generasi akan datang yang menjadi pewaris negara ini benar – benar siap sedia untuk menerajui, memimpin dan mentadbir negara berlandaskan kiblat yang suci seiring mencapai wawasan negara menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. In Shaa Allah…. 25
  • 26. RUJUKAN SOM Hj. Nor & Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998), Dinamika Guru: Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK) : Longman Malaysia Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor. Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2003), Belajar berfikir : Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd., Kuala.Lumpur. Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1999), Menyelesaikan masalah secara kreatif, : Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur De Bono, E. (1981) CoRT Thinking, CoRT I-IV, Oxford: Pergamonn Press el cacol anuar ( Sunday, April 03, 2011). BevelAndEmboss. Dicapai pada November 06, 2013, dari http://pepohonhijauku.blogspot.com/2011/04/normal-0-false-false-false-en-us-xnone.html Zarina Ahmad ( 2013). WordPress . Dicapai pada November 07, 2013, dari http://zarinaahmad.blogspot.com/p/kemahiran-saintifik.html Ghazally Faridah (Oct 05, 2013). scribd . Dicapai pada November 08, 2013, dari http://www.scribd.com/doc/173729573/Edward-de-Bono-Menggunakan-PendekatanCORT-Thinking-Program Ghazally Faridah (Oct 06, 2013). scribd . Dicapai pada November 08, 2013, dari http://www.scribd.com/doc/173923266/Panduan-Penggunaan-CoRT1 26
  • 27. Lampiran 1 GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS KEMAHIRAN BERFIKIR, KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN ALAT BERFIKIR DIAPLIKASIKAN SEBELUM SELEPAS 27