Isi Kandungan
Bil Perkara Muka Surat
1. Pengenalan 1
2. Komponen Kreativiti 1
3. Pengertian Kreativiti 2
4. Pendapat Tokoh-Tokoh Tentang Seni 3
5. Kepentingan Kreativiti Kepada Kanak-Kanak 4
6. Peringkat Kreativiti Fisher 5
7. Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher Dalam Langkah
Pengajaran
6-11
8. Implikasi 5 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher Dengan
Perkembangan Diri Kanak-Kanak
12-16
9. Perkaitan Antara 5 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher dan
Kepentingan Soalan Guru
17-23
10. Penutup 24
11. Rujukan
anneyza@sktm HBAE1203
1
1.0 Pengenalan
Mengapa kreativiti? Elemen kreativiti dan inovasi telah lama bertapak dalam kurikulum
persekolahan di Malaysia dan dibangunkan secara dinamik sejak KBSR dan KBSM.
Kesinambungan daripada itu, pada tahun 2010 kerajaan telah mengisytiharkan tahun
tersebut sebagai tahun kreatif dan inovatif. Bidang Keberhasilan Utama Negara menuntut
generasi baru berfikiran kreatif, inovatif, mementingkan nilai murni dan berdaya saing di
peringkat global. Matlamatnya adalah untuk menghasilkan modal insan yang kreatif,
inovatif, berdaya cipta, mampu menghasilkan idea dan ciptaan berkualiti. Seterusnya
fonomena itu akan menjadi budaya hidup rakyat Malaysia dan menjadi aset negara yang
bernilai. Menurut tokoh seni Carl Rogers, individu yang bebas dan mempunyai
kesedaran tentang tanggung jawab akan menyumbang kreativiti sama ada dalam bentuk
sains atau seni kepada manusia atau makhluk di sekelilingnya.
Tugasan ini akan membincangkan tentang peringkat kreativiti Fisher dan implikasi setiap
peringkat kepada pembangunan ciri-ciri individu kanak-kanak.
2.0 Komponen Kreativiti
Menurut Adam (2005), komponen kreativiti terdiri daripada;
 Pengetahuan
Semua pemahaman berkaitan yang individu terjemahkan sebagai usaha
kreatif.
 Pemikiran kreatif
Cara individu mendekati masalah dan bagaimana mereka menggunakan
personaliti dan gaya berfikir untuk menyelesaikan atau mengintrepretasi
masalah tersebut
 Motivasi
Motivasi selalunya menjadi kunci utama dalam penghasilan produk kreatif
tetapi pendorong yang lebih efektif ialah azam dan minat mendalam pada apa
yang dilakukan.
anneyza@sktm HBAE1203
2
3.0 Takrifan Kreativiti
Sumber: Abdul Shukor Hashim et al. (2011)
Sumber: Buku Panduan Kreativiti – Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sumber: Buku Panduan Kreativiti – Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011,KPM
Kementerian Pelajaran Malaysia
Berasal
daripada
bahasa Latin
'creare'
ertinya
• Membuat
Perkataan
daripada
bahasa Greek
'creare'
maksudnya
• Memenuhi
Kamus
Dewan (2005)
• Kebolehan
mencipta,
daya kreatif,
kekreatifan
....kebolehan untuk menghasilkan dan mencernakan idea
baru dan asli. Idea tersebut dihasilkan melalui gabungan
idea yang ada dan ilham ... (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 1999)
anneyza@sktm HBAE1203
3
3.0 Pendapat Tokoh-Tokoh Tentang ‘Kreativiti’
Ellis Paul Torrance (1974) menjelaskan kreativiti adalah proses yang terjadi bila
seseorang peka terhadap kekurangan, unsur-unsur yang tiada, jurang pengetahuan,
sesuatu yang tidak harmoni, mengenal pasti sesuatu yang sukar seterusnya mencari
penyelesaian dengan meneka, membentuk hipotesis berdasarkan kekurangan-kekurangan
itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis lalu melakukan pengubahsuaian ,
diuji semula hingga akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain.
Pendapat daripada June King McFee, menyatakan kreativiti seseorang berlaku apabila
individu menyumbangkan idea dan berupaya menghasilkan idea yang baru yang lebih
bermakna daripada idea tersebut. Di sini McFee menjelaskan bahawa idea boleh diolah
dan dimanipulasi menjadi sesuatu yang baru.
Viktor Lowenfeld (1975) mendifinisikan kreativiti sebagai naluri yang dimiliki oleh
setiap insan sejak lahir. Faktor pertama yang digunakan untuk menyelesaikan masalah
adalah naluri manakala keinginan mendorong individu meneroka dan menyelidik
sesuatu. Manusia bertindak kerana ada naluri dan keinginan.
Untuk menjadi kreatif, membawa maksud mewujudkan sesuatu yang baru dan
mempunyai nilai. Sesuatu yang kreatif tidak mudah, luarbiasa dan ianya jarang ditemui
serta unik. - Edward De Bono (1992)
Kesimpulannya, semua manusia memiliki kapasiti pemikiran kreatif. Kreativiti juga
boleh ditakrifkan sebagai kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang asli dan
tidak ada sebelumnya. Kemahiran otak kanan adalah sinonim dengan pemikiran kreatif.
Fitrah pemikiran kreatif adalah divergen kerana kaedah pemikirannya pelbagai.
Pemikiran kreatif itu digunakan untuk menjana idea, membuat hipotesis, menggunakan
imaginasi dan mencari alternatif serta menginovasi idea daripada aktiviti yang kita
lakukan.
anneyza@sktm HBAE1203
4
4.0 Kepentingan Kreativiti kepada Kanak-Kanak
Pengajaran dan pembelajaran pemikiran kreatif adalah cara yang berkesan untuk menarik
minat kanak-kanak kepada pelajarannya. Pemikiran kreatif menyediakan minda kanak-
kanak dengan kemahiran yang fleksibel untuk membantu mereka menghadapi masa
depan yang tidak diketahui.
Selain itu, murid juga akan mengetahui potensi dan kecenderungan diri serta cuba
membangunkan potensi tersebut agar memberi manfaat kepada diri dan makhluk
sekelilingnya.
Kanak-kanak yang didorong berfikir secara kreatif menunjukkan peningkatan dalam
motivasi diri dan keyakinan. Masa depan memerlukan individu yang inovatif, berupaya
menyelesaikan masalah dan bijak berkomunikasi. Justeru, keyakinan diri adalah elemen
penting yang dipupuk melalui pemikiran kreatif.
Bersumberkan Buku Panduan Kreativiti – Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011,
Kepentingan kreativiti dinyatakan seperti berikut;
Sumber: Buku Panduan Kreativiti – Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011,
Kementerian Pelajaran Malaysia
anneyza@sktm HBAE1203
5
5.0 Peringkat Kreativiti Fisher (1943)
• Meransang pemikiran kreatif dengan variasi
kata tanya seperti apa, siapa, mengapa, bila,
di mana, bagaimana dan sebagainya.
• Murid dibimbing berinteraksi secara aktif,
menjelaskan rasa ingin tahu dan
mengemukakan persoalan kritikal untuk
meransang minda.
Rangsangan
• Apabila peringkat ransangan telah berjaya
meransang minda murid untuk menjawab
persoalan yang ditimbulkan maka latihan
menyelesaikan masalah boleh membantu.
• Peringkat ini kanak-kanak akan melakukan
eksperimen dan kajian untuk mencari
jawapan kepada masalah.
Penerokaan
• Perancangan melalui interaksi verbal seperti
perbincangan dan pemerhatian.
• Menggunakan visual seperti graf, carta atau
imej lukisan untuk merancang dan
menggalakkan pemikiran kreatif.
Perancangan
• Melakukan tindakan terhadap aktiviti yang
telah direncanakan
• Bertindak berdasarkan persoalan bagaimana
dan apa yang akan kita lakukan terhadap
cadangan berkenaan?
Aktiviti
• Membuat refleksi ke atas keberkesanan
tindakan yang telah diambil untuk tujuan
penambahbaikan.Kajian
Semula
anneyza@sktm HBAE1203
6
6.0 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher Dalam Langkah Pengajaran
Peringkat perkembangan kreativiti fisher akan diterjemahkan dalam bentuk langkah
pengajaran untuk menunjukkan bagaimana kreativiti murid dibangunkan melalui
pembelajaran dengan teknik penyoalan dan melakukan aktiviti fizikal serta
kemahiran berfikir.
Teknik penyoalan membantu interaksi yang aktif antara guru dan murid atau murid
dengan murid. Penyoalan juga mengembangkan pemikiran kreatif murid dengan
menggalakkan murid berfikir secara kritis, kreatif, inovatif dan logik. Soalan yang
bermutu dan terancang menjadikan sesi pembelajaran dinamik dan efektif.
Soalan-soalan guru akan dibangunkan berpandu kepada Taksonomi Bloom.
Taksonomi
Bloom
Maksud Contoh Indikator
Pengetahuan Mengingat semula Menamakan
Menyenaraikan
Menamakan semula
Pemahaman Memahami tentang Menghurai dengan
perkataan sendiri
Menghujah
Merumus
Penerapan Mengaplikasi pengetahuan dalam
situasi lain
Guna semula idea
Merancang
Menyelesai
Analisa memecahkan maklumat kepada
bahagian-bahagian, menyiasat
hubungan
Menjelaskan
Menyusun semula
menaakul
Sintesis Menggabungkan bahagian-bahagian
dan menghasilkan idea baru
Mereka bentuk
Memberi pendapat
mengembangkan
Penilaian Menimbangkan keputusan dan
membuat penilaian
Mewajarkan pilihan
Mengadili
anneyza@sktm HBAE1203
7
6.1 Peringkat Ransangan
Peringkat Aktiviti dan Soalan Bahan Ransangan
Peringkat
Ransangan
1. Guru menunjukkan gambar pokok pisang.
 Gambar apakah ini? (aras pengetahuan)
 Terangkan tentang pokok pisang. (aras pengetahuan)
2. Guru menunjukkan batang pelepah pisang dan meminta murid menyentuhnya.
 Pada bahagian manakah batang ini boleh didapati? (aras pemahaman)
 Sebutkan bentuk dan teksturnya. (aras analisis)
3. Murid melihat contoh gambar capan yang pamerkan oleh guru.
 Bagaimanakah corak ini terhasil? (analisis)
4. Murid-murid mendengar penjelasan guru tentang maksud capan.
 Gambar capan
 Buku yang dibalut dengan corak
capan.
anneyza@sktm HBAE1203
8
6.2 Peringkat Penerokaan
Perkara Aktiviti dan soalan Bahan/Alatan
Peringkat
Penerokaan
1. Guru mempamerkan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan capan.
 Sebutkan bahan-bahan yang cikgu tunjukkan. (aras pengetahuan)
2. Murid-murid diminta menyentuh tumbuhan yang dibawa dan bimbing murid
mengaitkan bentuk dengan corak.
3. Guru membuat demonstrasi cara-cara membuat capan.
 Bagaimanakah bentuk memainkan peranan menghasilkan corak? (aras
aplikasi)
4. Murid-murid diminta mencuba membuat capan di atas kertas yang diedarkan oleh
guru. Cuba jaya.
 Bagaimanakah bancuhan warna dari segi kepekatan dan kecairan
memainkan peranan? (aras penilaian)
5. Murid-murid dibimbing memotong dan melihat hasil jalinan pada permukaan
tumbuhan yang digunakan.
 Perhatikan jalinannya, apakah bezanya? (aras aplikasi)
 Batang pada daun pisang
 Kertas lukisan
 Berus lukisan
 Warna air
 Air
 Bekas pembancuh warna
 Pisau
anneyza@sktm HBAE1203
9
6.3 Peringkat Perancangan
Peringkat Aktiviti dan soalan Bahan
Peringkat
Perancangan
1. Guru menunjukkan buku yang telah dibalut dengan corak capan.
 Terangkan tentang pembalut buku ini dari segi warna, ruang,
jalinan dan rupa. (aras penilaian)
2. Murid melihat contoh-contoh capan pada pembalut buku.
3. Murid-murid dibahagikan ke dalam kumpulan dan berbincang
bagaimanakah corak yang akan dihasilkan.
 Bincangkan bagaimana kamu akan menghasilkan corak yang
menarik? (aras penilaian)
4. Setiap kumpulan akan menunjukkan bagaimana susunan corak,
warna dan bentuk potongan pelepah.
 Mengapa bentuk potongan pelepah perlu diubah? (aras
sintesis)
 Buku-buku yang dibalut dengan corak
capan
 Kertas A4
 Marker pen
anneyza@sktm HBAE1203
10
6.4 Peringkat Aktiviti
Peringkat Aktiviti dan Soalan Bahan @ Alat Bantu
Peringkat
Aktiviti
1. Guru meminta murid mengambil bahan-bahan yang mereka perlukan
untuk memulakan aktiviti.
 Mengapa kita perlu tertib bila membuat sesuatu?(aras analisis)
2. Guru menerangkan aspek keselamatan semasa menggunakan pisau dan
juga aspek kebersihan.
3. Murid-murid memulakan aktiviti dengan bimbingan guru.
 Jika berlaku kesilapan, apakah tindakan kamu? (aras aplikasi)
4. Murid-murid digalakkan bertanya dan bekerja sama dengan rakan-
rakan.
 Adakah langkah-langkah hasil perbincangan kamu dapat
digunakan semasa membuat aktiviti? (aras penilaian)
 Kertas lukisan
 Warna air
 Berus lukisan
 Pisau
 Air
 Pelepah daun pisang
anneyza@sktm HBAE1203
11
6.5 Peringkat Kajian Semula
Perkara Aktiviti dan soalan Bahan bantu
Peringkat
Kajian
Semula
1. Murid-murid diberi masa untuk melihat hasil kerja rakan-rakan.
2. Guru memilih hasil kerja murid dan murid-murid dibimbing membuat
apresiasi secara kelas.
 Apakah pendapat kamu tentang hasil kerja ini dari segi warna, rupa
ruang dan bentuk? (aras analisis)
3. Murid-murid dipilih secara rawak untuk memberi pendapat apakah elemen
yang perlu diperbaiki atau penambahbaikan.
 Apakah yang dapat ditambah untuk menghasilkan capan yang lebih
menarik? (aras penilaian)
4. Guru meminta murid-murid menyenaraikan kesilapan yang mereka lakukan
dan cara mengatasinya.
 Senaraikan kesilapan yang telah kamu lakukan. Bagaimanakah cara
mengatasinya? (aras sintesis)
5. Murid-murid diminta menyebut nilai-nilai murni dalam pembelajaran hari
ini.
 Apakah nilai murni yang kamu pelajari hari ini? (aras pemahaman)
 Hasil kerja murid
 Kad perkataan unsur-unsur
seni
anneyza@sktm HBAE1203
12
7.0 Implikasi 5 Peringkat Kreativiti Fisher dengan Perkembangan Diri Kanak-Kanak
Sumber: Buku Panduan Kreativiti – Kementerian Pelajaran Malaysia
4 Domain yang Membangunkan Potensi Individu
Domain Kognitif Afektif Sensorimotor Sosial
Proses Pemikiran Perasaan Menggunakan
deria &
bergerak
Interaksi
Kandungan Intelektual Emosi Fizikal Sosio budaya
Tujuan Mengembangkan
Minda
Sensitiviti Meningkatkan
kepekaan
deria dan
pergerakan
Memperkayakan
Hubungan
Matlamat Menimba Ilmu Memahami
Diri
Memupuk
Ekspresi Diri
Menggalakkan
Sosialisasi
Sumber: Peggy Dettmer (Four Domain In Learning And Doing)2006
ProQuest Education Journals- OUM
anneyza@sktm HBAE1203
13
7.1 Aspek Kognitif
Kamus Dewan Edisi Keempat- Kognitif bermaksud segala perkara berkaitan kognisi
seperti proses pembelajaran, pemahaman dan pemerolehan pengetahuan. Menurut
Buku Panduan Kreativiti, KPM- dalam disiplin ilmu, aspek kognitif membolehkan
kanak-kanak mengenali perkara baru, mengaplikasi apa saja kemahiran berkaitan
untuk berkreatif dalam mencipta, mereka, mengeksperimen dan menghasilkan
produk baru.
Dalam pendidikan seni visual menurut Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher,
aspek kognitifnya boleh diterjemahkan seperti berikut;
Pendidikan Seni membangunkan kemahiran berfikir dengan;
Kemahiran menyelesaikan
masalah dikuasai apabila
murid melalui pengalaman
pembelajaran yang luas
dalam seni dan kraf.
(Peringkat penerokaan,
perancangan, aktiviti dan
kajian semula)
Kemahiran membuat
keputusan sentiasa berlaku
dan diperlukan semasa
menjalankan aktiviti seni.
(Peringkat penerokaan,
perancangan, aktiviti dan
kajian semula)
Kemahiran pemikiran visual
dan bahan pembelajaran
tiga dimensi sentiasa
digunakan untuk
menjayakan proses
penghasilan karya.
(Semua peringkat)
anneyza@sktm HBAE1203
14
7.2 Aspek Psikomotor
Integrasi fizikal dengan peralatan dan bahan dalam pendidikan seni visual membuka
ruang kepada kanak-kanak melatih koordinasi tangan dan mata. Penerokaan alam
benda dan alam semula jadi meningkatkan kepekaan kanak-kanak pada unsur-unsur
seni dan prinsip rekaan. Otot-otot tangan dan mata memainkan peranan penting
apabila kanak-kanak melakukan aktiviti seni.
Pada peringkat penerokaan Fisher, murid digalakkan menggunakan deria dan
pergerakan untuk menghasilkan karya capan. Interaksi yang kreatif dengan alatan
dan bahan seni adalah salah satu tujuan pendidikan seni visual.
Aspek Psikomotor
Kemahiran motor yang
cekap dikembangkan
melalui penggunaan
peralatan seni dan alatan
dalam bilik seni.
Koordinasi mata dan
tangan yang terlatih
semasa pendidikan seni
menyediakan minda
kanak-kanak untuk
menghadapi tugasan di
sekolah dan di rumah.
Keyakinan diri berkait
rapat dengan kesedaran
kanak-kanak tentang
keupayaannya
menguasai kemahiran
motor.
anneyza@sktm HBAE1203
15
7.3 Aspek Emosi
Perkembangan individu merangkumi emosi, sikap, nilai, pembentukan sahsiah dan
apresiasi. Pendidikan seni visual menjadi pemangkin kepada luahan emosi yang
sihat. Luahan emosi secara ekstrem mungkin berlaku dalam bentuk yang pelbagai
tetapi melalui pendidikan seni visual kebebasan mengekspresi perasaan dapat
diluahkan melalui lukisan atau kepuasan menghasilkan karya.
Kolaborasi dan interaksi semasa peringkat penerokaan, perancangan ,aktiviti dan
kajian semula dalam peringkat perkembangan kreativiti Fisher melatih kanak-kanak
berinteraksi dan secara tidak langsung mengembangkan pelbagai jenis emosi dan
bentuk kawalan tersendiri.
7.4 Aspek Sosial
• Ekspresi diri adalah dasar kepada penghasilan karya.
• Intervensi krisis dalam pendidikan seni boleh dijadikan medium
menguruskan stres dan trauma dalam kehidupan.
• Memahami nilai dan mengaplikasikannya dan membuat
pertimbangan apabila berhadapan dengan pelbagai situasi.
• Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.
Aspek Emosi
anneyza@sktm HBAE1203
16
Social menurut Dettmer (2006) ditakrifkan sebagai satu bentuk kebiasaan dan
pengulangan di mana individu berinteraksi dan belajar daripadanya dan menyokong
satu sama lain. Kecerdasan social terdiri daripada kognitif, afektif dan mahir dalam
bertingkah laku.
Dalam perkembangan peringkat kreativiti fisher, setiap peringkat menjurus kepada
aspek social di mana murid berinteraksi dengan guru dan rakan-rakannya. Dalam
peringkat perancangan dan aktiviti contohnya murid berbincang dan mempelajari
nilai seperti adab sopan apabila berbincang, kerja sama, empati, sensitif dan hormat.
Sinambungan daripada situasi dalam setiap peringkat tersebut secara tidak langsung
mengembangkan semua aspek lain dalam diri kanak-kanak.
Komunikasi membangunkan aspek interpersonal dan intrapersonal serta
menggerakkan cara mereka berfikir dan bertingkah laku dalam masyarakat.
• Perkongsian material seni memerlukan
interaksi sosial dan kerja sama.
• Kerjasama dalam aktiviti seni
menggalakkan perhubungan dan
kemahiran bersosial.
• Kanak-kanak yang kurang bercakap
dapat menyertai aktiviti seni tanpa perlu
bersaing dan menjadi aktif.
Aspek Sosial
anneyza@sktm HBAE1203
17
8.0 Perkaitan Antara 5 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher dan Kepentingan
Soalan Guru
Untuk mengukur perkembangan pemikiran kreatif dalam langkah pengajaran
menurut Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher, korelasinya dapat dilihat melalui
soalan-soalan yang telah dirancang fungsinya untuk mencetuskan aktiviti berfikir
dalam setiap langkah pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, satu sistem ukuran kreativiti yang menjadi rujukan pendidik digunakan.
Ukuran pemikiran kreatif Lowenfeld terdiri daripada empat komponen iaitu
kelancaran, keluwesan (fleksibiliti), keaslian dan kepekaan (sensitiviti).
Sumber: Abdul Shukor et al. 2011
Indikator Pemikiran Kreatif Lowenfeld
Kelancaran
Idea yang
spontan.
Mencari
penyelesaian
alternatif.
Kebolehan
menghubung kait.
Fleksibiliti
Toleransi
Bijak
menyesuaikan diri
Berfikiran terbuka
terhadap cabaran
Kepekaan
Sensitiviti yang
tinggi terhadap
rakan, ciptaan dan
estetika
Semua
pancaindera
diguna semasa
pengamatan.
Keaslian
Keaslian idea
Sentiasa mencari
idea baru
anneyza@sktm HBAE1203
18
8.1 Peringkat Ransangan
 Guru menunjukkan gambar pokok pisang.
Soalan
1
Gambar apakah ini?
Kelancaran/ Kepekaan
Jawapan murid untuk soalan ini adalah spontan. Walaupun soalan ini hanya
mempunyai satu jawapan yang pasti tetapi tujuannya hanyalah untuk
membuka minda murid untuk melibatkan diri dalam pembelajaran.
Kebolehan menghubungkait juga akan terjadi bila murid selalunya akan
bertanya kepada guru ‘mengapa pokok pisang? / kita nak buat apa?
Murid yang peka akan mengaitkan pokok pisang dengan meneka aktiviti
yang akan dilakukan.
Soalan
2
Terangkan tentang pokok pisang?
Kelancaran / kepekaan/ Keaslian
Tujuan soalan ini adalah untuk mengetahui tahap kefahaman murid tentang
pokok pisang dan mendorong murid berfikir apa saja tentang pokok pisang.
Pemikiran kreatif akan terjadi apabila murid cuba menghubungkan
gambarannya tentang pisang melalui perkataan.
Murid akan mengaitkan pengetahuan sedia adanya.
Jawapan murid yang pelbagai tentang pokok pisang menunjukkan idea asli
daripada pemikirannya.
Soalan
3
Pada bahagian manakah batang ini boleh didapati?
Kelancaran/Kepekaan
Soalan ini mendorong murid mengamati dan berfikir untuk mengingat
semula pengetahuannya tentang pokok pisang.
anneyza@sktm HBAE1203
19
Soalan
4
Sebutkan bentuk dan teksturnya.
Kelancaran / Kepekaan / Fleksibiliti / Keaslian
Murid akan menggunakan pancaindera untuk merasa dan mengamati objek
serta memberi pendapat tentang apa yang dirasai oleh derianya.
Soalan
5
Bagaimanakah corak ini terhasil?
Kelancaran / Kepekaan / Fleksibiliti / Keaslian
Murid bebas memberikan pendapat dan ideanya serta menggabungkan idea
rakannya untuk mendapatkan jawapan.
anneyza@sktm HBAE1203
20
8.2 Peringkat Penerokaan
Dalam Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher, penerokaan adalah satu peringkat
di mana murid digalak meneroka untuk mengembangkan kreativiti. Penerokaan
murid menggunakan semua panca indera dengan memberi respon pada soalan-soalan
guru.
Soalan
1
Sebutkan bahan-bahan yang ditunjukkan.
Apakah kegunaannya?
Kelancaran/ Kepekaan
Murid menggunakan kemahiran mengait untuk menjawab soalan ini.
Soalan ini bertujuan meningkatkan kepekaan murid pada bahan-bahan seni
di samping menguji ingatan, pengetahuan dan kebolehan mengkolerasi
murid.
Soalan
2
Bagaimanakah bentuk memainkan peranan untuk menghasilkan corak?
Kelancaran/ Kepekaan/ Keaslian / Fleksibiliti
Idea yang spontan daripada murid mungkin tercetus.
Murid yang kreatif akan mengungkapkan ideanya melalui pemerhatian.
Soalan ini menggalakkan keaslian idea serta kepelbagaian pendapat.
Soalan
3
Bagaimanakah bancuhan warna dari segi kepekatan atau kecairan
memainkan peranan?
Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian
Soalan ini mengukur semua komponen memandangkan aktivitinya ialah
penerokaan secara cuba jaya dengan membuat capan untuk menguji.
Murid akan menjawab setelah percubaannya membancuh warna dan
membuat eksperimen capan selesai.
Soalan
4
Apakah perbezaan jalinannya?
Kepekaan / Kelancaran / fleksibiliti
Murid akan menggunakan pancaindera untuk mengamati objek.
anneyza@sktm HBAE1203
21
8.3 Perancangan
Aktiviti pada peringkat ini ialah meniru idea tetapi merancang semula untuk
mendapatkan idea baru yang lebih menarik.
Soalan
1
Terangkan tentang pembalut buku ini dari segi warna, ruang, jalinan dan
rupa.
Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian
Soalan ini menuntut murid menggunakan semua komponen ukuran kreativiti
untuk menjawabnya.
Soalan
2 Bincangkan bagaimana kamu akan menghasilkan corak yang menarik?
Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian
Kemahiran berfikir, bersosial, kognitif dan kreativiti murid akan terserlah
melalui aktiviti ini.
Soalan
3
Mengapa bentuk potongan pelepah perlu diubah?
Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian
Jawapan atau pendapat yang berlainan daripada murid akan menunjukkan
kreativiti mereka.
anneyza@sktm HBAE1203
22
8.4 Peringkat Aktiviti
Pada peringkat ini aktiviti diselitkan dengan pengetahuan tentang kepentingan
proses dan nilai dalam menghasilkan karya.
Soalan
1
Mengapakah kita perlu tertib bila melakukan sesuatu?
Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian
Soalan ini mendorong murid mengaitkan dan memikirkan sebab dan akibat
sesuatu tindakan.
Soalan
2 Jika berlaku kesilapan, apakah tindakan kamu?
Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian
Aktiviti dan proses menghasilkan karya seni memberi murid peluang merasa
pengalaman dan belajar sesuatu darinya termasuk kreativiti dan metakognisi.
Soalan
3
Adakah langkah-langkah hasil perbincangan kamu dapat digunakan
semasa membuat aktiviti?
Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian
Murid dibimbing membanding beza, membuat kesimpulan, mengenal pasti
dan menjana idea untuk mengetahui hasilnya.
anneyza@sktm HBAE1203
23
8.5 Peringkat Kajian Semula
Apresiasi seni ,cadangan pengubahsuaian dan nilai.
Soalan
1
Berikan pendapat kamu tentang hasil kerja dari segi warna, rupa, ruang
dan bentuk?
Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian
Pelbagai cetusan apresiasi akan diungkapkan dan murid akan menampakkan
sensitiviti.
Soalan
2 Apakah yang dapat ditambah untuk menghasilkan capan yang lebih
menarik?
Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian
Mencungkil idea asli dan kebolehan memanipulasi idea untuk mendapatkan
hasil karya berkualiti.
Soalan
3
Apakah kesilapan yang dikenalpasti? Bagaimanakah cara mengatasinya?
Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian
Mengenal pasti, mencari penyelesaian kepada masalah dan memikirkan
alternatif.
Soalan
4 Apakah nilai murni yang kamu pelajari hari ini?
Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian
Tindakbalas kepada soalan adalah melalui proses mengkorelasi, menyenarai,
memberi sebab, mengenal pasti, menghargai dan bersyukur.
anneyza@sktm HBAE1203
24
9.0 Penutup
Kesimpulannya teori Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher adalah salah satu
strategi yang sesuai digunakan untuk mengajar murid kemahiran berfikir dan
mengembangkan kreativiti. Strategi dan teknik menyoal pula perlu di rancang selari
dengan kematangan dan kebolehan murid dengan menggunakan aras soalan Bloom
contohnya dan indikatornya boleh diukur menggunakan ukuran kreativiti Lowenfeld
atau Torrance.
Aspek sosial, kognitif dan fizikal juga tergabung di setiap peringkat secara tidak
langsung kerana pada dasarnya kepekaan murid kepada individu dan objek di
sekitarnya sentiasa berlaku dalam proses penghasilan karya seni.
Kecerdasan murid adalah pelbagai namun Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher
boleh sampai kepada setiap murid melalui variasi aktiviti di setiap peringkat.
Perancangan pengajaran guru yang tersusun serta faktor seperti kebolehan murid,
persekitaran, alatan, bahan dan set soalan yang sesuai dengan aktiviti adalah elemen
penting dalam menjayakan Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher.
anneyza@sktm HBAE1203
25
Rujukan
.

Hbae1203 kreativiti

  • 1.
    Isi Kandungan Bil PerkaraMuka Surat 1. Pengenalan 1 2. Komponen Kreativiti 1 3. Pengertian Kreativiti 2 4. Pendapat Tokoh-Tokoh Tentang Seni 3 5. Kepentingan Kreativiti Kepada Kanak-Kanak 4 6. Peringkat Kreativiti Fisher 5 7. Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher Dalam Langkah Pengajaran 6-11 8. Implikasi 5 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher Dengan Perkembangan Diri Kanak-Kanak 12-16 9. Perkaitan Antara 5 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher dan Kepentingan Soalan Guru 17-23 10. Penutup 24 11. Rujukan
  • 2.
    anneyza@sktm HBAE1203 1 1.0 Pengenalan Mengapakreativiti? Elemen kreativiti dan inovasi telah lama bertapak dalam kurikulum persekolahan di Malaysia dan dibangunkan secara dinamik sejak KBSR dan KBSM. Kesinambungan daripada itu, pada tahun 2010 kerajaan telah mengisytiharkan tahun tersebut sebagai tahun kreatif dan inovatif. Bidang Keberhasilan Utama Negara menuntut generasi baru berfikiran kreatif, inovatif, mementingkan nilai murni dan berdaya saing di peringkat global. Matlamatnya adalah untuk menghasilkan modal insan yang kreatif, inovatif, berdaya cipta, mampu menghasilkan idea dan ciptaan berkualiti. Seterusnya fonomena itu akan menjadi budaya hidup rakyat Malaysia dan menjadi aset negara yang bernilai. Menurut tokoh seni Carl Rogers, individu yang bebas dan mempunyai kesedaran tentang tanggung jawab akan menyumbang kreativiti sama ada dalam bentuk sains atau seni kepada manusia atau makhluk di sekelilingnya. Tugasan ini akan membincangkan tentang peringkat kreativiti Fisher dan implikasi setiap peringkat kepada pembangunan ciri-ciri individu kanak-kanak. 2.0 Komponen Kreativiti Menurut Adam (2005), komponen kreativiti terdiri daripada;  Pengetahuan Semua pemahaman berkaitan yang individu terjemahkan sebagai usaha kreatif.  Pemikiran kreatif Cara individu mendekati masalah dan bagaimana mereka menggunakan personaliti dan gaya berfikir untuk menyelesaikan atau mengintrepretasi masalah tersebut  Motivasi Motivasi selalunya menjadi kunci utama dalam penghasilan produk kreatif tetapi pendorong yang lebih efektif ialah azam dan minat mendalam pada apa yang dilakukan.
  • 3.
    anneyza@sktm HBAE1203 2 3.0 TakrifanKreativiti Sumber: Abdul Shukor Hashim et al. (2011) Sumber: Buku Panduan Kreativiti – Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia Sumber: Buku Panduan Kreativiti – Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011,KPM Kementerian Pelajaran Malaysia Berasal daripada bahasa Latin 'creare' ertinya • Membuat Perkataan daripada bahasa Greek 'creare' maksudnya • Memenuhi Kamus Dewan (2005) • Kebolehan mencipta, daya kreatif, kekreatifan ....kebolehan untuk menghasilkan dan mencernakan idea baru dan asli. Idea tersebut dihasilkan melalui gabungan idea yang ada dan ilham ... (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)
  • 4.
    anneyza@sktm HBAE1203 3 3.0 PendapatTokoh-Tokoh Tentang ‘Kreativiti’ Ellis Paul Torrance (1974) menjelaskan kreativiti adalah proses yang terjadi bila seseorang peka terhadap kekurangan, unsur-unsur yang tiada, jurang pengetahuan, sesuatu yang tidak harmoni, mengenal pasti sesuatu yang sukar seterusnya mencari penyelesaian dengan meneka, membentuk hipotesis berdasarkan kekurangan-kekurangan itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis lalu melakukan pengubahsuaian , diuji semula hingga akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain. Pendapat daripada June King McFee, menyatakan kreativiti seseorang berlaku apabila individu menyumbangkan idea dan berupaya menghasilkan idea yang baru yang lebih bermakna daripada idea tersebut. Di sini McFee menjelaskan bahawa idea boleh diolah dan dimanipulasi menjadi sesuatu yang baru. Viktor Lowenfeld (1975) mendifinisikan kreativiti sebagai naluri yang dimiliki oleh setiap insan sejak lahir. Faktor pertama yang digunakan untuk menyelesaikan masalah adalah naluri manakala keinginan mendorong individu meneroka dan menyelidik sesuatu. Manusia bertindak kerana ada naluri dan keinginan. Untuk menjadi kreatif, membawa maksud mewujudkan sesuatu yang baru dan mempunyai nilai. Sesuatu yang kreatif tidak mudah, luarbiasa dan ianya jarang ditemui serta unik. - Edward De Bono (1992) Kesimpulannya, semua manusia memiliki kapasiti pemikiran kreatif. Kreativiti juga boleh ditakrifkan sebagai kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang asli dan tidak ada sebelumnya. Kemahiran otak kanan adalah sinonim dengan pemikiran kreatif. Fitrah pemikiran kreatif adalah divergen kerana kaedah pemikirannya pelbagai. Pemikiran kreatif itu digunakan untuk menjana idea, membuat hipotesis, menggunakan imaginasi dan mencari alternatif serta menginovasi idea daripada aktiviti yang kita lakukan.
  • 5.
    anneyza@sktm HBAE1203 4 4.0 KepentinganKreativiti kepada Kanak-Kanak Pengajaran dan pembelajaran pemikiran kreatif adalah cara yang berkesan untuk menarik minat kanak-kanak kepada pelajarannya. Pemikiran kreatif menyediakan minda kanak- kanak dengan kemahiran yang fleksibel untuk membantu mereka menghadapi masa depan yang tidak diketahui. Selain itu, murid juga akan mengetahui potensi dan kecenderungan diri serta cuba membangunkan potensi tersebut agar memberi manfaat kepada diri dan makhluk sekelilingnya. Kanak-kanak yang didorong berfikir secara kreatif menunjukkan peningkatan dalam motivasi diri dan keyakinan. Masa depan memerlukan individu yang inovatif, berupaya menyelesaikan masalah dan bijak berkomunikasi. Justeru, keyakinan diri adalah elemen penting yang dipupuk melalui pemikiran kreatif. Bersumberkan Buku Panduan Kreativiti – Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011, Kepentingan kreativiti dinyatakan seperti berikut; Sumber: Buku Panduan Kreativiti – Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 6.
    anneyza@sktm HBAE1203 5 5.0 PeringkatKreativiti Fisher (1943) • Meransang pemikiran kreatif dengan variasi kata tanya seperti apa, siapa, mengapa, bila, di mana, bagaimana dan sebagainya. • Murid dibimbing berinteraksi secara aktif, menjelaskan rasa ingin tahu dan mengemukakan persoalan kritikal untuk meransang minda. Rangsangan • Apabila peringkat ransangan telah berjaya meransang minda murid untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan maka latihan menyelesaikan masalah boleh membantu. • Peringkat ini kanak-kanak akan melakukan eksperimen dan kajian untuk mencari jawapan kepada masalah. Penerokaan • Perancangan melalui interaksi verbal seperti perbincangan dan pemerhatian. • Menggunakan visual seperti graf, carta atau imej lukisan untuk merancang dan menggalakkan pemikiran kreatif. Perancangan • Melakukan tindakan terhadap aktiviti yang telah direncanakan • Bertindak berdasarkan persoalan bagaimana dan apa yang akan kita lakukan terhadap cadangan berkenaan? Aktiviti • Membuat refleksi ke atas keberkesanan tindakan yang telah diambil untuk tujuan penambahbaikan.Kajian Semula
  • 7.
    anneyza@sktm HBAE1203 6 6.0 PeringkatPerkembangan Kreativiti Fisher Dalam Langkah Pengajaran Peringkat perkembangan kreativiti fisher akan diterjemahkan dalam bentuk langkah pengajaran untuk menunjukkan bagaimana kreativiti murid dibangunkan melalui pembelajaran dengan teknik penyoalan dan melakukan aktiviti fizikal serta kemahiran berfikir. Teknik penyoalan membantu interaksi yang aktif antara guru dan murid atau murid dengan murid. Penyoalan juga mengembangkan pemikiran kreatif murid dengan menggalakkan murid berfikir secara kritis, kreatif, inovatif dan logik. Soalan yang bermutu dan terancang menjadikan sesi pembelajaran dinamik dan efektif. Soalan-soalan guru akan dibangunkan berpandu kepada Taksonomi Bloom. Taksonomi Bloom Maksud Contoh Indikator Pengetahuan Mengingat semula Menamakan Menyenaraikan Menamakan semula Pemahaman Memahami tentang Menghurai dengan perkataan sendiri Menghujah Merumus Penerapan Mengaplikasi pengetahuan dalam situasi lain Guna semula idea Merancang Menyelesai Analisa memecahkan maklumat kepada bahagian-bahagian, menyiasat hubungan Menjelaskan Menyusun semula menaakul Sintesis Menggabungkan bahagian-bahagian dan menghasilkan idea baru Mereka bentuk Memberi pendapat mengembangkan Penilaian Menimbangkan keputusan dan membuat penilaian Mewajarkan pilihan Mengadili
  • 8.
    anneyza@sktm HBAE1203 7 6.1 PeringkatRansangan Peringkat Aktiviti dan Soalan Bahan Ransangan Peringkat Ransangan 1. Guru menunjukkan gambar pokok pisang.  Gambar apakah ini? (aras pengetahuan)  Terangkan tentang pokok pisang. (aras pengetahuan) 2. Guru menunjukkan batang pelepah pisang dan meminta murid menyentuhnya.  Pada bahagian manakah batang ini boleh didapati? (aras pemahaman)  Sebutkan bentuk dan teksturnya. (aras analisis) 3. Murid melihat contoh gambar capan yang pamerkan oleh guru.  Bagaimanakah corak ini terhasil? (analisis) 4. Murid-murid mendengar penjelasan guru tentang maksud capan.  Gambar capan  Buku yang dibalut dengan corak capan.
  • 9.
    anneyza@sktm HBAE1203 8 6.2 PeringkatPenerokaan Perkara Aktiviti dan soalan Bahan/Alatan Peringkat Penerokaan 1. Guru mempamerkan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan capan.  Sebutkan bahan-bahan yang cikgu tunjukkan. (aras pengetahuan) 2. Murid-murid diminta menyentuh tumbuhan yang dibawa dan bimbing murid mengaitkan bentuk dengan corak. 3. Guru membuat demonstrasi cara-cara membuat capan.  Bagaimanakah bentuk memainkan peranan menghasilkan corak? (aras aplikasi) 4. Murid-murid diminta mencuba membuat capan di atas kertas yang diedarkan oleh guru. Cuba jaya.  Bagaimanakah bancuhan warna dari segi kepekatan dan kecairan memainkan peranan? (aras penilaian) 5. Murid-murid dibimbing memotong dan melihat hasil jalinan pada permukaan tumbuhan yang digunakan.  Perhatikan jalinannya, apakah bezanya? (aras aplikasi)  Batang pada daun pisang  Kertas lukisan  Berus lukisan  Warna air  Air  Bekas pembancuh warna  Pisau
  • 10.
    anneyza@sktm HBAE1203 9 6.3 PeringkatPerancangan Peringkat Aktiviti dan soalan Bahan Peringkat Perancangan 1. Guru menunjukkan buku yang telah dibalut dengan corak capan.  Terangkan tentang pembalut buku ini dari segi warna, ruang, jalinan dan rupa. (aras penilaian) 2. Murid melihat contoh-contoh capan pada pembalut buku. 3. Murid-murid dibahagikan ke dalam kumpulan dan berbincang bagaimanakah corak yang akan dihasilkan.  Bincangkan bagaimana kamu akan menghasilkan corak yang menarik? (aras penilaian) 4. Setiap kumpulan akan menunjukkan bagaimana susunan corak, warna dan bentuk potongan pelepah.  Mengapa bentuk potongan pelepah perlu diubah? (aras sintesis)  Buku-buku yang dibalut dengan corak capan  Kertas A4  Marker pen
  • 11.
    anneyza@sktm HBAE1203 10 6.4 PeringkatAktiviti Peringkat Aktiviti dan Soalan Bahan @ Alat Bantu Peringkat Aktiviti 1. Guru meminta murid mengambil bahan-bahan yang mereka perlukan untuk memulakan aktiviti.  Mengapa kita perlu tertib bila membuat sesuatu?(aras analisis) 2. Guru menerangkan aspek keselamatan semasa menggunakan pisau dan juga aspek kebersihan. 3. Murid-murid memulakan aktiviti dengan bimbingan guru.  Jika berlaku kesilapan, apakah tindakan kamu? (aras aplikasi) 4. Murid-murid digalakkan bertanya dan bekerja sama dengan rakan- rakan.  Adakah langkah-langkah hasil perbincangan kamu dapat digunakan semasa membuat aktiviti? (aras penilaian)  Kertas lukisan  Warna air  Berus lukisan  Pisau  Air  Pelepah daun pisang
  • 12.
    anneyza@sktm HBAE1203 11 6.5 PeringkatKajian Semula Perkara Aktiviti dan soalan Bahan bantu Peringkat Kajian Semula 1. Murid-murid diberi masa untuk melihat hasil kerja rakan-rakan. 2. Guru memilih hasil kerja murid dan murid-murid dibimbing membuat apresiasi secara kelas.  Apakah pendapat kamu tentang hasil kerja ini dari segi warna, rupa ruang dan bentuk? (aras analisis) 3. Murid-murid dipilih secara rawak untuk memberi pendapat apakah elemen yang perlu diperbaiki atau penambahbaikan.  Apakah yang dapat ditambah untuk menghasilkan capan yang lebih menarik? (aras penilaian) 4. Guru meminta murid-murid menyenaraikan kesilapan yang mereka lakukan dan cara mengatasinya.  Senaraikan kesilapan yang telah kamu lakukan. Bagaimanakah cara mengatasinya? (aras sintesis) 5. Murid-murid diminta menyebut nilai-nilai murni dalam pembelajaran hari ini.  Apakah nilai murni yang kamu pelajari hari ini? (aras pemahaman)  Hasil kerja murid  Kad perkataan unsur-unsur seni
  • 13.
    anneyza@sktm HBAE1203 12 7.0 Implikasi5 Peringkat Kreativiti Fisher dengan Perkembangan Diri Kanak-Kanak Sumber: Buku Panduan Kreativiti – Kementerian Pelajaran Malaysia 4 Domain yang Membangunkan Potensi Individu Domain Kognitif Afektif Sensorimotor Sosial Proses Pemikiran Perasaan Menggunakan deria & bergerak Interaksi Kandungan Intelektual Emosi Fizikal Sosio budaya Tujuan Mengembangkan Minda Sensitiviti Meningkatkan kepekaan deria dan pergerakan Memperkayakan Hubungan Matlamat Menimba Ilmu Memahami Diri Memupuk Ekspresi Diri Menggalakkan Sosialisasi Sumber: Peggy Dettmer (Four Domain In Learning And Doing)2006 ProQuest Education Journals- OUM
  • 14.
    anneyza@sktm HBAE1203 13 7.1 AspekKognitif Kamus Dewan Edisi Keempat- Kognitif bermaksud segala perkara berkaitan kognisi seperti proses pembelajaran, pemahaman dan pemerolehan pengetahuan. Menurut Buku Panduan Kreativiti, KPM- dalam disiplin ilmu, aspek kognitif membolehkan kanak-kanak mengenali perkara baru, mengaplikasi apa saja kemahiran berkaitan untuk berkreatif dalam mencipta, mereka, mengeksperimen dan menghasilkan produk baru. Dalam pendidikan seni visual menurut Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher, aspek kognitifnya boleh diterjemahkan seperti berikut; Pendidikan Seni membangunkan kemahiran berfikir dengan; Kemahiran menyelesaikan masalah dikuasai apabila murid melalui pengalaman pembelajaran yang luas dalam seni dan kraf. (Peringkat penerokaan, perancangan, aktiviti dan kajian semula) Kemahiran membuat keputusan sentiasa berlaku dan diperlukan semasa menjalankan aktiviti seni. (Peringkat penerokaan, perancangan, aktiviti dan kajian semula) Kemahiran pemikiran visual dan bahan pembelajaran tiga dimensi sentiasa digunakan untuk menjayakan proses penghasilan karya. (Semua peringkat)
  • 15.
    anneyza@sktm HBAE1203 14 7.2 AspekPsikomotor Integrasi fizikal dengan peralatan dan bahan dalam pendidikan seni visual membuka ruang kepada kanak-kanak melatih koordinasi tangan dan mata. Penerokaan alam benda dan alam semula jadi meningkatkan kepekaan kanak-kanak pada unsur-unsur seni dan prinsip rekaan. Otot-otot tangan dan mata memainkan peranan penting apabila kanak-kanak melakukan aktiviti seni. Pada peringkat penerokaan Fisher, murid digalakkan menggunakan deria dan pergerakan untuk menghasilkan karya capan. Interaksi yang kreatif dengan alatan dan bahan seni adalah salah satu tujuan pendidikan seni visual. Aspek Psikomotor Kemahiran motor yang cekap dikembangkan melalui penggunaan peralatan seni dan alatan dalam bilik seni. Koordinasi mata dan tangan yang terlatih semasa pendidikan seni menyediakan minda kanak-kanak untuk menghadapi tugasan di sekolah dan di rumah. Keyakinan diri berkait rapat dengan kesedaran kanak-kanak tentang keupayaannya menguasai kemahiran motor.
  • 16.
    anneyza@sktm HBAE1203 15 7.3 AspekEmosi Perkembangan individu merangkumi emosi, sikap, nilai, pembentukan sahsiah dan apresiasi. Pendidikan seni visual menjadi pemangkin kepada luahan emosi yang sihat. Luahan emosi secara ekstrem mungkin berlaku dalam bentuk yang pelbagai tetapi melalui pendidikan seni visual kebebasan mengekspresi perasaan dapat diluahkan melalui lukisan atau kepuasan menghasilkan karya. Kolaborasi dan interaksi semasa peringkat penerokaan, perancangan ,aktiviti dan kajian semula dalam peringkat perkembangan kreativiti Fisher melatih kanak-kanak berinteraksi dan secara tidak langsung mengembangkan pelbagai jenis emosi dan bentuk kawalan tersendiri. 7.4 Aspek Sosial • Ekspresi diri adalah dasar kepada penghasilan karya. • Intervensi krisis dalam pendidikan seni boleh dijadikan medium menguruskan stres dan trauma dalam kehidupan. • Memahami nilai dan mengaplikasikannya dan membuat pertimbangan apabila berhadapan dengan pelbagai situasi. • Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Aspek Emosi
  • 17.
    anneyza@sktm HBAE1203 16 Social menurutDettmer (2006) ditakrifkan sebagai satu bentuk kebiasaan dan pengulangan di mana individu berinteraksi dan belajar daripadanya dan menyokong satu sama lain. Kecerdasan social terdiri daripada kognitif, afektif dan mahir dalam bertingkah laku. Dalam perkembangan peringkat kreativiti fisher, setiap peringkat menjurus kepada aspek social di mana murid berinteraksi dengan guru dan rakan-rakannya. Dalam peringkat perancangan dan aktiviti contohnya murid berbincang dan mempelajari nilai seperti adab sopan apabila berbincang, kerja sama, empati, sensitif dan hormat. Sinambungan daripada situasi dalam setiap peringkat tersebut secara tidak langsung mengembangkan semua aspek lain dalam diri kanak-kanak. Komunikasi membangunkan aspek interpersonal dan intrapersonal serta menggerakkan cara mereka berfikir dan bertingkah laku dalam masyarakat. • Perkongsian material seni memerlukan interaksi sosial dan kerja sama. • Kerjasama dalam aktiviti seni menggalakkan perhubungan dan kemahiran bersosial. • Kanak-kanak yang kurang bercakap dapat menyertai aktiviti seni tanpa perlu bersaing dan menjadi aktif. Aspek Sosial
  • 18.
    anneyza@sktm HBAE1203 17 8.0 PerkaitanAntara 5 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher dan Kepentingan Soalan Guru Untuk mengukur perkembangan pemikiran kreatif dalam langkah pengajaran menurut Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher, korelasinya dapat dilihat melalui soalan-soalan yang telah dirancang fungsinya untuk mencetuskan aktiviti berfikir dalam setiap langkah pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, satu sistem ukuran kreativiti yang menjadi rujukan pendidik digunakan. Ukuran pemikiran kreatif Lowenfeld terdiri daripada empat komponen iaitu kelancaran, keluwesan (fleksibiliti), keaslian dan kepekaan (sensitiviti). Sumber: Abdul Shukor et al. 2011 Indikator Pemikiran Kreatif Lowenfeld Kelancaran Idea yang spontan. Mencari penyelesaian alternatif. Kebolehan menghubung kait. Fleksibiliti Toleransi Bijak menyesuaikan diri Berfikiran terbuka terhadap cabaran Kepekaan Sensitiviti yang tinggi terhadap rakan, ciptaan dan estetika Semua pancaindera diguna semasa pengamatan. Keaslian Keaslian idea Sentiasa mencari idea baru
  • 19.
    anneyza@sktm HBAE1203 18 8.1 PeringkatRansangan  Guru menunjukkan gambar pokok pisang. Soalan 1 Gambar apakah ini? Kelancaran/ Kepekaan Jawapan murid untuk soalan ini adalah spontan. Walaupun soalan ini hanya mempunyai satu jawapan yang pasti tetapi tujuannya hanyalah untuk membuka minda murid untuk melibatkan diri dalam pembelajaran. Kebolehan menghubungkait juga akan terjadi bila murid selalunya akan bertanya kepada guru ‘mengapa pokok pisang? / kita nak buat apa? Murid yang peka akan mengaitkan pokok pisang dengan meneka aktiviti yang akan dilakukan. Soalan 2 Terangkan tentang pokok pisang? Kelancaran / kepekaan/ Keaslian Tujuan soalan ini adalah untuk mengetahui tahap kefahaman murid tentang pokok pisang dan mendorong murid berfikir apa saja tentang pokok pisang. Pemikiran kreatif akan terjadi apabila murid cuba menghubungkan gambarannya tentang pisang melalui perkataan. Murid akan mengaitkan pengetahuan sedia adanya. Jawapan murid yang pelbagai tentang pokok pisang menunjukkan idea asli daripada pemikirannya. Soalan 3 Pada bahagian manakah batang ini boleh didapati? Kelancaran/Kepekaan Soalan ini mendorong murid mengamati dan berfikir untuk mengingat semula pengetahuannya tentang pokok pisang.
  • 20.
    anneyza@sktm HBAE1203 19 Soalan 4 Sebutkan bentukdan teksturnya. Kelancaran / Kepekaan / Fleksibiliti / Keaslian Murid akan menggunakan pancaindera untuk merasa dan mengamati objek serta memberi pendapat tentang apa yang dirasai oleh derianya. Soalan 5 Bagaimanakah corak ini terhasil? Kelancaran / Kepekaan / Fleksibiliti / Keaslian Murid bebas memberikan pendapat dan ideanya serta menggabungkan idea rakannya untuk mendapatkan jawapan.
  • 21.
    anneyza@sktm HBAE1203 20 8.2 PeringkatPenerokaan Dalam Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher, penerokaan adalah satu peringkat di mana murid digalak meneroka untuk mengembangkan kreativiti. Penerokaan murid menggunakan semua panca indera dengan memberi respon pada soalan-soalan guru. Soalan 1 Sebutkan bahan-bahan yang ditunjukkan. Apakah kegunaannya? Kelancaran/ Kepekaan Murid menggunakan kemahiran mengait untuk menjawab soalan ini. Soalan ini bertujuan meningkatkan kepekaan murid pada bahan-bahan seni di samping menguji ingatan, pengetahuan dan kebolehan mengkolerasi murid. Soalan 2 Bagaimanakah bentuk memainkan peranan untuk menghasilkan corak? Kelancaran/ Kepekaan/ Keaslian / Fleksibiliti Idea yang spontan daripada murid mungkin tercetus. Murid yang kreatif akan mengungkapkan ideanya melalui pemerhatian. Soalan ini menggalakkan keaslian idea serta kepelbagaian pendapat. Soalan 3 Bagaimanakah bancuhan warna dari segi kepekatan atau kecairan memainkan peranan? Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian Soalan ini mengukur semua komponen memandangkan aktivitinya ialah penerokaan secara cuba jaya dengan membuat capan untuk menguji. Murid akan menjawab setelah percubaannya membancuh warna dan membuat eksperimen capan selesai. Soalan 4 Apakah perbezaan jalinannya? Kepekaan / Kelancaran / fleksibiliti Murid akan menggunakan pancaindera untuk mengamati objek.
  • 22.
    anneyza@sktm HBAE1203 21 8.3 Perancangan Aktivitipada peringkat ini ialah meniru idea tetapi merancang semula untuk mendapatkan idea baru yang lebih menarik. Soalan 1 Terangkan tentang pembalut buku ini dari segi warna, ruang, jalinan dan rupa. Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian Soalan ini menuntut murid menggunakan semua komponen ukuran kreativiti untuk menjawabnya. Soalan 2 Bincangkan bagaimana kamu akan menghasilkan corak yang menarik? Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian Kemahiran berfikir, bersosial, kognitif dan kreativiti murid akan terserlah melalui aktiviti ini. Soalan 3 Mengapa bentuk potongan pelepah perlu diubah? Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian Jawapan atau pendapat yang berlainan daripada murid akan menunjukkan kreativiti mereka.
  • 23.
    anneyza@sktm HBAE1203 22 8.4 PeringkatAktiviti Pada peringkat ini aktiviti diselitkan dengan pengetahuan tentang kepentingan proses dan nilai dalam menghasilkan karya. Soalan 1 Mengapakah kita perlu tertib bila melakukan sesuatu? Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian Soalan ini mendorong murid mengaitkan dan memikirkan sebab dan akibat sesuatu tindakan. Soalan 2 Jika berlaku kesilapan, apakah tindakan kamu? Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian Aktiviti dan proses menghasilkan karya seni memberi murid peluang merasa pengalaman dan belajar sesuatu darinya termasuk kreativiti dan metakognisi. Soalan 3 Adakah langkah-langkah hasil perbincangan kamu dapat digunakan semasa membuat aktiviti? Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian Murid dibimbing membanding beza, membuat kesimpulan, mengenal pasti dan menjana idea untuk mengetahui hasilnya.
  • 24.
    anneyza@sktm HBAE1203 23 8.5 PeringkatKajian Semula Apresiasi seni ,cadangan pengubahsuaian dan nilai. Soalan 1 Berikan pendapat kamu tentang hasil kerja dari segi warna, rupa, ruang dan bentuk? Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian Pelbagai cetusan apresiasi akan diungkapkan dan murid akan menampakkan sensitiviti. Soalan 2 Apakah yang dapat ditambah untuk menghasilkan capan yang lebih menarik? Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian Mencungkil idea asli dan kebolehan memanipulasi idea untuk mendapatkan hasil karya berkualiti. Soalan 3 Apakah kesilapan yang dikenalpasti? Bagaimanakah cara mengatasinya? Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian Mengenal pasti, mencari penyelesaian kepada masalah dan memikirkan alternatif. Soalan 4 Apakah nilai murni yang kamu pelajari hari ini? Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian Tindakbalas kepada soalan adalah melalui proses mengkorelasi, menyenarai, memberi sebab, mengenal pasti, menghargai dan bersyukur.
  • 25.
    anneyza@sktm HBAE1203 24 9.0 Penutup Kesimpulannyateori Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher adalah salah satu strategi yang sesuai digunakan untuk mengajar murid kemahiran berfikir dan mengembangkan kreativiti. Strategi dan teknik menyoal pula perlu di rancang selari dengan kematangan dan kebolehan murid dengan menggunakan aras soalan Bloom contohnya dan indikatornya boleh diukur menggunakan ukuran kreativiti Lowenfeld atau Torrance. Aspek sosial, kognitif dan fizikal juga tergabung di setiap peringkat secara tidak langsung kerana pada dasarnya kepekaan murid kepada individu dan objek di sekitarnya sentiasa berlaku dalam proses penghasilan karya seni. Kecerdasan murid adalah pelbagai namun Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher boleh sampai kepada setiap murid melalui variasi aktiviti di setiap peringkat. Perancangan pengajaran guru yang tersusun serta faktor seperti kebolehan murid, persekitaran, alatan, bahan dan set soalan yang sesuai dengan aktiviti adalah elemen penting dalam menjayakan Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher.
  • 26.