Peperiksaan Pertengahan
Tahun 2020
Disediakan oleh:
Saharuddin bin Abdullah
Guru Bahasa Melayu
SMK Sijangkang Jaya
Huraikan pendapat anda tentang usaha-
usaha untuk mengekalkan permainan
tradisional di negara kita. Panjangnya
huraian anda hendaklah antara 200-250
patah perkataan.
Soalan - Karangan Berpandu
Isu dan Fokus Soalan
Huraikan pendapat anda tentang usaha-
usaha untuk mengekalkan permainan
tradisional di negara kita. Panjangnya
huraian anda hendaklah antara 200-250
patah perkataan.
Isu : Permainan Tradisional.
Fokus : Usaha-usaha untuk mengekalkan
permainan tradisional di negara kita.
FIKIRKAN...ISU POSITIF ATAU NEGATIF !!!
Pastikan pendahuluan tepat
Rujuk stimulus soalan untuk menentukan isu positif atau negatif
Apa yang perlu ada dalam pendahuluan
 Ayat semasa
 Dalam era...
 Ayat isu - Isu ???? sering diperkatakan
 Ayat pandangan - Harus diambil perhatian....
 Ayat persoalan....Mengapa? Siapa? Bagaimana? Kenapa?
 Ayat peribahasa - Pepatah Melayu ada menyatakan...
 Ayat fokus - Fokus ???? akan saya huraikan ......
Contoh Pendahuluan: acuan (isu positif)
Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini, kita dikejutkan
dengan isu ……. Isu ini saban hari terpampang di dada-dada
akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan
sahaja menjadi bualan masyarakat di warung-warung kopi, di
jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian
oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, apakah
kepentingan isu ini kepada kita? Kita sewajarnya ambil cakna
terhadap isu ini dan menggabungkan usaha untuk turut serta
memberikan pendapat. Pepatah Melayu ada menyatakan
seikat bak sirih dan serumpun bak serai. Ini menggambarkan
perlunya kesepaduan idea untuk kita memikirkannya. .
…(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
Contoh Pendahuluan:
Permainan tradisional merupakan salah satu budaya masyarakat
Malaysia. Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, permainan
tradisional makin dilupakan oleh masyarakat terutamanya dalam
kalangan generasi muda. Golongan ini banyak terdedah dan
terpengaruh dengan permainan moden melalui peranti elektronik yang
lebih menyeronokkan. Wujudnya kedai-kedai permainan video yang
tumbuh bak cendawan selepas hujan menyebabkan golongan ini terus
lena dibuai mimpi indah. Persoalannya, apakah langkah-langkah
proaktif untuk menarik minat masyarakat terhadap permainan
tradisional ini?. Semua pihak wajarlah bersatu hati dan seia sekata
untuk memartabatkan permainan tradisional. Paparan berkaitan
usaha-usaha untuk mengekalkan permainan tradisional akan saya
huraikan dalam huraian berikutnya. . .
ISI KARANGAN
Menganjurkan pertandingan
permainan tradisional
Menyediakan alat permainan
tradisional
Memperkenalkan permainan
tradisional
1
2
3
HURAIAN ISI
 Isi utama (masukan isu & fokus soalan)
Ayat huraian (bagaimana @ mengapa)
Ayat contoh.
Ayat kesan (kesannya, implikasi, impak,
natijah, Akibatnya...)
Ayat penegasan (ternyatalah, terbuktilah,
jelaslah, sudah terang lagi bersuluh,
konklusinya, ...)
Sebagai pencetus minda yang pertama...
Menyingkap daripada perspektif yang
lain...
Lanjutan daripada huraian yang telah
dinyatakan di atas..
Pada realitinya, memang tidak dapat
dinafikan bahawa...
Pada hemat saya...
Dari lensa pemikiran saya yang terakhir
berkaitan...
Penanda Wacana Untuk Ayat Pertama
Setiap Perenggan ...
Bertitik tolak daripada itu...
Dalam konteks ini...
Dengan perkataan lain...
Ini membuktikan bahawa...
Ini tentu sekali membuatkan...
Lantaran itu, sehingga kini...
Oleh itu, bolehlah dikatakan...
Kita mengakui hakikat bahawa...
Ini menggambarkan bahawa...
Keadaan ini tentunya....
Penanda Wacana Untuk Ayat Kedua Setiap Perenggan
(Ayat huraian)
Contoh Pendahuluan: acuan (isu positif)
Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini, kita dikejutkan
dengan isu ……. Isu ini saban hari terpampang di dada-dada
akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan
sahaja menjadi bualan masyarakat di warung-warung kopi, di
jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian
oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, apakah
kepentingan isu ini kepada kita? Kita sewajarnya ambil cakna
terhadap isu ini dan menggabungkan usaha untuk turut serta
memberikan pendapat. Pepatah Melayu ada menyatakan
seikat bak sirih dan serumpun bak serai. Ini menggambarkan
perlunya kesepaduan idea untuk kita memikirkannya. .
…(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
Usaha-usaha untuk mengekalkan permainan tradisional.
 Memperkenal permainan tradisonal di sekolah.
Sebagai pencetus minda yang pertama tentang usaha-usaha
mengekalkan permainan tradisional ialah pihak Kementerian
Pendidikan memperkenalkan permainan tradisional di sekolah. Dengan
perkataan lain, permainan tradisonal ini dijadikan salah satu aktiviti
yang wajib diperkenalkan kepada pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
Pihak sekolah perlu menyediakan jadual yang sistematik dan terancang
yang melibatkan semua jenis permainan tradisional. Contoh permainan
yang boleh diperkenalkan ialah permainan sepak raga, gasing pangkah,
wau dan sebagainya. Kesannya, murid-murid sekolah akan lebih
mengenali jenis-jenis permainan tradisional dan cara permainannya.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jelaslah bahawa,
memperkenalkan permainan tradisonal di sekolah merupakan usaha-
usaha mengekalkan permainan tradisional di negara kita. (103 patah
perkataan)
.
 Menyediakan alat permainan tradisional.
Menyingkap daripada perspektif yang lain, usaha-usaha untuk
mengekalkan permainan tradisional di negara kita ialah dengan
menyediakan alat permainan tradisional di kawasan-kawasan tumpuan
awam. Hal ini demikian kerana, dengan adanya pelbagai alat permainan
tradisional di kawasan awam, secara tidak langsung masyarakat dapat
menggunakan alatan tersebut sebagai salah satu bentuk aktiviti riadah
yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan. Situasi
ini secara tidak langsung dapat mencetuskan rasa cinta dan sayang
masyarakat kepada permainan tradisional. Contohnya, pihak kerajaan dan
swasta menyediakan alat permainan seperti congkak, gasing, batu
seremban dan sebagainya. Setiap permainan tersebut disediakan seorang
jurulatih untuk memberi tunjuk cara bermain permainan tersebut.
Kesannya, permainan ini akan terus kekal dihati masyarakat negara kita.
Ternyatalah, usaha-usaha mengekalkan permainan tradsional ialah dengan
menyediakan alat permainan tradisional. (89 patah perkataan)
Usaha-usaha untuk mengekalkan permainan tradisional.
 Menganjurkan pertandingan permainan tradisional.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan, menganjurkan
pertandingan permainan tradisional merupakan salah satu usaha
untuk mengekalkan permainan tradisional di negara kita. Usaha ini
bertepatan dengan pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
tanah. Pertandingan yang dianjurkan ini perlulah menyediakan
insentif atau ganjaran yang menarik kepada pemenang. Jika hal ini
dilaksanakan, masyarakat akan berlumba-lumba mempelajari dan
mendalami sesuatu permainan tradisional untuk memastikan
kemenangan. Contoh pertandingan permainan tradisional yang boleh
dianjurkan ialah pertandingan wau, pertandingan gasing,
pertandingan galah panjang dan sebagainya. Implikasinya, hubungan
kekitaan dalam kalangan ahli masyarakat dapat dipupuk dan
dipereratkan. Sudah terang lagi bersuluh, mengajurkan pertandingan
permainan tradisional merupakan usaha untuk mengekalkan
permainan ini. . (102 patah perkataan)
Usaha-usaha untuk mengekalkan permainan tradisional.
 Menyediakan jurulatih yang mahir dalam permainan tradisional .
Lanjutan daripada huraian yang dinyatakan di atas, antara usaha
pihak kerajaan untuk mengekalkan permainan tradisional ialah dengan
turut menyediakan jurulatih yang terlatih dan mahir di setiap gelanggang
yang telah disediakan itu. Dalam konteks ini, Dengan adanya jurulatih ini,
dapat memastikan masyarakat menerima latihan yang
betul tentang sesuatu permainan tradisional dan berupaya mengajarkan
pengetahuan mereka itu kepada anak-anak mereka pula. Langkah ini
memastikan berlakunya kesinambungan dalam memainkan permainan
tradisional yang semakin dilupakan kerana tiadanya tunjuk ajar yang tepat
tentang permainan tersebut. Tamsilnya, jurulatih yang mahir dalam
permainan gasing, wau, sepak raga dan sebagainya. Natijahnya, cara
bermain yang betul dapat diperturunkan dari generasi ke generasi.
Terbuktilah bahawa, salah satu usaha yang baik untuk mengekalkan
permainan tradisional ialah dengan menyediakan jurulatih yang mahir. (89
patah perkataan)
Usaha-usaha untuk mengekalkan permainan tradisional.
PENUTUP KARANGAN
Contoh Penutup: acuan (Positif)
Daripada huraian yang telah saya jelaskan di atas,
ternyatalah isu …. memberikan natijah yang baik kepada diri
kita dan juga masyarakat. Kita haruslah bersikap rasional
dan positif dalam membincangkan isu ini. Jika kita dapat
menyatukan idea untuk memberi pendapat dalam isu ini,
saya yakin natijah yang baik dapat kita nikmati bersama.
Pepatah Melayu ada menyatakan bulat air kerana
pembetong, bulat manusia kerana muafakat. Semoga kita
akan terus menyokong isu …..… ini dan secara tidak
langsung dapat melahirkan masyarakat yang berfikiran
matang untuk terus mengekalkan budaya masyarakat
Malaysia yang unik dan mendapat perhatian daripada dunia.

Karangan permainan tradisional 2020

  • 1.
    Peperiksaan Pertengahan Tahun 2020 Disediakanoleh: Saharuddin bin Abdullah Guru Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya
  • 2.
    Huraikan pendapat andatentang usaha- usaha untuk mengekalkan permainan tradisional di negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan. Soalan - Karangan Berpandu
  • 4.
    Isu dan FokusSoalan Huraikan pendapat anda tentang usaha- usaha untuk mengekalkan permainan tradisional di negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan. Isu : Permainan Tradisional. Fokus : Usaha-usaha untuk mengekalkan permainan tradisional di negara kita.
  • 5.
    FIKIRKAN...ISU POSITIF ATAUNEGATIF !!! Pastikan pendahuluan tepat Rujuk stimulus soalan untuk menentukan isu positif atau negatif
  • 6.
    Apa yang perluada dalam pendahuluan  Ayat semasa  Dalam era...  Ayat isu - Isu ???? sering diperkatakan  Ayat pandangan - Harus diambil perhatian....  Ayat persoalan....Mengapa? Siapa? Bagaimana? Kenapa?  Ayat peribahasa - Pepatah Melayu ada menyatakan...  Ayat fokus - Fokus ???? akan saya huraikan ......
  • 7.
    Contoh Pendahuluan: acuan(isu positif) Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini, kita dikejutkan dengan isu ……. Isu ini saban hari terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat di warung-warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, apakah kepentingan isu ini kepada kita? Kita sewajarnya ambil cakna terhadap isu ini dan menggabungkan usaha untuk turut serta memberikan pendapat. Pepatah Melayu ada menyatakan seikat bak sirih dan serumpun bak serai. Ini menggambarkan perlunya kesepaduan idea untuk kita memikirkannya. . …(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
  • 8.
    Contoh Pendahuluan: Permainan tradisionalmerupakan salah satu budaya masyarakat Malaysia. Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, permainan tradisional makin dilupakan oleh masyarakat terutamanya dalam kalangan generasi muda. Golongan ini banyak terdedah dan terpengaruh dengan permainan moden melalui peranti elektronik yang lebih menyeronokkan. Wujudnya kedai-kedai permainan video yang tumbuh bak cendawan selepas hujan menyebabkan golongan ini terus lena dibuai mimpi indah. Persoalannya, apakah langkah-langkah proaktif untuk menarik minat masyarakat terhadap permainan tradisional ini?. Semua pihak wajarlah bersatu hati dan seia sekata untuk memartabatkan permainan tradisional. Paparan berkaitan usaha-usaha untuk mengekalkan permainan tradisional akan saya huraikan dalam huraian berikutnya. . .
  • 9.
    ISI KARANGAN Menganjurkan pertandingan permainantradisional Menyediakan alat permainan tradisional Memperkenalkan permainan tradisional 1 2 3
  • 10.
    HURAIAN ISI  Isiutama (masukan isu & fokus soalan) Ayat huraian (bagaimana @ mengapa) Ayat contoh. Ayat kesan (kesannya, implikasi, impak, natijah, Akibatnya...) Ayat penegasan (ternyatalah, terbuktilah, jelaslah, sudah terang lagi bersuluh, konklusinya, ...)
  • 11.
    Sebagai pencetus mindayang pertama... Menyingkap daripada perspektif yang lain... Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas.. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa... Pada hemat saya... Dari lensa pemikiran saya yang terakhir berkaitan... Penanda Wacana Untuk Ayat Pertama Setiap Perenggan ...
  • 12.
    Bertitik tolak daripadaitu... Dalam konteks ini... Dengan perkataan lain... Ini membuktikan bahawa... Ini tentu sekali membuatkan... Lantaran itu, sehingga kini... Oleh itu, bolehlah dikatakan... Kita mengakui hakikat bahawa... Ini menggambarkan bahawa... Keadaan ini tentunya.... Penanda Wacana Untuk Ayat Kedua Setiap Perenggan (Ayat huraian)
  • 13.
    Contoh Pendahuluan: acuan(isu positif) Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini, kita dikejutkan dengan isu ……. Isu ini saban hari terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat di warung-warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, apakah kepentingan isu ini kepada kita? Kita sewajarnya ambil cakna terhadap isu ini dan menggabungkan usaha untuk turut serta memberikan pendapat. Pepatah Melayu ada menyatakan seikat bak sirih dan serumpun bak serai. Ini menggambarkan perlunya kesepaduan idea untuk kita memikirkannya. . …(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
  • 14.
    Usaha-usaha untuk mengekalkanpermainan tradisional.  Memperkenal permainan tradisonal di sekolah. Sebagai pencetus minda yang pertama tentang usaha-usaha mengekalkan permainan tradisional ialah pihak Kementerian Pendidikan memperkenalkan permainan tradisional di sekolah. Dengan perkataan lain, permainan tradisonal ini dijadikan salah satu aktiviti yang wajib diperkenalkan kepada pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Pihak sekolah perlu menyediakan jadual yang sistematik dan terancang yang melibatkan semua jenis permainan tradisional. Contoh permainan yang boleh diperkenalkan ialah permainan sepak raga, gasing pangkah, wau dan sebagainya. Kesannya, murid-murid sekolah akan lebih mengenali jenis-jenis permainan tradisional dan cara permainannya. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jelaslah bahawa, memperkenalkan permainan tradisonal di sekolah merupakan usaha- usaha mengekalkan permainan tradisional di negara kita. (103 patah perkataan)
  • 15.
    .  Menyediakan alatpermainan tradisional. Menyingkap daripada perspektif yang lain, usaha-usaha untuk mengekalkan permainan tradisional di negara kita ialah dengan menyediakan alat permainan tradisional di kawasan-kawasan tumpuan awam. Hal ini demikian kerana, dengan adanya pelbagai alat permainan tradisional di kawasan awam, secara tidak langsung masyarakat dapat menggunakan alatan tersebut sebagai salah satu bentuk aktiviti riadah yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan. Situasi ini secara tidak langsung dapat mencetuskan rasa cinta dan sayang masyarakat kepada permainan tradisional. Contohnya, pihak kerajaan dan swasta menyediakan alat permainan seperti congkak, gasing, batu seremban dan sebagainya. Setiap permainan tersebut disediakan seorang jurulatih untuk memberi tunjuk cara bermain permainan tersebut. Kesannya, permainan ini akan terus kekal dihati masyarakat negara kita. Ternyatalah, usaha-usaha mengekalkan permainan tradsional ialah dengan menyediakan alat permainan tradisional. (89 patah perkataan) Usaha-usaha untuk mengekalkan permainan tradisional.
  • 16.
     Menganjurkan pertandinganpermainan tradisional. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan, menganjurkan pertandingan permainan tradisional merupakan salah satu usaha untuk mengekalkan permainan tradisional di negara kita. Usaha ini bertepatan dengan pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek tanah. Pertandingan yang dianjurkan ini perlulah menyediakan insentif atau ganjaran yang menarik kepada pemenang. Jika hal ini dilaksanakan, masyarakat akan berlumba-lumba mempelajari dan mendalami sesuatu permainan tradisional untuk memastikan kemenangan. Contoh pertandingan permainan tradisional yang boleh dianjurkan ialah pertandingan wau, pertandingan gasing, pertandingan galah panjang dan sebagainya. Implikasinya, hubungan kekitaan dalam kalangan ahli masyarakat dapat dipupuk dan dipereratkan. Sudah terang lagi bersuluh, mengajurkan pertandingan permainan tradisional merupakan usaha untuk mengekalkan permainan ini. . (102 patah perkataan) Usaha-usaha untuk mengekalkan permainan tradisional.
  • 17.
     Menyediakan jurulatihyang mahir dalam permainan tradisional . Lanjutan daripada huraian yang dinyatakan di atas, antara usaha pihak kerajaan untuk mengekalkan permainan tradisional ialah dengan turut menyediakan jurulatih yang terlatih dan mahir di setiap gelanggang yang telah disediakan itu. Dalam konteks ini, Dengan adanya jurulatih ini, dapat memastikan masyarakat menerima latihan yang betul tentang sesuatu permainan tradisional dan berupaya mengajarkan pengetahuan mereka itu kepada anak-anak mereka pula. Langkah ini memastikan berlakunya kesinambungan dalam memainkan permainan tradisional yang semakin dilupakan kerana tiadanya tunjuk ajar yang tepat tentang permainan tersebut. Tamsilnya, jurulatih yang mahir dalam permainan gasing, wau, sepak raga dan sebagainya. Natijahnya, cara bermain yang betul dapat diperturunkan dari generasi ke generasi. Terbuktilah bahawa, salah satu usaha yang baik untuk mengekalkan permainan tradisional ialah dengan menyediakan jurulatih yang mahir. (89 patah perkataan) Usaha-usaha untuk mengekalkan permainan tradisional.
  • 18.
  • 19.
    Contoh Penutup: acuan(Positif) Daripada huraian yang telah saya jelaskan di atas, ternyatalah isu …. memberikan natijah yang baik kepada diri kita dan juga masyarakat. Kita haruslah bersikap rasional dan positif dalam membincangkan isu ini. Jika kita dapat menyatukan idea untuk memberi pendapat dalam isu ini, saya yakin natijah yang baik dapat kita nikmati bersama. Pepatah Melayu ada menyatakan bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat. Semoga kita akan terus menyokong isu …..… ini dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang berfikiran matang untuk terus mengekalkan budaya masyarakat Malaysia yang unik dan mendapat perhatian daripada dunia.