SlideShare a Scribd company logo
“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang
  melampaui batas terhadap diri mereka sendiri
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
 Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa
    semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha
            Pengampun lagi Maha Penyayang.”
                              (Az-Zumar: 53)
SURAH YA-SIN DAN TERJEMAHAN
BACALAH AL-QURAN WALAU SEPOTONG
              AYAT
[1] Yaa, Siin.

[2] Demi Al-Quran yang
mengandungi hikmat-hikmat dan
kebenaran yang tetap kukuh,
[3] Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul)
dari Rasul-rasul yang telah diutus,




[4] Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).
[5] Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Mengasihani,




[6] Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum
yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan
amaran; sebab itulah mereka lalai.
[7] Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan
 mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.




[8] Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka
tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan
mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai
(menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.
[9] Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda
dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada
memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di
hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada
memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu
Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat
melihat (jalan yang benar).




[10] Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri
amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya - mereka tidak akan
beriman.
[11] Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan
mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang
sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah)
Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab
Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan
keampunan dan pahala yang mulia.




[12] Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami
tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan
dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu
kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
[13] Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib
mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika
mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),




[14] Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka
mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan
Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini
adalah diutuskan kepada kamu '.
[15] Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah
manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak
menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu
ini tidak lain hanyalah berdusta".




[16] Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa
sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,
[17] "Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya
  dengan cara yang jelas nyata".




[18] Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa
nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu
tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah
kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak
kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
[19] Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah
disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu
diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam
kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-
orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".




[20] Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki
dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan
katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
[21] "Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu
balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah
petunjuk".




[22] Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama
mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan
yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu
semua akan dikembalikan?
[23] "Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah?
(Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah
hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat
memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat
menyelamatkan daku.




[24] "Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada
ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
[25] "Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu,
maka dengarlah (nasihatku)"




[26] (Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke
dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku
mengetahui
[27] "Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh
Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan".




[28] Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati)
sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan
mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.
[29] (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan
 (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak
 hidup lagi.




[30] Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-
hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang
Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.
[31] Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah
Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak
kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk
menerima balasan).




[32] Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke
tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima
balasan).
[33] Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan
kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami
keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka
makan.




[34] Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan
kami pancarkan padanya beberapa matair
[35] Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang
dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak
bersyukur?




36] Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya
berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri
mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
[37] Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam;
Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka
berada dalam gelap-gelita;




[38] Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia
kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir
Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
39] Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa
  peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke
  peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang
  kering.




[40] (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya
mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana
tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-
masing.
[41] Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa
belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat




[42] Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang
sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya
[43] Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka;
(kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat
memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat
diselamatkan




[44] Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat
dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.
[45] Dan apabila dikatakan kepada mereka: " berjaga-jagalah kamu akan
apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia
ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan
akhirat), supaya kamu beroleh rahmat", (mereka tidak
mengindahkannya).




[46] Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang
sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan tuhan mereka
melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).
[47] Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari
 rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang
 kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): "
 Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki
 tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam
 kesesatan yang nyata".




[48] Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat)
mereka bertanya (secara mempersenda): " Bilakah datangnya (hari akhirat)
yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia
menunggu)!"
[49] Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang - (dengan
secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam
keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).




 [50] Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang
 pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar)
 mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.
[51] Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan
 orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka
 semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk)
 mengadap Tuhannya




[52] (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula
berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari
kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia
yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita
yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
[53] Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan
  serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan
  Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).




[54] Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya
sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal
yang kamu telah kerjakan.
[55] Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam
 keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;




[56] Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di
tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;
[57] Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan,
dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;




 [58] (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang
 Maha Mengasihani.
[59] Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir):
"Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari
bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).




[60] "Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak
Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh
yang nyata terhadap kamu!
[61] "Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu;
 inilah jalan yang lurus.




[62] "Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan
yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat
mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
[63] "Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka
 Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau
 kamu tidak taatkan perintah Allah).




[64] "Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan
kufur yang kamu telah lakukan!"
[65] Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan
(memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami
(kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang
apa yang mereka telah usahakan.




[66] (Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami
kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala
mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari
jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka
bagaimanakah mereka dapat melihatnya?
[67] (Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami
kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka
(menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka
dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat
undur ke belakang




[68] Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan
umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba
lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu
memikirkannya?
[69] (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan
syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya.
Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat
pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;




[70] Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup
(hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-
orang yang kufur ingkar.
[71] Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah
menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis
makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka
memilikinya?




[72] Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di
antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.
[73] Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang
 ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak
 mahu bersyukur?




[74] Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari
Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari
makhluk-makhluk itu).
[75] Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali
menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera
yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab
seksa) kepada mereka.




[76] Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita
disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya
Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang
mereka nyatakan
[77] Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah
menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami
sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak
semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas
bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-
orang yang mati)




[78] Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami
(tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami
menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan
tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?"
[79] Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh
Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha
Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);




[80] "Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon
yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan
api dari pohon-pohon itu".
[81] Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah
menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa
menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka
dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang
tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.




[82] Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya
sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: “Jadilah engkau!".
Maka ia terus menjadi.
[83] Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) -
Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah
kamu semua dikembalikan.
Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang
             Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain
            melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan
           yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan
             hamba bertaubat kepada Engkau ya
                           Allah.




“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada
Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

More Related Content

What's hot

Terukur dan objectiv alquran dan hadits
Terukur dan objectiv alquran dan haditsTerukur dan objectiv alquran dan hadits
Terukur dan objectiv alquran dan haditsNur Fuanto
 
Surah yasin dan tahlil
Surah yasin dan tahlilSurah yasin dan tahlil
Surah yasin dan tahlilsobri4587
 
BUKU Yā sīn
BUKU Yā sīnBUKU Yā sīn
BUKU Yā sīnAmir Net
 
Thoriq fi hidayatillah (jalan menuju petunjuk tuhan)
Thoriq fi hidayatillah (jalan menuju petunjuk tuhan)Thoriq fi hidayatillah (jalan menuju petunjuk tuhan)
Thoriq fi hidayatillah (jalan menuju petunjuk tuhan)Nur Fuanto
 
Tugas agama dokter probo, brilliant
Tugas agama dokter probo, brilliantTugas agama dokter probo, brilliant
Tugas agama dokter probo, brilliantketa gini-ama dila
 
Surah Kahf with Malay translation
Surah Kahf with Malay translationSurah Kahf with Malay translation
Surah Kahf with Malay translationamjjh
 
Rizki dan bersyukur
Rizki dan bersyukurRizki dan bersyukur
Rizki dan bersyukurHelmon Chan
 

What's hot (17)

Terukur dan objectiv alquran dan hadits
Terukur dan objectiv alquran dan haditsTerukur dan objectiv alquran dan hadits
Terukur dan objectiv alquran dan hadits
 
Surah yasin dan tahlil
Surah yasin dan tahlilSurah yasin dan tahlil
Surah yasin dan tahlil
 
Adil
AdilAdil
Adil
 
BUKU Yā sīn
BUKU Yā sīnBUKU Yā sīn
BUKU Yā sīn
 
5. mempersiapkan keluarga
5. mempersiapkan keluarga5. mempersiapkan keluarga
5. mempersiapkan keluarga
 
Ppt bab iii
Ppt bab iiiPpt bab iii
Ppt bab iii
 
Thoriq fi hidayatillah (jalan menuju petunjuk tuhan)
Thoriq fi hidayatillah (jalan menuju petunjuk tuhan)Thoriq fi hidayatillah (jalan menuju petunjuk tuhan)
Thoriq fi hidayatillah (jalan menuju petunjuk tuhan)
 
Tugas agama dokter probo, brilliant
Tugas agama dokter probo, brilliantTugas agama dokter probo, brilliant
Tugas agama dokter probo, brilliant
 
Surah Kahf with Malay translation
Surah Kahf with Malay translationSurah Kahf with Malay translation
Surah Kahf with Malay translation
 
Al mathurat
Al mathuratAl mathurat
Al mathurat
 
Menggugat hukum retribusi
Menggugat hukum retribusiMenggugat hukum retribusi
Menggugat hukum retribusi
 
Iman kepada taqdir
Iman kepada taqdirIman kepada taqdir
Iman kepada taqdir
 
Islamic
IslamicIslamic
Islamic
 
Wujud dan sifat allah
Wujud dan sifat allahWujud dan sifat allah
Wujud dan sifat allah
 
Jangan Berdusta
Jangan BerdustaJangan Berdusta
Jangan Berdusta
 
Rizki dan bersyukur
Rizki dan bersyukurRizki dan bersyukur
Rizki dan bersyukur
 
Nafsiyah
Nafsiyah Nafsiyah
Nafsiyah
 

Viewers also liked

14. kritik sanad matn dalam ilmu hadits
14. kritik sanad matn dalam ilmu hadits14. kritik sanad matn dalam ilmu hadits
14. kritik sanad matn dalam ilmu haditsFakhri Cool
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daifdr2200s
 
Kumpulan do'a al-qur'an dan hadits
Kumpulan do'a al-qur'an dan haditsKumpulan do'a al-qur'an dan hadits
Kumpulan do'a al-qur'an dan haditsjangeng
 
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1  Aqidah Sebagai Pegangan HidupBab 1  Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan HidupFirdhaus Sakaff
 
One million phenomena 7891011(a)
One million phenomena 7891011(a)One million phenomena 7891011(a)
One million phenomena 7891011(a)narutoyeah999
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah completeAngah Rahim
 
رقمي (nombor dalam bahasa arab)
رقمي (nombor dalam bahasa arab)رقمي (nombor dalam bahasa arab)
رقمي (nombor dalam bahasa arab)Siti Nursyahirah
 
36 Surah Yaseen (Yaseen)
36   Surah Yaseen (Yaseen)36   Surah Yaseen (Yaseen)
36 Surah Yaseen (Yaseen)AVICENNE
 

Viewers also liked (11)

Surah Yaseen
Surah YaseenSurah Yaseen
Surah Yaseen
 
kel 5 nabi Luth
kel 5 nabi Luthkel 5 nabi Luth
kel 5 nabi Luth
 
14. kritik sanad matn dalam ilmu hadits
14. kritik sanad matn dalam ilmu hadits14. kritik sanad matn dalam ilmu hadits
14. kritik sanad matn dalam ilmu hadits
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daif
 
Kumpulan do'a al-qur'an dan hadits
Kumpulan do'a al-qur'an dan haditsKumpulan do'a al-qur'an dan hadits
Kumpulan do'a al-qur'an dan hadits
 
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1  Aqidah Sebagai Pegangan HidupBab 1  Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
 
Surah yaseen
Surah yaseenSurah yaseen
Surah yaseen
 
One million phenomena 7891011(a)
One million phenomena 7891011(a)One million phenomena 7891011(a)
One million phenomena 7891011(a)
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
 
رقمي (nombor dalam bahasa arab)
رقمي (nombor dalam bahasa arab)رقمي (nombor dalam bahasa arab)
رقمي (nombor dalam bahasa arab)
 
36 Surah Yaseen (Yaseen)
36   Surah Yaseen (Yaseen)36   Surah Yaseen (Yaseen)
36 Surah Yaseen (Yaseen)
 

Similar to Terjemahan surah yasin

surah yasin dan terjemahan.pptx
surah yasin dan terjemahan.pptxsurah yasin dan terjemahan.pptx
surah yasin dan terjemahan.pptxRijalKhair1
 
Surah Yaasin dan Tahlil
Surah Yaasin dan TahlilSurah Yaasin dan Tahlil
Surah Yaasin dan TahlilDian Adzar
 
Surah an-Naba
Surah an-NabaSurah an-Naba
Surah an-Nabaamankurdi
 
Surah Kahf with Malay translation
Surah Kahf with Malay translationSurah Kahf with Malay translation
Surah Kahf with Malay translationamjjh
 
Al maut wa al isti'dad liyaumi ar rahil
Al maut wa al isti'dad liyaumi ar rahilAl maut wa al isti'dad liyaumi ar rahil
Al maut wa al isti'dad liyaumi ar rahilRizal Fuadi Muhammad
 
Supplications after Daily Prayers (Fahrurazi's Notes)
Supplications after Daily Prayers (Fahrurazi's Notes)Supplications after Daily Prayers (Fahrurazi's Notes)
Supplications after Daily Prayers (Fahrurazi's Notes)Farid Ismail
 
Kliping tentang hari kiamat
Kliping tentang hari kiamatKliping tentang hari kiamat
Kliping tentang hari kiamatnizmahmail
 
Kisah tentang nabi nuh
Kisah tentang nabi nuhKisah tentang nabi nuh
Kisah tentang nabi nuhAl Farhan
 
KEPEMIMPINAN RASULULLAH
KEPEMIMPINAN RASULULLAHKEPEMIMPINAN RASULULLAH
KEPEMIMPINAN RASULULLAHandri zulfikar
 
Kebenaran_Al_Quran_Jilid_4.doc
Kebenaran_Al_Quran_Jilid_4.docKebenaran_Al_Quran_Jilid_4.doc
Kebenaran_Al_Quran_Jilid_4.docSarif Hidayat
 
Ayat2 tentang munafik
Ayat2 tentang munafikAyat2 tentang munafik
Ayat2 tentang munafikHelmon Chan
 
Peradaban Masa Dawud & Sulaiman
Peradaban Masa Dawud & SulaimanPeradaban Masa Dawud & Sulaiman
Peradaban Masa Dawud & SulaimanCoco Al Mahdi
 
Kebenaran_Al_Quran_Jilid_5.doc
Kebenaran_Al_Quran_Jilid_5.docKebenaran_Al_Quran_Jilid_5.doc
Kebenaran_Al_Quran_Jilid_5.docSarif Hidayat
 
Rahasia dan Makna Surat As-Sajdah
Rahasia dan Makna Surat As-SajdahRahasia dan Makna Surat As-Sajdah
Rahasia dan Makna Surat As-SajdahMirza Syah
 
Betapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam neraka
Betapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam nerakaBetapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam neraka
Betapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam nerakaHelmon Chan
 

Similar to Terjemahan surah yasin (20)

surah yasin dan terjemahan.pptx
surah yasin dan terjemahan.pptxsurah yasin dan terjemahan.pptx
surah yasin dan terjemahan.pptx
 
Surah Yaasin dan Tahlil
Surah Yaasin dan TahlilSurah Yaasin dan Tahlil
Surah Yaasin dan Tahlil
 
Surah an-Naba
Surah an-NabaSurah an-Naba
Surah an-Naba
 
Surah Kahf with Malay translation
Surah Kahf with Malay translationSurah Kahf with Malay translation
Surah Kahf with Malay translation
 
Al maut wa al isti'dad liyaumi ar rahil
Al maut wa al isti'dad liyaumi ar rahilAl maut wa al isti'dad liyaumi ar rahil
Al maut wa al isti'dad liyaumi ar rahil
 
Supplications after Daily Prayers (Fahrurazi's Notes)
Supplications after Daily Prayers (Fahrurazi's Notes)Supplications after Daily Prayers (Fahrurazi's Notes)
Supplications after Daily Prayers (Fahrurazi's Notes)
 
Kliping tentang hari kiamat
Kliping tentang hari kiamatKliping tentang hari kiamat
Kliping tentang hari kiamat
 
Kisah tentang nabi nuh
Kisah tentang nabi nuhKisah tentang nabi nuh
Kisah tentang nabi nuh
 
KEPEMIMPINAN RASULULLAH
KEPEMIMPINAN RASULULLAHKEPEMIMPINAN RASULULLAH
KEPEMIMPINAN RASULULLAH
 
Ashabul kahfi
Ashabul kahfiAshabul kahfi
Ashabul kahfi
 
Thauhid dasar2
Thauhid dasar2Thauhid dasar2
Thauhid dasar2
 
Kebenaran_Al_Quran_Jilid_4.doc
Kebenaran_Al_Quran_Jilid_4.docKebenaran_Al_Quran_Jilid_4.doc
Kebenaran_Al_Quran_Jilid_4.doc
 
Ayat2 tentang munafik
Ayat2 tentang munafikAyat2 tentang munafik
Ayat2 tentang munafik
 
Ringkasan materi pai kelas 9 bab 3 iman kepada hari akhir
Ringkasan materi pai kelas 9 bab 3 iman kepada hari akhirRingkasan materi pai kelas 9 bab 3 iman kepada hari akhir
Ringkasan materi pai kelas 9 bab 3 iman kepada hari akhir
 
Peradaban Masa Dawud & Sulaiman
Peradaban Masa Dawud & SulaimanPeradaban Masa Dawud & Sulaiman
Peradaban Masa Dawud & Sulaiman
 
Hukum 01
Hukum 01Hukum 01
Hukum 01
 
Kebenaran_Al_Quran_Jilid_5.doc
Kebenaran_Al_Quran_Jilid_5.docKebenaran_Al_Quran_Jilid_5.doc
Kebenaran_Al_Quran_Jilid_5.doc
 
Rahasia dan Makna Surat As-Sajdah
Rahasia dan Makna Surat As-SajdahRahasia dan Makna Surat As-Sajdah
Rahasia dan Makna Surat As-Sajdah
 
Betapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam neraka
Betapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam nerakaBetapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam neraka
Betapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam neraka
 
Agama islaaam
Agama islaaamAgama islaaam
Agama islaaam
 

More from Mohd Nazri Awang

More from Mohd Nazri Awang (20)

Modul Latihan Topikal Reka Cipta SPM
Modul Latihan Topikal Reka Cipta SPMModul Latihan Topikal Reka Cipta SPM
Modul Latihan Topikal Reka Cipta SPM
 
15 Harta Intelek
15 Harta Intelek15 Harta Intelek
15 Harta Intelek
 
16 Pendokumentasian
16 Pendokumentasian16 Pendokumentasian
16 Pendokumentasian
 
14 Pemasaran Produk
14 Pemasaran Produk14 Pemasaran Produk
14 Pemasaran Produk
 
13 Penjenamaan Produk
13 Penjenamaan Produk13 Penjenamaan Produk
13 Penjenamaan Produk
 
12 Pembinaan dan Pengujian
12 Pembinaan dan Pengujian12 Pembinaan dan Pengujian
12 Pembinaan dan Pengujian
 
11 Sistem
11 Sistem11 Sistem
11 Sistem
 
10 Bahan Peralatan dan Mesin
10 Bahan Peralatan dan Mesin10 Bahan Peralatan dan Mesin
10 Bahan Peralatan dan Mesin
 
09 CAD
09 CAD09 CAD
09 CAD
 
08 Lukisan Kerja
08 Lukisan Kerja08 Lukisan Kerja
08 Lukisan Kerja
 
07 Model Olokan
07 Model Olokan07 Model Olokan
07 Model Olokan
 
05 Penyelidikan dan Kajian Produk
05 Penyelidikan dan Kajian Produk05 Penyelidikan dan Kajian Produk
05 Penyelidikan dan Kajian Produk
 
06 Penjanaan Idea
06 Penjanaan Idea06 Penjanaan Idea
06 Penjanaan Idea
 
04 Pengenalpastian Masalah
04 Pengenalpastian Masalah04 Pengenalpastian Masalah
04 Pengenalpastian Masalah
 
03 Faktor Pemilihan Reka Bentuk
03 Faktor Pemilihan Reka Bentuk03 Faktor Pemilihan Reka Bentuk
03 Faktor Pemilihan Reka Bentuk
 
02 Asas Reka Bentuk Dalam Reka Cipta
02 Asas Reka Bentuk Dalam Reka Cipta02 Asas Reka Bentuk Dalam Reka Cipta
02 Asas Reka Bentuk Dalam Reka Cipta
 
01 Pengenalan Kepada Reka Cipta
01 Pengenalan Kepada Reka Cipta01 Pengenalan Kepada Reka Cipta
01 Pengenalan Kepada Reka Cipta
 
Faktor pemilihan reka bentuk
Faktor pemilihan reka bentukFaktor pemilihan reka bentuk
Faktor pemilihan reka bentuk
 
Bola baling
Bola balingBola baling
Bola baling
 
Empat Belas Kebaikan di Dunia untuk Khalifah
Empat Belas Kebaikan di Dunia untuk KhalifahEmpat Belas Kebaikan di Dunia untuk Khalifah
Empat Belas Kebaikan di Dunia untuk Khalifah
 

Recently uploaded

LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfUditGheozi2
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfSEMUELSAMBOKARAENG
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdfindrawatiahmad62
 
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptxModul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptxSriayuAnisaToip
 
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdfALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdfMIN1Sumedang
 
CONTOH DOKUMEN TINDAK LANJUT_PENERAPAN DISIPLIN POSITIF.pdf
CONTOH DOKUMEN TINDAK LANJUT_PENERAPAN DISIPLIN POSITIF.pdfCONTOH DOKUMEN TINDAK LANJUT_PENERAPAN DISIPLIN POSITIF.pdf
CONTOH DOKUMEN TINDAK LANJUT_PENERAPAN DISIPLIN POSITIF.pdfPangarso Yuliatmoko
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfyuniarmadyawati361
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt xjohan199969
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERIPURWANTOSDNWATES2
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdferlita3
 
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogorWILDANREYkun
 
Repi jayanti_2021 B_Analsis Kritis Jurnal
Repi jayanti_2021 B_Analsis Kritis JurnalRepi jayanti_2021 B_Analsis Kritis Jurnal
Repi jayanti_2021 B_Analsis Kritis Jurnalrepyjayanti
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxmuhammadyudiyanto55
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxd2spdpnd9185
 
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptxBUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptxDWIHANDOYOPUTRO2
 
Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024
Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024
Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024SABDA
 
perumusan visi, misi dan tujuan sekolah.ppt
perumusan visi, misi dan tujuan sekolah.pptperumusan visi, misi dan tujuan sekolah.ppt
perumusan visi, misi dan tujuan sekolah.pptAryLisawaty
 
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptxPresentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptxDWIHANDOYOPUTRO2
 
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)saritharamadhani03
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxKurnia Fajar
 

Recently uploaded (20)

LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
 
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptxModul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
 
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdfALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
 
CONTOH DOKUMEN TINDAK LANJUT_PENERAPAN DISIPLIN POSITIF.pdf
CONTOH DOKUMEN TINDAK LANJUT_PENERAPAN DISIPLIN POSITIF.pdfCONTOH DOKUMEN TINDAK LANJUT_PENERAPAN DISIPLIN POSITIF.pdf
CONTOH DOKUMEN TINDAK LANJUT_PENERAPAN DISIPLIN POSITIF.pdf
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
 
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
 
Repi jayanti_2021 B_Analsis Kritis Jurnal
Repi jayanti_2021 B_Analsis Kritis JurnalRepi jayanti_2021 B_Analsis Kritis Jurnal
Repi jayanti_2021 B_Analsis Kritis Jurnal
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
 
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptxBUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
 
Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024
Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024
Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024
 
perumusan visi, misi dan tujuan sekolah.ppt
perumusan visi, misi dan tujuan sekolah.pptperumusan visi, misi dan tujuan sekolah.ppt
perumusan visi, misi dan tujuan sekolah.ppt
 
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptxPresentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
 
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
 

Terjemahan surah yasin

  • 1. “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
  • 2. SURAH YA-SIN DAN TERJEMAHAN BACALAH AL-QURAN WALAU SEPOTONG AYAT
  • 3. [1] Yaa, Siin. [2] Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
  • 4. [3] Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus, [4] Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).
  • 5. [5] Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, [6] Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.
  • 6. [7] Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman. [8] Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.
  • 7. [9] Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). [10] Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya - mereka tidak akan beriman.
  • 8. [11] Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia. [12] Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
  • 9. [13] Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami), [14] Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.
  • 10. [15] Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta". [16] Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,
  • 11. [17] "Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata". [18] Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
  • 12. [19] Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang- orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau". [20] Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
  • 13. [21] "Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk". [22] Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
  • 14. [23] "Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku. [24] "Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
  • 15. [25] "Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)" [26] (Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui
  • 16. [27] "Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan". [28] Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.
  • 17. [29] (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi. [30] Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba- hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.
  • 18. [31] Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan). [32] Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
  • 19. [33] Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan. [34] Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair
  • 20. [35] Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur? 36] Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
  • 21. [37] Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; [38] Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
  • 22. 39] Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. [40] (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing- masing.
  • 23. [41] Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat [42] Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya
  • 24. [43] Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan [44] Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.
  • 25. [45] Dan apabila dikatakan kepada mereka: " berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat", (mereka tidak mengindahkannya). [46] Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).
  • 26. [47] Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): " Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata". [48] Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): " Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!"
  • 27. [49] Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang - (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing). [50] Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.
  • 28. [51] Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya [52] (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
  • 29. [53] Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan). [54] Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.
  • 30. [55] Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; [56] Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;
  • 31. [57] Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; [58] (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
  • 32. [59] Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman). [60] "Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
  • 33. [61] "Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. [62] "Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
  • 34. [63] "Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah). [64] "Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!"
  • 35. [65] Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. [66] (Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?
  • 36. [67] (Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang [68] Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
  • 37. [69] (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan; [70] Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang- orang yang kufur ingkar.
  • 38. [71] Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya? [72] Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.
  • 39. [73] Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur? [74] Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).
  • 40. [75] Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka. [76] Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan
  • 41. [77] Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang- orang yang mati) [78] Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?"
  • 42. [79] Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya); [80] "Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".
  • 43. [81] Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui. [82] Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: “Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi.
  • 44. [83] Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
  • 45. Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah. “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)