Tulisan fb Ustaz Abu Basyer mengenai 14 kebaikan yang diberikan Allah kepada orang mukmin yang terpilih melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi
3. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah al-'Araf
ayat 172 yang bermaksud, "Tidakkah Aku ini
Tuhan kamu? Mereka menjawab, 'bahkan
kami menyaksikan'.“
Kesemua roh makhluk telah membuat
pengakuan kepada Allah S.W.T. bahawa
mereka semuanya mengakui bahawa tidak
ada Tuhan lain melainkan Allah S.W.T.
4. Dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:
“Rasulullah S.A.W. telah menceritakan kepada kami
sedang baginda adalah orang benar yang telah
dibenarkan kata-katanya. Sabdanya: 'Bahawa seseorang
kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya
selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah
seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging
seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang
Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan
agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung
jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya”
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari)
5. Firman Allah : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian
Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan
yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi
segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu
menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging
itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang
itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu
Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat
keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah
sebaik-baik Pencipta”.
(Surah al-Mukminun ayat 12-14)
6. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya:
"Anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu
bapanyalah yang menyahudikannya, atau menasranikannya
atau memajusikankannya."
Firman Allah S.W.T. maksudnya:
"Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk
beribadah kepada-Ku“
(Surah az-Zariyat ayat 56)
7. Allah S.W.T. berfirman:
"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di
antara kalian dan beramal soleh (kebaikan), bahwa Dia
akan menjadikan mereka sebagai khalifah di bumi,
Sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum
mereka sebagai khalifah. Sesungguhnya Dia akan
meneguhkan bagi mereka agama mereka, yang telah
diredai-Nya untuk mereka, serta Dia benar-benar akan
mengubah (keadaan) mereka menjadi aman setelah
mereka ketakutan. Mereka akan menyembah-Ku dan tidak
menyekutukan apapun dengan-Ku. Dan barang siapa kafir
setelah itu, maka mereka adalah orang-orang yang fasik“
(Surah an-Nur ayat 55)