SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
1
Soalan tugasan:
Hasil daripada pemerhatian dan kajian yang dilakukan dalam kerja lapangan, secara
individu anda dikehendaki membanding bezakan dua jenis sumber pengajaran dan
pembelajaran Sejarah yang sesuai diguna pakai dalam meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran Sejarah.
Isi kandungan:
Bil. Perkara. Halaman
1. Pendahuluan 2
2. Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran
Sejarah yang digunakan oleh guru Sejarah yang
diperhatikan di dalam kelas
2-3
3. Banding beza jenis sumber-sumber pengajaran
yang diperhatikan
3-9
4. Cadangan penambahbaikan 10
5 Kesimpulan 11
6. Rumusan penulisan 12
7. Rujukan 13
2
1. Pendahuluan
Pada 5 hingga 9 Ogos 2019, kesemua pelajar PISMP ambilan Jun 2018 telah
menjalani aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah rendah
sekitar kampus ataupun sekolah pilihan di kawasan tempat tinggal. Sepanjang
aktiviti PBS berlangsung, pelajar minor Sejarah telah ditugaskan untuk
mengenal pasti penggunaan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran
Sejarah yang digunakan oleh guru Sejarah di sekolah berkenaan, membanding
bezakan jenis sumber-sumber tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran
Sejarah yang dapat menambahbaik mutu pengajaran guru tersebut. Oleh hal
yang demikian, penulisan laporan ini telah dihasilkan untuk memenuhi keperluan-
keperluan tugasan berkenaan.
2. Sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang digunakan oleh guru
Sejarah yang diperhatikan di dalam kelas
Sepanjang aktiviti PBS berlangsung, penulis telah berpeluang untuk mengikuti
beberapa kelas Sejarah yang berlangsung di sekolah berkenaan. Dalam masa
yang sama, edaran soal selidik turut telah diedarkan kepada guru-guru ini untuk
memperoleh pendapat mereka berkaitan sumber pengajaran Sejarah yang sering
mereka gunakan semasa mengajar subjek Sejarah. Menurut hasil pemerhatian
dan soal selidik yang diperoleh, antara sumber sejarah yang popular dan kerap
diguna pakai oleh guru-guru Sejarah di sekolah berkenaan ialah sumber bertulis
menerusi buku teks dan sumber elektronik seperti penggunaan slaid. Oleh hal
yang demikian, penggunaan kedua-dua jenis sumber pengajaran Sejarah yang
berbeza ini telah dipilih untuk dibincangkan sepanjang penulisan ini.
Sumber pengajaran yang pertama yang digunakan ialah buku teks. Buku
teks merupakan sebuah sumber bertulis peringkat tertier yang digunakan pada
pelbagai peringkat pembelajaran sama ada di sekolah rendah mahupun institusi
pendidikan tinggi. Namun, fungsi kesemua buku teks ialah sama iaitu adalah
untuk menyokong sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran yang telah,
sedang mahupun yang akan berlangsung. Buku teks ini memiliki pelbagai jenis
variasi mengikut kepada keperluan penggunanya. Bagi buku teks untuk subjek
Sejarah sekolah rendah, ianya sarat dengan pelbagai jenis grafik untuk menarik
perhatian murid selaku pembaca. Kuantiti tulisan bagi buku teks peringkat ini
dilihat telah dihadkan supaya ianya selari dengan keperluan kognitif
3
pembacanya. Oleh hal yang demikian, didapati bahawa buku teks telah diangkat
sebagai pilihan utama sebagai sumber pengajaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran subjek Sejarah di sekolah rendah.
Selain daripada penggunaan buku teks, guru-guru Sejarah di sekolah
berkenaan turut kerap menggunakan sumber elektronik sebagai sumber
pengajaran. Antara sumber elektronik yang digunakan ialah persembahan
multimedia menerusi slaid dan tayangan video. Menurut Azwan, A. A. (2005),
penggunaan sumber digital sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran
merupakan suatu revolusi dalam pendidikan Sejarah yang selama ini bergantung
kepada sumber bercetak. Dengan kata lain, sumber yang didigitalkan ini seperti
teks, imej dan artifak dapat memberikan kebebasan kepada guru untuk
mengakses dan menggunakannya di bilik darjah semasa pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, keupayaan guru menggunakan sumber digital Sejarah
dalam pengajaran dan pembelajaran dipercayai mampu menyediakan
persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang dan ruang
kepada murid untuk meneroka, mentafsir, dan mencari makna di sebalik bahan
bukti yang disediakan. Dalam pada itu, minat murid terhadap sesi pengajaran
dan pembelajaran Sejarah turut dapat dicungkil disebabkan penggunaan
teknologi terkini yang amat rapat di hati mereka.
3. Banding beza jenis sumber-sumber pengajaran Sejarah yang diperhatikan
Oleh hal yang demikian, dipercayai bahawa penggunaan kedua-dua sumber ini
di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah dipercayai turut memiliki
kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Maka, bahagian penulisan ini akan
melakukan analisis banding beza terhadap kedua-dua sumber ini.
a. Persamaan
Berdasarkan pembacaan yang dilakukan, didapati bahawa kedua-dua sumber
pengajaran ini memiliki beberapa kekuatan dan kelemahan yang sama menerusi
penggunaannya di dalam bilik darjah. Antara persamaannya ialah kedua-dua
sumber ini memainkan peranan yang jelas sebagai bahan bantu mengajar oleh
guru. Hal ini demikian kerana penggunaan buku teks dan sumber elektronik di
dalam bilik darjah ini dilihat mampu membimbing guru dalam sesi pengajaran
mereka. Contohnya, menerusi buku teks, guru boleh menggunakan latihan-
latihan pengukuhan yang telah disediakan di dalamnya. Pada bahagian akhir
4
setiap topik dan unit, terdapat pelbagai latihan yang telah diselitkan untuk
mengukuhkan pemahaman murid. Contohnya, untuk topik pertama subjek
Sejarah tahun 5 iaitu Institusi Diraja Tonggak Kedaulatan Negara, terdapat
latihan padankan kenyataan yang benar dan aktiviti mengisi tempat kosong
sebagai latihan pengukuhan. Justeru, menerusi perkara, beban guru untuk
mencari sumber latihan kepada murid dilihat dapat dikurangkan. Dengan ini,
pemahaman murid akan dapat ditingkatkan.
Dalam masa yang sama, penggunaan sumber-sumber ini turut dapat
membantu guru dalam menyediakan maklumat yang diperlukan murid.
Contohnya, untuk belajar mengenai topik zaman air batu pada murid tahun 4,
penggunaan video-video yang berkaitan dapat membantu murid mengatasi
keterbatasan waktu untuk mempelajari tentang perkara tersebut. Dengan kata
lain, walaupun peristiwa tersebut telah lama berlalu, namun perkara ini telah
dapat diatasi dengan penggunaan paparan video yang jelas. Maka, pemahaman
murid terhadap apa yang dipelajari dapat ditingkatkan.
Selain itu, kedua-dua sumber ini turut memainkan peranan yang sama iaitu
adalah untuk membantu murid mencari maklumat. Dengan kata lain, menerusi
penggunaan buku teks dan sumber elektronik ini dapat memudahkan urusan
murid dalam mencari maklumat dan fakta Sejarah yang diperlukan untuk
menguasai sesuatu topik. Contohnya, untuk menguasai topik Institusi Yang
diPertuan Agong tahun 6, murid boleh mencari maklumat dan fakta berkaitannya
menerusi penggunaan buku teks mahupun tayangan video-video oleh guru
menerusi penggunaan sumber elektronik. Perkara ini akan mampu memudahkan
proses pemindahan maklumat daripada sumber kepada murid untuk
pengetahuan dan pengamatan mereka.
Sungguhpun begitu, penggunaan buku teks dan sumber elektronik dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini turut memiliki kelemahannya.
Antara kelemahannya ialah menerusi penggunaan sumber-sumber ini yang
terlalu kerap dan berulang kali di dalam sesi pengajaran ini turut dilihat telah
mengehadkan sumber-sumber Sejarah yang perlu diteroka oleh murid. Hal ini
demikian kerana penggunaan buku teks dan sumber elektronik secara
menyeluruh ketika mengajar oleh guru ini dipercayai akan mengabaikan
penggunaan sumber-sumber Sejarah yang lain untuk pengajaran. Hal ini
demikian kerana menurut Abdullah, S. H. (2008), terdapat banyak sumber-
sumber pengajaran Sejarah yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar di
5
dalam kelas. Contohnya adalah koleksi surat-surat lama daripada Arkib Negara
Malaysia dan sumber-sumber arkeologi. Maka, dengan penggunaan yang begitu
kerap oleh guru tanpa penggunaan kepelbagaian sumber ini dipercayai akan
mengehadkan pengalaman pembelajaran murid berkenaan subjek Sejarah ini.
Justeru, adalah menjadi tugas seorang guru Sejarah untuk mengelakkan
daripada perkara ini terus berlaku.
b. Perbezaan
Sungguhpun begitu, setiap sumber yang digunakan di dalam bilik darjah ini turut
memiliki kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Penggunaan sumber buku
teks dan sumber elektronik di dalam bilik darjah untuk subjek Sejarah perlu dilihat
daripada pelbagai aspek yang utama seperti perkembangan fizikal, kognitif, dan
sosial murid tersebut. Hal ini demikian kerana menurut Ruhani, R. (2016),
kesemua keperluan intrinsik dan ekstrinsik ini akan memberikan kesan yang
signifikan kepada kualiti pembelajaran murid. Oleh hal yang demikian, penulisan
bahagian ini akan membincangkan tentang perbezaan utama antara penggunaan
buku teks dan sumber elektronik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
subjek Sejarah di sekolah rendah. Antara aspek yang ingin dibezakan ialah
keterlangsungan sumber, penggunaan masa, daya tarikan dan pengajaran abad
ke-21.
i. Keterlangsungan dan kesahihan sumber
Menerusi penggunaan buku teks, didapati bahawa proses pencarian maklumat
akan berjalan dengan lebih lancar dan berterusan berbanding dengan
penggunaan sumber elektronik. Hal ini demikian kerana menerusi penggunaan
buku teks, murid boleh menerima akses kepada maklumat-maklumat yang
memenuhi keperluan subjek Sejarah yang sedang mereka pelajari dengan lebih
mudah. Dengan ini, murid tidak akan menghadapi kesukaran untuk mencari
maklumat-maklumat Sejarah yang penting. Contohnya, untuk mengetahui
dengan lebih lanjut berkaitan kemerdekaan, murid boleh merujuk buku teks pada
topik 7 buku teks Sejarah tahun 5. Walaupun selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran telah tamat, murid boleh meneruskan proses ulang kaji di rumah
tanpa batasan. Sekiranya penggunaan sumber elektronik digunakan, murid
hanya memiliki akses kepada maklumat tersebut pada masa tertentu sahaja iaitu
semasa keberadaan guru di kelas. Perkara ini menunjukkan bahawa
penggunaan buku teks dilihat amat penting dalam membekalkan sumber
maklumat yang konsisten kepada murid sepanjang masa.
6
Selain itu, penggunaan buku teks semasa pengajaran Sejarah turut amat
penting kerana maklumat yang dikandunginya adalah sahih dan tepat. Hal ini
demikian kerana cetakan buku teks merupakan sumber yang sahih, tepat dan
memenuhi tuntutan semasa bagi subjek Sejarah. Hal ini demikian kerana
cetakan buku teks ini sebenarnya dikawal oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, segala maklumat
yang dibekalkan menerusi buku teks ini adalah amat signifikan dan tidak
terdedah dengan penyelewengan fakta dan sebagainya. Dalam masa yang
sama, sukatan yang dinyatakan oleh buku teks ini ialah bersifat standard dan
seragam di seluruh negara. Maka, murid tidak akan ketinggalan dengan
peredaran masa perkembangan kurikulum Sejarah di Malaysia. Manakala,
penggunaan sumber elektronik semasa pengajaran Sejarah pula terdedah
dengan pelbagai maklumat yang tidak tepat dan tidak bersesuaian dengan
keperluan murid. Maka, guru haruslah peka dan bijak memilih kandungan yang
sesuai dan tepat untuk menggunakan sumber elektronik ini untuk memastikan
kesahihannya.
ii. Penggunaan masa
Dalam pada itu, penggunaan buku teks sebagai sumber pengajaran turut
dipercayai dapat mengurangkan penggunaan masa sesi pengajaran dan
pembelajaran berbanding dengan penggunaan sumber elektronik. Hal ini
demikian kerana menerusi penggunaan buku teks, masa yang diperlukan untuk
menyediakan penggunaannya adalah amat minimum. Namun, sekiranya sumber
elektronik seperti tayangan slaid digunakan oleh guru, ianya memakan sedikit
masa untuk ditetapkan. Maka, waktu sesi pengajaran dan pembelajaran akan
terkesan.
Sebagai contohnya, dengan menggunakan sumber elektronik, guru perlu
memberi ruang kepada murid untuk menyalin nota dan perkara ini akan
memakan masa pengajaran guru. Namun, dengan penggunaan buku teks, masa
pengajaran guru dapat dijimatkan kerana di dalam buku teks tersebut sudah
disertakan dengan nota yang padat dan ringkas. Dengan kata lain, guru hanya
perlu kreatif untuk merungkai fakta-fakta tersebut agar ianya lebih mudah untuk
diterima oleh murid. Dengan masa yang telah dijimatkan ini, guru boleh
memfokuskan masa tersebut kepada perlaksanaan aktiviti-aktiviti pembelajaran
murid yang lain. Kesannya, mutu kualiti pendidikan Sejarah yang akan diterima
oleh murid akan lebih berkualiti.
7
iii. Daya tarikan
Aspek seterusnya yang ingin dibandingkan ialah daya tarikan. Hoffman, J. V.
(2004) menerangkan bahawa penggunaan sumber elektronik mampu menarik
minat murid kepada sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan
berbanding dengan penggunaan buku teks. Penggunaan buku teks di dalam bilik
darjah ini dilihat tidak mampu menarik minat murid terhadap subjek Sejarah
kerana penggunaan multimedia yang boleh diterapkan pada buku teks adalah
amat terhad. Dengan kata lain, hanya imej-imej grafik yang tidak bergerak yang
boleh diletakkan di dalam buku teks. Sekiranya dibandingkan dengan sumber
elektronik menerusi penggunaan perisian elektronik pendidikan yang lain,
terdapat lebih banyak bahan multimedia interaktif yang boleh disertakan.
Contohnya, menerusi aplikasi pendidikan Powerpoint dan Googleslides, guru
boleh memasukkan pelbagai elemen interaktif seperti animasi gambar bergerak
(GIF) mahupun iriingan muzik. Dengan ini, perhatian murid dilihat akan mampu
ditarik lantas minat murid untuk belajar subjek Sejarah ini akan mampu disemai.
Menurut Boholano, H. B. (2017), murid yang lahir pada generasi Z pada hari
ini dipercayai amat arif dan berpengetahuan dalam bidang teknologi. Oleh itu,
guru boleh menggalakkan mereka untuk menggunakan kelebihan yang mereka
miliki ini ke jalan yang lebih baik. Maka, guru perlu meninggalkan kaedah
pengajaran tradisional dan berhijrah ke arah memaksimumkan penggunaan
teknologi ini dan bertindak sebagai moderator mahupun sebagai aktivator di
dalam bilik darjah. Dengan penggunaan sumber elektronik yang meluas di dalam
bilik darjah ini dipercayai dapat menarik minat murid terhadap subjek Sejarah itu
sendiri.
Rajah di atas menunjukkan sesi pdp yang menggunakan sumber elektronik iaitu slaid
8
iv. Keperluan kognitif
Di samping itu, didapati juga bahawa penggunaan buku teks dalam pengajaran
Sejarah tidak mampu memenuhi keperluan perkembangan kognitif murid-murid.
Hal ini demikian kerana menurut Ruhani, R. (2016), murid-murid pada peringkat
umur 7-12 tahun ini masih berfikir secara konkrit untuk memahami sesuatu
perkara. Lefa, B. (2014) pula menyatakan bahawa kebanyakan murid pada
sekolah rendah hanya boleh menerima sesuatu pengetahuan yang bersifat
konkrit berdasarkan bukti yang boleh dipegang dan dirasai mahupun perkara
yang mampu dilihat secara nyata. Oleh itu, dengan kata lain, penggunaan buku
teks ini memerlukan murid untuk menggambarkan sesuatu secara abstrak
namun perkara ini bertentangan dengan perkembangan kognitif murid-murid
sekolah rendah yang masih berada dalam fasa operasi konkrit. Maka, guru perlu
menggunakan pelbagai sumber pengajaran yang konkrit semasa pengajaran
Sejarah. Contohnya, guru boleh menggunakan peta yang besar berserta
gambar-gambar tokoh pejuang yang realistik.
Maka, tidak seperti penggunaan buku teks, didapati bahawa perkembangan
kognitif murid dapat disokong menerusi penggunaan sumber elektronik. Hal ini
demikian kerana menerusi penggunaan sumber elektronik didapati bahawa ianya
dapat membantu murid membentuk pemahaman dalam pemikiran mereka.
Contohnya, guru boleh membantu murid memahami konsep masa dalam subjek
Sejarah dengan menayangkan video yang menerangkan tentang garis waktu.
Dengan ini, murid tidak perlu lagi berfikir secara abstrak dan boleh memahami
konsep ini dengan mudah. Dalam masa yang sama, menurut Samperio, N.
(2017), menerusi pemerhatian terhadap perkara yang interaktif dan visual ini
dipercayai dapat membantu murid untuk meningkatkan pengalaman
pembelajaran Sejarah mereka.
Rajah di atas menunjukkan sesi pdp yang menggunakan sumber elektronik iaitu slaid
peta yang besar
9
v. Pengajaran abad ke-21
Pengajaran abad ke-21 merupakan tuntutan yang terkini dalam usaha
menyampaikan pengajaran Sejarah yang berkualiti di dalam bilik darjah. Kualiti
Pendidikan abad ke-21 ini sering dikaitkan dengan ciri-ciri futuristik yang disertai
oleh penggunaan pelbagai teknologi yang canggih dan terkini. Bukan itu sahaja
malah menurut S. A. Garba, Y. B. (2015), pengintegrasian antara bidang
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan proses pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah memang tidak boleh dinafikan. Dengan kata lain,
pembangunan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi di negara kita
telah memberikan kesan yang dominan kepada perjalanan Pdp bilik darjah.
Untuk mengajar subjek Sejarah, guru boleh melakukan pelbagai aktiviti
pembelajaran dengan mengaplikasikan kemudahan teknologi elektronik yang
lebih berpusatkan murid.
Antaranya, guru boleh memberi autonomi kepada pelajar untuk meneroka
sendiri maklumat yang ingin mereka terokai dengan menggunakan peranti
elektronik yang disediakan oleh guru seperti komputer riba mahupun tablet di
dalam kelas. Sebagai contoh, guru boleh meminta murid-murid untuk mencari
maklumat mengenai topik kemerdekaan Malaysia yang sahih dengan
menggunakan internet. Seperti yang diketahui umum, setiap individu bebas untuk
menyuarakan pendapat mereka namun autoriti dan pengalaman mereka
haruslah bersesuaian dengan bidang yang ditulis. Oleh itu, guru boleh
memberikan ciri-ciri sesebuah laman sesawang yang berautoriti dan dipercayai
maklumat yang disebarkan olehnya tepat dan murid akan cuba mencarinya
menggunakan peranti yang disediakan. Kini, terdapat banyak perisian elektronik
yang dilihat mampu menyokong proses Pdp yang dijalankan di bilik darjah. Untuk
tujuan pengajaran, aplikasi seperti Pear Deck, Google Slides dan Slide Share
dilihat amat bertepatan sebagai bahan sokongan pengajaran kepada guru.
Namun, aplikasi seperti Plickers, Quizziz dan Kahoot dilihat amat dominan dalam
tujuan pentaksiran yang akan dilakukan di dalam bilik darjah. Justeru, memang
tidak dinafikan lagi bahawa teknologi komunikasi dan multimedia ini merupakan
bahan sokongan yang kukuh kepada proses Pdp bagi subjek Sejarah di sekolah.
Namun begitu, kesemua kemudahan pembelajaran ini tidak akan dapat
dinikmati oleh murid menerusi pengajaran dengan menggunakan buku teks oleh
guru. Maka, penggunaan sumber elektronik dilihat amat relevan dalam usaha
mendokong aspirasi Pengajaran abad ke-21 (PAK21) ini.
10
4. Cadangan penambahbaikan
Oleh hal yang demikian, sungguhpun memiliki beberapa perbezaan antara sumber
pengajaran Sejarah ini, ianya tidak menjadi satu kata putus yang menetapkan dan
menghalang guru-guru Sejarah untuk memilih sumber pengajaran dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran mereka. Dengan kata lain, guru-guru Sejarah ini
memiliki autoriti untuk menggunakan pelbagai sumber pengajaran ketika mengajar
subjek Sejarah ini. Oleh itu, antara perkara yang boleh dilakukan guru untuk
menggunakan pelbagai sumber pengajaran Sejarah dalam sesi pdp adalah menerusi
pengamalan kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai di dalam bilik darjah.
Contohnya, guru boleh menggunakan kaedah pengajaran kajian kes untuk mengajar
subjek Sejarah ini. Sepanjang menyiapkan tugasan mereka, murid dipercayai akan
didedahkan dengan pelbagai sumber-sumber Sejarah seperti gambar dan video
daripada Arkib Negara Malaysia. Dengan ini, penggunaan sumber yang pelbagai
boleh diterapkan di sepanjang sesi pembelajaran murid-murid ini.
Selain itu, untuk menggunakan sumber pengajaran Sejarah yang pelbagai
dalam bilik darjah, guru juga boleh menggunakan teknik bercerita. Contohnya, untuk
mengajar dengan lebih jelas tentang Sejarah Kemerdekaan 1957 kepada murid, guru
boleh menggunakan pelbagai sumber pengajaran seperti slaid, buku, gambar-
gambar daripada Arkib Negara Malaysia dan video-video. Penggunaan bahan-bahan
ini amat penting dan kritikal dalam usaha meningkatkan kefahaman murid terhadap
topik yang ingin diajar. Hal ini demikian kerana murid-murid pada lingkungan umur ini
masih belum mampu berfikir secara abstrak dengan baik. Oleh itu, penggunaan
bahan-bahan konkrit adalah amat dituntut. Untuk menjayakan proses pengajaran
dengan menggunakan kaedah penceritaan ini, guru haruslah mengawal kelas
dengan baik menerusi arahan yang jelas dan tegas. Hal ini amat penting kerana
situasi yang tidak terkawal akan meranapkan impian guru untuk mengajar.
Bukan itu sahaja malah, guru juga memiliki kapasiti untuk
menggabungjalinkan penggunaan buku teks dan sumber elektronik di dalam pdp
Sejarah. Contohnya, untuk mengajar topik Perjuangan Tokoh Hang Tuah tahun 4,
guru boleh menayangkan video-video kepada murid dan meminta mereka untuk
merujuk buku teks dan melakukan latihan. Dengan ini, tumpuan murid terhadap
pengajaran akan dapat ditangkap di samping meningkatkan kualiti penyampaian ilmu
oleh guru Sejarah itu sendiri.
11
5. Kesimpulan
Kesimpulannya, penggunaan buku teks dan sumber elektronik sebagai bahan
sumber pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah masih lagi relevan
namun penggunaannya perlu ditambahbaik agar kegunaannya masih mampu
memenuhi keperluan semasa masa kini. Dengan kata lain, guru perlu melakukan
transformasi kepada kaedah pengajarannya agar kualiti pendidikan yang ingin
disampaikan akan ditambahbaik. Maka, guru haruslah menggunakan pelbagai
sumber-sumber pengajaran Sejarah yang relevan dan berkualiti dalam usaha
untuk memastikan perkara ini berlaku.
Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa kecekapan
pembelajaran dan sikap positif murid terhadap pembelajaran dapat
diperkukuhkan melalui penggunaan bahan sumber pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan berkualiti. Untuk mencapai kebaikan-kebaikan
di atas, bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mestilah bermutu
tinggi dan dipilih atau direka, dihasilkan dan digunakan sebagai satu bahagian
yang diintegrasikan di dalam sistem pembelajaran dan pengajaran.
12
6. Rumusan penulisan
Pengenalan
Banding beza
Persamaan
-sebagaibahanbantumengajar
-membantugurudanmurid mencarimaklumat
-mengehadkan penggunaan sumberpengajaran
Sejarah
Perbezaan
-keterlangsungandan kesahihansumber
-penggunaan masa
-daya tarikan
-keperluan kognitifmurid
-Pengajaran abad ke-21(PAK21)
Cadangan penambahbaikan
Hasil pemerhatian sumber-sumber pengajaran
-sumber penulisan buku teks
-sumber elektronik
13
7. Rujukan
Abdullah,S.H.(2008). Empati SejarahDalamPengajaranDanPembelajaranSejarah. JurnalPendidik
dan Pendidikan,28(1),,131 -146.
Azwan,A.A. (2005). KesanEfikasi Kendiri GuruSejarahTerhadapAmalanPengajaranberbantukan
Teknologi MaklumatdanKomunikasi(ICT).. JurnalPenyelidikan Pendidikan,7,15-24.
Boholano,H.B. (2017). Smart Social Networking:21stCenturyTeaching. Research in Pedagogy,Vol.
7, Issue1 , 21-29.
Hoffman,J.V.(2004). The Effective ElementaryClassroomLiteracyEnvironment:Examiningthe
Validityof the TEX-IN3ObservationSystem. Journalof Literacy Research,304-334.
Lefa,B. (2014). The PiagetTheoryof Cognitive Development:AnEducational Implications. Articlein
EducationalPsychology Journal,1-15.
Ruhani,R.(2016). Perkembangan Kanak-kanakEdisiKedua. KualaLumpur:OxfordFajarSdn.Bhd.
S. A.Garba, Y. B. (2015). Toward the Use of 21st CenturyTeachingLearningApproaches:The Trendof
DevelopmentinMalaysianSchoolswithinthe Contextof Asia.. Journalof Education for
Teaching (JET),72-79.
Samperio,N.(2017). DiscoveringStudents’Preference forClassroomActivitiesandTeachers’Activity
Use. Colomb.Appl.Linguist.J.,19(1), , 51-66.

More Related Content

What's hot

Sekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridSekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridVince Here
 
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahPengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahFarah Elriani
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonamira nurfahmida
 
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid No Name
 
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita alin4box
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaranTien Yu Yu
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSteven Abraham
 
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah - SJHK3063
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah - SJHK3063Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah - SJHK3063
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah - SJHK3063FaFai S.
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-GantiContoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-GantiAzizi Ahmad
 
Topik 5 audio untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 5  audio untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 5  audio untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 5 audio untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikancik noorlyda
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan PembelajaranTopik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan PembelajaranJessika Denis
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...FaFai S.
 

What's hot (20)

Sekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridSekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang Murid
 
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahPengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordon
 
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
 
Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid
 
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah - SJHK3063
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah - SJHK3063Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah - SJHK3063
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah - SJHK3063
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-GantiContoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
 
Topik 5 audio untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 5  audio untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 5  audio untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 5 audio untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikan
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan PembelajaranTopik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
 

Similar to Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp

Buku teks
Buku teksBuku teks
Buku teksshurein
 
TUGASAN 1 KPT6044
TUGASAN 1 KPT6044TUGASAN 1 KPT6044
TUGASAN 1 KPT6044Nurul Mazni
 
Teori kreativiti
Teori kreativitiTeori kreativiti
Teori kreativitiamiesaiful
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibsondiaernah
 
Proposal kumpulan
Proposal kumpulanProposal kumpulan
Proposal kumpulanZitra Hanim
 
Kecemerlangan profesionalisme penyelaras pss
Kecemerlangan profesionalisme penyelaras pssKecemerlangan profesionalisme penyelaras pss
Kecemerlangan profesionalisme penyelaras pssKaliammah Ayer
 
Failmeja gpm
Failmeja gpmFailmeja gpm
Failmeja gpmmelrance
 
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-mediaMohd Yusoff Walat
 
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikanAlinLin10
 
Tugasan 1 bahasa pengantar
Tugasan 1   bahasa pengantarTugasan 1   bahasa pengantar
Tugasan 1 bahasa pengantaryunging84
 
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...MuhammadZulaziziMohd
 

Similar to Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp (20)

Buku teks
Buku teksBuku teks
Buku teks
 
Hbml4403
Hbml4403Hbml4403
Hbml4403
 
Hbml4403 810901126140
Hbml4403 810901126140Hbml4403 810901126140
Hbml4403 810901126140
 
Esei tema 4psk 2
Esei tema 4psk 2Esei tema 4psk 2
Esei tema 4psk 2
 
TUGASAN 1 KPT6044
TUGASAN 1 KPT6044TUGASAN 1 KPT6044
TUGASAN 1 KPT6044
 
Teori kreativiti
Teori kreativitiTeori kreativiti
Teori kreativiti
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
 
Abm teori vygotsky
Abm teori vygotskyAbm teori vygotsky
Abm teori vygotsky
 
Proposal kumpulan
Proposal kumpulanProposal kumpulan
Proposal kumpulan
 
Kecemerlangan profesionalisme penyelaras pss
Kecemerlangan profesionalisme penyelaras pssKecemerlangan profesionalisme penyelaras pss
Kecemerlangan profesionalisme penyelaras pss
 
bahasa
bahasa bahasa
bahasa
 
Failmeja gpm
Failmeja gpmFailmeja gpm
Failmeja gpm
 
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
 
Kajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bmKajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bm
 
Contoh tesis maktab
Contoh tesis maktabContoh tesis maktab
Contoh tesis maktab
 
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 
13 unit 9
13 unit 913 unit 9
13 unit 9
 
Tugasan 1 bahasa pengantar
Tugasan 1   bahasa pengantarTugasan 1   bahasa pengantar
Tugasan 1 bahasa pengantar
 
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
 

Recently uploaded

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 

Recently uploaded (15)

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 

Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp

  • 1. 1 Soalan tugasan: Hasil daripada pemerhatian dan kajian yang dilakukan dalam kerja lapangan, secara individu anda dikehendaki membanding bezakan dua jenis sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang sesuai diguna pakai dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Isi kandungan: Bil. Perkara. Halaman 1. Pendahuluan 2 2. Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang digunakan oleh guru Sejarah yang diperhatikan di dalam kelas 2-3 3. Banding beza jenis sumber-sumber pengajaran yang diperhatikan 3-9 4. Cadangan penambahbaikan 10 5 Kesimpulan 11 6. Rumusan penulisan 12 7. Rujukan 13
  • 2. 2 1. Pendahuluan Pada 5 hingga 9 Ogos 2019, kesemua pelajar PISMP ambilan Jun 2018 telah menjalani aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah rendah sekitar kampus ataupun sekolah pilihan di kawasan tempat tinggal. Sepanjang aktiviti PBS berlangsung, pelajar minor Sejarah telah ditugaskan untuk mengenal pasti penggunaan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang digunakan oleh guru Sejarah di sekolah berkenaan, membanding bezakan jenis sumber-sumber tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang dapat menambahbaik mutu pengajaran guru tersebut. Oleh hal yang demikian, penulisan laporan ini telah dihasilkan untuk memenuhi keperluan- keperluan tugasan berkenaan. 2. Sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang digunakan oleh guru Sejarah yang diperhatikan di dalam kelas Sepanjang aktiviti PBS berlangsung, penulis telah berpeluang untuk mengikuti beberapa kelas Sejarah yang berlangsung di sekolah berkenaan. Dalam masa yang sama, edaran soal selidik turut telah diedarkan kepada guru-guru ini untuk memperoleh pendapat mereka berkaitan sumber pengajaran Sejarah yang sering mereka gunakan semasa mengajar subjek Sejarah. Menurut hasil pemerhatian dan soal selidik yang diperoleh, antara sumber sejarah yang popular dan kerap diguna pakai oleh guru-guru Sejarah di sekolah berkenaan ialah sumber bertulis menerusi buku teks dan sumber elektronik seperti penggunaan slaid. Oleh hal yang demikian, penggunaan kedua-dua jenis sumber pengajaran Sejarah yang berbeza ini telah dipilih untuk dibincangkan sepanjang penulisan ini. Sumber pengajaran yang pertama yang digunakan ialah buku teks. Buku teks merupakan sebuah sumber bertulis peringkat tertier yang digunakan pada pelbagai peringkat pembelajaran sama ada di sekolah rendah mahupun institusi pendidikan tinggi. Namun, fungsi kesemua buku teks ialah sama iaitu adalah untuk menyokong sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran yang telah, sedang mahupun yang akan berlangsung. Buku teks ini memiliki pelbagai jenis variasi mengikut kepada keperluan penggunanya. Bagi buku teks untuk subjek Sejarah sekolah rendah, ianya sarat dengan pelbagai jenis grafik untuk menarik perhatian murid selaku pembaca. Kuantiti tulisan bagi buku teks peringkat ini dilihat telah dihadkan supaya ianya selari dengan keperluan kognitif
  • 3. 3 pembacanya. Oleh hal yang demikian, didapati bahawa buku teks telah diangkat sebagai pilihan utama sebagai sumber pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah di sekolah rendah. Selain daripada penggunaan buku teks, guru-guru Sejarah di sekolah berkenaan turut kerap menggunakan sumber elektronik sebagai sumber pengajaran. Antara sumber elektronik yang digunakan ialah persembahan multimedia menerusi slaid dan tayangan video. Menurut Azwan, A. A. (2005), penggunaan sumber digital sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu revolusi dalam pendidikan Sejarah yang selama ini bergantung kepada sumber bercetak. Dengan kata lain, sumber yang didigitalkan ini seperti teks, imej dan artifak dapat memberikan kebebasan kepada guru untuk mengakses dan menggunakannya di bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, keupayaan guru menggunakan sumber digital Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran dipercayai mampu menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang dan ruang kepada murid untuk meneroka, mentafsir, dan mencari makna di sebalik bahan bukti yang disediakan. Dalam pada itu, minat murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah turut dapat dicungkil disebabkan penggunaan teknologi terkini yang amat rapat di hati mereka. 3. Banding beza jenis sumber-sumber pengajaran Sejarah yang diperhatikan Oleh hal yang demikian, dipercayai bahawa penggunaan kedua-dua sumber ini di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah dipercayai turut memiliki kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Maka, bahagian penulisan ini akan melakukan analisis banding beza terhadap kedua-dua sumber ini. a. Persamaan Berdasarkan pembacaan yang dilakukan, didapati bahawa kedua-dua sumber pengajaran ini memiliki beberapa kekuatan dan kelemahan yang sama menerusi penggunaannya di dalam bilik darjah. Antara persamaannya ialah kedua-dua sumber ini memainkan peranan yang jelas sebagai bahan bantu mengajar oleh guru. Hal ini demikian kerana penggunaan buku teks dan sumber elektronik di dalam bilik darjah ini dilihat mampu membimbing guru dalam sesi pengajaran mereka. Contohnya, menerusi buku teks, guru boleh menggunakan latihan- latihan pengukuhan yang telah disediakan di dalamnya. Pada bahagian akhir
  • 4. 4 setiap topik dan unit, terdapat pelbagai latihan yang telah diselitkan untuk mengukuhkan pemahaman murid. Contohnya, untuk topik pertama subjek Sejarah tahun 5 iaitu Institusi Diraja Tonggak Kedaulatan Negara, terdapat latihan padankan kenyataan yang benar dan aktiviti mengisi tempat kosong sebagai latihan pengukuhan. Justeru, menerusi perkara, beban guru untuk mencari sumber latihan kepada murid dilihat dapat dikurangkan. Dengan ini, pemahaman murid akan dapat ditingkatkan. Dalam masa yang sama, penggunaan sumber-sumber ini turut dapat membantu guru dalam menyediakan maklumat yang diperlukan murid. Contohnya, untuk belajar mengenai topik zaman air batu pada murid tahun 4, penggunaan video-video yang berkaitan dapat membantu murid mengatasi keterbatasan waktu untuk mempelajari tentang perkara tersebut. Dengan kata lain, walaupun peristiwa tersebut telah lama berlalu, namun perkara ini telah dapat diatasi dengan penggunaan paparan video yang jelas. Maka, pemahaman murid terhadap apa yang dipelajari dapat ditingkatkan. Selain itu, kedua-dua sumber ini turut memainkan peranan yang sama iaitu adalah untuk membantu murid mencari maklumat. Dengan kata lain, menerusi penggunaan buku teks dan sumber elektronik ini dapat memudahkan urusan murid dalam mencari maklumat dan fakta Sejarah yang diperlukan untuk menguasai sesuatu topik. Contohnya, untuk menguasai topik Institusi Yang diPertuan Agong tahun 6, murid boleh mencari maklumat dan fakta berkaitannya menerusi penggunaan buku teks mahupun tayangan video-video oleh guru menerusi penggunaan sumber elektronik. Perkara ini akan mampu memudahkan proses pemindahan maklumat daripada sumber kepada murid untuk pengetahuan dan pengamatan mereka. Sungguhpun begitu, penggunaan buku teks dan sumber elektronik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini turut memiliki kelemahannya. Antara kelemahannya ialah menerusi penggunaan sumber-sumber ini yang terlalu kerap dan berulang kali di dalam sesi pengajaran ini turut dilihat telah mengehadkan sumber-sumber Sejarah yang perlu diteroka oleh murid. Hal ini demikian kerana penggunaan buku teks dan sumber elektronik secara menyeluruh ketika mengajar oleh guru ini dipercayai akan mengabaikan penggunaan sumber-sumber Sejarah yang lain untuk pengajaran. Hal ini demikian kerana menurut Abdullah, S. H. (2008), terdapat banyak sumber- sumber pengajaran Sejarah yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar di
  • 5. 5 dalam kelas. Contohnya adalah koleksi surat-surat lama daripada Arkib Negara Malaysia dan sumber-sumber arkeologi. Maka, dengan penggunaan yang begitu kerap oleh guru tanpa penggunaan kepelbagaian sumber ini dipercayai akan mengehadkan pengalaman pembelajaran murid berkenaan subjek Sejarah ini. Justeru, adalah menjadi tugas seorang guru Sejarah untuk mengelakkan daripada perkara ini terus berlaku. b. Perbezaan Sungguhpun begitu, setiap sumber yang digunakan di dalam bilik darjah ini turut memiliki kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Penggunaan sumber buku teks dan sumber elektronik di dalam bilik darjah untuk subjek Sejarah perlu dilihat daripada pelbagai aspek yang utama seperti perkembangan fizikal, kognitif, dan sosial murid tersebut. Hal ini demikian kerana menurut Ruhani, R. (2016), kesemua keperluan intrinsik dan ekstrinsik ini akan memberikan kesan yang signifikan kepada kualiti pembelajaran murid. Oleh hal yang demikian, penulisan bahagian ini akan membincangkan tentang perbezaan utama antara penggunaan buku teks dan sumber elektronik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sejarah di sekolah rendah. Antara aspek yang ingin dibezakan ialah keterlangsungan sumber, penggunaan masa, daya tarikan dan pengajaran abad ke-21. i. Keterlangsungan dan kesahihan sumber Menerusi penggunaan buku teks, didapati bahawa proses pencarian maklumat akan berjalan dengan lebih lancar dan berterusan berbanding dengan penggunaan sumber elektronik. Hal ini demikian kerana menerusi penggunaan buku teks, murid boleh menerima akses kepada maklumat-maklumat yang memenuhi keperluan subjek Sejarah yang sedang mereka pelajari dengan lebih mudah. Dengan ini, murid tidak akan menghadapi kesukaran untuk mencari maklumat-maklumat Sejarah yang penting. Contohnya, untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan kemerdekaan, murid boleh merujuk buku teks pada topik 7 buku teks Sejarah tahun 5. Walaupun selepas sesi pengajaran dan pembelajaran telah tamat, murid boleh meneruskan proses ulang kaji di rumah tanpa batasan. Sekiranya penggunaan sumber elektronik digunakan, murid hanya memiliki akses kepada maklumat tersebut pada masa tertentu sahaja iaitu semasa keberadaan guru di kelas. Perkara ini menunjukkan bahawa penggunaan buku teks dilihat amat penting dalam membekalkan sumber maklumat yang konsisten kepada murid sepanjang masa.
  • 6. 6 Selain itu, penggunaan buku teks semasa pengajaran Sejarah turut amat penting kerana maklumat yang dikandunginya adalah sahih dan tepat. Hal ini demikian kerana cetakan buku teks merupakan sumber yang sahih, tepat dan memenuhi tuntutan semasa bagi subjek Sejarah. Hal ini demikian kerana cetakan buku teks ini sebenarnya dikawal oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, segala maklumat yang dibekalkan menerusi buku teks ini adalah amat signifikan dan tidak terdedah dengan penyelewengan fakta dan sebagainya. Dalam masa yang sama, sukatan yang dinyatakan oleh buku teks ini ialah bersifat standard dan seragam di seluruh negara. Maka, murid tidak akan ketinggalan dengan peredaran masa perkembangan kurikulum Sejarah di Malaysia. Manakala, penggunaan sumber elektronik semasa pengajaran Sejarah pula terdedah dengan pelbagai maklumat yang tidak tepat dan tidak bersesuaian dengan keperluan murid. Maka, guru haruslah peka dan bijak memilih kandungan yang sesuai dan tepat untuk menggunakan sumber elektronik ini untuk memastikan kesahihannya. ii. Penggunaan masa Dalam pada itu, penggunaan buku teks sebagai sumber pengajaran turut dipercayai dapat mengurangkan penggunaan masa sesi pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan penggunaan sumber elektronik. Hal ini demikian kerana menerusi penggunaan buku teks, masa yang diperlukan untuk menyediakan penggunaannya adalah amat minimum. Namun, sekiranya sumber elektronik seperti tayangan slaid digunakan oleh guru, ianya memakan sedikit masa untuk ditetapkan. Maka, waktu sesi pengajaran dan pembelajaran akan terkesan. Sebagai contohnya, dengan menggunakan sumber elektronik, guru perlu memberi ruang kepada murid untuk menyalin nota dan perkara ini akan memakan masa pengajaran guru. Namun, dengan penggunaan buku teks, masa pengajaran guru dapat dijimatkan kerana di dalam buku teks tersebut sudah disertakan dengan nota yang padat dan ringkas. Dengan kata lain, guru hanya perlu kreatif untuk merungkai fakta-fakta tersebut agar ianya lebih mudah untuk diterima oleh murid. Dengan masa yang telah dijimatkan ini, guru boleh memfokuskan masa tersebut kepada perlaksanaan aktiviti-aktiviti pembelajaran murid yang lain. Kesannya, mutu kualiti pendidikan Sejarah yang akan diterima oleh murid akan lebih berkualiti.
  • 7. 7 iii. Daya tarikan Aspek seterusnya yang ingin dibandingkan ialah daya tarikan. Hoffman, J. V. (2004) menerangkan bahawa penggunaan sumber elektronik mampu menarik minat murid kepada sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan berbanding dengan penggunaan buku teks. Penggunaan buku teks di dalam bilik darjah ini dilihat tidak mampu menarik minat murid terhadap subjek Sejarah kerana penggunaan multimedia yang boleh diterapkan pada buku teks adalah amat terhad. Dengan kata lain, hanya imej-imej grafik yang tidak bergerak yang boleh diletakkan di dalam buku teks. Sekiranya dibandingkan dengan sumber elektronik menerusi penggunaan perisian elektronik pendidikan yang lain, terdapat lebih banyak bahan multimedia interaktif yang boleh disertakan. Contohnya, menerusi aplikasi pendidikan Powerpoint dan Googleslides, guru boleh memasukkan pelbagai elemen interaktif seperti animasi gambar bergerak (GIF) mahupun iriingan muzik. Dengan ini, perhatian murid dilihat akan mampu ditarik lantas minat murid untuk belajar subjek Sejarah ini akan mampu disemai. Menurut Boholano, H. B. (2017), murid yang lahir pada generasi Z pada hari ini dipercayai amat arif dan berpengetahuan dalam bidang teknologi. Oleh itu, guru boleh menggalakkan mereka untuk menggunakan kelebihan yang mereka miliki ini ke jalan yang lebih baik. Maka, guru perlu meninggalkan kaedah pengajaran tradisional dan berhijrah ke arah memaksimumkan penggunaan teknologi ini dan bertindak sebagai moderator mahupun sebagai aktivator di dalam bilik darjah. Dengan penggunaan sumber elektronik yang meluas di dalam bilik darjah ini dipercayai dapat menarik minat murid terhadap subjek Sejarah itu sendiri. Rajah di atas menunjukkan sesi pdp yang menggunakan sumber elektronik iaitu slaid
  • 8. 8 iv. Keperluan kognitif Di samping itu, didapati juga bahawa penggunaan buku teks dalam pengajaran Sejarah tidak mampu memenuhi keperluan perkembangan kognitif murid-murid. Hal ini demikian kerana menurut Ruhani, R. (2016), murid-murid pada peringkat umur 7-12 tahun ini masih berfikir secara konkrit untuk memahami sesuatu perkara. Lefa, B. (2014) pula menyatakan bahawa kebanyakan murid pada sekolah rendah hanya boleh menerima sesuatu pengetahuan yang bersifat konkrit berdasarkan bukti yang boleh dipegang dan dirasai mahupun perkara yang mampu dilihat secara nyata. Oleh itu, dengan kata lain, penggunaan buku teks ini memerlukan murid untuk menggambarkan sesuatu secara abstrak namun perkara ini bertentangan dengan perkembangan kognitif murid-murid sekolah rendah yang masih berada dalam fasa operasi konkrit. Maka, guru perlu menggunakan pelbagai sumber pengajaran yang konkrit semasa pengajaran Sejarah. Contohnya, guru boleh menggunakan peta yang besar berserta gambar-gambar tokoh pejuang yang realistik. Maka, tidak seperti penggunaan buku teks, didapati bahawa perkembangan kognitif murid dapat disokong menerusi penggunaan sumber elektronik. Hal ini demikian kerana menerusi penggunaan sumber elektronik didapati bahawa ianya dapat membantu murid membentuk pemahaman dalam pemikiran mereka. Contohnya, guru boleh membantu murid memahami konsep masa dalam subjek Sejarah dengan menayangkan video yang menerangkan tentang garis waktu. Dengan ini, murid tidak perlu lagi berfikir secara abstrak dan boleh memahami konsep ini dengan mudah. Dalam masa yang sama, menurut Samperio, N. (2017), menerusi pemerhatian terhadap perkara yang interaktif dan visual ini dipercayai dapat membantu murid untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran Sejarah mereka. Rajah di atas menunjukkan sesi pdp yang menggunakan sumber elektronik iaitu slaid peta yang besar
  • 9. 9 v. Pengajaran abad ke-21 Pengajaran abad ke-21 merupakan tuntutan yang terkini dalam usaha menyampaikan pengajaran Sejarah yang berkualiti di dalam bilik darjah. Kualiti Pendidikan abad ke-21 ini sering dikaitkan dengan ciri-ciri futuristik yang disertai oleh penggunaan pelbagai teknologi yang canggih dan terkini. Bukan itu sahaja malah menurut S. A. Garba, Y. B. (2015), pengintegrasian antara bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah memang tidak boleh dinafikan. Dengan kata lain, pembangunan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi di negara kita telah memberikan kesan yang dominan kepada perjalanan Pdp bilik darjah. Untuk mengajar subjek Sejarah, guru boleh melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran dengan mengaplikasikan kemudahan teknologi elektronik yang lebih berpusatkan murid. Antaranya, guru boleh memberi autonomi kepada pelajar untuk meneroka sendiri maklumat yang ingin mereka terokai dengan menggunakan peranti elektronik yang disediakan oleh guru seperti komputer riba mahupun tablet di dalam kelas. Sebagai contoh, guru boleh meminta murid-murid untuk mencari maklumat mengenai topik kemerdekaan Malaysia yang sahih dengan menggunakan internet. Seperti yang diketahui umum, setiap individu bebas untuk menyuarakan pendapat mereka namun autoriti dan pengalaman mereka haruslah bersesuaian dengan bidang yang ditulis. Oleh itu, guru boleh memberikan ciri-ciri sesebuah laman sesawang yang berautoriti dan dipercayai maklumat yang disebarkan olehnya tepat dan murid akan cuba mencarinya menggunakan peranti yang disediakan. Kini, terdapat banyak perisian elektronik yang dilihat mampu menyokong proses Pdp yang dijalankan di bilik darjah. Untuk tujuan pengajaran, aplikasi seperti Pear Deck, Google Slides dan Slide Share dilihat amat bertepatan sebagai bahan sokongan pengajaran kepada guru. Namun, aplikasi seperti Plickers, Quizziz dan Kahoot dilihat amat dominan dalam tujuan pentaksiran yang akan dilakukan di dalam bilik darjah. Justeru, memang tidak dinafikan lagi bahawa teknologi komunikasi dan multimedia ini merupakan bahan sokongan yang kukuh kepada proses Pdp bagi subjek Sejarah di sekolah. Namun begitu, kesemua kemudahan pembelajaran ini tidak akan dapat dinikmati oleh murid menerusi pengajaran dengan menggunakan buku teks oleh guru. Maka, penggunaan sumber elektronik dilihat amat relevan dalam usaha mendokong aspirasi Pengajaran abad ke-21 (PAK21) ini.
  • 10. 10 4. Cadangan penambahbaikan Oleh hal yang demikian, sungguhpun memiliki beberapa perbezaan antara sumber pengajaran Sejarah ini, ianya tidak menjadi satu kata putus yang menetapkan dan menghalang guru-guru Sejarah untuk memilih sumber pengajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Dengan kata lain, guru-guru Sejarah ini memiliki autoriti untuk menggunakan pelbagai sumber pengajaran ketika mengajar subjek Sejarah ini. Oleh itu, antara perkara yang boleh dilakukan guru untuk menggunakan pelbagai sumber pengajaran Sejarah dalam sesi pdp adalah menerusi pengamalan kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai di dalam bilik darjah. Contohnya, guru boleh menggunakan kaedah pengajaran kajian kes untuk mengajar subjek Sejarah ini. Sepanjang menyiapkan tugasan mereka, murid dipercayai akan didedahkan dengan pelbagai sumber-sumber Sejarah seperti gambar dan video daripada Arkib Negara Malaysia. Dengan ini, penggunaan sumber yang pelbagai boleh diterapkan di sepanjang sesi pembelajaran murid-murid ini. Selain itu, untuk menggunakan sumber pengajaran Sejarah yang pelbagai dalam bilik darjah, guru juga boleh menggunakan teknik bercerita. Contohnya, untuk mengajar dengan lebih jelas tentang Sejarah Kemerdekaan 1957 kepada murid, guru boleh menggunakan pelbagai sumber pengajaran seperti slaid, buku, gambar- gambar daripada Arkib Negara Malaysia dan video-video. Penggunaan bahan-bahan ini amat penting dan kritikal dalam usaha meningkatkan kefahaman murid terhadap topik yang ingin diajar. Hal ini demikian kerana murid-murid pada lingkungan umur ini masih belum mampu berfikir secara abstrak dengan baik. Oleh itu, penggunaan bahan-bahan konkrit adalah amat dituntut. Untuk menjayakan proses pengajaran dengan menggunakan kaedah penceritaan ini, guru haruslah mengawal kelas dengan baik menerusi arahan yang jelas dan tegas. Hal ini amat penting kerana situasi yang tidak terkawal akan meranapkan impian guru untuk mengajar. Bukan itu sahaja malah, guru juga memiliki kapasiti untuk menggabungjalinkan penggunaan buku teks dan sumber elektronik di dalam pdp Sejarah. Contohnya, untuk mengajar topik Perjuangan Tokoh Hang Tuah tahun 4, guru boleh menayangkan video-video kepada murid dan meminta mereka untuk merujuk buku teks dan melakukan latihan. Dengan ini, tumpuan murid terhadap pengajaran akan dapat ditangkap di samping meningkatkan kualiti penyampaian ilmu oleh guru Sejarah itu sendiri.
  • 11. 11 5. Kesimpulan Kesimpulannya, penggunaan buku teks dan sumber elektronik sebagai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah masih lagi relevan namun penggunaannya perlu ditambahbaik agar kegunaannya masih mampu memenuhi keperluan semasa masa kini. Dengan kata lain, guru perlu melakukan transformasi kepada kaedah pengajarannya agar kualiti pendidikan yang ingin disampaikan akan ditambahbaik. Maka, guru haruslah menggunakan pelbagai sumber-sumber pengajaran Sejarah yang relevan dan berkualiti dalam usaha untuk memastikan perkara ini berlaku. Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa kecekapan pembelajaran dan sikap positif murid terhadap pembelajaran dapat diperkukuhkan melalui penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berkualiti. Untuk mencapai kebaikan-kebaikan di atas, bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mestilah bermutu tinggi dan dipilih atau direka, dihasilkan dan digunakan sebagai satu bahagian yang diintegrasikan di dalam sistem pembelajaran dan pengajaran.
  • 12. 12 6. Rumusan penulisan Pengenalan Banding beza Persamaan -sebagaibahanbantumengajar -membantugurudanmurid mencarimaklumat -mengehadkan penggunaan sumberpengajaran Sejarah Perbezaan -keterlangsungandan kesahihansumber -penggunaan masa -daya tarikan -keperluan kognitifmurid -Pengajaran abad ke-21(PAK21) Cadangan penambahbaikan Hasil pemerhatian sumber-sumber pengajaran -sumber penulisan buku teks -sumber elektronik
  • 13. 13 7. Rujukan Abdullah,S.H.(2008). Empati SejarahDalamPengajaranDanPembelajaranSejarah. JurnalPendidik dan Pendidikan,28(1),,131 -146. Azwan,A.A. (2005). KesanEfikasi Kendiri GuruSejarahTerhadapAmalanPengajaranberbantukan Teknologi MaklumatdanKomunikasi(ICT).. JurnalPenyelidikan Pendidikan,7,15-24. Boholano,H.B. (2017). Smart Social Networking:21stCenturyTeaching. Research in Pedagogy,Vol. 7, Issue1 , 21-29. Hoffman,J.V.(2004). The Effective ElementaryClassroomLiteracyEnvironment:Examiningthe Validityof the TEX-IN3ObservationSystem. Journalof Literacy Research,304-334. Lefa,B. (2014). The PiagetTheoryof Cognitive Development:AnEducational Implications. Articlein EducationalPsychology Journal,1-15. Ruhani,R.(2016). Perkembangan Kanak-kanakEdisiKedua. KualaLumpur:OxfordFajarSdn.Bhd. S. A.Garba, Y. B. (2015). Toward the Use of 21st CenturyTeachingLearningApproaches:The Trendof DevelopmentinMalaysianSchoolswithinthe Contextof Asia.. Journalof Education for Teaching (JET),72-79. Samperio,N.(2017). DiscoveringStudents’Preference forClassroomActivitiesandTeachers’Activity Use. Colomb.Appl.Linguist.J.,19(1), , 51-66.