SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
TEKS UCAPAN PENUH
Yang Berbahagia
Datuk Dr. Amin Senin
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
TEKS UCAPAN PENUH
Yang Berbahagia
Datuk Dr. Amin Senin
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh.
Salam Sejahtera, Salam Negaraku Malaysia
Yang Berusaha,
Dato’ Haji Nordin bin Haji Selamat,
Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya.
Yang Berusaha,
Tuan Haji Mohd Salleh bin Mohd Kassim,
Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Yang Berbahagia,
Puan Maimunah binti Mustafa
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat.
Yang Berusaha,
Pn Hjh Rahanim binti Abd.Rahim,
Pengetua SMK Sijangkang Jaya.
Yang Dihormati,
Barisan Penolong Kanan, AJK PIBG,Para Tetamu, Para Guru, Para Ibu
Bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Bersyukur saya kehadrat Allah Yang Maha Esa, atas izin NYA maka saya
dapat hadir dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK
Sijangkang Jaya pada kali ini. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah
dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dalam majlis ini,
khususnya kepada ibu bapa yang telah menunjukkan kerjasama yang erat
dalam melahirkan pelajar yang mempunyai keintelektualan dan sahsiah
yang cemerlang. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang
berjaya memartabatkan profesion keguruan sehingga mampu membantu
kerajaan melahirkan modal insan yang berkualiti serta berjiwa patriotik.
Saya sebenarnya begitu berbangga dan gembira kerana dijemput hadir
dalam majlis ini bersama-sama dengan pihak tuan-tuan dan puan-puan
sekalian. Semoga majlis yang amat bermakna ini dapat dijadikan asas
permulaan dalam membuat anjakan paradigma menjana modal insan
gemilang dan terbilang. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak
sekolah dan PIBG dapat bekerjasama mendepani segala cabaran dan
permasalahan yang timbul. Pihak sekolah dan ibu bapa, sebaik-baiknya
mewujudkan suasana kolaboratif dengan sentiasa berbincang untuk
memastikan kecemerlangan akademik, sahsiah, kokurikulum dan
pembangunan sekolah. Hindarkan sebarang perbalahan kerana ini tidak
menguntungkan sesiapa, malah merugikan semua pihak.
Melalui ucapan Yang Dipertua PIBG dan Tuan Pengetua sebentar tadi,
jelaslah bahawa sekolah ini telah menunjukkan beberapa pencapaian yang
boleh dibanggakan oleh semua pihak khusunya pihak murid, ibu bapa, dan
PIBG sekolah. Kejayaan yang diperoleh dan disandang ini bukannya
datang menggolek, tetapi banyak keringat, tenaga dan usaha yang telah
diperah dan dikorbankan. Sewajarnya, PIBG sebagai sebuah badan yang
mendokong dan berada disebalik kejayaan itu, telah meraikan pencapaian
tersebut sebagai intensif, galakan dan rangsangan untuk kejayaan yang
berterusan pada masa akan datang. Iltizam dan komitmen murid-murid dan
para guru ini perlu dihargai. Tahniah kepada semua pihak iaitu para guru
dan murid-murid yang berusaha keras menggengam dan membawa
kejayaan tersebut buat kita semua.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Memandangkan pendidikan menyuburkan kualiti kehidupan dan bersifat
dinamik, guru perlu mewujudkan tanggapan yang positif terhadap diri dan
kerjayanya. Perkara ini penting kerana masyarakat akan membuat
tanggapan terhadap guru berasaskan cara mereka berfikir, berpakaian,
bercakap dan berinteraksi dengan murid, ibu bapa dan masyarakat. Ibu
bapa dan masyarakat pula, hendaklah bersifat rasional dan jangan cepat
melatah menyalahkan pihak sekolah apabila timbul sesuatu masalah,
misalnya masalah disiplin. Saya berharap, apabila berlaku sesuatu
permasalahan, komunikasi berkesan antara ibu bapa dan pihak sekolah
melalui PIBG dapat dilaksankan. Penyiasatan, musyawarah dan laporan
yang teliti perlu dilakukan dan jalan penyelesaian perlu disegerakan. Saya
percaya, pengetua bertanggungjawab dan mahukan sekolah sentiasa
berada dalam keadaan baik serta kondusif. Cuma kadangkala masalah
disiplin berlaku tanpa disangka dan sebagai ibu bapa keikhlasan pengetua
mengurus sekolah perlu dilihat secara positif.
Sejak merdeka dan bermula daripada Akta Pendidikan 1961 sehingga Akta
Pendidikan 1996, asas perpaduan atau integrasi menjadi dasar dalam
pendidikan negara. Realiti sosio-ekonomi-politik antara kaum
menyebabkan isu integrasi sering berbangkit. Memperkasa sekolah
kebangsaan, mengizinkan sekolah jenis kebangsaan wujud merupakan
gambaran toleransi dalam memberi ruang dan pilihan kepada murid dalam
kalangan semua kaum untuk belajar. Pendekatan sekolah wawasan,
sekolah bestari dan sekolah satu sesi merupakan usaha terancang oleh
kerajaan supaya asas integrasi dapat diperkukuh.
Oleh hal yang demikian, sistem pendidikan masa kini memerlukan
perubahan yang sememangnya tidak dapat dielakkan supaya selaras
dengan keperluan semasa, memenuhi tuntutan zaman dan lingkungan.
Walau bagaimanpun, kita mungkin perlu berhenti sejenak melihat
perubahan dan perkembangan itu. Pertama, untuk kita mengimbau sejenak
dan menginsafi betapa bertuahnya kita berada di bumi Malaysia dengan
menikmati pelbagai peluang pendidikan di dalam dan di luar negara. Yang
penting kesungguhan dan keinginan kita mengejar setinggi mana
pencapaian yang dikehendaki. Kedua, untuk kita merenung ke depan buat
mempersiapkan diri dan generasi akan datang bagi menghadapi pelbagai
cabaran yang sudah tentu tidak sama lagi dengan yang ada pada hari ini.
Menginsafi hakikat ini, tidak syak lagi sistem pendidikan menuntut kita
untuk sentiasa memperbaharui diri dengan ilmu dan tekad yang baharu
dari semasa ke semasa.
Para guru dan ibu bapa yang dikasihi,
Tuntutan zaman yang berubah memerlukan perubahan dari segi ilmu dan
kemahiran. Oleh hal yang demikian, saya menyeru ibu bapa merebut
peluang yang disediakan oleh kerajaan. Saya menyarankan agar kita
sentiasa memberi nilai tambah diri dengan terus belajar dan menambah
ilmu supaya dengan itu kita semua akan terus relevan dengan perubahan
zaman. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa pendidikan yang
mengutamakan aspek akademik semata-mata akan menyebabkan lahirnya
generasi yang pintar tetapi tidak mampu menonjolkan kebestariannya
dalam tindakan atau membuat keputusan. Oleh itu, aspek kemanusiaan
janganlah diketepikan kerana melaluinya terdapat beberapa pertimbangan
atau budi bicara bagi membolehkan pembentukan sahsiah yang seimbang.
Pihak Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha untuk menjadikan
pendidikan sebagai penjana kecemerlangan. Golongan pendidik, ibu bapa
dan masyarakat hendaklah membuka minda dan mengemaskini
pengetahuan sedia ada sambil meneruskan usaha untuk melahirkan anak-
anak didik yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi juga berakhlak
mulia, berhemah tinggi, dan disegani. Sesungguhnya kecemerlangan dunia
pendidikan sudah bermula dari rumah lagi. Bersesuaian dengan itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia amat prihatin dengan masalah rakyat
dengan menyediakan pelbagai bantuan untuk merapatkan jurang
perbezaan pendidikan antara sekolah bandar dan di luar bandar.
Hadirin yang dikasihi,
Keperihatinan pihak kerajaan terhadap sistem pendidikan negara
diserlahkan menerusi Bajet 2018. Dalam bajet tersebut, jumlah peruntukan
tertinggi diberikan kepada KPM berbanding kementerian-kementerian lain
dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 45 bilion. Beberapa perkara
turut telah dibentangkan yang berkaitan pendidikan negara antaranya
komitmen kerajaan untuk menganjakkan lagi pengajian dalam bidang
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), pembangunan Bilik
Darjah Pintar Pembelajaran Abad Ke-21 dan menaik taraf fasiliti yang
berada dalam keadaan daif. Usaha ini dilakukan bagi menggapai aspirasi
generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50). Tidak ketinggalan, bajet itu
turut menekankan kebajikan dan kesejahteraan para murid secara umum-
nya.
.
Jika kita perincikan, sebanyak RM44.49 bilion diperuntukkan untuk per-
belanjaan mengurus manakala RM1.44 bilion diperuntukkan untuk
perbelanjaan pembangunan. Bajet 2018 akan memberi manfaat kepada
5.2 juta murid di sekolah-sekolah seluruh negara melalui pelbagai bentuk
bantuan yang akan disalur. Jenis bantuan yang diberikan terbahagi kepada
tiga iaitu bantuan umum, bantuan khusus dan bantuan one-off. Bantuan
umum merujuk kepada bantuan persekolahan yang diberikan kepada
semua murid di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah
agama bantuan kerajaan bagi membantu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Ketetapan peruntukan kategori ini ialah
berdasarkan kepada jumlah enrolmen murid.
Lima jenis Bantuan Persekolahan Umum adalah sepertiberikut ;
 Bantuan Geran Per Kapita (PCG),
 Bantuan PCG Pra Sekolah,
 Bantuan Makanan Pra Sekolah (BMP),
 Bantuan Bayaran Tambahan (BBTP),
 Yuran Khas Sekolah (YKS) dan Bantuan Sukan Sekolah (BSS).
Bantuan khusus ialah bantuan persekolahan yang diberikan berdasarkan
kriteria kelayakan sepertiberasal daripada keluarga miskin atau miskin
tegar, murid Orang Asli, murid cemerlang akademik atau sukan dan murid
yang tinggal di asrama.
Sebanyak 12 jenis bantuan di bawah kategori bantuan khusus ialah ;
 Bantuan Makanan Asrama;
 Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid;
 Projek Khas Murid Sekolah Berasrama Penuh;
 Bantuan Pakaian Seragam Badan Beruniform;
 Bantuan Jaket Keselamatan Murid;
 Elaun Murid Berkeperluan Khas;
 Elaun universti;
 Biasiswa Kecil Persekutuan;
 Biasiswa Sukan;
 Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia;
 Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan.
 Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.
Bagi bantuan one-off yang diberikan sekali setahun, terdapat dua jenis
Bantuan Persekolahan di bawah kategori ini iaitu Bantuan Awal
Persekolahan dan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia. Sebanyak RM962 juta
diperuntukkan bagi bantuan umum, RM1.7 bilion untuk bantuan khusus
dan RM372 juta bantuan one-off. Secara keseluruhannya, jumlah
peruntukan yang telah diluluskan bagi Bantuan Persekolahan untuk tahun
2018 adalah sebanyak RM3.103 bilion. Jumlah itu mencatatkan
peningkatan 1.42 peratus berbanding RM3.059 bilion tahun sebelum ini.
Secara purata, kerajaan membelanjakan RM8,900 setahun untuk setiap
murid termasuk kos guru dan pembangunan infrastruktur. Bajet berkenaan
turut memberi penekanan kepada 30 inisiatif Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2035, antaranya pelaksanaan Program
Transformasi Daerah (RM27 juta), Pengukuhan Perpaduan di Sekolah
(RM2.5 juta) dan Program Saringan Literasi dan Numerasi 2.0 (RM10 juta).
Kerajaan memperuntukkan RM190 juta untuk pembinaan Bilik Darjah
Pintar Pembelajaran Abad Ke-21 yang akan dibangunkan di 1,000 sekolah
di seluruh negara. Bilik darjah itu sememangnya menjadi satu keperluan
dalam mendidik murid pada era ledakan teknologi digital masa kini.
Bagaimanapun, pihak KPM sedang dalam proses menentukan kriteria
sekolah-sekolah yang akan dipilih untuk pelaksanaan bilik darjah tersebut.
Sekolah-sekolah daif di pedalaman turut mendapat perhatian apabila
sebanyak RM2.5 bilion diberikan untuk membina semula dan menaik taraf
2,000 sekolah menerusi Sistem Binaan Berindustri (IBS). Sebanyak RM2
bilion diberikan kepada sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak manakala
baki RM500 juta lagi diberi kepada sekolah-sekolah di semenanjung
Malaysia. KPM turut mendapat peruntukan RM30 juta untuk pembinaan
pusat STEM dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia di bawah
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang bertujuan membentuk
kaedah pembelajaran dan melatih guru pakar dalam subjek tersebut.
Ibu bapa yang dikasihi,
Kerajaan mendapat banyak maklum balas dan cadangan daripada
pelbagai pihak dalam usaha mencapai aspirasi TN50. Sehingga kini, KPM
masih dalam peringkat pengumpulan data dan maklumat sebelum
perangkaan polisi dapat diteruskan. Asas dan acuan pendidikan negara
sudah kukuh dan jelas manakala para pegawai di KPM pula sedang
mengadakan perjumpaan dengan semua pihak termasuk Persatuan Ibu
Bapa dan Guru, kesatuan-kesatuan guru, dan golongan belia termasuk
guru-guru muda. Sudah tentu mereka mahu melihat sistem pendidikan
terbaik dan akses kepada rakyat Malaysia lebih baik daripada apa yang
ada sekarang ini. Kita tidak mahu ada murid yang tercicir dalam
pendidikan. Dari segi kualiti, kita mahu melihat sistem pendidikan kita boleh
dipasarkan kerana keperluan pada masa hadapan tidak sama dengan
keperluan pada masa kini.
Semua ini membuktikan komitmen kerajaan dalam usaha meningkatkan
sistem pendidikan sejajar dengan hasrat kerajaan melahirkan modal insan
yang berkualiti tinggi. Saya percaya terdapat sebahagian daripada kita
tidak menyedari mengenai pelbagai bantuan yang disediakan ini.
Hadirin yang dikasihi,
Sebagai Ketua Pengarah Pelajaran, saya ingin berkongsi sedikit berkaitan
dengan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah dilancarkan secara
rasmi oleh Menteri Pendidikan pada 5 September 2013. PPPM ini
mempunyai 3 gelombang iaitu Gelombang 1 (2013 hingga 2015),
Gelombang 2 (2016-2020) dab Gelombang 3 (2021 hingga 2025). Kita kini
telah memasuki Gelombang 2 sehingga tahun 2020.
Antara intipati PPPM 2013-2025 adalah seperti berikut:
* Kementerian Pendidikan berhasrat memastikan kadar akses sejagat
dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringat
menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.
* Meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam
pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran Kajian Trend Pendidikan
Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian
Pelajar Antarabangsa (PISA)dalam tempoh 15 tahun akan datang.
* Merapatkan jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar,
tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50 peratus
menjelang 2020.
* Menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid
berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuh
lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.
* Memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
* Mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan
perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia dan setiap
anjakan perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada
lima keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kecekapan.
* Melanjutkan pendidikan wajib daripada enam tahun kepada 11 tahun
bermula pada umur enam tahun dengan disokong program pengekalan
yang disasarkan.
* Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada
2017 bagi mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti
pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan.
* Standard pembelajaran yang jelas akan dirangka agar murid dan ibu
bapa memahami kemajuan yang dijangkakan bagi setiap tahun
persekolahan.
* Merombak peperiksaan kebangsaan dan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) secara berperingkat dengan menjelang 2016, soalan
berbentuk pemikiran aras tinggi akan merangkumi sekurang-kurangnya 40
peratus daripada soalan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
dan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada soalan dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).
* Mulai akhir tahun 2013, kerjaya perkhidmatan kaunseling dan akademik
akan dimasukkan ke dalam jadual waktu sekolah menengah untuk
membantu pelajar membuat pilihan bermaklumat mengenai pelbagai laluan
pendidikan yang ditawarkan.
* Menjelang 2025, pelajar Orang Asli, kumpulan minoriti lain, serta murid
kurang upaya fizikal dan pembelajaran akan disediakan sekolah yang
mempunyai kemudahan dan peralatan lengkap bagi mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif.
* Mulai 2016, mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dijadikan kertas wajib
lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - Ditangguhkan ke suatu
tarikh yang akan dimaklumkan nanti.
* Menjelang 2025, setiap pelajar digalakkan mempelajari bahasa tambahan
supaya dapat membantu mereka menyertai tenaga kerja global.
* Tumpuan menambah bilangan guru bahasa Cina, Tamil dan Arab bagi
memastikan bilangan guru bahasa sepadan dengan keperluan pelajar,
selain memperkenalkan bahasa penting lain seperti bahasa Sepanyol,
Perancis dan Jepun.
* Mulai 2013, syarat kelayakan kemasukan guru ditingkatkan supaya terdiri
daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.
* Mulai 2013, guru akan menikmati pengurangan beban tugas pentadbiran
supaya boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada fungsi
teras pengajaran, dengan sesetengah tugas pentadbiran akan diserahkan
kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru pentadbiran yang
khusus di peringkat sekolah.
* Mulai 2015, semua sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas
bermula dengan Sabah dan Sarawak.
* Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang
2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan badan bukan kerajaan
(NGO) yang berpotensisebagaipenaja.
* Kementerian Pendidikan akan menerbitkan laporan tahunan tentang
perkembangan setiap inisiatif yang direncanakan dalam pelan ini.
* Kementerian Pendidikan akan membuat semakan berkala tentang
pencapaian utama sepanjang pelaksanaan pelan ini pada 2015, 2020 dan
2025.
Hadirin yang dikasihi,
Untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran anak-anak kita,
disiplin diri adalah asas utamanya. Manakala ibu bapa pula berperanan
memberi perhatian serta didikan agama yang secukupnya agar anak-anak
mempunyai kekuatan dalaman untuk menghadapi apa jua rintangan yang
datang. Ibu bapa dan penjaga juga harus peka tentang segala aktiviti yang
dilakukan oleh anak-anak supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Marilah kita semua berganding bahu, mengukuhkan tekad,
memantapkan iltizam, memadukan muafakat, demi menyempurnakan
tugas dan tanggungjawab mengangkat martabat bangsa Malaysia
menerusi wadah pendidikan.
Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim saya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya sesi 2018.
Wabbilahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh.
Sekian, terima kasih.

More Related Content

What's hot

KERTAS KERJA KURSUS JATI DIRI REMAJA.docx
KERTAS KERJA  KURSUS JATI DIRI REMAJA.docxKERTAS KERJA  KURSUS JATI DIRI REMAJA.docx
KERTAS KERJA KURSUS JATI DIRI REMAJA.docxrozlanredzuan
 
BUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdf
BUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdfBUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdf
BUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdfainanabihah13
 
Skrip pengacara majlis program galakan membaca
Skrip pengacara majlis program galakan membacaSkrip pengacara majlis program galakan membaca
Skrip pengacara majlis program galakan membacasyazwan bazli
 
Skim Lencana Anti Dadah
Skim Lencana Anti DadahSkim Lencana Anti Dadah
Skim Lencana Anti Dadah2iswara14
 
Kursus kepimpinan pengawas
Kursus kepimpinan pengawasKursus kepimpinan pengawas
Kursus kepimpinan pengawasNooraidy
 
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahTeks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahSuryadi Lagga
 
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah SHAHIBOL
 
Sarana Ibu Bapa & Sekolah
Sarana Ibu Bapa & SekolahSarana Ibu Bapa & Sekolah
Sarana Ibu Bapa & Sekolahasrafycs
 
Teks pengacara majlis perhimpunan rasmi mingguan
Teks pengacara majlis perhimpunan rasmi mingguanTeks pengacara majlis perhimpunan rasmi mingguan
Teks pengacara majlis perhimpunan rasmi mingguanAzizah Aziz
 
pengurusan sisa pepejal
pengurusan sisa pepejalpengurusan sisa pepejal
pengurusan sisa pepejalsafeqa
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaanzainipr
 
Kertas Kerja Khemah Ibadah 2022.doc
Kertas Kerja Khemah Ibadah 2022.docKertas Kerja Khemah Ibadah 2022.doc
Kertas Kerja Khemah Ibadah 2022.docizzat64
 
Modul prs kebangsaan
Modul prs kebangsaanModul prs kebangsaan
Modul prs kebangsaanZuraida Arpin
 
Contoh Minit Mesyuarat Sambutan Kemerdekaan
Contoh Minit Mesyuarat Sambutan KemerdekaanContoh Minit Mesyuarat Sambutan Kemerdekaan
Contoh Minit Mesyuarat Sambutan KemerdekaanHafiz Khir
 
contoh kertas kerja Bulan patriotik
contoh kertas kerja Bulan patriotik contoh kertas kerja Bulan patriotik
contoh kertas kerja Bulan patriotik Mohammad Bokhori
 
Kertas Kerja program
Kertas Kerja program Kertas Kerja program
Kertas Kerja program Mieyaa Nana
 
Faktor faktor yang menyebabkan keciciran pelajaran di kalangan pelajar Melayu.
Faktor faktor yang menyebabkan keciciran pelajaran di kalangan pelajar Melayu.Faktor faktor yang menyebabkan keciciran pelajaran di kalangan pelajar Melayu.
Faktor faktor yang menyebabkan keciciran pelajaran di kalangan pelajar Melayu.ghazali76
 

What's hot (20)

KERTAS KERJA KURSUS JATI DIRI REMAJA.docx
KERTAS KERJA  KURSUS JATI DIRI REMAJA.docxKERTAS KERJA  KURSUS JATI DIRI REMAJA.docx
KERTAS KERJA KURSUS JATI DIRI REMAJA.docx
 
BUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdf
BUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdfBUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdf
BUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdf
 
Skrip pengacara majlis program galakan membaca
Skrip pengacara majlis program galakan membacaSkrip pengacara majlis program galakan membaca
Skrip pengacara majlis program galakan membaca
 
Skim Lencana Anti Dadah
Skim Lencana Anti DadahSkim Lencana Anti Dadah
Skim Lencana Anti Dadah
 
Kursus kepimpinan pengawas
Kursus kepimpinan pengawasKursus kepimpinan pengawas
Kursus kepimpinan pengawas
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Pelan Strategik Sains.docx
Pelan Strategik Sains.docxPelan Strategik Sains.docx
Pelan Strategik Sains.docx
 
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahTeks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
 
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
 
Sarana Ibu Bapa & Sekolah
Sarana Ibu Bapa & SekolahSarana Ibu Bapa & Sekolah
Sarana Ibu Bapa & Sekolah
 
Teks pengacara majlis perhimpunan rasmi mingguan
Teks pengacara majlis perhimpunan rasmi mingguanTeks pengacara majlis perhimpunan rasmi mingguan
Teks pengacara majlis perhimpunan rasmi mingguan
 
pengurusan sisa pepejal
pengurusan sisa pepejalpengurusan sisa pepejal
pengurusan sisa pepejal
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Kertas Kerja Khemah Ibadah 2022.doc
Kertas Kerja Khemah Ibadah 2022.docKertas Kerja Khemah Ibadah 2022.doc
Kertas Kerja Khemah Ibadah 2022.doc
 
Modul prs kebangsaan
Modul prs kebangsaanModul prs kebangsaan
Modul prs kebangsaan
 
Contoh Minit Mesyuarat Sambutan Kemerdekaan
Contoh Minit Mesyuarat Sambutan KemerdekaanContoh Minit Mesyuarat Sambutan Kemerdekaan
Contoh Minit Mesyuarat Sambutan Kemerdekaan
 
contoh kertas kerja Bulan patriotik
contoh kertas kerja Bulan patriotik contoh kertas kerja Bulan patriotik
contoh kertas kerja Bulan patriotik
 
Kertas Kerja program
Kertas Kerja program Kertas Kerja program
Kertas Kerja program
 
Ucapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajarUcapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajar
 
Faktor faktor yang menyebabkan keciciran pelajaran di kalangan pelajar Melayu.
Faktor faktor yang menyebabkan keciciran pelajaran di kalangan pelajar Melayu.Faktor faktor yang menyebabkan keciciran pelajaran di kalangan pelajar Melayu.
Faktor faktor yang menyebabkan keciciran pelajaran di kalangan pelajar Melayu.
 

Similar to Teks ucapan kppm

Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025dilla_syafa
 
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017Siti Khajaru'ain
 
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPMChon Seong Hoo
 
Tugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaranTugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaranahzai09
 
Konsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKonsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKamal Tomon
 
Soalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanSoalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanmursyidee
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahzuridah wahab
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Mohd Saiful Hisyam Jasni
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmkarlz016
 
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025Penang Lim
 
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keTeks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keamir alhaj
 
Pppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmPppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmZahari Zabri
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmHunter Malaya
 
Preliminary blueprint
Preliminary blueprintPreliminary blueprint
Preliminary blueprintAmylia Ismail
 
Perancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skmPerancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skmTompok Manggis
 

Similar to Teks ucapan kppm (20)

Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
 
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
 
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
 
Tugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaranTugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaran
 
Konsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKonsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestari
 
Edu
EduEdu
Edu
 
Soalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanSoalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikan
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
 
Ppp penuh 2013 2025
Ppp penuh 2013 2025Ppp penuh 2013 2025
Ppp penuh 2013 2025
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
 
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keTeks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
 
Pppm
PppmPppm
Pppm
 
Pppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmPppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint
Preliminary blueprintPreliminary blueprint
Preliminary blueprint
 
Perancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skmPerancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skm
 

More from Kementerian Pelajaran Malaysia

Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKementerian Pelajaran Malaysia
 

More from Kementerian Pelajaran Malaysia (20)

Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdfTeknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
 
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptxTIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 
Sinopsis novel tirani
Sinopsis novel tiraniSinopsis novel tirani
Sinopsis novel tirani
 
Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021
 
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
 
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remajaRangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
 
Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020
 
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayangKarangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
 
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplinKarangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
 
Karangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awamKarangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awam
 
Karangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covidKarangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covid
 
Gurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketigaGurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketiga
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
Teknik menjawab kertas 2
Teknik menjawab  kertas 2Teknik menjawab  kertas 2
Teknik menjawab kertas 2
 
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remajaKepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
 
B7 novel
B7 novelB7 novel
B7 novel
 
B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)
 
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaB5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
 
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhanB4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
 

Recently uploaded

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (12)

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 

Teks ucapan kppm

  • 1. TEKS UCAPAN PENUH Yang Berbahagia Datuk Dr. Amin Senin Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
  • 2. TEKS UCAPAN PENUH Yang Berbahagia Datuk Dr. Amin Senin Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
  • 3. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh. Salam Sejahtera, Salam Negaraku Malaysia Yang Berusaha, Dato’ Haji Nordin bin Haji Selamat, Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya. Yang Berusaha, Tuan Haji Mohd Salleh bin Mohd Kassim, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Yang Berbahagia, Puan Maimunah binti Mustafa Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat. Yang Berusaha, Pn Hjh Rahanim binti Abd.Rahim, Pengetua SMK Sijangkang Jaya. Yang Dihormati, Barisan Penolong Kanan, AJK PIBG,Para Tetamu, Para Guru, Para Ibu Bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
  • 4. Bersyukur saya kehadrat Allah Yang Maha Esa, atas izin NYA maka saya dapat hadir dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya pada kali ini. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dalam majlis ini, khususnya kepada ibu bapa yang telah menunjukkan kerjasama yang erat dalam melahirkan pelajar yang mempunyai keintelektualan dan sahsiah yang cemerlang. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profesion keguruan sehingga mampu membantu kerajaan melahirkan modal insan yang berkualiti serta berjiwa patriotik. Saya sebenarnya begitu berbangga dan gembira kerana dijemput hadir dalam majlis ini bersama-sama dengan pihak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Semoga majlis yang amat bermakna ini dapat dijadikan asas permulaan dalam membuat anjakan paradigma menjana modal insan gemilang dan terbilang. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak sekolah dan PIBG dapat bekerjasama mendepani segala cabaran dan permasalahan yang timbul. Pihak sekolah dan ibu bapa, sebaik-baiknya mewujudkan suasana kolaboratif dengan sentiasa berbincang untuk memastikan kecemerlangan akademik, sahsiah, kokurikulum dan pembangunan sekolah. Hindarkan sebarang perbalahan kerana ini tidak menguntungkan sesiapa, malah merugikan semua pihak. Melalui ucapan Yang Dipertua PIBG dan Tuan Pengetua sebentar tadi, jelaslah bahawa sekolah ini telah menunjukkan beberapa pencapaian yang boleh dibanggakan oleh semua pihak khusunya pihak murid, ibu bapa, dan PIBG sekolah. Kejayaan yang diperoleh dan disandang ini bukannya datang menggolek, tetapi banyak keringat, tenaga dan usaha yang telah
  • 5. diperah dan dikorbankan. Sewajarnya, PIBG sebagai sebuah badan yang mendokong dan berada disebalik kejayaan itu, telah meraikan pencapaian tersebut sebagai intensif, galakan dan rangsangan untuk kejayaan yang berterusan pada masa akan datang. Iltizam dan komitmen murid-murid dan para guru ini perlu dihargai. Tahniah kepada semua pihak iaitu para guru dan murid-murid yang berusaha keras menggengam dan membawa kejayaan tersebut buat kita semua. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Memandangkan pendidikan menyuburkan kualiti kehidupan dan bersifat dinamik, guru perlu mewujudkan tanggapan yang positif terhadap diri dan kerjayanya. Perkara ini penting kerana masyarakat akan membuat tanggapan terhadap guru berasaskan cara mereka berfikir, berpakaian, bercakap dan berinteraksi dengan murid, ibu bapa dan masyarakat. Ibu bapa dan masyarakat pula, hendaklah bersifat rasional dan jangan cepat melatah menyalahkan pihak sekolah apabila timbul sesuatu masalah, misalnya masalah disiplin. Saya berharap, apabila berlaku sesuatu permasalahan, komunikasi berkesan antara ibu bapa dan pihak sekolah melalui PIBG dapat dilaksankan. Penyiasatan, musyawarah dan laporan yang teliti perlu dilakukan dan jalan penyelesaian perlu disegerakan. Saya percaya, pengetua bertanggungjawab dan mahukan sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik serta kondusif. Cuma kadangkala masalah disiplin berlaku tanpa disangka dan sebagai ibu bapa keikhlasan pengetua mengurus sekolah perlu dilihat secara positif. Sejak merdeka dan bermula daripada Akta Pendidikan 1961 sehingga Akta Pendidikan 1996, asas perpaduan atau integrasi menjadi dasar dalam
  • 6. pendidikan negara. Realiti sosio-ekonomi-politik antara kaum menyebabkan isu integrasi sering berbangkit. Memperkasa sekolah kebangsaan, mengizinkan sekolah jenis kebangsaan wujud merupakan gambaran toleransi dalam memberi ruang dan pilihan kepada murid dalam kalangan semua kaum untuk belajar. Pendekatan sekolah wawasan, sekolah bestari dan sekolah satu sesi merupakan usaha terancang oleh kerajaan supaya asas integrasi dapat diperkukuh. Oleh hal yang demikian, sistem pendidikan masa kini memerlukan perubahan yang sememangnya tidak dapat dielakkan supaya selaras dengan keperluan semasa, memenuhi tuntutan zaman dan lingkungan. Walau bagaimanpun, kita mungkin perlu berhenti sejenak melihat perubahan dan perkembangan itu. Pertama, untuk kita mengimbau sejenak dan menginsafi betapa bertuahnya kita berada di bumi Malaysia dengan menikmati pelbagai peluang pendidikan di dalam dan di luar negara. Yang penting kesungguhan dan keinginan kita mengejar setinggi mana pencapaian yang dikehendaki. Kedua, untuk kita merenung ke depan buat mempersiapkan diri dan generasi akan datang bagi menghadapi pelbagai cabaran yang sudah tentu tidak sama lagi dengan yang ada pada hari ini. Menginsafi hakikat ini, tidak syak lagi sistem pendidikan menuntut kita untuk sentiasa memperbaharui diri dengan ilmu dan tekad yang baharu dari semasa ke semasa. Para guru dan ibu bapa yang dikasihi, Tuntutan zaman yang berubah memerlukan perubahan dari segi ilmu dan kemahiran. Oleh hal yang demikian, saya menyeru ibu bapa merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan. Saya menyarankan agar kita
  • 7. sentiasa memberi nilai tambah diri dengan terus belajar dan menambah ilmu supaya dengan itu kita semua akan terus relevan dengan perubahan zaman. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa pendidikan yang mengutamakan aspek akademik semata-mata akan menyebabkan lahirnya generasi yang pintar tetapi tidak mampu menonjolkan kebestariannya dalam tindakan atau membuat keputusan. Oleh itu, aspek kemanusiaan janganlah diketepikan kerana melaluinya terdapat beberapa pertimbangan atau budi bicara bagi membolehkan pembentukan sahsiah yang seimbang. Pihak Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha untuk menjadikan pendidikan sebagai penjana kecemerlangan. Golongan pendidik, ibu bapa dan masyarakat hendaklah membuka minda dan mengemaskini pengetahuan sedia ada sambil meneruskan usaha untuk melahirkan anak- anak didik yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi juga berakhlak mulia, berhemah tinggi, dan disegani. Sesungguhnya kecemerlangan dunia pendidikan sudah bermula dari rumah lagi. Bersesuaian dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia amat prihatin dengan masalah rakyat dengan menyediakan pelbagai bantuan untuk merapatkan jurang perbezaan pendidikan antara sekolah bandar dan di luar bandar. Hadirin yang dikasihi, Keperihatinan pihak kerajaan terhadap sistem pendidikan negara diserlahkan menerusi Bajet 2018. Dalam bajet tersebut, jumlah peruntukan tertinggi diberikan kepada KPM berbanding kementerian-kementerian lain dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 45 bilion. Beberapa perkara
  • 8. turut telah dibentangkan yang berkaitan pendidikan negara antaranya komitmen kerajaan untuk menganjakkan lagi pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), pembangunan Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad Ke-21 dan menaik taraf fasiliti yang berada dalam keadaan daif. Usaha ini dilakukan bagi menggapai aspirasi generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50). Tidak ketinggalan, bajet itu turut menekankan kebajikan dan kesejahteraan para murid secara umum- nya. . Jika kita perincikan, sebanyak RM44.49 bilion diperuntukkan untuk per- belanjaan mengurus manakala RM1.44 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan. Bajet 2018 akan memberi manfaat kepada 5.2 juta murid di sekolah-sekolah seluruh negara melalui pelbagai bentuk bantuan yang akan disalur. Jenis bantuan yang diberikan terbahagi kepada tiga iaitu bantuan umum, bantuan khusus dan bantuan one-off. Bantuan umum merujuk kepada bantuan persekolahan yang diberikan kepada semua murid di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ketetapan peruntukan kategori ini ialah berdasarkan kepada jumlah enrolmen murid. Lima jenis Bantuan Persekolahan Umum adalah sepertiberikut ;  Bantuan Geran Per Kapita (PCG),  Bantuan PCG Pra Sekolah,  Bantuan Makanan Pra Sekolah (BMP),  Bantuan Bayaran Tambahan (BBTP),  Yuran Khas Sekolah (YKS) dan Bantuan Sukan Sekolah (BSS).
  • 9. Bantuan khusus ialah bantuan persekolahan yang diberikan berdasarkan kriteria kelayakan sepertiberasal daripada keluarga miskin atau miskin tegar, murid Orang Asli, murid cemerlang akademik atau sukan dan murid yang tinggal di asrama. Sebanyak 12 jenis bantuan di bawah kategori bantuan khusus ialah ;  Bantuan Makanan Asrama;  Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid;  Projek Khas Murid Sekolah Berasrama Penuh;  Bantuan Pakaian Seragam Badan Beruniform;  Bantuan Jaket Keselamatan Murid;  Elaun Murid Berkeperluan Khas;  Elaun universti;  Biasiswa Kecil Persekutuan;  Biasiswa Sukan;  Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia;  Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan.  Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Bagi bantuan one-off yang diberikan sekali setahun, terdapat dua jenis Bantuan Persekolahan di bawah kategori ini iaitu Bantuan Awal Persekolahan dan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia. Sebanyak RM962 juta diperuntukkan bagi bantuan umum, RM1.7 bilion untuk bantuan khusus dan RM372 juta bantuan one-off. Secara keseluruhannya, jumlah peruntukan yang telah diluluskan bagi Bantuan Persekolahan untuk tahun 2018 adalah sebanyak RM3.103 bilion. Jumlah itu mencatatkan peningkatan 1.42 peratus berbanding RM3.059 bilion tahun sebelum ini.
  • 10. Secara purata, kerajaan membelanjakan RM8,900 setahun untuk setiap murid termasuk kos guru dan pembangunan infrastruktur. Bajet berkenaan turut memberi penekanan kepada 30 inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2035, antaranya pelaksanaan Program Transformasi Daerah (RM27 juta), Pengukuhan Perpaduan di Sekolah (RM2.5 juta) dan Program Saringan Literasi dan Numerasi 2.0 (RM10 juta). Kerajaan memperuntukkan RM190 juta untuk pembinaan Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad Ke-21 yang akan dibangunkan di 1,000 sekolah di seluruh negara. Bilik darjah itu sememangnya menjadi satu keperluan dalam mendidik murid pada era ledakan teknologi digital masa kini. Bagaimanapun, pihak KPM sedang dalam proses menentukan kriteria sekolah-sekolah yang akan dipilih untuk pelaksanaan bilik darjah tersebut. Sekolah-sekolah daif di pedalaman turut mendapat perhatian apabila sebanyak RM2.5 bilion diberikan untuk membina semula dan menaik taraf 2,000 sekolah menerusi Sistem Binaan Berindustri (IBS). Sebanyak RM2 bilion diberikan kepada sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak manakala baki RM500 juta lagi diberi kepada sekolah-sekolah di semenanjung Malaysia. KPM turut mendapat peruntukan RM30 juta untuk pembinaan pusat STEM dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang bertujuan membentuk kaedah pembelajaran dan melatih guru pakar dalam subjek tersebut. Ibu bapa yang dikasihi, Kerajaan mendapat banyak maklum balas dan cadangan daripada pelbagai pihak dalam usaha mencapai aspirasi TN50. Sehingga kini, KPM
  • 11. masih dalam peringkat pengumpulan data dan maklumat sebelum perangkaan polisi dapat diteruskan. Asas dan acuan pendidikan negara sudah kukuh dan jelas manakala para pegawai di KPM pula sedang mengadakan perjumpaan dengan semua pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru, kesatuan-kesatuan guru, dan golongan belia termasuk guru-guru muda. Sudah tentu mereka mahu melihat sistem pendidikan terbaik dan akses kepada rakyat Malaysia lebih baik daripada apa yang ada sekarang ini. Kita tidak mahu ada murid yang tercicir dalam pendidikan. Dari segi kualiti, kita mahu melihat sistem pendidikan kita boleh dipasarkan kerana keperluan pada masa hadapan tidak sama dengan keperluan pada masa kini. Semua ini membuktikan komitmen kerajaan dalam usaha meningkatkan sistem pendidikan sejajar dengan hasrat kerajaan melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi. Saya percaya terdapat sebahagian daripada kita tidak menyedari mengenai pelbagai bantuan yang disediakan ini. Hadirin yang dikasihi, Sebagai Ketua Pengarah Pelajaran, saya ingin berkongsi sedikit berkaitan dengan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan pada 5 September 2013. PPPM ini mempunyai 3 gelombang iaitu Gelombang 1 (2013 hingga 2015), Gelombang 2 (2016-2020) dab Gelombang 3 (2021 hingga 2025). Kita kini telah memasuki Gelombang 2 sehingga tahun 2020. Antara intipati PPPM 2013-2025 adalah seperti berikut:
  • 12. * Kementerian Pendidikan berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020. * Meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA)dalam tempoh 15 tahun akan datang. * Merapatkan jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50 peratus menjelang 2020. * Menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuh lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. * Memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa. * Mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia dan setiap anjakan perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. * Melanjutkan pendidikan wajib daripada enam tahun kepada 11 tahun bermula pada umur enam tahun dengan disokong program pengekalan
  • 13. yang disasarkan. * Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017 bagi mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan. * Standard pembelajaran yang jelas akan dirangka agar murid dan ibu bapa memahami kemajuan yang dijangkakan bagi setiap tahun persekolahan. * Merombak peperiksaan kebangsaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara berperingkat dengan menjelang 2016, soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan merangkumi sekurang-kurangnya 40 peratus daripada soalan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada soalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). * Mulai akhir tahun 2013, kerjaya perkhidmatan kaunseling dan akademik akan dimasukkan ke dalam jadual waktu sekolah menengah untuk membantu pelajar membuat pilihan bermaklumat mengenai pelbagai laluan pendidikan yang ditawarkan. * Menjelang 2025, pelajar Orang Asli, kumpulan minoriti lain, serta murid kurang upaya fizikal dan pembelajaran akan disediakan sekolah yang mempunyai kemudahan dan peralatan lengkap bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
  • 14. * Mulai 2016, mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dijadikan kertas wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - Ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan nanti. * Menjelang 2025, setiap pelajar digalakkan mempelajari bahasa tambahan supaya dapat membantu mereka menyertai tenaga kerja global. * Tumpuan menambah bilangan guru bahasa Cina, Tamil dan Arab bagi memastikan bilangan guru bahasa sepadan dengan keperluan pelajar, selain memperkenalkan bahasa penting lain seperti bahasa Sepanyol, Perancis dan Jepun. * Mulai 2013, syarat kelayakan kemasukan guru ditingkatkan supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas. * Mulai 2013, guru akan menikmati pengurangan beban tugas pentadbiran supaya boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada fungsi teras pengajaran, dengan sesetengah tugas pentadbiran akan diserahkan kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru pentadbiran yang khusus di peringkat sekolah. * Mulai 2015, semua sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas bermula dengan Sabah dan Sarawak. * Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan badan bukan kerajaan
  • 15. (NGO) yang berpotensisebagaipenaja. * Kementerian Pendidikan akan menerbitkan laporan tahunan tentang perkembangan setiap inisiatif yang direncanakan dalam pelan ini. * Kementerian Pendidikan akan membuat semakan berkala tentang pencapaian utama sepanjang pelaksanaan pelan ini pada 2015, 2020 dan 2025. Hadirin yang dikasihi, Untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran anak-anak kita, disiplin diri adalah asas utamanya. Manakala ibu bapa pula berperanan memberi perhatian serta didikan agama yang secukupnya agar anak-anak mempunyai kekuatan dalaman untuk menghadapi apa jua rintangan yang datang. Ibu bapa dan penjaga juga harus peka tentang segala aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak supaya tidak menyesal di kemudian hari. Marilah kita semua berganding bahu, mengukuhkan tekad, memantapkan iltizam, memadukan muafakat, demi menyempurnakan tugas dan tanggungjawab mengangkat martabat bangsa Malaysia menerusi wadah pendidikan. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim saya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya sesi 2018. Wabbilahi Taufik Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh.